Saturday, August 3

My Hubby My Lecturer!!! bab 25

Gambar Natasha ditatap lama. Dia menggaru-garu kepalanya. Rasa bagaikan nak pecah kepalanya memikirkan pelbagai benda. Bilik yang berselerakan dengan pelbagai kertas dibiarkan sahaja. Semuanya hanya gambar Natasha. Ketika dia tersenyum. Ketika dia ketawa. Ketika dia berada di dalam pelukan Iskandar. Ketika Iskandar mencium ubun-ubun Natasha. Ketika Natasha gembira membeli belah bersama Iskandar. Ketika Natasha turun dari kereta Iskandar. Beribu-ribu gambar bersepahan di dalam biliknya.

Dia tertekan. Puas dia mengekori Natasha. Setiap detik dirakam di dalam kameranya. Dia tidak ingin terlepas satu pun ekspresi wajah Natasha. Namun apa yang dia dapat hanyalah wajah Natasha yang jelas gembira setiap kali bersama Iskandar. Hatinya hancur. Hatinya luka. Dia bencikan semua itu. Gambar Iskandardikoyak dan direnyukkan sehingga menjadi kepingan-kepingan kecil.

Macam  manalah dia boleh berkahwin dengan lelaki tak guna itu? Padahal dia tahu aku ni cintakan dia separuh mati. Aku dah lama cintakan dia. Takkanlah itu pun dia tak perasan? Macam-macam aku dah buat untuk tarik perhatian dia. Takkanlah satu pun dia tak hargai? Dia kejam! Dia memang kejam!

Aku tak kira! Apa pun yang terjadi aku akan dapatkan dia semula. Natasha kena jadi milik aku. Mesti! Hanya milik aku. Bukan milik lelaki tak guna tu. Bukan milik sesiapa yang lain. Hanya aku! Salinan akhbar lama yang ditampal di dinding dibaling dengan pisau. Inilah yang akan memisahkan mereka nanti. Aku janji! Apa pun yang terjadi Natasha akan jadi milik aku!




Natasha duduk di bawah gazebo di sisi Iskandar. Memerhatikan hujan yang turun dengan lebat. Dia sukakan hujan. Kalau dahulu. Setiap kali hari hujan dia akan mengambil kesempatan itu untuk mandi hujan. Rasa titisan hujan yang sejuk menimpa dirinya membuatkan dia rasa selesa.

Menikmati hujan merupakan kegemarannya. Terdapat sepotong kata-kata dari seorang penyanyi lagenda Bob Marley  iaitu "Some people feel the rain. Others just get wet."Dia ialah salah seorang yang merasai hujan itu.

Apabila merasakan titisan hujan menimpa mukanya dia terasa seperti semua masalah yang dihadapinya selama ini hilang begitu sahaja. Rasa lega bila kesejukan hujan menusuk hingga ke tulang hitam. Perasaan indah yang sukar untuk digambarkan. Tetapi memandangkan hari ini dia berpuasa dia membatalkan niatnya untuk mandi hujan. Takut juga kalau tertelan air hujan nanti. Tak pasal-pasal batal puasa pula nanti. Muehehe…

“Sayang suka mandi hujan kan?” Iskandar bersuara memecah keheningan.

Seperti biasa Natasha diraih ke dalam pelukannya. Rasa selesa menguasai dirinya apabila hangat tubuh Natasha menghangatkan dirinya yang kedinginan akibat hujan. Bantal besar yang dijadikan sandarannya tadi dibetulkan sedikit supaya Natasha selesa. Natasha melentokkan kepala di dadanya. Iskandar tersenyum dengan kelakuan isterinya yang tidak lagi menolaknya. Kalau dulu jangankan berpelukan begini. Pandang mukanya pun Natasha tak sudi.

“Eh. Mana abang tahu?” Natasha mendongak kepalanya untuk memandang wajah Iskandar.

“Abang tahulah sayang. Dulu kan Tasha selalu mandi hujan. Ingat tak?” Jari jemari Natasha dimain-mainkan. Lembut. Itu satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan jari jemari Natasha.

“Bila pula abang nampak? Seingat Tasha sepanjang kita kahwin empat bulan ni tak pernah sekali pun Tasha mandi hujan.”  Natasha kepelikan. Memang dia ingat betul yang dia tidak lagi melakukan aktiviti kegemarannya itu setelah dia berkahwin kerana dia malu dengan Iskandar .

“Masa Tasha kecil. Ingat tak?” Iskandar bersuara sambil dagunya diletakkan di ubun-ubun Natasha.

“Ha ha ha ha apalah abang ni. Kita bukannya kenal dari kecil pun. Tasha kan baru jumpa abang masa abang datang mengajar kat kampus.”

“Siapa kata kita tak kenal dari kecil.”

“Betullah kan?” Natasha jadi sangsi. Eh ke betul ni aku memang ada kenal dia masa kecil? Tapi rasanya memang tak ada.

“Ok. Cuba ingat dialog ni. ‘Abang Amin. Boleh tak abang rahsiakan dari papa yang Tasha mandi hujan? Kalau abang yang rahsiakan mesti papa tak marah sebab papa sayang abang Amin. Papa tak sayang Tasha.’ Ingat tak?” Iskandar tersenyum lebar.

Memori  sembilan tahun dahulu terimbau kembali di ingatannya. Dulu sewaktu dia kecil dia selalu berkunjung ke rumah Natasha. Boleh dikatakan sebulan sekali pasti dia akan berkunjung ke situ kerana sebulan sekali Datuk Adam akan mengadakan aktiviti keluarga dengan papa Natasha. Jadi mereka berdua menjadi rapat. Natasha sudah dianggap tidak asing baginya. Bagaikan adiknya sendiri.

Tetapi ketika dia dijodohkan oleh ibu bapa mereka dia tidak dapat terima cadangan itu. Baginya Natasha hanya budak kecil. Tak layak untuknya. Lagi pula Natasha ialah pelajarnya. Memanglah dia tak dapat terima semua itu.

Natasha menekup mulutnya yang ternganga luas. Dia menegakkan tubuhnya dari bersandar di dada Iskandar. Setiap inci wajah Iskandar ditatapnya. Cuba memastikan adakah Iskandar yang ini ialah abang Aminnya dahulu. Abang Amin cinta pertamanya dahulu?

 Masih dia ingat. Ketika dia berusia dua belas tahun Abang Amin tidak lagi berkunjung ke rumahnya. Yang akan datang setiap bulan hanyalah Datuk Adam dan Datin Rose sahaja. Dia tidak mahu bertanya mengapa. Dia takut jika perasaan sukanya kepada Abang Amin diketahui mamanya. Namun apabila dia mendapat tahu Iskandar pergi menyambung belajar di UK. Dia terus membisukan niatnya.

Akhirnya dia berputus asa menanti Abang Amin datang berjumpanya. Sangkanya Abang Amin tidak sukakan dia. Kerana itulah Abang Amin tidak lagi datang selepas itu. Dia hanya mampu memendam rasa dan menutup perasaannya untuk menerima lelaki lain selain Abang Amin. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan.

Natasha cuba mencari persamaan antara Iskandar dengan Abang Amin. Setiap titik wajah Iskandar diperhatikan. Ya. Mata. Mata yang sama. Mata yang indah. Menyebarkan sinar yang memegunkan semua rama-rama dalam hatinya. Mata yang mencairkan semua tembok pertahanan hati Natasha. Mata yang pernah membuai perasaan Natasha selama bertahun-tahun lamanya. Mata yang indah yang mampu memberi ketenangan. Mata yang pernah membuatkannya jatuh cinta dahulu.  

Air mata Natasha bergenangan di matanya. Besar sungguh kebesaran Allah. Sesuatu yang dia doakan dahulu dimakhbulkan Allah tanpa dia sedar. Malah Allah mengurniakan sesuatu yang lebih dari dari apa yang dia doakan.

Masih dia ingat. Setiap kali selepas solat dia selalu berdoa supaya dia dapat bertemu dengan Abang Aminnya walaupun hanya sekali untuk dia melepaskan rindunya. Dia tidak pernah berdoa untuk dijodohkan dengan Abang Amin tetapi Allah telah mengurniakan dia jodoh yang terbaik buatnya. Alhamdulillah.

“Abang Amin?” Serak suara Natasha menuturkan perkataan. Perasaan sebak menyelubungi dirinya.

“Ye sayang. Abang Amin. Yang dulu. Tetap sama sampai sekarang.” Iskandar mengusap pipi Natasha. Natasha segera memeluk Iskandar. Iskandar terus membalas pelukan itu.

Dia tidak tahu kenapa Natasha kelihatan sebak. Tetapi dia tahu bahawa dia perlu menenangkan hati Natasha. Dia tak tahu bahawa dia ialah cinta pertama Natasha. Dia tidak merasakan perasaan yang sama terhadap Natasha dahulu. Malah ketika dia berlepas ke UK Natasha langsung tidak ada di dalam ingatannya.

Intan ialah cinta pertamanya. Intan gadis biasa. Bapanya cuma bekerja sebagai tukang rumah di kampung dan ibunya pula mengambil upah membasuh baju. Namun Intan seorang anak desa yang gigih berusaha sehingga dia mendapat biasiswa sepenuhnya dari JPA. Intan yang pandai membawa diri di tempat orang dan tidak pernah alpa dengan kejutan budaya. Sentiasa tahu menjaga batas pergaulan dan budaya gadis timur.

Kelebihan itulah yang membuatkan dia jatuh cinta dengan Intan. Dia bersyukur dia pernah mengenali Intan. Cintanya dengan Intan yang telah mengagungkan lagi cintanya terhadap Natasha isterinya. Dahi Natasha dikucup lama. Mengukuhkan lagi perasaan cintanya dalam hati. Rasa syukur tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi.



“Abang jom.” Natasha bersuara. Penyakit jom tiba-tiba Iskandar telah berjangkit kepadanya.

Iskandar berpaling dari peti televisyen. Jom? Jom ke mana? Tiba-tiba aje ber jom-jom pula. Eleh. Tak sedarlah tu dia pun sama. Selalu aje jom tiba-tiba.

“Ke mana sayang?”

“Ke rumah mummy. Kita berbuka kat sana nak? Rindulah dekat mummy.” Natasha duduk di sisi Iskandar. Kepalanya direbahkan di paha Iskandar. Lenguh pula badannya dari tadi mengemop lantai. Rumahnya bukanlah kecil untuk dia uruskan seorang diri. Mujur Iskandar mahu mebantunya. Kalau tidak pengsanlah dia. Sudahlah dia tidak ada pembantu rumah. Memang memenatkan.

Rambut Natasha yang panjang itu diusap-usap perlahan. Anak rambut yang menutup mata Natasha disebak ke tepi. Cantik. Setiap saat. Setiap detik tak pernah ada sekali pun Natasha tidak cantik di matanya. Malah dari kecil dahulu memang Natasha cantik dimatanya. Wajah yang akan kemerah-merahan apabila memikirkan sesuatu yang berat. Menarik minatnya.

Teringat kembali pertemuannya kali pertama dengan Natasha setelah mereka dewasa. Teguran Natasha tentang dia salah parkir dan air mata Natasha yang mengalir ketika bajunya basah dengan air minuman membuai sedikit perasaan Iskandar.

“Sekarang dah pukul berapa sayang?” Iskandar menyoal.

“Pukul tiga suku.” Jam di dinding dikerlingnya dan kembali memandang mata indah Iskandar. Mata yang terlalu indah untuk dilepaskan pandangan walaupun untuk seketika.

“Ok. Kalau macam tu. Lepas solat asar kita pergi ye.”

“Ok. Tapi sebelum tu Tasha nak masak red velvet cake yang daddy dengan mummy suka tu. Abang tolong ye.” dagu Iskandar dicuit sedikit. Sengaja menarik minat Iskandar untuk meringankan tulang membantunya di dapur sebentar lagi.

“Boleh tapi abang rasalah kan macam Tasha kena bagi abang reward dululah sebelum mula kerja.” Iskandar menunjukkan jari telunjuk di pipinya. Dia tersenyum nakal.

“Tak nak… blueeekkk…” Natasha menjelirkan lidahnya dan terus bangun berlari ke dapur.


“Hey. Meh sini dia.” Iskandar terus mengejar isterinya. Jeritan Natasha bergema bila Iskandar berjaya menangkapnya dan menggeleteknya sakan. Waaa… mana aci macam ni!

Cincin Is dengan Tasha

A couple had their wedding rings engraved with a waveform of their own voices saying "I do." so instead of making it "I do'' they change it into their own name.. "Iskandar" and "Natasha"


Friday, August 2

My Hubby My Lecturer!!! bab 24

“Sayang jom.” Iskandar  memeluk Natasha dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu Natasha.

Natasha yang sedang membaca novel The Notebook menutup buku itu. Iskandar dipandang dari sisi. Kalau dulu mungkin dia akan menepis dan menolak Iskandar. tapi sejak semalam dia berazam dia akan belajar menerima Iskandar dan menurut kata hatinya yang juga cintakan Iskandar. Walaupun secara perlahan-lahan dia akan cuba.

Iskandar menengih lebar bila Natasha tidak menepisnya. First time nih Natasha tak menolak. Dalam hatinya berjuta rasa syukur dipanjatkan kepada Allah. Rasa hatinya sekarang seperti ingin berlari kelililng padang sambil mengibarkan bendera Malaysia. Punyalah suka.

“Nak pergi mana?” Natasha menyoal. Iskandar memang terkenal dengan jom tiba-tibanya itu.

“Pergi cari baju rayalah sayang. Kita kan nak raya lagi seminggu. Satu benda pun kita tak cari lagi.”

 Pipi Natasha dikucup sekali. Kalau tak lepas laku tu bukan Iskandarlah namanya. Natasha pula hanya membiarkannya. Tak kuasa nak melarang.

“Nak cari kat mana?”

Iskandar bangkit dari belakang Natasha dan duduk di sisi Natasha. Natasha ditarik kedalam pelukannya biar menyandar didadanya. Dia mahu setiap masa Natasha berada di dalam pelukannya. Tak kiralah lenguh pun tak apa. Dia sanggup.

“Butik Salman nak? Abang setiap tahun memang buat kat situ.”

“Lah kenapa nak membazir pergi tempat mahal-mahal. Baju melayu bukannya abang pakai selalu pun. Jumaat je sekali abang pakai kan. Kita pergi tempat special. Tapi no complaint.”

Iskandar terkedu. Natasha memanggilnya ‘abang’. Natasha memanggilnya ‘abang’. Ya Allah. Dia terharu dan berasa sebak. Pertama kali Natasha memanggilnya begitu. Adakah bermakna Natasha telah menerimanya. Pelukannya diketatkan. Biar hangat tubuh Natasha memberitahunya bahawa dia tidak bermimpi. Dia ingin merasakan denyutan nadi Natasha biar bersatu dengannya. Ubun-ubun Natasha dicium kudus. Lama. Natasha tahu itu. Dia tahu apa yang dialami Iskandar sekarang. Dia hanya mampu tersenyum dan merelakan dirinya di dalam pelukan Iskandar. dia selesa egitu.

“Pergi mana sayang?” Iskandar menguak rambut Natasha yang menutup mata.

“Rahsia. Jom pergi siap cepat. Siapa yang lambat siap malam ni tidur luar.” Jari telunjuk diletakkan di bibir dan dia terus berlari naik ke atas untu bersiap. Tak ada maknanya Natasha nak tidur kat luar. Dah terbiasa setiap malam tidur dalam pelukan iskandar. Tak mungkin dia sanggup.




Iskandar memandang ke sekeliling. Lot parking yang biasa. Keadaan yang sesak dengan ramai manusia. Kedai yang berjualan pelbagai benda. Eh. Ada pengemis lagi tu duduk tepi kaki lima. Tempat apalah ni?

“Sayang apa kita buat kat sini?” Soal Iskandar. matanya memandang tepat Natasha yang sedang tersenyum nakal. Nak beli apa kat sini?

Natasha membetulkan selendang yang berada di kepalanya. Bibirnya tersengih lebar. Suka dia mengenakan Iskandar begini. Itulah jadi anak orang kaya sangat. Bila datang tempat-tempat biasa macam ni dah macam monyet masuk kampung eh betul ke peribahasa tu?

“Kita nak beli baju rayalah abang. Hari ni panas sikit. Abang tahan sikit ye.”

Natasha meletakkan tangannya di pipi Iskandar. Sengaja mahu menenangkan hati Iskandar supaya Iskandar tidak marah dibawa ke sini. Sebenarnya tak ada apa yang salah dengan Jalan Tengku Abdul Rahman, Cuma orang yang biasa hidup dengan barangan serba berjenama seperti Iskandar manalah pernah menjejakkan kakinya ke tempat-tempat sebengini. Panas, sesak dengan ramai orang, terlalu banyak gerai, tempat yang mungkin tidak bersih bagi Iskandar tetapi pada Natasha biasa saja. Nama pun tempat awam tempat tumpuan ramai. Memanglah begini keadaannya.

“Beli baju raya? Kat sini? Baju jenama apa yang ada?”

Iskandar memfokuskan pandangnnya kepada jari-jari Natasha yang berada di dalam genggamannya. Takut jika pandangan matanya nanti menyinggung perasaan Natasha. Susah payah dia berusaha supaya Natasha menerimanya. Takkanlah dia mahu musnahkan hanya kerana perkara kecil begini. Tapi untuk membeli belah di sini? Apa yang ada? Jenama apa yang ada? Tak pernah seumur hidupnya selama ini dia menjejakkan kakinya di sini. Tempat sebegini bukan untuknya. Dia tak biasa.

“Macam-macam ada. Tasha janji. Duit abang tak akan habis sampai lima ratus ringgit hari ni. Takkan sama dengan harga sepasang baju abang tempah di Salman tu. Jom.” Natasha mengangkat beg tangannya dan segera keluar dari kereta. Baju gaun labuh tanpa lengan bewarna kuning yang dipadankan dengan cardigan panjang bewarna  turquois dan selendang senada dibetulkan sedikit. Kasut sneakers di kakinya di betulkan sedikit juga. Nak berjalan banyak hari ini. Kasut inilah yang paling bersesuaian dengannya. Sekali imbas tengok pun dah tahu bahawa dia ialah seorang pelajar.

Iskandar yang turut juga keluar dari kereta tersenyum melihat isterinya. Cantik! Natasha pakai apa pun cantik di matanya. Iskandar memandang kepada dirinya. Ok. Nasib baik aku ni si kacak yang nampak muda belia. Tak adalah orang cakap aku bawa adik jalan-jalan. Bangga rasanya jadi orang handsome macam ni. dapat isteri pulak cantiknya tahap membunuh. Sekurang-kurangnya membunuh hati aku. Muehehe…

Tiba-tiba ada bunyi siulan kedengaran. Iskandar memandang tajam kepada lelaki-lelaki muda yang sedang bersiul ke arah Natasha. tengok. Kan aku cakap tadi. Tak sampai beberapa saat dia keluar dari kereta dah ada yang gatal nak mengorat. Melampau! Dia segera mendekati Natasha yang sedang tersenyum indah kepadanya. Pinggang Natasha dirangkul mendekatinya kemudian terus memulakan perjalanan. Rasa hatinya sekarang. Hanya satu. Bahagia.



“Tahun ni pakai baju melayu Aaron Aziz nak?” Natasha menyoal apabila melihat Iskandar bagaikan buntu untuk memilih baju melayunya. Satu pun dia tak berkenan. Walaupun Iskandar tidak mengatakan tidak berkenan tetapi wajahnya yang berkerut setiap kali disuakan baju melayu jelas menujukkan dia tidak berkenan.

“Baju melayu Aaron Aziz apa tu?”

“Baju melayu lah inspired by that handsome guy Aaron Aziz. Sesiapa yang pakai akan jadi handsome macam dia… Ha ha ha..” Natasha ketawa dengan lawak yang dibuatnya sendiri. Selendang yang bergantungan di kedai tudung dibelek.

Terbayang wajah kacak Aaron Aziz dalam cerita Ombak Rindu yang menjadi kegilaan ramai itu. Ok apa. Kalau pakai baju melayu tu boleh jadi handsome macam Aaron apalah salahnya beli. Sekurang-kurangnya bolehlah cuci mata di pagi raya. Muehehe…

“Tak payah. Kita pergi Euro Moda Gulati's kat depan tu.” tangan Natasha segera ditarik menuju ke tempat yang ditujunya.

Aaron handsome? Aku lagi handsome. Dia ni. hari tu Firman sekarang Aaron. Sengaja betul. Memanglah Aaron tu hansome. Tapi tak payahlah sampai nak puji-puji dia handsome depan aku. Aku ni suami yang punyalah handsome seantero galaksi ni dia tak pernah nak puji pun. Ini Aaron suami orang tu juga dia puji. Dia tak nampak ke berapa ramai peminat aku? Aku ni yang bukan artis pun ada ramai peminat. Bermakna aku ni tersangatlah kacaknya. Haissh…

Natasha menahan ketawa yang ingin meledak. Cemburulah tu. Dia ni kan. Selalu sangat cemburu pada benda yang tak tercapai. Padahal Aaron tu tak tahu pun kewujudan aku kat bumi ni. Apalah punya cute suami aku ni. Tangan Iskandar yang menggengam tangannya digenggam kembali. Rasa senang dalam hati menguasai dirinya. Bahagia yang indah dengan sesuatu yang halal.


Iskandar mendekati Natasha setelah selesai membuat pembayaran. Natasha yang leka memandang keluar tingkap dipandang dengan kerutan di dahi. Apa yang dia pandang? Mercun? Dia nak main mercun ke?

“Sayang tengok apa tu?” Iskandar menyoal membuatkan Natasha tersedar dari lamunan. Senyuman manis diberikan kepada Iskandar. Iskandar turut membalas. Seluruh jiwanya terasa bagaikan dilegari rama-rama.

“Abang jom beli bunga api. Malam nanti boleh main.” Natasha mengajak Iskandar melakukan sesuatu yang gemar dia lakukan dahulu. Bermain bunga api bila waktu malam. Seronok!

“Beli boleh tapi tak boleh main malam ni. kita nak pergi tarawih dan beri'tikaf. Sepuluh malam terakhir macam ni lah kita nak cari malam lailatul qadar. Kita main malam raya nanti ye.” Iskandar membantah dengan alasan yang kukuh.

Bukan mudah nak mencari malam lailatul qadar. Tidak mungkin dia mahu mensia-siakan  peluang yang hanya datang setahun sekali sahaja. Natasha tersenyum bangga. Walaupun Iskandar bukanlah  seorang imam ataupun ustaz sekurang-kurangnya Iskandar tidak alpa dengan hal agama dan mampu membimbingnya di dalam hal agama. Dia bersyukur.

“Jom kita beli. Nanti kita ajak mummy dengan daddy main sekali. Beli banyak-banyak”

“Tak ada maknanya mummy dengan daddy nak jadi budak-budak macam kita kan.” iskandar mengusap kepala Natasha yang tersengih nakal. Orang yang tidak ada depan mata pun sibuk dia nak kenakan. Nakal.

Natasha ketawa senang hati. Matanya tepat memandang mata Iskandar kemudian dijatuhkan pandangannya kerana dia tak mampu melawan sinar mata indah itu. Sinar mata yang membiatkan rama-rama dalm perutnya kaku. Terpegun dengan keindahan mata itu.

Thursday, August 1

Iskandar al-Amin.

Hye darling2 tengah baca MHML ke? meh nak belanja sikit.. cuba bayangkan muka ganteng delicious ni muka Is.. mesti membaca jd lg seronok.. muehehe... :D




Wednesday, July 31

My Hubby My Lecturer!!! bab 23

“Ha Ha Ha… “ Natasha tergelak kecil. Kemudian dia segera menutup mulutnya. Buku nota di tangannya ditutup dengan cepat.

 Iskandar yang sedang bercekak pinggang di belakangnya dipandang sekali lalu kemudian segera keluar dari bilik untuk ketawa lebih kuat. Nak ketawa kuat-kuat karang takut terasa. Kalau tak ketawa rasa nak pengsan pun ada. Apalah kena dengan Iskandar ni? Iskandar mengekori Natasha dari belakang sehingga ke dapur. Buku nota ditangannya diletakkan di meja bar. Lebih baik dia menyibukkan diri menyediakan makanan untuk bersahur daripada terketawa memandang muka Iskandar.

“Apa masalahnya. Kata nak Firman sangat. Abang buatlah macam Firman.” Iskandar menegakkan keadilan bagi dirinya.

Natasha buat-buat seperti tidak mendengar kata-kata Iskandar. Kopi di bancuh dengan bibir yang dikemam untuk menahan ketawa. Tak sanggup rasanya nak menatap wajah Iskandar. patutlah dari pukul tiga pagi tadi dia bangun untuk mengulang kaji Iskandar tutur bangun dan asyik berlalu lalang di belakangnya. rupa-rupanya inilah rancangannya. Lawak sungguh!

“Pusing belakang tu ketawakan abanglah tu. Habis tu Tasha yang nak sangat macam Firman kan? Abang buatlah.  Sekarang dia nak gelak-gelakkan orang pulak. Tak adil”

Iskandar menarik keluar suratnya yang diselitkan di dalam buku nota Natasha. bersusah payah dia menulis surat kepada Natasha macam yang Firman buat kepada Iris. Cuma dia selitkan dalam buku nota Natasha kerana Natasha lebih sering menatap buku nota berbanding memantau apa yang ada dibawah bantal. Surat itu dibuka.


Assalamualaikum,
Kehadapan isteri abang Natasha,
Selamat pagi sayang. Abang nak tanya apa khabar.. abang dah tahu dah kesihatan Tasha macam mana. Jadi abang cancel ajelah nak tanya khabar ye.
Malam tadi masa Tasha tidur abang tenung muka Tasha puas-puas. Rambut Tasha yang lembut menyelesakan. Kening Tasha yang cantik terbentuk dan seksi. Mata Tasha yang terpejam dengan bulu mata yang lebat membuatkan abang rasa berdebar. Hidung Tasha yang kecil elok terletak. Bibir Tasha yang menggoda abang dengan rasa wangi dan manisnya(copy ayat Firman). Membuatkan abang terpaku dengan kejelitaan Tasha.
Abang terasa seperti dunia abang yang punya bila Tasha ada dalam pelukan abang (walaupun curi-curi aje). Rasa hangat tubuh Tasha membuatkan segala masalah yang abang hadapi hilang serta merta. Menenangkan fikiran abang. Walaupun Tasha masih lagi tak dapat menerima abang tapi abang nak Tasha tahu yang abang sayangkan isteri abang, Tasha yang gorgeous meletopss ni..

Sebenarnya abang tak tahu nak tulis apa banyak-banyak. Abang pun dah banyak kali refer ayat-ayat dari Firman durjana tu.. eh sorry. Alamak tak jumpa liquid paper pulak. Tak apalah, anggaplah Tasha tak nampak perkataan durjana tu.  Sila pejamkan mata anda di bahagian tersebut.
Akhir kata,

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.

Yang benar,
Suami awak yang handsome.


Ok apa surat aku ni. bukan senang nak tengok suami zaman sekarang ni rajin macam aku nak melayan perangai isteri yang suka buat blur tak tahu perasaan orang. Aku ni punyalah separuh maut sayang kat dia, cinta kat dia. Dia boleh buat derk je. macamlah aku ni tak pernah confess kat dia. Padahal hampir setiap setengah jam aku confess.

“Is. Makan. Nanti terlepas imsak pulak kita. Saya pergi naik atas mandi dulu ye.” Natasha malas nak menjawab kata-kata Iskandar.

Dia ingat lagi. Perkahwinan ini cuma untuk enam bulan bermakna berbaki lagi dua bulan sahaja. Bukankah Iskandar sendiri yang membuat surat perjanjian itu? Dia takut untuk terus bergantung dan memberikan cinta yang sedang memekar dalam hatinya kepada Iskandar. Bagaimana kalau Iskandar berubah hati? Bagaimana kalau Iskandar sudah tiada nanti? Mampukah dia bertahan? Lebih baik dia terus berlagak seperti sekarang. Sekurang-kurangnya apabila dia sudah tidak bersama Iskandar nanti dia masih dapat berdiri sendiri tanpa hati yang terluka.

Dia tak sanggup membayangkan jika dia telah terlalu bergantung hidup dengan Iskandar dan juga telah menyerahkan sepenuh hatinya kepada Iskandar dan Iskandar meninggalkannya. Dia sudah tak sanggup lagi kehilangan sesiapa dalam hidupnya. Dia sudah cukup sengsara tanpa kedua ibu bapanya. Dia takut jika dia tak mampu berdiri lagi selepas itu.

Iskandar hanya mampu menggeleng melihat Natasha yang masih keras hati tidak mahu menerimanya. Malahan memanggilnya abang pun Natasha tak mahu. Apa lagi yang perlu dia lakukan? Dia buntu. Untuk mencuri hati seorang Natasha bagaikan terpaksa berlawan dengan pelbagai halangan. Tinggi sungguh tembok hati Natasha. Tebal sungguh dinding cinta Natasha. Apa lagi yang perlu dia lakukan?  Mee goring di dalam pinggan disuapkan kedalam mulutnya. Kepalanya masih lagi berusaha memikirkan strategi mencuri hati Natasha.


“Hai.. leganya dah habis exam macam ni. Eh! Tasha. Cuti ni kau tak pergi mana-mana dengan Mr. Nasi Kandar ke?” Ara bersuara setelah penat berbaringan di dalam masjid.

Masjid di universiti ini memang sudah biasa menjadi tempat untuk berbaringan sementara menunggu aktiviti yang lain. Paling-paling tidak sesudah selesai bersolat mereka boleh merehatkan diri mereka. Lagipun keadaan masjid yang luas itu sedikitpun tak mengaggangu Jemaah lain yang ingin bersolat. Malahan terdapat beberapa bantal juga disediakan di situ. Mungkin pihak universiti faham bahawa kadang kala mahasiswa di situ ingin merehatkan diri setelah seharian belajar.

“Tak tahu lagi aku. Rasa-rasa macam aku nak pergi bercuti kat tepi pantai je. Tapi aku malaslah nak pergi dengan Mr. Nasi Kandar tu. Kau tahu ajelah aku ni kan kekok sikit dengan dia.” Natasha meluruskan rambutnya dengan jari. Lega dapat melepaskan hijab setelah seharian memakainya.

“Nak kekok apanya? Dia kan laki kau. Apalah kau ni.” Ara geram melihat Natasha yang begitu.

Dia ni tak faham-faham lagi ke yang Mr. Nasi Kandar tu punyalah sayang dekat dia. Dia boleh buat tak tahu aje. Tak cukup lagi ke sir terpaksa berhujan berpanas tunggu dia? Tak cukup lagi ke sir terpaksa bersakit-sakit demi dia. Hari tu pun. Sir luka kat lengan sebab nak ambilkan dia punya pencil box yang terjatuh dalam longkang dia boleh buat tak heran lagi. Dah la sir tu punya handsome. Melampau dia ni!

“Entahlah… aku pun tak tahu kenapa. Yang pastinya aku memang kekok dengan dia. Aku takut nak terima dia dalam hati aku. Kalau dia tiba-tiba tinggalkan aku macam mana?” Natasha memandang Ara dengan tepat. Dia mahukan jawapan yang pasti. Bukan dia tidak merasakan perasaan yang unik kepada Iskandar. Tetapi dia takut untuk mengakuinya.

“Gila kau dia nak tinggalkan kau? Takkanlah kat tak nampak bertapa dia sayangkan kau? Bertapa dia cintakan kau? Cuba kau celik mata sikit Tasha. Pandang hati dia. Jangan fikirkan hati kau je. Fikirkan perasaan dia.” . Suara Ara meninggi. Dia mula geram dengan perangai NatashaKasihan Sir!

“Eh janganlah marah. Ok. Ok. Nanti aku cuba pandang hati dia macam yang kau suruh tu.” Natasha yang seperti biasa takut dibentak segera mengalah. Ara bi bukan boleh buat main-main. Kalau dia marah haru semua benda. Nanti tak pasal-pasal orang tak tahu pasal aku dengan Is jadi semua orang tahu.

“Aku pegang janji kau tu.”

“Eh. Aku tak janjilah… aku hanya boleh cakap Insha Allah.”

“Akan aku tuntut Insha Allah kau tu.”

“Ok. Fine!” Sekarang ni semua sebelahkan Is. aku pun tak pasti si Ara ni kawan aku ke kawan Is.

Lagu instrumental You and Me berbunyi perlahan. Mesej masuk? Natasha menggagau telefon bimbitnya di dalam beg. Dia menilik telefon bimbitnya. Mesej dari Is.

‘Syg dah habis paper kan? Jom blk.’

‘Dah. Jom’ Natasha membalas.

‘Syg kat mana?’

‘Saya kat masjid. Awk kat mana?’

‘Samalah. Baru lps solat asar. Abg tunggu syg kt luar ye.’

‘ok. Tunggu sekejap. Jap lg saya keluar.’

‘ok syg. Mlm ni kita berbuka kat luar nak?’ Mesej masuk lagi

‘ok klau awk belanja.’ Natasha menyengih.

‘hehehe… mstilah. Xkanlah abg nk suruh syg bayar.’

‘muehehe.. manalah tahu.’

‘nakal ni. nak kena gigit ke?’

‘x mau, x mau. Ampun pak ampun’

‘hehe… cepat keluarlah syg. Abg tunggu ni.’

Natasha mengecilkan mata. Seronok juga bergurau-gurau begini dengan Iskandar. senyuman melebar dibibirnya. Ara yang melihat tersengih. Tak suka konon. Bila hubby dia message sengih macam nak koyak bibir. Itu pun panggil tak suka lagi?

‘kalau lambt lg mcm mana?’

‘abg masuk bhg perempuan angkat syg.’

‘hehehe… x maulah. Tuggu saya kat luar tu kejap ye.’

‘ok abg tggu.’

‘kat luar jgn ngorat-ngorat tau.’

'jangan ngorat-ngorat?' Natasha cemburu! Iskandar  berdebar. Natasha dah berubah. Dia dah berubah. Alhamdulillah Ya Allah. Dia yang menyandarkan dirinya di keretanya yang diparkir di luar masjid menegakkan tubuhnya. Di rumah Allah ini Natasha telah berubah. Walaupun tidak besar perubahannya. Walaupun Natasha Cuma bergurau sedikit tetapi  Iskandar bersyukur. Sekurang-kurangnya Natasha tidaklah hambar seperti selalu.

‘x lah. Diaorg yg ngorat saya mcm mana ni?’

‘malam ni awak tidur luar.’

‘alamak. X naklah. Ok. Ok. Abg pejam mata ye, buat2 tidur. Mesti diaorg x ngorat abg’

‘perasan betul awk ni. mcmlah ramai sgt yg nk ngorat awk.’

Natasha mengemas begnya. Ingin segera keluar menemui Iskandar. manalah tahu betul-betul ada ramai yang menggoda Iskandarnya di luar sana. Ara disalam secepat mungkin dan kakinya melangkah laju keluar dari masjid.

‘tapi memang ramai pun lah.’

Natasha tiba di luar masjid dan terkejut melihat Iskandar dikerumuni sekumpulan pelajar perempuan. Ya Allah. Tak ada satu masa pun ke dia tak dimengorat? Natasha jadi cemburu. Iskandar yang sibuk melayan pelajar-pelajar tersebut dipandang tajam. Suhu kemarahannya meningkat bila Iskandar memandangnya juga Iskandar menyengih. Dia boleh tersengih? Hello! Aku ni isteri dia! Natasha segera menaip sesuatu di telefon bimbitnya.

‘malam ni awak tidur luar! Saya nak blk sekarang!’

Natasha segera berjalan meninggalkan tapak parkir itu. Tak sanggup dia nak melihat Iskandar bercekerama di situ. Kononnya sayang, cintakan aku. Tapi bila ada perempuan menggatal terus je melayan. Nak sangat melayan perempuan tu. Layanlah!

 Iskandar terkedu membaca mesej yang diterimanya dari Natasha. Alamak macam mana ni? Iskandar segera meminta pelajar-pelajar perempuan itu untuk menjauhinya dengan alasan dia ingin pulang. Namun bukan mudah untuk dia terlepas. Pelbagai jenis hadiah terpaksa dia terima dan pelbagai jenis kad raya yang terpaksa dia pegang. Tak kurang juga yang sibuk ingin menangkap gambar dengannya.

Sesudah selesai semuanya dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta kerana Natasha yang telah hilang dari pandangan. Dia perlu segera memujuk Natasha. Bukan senang Natasha nak berubah. Janganlah suasana gembira yang dirasainya tadi rosak.

Iskandar memperlahankan kereta bila ternampak kelibat Natasha. dia terus berhenti di tepi. Lengang betul kampus ni. Ramai pelajar yang sudah pulang ke kampung memandangkan peperiksaan akhir sudah tamat dan cuti semester sudah bermula. Iskandar terus mengejar Natasha. Aduh cinta. Tak mahulah merajuk.

“Sayang abang minta maaf. Mereka cuma nak ucapkan selamat hari raya pada abang je. jom kita naik kereta.” Iskandar memegang tangan Natasha untuk menghalang Natasha dari terus berjalan.

Natasha terus memandang ke depan. Tak mahu memandang wajah Iskandar. merajuklah katakan. Mana boleh pandang muka dia. Nanti kalau cair macam mana?

“Cinta. Sorry sayang. Jom kita naik kereta. Nanti tak sempat berbuka nanti.” Iskandar memujuk lagi.

Apa caranya ye? Aduhai. Aku ni dah la lemah bab pujuk memujuk ni. Iskandar memandang ke sekeliling. Ok. Ada padang yang luas di kiri kanan. Jalan raya yang lengang.  Kereta pun hanya kereta dia yang ada. Makhluk yang bernyawa yang bernama manusia pun hanya dia dan Natasha. Iskandar tersengih. Idea! Dia menundukkan badanya supaya tingginya sama dengan Natasha dan bibir Natasha dikucup sekali dengan laju.

“Hey! Apa ni! Kalau ada orang nampak macam mana?” Natasha menekup bibirnya. Mukanya memerah. Iskandar ni memang lepas laku orangnya!

“Kalau ada orang tengok abang cakaplah sayang isteri abang. Jadi jangan nak ngorat-ngorat abang lagi. Abang sayang isteri abang sorang ni aje.” Iskandar menjawab. Sengaja nak menggoda Natasha.

Natasha tersenyum sedikit. Dia malu dan dia bangga bila Iskandar berkata begitu. Sekurang-kurangnya dia tahu Iskandar berusaha untuknya.

“Jom naik kereta sayang. Nanti orang nampak kita kat sini. Tangan Natasha digenggam dan menarik Natasha masuk ke dalam kereta. Dan Natasha masuk ke dalam kereta tanpa membantah. Yes! Natasha dah berubah! Iskandar terasa seperti ingin menjerit kegembiraan ketika itu. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu ini. Walaupun perubahan Natasha hanya sedikit namun aku benar-benar bersyukur. Alhamdulillah.

Monday, July 29

To My Super Darl..

Darling2 yang jelita, anggun, gorgeous, my heart throb... terima kasih sbb sudi membaca.. maaf saya buat anda tertunggu2..semalam seharian saya melayan bonda mengecat rumah.. dia nak cat sebelah hijau sebelah oren lah.. dalam bilik warna lain lah.. sampai lantai pun dia beli cat putih khas untuk cat lantai.. saya rasa nak pengsan.. maklumlah.. anak lelaki bondalah katakan saya ni..muehehe. mujur ada kanda saya yg tolong.. kalau tidak mati katak saya melayan bonda punya kehendak..  dan sepatutnya saya update chap 23 malam td.. tapi saya tertidur kepenatan dan hari ni ada presentation besar yg menyebabkan saya dapat A atau tidak.. dan Alhamdulillah... atas izin Allah saya dapat score 94/100.. rasanya nak berlari keliling KL sambil kibar bendera Malaysia.. leganya rasa.. dan esok pun saya ada lagi satu presentation.. jadi mungkin malam ni pun saya x dpt nk update lg..

Sebenarnya ramai yg tanya saya.. kenapa lambat2 update or update sikit2.. kenapa x update banyak2 sekali gus.. mai saya habaq satu rahsia.. sebenarnya saya x ada simpanan chap lain.. saya mengarang dan sampai ke titik terakhir saya terus post.. setiap kali saya habis karang satu bab saya terus update.. saya memang buat satu bab ke satu bab x ada simpanan masa akan datang.. muehehe.. saya x ada pun lg full story of this novel.. jadi saya memang x dapat nk update banyak2..darling2 semua memang baca sesuatu yang fresh dari kepala saya.. habis curah idea terus saya update.. :)

akhir sekali.. terima kasih kerana telah menjadikan novel ni ada seramai 40k pembaca dalam masa x sampai 2 bulan.. saya sebak terharu x sangka ada ramai yg sudi membaca... dan terima kasih juga kepada darling2 yang sudi mempromote novel saya.. jasa anda sangat saya hargai.. dan kepada yang tanya saya x ada ke publisher yang tawarkan nak bukukan novel ni memang x ada syg.. mereka nak tawarkan macam mana? cerita ni masih jauh nak habis.. Insha Allah sepanjang cuti sem nanti saya akan cuba habiskan.. after all.. terima kasih kerana sudi membaca...

p/s: bab 23 x tulis pun lg.. muehehe... gwiyomi.. ^_^ v

Sunday, July 28

My Hubby My Lecturer!!! bab 22

Kereta dipakir di tempat letak kereta. Iskandar memandang ke sekeliling. Ok. Tak ada orang. Line clear. Canteek.. Nasib baiklah di universiti ini tempat letak kereta pensyarah terlindung dari pandangan orang luar dan cermin kereta Iskandar juga bertinted hitam gelap. Dapat melindungi siapa di dalam kereta dari pandangan orang luar. Kalau tidak pasti hal dia dan Natasha akan terbongkar dengan mudah.

Bukannya dia malu untuk memberitahu umum tentang perkahwinannya dengan Natasha tetapi dia takut jika itu akan mengganggu pelajaran Natasha. Kalau dulu mungkin dia akan malu. Tetapi sekarang dia berbangga memiliki Natasha. Gadis tercantik dan terbaik buatnya. Tiada yang lain hanya Natasha.

“Alhamdulillah dah sampai. Seramlah saya nak ambil exam ni. Tak tahu nak baca doa yang mana satu. Risaunya saya…..” Natasha merengek tak keruan.

Semua benda rasanya tak kena pagi ni. Rasa takut untuk menghadapi peperiksaan menghatuinya. Bukannya dia tak biasa menghadapi peperiksaan tetapi inilah kali pertama dia menghadapinya tanpa kedua ibu bapanya. Sebelum ini mereka yang akan menemaninya sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Jadi kali ini dia berasa tidak ada keyakinan seperti biasa. Perasaan gementar mengusai dirinya.

Perutnya yang rasa bergolak diusap perlahan. Sabarlah perut. Jangan buat hal. Nak gementar pun janganlah sampai kau sakit bersama. Aku takut ni.

“Yang.” Iskandar memontong percakapan Natasha.

“Yang mana?’ Natasha masih lagi menunduk menatap notanya. Tak sanggup rasanya membuang sesaat pun untuk memandang wajah Iskandar. Biarkan dia.

“Yang.” Sekali lagi Iskandar bersuara.

“Yang mana satu?” Natsaha menjawab geram pula dia bila Iskandar bersuara satu persatu begitu.

“Apa yang mana satunya?”

“Iyalah doa yang mana satu?”

“Apa kena mengena dengan doa pulak ni?” berkerut dahi Iskandar. Apa pulak kena mengena dengan doa ni? Rasanya tadi tak ada sepatah pun aku sebut tentang doa.

“Tadi kan saya tanya nak baca doa yang mana satu. So yang mana?”

“Laaa… Ya Allah… Natasha. Yang tu stand for sayang lah. Saya panggil awak sebenarnya.” Dagu Natasha diangkat memandangnya. Itulah orang cakap dengan dia dia sibuk menatap buku. Kan dah tak faham apa orang cakap.

“Oh… Ok.. key…” Natasha menjawab kepelikkan. Dah kenapa dia ni? Seribu kerutan muncul di dahinya. Haii la Natasha selalu sangat kerutkan dahi macam ni habislah berkedut muka sebelum tua.

“Meh sini saya bagi support.”

“Ini untuk ketenangan” Iskandar menarik Natasha dalam pelukannya dan mengusap perlahan belakang Natasha.

“Ini untuk keberanian” Iskandar mencium kudus ubun-ubun Natasha.

“Ini untuk mata yang telus” Mata Natasha dikucup keduanya.

“Ini untuk rasa nafas yang lapang.” Pucuk hidung Natasha dikucup lembut.

“Ini untuk rasa cinta.”
Dahi
Natasha dikucup. Lama. Matanya dipejamkan rapat. Rasa kasih, cinta dan sayang kepada Natasha tertumpah semuanya.

Biarkan semua rasa itu menjadi satu. Biarkan Natasha tahu akan perasaannya. Rama-rama yang dulunya gugur kini berterbangan semula. Matahari yang dulunya suram bersinar terang menerangi dua insan yang bertaut hati dan perasaan. Sama-sama meraikan rasa cinta yang Iskandar curahkan buat Isterinya. Menyebarkan rasa suci buat isterinya. Iskandar melepaskan Natasha perlahan-lahan. Wajah terkejut isterinya itu dipandang. Iskandar tertawa kecil. Comel sungguh!

Mendengarkan Iskandar ketawa Natasha seperti tersedar dari khayalan. Mukanya merah padam menahan malu. Ya Allah. Kenapalah aku tak melawan? Mesti dia ingat aku syok dekat dia. Natasha segera mengemas semua bukunya dan bersedia untuk keluar dari kereta. Ah! Kalut! Dan dia terus berlari memasuki dewan kuliah. Iskandar yang sedang ketawa langsung tidak dipandangnya.

Iskandar hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Natasha itu. Ya Allah. Comelnya dia! Tengok tu. Sampai pintu kereta pun dia tak tutup. Malu sangatlah tu. Iskandar tertawa lagi. Kelakar sungguh!



Telefon bimbit Natasha bergetar. Sengaja dia letak di dalam mode silent. Takut juga jika telefon bimbitnya berbunyi ketika peperiksaan tadi. Mesej dari Iskandar rupanya. Bibirnya tersenyum lebar. Ara yang berdiri di sebelahnya mengangkat-angkat kening beberapa kali. Dia mengacah untuk mengintai skirn telefon bimbit Natasha. Natasha segera menutup skrin telefonnya itu. Tak boleh buat main Ara ni. nanti dia betul-betul intai. Naya.

‘Syg. Dah keluar dewan? Saya tunggu kt bilik ni :D’

Amboi bersayang-sayang dia. Suka suki dia aje. Huh!

‘Dah. 10mins would be there.’

‘K. dun b so long. Nanti x sempat berbuka’

‘k boss.’

Natasha meletakkan semula telefon bimbitnya di dalam beg. Dia tersenyum lagi. Kenangan luar alam pagi tadi terlayar lagi di matanya. Berkesan betullah cara iskandar tu. Hilang semua rasa gemuruhnya pagi tadi. Segala pelajaran yang dipelajarinya juga dapat diaplikasikan dengan mudah di dalam peperiksaan. Natasha termalu sendiri.

“Apasal? Cik abang dah panggil?” Ara menyoal perlahan. Natasha yang termalu-malu kera disiku sedikit. Malu konon. Heh. Dah kahwin dekat empat bulan pun nak segan-segan lagi.

“Humm… dia tunggu kat bilik.” Natasha mengangguk sedikit. Suaranya perlahan sahaja. Takut juga jika ada yang terdengar. Namun bila dinamakan Ara memanglah tak boleh simpan suara sehingga Haikal si telinga lintah aka Mat jambu telah terdengar perbualan mereka itu. Natasha dipandang dengan wajah keruh. Mana mungkin dia melupakan gadis yang dicintainya separuh mati itu. Tak mungkin. Walaupun telah dia cuba sedaya upaya namun dia tak mampu.

Natasha yang kelihatan serba salah dihadiahkan dengan segaris senyuman sebelum dia berlalu meninggalkan Natasha dengan perasaan kecewa. Lorong pejalan kaki yang sunyi tanpa pelajar selain mereka itu lain dilalui dengan perasaan hampa. Mengapakah satu-satunya impian yang ingin dimiliki selama ini pun dia tak dapat miliki? Tidak pernah dia mengimpikan sesuatu sebelum ini. Natasha lah satu-satunya impian yang dia miliki. Namun itu pun tak dapat dia miliki. Hatinya terluka dengan hebat.

Natasha cuba mengejar Haikal yang laju meniggalkannya. Dia tak sampai hati melihat Haikal begitu. Apa pun yang terjadi Haikal tetap sahabatnya. Tetapi niatnya itu terbantut apabila bahunya dipegang dari belakang. Natasha berpaling melihat siapakah yang memegang bahunya itu. Wajah tegang Iskandar mengisi ruang matanya.Natasha menelan air liur. Ara yang juga berwajah terkejut dipandang. Ara segera mengangkat bahu dan meninggalkan mereka berdua. Takut nak masuk campur.

“Balik sekarang.” Keras suara Iskandar. Kemudian dia terus berjalan lurus ke kereta meninggalkan Natasha yang sedang kecut perut. Natasha segera mengekorinya dari belakang.

Iskandar masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Natasha. Apabila melihat Natasha masih lagi tercegat di luar kereta dia membuka cermin. Mengintai Natasha dari dalam.

“Tak nak masuk ke? Pintu ni bukannya automatic buka sendiri. So masuk sekarang.”

 Ah keras lagi suaranya. Natasha jadi tak keruan. Takutnya. Pintu segera dibuka dan memboloskan diri ke dalam kereta. Tak sanggup nak di marah di tempat awam. Iskandar terus memecut sebaik sahaja Natasha memakai tali keledar.

Iskandar memandu laju. Semua kereta dipotongnya. Natasha menarik nafas dalam-dalam. Mati juga aku ni karang. Berbuka puasa pun belum lagi aku ni. Iskandar yang bermuka tegang dipandang sekilas kemudian memandang ke depan semula. Bibirnya diketap ketakutan. Tasbih yang bergantungan di cermin pandang belakang sudah kelihatan hampir terputus saja gayanya akibat daripada goyangan yang kuat dari kereta yang memecut laju.

“Is. Janganlah laju sangat saya takut.”

“Abang! Call me abang! I’m your husband Natasha. Your husband!” kasar suara Iskandar.

 Hatinya marah benar melihat Natasha yang cuba mengejar Haikal tadi. Mujur hatinya terlintas untuk mencari Natasha, kalau tidak pasti dia tidak dapat melihat drama itu. Geramnya dia dengan Natasha bukankah dia sudah memberi amaran? Jangan ada Haikal lagi. Jadi mengapa mesti mahu mengejar Haikal yang kecewa? Untuk apa? Untuk menyambung semula hubungan mereka? Untuk bercinta semula? Untuk bersama semula? Argghh! Tak cukupkah dia meluahkan rasa cintanya kepada Natasha? tak cukup lagikah dia merendahkan martabatnya meluahkan perasaan kepada Natasha. 

“I’ve told you. No more Haikal. Is that so difficult for you to do? I’m your husband Natasha. Bear it in your mind!” sekali lagi Iskandar bersuara kasar.

Natasha tersentak bila Iskandar menengking begitu. Dia takut. Dia tak biasa dengan suasana begitu. Papanya dahulu tak pernah meninggikan suara. Iskandar juga, inilah kali pertama dia menengking begitu. Natasha mula menitiskan air mata. Dia bencikan suasana begitu. Dengan kereta yang dipandu degan laju sekali dan Iskandar yang mengamuk sakan. Dia takut.

“Ab.. abang.. Tasha takut.”

Suara Natasha yang serak dengan tangisan dan tersekat-sekat menarik perhatian Iskandar. Hilang semua perasaan marahnya tadi. Timbul rasa kasihan terhadap isterinya. Iskandar segera memberhentikan kereta di bahu jalan. Perasaan bersalah mula menguasai dirinya.

Wajah Natasha yang menangis teresak-esak dalam ketakutan itu dipandang lama. Ya Allah apa yang aku dah buat ni? Sampai hati aku takutkan isteri aku sampai macam ni sekali. Berdosanya aku Ya Allah. Natasha diraih ke dalam pelukan. Natasha semakin teresak-esak dalam pelukan Iskandar. Nampak sangat dia takut.

“Maafkan abang sayang. Maafkan abang. Ssshh.. maafkan abang. Jangan menangis macam ni sayang. Maafkan abang.”

Mendengar kata-kata Iskandar itu Natasha semakin teresak kuat. Dia juga turut memeluk Iskandar. dia cuba membuang semua rasa takutnya. Iya. Dia rasa damai dalam pelukan Iskandar. Damai dalam pelukan seorang suami.

“Tasha tak ada apa-apa dengan Haikal. Tak ada. Sumpah.” Natasha cuba menjelaskan hal sebenar kepada Iskandar. Iskandar segera mengangguk.

“Abang tahu sayang. Abang minta maaf sebab cemburu buta. Abang minta maaf. Abang yang salah. Tasha tak salah. Maafkan abang.” Pelukannnya semakin dieratkan.


Natasha tersenyum lega dalam tangisan. Lega kerana Iskandar memahaminya. Dan lega kerana kemarahan Iskandar sudah surut. Dia sukakan Iskandar yang begini. Bukan yang panas baran bukan yang suka membentak. Lega perasaan takutnya tadi. Hilang semuanya. Pelukan Iskandar dibalas ikhlas.