Iskandar memandang ke sekelilingnya. Semuanya
terlalu asing baginya. Salji di merata tempat. Penglihatannya juga kabur kerana
silauan matahari yang terpancar dari salji. Matanya dikecilkan sedikit. Dia
cuba mengecam persekitarannya. Ada dinding pintu gerbang yang besar. Dan juga
pokok-pokok kering. Aku di mana ni? Rasanya macam pernah tengok tempat ni
sebelum ni.
Benar. Di sebalik dinding inilah kali
pertama dia berjumpa dengan Intan. Masih dia ingat musim luruh tujuh tahun
lalu. Waktu dia masih di tahun satu ijazahnya. Hujan yang lebat membasahi bumi
membuatkan dia terpaksa berteduh di bawah pintu gerbang itu. Beg galasnya yang
mengandungi buku-buku pengajian dan laptopnya dipeluk kuat takut pula jika
basah. Kalaulah saja dia ikutkan kata daddy untuk membawa kereta sahaja ke
kampus kan senang. Tak adalah dia perlu tersangkut dalam hujan seperti ini.
Hujan di bumi England ini bukanlah seperti
hujan di Malaysia. Selalunya tidak digalakkan untuk memakai payung apabila
hujan kerana angin selalunya agak kencang apabila hujan. Mereka selalunya lebih
suka memakai baju hujan untuk mengelakkan payung terbang dibawa angin. Tetapi
masalah yang ada pada Iskandar ketika itu ialah dia langsung tidak mempunyai
keduanya. Sungguh dia menyesal kerana menolak tawaran daddy. Kononnya malu
keranatahun satu sudah membawa kenderaan sendiri ke kampus. Nanti tak
pasal-pasal akan di cop anak orang kaya tak sedar diri.
Bunyi hujan yang turun membasahi bumi
memang membuatkan dia hanyut dalam dirinya sendiri. Teringat seorang gadis
kecil yang sering menari dalam hujan bila saja hujan turun menimpa bumi. Gadis
itu juga yang telah menjadikan dia seorang pluviophile. Iskandar tersenyum
sendiri. Sebelah tangannya dihulurkan supaya dapat merasai titisan hujan ke
tangannya. Air hujan yang sangat luar biasa sejuknya berbanding Malaysia.
Bukannya dia tidak biasa dengan cuaca di
England. Bahkan terlalu biasa. Mummynya kan berasal dari sini. Dia sering
berulang alik dari England ke Malaysia. Setakat salji, hujan, panas semuanya
sudah biasa dia rasa. Cuma, hari ini dia tak mahu basah dengan hujan kerana
esok dia masih ada peperiksaan pertengahan semester yang perlu dia hadapi.
Dalam titisan hujan yang lebat Iskandar
ternampak satu kelibat seorang gadis yang berlari ke arah tempatnya berdiri.
Iskandar tersenyum kecil. Pasti dia juga mahu berteduh di bawah gerbang ni. Hujan
lebat begini sesiapa pun tak akan sanggup meredahnya. Sejuknya sampai ke tulang
hitam. Iskandar berganjak sedikit ke tepi supaya ruang itu lebih luas. Walaupun
pada zahirnya ruang itu muat untuk diduduki sepuluh orang.
Gadis yang sedang mengibas-ngibas air di
jaket kulit yang dipakainya itu dipandang Iskandar. Kasihan. Habis basah kuyup
tudungnya. Iskandar menyeluk saku di jaket kulitnya. Sapu tangan yang
sememangnya wajib dibawanya ke mana-mana dikeluarkan.
“Miss. Here you can use this.” Sapu tangan
itu dihulurkan kepada gadis itu.
“Thank you.” Gadis itu segera menyambut
sapu tangan yang dihulurkan Iskandar dan mengelap wajahnya yang basah dengan
air hujan.
Rasa sejuk yang teramat hanya mampu
didiamkannya sahaja. Dia tak biasa dengan cuaca di sini. Inilah kali pertama
dia menjejakkan kaki di bumi asing. Dia hanyalah dari keluarga yang miskin.
Namun berkat dia yang tak pernah berputus
asa dan doa dari ibu bapanya dia berjaya menjejakkan kakinya di bumi England
ini untuk meraih segulung ijazah demi menaiktarafkan kehidupan keluarganya. Itu
azamnya. Dia membuka begnya. Payung kecil di dalamnya dikeluarkan. Kerana payung inilah dia terpaksa meredah
hujan.
“Ha ha ha… so you have an umbrella? And yet
you were like showering in the rain? Do you like the rain that much? Ada jugak
orang yang sanggup berhujan macam ni ” ayat terakhirnya diucapkan perlahan.
Takut pula jika gadis itu terdengar walaupun dia tidak tahu sama ada gadis itu
orang Malaysia atau tidak. Wajah gadis itu yang seakan-akan wajah gadis
Hindustan membuatkan Iskandar tidak dapat meneka tempat asal gadis itu.
“Malaysian?” Gadis itu menyoal.
“Iye. Malaysian. Orang Malaysia juga ke?”
Iskandar membalas segara. Anggukan gadis itu membuatkan Iskandar tergelak
sekali lagi. Ramai juga anak Malaysia di universiti Cambridge ini rupanya.
“Saya terlambat keluarkan payung tadi masa saya
jalan dekat depan sana. Hujan pulak tiba-tiba turun. Itu yang saya berkejar ke
sini. Tak sangka pulak sampai basah kuyup macam ni. Hujan kat sini betul-betul
lain dengan hujan dekat Malaysia. Tiba-tiba je turun lebat terus. Tak sempat
saya nak keluarkan payung pun. Dan sapu tangan ni. Terima kasih. Habis lencun
saya.”
“Awak student baru ke dekat sini? Fakulti
mana?” Soal Iskandar bila mendengar cerita gadis itu. Nampak sangat dia tak
biasa dengan keadaan di sini.
“Iye. Saya student baru. Baru tahun satu.
Fakulti Arts.” Gadis itu masih lagi sibuk mengelap begnya yang juga basah. Iskandar
hanya mampu tersenyum kecil melihat gadis itu. Cantik!
“Oh. Saya pun sama. By the way. Nama saya
Iskandar. Iskandar al-Amin.”
“Oh maaf. Lupa nak kenalkan diri. Saya
Intan. Ainur Intan. “
Bayangan wajah Intan hilang dari
pandangannya. Kali ini entah ke mana pula perjalanan ini dia tak pasti. Yang
dia tahu apa yang ada ialah sebuah mimbar masjid di hadapannya. Iskandar
memandang ke sekeliling untuk mencari kepastian di manakah dia berada ketika
ini. Tapi semuanya sia-sia. Dia tak dapat mengecam tempat itu. Tempat itu
terlalu asing baginya.
“Assalamualaikum Is.”
Suara itu! Suara itu dia kenal. Suara yang
pernah menjadi peneman mimpi malamnya selama bertahun-tahun. Suara yang dia
rindui. Suara yang pernah suatu ketika dahulu menjadi pujaannya. Suara Intan! Iskandar
berpaling ke belakangnya. Mencari arah suara itu datang. Benar. Ada Intan yang
duduk di suatu sudut yang agak jauh darinya. Memakai telekung putih dengan
wajah yang putih berseri.
Haruman yang sangat wangi berlegar di
hidungnya. Entah dimana dia pernah mengidu bauan itu dia tidak pasti. Waktu ini
fikirannya lebih tertumpu kepada Intan yang berada di hadapannya dari sibuk
memikirkan tentang haruman yang dihidunya itu. Tapi sungguh, dia sangat selesa.
Sangat tenteram. Rasa seperti dilindungi dan di sayangi.
“Wa.. Waalaikummusalam. In.. Intan. awak ke
tu? Ya Allah. Saya tak sangka dapat jumpa awak lagi.” Iskandar tergagap melihat
Intan di situ.
“ Ye saya Is. Saya bersyukur diberi peluang
oleh Allah untuk berjumpa dengan awak walaupun cuma hadir dalam mimpi awak
sahaja. Ini sudah cukup baik buat saya. Saya senang hati dan gembira. Tapi apa
yang membuatkan saya tak gembira bila mengenangkan apa yang awak dah buat. Saya
tak sangka awak sanggup lukakan hati dia macam tu. Dia tak salah Is. Saya yang
salah. Dia hanya mangsa dari kesilapan saya. Saya yang terlalu cuai.”
“Apa yang awak cuba cakapkan ni intan?”
Iskandar keliru. Dia tidak mengerti dengan apa yang cuba Intan sampaikan.
“Natasha Is. Dia tak salah. Saya kecewa
dengan awak bila awak buat dia begitu. Dia wanita yang sangat baik. Sangat
sempurna untuk awak. yang terbaik untuk awak. Kenapa awak sanggup sia-siakan
dia? Kasihan dia.” Suara Intan yang begemersik kedengaran lagi.
“Tapi saya buat semua ni sebab saya kesal
atas kematian awak. Kalaulah dia tak kemalangan dengan awak, awak tak akan
pergi tinggalkan saya. Saya rindukan awak Intan. Awak tak tahu bertapa
hancurnya hati saya bila saya sampai di hospital dengan harapan saya dapat
tengok awak lagi tapi apa yang saya dapat hanyalah gelengan dari doctor saja.
Hanya Allah saja yang tahu bertapa hancurnya perasaan saya masa tu. Saya
cintakan awak Intan.” Iskandar masih bersuara tenang. Walaupun jarak duduk
mereka jauh. Tetapi, suara Intan dan suaranya jelas kedengaran dalam gemersik. Sepertinya
Intan dan dia hanya duduk bersebelahan saja.
“Tak Is. Cuba awak salami hati awak yang
terdalam. Salami setiap genap ruang. Awak sebenarnya tak cintakan saya. Dari
hari pertama awak jumpa saya awak hanya cintakan Natasha. Hanya dia yang ada
dalam hati awak. Setiap saat awak berada bersama saya awak hanya bercerita
tentang dia. Sampaikan saya jatuh cinta dengan awak kerana keagungan cinta awak
pada dia. Setiap kali awak bercerita tentang Tasha mata awak bersinar-sinar.
Masa
itu mungkin awak fikir awak hanya sayangkan Natasha sebagai adik. Tapi tak.
Saya tahu awak sebenarnya cintakan dia sepenuh hati awak. Walaupun awak tak
pernah sedarkan semua itu tapi saya sedar. Saya hanyalah pengganti dia masa dia
tak ada di sisi awak. Awak tak pernah sedarkan semua itu. Sebab itulah bila
awak disuruh kahwin dengan Tasha awak menolak. Tapi masih menerima. Cubalah
awak salami hati awak Is. Awak pasti akan dapat jawapannya.” Wajah Intan yang
tenang dipandang lama. Mindanya ligat mencerna setiap klausa kata Intan. Benarkah?
“Intan kalau benar saya hanya anggap awak
sebagai pengganti kenapa awak masih sanggup bersama saya? Kenapa awak sanggup
jadi kekasih saya?” Iskandar menyoal sekadar mahu menyangkal kenyataan yang
mula merasuki mindanya. Benarkah kata-kata Intan itu? Hatinya mula
berdebar-debar mengingati Natasha. Iya harumany yang sedang berlegar di
hidungnya ini ialah haruman Natasha. Abang rindukan cinta!
“Sama seperti awak cintakan Natasha, saya
cintakan awak. Saya rela walaupun hati awak bukan sepenuhnya milik saya. Cinta
memang aneh kan? Hanya kerana sering mendengar cerita awak tentang bertapa
indahnya Natasha al-Jannah saya jatuh cinta dengan awak. sehingga membuatkan
saya kagum dengan gadis bernama Natasha al-Jannah. Saya teringin berjumpa
dengan dia. Saya teringin melihat dia yang berjaya miliki hati awak tanpa awak
sedari. Jadi Iskandar saya mohon, janganlah sia-siakan dia begitu sahaja. Dia
anugerah dan amanah terbaik dari Allah buat awak. Jangan lukakan dia lagi.
Bahagiakanlah dia sebagaimana awak pernah bahagiakan saya dahulu.”
Benarkah aku cintakan Tasha? Wajah Intan
yang redup memandangnya direnung lama. Aku tak cintakan Intan ke? Tasha? Ah!
Rindunya pada dia. Senyuman manis Natasha terlayar di fikirannya. Ya Allah aku
cintakan dia. Terlalu cinta. Kenapa aku terlalu alpa menilai?
“Intan. Maafkan saya atas semua kesalahan
saya. saya tak sangka selama ni saya telah mempergunakan awak sebagai
pengganti. Saya sayangkan awak tanpa saya sedar yang cinta saya sebenarnya
milik Natasha. Saya minta maaf.”
“Tak apa Iskandar. Dapat disayangi awak
walaupun sementara saya dah dah bersyukur. Saya tak pernah mengharapkan lebih.
Sebab itulah saya bersyukur walaupun dapat disayangi sedikit oleh awak. Saya
sangat gembira. Awak satu-satunya lelaki yang pernah bertakhta di hati saya.
Yang pertama dan terakhir. Dan saya bersyukur awak menjadi milik Natasha. Dia
wanita yang baik Is. Jangan sia-siakan dia lagi. Lindungi dan cintailah dia
sementara Allah masih lagi menyatukan awak berdua. Saya sentiasa mndoakan
kebahagiaan awak berdua. Selamat berjumpa lagi Is. Assalamualaikum.”
Entah kenapa dia merasakan suara Intan
semakin sayup-sayup kedengaran di sebalik kabus putih yang semakin menebal di
hadpannya dan akhirnya bayangan Intan hilang dari pandangannya yang ada di sekelilingnya
ketika ini hanyalah dinding kosong tanpa nyawa. Aku bermimpi ke tadi?
Iskandar beristighfar panjang. Wajahnya
diraup beberapa kali. Jam di meja sisi dipandangnya. Sudah pukul tujuh. Dia
termenung sebentar. Mungkinkah mimpi itu satu hadiah dari Allah SWT kepadanya
untuk bertemu Intan ataupun hanyalah mainan tidur sahaja? Dia tidak pasti. Tapi
satu yang dia pasti kini dia mahu mendapatkan isterinya Natasha. Dia mahu
melaungkan setiap kata cinta kepada isterinya itu. Dia ingin memohon maaf atas
semua kesilapannya. Dia ingin menebus semua kesalahannya. Dia ingin memberikan
setiap satu cintanya kepada isterinya tanpa kurang sedikitpun.
Dia bingkas bangun menuju ke pintu kamar.
Pintu di buka. Benda pertama yang terpampang di matanya ialah pintu bilik
Natasha yang terbuka luas. Tasha dah bangun? Iskandar menjengukkan sedikit
kepalanya ke dalam bilik Natasha untuk mengintai sama ada Natasha berada di
dalam bilik itu atau tidak. Ah! Dia tak ada. Tasha ke dapur minum air kot.
Iskandar membuka langkah menuju ke tingkat
bawah untuk mencari isterinya itu. Dadanya berdebar-debar. Rasa sakit di
seluruh tubuhnya akibat belasahan Faiq semalam tidak dihiraukannya. Matanya
masih lagi meliar mencari kelibat Natasha. Sah tak ada di mana-mana. Ke mana
dia? Mandi kot? ke dalam bilik mama papa? Tak pun dalam bilik bacaan? Iskandar
mendaki semula anak tangga ke atas untuk mencari Natasha di atas semula. Pintu
bilik mama dan papa dibukanya. Menjangkakan kemungkinan sama ada Natasha berada
di situ sekali lagi seperti sewaktu dia hilang dahulu. Tak ada juga. Ke mana
dia? Mandi lah ni.
Kakinya menapak ke bilik Natasha semula.
Bilik itu dimasukinya. Pintu bilik air yang terbuka membuatkan dahinya
berkerut. Natasha tak ada juga. Ke mana dia? Pelik! Tiba-tiba matanya tertacap
pada kertas yang tertampal di cermin meja solek. Kertas apa tu? Tak
pernah-pernah di buat orang tampal kertas dekat cermin. Teringin nak ada muka
macam garisan kertas ke? Meja solek itu didekatinya dan kertas itu diambilnya.
Matanya membaca setiap bait kata yang tertulis di atas kertas itu. Dadanya
menjadi sesak. Dia terduduk di atas kerusi yang berada di hadapan meja solek
itu.
Allah. Apa semua ni. Cinta kenapa buat
abang macam ni? Kenapa tinggalkan abang? Tasha… dan air mata jatuh setitik demi
setitik di pipinya tanpa disedari. Apa yang ada di fikirannya hanyalah
penyesalan dan mencari tujuan di manakan isterinya ketika itu. Akhirnya
tangisan yang tadinya hanyalah tangisan kecil menjadi esakan yang sangat
mendalam. Aku dah terlalu melukakan dia. Ya Allah. Aku dah terlalu melukakan
dia. Cinta baliklah. Abang perlukan Tasha. Kertas yang berada di tangannya
dipandang dengan sendu yang masih berterusan. Jelas tulisan tangan Natasha
berada di atas kertas itu.
Iskandar,
Untuk yang pertamanya saya memohon maaf atas kesalahan
saya keluar rumah tanpa izin awak terlebih dahulu. Ampunkan saya. Tapi demi
Allah saya dah tak mampu menahan semua kesakitan ini. Saya perlukan ruang untuk
saya menenangkan hati saya. Saya memohon kepada awak supaya izinkanlah
pemergian saya ini. Izinkanlah saya pergi membawa diri saya dalam keadaan yang
tidak nuzyuz.
Is. Saya tak pernah salahkan
awak atas semua yang awak lakukan kepada saya. Saya tahu awak terlalu tertekan
dengan kenyataan bahawa saya terlibat sama dalam kemalangan dengan kak Intan.
Saya mohon maaf. Tapi sungguh, saya tak pernah merancang semua ini. Saya
cumalah mangsa dalam kemalangan itu. Tak pernah terlintas dalam kepala saya
untuk terlibat dalam kemalangan itu. Hanya Allah saja yang tahu bertapa
terkejutnya saya bila saya mendapat tahu yang mangsa itu ialah Kak Intan dan
sepanjang waktu ini saya tak pernah tahu yang orang yang kemalangan dengan saya
telah meninggal dunia.
Saya tak pernah diberitahu tentang itu.Saya koma
selama dua minggu lepas kemalangan. Selepas saya sedar saya diberitahu semuanya
selamat. Kalaulah saya tahu lebih awal tentang perkara itu saya pasti tak akan
bersetuju untuk berkahwin dengan awak. Saya tak mengharapkan semua ini berlaku.
Is. Macam yang awak minta, saya tak akan kembali lagi
selepas ini. Terima kasih kerana pernah memberikan saya rasa apa itu cinta
walaupun cuma untuk beberapa waktu. Saya sangat gembira. Saya mohon supaya awak
menghalalkan setiap makan minum saya, segala hutang janji yang tak tertunai,
dan salah laku saya.
Untuk yang terakhir kalinya, izinkanlah saya memanggil
awak abang walaupun saya tak layak untuk memanggil awak dengan gelaran itu.
Saya merindui panggilan itu. Panggilan yang mana mengikitiraf saya sebagai
isteri awak yang sahih.
Abang untuk terakhir kalinya. Tasha cintakan abang
sepenuh hati Tasha. Hanya abang cinta pertama dan terakhir Tasha. Tasha doakan
abang sentiasa dalam keadaan sejahtera dan bahagia. Sesungguhnya setiap
kebahagiaan abang adalah kebahagiaan Tasha. Semoga suatu hari nanti bila kita
bertemu lagi kebencian abang pada Tasha sudah hilang.
Kalau suatu hari nanti abang terjumpa pengganti Kak
Intan di hati abang bahagiakanlah dia sebagaimana abang pernah bahagiakan Tasha
dulu. Dan sayangilah dia sepenuh hati awak seperti awak cintakan Kak Intan.
Abang. Maafkan
Tasha sebab pergi secara tiba-tiba. Izinkan Tasha pergi membawa semua kenangan
manis bersama abang selama perkenalan kita. Sesungguhnya Tasha cintakan abang
dari dulu, hari ni, dan hari-hari yang akan mendatang sepanjang hidup Tasha.
Selamat tinggal abang.
Dengan
cinta,
Natasha
al-Jannah.
:)
ReplyDeleteAkhirnya ada jgak n3 bru... Akak cpat2 la update n3 bru lg... Hri2 sye tggu n3 akak... Please......
ReplyDeleteFinally, keluar jugak Tasha.. haha (Y)
ReplyDeleteYeay!! Finally..sedar jgk..tp dah lambat..apepun lps ni hope is akan berusaha pujuk tasha :) thanks akak for this entry ;)
ReplyDeleteoh...sedeynye.. dh kehilangan bru Is nk menyesal...
ReplyDeletekak cepat lah buat n3 baru..tak sabar ni,,
ReplyDeletebest cite akak
huhuhu... is.. is... dh terlambat... tasha dah bawa diri dgn buah cinta dorg... apa2pun... berharap sgt is dan tasha bersatu kembali...:-D dh ada offer novel ni nak diterbitkan ke???
ReplyDeletehahaha... padan muka kau Is!! skrng baru nak menyesal ye..
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletepadan muka is...tak guna nak menyesal lagi.
SEDIHNYA.
ReplyDeleteOMG..im crying..huahuahua..
ReplyDeletesedeynya.. pliss smby cpt2 ya..
ReplyDeleteSob dob sob. Sedihnya :(
ReplyDeletesob...sob...sob so sad! sis update cepat sikit lah...cannot wait meh!!! //peluk Tasya//
ReplyDeletesedihnye akak...mengalir air mata sy baca n3 nie..
ReplyDeletethanx akak sbb busy2 pun masukkan entry. thanx sgt2 lol :)
ReplyDeleteYeeeaaaay.... akhirnya Tasha "MIA"... padan muko ko IS..... mimpi la ko dengan bayang2 si Tasha.... god job writer...... meroyan la si IS mencari si Tasha yang telah "fly".... hahahahaha..... rasakan.........
ReplyDeleteHi cik writer..kashamida 4 nw chptr thumbs up..xsabar nk kno nx chptr..
ReplyDeleteSedih'y......
ReplyDeletetpi padan pun ngan muka c is tu....
bru dia sedar tup tup Tasha dh prgi melayang dh
well,,,,teruskan usaha ya sis....
tak sabar dh ni tnggu n3 stursny...
klau blh cepat2x lh ye...heheh
sedih la bab nie sis... air mata mengalir x henti2...hehehe...
ReplyDeleteHaaaa...... En. Is...... Apa macm?.. Musti suda fenin itu kapla aaa... Kasi cari itu Cinta..... Cik Writer bg kaw kaw kt Is tu. Bessa.... dia tu.. wat Cinta cenggitu.
ReplyDeleteYanshi
guys..anyone kt sini tau tajuk lagu blog nie...
ReplyDeletebest lh lgu dia....tapi Ain x tau tajuk lgu ni
anyone yg tau...blas tau...
Ain sedia menunggu jawapan dri korang....
Rasanya "takut" by Amalia Alias
Deleteanonymous: selepas lagu takut by amalia alias tu...lagu ape ae? best lak...
Deleteklau tau reply tau
Hye darl.. Ok... Sepanjang bbb 45 ni ada 3 lagu.. First lagu takut by amalia alias.. Kedua lagu ungu.. Tajuk dia tasha x ingat sudah.. Kejap lg tsha check.. N yg latest ni lagu instrumental Pendam by shahir.. Oh ok.. Yg ungu tu tajuk dia luka di sini.. Hehehe... Thanks sbb concern dgn lagu2 tu... ♥♥
ReplyDeletehehehe~~~thanks sis sebab bagi tau...
Deletesayang sis...
lagipun sis pandai pilih lagu ikut keadaan...
tu yg Ain suka semua lagu yang sis guna dalam blog nie...
sis fighting!!!!!
aza-aza fighting!!!!
Mestilah syg.. X kanlah time sedih menusuk jiwa nk lagu gembira2.. Nanti x feel yg.. Thanks sbb sudi membaca
Deletehehehe~~~betul jugak kan...//garu kepala//
Deletebtw sama-sama...lagipun MHML nie best lh...Ain harap sis dapat jaga penulis novel...Ain akn support sis....
Amin...
sis, bla kluar n3 bru??tak sabar nie
ReplyDelete_leya_
so sad..huhuhuhu...=(
ReplyDelete