Monday, September 30

My Hubby My Lecturer!!! bab 40

Rasa sejuk sehingga menusuk ke tulang hitam membangunkan Natasha dari tidur. Tubuhnya yang terasa sejuk dipeluk erat. Matanya masih dibiarkan terpejam erat. Tangannya meraba ke sekeliling mencari selimut tetapi apa yang dirabanya hanyalah lantai yang sejuk.

Mana abang ni? Kenapa aku tidur kat bawah ni? Aku terjatuh katil ke malam tadi? Natasha membuka matanya. Keadaan di sekeliling diperhatikan lama. Kemudian dia bangun dan duduk menyandar di pintu. Tiba-tiba kejadian semalam terlayar kembali di mindanya. Ya Allah.. Apa yang aku harapkan ni? Abang dah tinggalkan aku sebenarnya.. Apa lagi yang aku cari? Air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya.

Tiba-tiba dia terasa  sesuatu yang mengganggu tekaknya. Natasha bingkas bangun dan berlari menuju ke bilik air. Belum sempat dia menunduk dengan sempurna habis semua isi perutnya keluar. Namun apa yang keluar hanyalah air sahaja. Sejak semalam makanan yang masuk ke dalam perutnya hanyalah sarapan paginya bersama Iskandar. Selepas itu dia hanya minum air masak sahaja kerana menanti Iskandar pulang untuk makan bersama.

Natasha terduduk lemah di atas lantai di tepi sinki. Lemah seluruh tubuhnya. Lama. Air matanya jatuh satu persatu di pipinya. Tangannya meraba perutnya. Sayang.. anak mama ni temankan mama ye. Temani mama lalui semua dugaan ni. Mama hanya ada sayang je. Tolonglah menjadi satu-satunya kekuatan mama. Temanilah mama sayang.

Setelah agak lama dia duduk di atas lantai itu. Natasha bangun berkumur, menukar pakaian dan mengangkat wuduk. Dia ingin menghadap Tuhannya. Hanya kepada Allah tempat dia mengadu sekarang. Menjadi seseorang yang dibangukan malam oleh Allah bukanlah mudah. Allah menjemput kita menjadi tetamuNya. Bukan semua orang mendapat peluang untuk dibangunkan malam.

Usai menunaikan dua rakaat solat tahajjud Natasha duduk berteleku di atas sejadah. Kedua tangannya ditadah.

“Ya Allah ya Tuhanku. Hanya pada Kau aku bergantung kini. Sesungguhnya aku lemah dengan dugaan yang Kau beri ini Ya Allah. Aku tak berdaya. Namun aku akur dengan janjiMu. Kau tidak akan menduga hambaMu dengan dugaan yang tidak mampu ditanggungnya. Aku tahu. Kau memilih aku kerana Kau menyayangi aku. Maka Ya Allah. Aku memohon dengan serendah hati kepadaMu. Kau temanilah jalanku. Sesungguhnya aku terlalu bersendirian ketika ini. Hanya Kau yang aku ada. Maka Kau tabahkanlah hatiku Ya Allah. Jadikanlah aku seorang isteri yang sentiasa taat kepada suami. Jadikanlah aku seorang hambaMu yang taat kepadaMu Ya Allah. Temanilah setiap langkahku Ya Allah. Sesungguhnya aku terlalu lemah menghadapi semua ini. Kau berikanlah kekuatan kepadaku Ya Allah. Aku mohon Ya Allah.” Doa Natasha panjang lebar. Setiap patah kata-katanya diselangi dengan tangisan yang mendayu. Sungguh dia terlalu rapuh ketika ini. Dia takut bersendirian. Dia takut tiada sesiapa bersamanya lagi. Al-Quran di ambil dan dibaca sementara menanti azan subuh. Doanya semoga hatinya sentiasa tenang menghadapi dugaan.

Usai solat subuh Natasha turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Dia berharap supaya kemarahan Iskandar semalam sudah reda. Meja makan yang semalam ditinggalkan begitu sahaja tidak berkemas dikemaskan. Makanan yang semalamnya telah basi terpaksa dibuang. Natasha menyediakan mushroom soup dan garlic bread dan kopi kegemaran Iskandar. Harapannya, hati Iskandar akan kembali tenang selepas sarapan.

Bunyi sesuatu menuruni tangga dari atas membuatkan Natasha segera menuju ke hadapan tangga. Dia mahu menyambut Iskandar dengan senyuman di bibir. Ingin Iskandar menerimanya dengan senang hati. Ingin melihat senyuman Iskandar lagi. Ingin mendengar suara romantis Iskandar lagi. Sungguh dia rindu. Walaupun hanya sehari, sesaat dia tidak mendengar suara Iskandar dia rindu.

“Assalamualaikum abang. Tasha dah siapkan sarapan. Jom makan.” Natasha menyapa Iskandar yang turun ke bawah tanpa memandangnya dengan senyuman yang sangat lebar.

Tanpa menghiraukan Natasha yang sedang bercakap dengannya Iskandar terus berlalu. Dia menuju ke dapur dan mengambil air putih segelas sebelum melangkah untuk naik semula ke atas. Natasha langsung tidak dihiraukannya walaupun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa rindunya dia melihat wajah itu. Bertapa dia ingin menyentuh wajah itu. Bertapa dia ingin memeluk tubuh itu. Namun setiap kali dia memandang wajah Natasha bayangan wajah Intan akan muncul. Membuatkan dia membenci Natasha semula.

Belum sempat Iskandar memijakkan kaki di tangga pertama Natasha meraih tangan Iskandar. Wajah suaminya yang kosong tanpa roman itu dipandang sayu. Tidak ada sekelumit pun kah rasa sayang dalam hati Iskandar buatku lagi? Tangannya ditepis kasar. Natasha menghela nafas berat dan terpaksa merelakan perbuatan Iskandar itu.

“Abang. Makanlah dulu. Tasha dah sediakan semuanya. Abang makanlah sikit ye.” Natasha memujuk Iskandar. Air mata yang mula bergenangan di tubir mata ditahan dari gugur. Wahai hati. Sabarlah kau. Aku perlu kuat. Kau pun perlu kuat.

“Makan makanan yang pembunuh macam kau masak? Lebih baik aku makan dekat luar. Aku rasa kalau kau sedar dirilah kan. Kau sebenarnya tak layak untuk panggil aku abang tau. Kau tu pembunuh. Untuk jadi isteri aku kau tak layak tahu tak. Tak layak.” Iskandar bersuara tanpa nada. Wajah Natasha dipandang dengan penuh rasa benci.

“Abang. maafkan Tasha. Tasha tak tahu salah Tasha kat mana. Tasha tak pernah minta semua tu terjadi. Tasha tak pernah minta terlibat dalam kemalangan tu. Masa Tasha mula-mula melintas Tasha tak Nampak pun ada kereta yang datang. Tolonglah faham abang.” Natasha sudah tidak mampu membendung air matanya dari gugur ke pipinya.

Tangan Iskandar digenggam sekali lagi kakinya sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia terduduk di sisi tangga. Hatinya hancur lumat mendengar kata-kata Iskandar itu. Bukankah dahulu Iskandar yang mengejar cintanya dahulu? Mengapa kini dia dihina sebegitu rupa? Terlalu hinakah dia yang kebetulan terlibat dalam takdir seperti itu? Terlalu tak bernilaikah dia di mata seorang suami?

“Aku dah kata! Jangan panggil aku abang! Kau tak layak!” Suara Iskandar mengeras. Kemudian terus melangkah menaiki tangga semula tanpa mengiraukan Natasha yang sudah terduduk lesu di tepi tangga.

Natasha tersentak mendengar jerkahan Iskandar itu. Ya Allah. Diakah suamiku? Sekasar itu? Ya Allah ya Tuhanku. Aku sedar ini semua dugaanmu. Aku sedar ini takdir yang sediakan untukku aku redha Ya Allah. Namun kau temanilah aku Ya Allah. Aku takut bersendirian.



Natasha bersiap ala kadar. Baju kurung bewarna merah jambu dengan hiasan renda putih beserta tudung bawal putih. Buku-bukunya di ambil dan dia segera turun ke bawah. Takut pula jika terlambat nanti abang tinggalkan aku pula. Tak pasal-pasal pulak nanti aku terlambat pergi kelas. Sudahlah kelas pukul sembilan pagi ni. Sekarang dah pukul tujuh dah. Nanti tak sempat sampai pulak.

Vitamin yang diberikan doctor semalam ditelannya dengan laju. Takut jika Iskandar ternampak dia makan ubat. Buat masa ini dia tidak mahu memberitahu tentang kandungannya kepada Iskandar. Dia tidak mahu anaknya pula yang dihina. Biarlah hanya dia yang menjadi mangsa tuduhan Iskandar. Dia sanggup tetapi dia tidak sanggup jika anaknya pula dihina.

Natasha keluar dari bilik dan terus mengintai sedikit ke dalam bilik Iskandar. Dia mahu memastikan sama ada Iskandar masih ada menunggunya lagi atau tidak. Tetapi kelibat Iskandar langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu. Natasha mendekatkan dirinya di tepi pintu. Cuba memasang telingauntuk memastikan sama ada Iskandar berada di dalam bilik atau tidak. Tetapi masih juga tidak ada bunyi.

Tiba-tiba bunyi sesuatu dari tingkat bawah membuatkan Natasha segera turun ke bawah mencari punca bunyi itu. Rupa-rupanya Iskandar sedang mengeluarkan kasutnya dari rak kasut. Natasha segera menghampiri Iskandar yang sedang duduk di kerusi untuk memakai kasut. Dia juga turut mengeluarkan kasut Ballet Flatsnya yang bewarna putih susu.

“Abang. Tasha dah siap. Tasha pergi dengan abang ke?” Soal Natasha takut-takut. Wajahnya ditundukkan memandang kasut ditangannya.

“Aku dah kata berapa kali baru kau nak faham? Jangan panggil aku abang. Kau nak ke mana kau pergi dengan Pak Ali. Kau yang bayar Pak Ali tu. Jadi kau guna khidmat dia. Jangan nak menyusahkan aku. Orang macam kau mengotorkan kereta aku je.” Iskandar bersuara sambil menyarung kasutnya. Natasha langsung tidak dipandang sekilas pun. 

Ya Allah ya Tuhanku. Kasarnya suamiku. Mana hilangnya suamiku yang penyayang dahulu? Mana hilangnya suamiku yang lembut hatinya dahulu? Mana hilangnya suamiku yang memahami dahulu? Aku rindukan dia Ya Allah. Terlalu rindukan dia. Matanya mula berkaca-kaca. Hatinya sebak melihat suaminya yang begitu.

“Maafkan saya. Kalau macam tu izinkan saya pergi sekarang.”

Dia menghulurkan tangan kepada Iskandar untuk menyalami Iskandar. Itu kan sudah menjadi kemestiannya sebelum pergi ke kelas. Tetapi Iskandar hanya memalingkan wajahnya dari Natasha.  Natasha sudah tidak mampu menahan tangisnya lagi. Tetapi dia tidak mahu Iskandar melihatnya menangis. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Iskandar. Dia mahu menjadi seorang yang kuat.

Dia terus keluar dari rumah tanpa memandang Iskandar. bunyi kereta Iskandar yang berlalu keluar dari rumah membuatkan Natasha hanya mampu mengetap bibir.

Natasha ke belakang rumah untuk mencari Pak Ali yang pastinya sedang memberi makan ikan. Sebaik sahaja melihat wajah Pak Ali dan Mak Timah isteri Pak Ali yang sedang menyediakan air kopi buat Pak Ali air matanya terus jatuh bercucuran. Walaupun Mak Timah tidak bekerja dengannya tetapi Mak Timah bagaikan ibu kedua buatnya.

Cuma sejak kebelakangan ini sahaja Mak Timah tidak selalu dengannya kerana Mak Timah menjaga ibunya yang sedang sakit. Mak Timah terpaksa berada di rumah ibunya selama lapan bulan memandangkan tiada sesiapa yang dapat menjaga ibunya yang sakit itu. Baru-baru ini sahaja Mak Timah pulang semula ke rumahnya semenjak ibunya kembali ke rahmatullah. Kepulangan Mak Timah kali ini sangat bererti buatnya.

“Tasha. Tasha sayang kenapa ni?” Mak Timah segera meluru memeluk Natasha. Dadanya berdegup kencang melihat keadaan Natasha yang begitu. Mengapakah Natasha menangis sebegitu rupa?

“Mak. Tasha dah tak mampu lagi dah mak. Tasha tak mampu. Abang Is dah buang Tasha. Dia dah tak sayangkan Tasha lagi Mak.”

Natasha memeluk erat Mak Timah. Semua tangisan yang ditahannya tadi dilepaskan di bahu Mak Timah. Pak Ali pula hanya mampu tergamam. Iskandar buang Tasha? Tapi bukankah Iskandar terlalu menyayangi Tasha? Aku Nampak dengan mata aku sendiri bertapa sayangnya Iskandar pada Tasha. Mata tua aku tak kan pernah menipu. Aku tahu dari cara Iskandar pandang Natasha. Tak mungkin dia buang Tasha.

“Tasha anak mak. Cuba cakap satu-satu mak tak faham.” Mak Timah mengusap-usap belakang badan Natasha. Mahu melegakan hati Natasha yang nampaknya sangat lemah ketika itu. Dia membacakan zikir Hasbi Rabbi beberapa kali di telinga Natasha. Semoga zikir itu mampu membawa ketenangan kepada Natasha.

“Abang salahkan Tasha atas kematian Intan bekas kekasih dia. Kemalangan yang dulu kekasih dialah pemandu tu. Kenapalah tak ada sesiapa yang beritahu Tasha pemandu tu meninggal. Tasha tak sangka sampai jadi macam tu. Satu nyawa yang tak bersalah terkorban sebab Tasha. Satu pasangan yang bercinta terputus sebab Tasha. Bertapa bersalahnya Tasha mak. Memang Tasha yang bersalah. Tapi Tasha tak pernah minta semua tu. Tasha sayangkan abang. Hancurnya perasaan Tasha bila abang buang Tasha.”

Tiba-tiba satu angin yang nyaman bertiup lembut menenangkan sedikit hatinya yang terlalu gundah tadi. Esak tangisan Natasha semakin reda. Hatinya beristighfar sebanyak mungkin. Meminta ketenangan dalam jiwanya. Dia teringatkan artikel yang dibacanya. Ibu mengandung tak elok selalu bersedih. Tidak baik untuk kandungan. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Pak Ali yang masih memandangnya sayu. Nafasnya dihela panjang. Dia mahu berhenti menangis sekarang. Dia tak mahu jika dia ke universiti nanti aka nada yang menegur matanya yang sembab kerana menangis.

“Tasha sayang. Sabarlah sayang. Itu semua dugaan dari Allah untuk Tasha. Mak tahu Tasha kecewa. Tasha hampa. Tasha sedih. Tapi sayang. Percayalah sayang, akan ada hikmahnya buat Tasha. Mak yakin dari cerita-cerita Pak Ali selalu ceritakan pada mak, Is memang sayangkan Tasha sepenuh hati. Dia memang cintakan Tasha. Cuma mungkin buat masa ni dia masih marah. Masih terkejut. Beri dia masa. Tasha sabar ye sayang. Mak dengan Pak Ali sentiasa akan ada dengan Tasha. Percayalah sayang.” Mak Timah masih lagi menenangkan jiwa Natasha sedangkan hatinya sendiri begitu bercelaru ketika ini. Kasihan anak angkatnya ini. Begitu besar dugaan yang dihadapinya.


Natasha menghela nafas panjang sekali lagi. Benar kata Mak. Mungkin abang masih marah sahaja.

36 comments:

  1. Sedihnye...sian Tasha...abg Is abg Is...best best....good job..:-)

    ReplyDelete
  2. Entry yang sedih. Kesian Natasha... Sampai hati Iskandar :(
    Good entry ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. berjaya jugak saya menyedihkan situasi.. saya ni jenis berjiwa keras,...x reti sedih

      Delete
  3. mcm x sanggup nak baca n3 seterusnya...sedih sgt kesian tasha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayoyo syg.. kalau x baca nanti mana nk tahu endingnya...

      Delete
  4. Sedihnya.... kasihan Tasha ... rasanya buat masa ni kalau Is x mahu dgn Tasha ada baiknya Tasha minta izin dari Is untuk berpisah sementara ... bagi Is masa untuk mencari dirinya yang sebenar..... sambungggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. itulah.. kesian Tasha.. nak kena Is ni.. x apa.. nanti Tasha lari Is yang nanar..

      Delete
  5. salam cik writer..sad n xsabar nx chapter..kashamida

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikummusalam sayang.. terima kasih sudi membaca.. sabaq naa...

      Delete
  6. kenapa rasa geram giler dekat iss nie...aser nak bg penampaq sulong....cik writer bile terbit novel nie...klu akk nak beli mcm mne..tapi akk jauh diperantauan....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayoyo.. ganasnya kak.. kesian muka kacak Is.. insha allah akan diterbitkan kak.. akk doakan ye.. kalau ikut terbitan Karya Seni akk boleh beli on9.. tapi akk duduk kat mana? kalau diperantauan mahal sikitlah kot kak...

      Delete
  7. Replies
    1. uishhhh.. xmau geram2.. nanti Is sanggup berkorban nyawa untuk Tasha tau..

      Delete
  8. Sis , cpat upload yg sterusnya . Cian tasya . Baru nak epy , da jadi mcm nie . -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabarlah syg.. kalau update cepat2 awk x suspense...

      Delete
  9. Sis , nape Is ni jahat sangat . ishh geramnye !

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh.. dia x jahat tu syg.. dia tertekan je..

      Delete
  10. makin xsabo nk tau selanjutnye..cpt2 ye continue....gud job dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi membaca syg.. sabaq naaa

      Delete
  11. Sabar tasha....... sis cepat2 continue yer.......... :)

    ReplyDelete
  12. xsabar nak baca next n3..kesian tasha..

    ReplyDelete
  13. Awat is ni???xsukerrr...huhu...sian Tasha...ei rasa nk penyek2 la si Is nih...alamak,emosi plak..

    ReplyDelete
  14. inilah iskandar... ego tinggi. kenapa die x boleh nak maafkn je tasha tu?? kalau tasha tinggalkan kau, jangan kau sibuk2 nak cari tasha lg. bukannya nk jaga hati prempuan. tau nak menyakitkan hati je... kalau mak ayah is tau is buat tasha mcm ni, mesti kena marah lah... hahaha...

    ReplyDelete
  15. Sedey la sbb tu dah lama x comment, nk is yg dulu, x leh la bila kena tengking, kena herdik rasa pilu sgt

    ReplyDelete
  16. apewlah is nie,sampai camtue skali tinggi sangat ego is tue,lebih sayangkan kekasih daripada istri sendiri...apapun novel kak tasha nie memang terbaekk...(sya terlalu menghayati watak tasha sampai termenangis pulak)...good job kak tasha anda telah berjaya membuat saya menagis(ceh macam best pal menangis)huhuhu....

    ReplyDelete
  17. dah nanges malam2 bc entri ni...huhuhu..cian tasya..dah la peknen :'(

    ReplyDelete
  18. msti haikal pnya angkra kn..iskk..jht btol..cnta mna bleh pksa2 kn..cian..tasya..psiko punya haikal....best la cter nie kk..sdikit sbnyk mcm ksah sndri plak dah..ape3 pun..thniah r kat akk..cterr nie..best sangt2..cpat2 r akk upload epsde strusny ea..krya akk dh bntu rlease stress sy..thanks ye kak.. keep it up unnie..!! :-)

    ReplyDelete
  19. Dear , mane chapter 41 ?
    Tercari-cari tapi tak berjumpe.
    Eksaited nie , am addicted .

    ReplyDelete
  20. nak kene is nih , kalau lah die ade kat dunie , nak dush kat muke die sebijik .. hahahahaah ...

    ReplyDelete