Sunday, November 24

Assalamualaikum sayang2 semua.. hehehe.. cuba teka saya tengah buat apa? haha.. dah macam retis pulok..
ok.. saya tengah buat chap 45 dgn 46.. insha Allah kalau x ada aral melintang saya akan update malam ni atau esok..

so.. setelah saya kaji2.. rupa2nya saya ada buat silap besar dlm novel ni... kalau kita kaji2 dari bab satu sampai ke La.. ada yang salah.. iaitu bila mana Is sebenarnya dipanggil Amin oleh daddy dgn mummy dia.. tp bila saya buat last2 dia dipanggil Is oleh semua orang.. hahahaha.. nampak sangat x baca balik lepas dah tulis.. so let's do this.. Is hanya dipanggil Amin oleh ibu bapa Tasha dengan pemandu dia.. wahahaha.. penyelesaian paling pemalas dalam abad.. hehehe.. so sorrryyy sebab kesalahan itu.. baru setahun jagunglah katakan (buat alasan)..

so sekarang ni saya nak kena buka balik bab2 lama saya nk kena betuikan mana2 salah sebelum hantar menuskrip saya ke publisher.. doakan saya berjaya naa.. ILY.. XOXO

Wednesday, November 20

My Hubby My Lecturer!!! bab 44

Iskandar memandang ke sekelilingnya. Semuanya terlalu asing baginya. Salji di merata tempat. Penglihatannya juga kabur kerana silauan matahari yang terpancar dari salji. Matanya dikecilkan sedikit. Dia cuba mengecam persekitarannya. Ada dinding pintu gerbang yang besar. Dan juga pokok-pokok kering. Aku di mana ni? Rasanya macam pernah tengok tempat ni sebelum ni.

Benar. Di sebalik dinding inilah kali pertama dia berjumpa dengan Intan. Masih dia ingat musim luruh tujuh tahun lalu. Waktu dia masih di tahun satu ijazahnya. Hujan yang lebat membasahi bumi membuatkan dia terpaksa berteduh di bawah pintu gerbang itu. Beg galasnya yang mengandungi buku-buku pengajian dan laptopnya dipeluk kuat takut pula jika basah. Kalaulah saja dia ikutkan kata daddy untuk membawa kereta sahaja ke kampus kan senang. Tak adalah dia perlu tersangkut dalam hujan seperti ini.

Hujan di bumi England ini bukanlah seperti hujan di Malaysia. Selalunya tidak digalakkan untuk memakai payung apabila hujan kerana angin selalunya agak kencang apabila hujan. Mereka selalunya lebih suka memakai baju hujan untuk mengelakkan payung terbang dibawa angin. Tetapi masalah yang ada pada Iskandar ketika itu ialah dia langsung tidak mempunyai keduanya. Sungguh dia menyesal kerana menolak tawaran daddy. Kononnya malu keranatahun satu sudah membawa kenderaan sendiri ke kampus. Nanti tak pasal-pasal akan di cop anak orang kaya tak sedar diri.

Bunyi hujan yang turun membasahi bumi memang membuatkan dia hanyut dalam dirinya sendiri. Teringat seorang gadis kecil yang sering menari dalam hujan bila saja hujan turun menimpa bumi. Gadis itu juga yang telah menjadikan dia seorang pluviophile. Iskandar tersenyum sendiri. Sebelah tangannya dihulurkan supaya dapat merasai titisan hujan ke tangannya. Air hujan yang sangat luar biasa sejuknya berbanding Malaysia.

Bukannya dia tidak biasa dengan cuaca di England. Bahkan terlalu biasa. Mummynya kan berasal dari sini. Dia sering berulang alik dari England ke Malaysia. Setakat salji, hujan, panas semuanya sudah biasa dia rasa. Cuma, hari ini dia tak mahu basah dengan hujan kerana esok dia masih ada peperiksaan pertengahan semester yang perlu dia hadapi.

Dalam titisan hujan yang lebat Iskandar ternampak satu kelibat seorang gadis yang berlari ke arah tempatnya berdiri. Iskandar tersenyum kecil. Pasti dia juga mahu berteduh di bawah gerbang ni. Hujan lebat begini sesiapa pun tak akan sanggup meredahnya. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Iskandar berganjak sedikit ke tepi supaya ruang itu lebih luas. Walaupun pada zahirnya ruang itu muat untuk diduduki sepuluh orang.

Gadis yang sedang mengibas-ngibas air di jaket kulit yang dipakainya itu dipandang Iskandar. Kasihan. Habis basah kuyup tudungnya. Iskandar menyeluk saku di jaket kulitnya. Sapu tangan yang sememangnya wajib dibawanya ke mana-mana dikeluarkan.

“Miss. Here you can use this.” Sapu tangan itu dihulurkan kepada gadis itu.

“Thank you.” Gadis itu segera menyambut sapu tangan yang dihulurkan Iskandar dan mengelap wajahnya yang basah dengan air hujan.

Rasa sejuk yang teramat hanya mampu didiamkannya sahaja. Dia tak biasa dengan cuaca di sini. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di bumi asing. Dia hanyalah dari keluarga yang miskin. Namun berkat dia yang  tak pernah berputus asa dan doa dari ibu bapanya dia berjaya menjejakkan kakinya di bumi England ini untuk meraih segulung ijazah demi menaiktarafkan kehidupan keluarganya. Itu azamnya. Dia membuka begnya. Payung kecil di dalamnya dikeluarkan.  Kerana payung inilah dia terpaksa meredah hujan.

“Ha ha ha… so you have an umbrella? And yet you were like showering in the rain? Do you like the rain that much? Ada jugak orang yang sanggup berhujan macam ni ” ayat terakhirnya diucapkan perlahan. Takut pula jika gadis itu terdengar walaupun dia tidak tahu sama ada gadis itu orang Malaysia atau tidak. Wajah gadis itu yang seakan-akan wajah gadis Hindustan membuatkan Iskandar tidak dapat meneka tempat asal gadis itu.

“Malaysian?” Gadis itu menyoal.

“Iye. Malaysian. Orang Malaysia juga ke?” Iskandar membalas segara. Anggukan gadis itu membuatkan Iskandar tergelak sekali lagi. Ramai juga anak Malaysia di universiti Cambridge ini rupanya.

“Saya terlambat keluarkan payung tadi masa saya jalan dekat depan sana. Hujan pulak tiba-tiba turun. Itu yang saya berkejar ke sini. Tak sangka pulak sampai basah kuyup macam ni. Hujan kat sini betul-betul lain dengan hujan dekat Malaysia. Tiba-tiba je turun lebat terus. Tak sempat saya nak keluarkan payung pun. Dan sapu tangan ni. Terima kasih. Habis lencun saya.”

“Awak student baru ke dekat sini? Fakulti mana?” Soal Iskandar bila mendengar cerita gadis itu. Nampak sangat dia tak biasa dengan keadaan di sini.

“Iye. Saya student baru. Baru tahun satu. Fakulti Arts.” Gadis itu masih lagi sibuk mengelap begnya yang juga basah. Iskandar hanya mampu tersenyum kecil melihat gadis itu. Cantik!

“Oh. Saya pun sama. By the way. Nama saya Iskandar. Iskandar al-Amin.”

“Oh maaf. Lupa nak kenalkan diri. Saya Intan. Ainur Intan. “

Bayangan wajah Intan hilang dari pandangannya. Kali ini entah ke mana pula perjalanan ini dia tak pasti. Yang dia tahu apa yang ada ialah sebuah mimbar masjid di hadapannya. Iskandar memandang ke sekeliling untuk mencari kepastian di manakah dia berada ketika ini. Tapi semuanya sia-sia. Dia tak dapat mengecam tempat itu. Tempat itu terlalu asing baginya.

“Assalamualaikum Is.”

Suara itu! Suara itu dia kenal. Suara yang pernah menjadi peneman mimpi malamnya selama bertahun-tahun. Suara yang dia rindui. Suara yang pernah suatu ketika dahulu menjadi pujaannya. Suara Intan! Iskandar berpaling ke belakangnya. Mencari arah suara itu datang. Benar. Ada Intan yang duduk di suatu sudut yang agak jauh darinya. Memakai telekung putih dengan wajah yang putih berseri.

Haruman yang sangat wangi berlegar di hidungnya. Entah dimana dia pernah mengidu bauan itu dia tidak pasti. Waktu ini fikirannya lebih tertumpu kepada Intan yang berada di hadapannya dari sibuk memikirkan tentang haruman yang dihidunya itu. Tapi sungguh, dia sangat selesa. Sangat tenteram. Rasa seperti dilindungi dan di sayangi.

“Wa.. Waalaikummusalam. In.. Intan. awak ke tu? Ya Allah. Saya tak sangka dapat jumpa awak lagi.” Iskandar tergagap melihat Intan di situ.

“ Ye saya Is. Saya bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dengan awak walaupun cuma hadir dalam mimpi awak sahaja. Ini sudah cukup baik buat saya. Saya senang hati dan gembira. Tapi apa yang membuatkan saya tak gembira bila mengenangkan apa yang awak dah buat. Saya tak sangka awak sanggup lukakan hati dia macam tu. Dia tak salah Is. Saya yang salah. Dia hanya mangsa dari kesilapan saya. Saya yang terlalu cuai.”

“Apa yang awak cuba cakapkan ni intan?” Iskandar keliru. Dia tidak mengerti dengan apa yang cuba Intan sampaikan.

“Natasha Is. Dia tak salah. Saya kecewa dengan awak bila awak buat dia begitu. Dia wanita yang sangat baik. Sangat sempurna untuk awak. yang terbaik untuk awak. Kenapa awak sanggup sia-siakan dia? Kasihan dia.” Suara Intan yang begemersik kedengaran lagi.

“Tapi saya buat semua ni sebab saya kesal atas kematian awak. Kalaulah dia tak kemalangan dengan awak, awak tak akan pergi tinggalkan saya. Saya rindukan awak Intan. Awak tak tahu bertapa hancurnya hati saya bila saya sampai di hospital dengan harapan saya dapat tengok awak lagi tapi apa yang saya dapat hanyalah gelengan dari doctor saja. Hanya Allah saja yang tahu bertapa hancurnya perasaan saya masa tu. Saya cintakan awak Intan.” Iskandar masih bersuara tenang. Walaupun jarak duduk mereka jauh. Tetapi, suara Intan dan suaranya jelas kedengaran dalam gemersik. Sepertinya Intan dan dia hanya duduk bersebelahan saja.

“Tak Is. Cuba awak salami hati awak yang terdalam. Salami setiap genap ruang. Awak sebenarnya tak cintakan saya. Dari hari pertama awak jumpa saya awak hanya cintakan Natasha. Hanya dia yang ada dalam hati awak. Setiap saat awak berada bersama saya awak hanya bercerita tentang dia. Sampaikan saya jatuh cinta dengan awak kerana keagungan cinta awak pada dia. Setiap kali awak bercerita tentang Tasha mata awak bersinar-sinar.
 Masa itu mungkin awak fikir awak hanya sayangkan Natasha sebagai adik. Tapi tak. Saya tahu awak sebenarnya cintakan dia sepenuh hati awak. Walaupun awak tak pernah sedarkan semua itu tapi saya sedar. Saya hanyalah pengganti dia masa dia tak ada di sisi awak. Awak tak pernah sedarkan semua itu. Sebab itulah bila awak disuruh kahwin dengan Tasha awak menolak. Tapi masih menerima. Cubalah awak salami hati awak Is. Awak pasti akan dapat jawapannya.” Wajah Intan yang tenang dipandang lama. Mindanya ligat mencerna setiap klausa kata Intan. Benarkah?

“Intan kalau benar saya hanya anggap awak sebagai pengganti kenapa awak masih sanggup bersama saya? Kenapa awak sanggup jadi kekasih saya?” Iskandar menyoal sekadar mahu menyangkal kenyataan yang mula merasuki mindanya. Benarkah kata-kata Intan itu? Hatinya mula berdebar-debar mengingati Natasha. Iya harumany yang sedang berlegar di hidungnya ini ialah haruman Natasha. Abang rindukan cinta!

“Sama seperti awak cintakan Natasha, saya cintakan awak. Saya rela walaupun hati awak bukan sepenuhnya milik saya. Cinta memang aneh kan? Hanya kerana sering mendengar cerita awak tentang bertapa indahnya Natasha al-Jannah saya jatuh cinta dengan awak. sehingga membuatkan saya kagum dengan gadis bernama Natasha al-Jannah. Saya teringin berjumpa dengan dia. Saya teringin melihat dia yang berjaya miliki hati awak tanpa awak sedari. Jadi Iskandar saya mohon, janganlah sia-siakan dia begitu sahaja. Dia anugerah dan amanah terbaik dari Allah buat awak. Jangan lukakan dia lagi. Bahagiakanlah dia sebagaimana awak pernah bahagiakan saya dahulu.”

Benarkah aku cintakan Tasha? Wajah Intan yang redup memandangnya direnung lama. Aku tak cintakan Intan ke? Tasha? Ah! Rindunya pada dia. Senyuman manis Natasha terlayar di fikirannya. Ya Allah aku cintakan dia. Terlalu cinta. Kenapa aku terlalu alpa menilai?

“Intan. Maafkan saya atas semua kesalahan saya. saya tak sangka selama ni saya telah mempergunakan awak sebagai pengganti. Saya sayangkan awak tanpa saya sedar yang cinta saya sebenarnya milik Natasha. Saya minta maaf.”

“Tak apa Iskandar. Dapat disayangi awak walaupun sementara saya dah dah bersyukur. Saya tak pernah mengharapkan lebih. Sebab itulah saya bersyukur walaupun dapat disayangi sedikit oleh awak. Saya sangat gembira. Awak satu-satunya lelaki yang pernah bertakhta di hati saya. Yang pertama dan terakhir. Dan saya bersyukur awak menjadi milik Natasha. Dia wanita yang baik Is. Jangan sia-siakan dia lagi. Lindungi dan cintailah dia sementara Allah masih lagi menyatukan awak berdua. Saya sentiasa mndoakan kebahagiaan awak berdua. Selamat berjumpa lagi Is. Assalamualaikum.” 

Entah kenapa dia merasakan suara Intan semakin sayup-sayup kedengaran di sebalik kabus putih yang semakin menebal di hadpannya dan akhirnya bayangan Intan hilang dari pandangannya yang ada di sekelilingnya ketika ini hanyalah dinding kosong tanpa nyawa. Aku bermimpi ke tadi?

Iskandar beristighfar panjang. Wajahnya diraup beberapa kali. Jam di meja sisi dipandangnya. Sudah pukul tujuh. Dia termenung sebentar. Mungkinkah mimpi itu satu hadiah dari Allah SWT kepadanya untuk bertemu Intan ataupun hanyalah mainan tidur sahaja? Dia tidak pasti. Tapi satu yang dia pasti kini dia mahu mendapatkan isterinya Natasha. Dia mahu melaungkan setiap kata cinta kepada isterinya itu. Dia ingin memohon maaf atas semua kesilapannya. Dia ingin menebus semua kesalahannya. Dia ingin memberikan setiap satu cintanya kepada isterinya tanpa kurang sedikitpun.

Dia bingkas bangun menuju ke pintu kamar. Pintu di buka. Benda pertama yang terpampang di matanya ialah pintu bilik Natasha yang terbuka luas. Tasha dah bangun? Iskandar menjengukkan sedikit kepalanya ke dalam bilik Natasha untuk mengintai sama ada Natasha berada di dalam bilik itu atau tidak. Ah! Dia tak ada. Tasha ke dapur minum air kot.

Iskandar membuka langkah menuju ke tingkat bawah untuk mencari isterinya itu. Dadanya berdebar-debar. Rasa sakit di seluruh tubuhnya akibat belasahan Faiq semalam tidak dihiraukannya. Matanya masih lagi meliar mencari kelibat Natasha. Sah tak ada di mana-mana. Ke mana dia? Mandi kot? ke dalam bilik mama papa? Tak pun dalam bilik bacaan? Iskandar mendaki semula anak tangga ke atas untuk mencari Natasha di atas semula. Pintu bilik mama dan papa dibukanya. Menjangkakan kemungkinan sama ada Natasha berada di situ sekali lagi seperti sewaktu dia hilang dahulu. Tak ada juga. Ke mana dia? Mandi lah ni.

Kakinya menapak ke bilik Natasha semula. Bilik itu dimasukinya. Pintu bilik air yang terbuka membuatkan dahinya berkerut. Natasha tak ada juga. Ke mana dia? Pelik! Tiba-tiba matanya tertacap pada kertas yang tertampal di cermin meja solek. Kertas apa tu? Tak pernah-pernah di buat orang tampal kertas dekat cermin. Teringin nak ada muka macam garisan kertas ke? Meja solek itu didekatinya dan kertas itu diambilnya. Matanya membaca setiap bait kata yang tertulis di atas kertas itu. Dadanya menjadi sesak. Dia terduduk di atas kerusi yang berada di hadapan meja solek itu.

Allah. Apa semua ni. Cinta kenapa buat abang macam ni? Kenapa tinggalkan abang? Tasha… dan air mata jatuh setitik demi setitik di pipinya tanpa disedari. Apa yang ada di fikirannya hanyalah penyesalan dan mencari tujuan di manakan isterinya ketika itu. Akhirnya tangisan yang tadinya hanyalah tangisan kecil menjadi esakan yang sangat mendalam. Aku dah terlalu melukakan dia. Ya Allah. Aku dah terlalu melukakan dia. Cinta baliklah. Abang perlukan Tasha. Kertas yang berada di tangannya dipandang dengan sendu yang masih berterusan. Jelas tulisan tangan Natasha berada di atas kertas itu.


Iskandar,
Untuk yang pertamanya saya memohon maaf atas kesalahan saya keluar rumah tanpa izin awak terlebih dahulu. Ampunkan saya. Tapi demi Allah saya dah tak mampu menahan semua kesakitan ini. Saya perlukan ruang untuk saya menenangkan hati saya. Saya memohon kepada awak supaya izinkanlah pemergian saya ini. Izinkanlah saya pergi membawa diri saya dalam keadaan yang tidak nuzyuz.
                Is. Saya tak pernah salahkan awak atas semua yang awak lakukan kepada saya. Saya tahu awak terlalu tertekan dengan kenyataan bahawa saya terlibat sama dalam kemalangan dengan kak Intan. Saya mohon maaf. Tapi sungguh, saya tak pernah merancang semua ini. Saya cumalah mangsa dalam kemalangan itu. Tak pernah terlintas dalam kepala saya untuk terlibat dalam kemalangan itu. Hanya Allah saja yang tahu bertapa terkejutnya saya bila saya mendapat tahu yang mangsa itu ialah Kak Intan dan sepanjang waktu ini saya tak pernah tahu yang orang yang kemalangan dengan saya telah meninggal dunia.
Saya tak pernah diberitahu tentang itu.Saya koma selama dua minggu lepas kemalangan. Selepas saya sedar saya diberitahu semuanya selamat. Kalaulah saya tahu lebih awal tentang perkara itu saya pasti tak akan bersetuju untuk berkahwin dengan awak. Saya tak mengharapkan semua ini berlaku.
Is. Macam yang awak minta, saya tak akan kembali lagi selepas ini. Terima kasih kerana pernah memberikan saya rasa apa itu cinta walaupun cuma untuk beberapa waktu. Saya sangat gembira. Saya mohon supaya awak menghalalkan setiap makan minum saya, segala hutang janji yang tak tertunai, dan salah laku saya.
Untuk yang terakhir kalinya, izinkanlah saya memanggil awak abang walaupun saya tak layak untuk memanggil awak dengan gelaran itu. Saya merindui panggilan itu. Panggilan yang mana mengikitiraf saya sebagai isteri awak yang sahih.
Abang untuk terakhir kalinya. Tasha cintakan abang sepenuh hati Tasha. Hanya abang cinta pertama dan terakhir Tasha. Tasha doakan abang sentiasa dalam keadaan sejahtera dan bahagia. Sesungguhnya setiap kebahagiaan abang adalah kebahagiaan Tasha. Semoga suatu hari nanti bila kita bertemu lagi kebencian abang pada Tasha sudah hilang.
Kalau suatu hari nanti abang terjumpa pengganti Kak Intan di hati abang bahagiakanlah dia sebagaimana abang pernah bahagiakan Tasha dulu. Dan sayangilah dia sepenuh hati awak seperti awak cintakan Kak Intan.
Abang.  Maafkan Tasha sebab pergi secara tiba-tiba. Izinkan Tasha pergi membawa semua kenangan manis bersama abang selama perkenalan kita. Sesungguhnya Tasha cintakan abang dari dulu, hari ni, dan hari-hari yang akan mendatang sepanjang hidup Tasha. Selamat tinggal abang.
Dengan cinta,
Natasha al-Jannah.


Wednesday, November 13

Assalamualaikum darling2 semua.. maaf sangat2 saya tak update dh lama.. x balas sebarang komen.. tak layan mesej2 anda.. saya mohon ampun.. tak ada niat saya menyombong.. saya terlalu sibuk semester ni..

esok saya ada presentation yang agak besar yang bila mana kami dah pakat2 pakai baju sedondon ala2 kumpulan nasyid... muehehe.. dan hari jumaat pula saya ada exam mid term.. dan hari sabtu saya ada oral test..  jadi saya mohon maaf sebab saya tak dapat update bab baru dalam masa terdekat ni.. (rasa nak meraung dah ni rindu dekat Is dengan Tasha)..

saya mohon jasa baik kalian doakanlah kejayaan saya dalam exam2 dah presentation tu supaya saya dah tak ada alasan untuk tak update bab baru lagi.. muehehe..

p/s: sekarang ni cuaca tak menentu.. tiba2 hujan.. tiba2 panas.. jaga kesihatan tau.. minum air putih banyak2..tak mau sakit2 tau.. kalau berada di tempat banjir janganlah buka lappy untuk tengok MHML dah update ke belum.. insha Allah kalau banjir dah reda MHML dah habis.. muhehehe...

Monday, November 4

Natasha al-Jannah




"Awak..  Saya nak tanya sesuatu.. saya harap awak jawab dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak cintakan saya?" Natasha bertanya sepatah demi sepatah. Setiap patah perkataan yang cuba dituturkannya terasa begitu pahit sekali untuk diluahkan. Dia sebenarnya takut dengan jawapan yang bakal Iskandar berikan. Dia takut jika jawapan yang akan Iskandar berikan bukanlah seperti yang dia harapkan.

“Tak Pernah.” Jawab Iskandar sepatah.


Hilang senyuman yang indah.. hanya hati yang sebak menanhan tangis.. semoga bahagia miliknya

My Hubby My Lecturer!!! bab 43

Bunyi loceng di hadapan membuatkan Faiq berhenti menyuap pizza ke dalam mulutnya. Faiq mengeluh panjang sebelum menuju ke pintu. Jam di atas meja dipandang sekilas. Lambat pula hari ini. Pukul sembilan baru sampai. Pergi solat di masjidlah tu. Dia tahu siapa yang datang. Rambutnya diraup ke belakang. Rasa geram membuak dalam hatinya. Pasti Iskandar lagi.

“Waalaikummusalam.” Faiq menjawab malas salam Iskandar. Sebenarnya dia geram yang teramat dengan perangai Iskandar yang mendera Natasha begitu. Dia masuk semula ke dalam rumah selepas membuka pintu untuk Iskandar.

Iskandar melangkah masuk ke dalam rumah Faiq tanpa dipelawa. Bukan dia tak biasa datang ke rumah ini. Sepanjang sebulan dia berdingin dengan Natasha rumah ini sudah menjadi seperti rumah keduanya. Selepas habis waktu kerja dia pasti akan datang ke sini melepak dahulu sehingga tengah malam sebelum pulang ke rumah.

Dia kan mahu mengelakkan diri dari Natasha. Jadi keputusan yang dia ambil ialah bermusafir di rumah Faiq terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah pada waktu tengah malam apabila dia pasti Natasha sudah tidur.

“Kau makan apa bro? Hehehe.. ini je dinner kau? Ni Malaysia kot. Orang makan nasi bukan makan pizza.” soal Iskandar bila dia seperti tidak dilayan Faiq. Dia duduk di hadapan Faiq di meja makan.

Wajah Faiq yang langsung tidak dipandangnya ditenung dengan penuh hairan. Ah.. lantaklah. Bahunya diangkat sedikit. Tak kuasa nak layan orang yang kena angin monsoon timur barat seperti Faiq Air coke dituang ke dalam gelas. Dan sekeping pizza diambil dan disuap ke dalam mulutnya tanpa dipelawa. Bertahun menjadi teman serumah dengan Faiq semasa di Cambridge membuatkan dia hilang rasa segan dengan Faiq.

Faiq mengangkat muka memandang Iskandar bila Iskandar makan dengan diam. Lama. Muka serabut. Kononnya marah. Tapi nampak sangat dia yang merana. Kenapalah nak siksa hati sendiri? Kalau dah sayang kenapalah sanggup nak tipu perasaan sendiri. Dia ni suka sangat menyusahkan orang ramai. Aku kena buat sesuatu supaya dia bersama balik dengan Tasha. Wajib!

Teringat air mata Ara yang bercucuran ketika menemuinya di bilik pejabatnya siang tadi. Sungguh dia terkejut ketika Ara tiba-tiba meluru masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu dahulu. Mujur tak ada sesiapa di dalam biliknya. kalau tidak pasti tersebar cerita di universiti bahawa Natasha dan Iskandar bergaduh. Kata-kata Ara masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Tasha tersiksa Sir. Sir tolonglah buat sesuatu untuk baiki hubungan mereka. Saya dah tak sanggup tengok Tasha macam tu. Kesian dia terpaksa mengandung sendirian tanpa suami dia. Dengan hati dia yang tersiksa. Dengan keadaan dia yang tak sihat. Saya risau Tasha tak dapat bertahan nanti. Walaupun Tasha memang kuat. Tapi dia masih seorang manusia. Dia ada hati. Dia ada perasaan. Dia ada hak untuk bahagia.
 Tolonglah sir. Buatlah apa saja asalkan Iskandar dengan Tasha dapat berbaik semula. Hanya Sir harapan saya sekarang. Saya dah cuba untuk beritahu Datin Rose. Tapi Tasha tak bagi saya bagitahu dia. Jadi. Tolonglah Sir. Saya merayu.” Bersungguh-sungguh Ara menangis menceritakan segala penderitaan Natasha.Ara merayu supaya dia buat sesuatu untuk memulihkan hubungan Iskandar dengan Natasha.  Suara serak Ara masih segar di telinganya sehingga membuatkan dia tekad untuk bertindak.

Dia kasihan dengan Natasha. memang dia terkejut ketika Ara memberitahu tentang berita kandungan Natasha. Patutlah sejak kebelakangan ini wajah Natasha sentiasa pucat. Sangkanya kerana Natasha menderita perasaan. Rupanya Natasha sedang mengandung. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia memberitahu Iskandar tentang keadaan isterinya itu. Tetapi kerana janjinya dengan Ara untuk tidak memberitahu keadaan Natasha itu kepada Iskandar dia diamkan saja.

“Sampai bila kau nak jadi macam ni Is?” soalan Faiq membuatkan Iskandar berhenti mengunyah. Lama dia berjeda. Mencerna setiap bait kata Faiq.

“Sampai bila-bila.” Jawab Iskandar tanpa nada. Dia kembali mengunyah makanan di dalam mulutnya. Kemudian air coke disisipnya sedikit.

“Sampai bila-bila? Baru sebulan ni pun aku nampak kau dah macam orang hilang akal tau. Tak terurus. Dan aku rasa yang lebih merana dalam hal ni kau. Bukannya Tasha. Kau yang meroyan lebih-lebih aku tengok. Is kau tak kesian ke dekat dia? Sorang-sorang tanggung semua ni?” Faiq mula geram. Giginya  diketap kuat. Menahan suaranya dari meninggi.

Bukannya dia mahu menyibuk dalam urusan rumah tangga Iskandar. Tapi dah nyata Iskandar memang melampau. Mungkin dulu dia boleh menerima perbuatan Iskandar. Padanya mungkin Iskandar terlalu kecewa. Terpukul dengan kenyataan isterinya yang tercintalah penyebab kematian kekasihnya dahulu. Tetapi lama kelamaan dia merasakan Iskandar terlalu melampau. Tambah lagi bila mendengar rayuan Ara siang tadi. Dia memang marah!

Bukan Natasha yang pinta untuk terlibat dalam kemalangan itu. Itu kan semuanya takdir. Mengapa Iskandar masih tidak mahu menerima takdir yang Allah berikan? Kasihan Natasha. Seorang isteri yang setia pada suami. Masih sanggup bertahan walaupun terluka dengan teruk. Malah terpaksa mengharungi semuanya sendirian. Dia yakin, jika dia di tempat Natasha dia pasti tidak mampu menjadi sekuat itu.

“No. The problem here is kenapa kau kisahkan sangat pasal dia? Aku ni yang kawan kau ke dia? Kau nak bela sangat dia tu kenapa?” Iskandar memandang tajam wajah sahabat baiknya itu. Rasa cemburu mula menular dalam dirinya. Yang kau sibuk sangat pasal dia kenapa? Dia tu isteri aku tahu!

“Ceritanya sekarang bukannya pasal kau atau dia kawan aku. Ceritanya ialah aku kesiankan dia. Dia tu perempuan kau tahu. Pulak tu dia tak ada sesiapa lagi selain kau. Kau satu-satunya tempat dia bergantung tapi kau jugak yang buat dia macam tu. Aku tak boleh bayangkan bertapa sakitnya hati dia Is. Kalau aku kat tempat dia dah lama aku tinggalkan kau.” Faiq bangun dan menuju ke ruang tamu. Dia mahu menenangkan hatinya yang sedang panas. Lebih lama dia menghadap muka Iskandar lebih membuak rasa marahnya pada Iskandar.

Iskandar mengekori langkah Faiq. Bahu Faiq ditarik dari belakang supaya menghadapnya. Perasaan cemburunya semakin menggunung. Memang melampau kalau Faiq sebenarnya ada hati dengan Natasha. Dia tu isteri aku. Tak ada sesiapa boleh rampas dia dari aku. Dia milik aku selamanya.

“Kau sibuk sangat pasal dia kenapa? Kau suka dia? Kan dulu kau pernah nak mengorat dia. Kau jangan harap kau nak dapatkan dia. Sampai mati pun kau tak akan dapat.” Jari telunjukknya di  luruskan tepat di muka Faiq. Nafasnya turun naik menahan marah.
Dasar tak guna. Kau kata kau kawan aku. Tapi kau ada hati nak rampas isteri aku.

“Oh. Sekarang ni kau nak cakap kau cemburulah ye macam tu? Kau sedar tak? Dah cukup baik Tasha tu tak lari tinggalkan kau tahu tak. Dan dah cukup baik jugak dia tak mengadu dekat parents kau. Lagi satu, pasal aku suka dia tu. Kenapa kau ada masalah? Kalau aku nak. Bila-bila masa je aku boleh rampas dia dari kau. Tapi aku tahu. Tasha Cuma cintakan kau. Sejauh mana aku cuba rampas dia dari kau dia tetap tak akan bahagia dengan orang lain sebab hati dia ada pada kau.
 Kau dengar sini baik-baik. Memang dari awal aku memang dah jatuh cinta pada dia. Tapi bila aku tahu dia isteri kau aku mengalah. Dia memang layak untuk dapat yang terbaik. Tapi aku rasa aku dah silap. Terbaik yang aku harapkan tu tak macam ada pada kau pun. Kau sia-siakan dia macam dia langsung tak ada harga. Kalau kau tak sayangkan dia lagi lepaskan dia. Aku boleh jaga dia dengan baik” Faiq terpaksa mereka cerita bahawa dia telah lama mencintai Natasha hanya kerana dia mahu Iskandar sedar bertapa beruntungnya dia memiliki Natasha. Dia tekad. Walaupun terpaksa memuburukkan nama sendiri dia sanggup. Baginya, wanita untuk dilindungi. Bukan untuk disakiti.

“Tak guna kau! Bini aku pun kau ada hati! Tak guna!”

Dush! Iskandar menumbuk tepat muka Faiq. Dasar lelaki tak guna. Sanggup makan kawan sendiri. Isteri aku pun kau nak rembat. Patutlah selama ni Nampak baik sangat dengan dia. Rupanya ada hati dengan isteri aku. Tak guna! Faiq yang sedang terduduk di atas lantai sambil mengesat bibirnya yang berdarah dipandang dengan tajam.

Dan dushh!!  Gilirannya pula yang menerima tumbukan dari Faiq. Lalu berlakulah pergelutan di antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah. Iskandar dengan rasa cemburu dan marahnya yang membuak dan Faiq dengan rasa marahnya terhadap Iskandar yang mengainiaya Natasha. Habis semua perabot di ruang tamu berselerakan. Namun mereka masih lagi saling bergelut. Langsung tidak menghiraukan keadaan di sekeliling mereka.

Tiba-tiba bunyi dari pasu  Kristal yang berada di atas rak jatuh ke lantai membuatkan mereka berhenti bergelut. Iskandar bersandar di sisi sofa. Nafasnya tercungap-cungap dan peluh membasahi seluruh tubuhnya. Bibiir dan dahinya yang berdarah dikesat dengan lengan baju. namun seteruk mana kecederaannya Faiq lebih teruk lagi. Baju T-shirt yang dipakainya koyak di baju dan terdapat luka yang agak besar di situ. Masakan tidak. Sejak dari dulu lagi. Kalau dalam bab kegagahan memang Iskandar lebih hebat darinya.

“ Kenapa kau berhenti? Kau dah penat? Kau nak pukul aku? Kau pukullah. Aku tak kisah. Tapi kau kena ingat sekali kau pukul aku. Balasan dia kau kena buat baik pada Tasha. Kalau tidak aku akan rampas dia dari kau. Dan masa tu kau jangan harap kau akan jumpa dia lagi. Tapi kalau kau rasa kau masih ada sayang pada dia kau jangan siksa hati dan perasaan dia macam tu. dia ada hidup dia. Dia ada degree yang dia nak kena habiskan. Kau jangan pentingkan diri kau sendiri je. Satu hari nanti kau akan sedar bertapa kau perlukan dia dalam hidup kau. Masa tu kau jangan cari aku lagi. Aku dah penat dengan kau.” Faiq bersuara dengan nada separuh mengejek. Sengaja dia mahu menyakitkan lagi hati Iskandar. Biar Iskandar sedar bertapa pentingnya Natasha di dalam hidupnya.

Iskandar menggenggam penumbuk sekali lagi. kalau diikutkan hatinya memang dia mahu membelasah Faiq lagi. Tetapi perasaannya itu ditahan. Walau apa pun Faiq masih sahabatnya. Iskandar bangun dan terus melangkah keluar dari rumah Faiq tanpa menoleh sesaat pun kepada sahabatnya itu. Dia ingin marahnya reda dahulu. Entah kenapa kata hatinya mengatakan apa yang dikatakan Faiq bahawa dia cintakan Natasha adalah tidak benar. Tetapi perasaan cemburu benar-benar merasuk mindanya.

Faiq hanya mampu tergelak kecil melihat tindakan Iskandar itu. Is aku minta maaf dengan tindakan aku tadi. Aku hanya harapkan yang terbaik untuk kau. Tasha isteri terbaik untuk kau. Tak patut kau sia-siakan dia. Aku harap kau akan sedar bertapa kau pentingnya dia dalam hidup kau. Aku cuma nak kau bahagia.

Iskandar memandu kereta tanpa arah. Dia juga tak pasti ke manakah arah yang ingin dia tujui sebenarnya. Yang pasti dia mahu melepaskan semua kemarahannya dahulu. Tiba-tiba silauan dari lampu dan bunyi hon van yang bertentangan dengannya membuatkan Iskandar tersedar dari lamunan. Mujur saja dia tidak terbabas melanggar van itu. Dia membelokkan stereng kereta ke bahu jalan. Dia takut untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan jiwanya yang tidak tenang begitu.

Iskandar mengangkat muka memandang ke persekitarannya. Aku kat mana ni? Papan tanda kedai yang menunjukkan perkataan Teluk Kemang membuatkan dia beristighfar beberapa kali. Sampai ke sini aku? Tangannya meraup mukanya. Dia sangat tertekan ketika ini.

Jam di tangannya dipandang sekilas. Ya Allah! Dah pukul satu pagi! Tasha. Mesti Tasha risau aku tak balik-balik lagi. Selalunya waktu macam ni aku dah ada dekat rumah. Aku kena balik sekarang juga!

‘Iskandar. Kau risaukan dia ke? ‘ Entah suara dari mana menyapanya.

‘Mestilah aku risau. Dia kan isteri aku. ‘Iskandar menjawab tegas.

‘Tapi bukankah kau yang dah buang dia buat apa risaukan dia lagi?’ suara itu membalas. Kata-kata itu membuatkan Iskandarr tersedar. Betul! Aku masih sayangkan dia. Aku cintakan dia. Dia isteri aku. Aku sayangkan dia lebih dari diri aku sendiri.

Wajah Natasha berlegar-legar di mindanya. Wajah Natasha tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Wajah Natasha yang ketawa bila bergurau dengannya. Wajah Natasha yang tersipu malu bila diusiknya. Wajah Natasha yang mudah merah bila perasaannya tidak stabil. Wajah Natasha yang menangis bila diherdiknya. Natasha memang terlalu cantik. Setiap saat. Setiap detik. Wajahnya memang sentiasa memukau perasaan Iskandar.Beserta dengan hati yang indah membuatkan Iskandar gila bayang. Dia rindukan semua itu.

Ya Allah. Apa yang aku dah buat? Isteri yang terbaik kau berikan untuk aku. Tapi apa yang aku balas pada dia? Ampunkan aku Ya Allah. Aku bersalah. Aku telah abaikan amanah yang kau berikan pada aku. Aku menyesal atas kesilapanku.

Dia segera memutarkan stereng semula untuk pulang ke rumah. Dia ingin segera menemui isterinya. Dia ingin menyatakan rasa kesalnya. Dia ingin menyatakan rasa cintanya dengan bangga kepada Natasha. Dia rindukan isterinya itu. Lebih sebulan lamanya dia cuba menipu perasaan bahawa dia bencikan Natasha sedamgkan setiap sudut hatinya menjerit cintakan isterinya setiap saat. Iskandar menarik nafas panjang dan melafazkan bismillah sebelum bertolak pulang kerumah.



Iskandar membuka pintu rumah. Matanya melilau memandang ke sekeliling ruang tamu yang kelihatan masih cerah. Tasha tak tidur lagi ke? Dah tengah malam ni. Tunggu aku ke? Mana dia ye? Matanya mencari kelihat sang isteri yang tidak kelihatan di mana-mana. Bunyi cawan berlaga dari dapur membuatkan Iskandar menuju ke dapur. Bunyi orang bercakap membuatkan Iskandar tertanya-tanya dengan siapa Natasha bercakap. Iskandar mengintai Natasha dari balik dinding dapur. Natasha yang memegang telefon bimbit sambil menuang air kosong ke dalam cawan. Dia memasang telinga untuk mengetahui identity pemanggil dari sebelah sana.

“… baik abang Faiq. Nanti kalau dia balik Tasha beritahu.”

Hanya itu yang mampu didengari Iskandar. Dia menarik nafas panjang. Jadi betullah mereka ada hubungan? Aku je yang buta selama ni. Aku ingatkan dia cintakan aku. Rupanya dia main kayu tiga dengan kawan aku.  Tak guna! Iskandar menggenggam penumbuk dan berjalan menuju kea rah tangga. Dia tak kuasa lagi untuk melihat muka Natasha.

“Allahhu Akbar! Awak! terkejut saya. Bila awak balik? Abang Faiq baru je telefon dia tanya awak dah balik ke belum.” Natasha terkejut melihat Iskandar yang sedang membelakanginya itu membelakanginya.

Iskandar berpaling menghadap Natasha membuatkan Natasha terjerit kecil melihat mukanya yang lebam teruk dan dahinya yang luka berserta dengan darah kering. Natasha memandang setiap sudut wajah Iskandar. Dia mendekati Iskandar dengan takut-takut. Wajah Iskandar cuba disentuh tetapi ditepis oleh Iskandar. Natasha sebak melihat keadaan suaminya yang begitu. Dia seperti dapat merasa setiap kesakitan yang dialami oleh Iskandar.

“Awak. Apa yang dah jadi? Kenapa sampai jadi macam ni? Awak duduk dulu saya sapukan ubat untuk awak.” Natasha menarik tangan Iskandar ke ruang tamu dan mendudukkan Iskandar di sofa. Dia sudah tidak kisah sama ada Iskandar ingin marah ataupun tidak. Yang penting luka-luka Iskandar dapat diubati.

“Tak payah. Aku boleh buat sendiri. Aku tak perlukan kau untuk tolong aku sapu ubat.” Iskandar bersuara senada tanpa perasaan. Hatinya bengkak mendengar kata-kata Natasha di telefon tadi.

“Awak. Saya bersihkan dan sapukan ubat sekejap je. Saya janji.” Natasha merayu. Dia risau jika luka Iskandar dijangkiti kuman pula. Bahaya. Natasha berdiri tegak di sisi Iskandar sambil memandang Iskandar yang sedang memandang kosong ke arah kolam renang dengan harapan Iskandar akan bersetuju.

“Tak payah. Aku tak perlukan orang macam kau. Langsung tak perlu.”

Kata-kata Iskandar membuatkan Natasha terkedu. Ya Allah. Betulkah dia memang tak perlukan aku langsung? Betulkah memang taka da sekelumit pun rasa cinta dalam hatinya buat aku? Terlalu taka da hargakah aku dimatanya? Dia suami aku. Dia syurga aku. Tapi setiap hari aku dibenci tanpa tahu apa silap aku. Air mata Natasha bergenangan di tubir mata. Dia cuba menahan air mata itu dari gugur. Dia tak mahu Iskandar menganggapnya sudah berputus asa mengejar cinta Iskandar.

"Awak..  Saya nak tanya sesuatu.. saya harap awak jawab dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak cintakan saya?" Natasha bertanya sepatah demi sepatah. Setiap patah perkataan yang cuba dituturkannya terasa begitu pahit sekali untuk diluahkan. Dia sebenarnya takut dengan jawapan yang bakal Iskandar berikan. Dia takut jika jawapan yang akan Iskandar berikan bukanlah seperti yang dia harapkan.

“Tak Pernah.” Jawab Iskandar sepatah.

Jawapan dari mulut Iskandar itu membuatkan Natasha seperi tidak bermaya lagi untuk berdiri. Tangannya mencengkam kuat sofa yang diduduki Iskandar itu dengan harapan dapat membantunya berdiri. Air mata yang cuba ditahannya tadi jatuh setitis demi setitis. Hatinya terlalu hancur mendengar jawapan dari suami yang terlalu dia cintai. Suami aku tak pernah cintakan aku. Natasha menghela nafas panjang. Dia mengumpul kekuatan untuk bersuara.

“Baiklah. Saya faham. Saya redha kalau itu yang awak mahu. Tapi saya mohon satu je. Izinkan saya ubatkan luka awak untuk malam ni je. Izinkan saya.” Natasha bersuara tanpa memandang Iskandar. Dia terus naik ke tingkat atas untuk mengambil First Aid Kit di dalam biliknya.

Sebaik sahaja dia tiba di dalam biliknya tangisannya sudah tidak dapat dibendung lagi. dia menangi semahu-mahunya di belakang pintu. Disini jugalah kali pertama dia menangis kerana dibuang Iskandar. Dan disini juga dia menangis sekali lagi kerana betul-betul dibuang Iskandar. Natasha beristighfar berkali-kali sebelum tangisannya reda sedikit.

Dia bangun menuju ke bilik air dan membasuh mukanya supaya kesan air matanya tidak kelihatan. Dia tidak mahu Iskandar melihatnya begitu. Wajahnya dilap dengan tuala kering kemudian dia mengambil sehelai lagi tuala bersama First aid kit dan turun ke bawah. Natasha menuju ke dapur untuk mengambil sedikit air bersih di dalam bekas untuk mencuci darah kering yang berada di muka Iskandar. kemudian menuju ke ruang tamu semula. Iskandar yang masih lagi berwajah kosong dipandangnya lama.

“Awak. Biar saya bersihkan luka dulu ye.” Natasha meminta izin sebelum memulakan kerjanya.

Perasaannya yang sebak ditahannya sedaya mungkin. Dia mahu berkhidmat untuk Iskandar buat kali terakhir. Dia sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Iskandar. Dia sudah tidak sanggup mendera perasaannya lagi bila tidak dicintai suami sendiri. Dia ingin pergi dengan anak dalam kandungannya.

Panggilan telefon dari ibu mertuanya malam tadi memberinya sedikit sinar harapan. Entah dari mana Datin Rose tahu tentang masalah yang melanda mereka berdua. Datin Rose memberi jaminan bahawa dia akan sentiasa berada di sisi Natasha walau apapun yang terjadi. Dia akan sentiasa memihak kepada Natasha itu janjinya. Natasha melakukan kerjanya dengan penuh kelembutan. Dia mahu Iskandar ingatkan kelembutannya. Dia mahu Iskandar ingatkan dia dengan cara yang terbaik.

Iskandar mendongak memandang setiap inci wajah isterinya yang tekun membersihkan luka-luka do wajahnya. Matanya yang indah bewarna coklat cair. Hidung  yang cantik terletak. Bibir yang kecil. Pipi yang kemerah-merahan. Tasha terlalu cantik sayang. Lebih cantik dari segalanya dalam hati abang. Tapi kenapa perlu khianati abang dengan kawan baik abang sendiri?

Tahukah Tasha bertapa abang cintakan Tasha? Setiap detik hanya nama Tasha yang ada dalam hati abang. Mungkin abang memang silap kerana salahkan Tasha atas kematian Intan. Tapi abang dah sedarkan kesilapan abang. Abang balik untuk minta maaf. Tapi apa yang abang dapat cuma rahsia hubungan Tasha dengan Faiq. Kata-kata itu bergema dalam setiap urat sarafnya. Namun yang terluah di bibirnya hanyalah desahan nafas kecil. Dia kelu untuk berkata-kata. Hilang semua kosa kata di mindanya selama ini.


Usai menampal plaster di tempat luka Iskandar Natasha memandang suaminya. Abang. Andai ini kali terakhir Tasha lihat abang. Tasha minta abang halalkan makan minum Tasha. Sesungguhnya Tasha cintakan abang dari saat pertama kali Tasha kenal cinta. Ampunkan segala salah silap Tasha. Malangnya setiap bait kata-kata itu hanyalah jiwanya sahaja. Pada zahirnya dia hanya memandang Iskandar tanpa suara. Natasha mengambil tangan kanan Iskandar dan menciumnya buat kalu terakhir dan Iskandar pula tidak lagi menepisnya seperti biasa. Lama Natasha berbuat begitu sebelum berlalu naik ke atas bersama linangan air mata. Selamat tinggal sang pemilik hati.. Izinkan ku pergi.. 
Assalamualaikum syg2 sekalian..
maaf sgt2 sebab lama sangat2 sangat2 sangat2 sangat2 sangat2 menunggu saya mengupdate bab baru.. seperti yang saya kata saya sangat sibuk.. dengan segala quizzes.. exams.. reports.. interviews.. presentations.. assignments.. n macam2 lg yang tak mampu saya nak tulis semua..(kalau anda follow fb saya anda akan tahu bertapa bznya cik jah ni..)

saya jugak nak mintak maaf sgt2 saya x sempat lsg nk membalas sebarang komen2 anda di blog ni.. saya bukan sombong.. tapi masa macam jeles je dengan saya.. cepat je habis dalam masa satu hari.. tapi setakat ni saya cuba yang terbaik untuk balas kalau ada sesiapa yang pm saya di wechat dan Fb sebab kedua app tu sentiasa on di phone saya.. In Sha Allah saya cuba membalas setiap satu setakat termampu saya.. sob.. sob.. sob..

Insha Allah pada malam yang agak kuchiwa kerana team kecintaan saya Kelantan kalah muehehe.. saya akan cuba yang terbaik untuk habiskan bab 43 dan update.. Ins Sha Allah.. doakan saya mampu menghabiskan malam ni jugak.. janganlah mata saya buat drama swasta nak tidur2 pulak..

So daaa.. XOXO..