Friday, February 28

Hadiah~ hadiah~ lalalala My Hubby My Lecturer Bab 51

“Kau isteri orang? ha ha ha… jom ikut aku!” Haikal menarik tangan Natasha kasar melangkah masuk ke dalam villa. Entah bagaimana dia tahu segala selok belok vila itu Natasha tidak pasti.

Natasha cam arah yang dituju itu. Itu arah menuju ke bilik bawah tanah.  Natasha terus menerus meronta-ronta minta dilepaskan. Dia ingin mendapatkan Mak Timah dan Pak Ali. Mereka mesti selamat. Dia sudah tidak mahu kehilangan sesiapa lagi. dia tak sanggup..

“Argghh..” Natasha menyerengai sedikit apabila dia ditolak kasar ke tepi dinding di dalam bilik itu. Haikal mengikat tangannya kasar ke belakang badannya itu. Mulutnya pula ditampal dengan pita pelekat. Kemudian meninggalkan dia dan menuju ke arah gramophone  yang berada di atas meja dan memainkan sebuah lagu dengan perlahan.

Mata Natasha melingas ke sekeliling. Nampaknya Haikal sudah lama berada di sini. Beberapa helai pakaian berada di dalam bilik itu. terdapat secawan kopi berada di sebelah gramophone itu dan gambarnya bersepah di atas lantai. Bagaimanakah Haikal tahu dia akan ke sini dia tidak pasti.

“ Kita telefon suami kau. Kita tengok dia kata apa. Kau isteri dia kan?” Haikal mengambil telefon bimbit Natasha di atas meja dan mendail nombor telefon Iskandar yang sudah dihafalnya lama dahulu. Butang loud speaker ditekannya supaya Natasha turut mendengar perbualannya dengan Iskandar. dua kali deringan panggilan disambut.

Assalamualaikum cinta.” Suara itu bergema setiap sudut. Natasha meronta-ronta untuk menjawab panggilan Iskandar itu namun suaranya terhalang oleh pita pelekat itu.

“Cinta.” Iskandar memanggil lagi.

Haikal tersengih memandangnya. Kemudian mendekatinya dan pita pelekat itu direntap kasar.

“Arrrgggghhhhh!!!!” Natasha menjerit kuat menahan kesakitan di pipi dan mulutnya akibat pita pelekat itu direntap kasar. Kemudian pita itu dilekatkan semula. Haikal menggoyang-goyangkan telefon bimbit di hadapan matanya tanda mengejeknya yang tidak dapat menjawab paggilan Iskandar.

“Tasha! Tasha! Hello! Tasha! Tasha kenapa ni! Hello! Apa yang dah jadi cinta. Tasha!” lagi suara Iskandar menjerit kalut dari sebelah sana. Air mata Natasha mengalir deras. Abang…. abang… jeritnya yang sememangnya tidak berbunyi kerana terhalang dengan pita pelekat.

“Kenapa Is?” Dia kenal suara itu. Itu suara Faiq.

“Ada suara Tasha menjerit dari sana. Hello Tasha. Jawab sayang. Tasha. Jangan buat abang risau sayang. Tolonglah cinta. Jawab. Kenapa ni sayang.” Suara Iskandar berbunyi sekali lagi di seluruh bilik itu.

Haikal yang berjalan mundar mandir di hadapannya dipandang dengan pandangan rayuan supaya membiarkan dia bercakap dengan Iskandar. Dia meronta-ronta dengan lebih kuat. Namun Haikal hanya memandangnya dengan senyuman sinis.

“Ha ha ha… Kau panggil dia cinta? Kau tak cintakan dia pun. Aku yang cintakan dia… dia… akan jadi milik aku… anak dia aku akan bunuh… sebab itu bukan anak aku… Sayang ucap selamat malam sekarang pada jantan keparat tu.” Haikal merentap sekali lagi pita pelekat yang berada di mulut Natasha menyebabkan sekali lagi Natasha menjerit namun kali ini dia memanggil Iskandar dengan sekuat tenaganya sebelum Haikal mematikan talian.

“Binatang kau Haikal lepaskan aku! Lepaskan aku!” Natasha menjerit sambil meronta-ronta kuat sebelum Haikal menyumbat sejenis ubat ke dalam mulutnya dan memaksanya meminum air. Lama kelamaan pandangannya menjadi dua. Tiga. Dan segalanya kelam tanpa bayangan.


Natasha terjaga bila terdengarkan bunyi orang bernyanyi lantang di meja. Haikal sedang khusyuk melakar sesuatu di atas kertas dengan membelakanginya. Lagu itu dia tahu. Lagu itu lagu yang biasa dia dengar Haikal bernyanyi perlahan  di mana saja dia berada. Namun lagu apakah dia tidak pasti. Natasha menelan liurnya. Kesat. Air yang dipaksa masuk ke dalam mulutnya tadi nyata terlalu sedikit untuk melegakan kekeringan tekaknya.

Sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri? Natasha memandang ke sekeliling. Ah ada jam. Tetapi terlalu jauh. Dia memfokuskan pandangannya kepada jam itu. Sudah hampir pukul dua belas setengah tengah hari. Iskandar pastinya akan datang ke sini. Dan sepatutnya dia sudah hampir sampai ke sini. Abang cepatlah sampai.

Nyaring telefon bimbitnya berulang kali membuatkan Natasha berpaling ke arah bunyi itu. dia memandang telefon bimbitnya yang berada di atas meja dengan penuh mengharap. Haikal mengangkat telefon bimbit itu setelah puas dia mengaru-garu kepalanya dengan kusut seperti telefon bimbit itu sangat mengganggu konsentrastinya melakar di atas meja itu sebelum menjawabnya.

“Kau… memang tak tahu mengalah kan? Ha ha ha… aku dah kata. Tasha aku punya. Aku punya. Kenapa kau masih nak ganggu kami? Kenapa? Kau dah curi dia dari aku. Kau ambil hak aku. Kau nak isteri kau ni? Ha Ha Ha.. tak mungkin! Dia milik aku. Dulu aku dah kata Iskandar. Kebahagiaan kau tu sementara je. Kan sayang?” Dia menyeret kerusi yang didudukinya mendekati Natasha yang sedang berpura-pura masih tidak sedarkan diri. Haikal bangun dari kerusi itu untuk menuju ke arah gramophone dan menguatkan lagu bunyi yang tadinya diperlahankan.

“Abang!! Abang tolong Tasha bang. Haikal… Arggghhh!!” Belum sempat dia menyambung jeritannya itu  telefon bimbitnya di tangan Haikal dilemparkan ke kepalanya.

Dia terdiam. Kesakitan yang teramat sangat dirasainya di dahinya. Terasa sesuatu yang panas mengalir dari celahan rambutnya menuruni mukanya. Pandangannya terhalang dengan cecair yang mengalir menuruni wajahnya itu. Ahh… sakitnya Ya Allah. Dia cuba merungkaikan ikatan di tangannya supaya dia dapat mengelap cecair panas itu. Namun usahanya hanya sia-sia sahaja.

Dia mengangkat pandangannya ke depan semula. dalam kekaburan dia nampak Haikal sedang membelakangkannya. Berjalan ke sana sini tak tentu arah. Dia cuba untuk meminta bantuan Haikal namun semakin lama pandangannya semakin kelam dan sekali lagi dia tidak sedarkan diri.

Haikal menguak rambutnya ke belakang. Dia berjalan mundar mandir ke sana sini. Habis identitinya sudah terbongkar. Mulutnya terkumat kamit mengatakan sesuatu tanpa butir bicara. Gambar wajah Natasha tidak bertudung yang dilakarnya di atas meja diambil dan dikucup kuat.

Dia berpaling memandang Natasha yang sudah tertunduk tidak sedarkan diri. Ada darah yang membasahi seluruh . Haikal terkedu melihat keadaan itu. Tasha! Aku dah cederakan dia. Ini pasti sebab casing telefon yang dah pecah sebab jatuh tadi terkena dahi dia. Tangannya diangkat tinggi. Tangan itu dipandangnya lama. Aku dah sakiti dia. Dengan tangan aku sendiri.

Perlahan-lahan dia mendekati Natasha. Jarinya dilalukan di wajah itu. darah yang membasahi pipi dan mata Natasha dilap dengan jari ibunya. Sekadar untuk menampakkan wajah Natasha semula. Haikal merapatkan wajahnya ke wajah Natasha dia tersenyum panjang. Wajah itu dipandangnya lama. Setiap inci ditiliknya. Mata yang terpejam rapat. Hidung yang mancung kecil. Pipi yang mulus tetapi dicemari darah. Dan bibir yang menarik. Cantiknya…

Haikal mendekatkan lagi dirinya dengan Natasha niatnya dia ingin mencumbui wajah itu namun dia berundur semula. Dia berjalan mundar mandir lagi tanpa arah. Kepalanya digaru-garu dengan galak. Apa aku nak buat? Apa aku nak buat sekarang? Cantiknya dia. Muka dia macam tu aku kena lukis. Muka dia yang macam tu belum ada dalam koleksi aku lagi. wajah yang penuh dengan hiasan warna merah. Terlalu cantik!

Langkahnya dibuka laju ke arah meja di hadapan Natasha. Dia menarik kerusi dan terus duduk tanpa berlengah lagi. Segala peralatan melukisnya yang bersepahan di atas meja dikumpulkan. Tangannya mula melakar wajah Natasha yang sedang terkulai kaku tak sedarkan diri. Haikal tersenyum tanpa sebab. Di dalam fikirannya semua benda kelihatan terlalu indah. Dia seperti hidup di dalam dunianya sendiri di mana Natasha sudah menjadi miliknya.

Tangannya terus melakar dan melakar wajah Natasha di atas kanvas. Masa yang berlalu tidak dihiraukannya. Natasha yang sedang tidak disedarkan diri tidak dikisahkannya. Baginya dia hanya mahu lukisan itu siap dengan segera. Dia mahu terus menerus menatap wajah itu. Dia mahu wajah itu menjadi peneman angannya setiap waktu.

Haikal menatap wajah Natasha yang berjaya diabadikan di dalam bentuk lukisan itu. Tasha awak terlalu cantik. Terlalu cantik sehingga membuatkan saya sentiasa mengidamkan awak untuk menjadi milik saya. Mulai sekarang kita akan bersama sayang. Saya akan jadikan awak permaisuri hidup saya. Kita keluar dari tempat ni. Kita pergi ke luar negara dekat sana tak ada orang lain ada awak dengan saya je. Kita berdua.

Rambut Natasha yang berada di dalam lukisan itu dilalukan dengan jarinya. Tiba-tiba dia seperti tersedar dari imaginasinya tadi. Haikal menghempaskan lukisan itu di atas meja semula. Tasha berdarah teruk. Apa yang aku dah buat ni? haikal bangun perlahan-lahan menuju ke arah Natasha yang masih juga belum sedarkan diri. Dagu Natasha diangkat sedikit supaya dia dapat melihat wajah itu dengan lebih jelas. Sayang.. maafkan saya. Saya dah lukakan awak sampai macam ni sekali.

Baju kemeja yang dipakainya dibuka meninggalkan sehelai t-shirt hitam di badannya. darah yang semakin mengering di pipi Natasha dilap lembut. Air matanya jatuh satu persatu. Perasaan bersalah kerana menyakiti Natasha sehingga begitu sekali membuatkan dia semakin teresak. Maafkan saya Tasha. Maafkan saya. Tangannya dijatuhkan. Dia rasa tidak berdaya lagi untuk menatap wajah Natasha yang kaku itu. Kakinya digerkakan menuju ke arah satu sudut gelap di sebalik sebuah rak. Tangisannya bercampur dengan ketawa yang berselang seli. Lama dia begitu.

Tangannya terus menerus mencarik-carikkan kemeja yang dipegangnya tadi kerana dia dapat melihat dengan jelas darah Natasah melekat di kemeja itu. Rasa takut menyelubungi jiwanya. Kalau dia mati macam mana? Tasha… Tasha.. Maafkan saya.. Maafkan saya..

“Siapa?” terdengar suatu suara serak. Dia berpaling terkejut. Namun dalam masa yang sama dia lega kerana Natasha telah terjaga semula.

“Siapa tu?” Sekali lagi suara itu memanggilnya. Haikal bangun perlahan-lahan keluar dari kegelapan itu. untuk mendekati Natasha dia masih lagi takut. Cinta hatinya telah terluka kerananya!

“Saya minta maaf. Saya minta maaf.” Tangisannya meledak semula. dia keluar perlahan-lahan dari kegelapan itu mendekati Natasha.

Wajah Natasha yang berkerut memandangnya membuatkan hatinya semakin runtun. Kesian sayang saya.

“Sayang… maafkan saya. saya bersalah. Saya tak sengaja dah lukakan awak.” Kedua belah tangannya dirapatkan tanda memohon kemaafan kepada Natasha.

“Haikal. Kalau awak sayang saya awak tak akan ikat saya macam ni. Awak tak akan lukakan saya macam ni. Tolonglah Haikal lepaskan saya. Saya tak larat macam ni. Saya lapar. Saya dahaga. Tolonglah Haikal. Lepaskanlah saya. Tangan saya sakit macam ni.” Natasha cuba menggunakan taktik reverse psychology terhadap Haikal supaya Haikal berasa bersalah dan kasihan dengannya justeru melepaskannya.

Dia memang sudah terlalu penat dan takut untuk menghadapi semua ini. Dia hanya mahu pulang ke sisi Iskandar semula.Dia rindukan suaminya itu. Rasa bersalah kerana meninggalkan rumah memenuhi segenap ruang hatinya kin. Ya Allah adakah ini balasan untuk dosaku keluar dari rumah tanpa izin suamiku dahulu? Ampunkah aku Ya Allah. Kau kasihanilah aku dan anakku Ya Allah. Kau bantulah kami untuk lepas dari semua ini Ya Allah. Hanya kepada Kau sahaja aku bergantung sekarang.

“Saya tak boleh nak lepaskan awak Tasha. Kalau saya lepaskan awak, awak akan lari tinggalkan saya. awak tak akan bersama saya lagi. Saya perlukan awak sayang. Saya cintakan awak. Kalau awak tak ada saya tak boleh hidup. Saya akan mati.” Haikal mengesat air matanya.

 Dalam hatinya timbul rasa  marah kerana Natasha meminta untuk dilepaskan. Kalau aku lepaskan dia macam mana aku nak hidup dengan dia? Dia akan balik kepada keparat tu dan aku akan tinggal sendirian tanpa dia. Aku tak boleh lepaskan dia. Aku akan hidup dengan dia sampai bila-bila.

“Haikal tolonglah lepaskan saya sekejap je. Tangan saya sakit macam ni. Awak kata awak sayangkan saya. Tak kan awak sampai hati nak tengok saya kesakitan macam ni. Awak tak kesiankan saya ke? tengok kepala saya ni. Berdarah banyak macam ni. Saya sakit sangatlah Haikal tolonglah. Lepaskanlah saya.” Natasha merayu dengan penuh rasa sendu kepada Haikal. Namun Haikal hanya berpaling darinya dan terus menuju ke celahan rak semula. Tidak mahu menghiraukannya lagi. Haikal memang dah gila!

Berapa lamakah lagi dia perlu berada di sini? Apakah khabarnya keadaan Mak Timah dan Pak Ali sekarang. Sudah Berjaya selamatkan diri atau belum? Dia memandang ke arah jam di atas meja sekejap. Sudah hampir waktu zohor. Sudah terlalu lama waktunya sejak Mak Timah ditikam tadi. Sudah lebih tiga jam. Dapatkah mereka berdua bertahan? Dia risaukan keadaan mereka berdua.

Kesakitan di kepalanya dilupakan sebaik mungkin. Dia perlu fikirkan jalan keluar dari sini. Tetapi bagaimana? Pintu utama bilik ini sudah dikunci. Natasha memandang ke sekeliling bilik itu. Dia pasti ada jalan lain untuk masuk ke dalam bilik itu. Rasanya dahulu dia pernah melalui jalan itu. Tetapi dia tidak pasti di manakah laluan itu. Ingatannya tentang laluan itu terlalu samar. Dia tidak ingat. Apa yang dia ingat jalan itu dipenuhi rumput-rumput kecil. Tetapi di mana? Argghhh… di mana? Setiap sudut bilik itu diperhatikannya. Dia cuba menggali sebaik mungkin memorinya dahulu. Dia perlu keluar dari sini. Dia tak boleh hanya berdiam diri sahaja.


Sehelai kain langsir labuh yang menutupi sebuah dinding dipandangnya. Kenapa dinding itu ada langsir? Ah! Di situ. Di situlah jalan untuk keluar! Hampir saja dia menjerit kegembiraan kerana berjaya menemui pintu itu. Apa yang penting sekarang ialah ikatan di tangannya dibuka. Itu sahaja. nafasnya dihela panjang. Dia perlu terus memujuk Haikal. Hanya itu sahaja cara untuk dia melepaskan diri dari sini. 

22 comments:

  1. Akhirnya....sayang kat u cik natasha....nak lagi hehehhehehe

    ReplyDelete
  2. x sabar nk tgu bab seterusnya...best cita nie...

    ReplyDelete
  3. ble nk abih nie...argh blh gle tgu..hahaha

    ReplyDelete
  4. ohhohoo... owsome!!
    teruskan kak!!
    chaiyok!

    ReplyDelete
  5. rindu ku terlerai.. biar pun hanya sekelumit.. tetapi tak mengapa... muchas gracias di tasha....

    good luck

    lots of love
    kak itasukri

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum writer. nak tanya bila ur novel akan berada di pasaran??? sebab nak tau ending cerita ne :( hehehe

    ReplyDelete
  7. like i said. thumb up kat awk tasha :)

    ReplyDelete
  8. I'm an Indonesian. Would you like to share the next chptr? I'm really interested with your story. But maybe it's impossible to get your book in here

    ReplyDelete
  9. Interesting. I like. Tak sabar untuk memiliki bukunya.

    ReplyDelete
  10. wah nk baca next chapter..!!! kak tasha update lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  11. akk tahniah telah menghasilkan novel yg super duper sweet n best.. xsabar nak miliki novel ni.. Nanti da publish novel update la.. :D Nak cari heheheh..

    ReplyDelete
  12. best sgt citer ni..sy selalu tgu akak updates tau.. tiap2 ari cek tgok ad x next episod...sokong akak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. Novel ni x dibukukan ka??saya nak bli novel trus lgi snang, sbb saya still study so snang skit nak bca..hope reply.. ^-^

    ReplyDelete
  14. Sis.. Novel ni tergantung ey?? Xde pn chptr 52.. Sya bca dri bab 1.. Tgk2 tergantung :-(

    ReplyDelete
  15. Sis .. Sambung lagii next chapter .. Bila nk ada kt pasaran ? Suka sgt2 baca novel ni . Best .. Hari2 tunggu nk tahu kisah seterusnya ..

    ReplyDelete
  16. Aswt,akak please sambung lagi aik sbb kalau nak beli takut kena marah sbb baca love story.=3

    ReplyDelete
  17. novelnya bagus bangut, amazing, sudah tidak sabar baca lanjutannya, please lanjutannya donk, trimakasih

    ReplyDelete
  18. yeh!!!! ada smbungan pun.....hilang tanda tanya dalam otak ni dekat is n tasha.... sis cepatlah sambung chapter ni....tak sabar.....hehehhehehe.....love this story like a love song

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete