Tuesday, May 27

Ehem... Ehem.. Mai Nak Pedajal Sikit..

“Abang…” Sayup suara itu kedengaran memanggilnya.

Lagi. Iskandar tersenyum. Dia mengesat semua air mata yang membasahi wajahnya. Tasha dah pulang! Perlahan-lahan dia cuba bangun untuk mendekati bayangan yang masih tersenyum dengan penuh keindahan kepadanya itu. Namun, belum sempat pun tangannya mencapai tubuh itu ianya terus hilang bagaikan kabus. Dan Iskandar terduduk kembali menahan sendu.

Sekarang dia sudah terlambat. Semuanya sudah terlalu lambat untuk dia perbetulkan. Kalaulah dia tidak membuat kesilapan itu. Kalaulah dia tetap percayakan Natasha. Kalaulah dia tetap dengan cintanya kepada Natasha. Kalaulah dia tidak ego dan berjuta ‘kalau’ dan’kalau’ yang terus berlegar di kepalanya.

“Abang… ingat Nabi Saw pernah bersabda: ‘Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.’ Ini semua ketentuan buat kita. Percaya pada qadaq dan qadar. ” Entah suara Natasha muncul dari mana dia tak pasti. Yang dia tahu suara itu menyentak fikirannya yang terus bermain dengan perkataan kalau tanpa penghujung. Benar! Allah tak sukakan perkataan kalau.


Wajahnya diraup. Berkali-kali dia beristighfar. Tetapi, abang rindukan cinta. Maafkan abang sayang. Maafkan abang atas semuanya. Iskandar bangkit dari duduknya. Dia tak sanggup berlamaan di dalam bilik itu lagi. Setiap sudut di dalam bilik itu mengingatkan dia kepada Natasha. Aura Natasha terlalu kuat kepadanya. Senyuman manis yang mendamaikan hatinya itu membuat dadanya sesak kerinduan.

11 comments:

  1. Alahai... kakak jahat betollah..
    btw.., thanksss.. =)

    ReplyDelete
  2. Akk thanks!!! Saya menunggu akk tau..Alhamdulilah. . Keluar jugaaa!! Saya happy sgt!!! Good luck!!

    ReplyDelete
  3. tasya ok kan?? akak ni jangan la buat kitaorang sedih. tak mau la tasya mati... nk new n3. cpt la sambung. btw, novel yg sngat best n awesome. saya bru terjumpa blog akak ni

    ReplyDelete
  4. ish .. why dorang mcm kena pisah ni ? ish, x best arr camni...

    ReplyDelete
  5. laa.. okey apa ending ni.. biasa sangatlah dengan happy ending.. majoriti novel melayu mesti happy ending... kalau baca "dapatkah mereka selamatkan perkahwinan mereka?", tak ada feel la... kenapa? sebab dia orang pasti akan bersama... lagipun, tak semua cinta berakhir dengan kegembiraan... tengok novel English, memang tak dapat disangka ending kerana ada novel sad ending dan happy ending... dan bagi saya la, sad ending akan beri kesan kepada pembaca, dan membuatkan pembaca teringat-ingat cerita tersebut... bagi saya la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pendapat awak walau pun saya suka happy ending. Sad ending memberi impak yg mendalam pada pendapat saya. Apa2 pon syabas pada penulis.

      Delete
    2. Saya pun setuju dengan komen awak.....tapi apa apa pun tahniah writer.....sebab bukan senang nak dapat idea untuk menulis.....

      Delete
  6. saya tk nk sad ending. nk happy ending

    ReplyDelete
  7. cik kak..jgn buat cegini.. sakit jantung nanti karangg.. hmm :'(

    ReplyDelete
  8. assalamualikum...apa cerita dah novel ni dah dibukakn ke..
    boleh tak bagi 1 bab lagi please nak sangat tau apa yang jadi dekat natasha..

    ReplyDelete