Monday, July 15

Sinopsis My Hubby My lecturer!!

Natasha al-Jannah seorang gadis biasa yang gilakan belajar tanpa ada rasa untuk bercinta. Baginya sewaktu belajar bukanlah masa untuk bercinta. Tapi bila ibu bapanya bercadang untuk menjodohkan dia dengan seseorang dia terpaksa akur. Niatnya cuma satu biarlah dia menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapanya. Kejutan yang menantinya ialah dia dijodohkan dengan pensyarahnya sendiri. Iskandar al-Amin. Iskandar al-Amin juga terpaksa mengikut cadangan ibu bapanya dengan alasan yang sama. Biarlah dia menjadi anak yang soleh.

“Sir… Sir buat apa kat sini? Macam mana sir tahu rumah saya?”-Natasha al-Jannah.

“Salah ke saya nak datang rumah bakal isteri saya?”Iskandar Al-Amin.

Perkahwinan yang dirancang berlangsung juga walau hati masing-masing saling tak suka. Seorang ke laut seorang ke langit. Masing-masing tak sehaluan. Pelbagai syarat dan perjanjian dikemukakan masing-masing.

‘KITA AKAN BERPISAH SECARA RASMI SELEPAS ENAM BULAN PERKAHWINAN.’

Iskandar al-Amin terus kaku dengan kisah cinta silamnya dengan Intan yang sudah lama tiada membuatkan dia mengelakkan diri daripada terjatuh cinta dengan Natasha al-Jannah. Strateginya cuma satu buat tak endah. Namun, kewujudan Haikal pencinta terang-terangan Natasha al-Jannah menggugat pendirian Iskandar al-Amin. Pelbagai cara dicubanya untuk menyakitkan hati Natasha al-Jannah supaya Natasha al-Jannah sentiasa sedarkan kehadirannya.

Dalam pada mereka saling bergolak, bertekak, berperang satu tragedi yang meragut nyawa kedua ibu bapa Natasha al-Jannah. Tragedi tersebut membuatkan Iskandar al-Amin menjadi tempat bergantung sepenuhnya bagi Natasha al-Jannah. Hari yang berlalu meluputkan pergaduhan mereka dan menjadi pasangan paling romantik sepanjang abad.

Satu kejadian terjadi menimbulkan kembali dendam lama Iskandar al-Amin. Intan nama yang hilang timbul semula. Natasha al-Jannah dipulaukan. Rasa cinta ditepikan. Membuatkan Natasha al-Jannah mengundurkan diri.

"Saya nak tanya.. saya harap awak jawab dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak cintakan saya?" -Natasha al-Jannah.

“Tak pernah.”Iskandar al-Amin.

"Berbenang cinta saya, bersulam benci awak.. Berpahat cinta saya, berukir benci awak.. Tak mampu saya perjuangkan kalau awak masih membenci.. kalau ini takdir dia biar saya hilang biar semua selesai..” -Natasha al-Jannah

Natasha al-Jannah menghilang Iskandar tak mencari. Saat berlalu Iskandar al-Amin jadi nanar. Dapatkah mereka bersama sehingga ke akhirnya. Akankah bahagia menjadi milik mereka semua?


“Sekali namamu terpahat, Selamanya ia akan kekal.” Iskandar al-Amin.

14 comments:

  1. wah..sinopsis yg gempak.....x sabar nk baca smpai ke titisan terakhir...cewah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. baca tau jgn x baca.. thanks sebab sudi setia membaca.

      Delete
    2. dah ada jualkan ke,,buku citer nie??

      Delete
  2. speechless...karya u mmg awesome..xsbr nk tunggu u update tiap2 bab. :)love n good job dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you syg.. alhamdulillah.. insha allah akan update lg.. doakan yg terbaik ye

      Delete
  3. insha allah.. saya cuba habiskan.. :) nanti saya hantar kat publisher skali boleh baca dalam bentuk buku... insha allah:)

    ReplyDelete
  4. unnie..ur the best..selalu x sabar nk bca next n3..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... how cute call me unnie.. :D thanks syanag sebab sudi membaca

      Delete
  5. Baca sinopsis ni buat hati berdebar plak bila fikir 'kejadian' yang akan buat Is & Tasha berpisah. Walaupun macam dah boleh agak penyebab 'kejadian' tu, tapi still takut once it happens T__T

    ReplyDelete
  6. dah bab 24 !!! ya Allah,excited giler nii.habis kat blog ni ke novel ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pastilah yg.. yang pastinya saya hanya mengarang sampai bab 24 je baru.. muehehe

      Delete
  7. mcm dah boleh agak je apa ending novel ni??

    ReplyDelete