Bab 1
Grrrrrrdd..
Grrrddddd.. Grrrddd… Sekali lagi bunyi itu mengganggu lenanya. Bantal yang
berada di belah kanan tubuhnya dicapai. Dia menekap kuat bantal itu ke telinga
kanannya. Sebolehnya dia mahu menghalang sebarang bunyi mencapai gegendang
telinga. Dia cuma mahu tidur lima minit sahaja lagi.
Dia
terlalu penat. Rasanya baru dua jam setengah saja dia tidur. Semalaman dia
sibuk menyiapkan assignment yang diberi oleh Prof. Azizah sejak dua minggu
lalu. Ah! Salah dia juga. Terlalu gemar menangguh kerja. Inilah akibatnya kalau
gemar menangguh sebarang pekerjaan. Sudahnya dia terpaksa bersengkang mata dua
malam berturut-turut semata-mata untuk menyiapkan assignment itu.
Grrrdddd..
grrrddd grrddd… berbunyi lagi. Ah! Alarm ni rajinlah pula berbunyi setiap tiga
minit. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di bawah bantal. Dengan mata
yang dibuka sipi-sipi dia mematikan alarm yang masih berbunyi. Laju dia
menyumbat semula telefon itu di bawah bantal. Tolonglah.. Lima minit je lagi.
Lima minit je. Mengantuk sangat ni. Tak boleh nak buka mata langsung. Ya Allah
bantulah aku untuk tidur dengan tenang. Fikirannya semakin terlayang ke tempat
lain dan terus hilang di dalam mimpi semula.
Seminit.
Dua minit. Tiga minit. Empat minit… Grrrrrrdd.. Grrrddddd.. Grrrddd… Kali ini
lebih panjang dari bunyi tadi berserta dengan bunyi-bunyi kecil. Apalah pula
kali ini? Alarm ni berhantu ke apa? Tadi aku dah off pun masih nak berbunyi
lagi.
Dhia
Khaulah mencelikkan matanya takut-takut. Silau matahari yang menyilaukan matanya
dihadang sedikit dengan lengannya. Tangannya sebelah lagi menggagau di bawah
bantal untuk mencari telefon bimbitnya yang masih lagi bergetaran. Hah! Jumpa!
Dengan
mata yang separa sepet Dhia Khaulah menganalisa setiap huruf yang tertera di
skrin telefon bimbitnya. ‘Abang Hud Calling’ dan ‘13 missed call and message’.itu
yang tertera di skrin telefon.
“Laaa
abang Hud ke? Ingatkan apa tadi” Dhia Khaulah meletakkan semula telefon
bimbitnya di atas katil. Dia merebahkan tubuhnya dengan tenang.
“ABANG
HUD???” Tiba-tiba dia terduduk dengan kenyataan nama pemanggil itu.
Telefon
yang bergetaran sekali lagi itu dicapai. Dengan perasaan separa berani dan
takut dia menjawab panggilan itu. Dup dap dup dap… jantungnya sudah tidak tetap
irama lagi.
“Khaulah.”
Suara garau dari sebelah sana kedengaran. Sepatah cuma tapi sudah cukup
membuatkan dia berdebar.
“Abang
Huuuddd… Sorry.”
“Mesti
baru bangun kan? Cuba awak tengok jam dekat dinding dah pukul berapa sekarang?
Masih nak berlengah atau awak akan lari cepat ke bilik air? Abang Hud tunggu
kat bawah ni. Cepat.” Suara tenang itu berbunyi lagi sebelum talian diputuskan.
Dia
segera memandang ke arah jam di dinding. Allah! Sudah pukul 8 pagi. Kelas hari
ni bermula pukul 9 pagi. Matilah aku! Patutlah beribu missed call. Mesti abang
Hud akan membebel panjang lepas ni.
Dhia
Khaulah mencapai tuala di penyangkut tuala dan terus berlari masuk ke dalam
tandas. Usai mandi sekadar yang perlu dia terus keluar bersiap.
Dia
melihat biasan tubuhnya di dalam cermin. Ya Allah teruk benar rupanya. Baju
t-shirt lengan panjang warna hitam. Seluar panjang warna hitam. Tudung instant
warna hitam. Wajah pucat tanpa secalit make up. Berkabung ke aku ni? Ah!
Lantaklah macam manapun yang penting sampai kampus sebelum pukul 9 pagi.
Laptop, buku, dan hasil kerja keras semalamannya dimasukkan ke dalam beg galas.
Setelah dia memastikan tiada sebarang benda yang tertinggal dia terus keluar
dari bilik.
“Selamat
pagi princess lambat lagi lah tu.” Sapa Puan Jannah dari meja makan.
Dia
tersengih lebar memandang anak gadisnya yang sedang kelam kabut berlari
menuruni anak tangga. Tangannya lincah menuangkan hot coffee ke dalam cawan
suaminya Encik Amin. Dua puluh enam tahun menjadi isteri kepada Encik Amin
membuatkan Puan Jannah tahu setiap apa yang suami dia inginkan.
Masih
dia ingat ketika hari pertama dia menjadi isteri kepada Encik Amin. Suaminya
telah menyenaraikan pelbagai syarat semata-mata untuk menyakitkan hatinya. Siap
dengan perjanjian yang mereka akan bercerai selepas enam bulan perkahwinan.
Mujurlah Allah memanjangkan jodoh mereka sehingga kini. Walaupun terlalu banyak
dugaan mereka hadapi sepanjang perkahwinan namun kenangan itu terlalu manis
buatnya. Dia sangat bersyukur kerana disatukan dengan suaminya ini.
Encik
Amin mengangkat kepalanya melihat anak daranya yang bagaikan lipas kudung
berlari mendaki anak tangga semula. Sah ada yang tertinggal. Si isteri yang
sedang ketawa kecil dipandang dengan sengihan yang serupa.
Melihat
gelagat Dhia Khaulah pagi-pagi begini memang membuatkan mereka suami isteri tak
kering gusi. Ada saja yang tak kena. Penyakit susah bangun pagi yang sudah
sah-sah diwarisi dari isterinya itulah yang membuatkan Dhia Khaulah sering
kelam kabut setiap pagi. Hazwan Hud yang sedang ketawa terkekeh-kekeh sambil
mencalit Nuttella pada roti, disiku kecil sebelum mereka sama-sama ketawa
besar.
Dulu,
sewaktu awal perkahwinannya dengan Puan Jannah itulah juga yang dia hadapi
setiap pagi. Puan Jannah yang kelam kabut bersiap untuk ke kelas hanya kerana
sikap suka bangun lewat. Mujurlah tabiat buruk isterinya itu hilang setelah
beberapa waktu menjadi isterinya. Tapi kini anaknya pula mewarisi sikap ibunya
itu. Apalah punya teruk perangai.
Dhia
Khaulah yang termengah-mengah selepas berlari menuruni semula anak tangga
bersandar di tiang terakhir tangga. Gayanya sudah seperti hampir tercabut nyawa
pun ada. Dah macam baru menyertai pertandingan lumba lari. Mengah yang luar
biasa. Itulah akibatnya kurang bersukan dan kerap bangun lewat. Kan dah
termengah-mengah separuh nyawa.
Setiap
wajah yang sedang mentertawakannya di meja makan dipandang tajam. Sampai hati
ketawakan kita. Penat tahu tak. Kalau tak mengenangkan charger laptop itu
penting untuk kegunannya di kampus nanti pasti dia tidak akan berlari
mengambilnya di dalam bilik semula. Bibirnya diketap geram melihat Hazwan Hud
yang sedang bersenang hati menyuap roti ke dalam mulut. Amboi senang hatinya
dia. Kejam!
“Kali
ni tertinggal apa pula Khaulah? Abang Hud dah lama tunggu ni. Kesian dia
hari-hari tunggu Khaulah. Papa rasa next time Khaulah kena bayar gaji Abang Hud
datang ambil dan hantar Khaulah tau. Sudahlah bersidai dekat tepi tangga tu.
Mari sini sarapan. Karang tak pasal-pasal gastrik macam hari tu.” Encik Amin
menggamit anak daranya yang masih juga sedang termengah-mengah di tepi tangga.
Amboi teruk benar penatnya dia. Naik turun tangga je pun.
“Charger
laptop. Khaulah terlupa nak masukkan dalam beg tadi. Nasib baik tak tertinggal
terus kalau tak naya je. Tak mau makan lah Pa, macam dah tak sempat je. Nanti
Khaulah lambat sampai kelas. Sekarang dah pukul 8.25 pagi, kelas start pukul 9
pagi. Kalau lambat sampai Khaulah tak boleh masuk dewan. Hari ni due date untuk
hantar assignment. Abang Hud sudahlah makan. Jom cepat.”
Tangan
laju menyambar beg galas Hazwan Hud yang berada di atas kerusi bersebelahan
dengan pemuda itu. Wajahnya dikeraskan supaya Hazwan Hud faham bahawa dia ingin
cepat. Namun Hazwan Hud masih juga terus menghirup air yang dihidangkan oleh
Puan Jannah. Selamba, macam tak ada apa yang perlu dikejarkan.
“Eh
abang Hud cepatlah! Kita dah lambat ni.” Suara Dhia Khaulah sedikit keras.
Nak
ditinggikan lagi dia takut dia pulak yang akan dimarahi oleh Encik Amin. Hazwan
Hud sudah bermurah hati mengambil dan menghantarnya balik setiap hari pun
sepatutnya dia sudah bersyukur.
Eleh
bukan dia tak boleh pergi ke Kolej dengan Tok Ali tapi kerana dia kesiankan Tok
Ali yang sudah tua itu, dia terpaksa bersetuju dengan cadangan Hazwan Hud untuk
pergi ke kolej bersama-sama dengannya setiap hari memandangkan mereka berlajar
di kolej yang sama. Baginya, dia lebih rela menaiki bas kalau dia tidak punya alternative
lain ke Kolej daripada dia terpaksa menyusahkan Tok Ali.
Hazwan
Hud masih lagi selamba. Siap berborak-borak dengan Encik Amin lagi. Amboi. Melampau
nampak. Dah tak fikir ke orang dah lambat teruk ni. Karang tak pasal-pasal ada
orang yang mengamuk dekat sini baru padan muka. Satu persatu wajah insan yang
berada di meja makan itu dipandang. Memang langsung tak hiraukan dia yang dah
keruan.
“Ma…
tengoklah abang Hud ni. Khaulah dah lambat. Tapi masih lagi tak reti nak
bangun.” Khaulah mula merengek.
Selalunya
begitulah. Kalau dia sudah tak jumpa solusi, yang terbaik ialah merengek. Anak
tunggal memang kebanyakannya begitu. Manja tak bertempat. Yang dia tahu apa
yang dia inginkan dia dapat. Selalunya Mamanya akan menjadi tempat dia merengek
kerana Mamanya selalu manjakannya lebih dari orang lain
“Nak
bangun ke mana? Yang Khaulah kalut sangat kenapa? Cuba tengok jam kat dinding
tu. baru pukul 7.45 pagi. Itulah dari hari tu mama cakap tukar bateri jam Khaulah
tak nak dengar. Sekarang dah kelam kabut macam ni. Dah tak payah nak buat muka
ternganga kat sana. Meh sini makan. Nanti betul-betul lambat baru padan muka.”
Puan
Jannah menarik kerusi di sebelahnya untuk memberi ruang kepada Dhia Khaulah
duduk. Dhia Khaulah perlahan-lahan meletakkan semula beg galas Hazwan Hud di
atas kerusi bersebelahan dengan pemuda itu sebelum bergerak duduk di sebelah
mamanya.
Bibirnya
diketap kuat. Betul. Dia memang ingat Mama ada menyuruhnya menukar bateri jam. Sudah
seminggu jam itu tersangkut pada waktu yang sama. Pukul 8. Selamanya akan kekal
begitu selagi dia tak menukar baterinya. Dia juga ingat bahawa dia pernah
memberitahu tentang perkara itu kepada Hazwan Hud dan Hazwan Hud juga tahu
bahawa dia sudah beberapa kali terlupa untuk membeli bateri gantian. Arghh! Jadi
memang rancangannya untuk mengenakan dia. Patutlah dari tadi Hazwan Hud asyik
ketawa-ketawa kecil. Penjahat betul!
Wajah
Hazwan Hud dan Encik Amin di hadapannya kini dipandang dengan mata yang
dikecilkan sedikit. Sah! Papa pun mesti tahu rancangan Abang Hud ni. Mesti dia
orang berpakat berdua nak kenakan aku ni. Papa punya rakan subahat ni memang…. Urghhh!!
Tangannya
mencapai roti bakar di dalam piring di hadapannya. Hatinya masih sebal tapi dia
tidak mahu berkutik kerana dia tahu jika dia bersuara dia akan jadi bahan
ketawa kedua lelaki yang sedang terkekeh-kekeh mentertawakannya sekarang. Dhia
Khaulah terus memakan sarapannya bagaikan tiada apa yang berlaku.
Sebolehnya
dia bersabar. Sikit lagi. Sabar sikit lagi. Nanti dalam kereta siap Abang Hud. Milo
panas terus dihirup tanpa menghiraukan Hazwan Hud yang sedang mengangkat-angkat
kening memandangnya. Persetankan. Dia tu kalau dilayan mesti lagi seronok dia
kenakan aku.
Air
milo suam dari dalam teko dituang memenuhi cawannya. Dengan sekali hirup dia menghabiskan
seluruh isi cawan itu. Dia bukan dahaga. Tapi itu tanda protes terhadap kedua
insan yang masih juga tak berhenti ketawa tertahan-tahan di hadapannya. Dua-dua
kejam!
“Dah
jom.”
Dhia
Khaulah bangkit dari kerusi. Beg sandang disandang dibahunya. Hazwan Hud
diberikan jelingan maut tanda dia benar-benar mahu pergi sekarang. Beranilah
dia main-main lagi. Aku seligi kepala nanti baru padan muka.
“Pergi
Ma. Pa. Assalamualaikum.” Tangan kedua ibu bapanya dicium hormat.
Dahinya
dicium Puan Jannah yang menahan sengih. Ah! Mama juga serupa macam dia orang
seronok kenakan aku pagi-pagi buta macam ni. Encik Amin yang masih tidak berhenti
ketawa juga turut mencium dahi anak tunggalnya itu.
Dia
bukan sengaja mahu mentertawakan Dhia Khaulah. Tapi kalau sudah tiga hari
berturut-turut dikenakan dengan penipuan yang sama pun dia masih terkena siapa
saja tidak ketawa sepertinya sekarang? Memang kelakar melihat Dhia Khaulah yang
setiap hari kelam kabut berlari menuruni anak tangga. Kalau sekali terkena dia
masih boleh faham. Tapi ini sudah berkali-kali memang kelakar habis.
Itulah
akibatnya suka tidur selepas solat subuh. Perangai sebiji dengan mamanya
sewaktu muda dahulu. Suka tidur selepas solat subuh dan akhirnya kelam kabut
untuk ke kelas. Inilah dipanggil ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
“Pergi
dulu Papa Is. Mama Sha. Assalamualaikum.” Hazwan Hud menyalami tangan Encik
Amin sebelum mengekori Dhia Khaulah dari belakang.
“Waalaikummusalam.
Bye. Dalam kereta jangan gaduh-gaduh.” Tangan Encik Amin melambai-lambai ke arah
dua batang tubuh yang semakin menghilang di sebalik pintu.
Matanya
kembali tertumpu kepada isterinya yang tercinta. Pandangan yang diberikan oleh
isterinya itu dia faham. Puan Jannah tak senang dengan perbuatan mengenakan
anaknya itu.
“Apa?”
“Suka
sangat kan kenakan anak macam tu? Dulu kita. Sekarang anak pula. Bila nak
berubah ni. dah tua kan?”
“Alah
cinta. Abang gurau je. Sorry ok? Sorry pleaseeeee…” Matanya dikelip-kelip
seperti selalu isterinya buat kalau ingin memujuknya.
“Mengada.
Makanlah sekejap lagi nak pergi office kan.”
“I
love you Cinta.”
Kata-kata
suaminya itu disambut dengan ketawa kecil. Sudah dua puluh enam tahun bergelar
suami isteri tapi sikap romantis suaminya masih kekal seperti dulu. Tak pernah
berubah.
No comments:
Post a Comment