Iskandar turun dari kereta dengan
tergesa-gesa sebelum sempat Faiq betul-betul memberhentikan kereta. Dia memang
sudah terlalu tidak sabar untuk mengetahui keadaan Natasha. Sama ada baik atau
buruk keadaan isterinya itu sekarang. Namun belum sempat dia melangkah masuk ke dalam
Villa jantungnya bagaikan terhenti satu degupan apabila terpandangkan sebuah ambulan
yang keluar dengan laju dari hadapan pintu pagar Villa.
Ambulan itu dipandang dengan
rasa cemas. Ada sesiapa yang tercederakah? Beberapa anggota polis yang keluar dari
dalam Villa juga dipandang dengan penuh debaran. Kepalanya sudah membayangkan
sejuta kemungkinan.
Natasha selamatkah tidak? Natasha
tercederakah? Ahhh… aku dah berfikir bukan-bukan pulak. Doanya dalam hati
semoga semua bayangan bukan-bukan yang berlegar di mindanya tidak benar-benar
terjadi. Moga tidak Ya Allah. Iskandar beristighfar beberapa kali tujuannya
semoga hatinya lebih kuat menghadapi situasi itu. Langkah dibuka dengan lafaz
bismillah. Dia mendekati seorang anggota
polis yang sedang sibuk melakar sesuatu di atas bonet kereta peronda polis. Mengikut
dari caranya dia ialah ketua operasi di situ.
“Encik. Apa yang dah terjadi? Isteri saya
mana? Dia cedera ke cik? Dia di mana? Mana dia encik?” Iskandar menyoal
bertubi-tubi. Sungguh dia terlalu risaukan keadaan Natasha. Tangan anggota
polis itu digenggamnya kuat. Niatnya supaya anggota polis itu memberi
penjelasan yang tepat kepadanya. Bahunya yang ditepuk Faiq dari belakang tidak
dihiraukan.
“Sabar Is. Kita tanya satu-satu. Encik.
Macam mana keadaan mangsa? Ada yang tercedera ke Encik?” Faiq bertanya dengan
nada lebih tenang. Sebenarnya dia juga berdebar melihat ambulan yang keluar
dari villa itu namun dia menyabarkan dirinya supaya dia dapat menenangkan
Iskandar yang sedang tidak keruan itu.
Iskandar yang sudah mula hendak meluru masuk
ke dalam Villa ditarik tangannya oleh Faiq. Dalam keaadaan begini mereka tidak
boleh bertidak terburu-buru. Jika tidak keadaan mungkin menjadi lebih buruk. Ara
yang juga kelihatan seperti ingin meluru masuk ke dalam villa diberikan
pandangan yang tajam tanda menyuruh Ara memberhentikan niatnya itu. Akhirnya
Ara hanya mampu memandang ke arah dalam villa dengan penuh kerisauan walaupun
hatinya sama seperti Iskandar iaitu dia ingin segera masuk ke dalam Villa untuk
melihat keadaan Natasha dengan matanya sendiri.
“Sebenarnya macam ni.. Ada mangsa yang
ditikam. Kami dah bawa ke Hospital dekat Tanah Rata. Isteri Encik…”
“Isteri saya kena tikam!!? Ya Allah! Iq
kita kena cepat ke hospital sekarang!” Belum sempat anggota polis itu
menghabiskan ayatnya Iskandar sudah memotong. Apa yang dia tahu sekarang dia
mahu Natasha selamat.
“Sabar Encik. Isteri Encik kami belum jumpa
lagi. Mangsa yang kami jumpa tu perempuan yang agak berusia dengan lelaki yang lebih
kurang sebaya jugak. Keadaan mangsa dah teruk. Kami jumpa mereka dalam loteng di
tingkat tiga. Mujur kami sempat sampai awal. Cuma yang menjadi masalah sekarang
ni ialah kami masih tak dapat jumpa penjenayah dan isteri encik. Encik ada syak
sesiapa tak yang menjadi dalang ke ni? ”
Anggota polis itu menerangkan keadaan yang berlaku itu kepada Iskandar. Dia
juga ingin mengetahui sama ada Iskandar ada mengesyaki sesiapa supaya pencarian
akan menjadi lebih mudah.
Iskandar menyandarkan dirinya sedikit di
kereta milik Faiq. Faiq dan Ara yang sedang bercakap dengan anggita polis itu
tidak dihiraukannya. Yang dia dengari hanyalah nama Haikal Dia meraup rambutnya
ke belakang. Nafasnya dilepaskan dengan tersekat-sekat. Setiap helaan nafasnya
terasa terlalu berat. Kata-kata anggota polis it uterus berlegar di mindanya. Mangsa
ditikam. Berusia. Mak Timah dengan Pak Ali! Ya Allah! Tasha… Tasha dimana? Ya
Allah.. Bantulah aku. berikanlah aku petunjuk di mana isteri aku sekarang. Selamatkanlah
dia Ya Allah.
“ Encik.. tolonglah benarkan saya masuk ke
dalam vila saya nak cari isteri saya.” Iskandar merayu kepada anggota polis itu
supaya membenarkannya masuk ke dalam villa untuk mencari isterinya. Dia rela
jika apa-apa terjadi kepadanya asalkan Natasha dan anaknya selamat.
“Encik. Kami masih mencari isteri encik. Kami
dah cuba cari di seluruh villa tapi tak ada. Yang kami khuatirkan sekarang
kalau penjenayah tu dah bawa isteri encik keluar dari kawasan ni. Tapi kalau
mengikutkan daripada keadaan di sekeliling ni penjenayah masih belum keluar
dari sini. Kami masih lagi berusaha cari di seluruh kawasan villa ni dan taman
di belakang.
Yang
menjadi masalah kita sekarang ialah kawasan villa ni terlalu besar melambatkan
lagi proses kita mencari isteri encik. Dan mengikut daripada laporan encik tadi
yang mengatakan dia nak kan isteri encik saya pasti yang penjenayah tu sentiasa
ada dengan isteri encik. Kalau encik boleh bantu fikirkan balik apa-apa bunyi
yang luar biasa di waktu encik terima panggilan dari penjenayah tu. Kalau-kalau
encik dapat fikirkan bunyi persekitaran itu.
Buat masa sekarang ni kita akan cuba jejak
di seluruh villa ni. Anggota yang lain pulak akan cuba jejak telefon penjenayah
tu kalau-kalau dia masih ada di sini atau di kawasan Tanah Rata. Dan kami juga
cuba selidik setiap hotel di Tanah Rata kalau-kalau ada orang yang mecurigakan
di hotel mereka. Yang kami khuatirkan sekarang kalau dia ada di mana-mana bilik
hotel di Tanah Rata sebab terlalu banyak hotel untuk kami selidik. Takut kalau
dia sempat bertindak luar kawalan.
Tapi encik tolong fikirkan dahulu tempat
yang encik syak mereka berada. Kita akan pergi ke tempat itu. Buat masa ni
encik. Sama-sama kita berdoa supaya isteri encik tak apa-apa.” Anggota polis
yang memperkenalkan namanya sebagai Inspektor Adam kepada Faiq itu tadi kembali
menunduk menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
Tangannya ligat melakar kawasan yang
disyaki keberadaan Natasha di atas peta. Walaupun mengikut pandangannya
penjenayah itu masi belum keluar dari kawasan villa itu lagi tetapi dia perlu
juga melakukan siasatan ke kawasan di sekeliling Cameron Highland itu. Dia tidak
boleh hanya bergantung kepada firasatnya sahaja. Sebarang kemungkinan mungkin
terjadi jika dia mengambil lewa hal itu. Satu kesilapan yang mereka lakukan
akan menyebabkan nyawa Natasha mungkin dalam bahaya.
Iskandar terdiam dia segera memerah semua
ingatannya sekali lagi untuk mengingati setiap perbualannya dengan Haikal
sebentar tadi. Jari ibunya diletakkan di bibirnya. Dia pasti ada sesuatu yang
luar biasa di kawasan itu. Sesuatu yang dia biasa dengar. Tetapi apa? bunyi
yang dia biasa dengar tetapi dia tidak pasti bunyi apakah itu. Bunyi yang
seperti mengembalikan pelbagai memori lama. Memorinya sewaktu kecil dengan
Natasha. Apakah bunyi itu. Ah! Bunyi lagu yang pernah mendiang datuknya Douglas Darwin cipta dan dimainkan dalam bentuk
alunan piano khas buat neneknya. Yang diabadikan di dalam piring hitam.
Iya itulah yang didengarinya tadi! Gramophone
dan piring hitam milik datuknya itu berada di dalam bilik bawah tanah! Tempat mereka
sekeluarga selalu habiskan masa bersama jika ingin mendengar musik. Tempat di
mana dia dan Natasha suka jejaki sewaktu kecil mendengar semua lagu piring
hitam yang berada di dalam simpanan datuknya dahulu.
“Bilik bawah tanah! Mereka ada di bilik
bawah tanah.” Iskandar bersuara tiba-tiba. Suaranya sedikit meninggi membuatkan
semua orang yang berada di kawasan itu memberi perhatian kepadanya. Faiq yang sedang menenangkan Ara yang sedang
menangis segera mendekatinya.
“Bilik bawah tanah? Apasal Is?” Faiq
menyoal. Dia pelik kenapa Iskandar tiba-tiba terfikirkan tentang bilik bawah
tanah
Tetapi mungkin benar tekaan Iskandar. Kerana
bukan semua orang tahu tentang kewujudan bilik bawah tanah itu kerana pintunya
berada di dalam bilik stor. Dia yang telah sekian lama berkawan dengan Iskandar
dan telah beberapa kali datang ke villa ini juga hanya mengetahui tentang
kewujudan bilik itu ketika sambutan ulangtahun perkahwinan ibu-bapa Iskandar yang
disambut di vila ini bila Iskandar mengajaknya untuk turun ke bilik bawah tanah
untuk mengambil piring hitam datuknya untuk dimainkan. Piring hitam itu! Adakah
kerana Iskandar terdengar bunyi piring hitam itu dimainkan barulah Iskandar
dapat meneka keberadaan Natasha?
“Aku dengar lagu ‘where my heart belongs’ tadi.
Lagu datuk aku dulu. kau ingat kan lagu tu? lagu tu cuma ada satu salinan je.
dan salinan tu ada dalam bilik bawah tanah je. Tak ada di tempat lain. Aku pasti
budak jahanam tu ada dalam bilik bawah tanah.” Iskandar menghela nafas lega. Alhamdulillah
telah kau mudahkan satu urusan aku Ya Allah.
Faiq menangguk. Benar tekaannya. Lagu itu
tiada salinan lain melainkan satu-satunya yang berada di dalam bilik bawah
tanah. Pasti Natasha dan Faiq berada di dalam bilik bawah tanah.
“Encik. Saya rasa isteri saya berada di
bilik bawah tanah.” Iskandar segera memberitahu hal itu kepada Inspektor Adam
yang sedang sibuk membahagikan tugasan kepada anak buahnya.
“ Encik pasti?”
“Saya pasti. Saya ada terdengar bunyi lagu
yang datuk saya pernah rakamkan dulu dan lagu tu hanya ada satu saja dalam dunia
ni iaitu di dalam bilik bawah tanah tu. Kita kena cepat encik.”
“ Macam ni encik Iskandar. Sebelum kita
bertindak kita kena rancang strategi dulu. Kalau kita silap langkah apa-apa pun
boleh terjadi pada isteri encik. Boleh encik beritahu kami laluan nak ke bilik
bawah tanah tu?” Inspektor Adam mula mengeluarkan kertas baharu untuk melakar
laluan ke bilik bawah tanah itu. Dia mahu setiap pergerakan mereka nanti
sempurna. Dia tidak mahu terjadinya
sebarang kesilapan nanti kerana sebarang kesilapan boleh membawa kepada keadaan
yang lebih buruk lagi.
Iskandar pula mula beristighfar beberapa
kali supaya dia lebih bersabar. Dia memandang Ara yang sedang menangis
teresak-esak. Dia tahu apa yang dirasai Ara sekarang. Ara pasti takut jika
sesuatu yang tidak baik terjadi kepada Natasha. Dia pasti berasa takut untuk kehilangan sahabat baiknya sendiri. Perasaan bersalah
yang teramat mengalir dalam hatinya. Kerana dialah semua ini terjadi. kerana
dialah Natasha dalam bahaya. Kerana dialah Natasha terpaksa menanggung semua
ini. kerana dialah Ara terpaksa menanggung ketakutan sebegitu.
Cinta tunggu abang. sekejap saja lagi abang
datang jumpa cinta. Tunggu abang sekejap sayang…
besttttttttt sgt2....terbaiklh....heheheeee....
ReplyDeletebestttt....citer ni. sy sentiasa ternanti2 bab seterusnya. bila lg nk bukukan novel ni...x sbar nk beli...
ReplyDeleteakhirnya...ade gak samb..lame dh menanti..next...next....hihi
ReplyDeletebest sgt2..cepat2 update
ReplyDeletesuspend nih! best! hari2 cek blog nak tau ad update ke x. hehe. good luck!
ReplyDeletesikitnya..serius tak puas...
ReplyDeleteplease nak lagi..hehe
thanks my dear tsha.... jantung kak ita dah tak berhenti berdegup...
ReplyDeletejgn lama2 tau for next n3.. nanti lepas ni bz ngan new sam
love kak itasukri
bestnyeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! akk ni terbaiklahhh!! love you.. good luck.... ^__^
ReplyDeleteMintak betul la tasha ada kat bilik bawah tanah.jatung ni bdeguk ngan pantas bila baca bab kali ni.next n3 jgn lama2 ye.
ReplyDeleteBila nak masok bab 40?? X sabar ni
ReplyDeletedalam sehari aku baca 49bab coz baru jumpa blog ni...tak sabar nak baca the ending...i'm so respect the writer of this novel.....
ReplyDeletesalam cik writer...tq so much bab 49 intresting chptr...thumb ups n chayok..chayok ;)
ReplyDeleteAduhi berdebar jantung ku....good job cik natasha....nak lagi.....suspen ni huhuhuhu...
ReplyDelete