Friday, October 18

My Hubby My Lecturer!!! Bab 42

Ara mengusap-usap belakang badan Natasha. Air mata yang bercucuran gugur dari tubir mata sahabatnya disapu lembut. Nafasnya turun naik menahan perasaan marah yang teramat. Wajah Natasha yang kelihatan sedang menanggung penderitaan yang sangat besar itu menimbulkan rasa tak puas hati terhadap Iskandar.

Memang Ara tidak puas hati dengan Iskandar sekarang. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia pergi mencakar atau menyimbah asid ke muka Iskandar. Apa guna muka kacak tahap melampau tapi perangai jahat mengalahkan pembunuh bersiri. Dia ingat orang lain tak ada hati ke? Tak ada perasaan? Sesedap hati dia nak menyakitkan hati orang. Geramnya aku ni. Siap dia kalau aku jumpa dia. Depan semua orang aku malukan dia. Dia ingat dia buat Tasha macam tu tak ada orang yang akan bela Tasha? Aku ada!

“Ara! Ara. Jangan Ara. Aku tak nak besarkan perkara ni.” Natasha menahan langkah Ara yang sudah berdiri. Dia tahu Ara pasti mahu pergi menyerang Iskandar. Dia kenal dengan perangai Ara. Apa yang tak kena di matanya pasti dia akan menentang habis-habisan.

“Engkau nak bela dia buat apa Tasha? Kau ingat. Kau menangis macam ni dia akan jadi baik ke? Aku tak rasa macam tu. Biar aku ajar dia tu. Dia ingat kau tu isteri dia, dia boleh sesuka hati je nak buat kau macam ni? Dia tahu tak dia tu suami. Heishh.. aku ni teringatan muka dia je aku rasa macam nak cakar-cakarkan aje muka dia tu.”        

Ara kemudiannya duduk semula mengadap  Natasha. Muka Natasha dipegang supaya memandang tepat ke dalam matanya. Biar Natasha faham dengan apa yang dia fikirkan ketika ini. Kenapalah Natasha terlalu takut untuk membalas perbuatan Iskandar itu? Selalunya Natasha bukanlah seorang yang lemah.

“Tak apa Ara. Aku yakin. Satu hari nanti. Satu saat nanti mesti dia akan kembali macam dulu balik. Satu hari nanti mesti dia akan datang pada aku, dia akan cakap, ‘Tasha, abang minta maaf atas semua silap abang. Abang nak pulang.’ Dan masa tu aku akan kata pada dia ‘tak apa abang. Tasha faham. Kita bina hidup baru. Mari kita pulang’.  Aku yakin semua tu. Aku cintakan dia dari segenap sudut Ara. Aku bukan cintakan wajah dia. Tubuh dia. Saat baik dia.
Sejak pertama kali aku jatuh cinta dengan dia memang aku dah menerima semua keburukan dia. Aku percaya Allah hanya menduga aku sekarang. Aku akan terus bertahan selagi aku mampu kecualilah dia sendiri yang kata pada aku dia tak cintakan aku macam aku cintakan dia. Waktu tu aku terpaksa pergi tinggalkan dia sebab aku memang tak layak untuk dia lagi.”Natasha menyapu semua air mata di pipinya. Tangan Ara yang dipipinya digenggam erat. Dia mahu Ara sedar bertapa dia sayangkan suaminya.

Ara bangun dan melangkah menuju ke arah pintu dan mengunci pintu itu bila terdengar bunyi tapak kaki berjalan di luar bilik persalinan itu. Takut juga jika ada pula telinga lintah yang terdengarkan perbualan mereka. Aib sahabatnya wajib dia jaga. Lainlah Iskandar nasi kandar penjahat besar tu. Ara kemudiannya duduk semula mengadap  Natasha.

“Tasha. Dia buat kau macam tak ada harga tau. Bila dia tak nak dia buang. Bila dia nak dia kutip. Kau rela macam tu?” Ara mengetap bibir. Geram dengan perangai Natasha yang masih juga mahu memenangkan suaminya. Tangannya mencapai telekung yang tidak berlipat di sekelilingnya. Sekurang-kurangnya dia dapat mengalihkan perhatiannya dari terus menerus marah-marah.

“Tak apa aku rela. Syurga aku pada dia. Anak aku perlukan bapa. Kalau dia tak suka aku. Bencikan aku aku terpaksa pasrah. Aku terpaksa redha. Yang penting anak aku berbapa. Tak rasa kekurangan kasih sayang. Aku tahu macam mana rasanya sakit tanpa ibu bapa. Tapi walau macam mana pun aku dapat jugak merasa kasih sayang ibu bapa sampai umur dua puluh satu tahun. Tapi anak aku? Sejak dia dalam kandungan sampai dia lahir dia tak dapat rasa kasih sayang seorang bapa? Aku tak mahu macam tu. Aku nak dia hidup gembira sama dengan anak orang lain.”Ara hanya mampu menghela nafas panjang.

“Tasha. Sesungguhnya kaulah manusia paling tabah yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. Setiap kali masalah, kesedihan, kesengsaraan menimpa kau, kau hadapi dengan tabah. Walaupun hati kau terluka  kau tetap teruskan perjuangan kau. Aku berdoa semoga segala ketabahan kau mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT. Aku Cuma mengharapkan yang terbaik untuk kau. Aku akan temani setiap jalan kau. “ Mata Natasha direnung sehingga ke dasarnya tanda dia memang jujur dengan kata-katanya itu. Natasha didakapnya semula. Harapannya sahabatnya akan keluar dari semua kesedihan ini nanti.



Natasha terduduk di dalam bilik air lagi. Dia mengelap mulutnya seusai berkumur. Tempoh tujuh minggu kandungannya memang sangat mencabar baginya. Setiap pagi dia terpaksa berlari ke bilik air untuk muntah. Walaupun dia berasa penat dan sakit dengan semua itu dia terpaksa bertahan sendirian. Dia takut untuk memberitahu kebenaran bahawa dia hamil kepada Iskandar.

Masakan tidak, sudah sebulan Iskandar berkelakuan dingin dengannya. Memandang wajahnya pun Iskandar tak sudi. Inikan pula untuk berbicara dengannya. Tak ada ruang langsung untuk dia memberitahu keadaannya kepada Iskandar.

Hati Natasha semakin hancur dengan perlakuan suaminya itu. Setiap harinya bertemankan air mata bila Iskandar memalingkan muka darinya. Setiap kali dia memulakan kata dia terpaksa menerima kata-kata kasar dari Iskandar. Dia hanya mampu menahan hancurnya perasaannya.

Natasha bangkit dari duduknya. Dia memandang cermin di hadapannya. Jam sudah pukul sepuluh pagi. Mujur kelasnya telah dibatalkan hari ini. Kalau tidak pastinya dia terlambat ke kelas. Iskandar sudah pasti telah pergi ke universiti. Entah dia tak pasti. Semenjak kejadian Iskandar menyuruhnya pergi ke kelas dengan Pak Ali dia tak pernah lagi tahu waktu Iskandar ke universiti dua minggu lalu. Tahu-tahu saja Iskandar sudah tidak ada di dalam rumah.

Di kampus juga dia tak pernah bertembung dengan Iskandar. Tambahan pula semester ini Iskandar tidak mengajarnya. Di rumah juga dia jarang bertemu dengan Iskadnar. Iskandar selalunya pulang lewat malam setelah dia sudah tidur menyebabkan kadang kala dalam masa sehari wajah Iskandar langsung tidak kelihatan. Memang dia sangat rindukan wajah itu. Terlalu rindu, namun apa yang dapat dia lakukan hanyalah memeluk baju Iskandar yang dapat di ambilnya dari bilik Iskandar ketika ketiadaan Iskandar di rumah.

Dia mengeluh panjang. Kadang kala mahu saja dia mengikut kata Ara supaya mengalah dan mengadu sahaja kepada kedua orang tua Iskandar. Pasti mereka dapat menyelesaikan masalah yang melanda dia dan Iskandar. Tetapi setiap kali dia ingin berbuat begitu pasti wajah mama dan papanya terlayar di matanya.

Ibu dan bapa mertuanya juga sama seperti ibu bapa kandungnya sediri. Bahkan boleh dikatakan dari dia kecil dia sudah rapat dengan mereka berdua. Sanggupkah dia mengecewakan ibu bapa mertuanya dengan berita kedinginan rumah tangganya? Biarlah waktu yang membuka cerita itu kepada kedua mertuanya nanti. Dia masih mampu bertahan.

Bunyi ketukan di pintu biliknya membuatkan Natasha menjadi teruja. Abang? Dia segera berlari keluar dari bilik air. Mujur bilik airnya sentiasa kering kalau tidak pasti dia akan terjatuh kerana licin. Natasha berhenti sebentar di hadapan cermin make up. Sepit rambut berbentuk rama-rama diambilnya dan disepitkan di rambutnya.

Natasha mengemaskan dirinya. Rambut lurusnya dilurut dengan jari supaya lebih kemas. Pipinya  dikembungkan sedikit konon memberikan tenaga kepada wajahnya yang kelihatan pucat itu. Pelembab bibir bewarna merah jambu pudar dioleskan di bibirnya supaya bibirnya tidak kelihatan terlalu kering. Baju gaun labuh ungu lembut juga dibetul-betulkan sedikit.

Dia ingin kelihatan cantik di hadapan Iskandar. Biar Iskandar tidak berasa bersalah dengan apa yang dilakukannya. Bunyi ketukan di pintu biliknya berbunyi lagi sebaik sahaja Natasha sampai di belakang pintu.

Dengan lafaz Bismillah Natasha memulas tombol pintu. Senyuman paling manis diukirkan di bibirnya. Namun perlahan-lahan senyuman itu pudar wajah yang diharapkan Iskandar malangnya bukan Iskandar. Wajah Mak Timah yang sedang menatang dulang membuatkan hatinya terlalu hampa. Natasha membuka pintu biliknya lebih luas lagi.

“Tasha sayang. Makan sikit ye nak. Mak ada masakkan bubur barli macam yang Tasha suka . Tadi pagi Pak Ali kata kelas Tasha batal. Itu yang mak datang bawakan makanan. Mak tahu Tasha pasti belum makan lagi.” Mak Timah masuk ke dalam bilik Natasha dan meletakkan dulang itu di atas meja kopi di hadapan sofa. Natasha menurut langkah Mak Timah. Dia kemudiannya duduk di atas sofa.

Mak Timah menuangkan susu ke dalam gelas lutsinar di atas dulang itu. Mujur pagi tadi suaminya memberitahu bahawa kelas Natasha batal. Kalau tidak pastinya Natasha akan mengambil lewa untuk makan. Dan mujur juga rumah mereka hanya dibelakang rumah Natasha kunci rumah Natasha memang dalam pegangannya.Kalau tidak pasti lagi lambat untuk dia menghantar makanan kepada Natasha.

Wajah sayu Natasha dipandang lama.Kasihan anak aku. Pasti dia megharapkan Iskandar datang tadi. Tengoklah dia dah bersiap cantik-cantik. Mesti dia hampa sangat.

“Tasha tak ada seleralah mak. Tasha tak rasa nak makan pun.” Natasha menjawab perlahan. Rasa kecewanya masih memenuhi segenap sudut hatinya. Gelas berisi susu yang dihulurkan oleh Mak Timah disambut Natasha. Dia hanya memengang gelas itu di atas ribanya. Tak ada rasa untuk meminum susu itu. Tekaknya masih lagi mual selepas muntah teruk tadi.

“Tasha tak boleh macam ni nak. Kalau Tasha tak makan anak dalam perut tu macam mana? Tasha tak sayangkan dia ke? Tasha tak nak dia membesar dengan sihat dalam perut Tasha macam tu?” Mak Timah mula menggunakan cara reverse psikologi. Semoga Natasha termakan dengan pujukannya itu.

Natasha memandang Mak Timah lama. Akhirnya dia mengagguk untuk makan. Tak sanggup dia mendera anak dalam kandungannya hanya kerana dia sedang bersedih hati. Dia mahukan yang terbaik untuk anaknya. Susu ditangannya segera diminum sehingga habis segelas.

Mangkuk bubur barli yang masih panas itu diangkat dengan berhati-hati dan disuapkan sedikit ke dalam mulutnya. Seperti artikel yang pernah dia baca dahulu. Barli memang bagus untuk kesihatan. Hal ini kerana, barli dikatakan dikatakan mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali zat besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli. Jadi memang kebetulan apabila dia suka memakan barli dan barli juga baik untuk kesihatan.

“Makan perlahan-lahan nak. Kalau nak tambah lagi dekat bawah ada banyak lagi. lupakan dulu perkara sedih dalam fikiran Tasha. Mak tengok Tasha dah kurus sangat sekarang ni. makan banyak sikit ye nak.”

Mak Timah tersenyum lebar bila Natasha makan lebih banyak dari biasa. Selalunya sangat susah untuknya menyuruh Natasha makan. Natasha yang dulunya seorang periang akhir-akhir ini seperti patung tak bernyawa. Lebih banyak termenung dan menghadap buku-buku pelajarannya.

Natasha mengesat air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Sejak akhir-akhir ini air matanya mengalir bagaikan langsung tiada penyekat. Terlalu mudah untuk mengalir. Sudahnya dia hanya mampu beristighfar dan berdoa meminta kekuatan dari Allah swt setiap kali dia begitu. Selagi dia mampu bertahan, dia akan bertahan.

“Sabar sayang. Jaga hati. Jangan biarkan hati tu terlalu sedih. Tak baik untuk pembesaran anak dalam perut. Datin Rose dah tahu ke perkara ni?” Soal Mak Timah cuba mengalih perhatian Natasha dari terus menangis.  Natasha mengangkat muka memandang Mak Timah dan menggeleng kemudian menunduk semula.

“Dia tak telefon Tasha langsung ke nak? Seingat mak dia memang rapat dengan Tasha kan?”

Nafas panjang dihela Natasha.

“Tasha cuba mengelak setiap kali mummy telefon. Tasha selalu bagi alasan Tasha sibuk sangat. Belum sampai masanya mereka tahu pasal anak Tasha mak. Kalau boleh Tasha nak Is yang pertama sekali tahu sebelum mereka.”

“Insha Allah sayang. Semuanya akan kembali pada asal. Tasha kena selalu ingat ye nak. Walau satu dunia ni buang Tasha mak ada untuk Tasha. Bila-bila masa Tasha perlukan mak, mak akan ada. Mak sentiasa mahukan yang terbaik untuk Tasha.”


Kenangan sewaktu kali pertama dia tahu Natasha hamil terlintas kembali di kepalanya. Kalaulah pagi itu dia tak terfikir untuk menjenguk Natasha setelah Iskandar keluar dari rumah pastinya Natasha pengsan bersendirian di dalam tandas. Mujur dia sempat sampai ketika Natasha sedang mengalami alahan yang sangat teruk. Kelam kabut dia memanggil Pak Ali untuk membawa Natasha ke klinik waktu itu. Sangkanya Natasha mengalami keracunan makanan kerana muntah dengan teruk rupanya Natasha hamil. Sejak itu dia berjanji dengan dirinya akan menjaga Natasha sebaik mungkin sehingga Natasha bersalin nanti. 

12 comments:

  1. Bestnye.harap next en3 is akan tahu tasha pregnant

    ReplyDelete
  2. Hua !! :'( nk nangis !! Bile lha Is nk baik dgn tasha.. :'(

    ReplyDelete
  3. cepatla is tahu...penat dah nk nangis nii...biarla tasha hidup bahagia plak...huhu..biar is rs bersalah plak...

    ReplyDelete
  4. Monin cik writer..another sad story lg sob..sob..tasha b patient wit is ya..nx chptr plsssssss..kashamida :)

    ReplyDelete
  5. nak lagi..xsabar nak tggu nx chapter..

    ReplyDelete
  6. sedihnye sampai
    meleleh air mate

    ReplyDelete
  7. sedihnya....knpalh c is tu kjm sngt......hrp-hrplh c is tu thu yg c Tasha mengandung......

    ReplyDelete
  8. Rasanya biarlah Is tahu sendiri ... bila Is sendiri telihat Tasha yg muntah demi anak yg Tasha kandung.... x pun Tasha minta izin untuk keluar rumah dan beri masa untuk Is berfikir apa yg dia buat tu betul atau salah... cuba jadi org yg bertanggungjawab dan berfikiran matang IS .... awak tu terpelajar.... hehehe... lepas geram ni...

    ReplyDelete
  9. janagan la haikal mngaku kndungan tu adalah ank dia..makin nrtmbah mndrtita tasha...is tu biar dia lah..itulh lelaki kata cinta tapi hampeh...

    ReplyDelete
  10. nak tau apa jadi dekat is... nak tau nape dia sanggup pulau tasha... kata da cinta.. tp ditinggal2kan... apa jenis lelaki la dia ni... kalau dia lecturer aku, mau difailnya paper2 aku.. org tgh tension tahap gaban.. oouuu ngeri.. :-p nasib baik bukan.. hehehe...

    ReplyDelete
  11. sedihnya jln cte dye , da nngis da nie . ntah2 nnti haikal ngku tue ank dye , hu3 . sdih gle . bile nak jdkn nvel . ?

    ReplyDelete