Sunday, July 28

My Hubby My Lecturer!!! bab 22

Kereta dipakir di tempat letak kereta. Iskandar memandang ke sekeliling. Ok. Tak ada orang. Line clear. Canteek.. Nasib baiklah di universiti ini tempat letak kereta pensyarah terlindung dari pandangan orang luar dan cermin kereta Iskandar juga bertinted hitam gelap. Dapat melindungi siapa di dalam kereta dari pandangan orang luar. Kalau tidak pasti hal dia dan Natasha akan terbongkar dengan mudah.

Bukannya dia malu untuk memberitahu umum tentang perkahwinannya dengan Natasha tetapi dia takut jika itu akan mengganggu pelajaran Natasha. Kalau dulu mungkin dia akan malu. Tetapi sekarang dia berbangga memiliki Natasha. Gadis tercantik dan terbaik buatnya. Tiada yang lain hanya Natasha.

“Alhamdulillah dah sampai. Seramlah saya nak ambil exam ni. Tak tahu nak baca doa yang mana satu. Risaunya saya…..” Natasha merengek tak keruan.

Semua benda rasanya tak kena pagi ni. Rasa takut untuk menghadapi peperiksaan menghatuinya. Bukannya dia tak biasa menghadapi peperiksaan tetapi inilah kali pertama dia menghadapinya tanpa kedua ibu bapanya. Sebelum ini mereka yang akan menemaninya sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Jadi kali ini dia berasa tidak ada keyakinan seperti biasa. Perasaan gementar mengusai dirinya.

Perutnya yang rasa bergolak diusap perlahan. Sabarlah perut. Jangan buat hal. Nak gementar pun janganlah sampai kau sakit bersama. Aku takut ni.

“Yang.” Iskandar memontong percakapan Natasha.

“Yang mana?’ Natasha masih lagi menunduk menatap notanya. Tak sanggup rasanya membuang sesaat pun untuk memandang wajah Iskandar. Biarkan dia.

“Yang.” Sekali lagi Iskandar bersuara.

“Yang mana satu?” Natsaha menjawab geram pula dia bila Iskandar bersuara satu persatu begitu.

“Apa yang mana satunya?”

“Iyalah doa yang mana satu?”

“Apa kena mengena dengan doa pulak ni?” berkerut dahi Iskandar. Apa pulak kena mengena dengan doa ni? Rasanya tadi tak ada sepatah pun aku sebut tentang doa.

“Tadi kan saya tanya nak baca doa yang mana satu. So yang mana?”

“Laaa… Ya Allah… Natasha. Yang tu stand for sayang lah. Saya panggil awak sebenarnya.” Dagu Natasha diangkat memandangnya. Itulah orang cakap dengan dia dia sibuk menatap buku. Kan dah tak faham apa orang cakap.

“Oh… Ok.. key…” Natasha menjawab kepelikkan. Dah kenapa dia ni? Seribu kerutan muncul di dahinya. Haii la Natasha selalu sangat kerutkan dahi macam ni habislah berkedut muka sebelum tua.

“Meh sini saya bagi support.”

“Ini untuk ketenangan” Iskandar menarik Natasha dalam pelukannya dan mengusap perlahan belakang Natasha.

“Ini untuk keberanian” Iskandar mencium kudus ubun-ubun Natasha.

“Ini untuk mata yang telus” Mata Natasha dikucup keduanya.

“Ini untuk rasa nafas yang lapang.” Pucuk hidung Natasha dikucup lembut.

“Ini untuk rasa cinta.”
Dahi
Natasha dikucup. Lama. Matanya dipejamkan rapat. Rasa kasih, cinta dan sayang kepada Natasha tertumpah semuanya.

Biarkan semua rasa itu menjadi satu. Biarkan Natasha tahu akan perasaannya. Rama-rama yang dulunya gugur kini berterbangan semula. Matahari yang dulunya suram bersinar terang menerangi dua insan yang bertaut hati dan perasaan. Sama-sama meraikan rasa cinta yang Iskandar curahkan buat Isterinya. Menyebarkan rasa suci buat isterinya. Iskandar melepaskan Natasha perlahan-lahan. Wajah terkejut isterinya itu dipandang. Iskandar tertawa kecil. Comel sungguh!

Mendengarkan Iskandar ketawa Natasha seperti tersedar dari khayalan. Mukanya merah padam menahan malu. Ya Allah. Kenapalah aku tak melawan? Mesti dia ingat aku syok dekat dia. Natasha segera mengemas semua bukunya dan bersedia untuk keluar dari kereta. Ah! Kalut! Dan dia terus berlari memasuki dewan kuliah. Iskandar yang sedang ketawa langsung tidak dipandangnya.

Iskandar hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Natasha itu. Ya Allah. Comelnya dia! Tengok tu. Sampai pintu kereta pun dia tak tutup. Malu sangatlah tu. Iskandar tertawa lagi. Kelakar sungguh!



Telefon bimbit Natasha bergetar. Sengaja dia letak di dalam mode silent. Takut juga jika telefon bimbitnya berbunyi ketika peperiksaan tadi. Mesej dari Iskandar rupanya. Bibirnya tersenyum lebar. Ara yang berdiri di sebelahnya mengangkat-angkat kening beberapa kali. Dia mengacah untuk mengintai skirn telefon bimbit Natasha. Natasha segera menutup skrin telefonnya itu. Tak boleh buat main Ara ni. nanti dia betul-betul intai. Naya.

‘Syg. Dah keluar dewan? Saya tunggu kt bilik ni :D’

Amboi bersayang-sayang dia. Suka suki dia aje. Huh!

‘Dah. 10mins would be there.’

‘K. dun b so long. Nanti x sempat berbuka’

‘k boss.’

Natasha meletakkan semula telefon bimbitnya di dalam beg. Dia tersenyum lagi. Kenangan luar alam pagi tadi terlayar lagi di matanya. Berkesan betullah cara iskandar tu. Hilang semua rasa gemuruhnya pagi tadi. Segala pelajaran yang dipelajarinya juga dapat diaplikasikan dengan mudah di dalam peperiksaan. Natasha termalu sendiri.

“Apasal? Cik abang dah panggil?” Ara menyoal perlahan. Natasha yang termalu-malu kera disiku sedikit. Malu konon. Heh. Dah kahwin dekat empat bulan pun nak segan-segan lagi.

“Humm… dia tunggu kat bilik.” Natasha mengangguk sedikit. Suaranya perlahan sahaja. Takut juga jika ada yang terdengar. Namun bila dinamakan Ara memanglah tak boleh simpan suara sehingga Haikal si telinga lintah aka Mat jambu telah terdengar perbualan mereka itu. Natasha dipandang dengan wajah keruh. Mana mungkin dia melupakan gadis yang dicintainya separuh mati itu. Tak mungkin. Walaupun telah dia cuba sedaya upaya namun dia tak mampu.

Natasha yang kelihatan serba salah dihadiahkan dengan segaris senyuman sebelum dia berlalu meninggalkan Natasha dengan perasaan kecewa. Lorong pejalan kaki yang sunyi tanpa pelajar selain mereka itu lain dilalui dengan perasaan hampa. Mengapakah satu-satunya impian yang ingin dimiliki selama ini pun dia tak dapat miliki? Tidak pernah dia mengimpikan sesuatu sebelum ini. Natasha lah satu-satunya impian yang dia miliki. Namun itu pun tak dapat dia miliki. Hatinya terluka dengan hebat.

Natasha cuba mengejar Haikal yang laju meniggalkannya. Dia tak sampai hati melihat Haikal begitu. Apa pun yang terjadi Haikal tetap sahabatnya. Tetapi niatnya itu terbantut apabila bahunya dipegang dari belakang. Natasha berpaling melihat siapakah yang memegang bahunya itu. Wajah tegang Iskandar mengisi ruang matanya.Natasha menelan air liur. Ara yang juga berwajah terkejut dipandang. Ara segera mengangkat bahu dan meninggalkan mereka berdua. Takut nak masuk campur.

“Balik sekarang.” Keras suara Iskandar. Kemudian dia terus berjalan lurus ke kereta meninggalkan Natasha yang sedang kecut perut. Natasha segera mengekorinya dari belakang.

Iskandar masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Natasha. Apabila melihat Natasha masih lagi tercegat di luar kereta dia membuka cermin. Mengintai Natasha dari dalam.

“Tak nak masuk ke? Pintu ni bukannya automatic buka sendiri. So masuk sekarang.”

 Ah keras lagi suaranya. Natasha jadi tak keruan. Takutnya. Pintu segera dibuka dan memboloskan diri ke dalam kereta. Tak sanggup nak di marah di tempat awam. Iskandar terus memecut sebaik sahaja Natasha memakai tali keledar.

Iskandar memandu laju. Semua kereta dipotongnya. Natasha menarik nafas dalam-dalam. Mati juga aku ni karang. Berbuka puasa pun belum lagi aku ni. Iskandar yang bermuka tegang dipandang sekilas kemudian memandang ke depan semula. Bibirnya diketap ketakutan. Tasbih yang bergantungan di cermin pandang belakang sudah kelihatan hampir terputus saja gayanya akibat daripada goyangan yang kuat dari kereta yang memecut laju.

“Is. Janganlah laju sangat saya takut.”

“Abang! Call me abang! I’m your husband Natasha. Your husband!” kasar suara Iskandar.

 Hatinya marah benar melihat Natasha yang cuba mengejar Haikal tadi. Mujur hatinya terlintas untuk mencari Natasha, kalau tidak pasti dia tidak dapat melihat drama itu. Geramnya dia dengan Natasha bukankah dia sudah memberi amaran? Jangan ada Haikal lagi. Jadi mengapa mesti mahu mengejar Haikal yang kecewa? Untuk apa? Untuk menyambung semula hubungan mereka? Untuk bercinta semula? Untuk bersama semula? Argghh! Tak cukupkah dia meluahkan rasa cintanya kepada Natasha? tak cukup lagikah dia merendahkan martabatnya meluahkan perasaan kepada Natasha. 

“I’ve told you. No more Haikal. Is that so difficult for you to do? I’m your husband Natasha. Bear it in your mind!” sekali lagi Iskandar bersuara kasar.

Natasha tersentak bila Iskandar menengking begitu. Dia takut. Dia tak biasa dengan suasana begitu. Papanya dahulu tak pernah meninggikan suara. Iskandar juga, inilah kali pertama dia menengking begitu. Natasha mula menitiskan air mata. Dia bencikan suasana begitu. Dengan kereta yang dipandu degan laju sekali dan Iskandar yang mengamuk sakan. Dia takut.

“Ab.. abang.. Tasha takut.”

Suara Natasha yang serak dengan tangisan dan tersekat-sekat menarik perhatian Iskandar. Hilang semua perasaan marahnya tadi. Timbul rasa kasihan terhadap isterinya. Iskandar segera memberhentikan kereta di bahu jalan. Perasaan bersalah mula menguasai dirinya.

Wajah Natasha yang menangis teresak-esak dalam ketakutan itu dipandang lama. Ya Allah apa yang aku dah buat ni? Sampai hati aku takutkan isteri aku sampai macam ni sekali. Berdosanya aku Ya Allah. Natasha diraih ke dalam pelukan. Natasha semakin teresak-esak dalam pelukan Iskandar. Nampak sangat dia takut.

“Maafkan abang sayang. Maafkan abang. Ssshh.. maafkan abang. Jangan menangis macam ni sayang. Maafkan abang.”

Mendengar kata-kata Iskandar itu Natasha semakin teresak kuat. Dia juga turut memeluk Iskandar. dia cuba membuang semua rasa takutnya. Iya. Dia rasa damai dalam pelukan Iskandar. Damai dalam pelukan seorang suami.

“Tasha tak ada apa-apa dengan Haikal. Tak ada. Sumpah.” Natasha cuba menjelaskan hal sebenar kepada Iskandar. Iskandar segera mengangguk.

“Abang tahu sayang. Abang minta maaf sebab cemburu buta. Abang minta maaf. Abang yang salah. Tasha tak salah. Maafkan abang.” Pelukannnya semakin dieratkan.


Natasha tersenyum lega dalam tangisan. Lega kerana Iskandar memahaminya. Dan lega kerana kemarahan Iskandar sudah surut. Dia sukakan Iskandar yang begini. Bukan yang panas baran bukan yang suka membentak. Lega perasaan takutnya tadi. Hilang semuanya. Pelukan Iskandar dibalas ikhlas. 

56 comments:

  1. Wow! Cepatnya update.... Nice entry.
    Memang dah tangkap cintun dengan kisah Is & Tasha ni... Sweet sangat... Tapi bila baca your synopsis, berdebar gak nak tahu kesudahan kisah dorang ni.
    Keep up a good work girl... Sabar menanti next chapter ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. mestilah ramai menunggu dah.. saya x sampai hati nk hampakan orang..thanks darl.. :)

      Delete
  2. boleh ke cium time bulan puasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa~ cium mcm mana ni yg awk bayangkan? dah ckp kan dia letakkan bibir atas bibir je..

      Delete
  3. Replies
    1. sis bila nak update bab 23??

      Delete
    2. huhu.. saya x pasti kalau saya dapat update ke tidak malam ni.. saya bz dgn assignment.. tapi saya cuba ye

      Delete
  4. update lagii.saya berusaha kot cari blog akak.hehehe.bestnyaaaaaaa citer nii *twothumbsup* nnt update lagiiii !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. insha allah syg.. saya akan update lg malam ni.. saya x tulis pun bab 23 tu

      Delete
  5. Replies
    1. thanks sayang.. :) insha allah saya akan update lagi

      Delete
  6. sis nak lg.... best sgt!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sabar sayang.. saya x tulis pun lg bab 23 tu.. :)

      Delete
  7. hurmmm .. citer best sgt . dari satu bab ke bab lain , x sabo tggu . adoyai . sabo je la hati nak bace bab seterusnya . nie la first blog yang selalu tgk . addicted suda . :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar syg.. lama lg nak habis ni.. hahaha.. yeke? thanks sebab sudi memfollow..

      Delete
    2. hahhahha . ta sabo lerrrr . adoyai ! parah dah nie , tahap nak koma da tggu . gila sama is ngan tasha suda . hehhehehheh . tak tau nak buat cam mane da nie , ta sabo suda . :) oke , welcome .

      Delete
    3. hahaha.. sabar ye.. saya x mula menulis pun lg bab 23.. saya terlampau sibuk tlg bonda mengecat rumah..saya cuba tulis mlm ni ye.. kalau x sempat esok malam saya post

      Delete
    4. hehhehe . oke2 . saya paham . take ur time erk . lambat pun takpe . i will wait for dat moment . :')

      Delete
    5. thanks sayang.. :) sabaq naa

      Delete
  8. next entry please.. Haahah :P can't wait

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sabar darl. saya x mula menulis pun lagi.. saya sibuk melayan bonda saya suruh saya mengecat rumah.. hehe..

      Delete
  9. Wow! Gud job! tak sabar nk tggu next story! :)
    nk tanya bole tak? kan iskandar tuh hot lecturer kt u,,takkn la takde student yang minat sir iskandar?? How bout include satu student yg fanatik giler dengan sir iskandar, dia sggup buat apa2 demi sir. tp it's only my suggestion la...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tau2 je awak idea saya ye.. macam mana boleh tahu ni? haip...

      Delete
    2. haha...betul ke? hihi. itu talent trsembunyi saya tuh! that's why boleh tahu...hahaha. it's gonna be interesting story! can't wait! :D

      Delete
    3. hehehe.. betui lahh ada minah sengal nak mati yang mendatangkan kemarahan setiap insan yang membaca.. insha allah

      Delete
  10. SWEET sgt!!! thumbs up.. next entry
    ternanti nanti...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sorry darl.. saya x mula menulis lg.. sibuk menolong bonda mengecat rumah.. insha allah saya akan cuba tulis malam ni.. kalau x sempat esk malam saya update

      Delete
  11. Assalamualaikum cik writer! Suka sangat dengan your writings. Its beautiful I must say :)) Sangat suka dengan perjalanan cerita My Hubby My Lecturer ni so far. Suka sangat sebab firstly, percintaan tu halal. Jadi segalanya adalah ibadah. Kita nak membanyangkan pun senang hati. Kalau pasangan yang belum berkahwin tu nak baca je dah sakit hati kalau ada adegan-adegan macam ni :DD Good job! Keep it up! Hope you'll get the chance to publish this story 'cause seriously, so far this story worth reading & I seriously think the public should acknowledge your talent :))

    Yours truly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah.. Alhamdulillah.. terima kasih.. saya rasa sebak bila awak kata macam tu.. sebenarnya tak pernah terlintas dalam kepala saya akan ada ramai pembaca macam ni.. dan ramai yang sudi membaca coretan cabuk saya.. saya punya idea sebenarnya nak buat satu percintaan yang halal... saya x suka bila orang bercinta bagai nak rak dengan yang bukan halal... bukan saya nak tunjuk baik.. tapi yang tak baik tetap tak baik.. jadi terlintas dalam kepala saya untuk reka cerita ni.. dan di universiti saya ada seorang lecturer hot.. tapi x adalah hot macam Is ni.. muehehe.. jadi ramai yang gila2 kan dia.. saya terfikir macam manalah kalau satu hari nanti dia kahwin dengan salah seorang student dia.. haaa~ kecoh satu universiti.. so saya pun rekalah cerita ni.. hehehe.. kalau dia tahu mesti dia ingat dia hot macam Is.. padahal x pun.. for most.. terima kasih darl sebab sudi membaca.. :) luv u

      Delete
  12. ku menantimu...best sgt story nie...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku juga menantimu.. terima kasih darl sebab sudi membaca.. :)

      Delete
  13. Assalamualaikum,best sangat semoga cik writer dapat menggarapkan lagi perjalanan cerita lebih kompleks dan happy ending i like dan tak sabar nak baca alkisah seterusnya..............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. lahh... x payahlah panggill saya cik writer.. x layak lg dapat nama tu.. saya ni pencoret bebas je.. pereka tulisan yang tak terkarya.. panggil saya Tasha je.. terima kasih sebab sudi membca.. insha Allah akan ada ending yang happily ever after.. awak tunggu ye syg.. :) terima kasih sebab sudi membaca darl..

      Delete
  14. Sweet sgt chapter ni nx plsssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sweet macam mana tu darl..? sabar syg..

      Delete
  15. agak2 bila akan publish iya? dah dapat offer dari mana2 publisher ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tahulah syg.. kalau ada rezeki nanti adalah.. kalau x ada jadi penulis bebas ajelah saya ni

      Delete
  16. best sangat...cepat la sambung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syg.. insha allah akan disambung..

      Delete
  17. Tahniah cik writer, speechless... bez sgt.... rindu kalau seharian tak jumpa is ngan tasha.... bunga2 cinta is semakin mekar nmpknya.... tasha plz jgn la lurus sgt... cuba la sesejali memahami is yg jiwang2 tu. Sweet sgt diaorg ni lgpun bila bercinta pas kawin ni mmg terasa kemanisannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... x payahlah panggil saya cik writer.. panggil saya Tasha je.. eh nanti keliru dgn Tasha dlm cerita pulak.. aiseymen.. susah jgk kalau guna nama sendiri ni.. apa2 pun.. thanks sebab sudi membaca.. :) luv u..

      Delete
  18. Is jgn la garang sgt... takut tau kalau dpt hubby baran... ape2 kan blh bincang cara baik... tak perlula tengking2, wajib rasa cik jantung pun nk melompat keluar bila kena tengking

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. dia garang main2 jak tu.. cemburu lah katakan.. musuh sepanjang zaman isteri dia nak kejar mestilah dia geram

      Delete
  19. salam...dear....full novel dah ade ke belum?? betul2 xsabar nk beli dah ni....tolongla...jgn seksa ku begini.....huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam sayang.. x ada.. yang ada di dalam blog inilah semua yang ada.. hehehe.. sabar.. nanti kalau ada rezeki keluar awak beli tau

      Delete
  20. best cite nie..xsbr nk bca lgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syg.. insha allah akan saya update lg

      Delete
  21. besttt............ tunggu next chapter...

    ReplyDelete
  22. best, terima kasih cik writer yg buat citer menarik.. tak sabar tunggu next bab

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syg.. sabar ye... saya sibuk sgt sekarang

      Delete
  23. haikal...jgn kau ganggu pasangan ini....hehehe...
    tp sape lg akan ganggu perasaan is kalau bkn haikal kan...kan..kan...
    x pon, ade satu dua bab lain menjelouskan tasha gituuu..


    tasha...cik writer...teruskan usahamu...cayokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. x boleh haikal lah penjahat utama cerita ni.. x ada dia mcm mana nk best..

      Delete