Monday, September 30

Assalamualaikum darling2 semua..
Saya nak mintak maaf awal2 dulu sebelum anda tanya saya kenapa lambat update..
ok saya memang akan lambat update sikit dua tiga hari ni.. sebab mulai esok saya akan ada kuiz dan berterusan... doakan saya dapat buat kuiz saya dengan baik ye.. terima kasih..
ok sebagai balasan anda x dapat baca new entry untuk beberapa hari ni saya akan bg hint ending novel ni macam mana..

Is selamatkan Tasha sampai berkorban nyawa dan Is mati.. Kbai.. larikkkkkkkk...

My Hubby My Lecturer!!! bab 40

Rasa sejuk sehingga menusuk ke tulang hitam membangunkan Natasha dari tidur. Tubuhnya yang terasa sejuk dipeluk erat. Matanya masih dibiarkan terpejam erat. Tangannya meraba ke sekeliling mencari selimut tetapi apa yang dirabanya hanyalah lantai yang sejuk.

Mana abang ni? Kenapa aku tidur kat bawah ni? Aku terjatuh katil ke malam tadi? Natasha membuka matanya. Keadaan di sekeliling diperhatikan lama. Kemudian dia bangun dan duduk menyandar di pintu. Tiba-tiba kejadian semalam terlayar kembali di mindanya. Ya Allah.. Apa yang aku harapkan ni? Abang dah tinggalkan aku sebenarnya.. Apa lagi yang aku cari? Air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya.

Tiba-tiba dia terasa  sesuatu yang mengganggu tekaknya. Natasha bingkas bangun dan berlari menuju ke bilik air. Belum sempat dia menunduk dengan sempurna habis semua isi perutnya keluar. Namun apa yang keluar hanyalah air sahaja. Sejak semalam makanan yang masuk ke dalam perutnya hanyalah sarapan paginya bersama Iskandar. Selepas itu dia hanya minum air masak sahaja kerana menanti Iskandar pulang untuk makan bersama.

Natasha terduduk lemah di atas lantai di tepi sinki. Lemah seluruh tubuhnya. Lama. Air matanya jatuh satu persatu di pipinya. Tangannya meraba perutnya. Sayang.. anak mama ni temankan mama ye. Temani mama lalui semua dugaan ni. Mama hanya ada sayang je. Tolonglah menjadi satu-satunya kekuatan mama. Temanilah mama sayang.

Setelah agak lama dia duduk di atas lantai itu. Natasha bangun berkumur, menukar pakaian dan mengangkat wuduk. Dia ingin menghadap Tuhannya. Hanya kepada Allah tempat dia mengadu sekarang. Menjadi seseorang yang dibangukan malam oleh Allah bukanlah mudah. Allah menjemput kita menjadi tetamuNya. Bukan semua orang mendapat peluang untuk dibangunkan malam.

Usai menunaikan dua rakaat solat tahajjud Natasha duduk berteleku di atas sejadah. Kedua tangannya ditadah.

“Ya Allah ya Tuhanku. Hanya pada Kau aku bergantung kini. Sesungguhnya aku lemah dengan dugaan yang Kau beri ini Ya Allah. Aku tak berdaya. Namun aku akur dengan janjiMu. Kau tidak akan menduga hambaMu dengan dugaan yang tidak mampu ditanggungnya. Aku tahu. Kau memilih aku kerana Kau menyayangi aku. Maka Ya Allah. Aku memohon dengan serendah hati kepadaMu. Kau temanilah jalanku. Sesungguhnya aku terlalu bersendirian ketika ini. Hanya Kau yang aku ada. Maka Kau tabahkanlah hatiku Ya Allah. Jadikanlah aku seorang isteri yang sentiasa taat kepada suami. Jadikanlah aku seorang hambaMu yang taat kepadaMu Ya Allah. Temanilah setiap langkahku Ya Allah. Sesungguhnya aku terlalu lemah menghadapi semua ini. Kau berikanlah kekuatan kepadaku Ya Allah. Aku mohon Ya Allah.” Doa Natasha panjang lebar. Setiap patah kata-katanya diselangi dengan tangisan yang mendayu. Sungguh dia terlalu rapuh ketika ini. Dia takut bersendirian. Dia takut tiada sesiapa bersamanya lagi. Al-Quran di ambil dan dibaca sementara menanti azan subuh. Doanya semoga hatinya sentiasa tenang menghadapi dugaan.

Usai solat subuh Natasha turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Dia berharap supaya kemarahan Iskandar semalam sudah reda. Meja makan yang semalam ditinggalkan begitu sahaja tidak berkemas dikemaskan. Makanan yang semalamnya telah basi terpaksa dibuang. Natasha menyediakan mushroom soup dan garlic bread dan kopi kegemaran Iskandar. Harapannya, hati Iskandar akan kembali tenang selepas sarapan.

Bunyi sesuatu menuruni tangga dari atas membuatkan Natasha segera menuju ke hadapan tangga. Dia mahu menyambut Iskandar dengan senyuman di bibir. Ingin Iskandar menerimanya dengan senang hati. Ingin melihat senyuman Iskandar lagi. Ingin mendengar suara romantis Iskandar lagi. Sungguh dia rindu. Walaupun hanya sehari, sesaat dia tidak mendengar suara Iskandar dia rindu.

“Assalamualaikum abang. Tasha dah siapkan sarapan. Jom makan.” Natasha menyapa Iskandar yang turun ke bawah tanpa memandangnya dengan senyuman yang sangat lebar.

Tanpa menghiraukan Natasha yang sedang bercakap dengannya Iskandar terus berlalu. Dia menuju ke dapur dan mengambil air putih segelas sebelum melangkah untuk naik semula ke atas. Natasha langsung tidak dihiraukannya walaupun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa rindunya dia melihat wajah itu. Bertapa dia ingin menyentuh wajah itu. Bertapa dia ingin memeluk tubuh itu. Namun setiap kali dia memandang wajah Natasha bayangan wajah Intan akan muncul. Membuatkan dia membenci Natasha semula.

Belum sempat Iskandar memijakkan kaki di tangga pertama Natasha meraih tangan Iskandar. Wajah suaminya yang kosong tanpa roman itu dipandang sayu. Tidak ada sekelumit pun kah rasa sayang dalam hati Iskandar buatku lagi? Tangannya ditepis kasar. Natasha menghela nafas berat dan terpaksa merelakan perbuatan Iskandar itu.

“Abang. Makanlah dulu. Tasha dah sediakan semuanya. Abang makanlah sikit ye.” Natasha memujuk Iskandar. Air mata yang mula bergenangan di tubir mata ditahan dari gugur. Wahai hati. Sabarlah kau. Aku perlu kuat. Kau pun perlu kuat.

“Makan makanan yang pembunuh macam kau masak? Lebih baik aku makan dekat luar. Aku rasa kalau kau sedar dirilah kan. Kau sebenarnya tak layak untuk panggil aku abang tau. Kau tu pembunuh. Untuk jadi isteri aku kau tak layak tahu tak. Tak layak.” Iskandar bersuara tanpa nada. Wajah Natasha dipandang dengan penuh rasa benci.

“Abang. maafkan Tasha. Tasha tak tahu salah Tasha kat mana. Tasha tak pernah minta semua tu terjadi. Tasha tak pernah minta terlibat dalam kemalangan tu. Masa Tasha mula-mula melintas Tasha tak Nampak pun ada kereta yang datang. Tolonglah faham abang.” Natasha sudah tidak mampu membendung air matanya dari gugur ke pipinya.

Tangan Iskandar digenggam sekali lagi kakinya sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia terduduk di sisi tangga. Hatinya hancur lumat mendengar kata-kata Iskandar itu. Bukankah dahulu Iskandar yang mengejar cintanya dahulu? Mengapa kini dia dihina sebegitu rupa? Terlalu hinakah dia yang kebetulan terlibat dalam takdir seperti itu? Terlalu tak bernilaikah dia di mata seorang suami?

“Aku dah kata! Jangan panggil aku abang! Kau tak layak!” Suara Iskandar mengeras. Kemudian terus melangkah menaiki tangga semula tanpa mengiraukan Natasha yang sudah terduduk lesu di tepi tangga.

Natasha tersentak mendengar jerkahan Iskandar itu. Ya Allah. Diakah suamiku? Sekasar itu? Ya Allah ya Tuhanku. Aku sedar ini semua dugaanmu. Aku sedar ini takdir yang sediakan untukku aku redha Ya Allah. Namun kau temanilah aku Ya Allah. Aku takut bersendirian.



Natasha bersiap ala kadar. Baju kurung bewarna merah jambu dengan hiasan renda putih beserta tudung bawal putih. Buku-bukunya di ambil dan dia segera turun ke bawah. Takut pula jika terlambat nanti abang tinggalkan aku pula. Tak pasal-pasal pulak nanti aku terlambat pergi kelas. Sudahlah kelas pukul sembilan pagi ni. Sekarang dah pukul tujuh dah. Nanti tak sempat sampai pulak.

Vitamin yang diberikan doctor semalam ditelannya dengan laju. Takut jika Iskandar ternampak dia makan ubat. Buat masa ini dia tidak mahu memberitahu tentang kandungannya kepada Iskandar. Dia tidak mahu anaknya pula yang dihina. Biarlah hanya dia yang menjadi mangsa tuduhan Iskandar. Dia sanggup tetapi dia tidak sanggup jika anaknya pula dihina.

Natasha keluar dari bilik dan terus mengintai sedikit ke dalam bilik Iskandar. Dia mahu memastikan sama ada Iskandar masih ada menunggunya lagi atau tidak. Tetapi kelibat Iskandar langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu. Natasha mendekatkan dirinya di tepi pintu. Cuba memasang telingauntuk memastikan sama ada Iskandar berada di dalam bilik atau tidak. Tetapi masih juga tidak ada bunyi.

Tiba-tiba bunyi sesuatu dari tingkat bawah membuatkan Natasha segera turun ke bawah mencari punca bunyi itu. Rupa-rupanya Iskandar sedang mengeluarkan kasutnya dari rak kasut. Natasha segera menghampiri Iskandar yang sedang duduk di kerusi untuk memakai kasut. Dia juga turut mengeluarkan kasut Ballet Flatsnya yang bewarna putih susu.

“Abang. Tasha dah siap. Tasha pergi dengan abang ke?” Soal Natasha takut-takut. Wajahnya ditundukkan memandang kasut ditangannya.

“Aku dah kata berapa kali baru kau nak faham? Jangan panggil aku abang. Kau nak ke mana kau pergi dengan Pak Ali. Kau yang bayar Pak Ali tu. Jadi kau guna khidmat dia. Jangan nak menyusahkan aku. Orang macam kau mengotorkan kereta aku je.” Iskandar bersuara sambil menyarung kasutnya. Natasha langsung tidak dipandang sekilas pun. 

Ya Allah ya Tuhanku. Kasarnya suamiku. Mana hilangnya suamiku yang penyayang dahulu? Mana hilangnya suamiku yang lembut hatinya dahulu? Mana hilangnya suamiku yang memahami dahulu? Aku rindukan dia Ya Allah. Terlalu rindukan dia. Matanya mula berkaca-kaca. Hatinya sebak melihat suaminya yang begitu.

“Maafkan saya. Kalau macam tu izinkan saya pergi sekarang.”

Dia menghulurkan tangan kepada Iskandar untuk menyalami Iskandar. Itu kan sudah menjadi kemestiannya sebelum pergi ke kelas. Tetapi Iskandar hanya memalingkan wajahnya dari Natasha.  Natasha sudah tidak mampu menahan tangisnya lagi. Tetapi dia tidak mahu Iskandar melihatnya menangis. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Iskandar. Dia mahu menjadi seorang yang kuat.

Dia terus keluar dari rumah tanpa memandang Iskandar. bunyi kereta Iskandar yang berlalu keluar dari rumah membuatkan Natasha hanya mampu mengetap bibir.

Natasha ke belakang rumah untuk mencari Pak Ali yang pastinya sedang memberi makan ikan. Sebaik sahaja melihat wajah Pak Ali dan Mak Timah isteri Pak Ali yang sedang menyediakan air kopi buat Pak Ali air matanya terus jatuh bercucuran. Walaupun Mak Timah tidak bekerja dengannya tetapi Mak Timah bagaikan ibu kedua buatnya.

Cuma sejak kebelakangan ini sahaja Mak Timah tidak selalu dengannya kerana Mak Timah menjaga ibunya yang sedang sakit. Mak Timah terpaksa berada di rumah ibunya selama lapan bulan memandangkan tiada sesiapa yang dapat menjaga ibunya yang sakit itu. Baru-baru ini sahaja Mak Timah pulang semula ke rumahnya semenjak ibunya kembali ke rahmatullah. Kepulangan Mak Timah kali ini sangat bererti buatnya.

“Tasha. Tasha sayang kenapa ni?” Mak Timah segera meluru memeluk Natasha. Dadanya berdegup kencang melihat keadaan Natasha yang begitu. Mengapakah Natasha menangis sebegitu rupa?

“Mak. Tasha dah tak mampu lagi dah mak. Tasha tak mampu. Abang Is dah buang Tasha. Dia dah tak sayangkan Tasha lagi Mak.”

Natasha memeluk erat Mak Timah. Semua tangisan yang ditahannya tadi dilepaskan di bahu Mak Timah. Pak Ali pula hanya mampu tergamam. Iskandar buang Tasha? Tapi bukankah Iskandar terlalu menyayangi Tasha? Aku Nampak dengan mata aku sendiri bertapa sayangnya Iskandar pada Tasha. Mata tua aku tak kan pernah menipu. Aku tahu dari cara Iskandar pandang Natasha. Tak mungkin dia buang Tasha.

“Tasha anak mak. Cuba cakap satu-satu mak tak faham.” Mak Timah mengusap-usap belakang badan Natasha. Mahu melegakan hati Natasha yang nampaknya sangat lemah ketika itu. Dia membacakan zikir Hasbi Rabbi beberapa kali di telinga Natasha. Semoga zikir itu mampu membawa ketenangan kepada Natasha.

“Abang salahkan Tasha atas kematian Intan bekas kekasih dia. Kemalangan yang dulu kekasih dialah pemandu tu. Kenapalah tak ada sesiapa yang beritahu Tasha pemandu tu meninggal. Tasha tak sangka sampai jadi macam tu. Satu nyawa yang tak bersalah terkorban sebab Tasha. Satu pasangan yang bercinta terputus sebab Tasha. Bertapa bersalahnya Tasha mak. Memang Tasha yang bersalah. Tapi Tasha tak pernah minta semua tu. Tasha sayangkan abang. Hancurnya perasaan Tasha bila abang buang Tasha.”

Tiba-tiba satu angin yang nyaman bertiup lembut menenangkan sedikit hatinya yang terlalu gundah tadi. Esak tangisan Natasha semakin reda. Hatinya beristighfar sebanyak mungkin. Meminta ketenangan dalam jiwanya. Dia teringatkan artikel yang dibacanya. Ibu mengandung tak elok selalu bersedih. Tidak baik untuk kandungan. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Pak Ali yang masih memandangnya sayu. Nafasnya dihela panjang. Dia mahu berhenti menangis sekarang. Dia tak mahu jika dia ke universiti nanti aka nada yang menegur matanya yang sembab kerana menangis.

“Tasha sayang. Sabarlah sayang. Itu semua dugaan dari Allah untuk Tasha. Mak tahu Tasha kecewa. Tasha hampa. Tasha sedih. Tapi sayang. Percayalah sayang, akan ada hikmahnya buat Tasha. Mak yakin dari cerita-cerita Pak Ali selalu ceritakan pada mak, Is memang sayangkan Tasha sepenuh hati. Dia memang cintakan Tasha. Cuma mungkin buat masa ni dia masih marah. Masih terkejut. Beri dia masa. Tasha sabar ye sayang. Mak dengan Pak Ali sentiasa akan ada dengan Tasha. Percayalah sayang.” Mak Timah masih lagi menenangkan jiwa Natasha sedangkan hatinya sendiri begitu bercelaru ketika ini. Kasihan anak angkatnya ini. Begitu besar dugaan yang dihadapinya.


Natasha menghela nafas panjang sekali lagi. Benar kata Mak. Mungkin abang masih marah sahaja.

Friday, September 27

My Hubby My Lecturer!!! bab 39

Nombor telefon Iskandar cuba didail beberapa kali. Telefon ditangannya direnung lama. Kenapa ni? Talian masuk tetapi tidak berangkat. Aku dah nak pergi ni. Dia ingin memaklumkan kepada Iskandar tentang kepergiannya ke klinik. Takut nanti jika tidak diberitahu nanti Iskandar mencarinya pula.

“Tak angkatlah Ara. “Ara yang sedang mengemas semua buku-buku yang baru dibelinya dipandang. Kemudian matanya memandang kepada Pak Ali yang sedang menunggunya di tempat parkir. Kasihan Pak Ali terpaksa menunggu lama di bawah terik matahari. Mana tidaknya sekarang sudah jam satu tengah hari.

“Dia dalam kelas kot.” Ara cuba menenangkan hati sahabatnya itu. Barangkali Iskandar sedang mengajar sekarang. Pasti Iskandar tidak perasankan telefonnya berbunyi. Ara tahu yang Iskandar sering meletakkan telefon dalam mode senyap. Jadi  mereka berdua tidak sepatutnya menganggu Iskandar.

Natasha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah kenapa bagaikan ada sejuta kutu yang sedang berjoget-joget di atas kepalanya. Matanya memandang ke sekeliling kawasan universiti itu. Manalah tahu jika ternampak Iskandar di mana-mana. Tetapi apa yang dia Nampak hanyalah wajah-wajah pelajar lain yang memandangnya bagaikan suatu bahan yang menarik untuk diperhatikan.

Bukankah baru pagi tadi Iskandar mencangankan berita perkahwinan mereka. Sudah pastinya dia menjadi bahan utama di kampus sekarang. Beratus-ratus gadis yang kecewa dengan berita perkahwinan mereka itu. Iskandar kan pensyarah yang terkenal. Apa gelarannya? Haaa… 'Most Delicious Bachelor’ gelaran yang diberi oleh kelab penyiaran universiti. Jadi semestinya dia yang baru hari ini diperkenalkan sebagai isteri Iskandar akan menjadi bahan perhatian.

“Dah tu macam mana ni? Takkanlah aku nak pergi klinik ni tak bagi tahu dia dulu. Nanti dia cari aku macam mana?” Natasha mendail semula nombor telefon Iskandar. Hatinya berdoa supaya Iskandar menjawab telefonnya. Tetapi hampa. Dua kali dia membuat panggilan pun akhirnya terputus begitu sahaja.

“Kau mesej ajelah. Nanti mesti dia baca.” Cadang Ara. Beg Natasha yang berada di atas kerusi disandangnya. Kasihan pula jika Natasha yang mengangkatnya sendiri. Wajah Natasha jelas kelihatan sangat pucat menandakan dia benar-benar sedang tidak sihat.

“Ha’ahlah betul juga. Ok dah jom kita pergi sekarang. Eh. Beb. Terima kasih tau sebab sudi temankan aku ni. Kalau kau tak ada tadi terpaksa aku pergi sorang-sorang.” Natasha menaip laju mesej yang perlu dihantar kepada Iskandar. dia memaklumkan kepergiannya bersama Ara dan dia akan terus pulang ke rumah selepas ke klinik.

“Thanks apanya. Kau tu kawan baik aku. Susah senang aku dengan kau. Muka kau dah pucat macam zombie macam ni pun aku tak nak teman kau ke klinik memang tak layaklah kau nak panggil aku kawan kau. Dah jangan banyak cakap. Jom kita pergi sekarang.” Natasha tergelak bila melihat Ara membebel panjang. Ara dan membebel memang tak boleh dipisahkan.



Natasha menggenggam erat tangan Ara bila melihat doctor yang merawatnya masuk semula ke dalam bilik rawatan itu. Dia berdebar-debar. Satu rasa yang luar biasa mengusai dirinya ketika ini. Entah perasaan apa dia tidak pasti. Tetapi yang pastinya satu perasaan gembira dan berdebar memenuhi dirinya ketika ini.

“Tahniah. Berdasarkan ujian air kencing tadi, Puan disahkan mengandung tiga minggu. Suami puan tak ikut sekali ke? Selalunya bapalah yang terlebih exited dengan baby pertama ni.” Doktor yang berada di hadapan Natasha memandangnya. Senyuman manis diberikan kepada bakal ibu muda itu.

Ara segera memeluk Natasha. Berkali-kali dia mengucapkan tahniah kepada sahabatnya itu. Natasha pula berulang kali mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Sungguh sebak ialah satu-satunya perkataan yang sesuai untuk menggambarkan dirinya ketika ini. Genap enam bulan usia perkahwinannya hari ini dia dikhabarkan dengan berita gembira ini. Benar kata orang perancangan Allah sangatlah indah.

Padahal dahulu dia dan Iskandar sama-sama bertekad untuk berpisah setelah genap enam bulan perkahwinan mereka. Tetapi hari ini dia dikhabarkan dengan berita gembira itu. Sungguh perancangan Allah sangatlah indah kepada setiap hambaNya. Tangannya mengusap perutnya yang masih kempis. Ada satu nyawa di dalam rahimnya. Rasa sebak mengusai dirinya ketika ini. Dia berjanji pada dirinya sendiri dia akan melindungi nyawa hasil cintanya dengan Iskandar itu dengan sepenuh jiwa.

“Tak suami saya kerja, dia tak dapat ikut sekali.” Natasha yang masih lagi terkejut dengan perkhabaran  tergagap-gagap menjawab soalan .Doktor itu mengangguk faham.

“Oh iya ke? Tak apalah. Nanti saya bagi appoiment untuk puan datang lagi buat pemeriksaan lanjut. ini ada buku cara untuk menjaga kesihatan sewaktu mengandung. Buat masa sekarang ni Puan perlu jaga pemakanan. Jangan makan benda-benda yang berasid seperti nenas, belimbing, dan yang paling penting elakkan minum air berkanonat. Banyakkan makan banyak makanan yang mengandungi banyak protein, calcium and iron. Jangan buat kerja-kerja berat. Usia kandungan Puan sekarang ni masih sangat muda. Kandungan masih belum kuat lagi. Lagi satu, Puan akan mudah letih dan muntah-muntah. Tapi tak apa. Saya akan bagi vitamin untuk stamina Puan. Nanti bila datang untuk pemeriksaan kali kedua minggu depan saya akan bagi penerangan lebih lanjut lagi. Puan boleh ambil ubat diluar ye. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.” Doktor itu tersenyum lebar melihat raut wajah Natasha yang nyata sangat sebak.

“Ara aku mengandung.” Ucap Natasha sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari klinik itu. Tangan Ara digenggam erat. Sungguh, dia masih lagi tidak percayakan perkhabaran itu.

“Ya Allah beb. Aku tak tahulah nak cakap macam mana gembiranya aku sekarang ni. Hanya tuhan je yang tahu bertapa gembiranya aku. Macam aku pulak yang mengandung sekarang ni. Aku macam tak percaya je yang aku dah nak dapat anak buah dah. Tak sabarnya aku.” Natasha dipeluk erat. Rasanya bagaikan dia sendiri yang bakal mendapat anak.

“Aku pun Ara. Aku pun. Alhamdulillah.”




Natasha lincah memasak makanan kegemaran Iskandar. Meja makan dihias indah dengan alas meja yang baru, lilin, dan bunga mawar segar di dalam pasu tinggi. Cadangnya dia ingin membuat kejutan kepada Iskandar. pasti Iskandarlah orang yang paling gembira bila mengetahui berita ini. Zuriat pertama mereka. Bukankah semenjak dua menjak ini Iskandar sering mengatakan dia mahukan cahaya mata sendiri.

Sekarang Allah sudah makbulkan doanya pasti dia sangat gembira setelah mendengar berita ini. Jam di dinding dipandangnya. Sudah pukul enam setengah petang. Sudah agak lambat dari waktu biasa Iskandar pulang ke rumah jadi bila-bila masa dari sekarang Iskandar akan pulang.

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan Natasha menjadi teruja. Dia segera menuju ke pintu untuk menyambut Iskandar yang baru pulang. Muka masam Iskandar yang muncul di sebalik pintu membuatkan Natasha terhenti untuk menyambut Iskandar dengan riang. Kenapa? Apa yang berlaku? Ada sesuatu yang berlaku di universitikah? Abang penat kot. Tak apalah biar aku layan dia je. Mesti sekejap lagi dia akan ok.

“Assalamualaikum abang. Lambat abang balik. Tash…” Belum sempat Natasha menyalami tangan Iskandar, Iskandar sudah menepis tangan Natasha. Natasha yang rancak bersuara tiba-tiba terhenti bersuara bila Iskandar menepis kasar tangannya. Natasha terkedu dengan perbuatan Iskandar.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Tak pernah sekalipun Iskandar mengasari dia seperti itu. Iskandar yang berjalan meninggalkannya dipandang dengan seribu tanda tanya. Natasha yang masih lagi terkejut dengan perbuatan Iskandar itu mengekori Iskandar dari belakang. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Aku ada buat salah dengan abang ke? Ke dia marah aku sebab tak bagi tahu dia masa nak ke klinik tadi? Tapi aku kan dah mesej dia.

“Abang. Abang ada masalah ke? Tasha ada buat salah dengan abang ke?” Natasha terus menyoal Iskandar bila Iskandar menapak laju masuk ke dalam bilik.

Dia keliru dengan perbuatan Iskandar itu. Dadanya sebak dengan perbuatan Iskandar. Selama enam bulan perkahwinan mereka tak pernah sekali pun Iskandar berkelakuan begitu. Iskandar tidak pernah berkasar. Kalaupun Iskandar marah dia akan lantang menyuarakan kemarahannya dan mudah dipujuk. Tetapi kali ini tidak sepatah pun soalannya dijawab.

Beg besar milik Iskandar dikeluarkan dari dalam almari. Natasha terpinga-pinga dengan kelakuan Iskandar itu. Dia hanya mampu berdiri tegak di sisi katil memandang segala perbuatan Iskandar. Iskandar mengambil beberapa helai bajunya kemudian dimasukkan ke dalam beg itu. Barang-barangnya yang lain juga diangkat masuk ke biliknya sebelum ini.

Setelah selesai memindahkan semua barangnya Iskandar berpaling memandang Natasha. Isterinya yang sudah mula menangis itu dipandang tanpa sebarang rasa. Wajah Natasha ditatap lama. Wajahnya tegang. Rasa benci membuak-buak bersilih ganti dengan wajah Intan.

“Hari ni genap enam bulan perkahwinan kita. Dah sampai masanya kita akhiri perkahwinan ni. Aku dah dapat apa yang aku nak. Aku dah muak hidup dengan kau. Mengikut pada perjanjian kita genap enam bulan perkahwinan ni, kita akan berpisah. Jadi dah sampai masanya aku tinggalkan pembunuh macam kau.” Iskandar keluar dari bilik itu dan terus menuju ke biliknya.

Natasha tersentak mendengar kata-kata Iskandar. Mengapa Iskandar berkata begitu? Aku pembunuh? Tak pernah sekali pun aku lakukan jenayah. Kenapa mesti buang aku? Tangisannya semakin menjadi-jadi. Air mata membasahi seluruh pipinya. Natasha segera mengejar Iskandar. Dia turut melangkah masuk ke dalam bilik Iskandar.Legan Iskandar dipegangnya. Tangannya ditepis kasar sekali lagi.

“Abang. Apa maksud abang? Tasha tak faham. Abang tolonglah jangan buat Tasha macam ni. Apa salah Tasha? Abang kata abang ikhlas sayangkan Tasha. Cintakan Tasha. Kenapa buat macam ni?” Natasha masih lagi berusaha menggapai tangan Iskandar. Dia buntu dengan kelakuan Iskandar itu. Dia tak tahu apakah sebenarnya yang terjadi.

“Kau tanya aku kenapa? Kau tanya aku kenapa? Cuba kau fikir baik-baik. Kau layak ke nak hidup dengan aku? Perempuan macam kau tak layak nak berdiri sama dengan aku. Tak layak jadi isteri aku. Perempuan pembunuh macam kau tak layak jadi isteri aku. Kau dah bunuh Intan kau tahu. Dasar pembunuh!” Suara kasar Iskandar menyentak jiwa Natasha. Kakinya terasa tidak mampu berdiri lagi. Dia terduduk di tepi kaki Iskandar.

“Kenapa abang kata macam tu? Tash… Tasha tak pernah kenal kak Intan macam mana Tasha boleh bunuh dia.” Suara Natasha semakin tenggelam dalam tangisan. Hancur jiwanya mendengar tuduhan Iskandar itu. Suami yang sangat dicintainya menuduhnya dengan tuduhan yang sangat berat sebegitu. Malah menghinanya lagi. Hancur luluh hatinya ketika itu.

“Memang kau tak kenal Intan. Tapi cuba kau cerita macam mana kau dapat parut belakang bahu kau tu? Sebab kemalangan dengan kaulah Intan meninggal tahu tak. Sebab nak elakkan kau yang melintas jalan Intan aku pergi tinggalkan dunia.” Iskandar memandang tepat wajah Natasha yang sedang menangis teresak-esak itu. Rasa kasihan melihat isterinya menangis begitu timbul dalam hatinya tetapi rasa marah tentang hal Intan lebih banyak mengusai dirinya ketika itu.

Esak tangisan Natasha terhenti. Dia benar-benar terkejut mendengar kata-kata Iskandar itu. Kak Intan meninggal keranaku? Ya Allah. Betulkah? Kenangan sewaktu dia menghadapi kemalangan dahulu terimbau kembali di mindanya. Masih dia ingat kejadian yang berlaku pada  hari terakhir dia sebagai pelajar sekolah menengah empat tahun dahulu.

Natasha memandang jam di tangannya. Sudah pukul empat petang ni. Mana papa ni. Kata nak ambil aku. Tapi tak datang-datang pun lagi. Sudahlah panas macam ni. Lapar pulak tu. Dia memandang ke sekelilingnya. Sudah tidak ada sesiapa lagi. Kalau ada pun mungkin di dalam kawasan sekolah. Yang menanti di ambil sepertinya hanya dia seorang sahaja.

Dia memandang telefon awam di seberang jalan. Patut ke aku telefon papa ye? Tak pun telefon Pak Ali? Tudung di kepalanya yang semakin melurut ke bawah dibetulkan sedikit. Natasha menyeluk tangannya ke dalam poket bajunya beg duit berwarna ungunya dikeluarkan dia membelek isi beg duit itu untuk mencari duit syiling. Haa… ada tujuh puluh sen. Cukuplah untuk telefon papa.

Natasha menggalas semula beg sandangnya yang terletak di atas lantai. Dia bangun dari silanya. Dia melintas jalan yang lengang itu sambil tanganya sibuk mengira duit yang sepatutnya digunakan untuk menelefon papanya tanpa menyedari sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya. Bamm!!! Natasha dilanggar dan melambung ke udara sebelim jatuh ke atas jalan raya semula. Perkara terkakhir yang dia ingat sebelum dia tidak sedarkan diri ialah bunyi kereta itu melanggar pokok besar yang berada di seberang jalan.

Segala ingatannya tadi membuatkan dia kembali menangis. Jadi maknanya pemandu itu meninggal dunia. Kenapa dia tidak pernah diberitahu tentang perkara itu? Kenapa mama dan papanya memberitahunya bahawa pemandu itu selamat dan hanya mengalami kecederaan kecil. Patutlah setiap kali dia meminta untuk berjumpa dengan pemandu itu ibu bapanya membantah. Rupa-rupanya pemandu itu telah meninggal dunia. Satu persatu air mata jatuh semula membasahi pipinya. Memang salah aku. Aku yang melintas tak pandang keliling dahulu. Memang aku yang bunuh kak Intan.

Natasha bangun perlahan-lahan dari duduknya. Dia mendongak memandang wajah yang dicintainya. Ya Allah bertapa dia menderita kerana aku. Bertapa dia menderita kehilangan orang tercinta dalam hidup dia. Bersalahnya aku Ya Allah. Air mata yang laju membasahi pipinya dibiarkan saja. Dia sudah hilang rasa untuk mengelap air matanya. Biarkan air mata kekesalan itu terus turun membasahi pipinya dia tak kisah.

“Abang. Tasha tak tahu pasal ni. Malah Tasha tak tahu pun yang pemandu tu meninggal dunia. Papa dengan mama beritahu yang pemandu tu cuma cedera ringan lepas Tasha bangun dari koma dua minggu lepas kemalangan. Tapi memang pun salah Tasha. Tasha yang dah sebabkan kematian kak Intan. Maafkan Tasha sebab Tasha abang kehilangan orang yang abang cintai. Orang yang paling abang sayangi. Tasha tak pernah rancang semua ni akan terjadi. Tasha hanya mampu minta maaf. Tasha minta maaf sebab tak pernah sedar diri yang Tasha ni sebenarnya tak layak untuk abang. Maafkan Tasha.” Usai sahaja berkata-kata Natasha keluar dari bilik Iskandar tanpa menanti reaksi Iskandar. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya dan pintu bilik ditutup.

Sebaik sahaja pintu bilik di tutup Natasha sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Dia terduduk tanpa tenaga di belakang pintu biliknya. Dadanya terasa sesak dengan tangisannya yang semakin menjadi-jadi. Abang. Kenapa abang sanggup lukakan hati Tasha? Tasha cintakan abang sepenuh hati. Abanglah dan anak kitalah segalanya yang Tasha ada sekarang. Tasha tak pernah minta semua ni terjadi. Tasha tak pernah minta kemalangan tu berlaku. Kalau abang tak pernah cintakan Tasha kenapa mesti menipu yang abang cintakan Tasha? Kenapa mesti curi hati Tasha? Kenapa mesti buat Tasha bergantung sepenuhnya kepada abang. Tasha cintakan abang.

 Tangannya dilekapkan diperutnya. Assalamualaikum anak mama. Maafkan mama sebab tak dapat perkenalkan baby pada papa buat masa ni. Baby temankan mama ye. Papa dah tak sayangkan mama lagi. Akhirnya Natasha hanya mampu menangis dan terus menangis sehingga terlelap bersandarkan pintu biliknya.


Thursday, September 26

My Hubby My Lecturer!!! Bab 38

Bunyi sesuatu benda jatuh dari katil dan terus berlari bilik air mengejutkan Iskandar pagi itu. Mimpi kot. takkanlah Tasha nak berlari ke bilik air. Tak tahan nak terkencing ke? Tempat tidur Natasha di sebelah diraba. Eh tak ada. Dia segera terduduk. Tasha ke yang jatuh tadi? Dia ke yang berlari ke bilik air? Comforter yang menutupi kakinya segera diselak ke tepi. Dia ingin ke bilik air juga untuk melihat setuasi Natasha.

Iskandar segera berlari ke bilik air bila terdengar bunyi Natasha yang muntah dengan teruk di dalam bilik air. Tangannya memulas tombol pintu kaca bilik air itu. Dia menarik nafas lega bila pintu bilik air tidak dikunci Natasha. Natasha yang terduduk lesu di tepi mangkuk tandas didekati dengan laju. Mujur lantai bilik air mereka sentiasa dipastikan kering. Kalau tidak mahunya dia tergelincir di dalam bilik air itu.

“Cinta kenapa ni? Ya Allah.” Iskandar menjadi kalut bila Natasha kelihatan sangat lemah. Dia segera duduk di belakang Natasha dan menyandarkan isterinya itu di dadanya. Sungguh dia tak pernah melihat Natasha selemah itu.

“Tak tahu. Tasha rasa tak selesa tadi macam ada benda tersekat di kerongkong. Tasha bangun tapi terjatuh dari katil lepas tu Tasha ke bilik air…. Uweek!” belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya sekali lagi dia termuntah.

Iskandar pula tanpa rasa geli menadah tangannya supaya muntah Natasha tidak terpercik ke atas lantai. Paip air segera dicapainya dan tangannya lincah membersihkan mulut Natasha yangmasih lagi mendekatkan wajahnya ke mangkuk tandas. Kasihannya dia. Kenapa sampai jadi macam ni. Salah makan ke? Semalam masa makan di restoran tu makanan dia tak bersih ke? Tapi aku tak ada apa-apa masalah pun. Aku makan benda yang sama juga.
                        
Iskandar memapah perlahan Natasha keluar dari bilik air. Natasha yang berwajah pucat didudukkan di atas katil. Dia menggosok-gosok belakang badan isterinya yang masih lagi kelihatan tidak selesa itu. Jam di dinding dipandang sekilas. Masih awal lagi ni. Baru pukul empat lima puluh. Iskandar menuangkan air dari dalam jag di meja tepi ke dalam gelas dan memberikan air itu kepada Natasha supaya boleh menghilangkan rasa perit di tekak akibat muntah yang teruk tadi.

“Baring cinta. Abang urutkan sikit kepala. Tasha tidur dulu. nanti azan subuh abang kejut solat. Tidur sayang.” Iskandar mengusap kepala Natasha yang berada di atas ribanya. Surah al-Fatihah dibaca berulang kali dengan harapan kesakitan Natasha akan beransur baik.

Natasha menyalami tangan Iskandar usai sahaja mengaminkan doa yang dibaca Iskandar. tangan Iskandar yang memapahnya ke atas katil digenggam erat. Lega sedikit rasa ingin muntahnya tadi setelah bersolat.  Entah apa yang tak kena pada dirinya pagi ini sehingga dia muntah dengan teruk dan lemah seluruh badan. Rasanya semalam dia tak ada makan apa-apa yang salah.

Semalam aku cuma makan tom yam campur macam biasa. Takkan lah kerana makan tom yam campur aku muntah macam ni sekali. Tak pernah seumur hidup aku alergi dengan tom yam campur. Ke sebab aku pergi sental Iced Mocha sekaligus dengan tom yam tu. Sampai perut aku tak boleh terima kombinasi dua benda tu. Aneh betul!

“Cinta rehat dulu. Abang siapkan sarapan. Hari ni tak payahlah ke kelas ye sayang. Baru hari pertama.”

Telekung di kepala Natasha dibuka. Kepala isterinya itu diusap perlahan. Natasha mencapai tangannya dan memeluk lengan itu. Sengaja mahu bergantung sebentar di lengan itu.

“Tak mahu. Tasha dah ok dah. Tasha nak pergi class. Hari ni kan hari pertama semester.” Rayu Natasha. jari tenlunjuknya dilalukan perlahan di bawah bibir Iskandar. Seperti biasa. Cara baru untuk memujuk suaminya.

“Tapi kalau sakit nak muntah lagi nanti macam mana sayang?”

“Tasha janji kalau Tasha rasa tak sihat Tasha terus call or text abang. Janji. Ara kan ada. Dia boleh jaga Tasha. Jangan risau ye.”

“Betul ni? Janji?”

“Janjilah. Takkanlah tipu pulak. Tapi kan.. pagi ni boleh tak abang buatkan Tasha chocolate smoothie? Tasha teringinlah nak minum. Haa… kat dalam fridge ada strawberry kan? abang potong kecil-kecil lepas tu tabur kat dalam tu tau.  Coklat pun sama. Banyak-banyak tau bang. Sikit-sikit tak mau.” Natasha mengerdipkan matanya beberapa kali. Konon rupa comel.

“Smoothie pagi-pagi buta macam ni? Belum pukul enam pun lagi sayang. Sejuklah. Nanti muntah lagi macam mana? Minum hot green tea ye sayang. Abang buatkan bubur sekali.” Wajah Natasha yang mula menjadi kemerahan itu dipandang. Eh kenapa pulak ni. Eh… Eh… Eh… kenapa menangis pulak. Air mata yang gugur satu persatu dari mata Natasha dipandang dengan penuh rasa terkejut. Kenapa sampai menangis pulak ni? Sakit sangat ke perut tu?

“Tak apalah kalau abang tak bagi. Abang memang tak sayangkan Tasha. Tasha tidur dulu. Assalamualaikum.” Natasha terus membaringkan dirinya membelakangi Iskandar.

Tangannya laju mengusap air mata yang kian membasahi pipi. Matanya dipejamkan. Entah apa yang sedih sangat pun dia tak pasti. Yang pastinya dia mahukan chocolate smoothie pagi ini. Itu saja. Tapi itu pun Iskandar tak sudi untuk penuhi. Dia memang tak pernah sayangkan aku!

“Sayang. Tak maulah menangis macam ni. Janganlah merajuk. Ok. Ok. Sekarang jugak abang buatkan ye. dah tak mau merajuk. Meh sini meh.” Iskandar kalut memujuk. Hilang semua ayat sasteranya selama ini. Tak pernah sekali pun Natasha berperangai kebudakan seperti ini.

“Betul?” Natasha yang tadinya konon merajuk segera bangun. Tak ada gunanya merajuk lama-lama kalau apa yang diinginkan sudah disuakan. Peluang yang diberikan jangan dilepaskan.

“Betullah. Jom turun bawah abang buatkan ye. Tak mau menangis lagi. Nak minum pun sampai menangis-nangis budak kecik abang ni.” Iskandar tergelak besar bila Natasha bingkas bangun bagaikan tiada apa yang berlaku tadi. Siapa entah yang menangis bagai nak rak tadi pun tak tahu.

“Mana ada kecik dah boleh jadi mak budak tau. Blueeekk…” Natasha menjelirkan lidahnya kemudian pantas berlari meninggalkan Iskandar yang tentunya bersedia dengan serangan geleteknya. Takuttt…




“Janji ni kalau rasa tak sihat je terus call abang? Lepas habis class kita pergi klinik ye.” Iskandar menahan Natasha dari keluar kereta.

Rasa risaunya betul-betul memuncak. Natasha tak pernah sakit seperti pagi tadi. Tiba-tiba muntah dengan teruk. Lepas sarapan pun muntah lagi. Habis semua chocolate smoothie yang dimintanya pagi tadi keluar semula. Sudahlah kakinya baru sahaja baik. sekarang datang penyakit lain pula. Kasihan isterinya itu.

“Janjilah abang. Jangan risau sangat. I’m fine.” Natasha tergelak kecil bila melihat wajah Iskandar yang terlebih serius. Risau sangatlah tu.

“Ok. Kelas hari ni sampai pukul berapa? Abang ada class tengah hari nanti.” Iskandar masih lagi dengan nada risaunya. Buku-buku Natasha disusun rapi sebelum diserahkan ke tangan Natasha.

“Hari ni Tasha ada class satu subjek je. Class sampai pukul dua belas. Kalau abang tak sempat Tasha pergi klinik dengan Pak Ali ajelah ye bang.” Natasha memberi cadangan. Hanya sekadar ke klinik dia boleh pergi sendiri. Dia bukanlah budak kecil lagi.

“Eh tak payahlah. Abang boleh minta izin dengan dekan untuk tak masuk class.” Bantah Iskandar.

Bukan dia tak percayakan Pak Ali. Pak Ali kan dah bekerja dengan keluarga Natasha sejak Natasha kecil lagi. Walaupun khidmat Pak Ali untuk memandu jarang digunankan sejak mereka berkahwin tetapi Pak Ali masih lagi bekerja dengan mereka sebagai tukang kebun di rumah mereka. Pak Ali lah yang menguruskan kawasan sekeliling rumah mereka.  Pak Ali memang pekerja yang baik. Sentiasa berdedikasi kepada majikannya. Cuma dia ingin tahu apakah sakit yang dialami isterinya sendiri. Dia ingin bersama Natasha saat susah dan senang.

“Tak boleh macam tu bang. Tasha isteri abang kat rumah. Dekat sini abang milik universiti. Tanggungjawab abang besar untuk pembangunan pelajar. Tasha tak nak abang tanggung dosa lepaskan amanah sebagai pendidik. Tasha ok. Tasha boleh pergi dengan Pak Ali. Insha Allah tak ada apa-apa.”

“Kalau macam tu baiklah. Tapi janji dengan abang. Tasha akan jaga diri baik-baik. Insha Allah.” Natasha menyalami tangan Iskandar buat kedua kalinya. Dia ingin segera masuk ke dewan kuliah. Dengan Iskandar bukannya boleh berlama-lama. Iskandar kan terkenal dengan sikap lepas lakunya.

“Ok sayang. I love you. Ingat tau sayang. Walau apa pun terjadi dalam dunia ni Tasha kena ingat. Abang cintakan Tasha sepenuh hati abang. melebihi diri abang sendiri. Abang tak nak sesuatu yang terjadi pada Tasha. Jadi jaga diri baik-baik. ” Iskandar mencium dahi Natasha sebelum isterinya itu keluar dari kereta. Sekarang dia sudah tidak kisah jika ada sesiapa yang tahu tentang hubungannya dengan Natasha. Dia bangga memiliki Natasha sebagai isteri.

“Eh. Cinta tunggu.” Iskandar memanggil Natasha yang baru melangkah beberapa langkah dari kereta. Iskadnar segera keluar dari dalam kereta dan mengunci keretanya.

“Eh. Kenapa bang?” Natasha menyoal dengan suara perlahan. Pelik dengan perangai Iskandar yang tiba-tiba keluar menemuinya.

“Jom abang hantar masuk kelas. Beg ni berat. Banyak barang nak bawak. Nanti cinta sakit lagi pulak.” Beg dan buku-buku di tangan Natasha diambilnya. Sebelah tangan Natasha digenggam erat.

Natasha cuba melepaskan genggaman tangan Iskandar. Takut jika ada sesiapa yang ternampak kelakuan mereka. Maklumlah, perkahwinan mereka kan masih rahsia lagi. Karang dibuatnya ada sesiapa yang ternampak perbuatan mereka pasti timbul gossip tak enak.

“Tak apa. Genggam je tangan abang. Dah sampai masanya semua orang tahu. Abang tak pernah malu ada Tasha sebagai isteri abang. Malah abang bangga. Well..best student untuk last semesterlah katakan.” Iskandar mengusik Natasha. Apabila Natasha menunjukkan penumbuknya yang tidak seberapa besar kepada Iskandar, Iskandar hanya mampu ketawa besar sahaja.

Kenangan sewaktu  keputusan peperiksaan Natasha keluar terimbau kembali di mindanya. Masih dia ingat bagaimana Natasha bersorak dan melompat sekeliling rumah. Habis setiap benda dipeluk ciumnya. Sampai kain langsir pun menjadi mangsa. Berkali-kali Iskandar ditarik melompat sekali dengannya.

“Abang yakin ke?”

“Yakin. Kenapa perlu malu? Hubungan kita kan halal. Bukannya kita buat sesuatu yang salah di sisi agama pun. Dah jom. Nanti lambat masuk kelas pulak.” Iskandar menarik perlahan tangan Natasha supaya berjalan seiring dengannya.

Natasha hanya mampu menundukkan wajah apabila semua mata memandangnya dengan tajam sepanjang perjalanannya masuk ke dalam kelas. Masakan tidak Iskandar dengan bangganya tak berhenti-henti mengatakan ayat yang sama “Dia isteri saya” setiap kali ada yang memandang mereka. Dan dia pula terpaksa menelan semua pandangan mata-mata curiga yang memandangnya.

Iskandar dengan selamba melangkah masuk ke dalam dewan kuliah Natasha dan meletakkan beg dan buku-buku Natasha di atas meja. Dia memandang Ara yang berada di meja bersebelahan dengan meja Natasha sedang ternganga memandangnya. Matanya dikenyitkan kepada sehingga membuatkan Ara tersentak. Habis semua kertas yang dipegang ditangannya tadi bertaburan di atas lantai. Hebat penangan Iskandar. Natasha hanya mampu tergelak kecil melihat kelakuan Ara itu. Matanya memandang ke sekeliling dewan kuliah itu. Wah. Semua orang berkelakuan serupa dengan Ara. Ternganga bagaikan menanti lalat masuk ke dalam mulut.

“Ok ok semua. Tak perlu buat terkejut sampai lalat pun boleh masuk mulut kamu semua. Saya dengan Tasha memang suami isteri. Dah lama dah pun. Maaf sebab tak jemput kamu semua datang majlis. Tapi  apa-apa pun. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Yeah girls. I’m married.” Iskandar ketawa besar sebaik sahaja habis berkata-kata. Rungutan bunyi kecewa memenuhi dewan kuliah itu. Sengaja dia mahu mengusik Natasha yang nyata sedang menyembunyikan wajahnya. Malu lah tu. Dia melambaikan tangannya kepada Natasha beserta dengan senyuman lebar sebelum keluar dari dewan kuliah itu.


“Tasha. Mr. Nasi Kandar kau memang awesome!” Sebaik sahaja Ara habis berkata-kata Natasha segera diserbu oleh pelajar-pelajar lain  dengan berjuta pertanyaan. Dan dia hanya mampu menarik nafas panjang sebelum menjawab semua pertanyaan itu. Hai laa Tasha. Inilah padahnya kalau datang kelas awal sangat.


 Iskandar masuk ke dalam bilik kerjanya dengan senyuman di bibir. Wajah Natasha yang merah padam menahan malu tadi masih terbayang di matanya. Natasha. Memang anugerah terindah dalam hidupku. Kalaulah dari kecil dulu aku jatuh cinta dengan dia kan senang. Dah lama lagi aku bahagia.

Dia mengerutkan dahinya bila melihat sepucuk sampul surat besar elok terletak di atas mejanya. Surat apa ni? Rasanya masa kali terakhir aku dalam bilik ni sebelum balik rumah minggu lepas tak ada satu benda pun yang ada atas meja ni. Aku dah kemaskan semuanya. Pintu bilik pun aku dah kunci. Siapa pula yang masuk bilik aku lepas tu memandai letak barang atas meja aku ni?


Sampul surat itu diambil dan diintai isinya. Beberapa helai keratan akhbar berada di dalam sampul itu. Iskandar pelik. Ni nak ajak aku buat origami ke tengah lancarkan kempen kitar semula ni? Main bagi-bagi surat khabar pulak. Keratan akhbar itu dikeluarkan. Iskandar menatap satu persatu keratan itu. Akhirnya dia terduduk tanpa kata. Wajahnya merah dan matanya merenung tajam setiap helaian akhbar itu. Air matanya jatuh satu persatu di pipinya. Intan.... Ya Allah... Jadi dialah puncanya! Satu perasaan marah yang lama hilang dahulu muncul kembali. Dialah pembunuh Intan! Aku tak akan maafkan dia!

Saturday, September 21

Assalamualaikum..

Assalamualaikum semua... saya mengepost ni bukan nak marah.. cuma saya terasa dengan sikap segelintir pembaca di blog ni yang menyalah gunakan MHML seperti karya mereka sendiri.. mereka copy dan post on their own blog walaupun saya dah buat unable to copy.. tolonglah faham perasaan saya.. saya berjerih payah memerah idea..menahan rasa bila dimarah sebab lambat update..  mengorban masa lapang.. berkorban tenaga.. menulis cerita..  tapi anda tanpa rasa bersalah menyalah gunakan hasil coretan saya.. saya tersentak bila tengok rupanya ramai yang berbuat begitu.. cubalah letakkan diri anda di tempat saya.. saya berebut waktu dengan waktu belajar, keluarga dan menulis MHML tapi anda bersenang-senang mencuri hasil coretan saya.. sampainya hati anda yang mencuri itu..

sekali lagi saya memohon.. janganlah menyalah gunakan coretan saya... kalau ini semua berterusan, saya terpaksa tutup blog ni sehingga novel ini berjaya diterbitkan bagi  mengelakkan kejadian mencuri lagi.. tolonglah faham.. saya baru mula menulis.. baru pertama kali dapat tawaran untuk menerbit buku.. tapi anda pula mencuri coretan saya.. hampanya perasaan saya.. Assalamualaikum..

Friday, September 20

My Hubby My Lecturer!!! bab 37

“Jom.” Suara Iskandar dari belakang Natasha yang sedang menusun telekung dan sejadah yang digunakan oleh Datuk Adam dan Datin Rose tadi ke dalam almari  membuatkan Natasha terkejut.

Natasha mengerutkan dahi. Dah mula dah dia. Penyakit jom tiba-tiba dah mula dah. Nak jom ke manalah malam-malam buta macam ni. Asyik nak jom je dia. Padahal aku ada banyak kerja lagi nak buat. Pinggan bertimbun dekat dapur tu pun tak basuh pun lagi.

 “Jom ke mana?” soal Natasha dengan suara separuh geram.

“Ke kliniklah sayang. Tadi dia juga yang janji dengan kita lepas mummy dengan daddy balik kita ke klinik. Lupa ke?” Iskandar berkata-kata sambil membetulkan sedikit kedudukan baju-baju di dalam almari itu. Bukannya tidak kemas, cuma dia mahu merajinkan jari.

“Alah. Tasha banyak kerjalah bang. Pinggan mangkuk kat dapur pun tak berbasuh lagi. Nanti kalau lambat basuh berbau pulak. Esok boleh?” Natasha mengerdipkan mata beberapa kali. Tujuannya supaya Iskandar bersetuju dengan cadangannya.

“Tak payah nak basuh. Abang dah basuh dah semuanya. Siap lap. Siap susun dalam almari lagi.” Kata Iskandar dengan penuh bangga.

“Sungguh abang basuh? Semuanya? Betul ni?”

“Sungguhlah. Takkan lah abang main-main pulak cinta. So, no more excuses. Jom sekarang jugak. Kesian abang tengok isteri abang dari tadi tahan sakit. Buat banyak sangat kerja. Penat isteri abang.” Kepala Natasha diusap perlahan. Kasihan isterinya ini. Kerana mahu menjaga hati mertua kesakitan di kaki sanggup ditahan.

“Laaa.. tak penat pun lah abang. Dari tadi semuanya abang yang buat kan. Hidang makanan pun abang. Kemas meja makan pun abang. Basuh pinggan pun abang. Macam mana Tasha nak penat.” Natasha tergelak kecil. Dada Iskandar yang semakin merapat dengan wajahnya ditolak ke belakang sedikit. Iskandar seperti biasa kerjanya melekat sahaja. Jadi kadang kala perlu dijarakkan demi keselamatan sejagat. Muehehe…

“Tak kiralah. Penat ke. Tak penat ke. Kena pergi juga. Jom.” Natasha terus dicempung keluar dari bilik.

“Abang tak maulah macam ni.” Natasha terjerit kecil.

“Tak mau apanya. Kena pergi jugalah. Jangan nak mengelak sangat bila sebut nak pergi klinik. Bukannya doctor tu nak makan Tasha pun. Perangai macam budak kecil tak habis-habis lagi. Bila abang panggil budak kecil marah. Padahal abang panggil berdasarkan fakta. Ada ke nak pergi klinik pun nak menjerit-jerit macam ni. ” Iskandar membebel panjang. Wajahnya ditegangkan sehabis mungkin. Kononnya tak mahu mengalah dengan Natasha yang anti dengan perkataan klinik.

“Abang kalau ya pun tak kan lah nak pergi macam ni. Abang sanggup ke nak tanggung dosa nanti?” Natasha memuncungkan bibirnya ke arah kakinya yang terdedah dari paras lutut ke bawah kerana gaun tidurnya yang singkat.

Belum sempat Iskandar menapak menuruni tangga langkahnya terhenti. Kaki dan Rambut Natasha yang menutupi separuh wajah isterinya itu dipandang berkali-kali. Betullah. Mahu beribu tahun aku ke neraka nanti sebab biarkan isteri keluar rumah dengan pakaian macam ni. Apalah nak jadi dengan aku ni kalut betul. Tak boleh sabar sikit. Tapi kan sayang isteri namanya. Kenalah kalut semacam. Dia tersengih seperti kerang busuk memandang Natasha yang memandangnya dengan penuh rasa geram. Muehehe…

Iskandar memusingkan langkahnya semula ke dalam bilik. Natasha diletakkan semula di atas katil. Dia menuju ke almari dan memilih sehelai seluar panjang bewarna merah jambu lembut milik Natasha dan baju t-shirt hijau pastel miliknya beserta dengan tudung Syria  yang siap bergosok bewarna merah jambu juga. Pakaian yang dipilhnya dihulurkan kepada Natasha.

“Kenapa baju abang pulak ni? Tasha pun ada baju sendiriah. Baju abang ni besar gajahlah dengan Tasha.” Natasha menunjukkan baju t-shirt Iskandar di tangannya kepada Iskandar. Pelik kenapa dia pilih baju dia pulak ni? aku yang nak pakai bukan dia yang nak pakai. Tersalah baju ke apa?

“Errr… because you look cute in it.  Remember the morning after that night?”

Senyuman meleret luar biasa Iskandar membuatkan wajah Natasha memerah. Dia segera menukar pakaian  tanpa memandang Iskandar yang masih memandangnya dari tepi katil. Mujur dia pakar dalam bidang menukar pakaian tanpa mendedahkan kulit badan kerana sering menukar pakaian di bilik persalinan yang tidak mempunyai kunci yang sempurna sewaktu bersekolah dahulu. Jadi rasa malunya tadi tidaklah semakin bertambah.

“Wah cepatnya tukar baju bah. Abang bergurau jak lah bah. Bergurau sikit pun tak bolehlah bah. Kenapa bah kau berubah kenapa bah? ”

Iskandar masih lagi mengusik Natasha dengan loghat Sabah yang tentunya telah hancur dimusnahkan olehnya. Jika ada orang Sabah yang terdengar kata-katanya tadi  pasti Iskandar akan diusir dari tanah Sabah dan tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke sana lagi. Muehehehe..

“Sudahlah. Tak payah nak Stacy sangat kat sini. Nanti kena saman dengan Stacy sebab rosakkan lagu dia baru tahu. Jomlah kita pergi tadi kata nak pergi sangat. Dah pukul lapan malam dah ni. Nanti lambat sangat kita balik.” Natasha memotong kata Iskandar sebelum Iskandar semakin merepek dan melalut.

Dia cuba bangun dari katil walaupun kaki kanannya terasa sangat sakit bila menjejakkan kaki ke atas lantai. Namun atas nama tidak mahu menyusahkan hati suami dan mertua dia tahankan juga dari tadi. Tiba-tiba sekali lagi Iskandar mencempungnya semula. Dan terus melangkah penuh gagah keluar dari bilik.

“Abang I/C?” Natasha tiba-tiba menyoal ketika tiba di tingkat bawah. Macam mana nak ke klinik kalau tiada kad pengenalan. Dia bukanlah pendatang haram tanpa kad pengenalan diri.

“Dah ada dalam kereta. Abang dah letak dari tadi lagi.” Natasha hanya mampu mendiamkan diri.



“Encik Iskandar. Isteri encik ni bila lagi dia jatuh? Dah bengkak teruk kaki dia ni. Kalau tengok pada keadaan kaki puan ni sekarang mesti sakit sangat ni. Ada pressure kaki ke lepas jatuh tadi? I mean gunakan kaki lepas jatuh?” Soal Doktor Zulaika yang sedang memeriksa keadaan kaki Natasha. 

“Err… Saya tak pasti. Tapi saya rasa dalam pukul dua petang tadi kot sebelum saya balik kerja. Dia ada banyak berjalan tadi sebab orang tua saya datang ke rumah.” Jelas Iskandar mula serba salah. sepatutnya dia menjaga isterinya sebaik mungkin. Rasa kesal mula menimpa dirinya.

“Tak apalah encik jangan risau kita buat x-ray tengok keadaan sebenar kaki Puan Natasha ni. Lepas tu saya akan bagi painkiller dan ubat surut bengkak. Encik isi borang x-ray ni dulu. Saya keluar sekejap.” Borang yang berada di dalam laci meja Doktor Zulaika itu diserahkan kepada Iskandar.

“Sayang. Abang minta maaf sebab tak jaga sayang dengan baik.” Iskandar menggenggam tangan Natasha yang berada di atas katil pemeriksaan.

“Tak apalah bang. Bukan salah abang pun. Salah Tasha yang tak jaga diri baik-baik. Insha Allah tak ada apa-apa.” Natasha membalas genggaman tangan Iskandar. Iskandar tidak ada sebarang salah dalam hal ini. Dia yang salah kerana tidak berhati-hati.

“Abang minta maaf cinta.” Iskandar bersuara perlahan.

“Dan Tasha pulak minta ampun sebab buat abang risau. Maafkan Tasha.”


“Ok puan mengikut pada x-ray ni tak ada apa-apa keretakan atau patah pada tulang cuma mungkin ada sedikit muscle yang terkoyak sikit. Yang penting bila muscle tu dah baik sikit nanti jangan pressure or force the muscle sebab muscle tu akan senang terkoyak balik. But no worries. Saya akan bagi guidance supaya keadaan muscle tu akan cepat baik. First, apply ice to the injured area for about 20 minutes and wrap the injury site slightly taught, but not tight. This will reduce the blood flowing to the muscle, and help with inflammation. Second, stay off the muscle for at least 72 hours and avoid any heavy lifting or excessive use. Use an ice pack daily during this time, for about 15 minutes by 3-4 times per day. After 72 hours, you can start alternating cold and hot treatments to the site. And the most important is, don't use the muscle for at least a day. Saya bagi painkiller ni make sure makan sebab dah bengkak sangat dah. So for tonight Puan Natasha, rehat. Jangan guna kaki langsung.” Pesan Doktor Zulaika panjang lebar. Tangannya laju menulis preskripsi ubat yang perlu diberikan kepada Natasha.   


Iskandar memakirkan kereta di bawah garaj. Natasha yang tidur di sebelahnya tidak dikejut. Sengaja dia biarkan Natasha tidur. Pasti isterinya letih seharian menguruskan rumah bersendirian. Iskandar menyandarkan diri ke kerusi semula. Matanya dipejam rapat melepaskan keletihan sepanjang hari. Sebenarnya dia juga keletihan menguruskan hal  pelajar yang baru mendaftar. Menguruskan pelan lokasi kelas pelajar. Menyertai mesyuarat pembangunan universiti memang sangat memenatkan.


Jari jemari Natasha dicapai dan digenggam dengan mata terpejam. Hatinya berbisik perlahan. Wahai isteri yang jelita di wajah dan di hati. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Terima kasih kerana menyerikan setiap saat jalanku. Terima kasih kerana kembalikan aku ke dunia berjiwa. Terima kasih atas segalanya. Kau anugerah terindah yang aku terima dari Allah sepanjang hidupku. Mungkin aku tak mampu mempunyai hati sejelita hati kau. Tapi aku berjanji kau akan aku jaga sampai nafasku yang terakhir. Insha Allah.

Thursday, September 19

My Hubby My Lecturer!!! bab 36

“Rose. Dah siap ke? Abang tunggu dekat bawah ni ye?” Suara Datuk Adam melaung dari tingkat bawah membuatkan Datin Rose terkejut.

“Sekejap bang.” Laung Datin Rose semula.

Dia yang baru sahaja keluar dari bilik air segera bersiap. Baju kegemarannya baju jubbah hitam disarung ke tubuh. Selendang Turki bewarna hitam bersulam benang emas yang terletak di atas katil segera di lilit di kepalanya. Rasa sebak menguasai dirinya.

Selendang itu pemberian terakhir besannya sebelum mereka bertolak ke Mekah dahulu. Inilah kali pertama dia memakai selendang itu. Selama ini dia tidak mampu menahan rasa sebaknya jika melihat selendang itu.

Puan Aida sudah lama berkawan dengannya. Sejak dia berkahwin dengan Datuk Adam lagi. Puan Aidalah yang banyak membantunya menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya yang berbeza di Malaysia. Dari Puan Aida jugalah dia mula belajar menutup aurat sepenuhnya. Puan Aida jugalah yang menjadi teman dan sahabat terapat dengannya sepanjang hidupnya.

Kerana persahabatan yang akrab antara mereka berdua itulah mereka bersungguh-sungguh mahu menjodohkan Natasha dengan Iskandar. Ketika Puan Aida menyuarakan hasrat untuk menjodohkan mereka berdua dia agak terkejut. Masakan tidak, Iskandar bagaikan sudah bertekad untuk tidak berkahwin setelah pemergian Intan. Tetapi kerana dia yakin dengan cadangan sahabatnya itu dia bersetuju untuk menjodohkan mereka.

Masih dia ingat bertapa sukarnya dia memujuk Iskandar supaya bersetuju untuk berkahwin dengan Natasha. Hampir sebulan dia memujuk, barulah Iskandar rela dalam terpaksa menerima permintaannya itu. Dia tahu Iskandar ialah seorang anak yang sangat mendengar kata. Sangat menghormati dan menyayangi kedua orang tuanya.

Atas alasan itu jugalah dia berani menyuarakan permintaannya kepada Iskandar. Walaupun dia tahu Iskandar pasti susah untuk menerima permintaannya untuk berkahwin dengan Natasha. Gadis yang dianggapnya budak kecil cengeng, rakan sepermainannya sewaktu kecil dan pelajarnya sendiri. Pasti Iskandar tidak mahu berkahwin dengan pelajarnya sendiri. Tak pernah dibuat orang pensyarah berkahwin dengan pelajarnya sendiri ketika pelajarnya masih belajar. Namun dia tekad juga untuk memujuk Iskandar sehingga bersetuju.

Setelah Iskandar bersetuju dengan permintaannya itu, Puan Aidalah orang pertama yang dikhabarkan berita itu. Mereka berdua sangat gembira dengan persetujuan Iskandar dan Natasha. berkali-kali ucapan syukur dipanjatkan kepada yang Maha Esa. Hajat mereka untuk menjadi satu keluarga akhirnya tercapai. Hubungan yang begitu akrab antara dia dengan Puan Aida membuatkan dia menganggap Puan Aida sebagai adiknya sendiri.

Oleh itu, kehilangan sahabatnya itu memberi kesan yang besar kepadanya. Dia bagaikan kehilangan seorang adik yang sangat rapat dengannya. Namun dia terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi. Dia ingat dengan janji Allah, setiap yang hidup pasti akan menghadapi mati. Doanya, roh sahabatnya itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Rose tak siap lagi ke sayang?”Suara Datuk Adam yang berdiri di muka pintu mengejutkan Datin Rose.

Air mata yang bergenang di tubir matanya dikesat dengan hujung selendang. Jarum pin tudung bercorak bunga kerawang dipinkan di sisi kepalanya. Datuk Adam segera mendekati isterinya yang jelas kelihatan muram di dalam pantulan cermin.

“Sayang, kenapa muram je ni? Kita kan nak jumpa anak menantu kita. Tak maulah sedih-sedih macam ni. Cuba cakap dengan abang kenapa ni.” Datuk Adam mengusap kepala isterinya. Datin Rose dipeluk dari belakang.

Memang dari dulu lagi dia seorang yang romantik. Cintanya kepada Datin Rose memang tidak pernah padam. Walaupun ramai perempuan yang datang menggodanya kerana harta dan kedudukannya. Tetapi Alhamdulillah. Cinta dan kesetiannya hanya buat isterinya seorang.

Tidak sanggup rasanya dia mengkhianati cinta isterinya. Wanita yang sanggup meninggalkan harta kekayaan, budaya bangsanya, dan agama yang dianutinya demi dia. Masakan dia sanggup mengecewakan wanita sehebat itu. Begitu sukar halangan yang mereka hadapi ketika ingin bersatu takkanlah begitu mudah dia melupakan semua itu. Tidak mungkin!

“Rose teringatkan arwah. Selendang ni hadiah terakhir dari arwah. Rose rindukan sahabat Rose itu.” Rasa sebak yang cuba ditahan tadi akhirnya pecah juga.

Air mata yang mengalir perlahan di pipi Datin Rose dikesat dengan ibu jari. Dia juga menjadi sebak bila teringatkan sahabat baiknya Encik Firdaus. Persahabatanya selama berpuluh-puluh tahun membuatkan dia lebih lagi merasai kehilangan itu. Perasaan sebaknya itu terus ditahan. Dia tidak mahu Datin Rose bertambah sedih.

“Sabar sayang. Kita sama-sama doakan roh mereka berdua ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Dah tak mau nangis lagi. Siap cepat. Hari dah tengahari ni. Nanti jalan jam kita sampai rumah
Amin petang sangat pulak. Kata nak surprisekan dia.” Datuk Adam berusaha memujuk isterinya. Ubun-ubun Datin Rose dikucupnya kudus.

Mendengarkan kata-kata Datuk Adam itu, Datin Rose menjadi bersemangat semula. Sungguh dia rindukan kedua anak menantunya itu. Sudah hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan mereka. Dia tidak mahu mengganggu mereka berdua kerana dia tahu mereka berdua masih dalam proses menerima antara satu sama lain.

Permergian mereka ke Terengganu untuk berbulan madu sangat mengembirakan hati Datin Rose. Ini bermakna mereka sudah dapat menerima antara satu sama lain. Membuatkan dia tidak sabar untuk berjumpa mereka. Mujur pagi tadi Datuk Adam mengajaknya untuk berjumpa anak menantunya itu. Kalau tidak pasti parah dia menanggung rindu.

Tangannya laju menyusun semula alat-alat make up ke dalam laci. Pin-pin tudung yang dikeluarkan tadi dimasukkan semula ke dalam kotak kristal berbentuk bulat. Bedak kompak dan gincu jenama Lancôme dimasukkan ke dalam beg tangannya. Tangan Datuk Adam yang berada di bahunya digenggam kemas sebelum mereka berdua keluar dari bilik itu.



Lagu instrumental You and Me yang berbunyi kuat dari ruang tamu membuatkan Natasha yang berada di bilik basuhan kalut meletakkan semula baju yang ingin dijemurnya ke dalam bakul semula. Dia berlari menuju ke ruang tamu. Natasha terkial-kial menanggalkan seliparnya sebelum masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba Natasha yang terlalu laju berlari tersepak hujung karpet dan…. Dia melayang jatuh ke atas lantai.

Aduh… sakitnya. Natasha bangun membetulkan kedudukannya. Patah ke kaki aku ni? aduhai. Apalah karpet ni. Aku yang punya cun melecun bagai puteri ni pun dia tak nampak ke? Apalah pasalnya time aku nak lalu tu jugak dia nak tersangkut kat kaki aku. Telefon bimbit yang berada hanya beberapa langkah darinya dipandang. Natasha mengeluh panjang. Telefon tak sempat diangkat aku pula jatuh tertiarap. Apalah nak jadi.

Dia merangkak mendekati telefon bimbitnya. Untuk bangun berjalan seperti biasa dia terasa kakinya bagaikan sudah patah. Terseliuh agaknya. Dia mengurut-urut sedikit kakinya yang sakit itu. Telefon bimbit ditiliknya. Oh. Mummy yang call tadi. Kenapa ye? Ada hal penting kot. Nombor telefon Datin Rose didail semula.

“Assalamualaikum mummy. Kenapa ye tadi mummy call Tasha? Tasha tengah jemur kain tadi tak sempat nak angkat call dah putus.”

“Walaikummusalam sayang. Tak ada apa mummy cuma nak tanya Tasha ada kat rumah tak sekarang?”

“Ada mummy. Mummy nak datang sini ke? Wah.. bestnya. Dah lama tak jumpa mummy. Rindu. Tasha dengan abang ada beli banyak hadiah tau untuk mummy dengan daddy.” Tangannya masih lagi mengurut-urut kaki yang terasa sangat sakit akibat terjatuh tadi.

“Hehe.. tahu aje dia mummy nak datang ni. Bukalah pintu ni. mummy dengan daddy dah ada dekat luar dah.” Datin Rose tertawa mendengar suara menantunya yang teruja.

“Laa… dah lama ke mummy dekat luar. Kenapa tak call dari tadi. Sekejap ye.” Natasha bingkas bangun menuju ke depan pintu. Sakit di kakinya dilupakan seketika.

Natasha tersenyum lebar bila melihat kedua mentuanya ada di hadapan pintu rumah. Dia segera menyalami dan mencium tangan kedua mereka. Rasa rindunya kepada mereka akhirnya terlerai jua. Bukannya dia tidak boleh menemui mereka sendiri tapi Datin Rose yang melarang dia datang berjumpa dengan mereka.

“Mummy, daddy. Masuklah. Jom jom.” Natasha mempelawa mereka masuk ke dalam rumah. Dia berjalan terhincut-hincut mendahului mereka.

“Eh. Tasha kenapa jalan macam tu? Kaki tu kenapa?” Soal Datuk Adam bila terperasankan keadaan itu.

“Haahlah sayang. Kenapa dengan kaki Tasha ni
?
Amin buat apa dekat Tasha? Dia tak jaga Tasha ke? Mana dia?” soal Datin Rose bertalu-talu. Risau jika Iskandar tidak menjaga Natasha seperti yang diharapkannya.

“Eh.. eh.. tak mummy. Bukan abang Is yang buat Tasha. Tadi Tasha jatuh tersadung hujung karpet. Abang pun tak ada kat rumah sekarang. Dia ke universiti. Minggu depan kan dah nak start semester baru. Lecturer kena mula kerja seminggu awal sebelum semester start. Abang jaga Tasha elok je mummy. Mummy jangan risau tau.” Natasha cepat-cepat membela suaminya. Tak pasal-pasal pula Iskandar yang dipersalahkan. Apalah mummy ni. Macam tak pasti je siapa anak kandung dia yang sebenarnya.

“Lega mummy dengar. Ingatkan
Amin dera Tasha tadi. Kan daddy.” Datuk Adam yang duduk disebelahnya disiku sedikit. Dia membetulkan sedikit duduknya di sofa. Natasha yang tersengih lebar dihadapannya dipandang dengan rasa sayang.

“Iyelah. Tasha. Kalau
Amin ada sakitkan hati Tasha terus mengadu dengan daddy tau. Jangan risau. Daddy janji daddy mesti akan sebelahkan Tasha.” Tokok Datuk Adam.

“Insha Allah daddy abang tak akan sakitkan hati Tasha. Daddy dengan mummy doakan Tasha dengan abang bahagia ye. Ok. Tasha ke dapur sekejap buat air. Langkah kanan betul daddy dengan mummy. Tasha baru masak lasagne dengan pavlova tadi. Abang pun dah nak balik. Bolehlah kita makan sama-sama. Tunggu sekejap ye.” Natasha terus menuju ke dapur selepas menyalakan televisyen. Dia senang hati kerana kedua mertuanya sangat rapat dengan dirinya. Bukankah ibu bapa mertua juga sama darjatnya seperti ibu bapa sendiri. Sementelah dia sudah kehilangan kedua orang tuanya. Jadi hanya kepada merekalah dia menumpang kasih. Doanya semoga mereka terus menjadi ibu bapanya sehingga ke akhirat.

“Sekejap sayang. Mummy ikut. Tapi Tasha duduk je. Biar mummy yang buatkan. Kesian menantu mummy ni”



“Assalamualaikum.” Natasha tersenyum bila mendengar suara orang memberi salam di muka pintu. Dia kenal dengan suara itu. Suara yang sentiasa menggetarkan jantungnya. Mensyahidkan semua rama-ramanya.

“Waalaikummusalam.”

Natasha segera bangun meninggalkan kedua mertuanya yang sedang rancak membelek hadiah masing-masing di ruang tamu dan menuju ke muka pintu. Perjalan ke muka pintu yang hanya dipisahkan dengan satu dinding terasa begitu jauh sekali. Rasa rindunya kepada Iskandar terasa bagai tidak mampu dibendung lagi. Kalau diikutkan hati mahu saja dia berlari namun kesakitan di kakinya membataskan pergerakannya.

“ Wa’alaikummusalam abang.”  Beg bimbit di tangan Iskandar diambil. Natasha meraih tangan Iskandar dan mencium tangan itu. Lama. Biar hilang semua getar kerinduannya tadi.

“Rindunya abang pada cinta. Dahi ni.” Dahi Natasha dikucup penuh kudus.

“Mata ni.” Kucupannya beralih ke mata Natasha.

“Hidung ni.”
Belum sempat Iskandar melaksanakan hajatnya Natasha mengelak. Iskandar mengerutkan dahinya. Kenapa? Aku ada buat salah dengan dia ke? Marah sebab aku balik lambat ke? Ke tak suka dengan bau busuk aku baru balik kerja? Tapi takkanlah berbau kot. Aku pakai perfume Clive Christian 1872 kot. Harga punyalah wangi, mahal dah tu tahan lama pulak tu. Takkanlah still tak suka lagi kot.

“Tak mau. Mummy dengan daddy ada kat dalam.” Natasha berbisik perlahan.

Iskandar ternganga buat tiga saat. Mujur kejadian lepas laku tadi terbantut. Kalau tidak malu tujuh keturunan dia nanti. Masakan tidak. Dulu bila disuruh berkahwin dengan Natasha dia yang sibuk membantah siap bercadang mahu balik semula ke England. Tetapi sekarang dia yang kemaruk cinta bagai nak rak. Malulah.

“Alaaa… sikit pun tak boleh?” Iskandar mula mengusik Natasha.

Natasha yang mula memerah pipi menjelirkan lidah kemudian meninggalkan iskandar. Tapi dah namanya sakit kaki perjalannya pun perlahan.

“Eh kenapa ni sayang?” Iskandar kalut melihat Natasha yang berjalan terhincut-hincut. Kenapa tadi dia tidak perasankan keadaan Natasha itu? Pinggang Natasha diraihnya supaya Natasha lebih stabil.

“Tadi Tasha jatuh tersadung karpet. Kejap lagi ok lah tu. Jangan risau ok.” jelas Natasha. Jarinya dibentuk tanda okay.

“No. No. No. Kita pergi klinik.” Iskandar membantah.

“Tak boleh macam tu abang. Kan mummy daddy ada ni. Tak baik kita biarkan dia orang macam tu je. Tunggu dia orang balik dulu baru kita pergi ye.” Pujuk Natasha.

Jari telunjuknya dilalukan perlahan di hujung bibir Iskandar. Cara paling berkesan memujuk Iskandar yang baru dikenal pastinya baru-baru ini. Iskandar bukan boleh di buat tak endah. Dia kan terkenal dengan perangai jom tiba-tiba dia tu. Kalau dibuatnya dia memaksa juga kasihan mummy dengan daddy nanti. Sudahlah datang jauh-jauh semata-mata mahu berjumpa mereka tetapi mereka pula sibuk ke klinik hanya kerana kakinya sakit sedikit. Memang tak patut.

“Janji?”

“Janji.”

“Ok jom masuk. Abang lapaaarrrr…” Rengek Iskandar.

Natasha memandang Iskandar tajam sambil mengetap bibir. Tadi siapa yang paksa aku pergi klinik? Ni tak sempat masuk rumah lagi dah merengek lapar. Mengada!

Wednesday, September 11

My Hubby My Lecturer!! bab 35

“Best tak?” Iskandar menyoal Natasha yang sedari tadi diam seribu bahasa.

Best dia kata? Best apa bendanya? Aku ni dah la paling tak suka naik kapal layar ni. Dah la matahari terik. Angin kuat. Habis tudung aku nak terbang melayang. Baju semua melekat kat badan kena tiup angin. Kan ke menyiksa namanya tu. Bukan best.

Tapi karang kalau aku cakap tak best dia sentap pulak. Dah lah dia bersusah payah nak sediakan semua ni. Kesian pulak dekat dia. Tasha! Buat-buat suka Tasha. Istikhlaskan hati. Buat-buat iskhlas tapi masih dapat pahala menyenangkan hati suami.

“Best. Dengan abang di mana-mana pun best.” Natasha mendongak memandang Iskandar yang sedang berdiri di sisinya. Aduh tingginya dia ni. Lenguh tengkuk aku. Natasha turut berdiri. Nafas dihela panjang. Sedar bertapa rendahnya dirinya di sisi Iskandar. Tiba-tiba Iskandar memeluknya dari belakang.

“ Nak tahu kenapa Allah beri sayang rendah paras dada abang macam ni? Sebab bila abang peluk Tasha macam ni, Tasha sentiasa dekat dengan rusuk abang. Sentiasa dapat dengar degupan jantung abang. Sentiasa dapat rasa selesa dalam pelukan abang. Dan abang pulak sentiasa dapat kucup ubun-ubun isteri abang ni.”

Kata-kata Iskandar menenangkan hatinya. Hilang semua rasa tak senang kerana terlalu rendah tadi. Lengan Iskandar yang memeluknya dipaut dengan rasa senang hati. Sungguh, setiap saat Iskandar tahu bagaimana untuk menenangkan hatinya dengan caranya tersendiri.

“Abang. Tasha nak bagi tahu satu benda ni.”  Jari jemari Iskandar diselangi dengan jemarinya.

“Apa Cinta?”

“Tasha cintakan abang.”

“Humm emmm… so apa bendanya yang Tasha nak bagitahu tadi?” Iskandar menunduk. Wajahnya didekatkan kepada wajah Natasha. Apa bendanya dia nak cakap?

“Tadi tu lah.”Natasha menjawab senada. Pipinya dilagakan dengan pipi Iskandar.

“ Apa?” Iskandar menyoal lagi. Pelik. Apa yang nak disampaikan sebenarnya ni.

“Tadi tu lah. Yang Tasha cakap tadi.”

Iskandar menggaru kepala. Apa bendanya? Tadi cakap ada benda nak cakap. Lepas tu bila tanya kata dah cakap. Aku rasa pendengaran aku masih elok lagi. Memang aku tak ada dengar dia cakap apa-apa pun.

“Ada apa sebenarnya ni sayang?” Suara musykil Iskandar mula kedengaran.

“Yang tadi Tasha cakap Tasha cintakan abang. Itulah dia.” Natasha tergelak kecil. Kelakar melihat Iskandar yang terlalu mengharapkan yang tersirat sedangkan yang tersurat sudah jelas ada.

Iskandar ternganga mendengar kata-kata isterinya. Laaaa… itu ke bendanya. Buat risau aku je tadi. Ingatkan ada apa-apa hal yang terjadi ke. Aduhai dia ni…

“Subahanallah sayang. Buat risau abang je tadi. Ingatkan apalah tadi. Abang ni…. lagilah… cinta sangat… sangat… sangat… sangat! Dekat sayang! Cinta sangat! Sepenuh hati abang. Sepenuh naluri abang. Sepenuh jiwa abang. Tak akan pernah kurang tapi akan bertambah setiap hari setiap saat.” Bersungguh-sungguh Iskandar meluahkan perasaan. Dan rama-rama Natasha hanya mampu terbang layu kerana hanyut dengan perasaan yang membuai jiwa.

“Ada couple lain yang dah sampai sebelum kita ke ye?” Iskandar menyoal dengan penuh rasa pelik.

Rasanya tadi dia pasti dia dengar dengan jelas pihak resort mengatakan bahawa hanya mereka berdua yang akan berada di pulau itu. Tetapi kenapa pula ada sebuah kapal layar lain elok tersadai di tepi jeti pulau kecil itu? Adakah terdapat kesilapan?

Dia memandang ke sekitar kawasan pantai itu. Cuba mencari mana-mana kelibat manusia memandangkan dari kesan di jeti, kapal layar itu seperti baru sahaja tiba di pulau itu juga.

“ Entah. I don’t think so. I thought you said, it supposed to be just two of us here. Tak apalah mungkin orang parking yatch je tu. Jom kita strolling sama-sama sekarang. Tasha dah tak sabar ni. ”

Natasha turut memandang ke arah kapal layar di sebelah mereka juga kemudian Hari ini dia tak kuasa untuk memikirkan hal lain selain dari Iskandar seorang sahaja. Tangannya dihulur kepada Iskandar supaya senang untuk dia keluar dari kapal itu.

Iskandar mengehela nafas panjang. Sesekali matanya meliar memandang ke sekeliling. Entah kenapa dari tadi perasaannya rasa tak enak. Seperti ada yang memerhatikan mereka berdua sebaik saja mereka tiba di pulau itu. Tapi siapa? Entah-entah orang yang naik bot lagi satu tadi tak? Siapa punya bot tu ye? pinggang Natasha yang sedang berjalan di sisinya dirangkul merapatinya. Takut jika sesuatu terjadi.

“Abang. Abang nak tahu tak sesuatu?” Suara Natasha memecah kesunyiannya tadi.

Iskandar menunduk memandang isterinya. Tudung Natasha yang ditiup angin dilurutkan supaya lebih teratur. Senyuman manis dihadiahkan kepada Natasha yang sedang memandangnya untuk menutup kesunyiannya tadi.

“Nak. Apanya cinta?”

“You’re the best lecturer I’ve ever had.” Ucap Natasha bersungguh. Iskandar tergelak besar mendengar kata-kata isterinya. Kelakarlah. Ada ke waktu mode rama-rama ni dia nak cerita pasal lecturer pulak. Sengaja je nak recall kan aku balik pasal hal universiti.

“Kenapa pulak puji abang ni sayang?” Dengan ketawa yang masih bersisa Iskandar bertanya.

“Iyelah yang pertama, abang satu-satunya lecturer yang selalu marah-marah Tasha dalam class, selalu malukan Tasha depan semua orang dalam dewan kuliah.” Jari telunjuknya dikeluarkan menandakan nombor satu.

“Tapi abang buat semua tu untuk Tasha jangan buat silap lagi dalam class. Sorry.... Yang kedua?” kedua belah tangannya dirapatkan siap dengan muka comel lagi tanda minta maaf. Natasha menjeling. Belum puas rasanya untuk membalas segala dendamnya. Muehehe…

“Yang kedua, abang satu-satunya lecturer yang buat kelas tuisyen ala Cambridge menjadi kelas torture ala Cambridge. Sampai Tasha tak boleh tidur lebih dari dua jam setiap hari sepanjang exam. Betul-betul punya tak sihat punya class tuisyen.” Iskandar yang sudah mula membuat muka comel dipandang. Eleh nak memujuklah tu. Tapi alahai… comelnya dia. Tak tahan.

“Alah… abang buat semua tu kan nak bagi Tasha score dalam exam.” Air laut yang menyapa kakinya dipijak kuat sedikit. Sengaja mahu memercikkan air ke kaki Natasha.

“Yang ketiga pulak. Abang satu-satunya lecturer yang setiap hari cari gaduh dengan Tasha. Tak pernah miss sehari pun. Setiap hari ada je topik nak buat gaduh. Padahalkan Tasha ni baik budi bahasa orangnya. Tapi abang ajar Tasha jadi kaki gaduh. Macam ni hah.” Kakinya turut membalas perbuatan Iskandar biar Iskandar basah sampai ke lutut. Padan muka dia.

“Itu sebab I don’t want to fall in love with you. But still, this gorgeous lady ever on earth makes me fall crazily over her. Sampai abang setiap saat, setiap waktu rasa rindu yang surut-surut pada dia. Sentiasa gilakan dia. Sentiasa nak pandang wajah dia.” Langkah diberhentikan.

 Natasha ditarik merapatinya. Mata Natasha dipandang sehingga tembus ke dalam. Biar Natasha tahu yang apa yang dikatakannya semua benar. Senyuman manis Natasha berikan kepadanya. Iskandar terkesima lama. Sungguh setiap detik dia jatuh cinta dengan isterinya itu. Oh! Indahnya dunia dengan cinta halal ini Ya Allah.

“Dah. Dah tak payah nak goda-goda. Jalan.” Natasha menolak Iskandar dari belakang supaya berjalan semula. Takut digoda punya pasal.

“Ha ha ha. Ok. Ok. Yang ke empat? Takkanlah semuanya buruk-buruk je yang abang pernah buat?”

“Yang ke empat? Hummm… abang satu-satunya lecturer yang dah ajar Tasha apa itu cinta. Apa itu rindu. Apa itu kasih sayang. Apa itu keluarga. Apa itu bahagia. Terima kasih atas semua tu. terima kasih sebab jadi satu-satunya lelaki yang membahagiakan Tasha dalam hidup Tasha dari Tasha kecil, sekarang dan Insha Allah sampai bila-bila”

Iskandar tergamam mendengar luahan hati Natasha. Jadi selama ini dia memang cintakan aku? Ya Allah bertapa butanya aku. Kenapalah dari dulu aku tak perasan? Kalaulah dari dulu aku perasan mesti aku dah lama bahagia dengan dia. Dengan dia yang terlalu indah. Ya Allah terima kasih atas anugerahMu ini.

“Te… terima kasih sayang. Insha Allah abang berjanji dengan izin Allah Tasha satu-satunya sampai syurga.”

“Tasha pun sama. Insha Allah sampai Jannah Allah.”

Mata indah Iskandar yang setiap masa mensyahidkan rama-ramanya ditatap. Iskandar juga turut membalas. Lama mereka bertatapan. Sungguh ketika ini hanya rasa cinta yang suci dirasai mereka. Hanya rasa yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata menguasai seluruh hati mereka. Semua rama-rama mereka mengepak perlahan kerana terlalu asyik membuai perasaan. Semoga cinta mereka terus bersemi sehingga ke akhirnya.

“Err… abang. Tasha dah puji-puji abang ni abang tak ada ke rasa-rasa nak bagi Tasha extra marks paper innovation management Tasha tu? Muehehe…” Natasha tersengih nakal bila Iskandar kelihatan terpinga-pinga. Perlahan-lahan dia mengundur kerana tahu Iskandar pasti akan menggeleteknya nanti.

“Extra marks….? Eh… oh! Nak kenakan abang rupanya dia patutlah puji abang melambung-lambung. Nak kena ni. Meh sini! Siap dia!”

Natasha yang sudah jauh dikejarnya. Dengan sekali sambar Natasha berada di dalam pelukannya. Terjerit-jerit Natasha bila digeletek Iskandar. Waaa… tak tahan. Kaki dia panjang senang je nak tangkap aku.



Sepasang mata tajam memandang mereka di balik celah batu besar di tepi pantai itu. Sudah lama dia berdiri di situ. Sudah lama dia memerhatikan kedua pasangan itu memadu kasih. Kurang ajar punya Iskandar. Natasha tu milik aku! Milik aku sorang! Bukan kau! Bukan orang lain! Kau tunggu. Satu hari kau akan terima balasannya. Kau dengan Natasha akan terpisah. Tasha akan jadi milik aku sorang. Milik aku sampai kiamat!  

Monday, September 2

My Hubby My Lecturer!!! bab 34

Iskandar tersedar dari lena. Dia membuka mata dan memandang ke sekeliling. Jam di dinding dipandangnya. Baru pukul lima dua puluh. Dah nak dekat azan subuh dah ni. Sejuknya pagi ni. Dia mengeliat perlahan. Nafasnya dihela panjang. Segarnya bau udara masin dari laut. Dari dulu lagi dia memang sukakan bau udara laut. Bau masin tetapi segar. Sangat menenangkan mindanya.

Wajah Natasha yang lena di atas lengannya dipandang lama. Anak rambut yang menutupi wajah itu diselak ke tepi. Dia ingin menatap setiap sudut wajah terindah di hatinya itu. Bulu kening Natasha yang cantik terbentuk dilalukan dengan jari ibu. Dia gemar buat begitu. Natasha terlalu indah buatnya.

Nafas dihela panjang. Ubun-ubun isterinya dikucup dengan penuh kudus. Terima kasih cinta sebab hadir dalam hidup abang. Terima kasih juga sebab sudi menerima abang. Cinta adalah anugerah Allah yang terindah dalam hidup abang.

“Cinta bangun. Dah nak dekat subuh dah ni.” Iskandar berbisik perlahan di telinga Natasha.

Sengaja dia mahu menguji Natasha sama ada isterinya itu boleh bangun atau tidak jika dikejut perlahan-lahan. Bukankah selama ini Natasha terkenal dengan tabiat tidur matinya. Sudahlah selalu bangun lambat. Susah pula tu dikejut. Berkali-kali dikejut barulah dia bangun. Kadang-kadang sampai Iskandar terpaksa meninggikan suara. Setiap pagi Iskandar akan mengalami stress sementara waktu kerana melayan Natasha yang susah untuk bangun tidur.

“Hmmmm… dah pukul berapa ni bang?” Natasha merengek perlahan. Matanya dibuka sedikit memandang Iskandar.

Iskandar tersentak. Uishhh… bisik sikit pun dah bangun? Ini betul ke isteri aku ni? Kena sampuk hantu laut ke? Senang sangat bangunnya. Macam tak percaya. Boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah ni. Ke nak kena catat dalam peristiwa terhebat dunia? Dasyat sangat ni. Iskandar menggosok matanya beberapa kali kerana tidak percaya. Musykil sama ada dirinya hanya berkhayal atau betul-betul Natasha sudah terjaga.

“Pu.. pu.. pukul lima setengah.” Iskandar pula yang tergagap-gagap menjawab soalan isterinya itu.

“Oh… ok… Tasha mandi dulu.”
Iskandar yang masih kelihatan terkedu dipandangnya lagi. Kenapa dia ni. Terkejut apa pagi-pagi buta ni? Muka aku macam Hantu Kak Limah ke? Natasha segera bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Khuatir jika dia benar-benar kelihatan terlalu hodoh sehingga Iskandar kelihatan terkejut memandangnya.

Tapi atas alasan apa dia kelihatan hodoh? Dia bukannya tidur bermake up semalam. Kalau dia tidur bermake up mungkin juga akan terjadi make upnya comot di muka. Tapi semalam dia ingat dia sudah mencuci make up di mukanya. Langkahnya dipercepatkan supaya segera sampai ke bilik air.

Iskandar yang melihat Natasha kelihatan tergesa-gesa ke bilik air tersenyum. Eleh... Malu pasal hal semalamlah tu.



Kekura tangan Iskandar dikucup lama penuh kudus. Rasa insaf menjalar dalam hatinya. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Sudah genap lima bulan perkahwinannya dengan iskandar. Bermakna sudah hampir setengan tahun dia menjadi seorang isteri yang sah kepada Iskandar. Tetapi masih banyak lagi kekurangannya sebangai seorang isteri yang terbaik buat suami. Air matanya mula bergenangan di tubir mata.

“Abang, Tasha minta ampun. Tasha tak pernah jadi seorang isteri yang baik untuk abang. Tasha selalu menyusahkan hati abang. Selalu pentingkan diri. Tasha minta ampun atas semua kesalahan Tasha.” Natasha bersuara perlahan. Dia terlalu sebak untuk berkata-kata lebih lanjut.

“Cinta abang. Cinta tak perlu minta ampun. Tak ada satu pun kesalahan yang Tasha buat pada abang. Tasha lagi menyerikan dan menyenangkan hidup abang adalah. Setiap hari setiap saat abang bersama Tasha hidup abang terasa sangat indah. Setiap jalan yang abang jalani dengan Tasha abang rasakan seperti diiringi sesuatu yang terbaik dari Allah. Setiap saat kalau boleh abang tak mahu Tasha hilang depan mata abang. Dengan nama Allah. Sayanglah anugerah terbaik dari Allah buat abang. Anugerah terindah buat abang.”

Iskandar mendongakkan dagu Natasha supaya memandangnya. Pipi Natasha yang basah dengan air mata dikesatnya. Semenjak dua menjak ni Natasha selalu sangat basah dengan air mata.  Terlalu sensitif. Dia tak sangka bahawa Natasha yang dulunya selalu berkata dengan ayat yang sarkastik, berperangai ikut suka kepala rupanya ialah seorang yang berhati sangat lembut sebenarnya. Rupanya berbulan lamanya Natasha bertopengkan imej sarkastik semata-mata mahu meneruskan perkahwinan kontrak mereka. Kasihan Natasha. Tak sanggup rasanya dia melihat isteri tercintanya itu menangis lagi kerananya.

“Tapi Tasha banyak buat salah dengan abang.” Natasha masih lagi teresak. Tetapi belum sempat dia menyambung kata Iskandar sudah meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

“Shhh… sayang tak perlu minta maaf. Setiap saat, setiap solat abang dah ampunkan semua kesalahan sayang. Sayang isteri dan anugerah terbaik buat abang.” Iskandar berkata lembut.

Matanya memandang tepat kedalam mata Natasha. Dia ingin memberitahu Natasha kesungguhan kata-katanya itu. Natasha yang kelihatan yakin dengan kata-katanya diraih kedalam pelukannya. Dia membaringkan diri di atas sejadah bersama Natasha di dalam pelukannya. Sungguh dia selesa berbaring begitu dengan dia yang berbaju melayu berkain pelekat dan Natasha yang bertelekung. Terasa hidupnya tersangat indah ketika ini.



“Sayang, nak sarapan dekat balkoni je atau nak ke restoran?” Iskandar menyoal Natasha yang sedang menekup muka kerana ketakutan menonton filem seram Thailand di televisyen.

Bagus servis resort ini. Pelbagai jenis DVD disediakan. Pelbagai filem dari pelbagai negara disediakan di TV konsol. Malah drama bersiri popular dari Korea turut disediakan. Kalaulah yang datang berbulan madu di situ ialah penggemar tegar drama-drama Korea pastinya kenangan berbulan madu akan menjadi kenangan menonton televisyen bersama. Mujurlah Natasha bukannya seorang penggemar tegar drama korea. Kalau tidak momen bulan madu yang dia idamkan pastinya musnah sama sekali.

“Nak makan kat sini je lah. Malas nak keluar. Boleh?” Natasha menjawab tanpa memandang Iskandar. Dia terlalu khusyuk menonton filem seram itu. Sesekali dia menutup mukanya di dada Iskandar. penakutlah katakan.

“ Boleh sayang. Apa pula tak boleh. Abang lagi suka Tasha ada dalam pelukan abang je sepanjang hari. Cik Puan nak makan apa? Light or heavy? Western? Malay? Thai? Indian Or Japanese? Semua ada… muehehe..” Iskandar berlagak bagai seorang butler. Sedangkan butler yang sepatutnya melayan mereka berdua dibiarkan tanpa kerja sahaja.

Natasha tergelak bila melihat Iskandar sudah berdiri tegak di hadapannya dengan gaya seorang butler. Ada-ada je dia ni. Semua benda dia nak buat. Padahal buat apa dia ambil pakej bilik yang siap ada butler sekali. Macamlah aku tak tahu dia ambil pakej yang paling mahal ni sebab nak ada butlet. Maklumlah anak orang kaya mana biasa ke mana-mana tak ada pembantu. Tapi kali ini dia yang menguruskan semuanya sendiri. Terima kasih abang. Natasha meletakkan jari ibunya dibibir kononnya seperti dia sedang berfikir.

“Hummm..Heavy… Tom Yam bunyi macam sedap je. Makan tom yam jom.” Iskandar dipandang dengan penuh harapan.

Matanya yang berbulu mata lebat dikelip-kelip beberapa kali supaya Iskandar termakan dengan pujukannya. Bukannya apa. Iskandarkan tak tahan makan pedas. Jadi selalunya Iskandar pasti tidak akan bersetuju jika dia mencadangkan untuk makan tom yam kerana dia tidak mahu makan tom yam yang pedas itu.

“Tom Yam? My pleasure ma’am.” Iskandar mengangguk kemudian segera menelefon ke bahagian servise untuk menempah sarapan. Natasha pula masih lagi tergelak-gelak dengan gelagat Iskandar yang belagak sebagai butler itu. Macam-macamlah dia ni.



“Cinta cepat siap. Pakai seluar. Dan bawa baju lebih. Kalau boleh untuk basah.” Iskandar bersuara sebelum masuk ke dalam bilik air. Dia ingin membasahkan muka kerana kepedasan akibat makan tom yam yang pedas sebentar tadi.

Natasha terpinga-pinga mendengar arahan Iskandar. Nak ke mana? Sekarang belum pun pukul sembilan pagi. Awalnya nak keluar. Tak nak tidur dulu sekejap ke? Aku mengantuk ni. Sudahlah malam semalam tidur lambat. Err… malam semalam. Muka Natasha memerah bila teringatkan kejadian semalam. Ciss… kepala ni tak nak bekerjasama pulak. Aku ni dah la malu bila teringat kejadian luar alam semalam. Dia pulak asyik je nak terbayang. Jahat betul!

“Itulah sayang. Kan abang dah kata jangan selalu makan pedas. Kan muka dah merah macam ni.” Suara Iskandar yang baru keluar dari bilik air tiba-tiba mengejutkannya.

Natasha segera menundukkan wajahnya. Rasa malu yang luar biasa mengusai dirinya ketika ini. Kenapalah pula Iskandar keluar dari bilik air waktu yang tak tepat begini. Wajahnya yang semakin memerah cuba disembunyikan. Dia berpura-pura membelek alas meja yang sudah tentunya sangat baik tanpa sebarang cela untuk menutup rasa malu yang kian menggunug. Ya Allah.. wahai kepala.. tolonglah engkau bekerjasama dengan aku. Janganlah buat perangai waktu-waktu macam ni. Jatuhlah standard aku depan dia nanti.

“Tt… Tak adalah… mana ada pedas.” Ya Allah… suara pun tak mahu bekerjasama juga ke? Boleh pulak dia main gagap-gagap. Penjahat!

“Eh kenapa ni sayang?”Iskandar segera meluru mendapatkan Natasha. Sangkanya Natasha sedang merana kepedasan seperti dia.

“Tak.. tak ada apa-apa. Tasha mengantuk.” Ok itu je idea terbaik setakat ni yang kau boleh bagi kan wahai encik kepala. Natasha terus bangkit berlari menuju ke katil dan menarik comforter menyelubungi tubunya sehingga ke kepala.

“Mengantuk? Tapi kan Tasha baru lepas makan mana boleh terus tidur. Lagi pun Tasha kan baru bangun je. Oh yelah semalam tidur laammbaat…” Iskandar sudah tersenyum nakal. Sekarang baru dia faham kenapa Natasha berkelakuan begitu. Baru sekarang dia malu rupanya. Ha ha ha.. comel betul! Dia berjalan perlahan menuju ke arah katil.

“Ok. Tidurlah dia tu. Abang nak keluar pergi pulau lain. Petang nanti abang balik. Mana topi abang ni ye.” Iskandar melaung sedikit cuba untuk menarik perhatian Natasha yang sedang berpura-pura tidur itu.

Nak berlakon tidur konon. Macamlah dia boleh tahan panas dalam comforter tu berlama-lama. Air cond pun tak pasang. Sudahlah tepi pantai. Lagilah panas. Ok… tiga… dua… satu…

“Abang nak pergi mana?” Iskandar tersenyum lebar. Dia sudah tahu sangat dengan perangai Natasha yang tak berbakat berlakon itu. Baru acah sikit dah menggelabah.

“Nak ikut tak?”

“Nak.”

“Kalau nak cepat siap.”

“Five minutes.”

Dia terus berlari menuju ke dalam bilik pakaian. Kelakuannya itu mengundang ketawa besar Iskandar. Lantaklah nak ketawa pun. Yang penting dia dapat ikut. Cuba banyangkan kalaulah Iskandar keluar bersendirian dan tiba-tiba ada gadis-gadis yang bermata gatal menggoda suaminya yang kacak itu. Eishhh… tak sanggup nak bayangkan.

Seluar jeans bewarna hijau lembut berpotongan lurus diambil dan dipandankan dengan t-shirt putih labuh bercorak Great Britian beserta dengan tudung bewarna senada dengan seluarnya. Hari ini dia akan berpakaian seringkas mungkin. Nak ke pulau lain kata Iskandar. Bermakna dia perlu menaiki bot lagi sekali. Dia tak mahu kejadian semalam terjadi lagi gara-gara dia memakai kain hampir saja dia terjatuh ke dalam laut.

Pakaian lebih yang dipesan Iskandar juga turut dimasukkan ke dalam beg. Pakaian Iskandar juga diambilnya dan dimasukkan ke dalam beg yang sama. Lebih mudah. Tak perlu membawa banyak beg. Pelembab muka disapu ke mukanya. Kemudian krim sunblock jenama Lancôme disapu ke seluruh wajahnya dan tangannya yang akan terdedah kepada cahaya matahari. Walaupun dia tak gemar mengenakan make up ke wajahnya tetapi penjagaan kulit sangat penting baginya. Tak mahulah dia nanti kulitnya terbakar semata-mata pergi berbulan madu.

Natasha segera mendapatkan Iskandar setelah selesai semuanya. Iskandar yang sedang duduk di balkoni sambil memandang ke arah laut kelihatan santai dengan baju t-shirt berkolar sepasang dengan Natasha dan seluar Bermuda. Cermin mata hitam jenama ray ban elok tersangkut di kolar bajunya. Dia jelas kelihatan selesa begitu.

“Abang dah siap.”

“Wah cepatnya. Belum lima minit pun lagi.” Jam di tangan ditiliknya.

“Biasalah… Isteri siapa? Tepati masa tu mesti kan.”

“Mestilah isteri abang yang cantik, jelita, cun, meletop, gorgeous ni.”

Tangan Natasha ditariknya menyebabkan Natasha jatuh terduduk di atas ribanya. Bila Natasha cuba untuk bangun dia menegah. Dia selesa begitu. Dengan insan tercinta melayari rasa bahagia.

“Kita nak ke mana bang?”

“Kita pergi pulau lain. Ikut pakej Robison Crusoe. Kita berdua je.”

Tudung Natasha yang ditiup angin menyebarkan bau wangi isterinya itu membuatkan Iskandar teruja. Sungguh. Rasa cintanya memang terlalu membuak buat isterinya itu.

“Apa tu?”

“Rahsia. Surprise kan mana boleh bagi tahu.”

“Alaaa.. tak bestlah macam ni.”

Natasha merengek. Kedua tangannya menarik wajah Iskandar mendekati wajahnya sehingga seinci sahaja jarak antara mereka. Sengaja mahu meraih simpati Iskandar. Iskandar mendekatkan wajahnya lagi dan mencium dahi isterinya itu.

“Shhh… jom. Trust me. I guaranty you’ll love it.”

“Tapi tak boleh ke bagi tahu apa bendanya kat Tasha?” Matanya dikerdipkan beberapa kali.

“Nope. Rahsia.”