Saturday, July 27

My Hubby My Lecturer!!! bab 21

“Is. Malam ni sahur nak makan apa?” Natasha mengangkat muka dari buku. Penat pula seharian menatap buku.

 Iskandar benar-benar menderanya. Dari celik mata pagi tadi sampailah sekarang pukul empat petang dia dipaksa belajar tanpa henti. Dia cuma diberi peluang untuk berhenti ketika waktu makan dan solat sahaja. Sehinggakan nak ke tandas pun kena bersoal siasat dahulu. Memang mengalahkan Adolf Hitler cara mengajar yang Iskandar praktikkan. Iskandar Kejam!

“Apa tadi? Tak dengarlah.” Iskandar meletakkan jari kelengkengnya di dalam telinga konon-kononnya mengorek telinga supaya lebih jelas pendengarannya.

“Awak nak makan apa sahur nanti? Itu pun tak dengar ke? ” Ok dia ni memanglah suka bebenor menaikkan suhu kemarahan aku. Dah la dari pagi tadi dera aku suruh study macam nak ambil exam dekat Harvard. Penat Tau! Buku di hadapannya diselak kasar. Geram sangat dia dengan perangai Iskandar yang tak habis-habis membulinya dari pagi tadi.

“Tak yang part panggilan nama tu tadi. Tak dengar dengan jelaslah. Apa tadi?” Iskandar yang tadinya berjalan kehulu ke hilir duduk di kerusi di sebelah Natasha.

Niatnya nak mengenakan Natasha yang sedang tertekan itu. Dia suka melihat wajah Natasha yang kemerahan apabila marah. Terlalu indah bila dipandang. Sebenarnya pada Iskandar bila-bila masa pun Natasha memang terlalu cantik baginya. Sejak pertama kali dia berjumpa dengan Natasha lagi. Kenangan pertama kali bertemu Natasha terlayar kembali di mindanya.



“Encik. Pelawat tak boleh parking disini. Parking untuk pelawat kat sebelah sana.” Natasha menegur Iskandar yang baru sahaja turun daripada keretanya.  Iskandar memandang sekilas ke petak parkingnya sebelum membuka cermin mata hitam di matanya.

“err.. sorry sir. But you can’t park your car here. The visitor’s parking is over there. You can see the signboard up there.” Natasha yang menyangka Iskandar ialah orang putih segera menukar bahasanya.

Sangkanya Iskandar bukanlah orang Malaysia. Memandangkan wajah Iskandar yang lebih mewarisi darah inggeris ibunya. Mungkin pelajar antarabangsa tetapi kereta yang dipakai Iskandar bukanlah kereta biasa-biasa. BMW Z4 bukanlah kereta biasa-biasa yang senang dimiliki. Tak takut ke nanti tak pasal-pasal kena sound dengan pak guard sebab parking di tempat penyarah.

“But I’m in rush. I’ll park my car elsewhere offing. Thank you for the info.” Iskandar segera meninggalkan Natasha yang sedang tercengang dengan kelakuan Iskandar itu. Lah. tak nak denagr cakap orang ke?

Sebenarnya Iskandar sudah terlambat untuk melapor diri dan ke kelas pertamanya. Semuanya disebabkan dia tersesat jalan untuk masuk ke universiti. Susah juga bila tak biasa dengan jalan. Tujuh tahun di Cambridge membuatkan dia rencam jalan. Bukannya dia tidak pulang langsung ke Malaysia sepanjang waktu itu. Tetapi selalunya bila dia pulang dia akan dihantar kemana-mana tempat yang dia tidak tahu jalannya  oleh Pak Samad. Inilah susahnya apabila tidak buat survey terlebih dahulu sebelum datang. Akhirnya dia juga yang tersesat dan terlewat.

Selesai melapor diri dia segera melangkah ke kelas yang sepatut dimasukinya. Ketika itulah dia terlanggar Natasha yang sedang minum air di tepi mesin air segera. Habis basah seluruh baju Natasha dengan air Mirinda strawberry ditangannya.

“Sorry sorry miss. Saya tak sengaja.” Iskandar memohon maaf beberapa kali. Wajah Natasha yang hampir menangis itu dipandang lama. Ah! Inilah perempuan di parking lot tadi.

“Habis basah baju saya.” Natasha bersuara perlahan. Ya Allah malunya. Sudahlah bajunya itu bewarna putih. Mujur dia berhijab kalau tidak pasti dadanya yang basah dengan warna merah akan kelihatan dengan jelas. Tetapi memikirkan dia ada lagi dua kelas selepas ini rasa ingin menangis semakin menyerbu.


“Eh.. eh.. tak mau nangis. Cik saya ganti baju awak. Jangan nangis.” Iskandar menjadi kalut apabila melihat air mata Natasha menitis setitik demi setitik. Apa aku nak buat ni?

“Tapi saya ada lagi dua kelas lepas ni. takkanlah saya nak pergi dengan baju macam ni?” Natasha menunduk menahan malu. Mujurlah tidak ada sesiapa selain mereka di situ. Kalau tidak pasti dia menjadi lebih malu lagi.

“Ok. Macam ni. Kat dalam kereta saya ada satu kemeja saya. tapi besar sikit unruk awak . Tapi bolehlah untuk pakai sementara waktu dulu. Class awak pukul berapa? Awak tunggu saya sampai pukul sembilan setengah kita keluar pergi beli baju lain.” Itulah penyelesaian terbaik yang dapat difikirkan oleh Iskandar.

“Pukul sebelas.” Natasha menjawab sepatah. Nak pakai kemeja dia? Malulah. Kemeja lelaki yang aku tak kenal pulak tu. Tapi kalau aku tak pakai takkanlah aku nak masuk kelas dengan baju macam ni. Kalau nak balik rumah mesti tak sempat nak sampai sini semula. Nak tunggu pak Ali sampai kesini semula mesti lama. Akhirnya dengan terpaksa Natasha mengangguk setuju.

Iskandar lega melihat Natasha setuju. Risau juga dia melihat Natasha yang menangis begitu malahan dia juga tak sanggup melihat seorang gadis mendapat aib kerana bajunya basah dengan air bewarna merah. Dia segera melangkah ke keretanya diekori Natasha dari belakang. Baju kemeja putih berjalur ungu mudanya yang tergantung di dalam kereta diserahkan kepada Natasha. Natasha menyambut dengan wajah yang serba salah. Nampak sangat dia terpaksa.

“Pukul sembilan setengah saya tunggu awak kat sini ye.”

Natasha mengangguk sahaja. Dia ingin segera menukar baju. Dia malu berbasah begitu dihadapan Iskandar. Iskandar menganggukkan kepalanya sekali tanda dia perlu segera pergi dan meninggalkan Natasha di situ.

Habis sahaja kelasnya Iskandar melangkah laju ke keretanya. Dia tercengang mekihat Natasha sudah berdiri di belakang keretanya. Wajah Natasha merah menahan terik matahari. Maknanya dari tadi lagi Natasha sudah menunggunya disitu. Kasihan.

Usai membeli baju baru untuk Natasha di butik berhampiran dengan universiti mereka , Iskandar memandu pulang ke kampus semula. Natasha yang sedari tadi menunduk dipandangnya sekilas. Cantik sungguh! Wajah Natasha yang sedang menangis tadi sering terlayar di mindanya. Iskandar segera beristighfar. Apa ni Is? Dengan student pun sangkut ke?


Bunyi kerusi yang ditolak mengejutkan Iskandar dari lamunan. Natasha yang bangun dari kerusinya membuatkan Iskandar turut berdiri. Sangkanya Natasha merajuk. Dia ingin memujuk Natasha. tak sampai hati pula melohat jantung hatinya itu merajuk dibulinya. Natasha yang mendekatinya dipandang pelik.

Natasha mendekati Iskandar sedekat-dekatnya. Kolar baju Iskandar ditarik perlahan supaya Iskandar menunduk kepadanya. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Iskandar sehingga jarak wajah mereka tidak sampai seinci pun. Matanya menusuk tajam ke dalam mata indah Iskandar. Sengaja dia melepaskan perasaan menggoda di situ.

“Abang… nak makan apa sahur nanti?” Soal Natasha dengan nada sangat perlahan dan seksi. Mata Iskandar masih direnungnya dalam. Menggoda sehabis mungkin.

“Errr… na.. nasi.. “ Iskandar tergagap-gagap menjawab. Jantungnya berdegup bagaikan mahu pecah. Sinar mata Natasha terlalu memukaunya. Iskandar memandang bibir Natasha yang basah menggoda itu. Dia mendekatkan bibirnya perlahan-lahan.

Tiba-tiba Natasha menolaknya kuat ke belakang. Iskandar hampir sahaja jatuh ke belakang. Mujur dia sempat menyeimbangkan tubuhnya. Kalau tidak pasti dia sudah tergolek seperti nangka busuk.

“Good. Puas hati tak dengan panggilan saya tu? nak nasi ye? Ok saya masak nasi kandar malam ni. awak mesti suka nasi kandar kan?” Natasha ketawa sambil berlari naik ke tingkat atas. Lagu tema 200 pounds beauty, Beautiful Girl nyanyian Kim Ah Joong terngiang-ngaing di telinganya. Padan muka dia. Suka sangat nak kenakan orang kan? kan dah kena sekali.



“Kita nak ke mana ni Is? Kata nak ke sungai buloh berbuka makan ikan bakar” Iskandar yang sedang memandu dipandang. Namun Iskandar hanya diam sahaja tanpa suara.Natasha mengangkat bahu dan memandang ke luar. Tak kuasa nak layan orang panas baran. Sudahlah awal macam ni dah nak keluar berbuka. Baru pukul dia petang. Macamlah sungai buloh tu jauh sangat.

 Ah lagu Firman lagi! Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk menyanyi sama dengan lagu tersebut Iskandar segera menekan punat off di radio. Mukanya bersahaja bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun diam. Cemburu dengan Firman tak akan sesekali ku lupakan! Natasha mengggelengkan kepalanya melihat gelagat Iskandar itu. Lagu pun tak boleh dengar? Keadaan di dalam kereta kembali sunyi.

“Is. kita nak pergi mana ni? Bosanlah awak asyik diam macam ni. nak ke mana ni?” Natasha mula geram dengan suasana sunyi seperti itu. Kepalanya tepu.

“Saya nak bawa awak pergi jumpa seseorang yang istimewa.”

“Siapa?” Natasha teruja. Manalah tahu Iskandar nak bawanya jumpa dengan artis ke? Maklumlah zaman sekarang ni kan banyak program berbuka puasa bersama artis. Natasha tersenyum gembira. Hai senangnya dalam hati…

“Intan.”

Mati terus senyuman Natasha . Hatinya sebak. Kenapa mesti bawa dia berjumpa Intan? Tak cukupkah Iskandar menyiksanya dengan perkahwinan begini? Tak cukupkah dia tersiksa dengan perkahwinan tanpa rasa sayang antara satu sama lain begini? Tak cukupkah Iskandar igaukan Intan dalam tidur setiap malam? Air mata yang bergenang di mata ditahan supaya tidak menitis. Takut jika Iskandar terperasan bahawa dia menangis.

Iskandar membelok ke kawasan perkuburan. Dahi Natasha berkerut seribu. Pelik. Kenapa ke kubur pula? Intan ada disinikah? Intan melawat kubur siapa? Iskandar yang sedang memakir kereta dipandang lama. Ada apa ni?

Natasha mengekori Iskandar dari belakang sehingga Iskandar berhenti di satu kubur yang bersih dan sekelilingnya dihiasi dengan marmar putih gading. Kubur siapa ini? Entah kenapa dia tak terfikir untuk membaca nama yang tertera di batu nesan. Natasha menurut Iskandar yang duduk di atas tikar yang baru dihamparkan Iskandar. Dia mengemaskan simpuhnya dan menyambut surat yassin yang dihulurkan Iskandar.

“Assalamualaikum Intan. Saya perkenalkan Natasha al-Jannah isteri saya. maafkan saya sebab dah lama tak datang melawat awak. Natasha perlukan saya di sisi dia. Dia mengalami kesusahan kebelakangan ni. Saya tahu awak akan faham. Awak sentiasa memahami. Awak suruh saya berjanji untuk mecintai wanita lain selepas ketiadaan awak. Intan hari ni saya datang untuk melepaskan awak. Saya tahu awak tersiksa di sana sebab saya selalu meratapi pemergian awak. Saya minta maaf. Saya alpa dengan kesilapan saya. saya tak sedar yang sebenarnya perbuatan saya tu hanya menyiksa awak. “ Iskandar terhenti sebentar suaranya serak kerana sebak.

Intan gadis pertama yang dia cintai. Sejak dari zaman mereka berlajar di Cambridge  bersama lagi cintanya dengan Intan bertahan sehigga mereka melanjutkan tamat pengajian bersama-sama. Mereka begitu setia menyemai rasa cinta dan kasih sayang sehingga akhirnya Intan terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan oleh seorang pelajar sekolah yang  tiba-tiba melintas di hadapan kereta yang dipandu Intan ketika Intan ingin menjemputnya di KLIA empat tahun lalu. Iskandar menyalahkan dirinya atas kematian Intan itu. Kalaulah dia tidak bersetuju dengan rancangan intan untuk menjemputnya pasti Intan masih ada lagi sekarang. Namun sekarang dia sedar, ada hikmah di sebalik semua kejadian. Hikmahnya ialah Natasha menjadi Isterinya. Natasha yang mendamaikan jiwanya. Menenangkan semua serabut di hatinya yang telah sekian lama dialaminya.

Natasha terkedu mendengar kata-kata Iskandar itu. Ya Allah! Jadi selama ini aku cemburukan seorang hamba Allah yang telah kembali ke dakapan penciptanya? Berdosanya aku Ya Allah. Malah Intan insan yang mulia pula tu. Intan yang telah menyuruh Iskandar mencintai insan lain setelah ketiadaannya. Ampunkan dosaku Ya Allah. Air mata Natasha mengalir perlahan. Perasaan bersalahnya menggunung dalam hati. Yassin di tangannya dibaca dengan penuh rasa syahdu. Dalam hatinya berkali-kali dia memohon ampun atas kekilafannya itu.

Iskandar mengalunkan bacaan Yassin dengan tenang. Doanya semoga Intan tenang di alam barzakh. Intan saya berterima kasih kepada awak kerana selama ni awak yang mengajar saya rasa cinta dan kasih sayang antara dua jantina. Kerana awak juga saya berjodoh dengan Natasha. Saya rindukan awak Intan. Terlalu rindukan awak. Saya berdoa semoga di akhirat nanti saya akan berjumpa lagi dengan awak sebagai seorang sahabat. Insha Allah…



‘Berbuka ni Tasha nak makan apa?” Iskandar bertanya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu dengan tenang. Dia memberikan senyuman paling paling manis buat isterinya itu. Natasha turut membalas senyuman Iskandar dengan senyuman yang paling manis. Naitnya semoga hati Iskandar yang tadinya bercelaru tenang kembali.

“Saya makan apa yang awak makan.” Jawab Natasha tenang.


 Iskandar tersenyum mendengar jawapan Natasha itu. Nampaknya Natasha sudah mula menerimanya. Tangan Natasha dicapainya dan dikucup lama dan Natasha membiarkannya sahaja. Mukanya memandang ke luar kereta. Iskandar mengucapkan rasa syukur dalam hati kerana dia sudah benar-benar melepaskan Intan dar dalam hatinya. Semoga Intan tenang di sana.

38 comments:

  1. setiap kali celik benda pertama yg sye buat adalah mmbuka blog ni nak tengok en3 baru..citer ni best sngt..mengingatkan sye pda kisah seseorang..hehehe..

    cepat2 smbung yer..dh tak sbr nak bca kelanjutan cerita ni.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... alhamdulillah... dah jatuh cinta pada Is lah tu... insha allah.. tp saya dua tiga hari ni bz skt sbb bnyk assgnmnt nk kena buat.. sabar ye darl

      Delete
    2. agree wif u...setiap masa mesti cek blog nie..tunggu update story..best2 sgt2..xsbr2 nk bca...good novel. n sweet writer gtu :)wishing u best of luck dear.

      Delete
    3. alaaa.. terharunya saya.. terima kasih syg sebab sudi membaca.. :)

      Delete
  2. yezzza...best2 makin menarik cerita nie..tak sabar nak sampai ending...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. lmbt lg tu.. sekarang bru chp 21 saya nk buat 60chap

      Delete
  3. Bestnya cik writer tak sabar nak baca bab seterusnya dan endingnya

    ReplyDelete
  4. Wah, Macam mana exam tasha selepas study yang menyeksakan..?

    Macam mana cara tasha dan Is berhubungan kat Uni...takkan tak ada cerita tu...mesti ada kan..yang sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar yg.. x exam lg tu.. lg tiga hari bru dia exam

      Delete
  5. Best! perjalanan cerita yang bagus! sukalah <3 keep it up!:)

    ReplyDelete
  6. Good job cik writer... nmpknya is dah mbuka pintu hati berdepa luasnya utk tasha... tak ada kg kenangan lalu.... biarlah tersimpan dlm lipatan sejarah... lega rasa tasha dah tahu sape intan... same jg is dah tahu sape filman... tp jelesdgn watak novel tak tahan tul la... lucu bangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kan. alhamdulillah.. tapi nk mencuri hati Tasha tu macam payah je..

      Delete
    2. Takpe cik writer, biar payah skit, sesuatu yg sukar dpt ni nilainya tinggi mcm mutiara jauh di dasar lautan.... tp is ni kan byk strategi for sure tasha kalah jg nnt... apepun syg cik writer sgt2 coz mceriakan hari dgn watak is n tasha... love u dik

      Delete
    3. hahaha.. saya pun syg awak juga darl.. terima kasih sbb sudi membaca

      Delete
  7. Tp is ni jagalah pasti pas ni lg byk idea nk kenakan tasha... tp bagus jg sbb perkara2 ini akan mengikat diaorg ke fasa seterusnya dlm sebuah perhubungan... tak gtu cik writer

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah.. is kan jahat berjin.. ada je idea dia nk kenakan tasha.. :)

      Delete
  8. Sweet Tasha.. keep it up!! Really love this story.. jatuh cinta plak dgn Iskandar n Natasha ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yeah!! ada jgk yg jatuh cinta akhirnya...

      Delete
  9. Tak sabar rasanya nak peluk novel ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri x sabar rasanya nak ada hasil tulisan sendiri dibukukan... minta2 Allah berikan rezeki

      Delete
  10. bestnye..xsbr nak baca bab seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ye yang.. saya x tulis pun lg chap 22

      Delete
  11. bestnyer citer nie..xsbr nk tnggu n3..wakat iskandar dlm citer nie wt sy jtuh cinta laa..mcm jtuh cinta kat watak firman aka abg pedas...huhuhu..:) and xsbr juga nk tau ape ending citer nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaa.... akhirnya ada juga yg jatuh cinta dgn Is...

      Delete
  12. Jumpa e-novel ni, and i'm hooked instantly...
    Best sangat jalan cerita dia...

    ReplyDelete
  13. salam sis, penat marathon ni dr lps sahur....
    best sgt citer ni....
    ade rezeki bukukanlahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. waahh yeke? lama bebenor bacanya.. alhamdulillah awak sudi membaca.. insha allah.. kalau ada publisher yg sudi membukukan.. :)

      Delete
  14. bestnyer....speechless btul...selalu melawat blog nie.xsbr ut k tunggu episod seterusnya..merinduimu...hihi...harap romantica de amor lebih byk antara tasha n is..love ur work dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Ya Allah.. semuanya dtg dari Allah tu.. saya bersyukur x sangka ada ramai yang sudi membaca... terima kasih sbb sudi membaca ye yang..

      Delete
  15. maaf... bab ni mcm nvel cinta kontrak ckit... pegi kubur kekasih lama n mak ayah heroin meninggal dunia...

    ReplyDelete
  16. mesti tasha yang budak sekolah melintas tu. psl tasha, intan mati. huehuehue

    ReplyDelete