“Then, I shouldn’t tell you who is he.”
“You must tell me Natasha!”
“But why should I? Firman got nothing to do
with you.”
“Because I love you”
“Because
I love you. I love you Natasha. I love you
”
Natasha memandang ke langit. Senyuman terukir
di bibirnya. Kejadian beberapa hari lalu terbayang kembali di mindanya. Masih lagi
terasa hangatnya pelukan Iskandar. Masih lagi terasa hangatnya desah nafas
Iskandar di lehernya. Masih lagi terngiang-ngiang suara Iskandar di telinganya.
Betul ke dia cintakan aku? Ke hanya sebab dia cemburukan Firman dia cakap macam
tu?
“Assalamualaikum.” Tegur Iskandar.
Natasha yang sedang bergoyang kaki di tepi
kolam sambil memandang ke arah bulan dengan wajah yang disinari cahaya bulan
dipandang dari sisi. Ya Allah. Cantiknya ciptaanMu. Dia duduk di sebelah
Natasha. Turut merendam kakinya di dalam kolam. Ah… sejuknya.
“Wa’alaikummusallam.” Natasha berpaling
memandang Iskandar yang sudah berada di sisinya. Salam wajib dijawab.
“Buat apa kat sini? Sejuklah kat luar ni.”
Iskandar menaggalkan kardigan yang dipakainya dan diletakkan ke tubuh Natasha.
Wah gentlemannya aku. Dia tersengih
lebar dalam hati. Sekarang kan dah sampai waktunya mempraktikkan semua
kemahirannya dalam memikat seperti dia memikat Intan dahulu. Natasha hanya
tersenyum sedikit kepadanya. Kemudian mendongak memandang bulan semula.
“Tak eloklah duduk kat luar sejuk-sejuk
macam ni. Jom masuk dalam.” Sekali lagi Iskandar bersuara. Lah tak nak bercakap
pulak dia. Tak apo! Den tak akan putus aso!
“Tak apalah. Kalau awak nak masuk awak
masuklah. Saya suka duduk kat sini. Saya
rasa tenang. Dulu… masa papa dengan mama
masih ada, saya selalu duduk dekat sini.
Kami berbual tentang banyak perkara. Saya… rindukan mama dengan papa malam ni.
Dah genap tiga bulan mereka pergi.” Natasha bersuara perlahan akhirnya.
Iskandar yang baru mahu menyambung ayatnya terdiam tanpa kata.
Kepala
Natasha yang tadi mendongak memandang bulan ditundukkan memandang kakinya yang
berada di dalam kolam. Kenangan bersama mereka berdua terlayar kembali di
fikirannya. Di sinilah dimana dia sering menghabiskan masa bersama mereka.
Menceritakan segala masalahnya suka duka kepada mereka. Menikmati angin malam
yang lembut bersama. Bergurau senda bersama. Menangis duka bersama. Menghayati
keindahan alam bersama. Dahulu, setiap kali bulan mengambang mereka akan duduk di
tepi kolam itu bersama-sama menghayati keindahan bulan.
Tapi itu semua dulu. Kini semuanya hanya
tinggal kenangan sahaja. Natasha meletakkan tangannya di dada menahan rasa hati
yang terlalu sendu. Wahai sang hati. Janganlah kau menangis. Kau dah berjanji
tak akan menangis lagi. Masa berlalu lama tanpa suara dari keduanya. Keadaan
sunyi sepi hanya dihiasi dengan bunyi kocakan air yang ditiup angin.
Iskandar serba salah apabila melihat
Natasha yang kelihatan sendu itu. Ya Allah. Kenapalah aku bangkitkan soal ni?
kan dia dah sedih macam tu. Idea! Idea! Muncullah kau! Macam mana aku nak
hiburkan hati dia ni.
“Firman tu lelaki jenis macam mana? Apa
yang membuatkan dia special sangat?” Idea yang terbaik setakat ni.
“Firman? Tak tercapai dengan kata-kata
tentang dia.” Natasha menjawab setelah lama berfikir. Dia tersenyum simpul. Jatuh
cinta dengan watak novel? Memang aku ni dah gila. Dia memandang semula ke arah bulan.
Berharap dia menjadi Iris heroin novel tersebut. Muehehe..
Iskandar mengetap bibir memandang Natasha
yang sedang tersenyum simpul sambil memandang bulan. Baik sangatkah Firman tu?
Watak novel aje pun. Entah apa yang hebat sangat tu. Hello! Daniel Henney kacak meletopss kat sebelah ni dah tak cukup
kacak ke? Padahal punyalah ramai perempuan admire aku dia boleh pulak suka
dekat si Firman novel tu.
“Cuba awak cerita sikit.” Pujuk Iskandar. Dia
benar-benar ingin tahu. Bagaimanakah Firman yang Natasha angaukan itu.
Natasha memandang Iskandar dengan senyuman.
Hehehe cemburu lah tu. Ingat aku tak tahu ke dia tu macam mana. Dengan watak
novel pun nak cemburu ke? Pelik pak cik ni.
“Firman? Firman ni lelaki yang
sangat-sangat sempurna. Dari segi agama dia bukanlah hafiz. Tapi dia mengerti
al-Quran. Dia tahu hampir semua hukum hakam. Sampai ada orang yang jauh lebih
tua minta nasihat perkahwinan daripada dia sedangkan dia baru je kahwin. Pandangan dia selalunya akan buatkan orang
kagum dengan dia. Dia suka diam diam tu bahasa dia. Bahasa dia tinggi. Setiap ayat
dia selalunya tersirat dan tak menyakitkan. Terlalu menyanjungi wanita. Ilmu peneman
hidup dia. Tapi dia suka memerli. Mengenakan. Tapi hanya pada Iris isteri dia
je. Gagah perkasa bila pertahankan Iris.
Kacak. Tinggi lampai. Tubuh badan yang mengancam. Yang penting yang paling saya
suka ialah mata dia yang indah…” sama macam mata awak. Sambung Natasha dalam
hati.
“Err…. Awak. Final exam awak bila.” Iskandar menukar topic. Hatinya panas
mendengar Natasha terus menerus memuji Firman yang tak wujud itu. Ok Fine! Esok
pagi-pagi buta aku akan pergi cari novel si Firman tu. CIS!!
Natasha menoleh memandang Iskandar.
Keningnya berkerut. Final exam? Bila ye? Next week ke lagi dua minggu? Hari ni
25 haribulan. Exam start 31 haribulan.
Ya Allah! Dah dekat sangat! Tak sampai seminggu lagi pun! Aku tak study apa pun
lagi. Mati aku!
“Lagi lima hari.. Is. Matilah saya Is. Saya
tak study apa pun lagi. Macam mana ni?” Natasha sudah kalut semacam. Kakinya
yang berada di dalam kolam diangkat keluar. Dia duduk mengadap Iskandar dan
menggoyang-goyangkan tangan Iskandar.
“Lagi lima hari?? Sempat ke awak nak study
untuk tujuh paper?” Pling!! Muncul satu idea baru dalam mindanya. Muehehe..
“Tak tahu. Awak tolonglah saya.” Natasha
merengek. Kelopak matanya yang berbulu mata lebat dikelip-kelipkan beberapa
kali. Harapannya Iskandar akan kasihankan dia dan akan memberikan tips istimewa
kepadanya. Dia kan Isteri Iskandar. Takkanlah Iskandar nak berkira sangat kan?
“Humm… apa yang saya boleh tolong ialah
saya akan bagi tuisyen istimewa untuk awak. Latih tubi tahap Cambridge. Nak?”
Tawar Iskandar. Keningnya diangkat beberapa kali.
Tuisyen? Peribadi punya. Dengan lecturer
dari Cambridge pulak tu. Humm… ok jugak tu. at least kalau dia tak bagi tips
exam pun mesti dia akan tekankan soalan yang akan masuk kat dalam exam.
Sekurang-kurangnya tak adalah tak berkat sangat aku study sebab orang lain
susah payah study aka pulak senang lenang dapat soalan bocor dari lecturer aka
si suami.
“Nak! Nak!”
“Ok. But with one condition.” Iskandar
tersengih menyenget.
Natasha memandang dengan pelik. Amboi nak tolong isteri sendiri pun nak pakai
syarat-syarat bagai? Melampau. Tak boleh ke ikhlaskan sikit hati tu? Hari tu
masa mummy ada kat sini punyalah baik hatinya. Semua benda sanggup buat. Suruh
siang ikan pun sanggup. Ini nak minta tolong sikit pun nak kena pakai syarat.
Betul-betul mengambil kesempatan ke atas orang yang sedang darurat.
“Eish.. Apa syaratnya? “ Terpaksa juga.
Kalau tak memang nanti jawabnya semester ni pointernya jatuh dengan teruk.
Inilah akibatnya selalu menangguh untuk belajar. Sekarang dia juga yang kelam
kabut. Nak tak nak dia kena juga terima syarat Iskandar itu.
“Syaratnya ialah… betul ni awak nak terima
syarat saya? “ sengaja Iskandar bermain tarik tali. Sengaja dia ingin membawa
Natasha kepada penyelesaian terkahir. Iaitu bersetuju.
“Iye. Saya janji saya akan ikut semua.
Cepatlah!” Natasha geram. Tangan Iskandar yang berada di dalam genggamannya
tadi dilepaskan kuat.
“Syarat pertamanya ialah, mulai detik dan saat
ini kita akan tidur sebilik dan sekatil.” Iskandar selamba mengemukakan syarat.
Natasha ternganga mendengarnya. Meroyan ke
dia ni? Nak tidur sebilik dengan dia? Memang tak nak lah aku. Karang daripada tak
ada apa-apa jadi ada. Dah la perangai asyik nak mengenakan aku je. tak nak lah!
“Sebilik? Alasannya?”
“Alasan utamanya ialah, lusa kita akan mula
berpuasa dan awak selalu ada masalah nak bangun tidur. Lagi-lagi pulak untuk
bangun bersahur awal pagi. Jadi saya yang terpaksa kejut awak setiap pagi. Dan saya
memang tak kuasa nak ketuk pintu bilik awak setiap pagi. Jadi sebagai penyelesaiannya
kita akan tidur sebilik supaya bila awak degil-degil susah nak bangun saya
tolak je awak ke bawah katil”
Muehehe… Alasan paling hebat dalam abad
ini. Mesti dia tak akan fikir bukan-bukan pasal aku. Tak nak lah aku tidur
sorang-sorang lagi dah seminggu aku tidur menghadap muka dia. Mesti susah aku nak
tidur tak tengok muka dia. Tak apa Is. Kita nak ambil hati orang ni kena
slow-slow. Macam menarik rambut dalam tepung. Tepung jangan berselerak. Rambut jangan
putus. Firman ke Haikal ke. Dia isteri aku dia kena cintakan aku sorang aje.
“Tapi…”
“No tapi-tapi. Like it or lump it.”
“FINE! Saya ikut! Tapi kalau saya fail exam
kali ni disebabkan awak. Siap awak.” Jari telunjuknya di angkat tinggi ke muka
Iskandar. Biar nampak macam garang sikit walaupun sekelumit pun Iskandar tak
kisah. Iskandar mengangkat kedua belah tangannya seperti menyerah kalah.
“No sweat dear. Mr. Hubby kan ajar awak
dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta. Mesti awak four flat this sem.”
Iskandar tersenyum lebar. Matanya yang indah
memberikan pandangan menggetar jiwa kepada Natasha. Nak menggoda Natasha dengan
matanya yang indah itulah kononnya. Natasha buat tak layan dan terus bangun
masuk ke dalam rumah. Tak kuasa nak layan!
Yes yes... is dah mula psg kail... nk memancing la ni... tak pe is gandakan usaha... don't give up.... yg halal kan.... tp kdg2 bab suka mengenakan si tasha yg tak tahan... nakal betul.... tp biasalah suami isteri kena ada gurau senda baru bez... nak tolak jatuh katil kalau tak bgn... ish ish.... sayang sangat la konon
ReplyDeletehahaha.. Is ni memang sengal semacam... haha.. sekarang saya tengah menulis bab 20.. kita tgk perangai Is lg lah berhantu
Deletewell..well. well..smakin sweet n xcited nk tau nx entry..u go girl.. chayokk..chayokk..
ReplyDeletehehehe.. thanks syg sebab sudi membaca.. yeah!!! aza aza fighting!
DeleteTerasa macam baru nak masuk gear tiga. Berapa chapter novel nih..200 ke?
ReplyDeleteAnyway saya rasa baru nak masuk part yang menarik...harap jangan pendek sangat...rugi rasa kalau beli buku
hehehe.. terima kasih yg sebab sudi membaca.. sengaja saya blend dulu dgn benda2 biasa... sengaja nak buat pembaca jatuh cinta dengan Iskandar lepas dah kenal dia.. insha allah x pendek.. saya cadang nak buat smpai chap 60+ lama lg tu nak habis...
Deletewow best tu suka-suka tak sabar nak baca ......
ReplyDeletehehehe.. thanks syg.. teruksan baca ye.. nanti saya post bab 20
Deleteomg seriously can't wait for bab 20 hehe . Good idea & the best story ever haha (:
ReplyDeletehehehe.. sabar sayang.. insha allah saya akan update malam ni.. :)bab yg best story ever tu x tahan.. x lah.. idea saya ni idea cabuk je.. coretan biasa yg sesiapa saja yg sesiapa saja dapat menulisnya.. :)terima kasih syg sebab sudi membaca..
Deletereally love this story.. keep it up tasha... can't wait for the next n3.. loved it..
ReplyDeleteterima kasih syg.. insha allah.. akan saya update lagi malam ni sebelum bersahur.. awak tunggu ya :)
Deletehaha okay akak . hehe akak ad twitter tak ? nak follow . haih kena jdi fans akak la mcm ni :3 hehe
ReplyDeletetwitter ada tp x aktif syg.. tapi FB..memey almost 24 hr on9.. cuba tgk post yg baru tadi saya uptade.. ada FB address saya kt situ.. http://www.facebook.com/natasha.mohdzulkifli
Deletelove it...good job dear...hr2 n tiap detik mesti tunggu2 n search ur blog...awesome...by the way u look gorgeous by wearing this shawl..^^
ReplyDeletehehehe.. alhamdulillah terima kasih syg.. Alhamdulillah Allah bg saya hidayah sebelum saya terlambat.. x adalah gorgeous.. saya biasa jak.. kalau jumpa depan2 saya tak cantik pun.. huduh adalah
Deletejgn ckp gtu dear..bersyukur itu lebih baik.semua yg Allah cipta semua indah dan menarik.hope u akn terus bertudung..subhanallah sgt cantik dan ditetapkan hati dalam mencari redha Allah buat semua.
Deleteinsha allah terima kasih yg... :)
DeleteKecantikan itu nilaiannya terlalu subjektif syg... apepun kita bersyukur dgn kurnianNya. Tahniah dan alhamdulilah atas phijrahan sesungguhnya sbg hamba kita mmg wajib menunaikan yg hak...
ReplyDeleteterima kasih syg.. :)
Deletemembaca sambil tersenyummmmmmm....pegh....best
ReplyDeleteheheheh.. terima kasih yg.. teruskan tersenyum...
Deletehahaha...ada aje idea si iskandar 2....nakal btol :3 iskandar tu klau dlm filem siapa yg pgg watak dia ea? :3
ReplyDeleteMihihi.. Kan.. Kalau dlm fikiran saya saya dh terbayangkan Keith Foo yelah kalau nk bygkan Daniel Haney tu susah pulak dia x pandai ckp melayu... Keith Foo kan muka cina melayu gitu.. Mihihi.. Berangan je dulu naa
Deletehahahaaa ... tagline tu sgt terkesan di baca
ReplyDeletelike it or lump it
tagline hero SSB syed azri dlm novel Untuk semua dosaku