Bab 2
“Tasha. Pergi panggil Amin ke dalam. Panas kat luat tu.
Suruh dia masuk makan. Malu-malu pula dia.” Kata mama sambil menolak sedikit
badan Natasha supaya keluar memanggil bakal suaminya.
Datin Rose pula hanya tertawa kecil melihat Natasha yang
serba salah antara tak mahu dan terpaksa. Dia menyiku sedikit suaminya di
sebelah supaya memberi perhatian kepadanya. Datuk Adam memandang isterinya dan
tersenyum. Suka benar dia melihat Natasha yang pada pandangannya sangat sopan
dan menghormati orang tua.
“Tapi ma….Baiklah” baru sahaja dia ingin mengelat tetapi
bila mama sudah mencerlungkan mata kepadanya terpaksalah dia pergi juga.
“Malulah tu. Si Amin ni pun sengaja je tak nak masuk
mengada-ngada nak kena jemput pula. Kita masa muda-muda dulu tak ada pun macam
ni kan Man. Aku ingat kau dulu masa nak kahwin dengan Aida kau sendiri yang nak
sarung cincin masa bertunang.” Datuk Adam mengusik teman baiknya.
“Alah kau pun sama juga. Masa mak kau nak pergi meminang
Rose kat UK dulu kau kata tak payah. Terus nak nikah je. kalau meminang nanti
lambat sangat nak nikahnya kau kata.” Papa memulangkan paku buah keras kepada
sahabatnya. Akhirnya mereka sama-sama ketawa berdekah-dekah.
Natasha membetulkan sedikit tudung di kepalanya. Dia
tercari-cari orang yang patut dipanggilnya masuk. Mana? Tak ada pun. Dah balik
ke? Ataupun lari? Sepatutnya aku yang lari. Eishh.. menyusahkan betul. Nak cari
kat mana pulak ni. Nak tak nak terpaksa juga aku cari sekeliling rumah ni.
Tiba-tiba dia terlihat seseorang yang sedang duduk
bercangkung di tepi kolam ikan. Sedang sibuk memerhatikan ikan yang dipelihara
mama berenang-renang. Hah kat sini pun dia. Penat aku cari sekeliling rumah dia
boleh pulak duduk lepak-lepak kat sini. Macam pernah tengok belakang mamat ni.
tapi kat mana ye?
“Assa.. Assalamualaikum awak. Mama panggil masuk. Dia ajak
makan.” Panggil Natasha tergagap-gagap.
“Wa’aliakumusalam” Lelaki yang sibuk memerhatikan ikan itu
tadi berpaling. Dia tersenyum kelat memandang Natasha yang sudah ternganga
memandangnya.
“Kenapa awak ternganga pandang saya?”
“Sir… Sir buat apa kat sini? Macam mana sir tahu rumah
saya?” Kenapa pulak Si Nasi Kandar ni ada kat sini? Best sangat ke merayap ke
rumah student dia?
“Salah ke saya nak datang rumah bakal isteri saya?” tanya
Iskandar sedikit sinis. Entah kenapa dia berasa geram dengan Natasha sedangkan
dia tahu Natasha tidak bersalah.
“Bakal isteri? Tapi… bakal suami saya nama dia Amin. Bukan
awak” Hah amik kau! Tak ada lagi gelaran kehormat untuk kau. Kerek sangat kagi
dengan aku.
“Natasha dah dekat dua bulan awak jadi student saya.
Takkanlah awak tak tahu nama bakal suami awak ni Iskandar Al-Amin?” Iskandar
masih lagi dengan nada sinisnya.
“Lah yeke? Tak tahu pula saya. Bukannya saya pernah
terinigin nak meyibuk hal awak pun. Lagipun awak tu siapa je sampai saya nak
kena ambil tahu pasal awak?” Natasha juga menjadi geram apabila Iskandar tak
habis-habis dengan muka tak puas hatinya itu.
Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau ke? Nak
kerek-kerek kenapa? Kalau kau tak nak kahwin dengan aku, aku lagilah seribu
kali tak nak lah! Bukannya aku tahu aku nak kena kahwin dengan kau pun. Nak
marah sangat pulak. Kau ingat kau je boleh marah aku pun boleh lah!
“So, sekarang ni awak setujulah ye dengan cadangan parents
kita? Betul-betul menepati janji awak ni ye. Ke awak memang dah tak sabar nak
kahwin?”
“Awak ni kenapa ye? Macam tak puas hati je dengan saya? Ok.
Sekarang ni saya nak tanya. Kenapa awak setuju untuk kahwin dengan saya?”
Natasha sudah benar-benar geram dengan Iskandar yang tak habis-habis
menyakitkan hatinya.
“Mestilah saya bengang. Saya tak pernah terfikir pun nak
kahwin sekarang tapi tak pasal-pasal kena kahwin denga orang macam awak ni.
Awak nak tahu saya setuju kenapa? Sebab saya tak sanggup nak hampakan
permintaan parents saya.” Balas Iskandar dengan nada keras tetapi suaranya
diperlahankan kerana takut orang lain terdengar pertengkaran mereka.
“Orang macam saya? Kenapa dengan orang macam saya? Saya ni
orang yang macam apa pulak? Kalau awak tahu nak jadi anak yang taat. Samalah
juga macam saya. Saya pun tak nak hampakan mama dengan papa saya. So don’t
blame me on something that is not even my fault okay!”
“Orang macam awak? Hahaha.. budak-budak kecik tapi sibuk dah
nak kahwin. Sepatutnya awak sibukkan diri untuk belajar. Bukan sibuk nak kahwin
sekarang ni” Pertengkaran mereka menjadi semakin hangat. Masing-masing tidak
mahu mengalah.
“Awak ingat saya hadap sangat nak kahwin dengan awak? Kalau
saya tahu saya kena kahwin dengan awak jangan harap saya nak setuju. Sekadar
nasi kandar macam awak. Huh! Bersepah sana sini. Oh by the way kat dalam saya
ada masak Nasi Tomato. Mesti awak dah bosan makan nasi kandar hari-hari kan? ”
mereka berdua sudah mula berdiri sambil bercekak pinggang. Natasha pula
terpaksa mendongak untuk memandang Iskandar yang jauh lebih tinggi daripadanya.
Tak apa lenguh tengkuk pun aku sanggup asalkan aku tak kalah dengan Nasi kandar
ni.
“Nasi kandar awak panggil saya? How dare you! Awak ingat
saya kisah sangat dengan budak pemalas macam awak? Assignment lambat siap.
Dalam class sibuk berborak. Lagi pulak..” belum sempat dia menghabiskan
kaa-kata, tiba-tiba mama menjenguk dari dalam rumah. Mereka segera tesenyum mesra.
Konon-konon mereka sedang berbual mesra. Lakonan mesti mau mantap!
“Tasha. Amin masuklah. Buat apa kat luar panas-panas tu?
Mari masuk makan.” Laung mama dari pintu rumah.
“Ok ma. Kejap lagi kita orang masuk. Jom awak kita masuk.
Mama dah panggil tu.” Pelawa Natasha ala-ala mesra. Heishh.. tak ingin aku nak
mesra-mesra dengan kau. Nasib baik mama ada. Kalau tak dah lunyai kau aku
kerjakan.
“Ah? Hahaha.. jom.. jom.. cantik halaman rumah awak ni ye.
Banyak pokok-pokok bunga.” Iskandar juga memainkan lakonan mesranya itu.
“Natasha, listen here. Awak jangan bagitahu sesiapa pun
pasal ni tau kalau tak nahas awak.” Bisiknya perlahan ke telinga Natasha
selepas mama berlalu. Natasha pula hanya menjelingnya tajam sebelum melangkah
masuk ke dalam rumah meninggalkan Iskandar di belakang.
*******
“Tasha, cuti mid sem ni jom kita travel ke Sabah nak? Kali
ni kita daki Gunung Kinabalu. Kita ajaklah ramai-ramai pergi. Mesti best.
Lagipun 3 hari kita cuti, parents kau dah berangkat buat umrah kan? Bosan juga
kalau kau duduk rumah je.” Bersungguh-sungguh Ara mengajak teman baiknya itu
untuk melancong bersamanya.
Bukannya dia tidak tahu seperti biasa Natasha akan menolak
ajakkannya itu. Tetapi dia tetap mahu mencuba nasib. Sahabatnya itu memang
jarang melancong dengan orang lain melainkan ibu bapanya sendiri. Manalah tahu
kali ini Natasha akan bersetuju.
“Ara. Aku tak bolehlah. Aku ada hal cuti ni. memanglah
parents aku tak ada tapi aku memang tak boleh. Hal ni penting sangat. Aku
memang tak boleh nak elak.”Natasha menggenggam erat tangan Ara dengan harapan
Ara tidak merajuk dengannya.
“Alah sekejap je. bukan sampai sebulan pun kita pergi. Kalau
kau takut nak cakap dengan parents kau biar aku yang cakapkan.” Pujuk Ara lagi.
“Aku tak bolehlah Ara. Kalau kau pujuk mama dengan papa aku
pun memang tak boleh punya. Hal ni pun diorang yang rancang.” Tegas Natasha.
Mukanya keruh memikirkan masalah perkahwinannya itu.
“Kau ni kenapa ye beb? Lately aku tengok kau macam ada
masalah je. Aku kan kawan baik kau. Takkanlah dengan aku pun kau nak berahsia.
Ada apa sebenarnya ni?” tanya Ara semakin curiga.
“Ara. Aku bagitahu kau ni sebab kau satu-satunya kawan baik
yang aku ada. Aku akan kahwin cuti ni.” ujar Natasha. Ara yang sedang duduk
dihadapannya segera berdiri dan mempamerkan raut tidak percaya.
“Kahwin? Dengan siapa? Kau ada boyfriend tak pernah cakap
dengan aku pun. Sampai hati kau tak pernah cakap dengan aku langsung.”
“Aku memang tak ada boyfriend lah. Aku nak kahwin ni pun
parents aku yang tentukan. Diorang takut tak ada sesiapa yang boleh jaga aku
masa diorang kat sana nanti.” Terang Natasha.
“Kau kahwin dengan siapa ni? Elok ke lelaki tu? Entah-entah
dia jahat ke. Mana kita tahu. Eh. Tapi kalau parents kau yang pilih mesti
eloklah kan. Takkanlah diorang nak susahkan anak diorang pulak kan.” Tempat duduk
yang ditinggalkannya tadi diambil semula. Dia ingin mendengar lebih jelas
cerita Natasha itu.
“Kau kenal siapa dia.”
“Siapa?”
“Sir Iskandar. Dia anak kawan baik papa aku. Tapi aku minta
sangat-sangat kau tolonglah rahsiakan hal ni ye.” Natasha membetulkan tudungnya
yang senget ditiup angin.
“Sir Iskandar? That sir Iskandar..? Yang ajar kita
Innovation Management tu? Yang handsome meletop kepedasan macam Daniel Henny
tu? Yang tinggi gila nak mati tu? Yang bawa kereta BMW 3 Series tu? Yang
tiap-tiap bulan masuk buletin bulanan U kita tu dgn title 'Most Delicious
Bachelor 'tu? Lecturer paling muda dan paling hot tu?” soal Ara tanpa henti
seperti mechine gun.
“Sudah-sudahlah dengan kau punya ‘yang’ tu. Iye. Dia tu lah.
Mamat poyo seantero dunia. Entah kenapa bila kau puji dia aku rasa macam nak
termuntah. Meluat aku dengan dia. Jadi aku merayu dengan kau sebagai sahabat
baik aku. Tolonglah rahsiakan hal ni.”
Ya allah janganlah si Ara mulut pot pet ni menyebarkan
cerita ni. Natasha berdoa dalam hati.
“Aku bersumpah tak akan bocorkan rahsia ni. Aku janji. Eh
Babe. Maknanya lagi dua minggu ajelah kau akan kahwin kan.?” ikrar Ara.
“Yup dua minggu lagi”
tak sabar nk bca bab6 cepatlh mr. lappy natasha recover :) chayok..chayokk..thumbs up
ReplyDeleteinsha allah hari ni saya update.. sabar naaa...
Deletebestnyaaa .. xbr nk baca smua, hihi
ReplyDeletehehe.. sabar sikit ye yang.. nanti doakan idea saya mencurah2 mcm air terjun tau.. :) baru dapat siapkan novel ni cepat2
Deletesuka tengok depa bertegang urat. haha
ReplyDeletemcm nvel Suami ekspress jee ~ Btw , crita awk best jgk :D
ReplyDelete