Sunday, February 2

My Hubby My Lecturer!!! bab 50

Matanya dibuka sedikit. Argghh.. peritnya! Silauan lampu membuatkan matanya tertutup semula. Dia menghela nafas sedikit. Perlahan-lahan dia cuba membuka matanya sekali lagi. Sesuatu yang sedang mengeras di sepanjang wajahnya menyukarkan dia untuk membuka mata.  Dia cuba mengingati kembali sebab itu semua terjadi. Kenapa dia boleh tidak sedarkan diri. Kenapa wajahnya dibasahi darah yang semakin mengering. Kenapa?

Natasha berpaling ke arah bunyi yang mengganggu konsentrasinya. Bunyi esakan kecil di celahan sudut gelap di sebalik rak di hadapannya. Pandangannya yang kabur difokuskan sebaik mungkin. Perasaan seram yang menyelubungi dirinya tidak dihiraukan. Yang dia tahu dia ingin tahu siapakah yang sedang menangis di sebalik rak itu.

“Siapa?” Natasha menyoal dalam serak suaranya. Tekaknya terasa terlalu kering. Sejak pagi tadi dia tidak sempat menyentuh sebarang makanan dan hanya sempat minum seteguk air sahaja. Dia lapar dan dahaga.

Tiada sahutan.

“Siapa tu?” Sekali lagi Natasha menyoal.

“Saya minta maaf. Saya minta maaf.” Sahut suara itu. Esakannya semakin menjadi-jadi.

Satu susuk tubuh keluar perlahan-lahan dari kegelapan. Gaya langkahnya seperti Natasha kenal. Seperti biasa dia lihat. Kepalanya terasa sakit sekali bila dia cuba mengingati gerak langkah itu. Dia cuba mengingati apa yang berlaku tadi sekali lagi. Kenapa dia terikat di sudut bilik seperti ini. kenapa kepalanya berdarah sehingga membsahi wajahnya. Kenapa dia berada di sini.

Haikal! Dia yang membawa aku ke sini. Dia yang dah culik aku. Dia yang tikam Mak Timah dengan Pak Ali. Dia yang buat semua ini. Abang! Iya aku sempat bercakap dengan abang tadi. Natasha mengesot sedikit merapati dinding. Kalau boleh dia mahu terus menghilang ke dalam dinding itu. Dia tidak mahu terus berada di dalam ketakutan seperti ini lagi.

Dia tidak mahu Haikal yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja terus menghantui mindanya. Haikal boleh berubah menjadi ganas sehingga sanggup mencederakan Mak Timah dan Dia takut. Kejadian yang berlaku pagi tadi terus menerus menghantui kembali mindanya.

Bunyi bising di luar villa membuatkan Natasha dan Mak Timah segera berlari ke luar untuk melihat apakah sebenarnya yang berlaku. Jam ditangannya dipandang sekilas sudah pukul sembilan pagi. Cuaca yang mendung membuatkan kabus masih lagi tebal walaupun matahari sudah terpacak menerbitkan diri sepenuhnya.

Natasha memandang ke sekeliling. Bunyi sesuatu yang pecah berderai membuatkan mereka tertanya-tanya apakah yang pecah sebenarnya. Setahunya hanya Pak Ali sahaja yang berada di luar sejak dia pulang dari masjid selepas solat subuh tadi. Ingin menghirup udara segar dan bersiar-siar  sebelum bersarapan katanya.

Tetapi selama Pak Ali bekerja dengannya tak pernah sekali pun Pak Ali cuai dalam melaksanakan tugasan inikan pula memecahkan sesuatu barang. Pak Ali memang sangat cermat dan berhati-hati dalam melakukan sebarang pekerjaan orangnya. Tak pernah sekali pun Natasha melihat dia melakukan kesilapan.

Dahinya dikerutkan apabila melihat tiada apa yang pecah di laman hadapan villa. Walaupun kabus masih sangat tebal namun  Semuanya baik-baik belaka. Natasha memandang Mak Timah yang juga kelihatan hairan dengan keadaan itu. Dia menghela nafas panjang. Entah kenapa perasaan tidak enak menyelubungi perasaannya ketika itu. Dia seperti merasakan akan ada sesuatu yang tidak baik akan melanda selepas ini. Natasha menggengam erat tangan Mak Timah yang berada di sebelahnya. Dia berjalan menyusuri dinding villa itu ke arah laman di sisi villa.

Sah! Ada pintu kaca telah pecah berderai di situ. Natasha segera menekup mulutnya dengan tangan kanannya. Dia terlalu terkejut melihat keadaan di sekeliling kawasan itu. Kaca bertaburan di sana sini. Darah memercik di sana sini. Sebatang kayu golf berada di atas lantai dan ada kesan darah di kayu itu. Pak Ali! Pak Ali di mana? Mak Timah kelihatan sudah mula menangis teresak-esak.

Natasha memandang ke sana sini. Dia berjalan di sekeliling kawasan itu. Memang dia sudah arif dengan keadaan rumah itu. Tetapi keadaan kabus yang masih tebal membuatkan jarak penglihatannya terhad. Dia melangkah lebih ke hadapan ke arah laman. Entah kenapa dia yakin Pak Ali ada di kawasan laman itu. Dia berpaling ke sisi namun Mak Timah sudah tidak berada di sisinya.
Entah bila genggaman tangan mereka terlepas dia tak pasti. Dia pasti Mak Timah sudah mula mencari Pak Ali di kawasan lain pula. Dalam kabus yang masih terlalu tebal begitu memang menyukarkan segalanya.

Hatinya terus menerus berdoa supaya kelibat Pak Ali kelihatan di mana-mana. Siapa yang menyerang. siapa yang melakukan semua itu dia sudah tidak peduli lagi apa yang pasti dia mahu Pak Ali ditemui segera. Pak Ali baginya sudah seperti bapanya sendiri. Masakan dia sanggup ambil lewa tentang Pak Ali bila dalam keadaan begini. Dia mesti menemukan Pak Ali.

“Pak Ali.” Panggil Natasha sekali. Dia berjalan  tanpa arah. Kedudukan villa yang tinggi di atas bukit memang menyebabkan kabus lebih tebal dari di tanah rata. Natasha beristighfar sekali. Nafasnya ditarik dalam.

“Pak Ali. Pak Ali di mana?” Sekali lagi dia memanggil. Langkahnya masih tidak tentu arah. Ke mana saja dia jengah. Yang pasti laman villa itu memang luas. Suara Mak Timah yang memanggil suaminya kedengaran sayup agak jauh jarak darinya.

“Pak Ali.” Lagi.

“Urggghh…” bunyi erangan yang entah dari mana. Natasha segera mengenal pasti arah bunyi itu.

“Urgghh.. Tash… Tasha… Jangan datang dekat nak.. ergghh..” Suara itu berada dekat dengannya dia pasti. Hanya beberapa langkah di hadapannya.

“Mak!! Sini!” Natasha segera berlari kecil ke arah suara itu. Nama Mak Timah dijeritnya supaya Mak Timah datang ke situ.

Zappp!! Pinggannya dirangkul dari tepi. Larian Natasha terhenti. Tubuhnya terdorong ke tepi dan kejap dalam pelukan tubuh sasa itu. Dia terkejut. Jantungnya terasa bagaikan berhenti berdegup buat seketika. Dia Nampak dengan matanya sendiri Pak Ali sedang tersandar lesu di bawah sebatang pokok. Kepalanya sudah berlumuran darah yang sudah membasahi kopiah dan jubbah putihnya.

Bunyi derapan kaki Mak Timah yang berlari mendekati kawasan itu membuatkan dia lebih takut. Takut jika Mak Timah juga di apa-apakan. Namun lidahnya seperti sudah lumpuh untuk menghalang Mak Timah mendekati mereka.  Seluruh tubunya terasa kaku tak mampu bergerak. Nafasnya dilepaskan perlahan. Dalam hatinya berkali-kali dia mengucap. Meminta kekuatan dari Allah SWT. Natasha mendongak perlahan-lahan dengan penuh rasa ketakutan  memandang wajah gerangan yang memeluknya itu.

Dia tahu itu bukan pelukan Mak Timah itu pelukan seorang lelaki. Mak Timah masih lagi berlari ke arah itu. dia tahu. Wajah yang sedang menyerengai kejahatan itu membutkan Natasha terkejut yang teramat sangat. Haikal!

“Haik… Haikal?” Tergagap-gagap Natasha menyebut nama Haikal.

 Kenapa Haikal jadi begini. Dia meronta-rontakan diri supaya pelukan Haikal terlepas. Namun apakan daya kudratnya langsung tidak melonggarkan pelukan Haikal. Haikal masih lagi tersenyum tanpa kata memandangnya. Sekali lagi nafasnya dihela panjang. Kakinya di angkat dengan senyap dan dia menendang ke belakang mengenai kaki Haikal dengan sekuat hati membuatkan pelukan Haikal terlepas.

Dia segera mendapatkan Pak Ali yang sedang mengerang kesakitan. Kopiah Pak Ali dibuka. Luka yang mengalirkan darah tanpa henti di kepala Pak Ali ditekup dengan tangannya. Air matanya mengalir deras melihat keadaan Pak Ali begitu. Pak Ali yang selama ini sentiasa sihat kini tersandar lesu tanpa daya. Hujung bajunya yang labuh sampai ke lutut dikoyakkan sedikit untuk mengelap darah Pak Ali yang masih lagi belum berhenti mengalir. Mujur dia berseluar panjang di dalam baju tidurnya itu. kalau tidak pasti dia tidak ada kain lain untuk megelap darah yang mengalir keluar dari kepala Pak Ali. Ya Allah selamatkanlah Pak Ali. Tolonglah selamatkan kami semua.

“Awak nak apa Haikal?!” Jerit Natasha lantang namun belum sempat dia menyambung  jeritannya lagi dia terhenti apabila melihat Haikal sudah meletakkan sebilah pisau di tengkuk Mak Timah. Wajah Haikal kelihatan kosong tanpa roman namun senyumannya menakutkan Natasha.

“Haikal! Haikal! Jangan! Tolong jangan apa-apakan Mak. Tolong saya merayu. Awak nak apa? Duit? Berapa? Saya boleh bagi sebanyak manapun. Tapi tolong Haikal. Tolong lepaskan Mak. Tolong.” Tangan Pak Ali digenggamnya kuat sebelum melepaskannya dengan berat hati. Ya Allah lindungi dia Ya Allah. Aku mohon…

Dia bangun dari duduknya. Kakinya yang mula menggigil ketakutan dikuatkan untuk melangkah mendekati Haikal dan Mak Timah. Mata Mak Timah jelas menyurunya jangan mendekati mereka. Mulut Mak Timah juga kelihatan terkumat kamit menghalangnya dari lebih mendekati. Jangan nak jangan datang. Jangan. Itu yang diulang-ulang Mak Timah tanpa suara. Air mata sudah tidak terkira membasahi seluruh wajahnya. Natasha menguatkan lagi langkahnya. Langkahnya berhenti bila jaraknya dengan mereka hanya sekaki sahaja.

“Haikal saya mohon lepaskan Mak. Tolong. Awak nak berapa? Saya boleh bagi. ” Rayu Natasha. kedua tangannya dirapatkan tanda memohon. Dia terus menerus berdoa supaya Haikal tidak terus menyakiti Mak Timah. Jangan walau segaris luka hatinya sudah cukup hancur melihat keadaan Pak Ali.

“Aku bukan nak duit. Aku ada duit aku sendiri. Dari dulu aku dah kata aku nak kau. kenapa kau tak pernah nak faham-faham? Aku nak kau! aku nak kau!” Jerit Haikal lantang. Dia diam lama. Dan kemudian perlahan-lahan dia ketawa. Lantang. Bunyi ketawanya bergema serata arah. Kuat. Dan menggerunkan jiwa Natasha.

“Haikal. Saya isteri orang. Saya dah kahwin. Saya akan ada anak nanti. Bawa bertenang Haikal. Tolong kita boleh berbincang kan?”

Natasha cuba mencapai tangan Mak Timah namun Haikal lebih cepat menarik Mak Timah ke belakang hingga membuatkan Natasha dan Mak Timah terjerit kecil. Jantungnya terasa hampir gugur akibat terkejut dengan tindakan drastik Haikal itu.

“Kenapa kau tak pernah suka aku? kenapa kau tak pilih aku? Selama ni aku ada depan mata kau tapi kau tak pernah nampak aku. Suami kau tu tak ada apa-apa. Dia hanya boleh sakitkan hati kau je. tengok dia buang kau macam ni. Sayang…. tinggalkan dia. Awak hidup dengan saya ye? Kita berdua. Awak dengan saya. Ye sayang?” Nada suara Haikal berubah mendadak. Dari menjerit-jerit seperti tadi tiba-tiba dia menjadi lemah lembut. Rayuannya berserta dengan air mata yang berlinangan.

Natasha menelan liurnya. Haikal kelihatan aneh padanya. Benar-benar aneh. Bukan seperti selalu. Kepalanya kerap bergerak ke kanan kiri. Sesekali mulutnya terkumat kamit tanpa butir. Haikal sudah tidak waraskah? Itu yang terlintas di kepalanya.

“Haikal tak boleh saya isteri orang. Saya ada suami. Saya ada anak dalam kandungan. Saya tak boleh hidup dengan awak. haikal… tolong lepaskan Mak. Tolong. Awak sayang saya kan Haikal. Awak sayang saya kan? ” Natasha cuba merayu kepada Haikal. Sengaja suaranya dilembutkan untuk meredakan Haikal dari mengganas.

“Saya sayang. Sebab tu kita hidup sama-sama ye sayang. Kita hidup sama-sama ye. Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Awak sayangkan saya kan? Anak jantan tu kita gugurkan. Awak jangan takut saya ada. Saya boleh temankan awak.”

“Saya sayangkan awak. sayang sangat. Kita hidup sama-sama. Kita tinggalkan dunia ni.” Balas Natasha. Dia sengaja mengalihkan perhatian Haikal. Dia sengaja membuai perasaan Haikal supaya Haikal lebih berlembut hati. Hanya cara itu sahaja yang dapat difikirkannya. Haikal memang sudah benar-benar tidak waras!

Dia menyeluk poket apron yang dipakainya perlahan. Jaraknya dengan Haikal dijaga supaya jauh sedikit dari Haikal. Dengan lafas bismillah dia cuba menekan rawak telefon bimbitnya yang berada di dalam poket apron itu. Tekan sekali. Sentuh di kiri atas. Sentuh kanan sedikit. Kata-kata Iskandar terngiang di telinganya. Itu yang diajar Iskandar beratus-ratus kali dahulu ketika Iskandar menginstall aplikasi My Distress di dalam telefon bimbitnya kerana khuatirkan keselamatannya jika apa-apa berlaku kepadanya dan Iskandar tiada di sisi.

Ya Allah kau bantulah aku. Moga apa yang aku tekan ini betul. Sambungkanlah aku dengan pihak polis Bantulah aku Ya Allah. Dia menekan sekali telefon bimbitnya. Terasa getaran sedikit tanda telefonnya sudah aktif semula. Dia menyentuh bahagian kiri atas skrin terasa getaran lagi. Tanda aplikasi My Distress sudah di buka dan sekali lagi dia membaca Bismillah dengan berbisik perlahan. Jarinya bergerak sedikit ke kanan dan ditekan perlahan. Sekali lagi bergetar perlahan tanda butang SOS sudah ditekan. Dia menarik nafas kecil dengan kerisauan. Moga apa yang aku tekan betul. Tolonglah….

 Matanya masih tidak beralih dari memandang Haikal. Sengaja dia terus memandang supaya Haikal tidak perasankan tindakannya tadi. Natasha melembutkan air mukanya supaya tidak kelihatan cemas sedangkan jantungnya seperti sudah tidak mampu menahan degupan yang teramat kencang lagi.

“Hei! Hei! Kau buat apa dalam poket kau tu. Sini kau!” Dengan kasar Haikal menikam dan melepaskan Mak Timah

Natasha menjerit kuat melihat keadaan Mak Timah yang rebah ke atas tanah dengan memegang perutnya. Dia cuba mendekati Mak Timah namun Mak Timah menggeleng kuat tanda jangan. Natasha lebih penting buat masa ini. andai sudah tiba masanya dia sanggup asalkan Natasha selamat.

Haikal merentap tangan Natasha yang berada di dalam poket apron. Apron itu turut direntap kasar sehingga menyebabkan telefon bimbit Natasha terpelanting keluar dan terjatuh ke atas rumput. Haikal segera mendapatkan telefon bimbit itu. Jelas telefon bimbit itu masih bernyala dan jelas kelihatan aplikasi My Distress terpampang di skrin telefon bimbit itu namun isyarat SOS yang cuba ditekannya tadi tidak bersambung ke talian pihak polis. Sentuhannya di telefon bimbit tersasar. Dia telah tersalah.  Haikal segera berpaling menghadap Natasha dengan penuh rasa marah.

“Kau buat apa ni? Kau buat apa!!!” jerit Haikal kuat. Belum sempat Natasha melarikan diri mendapatkan Mak Timah dan Pak Ali yang berada tidak jauh darinya Haikal sudah menarik rambutnya dari belakang. Tangan Natasha ditarik ke belakang. Dia memeluk kuat pinggang Natasha.

“Kau nak laporkan pada polis ye? ha ha ha…. Kau ingat aku takut? Dengar sini. Kau akan jadi milik aku. macam mana pun akan jadi milik aku. Tengok kau ni. Terlalu cantik. Pertama kali aku tengok kau tanpa tudung bodoh kau tu. Kulit kau. Rambut kau. Semuanya cantik.  Cantik sungguh. Natasha kau milik aku. Milik aku sorang. ” Haikal cuba mencumbui Natasha dengan kasar.

Sedaya upaya Natasha cuba menepis sentuhan Haikal. Abang… tolong Tasha bang tolong.  
Natasha sudah mula menangis teresak-esak. Air matanya jatuh dengan lebat dipipinya. Membuatkan Haikal terhenti mencumbuinya. Lama Haikal memandang wajahnya dengan kaku.

“Natasha. Awak menangis pun awak masih terlalu cantik. Terlalu cantik…”

“Haikal tolong lepaskan saya. Tolong Haikal jangan buat saya macam ni. Saya isteri orang Haikal. Awak tahu halal dan haram kan.” Natasha cuba melepaskan rambutnya  dari genggaman Haikal namun langsung tidak terlepas.

“Kau isteri orang? ha ha ha… jom ikut aku!” Haikal menarik tangan Natasha kasar dan melangkah laju untuk masuk ke dalam villa. Natasha menggigit tangan Haikal kuat dan menendang kemaluan Haikal kuat sehingga Haikal terlepaskan pegangannya. Natasha terus berlari mendapatkan Mak Timah dan Pak Ali yang sedang berada di bawah pokok. 

"Mak kalau mak mampu mak naik ke dalam bilik pakaian. Kat dalam tu ada telefon dan first aid. telefon polis dan ubatkan luka mak dengan Pak Ali dulu. Kalau apa-apa terjadi pada Tasha mak mesti selamatkan diri dengan Pak Ali." Natasha berkata dengan pantas dan perlahan sebaik sahaja dia tiba di sisi kedua orang tua yang sedang menahan kesakitan itu, 

"Tasha mesti selamat nak. Mesti. Kita akan selamat." 

Baru Natasha hendak membalas kata-kata Mak Timah tangannya direntap dari belakang dan dia ditarik kasar oleh Haikal masuk ke dalam Villa. Entah bagaimana dia tahu segala selok belok vila itu Natasha tidak pasti. yang dia tahu arah yang dituju itu ialah arah ke bilik bawah tanah. 

22 comments:

  1. boleh la ... tp mcm ade yg kureng la ... nk komen bebanyak kang , ade plak fan akak yg carut kan saye .. jadi itu aje sy komen ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its okay.. Feel free to comment.. Baik saya syukur x baik saya baiki.. Ini blog saya saya dah berikan hak kepada sesiapa untuk comment.. Dan hak membalas saya dah berikan keoada sesiapa jugak.. Kalau melampau saya delete.. Kalau x saya baca.. Saya sentiasa menantikan sebarang comment dari anda semua.. Kerana jasa anda semua mengomment lah saya dapat menulis sampai ke sekarang.. Jadi darl.. Kalau awk rasa x best boleh bgtahu dimana kekurangannya.. Boleh saya baiki bokeh kita nikmati cerita yang betul2 ada kualiti bukan hanya saya yg rasa syok sorg2.. Ckp je yg.. X apa.... Insha Allah saya terima dgn baik

      Delete
    2. agk2 komen tu mlampau deletekn aje dear..kpda org yg komem tu xslh nk kritik BUT bgla kritikan yg mbina..bkn ckp ikut sdp mlt je..klu kureng ckp trus ape yg kureng 2..bru org tau pe yg u nak sbnrnye..

      Delete
  2. Cerita ni best...kalo ada yg kurang itu adat bagi penulis yang baru menapak...apa pun saya suka cerita ni...xsabar nk tahu apa yang bakal berlaku...

    ReplyDelete
  3. percepatkn sikit x sabar nk tggu dah nie.. :D

    ReplyDelete
  4. tak best langsung !!
    haha...gurau je..tak best sbb kne tunggu buku plak..x sbr nk tau ending dia mcm mne!! :)
    ape2 pun..novel nie best sgt!
    <3

    ReplyDelete
  5. novel ni tak pernah best pun.. tak tau apa org rajin sgt follow.. typical malay novel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu x best asl follow gak??

      Delete
    2. eyakan!!! sinting kali dia tu!!!

      Delete
    3. Anonymous February 4, 2014 at 4:46pm
      klu xbest apesal ko menyibukk komen dekat sini
      pervert!!

      Delete
    4. kecoh la Anonymous February 3, 2014 at 4:17 pm
      klu xsuke asal ko ade kat sini
      nk menyibukkk je
      retis!!

      Delete
  6. godjob percyalah ader getarnya bkan snag nk buat org truja...bbbbbbbsaya bgi 7 bintang...

    ReplyDelete
  7. kak.. cer bgy klu.. si haikal tu mati ke tak...
    kalo mati for sure mesty la si Is dan Tasha edowp bhgiakan..
    mohon klu diberikan.. ;)
    dah tak tau nak buat mka comel nak pujuk akak ni.. hehe

    ReplyDelete
  8. waa bestt!!!! sya bgi 100 bintang!! :) ... hihih :) bila novel ni akn kluar erkk...? x sbar dh ni nak tunggu!! best sangat2x....

    ReplyDelete
  9. Bila novel ni akn keluar eh ? Best ^^

    ReplyDelete
  10. saya suka cerita...nie...sya dh berada di UK bagaimana saya nk habis kesudahan cerita..saya buzy with assingnment ...hanya sebb tengok blog nie untuk menghilangkan stress saya ja.....tapi saya sgt sukakan cerita nie...hope bila dh keluar novel nanti ....jgn lupa update di blog juga ya writer

    ReplyDelete
  11. Best. Bila buku MHML akan berada di pasaran? Tak sabar tunggu ni.

    ReplyDelete
  12. Best la....bila nak berada di pasaran ni xsabar nak menunggu ni....

    ReplyDelete
  13. best la novel karya sis ni,walaupun jln cerita kebanyakan novel hampir sama tapi masih ada kelainannya..good job,harap akan terus menghasilkan karya yg lebih bermutu di masa akan datang..good luck :)

    ReplyDelete
  14. ni macam babak iris n firman nak kene bunuh dengan izham je..mmg penulis ni minat novel kak melur jelita ea?tpi babak dlam MPI lgi thrill..not bad teruskan usaha

    ReplyDelete
  15. opps sori..izhar bukan izham..my bad..

    ReplyDelete