Dia melangkah laju menjejaki seluruh ruang di universiti itu. Matanya
liar mencari kelibat yang sedari tadi dia cari. Ke mana pula dia ini? Selalunya
waktu-waktu begini dia ada di kampus. Tak kan tak datang kot hari ni. Hari ni
kan hari khamis dia pasti ada kelas. Ya Allah mana dia ni?
Rambutnya diraup ke belakang dengan kasar. Hujan yang membasahi tubuhnya
tidak dihiraukan. Matanya masih lagi menghala ke sana sini mencari sebatang
tubuh itu. Ara! Mana kau ni! Iskandar mengeluh panjang. Dia memerah otak cuba
mengingati jadual kelas Natasha kerana dia pasti Ara pasti sama jadualnya
dengan Natasha. Hah! Dia ada kelas Management Information System pagi ni.
Mesti dengan Dr. Ramli.
Iskandar segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek. Mujur telefon
bimbitnya tidak dibasahi hujan juga. Kalau tidak habislah rosak telefon
bimbitnya itu. Tetapi buat masa ini dia tidak kisahkan semua itu. Yang dia tahu
dia mahu mencari Ara dan bertanyakan keberadaan Natasha sekarang dia pasti Ara
pasti tahu di mana Natasha sekarang.
Nombor telefon Dr. Ramli segera di dailnya. Dia ingin bertanyakan di
manakah kelas itu berlangsung sekarang dan ingin meminta izin untuk bertemu
dengan Ara. Sah dia sudah melanggar etika kerjanya selama ini. tetapi dia sudah
tidak pedulikan semua itu. Yang penting matlamatnya tercapai ketika ini. Usai memutuskan
panggilan Iskandar segera menuju ke dewan kuliah yang diberitahu oleh Dr. Ramli
tadi. Dia perlu cepat tiba di dewan kuliah itu sebelum Ara habis kelas.
Ara terkejut besar bila jalannya dihalang Iskandar. Dia memandang ke kiri
kanannya. Mujur hanya ada beberapa orang pelajar yang berada agak jauh dari
mereka ketika itu. Kalau tidak pasti kecoh di universiti ini dia menggoda suami
orang pula. Eh nasi kandar ni main halang-halang
jalan orang pula. Dah gila ke apa?
“Assalamualaikum Ara.” Iskandar memula kata. Di dalam mindanya sibuk
menyusun ayat supaya Ara berlembut hati untuk memberitahu keberadaan Natasha
kepadanya.
“Waalaikummusalam.” Jawab Ara sepatah. Dia tak kuasa untuk bersopan lagi
dengan Iskandar. Dia sudah terlalu marah dengan Iskandar setiap kali dia
melihat air mata Natasha. Datang ni mesti kes nak tanya aku Tasha kat manalah
tu. Sorry ye nasi kandar. Aku tak akan bagitahu. Carilah kau sendiri.
“Err… Ara. Awak pasti tahu Tasha kat mana sekarang. Saya mohon awak
tolonglah beritahu dia kat mana.” Iskandar bersuara dengan nada selembut
mungkin supaya Ara sedar akan keikhlasan hatinya.
“Apasal Sir nak cari dia? Nak buat apa? Nak sakitkan hati dia lagi?
kenapa? Tak puas lagi sakitkan hati dia teruk-teruk? Nak tambah sakit lagi?”
Ara terus menyerang Iskandar bertubi-tubi.
Dia tidak peduli lagi siapa Iskandar. baginya buat apa dia menghormati
orang yang tidak tahu menghormati orang lain. Masih dia ingat derita yang di alami
Natasha sejak sebulan lalu. Sudah berkali-kali dia menasihati Natasha supaya
meninggalkan Iskandar sahaja. Tetapi sahabatnya itu terlalu mencintai lelaki
ini.
Kalau diikutkan hatinya.Mahu sahaja dia menampar wajah Iskandar di hadapannya kini. Mujur dia dapat menyabarkan hatinya ketika ini. mengingati Natasha membuatkan dia berasa sedih berserta marah yang teramat. Matanya merah menahan rasa marah dan tangisan.
Kalau diikutkan hatinya.Mahu sahaja dia menampar wajah Iskandar di hadapannya kini. Mujur dia dapat menyabarkan hatinya ketika ini. mengingati Natasha membuatkan dia berasa sedih berserta marah yang teramat. Matanya merah menahan rasa marah dan tangisan.
“Nope. Ara. Ara listen. Saya bukan nak sakitkan hati dia. Saya nak minta
maaf dengan dia. Tolonglah Ara. Saya dah tak tahu nak tanya pada siapa lagi.
Saya menyesal dengan apa yang saya buat. Tolonglah Ara. Saya perlukan Tasha
dalam hidup saya. Tolonglah Ara.” Iskandar merayu sepenuh perasaan. Kedua belah
tangannya dirapatkan dengan wajah yang sangat sayu.
“Untuk apa Sir? Tak payahlah dia dah gembira dekat sana. Tak payahlah Sir
nak cari dia. Sir kan lebih senang hidup sendiri. Sir yang kata macam tu dekat
dia kan?” Ara masih tidak mahu mengalah. Kalau nanti dia akan terberitahu juga
keberadaan Natasha sekarang sekurang-kurangnya dia sudah melepaskan
kemarahannya kepada Iskandar.
“Tak Ara. Saya janji atas nama Allah saya tak akan sakiti dia lagi. Saya
cintakan dia Ara. Hanya Allah yang tahu bertapa saya cintakan dia. Jadi tolonglah
Ara beritahu saya di mana Tasha. Tolonglah. Kalau awak nak saya berlutut di
kaki awak sekarang pun saya sanggup. Tolonglah.” Iskandar sudah semakin tidak
keruan. Kali ini dia sudah tidak peduli jika dia terpaksa berlutut di hadapan
Ara sekalipun. Biarlah apa akan orang kata. Yang pastinya dia dapat berjumpa
dengan isterinya semula itu sahaja harapannya.
Ara mendongak memandang Iskandar dari atas ke bawah. Kacak kau ni.
Tinggi lampai. Muka memang boleh mencairkan hati semua orang. Tapi masalahnya hati kau ni macam apa je.
Sesedap rasa nak sakitkan hati orang. Sesedap rasa je nak buang orang sana
sini. Dia ingat Tasha tu apa? Anak patung tak ada perasaan ke? Suka hati dia je
nak sakitkan. Eisshh.. makin aku tengok dia makin meluat aku rasa. Hati oh hati
sabarlah jangan nak marah je. Jangan sampai kau maki dia pulak.
“Macam ni lah Sir. Disebabkan saya tersangatlah meluat nak pandang muka
Sir sekarang ni saya cadangkan Sir pergi jumpa dengan Sir Faiq. Dia tahu Tasha
kat mana. Dan saya rasa lebih baik Sir pergi sekarang sebelum saya mula maki
Sir sebab saya rasa semakin saya pandang muka Sir semakin saya marah. Jadi sir
pergilah cari Sir Faiq kalau nak tahu Tasha kat mana. Bye. Assalamualaikum.”
Ujar Ara sebelum berlalu pergi dari situ.
Dia sudah tak mampu bertahan lagi di situ. Dia sudah terlalu bengang
melihat wajah Iskandar walaupun dia terpaksa akui Iskandar keikhlasan Iskandar
jelas kelihatan. Biarlah dia susah sikit. Padan muka dia. Dah buat perangai
tanggunglah akibat dia. Dia ingat apa? Dah buang Tasha tu sana sini senang-senang
nak cari balik? Sorry sikit. Nak aku tolong memang aku tak hinginlah nak
tolong. Rasakanlah sendiri macam mana sakitnya hati Tasha masa dia ada tapi
macam tak ada hari tu. Biar dia sedar salah
dia pada orang lain. Biar dia tengok sendiri bertapa teruk dia belasah Sir
Faiq. Biar dia minta maaf sendiri dengan orang yang dia dah buat salah. Padan muka
dia.
Iskandar cuba mengejar Ara. Tapi langkahnya kaku di situ. Dia hanya
mampu memandang Ara berjalan memegang payung membelah hujan. Sebenarnya dia tergamam
mendengar kata-kata Ara. Benar. Siapa saja yang mengetahui bertapa sakitnya
Natasha pasti akan berasa marah dengannya. Tak apalah dia sanggup menanggung
seribu kemarahan dari orang lain jika itu bayaran yang perlu dia berikan untuk
menemui Natasha. Dia rela. Iskandar meraup mukanya sekali lagi sekadar untuk
menghilangkan air hujan di mukanya buat sementara waktu.
Air hujan yang menimpa dirinya
ketika itu sudah tidak dihiraukannya. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan
jiwanya yang serabut ketika ini. Sebenarnya dia malu untuk bertemu dengan Faiq
setelah apa yang berlaku di antara mereka. Tetapi kepada siapa lagi perlu dia
bertanya. Pak Ali dan Mak Timah juga sudah tiada di rumah. Pasti mereka berdua
pergi bersama dengan Natasha juga.
Sudah puas dia cuba menelefon mereka semua. tetapi panggilannya tidak
dapat disambungkan kerana telefon mereka dimatikan.Iskandar menarik nafas
panjang. Aku perlu berjumpa Faiq. Tak kisahlah dia nak kata apa. Yang penting
aku dapat jumpa Tasha semula. Sayang tunggu abang ye. abang akan berusaha cari
Tasha. Kita bina hidup baru ye sayang.
Faiq melangkah menuju ke arah pintu rumahnya. Dia pasti Iskandar yang
berada di luar pintu itu. Tadi Ara ada memberitahunya Iskandar pasti akan
datang menemuinya. Dia melihat dari skrin di tepi dinding. Benar. Iskandar yang
sedang berdiri di luar rumahnya. Dia mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana
Iskandar sememangnya berusaha untuk mencari Natasha yang hilang. Dia berazam
untuk membantu Iskandar jika Iskandar benar-benar ingin mencari Natasha.
“Assalamualaikum.” Iskandar memberi salam sebaik sahaja Faiq membuka
pintu. Dia mengurut sedikit belakang tengkuknya sekadar untuk berbuat sesuatu
untuk menghilangkan kekoknya ketika itu.
Dia memandang ke seluruh wajah Faiq. Ya Allah. Teruknya luka dan lebam
dia. Apa yang aku dah buat pada kawan baik aku ni. Ya Allah bertapa teruknya
aku ni. Dah terlalu ramai yang aku lukakan. Dah terlalu banyak hati yang aku
sakiti. Kasihan mereka. Ampunkan aku Ya Allah.
“Waalaikummusalam. Masuklah Is.” Faiq menjawab salam Iskandar dengan
senyuman di wajahnya. Dia segera memberi laluan untuk Iskandar masuk ke dalam
rumah. Namun dahinya berkerut apabila Iskandar hanya terkaku di tempatnya
berdiri.
Iskandar melangkah setapak ke hadapan. Bibirnya diketap kuat. Hanya Allah
yang tahu bertapa jiwanya diamuk perasaan bersalah ketika itu. Lebam dan luka
yang teruk di wajah Faiq itu diperhatikan satu persatu. Patutlah bila dia
mencari Faiq di pejabatnya tadi dia dimaklumkan bahawa Faiq bercuti sakit
selama seminggu. Rupanya dialah penyebab Faiq terpaksa bercuti. Dia mengekori
Faiq masuk ke dalam rumah.
“Faiq… aku minta maaf sebab buat kau sampai macam ni. Aku salah faham
dengan kau. Aku tuduh kau bukan-bukan. Lepas tu aku belasah kau pulak. Maafkan
aku.” Tangan Faiq diraih dan digenggam dengan penuh rasa bersalah. Faiq membalas
genggamannya dengan senyuman.
“Is. Kau tak payah minta maaf. Aku tak kisah pun jadi macam ni. Asalkan
kau sedar dengan kesilapan kau pada Tasha aku dah lega dah. Kau kawan baik aku
Is dari kita kecil kita dah kawan. Aku tak sanggup tengok kau terus hanyut
dengan kesilapan kau.” Faiq bersuara seikhlas hati.
Dia sangat bersyukur bila mendengar khabar dari Ara bahawa Iskandar
sudah sedar dengan kesilapannya. Biarlah Ara tidak mahu membantunya dia tak
kisah. Dia sanggup membantu Iskandar. Dia ingin melihat sahabat baiknya itu
bahagia. Dia tidak mahu melihat Iskandar yang suatu masa dahulu pernah menjadi
seperti manusia yang tiada perasaan setelah kematian Intan. Dia ingin melihat
senyuman Iskandar yang pernah dia lihat ketika Iskandar bersama Natasha dahulu.
“Terima kasih Faiq. Terima kasih. Aku minta maaf sangat-sangat atas semua yang
aku dah buat pada kau sampai kau luka-luka, lebam-lebam macam ni. Aku minta
maaf.”
“Eh eh kau ni. Cakap macamlah kau dah belasah aku teruk sangat. Sorry sikit
ek. Bukannya aku tak boleh lawan kau. Aku sengaja je bagi kau peluang belasah
aku. Maklumlah hero novel kenalah menang kan.” Faiq menyiku lembut perut
Iskandar sebelum kedua-dua mereka ketawa besar. Lebih kerana ketawa kelegaan
kerana persahabatan mereka telah kembali pulih.
“So kau datang sini sebab nak cari Tasha kan?” Soal Faiq mematikan tawa
Iskandar.
Iskandar segera mengangguk.
“Kalau aku tak nak bagitahu macam mana? Tadi Ara pesan kat aku supaya
aku jangan bagitahu kau kat mana.” Faiq sekadar menguji Iskandar yang tampak sangat
berharap ketika itu.
“Bro. tolonglah. Kaulah satu-satunya harapan yang tinggal untuk aku
jumpa Tasha. Aku dah tak tahu nak cari dia kat mana lagi dah. Semua orang tak
nak bantu aku. Aku merayu dengan kau.” rayu Iskandar. kalau perlu mahu saja dia
melutut di kaki Faiq ketika itu.
Iskandar duduk perlahan di atas sofa di ruang tamu rumah Faiq itu. Dia
terasa lemah untuk berdiri. Terasa seperti harapannya yang agak bersinar tadi
kelam semula. Hanya satu yang dia pasti dia perlu lakukan. Dia perlu merayu
dengan Faiq.
“Ha ha ha bro. Dah.. dah… tak payah nak buat muka syahdu hang tu. Tu
hang pi masuk bilik sana mandi tukaq baju. Hang dah basah kuyup ni. Lepas tu
kita solat Jemaah sama. Lepas tu baru kita pi cari Tasha sama-sama naa.. “ kata
Faiq yang akhirnya kembali dengan lumrahnya yang biasa iaitu tak dapat lari
dari loghat kedahnya lebih dari lima minit perbualan.
Iskandar segera berpaling memandang Faiq dengan rasa yang tidak percaya.
Benarkah apa yang dia dengar. Faiq bersetuju untuk membantunya? Alhamdulillah…
doanya dimakhbulkan Allah. Akhirnya sahabat baiknya ini sanggup juga membantunya
mencari isterinya. Iskandar segera bangun dan memeluk Faiq. Dahi Faiq dikucup
berkali-kali sambil mengucapkan terima kasih sebelum melepaskan tawa.
“Hoi.. hoi.. hoi.. Geli aku. Wei. Sudahlah wei. Aku bukan gay lah. Gelilah
hang ni.” Faiq menolak kuat Iskandar sebelum sama-sama ketawa besar.
Iskandar memasukkan sebelum meminum air di dalam gelas ditangannya. Faiq
yang sudah menuju ke pintu dipandangnya sekali lalu. Gelas di tangannya segera
dibasuh sebelum dia juga menuju kearah pintu. Langkahnya dimulakan dengan
Bismillah. Niatnya semoga perjalanannya menjemput isterinya berjalan lancar dan
Natasha akan bersetuju untuk pulang bersamanya nanti.
Tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek berbunyi nyaring.
Iskandar segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek. Dia terkedu
melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya. Cinta. Iya. Itu nama Natashay
yang disimpannya di dalam telefon. Dia memandang ke arah Faiq yang sedang
khusyuk memandangnya. Kening Faiq diangkat sedikit menanyakan siapa yang
menelefon. Iskandar segera memberi isyarat bahawa Natasha yang menelefon. Dan Faiq
hanya membalasnya dengan sengihan yang lebar.
Iskandar menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan telefon itu. Bismillah
dilafazkannya dengan harapan segala perbualan mereka akan tenang.
“Assalamualaikum cinta.” Iskandar memula kata.
Sunyi.
“Cinta.” Iskandar memanggil lagi.
“Arrrgggghhhhh!!!!” Iskandar terkedu. Suara jeritan nyaring dari dalam
telefon itu. Itu suara Natasha. Benar! Dia kenal dengan suara itu. Itu suara
isterinya. Ya Allah apa yang telah terjadi?
“Tasha! Tasha! Hello! Tasha! Tasha kenapa ni! Hello! Apa yang dah jadi
cinta. Tasha!” Iskandar menjadi kalut. Dia turut menjerit-jerit memanggil nama
isterinya dari sini. Masih tiada sahutan. Yang ada hanya bunyi gema seperti
orang berjalan.
Faiq mendekati Iskandar. Dia menjadi khuatir dengan keadaan Iskandar
yang menjerit-jerit memanggil Natasha. Kenapa dengan Is ni? Tiba-tiba
menjerit-jerit.
“Kenapa Is?”
“Ada suara Tasha menjerit dari sana. Hello Tasha. Jawab sayang. Tasha. Jangan
buat abang risau sayang. Tolonglah cinta. Jawab. Kenapa ni sayang.” Iskandar membuka
telefon bimbitnya kepada mode pembesar suara supaya Faiq juga dapat mendengar.
“Ha ha ha… Kau panggil dia cinta? Kau tak cintakan dia pun. Aku yang
cintakan dia… dia… akan jadi milik aku… anak dia aku akan bunuh… sebab itu
bukan anak aku… Sayang ucap selamat malam sekarang pada jantan keparat tu.” Satu
suara yang tidak dikenali kedengaran dari sebelah sana. Iskandar menggenggam
kuat telefon bimbitnya yang hampir terjatuh.
Dan sekali lagi bunyi jeritan nyaring Natasha memanggil namanya sebelum talian dimatikan…
isk2x.. gempak lah.. mmg mental betol budak tu ek... v.good.. ;-)
ReplyDeletebestnya....cpt la smbgn die,,,
ReplyDeleteaduhh suspen betul..x sabar nak tunggu sambungannya..cik penulis cpt sambung ye..
ReplyDeleteCerita ni dah nak habis ke?
ReplyDeletehhehe..BEST
ReplyDeletethumbs up! im waiting 4 da next n3 :)
ok tunggu versi cetakan...hahaha
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeleteHi cik writer..Tq updated chptr 46 & 47 suspen n xsabar nk tau nx chaptr.
ReplyDeletewow suspense nie, siapa kah gerangan disana, psyco manalah pulak tu.
ReplyDeletewah...terbaik..!!! larh...x sabar betol nk tau chapter lps ni...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesis ape tajuk lagu blog nie ae?! best lh lgu dia...btw cerita makin best! keep up sis...moga-II dpt dibukukan...nak kumpul! hoho...thanks for the two chapter,sis :)
ReplyDeletekak, janganlah buat semua orang macam ni. terbaik giler plus nak lagi!!
ReplyDeletebila nak update bab 48? nak tahu cerita yg selanjutnya...best sgt :)
ReplyDeleteakakk... cpatlh update ye. xsbar tunggu yg slanjutnye. Best sngt... :)
ReplyDeleterabbuna yusahhil :)
Takotnya...sian tasha :( thanks akak, best sngt cite ni :)
ReplyDeletebest nak lagi.. semuga Is dan Tasha dapat kembali hidup
ReplyDeletebersama sebagai satu keluarga yg bahagia.
Plese sambung cik penulis!!!
ReplyDeleteBEST
Akk bile nk update Bab 48? Minggu depan sye kne balik asrama mcm ne nk bace... ^____^ =)
ReplyDeletei love this novel.. jalan cerita yang menarik.. penuh dengan tanda tanya. buat semua org tertanya,' eh apa jadi erk??"
ReplyDeletetahniah.. teruskan usaha anda natasha nadira!
saya sangat2 minat dgn novel akak ni...stiap hari saya pasti tgk blog akak...x sabar nak tggu bab 48...harap akak akan upload novel ni dgn segera kerana rasa dah x sabar nak tggu apa yang bakal jadi...teruskan usaha akak dalam menghasilkan novel2 yg menarik...terima kasih juga kerana berjaya menghasilkan jalan cerita yang menarik dan penuh unsur2 saspen...chaiyok2...aja2 fighting...keep it up..=)
ReplyDeleteBila ada chapter28...huhu..excited ni
ReplyDeletehuhuhu , bila nak sambung ni sis . da takk sabar nak tahu kesudahan dia :D
ReplyDeleteapepun ceta neh memang besh
Cik Natasha bila nak update bab baru xsabar le...plz....plz....plz...
ReplyDelete