Gambar Natasha ditatap lama. Dia menggaru-garu
kepalanya. Rasa bagaikan nak pecah kepalanya memikirkan pelbagai benda. Bilik yang
berselerakan dengan pelbagai kertas dibiarkan sahaja. Semuanya hanya gambar
Natasha. Ketika dia tersenyum. Ketika dia ketawa. Ketika dia berada di dalam
pelukan Iskandar. Ketika Iskandar mencium ubun-ubun Natasha. Ketika Natasha
gembira membeli belah bersama Iskandar. Ketika Natasha turun dari kereta
Iskandar. Beribu-ribu gambar bersepahan di dalam biliknya.
Dia tertekan. Puas dia mengekori Natasha. Setiap
detik dirakam di dalam kameranya. Dia tidak ingin terlepas satu pun ekspresi
wajah Natasha. Namun apa yang dia dapat hanyalah wajah Natasha yang jelas
gembira setiap kali bersama Iskandar. Hatinya hancur. Hatinya luka. Dia bencikan
semua itu. Gambar Iskandardikoyak dan direnyukkan sehingga menjadi
kepingan-kepingan kecil.
Macam manalah dia boleh berkahwin dengan lelaki tak
guna itu? Padahal dia tahu aku ni cintakan dia separuh mati. Aku dah lama
cintakan dia. Takkanlah itu pun dia tak perasan? Macam-macam aku dah buat untuk
tarik perhatian dia. Takkanlah satu pun dia tak hargai? Dia kejam! Dia memang
kejam!
Aku tak kira! Apa pun yang terjadi aku akan
dapatkan dia semula. Natasha kena jadi milik aku. Mesti! Hanya milik aku. Bukan
milik lelaki tak guna tu. Bukan milik sesiapa yang lain. Hanya aku! Salinan akhbar
lama yang ditampal di dinding dibaling dengan pisau. Inilah yang akan
memisahkan mereka nanti. Aku janji! Apa pun yang terjadi Natasha akan jadi
milik aku!
Natasha duduk di bawah gazebo di sisi
Iskandar. Memerhatikan hujan yang turun dengan lebat. Dia sukakan hujan. Kalau dahulu.
Setiap kali hari hujan dia akan mengambil kesempatan itu untuk mandi hujan. Rasa
titisan hujan yang sejuk menimpa dirinya membuatkan dia rasa selesa.
Menikmati hujan merupakan kegemarannya. Terdapat
sepotong kata-kata dari seorang penyanyi lagenda Bob Marley iaitu
"Some people feel the rain. Others just get wet."Dia ialah salah
seorang yang merasai hujan itu.
Apabila merasakan titisan hujan menimpa
mukanya dia terasa seperti semua masalah yang dihadapinya selama ini hilang
begitu sahaja. Rasa lega bila kesejukan hujan menusuk hingga ke tulang hitam. Perasaan
indah yang sukar untuk digambarkan. Tetapi memandangkan hari ini dia berpuasa
dia membatalkan niatnya untuk mandi hujan. Takut juga kalau tertelan air hujan
nanti. Tak pasal-pasal batal puasa pula nanti. Muehehe…
“Sayang suka mandi hujan kan?” Iskandar bersuara
memecah keheningan.
Seperti biasa Natasha diraih ke dalam
pelukannya. Rasa selesa menguasai dirinya apabila hangat tubuh Natasha
menghangatkan dirinya yang kedinginan akibat hujan. Bantal besar yang dijadikan
sandarannya tadi dibetulkan sedikit supaya Natasha selesa. Natasha melentokkan
kepala di dadanya. Iskandar tersenyum dengan kelakuan isterinya yang tidak lagi
menolaknya. Kalau dulu jangankan berpelukan begini. Pandang mukanya pun Natasha
tak sudi.
“Eh. Mana abang tahu?” Natasha mendongak
kepalanya untuk memandang wajah Iskandar.
“Abang tahulah sayang. Dulu kan Tasha
selalu mandi hujan. Ingat tak?” Jari jemari Natasha dimain-mainkan. Lembut. Itu
satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan jari jemari Natasha.
“Bila pula abang nampak? Seingat Tasha
sepanjang kita kahwin empat bulan ni tak pernah sekali pun Tasha mandi hujan.” Natasha kepelikan. Memang dia ingat betul
yang dia tidak lagi melakukan aktiviti kegemarannya itu setelah dia berkahwin kerana
dia malu dengan Iskandar .
“Masa Tasha kecil. Ingat tak?” Iskandar
bersuara sambil dagunya diletakkan di ubun-ubun Natasha.
“Ha ha ha ha apalah abang ni. Kita bukannya
kenal dari kecil pun. Tasha kan baru jumpa abang masa abang datang mengajar kat
kampus.”
“Siapa kata kita tak kenal dari kecil.”
“Betullah kan?” Natasha jadi sangsi. Eh ke
betul ni aku memang ada kenal dia masa kecil? Tapi rasanya memang tak ada.
“Ok. Cuba ingat dialog ni. ‘Abang Amin. Boleh
tak abang rahsiakan dari papa yang Tasha mandi hujan? Kalau abang yang
rahsiakan mesti papa tak marah sebab papa sayang abang Amin. Papa tak sayang
Tasha.’ Ingat tak?” Iskandar tersenyum lebar.
Memori sembilan tahun dahulu terimbau kembali di
ingatannya. Dulu sewaktu dia kecil dia selalu berkunjung ke rumah Natasha. Boleh
dikatakan sebulan sekali pasti dia akan berkunjung ke situ kerana sebulan
sekali Datuk Adam akan mengadakan aktiviti keluarga dengan papa Natasha. Jadi mereka
berdua menjadi rapat. Natasha sudah dianggap tidak asing baginya. Bagaikan adiknya
sendiri.
Tetapi ketika dia dijodohkan oleh ibu bapa
mereka dia tidak dapat terima cadangan itu. Baginya Natasha hanya budak kecil. Tak
layak untuknya. Lagi pula Natasha ialah pelajarnya. Memanglah dia tak dapat
terima semua itu.
Natasha menekup mulutnya yang ternganga
luas. Dia menegakkan tubuhnya dari bersandar di dada Iskandar. Setiap inci wajah
Iskandar ditatapnya. Cuba memastikan adakah Iskandar yang ini ialah abang
Aminnya dahulu. Abang Amin cinta pertamanya dahulu?
Masih
dia ingat. Ketika dia berusia dua belas tahun Abang Amin tidak lagi berkunjung
ke rumahnya. Yang akan datang setiap bulan hanyalah Datuk Adam dan Datin Rose
sahaja. Dia tidak mahu bertanya mengapa. Dia takut jika perasaan sukanya kepada
Abang Amin diketahui mamanya. Namun apabila dia mendapat tahu Iskandar pergi
menyambung belajar di UK. Dia terus membisukan niatnya.
Akhirnya dia berputus asa menanti Abang
Amin datang berjumpanya. Sangkanya Abang Amin tidak sukakan dia. Kerana itulah
Abang Amin tidak lagi datang selepas itu. Dia hanya mampu memendam rasa dan
menutup perasaannya untuk menerima lelaki lain selain Abang Amin. Cinta pertama
memang sukar untuk dilupakan.
Natasha cuba mencari persamaan antara
Iskandar dengan Abang Amin. Setiap titik wajah Iskandar diperhatikan. Ya. Mata.
Mata yang sama. Mata yang indah. Menyebarkan sinar yang memegunkan semua
rama-rama dalam hatinya. Mata yang mencairkan semua tembok pertahanan hati
Natasha. Mata yang pernah membuai perasaan Natasha selama bertahun-tahun
lamanya. Mata yang indah yang mampu memberi ketenangan. Mata yang pernah
membuatkannya jatuh cinta dahulu.
Air mata Natasha bergenangan di matanya. Besar
sungguh kebesaran Allah. Sesuatu yang dia doakan dahulu dimakhbulkan Allah
tanpa dia sedar. Malah Allah mengurniakan sesuatu yang lebih dari dari apa yang
dia doakan.
Masih dia ingat. Setiap kali selepas solat
dia selalu berdoa supaya dia dapat bertemu dengan Abang Aminnya walaupun hanya
sekali untuk dia melepaskan rindunya. Dia tidak pernah berdoa untuk dijodohkan
dengan Abang Amin tetapi Allah telah mengurniakan dia jodoh yang terbaik
buatnya. Alhamdulillah.
“Abang Amin?” Serak suara Natasha
menuturkan perkataan. Perasaan sebak menyelubungi dirinya.
“Ye sayang. Abang Amin. Yang dulu. Tetap sama
sampai sekarang.” Iskandar mengusap pipi Natasha. Natasha segera memeluk
Iskandar. Iskandar terus membalas pelukan itu.
Dia tidak tahu kenapa Natasha kelihatan
sebak. Tetapi dia tahu bahawa dia perlu menenangkan hati Natasha. Dia tak tahu
bahawa dia ialah cinta pertama Natasha. Dia tidak merasakan perasaan yang sama
terhadap Natasha dahulu. Malah ketika dia berlepas ke UK Natasha langsung tidak
ada di dalam ingatannya.
Intan ialah cinta pertamanya. Intan gadis
biasa. Bapanya cuma bekerja sebagai tukang rumah di kampung dan ibunya pula
mengambil upah membasuh baju. Namun Intan seorang anak desa yang gigih berusaha
sehingga dia mendapat biasiswa sepenuhnya dari JPA. Intan yang pandai membawa
diri di tempat orang dan tidak pernah alpa dengan kejutan budaya. Sentiasa tahu
menjaga batas pergaulan dan budaya gadis timur.
Kelebihan itulah yang membuatkan dia jatuh
cinta dengan Intan. Dia bersyukur dia pernah mengenali Intan. Cintanya dengan
Intan yang telah mengagungkan lagi cintanya terhadap Natasha isterinya. Dahi
Natasha dikucup lama. Mengukuhkan lagi perasaan cintanya dalam hati. Rasa syukur
tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi.
“Abang jom.” Natasha bersuara. Penyakit jom
tiba-tiba Iskandar telah berjangkit kepadanya.
Iskandar berpaling dari peti televisyen. Jom?
Jom ke mana? Tiba-tiba aje ber jom-jom pula. Eleh. Tak sedarlah tu dia pun
sama. Selalu aje jom tiba-tiba.
“Ke mana sayang?”
“Ke rumah mummy. Kita berbuka kat sana nak?
Rindulah dekat mummy.” Natasha duduk di sisi Iskandar. Kepalanya direbahkan di
paha Iskandar. Lenguh pula badannya dari tadi mengemop lantai. Rumahnya bukanlah
kecil untuk dia uruskan seorang diri. Mujur Iskandar mahu mebantunya. Kalau tidak
pengsanlah dia. Sudahlah dia tidak ada pembantu rumah. Memang memenatkan.
Rambut Natasha yang panjang itu diusap-usap
perlahan. Anak rambut yang menutup mata Natasha disebak ke tepi. Cantik. Setiap
saat. Setiap detik tak pernah ada sekali pun Natasha tidak cantik di matanya. Malah
dari kecil dahulu memang Natasha cantik dimatanya. Wajah yang akan
kemerah-merahan apabila memikirkan sesuatu yang berat. Menarik minatnya.
Teringat kembali pertemuannya kali pertama
dengan Natasha setelah mereka dewasa. Teguran Natasha tentang dia salah parkir
dan air mata Natasha yang mengalir ketika bajunya basah dengan air minuman
membuai sedikit perasaan Iskandar.
“Sekarang dah pukul berapa sayang?”
Iskandar menyoal.
“Pukul tiga suku.” Jam di dinding
dikerlingnya dan kembali memandang mata indah Iskandar. Mata yang terlalu indah
untuk dilepaskan pandangan walaupun untuk seketika.
“Ok. Kalau macam tu. Lepas solat asar kita
pergi ye.”
“Ok. Tapi sebelum tu Tasha nak masak red velvet
cake yang daddy dengan mummy suka tu. Abang tolong ye.” dagu Iskandar dicuit
sedikit. Sengaja menarik minat Iskandar untuk meringankan tulang membantunya di
dapur sebentar lagi.
“Boleh tapi abang rasalah kan macam Tasha
kena bagi abang reward dululah sebelum mula kerja.” Iskandar menunjukkan jari
telunjuk di pipinya. Dia tersenyum nakal.
“Tak nak… blueeekkk…” Natasha menjelirkan
lidahnya dan terus bangun berlari ke dapur.
“Hey. Meh sini dia.” Iskandar terus
mengejar isterinya. Jeritan Natasha bergema bila Iskandar berjaya menangkapnya
dan menggeleteknya sakan. Waaa… mana aci macam ni!
Sukanya tgk diorang sweet2...heheheh..
ReplyDeletehehehe... sweet mcm gula2 kan
Deleteawesome...kihkih...tergantung ni membuatku ternanti2 smbungannya...love it huhu...
ReplyDeletesabarr.... hehehe..
DeleteOoooo ada kenangan yg mengusik di jiwa rupanya...bez bez.ini akan mencambahkan bunga2 cinta di jiwa ni. ish jaga si haikal ni wajib mcm org psiko yg x leh terima hakikat tasha dah kwn ngn is ni...
ReplyDeletehehehe.. down memory lane lah katakan.. x apa itu yg menguatkan cinta mereka.. muehehe
Deletesweetnya is ngan tasha...cerita nie makin best la..x sabar nak tahu ending cerita nie..excited da nie..hehehe
ReplyDeletehehehe.. terima kasih syg.. saya pun x sabar nk tahu idea apa yg keluar nanti sampai ending..
DeleteSweetnya dorang... Nampaknya masa untuk 'kejadian' tu macam dah nak dekat je... sobs! Romantik sangat dorang ni
ReplyDeletehehehe... lmbt lg yg.. sekarang kita layan jalan2 cinta depa dulu.. layan sampai rama2 dalam perut semua syahid
Deletechapter ni sweet sgt mk my heart smile n Shine bright like a diamond hihihi..chayokk..chayokk..
ReplyDeleteheheheh..thanks darl.. lepas chap ni lg sweet syg..
Deleteape larh yang haikal akan lakukan...x sabar nak tunggu ni
ReplyDeleteapa yg haikal akan lakukan tu lah climax cerita ni syg.. sabaq naaa
Deletewahwahwah.. de history plakk.. sweet je..
ReplyDeletehehehehe.. thanks darl.. history tu lah yg membuatkan depa becinta lg teguh
Deletenak lagiiiiii.pleaseeee ? :( lagi satu chapter sweet please ??? plese please !
ReplyDeletehehehe.. boleh2 tapi kena tunggu saya mengarang dulu lah
Deletesweet sgt... nak smbungan dia akk ;)
ReplyDeletehehehe.. dah sambung banyak dah pun syg.. :)
Deletesape pulak yg jadi admire tasha tu
ReplyDeletehehehe.. cuba role ke comment2 atas.. mesti dapat jawapannya..
DeleteUit..bulan posa mana leh peluk-peluk, cium cium...
ReplyDeleteBest cerita ni :) Akk , panjang lagi ke cerita ni ? Xsabar nak tengok drama dia .
ReplyDelete