Thursday, January 30

Assalamualaikum semua.. Maaf sebab terpaksa memungkiri janji.. Tetapi due to copyright matter and permintaan bonda saya x boleh nak post semua bab sampai habis di blog.  insha Allah nanti dengan izin Allah kalau novel ni diterbitkan anda boleh baca dalam bentuk buku.. Insha Allah..
Kalau diizinkan Allah malam ni saya akan post bab terakhir..

Saya mohon maaf kepada semua.. Dan terima kasih kerana anda setia dan sudi bersama saya menjalani menyusuri setiap jalan saya bersama MHML.. Sabar menunggu saya yang selalu lambat2 mengepost bab baru.. Setia sabar dengan saya yang selalu mungkir janji...

Anda ialah sahabat saya yang dikurniakan Allah... Insha Allah Kalau diberikan Allah idea lain saya akan cuba menulis novel yang lain pula.. Semoga setiap jalan anda diberkati Allah SWT..

P/s: saya sebenarnya mencari tiga buah buku yang sangat saya gemari.. Saya dah cuba cari di merata tempat di kedai2 buku lama baru kawan2 internet.. Dll.. Tetapi tak jumpa juga.. Kalau anda tahu buku itu ada di mana bolehkah anda tolong saya? Buku2 tersebut ialah Pergilah Sepi by Fauziah Ashaari.. Pelabuhan Kasih dan sebuah lagi saya tak tahu tajuknya sebab dah terlalu lama dulu saya baca ceritanyy begini heroin itu diculik sewaktu majlis perkahwinannya sudah hampir dia diculik bersama hero bernama Daniel Enzairy dan bila pulang adiknya pula yang menjadi pengganti dia sebagai oengantin.. So bila dia balik dia selalu menjadi bahan cemburu adik dia.. Semua orang salahkan dia atas semua benda akhirnya dia amik keputusan untuk ajak hero kawin.. Tetapi saya tak ingat tajuk dia.. Kalau anda tahu buku2 tersebut ada di mana tolonglah beritahu saya.. Saya terlalu inginkan novel2 itu... Terima kasih banyak2 atas bantuan anda semua selama ini..

My Hubby My Lecturer!! bab 49

Iskandar turun dari kereta dengan tergesa-gesa sebelum sempat Faiq betul-betul memberhentikan kereta. Dia memang sudah terlalu tidak sabar untuk mengetahui keadaan Natasha. Sama ada baik atau buruk keadaan isterinya itu sekarang. Namun belum sempat dia melangkah masuk ke dalam Villa jantungnya bagaikan terhenti satu degupan apabila terpandangkan sebuah ambulan yang keluar dengan laju dari hadapan pintu pagar Villa.

Ambulan itu dipandang dengan rasa cemas. Ada sesiapa yang tercederakah? Beberapa anggota polis yang keluar dari dalam Villa juga dipandang dengan penuh debaran. Kepalanya sudah membayangkan sejuta kemungkinan.

Natasha selamatkah tidak? Natasha tercederakah? Ahhh… aku dah berfikir bukan-bukan pulak. Doanya dalam hati semoga semua bayangan bukan-bukan yang berlegar di mindanya tidak benar-benar terjadi. Moga tidak Ya Allah. Iskandar beristighfar beberapa kali tujuannya semoga hatinya lebih kuat menghadapi situasi itu. Langkah dibuka dengan lafaz bismillah.  Dia mendekati seorang anggota polis yang sedang sibuk melakar sesuatu di atas bonet kereta peronda polis. Mengikut dari caranya dia ialah ketua operasi di situ.

“Encik. Apa yang dah terjadi? Isteri saya mana? Dia cedera ke cik? Dia di mana? Mana dia encik?” Iskandar menyoal bertubi-tubi. Sungguh dia terlalu risaukan keadaan Natasha. Tangan anggota polis itu digenggamnya kuat. Niatnya supaya anggota polis itu memberi penjelasan yang tepat kepadanya. Bahunya yang ditepuk Faiq dari belakang tidak dihiraukan.

“Sabar Is. Kita tanya satu-satu. Encik. Macam mana keadaan mangsa? Ada yang tercedera ke Encik?” Faiq bertanya dengan nada lebih tenang. Sebenarnya dia juga berdebar melihat ambulan yang keluar dari villa itu namun dia menyabarkan dirinya supaya dia dapat menenangkan Iskandar yang sedang tidak keruan itu.

Iskandar yang sudah mula hendak meluru masuk ke dalam Villa ditarik tangannya oleh Faiq. Dalam keaadaan begini mereka tidak boleh bertidak terburu-buru. Jika tidak keadaan mungkin menjadi lebih buruk. Ara yang juga kelihatan seperti ingin meluru masuk ke dalam villa diberikan pandangan yang tajam tanda menyuruh Ara memberhentikan niatnya itu. Akhirnya Ara hanya mampu memandang ke arah dalam villa dengan penuh kerisauan walaupun hatinya sama seperti Iskandar iaitu dia ingin segera masuk ke dalam Villa untuk melihat keadaan Natasha dengan matanya sendiri.

“Sebenarnya macam ni.. Ada mangsa yang ditikam. Kami dah bawa ke Hospital dekat Tanah Rata. Isteri Encik…”

“Isteri saya kena tikam!!? Ya Allah! Iq kita kena cepat ke hospital sekarang!” Belum sempat anggota polis itu menghabiskan ayatnya Iskandar sudah memotong. Apa yang dia tahu sekarang dia mahu Natasha selamat.

“Sabar Encik. Isteri Encik kami belum jumpa lagi. Mangsa yang kami jumpa tu perempuan yang agak berusia dengan lelaki yang lebih kurang sebaya jugak. Keadaan mangsa dah teruk. Kami jumpa mereka dalam loteng di tingkat tiga. Mujur kami sempat sampai awal. Cuma yang menjadi masalah sekarang ni ialah kami masih tak dapat jumpa penjenayah dan isteri encik. Encik ada syak sesiapa tak yang menjadi dalang ke ni? ”  Anggota polis itu menerangkan keadaan yang berlaku itu kepada Iskandar. Dia juga ingin mengetahui sama ada Iskandar ada mengesyaki sesiapa supaya pencarian akan menjadi lebih mudah.

Iskandar menyandarkan dirinya sedikit di kereta milik Faiq. Faiq dan Ara yang sedang bercakap dengan anggita polis itu tidak dihiraukannya. Yang dia dengari hanyalah nama Haikal Dia meraup rambutnya ke belakang. Nafasnya dilepaskan dengan tersekat-sekat. Setiap helaan nafasnya terasa terlalu berat. Kata-kata anggota polis it uterus berlegar di mindanya. Mangsa ditikam. Berusia. Mak Timah dengan Pak Ali! Ya Allah! Tasha… Tasha dimana? Ya Allah.. Bantulah aku. berikanlah aku petunjuk di mana isteri aku sekarang. Selamatkanlah dia Ya Allah.

“ Encik.. tolonglah benarkan saya masuk ke dalam vila saya nak cari isteri saya.” Iskandar merayu kepada anggota polis itu supaya membenarkannya masuk ke dalam villa untuk mencari isterinya. Dia rela jika apa-apa terjadi kepadanya asalkan Natasha dan anaknya selamat.

“Encik. Kami masih mencari isteri encik. Kami dah cuba cari di seluruh villa tapi tak ada. Yang kami khuatirkan sekarang kalau penjenayah tu dah bawa isteri encik keluar dari kawasan ni. Tapi kalau mengikutkan daripada keadaan di sekeliling ni penjenayah masih belum keluar dari sini. Kami masih lagi berusaha cari di seluruh kawasan villa ni dan taman di belakang.
 Yang menjadi masalah kita sekarang ialah kawasan villa ni terlalu besar melambatkan lagi proses kita mencari isteri encik. Dan mengikut daripada laporan encik tadi yang mengatakan dia nak kan isteri encik saya pasti yang penjenayah tu sentiasa ada dengan isteri encik. Kalau encik boleh bantu fikirkan balik apa-apa bunyi yang luar biasa di waktu encik terima panggilan dari penjenayah tu. Kalau-kalau encik dapat fikirkan bunyi persekitaran itu.
Buat masa sekarang ni kita akan cuba jejak di seluruh villa ni. Anggota yang lain pulak akan cuba jejak telefon penjenayah tu kalau-kalau dia masih ada di sini atau di kawasan Tanah Rata. Dan kami juga cuba selidik setiap hotel di Tanah Rata kalau-kalau ada orang yang mecurigakan di hotel mereka. Yang kami khuatirkan sekarang kalau dia ada di mana-mana bilik hotel di Tanah Rata sebab terlalu banyak hotel untuk kami selidik. Takut kalau dia sempat bertindak luar kawalan.
Tapi encik tolong fikirkan dahulu tempat yang encik syak mereka berada. Kita akan pergi ke tempat itu. Buat masa ni encik. Sama-sama kita berdoa supaya isteri encik tak apa-apa.” Anggota polis yang memperkenalkan namanya sebagai Inspektor Adam kepada Faiq itu tadi kembali menunduk menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Tangannya ligat melakar kawasan yang disyaki keberadaan Natasha di atas peta. Walaupun mengikut pandangannya penjenayah itu masi belum keluar dari kawasan villa itu lagi tetapi dia perlu juga melakukan siasatan ke kawasan di sekeliling Cameron Highland itu. Dia tidak boleh hanya bergantung kepada firasatnya sahaja. Sebarang kemungkinan mungkin terjadi jika dia mengambil lewa hal itu. Satu kesilapan yang mereka lakukan akan menyebabkan nyawa Natasha mungkin dalam bahaya.

Iskandar terdiam dia segera memerah semua ingatannya sekali lagi untuk mengingati setiap perbualannya dengan Haikal sebentar tadi. Jari ibunya diletakkan di bibirnya. Dia pasti ada sesuatu yang luar biasa di kawasan itu. Sesuatu yang dia biasa dengar. Tetapi apa? bunyi yang dia biasa dengar tetapi dia tidak pasti bunyi apakah itu. Bunyi yang seperti mengembalikan pelbagai memori lama. Memorinya sewaktu kecil dengan Natasha. Apakah bunyi itu. Ah! Bunyi lagu yang pernah mendiang datuknya Douglas Darwin cipta dan dimainkan dalam bentuk alunan piano khas buat neneknya. Yang diabadikan di dalam piring hitam.

Iya itulah yang didengarinya tadi! Gramophone dan piring hitam milik datuknya itu berada di dalam bilik bawah tanah! Tempat mereka sekeluarga selalu habiskan masa bersama jika ingin mendengar musik. Tempat di mana dia dan Natasha suka jejaki sewaktu kecil mendengar semua lagu piring hitam yang berada di dalam simpanan datuknya dahulu.

“Bilik bawah tanah! Mereka ada di bilik bawah tanah.” Iskandar bersuara tiba-tiba. Suaranya sedikit meninggi membuatkan semua orang yang berada di kawasan itu memberi perhatian kepadanya.  Faiq yang sedang menenangkan Ara yang sedang menangis segera mendekatinya.

“Bilik bawah tanah? Apasal Is?” Faiq menyoal. Dia pelik kenapa Iskandar tiba-tiba terfikirkan tentang bilik bawah tanah

Tetapi mungkin benar tekaan Iskandar. Kerana bukan semua orang tahu tentang kewujudan bilik bawah tanah itu kerana pintunya berada di dalam bilik stor. Dia yang telah sekian lama berkawan dengan Iskandar dan telah beberapa kali datang ke villa ini juga hanya mengetahui tentang kewujudan bilik itu ketika sambutan ulangtahun perkahwinan ibu-bapa Iskandar yang disambut di vila ini bila Iskandar mengajaknya untuk turun ke bilik bawah tanah untuk mengambil piring hitam datuknya untuk dimainkan. Piring hitam itu! Adakah kerana Iskandar terdengar bunyi piring hitam itu dimainkan barulah Iskandar dapat meneka keberadaan Natasha?

“Aku dengar lagu ‘where my heart belongs’ tadi. Lagu datuk aku dulu. kau ingat kan lagu tu? lagu tu cuma ada satu salinan je. dan salinan tu ada dalam bilik bawah tanah je. Tak ada di tempat lain. Aku pasti budak jahanam tu ada dalam bilik bawah tanah.” Iskandar menghela nafas lega. Alhamdulillah telah kau mudahkan satu urusan aku Ya Allah.

Faiq menangguk. Benar tekaannya. Lagu itu tiada salinan lain melainkan satu-satunya yang berada di dalam bilik bawah tanah. Pasti Natasha dan Faiq berada di dalam bilik bawah tanah.

“Encik. Saya rasa isteri saya berada di bilik bawah tanah.” Iskandar segera memberitahu hal itu kepada Inspektor Adam yang sedang sibuk membahagikan tugasan kepada anak buahnya.

“ Encik pasti?”

“Saya pasti. Saya ada terdengar bunyi lagu yang datuk saya pernah rakamkan dulu dan lagu tu hanya ada satu saja dalam dunia ni iaitu di dalam bilik bawah tanah tu. Kita kena cepat encik.”

“ Macam ni encik Iskandar. Sebelum kita bertindak kita kena rancang strategi dulu. Kalau kita silap langkah apa-apa pun boleh terjadi pada isteri encik. Boleh encik beritahu kami laluan nak ke bilik bawah tanah tu?” Inspektor Adam mula mengeluarkan kertas baharu untuk melakar laluan ke bilik bawah tanah itu. Dia mahu setiap pergerakan mereka nanti sempurna.  Dia tidak mahu terjadinya sebarang kesilapan nanti kerana sebarang kesilapan boleh membawa kepada keadaan yang lebih buruk lagi.

Iskandar pula mula beristighfar beberapa kali supaya dia lebih bersabar. Dia memandang Ara yang sedang menangis teresak-esak. Dia tahu apa yang dirasai Ara sekarang. Ara pasti takut jika sesuatu yang tidak baik terjadi kepada Natasha. Dia pasti berasa takut untuk  kehilangan sahabat baiknya sendiri. Perasaan bersalah yang teramat mengalir dalam hatinya. Kerana dialah semua ini terjadi. kerana dialah Natasha dalam bahaya. Kerana dialah Natasha terpaksa menanggung semua ini. kerana dialah Ara terpaksa menanggung ketakutan sebegitu.


Cinta tunggu abang. sekejap saja lagi abang datang jumpa cinta. Tunggu abang sekejap sayang…

Wednesday, January 22

Assalamualaikum semua.. Maaf sebab saya x dapat update apa2 dlm masa terdekat ni.. Bapa saudara saya baru meninggal dunia semalam.. Terima kasih sbb sudi membaca

Saturday, January 18

My Hubyy My Lecturer!! bab 48

“Abanggggg!!!!!”

Jeritan nyaring Natasha memanggil namanya itu terus terngiang-ngiang di telinga Iskandar. Dari suara itu jelas Natasha sedang tersiksa. Malah mungkin dia sedang mengalami kesakitan. Bunyi yang terus bergema serata arah membuatkan Iskandar kaku.

Kakinya terasa terlalu lemah untuk berdiri lagi. Dunianya terasa berputar-putar. Telefon bimbitnya yang telah terjatuh ke lantai tidak dihiraukannya. Yang dia pasti ada tangan Faiq yang sedang kukuh menampungnya dari jatuh.

“Iq. Is… Isteri aku Iq. Tasha kena culik.” Suara Iskandar tersekat-sekat menuturkan setiap patah perkataan. Wajah Faiq dipandang dalam. Kakinya menurut lemah Faiq yang membawanya ke kerusi. Ya Allah dugaan apa lagi ini? Janganlah kau ambil isteri aku Ya Allah.

“Ya Allah Culik? Macam ni. Kau sabar Is. Apa kita nak buat sekarang? Hah! Aku telefon Ara sekarang. Dia yang tahu Tasha sebenarnya ada dekat mana sekarang. ” Faiq yang turut risau itu menjadi kalut tak tentu arah.

 Dia berpusing-pusing di hadapan Iskandar mencari telefon bimbitnya yang sebenarnya berada di dalam poketnya. Dia meraup kepalanya dengan perasaan yang kusut. Fikirannya ligat memikirkan keadaan Natasha yang tentah belum pasti keaadaannya. Tangannya meraba ke dalam poketnya. Nombor telefon Ara segera di dail. Ara perlu tahu hal ini.

“Ara! Kalau awak dah habis kelas datang rumah saya sekarang. Tasha dalam bahaya.” Hanya bunyi suara itu yang sempat ditangkap Iskandar. Apa perbualan yang selainnya terus hilang dibawa angin.

Iskandar masih lagi terkedu kaku. Kepalanya ligat berfikir. Apa yang perlu aku buat sekarang? Polis! Aku perlu laporkan kepada Polis sekarang juga. Iskandar bangun mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas lantai sedari tadi. Tangannya terketar-ketar mendail talian kecemasan untuk melaporkan hal itu. Dia terlalu takut membayangkan dia terpaksa kehilangan isterinya.


“Tasha dekat mana sebenarnya ni, Ara?” Iskandar bersuara sebaik sahaja Ara menjejakkan kaki ke dalam Hummer milik Faiq.

Wajah Ara direnung tajam dari tempat duduk penumpang hadapan. Rasa geram terhadap Ara yang mempermainkannya ditahan sebaik mungkin. Buat masa ini tiada guna dia memarahi Ara yang menipunya dengan mengatakan bahawa Faiq tahu di mana Natasha hanya kerana dia mahu Iskandar pergi berjumpa Faiq dan berbaik semula dengan Faiq walaupun sebenarnya Faiq tidak tahu Natasha berada di mana sekarang. Baginya buat masa ini keselamatan Natasha lebih penting dan dalam diam hatinya turut berterima kasih dengan tindakan Ara itu. Hubungannya dengan Faiq telah pulih semula.

“Tasha dekat Cameron Highland Sir. Dekat Villa Sir.” Jawab Ara sambil mengesat air matanya.

Sedari universiti tadi dia tidak berhenti menangis risaukan keselamatan Natasha. Jantungnya terus menerus berdebar tidak tenteram. Kalaulah dia tahu ini semua akan terjadi dia pasti tidak akan bekerjasama dengan Natasha untuk merahsiakan keberadaannya dari Iskandar.

“Faiq kau tahu kan tempat tu? Villa aku yang kita selalu pergi tu.” Iskandar bertanya kepada Faiq yang kelihatan serius. Faiq mengangguk dan terus memecut laju.

Nombor telefon Natasha cuba di dail lagi. Ada deringan dari sebelah sana tanda telefon itu tidak dimatikan namun paggilan  itu tidak disambut sehingga deringan itu terputus sendiri. Sekali lagi nombor itu didail. Namun tetap dibiarkan sahaja. Deringan yang tidak disambut itu membuatkan Iskandar terus cuba dan mencuba.

Harapannya supaya panggilan itu disambut walau sekali supaya pihak polis boleh menjejak di mana tempat paggilan itu disambut. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan yang Natasha tidak berada di situ sebenarnya. Suasana yang sunyi selain dari bunyi esakan Ara di dalam  kereta itu membuatkan Iskandar terus menerus mengulangi kembali setiap bunyi dari panggilan telefon yang diterimanya tadi.

Iskandar memejamkan mata. Dia memfokuskan dirinya sefokus mungkin. Dia cuba menganalisis bunyi di sekeliling kawasan itu. Dimanakah? Dia pasti ada suatu bunyi yang lain dikawasan itu. Ada satu bunyi halus yang dia pasti ianya berbeza daripada biasa. Tetapi apakah? Bunyi ruang yang bergema. Bunyi hentakan kaki. Dan… Ah! Ada bunyi musik yang pernah di dengarinya? Tetapi musik apa? Di mana? 

Anak dia aku akan bunuh… sebab itu bukan anak aku…” Kata-kata itu tiba-tiba terngiang-ngiang kembali di telinganya. Iskandar segera membuka matanya semula. Ya Allah! Kenapa aku tak perasankan ayat itu. Anak? Tasha mengandung ke?

“Ara! Tasha… mengandung ke?” Iskandar menyoal Ara sepatah demi sepatah. Terlalu payah rasanya untuk dia menanyakan setiap patah soalan itu. Dia takutkan dengan kenyataan itu.

Wajah Ara direnung tepat. Ara yang selalunya bising tak kira waktu dirasakan kini orang yang paling lambat bersuara ketika ini. Ara mengesat air matanya dengan tisu ditangannya. Wajah Faiq yang serius memandang ke depan dipandang sekilas. Sah! Faiq tahu. Tapi dia tak mahu masuk campur. Iskandar memandang ke arah Ara semula. Lambat-ambat Ara mengangguk kepalanya.

Serta merta nafas Iskandar seakan tersekat di kerongkongnya. Dia meraup rambutnya ke belakang. Iskandar bersandar semula di kerusinya. Memandang ke hadapan. Dia menutup matanya rapat serapatnya. Nafasnya terasa berat. Semua perlakuannya terhadap Natasha seakan berputar semula di mindanya. Wajah Natasha yang sering pucat. Yang dia sangkakan hanya kesan dari hati yang dilukainya. Mengapakah dia tidak pernah perasankan semua itu sebelum ini.

Ya Allah apa yang aku dah buat kepada isteri aku sendiri? Aku dah terlalu menzalimi dia. Sehingga dia mengandung pun aku tak sedar malah aku masih lagi menyakiti dia sesuka hati aku. aku telah menzalimi isteri dan anak aku sendiri Ya Allah. Anugerah yang kau berikan kepada aku telah aku sia-siakan dengan sengaja. Cinta…. Maafkan abang. Maafkan abang. Maafkan papa baby. Air mata Iskandar mengalir tanpa sedar. Penyesalan yang terlalu besar melanda segenap pelusuk hatinya.

“Macam mana Sir tiba-tiba boleh tahu? Baru TERperasan? Macam tu?” Ara masih lagi dengan sinisnya terhadap Iskandar.

“Penculik tu… Dia ugut nak bunuh anak saya. Ya Allah kenapalah saya langsung boleh tak teringatkan apa yang dia kata. Kenapalah selama ni saya tak pernah sedar yang Tasha mengandung? Bertapa butanya saya. Kasihannya dia.” Tanggannya meraup mukanya membersihkan air mata yang tidak berhenti mengalir.

Iskandar cuba menahan tangisannya yang pada mulanya perlahan semakin menjadi-jadi. Suasana di sekelilingnya sudah tidak dihiraukan lagi. Dimanakah mereka berada kini sudah tidak dia pedulikan lagi.  Dihadapan siapakah dia menangis dia tak kisah. Apa yang ada di sekitarnya dia tak mahu ambil tahu. Yang dia tahu hanya satu. Dia menyesa! Sungguh demi Tuhan dia terlalu menyesal dan terlalu risaukan keselamatan isteri dan anaknya.

Ya Allah Ya Tuhanku. Aku hambaMu yang telah mengufuri nikmatMu. Aku alpa dengan keegoan aku sendiri. Aku terlalu berbangga menzalimi anugerah yang kau hadiahkan buatku Ya Allah. Sedangkan kau telah berikan aku dua anugerah yang terindah buat seorang insan bernama lelaki. Tetapi aku ini ego Ya Allah. Terlalu ego Ya Allah.. Ya Allah… aku memohon kepadaMu. Kembalikanlah mereka kepadaku Ya Allah. Kembalikanlah mereka kepadaku.

“Sir. I don’t think you should cry. Sir yang buat Tasha dalam keadaan ni. The truth is I don’t think that you deserve her. You hurt her too much than you make her happy.” Ara bersuara dengan perasaan marah terhadap Iskandar yang masih belum padam.

Kalaulah Iskandar melayan Natasha dengan baik pasti ini semua tidak akan terjadi. Natasha tak akan melarikan diri. Dan sahabat yang sangat disayanginya itu tak akan diculik. Iskandarlah penyebab segalanya. Dia sememangnya tidak layak untuk Natasha yang sangat baik itu!

“Ara. Cut it off!” Suara Faiq yang tegas tiba-tiba menyebabkan kata-kata Ara terputus di tengah jalan.

“What? Betul apa? Kalau Sir Is tak buat Tasha macam tu ini semua tak akan terjadi.” Ara cuba membela diri. Masih lagi dengan pandangannya yang satu itu.

“Ara… I said.. enough! Saya tak nak dengan benda-benda merepek macam tu lagi. Kalau tak awak boleh turun dekat sini.” Hentakan tangan Faiq di stereng kereta membuatkan Ara tergamam mengetap bibirnya.

Nampaknya Faiq benar-benar marah dengan tuduhan Ara itu. Masakan tidak. Wajah Iskandar yang disebelahnya kini sudah tidak seperti mendengar langsung suara-suara yang disekelilingnya. Iskandar benar-benar hanyut di dalam fikirannya sendiri. Dia langsung tidak menghiraukan tentang tuduhan Ara tadi. Yang dia lakukan hanyalah menangis dengan tangannya menggenggam erat telefon bimbitnya dengan mata yang terpejam rapat bibirnya pula terkumat kamit membisikkan zikir tanpa henti.

 Dia tahu Iskandar juga merasai kesakitannya. Kerana itulah dia menghalang Ara memarahi Iskandar. Iskandar sudah sedarkan kesalahannya. Mereka tiada hak untuk menghukum Iskandar. Yang mempunyai hak itu nanti ialah Natasha sama ada dia mahu memaafkan Iskandar atau tidak itu terpulang kepadanya.

“Ara call pihak polis sekarang. Beritahu mereka Tasha kat mana sekarang dan kita nak ke sana sekarang. Cakap jugak dekat mereka cuba track nombor telefon Tasha. Manalah tahu kalau-kalau GPS dia on. Sekarang!” Faiq memberi arahan kepada Ara. Faiq memandang Ara yang berada di belakang melalui cermin pandang belakang. Ara segera mengangguk dan terus mendail talian kecemasan.

Harapannya supaya pihak polis Berjaya sampai dahulu di villa itu sebelum mereka kerana perjalanan mereka ini mungkin akan memakan masa lebih setegah jam lagi untuk sampai ke sana. Lebih lambat mereka sampai lebih lambat tinggi risikonya terhadap Natasha.

Iskandar membuka matanya. Dia sekali lagi cuba menelefon Natasha. Dalam hatinya berdoa supaya panggilan itu disambut sekurang-kurangnya sekali. Supaya dia dapat mendengar suara isterinya lagi. supaya dia tahu bahawa Natasha masih berada di sana. Masih lagi berada di atas bumi yang sama dengannya. Masih lagi bernafas. Jantungnya berdegup kencang setiap kali mendengar deringan dari corong telefon bimbitnya. Namun panggian itu terputus begitu sahaja. Tiada yang menyambutnya. Dia mencuba beberapa kali lagi. Namun seperti tadi juga. Panggilan terputus tak berjawab.

Nafas Iskandar terasa terlalu berat untuk dilepaskan. Tasha dekat mana sayang? Masihkah Tasha bernafas lagi sayang? Abang terlalu risaukan sayang dan anak kita. Ya Allah kenapa semua ni berlaku? Siapa yang menculik isteriku? Aku memohon Ya Allah pulangkanlah mereka semula kepadaku Ya Allah.

Iskandar mencuba sekali lagi. Nafasnya dihela panjang. Jantungnya yang berdegup tanpa ritma cuba ditenangkan. Ya Allah tolonglah aku supaya panggilan ini disambut. Sekurang-kurangnya aku tahu keadaan isteriku. Tuutt… perlahan Iskandar melepaskan nafas. Tuutt… jantungnya berdegup dua detik. Tuutt…Clack.. nafas Iskandar seakan terhenti sebentar. Panggilan bersambut!

“Kau… memang tak tahu mengalah kan? Ha ha ha… aku dah kata. Tasha aku punya. Aku punya. Kenapa kau masih nak ganggu kami? Kenapa? Kau dah curi dia dari aku. Kau ambil hak aku. Kau nak isteri kau ni? Ha Ha Ha.. tak mungkin! Dia milik aku. Dulu aku dah kata Iskandar. Kebahagiaan kau tu sementara je. Kan sayang?” Bunyi seperti sesuatu yang berat diseret.

“Abang!! Abang tolong Tasha bang. Haikal… Arggghhh!!” Suara jeritan Natasha terputus begitu sahaja sebaik sahaja paggilan itu terputus di tengah jalan.

“Binatang kau Haikal. Tasha! Tasha! Tasha!” Iskandar menjerit-jerit memanggil nama isterinya. Dia cuba mendail lagi nombor telefon itu. Namun kali ini panggilan itu langsung tidak dapat disambungkan lagi.

 Haikal? Is? Haikal ke?” Soal Faiq cemas. Dia kenal siapa Haikal. Budak lelaki yang sering kelihatan seperti mermasalah di kolej. Kadangkala dia ada terlihat Haikal bercakap sendirian. Ara juga pernah menceritakan kepadanya tentang Haikal yang sangat meminati Natasha. Kenapalah dia langsung tak pernah terfikirkan bahawa Haikallah penculik itu.

Ara yang berada di tempat penumpang di belakang terkedu tanpa kata. Haikal? Kenapakah dia sanggup berbuat begini? Sampai sanggup menculik dan mengugut bunuh? Sebelum ini Haikal kan terlalu baik dengan Tasha? Kenapa dia sanggup nak cederakan Tasha?

“Lama lagi Iq?” Iskandar sudah tidak senang duduk lagi. dia perlu cepat sampai di villa itu. Natasha dalam bahaya.

“Lebih kurang lima belas minit lagi. Kau sabar Is. Aku cuba selaju mungkin. Insha Allah Tasha tak apa-apa. “ Tangan Faiq laju memutar stereng mengikut jalan yang berliku menuju ke puncak Cameron Highland. Keselamatan diri mereka sudah tidak dihiraukan lagi apa yang penting mereka cepat sampai ke sana.


Iskandar menggenggam penumbuknya. Haikal! Berani kau buat begini pada isteri aku! Berani kau! Tasha tunggu abang sayang. Sekejap saja lagi abang sampai. Abang akan selamatkan Tasha dan anak kita. Tunggu abang sayang.

Wednesday, January 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Alhamdulillah syukur pada Allah kita dapat bernafas dengan jerih lelah, tangis tawa dan jayanya sepanjang 2013.. jadi di sini saya Natasha Nadira Mohd Zulkifli (Bukan nama sebenar) mengucapkan selamat tahun baru.. atas izin Sang Pencipta semoga setiap jalan yang kita lalui.. setiap lorong yang kita pilih.. diberkati dan diterangi Allah SWT.. dan semoga setiap batil yang kita lakukan diampuni Allah dan diberikan petunjukNya.. insha Allah.. :)