“Nad! Kau meh sini, tengok ni. Gila kau. Apesal
tak pasal-pasal aku dapat tawaran belajar di Korea ni? Ni ada orang sengaja nak
prank aku ke ni? cuba kau tangok sini! Cepat!” Teriak Dira berkali-kali
memanggil sahabatnya Nadia yang sedang sibuk melipat kain.
“Yang engkau ni dah
kenapa? Apa ke yang memekak sangatnya? Kejap-kejap… Hah! apehalnya?” bebel
Nadia yang bengang kerana kerjanya tergendala gara-gara panggilan Dira itu.
Dia melihat ke arah
skrin laptop yang ditunjukkan oleh Dira. Senyuman melebar di bibirnya. Ternyata
riak kepuasan jelas terpamer di wajahnya.
“Eh, kau dapat! Wah,
bagusnya! Haha … seronoknya. Dasyat gilalah.” Nadia terus berkata-kata dengan
volume yang tersangat tinggi.
“Dasyat apanya? Seronok
kat bahagian mana? Masa bila pulak aku buat permohonan pergi belajar kat Korea
pulak ni? Setahu aku aku kalau
permohonan belajar dekat Cardiff University yang kat London tu adalah aku buat.
Ni macam mana pulak aku tiba-tiba boleh dapat tawaran pergi Korea pulak ni? tak
paham betul aku.” Balas Dira dengan wajah yang jelas menunjukkan seribu
kemusykilan.
“Heheh.. sorry lah
bebeh. Actually aku yang buat application tu. Actually masa kita buat
application untuk Cardiff University tu aku buat sekali untuk Seoul University
yelah mana tau untung-untung kita dapat pergi sama-sama. Tapi aku pulak dapat
yang Cardiff University tu.” Nadia membuat pengakuan tanpa rasa bersalah.
“Untung-untung kau
cakap. Masalahnya sekarang dah tak untung dah ni. Kalau kau tak memandai buat
application tu aku tak payahlah pergi Korea tu. Kau bukan tak tau aku anti
giler dengan Korea bagai ni.”
Suka hati dia aje nak
buat permohonan tanpa kebenaran aku. Isyhh.. dia ni bukan tak tahu aku anti
giler dengan Korean influence sekarang ni. Nak-nak lagi dengan artis-artis
Korea. Tuhah… Super Junior tu ada ke
pakai kepak sana sini angel lah konon. Pondan ke apa? HUH! Dira bermonolog
sendiri.
“Dira sorry
sangat-sangat ok. Aku mintak maaf, aku tak sangka benda akan jadi macam ni. kau
maafkan aku boleh? Kau marah aku ke?” Rayu Nadia bersungguh-sungguh siap dengan
buat muka sedih tahap Shin Chan lagi.
“ Selalu je kau buat
something tanpa Tanya aku dulu tau. Isyhh.. aku memang tak boleh nak marah kau
ni. Dahlah. Lagipun aku tak boleh tolak pun kalau aku tolak nanti kena bayar
denda pulak sekali ganda dari biasiswa tu pulak. Mana aku nak carik duit? Dah!
Kau tak payah nak buat muka macam tu kau ingat aku sayang kau sangat? Aku
sayang sikit je.”
Sememangnya dia
sayangkan Nadia sahabat baiknya itu. Sejak kecil lagi mereka sudah rapat sejak
pertama kali mereka bertemu di rumah anak yatim. Sejak dari hari itu, setiap
aktiviti mereka lakukan bersama. Jadi masakan dia sanggup untuk memarahi Nadia
yang sememangnya terkenal dengan sikap terburu-buru itu. Nadialah satu-satunya
tempat dia mencurahkan kasih kerana dia sudah tidak ada sesiapa lagi di dunia
ini.
“ Thank you my dear.
Aku dah tahu dah kau mesti akan maafkan aku. Sorry lagi sekali ye bebeh. Alah
kau enjoy jelah nanti kat sana. Mana tahu kau dapat jumpa dengan 2PM ke.. Big bang ke.. Super junior ke.. Lagi-lagi
pulak kalau jumpa Kim Hyun Woo aku dengar-dengar cerita dia tu pandai cakap
melayu. Ahh.. memikirkan nak jumpa diorang aje aku dah jadi mereng dah.
Kenapalah bukan aku yang dapat.” Nadia mengeluh panjang kerana harapannya
supaya dia yang berjaya pergi ke Korea tetapi apakan daya Dira pula yang
mendapat peluang itu.
Leher dira yang sedang
duduk di hadapan meja belajar itu dipeluknya. Dia tahu Dira masih marah
sebenarnya Cuma memang sikap Dira tidak suka memanjangkan sesuatu masalah.
“Yelah kenapa bukan kau
aja yang dapat. Memikirkan nak jumpa diorang aje aku dah jadi menyampah. Dah
lah aku nak mula buat preparation. Kau jauh-jauh sikit aku nak merajuk ni. Tepi
sikit.” Lingkaran tangan Nadia di lehernya dilepaskan.
******************
Papan kenyataan di
hadapannya diperhatikan lama.
MAID WANTED
ROOM AND FOOD ARE PROVIDED.
₩ 400 000 PER MONTH
EXTRA ₩ 100 000 FOR HOLIDAY BONUSES
CALL 010 *********
‘Wah ini dah di kira
bagus ni. tak payahlah aku duduk dekat hostel lagi. Duduk dengan budak yang
kaki social memang menyakitkan hati. Lagi pulak boleh dapat duit.Banyak pulak
tu. Agak-agak seribu lebih jugak duit Malaysia sebulan aku dapat.Makan dengan
tempat tinggal free. Ini dah di kira bagus ni.’Dira bermonolog sendirian.
Sebenarnya selepas sampai
ke Korea dia ditempatkan di hostel yang disediakan oleh pihak university.Tetapi
selepas tiga bulan tinggal di hostel dia berasa tidak selesa memandangkan rakan
sebiliknya seorang yang suka bersosial Dia sering pulang pada lewat malam. Jadi
keadaan ini tidak menyenangkan bagi dirinya. Lagipun dia memang sangat
memerlukan kerja sambilan kerana duit biasiswa yang dia perolehi tidak mampu
menampung kos hidup yang tinggi di Korea dan dia juga tidak mempunyai sumber
kewangan lain selain dari biasiswa itu kerana dia tidak mempunyai keluarga yang
boleh memberi bantuan wang kewangan.
Dira mengeluh panjang,
nombor telefon yang tercatat di iklan tersebut dicatatnya. mahu tak mahu dia
terpaksa mencari tempat tinggal lain kerana dia sudah tidak tahan tinggal di
hostel itu lagi.
***************
“Miss Nadira, you can
stay in this room. You’ll get your payment at the end of month okay? You can go
for your classes but you must tell your employer first and you can use
everything in this house as long as you didn’t disturb the employer and the
most important thing is keep your mouth shut. You can’t talk anything about the
employer to anyone, anywhere. Remember that. Oh! Before that, you cannot break
your contract before your 7th payment okay” Kata-kata perempuan
Korea yang baru keluar dari rumah itu tadi terngiang-ngiang di telinganya.
Dira memandang-mandang
ke sekeliling rumah itu. Sementara tuan rumahnya tidak ada di rumah lebih baik
dia melihat-lihat keadaan sekeliling rumah itu. Rumah yang menjadi kediamannya
itu kini, sangat indah dimatanya. Masakan tidak selama hidupnya ini dia hanya
tinggal di rumah anak yatim dan asrama UiTM tempat dia mengambil ijazah. Tidak
pernah dia bayangkan dia akan menjejakkan kaki ke rumah yang seindah itu.
Rumah itu sebenarnya
tidaklah terlalu luas. Terdapat tiga buah bilik di dalam rumah itu dua daripada
bilik itu dilengkapi bilik air dan sebuah bilik air terletak di sebelah dapur.
Sebuah gym kecil yang dikelilingi dinding kaca tersergam di tengah-tengah rumah
itu. Perabot-perabot yang tersusun di ruang tamu juga sangat ringkas dan
cantik. Secara keseluruhannya hiasan dalam rumah itu menunjukkan bahawa tuan rumahnya ialah
seseorang yang bujang.
“Eh, apahal banyak
sangat gambar mamat ni? Handsome sangat ke? Perempuan tuan rumah ni memang
minat sangat ke dengan mamat ni? Hek elek yang gambar ni bajet handsome sangat
kenapa?” Dira bercakap seorang diri.
Gambar seorang artis
Korea yang tidak diingati oleh Dira namanya diletakkan di merata-rata sudut
rumah itu. Lama dia merenung salah sebuah gambar itu untuk mengingati siapa
sebenarnya artis itu. Tiba-tiba pintu bilik utama dibuka. Dira berpaling ke
arah pintu itu untuk melihat siapa yang membuka pintu bilik itu. Dira terkejut
melihat orang yang keluar dari bilik itu ialah orang yang dilihatnya di dalam
gambar tadi.
“Hye… are you the new
housekeeper? Welcome to this house. There is nothing many chores that you need
to do. As long as you make sure this house clean and cook on time that’s enough
for me. Actually where do you come from?”
Dira masih lagu
ternganga memandang tuan rumahnya itu. Jadi tuan rumahnya bukanlah perempuan
seperti yang disangkakannya. Malahan tuan rumahnya ialah artis yang sangat
terkenal pula. Jika dia tidak salah artis tersebut ialah
“Kim Hyun Woo” nama itu
tercetus di bibirnya. Dira mengetap bibirnya. Apa yang harus dilakukannya?
Takkanlah dia kena tinggal serumah dengan lelaki ini. Tak mungkin!
“Yes.That’s me. Do you
have anything to say? I want to have some sleep now and make sure that dinner
is ready by 6pm.” Lelaki itu memandang wajah Dira yang masih ternganga
memandangnya. Apabila melihat Dira seperti tidak mahu berkata apa-apa dia
berlalu ke biliknya.
“Wait I wanna quit.”
Dira segera bersuara.
“What? Quit? But why?” Hyun
Woo memandang ke arah dira dengan dahi yang berkerut. Dia berasa sungguh pelik
kerana Dira yang baru mula bekerja tidak sampai sejam sudah mahu berhenti.
“It is because you’re a
man. I cannot live together with you in this house. I thought that the owner is
a lady.” Balas Dira tanpa berlengah.
Gila ke apa dia mahu
tinggal serumah dengan lelaki. Walaupun dia berstatus sebagai pembantu rumah
sahaja tetapi lelaki itu akan menjadi teman serumahnya sepanjang dia bekerja di
situ.
“Aku tak mungkin boleh
tinggal serumah dengan dia ni. Mana boleh aku perempuan dengan dia lelaki
tinggal serumah. Terencat akal ke apa aku ni” Dira bersuara perlahan tetapi
masih boleh didengari oleh Hyun Woo.
“Miss humm… Miss Nadira
if you aware to the contract you’ll find that you cannot break your contract
before your 7th payment. So that means you must work here for 7
months before you quit. So if you want or not you must to. If not you’ll charge
to pay some fine. So whether you want or not you must live here with me or you
can find any other place to live by yourself.” Ujar Hyun Woo bersama dengan
senyuman sinis di bibinya.
Dira terkulat-kulat
memandang Hyun Woo. Kepalanya ditundukkan memandang ke lantai. Ya Allah macam
manalah dia boleh lupa akan kontrak yang telah ditandatanganinya tadi. Patutlah
perempuan itu asyik bertanya sama ada dia benar-benar rela menjadi pembantu
rumah dalam tempoh yang lama atau tidak.
‘Aduhai. Manalah aku
nak cari rumah sewa lain kalau duit gaji aku ni setakat cukup makan aja.
Matilah aku macam ni.’Dira bermonolog sendiri.
“Excuse me, if you done
thinking get dinner ready by 6 okay. And masak jangan berminyak sangat nanti
saya sakit perut.” Kata Hyun Woo yang kemudiannya segera masuk ke dalam
biliknya semula.
“Baik Encik” balas Dira yang masih menunduk.
Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Hyun Woo itu tadi. Hyun Woo boleh bercakap
dalam bahasa melayu? Rasanya tadi dia cakap ‘masak jangan berminyak sangat
nanti saya sakit perut’. Rasa-rasanya memang betul Hyun Woo bercakap dalam
bahasa melayu.
“Sir. Dinner is already
done. I’m sorry because I don’t know how to prepare Korean dishes. This is Asam
Pedas our dishes. If you don’t like it I’m sorry. I’ll learn how to cook in
Korean style.”
“ It’s okay. Give me
the rice. I’m so hungry. Cakap melayu aje lah senang sikit. Bahasa inggeris
saya teruk.” Balas Hyun Woo sambil menghulurkan tangan meminta nasi.
Dira terkedu mendengar
kata-kata Hyun Woo itu. Takkanlah Hyun Woo artis Korea yang nyanyi lagu ‘Blame
me,Blame me’ yang berlakon drama nangis Korea bertajuk ‘Wish To See You In Heaven’ yang jadi duta
untuk jenama mahal-mahal yang namanya jenamanya payah nak disebut tu boleh cakap melayu. Fasih pulak tu.
Wajah Hyun Woo
dipandangnya dengan penuh rasa tidak percaya. Ya Allah adakah aku sudah gila
kerana rindukan Malaysia sehingga aku terdengar seorang Korea bercakap dalam
bahasa Melayu. Hyun Woo mengangkat-angkat keningnya seperti ingin berkata
‘apehal kau pandang-pandang aku ni?’
“Cik adik saya lapar. Saya
nak makan ni. So, boleh tak bagi saya nasi tu supaya saya boleh makan. Saya dah
lapar giler ni. cepat sikit boleh tak.” Ujar Hyun Woo sambil menekankan setiap
perkataan lapar yang diucapkannya.
Dira kelam kabut
mencedokkan nasi ke dalam mangkuk kecil dan memberikannya kepada Hyun Woo yang
masih lagi menghulurkan tangan untuk mengambil nasi. Hyun Woo segera mencedok
kuah asam pedas udang itu ke dalam mangkuk nasinya itu dan menyuapkan nasi
dengan tergesa-gesa.
“Pergghh… sedap gilalah
asam pedas ni.” kata Hyun Woo sambil memejamkan mata bagaikan menikmati rasa
asam pedas itu sepenuhnya.
“Ermm.. sorry lah kalau
saya tanya. Tapi awak ni pandai cakap melayu ke?” soal Dira dengan ragu-ragu.
“Dah tu kalau saya
bukan cakap melayu tadi saya cakap bahasa apa? Bahasa Indon ke? Bahasa
Hindustan? Apasal? Tak pernah dengar ke
yang Choi Hyun Woo pandai cakap bahasa melayu?” jawab Hyun Woo dengan penuh
sarkastik.
Tiba-tiba kata
kata-kata Nadia empat bulan lalu teringang-ngiang semula di telinganya’ Mana
tahu kau dapat jumpa dengan 2PM ke.. Big
bang ke.. Super junior ke.. Lagi-lagi pulak kalau jumpa Choi Hyun Woo aku
dengar-dengar cerita dia tu pandai cakap melayu’
Danggg!!! Memang Nadia
ada sebut sebelum ni. Alhamdulillah… senanglah sikit aku nak bercakap dengan
mamat ni lepas ni. tak payahlah aku nak cakap bahasa omputih lagi sampai
tergeliat lidah.
“Hah.. termenung
apasal? Tak rasa nak makan? Ke diet? Kalau nak makan baik makan sekarang nanti
saya habiskan semua asam pedas ni. Ke segan nak makan dengan saya yang bajet
handsome ni?” sergah Hyun Woo tiba-tiba.
Dira agak tersentak
dengan sergahan Hyun Woo itu. Alamak dia ni dengar ke aku mengutuk dia petang
tadi?. Dira segera mengambil mangkuk dan makan berhadapan dengan Hyun Woo tanpa
berlengah-lengah.
Hyun Woo tersenyum
sinis memandang Dira yang kelam-kabut itu. ‘Hahaha… amek kau tadi petang
sesedap rasa je kau nak cakap aku bajet handsome kan. Padan muka sekarang dah
kalut sana sini. Heheh.. comel jugak dia ni.’ Hyun Woo berkata dalam hati.
Dira meneruskan makan
tanpa mengangkat kepala kerana takut bertentang mata dengan Hyun Woo. Ya Allah
dia dengar ke apa yang aku cakap tadi. Matilah aku. Lepas ni hidup aku kat sini
mesti macam dalam neraka.
*************
“Dira tolong ambilkan
saya coffee kalau ada snek kat dalam almari tu bawa sini sekali.Cepat sikit”
Hyun Woo menjerit memanggil Dira yang sedang sibuk membersihkan dapur. Dira
yang sedang bersungguh-sungguh mengelap dapur memasak terkejut dengan jeritan
itu.
“Isyhh… dia ni kalau
panggil baik-baik tak boleh ke? macamlah dapur ni jauh sangat dari ruang tamu
tu. Macam manalah mamat menggelabah macam ni boleh jadi hallyu star (Wave Star/
Artis paling terkenal) tak paham betul. Sepatutnya aku rakam perangai dia yang
suka menjerit dengan mengarah sana sini tu lepas tu aku masukkan kat dalam
internet. Baru padan muka dia satu dunia tahu perangai sebenar dia.” Dira
membebel sendirian sambil tangannya sibuk menyediakan air coffee yang diminta
Hyun Woo tadi.
Dulang berisi air dan
snek di tatangnya ke ruang tamu. Dulang itu diletakkan di atas meja. Tangannya
mula bekerja mengelap kaki meja kopi itu. Sesekali dia mencuri pandang ke arah
Hyun Woo. Sebenarnya ada suatu persoalan yang bermain di mindanya sejak
beberapa hari ini. Sekali lagi dia memandang ke arah Hyun Woo tetapi kali ini
Hyun Woo yang tadinya sibuk menghafal skrip memandangnya semula dengan kening
terangkat-angkat.
“Awak ada apa-apa nak
cakap ke? Kalau nak tanya apa-apa tanya ajelah. Tak payah nak pandang-pandang
saya macam tu. Jangan risau saya tak makan orang” kata Hyun Woo.
Sebenarnya dia perasan
bahawa beberapa hari ini Dira asyik curi memandangnya seperti ingin bertanya
sesuatu.
Tangan Dira berhenti
mengelap. Dia duduk bersimpuh di atas lantai. Akhirnya dia diberi peluang untuk
bertanya soalan yang selama ini bermain di mindanya.
“ Humm… sebenarnya
macam mana awak boleh bercakap bahasa melayu? Maksud saya.. yelah.. Awak boleh
bercakap dalam bahasa melayu dengan baik sekali. Lepas tu boleh pulak guna
slanga-slanga moden macam dah biasa sangat cakap bahasa melayu.” Tangannya
kembali bekerja kali ini dia menyusun majalah yang sedia tersusun pula.
“Sebenarnya masa saya
sekolah dulu sekolah saya jadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar kedua
selepas bahasa Korea. Memang dah jadi kebiasaan sekolah-sekolah kat sini
jadikan bahasa asing sebagai bahasa pengantar. Kalau awak tengok drama On Air
sekolah dia jadikan bahasa Rusia sebagai bahasa pengantar kedua. Lagi pulak
masa saya sekolah ada beberapa pelajar Malaysia yang memang berbahasa melayu
dengan semua orang. Sampai sekarang pun bila dengan kawan-kawan baik saya dari
sekolah kitorang cakap melayu. Jadi saya dah biasa cakap bahasa melayu. Tapi,
saya rasa semua orang dah tahu macam mana saya boleh cakap bahasa melayu. Sebab
saya pernah bagi tahu kat beberapa orang wartawan and diorang dah siarkan sana
sini pun. Takkan awak tak tahu.” Jawab Hyun Woo panjang lebar. Matanya masih
terus memandang skrip. Nampak sangat menipu membaca. Mana ada orang boleh
membaca sambil bercakap macam tu.
“Hahaha…sorry saya tak
minat artis-artis Korea ni. Langsung tak minat. So saya tak ada masa nak ambil
tahu pasal mana-mana artis Korea ni. Lagi-lagi pulak yang ramai
perempuan-perempuan gedik terjerit-jerit bila tengok diorang. Macamlah diorang
dapat apa-apa balasan kalau minat kat artis-artis tu semua. Yang jadi kaya
artis tu yang jadi miskin diorang sebab habis duit beli album bagai.”Beritahu
Dira tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Muka Hyun Woo berubah apabila mendengar jawapan
Dira yang penuh sarkastik itu. Wajah Dira dipandangnya. Minah ni tak rasa
bersalah ke cakap macam tu dekat aku? Aku ni kan jenis artis yang dia cakap tu.
Sesuka rasa dia je nak mengutuk orang.
“Kalau awak tak minat
tak bermakna orang lain tak minat juga. Lantak dioranglah nak menghabiskan duit
diorang dengan cara apa pun. Yang awak ni perlu ke mengemas setiap masa. Lagi
dua bulan awak kat sini, meja saya haus sebelah kaki sebab awak asyik sental
je. Rumah ni bukan kotor sangat sebab hanya kita berdua aje yang tinggal kat
sini. Tak payah lah awak nak kerja aje setiap masa. Saya nak ambil maid pun
sebab nak ada orang sediakan makanan dan cuci baju saya setiap hari je.” Hyun
Woo sebenarnya kasihan melihat Dira yang tidak berhenti-henti bekerja sejak
seminggu dia tinggal di rumah itu.
Tujuan sebenar Hyun Woo
mengambil maid adalah untuk ada orang menyediakan makanan untuknya setiap hari
dan menemaninya di rumah itu kerana dia
merasakan bahawa rumahnya itu terlalu sunyi. Ketika pertama kali dia mengetahui
bahawa pembantu rumahnya ialah seorang perempuan dia ingin menolak tetapi
selepas mengetahui bahawa Dira yang menjadi pembantu rumahnya dia terus
membatalkan niatnya itu kerana dia berasa sesuatu perasaan yang aneh. Dia terus
bersetuju untuk Dira menjadi pembantu rumahnya.
“Tapi kan saya ni maid
dekat rumah ni. saya kenalah buat semua kerja ni.” balas Dira.
“Tak bermakna awak jadi
maid awak perlu kerja sepanjang waktu. Saya yang tengok ni pun naik letih. Awak
buat je rumah ni macam rumah awak sendiri. Awak boleh buat apa-apa je awak nak
buat cuma pastikan rumah ni tak bersepah dan kemas setiap masa dan jangan
beritahu sesiapa pasal awak tinggal dengan siapa. Lagi satu makanan kena sedia
tepat pada masanya. Itu je. Kalau boleh saya nak rasa makanan melayu yang
lain-lain. Apa tu sebelum ni kawan saya cakap pasal satu makanan ni nama dia
masak lemak cili baldi tak silap saya”ujar Hyun Woo. Skrip yang dibacanya tadi
sudah ke tepi. Mulutnya sibuk mengunyah snek.
Dira yang mendengar
kata-kata Hyun Woo ketawa besar. Dia juga sudah duduk di sofa yang bersebelahan
dengan tempat duduk Hyun Woo. Perutnya
terasa senak kerana ketawa. Hyun Woo pelik melihat Dira yang bersungguh-sungguh
ketawa. Apa yang kelakar?
“Hyun Woo bukan masak
lemak cili baldi lah. Masak lemak cili padi. Baldi tu bekas letak air atau
bekas letak kain. Macam mana saya nak masak baldi? Hahaha.. awak ni kelakarlah.
Ingatkan awak fasih sangat cakap melayu. Cakap pasal makanan ni saya nak awak
tahu saya tak boleh masak sebarang benda yang ada campuran alcohol or pig.
Sebab semua benda tu tak halal. Lagi satu saya terpaksa cakap yang awak boleh
minum alcohol selagi awak tak kaitkan saya bila awak nak minum contohnya suruh
saya ambil atau hidangkan kat awak.” Dira bersungguh-sungguh menerangkan
pendiriannya.
Dia mesti tegas dalam
hal ini kerana kedua-dua perkara itu haram baginya sebagai seorang Islam. Bagi
seorang Islam yang bersekongkol dengan arak dia tidak akan boleh mencium bau
syurga.
“Cik Nadira, pernah ke
awak nampak apa-apa bahan yang berunsurkan khinzir kat dalam rumah ni? Saya tak
makan benda tu semua sebab saya tak suka baunya dan saya mengamalkan makanan
yang halal sebab baik untuk kesihatan and kalau saya minum arak sikit pun saya
akan sakit kepala seharian. Jadi saya memang tak makan semua tu langsung so
awak jangan risau ok.”
*********
“ Dira awak nak pergi
kelas ke? Saya nak pergi shooting ni. Kalau awak nak pergi sekarang saya boleh
drop by awak sekali lagipun pagi-pagi macam ni sejuk sangatlah. Nanti awak selesema.
Kalau awak nak tunggu saya siap kejap.” Ujar Hyun Woo selepas selesai
bersarapan pagi.
Dia melihat Dira sudah
bersiap-siap dengan buku-buku dan beg untuk keluar. Jadi semestinya Dira ingin
ke kuliah. Kebetulan dia ada pengambaran hari ini jadi apalah salahnya dia
menumpangkan Dira. Dira yang sudah ingin keluar berasa bersyukur kerana Hyun
Woo sudi menumpangkannya. Tidaklah dia perlu meredah cuaca pagi yang sejuk itu.
Walaupun sudah empat bulan berada di Korea dia masih tidak mampu menyesuaikan
diri dengan cuaca di situ.
Hyun Woo keluar dari
bilik selepas sepuluh minit. Kunci kereta yang tergantung di bekas kunci di
ambil. Dia mengambil semua buku-buku yang berada di tangan Dira dan membawanya
keluar bersama kerana dia kasihankan Dira yang berbadan kecil itu membawa buku
begitu banyak. Jika dibandingkan dia dengan Dira, Dira hanya setinggi dadanya
sahaja. Ketinggian dia ialah 187cm manakala Dira pula hanya sekitar 154 atau
155cm sahaja memang terlalu kecil jika dibandingkan dengan dia.
“Hyun Woo thanks sebab
sudi tumpangkan saya. Kalau awak tak tumpangkan saya mati kesejukanlah saya
lagi sekali. Dalam sebulan lebih duduk kat rumah awak selama ni saya hari-hari
mati kesejukan masa nak tunggu bas datang nak pergi kuliah. Hehehe..” Dira
benar-benar berterima kasih kepada Hyun Woo yang sudi menumpangkannya dan
membawakan buku-bukunya.
“Jadi yang kat sebelah
saya ni hantulah sebab awak dah berkali-kali mati. Ok. Mulai esok awak kejut
saya setiap pagi kalau awak ada class saya hantarkan awak kalau saya tak ada apa-
apa kerja hari tu.Eh! Sebenarnya awak ambil course apa? Kalau nak
diingat-ingatkan sebelum ni kita tak banya berborak kan? Awak tak pernah pun
nak cerita pasal diri awak dekat saya”
kata Hyun Woo. Matanya masih terus memandang ke arah jalan raya.
Sebenarnya dia ingin
cuba mengenali Dira dengan lebih dekat kerana dia yakin terdapat suatu perasaan
lain yang dirasakannya terhadap Dira selain daripada perasaan seorang majikan
terhadap pekerja.
“Saya ambil course
Master Engineering. Actually saya buat application untuk buat master dekat
London tapi kawan saya memandai buat application atas nama saya untuk buat kat
sini dan tak sangka pulak dapat nak tak nak saya kena datang sebab kalau tak
saya kena bayar denda dekat Korean Government Scholarship. So dalam masa
setahun sebelum saya balik ke Malaysia saya kena tahan ajelah.” Cerita Dira.
“Parents awak tak cakap
apa-apa ke?” soal Hyun Woo
“Saya anak yatim piatu…
orphan. Parents saya meninggal masa saya berumur lima tahun. Kemalangan jalan
raya. Saya dibesarkan kat orphanage. Sebab tu saya perlukan kerja untuk sara
diri sebab saya tak ada sumber kewangan lain selain scholarship tu.” Jawab Dira
sambil memandang ke luar cermin kereta.
Air mata mula bergenang
di gigi matanya. Selama ini dia sering mengelak untuk bercerita tentang perkara
itu. Ibu dan bapanya meninggal ketika dia masih terlalu kecil. Bahkan rupa ibu dan
bapanya juga dia sudah tidak berapa ingat. Yang menjadi kenangannya kepada ibu
dan bapanya hanyalah kalung pemberian ibunya sebagai hadiah hari jadinya
sebelum kematian mereka berdua.
“Saya minta maaf. Saya tak
tahu pasal ni. Ok. Dah sampai dah. Eh! Hari ni sejuk sangatlah. Nah, awak pakai
ni.” Sebaik sahaja kereta berhenti dia melepaskan shawl yang terlilit di
lehernya dan dililitkan ke leher Dira pula.
Dira terkedu melihat
tindakan Hyun Woo yang tiba-tiba menjadi terover baik. Sedangkan selama ini lelaki
itulah yang sering membulinya untuk membuat kerja.
“Schedule saya habis
pukul 5 hari ni. Kalau awak nak saya ambil text saya.” Kata Hyun Woo sambil
menyerahkan buku-buku yang tadinya berada di seat belakang kepada Dira.
“Hyun Woo saya bukan
tak nak text awak. Tapi saya tak ada cellphone. Phone saya hilang kena curi lepas
setengah jam saya sampai dekat bumi Korea ni. Tak apalah saya balik sendiri
aje. Lagipun class saya habis pukul 5.30 and saya pun nak cari barang. Saya
balik lambat sikit, kalau awak makan kat luar boleh tak?” Dira memberitahu hal
yang sebenarnya. Jadi Hyun Woo tidak perlulah menunggunya pulang untuk masak
nanti.
Dira keluar dari kereta
selepas mengucapkan terima kasih. Dia melangkah laju masuk ke dalam bagunan
kerana cuaca masih terlalu sejuk pada jam 9 pagi sebegini. Hyun Woo menggeleng
kepala melihat kelakuan Dira. Perempuan ni aku bukan nak culik dia pun, buat
apa nak lari laju-laju. Hyun Woo berkata dalam hati.
Dira terkejut kerana
sebaik sahaja dia keluar dari pagar university kereta Mini Cooper milik Hyun
Woo tesergam di hadapannya.
Hyun Woo yang sama
sekali tidak kelihatan seperti HyunWoo keluar dari kereta. Rambutnya yang
selama ini hitam bertukar menjadi perang dan dia juga memakai cermin mata
berbingkai hitam tebal yang besar serta bertopi jika tidak diperhatikan
betul-betul pasti sukar untuk mengenali bahawa lelaki dihadapannya itu ialah
Hyun Woo.
“Annyeonghaseyo. yeppeun
yeoja.Ja, gaja.Geureohji anh-eumyeon ,Saramdeul-eun urireur yeogiro pyosidoebnida
안녕하세요.예쁜여자.자,가자.그렇지않으면,사람들은우리를여기로표시됩니다 (Hai, awek
cantik jom kita pergi sekarang kalau tak nanti orang Nampak kita kat sini)”
kata Hyun Woo. Tangannya sibuk mengambil buku-buku dan beg yang disandang oleh
Dira dan diletakkan ke dalam kereta.
“Awak buat apa kat
sini? Nanti orang kenal awak macam mana? Awak tahu tak kat sini ada ebih 2000
orang students 60% dari diorang is perempuan yang jenis kejar artist tu.
Kalau diorang nampak awak kat sini
dengan saya matilah saya tak boleh kat sini belajar lagi. Awak datang sini
kenapa” Dira bersuara sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
“Datang nak teman
awaklah. Kata awak nak cari barang. Awak jangan risaulah tak akan ada orang
kenal saya punya. Tengok saya dah color rambut. Jangan risau ok. So awak nak
cari apa?” Balas Hyun Woo selamba.
“Sebenarnya saya nak
cari benda yang selama ni saya tak pernah tengok. Awak tahu tak kat mana saya
boleh cari DVD drama Stairaway To Heaven? Because kawan saya paksa saya tengok
cerita tu. Sebab dia cakap saya keras hati so saya kena tengok cerita tu and then
kalau tak ada apa-apa perasaan juga tengok drama yang awak berlakon tu apa
tajuk dia ye?”
“Hahaha… itulah awak tu
dingin sangat dengan orang. Drama yang saya berlakon? Drama sedih ke? ‘Wish To See You In Heaven’ kot? Kalau cerita
tu memang sedih, cerita pasal lelaki tu sukakan perempuan tu and perempuan tu
pun sukakan dia tapi dia terpaksa tak mengaku sebab dia sakit barah otak so dia
terpaksa satukan perempuan tu dengan kawan baik dia sendiri. Tapi at the end
masa dia dah nak mati kawan dia tu bagitahu perempuan tu hal sebenar. Masa
perempuan tu sampai kat hospital dia dah nak mati dah. After that , diorang
decide untuk kahwin tapi 2 days after dia
kahwin lelaki tu pun mati. Ok dah habis” Hyun Woo menceritakan serba sedikit
tentang drama yang dilakonkannya itu.
“Lah kalau dah tahu nak
mati nak kahwin buat apa kan dah tak pasal-pasal perempuan tu jadi janda.” Kata
Dira dengan bibir yang dicebikkan.
Hyun Woo terlopong
mendengar kata-kata Dira itu. Ada juga perempuan macam ni ke? dia ni orang ke robot? Tak ada perasaan
betul.
“Kita buat apa kat
sini? Tanya Dira sebaik sahaja kereta berhenti di luar sebuah restoran makanan
Italy.
“Makanlah takkan nak
main bola sepak kut. Tadi awak suruh saya makan kat luar. So nak makanlah ni.
Jom. Saya belanja.” Ajak Hyun Woo
“Mestilah awak kena
belanja takkan saya pulak. Awak yang ajak saya makan kat sini. Tapi pakaian
saya tak sesuailah dengan restoran ni.” Dira memandang dirinya. Hari ini
seperti biasanya dia memakai baju kemeja dengan jaket kulit diluar. Seluar
jeans kulit beserta sneakers. Pakaian paling selesa yang biasa dipakainya
setiap hari beserta dengan shawl yang dililitkan oleh Hyun Woo tadi.
“Tak apa kita datang
sini nak makan bukan nak tunjuk baju. Lagipun apa beza awak dengan saya? Kan
sama je fesyen baju yang kita pakai. Awak ni pun pakai macam artis korea
pulakkan. Style lah.”
********
“Awak tadi masa kita
keluar bukan sebenarnya kita nak pergi beli DVD? Saya sebenarnya nak beli DVD alih-alih dapat phone pulak.” Ujar Dira sambil
membelek-belek telefon bimbit Samsung Galaxy yang berada di dalam genggamannya
itu.
Hyun Woo yang sedang
mencari sesuatu tersenyum mengingati peristiwa petang tadi.
“Congratulations miss,
today is our anniversary so we are going to give present to our 50th
costumer. Here is your present and please enjoy your meal.” Pelayan restoran iu
menyerahkan bungkusan hadiah itu kepada Dira yang masih terpinga-pinga menerima
hadiah itu.
Kalaulah Dira tahu
bahawa telefon bimbit itu ialah pemberian darinya pasti Dira tidak akan
menerimanya. Mujurlah satu adegan dari drama My Girl memberinya idea tentang
cara untuk memberikan hadiah itu kepada Dira. Thank you My Girl.
“Here you go. DVD tu
semua saya dah ada. So awak nak layan sorang-sorang atau awak nak suruh saya
teman?” Hyun Woo menyerahkan DVD itu ke tangan Dira.
“Suka hati awaklah. Ini
rumah awak bukan rumah saya.” Balas Dira senada.
Grrr… perempuan ni
keras betul. Bisik hati Hyun Woo
“Ok kalau macam tu saya
nak baca skrip dalam bilik. Enjoy your movie ye.” Kata Hyun Woo lalu melangkah
masuk ke dalam bilik.
Selepas lima jam berada
di dalam bilik Hyun Woo keluar untuk melihat keadaan Dira tetapi keadaan Dira
mengejutkannya kerana Dira masih rileks menonton sedangkan waktu itu tayangan di televisyen sudah
memaparkan babak yang sedih tahap gaban.
Hyun Woo hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keadaan Dira itu.
********
Sedang Hyun Woo khusyuk
membaca skrip tiba-tiba dia terdengar satu suara yang mendayu-dayu seperti melagukan
sesuatu. Suara itu terus menusuk ke kalbunya. Jantungnya terasa berdebar-debar
tanpa sebab.
Apakah suara itu?
Datang dari mana suara itu? Bahasa apakah yang begitu indah?
Hyun Woo bangun dari
sofa yang berada di dalam biliknya mengikuti arah suara itu. Dia terus
melangkah mengikuti suara itu sehingga akhirnya berhenti di hadapan bilik Dira.
Daun pintu yang terbuka sedikit membolehkan dia melihat dira sedang duduk
bersimpuh dengan memakai telekung serba putih sedang membaca al-Quran.
Suara Dira melagukan
bacaannya itu sungguh menusuk kalbunya. Tanpa sedar dia perlahan-lahan duduk
bersandar di dinding luar bilik Dira untuk menghayati bacaan tersebut. Sungguh
seumur hidupnya dia tidak pernah merasa setenang ini. Hyun Woo memejamkan
matanya untuk lebih menghayati bacaan itu.
“Hyun Woo apa awak buat
kat sini? Kenapa tidur kat luar bilik saya?”
Hyun Woo terdengar
suara mendayu-dayu memanggil namanya. Bahunya juga terasa separti
digoyang-goyang sedikit. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Suasana sekeliling
terasa silau. Dah siang rupanya. Dia melihat Dira sedang memandangnya dengan
kerutan diwajahnya.
“Hyun Woo apa awak buat
kat sini. Macam mana awak boleh ada kat luar bilik saya ni?” soal Dira lagi
apabila Hyun Woo sudah benar-benar terjaga.
“Hah. saya buat apa?
Emm.. sebenarnya semalam saya terdengar awak baca sesuatu jadi saya dengar kat
sini tapi tak sedar pulak bila masa saya tertidur dekat sini. Sorry saya bukan
ada niat apa-apa awak jangan salah faham.” Jawab Hyun Woo segera berdiri sambil
membetul-betulkan pakaiannya.
“Tak adalah saya tak
salah faham pun. Semalam tu saya baca al-Quran kitab suci orang Islam. Tak
apalah jom makan saya dah siapkan sarapan.” Ujar Dira sambil berlalu ke meja
makan berbentuk bar itu.
*********
“Hari ni saya nak
tengok drama yang awak berlakon tu pulaklah. Stairaway To Heaven tak sedih pun.
Ending dia pun slow sangat.” Ujar Dira selepas selesai makan malam. Selepas dua
bulan peristiwa Hyun Woo tertidur di luar biliknya.
“Kali ni saya gerenti
awak menangis. Sebab lakonan saya mantap sangat. Biar saya teman awak tengok
hari ni. Kalau nak menangis nangis je. jangan malu-malu.”kata Hyun Woo dengan
kening yang terangkat-angkat seperti ingin mengejek Dira.
“Mantaplah sangat.
Kalau saya menangis saya akan bagi awak hadiah. Tapi kalau tak, awak ajar saya
cakap bahasaKorea sebab susah sangat saya nak communicate dengan orang-orang
dekat sini.” Dira berkata sambil menjelirkan lidah kepada Hyun Woo.
“Ok We’ll see.”
‘Jugeodo mot bonae, jeong mallo mot bonae, naega eotteohke
neol bonae Garyeo geodeun tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae Apeuji
anhke na saragal surado itge Andwin damyeon eochapi mossal geo Jugeodo mot
bonae Geu manheun shiganeul hamkke gyeokkeot neunde Ijewa eotteohke honja
sallan geoya Geureohken mothae nan mothae (I can't let you go, even if I die.I really can't let you
go.How am I suppose to let you go? If you’re going to go, if you’re going to
leave so fix my heart. so that I can
live without any pain. If you don’t do this.I wouldn't be able to live at all. I
can't let you go, even if I die. We went through so much time together. How are
you telling me to live by myself now? I can't do that, I can't)’ gadis itu menangis bersungguh–sungguh memujuk lelaki itu supaya menerimanya. Dia
rela walaupun lelaki itu hanya mempunyai waktu yang sedikit untuk hidup tetapi
dia tidak kisah asalkan cinta . mereka berdua bersatu. Dia rela jika mereka
hidup bersama hanya untuk waktu yang singkat.
Dira yang tadinya
berlagak dingin sudah mula menangis sejak watak lelaki melepaskan gadis yang
dicintainya kepada sahabat baiknya sendiri. Tisu di atas meja sudah hampir
habis sekotak. Hyun Woo hanya memandang Dira dengan terkebil-kebil. ‘Tadi bukan
dia ke yang berlagak sangat takkan menangis ini dah lima episode berturut-turut
dia menangis. Tak penat ke?’
Hyun Woo sudah habis
idea bagaimana cara untuk menyuruh Dira berhenti menangis. Nampaknya gadis ini
benar-benar tersentuh dengan jalan cerita ini.
“Kenapalah lelaki tu
sakit? Janganlah mati. Kesian dia.” Dira mengumam sendirian dengan suara
tersekat-sekat. Tisu di tangannya ditekapkan sekali lagi ke matanya.
Selepas tiga jam drama
itu pun habis tetapi Dira masih lagi menangis. Dia sungguh tersentuh dengan
drama itu. Walaupun dia sudah duduk di hadapan televisyen selama lebih 12 jam
kerana menonton drama itu tetapi dia merasakan perbuatannya itu berbaloi kerana
sudah hampir 8 tahun dia tidak pernah menangis kerana dia mendinginkan dirinya
sendiri supaya dia dapat meneruskan hidup tanpa belas kasihan sesiapa.
Sebenarnya dia menagis bukan hanya kerana cerita itu sahaja tetapi dia
melepaskan semua perasaan sedih yang dibendungnya selama ini.
“Dira awak nak apa-apa?
Air ke? Apa kata saya masakkan awak bubur?” kata Hyun Woo dengan penuh
hati-hati.
“Tak apalah saya nak
tidur. Saya rasa sakit kepala” balas Dira terus merebahkan badannya ke sofa.
Matanya dipejamkan kepalanya terasa begitu berat sekali. Inilah masalah yang
sering dihadapinya. Jika dia menangis lebih dari 10 minit dia pasti akan sakit
kepala lalu demam dan sekarang dia sudah menangis hampir 10 jam.
“Okay saya tak nak
ganggu awak.” Hyun Woo segera masuk ke dalam biliknya.
Selepas beberapa jam
Hyun Woo keluar semula. Dia melihat jam di dinding sudah hampir 10 malam pasti
Dira berasa lapar. Tengah hari tadi pun mereka cuma makan ramen sahaja. Dia
menghampiri Dira tetapi dia terkejut melihat wajah Dira yang sangat pucat itu.
Hyun Woo meletakkan tangannya perlahan-lahan ke dahi Dira. Panas! Dira demam
ni.
Hyun Woo segera berlari
ke dapur dan mengisikan air di dalam bekas lalu pergi semula ke ruang tamu.
Kain yang basah diletakkan ke dahi Dira. Hyun Woo sungguh risau ketika itu. Dia
takut kehilangan Dira! Secara serta merta dia yakin bahawa dia cintakan Dira
kerana dia sungguh takut jika apa-apa terjadi kepada Dira.
Dia segera berlari ke biliknya
untuk menukar pakaian mencempung badan Dira yang langsung tidak sedarkan diri
itu. Dira perlu dibawa ke hospital keadaan iklim di sini tidak sama seperti di
Malaysia. Pasti Dira akan sakit lebih teruk lagi.
Hyun Woo lega apabila
doktor yang merawat Dira mengatakan Dira akan pulih selepas mengambil ubat cuma
Dira tidak akan sedarkan diri buat beberapa jam kerana kerana dia telah
diberikan suntikan. Wajah Dira yang tidak sedarkan diri diperhatikan Hyun Woo.
Gadis ini benar-benar cantik. Kecantikannya sangat berbeza dengan kecantikan
gadis-gadis yang pernah bergandingan dengannya. Jantungnya menjadi
berdebar-debar tanpa sebab. Topi yang menutupi kepalanya ditanggalkan dia tidak
sedar bahawa tindakannya itu akan menyebabkan dia dikenali.
Tanpa disedarinya dari
awal dia keluar dari rumah dengan mencempung Dira di dalam pelukannya sudah ada
wartawan yang menunggu. Wartawan itu telah mengikutinya sampai ke hospital.
Sudah berpuluh-puluh gambar yang berjaya diambilnya.
********
MR.K TOP STAR LIVING WITH FORAINGE STUDENT
Ayat itu sudah menjadi
tajuk utama beberapa Akbar tempatan. Mujurlah wajah Dira tidak disiarkan tetapi
sesiapa sahaja yang membaca artikel itu pasti tahu bahawa artikel itu
sebenarnya merujuk kepada Hyun Woo kerana jelas tetulis di dalam artikel itu
‘salah seorang pelakon dalam drama Wish to See You in Heaven yang bernama Mr.K
pelakon di dalam drama itu hanyalah dia seorang sahaja yang namanya bermula
dengan huruf K.
“Hyun Woo kita nak buat
macam mana ni? saya rasa saya patut keluar dari rumah tu. Saya akan cari
mana-mana tempat lain untuk tinggal lagipun tinggal dua bulan je lagi sebelum
saya kena balik Malaysia.buat masa ni kita tak payah jumpa langsunglah bahaya
untuk awak nanti karier awak hancur kalau ada apa-apa awak cuma text saya je. So
sekarang kita pergi cari rumah lain dululah.” Kata Dira sewaktu mereka
berbincang di taman permainan yang sunyi itu.
Hyun Woo memandang Dira
dengan berat hati. Dira berpindah bermakna dia akan berpisah dengan Dira.
Tidakkah Dira mengerti bahawa dia cintakan Dira. Tetapi apakan daya dia sedar
dia tidak sesuai dengan Dira dari segi apapun, Agama ataupun bangsa.
Dira yang sedari tadi
menunduk menyabarkan hati. Sungguh berat baginya untuk berpisah dengan Hyun Woo
yang selama ini menjadi satu-satunya teman dia di Korea. Dia sebenarnya sudah
lama jatuh cinta dengan Hyun Woo tanpa pernah memberi petunjuk kepada Hyun Woo
tentang perasaannya itu. Biarlah dia mendiamkan sahaja perasaannya kerana dia
sedar mereka berdua tidak mungkin akan bersatu kerana mereka berlainan agama.
“Ok. Kita cari tempat
tinggal lain untuk awak dulu. Masalah ni semua biar saya yang selesaikan. Awak
jangan risau ye. Tapi awak kena janji awak kena call or text saya setiap hari
sebab saya risaukan awak.” Ujar HyunWoo dengan suara yang perlahan. Jelas
sekali dia berat hate untuk berpisah.
“ Ok saya janji” balas
Dira.
*********
‘Hyun Woo sye akn balik Malaysia lagi 2 hari. Sye harap awk blh jaga
diri kat sini. Jgn lupa mkn dan jaga kesihatan. Makanan yg awk suka mkn semua
sye dah sediakan resepi. Sye dah letakkan kat dalam laci sebelah laci pinggan.
Kalau awak senang or buat tour kat Malaysia awk jgn lupa cari saya ye. Alamat
rumah sye, sye dah letakkan sekali kat dlm buku tu. Nanti bila sye smpai
airport sye call awk. Tp awk jgn datang pulak ramai org kat sne. Apa-apapun
selamat tinggal and thanks atas semua kebaikan yg awk dah buat kat sye. For the
last 1437..’
Mesej yang dihantar
oleh Dira dibaca sekali lagi. Kali ini sudah berapa juta kali mesej itu dibaca
dia juga tidak tahu. Namun maksud tersirat yang cuba disampaikan dira masih
belum difahaminya yang dia tahu Dira sudah pergi. Sudah seminggu sepatutnya
Dira sampai di Malaysia dan dia disini masih terus gundah. Tiba-tiba dia
teringatkan hadiah yang diberi oleh Dira yang masih belum dibukanya. Kenangan
sewaktu Dira memberikan hadiah itu terimbau kembali.
“Awak saya tahu masa ni
tak sesuai untuk saya bagi hadiah ni kat awak. Tapi sebelum saya balik Malaysia
saya kena bagi awak satu hadiah sebab saya janji dengan awak kalau saya
menangis tengok drama tu saya kena bagi hadiah. So inilah hadiahnya. Tapi awak
jangan buka sekarang. Awak buka bila saya dah balik Malaysia nanti ye.” Suara
Dira terngiang-ngiang di telinganya.
Hadiah yang tersimpan
di laci biliknya segera di ambil. Hyun Woo tergamam ketika membuka kadiah itu.
Hadiah itu merupakan sebuah al-Quran elektronik. Terdapat kad terselit di dalam
al-Quran itu. Dia segera membacanya.
‘Hyun Woo maaf kalau
hadiah ni tak sesuai. Tapi ingat tak suatu masa dulu awak pernah tertarik
dengan bacaan al-Quran. Jadi saya hadiahkan al-Quran ini untuk awak semoga
Allah menerangkan hati awak dan memberikan hidayah kepada awak. Insyaallah.
Ikhlas dari,
Nadira Batrisya binti Ibrahim
Air mata Hyun Woo menitis
satu per satu. Suara Dira membaca al-Quran pada malam itu terngiang-ngiang
difikirannya. Adakah ini yang hidayah yang dikatakn Dira itu. Hatinya sungguh
tenang tetapi dia seperti ingin mencari sesuatu iaitu Islam.
********
‘Dira sye akn ke
Malaysia awk jemput sye di airport blh tak? Sye akn tiba pd 13 july pukul 10
pg. Tlg bls msg sye ni sebab sye kena atur schedule. Sye betul2 teringin nak
jumpa awk.’
Mesej yang ringkas
dihantar kepada Dira untuk memaklumkan kedatangannya itu. Lebih kurang setengah
jam kemudian mesej dari Dira diterima.
‘sye akn jemput awk.
Sye pun dah tak sabar nk jumpa awk. J ’
Hyun Woo tersenyum
lebar. Kali ini dia tidak akan melepaskan dira lagi. Dira pasti akn menjadi
milknya. Dia akan pastikan itu.
********
Suasana di airport berjalan
seperti biasa takkanlah seorang artis terkenal dari Korea nak datang ke
Malaysia suasana senyap sunyi macam ni. Adakah Hyun Woo membatalkan
rancangannya. Dira melihat ke sekeliling kawasan itu. Tiba-tiba dia terasa ada
seseorang menepuk bahunya dari belakang. Dira segera berpaling untuk melihat
siapa yang menepuk bahunya.
“Hyun Woo… Kim Hyun Woo
kan?” soal Dira dengan tergagap-gagap.
Dia tidak percaya
melihat Hyun Woo sudah berada di hadapannya. Seperti biasa Hyun Woo dengan
penyamarannya memakai topi dan rambut perang sehingga sukar dikenali. Tetapi
dia pasti bahawa lelaki itu ialah Hyun Woo yang dikenalinya selama ini. Hyun
Woo hanya tersenyum memandangnya.
“Bukan Hyun Woo lah.
Tapi Muhammad Adam Zulkarnain Kim bin Abdullah” balas Hyun Woo dengan nada
serius.
“Muhammad Adam
Zulkarnain Kim bin Abdullah? Maksud awak? Awak… Awak? Awak betul ke ni? Awak
dah masuk Islam? Alhamdulillah… syukur sangat. Jadi selamat menjadi saudara
baru. Assalamualaikum.” Kata Dira dengan mata yang bergenangan.
“Waalaikumusalam.
Terima kasih. Hadiah yang awak bagi tu yang dah bawa saya jadi Islam. Terima
kasih sekali lagi kat awak.” Ujar Hyun Woo.
“Sama-sama. Tapi saya
nak tanya sesuatu ni. saya pelik sangat ni. kenapa tak ada sorang pun yang
sambut awak kat sini? Tak ada peminat pun yang menjerit-jerit panggil awak” Dira
bersuara sambil memandang-mandang ke sekeliling.
“Saya yang rancang tak
umumkan kedatangan saya dengan tepat. Jadi tak ada orang yang tahu tarikh saya
datang. Tapi sekarang ni saya ada benda penting nak cakap kat awak penting
sangat.” Hyun Woo berkata dengan serius.
“Apa dia?”
“난 널 사랑해. 내가 정말 당신을보고 처음부터 당신을 사랑 해요. 그리고 당신에게 내 사랑은 영원합니다. Nan neol saranghae . Naega jeongmal
dangsin-eulbogo cheoeum buteo dangsin-eul sarang haeyo. Geurigo dangsin-ege nae
sarang-eun yeong-won habnida. (saya cintakan awak. Saya sangat cintakan awak
dari kali pertama saya jumpa awak dan saya akan cintakan awak sampai bila-bila) .” Hyun Woo meluahkan semua perasaannya terhadap
Dira.
Dira yang tidak
menyangka akan mendengar lafaz cinta daripada Hyun Woo terkejut. Air matanya
mula bergenang semula dan dia mula menangis perlahan. Ucapan inilah yang
ditunggunya selama ini. Ucapan ini lah yang dia nantikan dari mulut Hyun Woo
selama ini. Syukurlah akhirnya Hyun Woo meluahkannya juga.
“나도 현 우 당신을 사랑 해요.
Nado Hyun Woo dangsin-eul sarang haeyo. (Saya pun cintakan awak juga Hyun Woo. ” balas Dira dalam sendu tangisannya.
Hyun Woo yang mendengar
hanya tersenyum. Alhamdulillah. Dia sudah mendapat cinta Allah dan kini dia
mendapat cinta dari wanita yang dicintainya juga. Syukur Alhamdulillah.
“So sekarang ni kita
nak pergi mana? Ini kali pertama saya datang Malaysia jadi, jom kita pergi makan
masak lemak cili baldi. Saya laparlah.”
“Bukan masak lemak cili
baldilah. Cili padi. Mana mak cari orang masak baldi?” kata Dira geram kerana
sudah berkali-kali Hyun Woo mengulangi kesalahan bahasanya itu.
Hyun Woo pula hanya
ketawa melihat Dira. Dapat melihat rupa
Dira yang dingin sangat menyenangkan hatinya. Kali ini dia ketawa besar sambil
menarik troli bagasinya keluar dari airport melangkah ke dunia yang baru iaitu
dunia Hyun Woo bersama Dira.
p/s saya minta maaf
kalau cerita ni melompat2 dan x best sebenarnya saya cuma guna google translate je untuk bahasa korea tu... so memang teruk sangat bahasa dia.. almaklumlah.. dapat idea terus buat dan siapkan dalam masa setengah jam.. jadi! sekiranya ada sebarang comment yang nak diberi tentang kekurangan saya silalah comment sesungguhnya comment anda semua sangat membantu saya! I LOVE YOU!