Sunday, November 1

MHML SALE!!!!

Assalamualaikum.. Saya nak buat promo penghabisan stock sikit. 
Stock yang ada dlm 30 naskah saja lagi. Jadi jom grab cepat2 sebab stock susah nak stock up bila dah habis. 

So apa benda yang promo? Promonya ialah.....

Senaskah novel My Hubby My Lecturer hanyalah RM 34 termasuk postage ke seluruh Malaysia!!!!!!! (Promo sampai hari jumaat saja 6/11/2015. Lepas tu harga RM 37 mcm biasa balik)


Kepada yang berminat untuk order silalah pm saya di fb saya (facebook.com/natasha.mohdzulkifli) atau whatsapp saya di no +60132574071. 

CEPAT!!! SEMENTARA STOCK MASIH ADA. DAH HABIS NANTI PADAN MUKA AMPA BELI SENASKAH RM60

Friday, October 30

Dairi Cinta Kita Bab 1

Bab 1

Grrrrrrdd.. Grrrddddd.. Grrrddd… Sekali lagi bunyi itu mengganggu lenanya. Bantal yang berada di belah kanan tubuhnya dicapai. Dia menekap kuat bantal itu ke telinga kanannya. Sebolehnya dia mahu menghalang sebarang bunyi mencapai gegendang telinga. Dia cuma mahu tidur lima minit sahaja lagi.

Dia terlalu penat. Rasanya baru dua jam setengah saja dia tidur. Semalaman dia sibuk menyiapkan assignment yang diberi oleh Prof. Azizah sejak dua minggu lalu. Ah! Salah dia juga. Terlalu gemar menangguh kerja. Inilah akibatnya kalau gemar menangguh sebarang pekerjaan. Sudahnya dia terpaksa bersengkang mata dua malam berturut-turut semata-mata untuk menyiapkan assignment itu.

Grrrdddd.. grrrddd grrddd… berbunyi lagi. Ah! Alarm ni rajinlah pula berbunyi setiap tiga minit. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di bawah bantal. Dengan mata yang dibuka sipi-sipi dia mematikan alarm yang masih berbunyi. Laju dia menyumbat semula telefon itu di bawah bantal. Tolonglah.. Lima minit je lagi. Lima minit je. Mengantuk sangat ni. Tak boleh nak buka mata langsung. Ya Allah bantulah aku untuk tidur dengan tenang. Fikirannya semakin terlayang ke tempat lain dan terus hilang di dalam mimpi semula.

Seminit. Dua minit. Tiga minit. Empat minit… Grrrrrrdd.. Grrrddddd.. Grrrddd… Kali ini lebih panjang dari bunyi tadi berserta dengan bunyi-bunyi kecil. Apalah pula kali ini? Alarm ni berhantu ke apa? Tadi aku dah off pun masih nak berbunyi lagi.

Dhia Khaulah mencelikkan matanya takut-takut. Silau matahari yang menyilaukan matanya dihadang sedikit dengan lengannya. Tangannya sebelah lagi menggagau di bawah bantal untuk mencari telefon bimbitnya yang masih lagi bergetaran. Hah! Jumpa!

Dengan mata yang separa sepet Dhia Khaulah menganalisa setiap huruf yang tertera di skrin telefon bimbitnya. ‘Abang Hud Calling’ dan ‘13 missed call and message’.itu yang tertera di skrin telefon.

“Laaa abang Hud ke? Ingatkan apa tadi” Dhia Khaulah meletakkan semula telefon bimbitnya di atas katil. Dia merebahkan tubuhnya dengan tenang.

“ABANG HUD???” Tiba-tiba dia terduduk dengan kenyataan nama pemanggil itu.

Telefon yang bergetaran sekali lagi itu dicapai. Dengan perasaan separa berani dan takut dia menjawab panggilan itu. Dup dap dup dap… jantungnya sudah tidak tetap irama lagi.

“Khaulah.” Suara garau dari sebelah sana kedengaran. Sepatah cuma tapi sudah cukup membuatkan dia berdebar.

“Abang Huuuddd… Sorry.”

“Mesti baru bangun kan? Cuba awak tengok jam dekat dinding dah pukul berapa sekarang? Masih nak berlengah atau awak akan lari cepat ke bilik air? Abang Hud tunggu kat bawah ni. Cepat.” Suara tenang itu berbunyi lagi sebelum talian diputuskan.

Dia segera memandang ke arah jam di dinding. Allah! Sudah pukul 8 pagi. Kelas hari ni bermula pukul 9 pagi. Matilah aku! Patutlah beribu missed call. Mesti abang Hud akan membebel panjang lepas ni.

Dhia Khaulah mencapai tuala di penyangkut tuala dan terus berlari masuk ke dalam tandas. Usai mandi sekadar yang perlu dia terus keluar bersiap.

Dia melihat biasan tubuhnya di dalam cermin. Ya Allah teruk benar rupanya. Baju t-shirt lengan panjang warna hitam. Seluar panjang warna hitam. Tudung instant warna hitam. Wajah pucat tanpa secalit make up. Berkabung ke aku ni? Ah! Lantaklah macam manapun yang penting sampai kampus sebelum pukul 9 pagi. Laptop, buku, dan hasil kerja keras semalamannya dimasukkan ke dalam beg galas. Setelah dia memastikan tiada sebarang benda yang tertinggal dia terus keluar dari bilik.

“Selamat pagi princess lambat lagi lah tu.” Sapa Puan Jannah dari meja makan.

Dia tersengih lebar memandang anak gadisnya yang sedang kelam kabut berlari menuruni anak tangga. Tangannya lincah menuangkan hot coffee ke dalam cawan suaminya Encik Amin. Dua puluh enam tahun menjadi isteri kepada Encik Amin membuatkan Puan Jannah tahu setiap apa yang suami dia inginkan.

Masih dia ingat ketika hari pertama dia menjadi isteri kepada Encik Amin. Suaminya telah menyenaraikan pelbagai syarat semata-mata untuk menyakitkan hatinya. Siap dengan perjanjian yang mereka akan bercerai selepas enam bulan perkahwinan. Mujurlah Allah memanjangkan jodoh mereka sehingga kini. Walaupun terlalu banyak dugaan mereka hadapi sepanjang perkahwinan namun kenangan itu terlalu manis buatnya. Dia sangat bersyukur kerana disatukan dengan suaminya ini.

Encik Amin mengangkat kepalanya melihat anak daranya yang bagaikan lipas kudung berlari mendaki anak tangga semula. Sah ada yang tertinggal. Si isteri yang sedang ketawa kecil dipandang dengan sengihan yang serupa.

Melihat gelagat Dhia Khaulah pagi-pagi begini memang membuatkan mereka suami isteri tak kering gusi. Ada saja yang tak kena. Penyakit susah bangun pagi yang sudah sah-sah diwarisi dari isterinya itulah yang membuatkan Dhia Khaulah sering kelam kabut setiap pagi. Hazwan Hud yang sedang ketawa terkekeh-kekeh sambil mencalit Nuttella pada roti, disiku kecil sebelum mereka sama-sama ketawa besar.

Dulu, sewaktu awal perkahwinannya dengan Puan Jannah itulah juga yang dia hadapi setiap pagi. Puan Jannah yang kelam kabut bersiap untuk ke kelas hanya kerana sikap suka bangun lewat. Mujurlah tabiat buruk isterinya itu hilang setelah beberapa waktu menjadi isterinya. Tapi kini anaknya pula mewarisi sikap ibunya itu. Apalah punya teruk perangai.

Dhia Khaulah yang termengah-mengah selepas berlari menuruni semula anak tangga bersandar di tiang terakhir tangga. Gayanya sudah seperti hampir tercabut nyawa pun ada. Dah macam baru menyertai pertandingan lumba lari. Mengah yang luar biasa. Itulah akibatnya kurang bersukan dan kerap bangun lewat. Kan dah termengah-mengah separuh nyawa.

Setiap wajah yang sedang mentertawakannya di meja makan dipandang tajam. Sampai hati ketawakan kita. Penat tahu tak. Kalau tak mengenangkan charger laptop itu penting untuk kegunannya di kampus nanti pasti dia tidak akan berlari mengambilnya di dalam bilik semula. Bibirnya diketap geram melihat Hazwan Hud yang sedang bersenang hati menyuap roti ke dalam mulut. Amboi senang hatinya dia. Kejam!

“Kali ni tertinggal apa pula Khaulah? Abang Hud dah lama tunggu ni. Kesian dia hari-hari tunggu Khaulah. Papa rasa next time Khaulah kena bayar gaji Abang Hud datang ambil dan hantar Khaulah tau. Sudahlah bersidai dekat tepi tangga tu. Mari sini sarapan. Karang tak pasal-pasal gastrik macam hari tu.” Encik Amin menggamit anak daranya yang masih juga sedang termengah-mengah di tepi tangga. Amboi teruk benar penatnya dia. Naik turun tangga je pun.

“Charger laptop. Khaulah terlupa nak masukkan dalam beg tadi. Nasib baik tak tertinggal terus kalau tak naya je. Tak mau makan lah Pa, macam dah tak sempat je. Nanti Khaulah lambat sampai kelas. Sekarang dah pukul 8.25 pagi, kelas start pukul 9 pagi. Kalau lambat sampai Khaulah tak boleh masuk dewan. Hari ni due date untuk hantar assignment. Abang Hud sudahlah makan. Jom cepat.” 

Tangan laju menyambar beg galas Hazwan Hud yang berada di atas kerusi bersebelahan dengan pemuda itu. Wajahnya dikeraskan supaya Hazwan Hud faham bahawa dia ingin cepat. Namun Hazwan Hud masih juga terus menghirup air yang dihidangkan oleh Puan Jannah. Selamba, macam tak ada apa yang perlu dikejarkan.

“Eh abang Hud cepatlah! Kita dah lambat ni.” Suara Dhia Khaulah sedikit keras.

Nak ditinggikan lagi dia takut dia pulak yang akan dimarahi oleh Encik Amin. Hazwan Hud sudah bermurah hati mengambil dan menghantarnya balik setiap hari pun sepatutnya dia sudah bersyukur.

Eleh bukan dia tak boleh pergi ke Kolej dengan Tok Ali tapi kerana dia kesiankan Tok Ali yang sudah tua itu, dia terpaksa bersetuju dengan cadangan Hazwan Hud untuk pergi ke kolej bersama-sama dengannya setiap hari memandangkan mereka berlajar di kolej yang sama. Baginya, dia lebih rela menaiki bas kalau dia tidak punya alternative lain ke Kolej daripada dia terpaksa menyusahkan Tok Ali.

Hazwan Hud masih lagi selamba. Siap berborak-borak dengan Encik Amin lagi. Amboi. Melampau nampak. Dah tak fikir ke orang dah lambat teruk ni. Karang tak pasal-pasal ada orang yang mengamuk dekat sini baru padan muka. Satu persatu wajah insan yang berada di meja makan itu dipandang. Memang langsung tak hiraukan dia yang dah keruan.

“Ma… tengoklah abang Hud ni. Khaulah dah lambat. Tapi masih lagi tak reti nak bangun.” Khaulah mula merengek.

Selalunya begitulah. Kalau dia sudah tak jumpa solusi, yang terbaik ialah merengek. Anak tunggal memang kebanyakannya begitu. Manja tak bertempat. Yang dia tahu apa yang dia inginkan dia dapat. Selalunya Mamanya akan menjadi tempat dia merengek kerana Mamanya selalu manjakannya lebih dari orang lain

“Nak bangun ke mana? Yang Khaulah kalut sangat kenapa? Cuba tengok jam kat dinding tu. baru pukul 7.45 pagi. Itulah dari hari tu mama cakap tukar bateri jam Khaulah tak nak dengar. Sekarang dah kelam kabut macam ni. Dah tak payah nak buat muka ternganga kat sana. Meh sini makan. Nanti betul-betul lambat baru padan muka.”

Puan Jannah menarik kerusi di sebelahnya untuk memberi ruang kepada Dhia Khaulah duduk. Dhia Khaulah perlahan-lahan meletakkan semula beg galas Hazwan Hud di atas kerusi bersebelahan dengan pemuda itu sebelum bergerak duduk di sebelah mamanya.

Bibirnya diketap kuat. Betul. Dia memang ingat Mama ada menyuruhnya menukar bateri jam. Sudah seminggu jam itu tersangkut pada waktu yang sama. Pukul 8. Selamanya akan kekal begitu selagi dia tak menukar baterinya. Dia juga ingat bahawa dia pernah memberitahu tentang perkara itu kepada Hazwan Hud dan Hazwan Hud juga tahu bahawa dia sudah beberapa kali terlupa untuk membeli bateri gantian. Arghh! Jadi memang rancangannya untuk mengenakan dia. Patutlah dari tadi Hazwan Hud asyik ketawa-ketawa kecil. Penjahat betul!

Wajah Hazwan Hud dan Encik Amin di hadapannya kini dipandang dengan mata yang dikecilkan sedikit. Sah! Papa pun mesti tahu rancangan Abang Hud ni. Mesti dia orang berpakat berdua nak kenakan aku ni. Papa punya rakan subahat ni memang…. Urghhh!!

Tangannya mencapai roti bakar di dalam piring di hadapannya. Hatinya masih sebal tapi dia tidak mahu berkutik kerana dia tahu jika dia bersuara dia akan jadi bahan ketawa kedua lelaki yang sedang terkekeh-kekeh mentertawakannya sekarang. Dhia Khaulah terus memakan sarapannya bagaikan tiada apa yang berlaku.

Sebolehnya dia bersabar. Sikit lagi. Sabar sikit lagi. Nanti dalam kereta siap Abang Hud. Milo panas terus dihirup tanpa menghiraukan Hazwan Hud yang sedang mengangkat-angkat kening memandangnya. Persetankan. Dia tu kalau dilayan mesti lagi seronok dia kenakan aku.

Air milo suam dari dalam teko dituang memenuhi cawannya. Dengan sekali hirup dia menghabiskan seluruh isi cawan itu. Dia bukan dahaga. Tapi itu tanda protes terhadap kedua insan yang masih juga tak berhenti ketawa tertahan-tahan di hadapannya. Dua-dua kejam!

“Dah jom.”
Dhia Khaulah bangkit dari kerusi. Beg sandang disandang dibahunya. Hazwan Hud diberikan jelingan maut tanda dia benar-benar mahu pergi sekarang. Beranilah dia main-main lagi. Aku seligi kepala nanti baru padan muka.

“Pergi Ma. Pa. Assalamualaikum.” Tangan kedua ibu bapanya dicium hormat.

Dahinya dicium Puan Jannah yang menahan sengih. Ah! Mama juga serupa macam dia orang seronok kenakan aku pagi-pagi buta macam ni. Encik Amin yang masih tidak berhenti ketawa juga turut mencium dahi anak tunggalnya itu.

Dia bukan sengaja mahu mentertawakan Dhia Khaulah. Tapi kalau sudah tiga hari berturut-turut dikenakan dengan penipuan yang sama pun dia masih terkena siapa saja tidak ketawa sepertinya sekarang? Memang kelakar melihat Dhia Khaulah yang setiap hari kelam kabut berlari menuruni anak tangga. Kalau sekali terkena dia masih boleh faham. Tapi ini sudah berkali-kali memang kelakar habis.

Itulah akibatnya suka tidur selepas solat subuh. Perangai sebiji dengan mamanya sewaktu muda dahulu. Suka tidur selepas solat subuh dan akhirnya kelam kabut untuk ke kelas. Inilah dipanggil ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

“Pergi dulu Papa Is. Mama Sha. Assalamualaikum.” Hazwan Hud menyalami tangan Encik Amin sebelum mengekori Dhia Khaulah dari belakang.

“Waalaikummusalam. Bye. Dalam kereta jangan gaduh-gaduh.” Tangan Encik Amin melambai-lambai ke arah dua batang tubuh yang semakin menghilang di sebalik pintu.

Matanya kembali tertumpu kepada isterinya yang tercinta. Pandangan yang diberikan oleh isterinya itu dia faham. Puan Jannah tak senang dengan perbuatan mengenakan anaknya itu.

“Apa?”
“Suka sangat kan kenakan anak macam tu? Dulu kita. Sekarang anak pula. Bila nak berubah ni. dah tua kan?”

“Alah cinta. Abang gurau je. Sorry ok? Sorry pleaseeeee…” Matanya dikelip-kelip seperti selalu isterinya buat kalau ingin memujuknya.

“Mengada. Makanlah sekejap lagi nak pergi office kan.”

“I love you Cinta.”


Kata-kata suaminya itu disambut dengan ketawa kecil. Sudah dua puluh enam tahun bergelar suami isteri tapi sikap romantis suaminya masih kekal seperti dulu. Tak pernah berubah.

Sinopsis Diari Cinta Kita

'Dhia,  maafkan saya. Saya terpaksa putuskan hubungan kita'
Sekeping nota Dhia Khaulah terima sebagai balasan kad ulang tahun darinya.
Kerana sekeping nota itu Dhia Khaulah  menjadi hilang arah kerana padanya mereka pasangan yang sangat bahagia. Jadi, tidak ada sebarang sebab untuk  Daniel Afnan memutuskan hubungan mereka.
"Saya perlukan sebab kenapa awak putuskan hubungan kita!" – Dhia Khaulah
Puas Dhia Khaulah merayu untuk jawapan namun Daniel Afnan tetap membisu. Keputusan yang dibuat Daniel Afnan terhadapnya akhirnya terjawab. Dan jawapan yang diterimanya  membawa sebuah kejutan yang teramat besar baginya. 
"Tolonglah awak. Saya sanggup bersama awak walaupun apa juga dugaan yang akan kita hadapi. Jadikan saya isteri awak dan saya akan jaga awak. Saya janji." - Dhia Khaulah
"Tapi penyakit saya ni akan menjadi beban buat awak. Saya tak akan mampu bahagiakan awak. Saya yakin Hud akan dapat bahagiakan awak lebih dari yang saya mampu." - Daniel Afnan
Bagi Dhia Khaulah, datanglah sejuta lelaki sebaik dan sesempurna Hazwan Hud sekalipun dia akan tetap memilih Daniel Afnan. Kerana itu cinta pertamanya dan dia hanya mahukan Daniel Afnan sebagai cinta terakhirnya. Mereka mungkin ditakdirkan untuk tidak mempunyai banyak waktu bersama tetapi bagi mereka itu adalah cinta yang paling indah yang mereka miliki.
"Sayang, walaupun awak sudah pergi jauh dari saya. Saya berdoa nanti kita berjumpa di sana. Semoga kita berdua tetap bersama"

Friday, July 10

Kesayangan!!! MHML dah dibukukan!!

Assalamualaikum.. What's so special bout MHML yang akan dibukukan? Dia limited edition... dalam bentuk buku novel yang hanya boleh dibeli dari tsha sendiri je dalam dunia ni.. Daripada kulit ke kulit semuanya buatan tsha sendiri.. Dan dah ada sekarang dah masuk cetakan ketiga.. nama yang dah buat pre order.. Dan ada yg dah buat payment pun..
Order adalah  unlimited x ada limit nk order bpe banyak.. lg banyak order lg banyak discount tsha bg.. Lg bnyk tag kawan lg bnyk free gift tsha bg.. Insha Allah

Tsha kena cukupkan order 300buah buku barulah tsha dpt kos printing yg lebih murah dan boleh guna pos laju berbanding dulu tsha pakai pos ekspress.. jadi jgn lupa habaq kat kawan naaa 😍😚😘

Cara-cara order..  Pm Tsha.. Bagi Nama penuh, Alamat, dan Phone Number.. nanti tsha akan reply cara payment.. Payment boleh dibuat bermula dari tarikh order sehingga tarikh tutup (lepas raya letuww) dan insha Allah novel akan di pos laju pada 24-27Julai

So... jom cepat2 pm saya di fb Natasha Nadira Mohd Zulkifli dan buat order ye.. 
Tarikh tutup  order dan payment sebelum 21 Julai depan.. hiks.. kbai.. I Love Youu..

Friday, May 29

MHML DAH LAUNCHHHHH

Mhml dah launchhhhh yaaay..
Alhamdulillah terima kasih pada Allah
Mama papa saya
Mamat poyo jadi ilham Iskandar
Anda semua yang menjadi tulang belakang saya..

Terima kasih tak terhingga.. semoga novel kedua yang dalam proses penulisan akan diterbitkan dalam bentuk buku pula..
Insha Allah

ITS TODAAAAYYY

Assalamualaikum lalink2 semua...
hehehe.. ni saya nak bg tau..
MHML akan mula diemailkan kepada anda semua yang dah buat payment bermula dari pukul 12 tengah hari esok.. yaay..
Jadi malam ni tidur dulu cukup2 dulu.. esk tengah hari kita baca MHML sampai tengah malam hiks..
nanti masuk 12pm esk tsha release kan list anda yang dah buat payment supaya nanti kalau nama anda tasha terlepas pandang anda boleh contact tsha blk untuk claim ye..
Yang dah order tapi tak sempat buat payment jangan risau masih lagi dibuka sampai tengah malam besok.. jgn risau2 naaa..

Wednesday, May 27

Lagi 2 Hariiiiii

Assalamualaikum semuaaaa....

Haaa hari ni dah 27 May.. Bermakna apa?
Bermakna lagi 2 hari kita countdown untuk MHML Launching..
hehehehe.. happy x?
sebenarnya saya yang over exited.. teruja tak kira waktu... kekekeke

Mulai jam 11pm 28May sebarang order akan ditutup untuk bagi laluan pada yang dah buat order awal2 lg.. hiks.. dan kalau boleh jgn kongsi dgn kawan tau,, haipp.. no no no no.. biar depa miliki sendiri MHML..

Haaa.. nampak tak kat situ? hanya orang2 yang bertuah je yang dapat memiliki MHML ni..

So... apa lagi.. Mai kita hebokan dekat semua orang yg masih tak tau lagi pasal ni.. share ramai2.. sebelum 28 MAY

Kepada yang dah dapat balasan email saya, anda bolehlah mula buat payment dari hari ni mengikut details dan step by step yang saya bagi dalam email..

Jadi buat masa ni.. sesiapa yg dah ada email saya, no phone saya, fb saya bolehlah contact saya sendiri untuk sebarang pertanyaan ataupun sekadar nak berborak2 cerita hal semasa dengan saya..
akak2 yang nak kenalkan anak bujang pada saya pun dialu2 kan sangat lah kekekeke...

salam sayang..
Natasha Nadira Mohd Zulkifli