Berjalan beriringan di taman yang dipenuhi
bunga rose begini memang mendamaikan perasaan. Iskandar memandang wajah
kesayangan hatinya yang turut memandang ke dalam mata indahnya. Bertapa dia
berasa berbangga memiliki gadis ini. Terasa seperti mahu menjerit kepada
seluruh dunia bahawa dialah lelaki paling bertuah kerana memiliki gadis itu.
“Sayang. Awak gembira tak bersama saya?” gadis
itu menyoal buah hatinya itu..
“Saya sentiasa gembira bila bersama awak.
Setiap saat. Tak pernah terlepas sesaat pun yang saya tak bahagia. Saya berdoa
kita akan dijodohkan sampai ke syurga.” Iskandar memberikan senyuman yang
menawan. Perasaannya sungguh yakin ketika ini. Inilah gadis yang paling dia
cintai di dunia.
“Saya pun sama. Setiap saat setiap masa.
Is. Kalau saya tanya awak sesuatu boleh tak?”
“Boleh sayang tanyalah sebanyak mana yang
awak nak tanya.” Iskandar menghadiahkan senyuman paling manis kepada si pencuri
hati.
“Kalaulah saya pergi dulu sebelum awak, awak
akan cari pengganti saya tak?” Mata Indah Iskandar yang mampu membuai perasaan
sesiapa sahaja yang memandangnya direnung dalam. Dia mahu cahaya dari mata yang indah itu akan terus bersemadi di
dalam ingatannya. Sambil itu dia mencari kebenaran di dalam setiap kata-kata
Iskandar. Adakah Iskandar cuma bermanis mulut atau memang benar dia mencintai?
“Hey! Apa cakap pasal mati-mati ni. Tak
maulah!”
“Sayang mengingati mati tu wajib. So saya cuma
nak dengar jawapan awak je. Itu je. Jawablah sayang”
“Hummm… Saya.. tak akan. Tak akan sesekali.
Malah untuk jatuh cinta dengan orang lain pun saya tak mahu. Saya cuma mahukan
awak saja. Saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak. Cinta saya hanya untuk
awak selamanya.” Iskandar bersungguh-sungguh menegakkan kenyataannya. Sungguh!
Dia memang cintakan gadis ini sepenuh hatinya. Tak ada dua tak ada tiga hanya
satu sahaja.
“Jangan! Jangan Is. Saya tak mahu awak
hidup sendirian bila saya dah tak ada nanti. Saya nak awak hidup gembira dengan
cinta seorang wanita. Kalau saya pergi dulu sebelum awak. Awak kena janji
dengan saya awak akan berkahwin dan bahagia. Awak kena cintakan dia lebih dari
awak cintakan saya. Awak janji.”
“Tapi sayang” Iskandar cuba berdalih.
Dia duduk di kerusi yang tersedia di taman itu. Sekuntum bunga
rose yang berkembang mekar di sebelah kerusi itu ditarik merapatinya dengan
perlahan kerana takut tercabut dari batangnya dan dihidu. Wangi! Indah sungguh ciptaan Allah. Bunga
yang beduri begitu pun berbau harum. Di bumi UK ini memang mudah untuk bunga-bunga
indah sebegitu hidup dengan sihat. Tanahnya subur dan iklimnya sejuk memberikan
kesuburan kepada bunga-bunga tersebut.
“Tolonglah janji Is. Saya tak akan tenteram
kalau tengok awak tak gembira. Awak kena sentiasa hidup bahagia. Kebahagiaan
awak bahagia bagi saya. Tak kisahlah siapa pun perempuan tu. Saya nak awak
hidup dengan rasa cinta kerana Allah. Janji ye sayang. Kalau awak tak janji
saya anggap awak tak sayang saya.” gadis berselendang ungu yang masih berdiri
itu dipandang dengan perasaan serba salah. Kalau dia tidak berjanji dia
dikatakan tidak sayang. Tapi kerana dia sayanglah dia tak mahu berjanji. Apa
punya jenis permintaanlah ni?
“Tapi saya tak boleh. Saya tak mahu ada
perempuan lain dalam hidup saya. Saya cuma mahukan awak. Awak seorang saja
bukan orang lain” Iskandar bertegas.
“Saya tahu. Tapi kalau saya dah tak ada kat
dunia ni awak tak boleh bersendirian saja. Saya nak awak hidup bahagia macam lelaki-lelaki
lain yang berumah tangga kat luar sana tu. Jadi tolonglah janji dengan saya
awak akan terima cinta dan mencintai perempuan lain kalau saya tak ada nanti.”
“Kalau saya yang pergi dulu macam mana?”
Iskandar cuba berdalih. Orang perempuan senang aje. Pakai strategi reverse
psychology terus kalah.
“Kalau awak? Is. kita tengah membicarakan
dua perkara berbeza. Awak janganlah nak berdalih topik. Janjilah sayang.” Suara
si gadis penuh merayu matanya berkaca. Masih tak mahu mengalah.
“Ok. Ok I promise.”
“Thank you sayang! Saya tahu awak sayang
saya. Awak kena tepati janji tau.” Gadis itu tersenyum semula. Dia segera duduk
di sebelah Iskandar sambil memberikan senyuman paling indah kepada pemilik
hatinya itu.
“Intan. Intan. Saya janji. Saya janji.”
Natasha terjaga apabila terdengar suara
Iskandar meracau-racau di dalam tidurnya. Dia mengeliat sedikit di atas katil.
Semalam setelah terkena penyakit confession melampau Iskandar telah berlaku
baik dengan menyuruh dia tidur di atas katil dan Iskandar tidur di atas lantai
di sebelah katil. Dalam mood rama-ramalah katakan. Mestilah Iskandar baik
semacam. Natasha pula apabila dipelawa begitu bagaikan pucuk dicita ulam
mendatang lah. Sudah hampir seminggu dia menahan sakit pinggang tidur di
lantai. Nak tidur di sofa dia takut kerana terlalu jauh dari Iskandar. Kalau
dah penakut tu penakut juga.
Iskandar yang tidur di atas lantai
dijenguknya. Rasanya tadi dia ada terdengar Iskandar meracau. Apa yang
diracaunya? Natasha menumpukan perhatiannya ke wajah Iskandar kerana suasana
sekeliling begitu kelam sekali hanya diterangi oleh cahaya dari lampu jalan di
luar sahaja. Mulut Iskandar yang terkumat-kamit diperhatikan. Dia menganalisis
apakah yang digumam Iskandar itu.
“Intan. Saya minta maaf. Saya rindu.”
Sekali suara Iskandar jelas kedengaran. Natasha mengetap bibirnya.
Dia ni kan. Siang tadi punyalah berkepuk cakap
dia cintakan aku. Sampai waktu malam Intan juga yang disebutnya. Dia ingat aku
ni anak kucing ke apa? Sekejap cinta aku. Sekejap cinta Intan. Kalau dah suka
sangat dengan Intan tu kenapa nak kahwin juga dengan aku? Kahwin ajelah dengan
Intan tu. Ingat aku tak boleh hidup ke tanpa dia. Err.. boleh ke? Ahh… tak
kisahlah! Kalau dah dia nak sangat dengan Intan tu meh sini aku satukan dia
dengan Intan kesayangan dia. Melampau tau dia ni. Aku sebut nama Firman yang
tak wujud tu dia macam nak telan aku. Tapi dia tiap-tiap malam mengigaukan
Intan boleh pulak. Eiiii…! Geramnya!
Sebiji bantal kecil diambil dan dihempas ke
muka Iskandar. Iskandar yang sedang nyenyak tidur terjaga. Natasha segera
buat-buta tidur mati apabila Iskandar duduk dan memandang kepadanya. Takut kena
marah. Biarlah Iskandar menganggap bahawa bantal itu terjatuh dari atas katil.
Muehehe…
Iskandar yang terjaga terkebil-kebil
sendirian. Aku mimpikan Intan lagi malam ni. Aku rasa dah sampai masanya aku
lepaskan Intan. Intan dah lama tak ada. Aku kan dah berjanji aku akan cintakan
orang lain bila dia tak ada. Sekarang, aku berjanji akan cintakan Isteri aku.
Tanggungjawab aku. Amanah aku. Aku tak akan abaikan dia lagi. Iskandar bangun
menuju ke bilik air. Dia ingin menunaikan solat tahajjud. Jarang dia dapat
terjaga pada tengah malam begini. Jadi apabila mendapat peluang yang diberikan
Allah begini dia akan gunakan sebaiknya untuk menyembah Illahi. Natasha yang
pura-pura tidur tadi mengangkat sedikit kepalanya mengintai Iskandar. Setelah pasti Iskandar tidak akan memarahinya
dia menyambung tidur semula. Tak kuasa dia ingin terus berfikir tentang
Iskandar.
Selamat
tinggal Intan. Terima kasih kerana bersama dengan saya selama ni. Saya akan
selalu doakan awak bahagia di sana. Saya berharap kita akan berjumpa lagi di
syurga nanti. Saya sentiasa akan sediakan satu tempat yang istimewa untuk awak
di dalam hati saya, iaitu tempat untuk seorang gadis yang menjadi cinta hati
saya dan sahabat terbaik saya. Terima
kasih atas segala kenangan manis antara kita dan terima kasih juga untuk segala-galanya.
Azan subuh mengejutkan Natasha dari lena. Selesa
sungguh pagi ni. Tak sejuk macam selalu. Ada tilam yang empuk. Ada bantal yang
selesa. Ada orang yang memeluk. Ada ada selimut yang gebu. Ada bunyi-bunyi
burung berkicauan. Ada angin hangat menderu atas kepala Eh! Apa tadi? Ada orang
orang yang memeluk?!! Natasha terus mencelikkan matanya. Dada bidang Iskandar
elok sahaja berada di depan matanya. Siap dengan tangan perkasa yang melingkari
pinggangnya lagi pula tu. Apa semua ni?
“Wargghhh!!!” Natasha menjerit sambil
menolak kuat tubuh Iskandar. Tapi dah namanya pun badannya kecil molek, Iskandar langsung tak berganjak
tetapi dia yang elok berbaring di bucu katil pula yang hampir tergolek ke bawah.
Mujurlah tangan gagah Iskandar sempat menangkap badannya dari terjatuh. Kalau
tidak patahlah juga pinggangnya hari ini. Katilnya sudahlah tinggi hampir
setinggi pinggang. Kalau terjatuh kemungkinan untuk patah pinggang agak besar.
Natasha menarik nafas lega apabila dia
selamat berada di atas katil semula. Fuhh.. selamat pinggang aku yang ramping
ni. Iskandar yang sedang tersengih di hadapan mukanya mengejutkan dia. Dia
segera bangun dan berdiri di tepi katil. Seram melihat wajah miang dua macam
Iskandar.
“Ma… macam mana awak boleh ada atas katil
pu… pulak ni? Awak sengaja nak ambil kesempatan kat saya ye?” Tanya Natasha
tergagap-gagap. Masih lagi seram dengan kejadian hampir patah pinggang seperti
tadi.
“Ambil kesempatan apanya? Saya lenguh tidur
kat bawah. Saya naiklah atas. Sakit tau pinggang saya ni. awak tak kesian ke
dengan saya?” jawab Iskandar selamba. Dia berbaring mengiring sambil menongkat
kepalanya. Ah! Gayanya memang benar-benar menyakitkan hati Natasha.
“Tapi awak tak bolehlah naik atas katil ni.
Semalam awak yang suruh saya tidur atas katil. Tak adillah macam ni.” Natasha
mencerlung tajam memandang Iskandar.
Namun entah kenapa mata indah Iskandar membuatkan kejadian luar alam empat hari
lepas terbayang lagi di ingatannya. Mukanya memerah. Chait! Otak ni pun nak
fikir benda-benda macam tu pada masa yang tak sesuai. Iskandar memandang wajah
Natasha yang memerah itu.
“Hah. Awak punya otak membiru ke mana tu?
Tujuan saya cuma tidur atas katil aje ye. Tak ada niat lain pun . Awak ni suka
otak membiru lah.” Usik Iskandar. Sengaja nak memerahkan lagi wajah Natasha
yang membuatkan Natasha kelihatan begitu cantik pada waktu subuh begini. Alahai Isteri. Cantiknya awak ni. Kenapalah
dari dulu saya tak pernah perasan?
Kenapalah dari dulu lagi tak saya hargai?
“Errr.. Mana adalah! Tiba-tiba aje dia ni!
Bangunlah solat!” Natasha sudah tidak tertahan malu bergegas masuk ke dalam
bilik air untuk mandi. Jahat punya otak! Tak tahu nak bekerjasama langsung.
******
“Kita nak beli apa kat sini? Kat sini ada
jual lauk ke?” Iskandar memandang ke kiri dan ke kanan. Ramainya orang. Parking
lot semuanya penuh. Mujur juga ada kereta yang keluar tadi dapatlah dia masuk
ke petak parking itu. Kalau tidak mahunya berjanggut dia menunggu di situ.
Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke
Tesco Ampang. Sebenarnya selama ini pun dia tak pernah menjejakkan kaki ke
mana-mana tempat yang ada menjual lauk pun.
Semua urusan dapur diuruskan oleh Datin Rose dan Mak Jah. Dan bila dia
berkahwin dengan Natasha urusan membeli barang dapur diserahkan kepada Pak Ali
dan Natasha. setiap minggu Natasha akan pergi membeli barang dapur sendirian
dengan Pak Ali. Tak pernah sekali pun dia disuruh membeli barang dapur. Bukannya dia pernah ambil kisah pun selama ni.
Tapi apabila tadi dia disuruh membawa Natasha membeli barang dapur dia segera
bersetuju. Maklumlah orang nak ambil hati Isteri lah katakan.
“Is. Tolong mummy belikan barang dapur
boleh? Banyak barang dalam fridge dah habis. Barang-barang kering pun dah
banyak yang habis. Is pergi dengan Tasha ye? Mummy bukan tak nak pergi tapi mummy nak tengok
cerita Marimar kat TV3 pukul sepuluh kejap lagi. Dah lama mummy tunggu cerita
tu. Boleh ye Is?” kata-kata Datin Rose selepas sarapan pagi tadi
terngiang-ngiang di telinganya.
Apa
bendanya Marimar tu pun dia tak tahu. Nama macam marmar pun ada juga. Cerita
apa tu? Betul ke tidak ada siaran tu pun dia tak tahu. Diakan jarang ada di
rumah pada waktu pagi dan bila pagi hari-hari cuti begini selalunya dia sibuk
dengan kerja-kerja menanda kertas kerja
pelajarnya. Petang barulah dia boleh menonton televisyen. Itupun siaran utama
pilihannya mestilah HBO. Jadi mana dia tahu ada atau tidak cerita Marimar itu. Tapi
dia tidak kisah. Yang penting dapat berdua-duaan dengan Si Cantik Manis dah
cukup buat dia. Nak tawan hati orang ni kena perlahan-lahan.
“Adalah. Kalau tak ada kenapa pulak saya
ajak awak datang sini? Dah jom masuk cepat. Tak payah nak tayang muka kat
sini.” Natasha berjalan selamba meninggalkan Iskandar. Sakit hatinya pagi tadi
masih belum hilang lagi. Tengah malam panggil Intan, pagi buta peluk aku pulak.
Ingat aku ni bantal peluk ke?
Iskandar melihat Natasha yang sudah semakin
menjauh darinya itu. Laa.. kenapa pulak ni? Angin satu badan. Tiba-tiba matanya
menangkap beberapa mata jahat lelaki lain sedang asyik memandang isterinya.
Siap ada yang bersiul memandang Natasha lagi pulak tu. Ewah-ewah. Aku kat sini
je lagi tak jauh pun dari dia orang dah sibuk nak mengorat isteri aku. Natasha
yang memakai dress biru labuh tanpa lengan dan disertai dengan cardigan labuh
sampai ke kaki dan juga selendang putih yang dililit ringkas dipandang lama.
Ok. Bagus. Dia tak melayan. Macam tu lah isteri aku. Iskandar melangkah laju
menyaingi Natasha. Tangan Natasha di tarik ke dalam genggamannya. Biar semua
orang tahu Natasha miliknya.
“Apa pegang-pegang ni?” Natasha cuba
melepaskan tangannya dari genggaman Iskandar. Tetapi memang langsung tak
berhasil pun.
“Bahayalah. Ramai orang ni. Tak nampak ke
kereta banyak ni. Awak kan kecil je. Nanti kalau hilang celah-celah orang ramai
macam mana?” Cewah! Alasan baik punya.
Mendengarkan alasan Iskandar itu, Natasha
terpaksa merelakan tangannya di dalam genggaman Iskandar. Takut juga dia kalau
betul-betul dia hilang dalam lautan manusia itu. Dahulu sewaktu dia datang
dengan arwah mamanya dia selalu juga hilang dalam orang ramai. Tapi ketika itu
dia ada membawa telefon bimbit. Tapi kali ini dia tak bawa kerana telefonnya
kehabisan bateri dia terpaksa meninggalkan telefon bimbitnya dirumah untuk
dicaj.
“Is. Kita tak perlukan tu lah. Is. Jangan
ambil banyak sangatlah. Is. Awak tak makan pun benda tu. Is. Itu kat rumah dah
adalah. Is. Jangan jadi jakun boleh tak? Is. Jangan main benda tu boleh tak?”
pelbagai bebelan Natasha berikan kepada Iskandar yang seperti terlupa bagaimana
caranya untuk bersikap dewasa.
Apabila melihat batang mop berwarna hijau
polka dot di ambil kerana comel katanya. Kemudian, coklat Van Houten diambilnya
sampai sepuluh keping. Murah katanya. Itu belum lagi makanan kucing yang
diambilnya sampai dua bungkus sedangkan di rumahnya mana ada kucing. Alasannya plastik
pembungkus makanan kucing itu ada gambar kucing yang comel. Boleh menderma
kepada kucing jiran sebelah. Itu belum lagi dia terjumpa mainan kanak-kanak. Habis
semua dicubanya.
Sehingga Natasha yang tadinya panas hati
dengan dia sudah terlupa semua kemarahannya itu. Dia terlalu sibuk melarang
Iskandar mencuba semua benda dan juga sibuk meletakkan semula barang-barang
yang tidak diperlukan ke tempatnya semula. Susah juga melayan anak orang
terlampu kaya begini. Troli yang penuh dengan barang yang tidak diperlukan
direnung dengan geram oleh Natasha. Iskandar yang sedang menarik lagi satu
troli untuk meletakkan barangan basah dipandang dengan perasaan dua kali geram.
“Banyaknya nak beli. Kat rumah tu bukannya tak
ada semua benda. Ada je. Kita datang sini nak beli barang basah je. Bukan nak
beli benda-benda merepek macam ni. Ni, pelampung itik ni nak buat apa? Selama ni
awak mandi kat kolam rumah kita tak pernah sekali pun saya tengok awak lemas. Dah
tu apa pasal pilih pelampung ituk macam ni? Awak nak masuk dalam dia pun tak
muat. Lepas tu. Ini ha. Mug r ni nak buat apa? Kat rumah kita tak cukup cawan, pinggan
mangkuk dah ke?” Natasha membebel lagi. Geram
sungguh dia dengan perangai Iskandar. Semua benda merepek dan tak berfaedah diambilnya
“ Eh. Kita tak perlu ke? He he he… Sorrylah
benda-benda tu comel dan murah lah. Tak apa. Kalau tak nak saya letak balik ye.
Sorry. Sorry.” Iskandar tersengih serba salah. Rambut lebatnya dikuak ke
belakang beberapa kali. takut kena marahlah katakan. Kalut dia pergi meletakkan
semula semua barang tak berfaedah yang dikatakan Natasha tadi ke tempat asalnya.
“Haa… macam ni lah. Benda-benda yang
penting aje kita beli. Kejap. Tunduk sikit sekejap.” Natasha menggamit iskandar
untuk menunduk mendekatinya. Susah juga kalau suami terlalu tinggi macam ni.
“Apasal?” Soal Iskandar sambil mengikut
arahan Natasha. Badannya dibongkokkan sedikit mendekati ketinggian Natasha.
“Ini ha. Serabut saya tengok dari tadi. Kat
dalam Tesco ni bukannya ada matahari pun. Tak perlu nak bergerhana sangat kat
dalam ni.” Natasha selamba menaggalkan cermin mata hitam Ray Ban Iskandar. kemudian menyangkutkannya ke dalam poket T-Shirt
Iskandar. Barulah selesa memandang mata indah yang dari tadi terhalang.
Iskandar tersenyum melebar kepada Natasha.
Aduhai sayang. Awak ni buat saya berdebar-debar lebih kuat tahu tak? Kepala Natasha
yang bertudung diusap lembut. Natasha memandang ke sekeliling apabila mendengar
suara-suara sumbang perempuan seperti keterujaan. Alamak ramainya perempuan
yang pandang dia ni. Gatal betul dia orang ni! Hello ini suami I tau! Sesedap
rasa aje kau orang nak pandang dia. Natasha segera memaut lengan Iskandar dan
meneruskan aktiviti membeli belah mereka.
Kelakuan
Natasha itu membuatkan Iskandar lebih gembira dari tadi. Akhirnya! Akhirnya! Rancangan
aku berjaya. Dia cemburu. Cemburu tu tandanya sayang! Oh YEAH! Teruskan Is.
Tawan hati dia sampai jadi milik kau sepenuhnya!
Yahoo...misi memikat sudahbermula... is tlg la buka mata seluas luasnya, pandang la dgn mata hati... terlafaznya ijab qabul bermakna amanah itu kini perlu dijaga dgn sebaiknya. Yg pergi jdkan kenangan... yg hidup perlu teruskan kehidupan.... cayalah cik writer teruskan usaha.
ReplyDeletehehehe.. insha allah syg.. tengah berusaha habis usaha ni.. :) terus sokong saya ye yg.. :)
DeleteTasha kan pandai msk, sure nnt dpt dipikat hati is dgn air tgnnya... org tua2 kata nak ikat suami dgn perutnya.... tak sabar ni cik writer yg cun kiut miut
ReplyDeletetasha yang writer x pandai masak.. pandai makan je.. hehe.. tapi tasha dalam novel mmg pandai masak.. sebab tak tahu masaklah saya bersungguh refer resepi kat internet konon2 nak buat yg Natasha tu pandau masak.. hehehe.. x ada ciutnya yg oii..
Deletewow makin best story ni cik penulis teruskan usahamu pembaca akan terus menyokong ok dan amat berharap akan diterbitkan menjadi novel best seller
ReplyDeletehehehe. terima kasih sayang! insha allah.. kita sama2 berdoa ada publisher yg sudi terbitkan ye.. :)
Deletedah tergelak 2 dah baca nik dik... adoi la... lain plak perangai is ni bila dah suka... anyway.. gud job dik.,, makin terhibur bc cita neh.,,.
ReplyDeletehehehe.. terima kasih kak.. sengaja nak buat Is tu nampak sengal.. bukan semua lecturer sempurna kan.. dpn org nampak serius.. sebenarnya kat belakang macma perangai budak2 kan kak.. pernah jumpa seseorang mcm tu.. sebab tu lah wujudnya watak Is ni.. hehehe
Deletesweet couple xcited nk bca nx entry..
ReplyDeletehehehe.. terima kasih syg.. ok2 saya tengah berusaha menulis chap 19 ni
DeleteTak sabar nak tunggu nx entry...
ReplyDeletesabar ye darl.. :)
DeleteBkn harap setakat dpt diterbitkan tp harap satu hari nnt dpt di dramakan, kan skrg ni musim adaptasi novel.... tak dpt nak bygkan watak2 atas kertas tetiba hidup... beznyer.... nnt masukkan la bbrp scene puasa n raya.... ye lah kan kita mood nak beraya skrg... wajib berguling2 membacanya ni... god job cik writer....
ReplyDeleteYa Allah.. kalau betul jadi mcm tu sayalah org paling bersyukur sekali.. insha allah.. saya akan berusaha sedaya upaya lagi.. :)
Delete