Thursday, January 30

Assalamualaikum semua.. Maaf sebab terpaksa memungkiri janji.. Tetapi due to copyright matter and permintaan bonda saya x boleh nak post semua bab sampai habis di blog.  insha Allah nanti dengan izin Allah kalau novel ni diterbitkan anda boleh baca dalam bentuk buku.. Insha Allah..
Kalau diizinkan Allah malam ni saya akan post bab terakhir..

Saya mohon maaf kepada semua.. Dan terima kasih kerana anda setia dan sudi bersama saya menjalani menyusuri setiap jalan saya bersama MHML.. Sabar menunggu saya yang selalu lambat2 mengepost bab baru.. Setia sabar dengan saya yang selalu mungkir janji...

Anda ialah sahabat saya yang dikurniakan Allah... Insha Allah Kalau diberikan Allah idea lain saya akan cuba menulis novel yang lain pula.. Semoga setiap jalan anda diberkati Allah SWT..

P/s: saya sebenarnya mencari tiga buah buku yang sangat saya gemari.. Saya dah cuba cari di merata tempat di kedai2 buku lama baru kawan2 internet.. Dll.. Tetapi tak jumpa juga.. Kalau anda tahu buku itu ada di mana bolehkah anda tolong saya? Buku2 tersebut ialah Pergilah Sepi by Fauziah Ashaari.. Pelabuhan Kasih dan sebuah lagi saya tak tahu tajuknya sebab dah terlalu lama dulu saya baca ceritanyy begini heroin itu diculik sewaktu majlis perkahwinannya sudah hampir dia diculik bersama hero bernama Daniel Enzairy dan bila pulang adiknya pula yang menjadi pengganti dia sebagai oengantin.. So bila dia balik dia selalu menjadi bahan cemburu adik dia.. Semua orang salahkan dia atas semua benda akhirnya dia amik keputusan untuk ajak hero kawin.. Tetapi saya tak ingat tajuk dia.. Kalau anda tahu buku2 tersebut ada di mana tolonglah beritahu saya.. Saya terlalu inginkan novel2 itu... Terima kasih banyak2 atas bantuan anda semua selama ini..

My Hubby My Lecturer!! bab 49

Iskandar turun dari kereta dengan tergesa-gesa sebelum sempat Faiq betul-betul memberhentikan kereta. Dia memang sudah terlalu tidak sabar untuk mengetahui keadaan Natasha. Sama ada baik atau buruk keadaan isterinya itu sekarang. Namun belum sempat dia melangkah masuk ke dalam Villa jantungnya bagaikan terhenti satu degupan apabila terpandangkan sebuah ambulan yang keluar dengan laju dari hadapan pintu pagar Villa.

Ambulan itu dipandang dengan rasa cemas. Ada sesiapa yang tercederakah? Beberapa anggota polis yang keluar dari dalam Villa juga dipandang dengan penuh debaran. Kepalanya sudah membayangkan sejuta kemungkinan.

Natasha selamatkah tidak? Natasha tercederakah? Ahhh… aku dah berfikir bukan-bukan pulak. Doanya dalam hati semoga semua bayangan bukan-bukan yang berlegar di mindanya tidak benar-benar terjadi. Moga tidak Ya Allah. Iskandar beristighfar beberapa kali tujuannya semoga hatinya lebih kuat menghadapi situasi itu. Langkah dibuka dengan lafaz bismillah.  Dia mendekati seorang anggota polis yang sedang sibuk melakar sesuatu di atas bonet kereta peronda polis. Mengikut dari caranya dia ialah ketua operasi di situ.

“Encik. Apa yang dah terjadi? Isteri saya mana? Dia cedera ke cik? Dia di mana? Mana dia encik?” Iskandar menyoal bertubi-tubi. Sungguh dia terlalu risaukan keadaan Natasha. Tangan anggota polis itu digenggamnya kuat. Niatnya supaya anggota polis itu memberi penjelasan yang tepat kepadanya. Bahunya yang ditepuk Faiq dari belakang tidak dihiraukan.

“Sabar Is. Kita tanya satu-satu. Encik. Macam mana keadaan mangsa? Ada yang tercedera ke Encik?” Faiq bertanya dengan nada lebih tenang. Sebenarnya dia juga berdebar melihat ambulan yang keluar dari villa itu namun dia menyabarkan dirinya supaya dia dapat menenangkan Iskandar yang sedang tidak keruan itu.

Iskandar yang sudah mula hendak meluru masuk ke dalam Villa ditarik tangannya oleh Faiq. Dalam keaadaan begini mereka tidak boleh bertidak terburu-buru. Jika tidak keadaan mungkin menjadi lebih buruk. Ara yang juga kelihatan seperti ingin meluru masuk ke dalam villa diberikan pandangan yang tajam tanda menyuruh Ara memberhentikan niatnya itu. Akhirnya Ara hanya mampu memandang ke arah dalam villa dengan penuh kerisauan walaupun hatinya sama seperti Iskandar iaitu dia ingin segera masuk ke dalam Villa untuk melihat keadaan Natasha dengan matanya sendiri.

“Sebenarnya macam ni.. Ada mangsa yang ditikam. Kami dah bawa ke Hospital dekat Tanah Rata. Isteri Encik…”

“Isteri saya kena tikam!!? Ya Allah! Iq kita kena cepat ke hospital sekarang!” Belum sempat anggota polis itu menghabiskan ayatnya Iskandar sudah memotong. Apa yang dia tahu sekarang dia mahu Natasha selamat.

“Sabar Encik. Isteri Encik kami belum jumpa lagi. Mangsa yang kami jumpa tu perempuan yang agak berusia dengan lelaki yang lebih kurang sebaya jugak. Keadaan mangsa dah teruk. Kami jumpa mereka dalam loteng di tingkat tiga. Mujur kami sempat sampai awal. Cuma yang menjadi masalah sekarang ni ialah kami masih tak dapat jumpa penjenayah dan isteri encik. Encik ada syak sesiapa tak yang menjadi dalang ke ni? ”  Anggota polis itu menerangkan keadaan yang berlaku itu kepada Iskandar. Dia juga ingin mengetahui sama ada Iskandar ada mengesyaki sesiapa supaya pencarian akan menjadi lebih mudah.

Iskandar menyandarkan dirinya sedikit di kereta milik Faiq. Faiq dan Ara yang sedang bercakap dengan anggita polis itu tidak dihiraukannya. Yang dia dengari hanyalah nama Haikal Dia meraup rambutnya ke belakang. Nafasnya dilepaskan dengan tersekat-sekat. Setiap helaan nafasnya terasa terlalu berat. Kata-kata anggota polis it uterus berlegar di mindanya. Mangsa ditikam. Berusia. Mak Timah dengan Pak Ali! Ya Allah! Tasha… Tasha dimana? Ya Allah.. Bantulah aku. berikanlah aku petunjuk di mana isteri aku sekarang. Selamatkanlah dia Ya Allah.

“ Encik.. tolonglah benarkan saya masuk ke dalam vila saya nak cari isteri saya.” Iskandar merayu kepada anggota polis itu supaya membenarkannya masuk ke dalam villa untuk mencari isterinya. Dia rela jika apa-apa terjadi kepadanya asalkan Natasha dan anaknya selamat.

“Encik. Kami masih mencari isteri encik. Kami dah cuba cari di seluruh villa tapi tak ada. Yang kami khuatirkan sekarang kalau penjenayah tu dah bawa isteri encik keluar dari kawasan ni. Tapi kalau mengikutkan daripada keadaan di sekeliling ni penjenayah masih belum keluar dari sini. Kami masih lagi berusaha cari di seluruh kawasan villa ni dan taman di belakang.
 Yang menjadi masalah kita sekarang ialah kawasan villa ni terlalu besar melambatkan lagi proses kita mencari isteri encik. Dan mengikut daripada laporan encik tadi yang mengatakan dia nak kan isteri encik saya pasti yang penjenayah tu sentiasa ada dengan isteri encik. Kalau encik boleh bantu fikirkan balik apa-apa bunyi yang luar biasa di waktu encik terima panggilan dari penjenayah tu. Kalau-kalau encik dapat fikirkan bunyi persekitaran itu.
Buat masa sekarang ni kita akan cuba jejak di seluruh villa ni. Anggota yang lain pulak akan cuba jejak telefon penjenayah tu kalau-kalau dia masih ada di sini atau di kawasan Tanah Rata. Dan kami juga cuba selidik setiap hotel di Tanah Rata kalau-kalau ada orang yang mecurigakan di hotel mereka. Yang kami khuatirkan sekarang kalau dia ada di mana-mana bilik hotel di Tanah Rata sebab terlalu banyak hotel untuk kami selidik. Takut kalau dia sempat bertindak luar kawalan.
Tapi encik tolong fikirkan dahulu tempat yang encik syak mereka berada. Kita akan pergi ke tempat itu. Buat masa ni encik. Sama-sama kita berdoa supaya isteri encik tak apa-apa.” Anggota polis yang memperkenalkan namanya sebagai Inspektor Adam kepada Faiq itu tadi kembali menunduk menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Tangannya ligat melakar kawasan yang disyaki keberadaan Natasha di atas peta. Walaupun mengikut pandangannya penjenayah itu masi belum keluar dari kawasan villa itu lagi tetapi dia perlu juga melakukan siasatan ke kawasan di sekeliling Cameron Highland itu. Dia tidak boleh hanya bergantung kepada firasatnya sahaja. Sebarang kemungkinan mungkin terjadi jika dia mengambil lewa hal itu. Satu kesilapan yang mereka lakukan akan menyebabkan nyawa Natasha mungkin dalam bahaya.

Iskandar terdiam dia segera memerah semua ingatannya sekali lagi untuk mengingati setiap perbualannya dengan Haikal sebentar tadi. Jari ibunya diletakkan di bibirnya. Dia pasti ada sesuatu yang luar biasa di kawasan itu. Sesuatu yang dia biasa dengar. Tetapi apa? bunyi yang dia biasa dengar tetapi dia tidak pasti bunyi apakah itu. Bunyi yang seperti mengembalikan pelbagai memori lama. Memorinya sewaktu kecil dengan Natasha. Apakah bunyi itu. Ah! Bunyi lagu yang pernah mendiang datuknya Douglas Darwin cipta dan dimainkan dalam bentuk alunan piano khas buat neneknya. Yang diabadikan di dalam piring hitam.

Iya itulah yang didengarinya tadi! Gramophone dan piring hitam milik datuknya itu berada di dalam bilik bawah tanah! Tempat mereka sekeluarga selalu habiskan masa bersama jika ingin mendengar musik. Tempat di mana dia dan Natasha suka jejaki sewaktu kecil mendengar semua lagu piring hitam yang berada di dalam simpanan datuknya dahulu.

“Bilik bawah tanah! Mereka ada di bilik bawah tanah.” Iskandar bersuara tiba-tiba. Suaranya sedikit meninggi membuatkan semua orang yang berada di kawasan itu memberi perhatian kepadanya.  Faiq yang sedang menenangkan Ara yang sedang menangis segera mendekatinya.

“Bilik bawah tanah? Apasal Is?” Faiq menyoal. Dia pelik kenapa Iskandar tiba-tiba terfikirkan tentang bilik bawah tanah

Tetapi mungkin benar tekaan Iskandar. Kerana bukan semua orang tahu tentang kewujudan bilik bawah tanah itu kerana pintunya berada di dalam bilik stor. Dia yang telah sekian lama berkawan dengan Iskandar dan telah beberapa kali datang ke villa ini juga hanya mengetahui tentang kewujudan bilik itu ketika sambutan ulangtahun perkahwinan ibu-bapa Iskandar yang disambut di vila ini bila Iskandar mengajaknya untuk turun ke bilik bawah tanah untuk mengambil piring hitam datuknya untuk dimainkan. Piring hitam itu! Adakah kerana Iskandar terdengar bunyi piring hitam itu dimainkan barulah Iskandar dapat meneka keberadaan Natasha?

“Aku dengar lagu ‘where my heart belongs’ tadi. Lagu datuk aku dulu. kau ingat kan lagu tu? lagu tu cuma ada satu salinan je. dan salinan tu ada dalam bilik bawah tanah je. Tak ada di tempat lain. Aku pasti budak jahanam tu ada dalam bilik bawah tanah.” Iskandar menghela nafas lega. Alhamdulillah telah kau mudahkan satu urusan aku Ya Allah.

Faiq menangguk. Benar tekaannya. Lagu itu tiada salinan lain melainkan satu-satunya yang berada di dalam bilik bawah tanah. Pasti Natasha dan Faiq berada di dalam bilik bawah tanah.

“Encik. Saya rasa isteri saya berada di bilik bawah tanah.” Iskandar segera memberitahu hal itu kepada Inspektor Adam yang sedang sibuk membahagikan tugasan kepada anak buahnya.

“ Encik pasti?”

“Saya pasti. Saya ada terdengar bunyi lagu yang datuk saya pernah rakamkan dulu dan lagu tu hanya ada satu saja dalam dunia ni iaitu di dalam bilik bawah tanah tu. Kita kena cepat encik.”

“ Macam ni encik Iskandar. Sebelum kita bertindak kita kena rancang strategi dulu. Kalau kita silap langkah apa-apa pun boleh terjadi pada isteri encik. Boleh encik beritahu kami laluan nak ke bilik bawah tanah tu?” Inspektor Adam mula mengeluarkan kertas baharu untuk melakar laluan ke bilik bawah tanah itu. Dia mahu setiap pergerakan mereka nanti sempurna.  Dia tidak mahu terjadinya sebarang kesilapan nanti kerana sebarang kesilapan boleh membawa kepada keadaan yang lebih buruk lagi.

Iskandar pula mula beristighfar beberapa kali supaya dia lebih bersabar. Dia memandang Ara yang sedang menangis teresak-esak. Dia tahu apa yang dirasai Ara sekarang. Ara pasti takut jika sesuatu yang tidak baik terjadi kepada Natasha. Dia pasti berasa takut untuk  kehilangan sahabat baiknya sendiri. Perasaan bersalah yang teramat mengalir dalam hatinya. Kerana dialah semua ini terjadi. kerana dialah Natasha dalam bahaya. Kerana dialah Natasha terpaksa menanggung semua ini. kerana dialah Ara terpaksa menanggung ketakutan sebegitu.


Cinta tunggu abang. sekejap saja lagi abang datang jumpa cinta. Tunggu abang sekejap sayang…

Wednesday, January 22

Assalamualaikum semua.. Maaf sebab saya x dapat update apa2 dlm masa terdekat ni.. Bapa saudara saya baru meninggal dunia semalam.. Terima kasih sbb sudi membaca

Saturday, January 18

My Hubyy My Lecturer!! bab 48

“Abanggggg!!!!!”

Jeritan nyaring Natasha memanggil namanya itu terus terngiang-ngiang di telinga Iskandar. Dari suara itu jelas Natasha sedang tersiksa. Malah mungkin dia sedang mengalami kesakitan. Bunyi yang terus bergema serata arah membuatkan Iskandar kaku.

Kakinya terasa terlalu lemah untuk berdiri lagi. Dunianya terasa berputar-putar. Telefon bimbitnya yang telah terjatuh ke lantai tidak dihiraukannya. Yang dia pasti ada tangan Faiq yang sedang kukuh menampungnya dari jatuh.

“Iq. Is… Isteri aku Iq. Tasha kena culik.” Suara Iskandar tersekat-sekat menuturkan setiap patah perkataan. Wajah Faiq dipandang dalam. Kakinya menurut lemah Faiq yang membawanya ke kerusi. Ya Allah dugaan apa lagi ini? Janganlah kau ambil isteri aku Ya Allah.

“Ya Allah Culik? Macam ni. Kau sabar Is. Apa kita nak buat sekarang? Hah! Aku telefon Ara sekarang. Dia yang tahu Tasha sebenarnya ada dekat mana sekarang. ” Faiq yang turut risau itu menjadi kalut tak tentu arah.

 Dia berpusing-pusing di hadapan Iskandar mencari telefon bimbitnya yang sebenarnya berada di dalam poketnya. Dia meraup kepalanya dengan perasaan yang kusut. Fikirannya ligat memikirkan keadaan Natasha yang tentah belum pasti keaadaannya. Tangannya meraba ke dalam poketnya. Nombor telefon Ara segera di dail. Ara perlu tahu hal ini.

“Ara! Kalau awak dah habis kelas datang rumah saya sekarang. Tasha dalam bahaya.” Hanya bunyi suara itu yang sempat ditangkap Iskandar. Apa perbualan yang selainnya terus hilang dibawa angin.

Iskandar masih lagi terkedu kaku. Kepalanya ligat berfikir. Apa yang perlu aku buat sekarang? Polis! Aku perlu laporkan kepada Polis sekarang juga. Iskandar bangun mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas lantai sedari tadi. Tangannya terketar-ketar mendail talian kecemasan untuk melaporkan hal itu. Dia terlalu takut membayangkan dia terpaksa kehilangan isterinya.


“Tasha dekat mana sebenarnya ni, Ara?” Iskandar bersuara sebaik sahaja Ara menjejakkan kaki ke dalam Hummer milik Faiq.

Wajah Ara direnung tajam dari tempat duduk penumpang hadapan. Rasa geram terhadap Ara yang mempermainkannya ditahan sebaik mungkin. Buat masa ini tiada guna dia memarahi Ara yang menipunya dengan mengatakan bahawa Faiq tahu di mana Natasha hanya kerana dia mahu Iskandar pergi berjumpa Faiq dan berbaik semula dengan Faiq walaupun sebenarnya Faiq tidak tahu Natasha berada di mana sekarang. Baginya buat masa ini keselamatan Natasha lebih penting dan dalam diam hatinya turut berterima kasih dengan tindakan Ara itu. Hubungannya dengan Faiq telah pulih semula.

“Tasha dekat Cameron Highland Sir. Dekat Villa Sir.” Jawab Ara sambil mengesat air matanya.

Sedari universiti tadi dia tidak berhenti menangis risaukan keselamatan Natasha. Jantungnya terus menerus berdebar tidak tenteram. Kalaulah dia tahu ini semua akan terjadi dia pasti tidak akan bekerjasama dengan Natasha untuk merahsiakan keberadaannya dari Iskandar.

“Faiq kau tahu kan tempat tu? Villa aku yang kita selalu pergi tu.” Iskandar bertanya kepada Faiq yang kelihatan serius. Faiq mengangguk dan terus memecut laju.

Nombor telefon Natasha cuba di dail lagi. Ada deringan dari sebelah sana tanda telefon itu tidak dimatikan namun paggilan  itu tidak disambut sehingga deringan itu terputus sendiri. Sekali lagi nombor itu didail. Namun tetap dibiarkan sahaja. Deringan yang tidak disambut itu membuatkan Iskandar terus cuba dan mencuba.

Harapannya supaya panggilan itu disambut walau sekali supaya pihak polis boleh menjejak di mana tempat paggilan itu disambut. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan yang Natasha tidak berada di situ sebenarnya. Suasana yang sunyi selain dari bunyi esakan Ara di dalam  kereta itu membuatkan Iskandar terus menerus mengulangi kembali setiap bunyi dari panggilan telefon yang diterimanya tadi.

Iskandar memejamkan mata. Dia memfokuskan dirinya sefokus mungkin. Dia cuba menganalisis bunyi di sekeliling kawasan itu. Dimanakah? Dia pasti ada suatu bunyi yang lain dikawasan itu. Ada satu bunyi halus yang dia pasti ianya berbeza daripada biasa. Tetapi apakah? Bunyi ruang yang bergema. Bunyi hentakan kaki. Dan… Ah! Ada bunyi musik yang pernah di dengarinya? Tetapi musik apa? Di mana? 

“Anak dia aku akan bunuh… sebab itu bukan anak aku…” Kata-kata itu tiba-tiba terngiang-ngiang kembali di telinganya. Iskandar segera membuka matanya semula. Ya Allah! Kenapa aku tak perasankan ayat itu. Anak? Tasha mengandung ke?

“Ara! Tasha… mengandung ke?” Iskandar menyoal Ara sepatah demi sepatah. Terlalu payah rasanya untuk dia menanyakan setiap patah soalan itu. Dia takutkan dengan kenyataan itu.

Wajah Ara direnung tepat. Ara yang selalunya bising tak kira waktu dirasakan kini orang yang paling lambat bersuara ketika ini. Ara mengesat air matanya dengan tisu ditangannya. Wajah Faiq yang serius memandang ke depan dipandang sekilas. Sah! Faiq tahu. Tapi dia tak mahu masuk campur. Iskandar memandang ke arah Ara semula. Lambat-ambat Ara mengangguk kepalanya.

Serta merta nafas Iskandar seakan tersekat di kerongkongnya. Dia meraup rambutnya ke belakang. Iskandar bersandar semula di kerusinya. Memandang ke hadapan. Dia menutup matanya rapat serapatnya. Nafasnya terasa berat. Semua perlakuannya terhadap Natasha seakan berputar semula di mindanya. Wajah Natasha yang sering pucat. Yang dia sangkakan hanya kesan dari hati yang dilukainya. Mengapakah dia tidak pernah perasankan semua itu sebelum ini.

Ya Allah apa yang aku dah buat kepada isteri aku sendiri? Aku dah terlalu menzalimi dia. Sehingga dia mengandung pun aku tak sedar malah aku masih lagi menyakiti dia sesuka hati aku. aku telah menzalimi isteri dan anak aku sendiri Ya Allah. Anugerah yang kau berikan kepada aku telah aku sia-siakan dengan sengaja. Cinta…. Maafkan abang. Maafkan abang. Maafkan papa baby. Air mata Iskandar mengalir tanpa sedar. Penyesalan yang terlalu besar melanda segenap pelusuk hatinya.

“Macam mana Sir tiba-tiba boleh tahu? Baru TERperasan? Macam tu?” Ara masih lagi dengan sinisnya terhadap Iskandar.

“Penculik tu… Dia ugut nak bunuh anak saya. Ya Allah kenapalah saya langsung boleh tak teringatkan apa yang dia kata. Kenapalah selama ni saya tak pernah sedar yang Tasha mengandung? Bertapa butanya saya. Kasihannya dia.” Tanggannya meraup mukanya membersihkan air mata yang tidak berhenti mengalir.

Iskandar cuba menahan tangisannya yang pada mulanya perlahan semakin menjadi-jadi. Suasana di sekelilingnya sudah tidak dihiraukan lagi. Dimanakah mereka berada kini sudah tidak dia pedulikan lagi.  Dihadapan siapakah dia menangis dia tak kisah. Apa yang ada di sekitarnya dia tak mahu ambil tahu. Yang dia tahu hanya satu. Dia menyesa! Sungguh demi Tuhan dia terlalu menyesal dan terlalu risaukan keselamatan isteri dan anaknya.

Ya Allah Ya Tuhanku. Aku hambaMu yang telah mengufuri nikmatMu. Aku alpa dengan keegoan aku sendiri. Aku terlalu berbangga menzalimi anugerah yang kau hadiahkan buatku Ya Allah. Sedangkan kau telah berikan aku dua anugerah yang terindah buat seorang insan bernama lelaki. Tetapi aku ini ego Ya Allah. Terlalu ego Ya Allah.. Ya Allah… aku memohon kepadaMu. Kembalikanlah mereka kepadaku Ya Allah. Kembalikanlah mereka kepadaku.

“Sir. I don’t think you should cry. Sir yang buat Tasha dalam keadaan ni. The truth is I don’t think that you deserve her. You hurt her too much than you make her happy.” Ara bersuara dengan perasaan marah terhadap Iskandar yang masih belum padam.

Kalaulah Iskandar melayan Natasha dengan baik pasti ini semua tidak akan terjadi. Natasha tak akan melarikan diri. Dan sahabat yang sangat disayanginya itu tak akan diculik. Iskandarlah penyebab segalanya. Dia sememangnya tidak layak untuk Natasha yang sangat baik itu!

“Ara. Cut it off!” Suara Faiq yang tegas tiba-tiba menyebabkan kata-kata Ara terputus di tengah jalan.

“What? Betul apa? Kalau Sir Is tak buat Tasha macam tu ini semua tak akan terjadi.” Ara cuba membela diri. Masih lagi dengan pandangannya yang satu itu.

“Ara… I said.. enough! Saya tak nak dengan benda-benda merepek macam tu lagi. Kalau tak awak boleh turun dekat sini.” Hentakan tangan Faiq di stereng kereta membuatkan Ara tergamam mengetap bibirnya.

Nampaknya Faiq benar-benar marah dengan tuduhan Ara itu. Masakan tidak. Wajah Iskandar yang disebelahnya kini sudah tidak seperti mendengar langsung suara-suara yang disekelilingnya. Iskandar benar-benar hanyut di dalam fikirannya sendiri. Dia langsung tidak menghiraukan tentang tuduhan Ara tadi. Yang dia lakukan hanyalah menangis dengan tangannya menggenggam erat telefon bimbitnya dengan mata yang terpejam rapat bibirnya pula terkumat kamit membisikkan zikir tanpa henti.

 Dia tahu Iskandar juga merasai kesakitannya. Kerana itulah dia menghalang Ara memarahi Iskandar. Iskandar sudah sedarkan kesalahannya. Mereka tiada hak untuk menghukum Iskandar. Yang mempunyai hak itu nanti ialah Natasha sama ada dia mahu memaafkan Iskandar atau tidak itu terpulang kepadanya.

“Ara call pihak polis sekarang. Beritahu mereka Tasha kat mana sekarang dan kita nak ke sana sekarang. Cakap jugak dekat mereka cuba track nombor telefon Tasha. Manalah tahu kalau-kalau GPS dia on. Sekarang!” Faiq memberi arahan kepada Ara. Faiq memandang Ara yang berada di belakang melalui cermin pandang belakang. Ara segera mengangguk dan terus mendail talian kecemasan.

Harapannya supaya pihak polis Berjaya sampai dahulu di villa itu sebelum mereka kerana perjalanan mereka ini mungkin akan memakan masa lebih setegah jam lagi untuk sampai ke sana. Lebih lambat mereka sampai lebih lambat tinggi risikonya terhadap Natasha.

Iskandar membuka matanya. Dia sekali lagi cuba menelefon Natasha. Dalam hatinya berdoa supaya panggilan itu disambut sekurang-kurangnya sekali. Supaya dia dapat mendengar suara isterinya lagi. supaya dia tahu bahawa Natasha masih berada di sana. Masih lagi berada di atas bumi yang sama dengannya. Masih lagi bernafas. Jantungnya berdegup kencang setiap kali mendengar deringan dari corong telefon bimbitnya. Namun panggian itu terputus begitu sahaja. Tiada yang menyambutnya. Dia mencuba beberapa kali lagi. Namun seperti tadi juga. Panggilan terputus tak berjawab.

Nafas Iskandar terasa terlalu berat untuk dilepaskan. Tasha dekat mana sayang? Masihkah Tasha bernafas lagi sayang? Abang terlalu risaukan sayang dan anak kita. Ya Allah kenapa semua ni berlaku? Siapa yang menculik isteriku? Aku memohon Ya Allah pulangkanlah mereka semula kepadaku Ya Allah.

Iskandar mencuba sekali lagi. Nafasnya dihela panjang. Jantungnya yang berdegup tanpa ritma cuba ditenangkan. Ya Allah tolonglah aku supaya panggilan ini disambut. Sekurang-kurangnya aku tahu keadaan isteriku. Tuutt… perlahan Iskandar melepaskan nafas. Tuutt… jantungnya berdegup dua detik. Tuutt…Clack.. nafas Iskandar seakan terhenti sebentar. Panggilan bersambut!

“Kau… memang tak tahu mengalah kan? Ha ha ha… aku dah kata. Tasha aku punya. Aku punya. Kenapa kau masih nak ganggu kami? Kenapa? Kau dah curi dia dari aku. Kau ambil hak aku. Kau nak isteri kau ni? Ha Ha Ha.. tak mungkin! Dia milik aku. Dulu aku dah kata Iskandar. Kebahagiaan kau tu sementara je. Kan sayang?” Bunyi seperti sesuatu yang berat diseret.

“Abang!! Abang tolong Tasha bang. Haikal… Arggghhh!!” Suara jeritan Natasha terputus begitu sahaja sebaik sahaja paggilan itu terputus di tengah jalan.

“Binatang kau Haikal. Tasha! Tasha! Tasha!” Iskandar menjerit-jerit memanggil nama isterinya. Dia cuba mendail lagi nombor telefon itu. Namun kali ini panggilan itu langsung tidak dapat disambungkan lagi.

 Haikal? Is? Haikal ke?” Soal Faiq cemas. Dia kenal siapa Haikal. Budak lelaki yang sering kelihatan seperti mermasalah di kolej. Kadangkala dia ada terlihat Haikal bercakap sendirian. Ara juga pernah menceritakan kepadanya tentang Haikal yang sangat meminati Natasha. Kenapalah dia langsung tak pernah terfikirkan bahawa Haikallah penculik itu.

Ara yang berada di tempat penumpang di belakang terkedu tanpa kata. Haikal? Kenapakah dia sanggup berbuat begini? Sampai sanggup menculik dan mengugut bunuh? Sebelum ini Haikal kan terlalu baik dengan Tasha? Kenapa dia sanggup nak cederakan Tasha?

“Lama lagi Iq?” Iskandar sudah tidak senang duduk lagi. dia perlu cepat sampai di villa itu. Natasha dalam bahaya.

“Lebih kurang lima belas minit lagi. Kau sabar Is. Aku cuba selaju mungkin. Insha Allah Tasha tak apa-apa. “ Tangan Faiq laju memutar stereng mengikut jalan yang berliku menuju ke puncak Cameron Highland. Keselamatan diri mereka sudah tidak dihiraukan lagi apa yang penting mereka cepat sampai ke sana.


Iskandar menggenggam penumbuknya. Haikal! Berani kau buat begini pada isteri aku! Berani kau! Tasha tunggu abang sayang. Sekejap saja lagi abang sampai. Abang akan selamatkan Tasha dan anak kita. Tunggu abang sayang.

Wednesday, January 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Alhamdulillah syukur pada Allah kita dapat bernafas dengan jerih lelah, tangis tawa dan jayanya sepanjang 2013.. jadi di sini saya Natasha Nadira Mohd Zulkifli (Bukan nama sebenar) mengucapkan selamat tahun baru.. atas izin Sang Pencipta semoga setiap jalan yang kita lalui.. setiap lorong yang kita pilih.. diberkati dan diterangi Allah SWT.. dan semoga setiap batil yang kita lakukan diampuni Allah dan diberikan petunjukNya.. insha Allah.. :)

Thursday, December 26

Assalamualaikum semua.. Pertama sekali saya nak minta maaf sbb lmbt sgt update.. Tp saya dh gnti dengan update 2 bab... Saya bersyukur kerana masih ada ramai yg sudi menunggu.. Dan terima kasih juga kerana sudi marah2 dan guna kata2 kasar.. Senang hati saya dapat pahala percuma.. Alhamdulillah...

So saya nak bg tahu.. I may not be able to update anything dlm masa terdekat ni sebab saya akan ada final exam dlm beberapa hari lg.. Insha Allah lepas habis final exam saya pulun habiskn lg beberapa bab.. Well yeah mcm yg ditanya ramai cerita ni mmg dh nk hbis sgt dh.. Is mati ye.. Hehehehe..

So see u next time xoxo

Tuesday, December 24

My Hubby My Lecturer!!! bab 47

Dia melangkah laju menjejaki seluruh ruang di universiti itu. Matanya liar mencari kelibat yang sedari tadi dia cari. Ke mana pula dia ini? Selalunya waktu-waktu begini dia ada di kampus. Tak kan tak datang kot hari ni. Hari ni kan hari khamis dia pasti ada kelas. Ya Allah mana dia ni?

Rambutnya diraup ke belakang dengan kasar. Hujan yang membasahi tubuhnya tidak dihiraukan. Matanya masih lagi menghala ke sana sini mencari sebatang tubuh itu. Ara! Mana kau ni! Iskandar mengeluh panjang. Dia memerah otak cuba mengingati jadual kelas Natasha kerana dia pasti Ara pasti sama jadualnya dengan Natasha. Hah! Dia ada kelas Management Information System pagi ni. Mesti dengan Dr. Ramli.

Iskandar segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek. Mujur telefon bimbitnya tidak dibasahi hujan juga. Kalau tidak habislah rosak telefon bimbitnya itu. Tetapi buat masa ini dia tidak kisahkan semua itu. Yang dia tahu dia mahu mencari Ara dan bertanyakan keberadaan Natasha sekarang dia pasti Ara pasti tahu di mana Natasha sekarang.

Nombor telefon Dr. Ramli segera di dailnya. Dia ingin bertanyakan di manakah kelas itu berlangsung sekarang dan ingin meminta izin untuk bertemu dengan Ara. Sah dia sudah melanggar etika kerjanya selama ini. tetapi dia sudah tidak pedulikan semua itu. Yang penting matlamatnya tercapai ketika ini. Usai memutuskan panggilan Iskandar segera menuju ke dewan kuliah yang diberitahu oleh Dr. Ramli tadi. Dia perlu cepat tiba di dewan kuliah itu sebelum Ara habis kelas.


Ara terkejut besar bila jalannya dihalang Iskandar. Dia memandang ke kiri kanannya. Mujur hanya ada beberapa orang pelajar yang berada agak jauh dari mereka ketika itu. Kalau tidak pasti kecoh di universiti ini dia menggoda suami orang pula.  Eh nasi kandar ni main halang-halang jalan orang pula. Dah gila ke apa?

“Assalamualaikum Ara.” Iskandar memula kata. Di dalam mindanya sibuk menyusun ayat supaya Ara berlembut hati untuk memberitahu keberadaan Natasha kepadanya.

“Waalaikummusalam.” Jawab Ara sepatah. Dia tak kuasa untuk bersopan lagi dengan Iskandar. Dia sudah terlalu marah dengan Iskandar setiap kali dia melihat air mata Natasha. Datang ni mesti kes nak tanya aku Tasha kat manalah tu. Sorry ye nasi kandar. Aku tak akan bagitahu. Carilah kau sendiri.

“Err… Ara. Awak pasti tahu Tasha kat mana sekarang. Saya mohon awak tolonglah beritahu dia kat mana.” Iskandar bersuara dengan nada selembut mungkin supaya Ara sedar akan keikhlasan hatinya.

“Apasal Sir nak cari dia? Nak buat apa? Nak sakitkan hati dia lagi? kenapa? Tak puas lagi sakitkan hati dia teruk-teruk? Nak tambah sakit lagi?” Ara terus menyerang Iskandar bertubi-tubi.

Dia tidak peduli lagi siapa Iskandar. baginya buat apa dia menghormati orang yang tidak tahu menghormati orang lain. Masih dia ingat derita yang di alami Natasha sejak sebulan lalu. Sudah berkali-kali dia menasihati Natasha supaya meninggalkan Iskandar sahaja. Tetapi sahabatnya itu terlalu mencintai lelaki ini. 

Kalau diikutkan hatinya.Mahu sahaja dia menampar wajah Iskandar di hadapannya kini. Mujur dia dapat menyabarkan hatinya ketika ini. mengingati Natasha membuatkan dia berasa sedih berserta marah yang teramat. Matanya merah menahan rasa marah dan tangisan.

“Nope. Ara. Ara listen. Saya bukan nak sakitkan hati dia. Saya nak minta maaf dengan dia. Tolonglah Ara. Saya dah tak tahu nak tanya pada siapa lagi. Saya menyesal dengan apa yang saya buat. Tolonglah Ara. Saya perlukan Tasha dalam hidup saya. Tolonglah Ara.” Iskandar merayu sepenuh perasaan. Kedua belah tangannya dirapatkan dengan wajah yang sangat sayu.

“Untuk apa Sir? Tak payahlah dia dah gembira dekat sana. Tak payahlah Sir nak cari dia. Sir kan lebih senang hidup sendiri. Sir yang kata macam tu dekat dia kan?” Ara masih tidak mahu mengalah. Kalau nanti dia akan terberitahu juga keberadaan Natasha sekarang sekurang-kurangnya dia sudah melepaskan kemarahannya kepada Iskandar.

“Tak Ara. Saya janji atas nama Allah saya tak akan sakiti dia lagi. Saya cintakan dia Ara. Hanya Allah yang tahu bertapa saya cintakan dia. Jadi tolonglah Ara beritahu saya di mana Tasha. Tolonglah. Kalau awak nak saya berlutut di kaki awak sekarang pun saya sanggup. Tolonglah.” Iskandar sudah semakin tidak keruan. Kali ini dia sudah tidak peduli jika dia terpaksa berlutut di hadapan Ara sekalipun. Biarlah apa akan orang kata. Yang pastinya dia dapat berjumpa dengan isterinya semula itu sahaja harapannya.

Ara mendongak memandang Iskandar dari atas ke bawah. Kacak kau ni. Tinggi lampai. Muka memang boleh mencairkan hati semua orang.  Tapi masalahnya hati kau ni macam apa je. Sesedap rasa nak sakitkan hati orang. Sesedap rasa je nak buang orang sana sini. Dia ingat Tasha tu apa? Anak patung tak ada perasaan ke? Suka hati dia je nak sakitkan. Eisshh.. makin aku tengok dia makin meluat aku rasa. Hati oh hati sabarlah jangan nak marah je. Jangan sampai kau maki dia pulak.

“Macam ni lah Sir. Disebabkan saya tersangatlah meluat nak pandang muka Sir sekarang ni saya cadangkan Sir pergi jumpa dengan Sir Faiq. Dia tahu Tasha kat mana. Dan saya rasa lebih baik Sir pergi sekarang sebelum saya mula maki Sir sebab saya rasa semakin saya pandang muka Sir semakin saya marah. Jadi sir pergilah cari Sir Faiq kalau nak tahu Tasha kat mana. Bye. Assalamualaikum.” Ujar Ara sebelum berlalu pergi dari situ.

Dia sudah tak mampu bertahan lagi di situ. Dia sudah terlalu bengang melihat wajah Iskandar walaupun dia terpaksa akui Iskandar keikhlasan Iskandar jelas kelihatan. Biarlah dia susah sikit. Padan muka dia. Dah buat perangai tanggunglah akibat dia. Dia ingat apa? Dah buang Tasha tu sana sini senang-senang nak cari balik? Sorry sikit. Nak aku tolong memang aku tak hinginlah nak tolong. Rasakanlah sendiri macam mana sakitnya hati Tasha masa dia ada tapi macam tak ada hari tu.  Biar dia sedar salah dia pada orang lain. Biar dia tengok sendiri bertapa teruk dia belasah Sir Faiq. Biar dia minta maaf sendiri dengan orang yang dia dah buat salah. Padan muka dia.

Iskandar cuba mengejar Ara. Tapi langkahnya kaku di situ. Dia hanya mampu memandang Ara berjalan memegang payung membelah hujan. Sebenarnya dia tergamam mendengar kata-kata Ara. Benar. Siapa saja yang mengetahui bertapa sakitnya Natasha pasti akan berasa marah dengannya. Tak apalah dia sanggup menanggung seribu kemarahan dari orang lain jika itu bayaran yang perlu dia berikan untuk menemui Natasha. Dia rela. Iskandar meraup mukanya sekali lagi sekadar untuk menghilangkan air hujan di mukanya buat sementara waktu.

 Air hujan yang menimpa dirinya ketika itu sudah tidak dihiraukannya. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan jiwanya yang serabut ketika ini. Sebenarnya dia malu untuk bertemu dengan Faiq setelah apa yang berlaku di antara mereka. Tetapi kepada siapa lagi perlu dia bertanya. Pak Ali dan Mak Timah juga sudah tiada di rumah. Pasti mereka berdua pergi bersama dengan Natasha juga.

Sudah puas dia cuba menelefon mereka semua. tetapi panggilannya tidak dapat disambungkan kerana telefon mereka dimatikan.Iskandar menarik nafas panjang. Aku perlu berjumpa Faiq. Tak kisahlah dia nak kata apa. Yang penting aku dapat jumpa Tasha semula. Sayang tunggu abang ye. abang akan berusaha cari Tasha. Kita bina hidup baru ye sayang.



Faiq melangkah menuju ke arah pintu rumahnya. Dia pasti Iskandar yang berada di luar pintu itu. Tadi Ara ada memberitahunya Iskandar pasti akan datang menemuinya. Dia melihat dari skrin di tepi dinding. Benar. Iskandar yang sedang berdiri di luar rumahnya. Dia mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana Iskandar sememangnya berusaha untuk mencari Natasha yang hilang. Dia berazam untuk membantu Iskandar jika Iskandar benar-benar ingin mencari Natasha.

“Assalamualaikum.” Iskandar memberi salam sebaik sahaja Faiq membuka pintu. Dia mengurut sedikit belakang tengkuknya sekadar untuk berbuat sesuatu untuk menghilangkan kekoknya ketika itu.

Dia memandang ke seluruh wajah Faiq. Ya Allah. Teruknya luka dan lebam dia. Apa yang aku dah buat pada kawan baik aku ni. Ya Allah bertapa teruknya aku ni. Dah terlalu ramai yang aku lukakan. Dah terlalu banyak hati yang aku sakiti. Kasihan mereka. Ampunkan aku Ya Allah.

“Waalaikummusalam. Masuklah Is.” Faiq menjawab salam Iskandar dengan senyuman di wajahnya. Dia segera memberi laluan untuk Iskandar masuk ke dalam rumah. Namun dahinya berkerut apabila Iskandar hanya terkaku di tempatnya berdiri.

Iskandar melangkah setapak ke hadapan. Bibirnya diketap kuat. Hanya Allah yang tahu bertapa jiwanya diamuk perasaan bersalah ketika itu. Lebam dan luka yang teruk di wajah Faiq itu diperhatikan satu persatu. Patutlah bila dia mencari Faiq di pejabatnya tadi dia dimaklumkan bahawa Faiq bercuti sakit selama seminggu. Rupanya dialah penyebab Faiq terpaksa bercuti. Dia mengekori Faiq masuk ke dalam rumah.

“Faiq… aku minta maaf sebab buat kau sampai macam ni. Aku salah faham dengan kau. Aku tuduh kau bukan-bukan. Lepas tu aku belasah kau pulak. Maafkan aku.” Tangan Faiq diraih dan digenggam dengan penuh rasa bersalah. Faiq membalas genggamannya dengan senyuman.

“Is. Kau tak payah minta maaf. Aku tak kisah pun jadi macam ni. Asalkan kau sedar dengan kesilapan kau pada Tasha aku dah lega dah. Kau kawan baik aku Is dari kita kecil kita dah kawan. Aku tak sanggup tengok kau terus hanyut dengan kesilapan kau.” Faiq bersuara seikhlas hati.

Dia sangat bersyukur bila mendengar khabar dari Ara bahawa Iskandar sudah sedar dengan kesilapannya. Biarlah Ara tidak mahu membantunya dia tak kisah. Dia sanggup membantu Iskandar. Dia ingin melihat sahabat baiknya itu bahagia. Dia tidak mahu melihat Iskandar yang suatu masa dahulu pernah menjadi seperti manusia yang tiada perasaan setelah kematian Intan. Dia ingin melihat senyuman Iskandar yang pernah dia lihat ketika Iskandar bersama Natasha dahulu.

“Terima kasih Faiq. Terima kasih.  Aku minta maaf sangat-sangat atas semua yang aku dah buat pada kau sampai kau luka-luka, lebam-lebam macam ni. Aku minta maaf.”

“Eh eh kau ni. Cakap macamlah kau dah belasah aku teruk sangat. Sorry sikit ek. Bukannya aku tak boleh lawan kau. Aku sengaja je bagi kau peluang belasah aku. Maklumlah hero novel kenalah menang kan.” Faiq menyiku lembut perut Iskandar sebelum kedua-dua mereka ketawa besar. Lebih kerana ketawa kelegaan kerana persahabatan mereka telah kembali pulih.

“So kau datang sini sebab nak cari Tasha kan?” Soal Faiq mematikan tawa Iskandar.

 Iskandar segera mengangguk.

“Kalau aku tak nak bagitahu macam mana? Tadi Ara pesan kat aku supaya aku jangan bagitahu kau kat mana.” Faiq sekadar menguji Iskandar yang tampak sangat berharap ketika itu.

“Bro. tolonglah. Kaulah satu-satunya harapan yang tinggal untuk aku jumpa Tasha. Aku dah tak tahu nak cari dia kat mana lagi dah. Semua orang tak nak bantu aku. Aku merayu dengan kau.” rayu Iskandar. kalau perlu mahu saja dia melutut di kaki Faiq ketika itu.

Iskandar duduk perlahan di atas sofa di ruang tamu rumah Faiq itu. Dia terasa lemah untuk berdiri. Terasa seperti harapannya yang agak bersinar tadi kelam semula. Hanya satu yang dia pasti dia perlu lakukan. Dia perlu merayu dengan Faiq.

“Ha ha ha bro. Dah.. dah… tak payah nak buat muka syahdu hang tu. Tu hang pi masuk bilik sana mandi tukaq baju. Hang dah basah kuyup ni. Lepas tu kita solat Jemaah sama. Lepas tu baru kita pi cari Tasha sama-sama naa.. “ kata Faiq yang akhirnya kembali dengan lumrahnya yang biasa iaitu tak dapat lari dari loghat kedahnya lebih dari lima minit perbualan.

Iskandar segera berpaling memandang Faiq dengan rasa yang tidak percaya. Benarkah apa yang dia dengar. Faiq bersetuju untuk membantunya? Alhamdulillah… doanya dimakhbulkan Allah. Akhirnya sahabat baiknya ini sanggup juga membantunya mencari isterinya. Iskandar segera bangun dan memeluk Faiq. Dahi Faiq dikucup berkali-kali sambil mengucapkan terima kasih sebelum melepaskan tawa.

“Hoi.. hoi.. hoi.. Geli aku. Wei. Sudahlah wei. Aku bukan gay lah. Gelilah hang ni.” Faiq menolak kuat Iskandar sebelum sama-sama ketawa besar.


Iskandar memasukkan sebelum meminum air di dalam gelas ditangannya. Faiq yang sudah menuju ke pintu dipandangnya sekali lalu. Gelas di tangannya segera dibasuh sebelum dia juga menuju kearah pintu. Langkahnya dimulakan dengan Bismillah. Niatnya semoga perjalanannya menjemput isterinya berjalan lancar dan Natasha akan bersetuju untuk pulang bersamanya nanti.

Tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek berbunyi nyaring. Iskandar segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek. Dia terkedu melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya. Cinta. Iya. Itu nama Natashay yang disimpannya di dalam telefon. Dia memandang ke arah Faiq yang sedang khusyuk memandangnya. Kening Faiq diangkat sedikit menanyakan siapa yang menelefon. Iskandar segera memberi isyarat bahawa Natasha yang menelefon. Dan Faiq hanya membalasnya dengan sengihan yang lebar.

Iskandar menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan telefon itu. Bismillah dilafazkannya dengan harapan segala perbualan mereka akan tenang.

“Assalamualaikum cinta.” Iskandar memula kata.

Sunyi.

“Cinta.” Iskandar memanggil lagi.

“Arrrgggghhhhh!!!!” Iskandar terkedu. Suara jeritan nyaring dari dalam telefon itu. Itu suara Natasha. Benar! Dia kenal dengan suara itu. Itu suara isterinya. Ya Allah apa yang telah terjadi?

“Tasha! Tasha! Hello! Tasha! Tasha kenapa ni! Hello! Apa yang dah jadi cinta. Tasha!” Iskandar menjadi kalut. Dia turut menjerit-jerit memanggil nama isterinya dari sini. Masih tiada sahutan. Yang ada hanya bunyi gema seperti orang berjalan.

Faiq mendekati Iskandar. Dia menjadi khuatir dengan keadaan Iskandar yang menjerit-jerit memanggil Natasha. Kenapa dengan Is ni? Tiba-tiba menjerit-jerit.

“Kenapa Is?”

“Ada suara Tasha menjerit dari sana. Hello Tasha. Jawab sayang. Tasha. Jangan buat abang risau sayang. Tolonglah cinta. Jawab. Kenapa ni sayang.” Iskandar membuka telefon bimbitnya kepada mode pembesar suara supaya Faiq juga dapat mendengar.

“Ha ha ha… Kau panggil dia cinta? Kau tak cintakan dia pun. Aku yang cintakan dia… dia… akan jadi milik aku… anak dia aku akan bunuh… sebab itu bukan anak aku… Sayang ucap selamat malam sekarang pada jantan keparat tu.” Satu suara yang tidak dikenali kedengaran dari sebelah sana. Iskandar menggenggam kuat telefon bimbitnya yang hampir terjatuh.


Dan sekali lagi bunyi jeritan nyaring Natasha memanggil namanya sebelum talian dimatikan…