Bunyi sesuatu benda jatuh dari katil dan
terus berlari bilik air mengejutkan Iskandar pagi itu. Mimpi kot. takkanlah
Tasha nak berlari ke bilik air. Tak tahan nak terkencing ke? Tempat tidur
Natasha di sebelah diraba. Eh tak ada. Dia segera terduduk. Tasha ke yang jatuh
tadi? Dia ke yang berlari ke bilik air? Comforter yang menutupi kakinya segera
diselak ke tepi. Dia ingin ke bilik air juga untuk melihat setuasi Natasha.
Iskandar segera berlari ke bilik air bila
terdengar bunyi Natasha yang muntah dengan teruk di dalam bilik air. Tangannya
memulas tombol pintu kaca bilik air itu. Dia menarik nafas lega bila pintu
bilik air tidak dikunci Natasha. Natasha yang terduduk lesu di tepi mangkuk
tandas didekati dengan laju. Mujur lantai bilik air mereka sentiasa dipastikan
kering. Kalau tidak mahunya dia tergelincir di dalam bilik air itu.
“Cinta kenapa ni? Ya Allah.” Iskandar
menjadi kalut bila Natasha kelihatan sangat lemah. Dia segera duduk di belakang
Natasha dan menyandarkan isterinya itu di dadanya. Sungguh dia tak pernah
melihat Natasha selemah itu.
“Tak tahu. Tasha rasa tak selesa tadi macam
ada benda tersekat di kerongkong. Tasha bangun tapi terjatuh dari katil lepas
tu Tasha ke bilik air…. Uweek!” belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya
sekali lagi dia termuntah.
Iskandar pula tanpa rasa geli menadah
tangannya supaya muntah Natasha tidak terpercik ke atas lantai. Paip air segera
dicapainya dan tangannya lincah membersihkan mulut Natasha yangmasih lagi
mendekatkan wajahnya ke mangkuk tandas. Kasihannya dia. Kenapa sampai jadi
macam ni. Salah makan ke? Semalam masa makan di restoran tu makanan dia tak
bersih ke? Tapi aku tak ada apa-apa masalah pun. Aku makan benda yang sama
juga.
Iskandar memapah perlahan Natasha keluar
dari bilik air. Natasha yang berwajah pucat didudukkan di atas katil. Dia
menggosok-gosok belakang badan isterinya yang masih lagi kelihatan tidak selesa
itu. Jam di dinding dipandang sekilas. Masih awal lagi ni. Baru pukul empat
lima puluh. Iskandar menuangkan air dari dalam jag di meja tepi ke dalam gelas
dan memberikan air itu kepada Natasha supaya boleh menghilangkan rasa perit di
tekak akibat muntah yang teruk tadi.
“Baring cinta. Abang urutkan sikit kepala.
Tasha tidur dulu. nanti azan subuh abang kejut solat. Tidur sayang.” Iskandar
mengusap kepala Natasha yang berada di atas ribanya. Surah al-Fatihah dibaca
berulang kali dengan harapan kesakitan Natasha akan beransur baik.
Natasha menyalami tangan Iskandar usai
sahaja mengaminkan doa yang dibaca Iskandar. tangan Iskandar yang memapahnya ke
atas katil digenggam erat. Lega sedikit rasa ingin muntahnya tadi setelah
bersolat. Entah apa yang tak kena pada
dirinya pagi ini sehingga dia muntah dengan teruk dan lemah seluruh badan. Rasanya
semalam dia tak ada makan apa-apa yang salah.
Semalam aku cuma makan tom yam campur macam
biasa. Takkan lah kerana makan tom yam campur aku muntah macam ni sekali. Tak
pernah seumur hidup aku alergi dengan tom yam campur. Ke sebab aku pergi sental
Iced Mocha sekaligus dengan tom yam tu. Sampai perut aku tak boleh terima
kombinasi dua benda tu. Aneh betul!
“Cinta rehat dulu. Abang siapkan sarapan.
Hari ni tak payahlah ke kelas ye sayang. Baru hari pertama.”
Telekung di kepala Natasha dibuka. Kepala
isterinya itu diusap perlahan. Natasha mencapai tangannya dan memeluk lengan
itu. Sengaja mahu bergantung sebentar di lengan itu.
“Tak mahu. Tasha dah ok dah. Tasha nak
pergi class. Hari ni kan hari pertama semester.” Rayu Natasha. jari
tenlunjuknya dilalukan perlahan di bawah bibir Iskandar. Seperti biasa. Cara
baru untuk memujuk suaminya.
“Tapi kalau sakit nak muntah lagi nanti
macam mana sayang?”
“Tasha janji kalau Tasha rasa tak sihat
Tasha terus call or text abang. Janji. Ara kan ada. Dia boleh jaga Tasha.
Jangan risau ye.”
“Betul ni? Janji?”
“Janjilah. Takkanlah tipu pulak. Tapi kan..
pagi ni boleh tak abang buatkan Tasha chocolate smoothie? Tasha teringinlah nak
minum. Haa… kat dalam fridge ada strawberry kan? abang potong kecil-kecil lepas
tu tabur kat dalam tu tau. Coklat pun sama.
Banyak-banyak tau bang. Sikit-sikit tak mau.” Natasha mengerdipkan matanya
beberapa kali. Konon rupa comel.
“Smoothie pagi-pagi buta macam ni? Belum
pukul enam pun lagi sayang. Sejuklah. Nanti muntah lagi macam mana? Minum hot
green tea ye sayang. Abang buatkan bubur sekali.” Wajah Natasha yang mula
menjadi kemerahan itu dipandang. Eh kenapa pulak ni. Eh… Eh… Eh… kenapa
menangis pulak. Air mata yang gugur satu persatu dari mata Natasha dipandang
dengan penuh rasa terkejut. Kenapa sampai menangis pulak ni? Sakit sangat ke
perut tu?
“Tak apalah kalau abang tak bagi. Abang
memang tak sayangkan Tasha. Tasha tidur dulu. Assalamualaikum.” Natasha terus
membaringkan dirinya membelakangi Iskandar.
Tangannya laju mengusap air mata yang kian
membasahi pipi. Matanya dipejamkan. Entah apa yang sedih sangat pun dia tak
pasti. Yang pastinya dia mahukan chocolate smoothie pagi ini. Itu saja. Tapi
itu pun Iskandar tak sudi untuk penuhi. Dia memang tak pernah sayangkan aku!
“Sayang. Tak maulah menangis macam ni. Janganlah
merajuk. Ok. Ok. Sekarang jugak abang buatkan ye. dah tak mau merajuk. Meh sini
meh.” Iskandar kalut memujuk. Hilang semua ayat sasteranya selama ini. Tak
pernah sekali pun Natasha berperangai kebudakan seperti ini.
“Betul?” Natasha yang tadinya konon merajuk
segera bangun. Tak ada gunanya merajuk lama-lama kalau apa yang diinginkan
sudah disuakan. Peluang yang diberikan jangan dilepaskan.
“Betullah. Jom turun bawah abang buatkan
ye. Tak mau menangis lagi. Nak minum pun sampai menangis-nangis budak kecik
abang ni.” Iskandar tergelak besar bila Natasha bingkas bangun bagaikan tiada
apa yang berlaku tadi. Siapa entah yang menangis bagai nak rak tadi pun tak
tahu.
“Mana ada kecik dah boleh jadi mak budak
tau. Blueeekk…” Natasha menjelirkan lidahnya kemudian pantas berlari
meninggalkan Iskandar yang tentunya bersedia dengan serangan geleteknya.
Takuttt…
“Janji ni kalau rasa tak sihat je terus
call abang? Lepas habis class kita pergi klinik ye.” Iskandar menahan Natasha
dari keluar kereta.
Rasa risaunya betul-betul memuncak. Natasha
tak pernah sakit seperti pagi tadi. Tiba-tiba muntah dengan teruk. Lepas
sarapan pun muntah lagi. Habis semua chocolate smoothie yang dimintanya pagi
tadi keluar semula. Sudahlah kakinya baru sahaja baik. sekarang datang penyakit
lain pula. Kasihan isterinya itu.
“Janjilah abang. Jangan risau sangat. I’m
fine.” Natasha tergelak kecil bila melihat wajah Iskandar yang terlebih serius.
Risau sangatlah tu.
“Ok. Kelas hari ni sampai pukul berapa?
Abang ada class tengah hari nanti.” Iskandar masih lagi dengan nada risaunya.
Buku-buku Natasha disusun rapi sebelum diserahkan ke tangan Natasha.
“Hari ni
Tasha ada class satu subjek je. Class sampai pukul dua belas. Kalau abang tak
sempat Tasha pergi klinik dengan Pak Ali ajelah ye bang.” Natasha memberi
cadangan. Hanya sekadar ke klinik dia boleh pergi sendiri. Dia bukanlah budak
kecil lagi.
“Eh tak
payahlah. Abang boleh minta izin dengan dekan untuk tak masuk class.” Bantah
Iskandar.
Bukan dia
tak percayakan Pak Ali. Pak Ali kan dah bekerja dengan keluarga Natasha sejak
Natasha kecil lagi. Walaupun khidmat Pak Ali untuk memandu jarang digunankan
sejak mereka berkahwin tetapi Pak Ali masih lagi bekerja dengan mereka sebagai
tukang kebun di rumah mereka. Pak Ali lah yang menguruskan kawasan sekeliling
rumah mereka. Pak Ali memang pekerja
yang baik. Sentiasa berdedikasi kepada majikannya. Cuma dia ingin tahu apakah
sakit yang dialami isterinya sendiri. Dia ingin bersama Natasha saat susah dan
senang.
“Tak boleh
macam tu bang. Tasha isteri abang kat rumah. Dekat sini abang milik universiti.
Tanggungjawab abang besar untuk pembangunan pelajar. Tasha tak nak abang
tanggung dosa lepaskan amanah sebagai pendidik. Tasha ok. Tasha boleh pergi
dengan Pak Ali. Insha Allah tak ada apa-apa.”
“Kalau
macam tu baiklah. Tapi janji dengan abang. Tasha akan jaga diri baik-baik.
Insha Allah.” Natasha menyalami tangan Iskandar buat kedua kalinya. Dia ingin
segera masuk ke dewan kuliah. Dengan Iskandar bukannya boleh berlama-lama.
Iskandar kan terkenal dengan sikap lepas lakunya.
“Ok
sayang. I love you. Ingat tau sayang. Walau apa pun terjadi dalam dunia ni
Tasha kena ingat. Abang cintakan Tasha sepenuh hati abang. melebihi diri abang
sendiri. Abang tak nak sesuatu yang terjadi pada Tasha. Jadi jaga diri
baik-baik. ” Iskandar mencium dahi Natasha sebelum isterinya itu keluar dari
kereta. Sekarang dia sudah tidak kisah jika ada sesiapa yang tahu tentang
hubungannya dengan Natasha. Dia bangga memiliki Natasha sebagai isteri.
“Eh. Cinta
tunggu.” Iskandar memanggil Natasha yang baru melangkah beberapa langkah dari
kereta. Iskadnar segera keluar dari dalam kereta dan mengunci keretanya.
“Eh. Kenapa
bang?” Natasha menyoal dengan suara perlahan. Pelik dengan perangai Iskandar
yang tiba-tiba keluar menemuinya.
“Jom abang
hantar masuk kelas. Beg ni berat. Banyak barang nak bawak. Nanti cinta sakit
lagi pulak.” Beg dan buku-buku di tangan Natasha diambilnya. Sebelah tangan
Natasha digenggam erat.
Natasha
cuba melepaskan genggaman tangan Iskandar. Takut jika ada sesiapa yang
ternampak kelakuan mereka. Maklumlah, perkahwinan mereka kan masih rahsia lagi.
Karang dibuatnya ada sesiapa yang ternampak perbuatan mereka pasti timbul
gossip tak enak.
“Tak apa. Genggam
je tangan abang. Dah sampai masanya semua orang tahu. Abang tak pernah malu ada
Tasha sebagai isteri abang. Malah abang bangga. Well..best student untuk last
semesterlah katakan.” Iskandar mengusik Natasha. Apabila Natasha menunjukkan
penumbuknya yang tidak seberapa besar kepada Iskandar, Iskandar hanya mampu
ketawa besar sahaja.
Kenangan
sewaktu keputusan peperiksaan Natasha
keluar terimbau kembali di mindanya. Masih dia ingat bagaimana Natasha bersorak
dan melompat sekeliling rumah. Habis setiap benda dipeluk ciumnya. Sampai kain
langsir pun menjadi mangsa. Berkali-kali Iskandar ditarik melompat sekali
dengannya.
“Abang
yakin ke?”
“Yakin.
Kenapa perlu malu? Hubungan kita kan halal. Bukannya kita buat sesuatu yang
salah di sisi agama pun. Dah jom. Nanti lambat masuk kelas pulak.” Iskandar
menarik perlahan tangan Natasha supaya berjalan seiring dengannya.
Natasha
hanya mampu menundukkan wajah apabila semua mata memandangnya dengan tajam
sepanjang perjalanannya masuk ke dalam kelas. Masakan tidak Iskandar dengan
bangganya tak berhenti-henti mengatakan ayat yang sama “Dia isteri saya” setiap
kali ada yang memandang mereka. Dan dia pula terpaksa menelan semua pandangan mata-mata
curiga yang memandangnya.
Iskandar
dengan selamba melangkah masuk ke dalam dewan kuliah Natasha dan meletakkan beg
dan buku-buku Natasha di atas meja. Dia memandang Ara yang berada di meja
bersebelahan dengan meja Natasha sedang ternganga memandangnya. Matanya dikenyitkan
kepada sehingga membuatkan Ara tersentak. Habis semua kertas yang dipegang
ditangannya tadi bertaburan di atas lantai. Hebat penangan Iskandar. Natasha
hanya mampu tergelak kecil melihat kelakuan Ara itu. Matanya memandang ke
sekeliling dewan kuliah itu. Wah. Semua orang berkelakuan serupa dengan Ara. Ternganga
bagaikan menanti lalat masuk ke dalam mulut.
“Ok ok
semua. Tak perlu buat terkejut sampai lalat pun boleh masuk mulut kamu semua. Saya
dengan Tasha memang suami isteri. Dah lama dah pun. Maaf sebab tak jemput kamu
semua datang majlis. Tapi apa-apa pun. Terima
kasih atas sokongan anda semua selama ini. Yeah girls. I’m married.” Iskandar
ketawa besar sebaik sahaja habis berkata-kata. Rungutan bunyi kecewa memenuhi
dewan kuliah itu. Sengaja dia mahu mengusik Natasha yang nyata sedang
menyembunyikan wajahnya. Malu lah tu. Dia melambaikan tangannya kepada Natasha
beserta dengan senyuman lebar sebelum keluar dari dewan kuliah itu.
“Tasha.
Mr. Nasi Kandar kau memang awesome!” Sebaik sahaja Ara habis berkata-kata
Natasha segera diserbu oleh pelajar-pelajar lain dengan berjuta pertanyaan. Dan dia hanya
mampu menarik nafas panjang sebelum menjawab semua pertanyaan itu. Hai laa
Tasha. Inilah padahnya kalau datang kelas awal sangat.
Iskandar masuk ke dalam bilik kerjanya dengan senyuman di bibir. Wajah Natasha yang merah padam menahan malu tadi masih terbayang di matanya. Natasha. Memang anugerah terindah dalam hidupku. Kalaulah dari kecil dulu aku jatuh cinta dengan dia kan senang. Dah lama lagi aku bahagia.
Dia mengerutkan dahinya bila melihat sepucuk sampul surat besar elok terletak di atas mejanya. Surat
apa ni? Rasanya masa kali terakhir aku dalam bilik ni sebelum balik rumah
minggu lepas tak ada satu benda pun yang ada atas meja ni. Aku dah kemaskan
semuanya. Pintu bilik pun aku dah kunci. Siapa pula yang masuk bilik aku lepas tu memandai letak barang atas meja aku ni?
Sampul
surat itu diambil dan diintai isinya. Beberapa helai keratan akhbar berada di
dalam sampul itu. Iskandar pelik. Ni nak ajak aku buat origami ke tengah
lancarkan kempen kitar semula ni? Main bagi-bagi surat khabar pulak. Keratan akhbar itu dikeluarkan. Iskandar menatap satu persatu keratan itu.
Akhirnya dia terduduk tanpa kata. Wajahnya merah dan matanya merenung tajam
setiap helaian akhbar itu. Air matanya jatuh satu persatu di pipinya. Intan.... Ya Allah... Jadi dialah puncanya! Satu perasaan marah yang lama hilang dahulu muncul kembali. Dialah pembunuh Intan! Aku tak akan maafkan dia!
best sgd2...update lgy taw,,tk sbr nk bca ny..
ReplyDeleteAlamak..what happen???spe bnuh intan??bru nk happy2...
ReplyDeleteBtw best gle cite ni..always update k..
xsabar nak bace bab seterusnya..lps nie mesti iskandar xlyn tasha dgn baik..kesian tasha..da la tengah pregnant..sedihnye.. :-(
ReplyDeletedh laa dyorg tgh happy slp tu bloh pula ade org bg surat khbr kat is tentang punca kematian intan..nie pasti keje org yg suka kat natasha kaan..(haikal).geram jee bc citer nie..tp best.xsbr nk tau akhirnya..:) cian natasha.
ReplyDeleteAda je org dengki ni, cian tasha
ReplyDelete