Enjin kereta dimatikan dengan tergesa-gesa.
Dia segera keluar dari dalam perut kereta dan berlari masuk ke dalam rumah. dia
pasti mummynya pasti tahu ke mana Natasha pergi. Dari rekod telefon bimbit
Natasha yang ditinggalkan panggilan terakhri adalah dari Mummy. Pasti mummy
tahu di mana tasha. Kelibat Datin Rose yang baru menuruni keluar dari sudut
dapur segera diterpanya. Dia segera mendudukkan ibunya di kerusi yang tersedia
di sisi dinding dapur itu.
“Mummy tolong mummy. Beritahu Is mana Tasha
pergi. Tolong mummy. Mummy mesti tahu mana dia pergi. Is perlukan dia mummy. Is
cintakan dia mummy. Tolonglah mummy.“ Iskandar merayu pada Datin Rose. Tangan ibunya digenggam erat.
Air mata yang galak membasahi pipinya sudah tidak dihiraukan lagi. Untuk apa
mempertahankan ego lelakinya sedangkan dia sendiri yang menghancurkannya. Dia
yang bersalah dalam hal ini. Dia hanyut dengan kesilapannya. Sehingga dia
melukakan insan yang paling dicintainya sendiri. Hati insan yang sangat
dicintainya itu.
“Is nak buat apa cari dia lagi? Bukan ke Is
yang buang dia dari hidup Is? Is yang halau dia kan? Tak cukup lagi semua tu?
Nak lukakan dia seteruk mana lagi? Sampai dia dah tak mampu bangkit lagi? Macam
tu? Cukuplah. Mummy menyesal kahwinkan Is dengan dia dulu. Menyesal
sangat-sangat. Kalaulah parents dia masih hidup lagi mummy tak tahu dekat mana
nak letak muka mummy. Sudahlah Is. Putus asa ajelah.
Tak payah cari dia lagi. Biar dia cari
kebahagiaan dia sendiri. Dengar sini mummy cakap elok-elok. Mummy tak akan
bantu Is cari Tasha. Tak akan!” Tangannya direntap dari genggaman Iskandar.
Dia kesal. Dulu dia sendiri yang pernah berjanji dengan ibu bapa Natasha bahawa
dia akan menjaga Natasha sebaik mungkin. Dia akan pastikan Iskandar tidak akan
menyakiti menantunya itu. Tapi apa yang terjadi? Dia alpa. Dia sangkakan
Natasha sedang berbahagia dengan Iskandar. Tetapi rupa-rupanya dia telah
membiarkan Iskandar menyiksa menantu kesayangannya itu selama lebih sebulan.Natasha
yang telah dianggap sebagai anaknya sendiri dikecewakan oleh anak kandungnya. Hancur hatinya bila mendapat tahu hal itu.
Mujur hatinya tergerak untuk menelefon Mak
Timah semalam setelah hatinya curiga apabila Natasha dan Iskandar sering
mengelak untuk berjumpa dengannya. Mak
Timah lah yang telah menceritakan segalanya kepadanya. Jelas wanita itu sudah
tidak dapat menahan diri melihat Natasha tersiksa berendam air mata setiap
hari.
Kenapalah dia tidak pernah mengesyaki
perkara itu apabila Natasha sering mengelakkan diri darinya. Sehingga kini dia
masih menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dulu dia tak pernah menyatakan
hasrat untuk menyatukan Natasha dengan Iskandar pastinya Natasha tak akan
tersiksa begitu. Sungguh dia terlalu marah dengan Iskandar. Sekecewa manapun
dia, Iskandar tak patut menghukum Natasha begitu.
Sebenarnya dahulu dia yang meyuruh Puan
Aida supaya tidak memberitahu tentang kematian Intan kepada Natasha. Dia tidak
mahu Natasha berasa bersalah kepada Iskandar. Dan dia juga tidak memberitahu
tentang kemalangan antara Intan dengan Natasha kerana tidak mahu Iskandar
membenci Natasha. Salahnya juga kerana
menyangka Iskandar telah melupakan Intan setelah empat tahun Intan meninggal
dunia.
Tatapi dia yakin bahawa Iskandar mencintai
Natasha. Dia telah melihat sendiri cinta itu dalam mata Iskandar. Dia yang
melahirkan Iskandar. Dia tahu apa jua yang ada dalam hati anak tunggalnya itu. Dalam
mata Iskandar jelas ada segunung rasa cinta yang sangat mendalam buat
isterinya. Cuma mungkin Iskandar terkeliru. Terlalu terkejut dengan kebenaran
itu. Sememangnya dari dulu lagi Iskandar memang terkenal dengan sifat cepat
melatahnya. Cuma dia tidak menyangka Iskandar akan bertindak sebegitu rupa.
Kerana sikap iskandar itulah dia berazam
untuk memberi kesedaran kepada Iskandar. Dia mahu iskandar menyesal dengan
perbuatannya itu. Dia yakin dengan
keputusannya kali ini. Dia sendiri yang mencadangkan kepada Natasha untuk pergi
bercuti dan meninggalkan Iskandar buat sementara waktu supaya Iskandar akan
sedar bertapa dia tidak boleh kehilangan Natasha. Buktinya sekarang. Baru beberapa
jam Natasha bertolak ke rumah agam milik keluarganya di Cameron Highland
Iskandar sudah muncul di hadapannya merayu untuk berjumpa dengan Natasha.
“Mummy. Mummy. Is mohon mummy. Tolonglah ampunkan
kesalahan Is. tolonglah beritahu Tasha dekat mana. Is nak jumpa dia mummy. Is nak
minta maaf. Is bersalah dengan dia mummy. Tolonglah mummy. Is merayu.” Iskandar
masih lagi tidak mahu berganjak. Dia tidak akan mengalah kali ini. rindunya
pada sang isteri sudah tidak mampu dibendung lagi. Rasa bersalah yang tak
tertanggung melanda setiap genap hatinya.
Tangan Datin Rose diraih sekali lagi. Tangan
itu digenggam kejap. Dia cuba menyalurkan semua rasa bersalahnya agar Datin
Rose memahami perasaannya ketika itu. Dia terlalu ingin berjumpa dengan
isterinya semula. Dia menyesal dengan semua yang telah dia lakukan. Setiap
anggota tubuhnya terasa sangat lemah ketika itu. Dia sepertinya tidak pedulikan
lagi keadaan dirinya. Perutnya yang kelaparan akibat tidak menjamah sebarang makanan
melainkan sekeping pizza di rumah Faiq semalam tidak dihiraukan langsung. Baginya
dirinya sendiri sudah tidak bernilai lagi. Suami apakah dia, bila dia sanggup
menyakiti isterinya sendiri sebegitu rupa? Sungguh dia malu dengan dirinya sendiri. Sedangkan
dahulu dia pernah berjanji dengan papa Natasha untuk melindungi Natasha sepenuh
hatinya. Tetapi dia sendiri yang memungkiri janji itu. Dia malu!
“Iskandar al-Amin. Just one word you need
to bear in your mind. Never! I’ll never gonna help you. Is sendiri yang halau
dia. Jadi Is tak layak untuk dapatkan dia lagi. just let her go son. Dia pun
manusia biasa. Dia ada hati. Dia ada perasaan. Mummy tak sanggup tengok dia
kecewa lagi. Mummy tak ada jaminan yang Is tak akan sakiti dia lagi. Dia dah
terlalu hancur untuk dihancurkan lagi Is. Satu benda yang mummy boleh pesan
pada Is. Sudahlah nak. Biarkan dia pergi. She’s hurt enough.” Datin Rose melepaskan tangannya dari genggaman
Iskandar dan memegang wajah anaknya itu dengan kedua belah tangannya. Dia mendongak
memandang wajah anaknya itu.
Dari wajah itu dia dapat lihat dengan jelas
bertapa menyesalnya Iskandar. air mata yang tak berhenti mengalir di tubir mata
anaknya jelas menunjukkan kekesalan yang teramat. Memang dia kasihankan
Iskandar tetapi dia mahu memberikan pengajaran kepada Iskandar. dia tidak mahu
jika dia menolong Iskandar sekarang Iskandar akan sewenang-wenangnya menyakiti
Natasha lagi pada masa akan datang. Biarlah Iskandar pula yang merasai
kekecewaan seperti Natasha pula kali ini. Supaya Iskandar akan lebih menghargai
Natasha pada masa akan datang.
“Tapi Is tak sanggup mummy. Is tak sanggup.
Is cintakan Tasha. Is sayangkan isteri Is. Memang Is bersalah. Tapi Is dah
sedar. Is terlalu sayangkan dia mummy. Is tak boleh hidup tanpa dia. Is tak
mampu mummy. Tolonglah Is mummy.” Iskandar mengesat air matanya.
Rasa kesal yang teramat sangat membuatkan
dia tanpa segan mengalirkan air mata. Sungguh dia nanar ketika ini. Di mana dia
perlu mencari isterinya? Dia buntu.
“I can’t. I’m sorry. You need to find her
on your own, son. I can’t help you. “
“Tolonglah mummy. Is tak tahu nak cari
Tasha kat mana. I just don’t know how mummy.”
“Is balik rumah. Fikirkan balik. Cuba
kenang setiap memori Is dengan Tasha. Hanya Is yang ada jawapannya. Mummy tak
akan bantu Is. Kalau Is nak cari isteri Is, Is kena usaha. Mummy tak mahu kalau
mummy bantu Is sekarang nanti masa akan datang Is sakiti dia lagi. mummy tak
sanggup tengok dia menderita lagi. You deserve this Iskandar.” Datin Rose
bangun dari tempat duduknya tadi. Dan menuju naik ke biliknya di tingkat atas.
Iskandar hanya terkedu di tempat duduknya. Kata-kata
mummynya terngiang-ngiang di telinganya. I deserve this? I deserve this? Yes. I
deserve this. I’ve hurt her so much. Aku sendiri lukakan dia. Aku Nampak sendiri
macam mana dia menangis. macam mana dia merayu. Ya Allah bertapa kejamnya aku. Bertapa
dayusnya aku menyakiti amanah yang kau berikan kepada aku. Kasihan dia. Kenapalah
aku sampai hati melukakan dia sebegitu rupa?
Tasha. Baliklah cinta abang rindu. Abang mohon
ampun dari cinta. Abang sedar abang bersalah. Abang tak sepatutnya menyalahkan
Tasha atas takdir yang Allah telah tetapkan. Abang terlalu ikutkan perasaan
abang tanpa abang sedar abang dah melukakan hati Tasha seturuk-teruknya. Baliklah
Tasha abang cintakan Tasha. Iskandar menekupkan mukanya di atas meja. Sehingga akhirnya
tanpa sedar dia sudah teresak-esak. Sungguh dia sangat menyesali setiap
perbuatannya terhadap Natasha.
Iskandar mengangkat muka apabila bahunya
dipegang dari belakang. Dia berpaling mencari gerangan yang memegangnya itu. Harapannya
biarlah Natasha yang memegang bahunya. Air mata yang mengaburi matanya dikesat
supaya pandangannya lebih jelas. Ah… Daddy.
“Kenapa perlu menangis macam ni? Is yang
bersalah kan? Ini yang Is nak kan?” Suara garau Datuk Adam menerpa gegendang
telinga Iskandar. Lagi. Iya memang aku yang bersalah.
“Memang Is yang bersalah daddy. Tapi Is tak
nak semua ni. Is tak nak Tasha pergi. Khilafnya Is daddy. Is tak pernah sedar
bertapa pentingnya Tasha pada Is sampai Is sanggup buat dia macam tu sekali. Memang
Is yang bersalah. Daddy. Tolonglah beritahu Is dekat mana Tasha. Daddy pasti
tahu dia kat mana. Tolonglah Is daddy. Is mohon.” Datuk Adam yang bergerak
duduk di hadapannya dipandang tepat.
“Ingat tak dulu Is pernah berjanji dengan
daddy yang Is akan jaga Tasha sebaik mungkin. Dan ingat tak lagi yang daddy
pernah janji kalau ada apa-apa yang terjadi Antara Is dengan Tasha daddy akan
sokong Tasha. Jadi sekaranglah masanya kedua-dua janji tu dituntut. Is dah
mungkiri janji Is untuk jaga Tasha. Is tak tepati langsung janji Is pada daddy.
Dan sekarang ni daddy tunaikan janji daddy. Daddy tak akan bantu Is. Daddy akan
sebelahkan Tasha. Kalau Is nak cari isteri Is, Is usaha sendiri. Dia isteri Is,
Is lebih kenal dia daripada daddy. Kalau Is masih sayangkan dia, cari dia. Jangan
tunggu sampai surat fasakh sampai ke rumah nanti baru Is nak bertindak. Usaha sampai
dapat.” Datuk Adam bersuara tenang.
Dari
tadi dia sudah melihat semuanya. Iskandar yang berlari masuk ke dalam rumah. Iskandar
yang merayu-rayu dengan Datin Rose. Iskandar yang menangis teresak-esak. Dia lihat
semuanya. Tapi dia tidak mahu membantu anaknya itu sewenang-wenangnya. Dia ingin
Iskandar benar-benar sedar akan kesilapannya dan berusaha sendiri untuk mencari
isterinya.
Lama Iskandar terdiam. Janjinya dahulu? Iya.
Dahulu dia pernah berjanji untuk menjaga Natasha sepenuh hatinya. Tetapi tanpa
memikirkan janjinya dia telah mungkiri semuanya. Dia telah menjadi munafik. Padahal
dia pernah berjanji dengan daddynya dan papa Natasha tetapi dia telah
memungkiri semuanya. Lelaki jenis apakah aku ini?Wajah Datuk Adam dipandang
lama. Air matanya menjadi beku untuk mengalir. Dia bagaikan terjaga dari lena
mendengar kata-kata daddynya itu.
“Sudahlah Is. Pergi balik, muhasabah diri. Minta
ampun dari Allah sebab dah mungkiri amanah yang dia berikan dan fikirkan balik
sedalam-dalamnya di mana Tasha sekarang. Insha Allah Is akan dapat jawapannya. Pergi
balik Is.” Datuk Adam bangun dari tempat duduknya kemudian menepuk bahu
Iskandar sekali lagi dan menuju naik ke tingkat atas. Mujur sahaja dia tidak
terlepas kata tadi. Hampir sahaja dia memberitahu tentang keberadaan Natasha
kepada Iskandar apabila melihat wajah anaknya yang seperti sudah tidak
berperasaan itu.
Iskandar berdiam lama sebelum bangun dari
tempat duduknya. Benar aku perlu pulang. Aku perlu cari Tasha. Isteri yang aku
cintai. Aku perlu minta ampun dari Allah dan dari Tasha sebab dah mendera
perasaannya.Dia menaiki keretanya sebelum memecut laju pulang ke rumahnya.
“Tasha tunggu abang cinta. Abang akan bawa
Tasha pulang ke rumah kita dan kita bina hidup baru bersama. Abang minta ampun
atas semua kesilapan abang. Abang yang bersalah bukan tasha.” Dan sekali lagi
air matanya gugur membasahi pipinya selari dengan kelajuan angin yang menerpa
wajahnya.
Pintu utama rumah agam itu dibuka. Satu aroma
yang cukup dia gemarkan dahulu menerpa ke hidungnya. Dia memandang segenap
sudut rumah itu. Memori sewaktu kecilnya menerpa kembali ke mindanya. Di sinilah
dia pernah bermain bersama Iskandar dahulu. Dia tersenyum lebar.
Assalamualaikum kenanangan.
“Tasha. Beg ni mak letak di dalam bilik
utama ya. Tasha rehat dulu ye nak. Tasha mesti penat dengan jalan yang banyak
selekoh tadi. Kejap lagi mak dengan cik Som sediakan makan tengah hari.” Suara mak
Timah mengejutkan Natasha dari lamunannya. Natasha berpaling memandang Mak
Timah yang berada di belakangnya. Dia menangguk kemudian memberi laluan kepada
Mak Timah dan Cik Som penjaga rumah agam ini untuk masuk ke dalam rumah.
Natasha berjalan mengelilingi ruang tamu
rumah agam itu. Matanya tertacap ke segenap sudut rumah itu. Bagaikan sebuat
layar perak, semua kenangan lalunya bersama Iskandar di segenap ruang rumah
agam itu. Entah kenapa, dia terlupakan semua itu. Dahulu sewaktu dia mula-mula
berkahwin dengan Iskandar dia tak pernah teringatkan bahawa Iskandar ialah anak
Datuk Adam. Padahal Iskandarlah teman sepermainannya sewaktu kecil. Iskandarlah
cinta pertamanya. Tak pernah terlintas di fikirannya bahawa Iskandar ialah
abang Aminnya dahulu. Natasha duduk di kerusi di hadapan piano yang dahulunya
Iskandar pernah mainkan untuknya.
Mungkinkah kerana selepas Iskandar berlepas
ke England Datin Rose sudah jarang berkunjung kerumahnya? Atau mungkinkah
kerana Iskandar terlalu berbeza dari dahulu? Tak mungkin. Masa tu aku dah
berumur dua belas tahun. Abang pun dah lapan belas tahun. Takkanlah aku boleh
lupa macam tu je. tak logic betul. Natasha memejam mata cuba mengingati kembali
penyebab dia terlupakan Iskandar.
Satu susuk bayangan lelaki di sebalik
sehelai langsir terlintas di matanya ketika itu. Natasha segera mencelikkan
matanya. Ah! Siapa lelaki tu? Dia memejamkan kembali matanya. Rasa berdenyut di kepalanya cuba ditahan. Tangannya
mencengkam kuat sisi piano yang berada di hadapannya. Bunyi mesin yang biasa
didengarnya terngiang di telinganya. Sekali lagi bayangan lelaki itu muncul. Kali
ini lebih jelas. Abang!
Natasha membuka matanya. Apa sebenarnya tu?
Abang? Langsir. Dan mesin tu. mesin apa? Dan.. tiba-tiba bayangan yang jelas
terlayar. Dari balik langsir dia ternampak bayangan Iskandar berdiri di tepi
katil seorang gadis yang sedang terbaring kaku di sebelah katilnya yang hanya
dipisahkan oleh sehelai langsir. Benar bunyi itu dia kenal. Bunyi itu bunyi
mesin di hospital. Iskandar sedang meratap di sisi seorang gadis. Gadis yang
tadinya datang bersamanya ke sini tadi. Gadis yang dia sedaya upaya cuba
berusaha untuk mengeluarkan gadis itu dari dalam kereta yang sedang terbakar. Iya
dia kenal gadis itu. Gadis itu yang hilang membawa kereta dengan laju dan
hilang kawalan sehingga melanggarnya.
Abang Amin kenal gadis itu? Bunyi tangisan
lelaki itu jelas meruntun hatinya. Doctor-doktor yang sedang berusaha
menguruskan kecederaan di tubuhnya tidak dihiraukan langsung. Yang ada di
fikirannya ketika itu hanyalah abang Aminnya yang meratap merayu supaya gadis
itu bangun semula. Abang Amin yang merayu dengan melafaz kata cinta kepada
gadis itu. Aku yang telah menyebabkan kekasih abang meninggal dunia. Akulah
penyebab tangisan abang Amin. Ya Allah. Air matanya juga mengalir perlahan di
pipi sebelum pandangannya kelam tanpa cahaya.
Natasha memegang kepalanya yang berdenyut
kuat. Arggghh… sakitnya. Namun memori itu terus menerus menerjah mindanya. Jadi. Kerana itukah dia
langsung tidak teringatkan tentang Iskandar? kerana dia cuba lari dari
kenyataan bahawa dialah penyebab kekasih Iskandar meninggal dunia. Kerana dia
tak sanggup melihat Iskandar yang tersiksa. Kerana dia cuba memadamkan semua
memori yang terlalu pahit itu? Melihat orang yang dia cintai terluka kerananya.
Ya Allah. Apakah rahsiaMu ini Ya Allah? Aku
tak dapat meneka ketentuanMu Ya Allah. Andainya ini dugaan yang kau berikan
untukku aku redha Ya Allah. Aku redha dengan serendah hati. Tetapi kau
tunjukkanlah aku jalan yang benar untukku. Agar aku dapat meraih syurgaMu
bersama suamiku. Bantulah setiap langkahku Ya Allah. Bantulah aku.
best... :-D
ReplyDeleteya Allah btpa sdih'y aq pabila mmbaca tdi...tpi lbih sdih lgi si is..
ReplyDeletena pa kau rsa is..?..oren..?
tu lh kau skitkn lgikn ati idol q c tasha tu.....naa tu lh...
(Ya Allah ngkau cptkn lh si is tuk mndptkn si tasha...AMINNN....dan ngkau permudahkan lh sgala urusan kak Tasha smua agr dya dpt update bab bru AMINNN)
congrats sis....
truskan usaha ya...dan jgn pdulikn sgla kata2x yg x bik yg dbrikn olh pmbca yg x reti tuk hrgai pngorbanan org...sya sntiasa skong sis...
Y0u~My_iDoL....<3..
zamaliah_Lieya
Ahhhhh... Akhirnya persoalan kenapa Tasha tak ingat langsung tentang Is dah terjawab. Terfikir juga masa chapter yang reveal Tasha cintakan Is sejak kecil lagi, and when he left to Aussie time Tasha dah umur 12, tak mungkinlah Tasha tak kenal Is langsung if family dorang memang berkawan...
ReplyDeleteHehehe... Cik Writer buat kejutan yang best di sini... Good job ^^
Hi cik writer tq updated chptr45 trfls sgt. Kashamida :)
ReplyDeleteBest2..cepat2lah jumpe balik..hehe. Thanka akak ;)
ReplyDeleteTouching Giler Sis Citer Ni . Btw Congrat . Best Sgt-ll . Nak Chapter Baru :D
ReplyDeleteBEST....
ReplyDeletekeep it up!~besttt :)
ReplyDeletebest sngt.....bl nk dinovelkan....:-)
ReplyDeletewah...terharunya plus so sad!!!! sis good job sis!!! next chapter harap-II boleh lah post cepat sikit dah x sabar ni!!! btw gomawo sebab post chapter nie :)
ReplyDeleteGood job writer . Semoga dapat membuat next n3 dengan baik
ReplyDeleteGood job....
ReplyDeletetakleh sedih lagi ke..... btw singgah la ye ke http://semangatuntukku.blogspot.com/# :)
ReplyDeletesedih'y pulakkkk....tpi Terbaik larh...!!!!!! truskan usha yea.....
ReplyDeletesmbung lgi2x.....pliizzzz ^_^
Jalan cerita yang menarik . Kita suka sangat. Good luck sis
ReplyDeleteentry 46 plzzz......
ReplyDeleteBagus usaha mama dan papa Is buat macam tu... biar Is lebih menghargai Tasha .... berusahalah Is .....
ReplyDeleteTahniah writer,anda telah berjaya membuat saya mengalirkan mutiara jernih tanpa henti apabila membaca bab "perang dingin" antara is dan tasha... waiting for the next entry. inform me kalau dah post next entry tau! twitter: @puteri_zanariah :) sayang writer!
ReplyDeletehye darl.. insha allah saya akan cuba update bab 46 mlm ni.. n sorry saya x ada twitter..actually ada tp x active lag.. fb adalah yg..
Deletesis..bab 46 sedang dinanti :)
ReplyDeletehehe...
Sis, tahniah!!good writer!!sy kagum dgn sis...jln citer yg menarik...ada pelbagai rasa...gmbira, sedih, hiba....truskan brkarya, sis!! Can't wait for the next episode....46!!!
ReplyDeleteNak lagi kak writer ! Nak bab 46 kak ! Thanks kak . Best gila cerita ni . Hehe
ReplyDeletebest... sedih giler... setiap ayat sungguh menyentuh hati....
ReplyDeleteAssalamualaikum saya setia menanti n3 baru. Peminat dari jauh Zurich Switzerland
ReplyDeleteAkk .. i'm waiting for the next chapter .. akk cpt² upload ok ..
ReplyDelete