Thursday, June 13

Aku Cinta Sepupu Aku

“Dia kat mana ni? Kata nak pegi ikut abang pegi Jusco.” Kedengaran suara Abang Faiq melalui corong telefon bimbit. Eishh. dia ni tak faham ke aku kata tadi bagi aku masa setengah jam? Sekarang baru 5 minit. Mana sempat aku nak siap aku cuma sempat menggeliat-menggeliat aje.
Aku dari pagi mandi pun belum. Sibuk sangat layan cerita Korea malam tadi sampai aku terbangun lambat. Nasib baik aku ‘cuti’ kalau tak pengsan aku kena bebel dengan mama sebab tak sembahyang subuh. Pukul 8.30pg tadi baru aku terjaga itupun sebab Abang Faiq yang telefon aku sebab nak ajak aku teman dia beli barang. Kalau tak maunya aku tidur sampai pukul 10.
“Kejaplah abang. Dia tengah siaplah ni. Abang masuklah dulu. Mama ada kat bawah tu. Makanan pun ada. Tunggu kejap je ok..” rayuku agar dia memberiku waktu untuk bersiap. Gila ke apa nak suruh aku siap dalam masa yg sekejap sangat. Hey aku orang perempuan okey!
Aku berlari ke bilik air untuk mandi. Air ku cucurkan ke badan dengan cepat. Ah! Sudah. Aku nak pakai baju apa ni? Hum.. mesti pakai yang cantik-cantik, supaya abang tertarik dengan aku. Haha.. Perasan kau Dia. Suara hatiku berkata. Aku tersenyum sendiri. Abang Faiq suka warna apa ye? Biru kot? Tak apalah buat apa aku nak pakai warna kegemaran dia? Aku suka warna hijau. Biar aku pakai warna hijau hari ini.
“Abang, Dia dah siap. Cepatlah kata nak pergi. Tadi abang yang tak sabar sangatkan?” laungku dari tangga. Eh! Abang pun pakai baju warna hijau. Cewah! Macam janji-janji pulak kite ye’ aku bermonolog.
Abang tersenyum memandangku ku lihat dia menggeleng sedikit. Apa yang difikirnya aku tidak tahu. Mama keluar dari dapur dengan wajah yang berseri-seri. Tersengih-sengih memandang aku dan abang. Apa kena mereka berdua ni? Aneh semacam je.
“Hah, Dia, Faiq. Kamu berdua ni berjanji ke nak pakai baju hijau? Kamu berdua ni macam-macamlah. Faiq, mari ke dapur dulu. Mama ada masak Nasi Lemak. Makan dulu sebelum berjalan.” Ujar mama yang memang membahasakan diri sebagai mama kepada semua anak saudaranya.
“Tak apalah mama. Faiq nak cepat ni. Nanti lepas asar Faiq hantar Dia balik ye ma. Nanti kalau lambat ummi marah pula” abang Faiq seraya bangun dan menyalami mama. Mama tersenyum mesra sambil mengusap rambut Abang Faiq. Mama dan mak long memang rapat walaupun mak long Cuma kakak ipar mama tapi mama rapat dengannya mengalahkan adik beradik. Jadi aku juga rapat dengan anak mak long. Bukan rapat hubungan je. Hati pun rapat juga. Hehe..
“Kalau macam tu tak apalah. Ini si Dia ni. Kamu jangan biar dia merayap sana sini tau.  Dia ni bukan boleh percaya. Tahu-tahu hilang dalam orang ramai.”pesan mama. Bibirnya terseyum sinis tanda mengejek aku. Mama niii…
“Aduhai… ma, Dia bukan budak kecil lagilah ma. Mana ada Dia hilang sana sini. Abang jangan percaya apa yang mama cakapkan tu. Dah jomlah kita pergi sekarang. Petang nanti Dia ada assignment nak buat. Kalau lambat hantar nanti Cikgu bising. Dia pergi ya mama. Bye” Aku cepat-cepat memotong percakapan mama. Mama ni bukan boleh percaya nanti sampai malam pun tak dapat pergi lagi. Tangan mama segera aku salam supaya mama tak jadi menggiat aku lagi.
“Abang kita nak pergi mana ni? Ini bukan jalan nak ke Jusco.” aku berasa pelik apabila abang menukar laluan ke arah yang bertentangan dengan jalan untuk ke Jusco. Abang berpaling ke arahku lalu ketawa . Eh! dia ni apa kena? Sengal tak pasal-pasal pulak.
“Abang orang tanya betul-betul ni. Kita nak pergi mana ni? Belasah baru tahu. Main-main pulak dia. Kita nak pergi mana ni sebenarnya?”
“Amboi, garangnya sampai hati nak belasah abang. Kita pergi Nilai 3. Abang ada barang yang kena beli kat sana. Dia teman abang ye.” Abang berkata dengan nada separuh memujuk. Mungkin dia takut aku tak setuju menemaninya ke Nilai 3.
Abang kalau abang bawa Dia ke Kutub Utara pun Dia sanggup pergi asalkan dengan abang. “Mama tahu ke kita nak “ ke Nilai ni?” soalku.
“Tahulah sayang. Kalau mama tak tahu nanti Dia mesti tak nak ikut abang kan?”
Aduhh… abang panggil aku sayang. Jantung aku dah nak meletup ni. Mati aku macam ni.
“Hmm.. Tahu tak apa.”
****************
“Cantiknya.” Bisikku perlahan apabila melihat baju kebaya dari kain renda Perancis bewarna putih yang dipamerkan di hadapan sebuah kedai kain. Abang berpaling ke arah ku.
“Jom kita try.” Abang menarik tanganku masuk ke dalam kedai itu.
“Eh, tak nak lah. Nak buat apa? Dia bukan nak kahwin pun. Tak ada motif Dia nak try.” Aku membantah. Apa aku gila nak cuba baju pengantin sedangkan aku belum terfikir untuk kahwin pun. Okey ada terfikir sikitlah. Sikit aje. Itu pun masa aku berangan.
“Cubalah Dia sekali aja. Demi abang. Please…” Abang merayu padaku. Ya ampun ini yang aku tak tahan ni. Mana boleh tahan kalau dia dah buat muka cute macam tu. Baiklah tuanku patik turutkan segala kemahuan tuanku.
“Yelah. Yelah”
 “Amoi, lu manyak cantik ma. Lu punya fience misti talak tidur ini malam kalau tengok lu.”
Ayak ! Nyonya ni ada je nak mengeceh aku. Nak suruh aku belilah tu. Sorry ya aunty. Saya cuba aje. Tak beli pun.
“ Mana ada aunty. Biasa saja. U punya mulut sangat manislah.”
Aku keluar ke ruangan menunggu. Abang sedang sibuk membelek-belek baju melayu yang dipamerkan. Dia ni! Suruh aku cuba segala. Tapi bukan nak tengok aku. Bedebah. Oppss! Sorry ya abang sayang. Hehe..
“ Abang” panggilku perlahan.
Abang berpaling memandangku. Dia terkaku sedikit. Mulutnya sedikit terlopong. Matanya juga tidak berkelip-kelip.
Aneh sangat ke aku pakai macam ni? ke rambut aku senget? Atau kain aku singkat sebelah. Aku mebetul-betulkan baju yang membalut tubuhku. Aku dah cakap dah tadi aku tak nak cuba tapi dia paksa juga. Sekarang dah buruk macam ni dia terkejut tengok aku. Sengal!
“Abang. Buruk sangat ke Dia pakai macam ni?” aku menegur.
“Hah? Eh, tak adalah Dia cantik sangat. Cantik sangat-sangat. Macam bidadari.” Abang sedikit terkejut apabila aku menegurnya. Sah! Dia ni menipu. Tak baik tau menipu orang.
“Dah lah. Dia tahulah tak cantik. Dia nak tukar baju dulu. Lepas tu kita pergi carik barang abang ok.” Kataku sambil tersenyum kepadanya.
“Dia! Tunggu. Kita tangkap gambar sekejap. Tunggu abang tukar baju sekejap. Sekejap je.” Abang segera menyambar tangan aku sebelum aku sempat masuk ke bilik persalinan baju. Macam-macamlah dia ni.
Tangkap gambar dengan abang? Dengan baju pengantin lagi. Ya Allah! Inikah yang dinamakan takdir. Sungguh indah Ya Allah.
Abang keluar dari bilik persalinan baju. Ya Allah! Handsomenya. Kulitnya yang putih bersih semakin putih bila mengenakan baju melayu satin bewarna putih. Senyumannya melebar.
Abang berjalan ke arahku sambil menguak rambut ke belakang untuk mengenakan tengkolok. Dia ni memang orang atau lukisan ya? Hatiku menyoal bodoh. Dah jelaslah sengal, dia tu orang tak kanlah lukisan pula.
“Sedia? Abang panggil aunty tu ya.” Abang mengenyit mata kepadaku. Dia ni memang nak bagi aku mati kat sini ke? Janganlah buat jantung aku nak meletup macam ni.
“Ready” balasku sambil tersenyum semanis-manisnya.
“Lu dua manyak sesuai lor. Sama cantik sama hensem. Ok  amoi lu duduk. Abang lu berdili belakang kelusi ya. Haa.. macam itulah. Wah! Sangat cantik ma.”
Aku duduk dengan penuh sopan di atas kerusi mewah yang bewarna emas itu. Aduh dah macam tangkap gambar pengantin betullah pulak. Abang ni mesti nak rehearse dulu. Supaya nanti dia nak tangkap gambar pengantin senang.
“Ok sulah. Tunggu 5 minit ya. Tukar baju dululah. Nanti sulah siap gua kasi tahu.”
Aku segera berlalu ke bilik persalinan baju. Aku tak sanggup untuk lama- lama memakai baju ini. Nanti tak pasal-pasal aku menangis pula kerana aku tahu abang akan kahwin tak lama lagi.
Selesai menukar baju aku keluar ke ruang pameran. Aku lihat abang sedang berkata sesuat dengan Nyonya kedai ini. Mereka berbual dengan suara yang sangat perlahan. Baju pun abang masih tidak tukar lagi. Apa diorang ni? nak cakap slow-slow. Cakaplah kuat-kuat. Aku pun nak dengar juga. Aku segera mendekati abang. Tiba-tiba mereka segera menamatkan perbualan.
“Dia, abang tukar baju dulu ya. Tunggu sekejap. Kejap lagi kita pergi kedai kat depan tu.”
“Okey, Boss”

*****************
“Bila abang kahwin?’ soalku sambil melihat abang memilih bunga telur.
Hatiku bagai diblender  hancur apabila mengetahui tujuan sebenar abang datang ke sini. Abang hendak membeli barang-banrang perkahwinan. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku tak mahu ikut. Ya Allah. Sabarkanlah hati ini. Biar aku berlagak bagai tiada apa-apa yang berlaku.
“Hmm… tarikh tak sure lagi. Lepas Dia habis examlah.” Balasnya sambil tersengih.
“Apa kena mengena dengan Dia habis exam?”
“Yelah. Kalau sebelum Dia exam kan ganggu Dia exam. Karang tak pasal-pasal Dia tak dapat datang pulak.”
Lebih baik Dia tak datang abang. Kalau Dia datang hati Dia lagi hancur. Dia tak sanggup tengok abang bersanding dengan orang lain.
Malas aku menjawab. Nanti elok abang tak tahu yang aku cintakan dia pecah rahsia pula. Aku terus membantu abang memilih bekas letak telur.
“Dia rasa bunga telur yang mana lagi cantik? Yang ini atau ini?” Tanya abang. Tangannya menunjukkan dua jenis sample bunga telur.
“Tema abang warna apa?”
“Putih dan emas”
“Kalau macam tu kenapa pilih warna biru dan hijau? Bukan-bukanlah abang ni.”
Aku segera mengambil bunga telur yang bewarna putih dan emas. Cantik bunga ni. Kalaulah aku yang kahwin. Hmm.. sudahlah Dia, relakan dia. Kau pun baru 19 tahun. Mungkin jodoh kau bukan dengan dia. Entah suara halus mana membisikkan kata-kata itu kepadaku.
”Abang yang ni macam mana? Kalau Dia, Dia suka.” Aku mengajukan bunga telur itu kepada abang.
“Perfect. Thank you dear.” Kata abang sambil mengangkat ibu jari tanda bagus.
“Welcome, Rusa” balasku. Abang ketawa sambil menggeleng-geleng kepala.

***************
“Suha, aku ada kerja sikitlah. Nak tulis laporan pengawas ni. kau nak balik dulu ke?” soalku kepada sahabatku Nasuha. Tanganku terus menaip laporan bulanan di komputer ribaku.
Apalah nasib ketua murid sepertiku ini. Ada setiausaha pun pemalas. Sudahnya aku juga yang kena menulis laporan. Kalau nak harapkan dia, alamatnya tak siaplah laporan ni.
“Aku balik dululah kalau macam tu. Aku dah janji dengan mak aku nak teman dia pergi beli barang petang ni,”
“Okey, Bebeh. Sorry tau. Esok aku teman kau ok. “
“No hallah. Tapi kau kena belanja aku makan nasi goreng masa rehat esok.” Balas Nasuha dengan muka selamba ayam dia.
Budak ni asyik nak makan nasi goreng kat kantin tu je. Sedap sangat ke? Ke mak cik kantin tu dah letak candu sampai dia gilakan sangat nasi goreng kantin.
“Janji” aku mengikat janji.
Gerrrdd.. handphoneku bergetar. Mujurlah aku di dalam bilik ketua murid. Boleh juga aku menggunakan handphone. Kulihat ada message yang masuk. Dari abang. Apahal pulak ni? segera kubaca message itu
‘Dia kat still dlm class ke? Abg kat luar pagar skolh ni. Jom pegi mkn.’
Segeraku balas. ‘Wait, 5 min’
Gerrrddd.. sekali lagi message masuk. “Ok.. Cepat sikit ye. ’
Amboi siap dengan senyum lagi. Aku segera mengemas barang-barangku. Nasib baik bilik ketua murid dekat dengan pagar kalau tak  semput aku.
“Hai budak kecil.” Tegur abang. Aku Cuma tersenyum. Dia segera mengambil beg dan buku-buku aku dan membukakan pintu untukku.
“Kenapa tiba-tiba ajak Dia makan ni?” Soalku setelah abang masuk ke perut kereta.
“Saja. Kenapa tak boleh ke? Yalah siapalah abang ni kan?” jawab abang pura-pura merajuk.
“Boleh, apasal pulak tak boleh. Makan free siapa tak suka. Hari-hari abang nak belanja pun boleh. Dah jangan buat muka macam tu. Lelaki kalau merajuk buruk.” Aku menjelirkan lidah kepadanya.
“Jelirlah jelir. Nanti tuhan potong lidah baru tahu.” Ugutnya.
Aku ketawa mengekek. Lelaki ini yang aku cintai. Lelaki ini yang menghiasi mimpi malamku. Lelaki ini sahaja yang berjaya memenuhi ruang hatiku sejak aku beumur  11 tahun lagi. Namun, dia akan berkahwin tak lama lagi. Aku bermonolg sendiri sambil memandang ke wajah abang yang tampan itu.
“Handsome kan? Abang pun kadang-kadang terkejut bila tengok cermin.” Dia bersuara sambil menahan ketawa.
“Ya Allah. Perasannya. Macam mana boleh ada orang yang perasan macam ni kat muka bumi ni?” aku ketawa sehingga sakit perut. Abang juga ketawa setelah melihatku ketawa.  Perasan betullah mamat ni. Masuk bakul angkat sendiri betul. Tapi memang hensem pun. Hehe.
*************************
“Dia aku risau habis ni. Lagi dua bulan nak exam. Sejarah tamadun dunia tema 7 aku tak mahir lagi. Matilah aku kali ni Dia”  kata Nasuha dengan cemas.
“Dah tu takkanlah aku risau setengah habis aje. Kau ni kan Suha. Kalau aku cakap kau sengal kau marah. Tapi kalau aku tak cakap aku sakit hati. Kau focus sampai tema 4 ajelah. Sebab kau kena jawab 4 soalan aje untuk setiap buku. Memanglah  exam akan tanya 8 soalan satu untuk satu tema tapi dah dia minta kita jawab 4 soalan aje focus 4 tema ajelah. So masa dapat dijimatkan. Sengal!” geram sungguh aku dengan Nasuha ni. bukan cikgu tak pernah cakap. Tapi dia sengaja buat perangai lembap-lembap katak dia.
“Sampai hati kau kata aku sengal Dia.Mana ada aku sengal. Aku tak cakap pun aku sengal-sengal. Lenguh adalah. Dari pagi asyik menulis aje.” Balas Nasuha dengan lurus.
“Sahabat. Aku tak sampai hati nak cakap. Tapi nampaknya kau ni memang kena makan vitamin.”
“Eh, aku makan apa. Vitamin C. Alah yang vitamin Champs tu yang ada gambar gajah tu. Aku makan adik aku punya. Bila dia tak ada kat rumah aku makan.” Nasuha begitu bersungguh-sungguh menerangkan jenis vitamin yang dimakannya.
Subhanallah kawan aku ni. Apalah kenanya jadi macam ni? Bila bercakap dengan dia memang sakit aje hati aku. Sengalnya mengalahkan budak tadika. Yang peliknya bila time exam straight A’s pula. Aku terkenangkan alasan Nasuha sewaktu aku bertanyakan sebab dia mengambil tingkatan enam. Pelik juga aku apabila tiba-tiba terlihat dia sewaktu hari pendaftaran tingkatan enam.
“Aku bukan apa Dia. Aku takutlah masuk mana-mana IPT sebab nanti tak ada orang nak kawan dengan aku macam kau. Nanti kita sama-sama mohon U yang sama and ambil course yang sama ok”
“Laa.. Macam tu pulak. Kau kan pandai straight A’s lagi. Tak rasa rugi ke?”aku menyoal lagi
“Kau pun sama kan? Kalau tak disebabkan kau demam masa exam Physics kau tak dapat B. mesti kau dapat A punya. Itu kira straight A’s la tu. Nanti masuk U kau nak ambil Law kan?”
“A’ah. Betullah aku nak ambil Law. Kenapa?”
“Aku pun nak ambil Law” balasnya.
“Baguslah. Kau dengan aku. Wahh.. bestnya.” Kami saling berpelukan.
Lamunan aku terhenti apabila Puan Viraja masuk ke dalam kelas. Kami semua segera memberi ucapan selamat pagi kepada guru sejarah kami itu.
*****************
“Alhamdulillah. Habis dah exam kita. Lepas ni bolehlah kita rehat. Dah sebulan aku tak cukup tidur.”
“Balik ni aku nak tidur sampai esok. Ganti balik semua tidur aku selama ni” Kata Nasuha.
“Kau gila nak tidur sampai esok? Anak dara mana boleh tidur lama-lama” balasku.
“Ada aku kisah?” Eh, dia ni kerek pula dengan aku.
“Suka hati kaulah sleeping beauty. Aku balik dulu. Nanti cuti kau jangan lupa contact aku tau. Alah.. belum  cuti lagi aku dah rindu kat kau.” Aku seraya memeluk Nasuha. Sungguh aku akan rindukan dia jika lama sikit tidak berjumpa.
Kami telah berkawan sejak sekolah rendah lagi. Kini untuk berpisah memang agak berat bagi aku. Nasuha akan mengikut kakaknya ke Jepun selama dua bulan. Air mataku menitis tanpa ku sedari.
“Dah, jangan nangis-nangis. Nanti kitakan boleh skype. Dua bulan aje bukan lama pun. Nanti aku baliklah sini balik.” Nasuha memujukku sambil mengesat air mataku.
“Suha, aku sayang kau tau.”
“Aku pun sayang kau. Sayang sangat. Hmm.. Dia aku kena balik dulu. Sebelum aku pergi aku contact kau ok” kata Nasuha dan memelukku erat.
“Ok. Janji tau.”
“Promise.” Nasuha mengangkat dua jari menandakan janji. Aku tersenyum memandang sahabatku ini.
********************
Telefon bimbitku berbunyi nyaring. Bising betullah. Asal aku nak tengok movie ada je yang nak telefon. Eh! Abang! Aku segera menekan butang hijau.
“Hello.”
“Assalamualaikum”terdengar suara abang dari corong telefon.
“Opsss.. Waalaikumussalam” balasku.
“Dia free tak esok?”
“Esok? Free. Kenapa?” tanyaku.
“Teman abang beli barang boleh?”
“Kat mana? Boleh aje.” Keluar dengan abang takkanlah aku nak cakap tak boleh sedangkan aku sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan abang. Kalau tak dapat jumpa abang jumpa mak long pun jadilah. Hehe
“ Thanks sayang. Kita pergi Klcc. Esok abang ambil Dia pukul 9 pagi ye.”
“Ok. Jumpa esok.”
“Ok Bye busuk.” Busuk? Aku yang wangi ni dikatakan busuk? Hei! Aku pakai minyak wangi dari The Body Shop tau.
Aku terguling-guling di atas katil sambil membayangkan hari esok aku akan keluar dengan abang lagi. Cepatlah hari esok tiba. Cerita korea He’s Beautiful yang bermain di televisyen sudah tidak ku pedulikan lagi.
*****************************
“Abang nak beli apa kat Klcc?” soalku sambil tersenyum.
Pagi tadi sebelum pukul 5 aku sudah bangun. Aku tak sabar-sabar untk berjumpa abang. Selama ini mama yang mengejut aku untuk solat subuh tapi hari ini aku yang mengejut mama dan papa. Sampai mama asyik bertanya sama ada aku demam atau tidak.
“Abang nak beli cincin.” Balasnya.
Aku terpempam ‘cincin’? Perkataan cincin berlegar-legar di mindaku. Ya Allah. Dugaan apakah ini? Aku di ajak untuk membelikan cincin untuk perkahwinan orang yang aku cintai. Sedangkan perkahwinan itu bukan denganku. Aku cuba mwngawal riak wajahku. Air mata yang hampir gugur aku tahan seboleh mungkin. Ya Allah bantulah aku Ya Allah. Janganlah sampai abang perasankan perasaanku terhadapnya.
“Cin.. Cincin? Kenapa? Kak Zu tak sihat ke?”  Percakapanku sedikit tergagap-gagap. Kenapalah abang tak ajak Kak Zu sendiri pergi cuba cincin? Kenapa Dia yang kena pergi? Pelbagai persoalan bermain di mindaku.
“A’ah. Kak Zu demam.” Jawab abang pendek.
Aku hanya mendiamkan diri. Perasaanku bercampur baur. Sedih, kecewa, dan hampa. Semuanya bercampur baur.
“Hmm.. dah sampai” kata abang ketika memakir kereta.
Aku segera turun dai kereta sebaik sahaja abang selamat memakir kereta. Aku cuba untuk berlakon bahawa aku gembira. Supaya abang tidak mengesyaki bahawa aku mencintainya.
“Dia cincin yang mana Dia rasa cantik?” tanya abang.
Aku sibuk melihat satu cincin yang sangat cantik pada pandanganku. Rekaannya sangat unik tetapi ringkas. Permatanya sederhana kecil sedikit tinggi di tengah-tengah dan terdapat permata berbentuk hati mengelilinginya. Rekaannya kecil sahaja tidak terlalu menonjol sepeti cincin-cincin lain yang dihiasi permata yang besar. Namun cincin ini sangat menarik hatiku.
“Cantik. Cik cuba ambil yang ni.” Aku sedikit hampa apabila abang memilih cincin ini. Pasti nanti cincin ini akan menjadi milik Kak Zu.
Tiba-tiba abang menyarungkan cincin itu ke jari manis aku. Jari Kak Zu sama saiz dengan jari aku kut.
“Ahh! Elok muat aje. Cantik. Cik saya pilih yang ni.” Sah memang aku melepas. Selepas ini aku bakal melihat Kak Zu menyalami mesra tangan abang dan cincin idamanku tersarung indah dijari manisnya. Sedihnya...
Selepas selesai urusan membeli cincin. Kami segera bergerak ke kereta abang. Aku berharap sangat untuk segera sampai ke rumah. Hatiku sudah tidak kuat lagi. Air mataku bakal tumpah bila-bila masa.
“Lepas ni kita ke Jalan Tunku Abdul Rahman ya. Abang nak beli tepak sirih. Mak long asyik bising pasal tepak sirih aje.” Aku terkedu. Ke Jalan TAR? Semata- mata untuk membeli barang perkahwinan abang? Sumpah aku tak sanggup.
“Ab.. Ab... Abang. Di... Di.. Dia nak balik ajalah..”suaraku sudah tersekat-sekat. Aku segera memandang ke arah tingkap. Empangan air mataku sudah hampir pecah. Tahan Dia.. tahan..
“Kejap je. Abang janji. Lepas tu abang hantar Dia balik.” Balas abang yang tidak mengerti perasaanku.
“Abang tolonglah hantar Dia balik. Ppp.. Please.” Air mataku sudah mengalir deras. Mukaku masih ku palingkan ke arah luar tingkap. Suaraku juga sudah menjadi sebak.
“Dia. Kenapa ni? Hei.. kenapa ni sayang?” tanya abang yang panik melihatku menangis tiba-tiba. Dia segera menghentikan kereta di bahu jalan.
“Dia kenapa ni? Tiba-tiba aje menangis? Kenapa ni?” tanya abang bertalu-talu.
“Di.. Dia nak balik. Tolong hantar Dia balik.” Tangisanku semakin menjadi-jadi. Aku semakin teresak-esak.
“Dia cuba cakap dengan abang kenapa sebenarnya. Kenapa Dia menangis ni?”Abang menggengam tanganku. Aku semakin sayu mengenangkan dia akan menjadi milik orang lain tak lama lagi.
“Tak.. tak ada apa-apa.”aku masih belum mampu memberi jawapan sebenarnya.
“Mustahil tak ada apa-apa. Kalau tak kenapa Dia menangis? Cakap dengan abang sayang.” Pujuk abang.
“Betul.. tak ada apa-apa. Dia Cuma nak balik.” Balasku.
“Okey kalau macam tu abang hantar kita balik lepas kita beli tepak sireh ye.”
Ya Allah dia ni masih tak faham-faham lagi ke aku tak nak pergi. Senduku semakin menjadi.
“Dia tak nak ikut abang pegi beli tepak sireh ke cincin ke. Apa pun Dia tak nak. Dia tak nak. Dia tak sanggup. Kenapa abang tak ajak Kak Zu sendiri. Dia tak sanggup tengok abang beli barang kahwin abang. Dia tak sanggup.” Aku berkata dengan suara yang tersekat-sekat dek kerana tangisanku.
“Tapi kenapa?” soal abang.
“Abang tolong jangan tanya soalan bodoh tu. Tolonglah. Susah sangat ke abang nak faham Dia cintakan abang? Dia sayangkan abang. Dia tak sanggup tengok abang beli barang kahwin abang sedangkan abang kahwin dengan orang lain. Hati Dia sakit. Abang nak kahwin dengan Kak Zu tapi Dia yang kena pilih baju pengantin, bunga telur, cenderahati, cincin semuanya Dia yang kena pilih. Sedangkan abang kahwin dengan orang lain. ” Aku melepaskan semua perasaanku kepadanya. Sungguh aku langsung tak sedar semua perkataan itu keluar dari mulutku.
“Dia cintakan abang? Sejak bila?”
“Sej.. sejak kecil. Dari Dia 11 tahun sejak abang selamatkan dia dari lemas. Sejak dulu lagi.” Balasku tanpa sedar. Tisu yang dihulurkan abang aku sambut dengan kasar.
“Kalau macam tu. Dia tak cintakan abang. Abang yang perasan sendiri. Abang cintakan Dia sejak umur Dia 5 tahun atau sejak Dia lahir lagi. Abang tak pasti. Yang abang tahu abang cintakan Dia sepenuh hati abang.” Abang memandangku dengan wajah serius. Aku terkedu. Aku memang tidak percaya namun wajahnya jelas meyakinkanku bahawa abang memang mencintaiku.
Ya Allah adakah aku bermimpi? Adakah ini hanya gurauan?
“Abang tak perlu senangkan hati Dia. Kalau abang cintakan Dia. Persiapan ini semua untuk siapa?”
“Untuk kita. Abang baru bercadang nak melamar dia lepas beli cincin. Tapi bila Dia dah terconfess dulu abang cancel lah.” Aku termalu sendiri.
Entah angin monsun mana melandaku sehingga aku terlebih emosional begini. Aku segera berpaling ke arah lain. Aku malu unutk terus memandang wajah abang. Jatuhlah air muka aku selepas ini. Tiba-tiba aku terasa tanganku digenggam. Aku berpaling. Abang sedang menggengam tanganku sambil tangan kirinya memegang cincin yang dipilihku tadi.
“Dia Qistina, sudi tak Dia jadi pelengkap hidup abang? Sebab abang rasa kalau Dia tak ada dalam hidup abang. Hidup abang boringlah. Tak ada orang yang abang boleh usik. Lagi pun abangkan anak tunggal. Bosan betul bila tak ada kawan. Kalau dia jadi isteri abang abang boleh usik Dia hari-hari. Tapi yang penting sekali sebab abang cintakan Dia lebih dari diri abang sendiri. Lagi pulak abang ni kan hansem. Kalau Dia tak setuju Dia rugi tak dapat jadi isteri kepada lelaki yang hansem ni” kata abang tanpa perasaan.
Ni apa punya jenis ayat melamar yang dia guna. Tak profesional langsung. Perasan pulak tu. Hampeh betul.
“Abang kena tanya mama dengan papa dulu. Dia tak boleh buat keputusan.” Aku menjawab.
“Alah pasal dia orang jangan risau semua beres. Family kita semua dah rancang dah perkahwinan kita. 26 Disember 2011 ni kita kahwin.” Abang selamba sahaja menerangkan tarik perkahwinanku.
“Hah! Biar benar. Tapi... tapi..” aku terkejut tahap gaban. Tapi abang sekadar tersengih.
“Betullah sayang. Bulan januari nanti abang akan ke Australia sebulan. Jadi abang takut berpisah lama-lama dengan Dia. So abang suruhlah Ummi masuk meminang Dia. Mula-mula abang ingat dia orang akan bantah yalah Dia kan muda sangat lagi baru 19 tahun. Tapi dia orang setuju pula. Sebab dah memang rancangan dia orang untuk satukan kita berdua dan dia orang tahu abang boleh jaga Dia” Jelas abang yang masih lagi dengan nada selambanya.
“Habis barang-barang tu semua? Kak Zu?”
“Kak Zu tu kawan abang ajelah.Barang-barang tu untuk kitalah sayang. Baju ikut yang Dia pilih. Bunga telur Dia pilih. Dan yang penting sekali cinicn yang abang pegang sampai lenguh ni Dia juga yang pilih. Cepatlah cakap setuju abang dah lenguh ni.”
Hidup ini sungguh unik. Aku ingatkan aku hanya gila bayang cintakan sepupuku. Aku ingatkan aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku ingatkan dunia tidak sedarkan cintaku padanya. Aku ingatkan dia tidak mencintaiku. Tapi. Takdir Allah sungguh unik. Aku akhirnya mendapat cinta yang selama ini aku cari. Yang selama ini aku tunggu.
“Hei! Berangan pula dia. Cepatlah.” Perlahan ku hulurkan jariku. Cincin yang tadi ku sanggka akan menjadi milik orang lain akhrinya menjadi milkku. Sungguh bahagia ini milikku. Cincin itu tersarung indah di jari manisku.
“Encik, ada apa ni encik? Kereta encik rosak ke?” Aduhai.. tiba-tiba pula datang seorang polis bertanyakan keadaan kami. Orang baru nak cintan-cintan dah sibuk. Aku dan abang sama-sama berpandangan dan tersengih.
“Yelah. Tiba-tiba mati pula. Kejap saya cuba hidupkan sekali lagi.” Wah! Tak sangka bakal suamiku ini berbakat dalam lakonan.
“Hah! Berjaya pun. Terima kasihlah encik ya. Selamat menjalankan tugas.” Ujar abang lalu bersalam dengan polis itu. Sah sengal budak ni!
************************
“Aku terima nikahnya Dia Qistina Binti Mohammad dengan mas kahwin 80 ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz aku akhirnya menjadi milik Muhammad Faiq bin Amri. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur ku kepadamu Ya Allah. Mama dan Mak Long segera memelukku erat.
Kulihat abang berjalan kearahku. Tangannya dihulurkan untuk menyarungkan cincin ke jari ku. Selesai menyarungkan cincin aku menyalami tangannya. Dengan penuh kelembutan abang mencium dahiku. Air mataku menitis tanpa dipinta. Sungguh ini bahagia yang ku cari selama ini.
*************************
“Abang tadi Dia pergi klinik. Dia dah jumpa doktor dah.” Kataku kepada suamiku. Abang segera memegang tanganku
“Abang minta maaf tau sayang tadi abang tak sempat bawa Dia jumpa doktor. Abang ada meeting. Sorry sangat-sangat sayang. Abang rasa bersalah sangat.” Suamiku bersungguh-sungguh meminta maaf dariku. Sedangkan aku langsung tidak menyalahkannya kerana aku memahami tugasannya.
“Tak apalah abang. Dia tak kisah. Dia faham abang sibuk.”
“Thanks sayang. So doktor kata apa?” tanya suamiku dengan wajah yang jelas menampakkan kerisauan.
“Doktor kata Dia kena buatan orang” balasku.
“Dia biar benar. Dia pergi jumpa doktor atau bomoh ni? Takkanlah doktor tahu orang kena buatan atau tidak.”
“Betullah bang Dia pergi jumpa doktor. Abang yang buat Dia sakit.” Aku masih cuba berteka-teki.
“Eh, mana ada abang buat apa-apa kat Dia. Abangkan sayang Dia. Tak pernah sekali pun abang cuba sakitkan Dia.” Ucapnya bersungguh-sungguh.
“Cuba abang fikir betul-betul apa abang dah buat kat Dia.” Aku melentokkan kepala ke dadanya.
Kulihat abang serius memikirkan kesalahannya. Hahaha... aku ketawa besar di dalam hati. Lembap juga suami aku ni.
“Tak apalah abang. Tak payah fikir lagi. Hmm.. abang. Tadi Dia ada tangkap gambar tau. Cantik sangat gambarnya. Nak tengok tak? Nah.” Dengan wajah kebingungan abang menyambut gambar yang dimaksudkan aku tadi.
“Gambar apa ni sayang? Gelap kelam aje.” Kata suamiku. Sah! Suami aku sama sengal dengan Nasuha kawan aku.
Aku ketawa seraya menggosok-gosok perutku. Abang terlopong. Wajahnya sungguh terkejut.
“Dia u mean...? Ya Allah betul ni? Betul ke? Maksudnya abang akan jadi ayah?” abang yang tadi duduk terus berdiri memandangku. Aku mengangguk. Abang terus menarikku ke dalam pelukannya.
“Terima kasih sayang. Terima kasih. Abang happy sangat. Terima kasih.” Pelukannya semain erat.
Sungguh bahagia kini milikku. Setelah dua tahun perkahwinan benih hasil cinta kami berada di dalam rahimku. Aku bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. Ku harapkan bahagia ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami. Alhamdulillah Ya Allah.

P/S: sorry cerpen ni cerpen pertama saya. So masih terlalu banyak kesalahan dan kekosongan.. saya akan cuba buat cerpen yg lebih baik lepas ni.. harap korang enjoy baca cerpen ni 

26 comments:

  1. best jln cerita nye...menarik....
    *qis nurraishah .
    #fb

    ReplyDelete
  2. best...smbung lah..
    *farah nadhiraj..(fb)

    ReplyDelete
  3. Nice ...like it

    ReplyDelete
  4. Klu lh sy dpt pengakhiran yg mcm ni...cerita ni best sgt

    ReplyDelete
  5. best best best !!! thats all ! nk kesinambungan dia plizzz

    ReplyDelete
  6. Wahh best ny,If this your first CERPEN ini comment pertama kia for all CERPEN yg kia baca,DAEBAK!!Sweet sangat sangat . Bestcerpen ever

    ReplyDelete
  7. Cerpen nie best la.... Kalau boleh buat lah banyk sikit rintangan dugaan cabaran yg dia perlu lakukan utk dpt suami yg tercinta.... Ataupun buat lain pada yang lain.. Contohnya nasuha tunang faiz ka

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Jalan cerita yg best. Penulisan yg baik. Alangkah indahnya kalo realiti pn mcm tuu. Opp...sori kalo tersilap cakap. I hidap kanser. Last stage. Semua impian n cita2 mcm dah musnah. Happy n senyum sendiri bila baca story2 cm nii. Thanks.

    FB- Nik Mohd Syahran

    ReplyDelete
  11. Best jalan cerite die..menarik..

    ReplyDelete
  12. COMELNYA DIA TU ................
    BEST CRITA NI .................

    ReplyDelete
  13. Torbaikkk ..hahaha sedap sgt .. Penuh semut datang ni , sweet .
    FB- Muhammad Yusuf

    ReplyDelete
  14. cerita yang ringkas tapi memberi kesan yang mendalam... keep it up... memang rare nak jumpe kes2 percintaan yang sebeginin rupa... btw.. nice story.. we are waiting for the another story.. <3

    ReplyDelete
  15. Sweet ceritanya. Tersenyum sambil membaca

    ReplyDelete
  16. Noty for girls 0108468078

    ReplyDelete