Monday, July 22

My Hubby My Lecturer!! bab 17

“Errr.. Awak. bangun solat subuh. Dah nak habis waktu ni.” Natasha mencuit-cuit ibu jari kaki Iskandar.

Pertama kali dalam sejarah dia yang mengejutkan  Iskandar bangun solat subuh. Selama ini Iskandarlah yang mengejut dia. Tapi maklumlah semenjak kejadian luar alam semalam dia tak dapat tidur. Lantai yang menjadi peneman tidurnya sejak semalam terasa begitu keras sekali. Memang pun. Nama pun lantai memanglah keras. Tapi sebelum-sebelum ini boleh aje dia tidur. Malam semalam saja mata dia tak mahu bekerjasama untuk tidur. Terkebil-kebil sahaja sepanjang malam.

Iskandar mengeliat perlahan. Matanya dibuka sedikit sahaja menahan silau. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air apabila terpandangkan Natasha. Dup dap dup dap jantungnya berbunyi. Aku cintakan dia ke? Aku tak boleh cintakan dia. Iskandar bersandar di pintu bilik air. Calm down Is. Everything is gonna be just fine.

Intan! Intan. Macam mana aku boleh lupakan Intan? Aku kan dah berjanji aku tak akan lupakan Intan. Intan cinta pertama aku. Kalau tak kerana kejadian durjana tu mesti Intan yang jadi isteri aku sekarang. Aku kena cuba hapuskan rasa ni dari hati aku. Aku tak boleh biarkan rasa ni terus ada dalam diri aku. Intanlah segalanya. Jangan lupa tu Is.

Selesai memberi salam terakhir Iskandar menadahkan tangannya untuk berdoa. Doa yang biasa dibacanya dan diamalkannya selama ini.

“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah Tuhan Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadaMu kemaafan dan kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikkanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, kedua ibu bapa kami kedua ibu bapa mertua kami, keluarga, serta sahabat-sahabat Baginda. Amin amin ya rabbal alamin.”

Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha yang selesai mengaminkan doa di belakangnya. Natasha memandang tepat ke jari-jemari Iskandar. Kemudian memandang semula kepada Iskandar dengan dahi yang berkerut seribu. Dan beralih kepada jari-jari Iskandar semula.

“Ok. Bersih. Kuku cantik. Berkilat.  Dah kemas dah. Panjang sikit je. Tapi tak apa lepas potong nanti ok balik. Celah-celah kuku semua bersih. Kejap nak bau kejap. Ok wangi. Tak ada masalah. Ok. Saya bagi 8/10 . Lepas potong kuku sikit nanti baru saya bagi 9/10.” Komen Natasha bersungguh-sungguh. Jari-jemari Iskandar ditelek dengan teliti. Setiap aspek diambil kira. Iskandar menjentik dahi Natasha.

“Oitt.. apa ni? Main kepala pulak. Awak ingat papa saya tak bayar zakat fitrah saya ke?” Natasha menggosok-gosok dahinya yang kesengalan. Wajah Iskandar dipandang tajam dari balik tangannya. Sekali lagi Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha. Mukanya beriak tanpa rona.

“Apa?” Tanya Natasha keras. Benganglah ni. Tadi main jentik-jentik. Sekarang main hulur-hulur tangan pulak. Tahulah masa sekolah dulu aku ketua pengawas. Tak payahlah nak suruh aku buat pemeriksaan kuku kat sini. Karang aku denda baru tahu.

“Salam.” Balas Iskandar sepatah. Wajahnya masih lagi tidak berona. Keras semacam. Nak jaga mukalah tu. Takut kena kutuk dah  syok dengan Natasha.

“Hah? Salam?”

“Iye”

“Tak maulah”

“Kena jugak.”

“Tak mau.”

“Kalau tak mau salam. Dapat benda lain.” Ugut Iskandar. Sengaja mmbirukan sedikit ayatnya. He he he ingat senang ke nak mengelat dengan aku ni? Hello. Aku ni lecturer tau. Bukan senang-senang nak buat tak dengar. Natasha yang seram terbayangkan kejadian semalam  terus menyalami tangan Iskandar. Sekadar ambil syarat sudah. Kemudian melepasknannya semula. Tak ada cium-cium ye.

“Ciumlah! Salam suami pun tak tahu ke?” paksa Iskandar sekali lagi. Natasha yang duduk bersimpuh dihadapannya terkebil-kebil memandang Iskandar.

Dia ni dah kenapa? Demam kepialu ke? Ataupun tertelan sabun masa mandi tadi? Tak pernah-pernah suruh aku salam dengan cium tangan dia lepas solat. Kali ni tiba-tiba paksa orang pulak. Aneh semacam dia ni. Natasha menjeling ke arah pintu. Manalah tahu kalau-kalau mummy sedang buat spot-check ke? Logik juga kalau Iskandar berkelakuan begitu. Nak berlakon dengan mantaplah katakan. Tapi masalahnya sekarang langsung tak ada kelibat Datin Rose pun di pintu. Jadi apa tujuan dia buat begitu?

“Nak salam tangan suami pun kena fikir sampai lapan tahun ke? Salam ajelah.”

“Ok. Ok. Nak salamlah ni.” Natasha menyambut huluran salam Iskandar. Tangan Iskandar dicium penuh kudus. Lama dia berbuat begitu. Kemudian barulah dia melepaskannya.  Tiba-tiba tanpa dijangka Iskandar menunduk dan mencium dahinya. Lama. Dengan penuh perasaan yang membuatkan Natasha terasa seperti sangat disayangi. Sebaik sahaja melepaskan ciuman di dahi Natasha Iskandar segera bangun dan menukar baju melayunya. Meninggalkan Natasha terpinga-pinga sendirian di sejadah.



“Hye darl. Good morning. Amboi. Merah semacam muka ni. Penat sangat ke?”  Datin Rose tersengih lebar sampai ke mata.

Iskandar dan Natasha yang baru turun dari tingkat atas memandang Datin Rose dengan senyuman juga. Walaupun dalam hati ada seribu soalan. Mereka duduk saling bersebelahan di  meja makan yang penuh dengan pelbagai jenis makanan bertentangan dengan Datin Rose yang masih lagi tersengih-sengih sampai hampir terkoyak bibir.

Ok ini soalan luar alam ni. Mummy ni dah kenapa? Pelik-pelik punya soalan dia tanya. Err… ke semalam mummy ada Nampak apa-apa?  Adussss…. Eh, entah-entah mummy salah faham kot yang aku dengan Tasha ada buat apa-apa semalam?

“Mummy kenapa siapkan semua ni? Tasha boleh masakkan sarapan. Tasha tak mau mummy susah kat sini. Hari ni je last tau mummy sediakan sarapan. Biar Tasha yang buat semuanya. Daddy tak ada ni lah chance mummy untuk rehat mummy. Kalau mummy buat kerja ni semua juga bukan berehat namanya mummy.  Biar Tasha yang buat semua ni ye mummy.” Natasha cuba mengalih topik. Bab-bab luar alam macam ni memang dia seram nak bekerjasama. Malu lah!

Nasi di lemak di dalam pinggan dicedok ke dalam pinggan Iskandar dan Datin Rose kemudian barulah kedalam pinggannya sendiri. Maklumlah calon isteri mithalilah katakan. Mestilah kena layan suami baik-baik. Kesemua lauk yang berada di atas meja diletakkan kedalam pinggan Iskandar. Terrorlah mummy ni. Walaupun mat saleh, tapi mummy terror masak semua makanan melayu macam ni. Nampak sangat bertapa mummy sayangkan daddy sampai sanggup belajar masak semua makanan ni.

Agaknya bilalah aku nak kecapi kebahagian macam tu? Kalau dengan Is? Nampaknya macam tak ada peluang je. Iskandar yang sedang menyuap makanan dilirik lama. Iskandar pula hanya menunduk mengadap hidangannya sahaja. Natasha mengeluh perlahan.

“Eh, tak apalah sayang. Mummy memang suka memasak ni. Mummy happy tau tengok anak menantu mummy makan macam ni. Mummy tak pernah rasa letih untuk keluarga mummy.” Suara Datin Rose mengejutkan Natasha dari lamunannya.  Natasha terus memberikan senyuman paling manis buat ibu mertuanya itu.



********

Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu

Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikan ku
Hanya satu
Hanya satu
Lagu


“Eh lagu ni!” Natasha terjerit riang. Dia segera menguatkan volume radio. Iskandar yang sedang memandau dengan tenang terkejut mendengar jeritan Natasha itu. Apahal dia ni? Teruja lebih-lebih pula.


“Apasal dengan lagu ni? Biasa aje. Tak ada apa yang best pun.” Iskandar mengomen berbisa. Bibirnya dicebikkan tanda mengejek dan tak suka. Sengaja ingin menyakitkan hati Natasha. Natasha menjelingnya tajam.

“Ini lagu kegemaran Firman.” Jawab Natasha sepatah.

“Apa Firman? Siapa?” Iskandar memandang sekilas kepada Natasha. Watak tambahan lelaki mana pulak dah ni? Tak pernah dengar pun.

“Boyfriend saya. Dia suka lagu ni.” Natasha menjawab selamba.

Iskandar berpaling ke arah Natasha. Hampir saja dia terbabas ke tepi jalan.  Dia memusingkan stereng ke tepi jalan. Takut jika ada kemalangan yang berlaku kerana mindanya sedang beremosi sekarang. Tak mahu dia membahayakan nyawa hanya untuk bersoal jawab dengan Natasha dalam keadaan jiwa yang marah.

Mata indahnya merenung tajam wajah Natasha. Hatinya terasa terbakar. Entah apa alasannya dia tak tahu yang penting dia memang marah. Cemburu ke? Entah tak kuasa nak fikir. Pada waktu sekarang ni dia cuma ingin tahu siapa Firman tu. Biar dia ajar cukup-cukup Firman yang telah berani bercinta dengan isterinya itu. Tak Tahukah hukumnya haram bercinta dengan isteri orang? Tak cukup dengan Haikal. Sekarang Firman pula. Berapa ramai lagi kekasih dia? Berapa ramai lagi lelaki yang sukakan dia?

“Siapa Firman?” soal Iskandar tegas.

“Firman. Boyfriend sayalah. Lelaki yang sempurna dari semua sudut.” Natasha selamba sahaja. Tak kisah pun dia dengan renungan tajan Iskandar itu.

“Tak cukup ke hari tu Haikal. Sekarang Firman pulak. Berapa ramai lelaki yang awak ada dalam hidup awak sebenarnya? Tak cukup lagi saya halau Haikal hari tu? Saya ni siapa dengan awak?” Suara Iskandar keras kedengaran. Nambak benar dia sangat marah. Natasha tersentak mendengar herdikan Iskandar itu. Ada apa ni?

“Iskandar. Saya dah cakap berjuta kali saya dengan Haikal tak ada sebarang hubungan. Kami kawan sekelas je” Natasha bersuara perlahan. Seperti biasa dia tak boleh diherdik. Dia akan menjadi sebak. Anak tunggallah katakan. Tak biasa kena marah.  Air mata mula bergenang di tubir matanya.

“Dah tu Firman pula siapa? Awak sedar tak status awak apa sekarang? Awak isteri saya yang sah. Awak tak boleh nak bercinta dengan mana-mana lelaki. Haram tahu tak! Lagipun awak tak ingat ke perjanjian kita?” Iskandar masih lagi dengan nada mengherdik. Natasha tersentak lagi.

“Perjanjian kita? Perjanjian kita apa? Awak selalu sebut nama Intan dalam tidur awak masih lagi cakap pasal perjanjian?” Iskandar terkedu. Aku sebut nama Intan dalam tidur? Bila? Ya Allah.

“I don’t give a damn about that agreement. Everything that I know I don’t want you to have any relationship with any other man besides me. Stick it in your mind. Now tell me who the hell is Firman?” Iskandar masih lagi kasar berbahasa. Nama Firman benar-benar menaikkan suhu kemarahan dan cemburunya. Bahu Natasha dicengkam. Dia mendekatkan wajah Natasha dengan wajahnya. Biar hanya wajahnya yang ada di dalam mata Natasha sekarang.

“Ouch! Is you're hurting me.” Natasha merengek perlahan. Bahunya terasa sakit dicengkam Iskandar.

“Sorry. I’m sorry. But tell me who the hell Firman is? Let me teach him how to respect your husband.” Iskandar melepaskan cengkamannya di bahu Natasha. Terasa bersalah kerana dia telah menyakiti isterinya. Namun dia masih belum mahu mengalah untuk untuk mengetahui siapakah Firman itu.

“And why did you care so much?”  soal Natasha sinis. Matanya memandang Iskandar dengan sinis.  Iskandar kelihatan terkejut bila mendengar soalan itu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mengelakkan dari bertentangan mata dengan Natasha.

“Nothing.”

“Then, I shouldn’t tell you who is he.”

“You must tell me Natasha!” Suara Iskandar lebih tinggi daripada tadi. Dia benar-benar tertekan dengan kelakuan Natasha.

“But why should I? Firman got nothing to do with you.” 

“Because I love you!” Mereka berdua tergamam lama. Saling memandang antara satu sama lain. Terkedu mendengar pengakuan Iskandar itu. Benarkah in semua berlaku? Iskandar terus menarik Natasha yang masih terkaku ke dalam pelukannya .

“Because I love you. I love you Natasha. I love you  ” Iskandar terus membisikkan kata-kata yang sama berulang kali ke telinga Natasha. Dan Natasha pula terus menerus kaku tanpa sebarang balasan. Apabila tidak menerima sebarang balasan daripada Natasha, Iskandar melepaskan pelukannya perlahan-lahan. Dan meneruskan pemanduannya dengan hati yang kacau bilau dengan pelbagai soalan.  Dia bencikan aku ke? Dia tak boleh terima aku ke? Siapa Firman? Intan pula macam mana? 

 “Tasha. Siapa Firman tu sebenarnya?” soal Iskandar sekali lagi ketika mereka melangkah seiringan untuk masuk ke dalam rumah.

“Hero dalam novel I Love You Stupid dan My Precious Iris.” Balas Natasha selamba kemudian masuk ke dalam rumah meninggalkan Iskandar sedirian di luar. Iskandar ternganga mendengar jawapan Natasha itu. Jadi. Ceritanya sekarang aku kalah dengan watak novel? Apa ni?

25 comments:

  1. GUD JOB MMG BEST N SUKA WEN IS JEALOUS CHAYOKK..CHAYOOKK..NX CHAPT PLSSS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah Is ni memang.. jealous tapi cover line konon.. :P

      Delete
  2. I think...beberapa chapter sebelum nih....Terlalu banyak melalut...you nak kenal kan character terlalu detail...sehingga mempengaruhi pembaca...

    Tapi chapter ni memang hilarious...good job....

    Kena bagi pembaca banyak bermain dengan imaginasi...melain kan macam chapter nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk comment sayang.. comment awk sgt membantu saya.. :)

      Delete
  3. Really love it...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you syg... teruskan membaca lg ye.. ILY

      Delete
  4. Ambik kau is sebijik, nak cover sgt kan dah tcakap, bagus tasha good job, mr arrogant mcm is ni kena buat selalu gni, bru tau isi hati.... teruskan usaha cik writer yg cantik manis... I like

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. itulah ego sgt kn.. x pasal2 diri sendiri yg rugi.. mana ada manis yg.. saya ni huduh orgnya..

      Delete
  5. Is ni kelemahannya bila dgr nama lelaki lain mulalah dia nervous tahap gaban, satu lg kalau tau org puji tasha, cepat2 dia ngaku tasha hak milik mutlak dia, lama2 rasanya semua pakat taudi sebabkan mulut is ni... bkn main lg suruh tasha berjanji bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. cemburu dia kuat sgt.. sbb tu lah kan.. asik je dia kantoi..padahal yg buat janji tu dia..

      Delete
  6. love it....gambate ^^

    ReplyDelete
  7. hahahaha
    kalah jua kau is ngan abg pedas......fighting!!

    ReplyDelete
  8. hahaha.. siapa yang tak kalah dengan abg pedas.. kepedasan memijar.. mestilah.. Divas kan.. kat mana2 pun kena mempromote abg pedas.. menambahkan madu2 lanun yg ada.. :)

    ReplyDelete
  9. hahahaha..ape la is tu.tp cite nie best btul.god job sis

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. eh.. bab 18 dan 19 dah adalah syg.. tunggu bab 20 je

      Delete
  11. Ok, chapter ni the most kelakar.
    I love the part yang dia jealous tu ..
    Good job writer !
    fighting fighting ! :)

    ReplyDelete
  12. Waaa...kesian Is..Tulah benci tapi mau..hahaha...kalah ek...adusss

    ReplyDelete
  13. haha . kelakar . >.< Kalah ngan watak novel :p

    ReplyDelete