Friday, July 12

My Hubby My Lecturer!!! bab 11

“Tasha bangun sayang. Dah subuh ni. Bangun. Nanti tak sempat solat subuh” Mama? Natasha bagaikan terdengar suara mamanya mengejutkannya bangun solat.

 Natasha menggagahkan juga dirinya untuk membuka mata. Kepalanya terasa berat sekali namun dia terlalu ingin melihat siapa pemilik suara itu.  Matanya dibuka perlahan-lahan. Kelihatan Datin Rose duduk di sisi katil. Kepalanya diusap lembut. Mummy rupanya bukan mama. Air mata kembali mengalir perlahan dipipinya. Ya Allah. Apalah yang aku harapkan ni? Tak mungkin mama akan kembali. Aku kena belajar terima kenyataan ni.

“Bangun sayang. Nanti terlepas solat pula. Mari mummy bantu.” Ujar Datin Rose. Natasha dibantu untuk duduk. Panas sungguh badan menantunya itu. Kasihan Natasha. Semalam apabila terdengar berita tentang pemergian kedua besannya dia juga hampir pengsan inikan pula Natasha yang menanggungnya sebagai anak. Natasha yang sedang menangis itu diraih kedalam pelukan. Belakang badan Natasha diusap lembut. Dia cuba memberi semangat kepada Natasha.

“Sabar ye sayang. Mummy ada dengan Tasha ni. Tasha jangan sedih ye. Redha kan pemergian mereka. Insha Allah mereka akan ditempatkan di kalangan orang beriman. Yang penting Tasha kena kuat. Jangan menangis macam ni lagi. Nanti roh mereka tak tenang sayang. Mummy akan sentiasa ada dengan Tasha.Tasha satu-satunya menantu dan anak perempuan yang mummy ada mummy akan jaga Tasha. Mummy janji.” Natasha bagaikan mendapat suatu semangat baru apabila mendengarkan pujukan Datin Rose itu.

 Betul. Walaupun aku kehilangan mama dengan papa. Tapi aku masih ada mummy dan daddy yang sayang aku. Aku tak boleh lemah macam ni. Sekurang-kurangnya aku perlu buat sesuatu untuk mereka. Bangun semula. Natasha mengesat air matanya. Dia memandang tepat wajah Datin Rose. Natasha mengukirkan senyuman paling manis buat ibu mertuanya itu.

“Terima kasih mummy. Tasha bersyukur sebab Tasha ada mummy. Terima kasih sangat-sangat.” Tangan Datin Rose dikucup lama. Syukur Ya Allah kerana kau mengurniakan ibu mertua yang baik begini kepada aku.

“Jangan terima kasih pada mummy sayang. Terima kasih pada dia. Dia yang menguruskan semua hal semalam. Dia yang pergi ke kedutaan menguruskan hal arwah. Dia juga yang jaga Tasha sampai pagi ni. Masa mummy datang tengah malam tadi mummy nak masuk jenguk Tasha pun dia tak kasi. Takut tasha terkejut katanya. Semalaman dia mengaji di tepi telinga Tasha. ” Datin Rose memuncungkan mulutnya ke arah Iskandar yang sedang tidur di sofa.

Natasha juga memandang ke arah Iskandar yang sedang lena tidur. Nampak sangat Iskandar keletihan. Jadi suara orang mengaji yang aku dengar semalam suara dialah tu? Kesian dia. Mesti dia penat menjaga aku semalaman.

“Is dah solat ke mummy?” soal Natasha.

“Belum. Mummy datang nak kejut kamu berdualaah ni. Tasha kejutkan Is sekali ye. Mummy dengan Mak Jah nak buat persediaan untuk kenduri tahlil tengah hari nanti. Mummy turun dulu ye sayang.” Dahinya dikucup Datin Rose dengan penuh syahdu sebelum datin Rose keluar dari bilik itu.

Natasha bangun mendekati Iskandar yang sedang lena tidur di sofa. Lama wajah Iskandar dipandangnya. Mamat tak matured ni baik juga sebenarnya ya. Terima kasih husband. Natsha menundukkan dirinya mendekati muka iskandar dan dahi Iskandar dikucup lembut. Kemudian dia cepat-cepat dia berdiri semula. Bibirnya dipengang dengan senyuman nakal. Gedik kau Tasha!

“Is bangun Is. Kita solat subuh. Is bangun.” Natasha menggoyangkan sedikit ibu jari kaki Iskandar. Cara mengejut orang yang sedang tidur yang diajar mamanya. Iskandar kelihatan menggeliat sedikit kemudian membuka matanya. Iskandar tersenyum sebaik sahaja terlihat Natasha yang mengejutnya. Wah! senangnya kejut dia ni.

“Tasha? Ada apa? Awak sakit ke? Kat mana? Nak saya panggilkan Doctor Zubir tak?”Iskandar segera berdiri dan tangannya segera dilekapkan di dahi Natasha.  Dah kurang panasnya tapi masih panas lagi ni. Pucatnya muka dia. Iskandar menilik wajah Natasha walaupun keadaan bilik hanya diterangi lampu tidur sahaja. Natasha menangkap tangan Iskandar yang masih didahinya itu lalu menggenggamnya. Dia tersenyum kepada Iskandar.

“Is terima kasih atas semuanya. Terima kasih sebab dah bantu uruskan hal arwah. Walaupun jenazah tak dapat dibawa balik ke sini saya tahu dah memang prosedurnya orang yang meninggal di Tanah suci tak boleh dibawa balik. Tapi tetap juga terima kasih. Terima kasih juga sebab dah jaga saya semalaman. Dan terima kasih juga sebab awak tenangkan hati saya bila awak mengaji sepanjang malam tadi. Saya tak pasti saya dapat lalui semua ni kalau tak ada awak disisi saya. Terima kasih.” Natasha mencium tangan Iskandar tanda berterima kasih kemudian melepaskannya cepat-cepat. Malulah ni. Sebulan tak boleh tenung muka dia. Mesti dia tengah gelakkan aku kat dalam hati ni. Uishh.. segan den.

“Saya kan suami awak. Dah memang tanggungjawab saya pun. Awak jangan risau ye. Ni awak kejut saya ni ada apa? Awak sakit ke?” balas Iskandar. Alamak dia cium tangan aku pulak dah. Segan tau ni. Ok Is. Serius. Serius. Cover line sikit. Cover macho. sayalah orang yang paling kacak dalam alam semesta. 

“Taklah. Saya dah ok dah. Saya kejut awak nak ajak solat subuh. Berjemaah jom.”

“Oh nak ajak solat. Saya ingatkan awak sakit tadi. He he he.. Jom”

****

“Tasha aku ucapkan takziah pada kau. Aku nak datang semalam. Tapi Sir Is tak kasi aku datang. Dia kata kau perlu rehat. Dia kata kau demam kuat. Aku pun sedih bila dapat tahu berita ni. Kau tahu ajelah mama dengan aku dah macam anak beranak jugak. Selama aku study kat KL ni dialah yang ambil berat pasal aku. Papa kau pun sama kalau aku sesak dia rajin je bagi aku duit. Memang dah macam parent aku sendiri.” Ara menagis teresak-esak di dalam pelukan Natasha. Masing-masing terlalu sedih dengan pemergian dua insan yang mulia itu.

Namun natasha sudah lebih tenang. Dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan menangisi pemergian mereka lagi. Dia tidak mahu mereka tersiksa lagi. Cukuplah sudah sehari semalam dia menyiksa mereka. Kali ini dia akan bangun semula menjadi Natasha anak yang akan mengharumkan nama ibu bapanya.

“Aku tahu Ara. Aku tahu. Tapi tak elok kita menagisi pemergian mereka. Nanti roh mereka tersiksa. Tak tenteram. Kita kena kuat. Kita kena doakan mereka ye.” pujuk Natasha. sebenarnya. Mana satu yang anak kandung ni? Natasha ke Ara? Ara termakan dengan pujukan Natasha itu. Dia cepat-cepat mengesat air matanya.

Tetamu yang semakin beransur sedikit itu dipandang Natasha.  Alhamdulillah. Ramai yang datang mendoakan ibu bapanya. Matanya meliar mencari Iskandar yang sedari tadi tidak kelihatan. Tiba-tiba matanya tertacap kepada satu susuk badan. Haikal! Ara yang juga memandang ke arah yang sama dipandang. Ara cepat-cepat mengangkat bahu tanda dia tidak tahu akan kehadiran Haikal di situ. Kelihatan Haikal berjalan menghampirinya. Natasha sudah menjadi serba salah. Teringat perjanjian yang diberikan oleh Iskandar. 'Jangan nak menggatal dengan mana-mana lelaki selepas menjadi isterinya'. Macam mana kalau Iskandar salah faham dengan kehadiran Haikal disini?

“Tasha. I’m sorry di atas kehilangan awak.” ujar Haikal sebaik sahaja dia berhadapan dengan Natasha. Wajahnya tidak seperti selalu. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Jelas dia ada sesuatu yang ingin ditanya kepada Natasha.

“Terima kasih. Dan terima kasih sekali lagi sebab sudi datang.” Balas Natasha dengan senyuman. Ara yang disebelahnya juga memberikan senyuman kepada Haikal.

“Eh. Tak ada apalah. Saya risaukan awak sebab tu saya datang. Sebenarnya tadi saya ada Nampak seseorang.  Sir Is. Apa dia buat kat sini?” Soal Haikal tanpa di tunggu-tunggu. Wajah Natasha yang sudah tidak keruan itu dipandang tajam.

Sebenarnya bukan Natasha takut menyinggung hati Haikal jika dia memberitahu hal sebenar kepada Haikal. Tapi dia takut jika Iskandar akan marah jika dia memberitahu hal sebenar. Diakan sudah berjanji untuk tidak memberitahu hal perkahwinan mereka kepada sesiapa. Sudahlah tempoh hari dia sudah tersalah memberitahu Ara sehingga dia menerima hukuman merepek. Takut juga dia jika iskandar marah nanti. Nak cakap Is abang saudara aku ke? Jiran sebelah rumah ke? Tukang kebun aku ke? Pemandu? Err.. Anak kawan papa lah. Jawapan terbaik!

“Sebenarnya. Sir is tu. Sebenarnya dia… Sebenarnya dia..” terkial-kial Natasha cuba memberitahu alasan rekaannya.

“Sebenarnya saya suami Natasha. kenapa awak ada masalah ke saya ada dekat sini?” Iskandar bersuara tiba-tiba. Entah bila pula dia muncul di sebelah Natasha. Dia memandang Haikal dari atas ke bawah. Nak mengorat bini oranglah tu mat jambu ni. Sibuk je dia kat sini. Eh. Tak baiklah Is. Inikan kenduri tahlil. Lagi ramai orang datang kan lagi baik. Astagfirullahalazim..

“ Su.. suami? Suami Tasha?” tergagap-gagap Haikal meminta kepastian. Natasha dipandangnya. Natasha turut mengangguk menandakan kata-kata Iskandar itu memang betul.

“Yup. Saya suami Natasha. Suami yang sah. Yang sahih.” Jawab Iskandar tenang dan tegas. Mat Jambu no more ngorat-ngorat isteri orang ye.

Natasha dah kahwin? Tapi bila? Sejak bila lagi ni? Ya Allah apa semua ni? Tiba-tiba dadanya terasa sebak. Satu-satunya gadis yang dia cintai sudah berkahwin. Selama ini dia bersusah payah melakukan pelbagai perkara semata-mata untuk kelihatan hebat di mata Natasha. Supaya Natasha tertarik dengannya. Dia telah cuba untuk menduduki tempat pertama di dalam semua bidang untuk membuatkan Natasha terarik dengannya. Namun jelas, usahanya itu semuanya gagal.

“Tak adalah sir. Tahniah sebab jadi suami isteri. Saya kena balik cepat ni. Ada hal petang nanti.” Haikal segera menyalami tangan Iskandar. Dia juga sempat memberikan senyuman kepada Natasha dan Ara sebelum cepat-cepat berlalu dari rumah itu. Hatinya hancur sehancurnya.

Natasha mendongak memandang wajah Iskandar dengan penuh kemarahan. Dia ni tak boleh cakap baik-baik ke? Orang tu bukannya datang nak meminang aku pun. Nak sinis sangat kenapa? Iskandar pula hanya tersenyum lebar sambil mengangkat-angkat kening tebalnya bagaikan sudah memenangi suatu pertandingan kemudian pergi meninggalkan Natasha bersama Ara.

“Pak cik tu kenapa Tasha?” soal Ara kepelikan.

“Entah.” Balas Natasha tanpa nada. Matanya masih mengekori Iskandar sehingga Iskandar hilang dari pandangannya. Pelik mamat ni!



16 comments:

  1. hehe..best..baik iskandar....sian plak kat haikal... ^_^

    ReplyDelete
  2. hehe kan.. sengaja je sakitkan hati orang sesuka hati dia

    ReplyDelete
  3. Yahoo, kredit utk is, akhirnya mengaku juga title suami tu, best sgt, pjanjian konon, tapi takut jg org ngorat wife dia.ish ish... dasar lelaki, mulut kata x mau tp hati lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. dalam hati dia dah ada tamanlah tu..

      Delete
  4. wah... baca sambil senyum2 ni....next chapter please..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sorry lambat ni.. sepatutnya dari semalam lg saya tulis chap 12.. tetapi masalahnya tarikan novel Be My Wife membuatkan saya terbusy pulak.. hehe. malam ni saya tulis chap 12 ye

      Delete
  5. congrats sis..mmg best sgt karya sis :) dh pnh bca kt penulisan2u...but till episode 4..sob2.can't wait 4 it...at the end found ur blog..hope u'll be a great novelist in future :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang!!! terima kasih atas sokongan awak.. terharu sebak tak terkata ni.. tak sangka ada yang minat dengan coretan cabuk saya.. terima kasih kerana sudi membaca.. insha allah.. saya akan habiskan novel ni cepat2! hehe.. nanti ajak kawan2 baca ramai2 na..

      Delete
    2. ok.most welcome sis...xde cabuk pun..tp best lg ada..xsbr nk bca yg seterusnya..genre cerita yg sis buat mmg terbaiklh..(daebak) .OK.insya Allah akn sy share dgn kwn2.

      Delete
    3. huhu.. tahnks darling! kiss 44kali.. hehe.. saya akan berusaha tulis sampai habis nih! terharu sangat! huuu.. nanti kalau nak berborak dgn saya bila2 masa add saya kt fb tau http://www.facebook.com/natasha.mohdzulkifli?ref=tn_tnmn
      saya selalunya online 24/7 insha allah.. kalau mata x tidur lah.. hehe.. :D i love u darl

      Delete
    4. berapa bab semuanya dear? ^^

      Delete
    5. hehehe..berapa bab? tak tahulah yang.. saya pun x pasti.. selagi ada idea saya tulis.. tapi cadang saya nak tulis 60 bab.. tengoklah nanti insha allah akan saya cuba :)

      Delete
  6. bile nak trbitkn nvel dye . ?

    ReplyDelete
  7. saya mmg minat membaaca novel...novel ni sangat menarik...saya hbskan masa untuk baca blog...mengharapkan novel ni dapat diterbitkan n dapat diadaptasi menjadi drama...
    #awesome#goodjob#

    ReplyDelete
  8. awesome...hope that this novel will be film...

    ReplyDelete
  9. boleh tak kalau saya nak minta request untuk novel ni kat email saya.saya jarang buka blog...hanya buka email jew setiap hari...banyak yang saya dah lepas...

    ReplyDelete