Thursday, July 25

My Hubby My Lecturer!! bab 19

“Then, I shouldn’t tell you who is he.”

“You must tell me Natasha!”

“But why should I? Firman got nothing to do with you.”

“Because I love you”

 “Because I love you. I love you Natasha. I love you  ”

Natasha memandang ke langit. Senyuman terukir di bibirnya. Kejadian beberapa hari lalu terbayang kembali di mindanya. Masih lagi terasa hangatnya pelukan Iskandar. Masih lagi terasa hangatnya desah nafas Iskandar di lehernya. Masih lagi terngiang-ngiang suara Iskandar di telinganya. Betul ke dia cintakan aku? Ke hanya sebab dia cemburukan Firman dia cakap macam tu?

“Assalamualaikum.” Tegur Iskandar.

Natasha yang sedang bergoyang kaki di tepi kolam sambil memandang ke arah bulan dengan wajah yang disinari cahaya bulan dipandang dari sisi. Ya Allah. Cantiknya ciptaanMu. Dia duduk di sebelah Natasha. Turut merendam kakinya di dalam kolam. Ah… sejuknya.

“Wa’alaikummusallam.” Natasha berpaling memandang Iskandar yang sudah berada di sisinya. Salam wajib dijawab.

“Buat apa kat sini? Sejuklah kat luar ni.” Iskandar menaggalkan kardigan yang dipakainya dan diletakkan ke tubuh Natasha. Wah gentlemannya aku. Dia  tersengih lebar dalam hati. Sekarang kan dah sampai waktunya mempraktikkan semua kemahirannya dalam memikat seperti dia memikat Intan dahulu. Natasha hanya tersenyum sedikit kepadanya. Kemudian mendongak memandang bulan semula.

“Tak eloklah duduk kat luar sejuk-sejuk macam ni. Jom masuk dalam.” Sekali lagi Iskandar bersuara. Lah tak nak bercakap pulak dia. Tak apo! Den tak akan putus aso!

“Tak apalah. Kalau awak nak masuk awak masuklah.  Saya suka duduk kat sini. Saya rasa tenang. Dulu…  masa papa dengan mama masih ada,  saya selalu duduk dekat sini. Kami berbual tentang banyak perkara. Saya… rindukan mama dengan papa malam ni. Dah genap tiga bulan mereka pergi.” Natasha bersuara perlahan akhirnya. Iskandar yang baru mahu menyambung ayatnya terdiam tanpa kata.

 Kepala Natasha yang tadi mendongak memandang bulan ditundukkan memandang kakinya yang berada di dalam kolam. Kenangan bersama mereka berdua terlayar kembali di fikirannya. Di sinilah dimana dia sering menghabiskan masa bersama mereka. Menceritakan segala masalahnya suka duka kepada mereka. Menikmati angin malam yang lembut bersama. Bergurau senda bersama. Menangis duka bersama. Menghayati keindahan alam bersama. Dahulu, setiap kali bulan mengambang mereka akan duduk di tepi kolam itu bersama-sama menghayati keindahan bulan.

Tapi itu semua dulu. Kini semuanya hanya tinggal kenangan sahaja. Natasha meletakkan tangannya di dada menahan rasa hati yang terlalu sendu. Wahai sang hati. Janganlah kau menangis. Kau dah berjanji tak akan menangis lagi. Masa berlalu lama tanpa suara dari keduanya. Keadaan sunyi sepi hanya dihiasi dengan bunyi kocakan air yang ditiup angin.

Iskandar serba salah apabila melihat Natasha yang kelihatan sendu itu. Ya Allah. Kenapalah aku bangkitkan soal ni? kan dia dah sedih macam tu. Idea! Idea! Muncullah kau! Macam mana aku nak hiburkan hati dia ni.

“Firman tu lelaki jenis macam mana? Apa yang membuatkan dia special sangat?” Idea yang terbaik setakat ni.

“Firman? Tak tercapai dengan kata-kata tentang dia.” Natasha menjawab setelah lama berfikir. Dia tersenyum simpul. Jatuh cinta dengan watak novel? Memang aku ni dah gila. Dia memandang semula ke arah bulan. Berharap dia menjadi Iris heroin novel tersebut. Muehehe..

Iskandar mengetap bibir memandang Natasha yang sedang tersenyum simpul sambil memandang bulan. Baik sangatkah Firman tu? Watak novel aje pun. Entah apa yang hebat sangat tu. Hello! Daniel Henney  kacak meletopss kat sebelah ni dah tak cukup kacak ke? Padahal punyalah ramai perempuan admire aku dia boleh pulak suka dekat si Firman novel tu.

“Cuba awak cerita sikit.” Pujuk Iskandar. Dia benar-benar ingin tahu. Bagaimanakah Firman yang Natasha angaukan itu.

Natasha memandang Iskandar dengan senyuman. Hehehe cemburu lah tu. Ingat aku tak tahu ke dia tu macam mana. Dengan watak novel pun nak cemburu ke? Pelik pak cik ni.

“Firman? Firman ni lelaki yang sangat-sangat sempurna. Dari segi agama dia bukanlah hafiz. Tapi dia mengerti al-Quran. Dia tahu hampir semua hukum hakam. Sampai ada orang yang jauh lebih tua minta nasihat perkahwinan daripada dia sedangkan dia baru je kahwin.  Pandangan dia selalunya akan buatkan orang kagum dengan dia. Dia suka diam diam tu bahasa dia. Bahasa dia tinggi. Setiap ayat dia selalunya tersirat dan tak menyakitkan. Terlalu menyanjungi wanita. Ilmu peneman hidup dia. Tapi dia suka memerli. Mengenakan. Tapi hanya pada Iris isteri dia je.  Gagah perkasa bila pertahankan Iris. Kacak. Tinggi lampai. Tubuh badan yang mengancam. Yang penting yang paling saya suka ialah mata dia yang indah…” sama macam mata awak. Sambung Natasha dalam hati.

“Err…. Awak. Final exam  awak bila.” Iskandar menukar topic. Hatinya panas mendengar Natasha terus menerus memuji Firman yang tak wujud itu. Ok Fine! Esok pagi-pagi buta aku akan pergi cari novel si Firman tu. CIS!!

Natasha menoleh memandang Iskandar. Keningnya berkerut. Final exam? Bila ye? Next week ke lagi dua minggu? Hari ni 25 haribulan. Exam  start 31 haribulan. Ya Allah! Dah dekat sangat! Tak sampai seminggu lagi pun! Aku tak study apa pun lagi. Mati aku!

“Lagi lima hari.. Is. Matilah saya Is. Saya tak study apa pun lagi. Macam mana ni?” Natasha sudah kalut semacam. Kakinya yang berada di dalam kolam diangkat keluar. Dia duduk mengadap Iskandar dan menggoyang-goyangkan tangan Iskandar.

“Lagi lima hari?? Sempat ke awak nak study untuk tujuh paper?” Pling!! Muncul satu idea baru dalam mindanya. Muehehe..

“Tak tahu. Awak tolonglah saya.” Natasha merengek. Kelopak matanya yang berbulu mata lebat dikelip-kelipkan beberapa kali. Harapannya Iskandar akan kasihankan dia dan akan memberikan tips istimewa kepadanya. Dia kan Isteri Iskandar. Takkanlah Iskandar nak berkira sangat kan?

“Humm… apa yang saya boleh tolong ialah saya akan bagi tuisyen istimewa untuk awak. Latih tubi tahap Cambridge. Nak?” Tawar Iskandar. Keningnya diangkat beberapa kali.

Tuisyen? Peribadi punya. Dengan lecturer dari Cambridge pulak tu. Humm… ok jugak tu. at least kalau dia tak bagi tips exam pun mesti dia akan tekankan soalan yang akan masuk kat dalam exam. Sekurang-kurangnya tak adalah tak berkat sangat aku study sebab orang lain susah payah study aka pulak senang lenang dapat soalan bocor dari lecturer aka si suami.

“Nak! Nak!”

“Ok. But with one condition.” Iskandar tersengih menyenget.

Natasha memandang dengan pelik.  Amboi nak tolong isteri sendiri pun nak pakai syarat-syarat bagai? Melampau. Tak boleh ke ikhlaskan sikit hati tu? Hari tu masa mummy ada kat sini punyalah baik hatinya. Semua benda sanggup buat. Suruh siang ikan pun sanggup. Ini nak minta tolong sikit pun nak kena pakai syarat. Betul-betul mengambil kesempatan ke atas orang yang sedang darurat. 

“Eish.. Apa syaratnya? “ Terpaksa juga. Kalau tak memang nanti jawabnya semester ni pointernya jatuh dengan teruk. Inilah akibatnya selalu menangguh untuk belajar. Sekarang dia juga yang kelam kabut. Nak tak nak dia kena juga terima syarat Iskandar itu.

“Syaratnya ialah… betul ni awak nak terima syarat saya? “ sengaja Iskandar bermain tarik tali. Sengaja dia ingin membawa Natasha kepada penyelesaian terkahir. Iaitu bersetuju.

“Iye. Saya janji saya akan ikut semua. Cepatlah!” Natasha geram. Tangan Iskandar yang berada di dalam genggamannya tadi dilepaskan kuat.

“Syarat pertamanya ialah, mulai detik dan saat ini kita akan tidur sebilik dan sekatil.”  Iskandar selamba mengemukakan syarat.

Natasha ternganga mendengarnya. Meroyan ke dia ni? Nak tidur sebilik dengan dia? Memang tak nak lah aku. Karang daripada tak ada apa-apa jadi ada. Dah la perangai asyik nak mengenakan aku je. tak nak lah!

“Sebilik? Alasannya?”

“Alasan utamanya ialah, lusa kita akan mula berpuasa dan awak selalu ada masalah nak bangun tidur. Lagi-lagi pulak untuk bangun bersahur awal pagi. Jadi saya yang terpaksa kejut awak setiap pagi. Dan saya memang tak kuasa nak ketuk pintu bilik awak setiap pagi. Jadi sebagai penyelesaiannya kita akan tidur sebilik supaya bila awak degil-degil susah nak bangun saya tolak je awak ke bawah katil”

Muehehe… Alasan paling hebat dalam abad ini. Mesti dia tak akan fikir bukan-bukan pasal aku. Tak nak lah aku tidur sorang-sorang lagi dah seminggu aku tidur menghadap muka dia. Mesti susah aku nak tidur tak tengok muka dia. Tak apa Is. Kita nak ambil hati orang ni kena slow-slow. Macam menarik rambut dalam tepung. Tepung jangan berselerak. Rambut jangan putus. Firman ke Haikal ke. Dia isteri aku dia kena cintakan aku sorang aje.

“Tapi…”

“No tapi-tapi. Like it or lump it.”

“FINE! Saya ikut! Tapi kalau saya fail exam kali ni disebabkan awak. Siap awak.” Jari telunjuknya di angkat tinggi ke muka Iskandar. Biar nampak macam garang sikit walaupun sekelumit pun Iskandar tak kisah. Iskandar mengangkat kedua belah tangannya seperti menyerah kalah.

“No sweat dear. Mr. Hubby kan ajar awak dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta. Mesti awak four  flat this sem.”

 Iskandar tersenyum lebar. Matanya yang indah memberikan pandangan menggetar jiwa kepada Natasha. Nak menggoda Natasha dengan matanya yang indah itulah kononnya. Natasha buat tak layan dan terus bangun masuk ke dalam rumah. Tak kuasa nak layan!




Tuesday, July 23

My Hubby My Lecturer!!! bab 18

Berjalan beriringan di taman yang dipenuhi bunga rose begini memang mendamaikan perasaan. Iskandar memandang wajah kesayangan hatinya yang turut memandang ke dalam mata indahnya. Bertapa dia berasa berbangga memiliki gadis ini. Terasa seperti mahu menjerit kepada seluruh dunia bahawa dialah lelaki paling bertuah kerana memiliki gadis itu.

“Sayang. Awak gembira tak bersama saya?” gadis itu menyoal buah hatinya itu..

“Saya sentiasa gembira bila bersama awak. Setiap saat. Tak pernah terlepas sesaat pun yang saya tak bahagia. Saya berdoa kita akan dijodohkan sampai ke syurga.” Iskandar memberikan senyuman yang menawan. Perasaannya sungguh yakin ketika ini. Inilah gadis yang paling dia cintai di dunia.

“Saya pun sama. Setiap saat setiap masa. Is. Kalau saya tanya awak sesuatu boleh tak?”

“Boleh sayang tanyalah sebanyak mana yang awak nak tanya.” Iskandar menghadiahkan senyuman paling manis kepada si pencuri hati.

“Kalaulah saya pergi dulu sebelum awak, awak akan cari pengganti saya tak?” Mata Indah Iskandar yang mampu membuai perasaan sesiapa sahaja yang memandangnya direnung dalam. Dia mahu cahaya dari  mata yang indah itu akan terus bersemadi di dalam ingatannya. Sambil itu dia mencari kebenaran di dalam setiap kata-kata Iskandar. Adakah Iskandar cuma bermanis mulut atau memang benar dia mencintai?

“Hey! Apa cakap pasal mati-mati ni. Tak maulah!”

“Sayang mengingati mati tu wajib. So saya cuma nak dengar jawapan awak je. Itu je. Jawablah sayang”

“Hummm… Saya.. tak akan. Tak akan sesekali. Malah untuk jatuh cinta dengan orang lain pun saya tak mahu. Saya cuma mahukan awak saja. Saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak. Cinta saya hanya untuk awak selamanya.” Iskandar bersungguh-sungguh menegakkan kenyataannya. Sungguh! Dia memang cintakan gadis ini sepenuh hatinya. Tak ada dua tak ada tiga hanya satu sahaja.

“Jangan! Jangan Is. Saya tak mahu awak hidup sendirian bila saya dah tak ada nanti. Saya nak awak hidup gembira dengan cinta seorang wanita. Kalau saya pergi dulu sebelum awak. Awak kena janji dengan saya awak akan berkahwin dan bahagia. Awak kena cintakan dia lebih dari awak cintakan saya. Awak janji.”

“Tapi sayang” Iskandar cuba berdalih.

Dia duduk di kerusi  yang tersedia di taman itu. Sekuntum bunga rose yang berkembang mekar di sebelah kerusi itu ditarik merapatinya dengan perlahan kerana takut tercabut dari batangnya dan dihidu.  Wangi! Indah sungguh ciptaan Allah. Bunga yang beduri begitu pun berbau harum. Di bumi UK ini memang mudah untuk bunga-bunga indah sebegitu hidup dengan sihat. Tanahnya subur dan iklimnya sejuk memberikan kesuburan kepada bunga-bunga tersebut.

“Tolonglah janji Is. Saya tak akan tenteram kalau tengok awak tak gembira. Awak kena sentiasa hidup bahagia. Kebahagiaan awak bahagia bagi saya. Tak kisahlah siapa pun perempuan tu. Saya nak awak hidup dengan rasa cinta kerana Allah. Janji ye sayang. Kalau awak tak janji saya anggap awak tak sayang saya.” gadis berselendang ungu yang masih berdiri itu dipandang dengan perasaan serba salah. Kalau dia tidak berjanji dia dikatakan tidak sayang. Tapi kerana dia sayanglah dia tak mahu berjanji. Apa punya jenis permintaanlah ni?

“Tapi saya tak boleh. Saya tak mahu ada perempuan lain dalam hidup saya. Saya cuma mahukan awak. Awak seorang saja bukan orang lain” Iskandar bertegas.

“Saya tahu. Tapi kalau saya dah tak ada kat dunia ni awak tak boleh bersendirian saja. Saya nak awak hidup bahagia macam lelaki-lelaki lain yang berumah tangga kat luar sana tu. Jadi tolonglah janji dengan saya awak akan terima cinta dan mencintai perempuan lain kalau saya tak ada nanti.”

“Kalau saya yang pergi dulu macam mana?” Iskandar cuba berdalih. Orang perempuan senang aje. Pakai strategi reverse psychology  terus kalah.

“Kalau awak? Is. kita tengah membicarakan dua perkara berbeza. Awak janganlah nak berdalih topik. Janjilah sayang.” Suara si gadis penuh merayu matanya berkaca. Masih tak mahu mengalah.

“Ok. Ok I promise.”

“Thank you sayang! Saya tahu awak sayang saya. Awak kena tepati janji tau.” Gadis itu tersenyum semula. Dia segera duduk di sebelah Iskandar sambil memberikan senyuman paling indah kepada pemilik hatinya itu.



“Intan. Intan. Saya janji. Saya janji.”

Natasha terjaga apabila terdengar suara Iskandar meracau-racau di dalam tidurnya. Dia mengeliat sedikit di atas katil. Semalam setelah terkena penyakit confession melampau Iskandar telah berlaku baik dengan menyuruh dia tidur di atas katil dan Iskandar tidur di atas lantai di sebelah katil. Dalam mood rama-ramalah katakan. Mestilah Iskandar baik semacam. Natasha pula apabila dipelawa begitu bagaikan pucuk dicita ulam mendatang lah. Sudah hampir seminggu dia menahan sakit pinggang tidur di lantai. Nak tidur di sofa dia takut kerana terlalu jauh dari Iskandar. Kalau dah penakut tu penakut juga.

Iskandar yang tidur di atas lantai dijenguknya. Rasanya tadi dia ada terdengar Iskandar meracau. Apa yang diracaunya? Natasha menumpukan perhatiannya ke wajah Iskandar kerana suasana sekeliling begitu kelam sekali hanya diterangi oleh cahaya dari lampu jalan di luar sahaja. Mulut Iskandar yang terkumat-kamit diperhatikan. Dia menganalisis apakah yang digumam Iskandar itu.

“Intan. Saya minta maaf. Saya rindu.” Sekali suara Iskandar jelas kedengaran. Natasha mengetap bibirnya.

Dia ni kan. Siang tadi punyalah berkepuk cakap dia cintakan aku. Sampai waktu malam Intan juga yang disebutnya. Dia ingat aku ni anak kucing ke apa? Sekejap cinta aku. Sekejap cinta Intan. Kalau dah suka sangat dengan Intan tu kenapa nak kahwin juga dengan aku? Kahwin ajelah dengan Intan tu. Ingat aku tak boleh hidup ke tanpa dia. Err.. boleh ke? Ahh… tak kisahlah! Kalau dah dia nak sangat dengan Intan tu meh sini aku satukan dia dengan Intan kesayangan dia. Melampau tau dia ni. Aku sebut nama Firman yang tak wujud tu dia macam nak telan aku. Tapi dia tiap-tiap malam mengigaukan Intan boleh pulak. Eiiii…! Geramnya!

Sebiji bantal kecil diambil dan dihempas ke muka Iskandar. Iskandar yang sedang nyenyak tidur terjaga. Natasha segera buat-buta tidur mati apabila Iskandar duduk dan memandang kepadanya. Takut kena marah. Biarlah Iskandar menganggap bahawa bantal itu terjatuh dari atas katil. Muehehe…

Iskandar yang terjaga terkebil-kebil sendirian. Aku mimpikan Intan lagi malam ni. Aku rasa dah sampai masanya aku lepaskan Intan. Intan dah lama tak ada. Aku kan dah berjanji aku akan cintakan orang lain bila dia tak ada. Sekarang, aku berjanji akan cintakan Isteri aku. Tanggungjawab aku. Amanah aku. Aku tak akan abaikan dia lagi. Iskandar bangun menuju ke bilik air. Dia ingin menunaikan solat tahajjud. Jarang dia dapat terjaga pada tengah malam begini. Jadi apabila mendapat peluang yang diberikan Allah begini dia akan gunakan sebaiknya untuk menyembah Illahi. Natasha yang pura-pura tidur tadi mengangkat sedikit kepalanya mengintai Iskandar.  Setelah pasti Iskandar tidak akan memarahinya dia menyambung tidur semula. Tak kuasa dia ingin terus berfikir tentang Iskandar.

 Selamat tinggal Intan. Terima kasih kerana bersama dengan saya selama ni. Saya akan selalu doakan awak bahagia di sana. Saya berharap kita akan berjumpa lagi di syurga nanti. Saya sentiasa akan sediakan satu tempat yang istimewa untuk awak di dalam hati saya, iaitu tempat untuk seorang gadis yang menjadi cinta hati saya dan sahabat terbaik  saya. Terima kasih atas segala kenangan manis antara kita dan terima kasih juga untuk segala-galanya.



Azan subuh mengejutkan Natasha dari lena. Selesa sungguh pagi ni. Tak sejuk macam selalu. Ada tilam yang empuk. Ada bantal yang selesa. Ada orang yang memeluk. Ada ada selimut yang gebu. Ada bunyi-bunyi burung berkicauan. Ada angin hangat menderu atas kepala Eh! Apa tadi? Ada orang orang yang memeluk?!! Natasha terus mencelikkan matanya. Dada bidang Iskandar elok sahaja berada di depan matanya. Siap dengan tangan perkasa yang melingkari pinggangnya lagi pula tu. Apa semua ni?

“Wargghhh!!!” Natasha menjerit sambil menolak kuat tubuh Iskandar. Tapi dah namanya pun badannya  kecil molek, Iskandar langsung tak berganjak tetapi dia yang elok berbaring di bucu katil pula yang hampir tergolek ke bawah. Mujurlah tangan gagah Iskandar sempat menangkap badannya dari terjatuh. Kalau tidak patahlah juga pinggangnya hari ini. Katilnya sudahlah tinggi hampir setinggi pinggang. Kalau terjatuh kemungkinan untuk patah pinggang agak besar.

Natasha menarik nafas lega apabila dia selamat berada di atas katil semula. Fuhh.. selamat pinggang aku yang ramping ni. Iskandar yang sedang tersengih di hadapan mukanya mengejutkan dia. Dia segera bangun dan berdiri di tepi katil. Seram melihat wajah miang dua macam Iskandar.

“Ma… macam mana awak boleh ada atas katil pu… pulak ni? Awak sengaja nak ambil kesempatan kat saya ye?” Tanya Natasha tergagap-gagap. Masih lagi seram dengan kejadian hampir patah pinggang seperti tadi.

“Ambil kesempatan apanya? Saya lenguh tidur kat bawah. Saya naiklah atas. Sakit tau pinggang saya ni. awak tak kesian ke dengan saya?” jawab Iskandar selamba. Dia berbaring mengiring sambil menongkat kepalanya. Ah! Gayanya memang benar-benar menyakitkan hati Natasha.

“Tapi awak tak bolehlah naik atas katil ni. Semalam awak yang suruh saya tidur atas katil. Tak adillah macam ni.” Natasha mencerlung tajam memandang Iskandar.

Namun entah kenapa mata indah Iskandar  membuatkan kejadian luar alam empat hari lepas terbayang lagi di ingatannya. Mukanya memerah. Chait! Otak ni pun nak fikir benda-benda macam tu pada masa yang tak sesuai. Iskandar memandang wajah Natasha yang memerah itu.

“Hah. Awak punya otak membiru ke mana tu? Tujuan saya cuma tidur atas katil aje ye. Tak ada niat lain pun . Awak ni suka otak membiru lah.” Usik Iskandar. Sengaja nak memerahkan lagi wajah Natasha yang membuatkan Natasha kelihatan begitu cantik pada waktu subuh begini.  Alahai Isteri. Cantiknya awak ni. Kenapalah dari dulu saya tak pernah perasan?  Kenapalah dari dulu lagi tak saya hargai?

“Errr.. Mana adalah! Tiba-tiba aje dia ni! Bangunlah solat!” Natasha sudah tidak tertahan malu bergegas masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Jahat punya otak! Tak tahu nak bekerjasama langsung.


******


“Kita nak beli apa kat sini? Kat sini ada jual lauk ke?” Iskandar memandang ke kiri dan ke kanan. Ramainya orang. Parking lot semuanya penuh. Mujur juga ada kereta yang keluar tadi dapatlah dia masuk ke petak parking itu. Kalau tidak mahunya berjanggut dia menunggu di situ.

Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Tesco Ampang. Sebenarnya selama ini pun dia tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana tempat yang ada menjual lauk pun.  Semua urusan dapur diuruskan oleh Datin Rose dan Mak Jah. Dan bila dia berkahwin dengan Natasha urusan membeli barang dapur diserahkan kepada Pak Ali dan Natasha. setiap minggu Natasha akan pergi membeli barang dapur sendirian dengan Pak Ali. Tak pernah sekali pun dia disuruh membeli barang dapur.  Bukannya dia pernah ambil kisah pun selama ni. Tapi apabila tadi dia disuruh membawa Natasha membeli barang dapur dia segera bersetuju. Maklumlah orang nak ambil hati Isteri lah katakan.

“Is. Tolong mummy belikan barang dapur boleh? Banyak barang dalam fridge dah habis. Barang-barang kering pun dah banyak yang habis. Is pergi dengan Tasha ye? Mummy  bukan tak nak pergi tapi mummy nak tengok cerita Marimar kat TV3 pukul sepuluh kejap lagi. Dah lama mummy tunggu cerita tu. Boleh ye Is?” kata-kata Datin Rose selepas sarapan pagi tadi terngiang-ngiang di telinganya.

 Apa bendanya Marimar tu pun dia tak tahu. Nama macam marmar pun ada juga. Cerita apa tu? Betul ke tidak ada siaran tu pun dia tak tahu. Diakan jarang ada di rumah pada waktu pagi dan bila pagi hari-hari cuti begini selalunya dia sibuk dengan kerja-kerja menanda  kertas kerja pelajarnya. Petang barulah dia boleh menonton televisyen. Itupun siaran utama pilihannya mestilah HBO. Jadi mana dia tahu ada atau tidak cerita Marimar itu. Tapi dia tidak kisah. Yang penting dapat berdua-duaan dengan Si Cantik Manis dah cukup buat dia. Nak tawan hati orang ni kena perlahan-lahan.

“Adalah. Kalau tak ada kenapa pulak saya ajak awak datang sini? Dah jom masuk cepat. Tak payah nak tayang muka kat sini.” Natasha berjalan selamba meninggalkan Iskandar. Sakit hatinya pagi tadi masih belum hilang lagi. Tengah malam panggil Intan, pagi buta peluk aku pulak. Ingat aku ni bantal peluk ke?

Iskandar melihat Natasha yang sudah semakin menjauh darinya itu. Laa.. kenapa pulak ni? Angin satu badan. Tiba-tiba matanya menangkap beberapa mata jahat lelaki lain sedang asyik memandang isterinya. Siap ada yang bersiul memandang Natasha lagi pulak tu. Ewah-ewah. Aku kat sini je lagi tak jauh pun dari dia orang dah sibuk nak mengorat isteri aku. Natasha yang memakai dress biru labuh tanpa lengan dan disertai dengan cardigan labuh sampai ke kaki dan juga selendang putih yang dililit ringkas dipandang lama. Ok. Bagus. Dia tak melayan. Macam tu lah isteri aku. Iskandar melangkah laju menyaingi Natasha. Tangan Natasha di tarik ke dalam genggamannya. Biar semua orang tahu Natasha miliknya.

“Apa pegang-pegang ni?” Natasha cuba melepaskan tangannya dari genggaman Iskandar. Tetapi memang langsung tak berhasil pun.

“Bahayalah. Ramai orang ni. Tak nampak ke kereta banyak ni. Awak kan kecil je. Nanti kalau hilang celah-celah orang ramai macam mana?” Cewah! Alasan baik punya.

Mendengarkan alasan Iskandar itu, Natasha terpaksa merelakan tangannya di dalam genggaman Iskandar. Takut juga dia kalau betul-betul dia hilang dalam lautan manusia itu. Dahulu sewaktu dia datang dengan arwah mamanya dia selalu juga hilang dalam orang ramai. Tapi ketika itu dia ada membawa telefon bimbit. Tapi kali ini dia tak bawa kerana telefonnya kehabisan bateri dia terpaksa meninggalkan telefon bimbitnya dirumah untuk dicaj.

“Is. Kita tak perlukan tu lah. Is. Jangan ambil banyak sangatlah. Is. Awak tak makan pun benda tu. Is. Itu kat rumah dah adalah. Is. Jangan jadi jakun boleh tak? Is. Jangan main benda tu boleh tak?” pelbagai bebelan Natasha berikan kepada Iskandar yang seperti terlupa bagaimana caranya untuk bersikap dewasa.

Apabila melihat batang mop berwarna hijau polka dot di ambil kerana comel katanya. Kemudian, coklat Van Houten diambilnya sampai sepuluh keping. Murah katanya. Itu belum lagi makanan kucing yang diambilnya sampai dua bungkus sedangkan di rumahnya mana ada kucing. Alasannya plastik pembungkus makanan kucing itu ada gambar kucing yang comel. Boleh menderma kepada kucing jiran sebelah. Itu belum lagi dia terjumpa mainan kanak-kanak. Habis semua dicubanya.

Sehingga Natasha yang tadinya panas hati dengan dia sudah terlupa semua kemarahannya itu. Dia terlalu sibuk melarang Iskandar mencuba semua benda dan juga sibuk meletakkan semula barang-barang yang tidak diperlukan ke tempatnya semula. Susah juga melayan anak orang terlampu kaya begini. Troli yang penuh dengan barang yang tidak diperlukan direnung dengan geram oleh Natasha. Iskandar yang sedang menarik lagi satu troli untuk meletakkan barangan basah dipandang dengan perasaan dua kali geram.

“Banyaknya nak beli. Kat rumah tu bukannya tak ada semua benda. Ada je. Kita datang sini nak beli barang basah je. Bukan nak beli benda-benda merepek macam ni. Ni, pelampung itik ni nak buat apa? Selama ni awak mandi kat kolam rumah kita tak pernah sekali pun saya tengok awak lemas. Dah tu apa pasal pilih pelampung ituk macam ni? Awak nak masuk dalam dia pun tak muat. Lepas tu. Ini ha. Mug r ni nak buat apa? Kat rumah kita tak cukup cawan, pinggan mangkuk dah  ke?” Natasha membebel lagi. Geram sungguh dia dengan perangai Iskandar. Semua benda merepek dan tak berfaedah diambilnya  

“ Eh. Kita tak perlu ke? He he he… Sorrylah benda-benda tu comel dan murah lah. Tak apa. Kalau tak nak saya letak balik ye. Sorry. Sorry.” Iskandar tersengih serba salah. Rambut lebatnya dikuak ke belakang beberapa kali. takut kena marahlah katakan. Kalut dia pergi meletakkan semula semua barang tak berfaedah yang dikatakan Natasha tadi ke tempat asalnya.

“Haa… macam ni lah. Benda-benda yang penting aje kita beli. Kejap. Tunduk sikit sekejap.” Natasha menggamit iskandar untuk menunduk mendekatinya. Susah juga kalau suami terlalu tinggi macam ni.

“Apasal?” Soal Iskandar sambil mengikut arahan Natasha. Badannya dibongkokkan sedikit mendekati ketinggian Natasha.

“Ini ha. Serabut saya tengok dari tadi. Kat dalam Tesco ni bukannya ada matahari pun. Tak perlu nak bergerhana sangat kat dalam ni.” Natasha selamba menaggalkan cermin mata hitam Ray Ban Iskandar.  kemudian menyangkutkannya ke dalam poket T-Shirt Iskandar. Barulah selesa memandang mata indah yang dari tadi terhalang. 

Iskandar tersenyum melebar kepada Natasha. Aduhai sayang. Awak ni buat saya berdebar-debar lebih kuat tahu tak? Kepala Natasha yang bertudung diusap lembut. Natasha memandang ke sekeliling apabila mendengar suara-suara sumbang perempuan seperti keterujaan. Alamak ramainya perempuan yang pandang dia ni. Gatal betul dia orang ni! Hello ini suami I tau! Sesedap rasa aje kau orang nak pandang dia.  Natasha segera memaut lengan Iskandar dan meneruskan aktiviti membeli belah mereka.


 Kelakuan Natasha itu membuatkan Iskandar lebih gembira dari tadi. Akhirnya! Akhirnya! Rancangan aku berjaya. Dia cemburu. Cemburu tu tandanya sayang! Oh YEAH! Teruskan Is. Tawan hati dia sampai jadi milik kau sepenuhnya!

Sunday, July 21

My Hubby My Lecturer!!! bab 16

“Kalut semacam aku tengok hang ni Is. Await?” Tanya Faiq pensyarah baru di universiti itu.

Dia duduk di kerusi dihadapan meja Iskandar. Tangannya mencapai pen yang berada di atas meja Iskandar lalu melakar-lakar di atas salah satu kertas kosong di situ. Itu memang tabiatnya dari dulu. Iskandar sudah penat melarang dia menconteng. Akhirnya jalan terkahir ialah membiarkannya sahaja. Tak kuasa nak layan!

Sebenarnya, Faiq ialah kawan baik Iskandar sewaktu dia mengambil Ijazah dan MBA di Universiti Cambridge di UK dulu. Malahan mereka tinggal serumah di rumah keluarga Datin Rose di sana. Mujur juga mummynya berasal dari sana sekurang-kurangnya dia sudah ada rumah yang selesa lengkap dengan pembantu rumah untuk didiami Iskandar. Rumah itu sebenarnya peninggalan mendiang datuknya Douglas Darwin.

Mendiang datuknya dahulu merupakan seorang orang yang terkenal di kawasan Cambridge itu kerana salasilah keluarganya yang terkenal. Keluarga mereka merupakan salah sebuah keluarga yang terkaya di Cambridge. Tapi itu semua dahulu.Datin Rose merupakan keturunan terakhir bagi empayar keluarga Darwin itu. Maka nama keturunan itu sudah tidak terkenal lagi kini. Malah setelah Puan Rose memeluk Islam dan berhijrah ke Malaysia semuanya tentang kegemilangan keluarga Darwin hilang begitu sahaja.

Masakan tidak, keluarga Darwin juga terkenal dengan kegemilangan penyebaran agama Kristian tetapi puteri terakhir empayarnya memeluk agama Islam dan meninggalkan empayar itu begitu sahaja. Pastinya nama keluarga itu dilupakan masyarakat. Hanya harta kekayaan keluarga Darwin sahaja yang diwarisi Datin Rose karana mereka tidak mempunyai pewaris yang lain lagi.

Setelah membawa pulang ijazah dengan keputusan yang sangat cemerlang di Cambridge Iskandar terus memohon untuk menjadi pensyarah. Bukannnya dia tidak mahu bekerja dengan di syarikat daddynya tetapi dia mahu menyebarkan ilmu dahulu. Bukankah menjadi guru satu kerjaya yang mulia. Dia dapat mencurahkan ilmu kepada anak muda di Malaysia. Walau apapun salasilah darahnya Malaysia tetap tanah airnya. Tanah tumpah darahnya. Wajib bagi dia memperjuangkan tanah airnya.

Walaupun Iskandar terus bekerja sebaik sahaja dia habis belajar tetapi  Faiq memilih untuk menganggur dahulu selama setahun sebelum bekerja. Nak rehat dahulu katanya. Dia ingin melancong ke seluruh Eropah selama setahun kemudian barulah dia ingin bekerja seperti Iskandar. Maklumlah. Anak orang kaya. Muehehe. Macamlah Iskandar anak orang kebiasaan pula. Bapanya sendiri mempunya empayar perniagaan yang besar. Bila-bila masa sahaja dari sekarang Datuk Adam akan mendapat gelaran Tan Sri.

“Err.. aku kena balik cepat mummy aku ada kat rumahlah.” Iskandar masih lagi tergesa-gesa mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas mejanya. Dia sudah berjanji dengan Natasha pukul lima tepat mereka akan pulang bersama. Sekarang sudah pukul empat setengah.

Kalau dia berlambat-lambat lagi nanti pasti dia akan dibebelkan Natasha macam minggu lepas hanya kerana dia terlewat lima minit sahaja. Natasha memang tidak akan bertolak ansur dengannya kalau dia yang lambat. Tapi kalau Natasha yang lambat, ada sahaja alasannya sehingga Iskandar terlupa untuk membebel. 

“Is. Apa masalah hang? Await selama ni mummy kau tak dak kat rumah ka? Dia pi mana? Dude, lately aku tengok hang  semacam tau. Are you hiding something from me?”

“Hiding mendanye? Tak ada apalah.”

“Tak ada apa hang  kata. Yang hang dengan budak Natasha selalu datang sama-sama balik sama-sama tu x ada apa-apa hang kata? Even orang lain tak nampak tapi aku nampak tau. Seriously dude I know you are hiding something from me.”

Iskandar terkejut mendengar kata-kata Faiq itu. Dia tahu? Mati aku. Dia ni kan dari dulu lagi pantang ada benda aku nak rahsia dari dia. Tahu je dia. Padahal aku dah cover baik punya. Dia nampak juga. Kalau kerja dengan FBI ni mesti ramai gila penjenayah dia dapat tangkap. Apa alasan aku nak bagi kat dia ni? Nanti dia kata aku bercinta dengan student pulak. Dia ni bukan boleh buat main-main. Karang macam-macam tekaan merepek dia bagi.

“Jangan cakap hang bercinta degan dia Is. Hang tau dak melanggaq etika tau kalau bercinta dengan student. Hang jangan buat hal Is. Aku tahulah Natasha tu punyalah cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek, menarik perhatian sesiapa saja yang tengok dia dan jelita lagi pulak tu. Tapi hang janganlah sampai nak melanggaq etika Is.” Faiq meneka.

Amboi-amboi lebatnya memuji isteri aku. Apa tadi? Cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek, menarik perhatian dan jelita. Banyaklah dia punya cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek, menarik perhatian dan jelita. Faiq ni dah melampau tau. Sesedap bahasa je dia nak memuji isteri aku. Isteri aku tu tau! Eh. Entah-entah dia ada hati dekat Tasha? Entah-entah dia pun nak mengorat Tasha macam Haikal? Tak boleh jadi ni. Kena bagitahu dia hal sebenar ni.

“Iq. Manalah ada aku bercinta dengan budak ketot tu. Dia sebenarnya. Sebenarnya… sebenarnya… ermmm…” Iskandar menjadi tergagap pula tiba-tiba. Nak beritahu hal sebenar tapi entah kenapa lidahnya kaku.

“Sebenaqnya apa?” Soal Faiq sengaja menyergah.

“Sebenarnya dia isteri aku!”Iskandar menjawab laju bila disergah Faiq. Laa jawapan aku pun dah jadi macam novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Cuma terbalik je. Segaja tau Faiq ni!

“WHAT????!!!” Faiq terkejut besar. Mulutnya ternganga luas. Dia yang tadinya duduk bersenang lenang sambil menconteng-conteng kertas di atas meja Iskandar terus berdiri tegak. Habis bertabur semua kertas yang tersusun di meja Iskandar tadi. Kejutan luar biasa ni.

“Hang! Hang.. hang.. dengan Natasha? Natasha yang cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek, menarik perhatian, tambah jelita tu? Tapi macam mana? Bila? Aku pi Europe setahun ja kot. Takkanlah dalam masa tu hang dah kahwin. Tak ajak aku pulak tu.” soalnya bertubi-tubi. Siap dengan pelbagai pujian yang memanaskan hati Iskandar lagi. Perlahan-lahan dia mengemas semula kertas-kertas yang bertaburan kerananya tadi.

“Amboi Bro. Puji lebih nampak. Kau pernah rasa makan selipar jepun tak? Iye. Dia tu lah yang kau kata  cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek, menarik perhatian, tambah jelita tu. Parents kita orang yang jodohkan kita orang. Terpaksa bro.” Iskandar perjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Kepalanya digaru kasar. Serabut betul rasanya.

“Terpaksa? Dengan budak macam tu hang kata terpaksa? Kalau aku parent aku cadangkan aje aku dah berlari ajak nikah terus. Sumpah cantik budak tu. Sopan santun pulak tu. Rekod bersih lagi. Mana pernah aku tengok dia berboyfriend kat campus ni. Asyik je dia dengan kawan dia si Ara tu. Itupun hang panggil terpaksa.Melepas aku. Ingatkan baru nak tunggu dia habis study sat lagi nak masuk meminang dia. Heh! Eleh… mengaku ajelah hang suka kan sebenarnya.” Usik Faiq. Muka Iskandar yang memerah itu dipandangnya dengan senyuman nakal. Kata tak suka. Tapi bila aku puji lebih-lebih naik angin. Nampak sangat cover linenya.

Berani dia ni! Melampau! Boleh dipujinya budak kecil tu depan aku? Apa? Nak masuk meminang Tasha? Langkah mayat aku dulu. Aku ni suami dia tau. Sesedap rasa dia je nak syok-syok kat isteri aku. Karang daripada aku bercadang nak bagi makan selipar jepun mahunya aku sumbat kasut boot askar kat dalam mulut dia.

Baru sahaja Iskandar ingin membuka mulut untu meluahkan rasa hatinya yang terbakar kerana Faiq ada hati dengan Isterinya malahan memuji-muji Natasha bagaikan dia bukanlah suami Natasha telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Tangannya menyeluk poket untuk mengambil telefon bimbitnya. Skrin Samsung S3 itu ditilik. Mummy?

                -  I’ve kidnapped ur gorgeous lady. We’re going to be home late tonight. Dun wait for us. Tata.

Iskandar mengetap bibir. Menculik pun bagi tahu ke? Hehehe… Jarinya menaip laju balasan.
-          

               -Where are u going?


         - I’ve kidnaped her. Think I shouldn’t tell u where r we going.


              - Leeerr... ok mum. See u later.


              - Good boy. Mlm ni cari mkn sendiri tau. Mummy x masak. Bye.


              -Got it mum. Send my regard and kiss to my beautiful gorgeous.

He he he.. berlakon kena baik. Mantap! Meletup! Berkesan kepada penonton yang menonton.

             -Dun wanna send ur regards to me to?

Amboi pandainya berlakon. Ingat mummy tak tahu ke apa yang terjadi antara kamu berdua? Tak apa. Nanti Is mesti terkejut tengok apa yang mummy akan buat pada isteri Is ni.

            - U are texting me now mum. What else do u expect? :P

             - Well.. thought my son would miss me at least.

Tersenyum Datin Rose. Walaupun anaknya itu sudah besar panjang, namun ibu mana yang tidak mahu selalu disayangi anaknya. Natasha yang sedang memandangnya di tempat duduk sebelah dipandang dengan senyuman.

            - Hahaha.. miss u always mum. Love u.


            - Love u too. Bye.

“Await?” soal Faiq yang sedang memandang Iskandar. Nampak dahi Iskandar berkerut. Iskandar merenungnya lama.

“Malam ni makan dengan aku. Lepas tu kita main squash nak? Lama dah tak main .” Iskandar duduk dengan bersenang lenang di kerusinya. Barang-barang yang tadinya sibuk dikemas dibiarkan sahaja.

“Wei! Soalan aku hang tak jawab lagi pun. Awaitnya? Hang dah tak kalut ni. Tadi nak cepat sangat balik.”

“Mummy aku dah culik dia. So malam ni our night lah.”

“Laa... gitu ka? Ok. Set.”




*****
Iskandar membuka pintu rumah perlahan-lahan. Lampu di tingkat bawah sudah gelap kecuali lampu dapur sahaja yang masih menyala. Memang selalunya pada waktu malam lampu dapur dinyalakan kerana mudah bagi mereka untuk pergi ke dapur ketika tengah malam. Kasutnya Nike dikakinya dibuka dan diletakkan di dalam almari kasut di sebelah pintu. Penat sungguh malam ni. Namun hasilnya ketiga-tiga permainan dimenanginya. Wa ha ha. Tak sia-sia dia pulang lewat sehingga pukul satu pagi

Pintu bilik dikuak perlahan pintu itu dibiarkan terbuka. Lampu masih menyala terang. Nampaknya Natasha masih belum tidur lagi. Ketika Iskandar ingin melangkah ke bilik air kedengaran bunyi dalam bilik air. Dalam bilik air lah dia tu. Susah betullah berkongsi bilik macam ni. Nak masuk bilik air pun kena gilir-gilir. Mummy ni sengaja tau. Eish! Is. Tak baik cakap mummy sendiri macam tu. Iskandar  menepuk perlahan mulutnya.

Pintu bilik air terbuka luas. Iskandar mengangkat kepalanya memandang ke depan. Subahanallah! Iskandar tertelan air liur memandang Natasha yang sedang memakai baju tidur yang sangat seksi berwarna merah. Sangat kontras betul dengan kulit Natasha yang putih gebu itu. Seksinya Masya Allah! Tuhan saja yang tahu, sudahlah singkat paras paha, bertali halus saja di bahu, jarang pula tu. Jantungnya berdegup kuat. Is istighfar Is. Istighfar.

“Mummy, baju ni seksi sangatlah. Tasha tak…” Natasha terhenti bersuara apabila terlihat Iskandar yang berdiri dihadapannya bukannya Datin Rose. Matanya terbeliak besar.

“Arggghhh!!!” Natasha menjerit terkejut. Tetapi  sebelah tangan Iskandar cepat-cepat menekup mulut Natasha. Sebelah lagi tangannya memeluk Natasha untuk menampung badan Natasha daripada terjatuh ke belakang kerana tindakannya yang pantas tadi.

“Shhh… nanti mummy dengarlah!” Iskandar bersuara perlahan tapi keras. Mata Natasha memandang mata Iskandar yang sedang memeluknya itu. Kepalanya diangguk-angguk sedikit tanda dia sudah tenang tangan Iskandar sudah boleh dilepaskan.

Iskandar melepaskan perlahan-lahan tangannya dari mulut Natasha. Matanya masih lagi bersabung dengan mata Natasha. Masing-masing bagaikan terpukau dengan keindahan mata lawannya. Wajah Natasha yang bersih tanpa sebarang cela dipandang Iskandar setiap sudut. Indah. Terlalu indah untuk dijelajahi setiap sudut. Alis mata yang cantik terbentuk. Anak mata yang bewarna coklat pekat sangat memukau membuatkan Iskandar kelihatan sangat kacak di dalamnya. Mulut yang kecil tetapi cantik terukir.  Bibir yang merah semula jadi membuatkan Iskandar menelan air liur untuk kesekian kalinya . Perlahan-lahan Iskandar mengangkat ibu jarinya mengusap bibir lembut Natasha. Mata mereka masih lagi saling memandang bagaikan tidak mahu terlepas pandang walaupun sesaat. Kemudian perlahan-lahan dia menunduk dan mengucup lembut bibir itu.

Natasha memejamkan matanya. Tangannya diangkat melingkari leher Iskandar. Sentuhan lembut dari Iskandar itu benar-benar membuatkan dia seperti di awangan. Di dalam perutnya terasa ada sejuta rama-rama yang sedang mengepak riang. Desahan nafas hangat dari hidung Iskandar yang mengenai hidungnya terasa begitu menyenangkan. Dengan perlahan Natasha membalas perbuatan yang sama. Lama mereka berkeadaan begitu. Masing-masing sedang menyelami alam yang sangat indah. Alam yang dipenuhi dengan rama-rama pelbagai warna pelbagai bentuk  berterbangan disinari oleh cahaya matahari yang cerah dan indah.

Iskandar melepaskan perlahan-lahan wajah Natasha. Mata Natasha dipandangnya lagi. Jantungnya berdegup kencang. Natasha yang juga membalas renungan Iskandar itu juga turut merasai degupan yang sama. Satu perasaan yang luar biasa mula menjalar di dalam hati mereka.

Bunyi pintu bilik tetamu yang dihuni oleh Datin Rose mengejutkan mereka yang sedang mengembara berdua ke alam lain. Natasha segera melepaskan lingaran tangannya di leher Iskandar. Iskandar juga melepaskan pelukannya. Masing-masing menjadi kalut. Iskandar segera masuk ke dalam bilik air manakala Natasha segera menuju ke almari untuk menukar baju. Apabila masing-masing sudah hilang pandangan mereka berdua memegang bibir mereka dengan sebuah senyuman kecil.

“Darling! Our mission accomplished. They are going a step ahead hooney. Ya Allah. Sukanya Rose abang!” Datin Rose segera menelefon suaminya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik.

Sebenarnya memang rancangannya supaya Iskandar melihat Natasha berpakaian begitu. Dia telah menghantar SMS kepada Iskandar sebelum itu bertanyakan dimanakah Iskandar. apabila Iskandar menjawab bahawa dia sudah tiba di depan pagar sengaja dia memaksa Natasha memakai baju tidur itu ketika mereka sedang rancak berbual di dalam bilik Natasha. Apabila mendengar bunyi pintu rumah dibuka kemudian apabila Natasha memasuki bilik air dia segera berlari ke biliknya. Tujuannya supaya bila Natasha keluar dari bilik air Iskandar akan nampak isterinya itu. Rancangannya berjaya. Dia sudah melihat segala-galanya. Semuanya yang dia rancang berjaya.

“Ha ha ha ha ha ha bagus sayang. Tak sia-sia abang kena berpisah dengan Rose sepanjang minggu ni.” Datuk Adam ketawa besar mendengar kata-kata isterinya itu. Tak sia-sia mereka merancang selama beberapa bulan ini.


Monday, July 15

My Hubby My Lecturer!!! bab 14

“Makanlah! Degil betul dia ni!” Natasha menyuakan ubat ditangannya sekali lagi ke mulut Iskandar. Iskandar pula menutup rapat bibirnya. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. mulutnya ditekup dengan tangan. Tak mahulah!

Makan ubat? Ewww… aku paling tak suka ubat. Dah la besar. Kalau kecil tak apa juga. Kalau tercekik macam mana? Kan mati sia- sia namanya. Tak sanggup aku nak mati muda. Anak pun tak ada lagi. Aahh.. tidak!

“Dah dah tak payah nak fikir merepek-repek. Saya tahu apa yang awak fikirkan. Awak mesti fikir yang awak akan mati tercekik sebab makan ubat ni kan? Tak ada maknanya nak tercekik. Ubat penadol ni bukannya sebesar kuali pun. Kecil sangat tau. Nah makan ni. Tak payah nak buat muka macam tu. tak comel pun.” Natasha berkata lagi apabila melihat Iskandar mencebikkan mukanya. Namun perkataan tak comel itu hanya pada bibirnya dalam hatinya tuhan saja yang tahu.  Ya Allah comelnya dia ni. Karang aku gigit muka dia baru tahu.

“Tak mau. Tak sedap.” Iskandar menggeleng sekali lagi kemudian wajahnya ditekup dengan bantal di sisinya. Proteslah tu.

“Makanlah ubat ni. Bukannya banyak pun dua biji je. Nanti sakit lama lagi macam mana? Kalau awak makan ubat ni saya akan bagi hadiah.” Iskandar terus mengalihkan bantal dari mukanya. Dia memandang Natasha tepat.  Wajahnya kelihatan terlalu teruja. Hadiah! Siapa tak nak.

“Hadiahnya apa?”

“Apa-apa yang awak nak.”

“Betul ni?”

“Betul”

“Janji?” Iskandar meminta kepastian.                           

“Janji.” Natasha mengikat janji. Tak apalah kena beli apa-apa pun. Asalkan dia makan ubat. Aku dah rasa bersalah sangat dah ni sebab disebabkanlah aku dia demam. Mujurlah juga hari ni hari sabtu tak ada kelas. Kalau tak susah juga aku nak ambil cuti lagi. Sudahlah semalam baru sehari je aku pergi kelas.

“Great!” Iskandar terus menyambar ubat dari tangan Natasha dan menyumbatnya ke dalam mulut. Air kosong ditelan kasar. Kemudian gelas diberikan semula kepada Natasha sebelum Natasha meletakkannnya di atas meja sisi katil.

Err… geli geleman rasa ubat ni. Rasa nak terkoyak tekak aku menelannya. Besar nak mati. Konon. Padahal dia makan pelbagai jenis makanan keras selama ini tak ada pun terkoyak tekaknya. Iskandar sebenarnya memang takut makan ubat sedari kecil lagi.

Masih lagi teringat di ingatannya ketika dia terkena demam campak sewaktu dia sepuluh tahun. Dia rela terbaring sakit di katil berlama-lama daripada makan ubat. Akhirnya Datin Rose membuat helah supaya dia memakan ubat dengan cara memasak makanan kegemarannya Spaghetti Bolognese bersama ubat tersebut di dalamnya. Kalau dia tahu ketika itu Datin Rose berbuat begitu sumpah dia tidak akan makan spaghetti itu. Dasyat rasanya bagaimana dia boleh makan spaghetti olahan Datin Rose ketika itu tanpa menyedari apa-apa kelainan. Mendengar nama ubat juga dia sudah seram. Inikan untuk makan pula. Tak sanggup!

“Haa.. macam tu lah. Makan pun ubatnya. Bagus dia ni. Pandai dia.” Natasha sengaja menepuk-nepuk sedikit tangannya dengan tujuan untuk mengejek perangai Iskandar yang seperti kanak-kanak itu.  

Perangai macam budak-budak. Nak makan ubat sikit pun susah. Bukannya aku bagi makan ubat sebesar tapak tangan. Itupun nak mengada-ngada. Aku pun tak pasti aku menjaga orang sakit yang umurnya berapa tahun. Nak makan ubat pun nak kena bagi reward. Padahal bukannya susah pun nak makan ubat sekecil tu.

“Okay. Now it’s the time to claim my reward.” Iskandar meletakkan ibu jarinya di bibir. Cara yang selalu dia lakukan apabila berfikir. Nak claim apa ye? kena fikir betul-betul ni. Peluang hanya datang sekali je. Seketika kemudian dia tersenyum lebar. Natasha yang duduk di birai katil memandangnya dengan pelik.

“Ok. Nak hadiah apa? Saya pergi belikan nanti.” Soal Natasha apabila dia melihat Iskandar seperti sudah mendapat jawapannya.

“Spaghetti Bolognese and a kiss.” Tutur Iskandar selamba. Biarlah. Tadi dia yang kata nak minta apa-apa pun boleh. Kalau dia tak tepati janji siap dia. Aku mogok lapar dua hari. Err.. larat ke nak belapar dua hari ni ek? Tak apalah nak mogok jugak.

“Hah?” Bantah Natasha. A kiss? Gila ke apa dia ni? Dia ni memang sengaja nak ambil kesempatan!

“A promise is a promise Natasha. You have to fulfil it no matter what.” Iskandar masih lagi menuntut janjinya. Jangan harap nak mengelat ye. Tadi dia sendiri kata minta apa-apa pun boleh. Natasha dipandangnya tajam.

“Errrrr…” Natasha terkelu memandang mata indah Iskandar. Ya Allah indahnya mata. Iskandar yang menyuakan pipinya kepada Natasha dipandang dengan serba salah.

 Iskandar sekali lagi menyuakan pipinya bila Natasha masih lagi kelihatan teragak-agak. Dia tak mahu. Tapi dia sudah berjanji. Dia tak akan pernah mungkin mungkir janji. Ahkirnya Natasha mecium pipi Iskandar dan dengan laju melepaskannya semula. Mukanya merah padam menahan malu. Dia menundukkan mukanya sehabis rendah. Terlalu malu untuk memandang Iskandar.

Iskandar tersenyum lebar. Tak apa Is. Sekejap pun tak apa. Entah kenapa dia membuat permintaan begitu dia tak pasti. Yang pasti dia ingin Natasha selalu dekat dengan hatinya. Walaupun pada waktu ini dia masih tidak dapat menafsir perasaannya itu namun dia sungguh ingin bersama Natasha setiap waktu. Kalau boleh biar setiap saat Natasha di hadapan matanya.

“Thank you. Saya nak tidur ni. Come.” Iskandar terus menarik Natasha kedalam pelukannya kemudian dia terus memejamkan matanya.  Natasha yang meronta minta dilepaskan tidak dihiraukan. Dia cuma ingin Natasha berada dalam pelukannya ketika dia tidur seperti semalam. Itu saja.

“Is lepaslah!” Natasha menolak kuat tangan Iskandar yang memeluk pinggangnya. Tapi apakan daya dirinya kudrat perempuannya langsung tidak mampu menolak tangan Iskandar itu. Akhirnya seperti semalam dia terpaksa merelakan dirinya berada di dalam pelukan Iskandar yang sudah lena itu. Dada Iskandar yang bernafas tenang diperhatikan.

Lena benar nampaknya dia ni. Kesan dari panadol dan ubat selesema tadi kot. Dia ni senang benar tidurnya. Nak kejut pun senang. Agaknya macam manalah mummy didik dia dulu ye. Bagus betul bab-bab tidur ni. Tak menyusahkan orang nak kejut. Yang susah nak dikejutnya aku ni. Sampai bilalah tabiat tidur mati aku tu nak berubah?

Setelah lebih kurang lima belas minit Iskandar lena, Natasha meloloskan dirinya dari pelukan Iskandar. Dia ingin ke dapur untuk memasak spaghetti yang diminta Iskandar tadi. Kasihan juga dia melihat Iskandar demam begitu. Nak mengambil wuduk pada waktu Zohor tadi pun terpaksa dipapah ke bilik air. Makan pun dia tak lalu. Sejak pagi tadi Iskandar cuma makan dua sudu bubur dan secawan susu. Itupun setelah puas dipaksa Natasha. Jadi sementara dia ada selera untuk makan lebih baik Natasha penuhi permintaannya itu.

Iskandar terjaga sekitar pukul tiga petang. Dia bingkas bangun apabila menyedari Natasha tidak ada disebelahnya. Dia memandang ke sekitar bilik itu. Manalah tahu jika Natasha sedang menonton televisyen di sofa namun Natasha tiada di situ. Ya Allah ke mana dia ni? Iskandar menggagahkan dirinya untuk bangun dari katil. Bilik Natasha yang terbuka luas diintai. Di situpun tiada Natasha. Mana dia ni?

Iskandar melangkah perlahan-lahan turun ke bawah mencari Natasha. segenap ruang tamu dijenguknya namun kelibat Natasha masih tidak kelihatan. Tiba-tiba kedengaran bunyi dari arah dapur membuatkan Iskandar segera melangkah ke dapur. Dia menarik Nafas lega apabila melihat Natasha sedang sibuk memotong sesuatu. Ada pun dia ni. Ya Allah risau aku tadi. Ingatkan hilang ke mana. Dia ni suka tau buat aku risau tak bertempat. Iskandar duduk di atas kerusi di hadapan bar. Dia berdehem kecil supaya Natasha sedar akan kehadirannya di situ.

“Ouch!”  Natasha yang terkejut mendengar suaranya itu tanpa sengaja terhiris jarinya sendiri. Iskandar yang sedar akan situasi itu berlari mendapatkan Natasha. Jari Natasha yang terluka dihisap dengan tujuan untuk memberhentikan darah. Entah teori dari mana dia kaut dia pun tak pasti. Tapi itulah tindakan yang terlintas di benaknya.

“Maaf. Saya tak sengaja. Saya tak sangka awak akan terkejut macam tu sekali.” Iskandar mengusap kepala Natasha. Mata Natasha dipandang dengan penuh sesal.

“Humm tak apa. Sikit je pun ni. Kejap lagi ok lah tu.” Natasha menarik lembut tangannya dari genggaman Iskandar. Iskandar dipimpin duduk di kerusi semula. Dia memberikan senyuman paling manis buat Iskandar.

“Saya ambilkan first aid kit ye.”

“Tak payah. Awak duduk sini. Sekejap je lagi dah boleh makan. Saya nak buatkan awak jus tomato dulu. Lepas tu boleh makan. Sekejap ye.” Natasha terus menyambung semula kerjanya tadi bagaikan dia langsung tidak pernah terluka tadi. Luka kecil begitu apalah nak dihiraukan. Sekejap lagi bubuh ubat baiklah dia. Yang penting Iskandar dapat makan sekarang. Dari pagi tadi dia tak makan. Nanti lagi teruk demamnya.

Iskandar yang memandang perlakuan Natasha itu menggelengkan kepala. Dia ni kebal ke? Dah luka macam tu pun masih boleh buat kerja. Masih sibuk nak risaukan aku tak makan. Ya Allah mulianya hati dia. Dalam kesakitan macam tu pun masih lagi risaukan aku yang sakit sikit je macam ni.

“ Ok done. Dah boleh makan sekarang. Menu khas dari Chef Natasha. Spaghetti Bolognese ala Melayu dengan just tomato epal hijau. Makanlah.” Natasha menghidangkan makanan di hadapan Iskandar. Sudu dan garfu dihulurkan kepada Iskandar. Sudu yang dihulur oleh Natasha diambil Iskandar. Natasha menunggu Iskandar menyuapkan makanan itu kedalam mulut dengan penuh teruja.

“Sedap tak?” soal Natasha sebaik sahaja Iskandar selesai mengunyah suapan pertamanya.

“Sedap. Tapi… rasanya lain.” Iskandar memandang lama ke dalam pinggannya mencari apakah kelainan rasa itu.


“ Resepi baru saya buat. Tumis bawang putih bawang merah, tambah sikit serai dan daun limau purut kemudian keluarkan dan tambah dua sudu santan. Ok tak rasanya?” Iskandar yang tadinya menunduk ke dalam pinggannya memandang Natasha dengan senyuman lebar. Jari ibunya diangkat tanda masakan itu begitu sedap sekali.

 Natasha tersenyum bangga. Tangannya ditepuk kuat. Bangga resepi ciptaannya sebentar tadi mendapat pujian Iskandar. Sekurang-kurangnya selera makan Iskandar sudah kembali. Kemudian mereka sama-sama ketawa senang hati. Natasha penenang hatiku. Iskandar berbisik perlahan.

Sinopsis My Hubby My lecturer!!

Natasha al-Jannah seorang gadis biasa yang gilakan belajar tanpa ada rasa untuk bercinta. Baginya sewaktu belajar bukanlah masa untuk bercinta. Tapi bila ibu bapanya bercadang untuk menjodohkan dia dengan seseorang dia terpaksa akur. Niatnya cuma satu biarlah dia menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapanya. Kejutan yang menantinya ialah dia dijodohkan dengan pensyarahnya sendiri. Iskandar al-Amin. Iskandar al-Amin juga terpaksa mengikut cadangan ibu bapanya dengan alasan yang sama. Biarlah dia menjadi anak yang soleh.

“Sir… Sir buat apa kat sini? Macam mana sir tahu rumah saya?”-Natasha al-Jannah.

“Salah ke saya nak datang rumah bakal isteri saya?”Iskandar Al-Amin.

Perkahwinan yang dirancang berlangsung juga walau hati masing-masing saling tak suka. Seorang ke laut seorang ke langit. Masing-masing tak sehaluan. Pelbagai syarat dan perjanjian dikemukakan masing-masing.

‘KITA AKAN BERPISAH SECARA RASMI SELEPAS ENAM BULAN PERKAHWINAN.’

Iskandar al-Amin terus kaku dengan kisah cinta silamnya dengan Intan yang sudah lama tiada membuatkan dia mengelakkan diri daripada terjatuh cinta dengan Natasha al-Jannah. Strateginya cuma satu buat tak endah. Namun, kewujudan Haikal pencinta terang-terangan Natasha al-Jannah menggugat pendirian Iskandar al-Amin. Pelbagai cara dicubanya untuk menyakitkan hati Natasha al-Jannah supaya Natasha al-Jannah sentiasa sedarkan kehadirannya.

Dalam pada mereka saling bergolak, bertekak, berperang satu tragedi yang meragut nyawa kedua ibu bapa Natasha al-Jannah. Tragedi tersebut membuatkan Iskandar al-Amin menjadi tempat bergantung sepenuhnya bagi Natasha al-Jannah. Hari yang berlalu meluputkan pergaduhan mereka dan menjadi pasangan paling romantik sepanjang abad.

Satu kejadian terjadi menimbulkan kembali dendam lama Iskandar al-Amin. Intan nama yang hilang timbul semula. Natasha al-Jannah dipulaukan. Rasa cinta ditepikan. Membuatkan Natasha al-Jannah mengundurkan diri.

"Saya nak tanya.. saya harap awak jawab dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak cintakan saya?" -Natasha al-Jannah.

“Tak pernah.”Iskandar al-Amin.

"Berbenang cinta saya, bersulam benci awak.. Berpahat cinta saya, berukir benci awak.. Tak mampu saya perjuangkan kalau awak masih membenci.. kalau ini takdir dia biar saya hilang biar semua selesai..” -Natasha al-Jannah

Natasha al-Jannah menghilang Iskandar tak mencari. Saat berlalu Iskandar al-Amin jadi nanar. Dapatkah mereka bersama sehingga ke akhirnya. Akankah bahagia menjadi milik mereka semua?


“Sekali namamu terpahat, Selamanya ia akan kekal.” Iskandar al-Amin.

Saturday, July 13

My Hubby My Lecturer!! bab 12

“Is esok saya nak pergi kelas.” Suara Natasha memecah kesunyian ruang televisyen itu. Wajah Hyun Bin di dalam drama Secret Garden terpampang di Televisyen. Ek eleh. Muka ganas tapi layan cerita Korea. Jambu jugak lah tu. Dah la perangai sama je dengan si Hyun Bin dalam cerita tu. Kerek semacam!

Iskandar yang sedang berbaring sambil menonton televisyen terus berpaling mengadap Natasha. Terkejut dengan kehadiran Natasha disitu. Dia ni memang jalan tak berbunyi ke? Selalu macam tu. sedar-sedar dah ada. Tahulah kaki dia kecil. Tapi takkan sampai tak berbunyi. Itulah siapa suruh kecil sangat.

“Nak pergi kelas dah? Tapi kan masih ada MC dua hari lagi? Rehat ajelah kat rumah. Pasal attendance awak jangan risau saya dah uruskan dengan lecturer lain. Dia orang semua dah tau pasal hal tu.” balas Iskandar. Risau pula dia melihat Natasha. Sejak dari kenduri tahlil hari itu Natasha sudah tidak bersedih lagi. Malahan kelihatan seperti biasa saja. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

 Dia ni dah demam sampai ada brain damage ke? Nak panggil Doktor Zubir ke tak ni ye? Dia ni kan. Buat risau aku tau.! Karang dibuatnya pengsan macam hari tu. Naik rebah bahu aku mengangkat dia ke atas. Nasib baik badan dia seciput je. Kalau sebesar gantang, aku pejamkan mata je kalau dia pengsan. Tak larat den oii.

“It has been four days Is. I can’t be like this forever. Saya kena bangun. Saya tak nak jadi lemah. Mama dengan papa mesti tak nak tengok saya lemah. Saya kena bangun. Saya kena kejar cita-cita saya. saya tak boleh biarkan usaha papa bangunkan syarikat dia dengan mama selama ni musnah sebab saya tak berusaha. Awak akan sokong saya kan?” Natasha menegakkan kemahuannya. Aku tak mahu terus menerus duduk dirumah menghadap muka dia tapi langsung ak berusaha majukan diri. No way! Ini Natasha anak Syed Firdaus! Tak mungkin kalah dengan hati sendiri. Aku kena teruskan perjuangan papa selama ni.

“Betul ni awak dah ok? Awak yakin? 100% yakin?”

“Iye. Saya yakin. 500% Yakin. Awak ni kenapa? Awak tak nak sokong saya ke?” Natasha sudah mula memuncung. Hari tu bukan main lagi cakap nak sokong aku, ni aku nak pergi kelas pun dia dah bermasalah. Macam mana aku nak maju. Ceh!

“Bila masa pulak saya cakap tak nak sokong awak? Saya sokong lah ni. Disebabkan saya sokong awak..  Apa lagi? Pergilah tidur sekarang! Esok kelas awak pukul 8.30 pagi dengan Prof. Azlan. Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang? Dah pukul 1.30 pagi tau. Dah la nak mengejut awak tu macam kejut badak. Susah bukan main nak bangun. Baik awak masuk tidur sekarang.”  Ok Fine! The Sarcastic Iskandar is back.

*****

“Natasha wake up. Dah pukul dua petang macam ni pun awak masih mengantuk jugak ke? Ini dewan kuliah tau. Bukan bilik tidur awak. Malam tadi awak tidur pukul berapa sampai tertidur-tidur dalam kelas macam ni. Kalau awak tak nak belajar awak boleh balik rumah je tidur. Kelas ni untuk belajar bukan tidur.” Iskandar terus menyembur Natasha sebaik sahaja dia melangkah ke dalam kelas. Masakan tidaknya. Elok sahaja Natasha lena berbantalkan lengan di atas meja ketika dia masuk ke kelas itu. Melampau!

Itulah aku suruh tidur awal semalam tak nak dengar.Dah tahu diri tu suka tidur degil juga nak berjaga. Entah apalah yang dibuatnya. Kan sekarang dalam kelas dah mengantuk. Dah la pagi tadi nak kejut dia bangun punyalah payahnya. Eh. Dah macam aku jaga budak kecil pulak. HUH!

Natasha terpinga-pinga bangun apabila terdengar namanya dipanggil lantang  Semua orang kecuali Haikal, Ara dan Iskandar, sedang memandangnya sambil ketawa. Mukanya merah padam. Malu! Dia ni tak boleh ke kalau tak malukan aku dalam kelas? Cakap elok-elok kan boleh. Bukannya dia sengaja untuk tidur. Dia Cuma meletakkan kepalanya di atas meja kerana kepalanya terasa begitu berat sekali.  Suara ketawa di sekelilingnya masih belum juga reda. Tiba-tiba Natasha terasa seperti ingin menangis. Tak pernah dia dimalukan begini. Tudungnya yang senget dibetulkan kemudian dia segera bangun untuk ke tandas.

“I’m sorry sir. My bad. Err… may I go to toilet?”

“Hmm… you may” Alamak. Kasar sangat ke ayat aku tu? Dia macam nak nangis je. Is. Apa kau dah buat ni? Padahal budak tu baru nak ok. Aduhai….

Sampai sahaja sampai di tandas Natasha menangis semahu-mahunya. Sampai hati dia! Padahal semalam bukannya aku buat benda buka-bukan pun. Aku berqiamullai sampai pagi. Kenapa perlu nak malukan aku macam tu? kata nak sokong aku. Nak jaga aku. Tapi macam ni ke caranya nak jaga aku? Malukan aku depan orang ramai? Penjahat!

Setelah hampir satu jam Natasha berada di dalam tandas itu. Kedengaran bunyi orang masuk ke dalam tandas itu. Kemudian pintu tandas yang Natasha berada di dalamnya diketuk beberapa kali.

“Tasha kau kat dalam ke? Bukalah pintu ni Sha. Aku tahu kau mesti menangis kat dalam tu kan? Keluarlah sha. Tak baik tau merajuk dalam toilet ni. Toilet kan tempat syaitan.  Meh keluar meh. Meh nangis kat aku.” Kedengaran suara Ara dari luar.

Nasib baik kau ada Ara. Kalau tak sampai petang aku menangis kat dalam ni. Natasha mengesat air matanya kemudian perlahan-lahan membuka pintu tandas itu dan keluar dari dalamnya. Kelihatan Ara tersenyum lebar di depan pintu itu. Ara terus memeluknya dan mengesat lebihan air mata di pipi Natasha. mujur saja Natasha memang cantik semula jadi dan tidak memerlukan sebarang make up di wajahnya. jika tidak wajahnya pasti kelihatann seperti panda.

“Dah dah dah. Tak mau nangis dah. Tu ada something kat luar tu.”Ara menjuihkan bibirnya ke luar tandas tanda menunjukkan sesuatu yang berada di luar tandas itu.

“Apa?” Natasha mengangkat keningnya sedik.

Sekali lagi Ara menjuihkan bibirnya, tetapi kali ini lebih drastic lagi siap termuncung-muncung bibir Ara menunjuk ke luar. Melihatkan Ara begitu bersunggih-sunggih Natasha keluar juga dari tandas itu. Dia ternganga besar apabila melihat Iskandar sedang  berdiri di luar tandas itu sambil membelakanginya dan tangan diletakkan di dalam kocek. Nasi Kandar follow aku pergi tandas? Eww.. pervert!

Sebaik sahaja sedar akan kehadiran Natasha Iskandar terus berpaling mengadap Natasha. Mukanya terasa kaku untuk memberi senyuman. Orang bersalah  lah katakan. Serba salah lah tu. Is cakap Is. Takkanlah kau dah bisu dalam tempoh 37 saat ni? Cakap sorry je. Itupun dah ok dah. Cakap je Is. Be a man!

“Awak buat apa kat dalam tandas tu? Awak tahu kan awak ada kelas sekarang? Cik adik.. awak nak kena demerit ke? ke memang nak berumah tangga kat dalam tandas tu?” Ya Allah mulut! Kenapa kau tak ikut arahan? Aku suruh kau cakap lain kau pergi cakap lain! Mulut aku ni memang made in china ke? Rasanya ingin sahaja dia menampar mulutnya sendiri. Tapi sayangkan diri sendiri punya pasal. Tak sangguplah!

Berubah muka Natasha mendengar kata-kata Iskandar itu. Jadi dia datang sini sebab nak sakitkan hati aku lagilah. Bukannya nak minta maaf. Fine! Ini bermakna dia memang nak aku jadi macam dulu semula. Tak boleh buat baik sikit dengan dia ni.

“Sorry Sir Iskandar al-Amin. Saya minta maaf sebab berlama-lama kat dalam tandas tu.” Ujar Natasha dengan nada keras kemudian terus berlalu dari situ. Ara yang juga berada di belakangnya terus mengikutinya. Takutlah pula melihat perang mereka ni.


Iskandar terkaku di tempatnya berdiri. Dia tidak berbuat apa-apa.tidak menghalang atau mengejar Natasha yang sedang meninggalkannya dengan langkah yang pantas. Dia hanya berdiri dan memandang Natasha tanpa perasaan. Hatinya tiba-tiba bersuara. Tahniah Is!

Terima kasih kepada Darling2 yang Gorgeous Lagi Anggun!




Alhamdulillah.. dalam masa 30 hari dah ada seramai ni yang membaca coretan saya.. terharu bah.. —