Friday, July 26

My Hubby My Lecturer!!! bab 20

“Buat apa baring kat bawah tu? Bangunlah naik atas ni.” Iskandar menjenguk Natasha yang sedang berbaring membelakanginya di lantai dari atas katil.

Amboi-amboi. Siap dengan bantal comforter semua lagi. Dia ingat aku kat atas ni patung cendana ke? Nak suruh aku tidur sorang-sorang kat atas ni. Sesedap rasa je dia nak tidur kat bawah tu.

“Apahal pulak ni? Kenapa pulak saya kena tidur kat atas? Tidur ajelah. Saya mengantuk ni.” Natasha bersuara tanpa berpaling mengadap Iskandar. Matanya sudah separa lelap. Mengantuk betul rasanya. Dia terlalu penat membantu Iskandar mengalihkan barang-barang Iskandar masuk ke dalam biliknya. Sebenarnya bukan membantu pun. Dia sudah lebih kepada didera bagaikan hamba kerahan tenaga daripada Iskandar.

“Natasha al-Jannah. Ingat tak syaratnya? Tidur sebilik. Sekatil. Kalau awak tak nak belajar sendiri naik sekarang” Iskandar bersuara veto. Sengaja berbuat begitu. Natasha kalau digertak barulah dia akan mengikut arahan kalau tidak jangan haraplah dia akan mendengar kata.

Natasha berpaling memandang wajah Iskandar yang sedang menjenguknya dari atas katil. Dia mengetap bibir geram. Ada-ada aje lah dia ni! Tak boleh tengok orang senang sikit! Suka sangat main ugut-ugut.

“Iyelah! Iyelah!” Natasha mengangkat bantal dan naik ke atas katil dengan kasar. Iskandar yang tadinya berada di birai katil ditolak kuat. Geramlah katakan. Matanya dipejam rapat. Tak tahan lagi nak menahan rasa mengantuk yang teramat sangat. Dalam beberapa saat sahaja dia sudah lena.

Iskandar tergelak kecil bila ditolak Natasha dia berbaring dengan selesa. Kakinya dipanggung dan digoyang-goyangkan dengan senang hati. Tidur sekatil yaay! Dia memandang Natasha yang memejamkan mata di sebelah. Eh dah tidur ke? Senang betul tidurnya. Iskandar mengawang-gawangkan sedikit tangannya di hadapan wajah Natasha untuk memastikan sama ada Natasha sudah benar-benar tidur atau tidak apabila tidak mendapat sebarang tindak balas dia terus meraih Natasha dalam pelukannya. Ubun-ubun Natasha yang telah dibuai mimpi itu dikucup lama.

Sayang ni tidur tak buat adab tidur langsung. Terus je lena macam ni. Biar abang yang buatkan ye sayang. Iskandar membacakan tiga Qul dan ayatul Qursi dihembuskan di telapak tangannya dan disapukan ke seluruh tubuh Natasha. Biar tidur isterinya itu dikira sebagai ibadat dan mendapat ganjaran 100 kali mati syahid. Insha Allah. Iskandar memeluk Natasha kemas sebelum dia melenakan dirinya sendiri. Indahnya hidup…



“Bangun!” Natasha terduduk mendengar kuatnya suara Iskandar.  Iskandar yang berlalu masuk ke dalam bilik air dipandang lama. Pelik!

Ya Allah. Mengantuknya. Pukul berapa ni? Matanya mengecil memandang jam di dinding cuba memfokus untuk melihat pukul berapakah sekarang. Pukul dua pagi? Ya Allah apa kenalah dengan Is ni?  Lantak dia lah. Baik aku tidur balik. Natasha baring semula di atas katil. Ah… selesanya…

“Bangunlah!” Keras suara Iskandar kedengaran. Natasha sekali lagi terduduk mendengar suara Iskandar itu. Dia terpisat-pisat memandang Iskandar yang sedang mengelap rambutnya yang basah di tepi katil.

“Kenapa?” Soal Natasha dengan suara serak baru bangun tidur. Rambutnya yang kusut masai dilurut dengan jari.

“Bangunlah study. Kata nak score. Kalau asyik tidur aje macam mana nak score? Bangun mandi sekarang saya tunggu kat dapur. Nak study kena ambil makanan sikit dulu baru boleh masuk dalam kepala apa yang kita belajar tu.” Iskandar mengusap kepala Natasha sebelum berlalu ke meja solek untuk menyikat rambut.

Natasha yang mendengarkan perkataan study terus rasa nak menangis. Awalnya… baru pukul dua pagi. Ngantuklah. Dah la malam tadi tidur pukul dua belas. Takkanlah tidur dua jam aje? Tak nak!!!  Raung Natasha dalam hati. Dia berbaring semula tanpa menghiraukan Iskandar.

Iskandar berpaling laju apabila terpandang Natasha yang berbaring semula dari dalam cermin. Dia menggelengkan kepala melihat telatah Natasha itu. Dia ni memang tau. Kalau bab bangun tidur memang payah nak bekerjasama. Dia berjalan laju mendapatkan Natasha.

“Bangunlah. Tak mau lah macam ni. Kalau awak tidur saya kiss awak. Pilih antara dua. Tidur atau dapat free kiss? Saya dengan rela hati nak bersedekah. Nak ke tak nak? Bukan senang tau nak dapat free kiss macam ni.” tangan Natasha ditarik perlahan untuk mendudukkan Natasha.

Mendengarkan tawaran luar alam Iskandar itu Natasha segera bangun dan berdiri di tepi katil. Iskandar dijelingnya tajam sebelum masuk ke dalam bilik air. Menggatal nombor satu! Iskandar yang mendapat jelingan tajam itu hanya ketawa besar. Kelakar sungguh melihat kelakuan Natasha itu.

Apalah sayang ni. Saya sanggup tau bangun pagi-pagi buta macam ni untuk awak. Padahal bukan saya yang nak ambil exam. Semuanya sebab saya sayangkan awak saya sanggup korbankan masa tidur saya yang berharga tu. Iskandar tersenyum lebar dan terus turun ke dapur untuk menyediakan mushroom soup dan air milo panas untuk Natasha. Petuanya sewaktu belajar dahulu. Apabila ingin belajar wajib makan sedikit untuk memberi tenaga kepada otak. Entah petua dari mana dia dapat yang penting itulah yang dipraktikkan selama ini.



“Malam ni kita akan study paper saya dulu. Hey. Tak maulah lentok-lentok macam ni. Bangun.” Iskandar menahan kepala Natasha daripada terhantuk di meja. Natasha ni memang kalau sudah mengantuk dimana-mana sahaja dia akan tidur.

“Ngantuklah…” Rengek Natasha. Lengan Iskandar yang menahan kepalanya tadi diraih dan dipeluk dengan mata yang terpejam. Entah kenapa dia terasa ingin bermanja dengan Iskandar. Iskandar tersenyum bahagia. Natasha ni betul-betul macam merpati. Kadang-kadang jinak, kadang-kadang terbang tinggi sampai tak tergapai. Namun dia akan pastikan Natasha tetap akan menjadi hak milik sepenuhnya suatu hari nanti.

“Tak bolehlah macam ni. Macam mana nak score nanti? “ Pujuk Iskandar. Dia merapatkan badannya dengan Natasha untuk Natasha letakkan kepala dibahunya. Mengantuk benar nampaknya isterinya itu. Melihatkan Natasha yang nampak sangat tersiksa untuk berjaga itu Iskandar jatuh kasihan.

“Oklah. Tidur dulu sekejap. Pukul tiga setengah nanti saya kejut balik. Ok?” Iskandar mengalah. Tangannya menguis rambut Natasha yang menutup wajah. Natasha mengangguk perlahan dan terus lena semula. Lantaklah apa nak jadi pun. Tidur dulu!

Iskandar mencempung tubuh Natasha yang sudah lena itu dan membaringkannya ke atas katil. Iskandar  mencapai novel kegemarannya The Alchemist dari Paulo Coelho  cerita yang memberikan motivasi yang tinggi. Dia duduk di atas katil dan menyandar di kepala katil di sebelah Natasha.  Iskandar mengangkat sedikit tubuh Natasha dan membaringkannya di atas ribanya. Dia tersenyum sedikit. Rasa bahagia bersemi dalam jiwanya. Biarlah Natasha tidur terus sampai pagi. Tentu dia penat kerana mengemas tadi.  Tak sampai hati rasanya nak kejut dia. Wajah isterinya itu dipandang dengan penuh rasa kasih.



“Is. Yang ni saya tak fahamlah.” Jari Natasha menunjuk ke arah soalan di dalam bukunya.

“Hello cik adik. Apa rule yang diberikan tadi untuk class ni?” Iskandar mengetuk perlahan jari Natasha yang berada di atas buku itu.

“Ok sorry sorry. Abang. Yang ini Tasha tak fahamlah.” Natasha bersuara perlahan. Lidahnya dikeluarkan seperti ingin termuntah. Abang? Menyampah betul dengan Iskandar  ni. Arahan Iskandar tadi terimbau kembali di mindanya.

“Oleh sebab awak tak bangun tengah malam tadi saya ada idea baru untuk dendaan awak. Sebagai lecturer yang berdedikasi dan berwibawa serta berketrampilan tinggi, saya kena! Bagi awak denda sebagai peringatan untuk awak supaya tak buat salah lagi.”

“alah… bukannnya saya sengaja pun dah tak terjaga nak buat macam mana. Bukannya saya memangmerancang tak nak bangun pun… Yelah. Yelah. Okay. Apa dendanya?”

“Mulai sekarang awak wajib panggil saya abang masa belajar. Kalau nak panggil terus sampai bila-bila  pun tak apa. That would be my pleasure.”

“Tapi apa kena mengena dengan pembelajaran kita? Merepeklah awak ni.”

“Natasha this is not a Q&A session. Jangan banyak soal. Ikut aje arahan lecturer.”

“But.”

“But what? Kalau tak nak saya boleh dismiss this class.”

“Ok. Ok. Abang! Abang!”

“Good girl.”

Natasha mengetap bibirnya geram. Iskandar memang suka mengambil kesempatan! Dia pasti bahawa semalam Iskandar memang tidak mengejutkannya. Takkanlah dia tidur mati sampai tak sedar orang kejut langsung? Tak mungkin. Tapi Iskandar kata dia ada kejut. Ke aku ni memang tidur mati betul-betul. Tapi rasanya tak ada. Memang tak ada!

“So Me darl. Apa yang nak ditanya tadi?” Iskandar ketawa besar dalam hati. Memang dia tak ada mengejutkan Natasha langsung. Dia kasihankan Natasha yang terlalu penat bekerja semalam. Tetapi tiba-tiba idea hebat itu muncul memanglah dia gunakan sebaik mungkin. Bila lagi dia nak mendengar Natasha memanggilnya abang? Muehehe…

“Soalan ni. Macam mana nak jawab?” Kasar suara Natasha.

“Err.. panggilan keramat tu macam tak kedengaran je. Apa ye?” Iskandar meletakkan tangannya di telinga kononya untuk mendengar dengan lebih jelas. Natasha menjelingnya sedas.


“Abang. Soalan ni macam mana nak jawab?” Natasha bertanya dengan suara yang dalam dan gigi yang diketap kuat. Sumpah dia geram dengan permainan kotor Iskandar. Iskandar hanya tersenyum lebar memandang Natasha yang nampak benar geramnya sehingga pipinya yang putih melepak kelihatan memerah. Silap-silap haribulan telinganya pun boleh berasap juga. 

26 comments:

  1. thanks darls for the n3 :).. BEST!!

    ReplyDelete
  2. Iskandar dalam time belajar pon dia pasang strategi nak ngorat ye.... Bestlah writer! Sudah jatuh cinta maaa.

    -nemo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. ada je idea dia kan.. macam2 kan?darl dah jatuh cinta dengan cerita ni ke dengan Is ni?

      Delete
  3. Replies
    1. sabar syg.. insha allah saya update.. assignment menimbun sekarang yg..

      Delete
  4. best la.. x sbr nak tunggu next n3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheehe.. sabar yg.. insha allah saya update cpt2

      Delete
  5. huhuhu..best giler citer nie...xsbr nk baca next n3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah x sangka ramai pulak yg kata best gila.. saya rasa x best pun.. nak tulis satu bab pun banyak kali edit.. sabar ye yang insha allah saya update nanti

      Delete
  6. best lah citer ni.. baru start baca harini terus melekat.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. yeke? alhamdulillah.. Selamat dtg ke MHML.. terima kasih sbb sudi membaca.. :) ILY

      Delete
  7. Kenakalan is semakin terserlah... amboi pandai take advantage ye... takpe tasha, ada ubi ada bas, ada hari nnt abg is syg pasti tasha balas.... tungguuuuuuu.betul takcik writer, mana aci asyik tasha je kena kan... kenakah fair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mentang2 lah Tasha ni jenis x melawan.. kena je dia.. hehe.. x apa nanti kita balas sampai Is menangis.. siap dia

      Delete
  8. tak sabar nak tunggu bab 21 , aih can't wait !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak yg.. x mula karang pun lg saya ni.. sibuk g tgk kampung girl.. muehehe.. sabaq na

      Delete
  9. Replies
    1. sabar yang.. saya baru nak mula menulis bab 21 ni

      Delete
  10. Setiap detik yg blalu ada je idea si is nak mengenakan si tasha nakal betul, tu la dulu jual mahal

    ReplyDelete
  11. Waa best best best.. ;)

    ReplyDelete
  12. mana bab 21 ni?? I can't wait anymore :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sorry2 bab 21 ni panjang sikit.. saya baru selesai tulis tadi.. dah post dah..

      Delete
  13. best....rancangan yg hebat is!teruskan usaha...cayokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. nam apun Is... memanglah ada agenda dia tersendiri setiap masa

      Delete