Bunyi loceng di hadapan membuatkan Faiq
berhenti menyuap pizza ke dalam mulutnya. Faiq mengeluh panjang sebelum menuju
ke pintu. Jam di atas meja dipandang sekilas. Lambat pula hari ini. Pukul
sembilan baru sampai. Pergi solat di masjidlah tu. Dia tahu siapa yang datang.
Rambutnya diraup ke belakang. Rasa geram membuak dalam hatinya. Pasti Iskandar
lagi.
“Waalaikummusalam.” Faiq menjawab malas
salam Iskandar. Sebenarnya dia geram yang teramat dengan perangai Iskandar yang
mendera Natasha begitu. Dia masuk semula ke dalam rumah selepas membuka pintu
untuk Iskandar.
Iskandar melangkah masuk ke dalam rumah
Faiq tanpa dipelawa. Bukan dia tak biasa datang ke rumah ini. Sepanjang sebulan
dia berdingin dengan Natasha rumah ini sudah menjadi seperti rumah keduanya. Selepas
habis waktu kerja dia pasti akan datang ke sini melepak dahulu sehingga tengah
malam sebelum pulang ke rumah.
Dia kan mahu mengelakkan diri dari Natasha.
Jadi keputusan yang dia ambil ialah bermusafir di rumah Faiq terlebih dahulu
sebelum pulang ke rumah pada waktu tengah malam apabila dia pasti Natasha sudah
tidur.
“Kau makan apa bro? Hehehe.. ini je dinner
kau? Ni Malaysia kot. Orang makan nasi bukan makan pizza.” soal Iskandar bila
dia seperti tidak dilayan Faiq. Dia duduk di hadapan Faiq di meja makan.
Wajah Faiq yang langsung tidak dipandangnya
ditenung dengan penuh hairan. Ah.. lantaklah. Bahunya diangkat sedikit. Tak
kuasa nak layan orang yang kena angin monsoon timur barat seperti Faiq Air
coke dituang ke dalam gelas. Dan sekeping pizza diambil dan disuap ke dalam
mulutnya tanpa dipelawa. Bertahun menjadi teman serumah dengan Faiq semasa di
Cambridge membuatkan dia hilang rasa segan dengan Faiq.
Faiq mengangkat muka memandang Iskandar bila
Iskandar makan dengan diam. Lama. Muka serabut. Kononnya marah. Tapi nampak
sangat dia yang merana. Kenapalah nak siksa hati sendiri? Kalau dah sayang
kenapalah sanggup nak tipu perasaan sendiri. Dia ni suka sangat menyusahkan
orang ramai. Aku kena buat sesuatu supaya dia bersama balik dengan Tasha.
Wajib!
Teringat air mata Ara yang bercucuran
ketika menemuinya di bilik pejabatnya siang tadi. Sungguh dia terkejut ketika
Ara tiba-tiba meluru masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu dahulu. Mujur
tak ada sesiapa di dalam biliknya. kalau tidak pasti tersebar cerita di
universiti bahawa Natasha dan Iskandar bergaduh. Kata-kata Ara masih
terngiang-ngiang di telinganya.
“Tasha tersiksa Sir. Sir tolonglah buat
sesuatu untuk baiki hubungan mereka. Saya dah tak sanggup tengok Tasha macam
tu. Kesian dia terpaksa mengandung sendirian tanpa suami dia. Dengan hati dia
yang tersiksa. Dengan keadaan dia yang tak sihat. Saya risau Tasha tak dapat
bertahan nanti. Walaupun Tasha memang kuat. Tapi dia masih seorang manusia. Dia
ada hati. Dia ada perasaan. Dia ada hak untuk bahagia.
Tolonglah sir. Buatlah apa saja asalkan
Iskandar dengan Tasha dapat berbaik semula. Hanya Sir harapan saya sekarang.
Saya dah cuba untuk beritahu Datin Rose. Tapi Tasha tak bagi saya bagitahu dia.
Jadi. Tolonglah Sir. Saya merayu.” Bersungguh-sungguh Ara menangis menceritakan
segala penderitaan Natasha.Ara merayu supaya dia buat sesuatu untuk memulihkan
hubungan Iskandar dengan Natasha. Suara
serak Ara masih segar di telinganya sehingga membuatkan dia tekad untuk
bertindak.
Dia kasihan dengan Natasha. memang dia
terkejut ketika Ara memberitahu tentang berita kandungan Natasha. Patutlah
sejak kebelakangan ini wajah Natasha sentiasa pucat. Sangkanya kerana Natasha
menderita perasaan. Rupanya Natasha sedang mengandung. Kalau diikutkan hatinya
mahu sahaja dia memberitahu Iskandar tentang keadaan isterinya itu. Tetapi
kerana janjinya dengan Ara untuk tidak memberitahu keadaan Natasha itu kepada
Iskandar dia diamkan saja.
“Sampai bila kau nak jadi macam ni Is?”
soalan Faiq membuatkan Iskandar berhenti mengunyah. Lama dia berjeda. Mencerna
setiap bait kata Faiq.
“Sampai bila-bila.” Jawab Iskandar tanpa
nada. Dia kembali mengunyah makanan di dalam mulutnya. Kemudian air coke
disisipnya sedikit.
“Sampai bila-bila? Baru sebulan ni pun aku
nampak kau dah macam orang hilang akal tau. Tak terurus. Dan aku rasa yang
lebih merana dalam hal ni kau. Bukannya Tasha. Kau yang meroyan lebih-lebih aku
tengok. Is kau tak kesian ke dekat dia? Sorang-sorang tanggung semua ni?” Faiq
mula geram. Giginya diketap kuat.
Menahan suaranya dari meninggi.
Bukannya dia mahu menyibuk dalam urusan
rumah tangga Iskandar. Tapi dah nyata Iskandar memang melampau. Mungkin dulu
dia boleh menerima perbuatan Iskandar. Padanya mungkin Iskandar terlalu kecewa.
Terpukul dengan kenyataan isterinya yang tercintalah penyebab kematian
kekasihnya dahulu. Tetapi lama kelamaan dia merasakan Iskandar terlalu
melampau. Tambah lagi bila mendengar rayuan Ara siang tadi. Dia memang marah!
Bukan Natasha yang pinta untuk terlibat
dalam kemalangan itu. Itu kan semuanya takdir. Mengapa Iskandar masih tidak
mahu menerima takdir yang Allah berikan? Kasihan Natasha. Seorang isteri yang
setia pada suami. Masih sanggup bertahan walaupun terluka dengan teruk. Malah
terpaksa mengharungi semuanya sendirian. Dia yakin, jika dia di tempat Natasha
dia pasti tidak mampu menjadi sekuat itu.
“No. The problem here is kenapa kau
kisahkan sangat pasal dia? Aku ni yang kawan kau ke dia? Kau nak bela sangat
dia tu kenapa?” Iskandar memandang tajam wajah sahabat baiknya itu. Rasa
cemburu mula menular dalam dirinya. Yang kau sibuk sangat pasal dia kenapa? Dia
tu isteri aku tahu!
“Ceritanya sekarang bukannya pasal kau atau
dia kawan aku. Ceritanya ialah aku kesiankan dia. Dia tu perempuan kau tahu.
Pulak tu dia tak ada sesiapa lagi selain kau. Kau satu-satunya tempat dia
bergantung tapi kau jugak yang buat dia macam tu. Aku tak boleh bayangkan
bertapa sakitnya hati dia Is. Kalau aku kat tempat dia dah lama aku tinggalkan
kau.” Faiq bangun dan menuju ke ruang tamu. Dia mahu menenangkan hatinya yang
sedang panas. Lebih lama dia menghadap muka Iskandar lebih membuak rasa
marahnya pada Iskandar.
Iskandar mengekori langkah Faiq. Bahu Faiq
ditarik dari belakang supaya menghadapnya. Perasaan cemburunya semakin
menggunung. Memang melampau kalau Faiq sebenarnya ada hati dengan Natasha. Dia
tu isteri aku. Tak ada sesiapa boleh rampas dia dari aku. Dia milik aku
selamanya.
“Kau sibuk sangat pasal dia kenapa? Kau
suka dia? Kan dulu kau pernah nak mengorat dia. Kau jangan harap kau nak
dapatkan dia. Sampai mati pun kau tak akan dapat.” Jari telunjukknya di luruskan tepat di muka Faiq. Nafasnya turun
naik menahan marah.
Dasar tak guna. Kau kata kau kawan aku.
Tapi kau ada hati nak rampas isteri aku.
“Oh. Sekarang ni kau nak cakap kau
cemburulah ye macam tu? Kau sedar tak? Dah cukup baik Tasha tu tak lari
tinggalkan kau tahu tak. Dan dah cukup baik jugak dia tak mengadu dekat parents
kau. Lagi satu, pasal aku suka dia tu. Kenapa kau ada masalah? Kalau aku nak. Bila-bila
masa je aku boleh rampas dia dari kau. Tapi aku tahu. Tasha Cuma cintakan kau. Sejauh
mana aku cuba rampas dia dari kau dia tetap tak akan bahagia dengan orang lain
sebab hati dia ada pada kau.
Kau
dengar sini baik-baik. Memang dari awal aku memang dah jatuh cinta pada dia.
Tapi bila aku tahu dia isteri kau aku mengalah. Dia memang layak untuk dapat
yang terbaik. Tapi aku rasa aku dah silap. Terbaik yang aku harapkan tu tak
macam ada pada kau pun. Kau sia-siakan dia macam dia langsung tak ada harga. Kalau
kau tak sayangkan dia lagi lepaskan dia. Aku boleh jaga dia dengan baik” Faiq
terpaksa mereka cerita bahawa dia telah lama mencintai Natasha hanya kerana dia
mahu Iskandar sedar bertapa beruntungnya dia memiliki Natasha. Dia tekad.
Walaupun terpaksa memuburukkan nama sendiri dia sanggup. Baginya, wanita untuk
dilindungi. Bukan untuk disakiti.
“Tak guna kau! Bini aku pun kau ada hati!
Tak guna!”
Dush! Iskandar menumbuk tepat muka Faiq.
Dasar lelaki tak guna. Sanggup makan kawan sendiri. Isteri aku pun kau nak rembat.
Patutlah selama ni Nampak baik sangat dengan dia. Rupanya ada hati dengan
isteri aku. Tak guna! Faiq yang sedang terduduk di atas lantai sambil mengesat
bibirnya yang berdarah dipandang dengan tajam.
Dan dushh!!
Gilirannya pula yang menerima tumbukan dari Faiq. Lalu berlakulah
pergelutan di antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah. Iskandar dengan
rasa cemburu dan marahnya yang membuak dan Faiq dengan rasa marahnya terhadap
Iskandar yang mengainiaya Natasha. Habis semua perabot di ruang tamu
berselerakan. Namun mereka masih lagi saling bergelut. Langsung tidak
menghiraukan keadaan di sekeliling mereka.
Tiba-tiba bunyi dari pasu Kristal yang berada di atas rak jatuh ke
lantai membuatkan mereka berhenti bergelut. Iskandar bersandar di sisi sofa.
Nafasnya tercungap-cungap dan peluh membasahi seluruh tubuhnya. Bibiir dan
dahinya yang berdarah dikesat dengan lengan baju. namun seteruk mana
kecederaannya Faiq lebih teruk lagi. Baju T-shirt yang dipakainya koyak di baju
dan terdapat luka yang agak besar di situ. Masakan tidak. Sejak dari dulu lagi.
Kalau dalam bab kegagahan memang Iskandar lebih hebat darinya.
“ Kenapa kau berhenti? Kau dah penat? Kau
nak pukul aku? Kau pukullah. Aku tak kisah. Tapi kau kena ingat sekali kau
pukul aku. Balasan dia kau kena buat baik pada Tasha. Kalau tidak aku akan
rampas dia dari kau. Dan masa tu kau jangan harap kau akan jumpa dia lagi. Tapi
kalau kau rasa kau masih ada sayang pada dia kau jangan siksa hati dan perasaan
dia macam tu. dia ada hidup dia. Dia ada degree yang dia nak kena habiskan. Kau
jangan pentingkan diri kau sendiri je. Satu hari nanti kau akan sedar bertapa
kau perlukan dia dalam hidup kau. Masa tu kau jangan cari aku lagi. Aku dah
penat dengan kau.” Faiq bersuara dengan nada separuh mengejek. Sengaja dia mahu
menyakitkan lagi hati Iskandar. Biar Iskandar sedar bertapa pentingnya Natasha
di dalam hidupnya.
Iskandar menggenggam penumbuk sekali lagi.
kalau diikutkan hatinya memang dia mahu membelasah Faiq lagi. Tetapi
perasaannya itu ditahan. Walau apa pun Faiq masih sahabatnya. Iskandar bangun
dan terus melangkah keluar dari rumah Faiq tanpa menoleh sesaat pun kepada
sahabatnya itu. Dia ingin marahnya reda dahulu. Entah kenapa kata hatinya
mengatakan apa yang dikatakan Faiq bahawa dia cintakan Natasha adalah tidak
benar. Tetapi perasaan cemburu benar-benar merasuk mindanya.
Faiq hanya mampu tergelak kecil melihat
tindakan Iskandar itu. Is aku minta maaf dengan tindakan aku tadi. Aku hanya
harapkan yang terbaik untuk kau. Tasha isteri terbaik untuk kau. Tak patut kau
sia-siakan dia. Aku harap kau akan sedar bertapa kau pentingnya dia dalam hidup
kau. Aku cuma nak kau bahagia.
Iskandar memandu kereta tanpa arah. Dia
juga tak pasti ke manakah arah yang ingin dia tujui sebenarnya. Yang pasti dia mahu
melepaskan semua kemarahannya dahulu. Tiba-tiba silauan dari lampu dan bunyi
hon van yang bertentangan dengannya membuatkan Iskandar tersedar dari lamunan.
Mujur saja dia tidak terbabas melanggar van itu. Dia membelokkan stereng kereta
ke bahu jalan. Dia takut untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan jiwanya yang
tidak tenang begitu.
Iskandar mengangkat muka memandang ke
persekitarannya. Aku kat mana ni? Papan tanda kedai yang menunjukkan perkataan
Teluk Kemang membuatkan dia beristighfar beberapa kali. Sampai ke sini aku?
Tangannya meraup mukanya. Dia sangat tertekan ketika ini.
Jam di tangannya dipandang sekilas. Ya
Allah! Dah pukul satu pagi! Tasha. Mesti Tasha risau aku tak balik-balik lagi.
Selalunya waktu macam ni aku dah ada dekat rumah. Aku kena balik sekarang juga!
‘Iskandar. Kau risaukan dia ke? ‘ Entah
suara dari mana menyapanya.
‘Mestilah aku risau. Dia kan isteri aku.
‘Iskandar menjawab tegas.
‘Tapi bukankah kau yang dah buang dia buat
apa risaukan dia lagi?’ suara itu membalas. Kata-kata itu membuatkan Iskandarr
tersedar. Betul! Aku masih sayangkan dia. Aku cintakan dia. Dia isteri aku. Aku
sayangkan dia lebih dari diri aku sendiri.
Wajah Natasha berlegar-legar di mindanya.
Wajah Natasha tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Wajah Natasha
yang ketawa bila bergurau dengannya. Wajah Natasha yang tersipu malu bila
diusiknya. Wajah Natasha yang mudah merah bila perasaannya tidak stabil. Wajah
Natasha yang menangis bila diherdiknya. Natasha memang terlalu cantik. Setiap
saat. Setiap detik. Wajahnya memang sentiasa memukau perasaan Iskandar.Beserta
dengan hati yang indah membuatkan Iskandar gila bayang. Dia rindukan semua itu.
Ya Allah. Apa yang aku dah buat? Isteri
yang terbaik kau berikan untuk aku. Tapi apa yang aku balas pada dia? Ampunkan
aku Ya Allah. Aku bersalah. Aku telah abaikan amanah yang kau berikan pada aku.
Aku menyesal atas kesilapanku.
Dia segera memutarkan stereng semula untuk
pulang ke rumah. Dia ingin segera menemui isterinya. Dia ingin menyatakan rasa
kesalnya. Dia ingin menyatakan rasa cintanya dengan bangga kepada Natasha. Dia
rindukan isterinya itu. Lebih sebulan lamanya dia cuba menipu perasaan bahawa
dia bencikan Natasha sedamgkan setiap sudut hatinya menjerit cintakan isterinya
setiap saat. Iskandar menarik nafas panjang dan melafazkan bismillah sebelum
bertolak pulang kerumah.
Iskandar membuka pintu rumah. Matanya
melilau memandang ke sekeliling ruang tamu yang kelihatan masih cerah. Tasha
tak tidur lagi ke? Dah tengah malam ni. Tunggu aku ke? Mana dia ye? Matanya
mencari kelihat sang isteri yang tidak kelihatan di mana-mana. Bunyi cawan
berlaga dari dapur membuatkan Iskandar menuju ke dapur. Bunyi orang bercakap
membuatkan Iskandar tertanya-tanya dengan siapa Natasha bercakap. Iskandar
mengintai Natasha dari balik dinding dapur. Natasha yang memegang telefon
bimbit sambil menuang air kosong ke dalam cawan. Dia memasang telinga untuk
mengetahui identity pemanggil dari sebelah sana.
“… baik abang Faiq. Nanti kalau dia balik
Tasha beritahu.”
Hanya itu yang mampu didengari Iskandar. Dia
menarik nafas panjang. Jadi betullah mereka ada hubungan? Aku je yang buta
selama ni. Aku ingatkan dia cintakan aku. Rupanya dia main kayu tiga dengan
kawan aku. Tak guna! Iskandar
menggenggam penumbuk dan berjalan menuju kea rah tangga. Dia tak kuasa lagi
untuk melihat muka Natasha.
“Allahhu Akbar! Awak! terkejut saya. Bila
awak balik? Abang Faiq baru je telefon dia tanya awak dah balik ke belum.”
Natasha terkejut melihat Iskandar yang sedang membelakanginya itu membelakanginya.
Iskandar berpaling menghadap Natasha
membuatkan Natasha terjerit kecil melihat mukanya yang lebam teruk dan dahinya
yang luka berserta dengan darah kering. Natasha memandang setiap sudut wajah
Iskandar. Dia mendekati Iskandar dengan takut-takut. Wajah Iskandar cuba
disentuh tetapi ditepis oleh Iskandar. Natasha sebak melihat keadaan suaminya
yang begitu. Dia seperti dapat merasa setiap kesakitan yang dialami oleh
Iskandar.
“Awak. Apa yang dah jadi? Kenapa sampai
jadi macam ni? Awak duduk dulu saya sapukan ubat untuk awak.” Natasha menarik
tangan Iskandar ke ruang tamu dan mendudukkan Iskandar di sofa. Dia sudah tidak
kisah sama ada Iskandar ingin marah ataupun tidak. Yang penting luka-luka
Iskandar dapat diubati.
“Tak payah. Aku boleh buat sendiri. Aku tak
perlukan kau untuk tolong aku sapu ubat.” Iskandar bersuara senada tanpa
perasaan. Hatinya bengkak mendengar kata-kata Natasha di telefon tadi.
“Awak. Saya bersihkan dan sapukan ubat
sekejap je. Saya janji.” Natasha merayu. Dia risau jika luka Iskandar
dijangkiti kuman pula. Bahaya. Natasha berdiri tegak di sisi Iskandar sambil
memandang Iskandar yang sedang memandang kosong ke arah kolam renang dengan
harapan Iskandar akan bersetuju.
“Tak payah. Aku tak perlukan orang macam
kau. Langsung tak perlu.”
Kata-kata Iskandar membuatkan Natasha
terkedu. Ya Allah. Betulkah dia memang tak perlukan aku langsung? Betulkah memang
taka da sekelumit pun rasa cinta dalam hatinya buat aku? Terlalu taka da hargakah
aku dimatanya? Dia suami aku. Dia syurga aku. Tapi setiap hari aku dibenci
tanpa tahu apa silap aku. Air mata Natasha bergenangan di tubir mata. Dia cuba
menahan air mata itu dari gugur. Dia tak mahu Iskandar menganggapnya sudah
berputus asa mengejar cinta Iskandar.
"Awak.. Saya nak tanya sesuatu.. saya harap awak jawab
dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak
cintakan saya?" Natasha bertanya sepatah demi sepatah. Setiap patah
perkataan yang cuba dituturkannya terasa begitu pahit sekali untuk diluahkan. Dia
sebenarnya takut dengan jawapan yang bakal Iskandar berikan. Dia takut jika
jawapan yang akan Iskandar berikan bukanlah seperti yang dia harapkan.
“Tak Pernah.” Jawab Iskandar sepatah.
Jawapan dari mulut Iskandar itu membuatkan
Natasha seperi tidak bermaya lagi untuk berdiri. Tangannya mencengkam kuat sofa
yang diduduki Iskandar itu dengan harapan dapat membantunya berdiri. Air mata
yang cuba ditahannya tadi jatuh setitis demi setitis. Hatinya terlalu hancur
mendengar jawapan dari suami yang terlalu dia cintai. Suami aku tak pernah
cintakan aku. Natasha menghela nafas panjang. Dia mengumpul kekuatan untuk
bersuara.
“Baiklah. Saya faham. Saya redha kalau itu
yang awak mahu. Tapi saya mohon satu je. Izinkan saya ubatkan luka awak untuk
malam ni je. Izinkan saya.” Natasha bersuara tanpa memandang Iskandar. Dia
terus naik ke tingkat atas untuk mengambil First Aid Kit di dalam biliknya.
Sebaik sahaja dia tiba di dalam biliknya
tangisannya sudah tidak dapat dibendung lagi. dia menangi semahu-mahunya di
belakang pintu. Disini jugalah kali pertama dia menangis kerana dibuang
Iskandar. Dan disini juga dia menangis sekali lagi kerana betul-betul dibuang
Iskandar. Natasha beristighfar berkali-kali sebelum tangisannya reda sedikit.
Dia bangun menuju ke bilik air dan membasuh
mukanya supaya kesan air matanya tidak kelihatan. Dia tidak mahu Iskandar
melihatnya begitu. Wajahnya dilap dengan tuala kering kemudian dia mengambil sehelai
lagi tuala bersama First aid kit dan turun ke bawah. Natasha menuju ke dapur
untuk mengambil sedikit air bersih di dalam bekas untuk mencuci darah kering
yang berada di muka Iskandar. kemudian menuju ke ruang tamu semula. Iskandar
yang masih lagi berwajah kosong dipandangnya lama.
“Awak. Biar saya bersihkan luka dulu ye.”
Natasha meminta izin sebelum memulakan kerjanya.
Perasaannya yang sebak ditahannya sedaya
mungkin. Dia mahu berkhidmat untuk Iskandar buat kali terakhir. Dia sudah
membuat keputusan untuk meninggalkan Iskandar. Dia sudah tidak sanggup mendera
perasaannya lagi bila tidak dicintai suami sendiri. Dia ingin pergi dengan anak
dalam kandungannya.
Panggilan telefon dari ibu mertuanya malam
tadi memberinya sedikit sinar harapan. Entah dari mana Datin Rose tahu tentang
masalah yang melanda mereka berdua. Datin Rose memberi jaminan bahawa dia akan
sentiasa berada di sisi Natasha walau apapun yang terjadi. Dia akan sentiasa
memihak kepada Natasha itu janjinya. Natasha melakukan kerjanya dengan penuh
kelembutan. Dia mahu Iskandar ingatkan kelembutannya. Dia mahu Iskandar
ingatkan dia dengan cara yang terbaik.
Iskandar mendongak memandang setiap inci
wajah isterinya yang tekun membersihkan luka-luka do wajahnya. Matanya yang
indah bewarna coklat cair. Hidung yang
cantik terletak. Bibir yang kecil. Pipi yang kemerah-merahan. Tasha terlalu
cantik sayang. Lebih cantik dari segalanya dalam hati abang. Tapi kenapa perlu
khianati abang dengan kawan baik abang sendiri?
Tahukah Tasha bertapa abang cintakan Tasha?
Setiap detik hanya nama Tasha yang ada dalam hati abang. Mungkin abang memang
silap kerana salahkan Tasha atas kematian Intan. Tapi abang dah sedarkan
kesilapan abang. Abang balik untuk minta maaf. Tapi apa yang abang dapat cuma rahsia
hubungan Tasha dengan Faiq. Kata-kata itu bergema dalam setiap urat sarafnya. Namun
yang terluah di bibirnya hanyalah desahan nafas kecil. Dia kelu untuk
berkata-kata. Hilang semua kosa kata di mindanya selama ini.
Usai menampal plaster di tempat luka
Iskandar Natasha memandang suaminya. Abang. Andai ini kali terakhir Tasha lihat
abang. Tasha minta abang halalkan makan minum Tasha. Sesungguhnya Tasha
cintakan abang dari saat pertama kali Tasha kenal cinta. Ampunkan segala salah silap
Tasha. Malangnya setiap bait kata-kata itu hanyalah jiwanya sahaja. Pada zahirnya
dia hanya memandang Iskandar tanpa suara. Natasha mengambil tangan kanan
Iskandar dan menciumnya buat kalu terakhir dan Iskandar pula tidak lagi
menepisnya seperti biasa. Lama Natasha berbuat begitu sebelum berlalu naik ke
atas bersama linangan air mata. Selamat tinggal sang pemilik hati.. Izinkan ku pergi..
Bengong lah IS nih...ada ke orang macam tu
ReplyDeletecik writer..best sangat..sedih pun ade..cepat-cepatlah sambung balik...da tak sabar ni nak taw cite seterusnya macam mana.. ;)
ReplyDeletejalan cerita ni makin menarik...
ReplyDeletecepat -cepat sambung cik natasha...
Nama jer Iskandar ni seorang pendidik tetapi tak rasional, harap selepas Natasha pergi baru dia sedar diri.
ReplyDeletesedihnya..cepat la sambung..xsbr nak baca next chapter..
ReplyDeletebagus juga tu tasha tinggalkan is... baru is tu sedar sket... kuikuikui... best2x...
ReplyDeleteOk.... memang tahap petala ke-7 ni geram dengan Is! Biarlah Tasha tu tinggalkan Is supaya dia sedar kesilapan dia T__T
ReplyDeleteYa Allah...ade jgk orang mcm is ni...cemburu x berasas. Bagus jgk tasha bwk diri drpd tahan prasaan duk ngan is.
ReplyDeletesetuju sngat bia tasha bawak diri...
ReplyDeletepadan muka is...
rasa macam nak tumbuk je si is ni...
Bravo...gempklh cite ni...
ReplyDeleteMiss writer...pembaca makin ramai ni. Cerita makin gempak. Chaiyok...chaiyok...teruskan chpter seterusnya ..tak sabar dah ni..
ReplyDeletesakit hati betul la dng is ni....
ReplyDeleteBanjir air matalah ni..
ReplyDeletebest sangat...
WARRRGGGHHHH..... TANGKAP SADIS PLAK EP. NIE..... LARI TASHA... BIARKAN SI IS TU DENGAN EGO DIA..... KALU BOLEH BIAR TASHA MENYOROK SMP OVERSEA.... PAYAH LA SI IS NAK JEJAK...... KASI PENGAJARAN SIKIT............
ReplyDeleteAgak2 bila ep44 nak update ni
ReplyDeletegod job akak....kalau saya kuat dah lama say pkul si is tu..harap2 akak update cpat2 yer...:) 5 bintang untuk akak
ReplyDeleteis ni apa cuba la fikir positive skit...ish2 akak cpt sambung plk kak huhuhu...nnti haiqal plk dtg hehehe.....
ReplyDeleteakak ending nnti jgn sdih tau....
ReplyDeleteNak lagi...best! Thank you!
ReplyDeleteSedihnya..cepat la sambungannya..
ReplyDeleteape kene si is nie... lempang gak kang... sian tasya... kejam lah dia.... bila lah dia nk sedar....
ReplyDeleteCik Writer..sob..sob..sad bab nie crying n speechless..xsabar nk tau nx chaptr :(
ReplyDeleteKurang hasam gelugok tul la si iss nie...Dear writer cepat sambung ek...dah hujan airmate nie tau.
ReplyDeleteSis...bila sis nk upload chap 44.. Xsabar.. Btw Crita ni sis buat bpe chapter erk??
ReplyDeleteWah best lh kak! Best sangat! Cpat lh nk tengok sambungan nya! X sabar! Mmang ptot Tasha lri! Is nie teruk lh!
ReplyDeleteSerius best gila . Dah la best gila plak :D . Tak sabar tunggu chap yg seterusnya . Tangkap leleh ! Cepat akak update . Tak sabar sangat ni nak tunggu . Chaiyokk chaiyokk ;)
ReplyDeletebila nak sambung ni.... besttt... Is tu EGO sebenarnya... kalau sayang pujuklah...
ReplyDeleteBila next ep.lmbtnya
ReplyDeletenak chapter 45...x sabar menanti dah ni..huhuhuhu
ReplyDeleteerm, nak tanye sikit..
ReplyDeleteble ek novel ni akan dibukukan??