Bab 1
“Tasha, mama dengan papa nak pergi buat umrah tau
nanti” kata Puan Aida sambil mengusap
kepala anak tunggalnya yang sedang sibuk menyiapkan assignment.
Natasha segera berpaling mengadap mamanya. Pelik mendengar
kata-kata mamanya itu kerana sebelum ini dia langsung tidak diberitahu tentang
hal ini.
“Umrah ma? Bila? Kenapa sebelum ni mama tak pernah pun
bagitahu Tasha? Tup tup dah nak pergi umrah dah.” soal Natasha bertubi-tubi.
“Ye sayang kita orang nak pergi umrah. Kalau tak ada aral
melintang, kita orang pergi sana 3 Mac ni. lepas tu mama dengan papa cadang nak
terus seluruh Madinah.Duduk sana lama sikit. Dah lama sangat mama teringin nak
melancong kat sana sayang. Rasanya dalam sebulan juga kita orang berjalan kat
sana.” Natasha hanya merenung mamanya dengan muka sedih.
“Ma. Kalau tak pergi tak boleh ke? Tak pun Tasha ikut ke?
Lagipun start bulan mac ni tasha cuti mid sem dua minggu. Boleh ye ma. Kita tak
payahlah pergi lama-lama sangat. Nanti takkanlah Tasha sorang-sorang je yang
tinggal kat rumah ni. Takutlah ma.” Mama pula hanya memandang Natasha.
Keningnya diangkat-angkat sambil tersengih nakal.
“Apa pula mama ni? Ma.. Tasha cakap betul-betul ni. Tasha
tak nak tinggal kat rumah sorang-sorang.” Pujuk tasha lagi. Puh.. minta-minta
kali ni mama dengar cakap aku. Tak naklah aku tinggal kat rumah ni sorang.
Seram wooo…
“Jangan risau sayang. Mama dengan papa dah ada rancangan
yang terbaik dah untuk Tasha tau. Tapi mama tak boleh bagitahu sekarang.
Rahsia” kata mama sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir. Amboi rahsia
betul ni nampaknya.
“Rahsia apa pulak ni ma? Aduhai..” Natasha hanya mengeluh
panjang. Dalam hati dia berdoa agar janganlah mama dan papanya membuat
rancangan yang bukan-bukan untuknya.
**************
Muka Sir Iskandar yang mendung dipandang dengan penuh
persoalan. Sir ni kenapa ye? Tak pernah pulak dia bad mood macam ni. Dia ada
masalah ke? Period kot.. hahaha
“Tasha kau perasan tak apa yang aku perasan?” Ara bersuara
sambil menyiku Natasha. Matanya masih lagi merenung pensyarahnya yang masih
bermuram durja.
“Ha’ah lah. Dari tadi aku dah perasan dah. Dia kenapa ye?
Bad mood je. nasib baik dia bukan jenis suka sembur orang kan. Kalau tak dah
masak dah kita semua kena sembur. Seram aku. Dah la assignment aku tak siap lagi.
Kejap lagi dalam pukul 3 baru aku hantar kat bilik dia sendiri.”
Erkk.. nak hantar assignment kat bilik dia sendiri? Ya Allah
harap-harap mood dia okay kejap lagi. Mama lah ni menyebabkan aku tak dapat
siapkan assignment. Apalah pulak rancangan mama dengan papa yang rahsia sangat
tu ye?
“Kau nak pergi hantar assignment tu nak aku teman ke tak
nak? Aku free je petang ni pun. Tak ada class.”
“Humm.. tak payahlah aku pergi sendiri. At least kalau dia
nak marah dia marah aku sorang kalau kau ikut karang tak pasal-pasal kau pun
terbabit sekali.” Ara menganggukkan kepalanya tanda faham.
“Ok guys class dismisses. Sesiapa yang masih tak hantar lagi
assignment sila hantar ke bilik saya sebelum pukul 5 petang. Setakat ni yang
ada dengan saya cuma 46 paper je. Lagi 3 tak ada. Jadi siapa yang tak hantar
lagi tu jangan buat-buat lupa nak hantar ye because this assignment consist 5%
of your carry mark. Ok then, see u next week.” Wajah Natasha dipandang tajam
sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah itu.
“Ara, dia tahu ke aku yang tak hantar assignment tu? Dia
pandang aku macam nak telan aku je. Matilah aku kali ni” Ara mengangkat bahu
tanda tidak tahu.
“Baik kau siapkan benda ni cepat-cepat lepas tu kau hantar
kat dia. Masa kau nak hantar tu kau buatlah muka seposen kau tu mesti dia
kesian tengok kau sampai tak jadi nak marah kau.”
“Bagus! Muka seposen ye? Ok! Inilah idea terbaik yang pernah
kau bagi kat aku. Aku chow dulu pergi library. Esok kita jumpa ye. Kalau ada
apa-apa kau roger aku je. Bye bebeh.”
“Good luck Tasha!” laungnya kepada Natasha yang tergesa-gesa
keluar dari dewan kuliah. Natasha pula hanya melambai-lambaikan tangannya
sambil berlari.
************
“Assalamualaikum sir. Boleh saya masuk?” pintu dihadapannya
dikuak sedikit sambil menjenguk ke dalam.
“Humm masuklah. Ada apa-apa boleh saya bantu?” soal Iskandar
yang sedang sibuk menaip sesuatu di laptopnya.Kepalanya didongakkan memandang
Natasha.
Iskandar menunjukkan tangannya ke arah kerusi tanda menyuruh
Natasha duduk. Wajahnya masih kelihatan keruh seperti tadi. Bagaikan ada suatu
masalah besar yang melanda dirinya.
“Tak ada apa-apa. Saya cuma nak hantar assignment ni saja.
Maaf sebab saya hantar lambat. Semalam saya ada hal sikit dengan mama saya.
Jadi saya tak sempat nak siapkan.” Mukanya sehabis boleh diseposenkan dengan
harapan pensyarah muda di hadapannya itu tak akan marah kepadanya.
“Oh. Assignment ke? Saya ingatkan awak dah tahu pasal tu.”
Ayat terakhirnya itu disebut perlahan sahaja namun masih dapat didengari oleh
Natasha.
“Tahu? Tahu pasal apa sir?” tanya Natasha sambil tersenyum.
“Eh, tak ada apa-apalah. Ok. Jadi awak ke sini sebab nak
hantar assignment lah ye? Masa awak buat assignment ni ada apa-apa masalah tak?
Kalau ada, saya boleh terangkan.” Wajah Iskandar masih lagi muram walaupun dia
sudah banyak berbicara.
“Alhamdulillah tak ada masalah. Saya faham semua yang sir
ajar setakat ni. Sir, boleh saya tanya sikit?”
“Nak tanya apa?”
Eish… dia ni dah tahu ke? dia nak tanya aku pasal tu ke?
Natasha memerhatikan Iskandar yang kelihatan agak gelisah di
hadapannya itu.
“Kenapa ye dari pagi tadi saya nampak sir macam ada masalah
je. Bad mood je dari pagi. Sir marah dengan kita orang ke?”
“Eh tak lah, kenapa saya nak marah awak semua pulak? Saya
ada masalah peribadi sikitlah.”
“Oh macam tu. Kalau sir rasa sir nak kongsi dengan saya
boleh je. Lagipun sebelum ni kan sir selalu tolong saya kalau saya ada masalah.
Kenapa? Mak sir paksa kahwin ke? hehe” sempat lagi Natasha mengusik Iskandar
yang sedang gelisah itu.
Hahaha.. zaman sekarang ada lagi ke orang kena paksa kahwin?
Kalau betul, kesian kat sir. Muka handsome macam Daniel Henny. Maklumlah mak
dia orang putih bapak pulak melayu kacukan Jepun . Tapi nak kahwin pun mak
paksa.
“Macam mana awak tahu ni? Siapa yang bagitahu awak? Ada
orang lain tahu juga tak?” Iskandar menjadi kelam kabut. Suaranya agak keras.
Natasha yang berada dihadapannya terkejut mendengar
pertanyaannya itu.
Tak pernah sekalipun sepanjang dia mengenal Iskandar,
pensyarahnya itu meninggikan suara. Dia benar-benar terkejut kali ini.
“Err.. tak tahu. Saya cuma teka je. Bukan betul pun. Kenapa
sir marah-marah ni?” soal Natasha takut-takut
Wajah Natasha yang ketakutan itu dipandang lama. Patut ke
aku bagitahu dia? Kalau aku yang cakap mesti dia terkejut. Ya Allah kusutnya
fikiran aku ni. Kau berikanlah aku sedikit ketenangan. Iskandar menghela nafas
panjang.
“Ibu saya suruh saya kahwin. Dengan.. seseorang yang saya
memang tak boleh nak kahwin dengan dia.” Natasha ternganga. Kena paksa kahwin?
Kesiannya!
“Saya tak tahu nak cakap apa. Sir sabarlah ye. Saya tak tahu
nak cakap apa tapi kalau kita dengar cakap ibu bapa besar berkatnya. Selalunya
ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk kita.” Natasha memberi nasihat kepada
Iskandar yang lebih tua enam tahun darinya itu.
“Awak cakap senang Natasha. Kita tengok lepas ni kalau awak
masih akan cakap macam tu atau tidak.”
“Eh, saya pulak. Kalau saya, saya akan ikut cakap ibu bapa
saya. No doubt!” Kata Natasha dengan penuh yakin.
“Kalau macam tu I’m counting on you. Saya akan pastikan awak
tunaikan apa yang awak cakap hari ni.”
Sir ni kenapa ye? Macam aku pulak yang bersalah dengan dia.
Padahal yang suruh dia kahwin tu mak dia. Kenapa dengan aku pulak dia nak
lepaskan marah? Pelik betul nasi kandar ni. tak pernah-pernah nak marah aku ni
sekarang suka hati je nak marah-marah.
“Ok! Saya akan pastikan saya tepati kata-kata saya.
Assalamualaikum. Saya keluar dulu” Natasha bingkas bangun dan berlalu keluar
dari bilik Iskandar. Tak sanggup dia berlama-lama di dalam bilik itu kalau
sekadar untuk dimarahi.
Iskandar pula hanya memandang dengan perasaan yang semakin
membara. Kau tunggulah. Lepas ni kalau kau kata kau tak nak kahwin aku seret
kau pergi nikah. Cakap besar sangat! Aku jadi tension macam ni pun sebab nak
kena kahwin dengan kau lah sengal!
**********
“Tasha.. papa ada benda nak cakap ni. Meh sini sekejap.”
Papa menggamit Natasha yang sedang berjalan ke dapur.
“Ye pa ada apa?” tanya Natasha lantas duduk bersandar di
bahu Papa. Dia memang manja dengan papanya itu. Maklumlah anak tunggal. Kasih
sayang papa pasti tidak berbelah bahagi terhadapnya.
“Papa dengan mama tahu Tasha anak yang taat. Sentiasa dengar
cakap kami. Tak pernah melawan dan tak pernah meminta apa-apa. Tapi kali ni
papa nak sangat minta tasha tunaikankan permintaan kami yang satu ni.” Natasha
memandang wajah papa dalam-dalam.
“Permintaan apa ni pa? Hahaha.. macam rahsia sangat je.
Penting sangat ke? Papa tahukan Tasha tak akan pernah hampakan mama dengan
papa? Insha Allah Tasha akan tunaikan.” Tangan papanya digenggam erat. Mama
yang berada disebelahnya mengusap-ngusap pahanya.
“Papa nak kahwinkan Tasha. Dengan anak kawan baik papa. Papa
takut sepanjang kami disana nanti tak ada orang yang boleh jaga Tasha” jawab
papa senafas.
Dia sangat berharap agar anak tunggalnya itu akan menunaikan
permintaannya. Entah kenapa dia merasakan bahawa dia tidak akan dapat
menunaikankan tanggungjawabnya menjaga anaknya itu lagi selepas ini.
Natasha pula hanya ternganga. Dia sangat terkejut. Apakah
dugaan ini Ya Allah? Aku baru 21 tahun masih belajar pula tu. Takkan lah dah
nak kena kahwin? Aku tak mahu. Tapi.. mereka ibu bapa aku. Aku tak sanggup nak
hampakan mereka. Ya Allah kau bantulah aku.
“Kah.. kahw.. kahwin pa? Tap.. tapi Tasha baru 21 tahun. Tasha
masih belajar pun. Insha Allah Tasha dapat jaga diri Tasha. Lagipun kan papa
dengan mama pergi sebulan je. Tak payah kahwin ye pa.” rayu Natasha.
Sesungguhnya dia sangat takut untuk dikahwinkan dalam usia muda sepertinya.
“Sayang dengarlah cakap papa. Ini je permintaan kami. Tasha
satu-satunya anak papa. Papa cuma nak yang terbaik untuk Tasha. Papa takut
kalau papa tak dapat jaga Tasha lagi lepas ni. Sekurang-kurangnya kalau kami
dah tak ada nanti ada orang yang boleh jaga Tasha.” Papa mengusap kepala
anaknya yang sudah mula menangis.
Dia tahu Natasha pasti tidak ingin berkahwin pada usia yang
begitu muda. Tetapi, dia takut jika dia dan isterinya pergi nanti tiada sesiapa
yang menjaga puterinya itu.
“Tasha, dengarlah cakap papa tu sayang. Mama yakin inilah
yang terbaik untuk Tasha. Kami tak pernah minta apa-apa. Tapi kali ni kami
minta sangat tasha setuju.” Mama juga mula menangis apabila melihat anaknya
menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya itu. Namun, perasaannya juga
sama seperti suaminya. Dia merasakan bahawa kepergian mereka ke Tanah Suci itu
adalah titik pengakhiran pertemuannya dengan Natasha.
“Kalau macam tu dah kata papa, Tasha terpaksa ikut je. Tasha
harap mama dan papa gembira. Kalau mama dengan papa gembira, Tasha sanggup berkorban
apa sahaja. Cuma, Tasha harap mama dengan papa restui setiap perjalanan Tasha.”
Natasha mengalah.sungguh dia tidak sanggup melihat air mata ibunya. Dia sangat
menyayangi mereka berdua. Apalah sangat pengorbanannya itu jika dibandingkan
dengan pengorbanan ibu bapanya melahir dan membesarkannya.
“Alhamdulillah.. kalau macam tu lusa rombongan pihak lelaki
akan datang meminang. Masa tu Tasha boleh tengok bakal suami Tasha. Tasha
jangan risau Tasha memang dah kenal dia. Insha Allah dia ialah calon yang terbaik
untuk Tasha.” Papa mengusap lembut belakang badan Natasha supaya perasaan
anaknya itu lebih tenang.
Aku kenal? Tapi siapa?
menarik kisahnya..comel je panggilan 'nasi kandar' hihikkk
ReplyDeletehahaha.. Encik nasi kandar mmg begitu.. samalah dgn puan nasi kandar tu
Deletemaaf... tapi permulaan cerita mcm nvel suami aku ustaz ckit...
ReplyDeleteJust read the beginning of the novel. good and best!!
ReplyDeletejenj jeng jeng.. hehe
ReplyDelete