“Natasha. Diam je tu teringat dekat suami
ke?” Suara sinis Dr. Julia pensyarah bujang yang sangat diketahui menggilai Iskandar dan juga
suara ketawa rakan sekelasnya menghentikan lamunan Natasha.
Natasha mengangkat mukanya yang sedari tadi
asyik menunduk memandang cincin di jarinya. Fikirannya melayang entah ke mana
sedari tadi. Yang pastinya dia tahu. Dia asyik memikirkan Iskandar yang
sepertinya sangat membenci dia.
Suara kasar Iskandar pagi tadi masih
terngiang-ngiang di telinganya. Air mata yang bermain di tubir matanya ditahan
dari gugur. Ya Allah. Kau kuatkanlah hatiku Ya Allah. Jangan biarkan aku rebah
di hadapan mereka. Jangan biarkan aib suamiku terdedah Ya Allah. Senyuman manis
yang dibuat-buat diberikan kepada pensayarahnya yang masih memandangnya sedari
tadi.
“Senyum pulak dia. Tak apa Natasha. Suami
awak ada je dekat dalam bilik dia tu. Jangan rindu-rindu. Sekarang jawab soalan
saya. Why it is a contract important in doing everyday business? Suami awak kan
salah seorang penyarah untuk subjek ni juga. Saya rasa tak ada sebarang masalah
untuk awak jawab soalan saya ni.” Soalan dari Dr. Julia membuatkan Natasha
seperti kembali ke alam nyata.
Natasha berdiri dari tempat duduknya.
Supaya lebih mudah untuk semua yang berada di dalam dewan kuliah itu mendengar
suaranya. Soalan itu? Apa jawapannya? Rasanya dulu aku pernah terbaca jawapan
dari pelajar abang. Apa ye? Natasha memerah ingatannya. Dia ni agak melampau
jugaklah. Hari pertama aku masuk kelas dia pun dia dah nak serang aku dengan soalan
macam ni? Tak apa. Aku rasa kau tahu jawapannya. Dulu dia pernah membaca
kertas-kertas jawapan dari pelajar Iskandar kerana kononnya dia mahu mencari
ilmu yang lebih. Benar. Soalan itu dia pernah tahu jawapannya. Tapi apa ye?
Hah. Dah ingat!
“Because a contract which bind parties. A
contract is an agreement that is usually between two or more parties, agreeing
on a certain venture. A contract is important as it protects both the parties
from any surprises or any changes to the contract. Some of the contracts people
sign include contracts with cell phone companies, internet providers, companies
that deal with insurance, banking and financial institutions, landlords and
business organisations, among many others. So the conclusion here, contract is
what will make sure there will be no fraud happen in each businesses. Those are
some simple example why an agreement is important. I think perhaps that is enough
for the first class. ” Jawab Natasha sekali nafas. Dia benar-benar yakin dengan
jawapannya itu.
Dia kembali duduk di kerusinya. Wajah
pensyarahnya yang kelat di hadapan
dipandang dengan senyuman di wajah. Namun dalam hatinya berjuta kali dia
mengucap panjang. Cukuplah mendera hati aku yang sudah terdera teruk ni. Kalau
hendak minat dia. Silakan. Teruskan. Aku tak kisah. Jangan datang dan dera
perasaan aku sudah. Aku tak mampu nak tanggung lagi sebarang penderaan yang
lain.
“Err.. Ok. Well class now you know why it
is a contract is very important in business? Take note dengan jawapan yang dia
bagi tu. Saya akan masukkan soalan yang sama dalam quiz nanti.” Sebaik sahaja
habis bersuara Dr. Julia terus mengalihkan perhatiannya daripada Natasha. Rasa
tidak puas hatinya kepada Natasha ditahan sahaja. Takut pula jika ada pelajar
lain yang perasankan kelakuannya itu.
Natasha yang berjalan sendirian keluar dari
dewan kuliah itu menuju ke masjid universiti. Waktu zohor sudah hampir tiba.
Ara yang selama ini sentiasa sama kelasnya tercampak ke kelas lain untuk
semester ini. Mujur juga hanya dua kelas dia berlainan dengan Ara. Kalau tidak
pasti susah baginya. Ara kan satu-satunya sahabat baiknya selama ini. Bukannya
dia sombong sehingga tidak mahu berkawan dengan orang lain. Tetapi Ara seorang
sahaja sahabat sejati yang sentiasa berada bersamanya saat suka dan duka.
Wajah-wajah pelajar lain yang berselisih
dengannya tidak menarik perhatiannya
yang sedang mengelamun itu. Suara-suara yang berbisik sepanjang perjalannya
tidak juga mengganggunya. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Apa yang dia
mahu sekarang ialah keadaan yang tenang dan tenteram. Suasana di mana semuanya
sunyi dan sepi.
“Tasha. Kenapa awak nampak lain macam? Awak
nampak macam sedih je. Awak ada masalah ke?” Suara Haikal yang entah dari mana
munculnya mengejutkan Natasha yang sedang berjalan sambil mengelamun. Dia memandang ke sekelilingnya.
Ah sudah! Hanya dia dan Haikal yang berada
di tangga itu. Kenangan sewaktu Iskandar cemburu bila melihat dia dengan Haikal
dahulu kembali menyapa mindanya. Dia risau jika Iskandar ternampak mereka di
situ Iskandar akan lebih salah faham kepadanya.
“Eh. Haikal. Tak adalah. Saya ok je. Saya
tak sihat sikit je. Err… saya nak kena pergi ni. Dah nak masuk waktu zohor ni.
Assalamualaikum.” Natasha berpaling melangkah laju menuruni anak tangga itu
untuk meninggalkan Haikal. Dia takut jika gossip lain pula yang akan tersebar
nanti. Maklumlah semua orang di universiti itu tahu tentang kenyataan bahawa
Haikal minat dengannya. Dan juga kenyataan bahawa dia ialah isteri kepada
pensyarah terhangat di universiti itu. Pasti setiap gerak-gerinya akan menjadi
perhatian orang.
“Natasha tunggu sekejap. Tunggu dulu. Saya
belum lagi sempat nak ucapkan tahniah pada awak sebab awak bakal jadi ibu.”
Kata-kata Haikal itu membuatkan Natasha
berhenti melangkah di anak tangga terbawah. Dia terkejut dengan kata-kata
Haikal itu. Bagaimana Haikal boleh tahu? Sedangkan Iskandar, bapa kepada
anaknya sendiri pun masih belum tahu tentang kehamilannya itu. Dia berpaling
memandang Haikal dengan seribu kedutan di dahi. Wajah selamba Haikal dipandang
lama.
“Macam mana awak boleh tahu?” Suara Natasha
bergetar menanyakan soalan itu. Entah kenapa rasa takut menyelubungi dirinya
bila memandang wajah Haikal. Pandangan Haikal kepadanya seperti ada aura yang
tidak baik di situ.
Haikal tersenyum sinis. Wajah Natasha
diratah setiap sudut. Sungguh jelita! Tak ada sebarang cacat cela di mana-mana
bahagian. Wajah secantik bidadari baginya. Wajah itulah yang menjadi dambaannya
selama ini. Sehingga keindahan wajah itu sering menemani setiap mimpi malamnya.
Natasha akan aku miliki juga. Tak kira apa yang terjadi dia pasti akan jadi
milik aku juga. Dan anak dia boleh pergi mati dengan jantan tu!
“Saya ada banyak cara untuk tahu Tasha.
Saya harap kita akan berjumpa lagi nanti.” Jawab Haikal sebelum meninggalkan
Natasha yang masih terkaku dengan ucapannya tadi.
Jantung Natasha berdegup kencang. Dia
sangat takut mendengar kata-kata Haikal. Apakah yang Haikal lakukan selama ini?
Macam mana Haikal boleh tahu pasal aku mengandung ni? Ya Allah. Lindungilah aku
Ya Allah. Tangannya diletakkan di
perutnya. Matanya dipejam lama. Dia berdoa panjang dalam hatinya. Semoga Allah
melindungi dia dan kandungannya dari sebarang dari sebarang bencana.
Natasha meneruskan semula langkahnya ke
Masjid tadi. Langkah kakinya dipercepatkan kerana dia takut jika dia bertembung
lagi sekali dengan Haikal. Baginya Haikal sangat merbahaya kini. Haikal sudah tidak kelihatan seperti dulu
lagi. Dulu Haikal sentiasa penuh dengan kelembutan. Sentiasa dengan wajah penuh
keimannannya. Tetapi kini seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan Haikal.
Haikal seperti menyimpan seribu satu rahsia yang membuatnya sangat ngeri dengan
pandangan mata Haikal.
“Sha. Semalam Mr.Nasi Kandar punya reaction
macam mana? Dia suka tak?” Ara menyoal Natasha sebaik sahaja selesai meletakkan
semula telekung ke dalam almari telekung. Dia menurut belakang Natasha yang
sedang menuju ke bilik persalinan pakaian.
Pelik dia melihat raut muka Natasha yang
seperti menanggung sejuta kesedihan. Sepatutnyakan Natasha gembira. Siapa yang
tak gembira. Akan punya anak tak lama lagi. Dia yang hanya sebagai sahabat
Natasha pun gembira terlebih inikan pula Natasha yang mengandung itu.
Air mata yang cuba dibendung Natasha tadi
gugur sebaik sahaja mendengar pertanyaan Ara itu. Perasaan sebaknya kembali
lagi. Hancurnya hatinya tidak dapat dibendung lagi. Setiap kata-kata dan
perlakuan Iskandar kembali terlayar di mindanya. Perlahan-lahan dia terduduk di
dalam bilik persalinan itu. Mujur tiada sesiapa yang berada di dalam bilik itu.
“Ya Allah. Tasha kenapa ni?” Ara menjadi
kalut melihat keadaan Natasha itu. Dia segera memeluk tubuh sahabat baiknya
itu. Seribu pertanyaan berlegar di mindanya. Dia juga menjadi sebak dengan keadaan
Natasha yang sedang menangis semahu-mahunya itu.
“Ara… Ara.. bantu aku Ara. Aku tak kuat. Is
dah buang aku Ara.” Setiap perkataan yang dituturkannya begitu payah untuk
diucapkan. Semuanya terlalu pahit.
“Ya Allah. Apa kau kata ni Tasha. Aku tak
faham.” Air mata Ara juga turut mengalir mendengar sayunya suara sahabatnya
itu. Walaupun dia masih tidak faham dengan situasi sebenarnya yang berlaku
tetapi penderitaan yang ditanggung Natasha jelas kelihatan dari setiap
esakannya.
Natasha memaut kuat lengan Ara yang
memeluknya dari sisi. Sungguh setiap azamnya untuk menjadi kuat jelas sia-sia
belaka. Dia memang sangat rapuh buat waktu ini. tak mampu lagi dia berpura-pura
menjadi tabah. Iskandar adalah segalanya bagi dia. Tetapi Iskandar telah
membuangnya kini. Di mana lagi dia perlu bergantung.
“Is Ara… Is… Dia salahkan aku atas kematian
bekas kekasih dia. Dia buang aku. Dia bencikan aku Ara. Aku dah tak ada sesiapa
Ara. Aku tak kuat Ara. Aku tak kuat nak hadapi dugaan ni.” Esakannya semakin
kuat. Air matanya yang gugur di pipinya tidak mampu lagi dia kesat.
Jantung Ara bagai berhenti berdegup
mendengar ucapan Natasha. Iskandar buang Tasha? Demi seorang yang dah tak ada? Lelaki
tak guna! Kasihan sahabat aku. Dia dah terlalu banyak tanggung derita sanggup
dia lukakan Tasha lagi? Sedangkan dia tahu Tasha dah tak ada sesiapa lagi.
Sedangkan dia tahu hanya dia tempat Tasha bergantung. Dia tak tahu ke Tasha
mengandungkan anak dia? Dasar lelaki tak guna!
“Tasha. Tasha… pandang muka aku… kau dengar
aku cakap. Walau apa pun yang terjadi dalam dunia ni. Walaupun seluruh dunia ni
buang kau… aku tetap… akan ada untuk kau. Aku tetap akan ada disisi kau sampai
bila-bila. Aku janji Tasha. Aku janji.” Usai mengucapkan kata-katanya Ara
menarik semula Natasha ke dalam pelukannya.
Tangisannya juga semakin kuat. Dia terlalu
kasihankan nasib sahabatnya itu. Dugaan yang datang menimpa Natasha sangat
berat untuk ditanggunginya. Jika dia berada di tempat Natasha dia pasti dia
tidak akan setabah Natasha. Sehingga masih mampu hadir ke kelas walaupun
keadaan dirinya tidak tenang. Lama mereka bertangisan begitu. ara berjanji dengan dirinya. Dia akan
melindungi Natasha dan bayi dalam kandungannya walau apapun yang terjadi. Dia
akan sentiasa berada di sisi sahabatnya itu.
Kasihan Natasha... Ara bagilah semangat untuk Natasha terus tabah...
ReplyDeleteKalau boleh jauhkan dahulu Natasha dgn Is & Haikal & Julia... jangan bagi Natasha tekanan.... sedihhhh...
sob..sob..sad nyer ds chaptr speechless kashamida :(
ReplyDeletebest tapi pendek sangat lahh
ReplyDeleteBEST......NAK LAGI...
ReplyDeletesian tasha... well, bab nie best la
ReplyDeletenak lagi..
ReplyDeletepilu rasa hati baca n3 kali ni lebih2 lagi di iringi dgn lagu dlm blog....
ReplyDeleteSemoga tasha dan bayinya dlm kandungan selamat dan tak ada apa2 yg berlaku...
huhuhuhuhu sedih nyerrrr
ReplyDeleteksian tasha mcm2 dugaan terjadi...hrp tasha gan baby dlm kandungan terslmt...
xsbr nak tggu apa terjadi kat hubungan tasha dgn iskandar...
Kesian kat tasya... ape kejam sgt is nie.. yg dh berlalu tu biar lah... bkn tasya mintah pun benda tu jd...
ReplyDeleteSabarr tasha.. Haikal tu dah knape eak..
ReplyDeleteNak kene haikal nihh !
sedihnye...
ReplyDeleteala pendeknyer...nak lagi,kesian kat tasha....go go go go tasha bangun jangan jatuh...
ReplyDeletea'ah cam pendek sgt je citer kali ni... next entry kasi pjg sikit ye natasha... ni semua dh tentu keje si haikal tu, mmg x sng ati dgn abg amin aka is tu... cian tasha... kena kuatkan semangat tau... ;-) jgn tanggalkan cincin tu...
ReplyDeletenanges punya pasal...smpi x tau nak komen ape....cepat buat sambungan ye,,,klu boleh sblum aidil adha...sambung nanges...huaaaaaaaaaa
ReplyDeletenak lagi . next n3 please <3
ReplyDeletenak lagi...
ReplyDeletebukukan sebagai novel... best sgtttt...
ReplyDeletesedihhhhhhhhhhhh...........
ReplyDeletesedih.........nk lagi....lagi panjang.......
ReplyDelete