Natasha membetulkan duduk simpuhnya. Dari
tadi lagi dia sudah menggigil sakan. Gementar bagai nak rak. Walaupun
perkahwinannya bukan atas kehendaknya sendiri tetapi sebagai seorang gadis
biasa semestinya dia takut untuk menghadapi gerbang perkahwinan. Lebih-lebih
lagi apabila dia sudah ternampak kelibat pengantin lelaki melangkah masuk ke
dalam ruang tamu rumahnya. Ya Allah.. Seramnya!
Iskandar mengatur langkah perlahan-lahan
menuju ke arah tok kadi. Mukanya sehabis boleh ditenangkan walaupun dalam hatinya
sedang berperang hebat dengan rasa terpaksa dan tertekan. Terpaksa kerana dia
tak mahu mengecewakan kedua orang tuanya dan tertekan kerana dia tidak pernah
sukakan Natasha apatah lagi untuk mencintai gadis itu. Mana mungkin!
Iskandar duduk bersila di hadapan tok kadi.
Is jangan gelabah Is. Nak akad nikah je pun. Bukannya kau tak berlatih langsung
sebelum ni. Relax brader brader relax. Eh ternyanyi pulak. Iskandar memandang ke sekeliling. Semua
mata-mata yang ada memandangnya . Jantungnya bagaikan sudah tercabut dari semua
urat-uratnya. Ya Allah apa pasallah dia
orang semua ni tengok aku macam nak telan? Kenapa tak pernah tengok orang
handsome lagi macho nak akad nikah ke? Susah jugak jadi orang terlebih kacak
ni. Semua mata sibuk nak pandang.
Tok kadi yang sedari tadi duduk dihadapan
Iskandar berdehem sedikit untuk memberi tanda bahawa dia sudah sedia untuk
menikahkan Iskandar. Iskandar yang
tadinya seakan-akan memikirkan masalah negara tersentak. Segera dia kembali ke
kenyataan. Tok kadi yang berada dihadapannya diberi sepenuh perhatian. Nanti
tak pasal-pasal tersebar berita pengantin lelaki menjadi gila sewaktu pernikahan. Tak sanggup
den!
“Iskandar dah sedia ke?” soal tok kadi.
Wajah Iskandar dipandang tepat. Dia tak mahu nanti Iskandar hilang fokus kerana
gementar. Kejadian pengantin lelaki gugup sewaktu melafaz akad sudah biasa dia
lihat. Jadi kali ini dia tidak mahu kejadian seperti itu terjadi lagi.
“Sudah tuan.” Balas Iskandar senada.
“Baiklah kalau macam tu kita mula sekarang
ya.” Tok kadi bertanya kepada semua yang ada di ruang tamu itu. Semua yang
dimaksudkan tidaklah ramai. Yang ada cuma kedua ibu bapa pengantin, Mak Jah dan
Pak Samad, beberapa orang saudara terdekat, jiran-jiran dan sahabat baik
Natasha, Zuhara atau lebih dikenali
sebagai Ara yang sedari tadi kejap menggenggam tangan Natasha yang terlalu
gementar.
Eh sekejap! Kawan Natasha? Bukankah aku dah
pesan jangan cakap pada sesiapa! Apa ni? Nak kena budak ni. Siaplah dia sekejap
lagi. Ke dia dah bagitahu semua orang? Semua orang dah tahu ke? Iskandar
semakin gelisah. Matilah dia jika Natasha benar-benar telah memberitahu kepada
semua orang.
“Iskandar saya tanya sekali lagi ni. Awak
dah sedia ke?” Iskandar ditanya sekali lagi. Risau tok kadi melihat Iskandar
yang nampak sangat tak keruan itu. Gementar sangat ke?
Iskandar tersentak bila namanya dipanggil.
Lama dia memandang Natasha yang berada tidak jauh darinya. Natasha pula hanya
memandangnya tanpa sebarang reaksi. Jelas sekali Natasha tidak sukakan
pernikahan ini. Tapi sepertinya juga Natasha terpaksa. Akhirnya dia menganguk
tanda dia sudah bersedia. Tangannya dihulur menyambut tangan tok kadi untuk
dijabat.
“Baiklah sebelum tu cuba baca surah
al-baqarah ayat 255 yang juga dipanggil ayatul kursi dan doa qunut.” Tok kadi
itu cuba menguji sama ada Iskandar sudah bersedia untuk menjadi seorang imam
kepada Natasha atau tidak. Iskandar pula tanpa banyak soal dia terus membaca
surah-surah tersebut tanpa sebarang cacat cela.
“Alhamdulillah nampaknya Iskandar telah
bersedia untuk menjadi seorang imam yang baik kepada sebuah masjid yang baru
dibina.” Kata tok kado itu dengan tenang.
“Iskandar al-Amin bin Adam Nakamura, aku
nikahkan dikau dengan Sharifah Natasha al-Jannah binti Syed Firdaus Akhlam
dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai” tok kadi mengangkat akad sambil
tanggannya dihenjut sedikit setelah sudah dia bersuara.
“Aku terima nikahnya Sharifah Natasha
al-Jannah binti Syed Firdaus Akhlam dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai.”
Iskandar melafaz akad dengan sekali lafaz sahaja. Dia melepaskan nafas dengan
berat setelah terdengar suara beberapa saksi megatakan ‘sah’. Satu
tanggungjawab berat kini sudah berada di bahunya. Matanya dipejam kejap.
Tangannya ditadah apabila terdengar tok kadi membacakan doa. Akhirnya.. terjadi
juga.
“Amin. Bangun. Pergi sarung cincin tu pada
isteri kamu. Salam dengan orang lelaki dulu sebelum tu.” Bisik Datuk Adam
ditelinganya. Iskanadar hanya bangun dan menurut arahan bapanya itu. Semua
hadirin lelaki di situ disalamnya. Kemudian barulah dia menghampiri Natasha
yang sedang menunduk.
Dia duduk melutut dihadapan Natasha.
Wajahnya dimaniskan kerana dia tahu ramai mata-mata yang bersinar kegembiraan
memandangnya. Bekas cincin mewah yang dihulurkan Datin Rose disambut lembut.
Terdapat sepasang cincin di dalamnya.Cincin yang sangat indah. Jelas terukir
frekuensi audio namanya dan nama Natasha di atas cincin tersebut. Idea yang dia rasa hebat dari Natasha yang
rajin melayari internet.
Jika di Amerika terdapat sepasang pasangan
yang menempa frekuensi audio perkataan “I do” di cincin mereka. Tetapi Natasha
mencadangkan supaya nama mereka pula diabadikan dicincin tersebut. Nampak
sangat mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembirakan ibu bapa mereka.
Jelas teringat diingatannya bagaimana gembiranya mereka ketika idea itu
disampaikan sehingga kedua orang tua Natasha sanggup membayar dua kali ganda
dari harga sebenar supaya cincin tersebut siap dalam masa seminggu.
Natasha menghulurkan jari manisnya kepada
Iskandar. Wajah Iskandar dipandang lembut. Ini suamiku, bisik satu suara.
Hatinya memberontak tak suka. Dia kembali menundukkan kepala. Dia lebih rela
memandang jari-jarinya daripada memandang Iskandar. Bukannya tak kacak untuk
dipandang. Malahan terlalu kacak.. Hidung yang sangat mancung mengikut hidung
darah Britishnya. Kulit yang sangat putih. Mata yang sedikit sepet, namun
sangat indah bila dilihat. Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan jatuh cinta.
Tambahan pula memakai baju melayu bewarna putih mutiara. Lengkap kelihatan
campuran pelbagai darah pada diri pemuda itu. Namun, bagi Natasha jari-jarinya
lebih cantik jelita daripada sepasang mata indah itu.
Tangannya disambut lembut oleh Iskandar dan
disarungkan cincin dia juga turut menyarungkan cincin ke jari Iskandar. Amboi..
cantiknya jari.. Ini jari perempuan ke lelaki? Glass nails. Cantik mengalahkan
kuku aku. Cis! Segera Natasha mencium tangan Iskandar. Dia tak mahu
berlama-lama. Tak kuasa.
“Amin cium dahi isteri tu. lama sikit ye.
Orang nak tangkap gambar.” Terdengar satu suara dari tepi. Jelas sangat suara
mama mengarahkan mereka. Aiseyman. Apalah pulak ni. Dah la tu.
Iskandar mencium lama dahi Natasha yang
bersih tanpa sebarang cela. Cantik. Memang dia cantik. tapi sayang. Bila hati
masing-masing tak ada rasa cinta. Semuanya menjadi hambar. Tak ada rasa suka
walaupun sedetik. Iskandar mendekatkan bibirnya ke telinga Natasha bagai ada
sesuatu yang nak disampaikan. Penonton setia yang dari tadi memerhatikan mereka
berdua tersengih bagai hampir terkoyak bibir.
“Short test awak dapat full mark. Tapi
tulisan awak kecil sangat. Lain kali besarkan sikit ye.” Iskandar berbisik ke
telinga Natasha. Natasha segera memandang Iskandar dengan wajah terkejut. Ada
ke dalam alam semesta ni orang cakap pasal short test masa akad nikah? Iskandar
pula sekadar tersengih lebar. Sengaja menyakitkan hati Natasha. Ara yang juga
terdengar bisikan Iskandar tergelak kecil. Lawak lah dia orang ni. Giliran
Natasha pula untuk berbisik kepada Iskandar. Dia mendekatkan diri kepada
Iskandar manakala Iskandar terpaksa menunduk memandangkan Natasha jauh lebih
rendah daripadanya.
“Jangan buat sengal badak awak macam selalu
boleh tak? Kalau awak tak nak orang kata awak kahwin dengan isteri gila awak
diam jangan buak lawak. Karang tak pasal-pasal saya terketawa kuat kat sini.”
“Jangan harap awak nak ketawa. Macam mana
Ara boleh tahu pasal kita masih lagi dalam perhitungan. Awak jagalah!” Iskandar
membalas bisikan Natasha dengan ugutan. Mata Natasha yang memandangnya direnung
tajam. Jelas kelihatan Natasha menelan air liur kerana ketakutan. Namun tiba-tiba kedengaran suara sumbang
photographer menyuruh mereka beraksi di hadapan kamera membuatkan mereka berdua
sepantas kilat tersenyum manis. Maklumlah mereka berdua perlakon terhebatlah
katakan.
******
Natasha baru selesai menunaikan solat Isyak
ketika Iskandar memasuki biliknya. Dia menjeling ke arah jam yang berada di
dinding. Tepat jam 12 tengah malam solat lambat betullah aku malam ni. Sibuk
sangat kat bawah tadi inilah jadinya. Iskandar yang selamba berbaring di atas
katilnya dipandang. Amboi sedapnya badan. Selesa nampak. Itu katil akulah. Mentang-mentanglah
dia dah sempat solat dan mandi tadi. Sesuka hati dia aje nak berbaring-baringan
atas katil aku. Natasha segera menanggalkan telekung dan menggantungnya di dalam
almari semula.
Iskandar yang sedari tadi mencuri pandang
Natasha terkedu melihat Natasha tanpa tudung di kepalanya. Ya Allah indahnya
ciptaanMu. Rambut lurus Natasha yang separas pinggang dipandang lama.
Cantiknya.. dia ni orang ke anak patung ni? Iskandar terus mengelamun tetapi
apabila terdengar suara Natasha terbatuk kecil dia tersedar semula dan terus
duduk di birai katil. Cantik apa bendanya? Sememeh adalah. Kelihatan Natasha
mengambil sehelai sampul surat dari dalam laci meja belajarnya dan mendekati
Iskandar. Sampul surat itu diserahkan kepada Iskandar. Iskandar mengerutkan
dahinya ketika menyambut sampul surat itu. Apa bendanya ni?
“Apa ni?” soalnya.
“Perjanjian. Rules and regulation.” Balas
Natasha senada. Iskandar segera membuka
sampul surat itu. Dan melihat isi kandungan perjanjian itu.
“Dah macam nak masuk pertandingan memasak
je ada rules and regulation bagai” bebel Iskandar perlahan.
1 .
No skin ship. (jangan nak suka
suki sentuh saya ye. Ini badan saya, saya je ada hak nak sentuh)
2 .
Hanya depan mama, papa, mummy
dan daddy je kita berlakon jadi pasangan
yang sebenar
3. Kerja rumah bahagi buat sama
rata. Mana adil saya buat sorang. Saya ni kan student lagi. Banyak kerja nak
kena buat.
p/s: siapa yang
melanggar perjanjian akan dihukum. Kalau
setuju tanda tangan kat bawah kalau tak setuju pun kena tanda tangan
juga.(Hukuman masih belum saya fikir lagi sebab perjanjian ni saya buat
tergesa-gesa.)
“Hahaha ini aje? Sekejap.” Iskandar
tergelak besar setelah membaca
perjanjian yang dibuat Natasha. Dia berjalan ke almari dan mengambil sesuatu
dari dalam begnya. Sehelai sampul surat juga. Apa ni? Dia pun ada rules and
regulation ke? Tiru oranglah tu. sampul surat yang dihulur diambil kasar.
Natasha segera meneliti isi sampul surat tersebut. Sah! Memang surat
perjanjian! Ciss!
1.
Kita kena berlakon baik kat
depan parents kita. Lakonan awak kena mantap tak mau kaku macam tiang public
phone jangan pulak lebih-lebih dah jadi macam Lisa kalau tak you are a death
meat.
Ewah ewah sesedap rasa je
cakap orang tiang public phone. Dia tak tahu aku ni dulu juara pertandingan
lakonan kat sekolah dulu. Heh!
2.
Duduk rumah sendiri nanti kita
tidur bilik asing-asing. Rimaslah nak tengok muka awak setiap waktu.
Macamlah aku hadap sangat
nak tengok muka dia. Memang aku setuju sangat-sangatlah dengan syarat yang ni.
3.
Hari-hari awak kena masak. Tapi
jangan masak merepek-repek. Pedas totally tak boleh.
Dia ingat aku ni restoran
ke nak order-order?
4 .
Kerja rumah wajib kena buat.
Jangan nak malas. Nanti bertambah gemuk.
Bila masa pula aku gemuk
ni?
5.
Jangan nak menggatal dengan
mana-mana lelaki lepas awak dah sah jadi isteri saya. Terutama sekali si Haikal
anak Datuk Zalman tu yang bajet handsome tu.
Eleh jealous lah tu. Cakap
ajelah.
6.
Belajar rajin-rajin biar
pointer dapat tinggi nanti tak adalah orang kata saya dapat isteri tak pandai.
Tak setaraf dengan saya yang bijak bestari ni.
Baru dapat PhD lebih sikit
nak riak tak memasal. Berlagak betul!
7.
No skin ship. So tak payah nak
goda-goda ye.
Tak kuasa aku nak goda
dia. Dia ingat dia tu handsome sangat ke? Si Kamal anak Datuk Hassan tu lagi
handsome dari dia tau!
8.
Jangan bocorkan rahsia kita ni
pada sesiapa pun. Siap awak kalau buat jugak.
Aku pun tak nak orang
tahulah!
Kalau setuju ke
tak setuju ke kena juga tandatangan kat bawah ni. Sekian terima kasih.
Banyak betul dia punya syarat. Ini bukan
syarat namanya ini sengaja nak menyakitkan hati aku ni. Nak mendera hidup aku
lah tu. Melampau! Dia ingat aku syok sangat nak kahwin dengan dia? Tunggulah
nanti lepas mama balik dari umrah, aku mesti kena bercerai dengan dia.
“So sekarang, awak boleh tanda tangan surat
perjanjian ni. Sampai masa nanti lepas parents awak balik dari umrah kita akan
berpisah. Dalam masa selama tu kita kena ikut semua rules and regulation ni.
Tapi memandangkan awak dah langar salah satu daripadanya. Iaitu awak dengan
senang hatinya dah bagi tahu Ara pasal kita sampai dia boleh ada masa majlis
tadi. Saya akan denda awak.” Kata Iskandar panjang lebar. Pen hitam dihulurkan
kepada Natasha. Siap dengan stamp pad lagi supaya Natasha boleh menurunkan cap
jari.
“Saya bukan sengajalah. Saya tak ada
sesiapa tau nak curahkan perasaan saya. At least Ara boleh bantu saya untuk
tenangkan perasaan saya yang berkecamuk sebab awak ni suka sangat menyakitkan
hati saya. “ Natasha mempertahankan diri sambil menurunkan tandatangan dan cap
jari pada surat perjanjian itu. Iskandar sekadar memerhatikan Natasha sambil
berbaring di atas katil.
“Saya tak kira sakit ke tak sakit ke awak
kena denda jugak sebab awal-awal lagi
saya dah bagi amaran jangan mengada-ngada nak bagi tahu sesiapa tapi awak degil
juga. Oleh itu, saya dengan bangganya mengumumkan dendanya ialah awak akan
menjadi penghuni setia lantai or sofa sampailah kita pindah rumah. Jadi,
selamat malam. Have a nice date with your floor.” Terus dia menarik selimut menyelimuti
dirinya dan membelakangi Natasha. Natasha pula hanya terpinga-pinga melihat
kelakuan Iskandar. Akhirnya dia melepaskan nafas panjang dan mengambil
comforter dari dalam almari dan membentangkannya di atas lantai. Dia mengambil
beberapa bantal dari atas katil lalu membaringkan diri. Apalah nasib badan…
“Tutup lampu tu.” kedengaran suara Iskandar
mengarah. Dia berpusing mengadap Natasha yang sudah baring di sisi katil.
“Tak payahlah. Saya takut gelap. Biarkan
aje terpasang.” Natasha yang baru sahaja mula terlelap membuka mata dan
kemudian memejamkan. Tak kuasa nak bergaduh tengah malam begini. Dia penat.
“Nak takut apanya. Saya yang gagah ni kan
ada. Tutup ajelah. Saya tak boleh tidur kalau terang.” Iskandar mengarah lagi.
Kerjanya memang suka mengarah je. Tapi hanya pada Natasha sahaja. Kalau pada
orang lain dia akan jadi lelaki sebaik-baik lelaki.
Natasha merengus kuat dia bangun dan
mengambil sesuatu dari dalam laci. Dia menghampiri Iskandar lalu memberikan Eye
sleeping mask kepada Iskandar. Nak sangat gelap kan. Ambil ni. Baru betul-betul
gelap. Nasib baik aku beli benda ni masa pergi Sarawak dulu.
Iskandar segera mengambilnya dan memakaikan
di kepalanya. Sungguh dia terlalu penat untuk bergaduh lagi malam ini. Esok
saja dia akan bergaduh lagi. Melihatkan Iskandar sudah selesa, Natasha terus
menyambung semula tidurnya yang terbantut tadi. Harapannya semoga mimpinya tidak dihantui oleh
Iskandar.
huhu.. darling baby yang jelita lagi anggun.. terima kasih ye.. :)
ReplyDeleteBest sgt..... Tak sabar nak tunggu yg seterusnya.....gdluck
ReplyDeleteFyzah darling yang jelita lagi anggun.. terima kasih sebab sudi baca.. insha allah esok saya update bab 6 ye.. teruskan baca ye.. ajak kawan2 sekali..
Deletelots of luv XoXo.. <3
Best..ni yang makin xsabar2 nk tau apa yg jadi seterusnye ni...hehehe..
ReplyDeletehaha.. terima kasih darling anna yang jelita lagi anggun.. insha allah.. kita akan jumpa dengan Iskandar yang paling kekwat bila benci dan paling romantik bia bercinta...cuma buat masa sekarang saya terlalu sibuk dengan exam.. insha allah dalam masa terdekat ni saya akan update lagi bila exam dah selesai.. :)
Deletelots of luv XoXo.. <3
tak sabar nak baca sambungan seterusnya chayokk..chayookk..terbaik and best :)
ReplyDeleteterima kasih syg!! i LOOOOOOOOOOOOOOOOVVVVVVVVEEEEE U!
Deletex sabar nak tunggu sambungan story nie.....
ReplyDeletebest sangat!!!
Siti darling yang jelita.. terima kasih sbb sudi membaca.. insha allah bila esk en.lappy dh blk.. saya update lg.. LOve u darling <3
Deletecerita yg sangat menarik...sy harap akak dapat menjdi pnlis y terkenal....
ReplyDeleteterima kasih syg sebab membaca karya yang tak terkarya ni..terima ksih sebab mendoakan yg terbaik.. insha allah.. saya akan cuba buat yg terbaik.. tak sangka ada orang sudi baca.. terharu sangat.. rasa nk nangis dah.. waaa.. nanti jgn lupa add saya kat FB ye.. Natasha Nadira Mohd Zulkifli..
Deletememang best..good job sis..teruskan bekarya..
ReplyDeletetq sayang.. insha allah akan berusaha lg kuat lagi! aza aza fighting!!!!
ReplyDeletesaya bace kat penulisan2u.. tertunggu smbgan dia..x sbr...akhirnye jumpe jugak smbgan dia.... best2....
ReplyDeletehehehe.. itulah yg.. saya dah hantar dh kat penulisan2u bnyk kali tp depa x publish pun.. itu yg x ada pun.. pening sudah kepala saya bnyk2 kali post... x apa awk bca kt sini je ek... :) ajak kwn2 skali tau.. :)
Delete