Sunday, July 14

My Hubby My Lecturer!! bab 13

Ya Allah mana pulak dia ni. Tak nak balik ke? Dah pukul lima petang ni. Jalan jam nanti pukul berapa nak sampai rumah? kat manalah dia ni? Dah dekat satu fakulti aku round. Lepas habis kelas tu duduk ajelah setempat tak payah merayap. Teruk betul! Sudah lah hujan lebat macam ni. Dah basah kuyup aku jadinya. Kalau aku demam kali ni. Siap dia! Aku dera teruk-teruk.

Iskandar memandang ke sekeliling. Pandangannya kabur kerana hujan terlalu lebat .Harapannya dia akan ternampak kelibat Natasha di mana-mana. Tetapi hampa. Sah percubaannya kali ke entah ke berapa dia juga tidak pasti tidak berhasil. Entah ke mana Natasha pergi. Sepatutnya mereka akan pulang bersama selepas kelas. Itu pesannya pagi tadi kepada Natasha. Tapi sejak pukul empat petang tadi dia mencari Natasha tetapi masih tidak ada juga. Sudahlah dia terpaksa meredah hujan untuk ke laman kerana dia khuatir jika Natasha terkandas di pondok belajar yang selalu Natasha duduk apabila menunggunya untuk pulang. Namun usahanya itu ternyata sia-sia kerana tidak ada sesiap di pondok itu.

Batang hidung Natasha yang mancung itu pun langsung tak kelihatan. Pelik betul. Nak telefon, dia segan. Sudahnya hampir satu fakulti dia jejaki untuk mencari Natasha. Rambutnya yang basah kuyup dikibas-kibas beberapa kali dengan harapan tidak akan menjadi terlalu basah. Tapi memang tak dapat nak kering pun sebab memang dia sudah basah kuyup seluruh badannya.

Manalah dia ni. Padahal kelas habis pukul tiga. Sekarang dah pukul lima. Merayap ke mana sampai dua jam? Dia ni memang menduga keimanan betullah. Marah karang menangis. Buntu kepala aku nak cari dia kat mana. Hummm.. Tak boleh jadi ni. Kalau aku tunggu juga kat sini mau panjang macam zirafah tengkuk aku nanti sebab terjenguk-jenguk tengok dia. Telefon ajelah Is. Tak mati pun kau kalau telefon dia. Tak ada lagi dalam rekod orang mati sebab telefon orang.

“Hello. Natasha al-Jannah. Awak kat mana? Saya cari awak dari tadi. Dah pukul lima ni. Tak reti nak balik ke? Awak kat mana ni?” seperti biasa ayat yang keluar dari mulut Iskandar pastilah bertubi-tubi.

“Kat rumah” Natasha menjawab sepatah.

“WHAT? You are at home and I’m waiting for you like a stupid here? Bila awak balik ni? Kenapa tak bagi tahu saya? Balik dengan siapa?” Suhu kemarahan Iskandar naik tiba-tiba. Boleh dibuatnya dia balik. Aku kat sini kuyup mencari dia. Dia boleh balik. Dia ni sengaja menduga aku ke apa ni?

“Dengan Pak Ali.” Sepatah lagi.

Wah! Dia ni memang teringin nak mencetus perang dunia ke? Melampau!

“Kalau dah balik kenapa tak bagitahu saya? Saya dah kata kan pagi tadi. Tunggu saya kalau nak balik. Awak tu dah la tak sihat betul-betul lagi.”

“Sorry.” Belum sempat Iskandar membebel panjang Natasha telah memotong percakapnnya lalu memutuskan talian.

Iskandar memandang lama ke skrin telefon. Err.. sekarang ni aku yang marah ke dia yang marah?




Kedengaran bunyi kereta memasuki garaj. Natasha pasti itu ialah Iskandar. Mesti mengamuk kejap lagi tu. Lantak dialah. Masa marah-marah aku ada dia fikir aku punya mengamuk. Meh sini aku nak tunjuk sikit  siapa yang juga ada hati kat sini. Sesedap rasa dia je nak marah orang aku tahulah aku ni appa yilek. Amma yillek. Tapi tak payahlah nak marah-marah. Natasha meneruskan pembacaannya. Tak kuasa nak layan orang macam tu.

“Assalamualaikum.” Iskandar memberi salam.

“Walaikumusalam.” Jawab Natasha sepatah.

 Matanya masih lagi di novel kegemarannya My Precious Iris karya Melur Jelita novel sinambungan dari I Love You Stupid. Dulu dia harapkan suaminya ialah lelaki seperti Firman Ebrahim di dalam novel tersebut. Lelaki yang sangat baik. Tinggi imannya. Sangat bertanggungjawab. Lembut hatinya. Penyayang. Dan kreditnya ialah sangat kacak dan mempunyai mata yang tersangat indah. Tetapi akhirnya impiannya musnah apabila Firman yang diharapkan tetapi Kim Joo Won lakonan Hyun Bin dalam Secret Garden yang sentiasa menyakitkan hatinya. Persamaan yang ada antara Iskandar dan Firman pujaan hatinya itu cuma ialah matanya yang tersangat indah.

Mata yang boleh membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta. Mata yang boleh membuatkan jantung terlepas satu degupan apabila direnung tajam. Mata yang seperti menyimpan seribu cerita indah dan duka. Mata yang kadang kala kelihatan menanggung kesedihan teramat apabila Iskandar bersendirian. Mata yang seperti menanggung kerinduan yang tak terbendung. Mata yang membuatkan orang ingin menyelam kedalamnya. Bewarna hijau gelap dan redup dengan bulu mata yang lebat dan lentik membuatkan sesiapa sahaja akan tertarik dengannya.

Iskandar yang berdiri lama di depan pintu rumah membuatkan Natasha berpaling memandang Iskandar. Mulut Natasha ternganga luas apabila melihat Iskandar yang basah kuyup dan mengigil sambil memandangnya. Ya Allah! Aku terlupa buka bumbung garaj tadi. Macam manalah aku boleh lupa nak buka bumbung tu? Padahal aku dah tahu dah hujan lebat kat luar tu. Habis basah kuyup dia sebab aku. Apa kau dah buat ni Natasha?

“Ya Allah Is.” Natasha berlari mengambil tuala di dalam bilik air. Kemudian mendekati Iskandar dia cuba mengelap muka Iskandar dengan tuala. Namun Iskandar terus merentap tuala itu dan mengelap badannya sendiri lalu masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya tanpa memandang ke arah Natasha sedikit pun. Mukanya yang tegang membuatkan Natasha kecut perut untuk bersuara. Sah dia marah besar. Aduh!!

Selepas selesai solat maghrib Natasha menuju ke dapur untuk memasak makan malam. Makanan kegemaran Iskandar Spaghetti Bolognese, menjadi menunya hari ini. Maklumlah. Orang dah buat salah. Mesti nak kena minta maaf. Dan nak minta maaf cara mamanya ialah melalui masakan. He he he.. Natasha ketawa senang dalam hati. Sebelum mula memasak dia membuatkan air coklat panas untuk Iskadar kerana dia pasti Iskandar sedang kesejukan di dalam bilik.

Natasha mengetuk pintu bilik Iskandar yang tertutup rapat. Mesti marah benar dia ni. Selama ni mana ada dia tutup pintu bila ada kat dalam bilik. Apabila masih tak ada jawapan dari dalam Natasha membuka pitu bilik itu. Dia memandang ke sekeliling bilik itu mencari Iskandar. Eh. Mana dia ni pergi? Hilang pula dia. Natasha melangkah masuk ke dalam. Mug berisi air coklat panas kegemaran Iskandar itu diletakkan di ats meja di tepi katil. Mana dia ni? Natasha menjenguk ke sebelah sana katil.Natasha tergamam sebentar apabila melihat Iskandar terbaring di atas sejadah di tepi katilnya. Dia bergegas mendapatkan Iskandar.

“Ya Allah! Kenapa ni Is?” dahi Iskandar dilekapkan tangannya. Panas! Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Dia demam sebab aku ni. Iskandar bergerak-gerak sedikit apabila merasakan kehadiran Natasha disisinya. Natasha menarik nafas lega mujur dia bukan pengsan.

“Is kita bangun ya. Baring atas katil. Saya bantu awak. Boleh bangun tak ni? Kita cuba ye. sikit je. Katil tu dekat je. Awak cuba bangun sikit ye.” Natasha menggunakan seluruh tenaganya untuk memapah Iskandar yang tidak bermaya itu ke atas katil.

Mujur Iskandar masih juga menunjukkan respon yang baik. Natasha cuba membaringkan Iskandar di atas katil. Tiba-tiba dia hilang keseimbangan terkial-kial dia cuba menyimbangkan diri. Lalu terjatuh ke atas Iskandar. Natasha cepat-cepat bangun semula. Mukanya merah padam. Malu. Dia ingin segera keluar dari bilik itu untuk mencari ubat bagi Iskandar namun tangannya disambar Iskandar kejap.

“Stay.” Kata Iskandar perlahan. Suaranya hampir tidak kedengaran namun masih dapat didengari oleh mereka berdua.

“Sekejap saya nak pergi ambil ubat dekat bawah. Awak duduk sini sekejap. Sekejap lagi saya datang. Sekejap je.” Natasha cuba melepaskan genggaman tangan Iskandar itu. Namun genggaman itu terlalu kuat untuk dilepaskan.

“Stay. Please.” Sekali lagi iskandar yang masih separuh terpejam matanya bersuara.

“Sekejap je. Sekejap lagi saya naik balik. Saya ambil ubat dan masakkan bubur untuk awak ye. awak mesti lapar kan?”

“Natasha. Just…. stay.” Iskandar menarik tangan Natasha sedikit kuat untuk mendekatinya menyebabkan Natasha jatuh ke atas Iskandar. Iskandar terus menarik Natasha ke dalam pelukannya. Dia menguatkan pelukannya itu membuatkan Natasha lebih rapat kepada dirinya.

Bau harum rambut lurus Natasha itu menenangkannya. Kepalanya yang sedari tadi berdenyut-denyut bagaikan hilang sakitnya apabila merasakan hangat tubuh Natasha. Hilang semua perasaan marah dan risaunya tadi. Marah kerana  Natasha pulang tanpa memberitahunya. Risau kerana bimbang jika sesuatu yang tidak elok terjadi kepada Natasha. Namun sebaik sahaja Natasha berada dalam pelukannya semua perasaan itu hilang serta merta. Damai. Itulah perkataan yang sesuai dengannya sekarang. Perlahan-lahan Iskandar tertidur dengan Natasha di dalam pelukannya.

Natasha yang pada mulanya cuba meronta terkaku apabila melihat nafas Iskandar kedengaran tenang. Dah tidur ke? Niatnya untuk melepaskan diri hilang begitu sahaja bila melihat Iskandar tidur dengan tenang. Wajah Iskandar diletlitinya. Kacak! Itu satu-satunya perkataan yang ada untuk menyatakan wajah Iskandar.

 Wajah yang putih bersih tanpa sebarang parut. Bulu kening yang lebat membuatkan mata yang indah itu kelihatan lebih indah. Hidung yang sangat mancung yang diwarisi dari mummynya. Bibir Iskandar yang merah tanda dia tidak merokok dipandang lama. Natasha tersenyum kecil. Macam manalah bibir yang cantik begitu boleh bercakap begitu banyak kata-kata yang menyakitkan hati orang. Dagu berlekuk Iskandar dipandangnya. Kemudian mata indah yang terpejam itu dipandang semula. Sempurna sungguh wajah ini. Tiba-tiba Natasha merasakan jantungnya berdegup laju. Tangan kanan diletakkan didadanya barulah jantungnya menjadi tenang semula.


Natasha merapatkan dirinya ke dada Iskandar kemudian memejamkan matanya. Bunyi degupan jantung Iskandar menjadi irama yang indah kepadanya. Perlahan-lahan Natasha juga terlelap di dalam pelukan Iskandar. Jiwanya yang resah dan kesedihan beberapa hari ini menjadi tenang- setenangnya. Hujan yang turun dengan lebat menyaksikan kedua suami isteri itu tidur di dalam pelukan masing-masing dengan damainya. 

18 comments:

  1. baru rasa puas sikit baca dik.... hehe... sbb... pjg sket kali ni... hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sorry2.. itu masa tak ada idea tu.. hehe

      Delete
  2. Sayang dengan cik writer sebab selalu update awal! Cerita ni pun semakin best and fun! Chaiyok!
    -Nemo

    ReplyDelete
  3. Yahoo, nmpknya betul la, dlm hati dah ada taman dihiasi rama2 berterbangan. Bestnya.... iskandar ni jagalah... dah sakit ni sure manjannye berlebihan. Sbb suami kalau sakit manjanya mengalahkan anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. rama2 gajah dah lekat dalam hati masing2 terbang2 sekitar perut je..

      Delete
  4. Bab 14 bg byk lg ye scene romantik diaorg ye, release tension bila membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah sayang.. depa skg dah masuk mood rama2 dah tu..

      Delete
  5. aduhh......terkeluar jantung baca n3 kali nie...many more ye....bab 14 plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. x mau.. x mau.. nanti bahaya.. banyak lagi cerita Is dengan tasha x baca lagi...

      Delete
  6. wow best sesangat dengan cik writer sebab selalu up date cerita ni caiyaok

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pun best syg.. selalu baca cerita ni.. i love u.. <3

      Delete
  7. Cepat2 update tau, rindu la kalau tak jumpa is ngan tasha sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah syg.. saya mencuba yg terbaik.. :)

      Delete
  8. excellent n brilliant idea so romantic. xsabar nk bca nx entry.. weldone natasha thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... alamak.. x layak rasanya saya nak dapat pujian macam tu sekali.. coretan saya cuma sebuat tulisan tak terkarya pun.. insha allah saya akan cuba yg terbaik untuk semua pembaca yg sudi membaca.. insha allah

      Delete