Tuesday, August 27

My Hubby My Lecturer!!! bab 33

“Penat cinta?” Natasha hanya mengangguk lemah bila mendengar suara Iskandar.

Kepalanya diangkat sedikit. Kelihatan Iskandar sedang sibuk mengangkat beg masuk ke dalam bilik pakaian. Ahhh.. selesa sungguh katil yang empuk dan tersangat luas ini. Bau udara laut membuatkan dirinya tenang. Selasanya… Natasha mengepak-ngepakkan tangan dan kakinya berkali-kali. Luas sungguh katil ini. Saiz apa ye? Katil di rumahnya saiz king tetapi katil ini lebih luas lagi dari katilnya. Ah.. lantaklah. Yang penting katil ni tersangatlah selesa.

Iskandar menghempaskan diri di sebelah Natasha setelah selesai meletakkan beg baju di dalam bilik. Bukannya tak ada butler yang boleh membuat kerja itu. Tetapi dia sengaja tidak mahu butler itu berada di dalam bilik ketika ini. Waktu ini hanya untuk mereka berdua.

“Sayang kenapa tak buka tudung dulu. Sakit kepala nanti.” Pipi Natasha diusap lembut.

“Penatlah abang.” Natasha merengek. Dia menoleh memandang Iskandar yang berbaring di sebelahnya.

“Penat? Penat apanya? Abang yang angkat semua beg kan sayang.” Iskandar tergelak kecil.

Nak penat apanya? Dari KL lagi dia yang mengangkat semua beg. Natasha hanya berlenggang membawa beg tangannya sahaja. Sepatutnya yang mengadu penat itu ialah dia bukan Natasha. Hidung Natasha yang mancung ditarik lembut.

“Sakit… tak maulah tarik hidung kita. Tahulah hidung kita tak mancung terpacak macam hidung dia.” Tangannya laju menggosok hidungnya. Kemek hidung aku!

“Dah tu. Penat tak bersebab kenapa?” Iskandar menarik Natasha kedalam pelukannya. Mahu hilangkan semua rasa penat yang bertamu.

Penat kerana dari pagi berkejar ke aiport. Mujur ada Pak Ali yang menghantar mereka. Kalau tidak pasti mereka terlambat. Kemudian sampai ke Terengganu terpaksa pula mengambil teksi ke Jeti Merang. Kemudian naik pula bot ke pulau redang ini. Bukan dia tak boleh  menaiki kapal terbang terus ke lapangan terbang Redang. Tetapi dia sengaja mahu mencipta kenangan dengan Natasha. Sengaja mahu merasa penat berjalan jauh bersama.

“Penatlah bang. Tasha tak biasa naik bot. Tasha jadi pening. Itu yang penat tu.” Natasha menerangkan keadaan sebenar. Tetapi sebenarnya bila dipeluk Iskandar segala penat yang dirasainya tadi bagaikan hilang serta merta. Sayang suamilah katakan.

“Kesian isteri abang. Meh sini abang bukakan tudung.”

Iskandar terus duduk. Kepala Natasha diangkat dan dibaringkan ke atas ribanya. Dengan berhati-hati dia menanggalkan tudung isterinya. Rambut Natasha yang panjang diuraikan supaya lebih selesa. Kemudian dia berbaring semula di sebelah Natasha dan memeluk isterinya itu semula. Natasha menghadiahkan ciuman di telapak tangan Iskandar.

“Tidurlah sayang. Petang nanti kita bangun makan.” Iskandar bersuara lembut.

Dia pun terlalu penat sebenarnya. Rasa kantuk semakin menguasai dirinya bila suhu air cond menyejukkan bilik itu. Akhirnya mereka berdua terlelap dalam pelukan masing-masing. Mujur mereka sempat menunaikan solat jamak ketika di jeti tadi. Kalau tidak pasti mereka terlepas solat asar.



Natasha menggeliat sedikit. Lega rasanya dapat tidur menghilangkan penat di badan. Iskandar di tepi dirabanya. Eh tak ada? Natasha segera membuka mata. Iskandar tak ada? Di mana dia? Ya Allah. Dah gelap ni. Pukul berapa ni? Jam di dinding dipandangnya. Pukul tujuh setengah! Aku tak solat maghrib lagi. Natasha segera berlari ke bilik air. Tak ada masa nak mencari Iskandar sekarang. Solat lebih penting.

Selesai memberi salam Natasha meraup tangan ke mukanya. Bunyi dari ruang tamu membuatkan Natasha tahu yang Iskandar berada di dalam chalet itu. Natasha buat tak endah. Dia meneruskan bacaan doa dan zikrullah. Lega rasanya kerana sempat menunaikan solat maghrib. Natasha menjamakkan solat maghrib dengan solat Isyak supaya senang untuknya ke mana-mana selepas ini dan tidak takut kerana melewatkan solat. Telekung dibuka dan dilipat. Kemudian diletakkan semula ke dalam bilik pakaian.

Natasha menuju ke ruang tamu untuk mencari Iskandar. Perutnya bergangnam style kerana  kelaparan. Kali terakhir dia makan ialah selepas solat zohor semasa di jeti Merang tadi. Malam ni nak makan apa ye? Nak kena check ni apa yang sedap dekat The Taaras. Dekat Terengganu ni apa yang sedap ye?  Nasi Dagang pun sedap. Keropok lekor. Slurp… sedapnya semua tu.

“Abang.” Natasha memanggil Iskandar apabila melihat Iskandar tidak ada di ruang tamu.

Matanya melilau ke sekitar ruang tamu. Malah ke balkoni juga direnungnya. Iskandar memang tak ada di situ. Pelik. Rasanya baru sepuluh minit lepas dia terdengar bunyi dari ruang tamu. Dia pasti Iskandarlah yang berada di ruang tamu itu tadi. Dia cam dengan bunyi tapak kaki Iskandar. Tetapi di mana Iskandar? Takkanlah dalam sekelip mata Iskandar hilang macam chipsmore.

“Abang.” Panggil Natasha sekali lagi.

Natasha menyelak langsir yang menutup sedikit pandangannya dari balkoni. Tak ada juga. Ke mana dia? Natasha melilau lagi mencari Iskandar. Entah ke mana dia pergi. Tadi ada sekarang hilang pula. Tiba-tiba matanya tertangkap sebuah kotak berwarna coklat terletak elok di atas sofa. Natasha segera mendapatkan kotak itu.

Kotak apa ni? Rasanya waktu masuk tadi tak ada kotak ni pun. Cantik betul kotak ni. Wangi pulak tu. Untuk siapa ni? Tak ada nama pun. Nak curi tengok sikit boleh? Hik hik… Dia memandang ke kanan dan kiri. Cuba tengok line clear atau tidak. Muehehe..

Natasha membuka kotak itu. Mulutnya ternganga melihat isi kotak itu. Tangannya sedikit terketar mengeluarkan isi kotak itu. Subahalallah.. cantik sungguh sehelai gaun labuh bewarna putih dan  lavender pink. Gaun yang indah berlengan panjang dan dihiasi dengan hiasan manik dan lace yang serba indah. Beserta dengan sehelai selendang half moon bewarna lavender pink yang sarat dengan hiasan manik yang pelbagai. Natasha terpegun melihat indahnya gaun itu. Rekaannya ringkas tetapi sangat indah.

Selendang yang berada di dalam kotak dikeluarkan. Tiba-tiba sekeping kad jatuh dari dalam lipatan selendang itu. Natasha segera mengangkat kad yang telah terjatuh di atas lantai itu. Tulisan ‘Kepada Cinta’ yang berada di hadapan sampul kad jelas menunjukkan tulisan Iskandar membuatkan Natasha tersenyum. Kad itu dibuka dengan berhati-hati. Kad kulit. Kad ini akan disimpannya sampai bila-bila. dia berjanji.

Cinta. See you at the beach.
p/s: Please don’t be late hon. I’m starving to death. Gwiyomi.

Natasha tergelak besar bila terbaca perkataan gwiyomi di akhir kad itu. Apa pulak kena mengena dengan gwiyomi ni. Lawak betullah dia ni. Natasha segera menuju ke dalam bilik untuk menukar baju. Malam ini dia akan berhias secantik mungkin untuk Iskandar. Malah dia ingin berhias lebih cantik daripada sewaktu mereka bernikah dulu.

Bedak, celak, maskara, pembayang mata, pemerah pipi, gincu, semua dikenakan diwajahnya. Mujur dulu Ara pernah bertutorial kepadanya. Kerana kata Ara dia perlu melawa di hadapan suaminya. Kalau tidak mahu comot juga wajahnya malam ini. Maklumlah, tak pernah mengenakan make up sendiri. Segalanya terasa kekok. Tetapi dia gagahkan juga perasaan kerana dia ingin kelihatan cantik di hadapan Iskandar malam ini. Biar malam ini menjadi malam yang istimewa buat mereka.

Natasha melilitkan selendang di kepalanya, mujur Iskandar memilih half moon. Kalau Iskandar memilih selendang jenis panjang payah dan lama juga dia terpaksa melilit. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul lapan. Kasihan Iskandar pasti dia lapar. Natasha memandang figurannya sekali lagi di dalam cermin. Dia tersenyum dengan hasilnya sendiri. Bolehlah dari tak ada. Natasha segera menyambar telefon bimbitnya dan segera keluar dari bilik chalet. Natasha tergamam bila terdapat sepasang kasut bertumit tinggi berada di hadapan pintu.

Aduh… nak kena pakai kasut ni ke? Tak laratlah nak jalan nanti. Tapi cantiknya kasut ni. Warna sama dengan baju. Corak  hiasan dia pun sama dengan yang ada kat baju. Pandai juga Iskandar ni memilih barang. Semuanya sepasang. Dari kepala sehingga ke kaki. Semuanya sedondon. Mahu tak mahu Natasha terpaksa juga menyarungkan kasut itu. Dia melangkah dengan penuh yakin dengan misi mencari Iskandar di tepi pantai.

Kat mana sebenarnya aku nak kena cari dia ni? Aduhai.. dah dekat pukul lapan sepuluh minit ni. maknanya dah sepuluh minit aku menapak tepi pantai ni. Dia ingat pantai ni kecik ke? Bagitahulah tempat yang spesifik sikit. Senang aku nak cari. Tak pun buat anak panah ke tunjuk kat mana dia. Ini tidak. Dah naik patah dah kaki aku ni berjalan sepanjang pantai ni. Sudahlah pantai ni sunyi je. even terang benderang pun seram aku. Bulu romanya mula meremang. Segala cerita yang tak elok mula berlegar di mindanya.

Aduhai encik kepala tolonglah bekerjasama sikit. Sengaja je nak buat aku takut tahap gaban kan. Natasha mula berpaling untuk ke chalet semula. Cadangnya dia ingin menyuruh butler yang bertugas menjaga chaletnya untuk menghantarnya ke tempat Iskandar.

“Sayang.”

 Natasha hampir terjatuh bila ditegur dari belakang. Jantungnya terasa mahu gugur ketika itu juga. Hilang semua semangatnya buat seketika. Dia terkaku sebentar. Dia berpusing ke arah suara itu. Nafas kelegaan dihelanya. Iskandar rupanya. Iskandar segera dipeluknya. Hilang semua rasa takut yang dihadapinya sebentar tadi.

“Hey sayang. Kenapa ni? Terkejut sangat. Dari jauh abang nampak sayang pusing nak balik ke chalet itu yang abang terus kejar sayang tu. Dah. Dah jangan takut abang ada ni.”

 Iskandar mengusap-usap belakang Natasha. Natasha yang sudah kembali tenang merungkai pelukannya. Selendang dikepalanya dibetulkan sedikit. Dia mendongak memandang Iskandar. Senyuman yang manis diberikann kepada Iskandar.Dia masih tak lupa dengan rancangannya tadi untuk kelihatan cantik dihadapan mata Iskandar.

Iskandar terpegun memandang Natasha. Ya Allah! Cantiknya dia! Selama ini Natasha memang terlalu cantik baginya. Tetapi pada malam ini, Natasha terlebih luar biasa cantiknya. Terlalu cantik sehingga dia tak mampu bersuara. Matanya hanya meneliti setiap inci wajah Natasha. Setiap inci terlalu cantik baginya. Tak ada sebarang cela. Jantungnya berdegup kencang lebih kencang dari yang selalu dialaminya. Sehingga dia sendiri dapat mendengar bunyi degupan jantungnya walaupun bunyi ombak menghempas pantai agak kuat.

“Abang. Tadi abang kata abang lapar. Jom kita makan.”

Suara perlahan Natasha menyedarkan Iskandar semula. Iskandar tersengih mengenangkan dirinya yang terpegun luar biasa dengan kecantikan isterinya. Rambutnya yang disisir rapi diraup ke belakang. Baju tuxedo hitam yang dipakainya dibetulkannya sedikit untuk menyembunyikan sengihannya tadi. Malu jika dilihat Natasha yang dia terpegun dengan kecantikan Natasha. Eh. Nak malu apanya. Dia kan milik aku sepenuhnya. Apalah aku ni pun.

“Oh sorry sayang. Jom kita makan. Abang dah sediakan tempat istimewa kat depan sana.” Iskandar menunjukkan jarinya ke hadapan tanda tempat yang patut mereka tujui.

Iskandar menghulurkan lengannya untuk dipaut Natasha. Natasha menyambut huluran Iskandar dengan senang hati. Mereka berjalan beriringan di tepi pantai yang diterangi degan cahaya bulan penuh. Natasha cuba mengawal langkahnya yang agak tidak teratur kerana memakai kasut tinggi di atas pasir pantai. Kasutnya asyik tenggelam di dalam pasir dari tadi. Nak buka kasut pula dia takut jika kaki dan hujung bajunya akan kotor. Akhirnya dia terpaksa menahan rasa tidak selesa itu sahaja.

“Kenapa sayang?” Iskandar menunduk memandang Natasha yang kelihatan agak tidak selesa.

“ Tak ada apa. Cuma, kasut ni asyik jerluslah. Susah sikit Tasha nak jalan.” Natasha menunduk memandang kasutnya. Kemudian memandang Iskandar semula. Iskandar juga turut memandang ke kaki Natasha.

“Laa.. kenapa tak cakap dari tadi. Meh sini.”

Iskandar terus mencempung Natasha dan dia berjalan dengan penuh gagah. Natasha yang berada di pangkuannya di pandang dengan penuh rasa cinta. Matanya yang indah itu turut dipandang Natasha. Rasa bahagia memenuhi seluruh jiwanya. Malam ini dia akan mencurahkan semua rasa cintanya kepada Natasha. Itu azamnya.



Natasha terpegun melihat tempat yang disediakan oleh Iskandar. Entah berapa kali punya terpegun malam ini pun dia tak pasti. Yang pastinya terlalu banyak kejutan yang dia terima. Khemah beratap rumbia dan dihiasi dengan kain putih disertai dengan meja dan kerusi bewarna putih yang dililit dengan bunga lili putih dan dihiasi dengan taburan bunga mawar merah di merata tempat membuatkan tempat itu tampak begitu indah sekali. Lilin bewarna merah hati di atas meja juga membuatkan suasana begitu romantik sekali. Jari-jemari Iskandar digenggamnya kuat. Sungguh. Dia bahagia saat ini.

Iskandar bangga melihat Natasha kelihatan gembira dengan persediaannya. Dia berbangga kerana telah membuatkan Natasha gembira. Dia juga turut bahagia. Senyuman Natasha. Kerlingan mata Natasha. gerak tubuh Natasha semuanya membuatkan dia bertambah jatuh cinta kepada isterinya itu. Kerusi di tempat duduk Natasha ditarik. Dia mempelawa Natasha duduk. Dia turut duduk di kerusi di hadapan Natasha.

 Iskandar mengangkat tangannya tanda menyuruh makanan disediakan. Segalanya telah dirancang dari petang tadi lagi. Dia telah berurusan dengan pihak resort untuk menyediakan tempat terbaik ini buat mereka malam ini. Sebaik sahaja Natasha tidur petang tadi dia segera keluar untuk menyediakan kejutan buat isterinya seperti yang dirancangnya sebelum datang ke sini. Beberapa hari dia habiskan untuk mencari lokasi terbaik buat bualn madu mereka ini. Akhirnya The Taaras resort menjadi pilihannya kerana memiliki chalet khas di tepi pantai dan mempunyai privasi yang tinggi. Dia sukakan itu.

Lagipun pihak resort mudah menyediakan lokasi makan malam istimewa di tepi pantai kerana mereka mempunyai kawasan pantai yang luas milik mereka. Jadi tidak menjadi masalah bagi mereka untuk menyediakan semua itu degan bayaran yang setimpal. Sudah lama Iskandar merancang untuk makan malam dengan Natasha dalam suasana begitu. Akhirnya tercapai juga.

Makanan dihidangkan oleh pelayan membuatkan Iskandar tersentak dari lamunan. Dia tersenyum memandang makanan yang tiba. Rasa lapar yang dirasainya sejak tadi seperti memaksanya untuk makan dengan segera. Dia mempelawa Natasha untuk makan. Mereka berbual mesra sepanjang waktu itu. Ada sahaja perkara yang menjadi bahan bualan mereka. Natasha asyik ketawa dengan lawak tak cukup akal yang diutarakan oleh Iskandar. Iskandar memang sengal!

Natasha mengelap mulutnya dengan napkin. Kenyang rasanya menghadap makanan kegemaran Iskandar yang kini juga menjadi makanan kegemarannya, spaghetti Bolognese. Ahh… kenyang yang teramat ni. Kalau macam ni selalu gemuk aku. Eleh. Padahal selama ini dia makan sebanyak mungkin tak pernah gemuk pun. Kalau dah memang baka kurus taka da maknyanya nak risau gemuk. Arwah mamanya dahulu sehingga tua pun badan masih solid tanpa perlu dijaga.



“Sayang. Shall we dance?” Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha. Tubuhnya dibongkokkan tanda menghormati pasangan.

“But I can’t dance. I don’t know how.”

“Tak apa. semua orang boleh menari. Jomlah.” Iskandar masih lagi menghulurkan tangannya menanti disambut Natasha.

“Hurrrmm.. Tasha tak boleh menari. Tapi Tasha ada tengok cerita Innocent Step. Mungkin itu boleh membantu.” Natasha berkata selamba.

“Haha… boleh je sayang. You just follow my step. Insha Allah ok.” Iskandar ketawa besar mendengar kata-kata Natasha. Ada ke kata macam tu.

Natasha mengetap bibir mendengar tawa Iskandar.  Betul apa. Kan dah kata memang tak tahu nak menari. So the best way it to practice what we saw from movie. Itu pun kalau berjayalah. Kalau tak Berjaya tutup muka sampai esok pagi. Tapi minta-minta berjayalah. Kalau tidak buat malu je. Keturunan Syed Firdaus Akhlam tak tahu menari sampai terpijak kaki orang. Adusss.. malu tujuh keturunan.

Huluran tangan Iskandar disambutnya. Mereka berjalan sedikit ke tepi khemah. Tiba-tiba lagu You and Me berkumandang entah dari mana Natasha tak ambil kisah untuk tahu. Yang dia tahu, dia kini berada di dalam pelukan Iskandar dan kakinya mengikut rentak kaki Iskandar untuk menari. Sah! Automatic dia tahu menari. Lagu yang indah itu terus berkumandang membuatkan mereka tenggelam dalam suasana romantik.  

Lagu you and me habis berkumandang digantikan dengan lagu She yang dinyanyikan oleh Elvis Castello. Dan terus berganti dengan lagu lain yang Natasha tidak lagi ambil tahu apa tajuknya dan siapa penyanyinya. Yang dia tahu dia kini tenggelam dalam rasa bahagia yang terlampau. Mereka menari dan terus menari sehingga lagu tiba-tiba berhenti.


Natasha memandang ke dalam cermin setelah selesai membersihkan diri. Bibirnya terus menerus mengukir senyuman bila teringatkan sesi bergambarnya tadi. Berpuluh-puluh keping gambar di rakam oleh pekerja resort. Nanti boleh buat kenangan kata Iskandar. Kenangan terindah. Losyen yang berada di atas meja solek di tuang ke tangannya dan disapukan di tangan dan lehernya. Biar dia sentiasa wangi dan berkulit lembut.

Natasha merebahkan diri di atas katil. Lega rasanya dapat berbaringan. Tapi rasa mebgantuk masih belum muncul juga sedangkan jarum jam telah menunjukkan pukul satu pagi. Ini semua sebab tidur petang tadi lah ni. Kenangan bersama Iskandar tadi terlayar kembali di mindanya. Bahagia. Hanya itu satu sahaja perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaannya ketika ini.

Bunyi pintu bilik air mematikan lamunan Natasha. Iskandar yang keluar dari bilik air memberikan senyuman kepadanya. Natasha mengerutkan dahi. Iskandar ni kalau keluar tak pernah reti nak pakai baju dulu. Sengaja nak tayang sculptured six pax dia dekat orang. Ini tidak kalau keluar bilik air selalunya pakai seluar je. Apalah salahnya masa bawa seluar masuk bilik air bawa sekali baju masuk. Kan lebih sopan dan tak menggugat tuan punya mata yang memandang tubuhnya.

“Nak tidur dah ke sayang?” Iskadnar menyoal.

“Tak lah tak mengantuk lagi.”Natasha menjawab sepatah. Senyuman manis diberikan kepada Iskandar.

Iskandar berlalu ke dalam bilik pakaian. Baju t-shirt hijau muda senada dengan gaun tidur Natasha diambilnya. Dia keluar semula dari bilik itu dan menuju ke meja solek pula. Rambutnya disikat rapi. Natasha yang sedang sibuk membelek telefon bimbitnya. Seronok dia pakai handphone Samsung galaxy note III senang nak baca e-novel kan. Aku ni pun dia tak layan. Natasha di dekatinya. Dia duduk di sisi katil di sebelah Natasha.  Telefon bimbit yang berada di tangan Natasha diambil dan diletakkan ke tepi. Wajahnya Natasha pandang dengan pelik. Kenapa pulak ni? Kedua belah tangan Natasha digenggam erat. Matanya memandang tepat ke dalam mata Natasha.

“ Assalamualaikum cinta. Malam ni. Izinkan abang?” Iskandar meminta izin dengan suara yang perlahan dan tertib.

“Wa… waalaikummusalam..” Natasha tergagap.

Lama Natasha terdiam. Matanya masih terus meratah mata indah Iskandar. Cuba mencari keihklasan di situ. Akhirnya dia mengangguk perlahan. Iskandar menarik nafas lega. Ubun-ubun Natasha dikucup lama. Sepotong doa yang diajar ketika dia pergi ke kursus perkahwinan dengan Natasha dahulu dibacanya.


Kucupannya beralih ke dahi Natasha, mata, pipi, dan akhir sekali bibir mereka bersatu. Lama sehingga mensyahidkan semua rama-rama mereka entah untuk yang ke berapa kali. Hujan rintik-rintik yang turun di luar chalet seperti merestui mereka berdua malam itu. Dan malam itu berlalu indah dengan penyatuan cinta dua insan di bawah redha Ilahi.

Sunday, August 25

Muehehe..

sayang2 semua.. disebabkan saya sibuk membantu kakak sepupu saya menguruskan majlis dia sebagai wedding planer persendirian, saya x dapat nk update bab baru.. tp mlm ni insha allah saya akan update lg..
jadi disebabkan saya jarang dapat berada di blog mai2 add saya di wechat.. wechat id saya natashanadira...
nanti feel free to chat me ye.. nak audio chat pun bulih.. tp kalau suara saya x sedap jgn gelak tau.. muehehe..

I Loveeeeeee you!!!

Saturday, August 24

Sayaanngg!!!!

Asalammualaikum syg2 semua.. ada berita gembira.. Alhamdulillah dgn berkat Allah ptg tadi ada email dari KaryaSeni tawarkan saya untuk jalani penilaian terbit...Hanya Allah yang tahu bertapa gembiranya saya..terima kasih atas sokongan anda semua.. saya terharu dan sebak tak terkata.. Sokongan anda semua selama ini  banyak membantu saya mencoret.. dan terima kasih juga telah mencecahkan pembaca sehingga 100 000 sejak malam tadi.. hanya Allah yang mampu membalas semua sokongan dan doa anda itu.. Terima Kasih!

p/s: kakak sepupu saya nak kawin dlm beberapa hari ni..so saya sebagai sepupu terdekat akan sibuk membantu menguruskan majlis.. sorry kalau x dapat update selalu.. i love u..

Friday, August 23

My Hubby My Lecturer!! bab 32

Natasha cuba menahan angin yang menderu kuat ke mukanya. Inilah sebab utama kenapa dia tak suka naik bot. Dia tak suka angin yang menderu-deru laju  ke mukanya dan kesibukan dirinya mengawal tudungnya yang bila-bila masa akan terbang. Tambahan pula rasa takut kerana bot itu laju dan juga takutkan laut yang luas membuatkan dirinya sering berfikir dua kali untuk menaiki sebarang bot. Sebab itulah setiap kali bila di ajak oleh kedua ibu bapanya untuk menaiki bot ke mana-mana pulau dia akan menolak. Dia tak sukakan suasana di atas bot.

“Cinta meh sini.” Iskandar mengamit tangannya ke arah Natasha. Cermin mata hitam yang menutupi matanya diturunkan untuk memandang dengan lebih jelas.

Natasha mengerutkan dahinya memandang Iskandar yang sedang berdiri gagah dan tegap di hujung bot. Beraninya dia ni. Kalau jatuh macam mana? Tetapi Subhanallah… Kacaknya dia. Rasa nak makan dia hidup-hidup biar tak ada orang lain boleh tengok kekacakan dia. Eh. Dah macam kanibal dah pulak aku ni. Astagfirullahalazim…

“Tak mahulah abang. Datanglah sini. Bahaya kat situ. Karang jatuh macam mana.” Natasha mengamit semula. Takut membayangkan jika Iskandar benar-benar terjatuh dengan keadaan bot yang meluncur laju di atas laut.

“Eh jatuh apa pulaknya sayang. Meh sini. Pegang tangan abang ni.” Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha.

Natasha akhirnya terpaksa mengalah apabila melihat Iskandar yang bersungguh-sungguh mengajaknya. Dia menyambut huluran tangan Iskandar dengan terpaksa. Air liur yang ditelan terasa begitu kelat sekali. Jantungnya berdegup kencang. Seram teramat rasanya ketika ini. Cuba bayangkan kalau terjatuh dalam air laut tu. Ya Allah seramnya. Sudahlah taraf berenang aku ni taraf budak baru belajar berenang je.

“Jangan takut sayang. Abang ada ni kan.” Iskandar meyakinkan Natasha yang jelas kelihatan takut. Matanya dikerdip tanda memberi semangat.

Natasha terkial-kial memanjat dek bot yang agak tinggi itu. Tangan Iskandar dilepaskan untuk memegang tiang di dinding bot itu. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya kerana memakai skirt hari ini. Skirt yang asyik menyangkut pergerakannya kerana ditiup angin kencang menyukarkan pergerakannya. Sepatutnya dia memakai seluar seperti yang disarankan oleh Iskandar sebelum mereka bertolak dari rumah pagi tadi. Sekarang kan dah susah nak memanjat. Kalaulah terselak kainnya pasti dia akan malu besar dengan pemandu yang sedang sibuk mengawal stereng bot. Natasha menunduk untuk membuka kasut yang dipakainya. Mungkin lebih senang untuknya memanjat dek itu.

Tiba-tiba dia terasa tubuhnya melayang ke atas dek tersebut. Darahnya berderau bila dirinya melayang dan angin laju menyerbu ke mukanya.  Iskandar mengangkatnya dengan mudah ke atas dek itu. Entah bila Iskandar berada di belakangnya dia pun tak perasan. Iskandar mengangkatnya seperti mengangkat sesuatu yang sangat ringan. Natasha segera berpaling menghadap Iskandar setelah selamat berada di atas dek itu.

“Terkejut Tasha abang ni.” Natasha mengurut-ngurut dadanya.

Iskandar tergelak melihat Natasha yang jelas pucat. Dia juga turut memanjat hujung dek itu. Pinggang Natasha dipaut dan Natasha ditarik merapatinya. Dia memeluk Natasha dari belakang. Sengaja ingin memberi keberanian kepada isterinya itu. Natasha cuba mengundur dia terlalu takut dengan air yang menderu laju dibelah kelajuan bot. Takut jika terjatuh ke dalam laut itu.

“Shhh… jangan takut abang ada. Rapat sini.” Iskandar memeluk Natasha dari belakang. Pinggang isterinya itu dipeluk kejap.

Timbul rasa berani dan selamat dalam hati Natasha. Iskandar selalu memberikan rasa selamat kepada dirinya. Dia tersenyum. Kelakar memikirkan dirinya sendiri. Dulu benci yang teramat terhadap Iskandar menguasai dirinya tetapi sekarang pula dia sentiasa inginkan Iskandar berada di sisinya. Kalau boleh dia ingin sentiasa berada di dalam pelukan Iskandar.

Jari jemari Natasha digenggam lembut. Sesekali Iskandar bermain jari jemari itu. Tudung Natasha yang beterbangan ditiup angin dibiarkan sahaja menyapa mukanya. Senang dengan bau Natasha yang baginya sentiasa wangi dan menenangkan jiwanya. Terima kasih sayang sebab sudi hidup dengan abang.

“Sayang nak titanic tak?” Iskandar melaung sedikit melawan bunyi air yang kuat.

“Titanic apa?” Natasha kepelikan.
Nak titanic apanya? Ini bot layar biasa je nak titanic bagai. Takkanlah nak bawa dua orang penumpang pun sampai nak kena naik titanic. Melampau betul. Sudahlah titanic tu dah karam. Tak romantik langsung. Kalau Oasis of the Seas kapal layar terbesar di dunia tu nak juga aku. Bunyi pun gah sikit. Apalah Iskandar ni.

“Titanic lah sayang. Cuba depangkan tangan.” Iskandar bersungguh-sungguh menyuruh Natasha supaya bertitanic bersamanya. Dia turut mendepangkan tangan dan memegang tangan Natasha dari belakang.

“Laa.. titanic ni ke? Tasha ingatkan apalah tadi. Gayatlah bang.” Natasha merapat lagi ke badan Iskandar.

“Close your eyes cinta. Feel the wind. Feel the smell of the salty air. Feel the melodious sound of water. You’ll love it.” Suara Iskandar berbisik di telinga Natasha.

Natasha menurut kata-kata Iskandar. Matanya dipejam rapat. Hatinya ditenangkan tanpa sebarang rasa takut. Dia cuba merasakan hembusan angin. Merasakan bau udara yang masin . Menghayati bunyi air yang merdu dibelah kelajuan bot. menghayati rasa hangatnya pelukan seorang suami. Menghayati bunyi degupan jantung Iskandar yang selalu menenangkannya.

Sungguh, dia tenggelam rasa cinta yang indah buat suaminya. Semua rama-rama di dalam perutnya terasa mengepak kuat. Terlalu kuat dengan segala rasa yang berdebar-debar. Segala rasa cinta, kasih, sayang, rindu, segalanya bersatu dalam dirinya. Membuatkan dirinya tidak keruan. Natasha membuka matanya. Dia berpaling dan segera memeluk Iskandar.

“Abang. Tasha rindukan abang.” Entah kenapa dia teresak tanpa dipinta.

“Cinta kenapa ni? Abangkan ada kat depan cinta ni. Tak mau nangis macam ni. Kenapa ni?”

Iskandar menjadi kalut melihatkan Natasha yang tiba-tiba menangis. Kenapa dengan Tasha? Rindu? Aku kan ada depan mata dia. Ya Allah kenapa ni? Jantungnya berdegup kencang. Ada sesuatu tak baik yang berlakukah?

“Tasha rindu abang. Tak tahu kenapa. Tak kira masa Tasha rindu. Tasha jatuh cinta pada suami sendiri. Sampai setiap saat Tasha tak boleh tak tengok abang Tasha tak suka macam ni..” Natasha mengesat air matanya.

“Laillahaillalah sayang ni. Buat abang takut tau. Abang ingatkan apalah tadi. Baguslah macam tu sayang. Setiap saat setiap masa jatuh cinta dengan suami sendiri. Dapat pahala apa jatuh cinta dengan suami sendiri. Kan itu namanya menyenangkan hati suami. Kalau Tasha cintakan abang kerana Allah kan dah dapat pahala percuma kat situ.” Iskandar tergelak kecil. Dahi Natasha dikucup lembut.

“Tapi Tasha tak suka setiap saat rindukan abang. Abang ada depan mata Tasha lagilah Tasha bertambah rindu. Rindu yang tak terbendung. Setiap saat jatuh cinta.”

“Tasha tak suka ke jatuh cinta dengan abang? Tak suka rindukan abang?” Suara Iskandar mengendur. Rasa kecewa memenuhi hatinya.

Kenapa Tasha rasa tak suka rindukan aku? Kenapa tak suka jatuh cinta dengan aku? Tak layak ke aku ni untuk dia? Tak cukup baik ke aku ni untuk dia? Aku ada buat salah apa-apa ke? Iskandar mula terasa hati. Rasa tak tentu arah mula memenuhi seluruh hatinya. Salah aku dimana?

 Iskandar memalingkan wajahnya memandang ke arah lautan yang luas. Tak sanggup rasanya untuk memandang wajah Natasha yang pastinya akan membuat dia lebih kecewa. Pelukannya dirungkaikan. Dia menjauhkan diri sedikit dari Natasha. Ingin melegakan sedikit rasa hatinya yang sedang gundah ketika ini.

Natasha berasa bersalah melihat Iskandar yang seperti sedang kecewa. Dia mendekati Iskandar semula. Pipi Iskandar dipengang dengan kedua belah tangannya. Wajah Iskandar ditundukkan dan dia memandang tepat ke dalam mata Iskandar yang indah. Dia menyelam sehingga ke dasarnya. Jelas kelihatan limpahan rasa cinta di dalam mata itu.

Sangat indah sehingga Natasha terpegun buat seketika. Warnanya yang coklat kehijauan dan bulu mata yang lebat dan lentik membuatkan ianya tidak jemu dipandang. Namun Natasha kalah juga dengan renungan yang tajam menikam. Jantungnya berdegup kencang setiap kali dia menyelami mata indah itu. Dia pasti akan kalah. Dia menunduk seketika memandang kakinya kemudian dagu Iskandar dikucup hanya setakat itu saja yang dia sampai setelah berjengket.

“Bukan tak suka. Tapi Tasha takut kalau abang tak ada. Tasha takut kalau abang tak ada depan mata Tasha selalu. Sedangkan sekarang pun abang ada depan mata Tasha. Tasha dalam pelukan abang pun Tasha rindukan abang. Tasha rasa Tasha dah terkena penyakit angau. Tak boleh berenggang dengan abang walaupun sesaat. Kalau boleh Tasha nak lipat-lipat abang lepas tu gantung jadi rantai kat leher Tasha biar selalu dekat dengan hati dan nadi Tasha.” Natasha berkata siap dengan gaya melipat sesuatu. Dia tergelak kecil melihat Iskandar yang sudah tergegilkan mata. Alahai senangnya nak pujuk dia.

“Amboi dia. Sedap-sedap je nak lipat-lipat abang. Ingat abang ni kertas origami ke nak main lipat-lipat? Gigit nak.”

Natasha terjerit bila diacah Iskandar. Nak lari dia takut terjatuh dalam laut. Nak duduk diam takut digigit Iskandar. Iskandar bukan boleh dibuat main. Sudah beberapa kali dia digigit kerana Iskandar geramkannya. Kalau hanya digigit tak apa. Ini tidak selalunya akan diakhiri dengan kelakuan luar alam Iskandar yang akan membuatkan semua rama-ramanya syahid entah untuk kali yang keberapa pun dia tak tahu. Sudah tidak terkira kali keberapa.  Akhirnya dia hanya mampu menolak dada Iskandar dari mendekatinya. Vampire punya suami!

“Ha ha ha.Nak lari mana dia. Ada hati nak lipat-lipat orang. Orang acah nak gigit pun dia dah naik cuak. Takut kena kiss lah tu. ”

Natasha cuba didekati lagi. Sengaja mahu mengusik. Hilang semua rasa gundah gulananya tadi. Hampir gugur jantungnya bila Natasha berkata begitu. Mujur bukanlah seperti yang dia sangkakan. Kalau tidak mati kering di situ juga. Masakan tidak. Dia cintakan Natasha dengan sepenuh hati. Tetapi Natasha pula tiba-tiba tidak suka untuk jatuh cinta kepadanya. Buat seketika dia terasa seperti hatinya dihiris-hiris.

“Mana ada kita cuak. Kita jaga air sembahyang je.”  

Takut-takut Natasha memberi alasan. Takut untuk berundur lagi kebelakang. Biarlah tidak munasabah atau munasemenanjung pun alasan itu dia tetap juga menegakkan keadilan. Natasha anak Syed Firdaus mana boleh berlagak takut. Jatuh kredibiliti nanti. Tapi kalau nak membiarkan sahaja mahu pengsan dia diatas bot itu.

“Ha ha ha...  air sembahyang? Yang dari tadi bersentuh, berpeluk, bercumbu dengan abang tu valid lagi ke air sembahyang sayang tu? Pakai hukum mana tu sayang?” Keningnya diangkat-angkat sedikit. Pandai nak beri alasan ye. Tak takut konon.

Natasha hampir tersedak. Aduhai alasan buat malu keluarga ni.

“Eh ye ke? He he he..”

“Meh sini dia.”

Natasha ditarik mendekatinya. Apalah daya Natasha cuba melawan. Badannya hanyalah separuh badan Iskandar. Akhirnya dia terpaksa merelakan diri mendekati Iskandar.  Iskandar memandang tepat kedalam mata Natasha.  Seluruh rasa cinta dan sayangnya dicurahkan kepada sang isteri. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa dia cintakan isterinya itu. Lebih agung dari cintanya kepada arwah Intan. Bercinta dengan redha Illahi sungguh indah. Pucuk hidung Natasha dikucup lama. Rama-ramanya terasa mengepak terlalu perlahan. Terlalu hanyut dengan rasa cinta yang membuak sehingga tak mampu untuk mengepak kencang.


“Uhibubki Fillah cinta. Insha Allah selamanya.”  Iskandar berbisik perlahan namun masih dapat didengari Natasha walaupun tenggelam timbul dengan bunyi deru air yang kuat.  Natasha memejamkan mata. Merasakan setiap degup cinta dari suaminya. Sungguh hatinya terlalu gembira ketika ini. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya ketika itu.

Tuesday, August 20

Sorryyyyyyy...

WAAAAAAA!!!!!!saya x boleh nak update cerita baru due to internet prob.. masalah... Saya x boleh nk update sesuatu yg lebih dari 200 words.. saya dah tulis banyak bab tapi x boleh nk update.. saya minta maaf... waaaa.... sedihnyaa....

Saturday, August 17

To My Dear Darl

Assalamualaikum darling2 semua.. maaf sbb dah lama saya mendiamkan diri x mengupdate.. x membalas comment.. bukan saya nak berkurang ajar, sombong, berlagak bagus, tak suka nak layan orang dan sama waktu dgnnya.. no no no..

Sebenarnya hari tu saya bz dgn exam.. tiga malam x tidur lsg menghadap buku yang tak sudah.. Alhamdulillah saya dapat menjawab walaupun ke laut sedikit.. muehehe.. pening menjawab soalan yang terlalu mencabar minda saya yang x mau bertindak dgn baik..

Tetapi alhamdulillah.. mungkin berkat saya berusaha Allah beri ganjaran.. Terima kasih kepada lecturer saya yang bermulia hati memberi saya  A 4flat untuk salah satu subject saya.. Jasa Sir yang dah mengajar saya dua sem berturut2 dan memberi saya A 4flat dua sem berturut2 hanya Allah saja yang mampu balas.. Sir tetap cute dihati saya.. muehehe..

Apa2 pun mulai saat, detik dan waktu ini! saya akan mula pulun menulis.. kalau boleh sebelum saya habis cuti sem 7hb nanti saya akan habiskan semua bab ni.. darling2 saya yang disayangi tolong doakan saya berjaya ye..

err... baru2 ni ada yang kata pada saya mereka rasa rimas dengan lagu yg berkumandang x henti2 dalam blog saya.. sbb saya bubuh lagu yang autoplay so dia memang x berhenti2 pasang selagi x cukup putaran 4 kali.. but dun worry.. ada cara nak berhentikan lagu tu.. roll ke bawah sekali.. anda akan nampak player dia.. then dekat situ ada butang pause.. tekan je butang tu lagu akan berhenti sendiri.. Tatapi! hehehe.. ada jugak kadang2 tu lagu yg saya masukkan x ada player dia.. yg itu saya pun x tahu cara nk berhentikannya.. so cadangan x bernas yg saya boleh bg ialah dgn cara tekan butang mute pada lappy.. hehehe.. sorry..

dan juga ada jugak aduan yg mengatakan blog saya ni x dapat nk diekses.. x dapat nk bukak ke chap2 yg terbaru..await pun saya x tau.. tp memang betul jumlah pengekses memang jatuh banyak dari dua hari sebelum raya sehingga ke hari ini.. tp td saya dh cuba set up balik.. insha Allah akan ok.. :) kalau masih x boleh jugak nanti beritahu saya di FB ye.. nanti saya p report kat encik google..

apa2 pun.. terima kasih kerana sudi membaca..Jasa anda yang sudi membaca akan sentiasa saya kenang.. Insha Allah saya akan lebih2 selalu update.. yg menjadi permasalahannya sekarang cumalah line internet yang tersangat2 slow tak tahu apakah sebabnya..menyebabkan saya selalu tergive up nak update memandangkan x dapat nak save n update cerita tu..

Kepada pembaca2 dari negara2 selain Malaysia.. saya sayang anda semua! sungguh ni! Saya x sangka akan ada pembaca dari luar negara.. tp bila ada yang comment yang beri tahu mereka dari negara lain dan saya check audience source.. Subahanallah.. rupanya ramai pembaca dari merata negara.. dari Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Australia, US, Hong Kong, UK, Rusia, Norway malah dari negara Oppa, Korea Selatan pun ada hehehe dan negara2lain yang terlalu bnyk untuk saya sebut... walaupun saya x tahu sama ada pembaca2 tersebut merupakan rakyat Malaysia yang berhijrah ke sana atau pun memang rakyat sana.. tetapi saya sangat2 berterima kasih atas kesudian anda semua untuk membaca coretan cabuk saya ni.. terima kasih semua.. sob.. sob.. sob... saya terharu... terima kasih sekali lagi.. :D

Thursday, August 15

My Hubby My Lecturer!!! bab 30

“Sebab tu lah mummy cakap sayang. Kalau orang melayu yang masak rendang ni memang rasa dia sedap luar biasa. Air tangan orang melayu tu sendiri yang jadikan rendang ni sedap. Padahal dah berpuluh tahun sejak kahwin dengan daddy lagi mummy dah belajar masak rendang tapi tak juga rasa sedap macam yang orang melayu masak. Dah banyak kali mummy try tak jadi juga. Nasib baik mummy dapat menantu yang cantik dan pandai masak macam Tasha ni. Bangga mummy.” Datin Rose memuji Natasha melambung-lambung.

Natasha tersipu mendengar pujian itu. Bukannya dia bannga. Cuma dia berasa senang ibu mertuanya suka dengan masakannya. Tidaklah nanti dia tidak senang hati jika ibu mertuanya tidak menyukai masakannya. Dia kan mahu menjadi menantu kesanyangan.

“He he he… tengoklah siapa suaminya. Penat tau semalam Is kena dera dengan Tasha kacau rendang. Habis tangan Is yang handsome ni kena percik dengan rendang tu. Tengok ni. Tengok.” Iskandar menyelak lengan baju melayunya. Sengaja mahu mengadu dia dibuli Natasha,

Sebenarnya salah dia juga semalam sibuk mengajak Natasha ke Tesco sampai ke tengah malam. Kan dah kena dera mengacau rendang. Iskandar kan tinggi. Tangannya tentu lebih panjang. Jadi tentulah dia calon yang terbaik untuk didera mengacau rendang untuk mengelakkan rendang itu hangit. Iskandar kan hero.

Natasha mencebik. Dasar anak manja! Kena buli sikit pun nak mengadu. Semalam dia juga yang setuju. Kalau tak nak buat cakaplah. Aku boleh buat sorang-sorang. Salah siapa nak berjalan sampai ke tengah malam? Konon-konon kata tak ada benda nak beli tapi sampai penuh satu troli juga dia borong. Semua benda merepek dia nak beli. Macamlah aka nada orang datang rumah kita orang nanti.

“Eleh. Abang yang volunteer semalam mummy.” Natasha membela diri.

“Biarkan dia rasa. Dia kan suami. Kenalah tolong isteri. Tak kesian ke nanti kalau tengok tangan isteri Is yang putih melepak ni pulak yang merah-merah kena percik? Kata sayang isteri. Kalau tak sayang hantar Tasha balik sini. Boleh duduk dengan mummy je.” Datin Rose membela Natasha.

Natasha menekup mulutnya menahan tawa. Cepat-cepat ketupat yang semakin habis di dalam mangkuk dipotongnya lagi. Rasa nak ketawakan Iskandar yang sedang membuat muka begitu kuat sekali. Tahan Tasha. Tahan.

“ Biar Tasha duduk dengan mummy? No and Nahiii… Siapa kata Is tak sayang isteri Is. Is cuma nak tunjuk tangan Is kena percik je. Pandai-pandai je mummy ni tuduh orang kan daddy.” Iskandar cuba mendapat pembelaan dari Datuk Adam yang sedang khusyuk membaca akhbar di IPadnya sambil makan.

Datuk Adam mengangkat muka dan memandang Iskandar. Dia mengerutkan dahi dan meletakkan jari ibunya ke bibir tanda dia berfikir. Natasha tersenyum memandang cara itu. Like father like son. Berkerut-kerut dahi Datuk Adam berfikir.

“Well… still. I’m voting for liberal. Sorry son.” Bahunya diangkat tanda dia tidak mahu masuk campur. Kemudian kembali menatap IPadnya.  Datin Rose tergelak besar.

“See. So sayang isteri ke tak ni? Kalau tak mummy  pinjam Tasha hari ni.” Datin Rose mengusik.

“ Sayanglah mummy! Sayang sangat-sangat! So no pinjam-pinjam.”

 Iskandar segera menarik Natasha yang sedang memotong ketupat itu dekat kepada dirinya. Kelakuannya itu menyebabkan semua yang ada di meja makan itu mentertawakannya. Kelakar. Macam budak kecil kena curi gula-gula. Perangai Iskandar langsung tidak melambangkan siapa dia dan apakah kerjayanya. Tak kena dengan diri.

Ada ke nak pinjam isteri aku? Dah tu aku ni macam mana? Duduk rumah macam kera belacan sorang-sorang? No way! Natasha dipandangnya. Senyuman paling kacak diberikan kepada isterinya itu. Sayang milik abang je tau.



“Assalamualaikum…” Kedengaran suara orang memberi salam dari luar.

Iskandar yang sedang menonton televisyen dengan Natasha di dalam pangkuannya memandang ke arah pintu utama. Dia segera bangun untuk membuka pintu. Tak baik membiarkan tetamu menunggu lama. Natasha turut memandang sehingga Iskandar membuka pintu itu. Matanya terbeliak apabila terpandangkan wajah Faiq yang sedang tersengih lebar di muka pintu. Mampus aku!

Natasha segera bangun dan berlari ke dapur. Kalau sir Faiq tahu pasal aku macam mana? Kesian Is. Macam mana ni? Aduhaiii… Natasha berjalan mundar mandir di dapur. Kepalanya digaru beberapa kali. Kalutlah macam ni. Buat air dululah. Nanti mesti Is datang cari aku. Boleh dia ambil air sekali.  Tembikai yang sudah sedia dipotongnya tadi dikeluarkan dari dalam peti sejuk.

Tembikai itu dikisar sedikit. Tidak terlalu hancur. Kemudian air sirap disediakan. Dan dicampurkan dengan tembikai yang dikisar itu tadi. Sengaja dia membuat air campuran begitu. Kalau dia membuat jus tembikai pekat pasti mereka akan cepat dahaga ketika berbual nanti. Dan mungkin juga akan senang tersedak dengan tembikai itu. Kalau dicampurkan dengan air sirap pasti lebih selesa tekak mereka nanti. Tambahan pula rendang dan sambal anak udang untuk dimakan dengan ketupat yang disediakannya agak pedas. Sesuai  untukl menghilangkan rasa pedas. Sekali lagi. Teorinya sendiri.

“Sayang. Buat apa kat dapur ni. Cepat benar hilangnya. Sayang marathon ke apa ni? eh dah siap air dah? Ok jom kita ke depan. Abang kenalkan sayang dengan kawan abang. “

Puas dia mencari Natasha tadi. Kelakar bila dia memikirkan Natasha yang hilang dalam sekelip mata. Hebat sungguh isterinya itu. Macam belajar ilmu ghaib. Natasha yang sedang sibuk menyusun gelas di atas dulang didekati. Dulang itu ditatangnya. Kemudian mula melangkah. Tetapi dia berhenti semula apabila Natasha tidak berganjak dari tempat berdirinya.

“Eh. Sayang jomlah. Abang nak kenalkan sayang dengan kawan baik abang.” Iskandar mengajak Natasha ke depan dengan bersungguh-sungguh. Dulang yang ditatangnya tadi diletakkan semula ke meja.

“Tak apalah abang. Nanti apa pulak Sir Faiq cakap pasal abang kalau dia tengok Tasha ni isteri abang.” Natasha menggeleng.

“Laaa… nak cakap apanya? Si Faiq tu tahulah pasal kita sayang.” Iskandar mengusap kepala Natasha. Memberikan keyakinan kata-katanya kepada isterinya.

“Sir Faiq tahu?” Natasha menyoal bagai tak percaya. Biar benar.

“Yes darling. He knows. Same as you, your best friend knows about us so my best pal knows it too.” Iskandar memberi penjelasan.

“But…”

“Wei.. udah-udahlah bercinta tu. Lama sangatlah hai aku nak minum air pun. Dahaga ni. Tasha don’t worry na. Abang Faiq memang dah tau dah pasal hangpa. Well memanglah a bit kuchiwa sikit pasal abang tak dapat nak ngorat Tasha dulu. Tapi its okaylah abang ni kan kacak mesti ramai lagi awek yang syok kata bang. He he he.. selamat hari raya Tasha.” Faiq membebel panjang sebaik saja dia melangkah masuk ke ruang dapur.

Dia bengang kerana terpaksa menunggu Iskandar untuk menghidangkan air dengan lama. Padahal dah lebih sepuluh minit dia berada di rumah itu. Air pun lambat nak hiding. Nasib baik ada macam-macam jenis kuih raya yang sedap di atas meja. Dapat juga dia makan dahulu. Nak harapkan Iskandar, seperti biasa dia yang terpaksa masuk dapur sendiri.

“Err.. se… selamat hari raya juga sir. Jem.. jemputlah ke depan. Boleh makan sikit.” Natasha tergagap-gagap membalas kata-kata Faiq itu. Iskandar di sebelahnya dipandang sekilas. Eh dia boleh sengih pulak. Tak tahu ke aku tengah kalut ni?

“Laaa… apa sir sir ni? Panggil abang Faiq sudah. Abang ni pun bukan siapa pun. Kawan si Is ni jugak. Nak malu apanya? Dah dah. Mai kita pi depan. Abang dah lapaq ni.”

 Faiq segera mengangkat dulang yang terletak di atas meja tadi dan terus berlalu ke meja makan dan meletakkannya di situ. Dia ingin makan banyak-banyak. Kalau boleh semua jenis masakan yang terhidang di atas meja Iskandar ingin dicubanya., Kalau tak makan banyak bukan Faiq namanya. Namun yang menimbulkan kepelikan ialah tubuhnya yang masih lagi seperti dulu langsung tidak gemuk-gemuk. Sedangkan jika melihat cara dia makan, pasti sesiapa sahaja akan menggeleng kepala. Terlalu banyak yang dimakannya.

Mereka mengambil tempat duduk di meja makan itu. Faiq dihujung meja dan Iskandar dan Natasha duduk sebelah menyebelah. Natasha menuangkan air ke dalam gelas. Faiq segera menyambar satu gelas itu. Air di dalam gelas diteguk dengan rakus.

“Haa… lega. Is mummy mana?” Faiq menyoal setelah gelas kedua air diteguknya.

“Mummy pergi beraya rumah orang dengan daddy. Rumah Tan Sri Jamil tak silap aku.” Iskandar menuangkan lagi air ke dalam gelas Faiq.

“Laaa… await tak cakap dari tadi. Aku ni dah rindu dah dengan mummy. Aku baru ingat nak mai sini jumpa mummy. Dah lebih setahun aku tak jumpa dia.” Faiq merungut. Tangannya lincah menyenduk kuah lontong ke dalam pinggannya. Lontong ni menggoda. Sudu yang dihulurkan oleh Natasha disambut laju. Tak sabar rasanya nak merasa lontong itu.

“Eleh kau. Padahal bila mummy ajak kau datang sini kau tak nak. Tengok dia ni Tasha. Dan dan je dia.” Faiq tersengih mendengar kata-kata Iskandar itu. Natasha yang sedang tersenyum manis dipandang sekilas sebelum menghadap pinggannya semula.

“Eh. Lontong ni rasa lainlah. Tak macam selalu pun.” Faiq mula mengomen. Seperti biasa kalau tak mengomen seperti juri master chef bukan Faiqlah namanya.

“Apahal? Tak sedap ke rasanya? “ Iskandar memandang Natasha yang sudah berkerut dahinya.

“Gila hang tak sedap. Punyalah sedap lagu ni hang kata tak sedap. Tasha. Satgi Tasha pi dapuq amik bekas bungkus untuk abang naa. Banyak-banyak tau. Sejak bila mummy masak lontong jadi sedap lagu ni. Rugi aku tak datang pagi-pagi tadi lagi. Boleh aku sarapan terus kat sini. Rugi betul.” Lontong di dalam pinggan disudu laju ke dalam mulutnya.

“Ha ha ha… itu Tasha lah yang masak. Bukan mummy. Eh. Makan tu slow-slowlah sikit.” Iskandar memberi penjelasan. Natasha sudah tersipu mendengar pujian Faiq itu.

“Bini hang ke yang masak? Pasai ni lah yang buat aku tak sabaq-sabaq nak kahwin ni.” Faiq tersengih lebar. Dia pula yang terlebih bangga.

“Makan lebih sikit Sir.” Natasha menambahkan lagi ketupat ke dalam pinggan Faiq.

“Sir apa pulaknya Tasha. Panggil abang Faiq je. abang ni dah kawan lama dah dengan si Is ni. Dari kami umur tiga belas tahun lagi. Rumah ni pun dah jadi macam rumah kedua abang dah. Toksah nak malu-malu dengan abang naa..”

“He he he.. makan lagi abang Faiq.” Natasha menukar panggilannya kemudian berlalu ke dapur. Tak selesa rasanya nak terus berada di antara Iskandar dan Faiq yang pastinya akan berbual panjang.

Iskandar memandang Faiq tajam. Amboi… si Faiq ni. Karang ada juga yang makan senduk karang. Bukan main nak berbual mesra lagi dengan isteri aku. Nasib baik dia ni kawan baik aku. Kalau tak dah lama dah aku sendukkan dia.

“Faiq kenapa kau datang lambat hari ni. Selalunya lepas sembahyang raya kau dah terpacak dah kat depan pintu.”

“Parents aku lah baru balik dari London. Nak beraya kat KL tahun ni. Hang pun mai lah rumah aku nanti. Ajak mummy sekali. ”

“Boleh. Boleh. Insha Allah nanti aku datang.”
Iskandar mengangguk. Nak tergelak pun ada. Faiq ni padahal dah duduk kat KL dah berpuluh tahun dah. Dia cuma duduk di Kedah sejak lahir sehingga umur lima tahun. Tapi entah kenapa loghat Kedahnya tak mahu hilang. Sampai mummy kadang-kadang susah untuk berbual dengannya kerana tidak fahamkan loghatnya. Akhirnya Iskandar hanya mampu mendengarkan sahaja loghat Faiq itu. Mujur masih bahasa Malaysia. Dibuatnya loghat Thailand mahu pengsan Iskandar. Pelik pun ada si Faiq ni. 

Friday, August 9

A Story of A Walk To Remember..

Assalamualaikum.. Sayang2 semua.. saya tahu walaupun saya dah menyatakan bahawa saya x dpt mengupdate chap2 MHML seterusnya dalam masa terdekat ni tapi msh lg ada yg bertanyakan saya bila nak update.. saya sebak bila org tanya mcm tu.. Allah je yg tahu kegilaan saya untuk menulis sekarang ni.. ikutkan hati saya yg jahat memandangkan syaitan2 semua dah lepas sejak malam semalam nak je saya buang buku2 study saya n menghadap lappy saja..idea saya banyak.. tapi tak dapat saya nak menulis.. tertekan dgn dua benda.. 


jadi sebagai peneman anda sewaktu ketiadaan saya mengupdate apa2 cerita anda bolehlah baca novel ni. novel ni salah satu daripada novel kegemaran saya.. n movie dia pun movie kegemaran saya.. plus theme song dia pun menjadi kegilaan saya selama bertahun2.. anda bolehlah sama2 membaca novel ni.. boleh download dekat link ni..





kalau malas nk baca pun boleh dengar pakai audiobook kat link ni.. 




jadi saya mengucapkan selamat membaca dan mengenjoykan diri sepanjang hari raya yang mulia ini.. waaaaaa!!!! sedih saya x dapat raya enjoy2 mcm org lain.. saya doakan anda semua berhappy sepanjang raya ini.. kepada yang blk kg jagalah keselamatan anda. ingatlah orang yang tersayang (pesanan dari penaja ni).. jangan makan banyak2 sangat sahutlah pesanan kerajaan untuk menjadi rakyat yg sihat muehehe... Akhir kata Selamat hari raya maaf zahir dan batin.. sayang awak semua..

Thursday, August 8

My Hubby My Lecturer!!! bab 29

“Abang kalau dah siap meh turun makan.” Natasha melaung dari tangga bawah. Malas betul rasanya nak naik ke atas semata-mata untuk memanggil Iskandar turun makan. Padahal bukannya tinggi sangat pun tangga yang perlu didakinya.

“Kejap.” Iskandar melaung juga.  

Natasha tersengih. Nak pulak dia menyahut. Selama ni kalau aku main laung-laung dia bising. Kata aku ni bukan bini Tarzan lah. Dia bukan jumbo dalam cerita Tarzan lah. Macam-macam lagi. Ini dia pun melaung-laung juga pulak. Hahaha…

Natasha melangkah menuju ke dapur semula. Dia perlu menyediakan air kopi panas buat Iskandar. seperti biasa Iskandar tak pernah sekali pun bersarapan tanpa kopi panas. Dah jadi tabiatnya. Natasha berselawat sewaktu menuang kopi itu dari coffee maker ke dalam cawan. Petua mamanya untuk mendapat berkat ketika membuat melayan makan minum suami.

Cawan diletakkan di atas meja. Natasha mendongak memandang ke arah tangga. Lamanya Iskandar ni. takkanlah nak tukar baju melayu pun sampai ambil masa sejam. Nak kena pakai make up dulu ke? Eishh.. suami aku bukannya pondan. Tak baik tuduh dia macam tu Tasha. Haip!

Tiba-tiba muncul kelibat Iskandar berlari turun dari atas. Natasha kaget. Kenapa pulak ni? Ada perompak ke kat atas? Jantung Natasha berdegup kencang. Dia risaukan Iskandar. Natasha mendekati Iskandar dengan laju.

“Sayang! Sayang tolong abang. Abang tak dapat nak button baju ni.”

Laa… tak dapat nak butang baju pun nak berlari macam kena kejar perompak ke? Aduhai dia ni. betul-betul macam budak kecil. Patutlah punya lama dia nak bersiap. Rupanya nak butang baju pun dia tak berjaya dari tadi. Natasha tersengih. Rasa kelakar dengan kelakuan Iskandar itu.

Iskandar menyuakan dadanya kepada Natasha. Susah betul untuk membutang baju melayu ni. Dari tadi dia berusaha tetapi tak berjaya juga. Padahal selama ni bukan dia tak pernah memakai baju melayu malah hampir setiap hari jumaat dia akan pakai baju melayu ke kampus. Tetapi entah kenapa hari ini tak mahu menjadi pula. Buat malu dia saja. Pasti Natasha fikir dia keanak-anakkan.  Sengaja betul baju ni nak kasi rosak plan.
                           
“Hahaha… apalah abang ni. Meh sini. Itulah pasal tadi masa pergi sembahyang raya Tasha suruh pakai baju ni abang tak nak. Kan dah susah abang nak tukar.” Natasha menarik Iskandar supaya menunduk sedikit dan mendekatinya. Tinggi sangatlah katakan.

Baju melayu Iskandar dibutang satu persatu. Natasha melalukan jari jemarinya di sepanjang garisan butang itu. Dia suka berbuat begitu. Setiap kali Iskandar menyuruhnya membutangkan baju dia pasti akan melalukan jarinya di sepanjang garisan butang itu. Entah kenapa dia tak tahu. Yang pasti dia suka berbuat begitu.  Dan tanpa disangka-sangkat  tiba-tiba Iskandar mencium pipinya. Natasha mendongak dan menjegilkan mata kepada Iskandar. Cis! Kalau tak lepas laku tu bukan Iskandarlah namanya.

“Hehe… Selamat hari raya sayang.” Iskandar tersengih tidak bersalah.

Natasha menarik tangan Iskandar dan menariknya ke meja makan. Lapar lah pulak rasanya. Kalau waktu bulan puasa tak ada pun rasa macam ni. Tapi bila tiba hari ini pukul sepuluh pagi pun dah rasa lapar bagai nak rak. Iskandar menurut Natasha ke meja makan.

“Makan abang. Nak lemang ke nak ketupat ni?” Natasha menyoal.

“Nak makan sayang boleh? Hehehe.. lemanglah sayang” Iskandar tergelak besar bila Natasha mengetuk tangannya dengan senduk. Nak bergurau sikit pun garang.

“Heh. Kan dah kena. Cepatlah makan. Kejap lagi kita nak pergi rumah mummy.” Natasha tersengih lebar. Padan muka.

“Ok madam.” Iskandar meletakkan tangannya lurus di dahi tanda memberi tabik.

Natasha tergelak bila Iskandar membuat begitu. Tangannya dibentuk bentuk pistol dan berlagak menembak Iskandar. Iskandar pula buat-buat seperti dia ditembak dan terkulai mati di meja. Akhirnya mereka berdua ketawa sakan di meja dengan lawak tak seberapa dari mereka sendiri.




“Abang, Tasha nak minta ampun minta maaf atas semua kesalahan Tasha sepanjang Tasha jadi isteri abang. Tasha tahu Tasha bukan isteri yang sempurna macam isteri-isteri yang lain. Tasha tahu Tasha tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna. Tasha minta ampun dan maaf dari abang.” Natasha duduk bersimpuh di hadapan Iskandar. Tangan Iskandar disalaminya dan dikucup lama. Air mata bergenangan di tubir matanya. Sebak mengingati kekurangan diri sendiri.

“Shhh.. sayang tak mau cakap macam tu. Sayang ialah isteri paling sempurna yang Allah kurniakan buat abang. Tak ada satu dosa pun yang sayang lakukan pada abang. Setiap hari abang maafkan sayang. Sayanglah anugerah terbaik dalam hidup abang. Sayang cinta hati abang yang terindah dalam hidup abang.” Iskandar menarik tangan Natasha supaya duduk disebelahnya. Tempat seorang isteri ialah di sisi suami bukan di kaki suami. Kemudian dia pula yang melutut di hadapan Natasha.

“Sayang. Ambil ni. “ Iskandar menyarungkan cincin emas putih Natasha yang diambilnya dari Natasha  semalam ke jari manis Natasha.

Natasha mengerutkan keningnya. Orang nak beraya dia main curi-curi cincin pula. Cincin itu direnungnya. Nasib baik masih ada cincin ni. Cincin yang hanya satu dalam dunia. Tetapi hatinya sayu bila melihat cincin itu. Sewaktu cincin itu disarungkan ke jarinya mereka masih saling membenci. Saling tidak suka. Malah ketika Iskandar menyarungkan cincin bukan kata cinta yang dilafazkannya. Kalau isteri yang lain mendapat lafaz kata cinta dari suami mereka tetapi dia, soal short testnya yang mendapat markah penuh yang dikatakan Iskandar. Natasha tersenyum kecil. Tak apalah. Walau apa pun cincin yang dia dapat, dia tetap berkahwin juga. Dia tetap milik Iskandar juga. Natasha cuba menutup hatinya yang terkilan.

“Cinta. Pandang abang. Hey. Kenapa muka macam ni. Tak suka ke beraya dengan abang. Cinta ok tak ni?”

 Natasha menggeleng. Kemudian mengangguk. Kemudian menggaru kepalanya. Mana satu nak jawab dulu ni? Banyak benar soalan dia. Mulut ni pun tak nak bekerjasama untuk bersuara. Heh! Iskandar tertawa kecil melihat kelakuan Natasha itu. Lawaklah sayang ni.

“Sayang. Sebelum ni abang tak pernah senangkan hati sayang. Abang selalu abaikan Tasha. Selalu buat tak endah. Abang tak kisah pun pasal perkahwinan kita. Abang buat persiapan dengan marah-marah dan rasa benci. Abang banyak menyakitkan hati Tasha dengan mulut laser abang. Err… bukan laser… apa ye… ok mulut laser lah terpaksa mengaku. Abang banyak kali sengaja buli-buli Tasha. Sengaja kenakan Tasha. Sengaja main-mainkan Tasha. Sengaja ambil kesempatan buat macam ni. hehe” Sebuah ciuman segera diberikan di bibir Natasha. Natasha segera menekup mulutnya.  Ambil kesempatan! Benci betul!

“Abang!”

“Hehehe… sorry sayang.” Iskandar merapatkan kedua tanganya tanda mohon ampun. Sengihannya lebar di bibir. Muehehe.. Isteri sendiri  apa salahnya kan?

“Ok sambung balik ayat-ayat yang tergendala tadi. Hehe.. jadi atas semua kesalahan yang abang lakukan dengan sengaja dan penuh ke’handsome’an tu. Abang minta maaf. Abang macam tak percaya selama ni abang lakukan semua tu pada isteri abang yang cantik jelita ni kecuali yang kesalahan mengambil kesempatan tu abang memang lakukan dalam keadaan sedar, bangga dan yakin.”  Iskandar tergelak besar bila Natasha menampar bahunya. Comellah isteri abang ni!

Natasha mengetap bibir geram. Iskandar ni memang hobi lepas laku betullah! Dia tak tahu ke aku ni dah malu tahap tujuh belas dah. Aduhai nasib baik muka handsome sampai rasa nak gigit-gigit aje. Kalau tak memang dah lama kena nyah jauh-jauh.

“Sayang. Bersempena hari raya pertama kita bersama dan bersatu hati abang nak hadiahkan sayang sesuatu. Hadiah abang ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Tasha serahkan hati Tasha pada abang. Tapi abang nak beri hadiah ni supaya bawa pengertian yang besar dalam perkahwinan kita. Meh sini tangan Tasha.”

Natasha menghulurkan tangan kanannya kepada Iskandar. Dahinya berkerut seribu. Nak buat apa ni? Tiba-tiba Iskandar mengeluarkan sebuah kotak cincin dari poket baju melayunya. Kotak yang cantik itu dibuka. Terdapat dua bentuk cincin emas putih di dalamnya. Iskandar menunjukkan cincin itu kepada Natasha.

Natasha terkedu. Dia ternganga sebentar. Cantiknya! Cincin yang ringkas hanya ada sebutir batu permata yang tidak begitu besar dan tidak begitu kecil cuma sederhana sahaja yang berbentuk hati di atasnya beserta dengan ukiran nama mereka berdua di sekeliling permata itu. Bila Iskandar menempahnya? Cincin? Malam tadi ke? Sebab tu ke dia ambil cincin aku?

“Abang tempah cincin ni dari dua minggu lepas. Tapi masa abang tempah tu abang teka-teka aja saiz jari isteri abang ni. Abang cadang nak lamar semula isteri abang ni. Semalam masa nak pergi ambil di Poh Kong kat Tesco Ampang tu abang sengaja curi sekejap cincin Tasha. Abang nak pastikan yang  abang tak salah.” Iskandar bersuara penuh perasaan.

Tangan Natasha diambil dan disarungkan cincin ke jari manisnya. Iskandar tersenyum puas bila cincin itu berada di jari Natasha. Sempurna. Satu-satunya perkataan yang sesuai untuk situasi itu. Cincin di dalam kotak miliknya hanya dihiasi sebutir permata kecil dan dikelilingi ukiran yang  nama mereka berdua secara bulatan. Ringkas tapi sangat unik. Natasha mengambil cincin itu dan disarungkan ke jari Iskandar. selesai disarungkan cincin Iskandar menggandingkan jemarinya di sisi jemari Natasha. Aduhai cantiknya jari-jemari dia. Runcing dan putih. Kuku gelas pula tu. Memang cantik mengalahkan jari aku.

“Tapi kenapa abang nak kena beli cincin ni pulak? Kita kan dah ada cincin.” Cincin di jari manis sebelah kirinya ditunjuk kepada Iskandar.

“Sayang. Sayang ingat tak. Cincin yang kita ada sekarang cincin yang kita pakai masa kita kahwin. Masa tu kita tak ada perasaan. Tak ada rasa cinta. Yang ada cuma rasa benci. Abang tak pernah gembirakan Tasha sebagaimana isteri-isteri yang lain sewaktu disarungkan cincin. Sekarang abang nak sayang tahu yang cincin ni akan lebih bermakna buat kita. Abang adakan cincin ni dengan penuh rasa sayang. Rasa cinta buat isteri abang ni. Abang nak sayang sentiasa ingat yang abang sentiasa cintakan Tasha sepanjang hidup abang setiap Tasha terpandangkan cincin ni. Selalunya orang akan cakap cincin sebagai tanda cinta. Tapi abang tak akan cakap macam tu. Sebab kalau tiba-tiba suatu hari cincin ni hilang maknanya dah hilang cinta tu. Abang tak mahu semua tu berlaku. Abang tak akan letakkan cinta abang pada satu objek. Abang akan sebut cincin ni sebagai hadiah abang kepada isteri abang. Hadiah abang dengan penuh rasa cinta.” Iskandar menjelaskan niat sebenarnya dengan penuh perasaan.

Biar Natasha tahu dan jelas akan isi hatinya. Iskandar bangun dan duduk di sisi Natasha. Tangan Natasha digenggam dan dikucup lama. Dia ingin seluruh rasa cintanya dirasai Natasha. Air mata Natasha yang jatuh setitis demi setitis dikesat dengan ibu jarinya. Sayang abang ni sekarang selalu menangislah.

“Abang… terima kasih… Tasha.. cintakan abang juga. Sepenuh hati Tasha…Dari dulu…Sekarang… Dan Insha Allah dengan izin Allah selama-lamanya. Terima kasih atas segalanya yang abang dah berikan pada Tasha. Hanya Tuhan je yang tahu bertapa gembiranya hati Tasha sekarang.” Natasha bersuara serak dengan tangisannya.

 Dia terlalu sebak dengan pengakuan Iskandar. Rasa syukur yang tak terhingga muncul dalam hatinya. Satu-satunya insan yang dia cintai dari dulu mencintainya juga. Dia berasa kagum dengan kebesaran Allah yang mengatur semuanya yang terbaik buat hambanya.

“Alah cinta abang ni. sampai menangis-nangis dia. Dah dah. Tak mau nangis lagi. Abang tak buat apa pun untuk sayang nak terima kasih buat apa? Dah tak mau sedih-sedih lagi. Nanti abang belanja ais krim” Iskandar memujuk dengan cara dia memujuk Natasha yang menangis sewaktu Natasha masih kecil. Iskandar memang tak tahu memujuk.

“Jadi. Sharifah Natasha al-Jannah. Sudi tak awak jadi isteri saya sepenuh masa dengan erti kata isteri yang sebenar yang sentiasa akan mendampingi saya sewaktu saya susah dan senang. Sentiasa menikmati dan menghargai rasa cinta saya kepada awak seumur hidup awak dan akan hidup dengan saya sampai akhir hayat?”

Iskandar melamar Natasha dengan suara yang romantis. Dahinya dirapatkan dengan dahi Natasha. Mata indahnya tepat memandang ke dalam mata Natasha. Cuba mencari rasa cinta dalam mata itu. Ya! Itu dia. Rasa cinta yang melimpah ruah buat dirinya. Iskandar tersenyum senang.

Natasha menjauhkan wajahnya dari Iskandar. Dia meletakkan jari telunjuknya di dagu dan diketuk-ketuk beberapa kali. Wajah Iskandar dipandang sekilas kemudian kembali merenung kosong ke hadapan. Konon-konon sedang memikirkan sesuatu yang berat.

“Well.. kita tengoklah sehari dua ni apa performance awak. Kalau bagus nanti saya fikirkan ye.” Natasha membalas. Ketawanya cuba ditahan sedaya upaya. 

Iskandar ternganga mendengar jawapan Natasha itu. Dia menunduk ke bawah. Hatinya terasa begitu hancur sekali. Kenapa Natasha tak mahu menerimanya? Bukankah tadi Natasha sendiri yang mengatakan bahawa dia juga cintakan Iskandar. Wajah Natasha dipandang semula. Eh! Ada sesuatu di situ. Apa ye? Ada senyuman yang cuba disembunyikan di situ. Oh! Dia kenakan aku ni.

“Sayang kenakan abang ya? Nak kena dia ni.” Iskandar terus menggeletek Natasha. Habis satu rumah bigit dengan jeritan Natasha yang cuba mengelak dari digeletek.

Natasha ketawa besar bila dia dapat melepaskan diri. Tetapi belum jauh dia lari dia disambar Iskandar semula dan digeletek lagi. Akhirnya mereka berdua kepenatan kerana ketawa tak henti-henti. Iskandar duduk di atas permaidani dengan Natasha yang terduduk kepenatan di sisinya. Mereka saling berpandangan lama. Sebuah senyuman paling manis dan menawan Natasha hadiahkan kepada Iskandar.

“Abang. I Do.”


Iskandar menarik nafas lega. Alhamdulillah…. Dia berbaring di atas permaidani itu dan menarik Natasha ke dalam pelukannya. Jantungnya yang berdegup kencang dibiarkan sahaja. Dia suka begitu. Dunia terasa begitu indah sekali dengan rama-rama mengelilingi mereka berdua. 

"Uhibbuki Fillah sayang. Always will do..."

Wednesday, August 7

My Hubby My Lecturer!!! bab 28

Iskandar mencari Natasha di sekeliling rumah. mana dia ni? Tak ada pun di mana-mana. Kolam yang dalam direnungnya. Manalah tahu Natasha sedang berenang ke. Taka da juga.  Pelik. Tadi dia kata nak pasang ajak mengemas. Sekarang mana dia pergi? Takkanlah aku pergi solat sekejap pun dia dah hilang. Iskandar menjengah ke semua sudut. Rasa risau mula menyelubungi dirinya. Kemanakah isterinya? Esok sudah nak raya. Isterinya pula hilang entah kemana.

“Sayang. Sayang. Sayang kat mana tu?” Iskandar mula melaung. Risau rasa hatinya ketika ini.

Iskandar duduk sebentar di tepi kolam. Dia mula berfikir. Di mana Natasha? Rasanya semua tempat telah dia cari bahkan sampai ke stor belakang rumah pun sudah dia jengah. Tapi Natasha masih tiada. Di mana ya?

Iskandar meramas rambutnya. Jantungnya berdebar laju. Tasha kena culik ke? Ya Allah! Betul ke? Iskandar berdiri untuk mengambil telefon bimbitnya di dalam bilik. Ah! Daripada telefon polis lebih baik aku pergi balai terus. Siapa yang culik Tasha? Terngiang-ngiang kembali suara Haikal di telinganya. Sebelum cuti semester bermula dia ada terserempak dengan Haikal yang menyoalnya secara tiba-tiba ketika mereka berpapasan di luar perpustakaan.

“Sir gembira sekarang?”

“Alhamdulillah saya gembira. Dengan isteri saya dengan kerjaya saya dengan hidup saya.”

“Baguslah. Nikmati puas-puas kegembiraan tu. Sebab ikut pada tilikan saya. Kegembiraan sir tu tak lama.”

“Saya orang Islam saya tak percaya kepada tilikan. Saya percaya kepada Allah. Hidup, mati, jodoh, rezeki saya, saya percaya Allah dah aturkan sebaiknya. Saya tak akan pernah persoalkan. Dan kalau awak terror sangat menilik silalah tilik result exam awak. Sorry to say but saya tengok awak tak perform kali ni. Nanti balik tilik baik-baik ye.”

“I don’t give a damn about the exam. I can live with my father’s money. I just care about Natasha. So for now I politely wish you joy because it won’t be for long.”

“Sorry for you because I’ll stick to her till us both die.”

“That’s why I said it won’t be for long. Have a nice day sir” Dengan senyuman sumbing di bibir Haikal meninggalkan Iskandar yang sedang cuba mencerna kata-katanya tadi.

Macam mana kalau Haikal si jambu psiko tu yang culik Tasha? Ya Allah macam mana ni? Ya Allah bantulah aku. Mana aku nak cari isteri aku ni? Tasha pergi mana ni sayang. Dah senja ni. Dari petang tadi abang cari sayang. Iskandar menapak laju masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja kaki iskandar menjejak tangga teratas telinganya menangkap suara tangisan. Suara siapa? Pintu bilik ibu mertuanya yang sudah lama tidak dibuka kelihatan terbuka sedikit. Tasha ke? Iskandar menghampiri bilik itu. Pintu dikuak. Jelas Natasha sedang memeluk sepasang telekung dan kain pelekat ibu bapanya. Wajahnya menunduk. Air mata jelas kelihatan menitis dari hidung mancungnya.

Iskandar tersentak melihat Natasha begitu. Kenapa? Dia berlari mendapatkan Natasha. Natasha diraih ke dalam pelukannya. Niatnya supaya Natasha lebih tenang tetapi tangisan Natasha semakin kuat. Dia tersesak kuat di dada Iskandar.

“Sayang. Sayang shhhh… kenapa ni?” Kepala Natasha diusap. Dadanya berdegup kencang melihat keadaan Natasha.

“Tasha… Tasha…. Rindukan… mama dengan papa…” Natasha bersuara dalam kepayahan.

Iskandar dipeluk kuat. Dia menangis semahunya di dada Iskandar. Rasa yang lama dia tahan diluah semuanya. Sepanjang hampir lima bulan kehilangan orang tuanya dia tak pernah menjejakkan kakinya ke bilik ini. Dia takut jika dia menjejakkan kakinya ke bilik ini dia pasti akan menjadi seperti sekarang. Menangis kesedihan dan menyiksa ibu bapanya.

Sebenarnya niat dia tadi cuma untuk mengemas bilik itu. Biarlah bilik itu tidak bertuan pun apalah salahnya dia bersihkan. Dia sangka dia tidak akan menangis. Dia akan tabah. Tetapi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu bau mamanya seperti masih melekat di dalam bilik itu. Semua memorinya bersama mereka terlayar kembali. Dahulu mereka akan bersama-sama membuat persiapan hari raya. Semua benda akan dibuat bersama-sama. Tetapi tahun ini mereka sudah tiada. Tiada lagi ibu bapanya. Tiada lagi kasih sayang mereka. Hatinya terasa sesak sekali bila mengingatkan semua itu. Ya Allah Kau tabahkanlah hati aku.

“Sayang. Tak mau macam ni. Jangan menangis. Kita sepatutnya doakan mereka bukan menangis dan menyeksa mereka. Sayang, abang ada ni kan. Sabar cinta sabar.” Iskandar berusaha sedaya upaya untuk menenangkan Natasha yang sedang teresak menangis.

“Tasha rindu kan mama abang. Dulu mama yang teman Tasha buat semua ni. Tasha nak dengar suara mama. Tasha rindu dengar papa berdehem. Tasha rindu nak tengok muka mereka. Tasha takut. Tasha takut bayangan muka mereka semakin lama semakin susah Tasha nak ingat. Tasha tak nak wajah mama dengan papa hilang dalam kepala Tasha. Abang.. Tasha tak nak.” Semakin serabut bahasa Natasha. Tangisannya semakin kuat. Dadanya terasa sesak dengan rasa sebak, takut, sedih, kerinduan, dan air mata yang tanpa henti merembes keluar.

“Sayang. Pandang abang. Pandang abang.”

Iskandar mengangkat wajah Natasha supaya memandangnya. Natasha cuba mencelikkan matanya yang basah supaya menatap wajah suaminya. Iskandar kelihatan kabur di pandangannya. Segalanya kelihatan terpalu kabur. Tapi dia tak kisah. Dia tak kisahkan semua itu.

“Cinta dengar sini. Cinta tak boleh macam ni. Jangan menangis macam ni. Sayang dengar abang cakap ni. Sayang pandang abang. Sayang nampak muka abang kan. “

 Natasha mengangguk.

“Sekarang cuba pejam mata. Masih nampak tak?”

Angguk lagi.

“Kalau macam tu maknanya cinta nampak abang dengan hati. Bukan dengan mata.  Cuba sayang pejam mata ingat mama dengan papa dengan hati. Mesti sayang tak akan lupa. Jangan risau. Mereka sentiasa ada dalam hati Tasha. Mereka tak pernah hilang. Sebab Tasha dah ukir wajah mereka dalam hati Tasha lama dulu. Jangan risau sayang. Setiap saat Tasha boleh pandang mereka. Cuma pejamkan mata dan pandang dengan hati. Mereka pasti ada.”

Iskandar memegang muka Natasha yang masih memejamkan matanya. Natasha kelihatan lebih tenang. Lama-kelamaan senyuman kecil mula terukir di bibir Natasha. Iskandar lega. Kelegaan yang berganda. Lega kerana sangkaannya Natasha diculik salah sama sekali dan lega kerana Natasha sudah kembali tenang.

Natasha terus memejamkan matanya. Al-Fatihah disedekahkan kepada kedua orang tuanya.  Doanya mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Matanya dibuka perlahan. Jelas wajah risau Iskandar tepampang di hadapannya. Dia menghadiahkan senyuman kepada suaminya itu. Suami yang sekalipun tak pernah tinggalkan dia ketika dia mengalami kesusahan. Wajah Iskandar kembali tenang dan turut membalas senyuman kepada Natasha.

“Terima kasih abang.” Suara Natasha serak.

“Tak usah berterima kasih sayang. Abang tak berjasa apa-apa pun pada sayang.” Pipi Natasha yang basah dengan air mata dikesat dengan jemarinya.

Natasha mencapai tangan Iskandar yang mengesat pipinya tadi dan menggengamnya lama. Ingin meresap semua ketenangan Iskandar ketika itu. Telapak tangan Iskandar diletakkan di pipinya. Iskandar tersenyum melihat kelakuan Natasha. Dia hanya membiarkan sahaja Natasha kembali tenang.




“Sayang. Nak pergi beli barang basah tak malam ni?” Iskandar menyoal Natasha yang sedang tekun menggosok baju raya mereka.

Warna putih sedondon pilihan Iskandar. Alasannya dahulu sewaktu mereka berkahwin mereka memakai baju nikah tanpa rasa cinta. Sekarang biar mereka merasakan memakai baju seumpama itu dengan rasa cinta penuh di hati. Natasha terpaksa menurut sahaja kerana Iskandar yang membayar. Jadi mahu atau tidak mahu dia terpaksa bersetuju. Yang penting Iskandar sama sekali tidak bersetuju dengan cadangannya membeli baju melayu Aaron Aziz.

“Tak payahlah barang-barang basahkan Pak Ali dah beli tadi. Kejap lagi baru Tasha masak rending.”

Iskandar duduk merapat di sisi Natasha. serapat mungkin sehingga sukar untuk Natasha menggerakkan tangannya untuk menggosok baju. Natasha berpaling memandang Iskandar. Matanya tajam memandang. Keningnya diangkat tanda bertanya. ‘Awaitnya ni? nak apa?’ Iskandar pula hanya tersengih-sengih mempamerkan giginya yang putih teratur. Dia masih lagi dengan posisinya tadi.

“Jomlah sayang. Kita pergi shopping shopping macam hari tu.” Iskandar merengek. Startegi pertama dilancarkan supaya membuatkan Natasha rimas sehingga bersetuju.

Natasha buat tak hirau. Tangannya ligat memasukkan butang ke dalam lubang butang di baju melayu Iskandar. Nak pergi shopping ni mesti kes dia nak main troli ni. Itu mesti agenda utama dia.

“Tak payahlah. Sekarang dah pukul lapan dah pun. Bila Tasha nak start masak? Nak masak rendang bukan sekejap abang.” Hidung Iskandar dicuit sedikit.

“Alah jomlah sayang. Kita pergi beli barang. Kuih raya ke. Air berbotol-botol ke. Apa ke. Boleh main troli sekali.” Haaa… kan dah cakap tadi. Itu agenda utama dia.

“Cik abang pujaan hati. Awak bukan umur lima tahun lagi lah nak pergi main troli. Awak dah dua puluh tujuh tahun tau.” Natasha mula membebel. Terbalik pula kali ini. Selalunya Iskandar yang akan membebel tetapi hari ini dia yang mengambil alih tugas Iskandar itu.

“Alah jom lah. Tasha sebenarnya tak sayang abang kan?” Startegi kedua. Apabila strategi pertama tak berjalan lancar strategi kedua perlu dilancarkan. Strategi reverse psychology.

“Laa… tak nak pergi main troli pun consider as tak sayang abang ke?” Soal Natasha. Geram dengan suaminya itu. Mengalahkan budak-budak kecil!

“Jadi betullah Tasha tak sayang abang? Siapalah kita ni. nak minta satu benda pun tak boleh. Orang tak sayanglah katakan.” Iskandar memalingkan mukanya dari memandang Natasha. Tetapi di sebalik panangan Natasha dia sibuk menjeling rupa Natasha. Nak tengok reaksi Natasha lah katakan.

“Ok. Ok Fine! Jom!” Natasha menarik muka Iskandar mendekatinya dan mencium pipi Iskandar kuat. Rasakan! Iskandar pula terkaku. Tak pernah Natasha membuat langkah hebat sebegitu. Rasa nak pengsan ni. Ambulance… Ambulance… selamatkan saya.




“Apa yang abang nak beli sebenarnya ni? dari tadi yang ada dalam troli ni cuma roti gardenia je.” Natasha yang berjalan memaut lengan Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Iskandar mencapai tangan Natasha. Cincin di jari manis Natasha dimainkan. Kemudian menanggalkan cincin itu dan disarungkan ke jari kelengkengnya.

“Humm… apa ye. jom beli air dalam botol tu. nanti tak payah nak buat air lagi.” Alasan terbaik Is!

Natasha mengangguk. Tetapi dahinya masih lagi berkerut. Kenapa Iskandar asyik terteleng-teleng ke belakang. Ada artis ke yang datang ke Tesco Ampang ini? Ke dia nak jumpa girlfriend dia dekat sini? Dia ada affair lain? Perempuan lain?  Hey! Hey! Hati. Jangan jadi busuk. Jangan nak curiga tak tentu pasal dengan suatu benda yang tak berasas.

“Sayang abang nak ke toilet sekejap. Kejap lagi abang datang.”Iskandar terus berlalu. Natasha mengetap bibir.


Istighfar. Istighfar Tasha. Jangan fikir bukan-bukan. Mana tahu dia memang nak ke tandas. Jangan jadi busuk hati sangat. Cis syaitan ni! Baru malam ni terlepas dari dirantai sibuk nak menghasut aku. Pergi jauh-jauh! Natasha memerhati susuk tubuh Iskandar yang semakin mengilang di celah orang ramai. Sambung shopping Tasha yaay!! Lima bar coklat gelap Van Houten dimasukkan ke dalam trolinya. Nak datang bukan selalu kan. Muehehe...