“Abanggggg!!!!!”
Jeritan nyaring Natasha memanggil namanya itu
terus terngiang-ngiang di telinga Iskandar. Dari suara itu jelas Natasha sedang
tersiksa. Malah mungkin dia sedang mengalami kesakitan. Bunyi yang terus
bergema serata arah membuatkan Iskandar kaku.
Kakinya terasa terlalu lemah untuk berdiri
lagi. Dunianya terasa berputar-putar. Telefon bimbitnya yang telah terjatuh ke
lantai tidak dihiraukannya. Yang dia pasti ada tangan Faiq yang sedang kukuh
menampungnya dari jatuh.
“Iq. Is… Isteri aku Iq. Tasha kena culik.” Suara
Iskandar tersekat-sekat menuturkan setiap patah perkataan. Wajah Faiq dipandang
dalam. Kakinya menurut lemah Faiq yang membawanya ke kerusi. Ya Allah dugaan
apa lagi ini? Janganlah kau ambil isteri aku Ya Allah.
“Ya Allah Culik? Macam ni. Kau sabar Is. Apa
kita nak buat sekarang? Hah! Aku telefon Ara sekarang. Dia yang tahu Tasha
sebenarnya ada dekat mana sekarang. ” Faiq yang turut risau itu menjadi kalut
tak tentu arah.
Dia
berpusing-pusing di hadapan Iskandar mencari telefon bimbitnya yang sebenarnya
berada di dalam poketnya. Dia meraup kepalanya dengan perasaan yang kusut.
Fikirannya ligat memikirkan keadaan Natasha yang tentah belum pasti
keaadaannya. Tangannya meraba ke dalam poketnya. Nombor telefon Ara segera di
dail. Ara perlu tahu hal ini.
“Ara! Kalau awak dah habis kelas datang
rumah saya sekarang. Tasha dalam bahaya.” Hanya bunyi suara itu yang sempat
ditangkap Iskandar. Apa perbualan yang selainnya terus hilang dibawa angin.
Iskandar masih lagi terkedu kaku. Kepalanya
ligat berfikir. Apa yang perlu aku buat sekarang? Polis! Aku perlu laporkan
kepada Polis sekarang juga. Iskandar bangun mengambil telefon bimbitnya yang
terletak di atas lantai sedari tadi. Tangannya terketar-ketar mendail talian
kecemasan untuk melaporkan hal itu. Dia terlalu takut membayangkan dia terpaksa
kehilangan isterinya.
“Tasha dekat mana sebenarnya ni, Ara?”
Iskandar bersuara sebaik sahaja Ara menjejakkan kaki ke dalam Hummer milik
Faiq.
Wajah Ara direnung tajam dari tempat duduk
penumpang hadapan. Rasa geram terhadap Ara yang mempermainkannya ditahan sebaik
mungkin. Buat masa ini tiada guna dia memarahi Ara yang menipunya dengan
mengatakan bahawa Faiq tahu di mana Natasha hanya kerana dia mahu Iskandar
pergi berjumpa Faiq dan berbaik semula dengan Faiq walaupun sebenarnya Faiq
tidak tahu Natasha berada di mana sekarang. Baginya buat masa ini keselamatan
Natasha lebih penting dan dalam diam hatinya turut berterima kasih dengan
tindakan Ara itu. Hubungannya dengan Faiq telah pulih semula.
“Tasha dekat Cameron Highland Sir. Dekat
Villa Sir.” Jawab Ara sambil mengesat air matanya.
Sedari universiti tadi dia tidak berhenti
menangis risaukan keselamatan Natasha. Jantungnya terus menerus berdebar tidak
tenteram. Kalaulah dia tahu ini semua akan terjadi dia pasti tidak akan
bekerjasama dengan Natasha untuk merahsiakan keberadaannya dari Iskandar.
“Faiq kau tahu kan tempat tu? Villa aku
yang kita selalu pergi tu.” Iskandar bertanya kepada Faiq yang kelihatan
serius. Faiq mengangguk dan terus memecut laju.
Nombor telefon Natasha cuba di dail lagi.
Ada deringan dari sebelah sana tanda telefon itu tidak dimatikan namun
paggilan itu tidak disambut sehingga
deringan itu terputus sendiri. Sekali lagi nombor itu didail. Namun tetap
dibiarkan sahaja. Deringan yang tidak disambut itu membuatkan Iskandar terus
cuba dan mencuba.
Harapannya supaya panggilan itu disambut
walau sekali supaya pihak polis boleh menjejak di mana tempat paggilan itu
disambut. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan yang Natasha tidak berada di
situ sebenarnya. Suasana yang sunyi selain dari bunyi esakan Ara di dalam kereta itu membuatkan Iskandar terus menerus
mengulangi kembali setiap bunyi dari panggilan telefon yang diterimanya tadi.
Iskandar memejamkan mata. Dia memfokuskan
dirinya sefokus mungkin. Dia cuba menganalisis bunyi di sekeliling kawasan itu.
Dimanakah? Dia pasti ada suatu bunyi yang lain dikawasan itu. Ada satu bunyi
halus yang dia pasti ianya berbeza daripada biasa. Tetapi apakah? Bunyi ruang
yang bergema. Bunyi hentakan kaki. Dan… Ah! Ada bunyi musik yang pernah di
dengarinya? Tetapi musik apa? Di mana?
“Anak dia aku akan bunuh… sebab itu bukan anak aku…” Kata-kata itu
tiba-tiba terngiang-ngiang kembali di telinganya. Iskandar segera membuka
matanya semula. Ya Allah! Kenapa aku tak perasankan ayat itu. Anak? Tasha
mengandung ke?
“Ara!
Tasha… mengandung ke?” Iskandar menyoal Ara sepatah demi sepatah. Terlalu payah
rasanya untuk dia menanyakan setiap patah soalan itu. Dia takutkan dengan
kenyataan itu.
Wajah
Ara direnung tepat. Ara yang selalunya bising tak kira waktu dirasakan kini
orang yang paling lambat bersuara ketika ini. Ara mengesat air matanya dengan
tisu ditangannya. Wajah Faiq yang serius memandang ke depan dipandang sekilas.
Sah! Faiq tahu. Tapi dia tak mahu masuk campur. Iskandar memandang ke arah Ara
semula. Lambat-ambat Ara mengangguk kepalanya.
Serta
merta nafas Iskandar seakan tersekat di kerongkongnya. Dia meraup rambutnya ke
belakang. Iskandar bersandar semula di kerusinya. Memandang ke hadapan. Dia
menutup matanya rapat serapatnya. Nafasnya terasa berat. Semua perlakuannya terhadap
Natasha seakan berputar semula di mindanya. Wajah Natasha yang sering pucat.
Yang dia sangkakan hanya kesan dari hati yang dilukainya. Mengapakah dia tidak
pernah perasankan semua itu sebelum ini.
Ya Allah
apa yang aku dah buat kepada isteri aku sendiri? Aku dah terlalu menzalimi dia.
Sehingga dia mengandung pun aku tak sedar malah aku masih lagi menyakiti dia
sesuka hati aku. aku telah menzalimi isteri dan anak aku sendiri Ya Allah.
Anugerah yang kau berikan kepada aku telah aku sia-siakan dengan sengaja.
Cinta…. Maafkan abang. Maafkan abang. Maafkan papa baby. Air mata Iskandar
mengalir tanpa sedar. Penyesalan yang terlalu besar melanda segenap pelusuk
hatinya.
“Macam
mana Sir tiba-tiba boleh tahu? Baru TERperasan? Macam tu?” Ara masih lagi dengan
sinisnya terhadap Iskandar.
“Penculik
tu… Dia ugut nak bunuh anak saya. Ya Allah kenapalah saya langsung boleh tak
teringatkan apa yang dia kata. Kenapalah selama ni saya tak pernah sedar yang
Tasha mengandung? Bertapa butanya saya. Kasihannya dia.” Tanggannya meraup
mukanya membersihkan air mata yang tidak berhenti mengalir.
Iskandar
cuba menahan tangisannya yang pada mulanya perlahan semakin menjadi-jadi. Suasana
di sekelilingnya sudah tidak dihiraukan lagi. Dimanakah mereka berada kini
sudah tidak dia pedulikan lagi.
Dihadapan siapakah dia menangis dia tak kisah. Apa yang ada di
sekitarnya dia tak mahu ambil tahu. Yang dia tahu hanya satu. Dia menyesa! Sungguh
demi Tuhan dia terlalu menyesal dan terlalu risaukan keselamatan isteri dan
anaknya.
Ya Allah
Ya Tuhanku. Aku hambaMu yang telah mengufuri nikmatMu. Aku alpa dengan keegoan
aku sendiri. Aku terlalu berbangga menzalimi anugerah yang kau hadiahkan buatku
Ya Allah. Sedangkan kau telah berikan aku dua anugerah yang terindah buat
seorang insan bernama lelaki. Tetapi aku ini ego Ya Allah. Terlalu ego Ya
Allah.. Ya Allah… aku memohon kepadaMu. Kembalikanlah mereka kepadaku Ya Allah.
Kembalikanlah mereka kepadaku.
“Sir. I don’t
think you should cry. Sir yang buat Tasha dalam keadaan ni. The truth is I don’t
think that you deserve her. You hurt her too much than you make her happy.” Ara
bersuara dengan perasaan marah terhadap Iskandar yang masih belum padam.
Kalaulah
Iskandar melayan Natasha dengan baik pasti ini semua tidak akan terjadi.
Natasha tak akan melarikan diri. Dan sahabat yang sangat disayanginya itu tak
akan diculik. Iskandarlah penyebab segalanya. Dia sememangnya tidak layak untuk
Natasha yang sangat baik itu!
“Ara.
Cut it off!” Suara Faiq yang tegas tiba-tiba menyebabkan kata-kata Ara terputus
di tengah jalan.
“What? Betul apa? Kalau Sir Is tak buat Tasha macam tu ini semua tak akan terjadi.” Ara cuba membela diri. Masih lagi dengan pandangannya yang satu itu.
“Ara… I
said.. enough! Saya tak nak dengan benda-benda merepek macam tu lagi. Kalau tak
awak boleh turun dekat sini.” Hentakan tangan Faiq di stereng kereta membuatkan
Ara tergamam mengetap bibirnya.
Nampaknya
Faiq benar-benar marah dengan tuduhan Ara itu. Masakan tidak. Wajah Iskandar
yang disebelahnya kini sudah tidak seperti mendengar langsung suara-suara yang
disekelilingnya. Iskandar benar-benar hanyut di dalam fikirannya sendiri. Dia langsung
tidak menghiraukan tentang tuduhan Ara tadi. Yang dia lakukan hanyalah menangis
dengan tangannya menggenggam erat telefon bimbitnya dengan mata yang terpejam
rapat bibirnya pula terkumat kamit membisikkan zikir tanpa henti.
Dia tahu Iskandar juga merasai kesakitannya. Kerana
itulah dia menghalang Ara memarahi Iskandar. Iskandar sudah sedarkan
kesalahannya. Mereka tiada hak untuk menghukum Iskandar. Yang mempunyai hak itu
nanti ialah Natasha sama ada dia mahu memaafkan Iskandar atau tidak itu
terpulang kepadanya.
“Ara call
pihak polis sekarang. Beritahu mereka Tasha kat mana sekarang dan kita nak ke sana
sekarang. Cakap jugak dekat mereka cuba track nombor telefon Tasha. Manalah tahu
kalau-kalau GPS dia on. Sekarang!” Faiq memberi arahan kepada Ara. Faiq
memandang Ara yang berada di belakang melalui cermin pandang belakang. Ara
segera mengangguk dan terus mendail talian kecemasan.
Harapannya
supaya pihak polis Berjaya sampai dahulu di villa itu sebelum mereka kerana
perjalanan mereka ini mungkin akan memakan masa lebih setegah jam lagi untuk
sampai ke sana. Lebih lambat mereka sampai lebih lambat tinggi risikonya
terhadap Natasha.
Iskandar
membuka matanya. Dia sekali lagi cuba menelefon Natasha. Dalam hatinya berdoa
supaya panggilan itu disambut sekurang-kurangnya sekali. Supaya dia dapat
mendengar suara isterinya lagi. supaya dia tahu bahawa Natasha masih berada di
sana. Masih lagi berada di atas bumi yang sama dengannya. Masih lagi bernafas. Jantungnya
berdegup kencang setiap kali mendengar deringan dari corong telefon bimbitnya. Namun
panggian itu terputus begitu sahaja. Tiada yang menyambutnya. Dia mencuba
beberapa kali lagi. Namun seperti tadi juga. Panggilan terputus tak berjawab.
Nafas Iskandar
terasa terlalu berat untuk dilepaskan. Tasha dekat mana sayang? Masihkah Tasha
bernafas lagi sayang? Abang terlalu risaukan sayang dan anak kita. Ya Allah
kenapa semua ni berlaku? Siapa yang menculik isteriku? Aku memohon Ya Allah
pulangkanlah mereka semula kepadaku Ya Allah.
Iskandar
mencuba sekali lagi. Nafasnya dihela panjang. Jantungnya yang berdegup tanpa
ritma cuba ditenangkan. Ya Allah tolonglah aku supaya panggilan ini disambut. Sekurang-kurangnya
aku tahu keadaan isteriku. Tuutt… perlahan Iskandar melepaskan nafas. Tuutt…
jantungnya berdegup dua detik. Tuutt…Clack.. nafas Iskandar seakan terhenti
sebentar. Panggilan bersambut!
“Kau… memang
tak tahu mengalah kan? Ha ha ha… aku dah kata. Tasha aku punya. Aku punya. Kenapa
kau masih nak ganggu kami? Kenapa? Kau dah curi dia dari aku. Kau ambil hak
aku. Kau nak isteri kau ni? Ha Ha Ha.. tak mungkin! Dia milik aku. Dulu aku dah
kata Iskandar. Kebahagiaan kau tu sementara je. Kan sayang?” Bunyi seperti
sesuatu yang berat diseret.
“Abang!!
Abang tolong Tasha bang. Haikal… Arggghhh!!” Suara jeritan Natasha terputus
begitu sahaja sebaik sahaja paggilan itu terputus di tengah jalan.
“Binatang
kau Haikal. Tasha! Tasha! Tasha!” Iskandar menjerit-jerit memanggil nama
isterinya. Dia cuba mendail lagi nombor telefon itu. Namun kali ini panggilan
itu langsung tidak dapat disambungkan lagi.
Haikal? Is? Haikal ke?” Soal Faiq cemas. Dia kenal
siapa Haikal. Budak lelaki yang sering kelihatan seperti mermasalah di kolej. Kadangkala
dia ada terlihat Haikal bercakap sendirian. Ara juga pernah menceritakan
kepadanya tentang Haikal yang sangat meminati Natasha. Kenapalah dia langsung tak
pernah terfikirkan bahawa Haikallah penculik itu.
Ara yang
berada di tempat penumpang di belakang terkedu tanpa kata. Haikal? Kenapakah dia
sanggup berbuat begini? Sampai sanggup menculik dan mengugut bunuh? Sebelum ini
Haikal kan terlalu baik dengan Tasha? Kenapa dia sanggup nak cederakan Tasha?
“Lama
lagi Iq?” Iskandar sudah tidak senang duduk lagi. dia perlu cepat sampai di
villa itu. Natasha dalam bahaya.
“Lebih
kurang lima belas minit lagi. Kau sabar Is. Aku cuba selaju mungkin. Insha
Allah Tasha tak apa-apa. “ Tangan Faiq laju memutar stereng mengikut jalan yang
berliku menuju ke puncak Cameron Highland. Keselamatan diri mereka sudah tidak
dihiraukan lagi apa yang penting mereka cepat sampai ke sana.
Iskandar
menggenggam penumbuknya. Haikal! Berani kau buat begini pada isteri aku! Berani
kau! Tasha tunggu abang sayang. Sekejap saja lagi abang sampai. Abang akan
selamatkan Tasha dan anak kita. Tunggu abang sayang.
mintak2 la natasha selamat!! sedihnya..cpt2 la post nxt chapter..x sabarnye..hehe..btw thank u so much for posting!! :)
ReplyDeleteNextt Entryy Plaeseee ^_^
ReplyDeleteakhirnya ada n3. harap2 tiada sebarang musibah kat Tasha and baby.
ReplyDeleteYeay ! Finally chapter 48 diupload .. cpt² upload next chapter ok .. thanks kak !
ReplyDeleteTq cik writer fr chptr 48 xcited nk tau cptr 49 :)
ReplyDeleteHARAP2 X ADA APA2.
ReplyDeleteKesiahnya Tasha... harap2 Is cepat jumpa Tasha...
ReplyDeleteYa Allah kesiannya Tasha ngan Baby dia!!!! moga2x x da apa2x lah ya!!!! :)....
ReplyDeletex sbrnya tnggu capter strus'y.....
Alamak!!!dh abis..bru tgh syiok reading..huuu
ReplyDeleteciannye tasha..next chapter pliss...
ReplyDeletememang kesian dekat tasha...
ReplyDeletenext entry plz.. !.tak sabar nak tau pe jadi.
faiq sesuai dengan ara..hehe
Akhirnye.tq 4 n3.mintak2 lah takde ape tjadi kat tasha and baby.cepat la is.......
ReplyDeleteLaju2 next entry..heheh..terbaekkkkk
ReplyDeletewah excited nak tau the next chpter..cepat :)
ReplyDeleteBrdebar rasa nk tau ap jd lps nie..cpt2 update yerrr...
ReplyDeletexsbar nk thu what had ahappen... cpat la update next n3 yer..
ReplyDeletedah jadi tekanan bila baca ...x sabaq pula aku ni dengan Haikal tu...ishhhhhhhhh
ReplyDeletexsbar tggu chpter struzny...cpat la update
ReplyDeleteThank you cik natash...i like dear..sambung lg ea...
ReplyDelete