Friday, October 11

My Hubby My Lecturer!!! Bab 41

“Natasha. Diam je tu teringat dekat suami ke?” Suara sinis Dr. Julia pensyarah bujang  yang sangat diketahui menggilai Iskandar dan juga suara ketawa rakan sekelasnya menghentikan lamunan Natasha.  

Natasha mengangkat mukanya yang sedari tadi asyik menunduk memandang cincin di jarinya. Fikirannya melayang entah ke mana sedari tadi. Yang pastinya dia tahu. Dia asyik memikirkan Iskandar yang sepertinya sangat membenci dia.

Suara kasar Iskandar pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Air mata yang bermain di tubir matanya ditahan dari gugur. Ya Allah. Kau kuatkanlah hatiku Ya Allah. Jangan biarkan aku rebah di hadapan mereka. Jangan biarkan aib suamiku terdedah Ya Allah. Senyuman manis yang dibuat-buat diberikan kepada pensayarahnya yang masih memandangnya sedari tadi.

“Senyum pulak dia. Tak apa Natasha. Suami awak ada je dekat dalam bilik dia tu. Jangan rindu-rindu. Sekarang jawab soalan saya. Why it is a contract important in doing everyday business? Suami awak kan salah seorang penyarah untuk subjek ni juga. Saya rasa tak ada sebarang masalah untuk awak jawab soalan saya ni.” Soalan dari Dr. Julia membuatkan Natasha seperti kembali ke alam nyata.

Natasha berdiri dari tempat duduknya. Supaya lebih mudah untuk semua yang berada di dalam dewan kuliah itu mendengar suaranya. Soalan itu? Apa jawapannya? Rasanya dulu aku pernah terbaca jawapan dari pelajar abang. Apa ye? Natasha memerah ingatannya. Dia ni agak melampau jugaklah. Hari pertama aku masuk kelas dia pun dia dah nak serang aku dengan soalan macam ni? Tak apa. Aku rasa kau tahu jawapannya. Dulu dia pernah membaca kertas-kertas jawapan dari pelajar Iskandar kerana kononnya dia mahu mencari ilmu yang lebih. Benar. Soalan itu dia pernah tahu jawapannya. Tapi apa ye? Hah. Dah ingat!

“Because a contract which bind parties. A contract is an agreement that is usually between two or more parties, agreeing on a certain venture. A contract is important as it protects both the parties from any surprises or any changes to the contract. Some of the contracts people sign include contracts with cell phone companies, internet providers, companies that deal with insurance, banking and financial institutions, landlords and business organisations, among many others. So the conclusion here, contract is what will make sure there will be no fraud happen in each businesses. Those are some simple example why an agreement is important. I think perhaps that is enough for the first class. ” Jawab Natasha sekali nafas. Dia benar-benar yakin dengan jawapannya itu.

Dia kembali duduk di kerusinya. Wajah pensyarahnya yang  kelat di hadapan dipandang dengan senyuman di wajah. Namun dalam hatinya berjuta kali dia mengucap panjang. Cukuplah mendera hati aku yang sudah terdera teruk ni. Kalau hendak minat dia. Silakan. Teruskan. Aku tak kisah. Jangan datang dan dera perasaan aku sudah. Aku tak mampu nak tanggung lagi sebarang penderaan yang lain.

“Err.. Ok. Well class now you know why it is a contract is very important in business? Take note dengan jawapan yang dia bagi tu. Saya akan masukkan soalan yang sama dalam quiz nanti.” Sebaik sahaja habis bersuara Dr. Julia terus mengalihkan perhatiannya daripada Natasha. Rasa tidak puas hatinya kepada Natasha ditahan sahaja. Takut pula jika ada pelajar lain yang perasankan kelakuannya itu. 

Natasha yang berjalan sendirian keluar dari dewan kuliah itu menuju ke masjid universiti. Waktu zohor sudah hampir tiba. Ara yang selama ini sentiasa sama kelasnya tercampak ke kelas lain untuk semester ini. Mujur juga hanya dua kelas dia berlainan dengan Ara. Kalau tidak pasti susah baginya. Ara kan satu-satunya sahabat baiknya selama ini. Bukannya dia sombong sehingga tidak mahu berkawan dengan orang lain. Tetapi Ara seorang sahaja sahabat sejati yang sentiasa berada bersamanya saat suka dan duka.

Wajah-wajah pelajar lain yang berselisih dengannya tidak  menarik perhatiannya yang sedang mengelamun itu. Suara-suara yang berbisik sepanjang perjalannya tidak juga mengganggunya. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Apa yang dia mahu sekarang ialah keadaan yang tenang dan tenteram. Suasana di mana semuanya sunyi dan sepi.

“Tasha. Kenapa awak nampak lain macam? Awak nampak macam sedih je. Awak ada masalah ke?” Suara Haikal yang entah dari mana munculnya mengejutkan Natasha yang sedang berjalan sambil  mengelamun. Dia memandang ke sekelilingnya.

Ah sudah! Hanya dia dan Haikal yang berada di tangga itu. Kenangan sewaktu Iskandar cemburu bila melihat dia dengan Haikal dahulu kembali menyapa mindanya. Dia risau jika Iskandar ternampak mereka di situ Iskandar akan lebih salah faham kepadanya.

“Eh. Haikal. Tak adalah. Saya ok je. Saya tak sihat sikit je. Err… saya nak kena pergi ni. Dah nak masuk waktu zohor ni. Assalamualaikum.” Natasha berpaling melangkah laju menuruni anak tangga itu untuk meninggalkan Haikal. Dia takut jika gossip lain pula yang akan tersebar nanti. Maklumlah semua orang di universiti itu tahu tentang kenyataan bahawa Haikal minat dengannya. Dan juga kenyataan bahawa dia ialah isteri kepada pensyarah terhangat di universiti itu. Pasti setiap gerak-gerinya akan menjadi perhatian orang.

“Natasha tunggu sekejap. Tunggu dulu. Saya belum lagi sempat nak ucapkan tahniah pada awak sebab awak bakal jadi ibu.”

Kata-kata Haikal itu membuatkan Natasha berhenti melangkah di anak tangga terbawah. Dia terkejut dengan kata-kata Haikal itu. Bagaimana Haikal boleh tahu? Sedangkan Iskandar, bapa kepada anaknya sendiri pun masih belum tahu tentang kehamilannya itu. Dia berpaling memandang Haikal dengan seribu kedutan di dahi. Wajah selamba Haikal dipandang lama.

“Macam mana awak boleh tahu?” Suara Natasha bergetar menanyakan soalan itu. Entah kenapa rasa takut menyelubungi dirinya bila memandang wajah Haikal. Pandangan Haikal kepadanya seperti ada aura yang tidak baik di situ.

Haikal tersenyum sinis. Wajah Natasha diratah setiap sudut. Sungguh jelita! Tak ada sebarang cacat cela di mana-mana bahagian. Wajah secantik bidadari baginya. Wajah itulah yang menjadi dambaannya selama ini. Sehingga keindahan wajah itu sering menemani setiap mimpi malamnya. Natasha akan aku miliki juga. Tak kira apa yang terjadi dia pasti akan jadi milik aku juga. Dan anak dia boleh pergi mati dengan jantan tu!

“Saya ada banyak cara untuk tahu Tasha. Saya harap kita akan berjumpa lagi nanti.” Jawab Haikal sebelum meninggalkan Natasha yang masih terkaku dengan ucapannya tadi.

Jantung Natasha berdegup kencang. Dia sangat takut mendengar kata-kata Haikal. Apakah yang Haikal lakukan selama ini? Macam mana Haikal boleh tahu pasal aku mengandung ni? Ya Allah. Lindungilah aku Ya Allah.  Tangannya diletakkan di perutnya. Matanya dipejam lama. Dia berdoa panjang dalam hatinya. Semoga Allah melindungi dia dan kandungannya dari sebarang dari sebarang bencana.

Natasha meneruskan semula langkahnya ke Masjid tadi. Langkah kakinya dipercepatkan kerana dia takut jika dia bertembung lagi sekali dengan Haikal. Baginya Haikal sangat merbahaya kini.  Haikal sudah tidak kelihatan seperti dulu lagi. Dulu Haikal sentiasa penuh dengan kelembutan. Sentiasa dengan wajah penuh keimannannya. Tetapi kini seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan Haikal. Haikal seperti menyimpan seribu satu rahsia yang membuatnya sangat ngeri dengan pandangan mata Haikal.



“Sha. Semalam Mr.Nasi Kandar punya reaction macam mana? Dia suka tak?” Ara menyoal Natasha sebaik sahaja selesai meletakkan semula telekung ke dalam almari telekung. Dia menurut belakang Natasha yang sedang menuju ke bilik persalinan pakaian.

Pelik dia melihat raut muka Natasha yang seperti menanggung sejuta kesedihan. Sepatutnyakan Natasha gembira. Siapa yang tak gembira. Akan punya anak tak lama lagi. Dia yang hanya sebagai sahabat Natasha pun gembira terlebih inikan pula Natasha yang mengandung itu.

Air mata yang cuba dibendung Natasha tadi gugur sebaik sahaja mendengar pertanyaan Ara itu. Perasaan sebaknya kembali lagi. Hancurnya hatinya tidak dapat dibendung lagi. Setiap kata-kata dan perlakuan Iskandar kembali terlayar di mindanya. Perlahan-lahan dia terduduk di dalam bilik persalinan itu. Mujur tiada sesiapa yang berada di dalam bilik itu.

“Ya Allah. Tasha kenapa ni?” Ara menjadi kalut melihat keadaan Natasha itu. Dia segera memeluk tubuh sahabat baiknya itu. Seribu pertanyaan berlegar di mindanya. Dia juga menjadi sebak dengan keadaan Natasha yang sedang menangis semahu-mahunya itu.

“Ara… Ara.. bantu aku Ara. Aku tak kuat. Is dah buang aku Ara.” Setiap perkataan yang dituturkannya begitu payah untuk diucapkan. Semuanya terlalu pahit.

“Ya Allah. Apa kau kata ni Tasha. Aku tak faham.” Air mata Ara juga turut mengalir mendengar sayunya suara sahabatnya itu. Walaupun dia masih tidak faham dengan situasi sebenarnya yang berlaku tetapi penderitaan yang ditanggung Natasha jelas kelihatan dari setiap esakannya.

Natasha memaut kuat lengan Ara yang memeluknya dari sisi. Sungguh setiap azamnya untuk menjadi kuat jelas sia-sia belaka. Dia memang sangat rapuh buat waktu ini. tak mampu lagi dia berpura-pura menjadi tabah. Iskandar adalah segalanya bagi dia. Tetapi Iskandar telah membuangnya kini. Di mana lagi dia perlu bergantung.

“Is Ara… Is… Dia salahkan aku atas kematian bekas kekasih dia. Dia buang aku. Dia bencikan aku Ara. Aku dah tak ada sesiapa Ara. Aku tak kuat Ara. Aku tak kuat nak hadapi dugaan ni.” Esakannya semakin kuat. Air matanya yang gugur di pipinya tidak mampu lagi dia kesat.

Jantung Ara bagai berhenti berdegup mendengar ucapan Natasha. Iskandar buang Tasha? Demi seorang yang dah tak ada? Lelaki tak guna! Kasihan sahabat aku. Dia dah terlalu banyak tanggung derita sanggup dia lukakan Tasha lagi? Sedangkan dia tahu Tasha dah tak ada sesiapa lagi. Sedangkan dia tahu hanya dia tempat Tasha bergantung. Dia tak tahu ke Tasha mengandungkan anak dia? Dasar lelaki tak guna!

“Tasha. Tasha… pandang muka aku… kau dengar aku cakap. Walau apa pun yang terjadi dalam dunia ni. Walaupun seluruh dunia ni buang kau… aku tetap… akan ada untuk kau. Aku tetap akan ada disisi kau sampai bila-bila. Aku janji Tasha. Aku janji.” Usai mengucapkan kata-katanya Ara menarik semula Natasha ke dalam pelukannya.

Tangisannya juga semakin kuat. Dia terlalu kasihankan nasib sahabatnya itu. Dugaan yang datang menimpa Natasha sangat berat untuk ditanggunginya. Jika dia berada di tempat Natasha dia pasti dia tidak akan setabah Natasha. Sehingga masih mampu hadir ke kelas walaupun keadaan dirinya tidak tenang. Lama mereka bertangisan begitu.  ara berjanji dengan dirinya. Dia akan melindungi Natasha dan bayi dalam kandungannya walau apapun yang terjadi. Dia akan sentiasa berada di sisi sahabatnya itu.

Tuesday, October 1

Assalamualaikum... Hehehehe... Thanks darling2 yang mendoakan saya... Alhamdulillah quiz tadi dpt jawab dgn tenang dan soalannya juga senang.. Tp esk masih ada quiz lg... Quiz Finance yg maha susah bg saya sbb saya lemah dlm kira mengira... Muehehe

Ok2.... Hik2... Pasal Is mati tu gurau jak... Mna boleh hero mati bakar panggung nanti... Is tu hero tetap di hati... Mana boleh gugur tengah jalan.. Rupanya ramai jugak yg sayang dekat Is ye... Muehehe.. Ingatkan bila Is jd jahat semua org sokong Is mati... Ok2... Jawapannya Is x mati... Tp akan ada salah sorg yg mati... Yg penting org tersayang x mati ye..  jangan marah...Nk buat cerita kenalah thrill sikit macam mega movie...

Anyway... Tunggu ye... Haikal si pendurjana besar dah nak buka langkah n Tasha dah nk tulis surat dekat Is dah... Luv u...

Monday, September 30

Assalamualaikum darling2 semua..
Saya nak mintak maaf awal2 dulu sebelum anda tanya saya kenapa lambat update..
ok saya memang akan lambat update sikit dua tiga hari ni.. sebab mulai esok saya akan ada kuiz dan berterusan... doakan saya dapat buat kuiz saya dengan baik ye.. terima kasih..
ok sebagai balasan anda x dapat baca new entry untuk beberapa hari ni saya akan bg hint ending novel ni macam mana..

Is selamatkan Tasha sampai berkorban nyawa dan Is mati.. Kbai.. larikkkkkkkk...

My Hubby My Lecturer!!! bab 40

Rasa sejuk sehingga menusuk ke tulang hitam membangunkan Natasha dari tidur. Tubuhnya yang terasa sejuk dipeluk erat. Matanya masih dibiarkan terpejam erat. Tangannya meraba ke sekeliling mencari selimut tetapi apa yang dirabanya hanyalah lantai yang sejuk.

Mana abang ni? Kenapa aku tidur kat bawah ni? Aku terjatuh katil ke malam tadi? Natasha membuka matanya. Keadaan di sekeliling diperhatikan lama. Kemudian dia bangun dan duduk menyandar di pintu. Tiba-tiba kejadian semalam terlayar kembali di mindanya. Ya Allah.. Apa yang aku harapkan ni? Abang dah tinggalkan aku sebenarnya.. Apa lagi yang aku cari? Air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya.

Tiba-tiba dia terasa  sesuatu yang mengganggu tekaknya. Natasha bingkas bangun dan berlari menuju ke bilik air. Belum sempat dia menunduk dengan sempurna habis semua isi perutnya keluar. Namun apa yang keluar hanyalah air sahaja. Sejak semalam makanan yang masuk ke dalam perutnya hanyalah sarapan paginya bersama Iskandar. Selepas itu dia hanya minum air masak sahaja kerana menanti Iskandar pulang untuk makan bersama.

Natasha terduduk lemah di atas lantai di tepi sinki. Lemah seluruh tubuhnya. Lama. Air matanya jatuh satu persatu di pipinya. Tangannya meraba perutnya. Sayang.. anak mama ni temankan mama ye. Temani mama lalui semua dugaan ni. Mama hanya ada sayang je. Tolonglah menjadi satu-satunya kekuatan mama. Temanilah mama sayang.

Setelah agak lama dia duduk di atas lantai itu. Natasha bangun berkumur, menukar pakaian dan mengangkat wuduk. Dia ingin menghadap Tuhannya. Hanya kepada Allah tempat dia mengadu sekarang. Menjadi seseorang yang dibangukan malam oleh Allah bukanlah mudah. Allah menjemput kita menjadi tetamuNya. Bukan semua orang mendapat peluang untuk dibangunkan malam.

Usai menunaikan dua rakaat solat tahajjud Natasha duduk berteleku di atas sejadah. Kedua tangannya ditadah.

“Ya Allah ya Tuhanku. Hanya pada Kau aku bergantung kini. Sesungguhnya aku lemah dengan dugaan yang Kau beri ini Ya Allah. Aku tak berdaya. Namun aku akur dengan janjiMu. Kau tidak akan menduga hambaMu dengan dugaan yang tidak mampu ditanggungnya. Aku tahu. Kau memilih aku kerana Kau menyayangi aku. Maka Ya Allah. Aku memohon dengan serendah hati kepadaMu. Kau temanilah jalanku. Sesungguhnya aku terlalu bersendirian ketika ini. Hanya Kau yang aku ada. Maka Kau tabahkanlah hatiku Ya Allah. Jadikanlah aku seorang isteri yang sentiasa taat kepada suami. Jadikanlah aku seorang hambaMu yang taat kepadaMu Ya Allah. Temanilah setiap langkahku Ya Allah. Sesungguhnya aku terlalu lemah menghadapi semua ini. Kau berikanlah kekuatan kepadaku Ya Allah. Aku mohon Ya Allah.” Doa Natasha panjang lebar. Setiap patah kata-katanya diselangi dengan tangisan yang mendayu. Sungguh dia terlalu rapuh ketika ini. Dia takut bersendirian. Dia takut tiada sesiapa bersamanya lagi. Al-Quran di ambil dan dibaca sementara menanti azan subuh. Doanya semoga hatinya sentiasa tenang menghadapi dugaan.

Usai solat subuh Natasha turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Dia berharap supaya kemarahan Iskandar semalam sudah reda. Meja makan yang semalam ditinggalkan begitu sahaja tidak berkemas dikemaskan. Makanan yang semalamnya telah basi terpaksa dibuang. Natasha menyediakan mushroom soup dan garlic bread dan kopi kegemaran Iskandar. Harapannya, hati Iskandar akan kembali tenang selepas sarapan.

Bunyi sesuatu menuruni tangga dari atas membuatkan Natasha segera menuju ke hadapan tangga. Dia mahu menyambut Iskandar dengan senyuman di bibir. Ingin Iskandar menerimanya dengan senang hati. Ingin melihat senyuman Iskandar lagi. Ingin mendengar suara romantis Iskandar lagi. Sungguh dia rindu. Walaupun hanya sehari, sesaat dia tidak mendengar suara Iskandar dia rindu.

“Assalamualaikum abang. Tasha dah siapkan sarapan. Jom makan.” Natasha menyapa Iskandar yang turun ke bawah tanpa memandangnya dengan senyuman yang sangat lebar.

Tanpa menghiraukan Natasha yang sedang bercakap dengannya Iskandar terus berlalu. Dia menuju ke dapur dan mengambil air putih segelas sebelum melangkah untuk naik semula ke atas. Natasha langsung tidak dihiraukannya walaupun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa rindunya dia melihat wajah itu. Bertapa dia ingin menyentuh wajah itu. Bertapa dia ingin memeluk tubuh itu. Namun setiap kali dia memandang wajah Natasha bayangan wajah Intan akan muncul. Membuatkan dia membenci Natasha semula.

Belum sempat Iskandar memijakkan kaki di tangga pertama Natasha meraih tangan Iskandar. Wajah suaminya yang kosong tanpa roman itu dipandang sayu. Tidak ada sekelumit pun kah rasa sayang dalam hati Iskandar buatku lagi? Tangannya ditepis kasar. Natasha menghela nafas berat dan terpaksa merelakan perbuatan Iskandar itu.

“Abang. Makanlah dulu. Tasha dah sediakan semuanya. Abang makanlah sikit ye.” Natasha memujuk Iskandar. Air mata yang mula bergenangan di tubir mata ditahan dari gugur. Wahai hati. Sabarlah kau. Aku perlu kuat. Kau pun perlu kuat.

“Makan makanan yang pembunuh macam kau masak? Lebih baik aku makan dekat luar. Aku rasa kalau kau sedar dirilah kan. Kau sebenarnya tak layak untuk panggil aku abang tau. Kau tu pembunuh. Untuk jadi isteri aku kau tak layak tahu tak. Tak layak.” Iskandar bersuara tanpa nada. Wajah Natasha dipandang dengan penuh rasa benci.

“Abang. maafkan Tasha. Tasha tak tahu salah Tasha kat mana. Tasha tak pernah minta semua tu terjadi. Tasha tak pernah minta terlibat dalam kemalangan tu. Masa Tasha mula-mula melintas Tasha tak Nampak pun ada kereta yang datang. Tolonglah faham abang.” Natasha sudah tidak mampu membendung air matanya dari gugur ke pipinya.

Tangan Iskandar digenggam sekali lagi kakinya sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia terduduk di sisi tangga. Hatinya hancur lumat mendengar kata-kata Iskandar itu. Bukankah dahulu Iskandar yang mengejar cintanya dahulu? Mengapa kini dia dihina sebegitu rupa? Terlalu hinakah dia yang kebetulan terlibat dalam takdir seperti itu? Terlalu tak bernilaikah dia di mata seorang suami?

“Aku dah kata! Jangan panggil aku abang! Kau tak layak!” Suara Iskandar mengeras. Kemudian terus melangkah menaiki tangga semula tanpa mengiraukan Natasha yang sudah terduduk lesu di tepi tangga.

Natasha tersentak mendengar jerkahan Iskandar itu. Ya Allah. Diakah suamiku? Sekasar itu? Ya Allah ya Tuhanku. Aku sedar ini semua dugaanmu. Aku sedar ini takdir yang sediakan untukku aku redha Ya Allah. Namun kau temanilah aku Ya Allah. Aku takut bersendirian.



Natasha bersiap ala kadar. Baju kurung bewarna merah jambu dengan hiasan renda putih beserta tudung bawal putih. Buku-bukunya di ambil dan dia segera turun ke bawah. Takut pula jika terlambat nanti abang tinggalkan aku pula. Tak pasal-pasal pulak nanti aku terlambat pergi kelas. Sudahlah kelas pukul sembilan pagi ni. Sekarang dah pukul tujuh dah. Nanti tak sempat sampai pulak.

Vitamin yang diberikan doctor semalam ditelannya dengan laju. Takut jika Iskandar ternampak dia makan ubat. Buat masa ini dia tidak mahu memberitahu tentang kandungannya kepada Iskandar. Dia tidak mahu anaknya pula yang dihina. Biarlah hanya dia yang menjadi mangsa tuduhan Iskandar. Dia sanggup tetapi dia tidak sanggup jika anaknya pula dihina.

Natasha keluar dari bilik dan terus mengintai sedikit ke dalam bilik Iskandar. Dia mahu memastikan sama ada Iskandar masih ada menunggunya lagi atau tidak. Tetapi kelibat Iskandar langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu. Natasha mendekatkan dirinya di tepi pintu. Cuba memasang telingauntuk memastikan sama ada Iskandar berada di dalam bilik atau tidak. Tetapi masih juga tidak ada bunyi.

Tiba-tiba bunyi sesuatu dari tingkat bawah membuatkan Natasha segera turun ke bawah mencari punca bunyi itu. Rupa-rupanya Iskandar sedang mengeluarkan kasutnya dari rak kasut. Natasha segera menghampiri Iskandar yang sedang duduk di kerusi untuk memakai kasut. Dia juga turut mengeluarkan kasut Ballet Flatsnya yang bewarna putih susu.

“Abang. Tasha dah siap. Tasha pergi dengan abang ke?” Soal Natasha takut-takut. Wajahnya ditundukkan memandang kasut ditangannya.

“Aku dah kata berapa kali baru kau nak faham? Jangan panggil aku abang. Kau nak ke mana kau pergi dengan Pak Ali. Kau yang bayar Pak Ali tu. Jadi kau guna khidmat dia. Jangan nak menyusahkan aku. Orang macam kau mengotorkan kereta aku je.” Iskandar bersuara sambil menyarung kasutnya. Natasha langsung tidak dipandang sekilas pun. 

Ya Allah ya Tuhanku. Kasarnya suamiku. Mana hilangnya suamiku yang penyayang dahulu? Mana hilangnya suamiku yang lembut hatinya dahulu? Mana hilangnya suamiku yang memahami dahulu? Aku rindukan dia Ya Allah. Terlalu rindukan dia. Matanya mula berkaca-kaca. Hatinya sebak melihat suaminya yang begitu.

“Maafkan saya. Kalau macam tu izinkan saya pergi sekarang.”

Dia menghulurkan tangan kepada Iskandar untuk menyalami Iskandar. Itu kan sudah menjadi kemestiannya sebelum pergi ke kelas. Tetapi Iskandar hanya memalingkan wajahnya dari Natasha.  Natasha sudah tidak mampu menahan tangisnya lagi. Tetapi dia tidak mahu Iskandar melihatnya menangis. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Iskandar. Dia mahu menjadi seorang yang kuat.

Dia terus keluar dari rumah tanpa memandang Iskandar. bunyi kereta Iskandar yang berlalu keluar dari rumah membuatkan Natasha hanya mampu mengetap bibir.

Natasha ke belakang rumah untuk mencari Pak Ali yang pastinya sedang memberi makan ikan. Sebaik sahaja melihat wajah Pak Ali dan Mak Timah isteri Pak Ali yang sedang menyediakan air kopi buat Pak Ali air matanya terus jatuh bercucuran. Walaupun Mak Timah tidak bekerja dengannya tetapi Mak Timah bagaikan ibu kedua buatnya.

Cuma sejak kebelakangan ini sahaja Mak Timah tidak selalu dengannya kerana Mak Timah menjaga ibunya yang sedang sakit. Mak Timah terpaksa berada di rumah ibunya selama lapan bulan memandangkan tiada sesiapa yang dapat menjaga ibunya yang sakit itu. Baru-baru ini sahaja Mak Timah pulang semula ke rumahnya semenjak ibunya kembali ke rahmatullah. Kepulangan Mak Timah kali ini sangat bererti buatnya.

“Tasha. Tasha sayang kenapa ni?” Mak Timah segera meluru memeluk Natasha. Dadanya berdegup kencang melihat keadaan Natasha yang begitu. Mengapakah Natasha menangis sebegitu rupa?

“Mak. Tasha dah tak mampu lagi dah mak. Tasha tak mampu. Abang Is dah buang Tasha. Dia dah tak sayangkan Tasha lagi Mak.”

Natasha memeluk erat Mak Timah. Semua tangisan yang ditahannya tadi dilepaskan di bahu Mak Timah. Pak Ali pula hanya mampu tergamam. Iskandar buang Tasha? Tapi bukankah Iskandar terlalu menyayangi Tasha? Aku Nampak dengan mata aku sendiri bertapa sayangnya Iskandar pada Tasha. Mata tua aku tak kan pernah menipu. Aku tahu dari cara Iskandar pandang Natasha. Tak mungkin dia buang Tasha.

“Tasha anak mak. Cuba cakap satu-satu mak tak faham.” Mak Timah mengusap-usap belakang badan Natasha. Mahu melegakan hati Natasha yang nampaknya sangat lemah ketika itu. Dia membacakan zikir Hasbi Rabbi beberapa kali di telinga Natasha. Semoga zikir itu mampu membawa ketenangan kepada Natasha.

“Abang salahkan Tasha atas kematian Intan bekas kekasih dia. Kemalangan yang dulu kekasih dialah pemandu tu. Kenapalah tak ada sesiapa yang beritahu Tasha pemandu tu meninggal. Tasha tak sangka sampai jadi macam tu. Satu nyawa yang tak bersalah terkorban sebab Tasha. Satu pasangan yang bercinta terputus sebab Tasha. Bertapa bersalahnya Tasha mak. Memang Tasha yang bersalah. Tapi Tasha tak pernah minta semua tu. Tasha sayangkan abang. Hancurnya perasaan Tasha bila abang buang Tasha.”

Tiba-tiba satu angin yang nyaman bertiup lembut menenangkan sedikit hatinya yang terlalu gundah tadi. Esak tangisan Natasha semakin reda. Hatinya beristighfar sebanyak mungkin. Meminta ketenangan dalam jiwanya. Dia teringatkan artikel yang dibacanya. Ibu mengandung tak elok selalu bersedih. Tidak baik untuk kandungan. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Pak Ali yang masih memandangnya sayu. Nafasnya dihela panjang. Dia mahu berhenti menangis sekarang. Dia tak mahu jika dia ke universiti nanti aka nada yang menegur matanya yang sembab kerana menangis.

“Tasha sayang. Sabarlah sayang. Itu semua dugaan dari Allah untuk Tasha. Mak tahu Tasha kecewa. Tasha hampa. Tasha sedih. Tapi sayang. Percayalah sayang, akan ada hikmahnya buat Tasha. Mak yakin dari cerita-cerita Pak Ali selalu ceritakan pada mak, Is memang sayangkan Tasha sepenuh hati. Dia memang cintakan Tasha. Cuma mungkin buat masa ni dia masih marah. Masih terkejut. Beri dia masa. Tasha sabar ye sayang. Mak dengan Pak Ali sentiasa akan ada dengan Tasha. Percayalah sayang.” Mak Timah masih lagi menenangkan jiwa Natasha sedangkan hatinya sendiri begitu bercelaru ketika ini. Kasihan anak angkatnya ini. Begitu besar dugaan yang dihadapinya.


Natasha menghela nafas panjang sekali lagi. Benar kata Mak. Mungkin abang masih marah sahaja.

Friday, September 27

My Hubby My Lecturer!!! bab 39

Nombor telefon Iskandar cuba didail beberapa kali. Telefon ditangannya direnung lama. Kenapa ni? Talian masuk tetapi tidak berangkat. Aku dah nak pergi ni. Dia ingin memaklumkan kepada Iskandar tentang kepergiannya ke klinik. Takut nanti jika tidak diberitahu nanti Iskandar mencarinya pula.

“Tak angkatlah Ara. “Ara yang sedang mengemas semua buku-buku yang baru dibelinya dipandang. Kemudian matanya memandang kepada Pak Ali yang sedang menunggunya di tempat parkir. Kasihan Pak Ali terpaksa menunggu lama di bawah terik matahari. Mana tidaknya sekarang sudah jam satu tengah hari.

“Dia dalam kelas kot.” Ara cuba menenangkan hati sahabatnya itu. Barangkali Iskandar sedang mengajar sekarang. Pasti Iskandar tidak perasankan telefonnya berbunyi. Ara tahu yang Iskandar sering meletakkan telefon dalam mode senyap. Jadi  mereka berdua tidak sepatutnya menganggu Iskandar.

Natasha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah kenapa bagaikan ada sejuta kutu yang sedang berjoget-joget di atas kepalanya. Matanya memandang ke sekeliling kawasan universiti itu. Manalah tahu jika ternampak Iskandar di mana-mana. Tetapi apa yang dia Nampak hanyalah wajah-wajah pelajar lain yang memandangnya bagaikan suatu bahan yang menarik untuk diperhatikan.

Bukankah baru pagi tadi Iskandar mencangankan berita perkahwinan mereka. Sudah pastinya dia menjadi bahan utama di kampus sekarang. Beratus-ratus gadis yang kecewa dengan berita perkahwinan mereka itu. Iskandar kan pensyarah yang terkenal. Apa gelarannya? Haaa… 'Most Delicious Bachelor’ gelaran yang diberi oleh kelab penyiaran universiti. Jadi semestinya dia yang baru hari ini diperkenalkan sebagai isteri Iskandar akan menjadi bahan perhatian.

“Dah tu macam mana ni? Takkanlah aku nak pergi klinik ni tak bagi tahu dia dulu. Nanti dia cari aku macam mana?” Natasha mendail semula nombor telefon Iskandar. Hatinya berdoa supaya Iskandar menjawab telefonnya. Tetapi hampa. Dua kali dia membuat panggilan pun akhirnya terputus begitu sahaja.

“Kau mesej ajelah. Nanti mesti dia baca.” Cadang Ara. Beg Natasha yang berada di atas kerusi disandangnya. Kasihan pula jika Natasha yang mengangkatnya sendiri. Wajah Natasha jelas kelihatan sangat pucat menandakan dia benar-benar sedang tidak sihat.

“Ha’ahlah betul juga. Ok dah jom kita pergi sekarang. Eh. Beb. Terima kasih tau sebab sudi temankan aku ni. Kalau kau tak ada tadi terpaksa aku pergi sorang-sorang.” Natasha menaip laju mesej yang perlu dihantar kepada Iskandar. dia memaklumkan kepergiannya bersama Ara dan dia akan terus pulang ke rumah selepas ke klinik.

“Thanks apanya. Kau tu kawan baik aku. Susah senang aku dengan kau. Muka kau dah pucat macam zombie macam ni pun aku tak nak teman kau ke klinik memang tak layaklah kau nak panggil aku kawan kau. Dah jangan banyak cakap. Jom kita pergi sekarang.” Natasha tergelak bila melihat Ara membebel panjang. Ara dan membebel memang tak boleh dipisahkan.



Natasha menggenggam erat tangan Ara bila melihat doctor yang merawatnya masuk semula ke dalam bilik rawatan itu. Dia berdebar-debar. Satu rasa yang luar biasa mengusai dirinya ketika ini. Entah perasaan apa dia tidak pasti. Tetapi yang pastinya satu perasaan gembira dan berdebar memenuhi dirinya ketika ini.

“Tahniah. Berdasarkan ujian air kencing tadi, Puan disahkan mengandung tiga minggu. Suami puan tak ikut sekali ke? Selalunya bapalah yang terlebih exited dengan baby pertama ni.” Doktor yang berada di hadapan Natasha memandangnya. Senyuman manis diberikan kepada bakal ibu muda itu.

Ara segera memeluk Natasha. Berkali-kali dia mengucapkan tahniah kepada sahabatnya itu. Natasha pula berulang kali mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Sungguh sebak ialah satu-satunya perkataan yang sesuai untuk menggambarkan dirinya ketika ini. Genap enam bulan usia perkahwinannya hari ini dia dikhabarkan dengan berita gembira ini. Benar kata orang perancangan Allah sangatlah indah.

Padahal dahulu dia dan Iskandar sama-sama bertekad untuk berpisah setelah genap enam bulan perkahwinan mereka. Tetapi hari ini dia dikhabarkan dengan berita gembira itu. Sungguh perancangan Allah sangatlah indah kepada setiap hambaNya. Tangannya mengusap perutnya yang masih kempis. Ada satu nyawa di dalam rahimnya. Rasa sebak mengusai dirinya ketika ini. Dia berjanji pada dirinya sendiri dia akan melindungi nyawa hasil cintanya dengan Iskandar itu dengan sepenuh jiwa.

“Tak suami saya kerja, dia tak dapat ikut sekali.” Natasha yang masih lagi terkejut dengan perkhabaran  tergagap-gagap menjawab soalan .Doktor itu mengangguk faham.

“Oh iya ke? Tak apalah. Nanti saya bagi appoiment untuk puan datang lagi buat pemeriksaan lanjut. ini ada buku cara untuk menjaga kesihatan sewaktu mengandung. Buat masa sekarang ni Puan perlu jaga pemakanan. Jangan makan benda-benda yang berasid seperti nenas, belimbing, dan yang paling penting elakkan minum air berkanonat. Banyakkan makan banyak makanan yang mengandungi banyak protein, calcium and iron. Jangan buat kerja-kerja berat. Usia kandungan Puan sekarang ni masih sangat muda. Kandungan masih belum kuat lagi. Lagi satu, Puan akan mudah letih dan muntah-muntah. Tapi tak apa. Saya akan bagi vitamin untuk stamina Puan. Nanti bila datang untuk pemeriksaan kali kedua minggu depan saya akan bagi penerangan lebih lanjut lagi. Puan boleh ambil ubat diluar ye. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.” Doktor itu tersenyum lebar melihat raut wajah Natasha yang nyata sangat sebak.

“Ara aku mengandung.” Ucap Natasha sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari klinik itu. Tangan Ara digenggam erat. Sungguh, dia masih lagi tidak percayakan perkhabaran itu.

“Ya Allah beb. Aku tak tahulah nak cakap macam mana gembiranya aku sekarang ni. Hanya tuhan je yang tahu bertapa gembiranya aku. Macam aku pulak yang mengandung sekarang ni. Aku macam tak percaya je yang aku dah nak dapat anak buah dah. Tak sabarnya aku.” Natasha dipeluk erat. Rasanya bagaikan dia sendiri yang bakal mendapat anak.

“Aku pun Ara. Aku pun. Alhamdulillah.”




Natasha lincah memasak makanan kegemaran Iskandar. Meja makan dihias indah dengan alas meja yang baru, lilin, dan bunga mawar segar di dalam pasu tinggi. Cadangnya dia ingin membuat kejutan kepada Iskandar. pasti Iskandarlah orang yang paling gembira bila mengetahui berita ini. Zuriat pertama mereka. Bukankah semenjak dua menjak ini Iskandar sering mengatakan dia mahukan cahaya mata sendiri.

Sekarang Allah sudah makbulkan doanya pasti dia sangat gembira setelah mendengar berita ini. Jam di dinding dipandangnya. Sudah pukul enam setengah petang. Sudah agak lambat dari waktu biasa Iskandar pulang ke rumah jadi bila-bila masa dari sekarang Iskandar akan pulang.

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan Natasha menjadi teruja. Dia segera menuju ke pintu untuk menyambut Iskandar yang baru pulang. Muka masam Iskandar yang muncul di sebalik pintu membuatkan Natasha terhenti untuk menyambut Iskandar dengan riang. Kenapa? Apa yang berlaku? Ada sesuatu yang berlaku di universitikah? Abang penat kot. Tak apalah biar aku layan dia je. Mesti sekejap lagi dia akan ok.

“Assalamualaikum abang. Lambat abang balik. Tash…” Belum sempat Natasha menyalami tangan Iskandar, Iskandar sudah menepis tangan Natasha. Natasha yang rancak bersuara tiba-tiba terhenti bersuara bila Iskandar menepis kasar tangannya. Natasha terkedu dengan perbuatan Iskandar.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Tak pernah sekalipun Iskandar mengasari dia seperti itu. Iskandar yang berjalan meninggalkannya dipandang dengan seribu tanda tanya. Natasha yang masih lagi terkejut dengan perbuatan Iskandar itu mengekori Iskandar dari belakang. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Aku ada buat salah dengan abang ke? Ke dia marah aku sebab tak bagi tahu dia masa nak ke klinik tadi? Tapi aku kan dah mesej dia.

“Abang. Abang ada masalah ke? Tasha ada buat salah dengan abang ke?” Natasha terus menyoal Iskandar bila Iskandar menapak laju masuk ke dalam bilik.

Dia keliru dengan perbuatan Iskandar itu. Dadanya sebak dengan perbuatan Iskandar. Selama enam bulan perkahwinan mereka tak pernah sekali pun Iskandar berkelakuan begitu. Iskandar tidak pernah berkasar. Kalaupun Iskandar marah dia akan lantang menyuarakan kemarahannya dan mudah dipujuk. Tetapi kali ini tidak sepatah pun soalannya dijawab.

Beg besar milik Iskandar dikeluarkan dari dalam almari. Natasha terpinga-pinga dengan kelakuan Iskandar itu. Dia hanya mampu berdiri tegak di sisi katil memandang segala perbuatan Iskandar. Iskandar mengambil beberapa helai bajunya kemudian dimasukkan ke dalam beg itu. Barang-barangnya yang lain juga diangkat masuk ke biliknya sebelum ini.

Setelah selesai memindahkan semua barangnya Iskandar berpaling memandang Natasha. Isterinya yang sudah mula menangis itu dipandang tanpa sebarang rasa. Wajah Natasha ditatap lama. Wajahnya tegang. Rasa benci membuak-buak bersilih ganti dengan wajah Intan.

“Hari ni genap enam bulan perkahwinan kita. Dah sampai masanya kita akhiri perkahwinan ni. Aku dah dapat apa yang aku nak. Aku dah muak hidup dengan kau. Mengikut pada perjanjian kita genap enam bulan perkahwinan ni, kita akan berpisah. Jadi dah sampai masanya aku tinggalkan pembunuh macam kau.” Iskandar keluar dari bilik itu dan terus menuju ke biliknya.

Natasha tersentak mendengar kata-kata Iskandar. Mengapa Iskandar berkata begitu? Aku pembunuh? Tak pernah sekali pun aku lakukan jenayah. Kenapa mesti buang aku? Tangisannya semakin menjadi-jadi. Air mata membasahi seluruh pipinya. Natasha segera mengejar Iskandar. Dia turut melangkah masuk ke dalam bilik Iskandar.Legan Iskandar dipegangnya. Tangannya ditepis kasar sekali lagi.

“Abang. Apa maksud abang? Tasha tak faham. Abang tolonglah jangan buat Tasha macam ni. Apa salah Tasha? Abang kata abang ikhlas sayangkan Tasha. Cintakan Tasha. Kenapa buat macam ni?” Natasha masih lagi berusaha menggapai tangan Iskandar. Dia buntu dengan kelakuan Iskandar itu. Dia tak tahu apakah sebenarnya yang terjadi.

“Kau tanya aku kenapa? Kau tanya aku kenapa? Cuba kau fikir baik-baik. Kau layak ke nak hidup dengan aku? Perempuan macam kau tak layak nak berdiri sama dengan aku. Tak layak jadi isteri aku. Perempuan pembunuh macam kau tak layak jadi isteri aku. Kau dah bunuh Intan kau tahu. Dasar pembunuh!” Suara kasar Iskandar menyentak jiwa Natasha. Kakinya terasa tidak mampu berdiri lagi. Dia terduduk di tepi kaki Iskandar.

“Kenapa abang kata macam tu? Tash… Tasha tak pernah kenal kak Intan macam mana Tasha boleh bunuh dia.” Suara Natasha semakin tenggelam dalam tangisan. Hancur jiwanya mendengar tuduhan Iskandar itu. Suami yang sangat dicintainya menuduhnya dengan tuduhan yang sangat berat sebegitu. Malah menghinanya lagi. Hancur luluh hatinya ketika itu.

“Memang kau tak kenal Intan. Tapi cuba kau cerita macam mana kau dapat parut belakang bahu kau tu? Sebab kemalangan dengan kaulah Intan meninggal tahu tak. Sebab nak elakkan kau yang melintas jalan Intan aku pergi tinggalkan dunia.” Iskandar memandang tepat wajah Natasha yang sedang menangis teresak-esak itu. Rasa kasihan melihat isterinya menangis begitu timbul dalam hatinya tetapi rasa marah tentang hal Intan lebih banyak mengusai dirinya ketika itu.

Esak tangisan Natasha terhenti. Dia benar-benar terkejut mendengar kata-kata Iskandar itu. Kak Intan meninggal keranaku? Ya Allah. Betulkah? Kenangan sewaktu dia menghadapi kemalangan dahulu terimbau kembali di mindanya. Masih dia ingat kejadian yang berlaku pada  hari terakhir dia sebagai pelajar sekolah menengah empat tahun dahulu.

Natasha memandang jam di tangannya. Sudah pukul empat petang ni. Mana papa ni. Kata nak ambil aku. Tapi tak datang-datang pun lagi. Sudahlah panas macam ni. Lapar pulak tu. Dia memandang ke sekelilingnya. Sudah tidak ada sesiapa lagi. Kalau ada pun mungkin di dalam kawasan sekolah. Yang menanti di ambil sepertinya hanya dia seorang sahaja.

Dia memandang telefon awam di seberang jalan. Patut ke aku telefon papa ye? Tak pun telefon Pak Ali? Tudung di kepalanya yang semakin melurut ke bawah dibetulkan sedikit. Natasha menyeluk tangannya ke dalam poket bajunya beg duit berwarna ungunya dikeluarkan dia membelek isi beg duit itu untuk mencari duit syiling. Haa… ada tujuh puluh sen. Cukuplah untuk telefon papa.

Natasha menggalas semula beg sandangnya yang terletak di atas lantai. Dia bangun dari silanya. Dia melintas jalan yang lengang itu sambil tanganya sibuk mengira duit yang sepatutnya digunakan untuk menelefon papanya tanpa menyedari sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya. Bamm!!! Natasha dilanggar dan melambung ke udara sebelim jatuh ke atas jalan raya semula. Perkara terkakhir yang dia ingat sebelum dia tidak sedarkan diri ialah bunyi kereta itu melanggar pokok besar yang berada di seberang jalan.

Segala ingatannya tadi membuatkan dia kembali menangis. Jadi maknanya pemandu itu meninggal dunia. Kenapa dia tidak pernah diberitahu tentang perkara itu? Kenapa mama dan papanya memberitahunya bahawa pemandu itu selamat dan hanya mengalami kecederaan kecil. Patutlah setiap kali dia meminta untuk berjumpa dengan pemandu itu ibu bapanya membantah. Rupa-rupanya pemandu itu telah meninggal dunia. Satu persatu air mata jatuh semula membasahi pipinya. Memang salah aku. Aku yang melintas tak pandang keliling dahulu. Memang aku yang bunuh kak Intan.

Natasha bangun perlahan-lahan dari duduknya. Dia mendongak memandang wajah yang dicintainya. Ya Allah bertapa dia menderita kerana aku. Bertapa dia menderita kehilangan orang tercinta dalam hidup dia. Bersalahnya aku Ya Allah. Air mata yang laju membasahi pipinya dibiarkan saja. Dia sudah hilang rasa untuk mengelap air matanya. Biarkan air mata kekesalan itu terus turun membasahi pipinya dia tak kisah.

“Abang. Tasha tak tahu pasal ni. Malah Tasha tak tahu pun yang pemandu tu meninggal dunia. Papa dengan mama beritahu yang pemandu tu cuma cedera ringan lepas Tasha bangun dari koma dua minggu lepas kemalangan. Tapi memang pun salah Tasha. Tasha yang dah sebabkan kematian kak Intan. Maafkan Tasha sebab Tasha abang kehilangan orang yang abang cintai. Orang yang paling abang sayangi. Tasha tak pernah rancang semua ni akan terjadi. Tasha hanya mampu minta maaf. Tasha minta maaf sebab tak pernah sedar diri yang Tasha ni sebenarnya tak layak untuk abang. Maafkan Tasha.” Usai sahaja berkata-kata Natasha keluar dari bilik Iskandar tanpa menanti reaksi Iskandar. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya dan pintu bilik ditutup.

Sebaik sahaja pintu bilik di tutup Natasha sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Dia terduduk tanpa tenaga di belakang pintu biliknya. Dadanya terasa sesak dengan tangisannya yang semakin menjadi-jadi. Abang. Kenapa abang sanggup lukakan hati Tasha? Tasha cintakan abang sepenuh hati. Abanglah dan anak kitalah segalanya yang Tasha ada sekarang. Tasha tak pernah minta semua ni terjadi. Tasha tak pernah minta kemalangan tu berlaku. Kalau abang tak pernah cintakan Tasha kenapa mesti menipu yang abang cintakan Tasha? Kenapa mesti curi hati Tasha? Kenapa mesti buat Tasha bergantung sepenuhnya kepada abang. Tasha cintakan abang.

 Tangannya dilekapkan diperutnya. Assalamualaikum anak mama. Maafkan mama sebab tak dapat perkenalkan baby pada papa buat masa ni. Baby temankan mama ye. Papa dah tak sayangkan mama lagi. Akhirnya Natasha hanya mampu menangis dan terus menangis sehingga terlelap bersandarkan pintu biliknya.


Thursday, September 26

My Hubby My Lecturer!!! Bab 38

Bunyi sesuatu benda jatuh dari katil dan terus berlari bilik air mengejutkan Iskandar pagi itu. Mimpi kot. takkanlah Tasha nak berlari ke bilik air. Tak tahan nak terkencing ke? Tempat tidur Natasha di sebelah diraba. Eh tak ada. Dia segera terduduk. Tasha ke yang jatuh tadi? Dia ke yang berlari ke bilik air? Comforter yang menutupi kakinya segera diselak ke tepi. Dia ingin ke bilik air juga untuk melihat setuasi Natasha.

Iskandar segera berlari ke bilik air bila terdengar bunyi Natasha yang muntah dengan teruk di dalam bilik air. Tangannya memulas tombol pintu kaca bilik air itu. Dia menarik nafas lega bila pintu bilik air tidak dikunci Natasha. Natasha yang terduduk lesu di tepi mangkuk tandas didekati dengan laju. Mujur lantai bilik air mereka sentiasa dipastikan kering. Kalau tidak mahunya dia tergelincir di dalam bilik air itu.

“Cinta kenapa ni? Ya Allah.” Iskandar menjadi kalut bila Natasha kelihatan sangat lemah. Dia segera duduk di belakang Natasha dan menyandarkan isterinya itu di dadanya. Sungguh dia tak pernah melihat Natasha selemah itu.

“Tak tahu. Tasha rasa tak selesa tadi macam ada benda tersekat di kerongkong. Tasha bangun tapi terjatuh dari katil lepas tu Tasha ke bilik air…. Uweek!” belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya sekali lagi dia termuntah.

Iskandar pula tanpa rasa geli menadah tangannya supaya muntah Natasha tidak terpercik ke atas lantai. Paip air segera dicapainya dan tangannya lincah membersihkan mulut Natasha yangmasih lagi mendekatkan wajahnya ke mangkuk tandas. Kasihannya dia. Kenapa sampai jadi macam ni. Salah makan ke? Semalam masa makan di restoran tu makanan dia tak bersih ke? Tapi aku tak ada apa-apa masalah pun. Aku makan benda yang sama juga.
                        
Iskandar memapah perlahan Natasha keluar dari bilik air. Natasha yang berwajah pucat didudukkan di atas katil. Dia menggosok-gosok belakang badan isterinya yang masih lagi kelihatan tidak selesa itu. Jam di dinding dipandang sekilas. Masih awal lagi ni. Baru pukul empat lima puluh. Iskandar menuangkan air dari dalam jag di meja tepi ke dalam gelas dan memberikan air itu kepada Natasha supaya boleh menghilangkan rasa perit di tekak akibat muntah yang teruk tadi.

“Baring cinta. Abang urutkan sikit kepala. Tasha tidur dulu. nanti azan subuh abang kejut solat. Tidur sayang.” Iskandar mengusap kepala Natasha yang berada di atas ribanya. Surah al-Fatihah dibaca berulang kali dengan harapan kesakitan Natasha akan beransur baik.

Natasha menyalami tangan Iskandar usai sahaja mengaminkan doa yang dibaca Iskandar. tangan Iskandar yang memapahnya ke atas katil digenggam erat. Lega sedikit rasa ingin muntahnya tadi setelah bersolat.  Entah apa yang tak kena pada dirinya pagi ini sehingga dia muntah dengan teruk dan lemah seluruh badan. Rasanya semalam dia tak ada makan apa-apa yang salah.

Semalam aku cuma makan tom yam campur macam biasa. Takkan lah kerana makan tom yam campur aku muntah macam ni sekali. Tak pernah seumur hidup aku alergi dengan tom yam campur. Ke sebab aku pergi sental Iced Mocha sekaligus dengan tom yam tu. Sampai perut aku tak boleh terima kombinasi dua benda tu. Aneh betul!

“Cinta rehat dulu. Abang siapkan sarapan. Hari ni tak payahlah ke kelas ye sayang. Baru hari pertama.”

Telekung di kepala Natasha dibuka. Kepala isterinya itu diusap perlahan. Natasha mencapai tangannya dan memeluk lengan itu. Sengaja mahu bergantung sebentar di lengan itu.

“Tak mahu. Tasha dah ok dah. Tasha nak pergi class. Hari ni kan hari pertama semester.” Rayu Natasha. jari tenlunjuknya dilalukan perlahan di bawah bibir Iskandar. Seperti biasa. Cara baru untuk memujuk suaminya.

“Tapi kalau sakit nak muntah lagi nanti macam mana sayang?”

“Tasha janji kalau Tasha rasa tak sihat Tasha terus call or text abang. Janji. Ara kan ada. Dia boleh jaga Tasha. Jangan risau ye.”

“Betul ni? Janji?”

“Janjilah. Takkanlah tipu pulak. Tapi kan.. pagi ni boleh tak abang buatkan Tasha chocolate smoothie? Tasha teringinlah nak minum. Haa… kat dalam fridge ada strawberry kan? abang potong kecil-kecil lepas tu tabur kat dalam tu tau.  Coklat pun sama. Banyak-banyak tau bang. Sikit-sikit tak mau.” Natasha mengerdipkan matanya beberapa kali. Konon rupa comel.

“Smoothie pagi-pagi buta macam ni? Belum pukul enam pun lagi sayang. Sejuklah. Nanti muntah lagi macam mana? Minum hot green tea ye sayang. Abang buatkan bubur sekali.” Wajah Natasha yang mula menjadi kemerahan itu dipandang. Eh kenapa pulak ni. Eh… Eh… Eh… kenapa menangis pulak. Air mata yang gugur satu persatu dari mata Natasha dipandang dengan penuh rasa terkejut. Kenapa sampai menangis pulak ni? Sakit sangat ke perut tu?

“Tak apalah kalau abang tak bagi. Abang memang tak sayangkan Tasha. Tasha tidur dulu. Assalamualaikum.” Natasha terus membaringkan dirinya membelakangi Iskandar.

Tangannya laju mengusap air mata yang kian membasahi pipi. Matanya dipejamkan. Entah apa yang sedih sangat pun dia tak pasti. Yang pastinya dia mahukan chocolate smoothie pagi ini. Itu saja. Tapi itu pun Iskandar tak sudi untuk penuhi. Dia memang tak pernah sayangkan aku!

“Sayang. Tak maulah menangis macam ni. Janganlah merajuk. Ok. Ok. Sekarang jugak abang buatkan ye. dah tak mau merajuk. Meh sini meh.” Iskandar kalut memujuk. Hilang semua ayat sasteranya selama ini. Tak pernah sekali pun Natasha berperangai kebudakan seperti ini.

“Betul?” Natasha yang tadinya konon merajuk segera bangun. Tak ada gunanya merajuk lama-lama kalau apa yang diinginkan sudah disuakan. Peluang yang diberikan jangan dilepaskan.

“Betullah. Jom turun bawah abang buatkan ye. Tak mau menangis lagi. Nak minum pun sampai menangis-nangis budak kecik abang ni.” Iskandar tergelak besar bila Natasha bingkas bangun bagaikan tiada apa yang berlaku tadi. Siapa entah yang menangis bagai nak rak tadi pun tak tahu.

“Mana ada kecik dah boleh jadi mak budak tau. Blueeekk…” Natasha menjelirkan lidahnya kemudian pantas berlari meninggalkan Iskandar yang tentunya bersedia dengan serangan geleteknya. Takuttt…




“Janji ni kalau rasa tak sihat je terus call abang? Lepas habis class kita pergi klinik ye.” Iskandar menahan Natasha dari keluar kereta.

Rasa risaunya betul-betul memuncak. Natasha tak pernah sakit seperti pagi tadi. Tiba-tiba muntah dengan teruk. Lepas sarapan pun muntah lagi. Habis semua chocolate smoothie yang dimintanya pagi tadi keluar semula. Sudahlah kakinya baru sahaja baik. sekarang datang penyakit lain pula. Kasihan isterinya itu.

“Janjilah abang. Jangan risau sangat. I’m fine.” Natasha tergelak kecil bila melihat wajah Iskandar yang terlebih serius. Risau sangatlah tu.

“Ok. Kelas hari ni sampai pukul berapa? Abang ada class tengah hari nanti.” Iskandar masih lagi dengan nada risaunya. Buku-buku Natasha disusun rapi sebelum diserahkan ke tangan Natasha.

“Hari ni Tasha ada class satu subjek je. Class sampai pukul dua belas. Kalau abang tak sempat Tasha pergi klinik dengan Pak Ali ajelah ye bang.” Natasha memberi cadangan. Hanya sekadar ke klinik dia boleh pergi sendiri. Dia bukanlah budak kecil lagi.

“Eh tak payahlah. Abang boleh minta izin dengan dekan untuk tak masuk class.” Bantah Iskandar.

Bukan dia tak percayakan Pak Ali. Pak Ali kan dah bekerja dengan keluarga Natasha sejak Natasha kecil lagi. Walaupun khidmat Pak Ali untuk memandu jarang digunankan sejak mereka berkahwin tetapi Pak Ali masih lagi bekerja dengan mereka sebagai tukang kebun di rumah mereka. Pak Ali lah yang menguruskan kawasan sekeliling rumah mereka.  Pak Ali memang pekerja yang baik. Sentiasa berdedikasi kepada majikannya. Cuma dia ingin tahu apakah sakit yang dialami isterinya sendiri. Dia ingin bersama Natasha saat susah dan senang.

“Tak boleh macam tu bang. Tasha isteri abang kat rumah. Dekat sini abang milik universiti. Tanggungjawab abang besar untuk pembangunan pelajar. Tasha tak nak abang tanggung dosa lepaskan amanah sebagai pendidik. Tasha ok. Tasha boleh pergi dengan Pak Ali. Insha Allah tak ada apa-apa.”

“Kalau macam tu baiklah. Tapi janji dengan abang. Tasha akan jaga diri baik-baik. Insha Allah.” Natasha menyalami tangan Iskandar buat kedua kalinya. Dia ingin segera masuk ke dewan kuliah. Dengan Iskandar bukannya boleh berlama-lama. Iskandar kan terkenal dengan sikap lepas lakunya.

“Ok sayang. I love you. Ingat tau sayang. Walau apa pun terjadi dalam dunia ni Tasha kena ingat. Abang cintakan Tasha sepenuh hati abang. melebihi diri abang sendiri. Abang tak nak sesuatu yang terjadi pada Tasha. Jadi jaga diri baik-baik. ” Iskandar mencium dahi Natasha sebelum isterinya itu keluar dari kereta. Sekarang dia sudah tidak kisah jika ada sesiapa yang tahu tentang hubungannya dengan Natasha. Dia bangga memiliki Natasha sebagai isteri.

“Eh. Cinta tunggu.” Iskandar memanggil Natasha yang baru melangkah beberapa langkah dari kereta. Iskadnar segera keluar dari dalam kereta dan mengunci keretanya.

“Eh. Kenapa bang?” Natasha menyoal dengan suara perlahan. Pelik dengan perangai Iskandar yang tiba-tiba keluar menemuinya.

“Jom abang hantar masuk kelas. Beg ni berat. Banyak barang nak bawak. Nanti cinta sakit lagi pulak.” Beg dan buku-buku di tangan Natasha diambilnya. Sebelah tangan Natasha digenggam erat.

Natasha cuba melepaskan genggaman tangan Iskandar. Takut jika ada sesiapa yang ternampak kelakuan mereka. Maklumlah, perkahwinan mereka kan masih rahsia lagi. Karang dibuatnya ada sesiapa yang ternampak perbuatan mereka pasti timbul gossip tak enak.

“Tak apa. Genggam je tangan abang. Dah sampai masanya semua orang tahu. Abang tak pernah malu ada Tasha sebagai isteri abang. Malah abang bangga. Well..best student untuk last semesterlah katakan.” Iskandar mengusik Natasha. Apabila Natasha menunjukkan penumbuknya yang tidak seberapa besar kepada Iskandar, Iskandar hanya mampu ketawa besar sahaja.

Kenangan sewaktu  keputusan peperiksaan Natasha keluar terimbau kembali di mindanya. Masih dia ingat bagaimana Natasha bersorak dan melompat sekeliling rumah. Habis setiap benda dipeluk ciumnya. Sampai kain langsir pun menjadi mangsa. Berkali-kali Iskandar ditarik melompat sekali dengannya.

“Abang yakin ke?”

“Yakin. Kenapa perlu malu? Hubungan kita kan halal. Bukannya kita buat sesuatu yang salah di sisi agama pun. Dah jom. Nanti lambat masuk kelas pulak.” Iskandar menarik perlahan tangan Natasha supaya berjalan seiring dengannya.

Natasha hanya mampu menundukkan wajah apabila semua mata memandangnya dengan tajam sepanjang perjalanannya masuk ke dalam kelas. Masakan tidak Iskandar dengan bangganya tak berhenti-henti mengatakan ayat yang sama “Dia isteri saya” setiap kali ada yang memandang mereka. Dan dia pula terpaksa menelan semua pandangan mata-mata curiga yang memandangnya.

Iskandar dengan selamba melangkah masuk ke dalam dewan kuliah Natasha dan meletakkan beg dan buku-buku Natasha di atas meja. Dia memandang Ara yang berada di meja bersebelahan dengan meja Natasha sedang ternganga memandangnya. Matanya dikenyitkan kepada sehingga membuatkan Ara tersentak. Habis semua kertas yang dipegang ditangannya tadi bertaburan di atas lantai. Hebat penangan Iskandar. Natasha hanya mampu tergelak kecil melihat kelakuan Ara itu. Matanya memandang ke sekeliling dewan kuliah itu. Wah. Semua orang berkelakuan serupa dengan Ara. Ternganga bagaikan menanti lalat masuk ke dalam mulut.

“Ok ok semua. Tak perlu buat terkejut sampai lalat pun boleh masuk mulut kamu semua. Saya dengan Tasha memang suami isteri. Dah lama dah pun. Maaf sebab tak jemput kamu semua datang majlis. Tapi  apa-apa pun. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Yeah girls. I’m married.” Iskandar ketawa besar sebaik sahaja habis berkata-kata. Rungutan bunyi kecewa memenuhi dewan kuliah itu. Sengaja dia mahu mengusik Natasha yang nyata sedang menyembunyikan wajahnya. Malu lah tu. Dia melambaikan tangannya kepada Natasha beserta dengan senyuman lebar sebelum keluar dari dewan kuliah itu.


“Tasha. Mr. Nasi Kandar kau memang awesome!” Sebaik sahaja Ara habis berkata-kata Natasha segera diserbu oleh pelajar-pelajar lain  dengan berjuta pertanyaan. Dan dia hanya mampu menarik nafas panjang sebelum menjawab semua pertanyaan itu. Hai laa Tasha. Inilah padahnya kalau datang kelas awal sangat.


 Iskandar masuk ke dalam bilik kerjanya dengan senyuman di bibir. Wajah Natasha yang merah padam menahan malu tadi masih terbayang di matanya. Natasha. Memang anugerah terindah dalam hidupku. Kalaulah dari kecil dulu aku jatuh cinta dengan dia kan senang. Dah lama lagi aku bahagia.

Dia mengerutkan dahinya bila melihat sepucuk sampul surat besar elok terletak di atas mejanya. Surat apa ni? Rasanya masa kali terakhir aku dalam bilik ni sebelum balik rumah minggu lepas tak ada satu benda pun yang ada atas meja ni. Aku dah kemaskan semuanya. Pintu bilik pun aku dah kunci. Siapa pula yang masuk bilik aku lepas tu memandai letak barang atas meja aku ni?


Sampul surat itu diambil dan diintai isinya. Beberapa helai keratan akhbar berada di dalam sampul itu. Iskandar pelik. Ni nak ajak aku buat origami ke tengah lancarkan kempen kitar semula ni? Main bagi-bagi surat khabar pulak. Keratan akhbar itu dikeluarkan. Iskandar menatap satu persatu keratan itu. Akhirnya dia terduduk tanpa kata. Wajahnya merah dan matanya merenung tajam setiap helaian akhbar itu. Air matanya jatuh satu persatu di pipinya. Intan.... Ya Allah... Jadi dialah puncanya! Satu perasaan marah yang lama hilang dahulu muncul kembali. Dialah pembunuh Intan! Aku tak akan maafkan dia!

Saturday, September 21

Assalamualaikum..

Assalamualaikum semua... saya mengepost ni bukan nak marah.. cuma saya terasa dengan sikap segelintir pembaca di blog ni yang menyalah gunakan MHML seperti karya mereka sendiri.. mereka copy dan post on their own blog walaupun saya dah buat unable to copy.. tolonglah faham perasaan saya.. saya berjerih payah memerah idea..menahan rasa bila dimarah sebab lambat update..  mengorban masa lapang.. berkorban tenaga.. menulis cerita..  tapi anda tanpa rasa bersalah menyalah gunakan hasil coretan saya.. saya tersentak bila tengok rupanya ramai yang berbuat begitu.. cubalah letakkan diri anda di tempat saya.. saya berebut waktu dengan waktu belajar, keluarga dan menulis MHML tapi anda bersenang-senang mencuri hasil coretan saya.. sampainya hati anda yang mencuri itu..

sekali lagi saya memohon.. janganlah menyalah gunakan coretan saya... kalau ini semua berterusan, saya terpaksa tutup blog ni sehingga novel ini berjaya diterbitkan bagi  mengelakkan kejadian mencuri lagi.. tolonglah faham.. saya baru mula menulis.. baru pertama kali dapat tawaran untuk menerbit buku.. tapi anda pula mencuri coretan saya.. hampanya perasaan saya.. Assalamualaikum..