Monday, November 4

Natasha al-Jannah




"Awak..  Saya nak tanya sesuatu.. saya harap awak jawab dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak cintakan saya?" Natasha bertanya sepatah demi sepatah. Setiap patah perkataan yang cuba dituturkannya terasa begitu pahit sekali untuk diluahkan. Dia sebenarnya takut dengan jawapan yang bakal Iskandar berikan. Dia takut jika jawapan yang akan Iskandar berikan bukanlah seperti yang dia harapkan.

“Tak Pernah.” Jawab Iskandar sepatah.


Hilang senyuman yang indah.. hanya hati yang sebak menanhan tangis.. semoga bahagia miliknya

My Hubby My Lecturer!!! bab 43

Bunyi loceng di hadapan membuatkan Faiq berhenti menyuap pizza ke dalam mulutnya. Faiq mengeluh panjang sebelum menuju ke pintu. Jam di atas meja dipandang sekilas. Lambat pula hari ini. Pukul sembilan baru sampai. Pergi solat di masjidlah tu. Dia tahu siapa yang datang. Rambutnya diraup ke belakang. Rasa geram membuak dalam hatinya. Pasti Iskandar lagi.

“Waalaikummusalam.” Faiq menjawab malas salam Iskandar. Sebenarnya dia geram yang teramat dengan perangai Iskandar yang mendera Natasha begitu. Dia masuk semula ke dalam rumah selepas membuka pintu untuk Iskandar.

Iskandar melangkah masuk ke dalam rumah Faiq tanpa dipelawa. Bukan dia tak biasa datang ke rumah ini. Sepanjang sebulan dia berdingin dengan Natasha rumah ini sudah menjadi seperti rumah keduanya. Selepas habis waktu kerja dia pasti akan datang ke sini melepak dahulu sehingga tengah malam sebelum pulang ke rumah.

Dia kan mahu mengelakkan diri dari Natasha. Jadi keputusan yang dia ambil ialah bermusafir di rumah Faiq terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah pada waktu tengah malam apabila dia pasti Natasha sudah tidur.

“Kau makan apa bro? Hehehe.. ini je dinner kau? Ni Malaysia kot. Orang makan nasi bukan makan pizza.” soal Iskandar bila dia seperti tidak dilayan Faiq. Dia duduk di hadapan Faiq di meja makan.

Wajah Faiq yang langsung tidak dipandangnya ditenung dengan penuh hairan. Ah.. lantaklah. Bahunya diangkat sedikit. Tak kuasa nak layan orang yang kena angin monsoon timur barat seperti Faiq Air coke dituang ke dalam gelas. Dan sekeping pizza diambil dan disuap ke dalam mulutnya tanpa dipelawa. Bertahun menjadi teman serumah dengan Faiq semasa di Cambridge membuatkan dia hilang rasa segan dengan Faiq.

Faiq mengangkat muka memandang Iskandar bila Iskandar makan dengan diam. Lama. Muka serabut. Kononnya marah. Tapi nampak sangat dia yang merana. Kenapalah nak siksa hati sendiri? Kalau dah sayang kenapalah sanggup nak tipu perasaan sendiri. Dia ni suka sangat menyusahkan orang ramai. Aku kena buat sesuatu supaya dia bersama balik dengan Tasha. Wajib!

Teringat air mata Ara yang bercucuran ketika menemuinya di bilik pejabatnya siang tadi. Sungguh dia terkejut ketika Ara tiba-tiba meluru masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu dahulu. Mujur tak ada sesiapa di dalam biliknya. kalau tidak pasti tersebar cerita di universiti bahawa Natasha dan Iskandar bergaduh. Kata-kata Ara masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Tasha tersiksa Sir. Sir tolonglah buat sesuatu untuk baiki hubungan mereka. Saya dah tak sanggup tengok Tasha macam tu. Kesian dia terpaksa mengandung sendirian tanpa suami dia. Dengan hati dia yang tersiksa. Dengan keadaan dia yang tak sihat. Saya risau Tasha tak dapat bertahan nanti. Walaupun Tasha memang kuat. Tapi dia masih seorang manusia. Dia ada hati. Dia ada perasaan. Dia ada hak untuk bahagia.
 Tolonglah sir. Buatlah apa saja asalkan Iskandar dengan Tasha dapat berbaik semula. Hanya Sir harapan saya sekarang. Saya dah cuba untuk beritahu Datin Rose. Tapi Tasha tak bagi saya bagitahu dia. Jadi. Tolonglah Sir. Saya merayu.” Bersungguh-sungguh Ara menangis menceritakan segala penderitaan Natasha.Ara merayu supaya dia buat sesuatu untuk memulihkan hubungan Iskandar dengan Natasha.  Suara serak Ara masih segar di telinganya sehingga membuatkan dia tekad untuk bertindak.

Dia kasihan dengan Natasha. memang dia terkejut ketika Ara memberitahu tentang berita kandungan Natasha. Patutlah sejak kebelakangan ini wajah Natasha sentiasa pucat. Sangkanya kerana Natasha menderita perasaan. Rupanya Natasha sedang mengandung. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia memberitahu Iskandar tentang keadaan isterinya itu. Tetapi kerana janjinya dengan Ara untuk tidak memberitahu keadaan Natasha itu kepada Iskandar dia diamkan saja.

“Sampai bila kau nak jadi macam ni Is?” soalan Faiq membuatkan Iskandar berhenti mengunyah. Lama dia berjeda. Mencerna setiap bait kata Faiq.

“Sampai bila-bila.” Jawab Iskandar tanpa nada. Dia kembali mengunyah makanan di dalam mulutnya. Kemudian air coke disisipnya sedikit.

“Sampai bila-bila? Baru sebulan ni pun aku nampak kau dah macam orang hilang akal tau. Tak terurus. Dan aku rasa yang lebih merana dalam hal ni kau. Bukannya Tasha. Kau yang meroyan lebih-lebih aku tengok. Is kau tak kesian ke dekat dia? Sorang-sorang tanggung semua ni?” Faiq mula geram. Giginya  diketap kuat. Menahan suaranya dari meninggi.

Bukannya dia mahu menyibuk dalam urusan rumah tangga Iskandar. Tapi dah nyata Iskandar memang melampau. Mungkin dulu dia boleh menerima perbuatan Iskandar. Padanya mungkin Iskandar terlalu kecewa. Terpukul dengan kenyataan isterinya yang tercintalah penyebab kematian kekasihnya dahulu. Tetapi lama kelamaan dia merasakan Iskandar terlalu melampau. Tambah lagi bila mendengar rayuan Ara siang tadi. Dia memang marah!

Bukan Natasha yang pinta untuk terlibat dalam kemalangan itu. Itu kan semuanya takdir. Mengapa Iskandar masih tidak mahu menerima takdir yang Allah berikan? Kasihan Natasha. Seorang isteri yang setia pada suami. Masih sanggup bertahan walaupun terluka dengan teruk. Malah terpaksa mengharungi semuanya sendirian. Dia yakin, jika dia di tempat Natasha dia pasti tidak mampu menjadi sekuat itu.

“No. The problem here is kenapa kau kisahkan sangat pasal dia? Aku ni yang kawan kau ke dia? Kau nak bela sangat dia tu kenapa?” Iskandar memandang tajam wajah sahabat baiknya itu. Rasa cemburu mula menular dalam dirinya. Yang kau sibuk sangat pasal dia kenapa? Dia tu isteri aku tahu!

“Ceritanya sekarang bukannya pasal kau atau dia kawan aku. Ceritanya ialah aku kesiankan dia. Dia tu perempuan kau tahu. Pulak tu dia tak ada sesiapa lagi selain kau. Kau satu-satunya tempat dia bergantung tapi kau jugak yang buat dia macam tu. Aku tak boleh bayangkan bertapa sakitnya hati dia Is. Kalau aku kat tempat dia dah lama aku tinggalkan kau.” Faiq bangun dan menuju ke ruang tamu. Dia mahu menenangkan hatinya yang sedang panas. Lebih lama dia menghadap muka Iskandar lebih membuak rasa marahnya pada Iskandar.

Iskandar mengekori langkah Faiq. Bahu Faiq ditarik dari belakang supaya menghadapnya. Perasaan cemburunya semakin menggunung. Memang melampau kalau Faiq sebenarnya ada hati dengan Natasha. Dia tu isteri aku. Tak ada sesiapa boleh rampas dia dari aku. Dia milik aku selamanya.

“Kau sibuk sangat pasal dia kenapa? Kau suka dia? Kan dulu kau pernah nak mengorat dia. Kau jangan harap kau nak dapatkan dia. Sampai mati pun kau tak akan dapat.” Jari telunjukknya di  luruskan tepat di muka Faiq. Nafasnya turun naik menahan marah.
Dasar tak guna. Kau kata kau kawan aku. Tapi kau ada hati nak rampas isteri aku.

“Oh. Sekarang ni kau nak cakap kau cemburulah ye macam tu? Kau sedar tak? Dah cukup baik Tasha tu tak lari tinggalkan kau tahu tak. Dan dah cukup baik jugak dia tak mengadu dekat parents kau. Lagi satu, pasal aku suka dia tu. Kenapa kau ada masalah? Kalau aku nak. Bila-bila masa je aku boleh rampas dia dari kau. Tapi aku tahu. Tasha Cuma cintakan kau. Sejauh mana aku cuba rampas dia dari kau dia tetap tak akan bahagia dengan orang lain sebab hati dia ada pada kau.
 Kau dengar sini baik-baik. Memang dari awal aku memang dah jatuh cinta pada dia. Tapi bila aku tahu dia isteri kau aku mengalah. Dia memang layak untuk dapat yang terbaik. Tapi aku rasa aku dah silap. Terbaik yang aku harapkan tu tak macam ada pada kau pun. Kau sia-siakan dia macam dia langsung tak ada harga. Kalau kau tak sayangkan dia lagi lepaskan dia. Aku boleh jaga dia dengan baik” Faiq terpaksa mereka cerita bahawa dia telah lama mencintai Natasha hanya kerana dia mahu Iskandar sedar bertapa beruntungnya dia memiliki Natasha. Dia tekad. Walaupun terpaksa memuburukkan nama sendiri dia sanggup. Baginya, wanita untuk dilindungi. Bukan untuk disakiti.

“Tak guna kau! Bini aku pun kau ada hati! Tak guna!”

Dush! Iskandar menumbuk tepat muka Faiq. Dasar lelaki tak guna. Sanggup makan kawan sendiri. Isteri aku pun kau nak rembat. Patutlah selama ni Nampak baik sangat dengan dia. Rupanya ada hati dengan isteri aku. Tak guna! Faiq yang sedang terduduk di atas lantai sambil mengesat bibirnya yang berdarah dipandang dengan tajam.

Dan dushh!!  Gilirannya pula yang menerima tumbukan dari Faiq. Lalu berlakulah pergelutan di antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah. Iskandar dengan rasa cemburu dan marahnya yang membuak dan Faiq dengan rasa marahnya terhadap Iskandar yang mengainiaya Natasha. Habis semua perabot di ruang tamu berselerakan. Namun mereka masih lagi saling bergelut. Langsung tidak menghiraukan keadaan di sekeliling mereka.

Tiba-tiba bunyi dari pasu  Kristal yang berada di atas rak jatuh ke lantai membuatkan mereka berhenti bergelut. Iskandar bersandar di sisi sofa. Nafasnya tercungap-cungap dan peluh membasahi seluruh tubuhnya. Bibiir dan dahinya yang berdarah dikesat dengan lengan baju. namun seteruk mana kecederaannya Faiq lebih teruk lagi. Baju T-shirt yang dipakainya koyak di baju dan terdapat luka yang agak besar di situ. Masakan tidak. Sejak dari dulu lagi. Kalau dalam bab kegagahan memang Iskandar lebih hebat darinya.

“ Kenapa kau berhenti? Kau dah penat? Kau nak pukul aku? Kau pukullah. Aku tak kisah. Tapi kau kena ingat sekali kau pukul aku. Balasan dia kau kena buat baik pada Tasha. Kalau tidak aku akan rampas dia dari kau. Dan masa tu kau jangan harap kau akan jumpa dia lagi. Tapi kalau kau rasa kau masih ada sayang pada dia kau jangan siksa hati dan perasaan dia macam tu. dia ada hidup dia. Dia ada degree yang dia nak kena habiskan. Kau jangan pentingkan diri kau sendiri je. Satu hari nanti kau akan sedar bertapa kau perlukan dia dalam hidup kau. Masa tu kau jangan cari aku lagi. Aku dah penat dengan kau.” Faiq bersuara dengan nada separuh mengejek. Sengaja dia mahu menyakitkan lagi hati Iskandar. Biar Iskandar sedar bertapa pentingnya Natasha di dalam hidupnya.

Iskandar menggenggam penumbuk sekali lagi. kalau diikutkan hatinya memang dia mahu membelasah Faiq lagi. Tetapi perasaannya itu ditahan. Walau apa pun Faiq masih sahabatnya. Iskandar bangun dan terus melangkah keluar dari rumah Faiq tanpa menoleh sesaat pun kepada sahabatnya itu. Dia ingin marahnya reda dahulu. Entah kenapa kata hatinya mengatakan apa yang dikatakan Faiq bahawa dia cintakan Natasha adalah tidak benar. Tetapi perasaan cemburu benar-benar merasuk mindanya.

Faiq hanya mampu tergelak kecil melihat tindakan Iskandar itu. Is aku minta maaf dengan tindakan aku tadi. Aku hanya harapkan yang terbaik untuk kau. Tasha isteri terbaik untuk kau. Tak patut kau sia-siakan dia. Aku harap kau akan sedar bertapa kau pentingnya dia dalam hidup kau. Aku cuma nak kau bahagia.

Iskandar memandu kereta tanpa arah. Dia juga tak pasti ke manakah arah yang ingin dia tujui sebenarnya. Yang pasti dia mahu melepaskan semua kemarahannya dahulu. Tiba-tiba silauan dari lampu dan bunyi hon van yang bertentangan dengannya membuatkan Iskandar tersedar dari lamunan. Mujur saja dia tidak terbabas melanggar van itu. Dia membelokkan stereng kereta ke bahu jalan. Dia takut untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan jiwanya yang tidak tenang begitu.

Iskandar mengangkat muka memandang ke persekitarannya. Aku kat mana ni? Papan tanda kedai yang menunjukkan perkataan Teluk Kemang membuatkan dia beristighfar beberapa kali. Sampai ke sini aku? Tangannya meraup mukanya. Dia sangat tertekan ketika ini.

Jam di tangannya dipandang sekilas. Ya Allah! Dah pukul satu pagi! Tasha. Mesti Tasha risau aku tak balik-balik lagi. Selalunya waktu macam ni aku dah ada dekat rumah. Aku kena balik sekarang juga!

‘Iskandar. Kau risaukan dia ke? ‘ Entah suara dari mana menyapanya.

‘Mestilah aku risau. Dia kan isteri aku. ‘Iskandar menjawab tegas.

‘Tapi bukankah kau yang dah buang dia buat apa risaukan dia lagi?’ suara itu membalas. Kata-kata itu membuatkan Iskandarr tersedar. Betul! Aku masih sayangkan dia. Aku cintakan dia. Dia isteri aku. Aku sayangkan dia lebih dari diri aku sendiri.

Wajah Natasha berlegar-legar di mindanya. Wajah Natasha tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Wajah Natasha yang ketawa bila bergurau dengannya. Wajah Natasha yang tersipu malu bila diusiknya. Wajah Natasha yang mudah merah bila perasaannya tidak stabil. Wajah Natasha yang menangis bila diherdiknya. Natasha memang terlalu cantik. Setiap saat. Setiap detik. Wajahnya memang sentiasa memukau perasaan Iskandar.Beserta dengan hati yang indah membuatkan Iskandar gila bayang. Dia rindukan semua itu.

Ya Allah. Apa yang aku dah buat? Isteri yang terbaik kau berikan untuk aku. Tapi apa yang aku balas pada dia? Ampunkan aku Ya Allah. Aku bersalah. Aku telah abaikan amanah yang kau berikan pada aku. Aku menyesal atas kesilapanku.

Dia segera memutarkan stereng semula untuk pulang ke rumah. Dia ingin segera menemui isterinya. Dia ingin menyatakan rasa kesalnya. Dia ingin menyatakan rasa cintanya dengan bangga kepada Natasha. Dia rindukan isterinya itu. Lebih sebulan lamanya dia cuba menipu perasaan bahawa dia bencikan Natasha sedamgkan setiap sudut hatinya menjerit cintakan isterinya setiap saat. Iskandar menarik nafas panjang dan melafazkan bismillah sebelum bertolak pulang kerumah.



Iskandar membuka pintu rumah. Matanya melilau memandang ke sekeliling ruang tamu yang kelihatan masih cerah. Tasha tak tidur lagi ke? Dah tengah malam ni. Tunggu aku ke? Mana dia ye? Matanya mencari kelihat sang isteri yang tidak kelihatan di mana-mana. Bunyi cawan berlaga dari dapur membuatkan Iskandar menuju ke dapur. Bunyi orang bercakap membuatkan Iskandar tertanya-tanya dengan siapa Natasha bercakap. Iskandar mengintai Natasha dari balik dinding dapur. Natasha yang memegang telefon bimbit sambil menuang air kosong ke dalam cawan. Dia memasang telinga untuk mengetahui identity pemanggil dari sebelah sana.

“… baik abang Faiq. Nanti kalau dia balik Tasha beritahu.”

Hanya itu yang mampu didengari Iskandar. Dia menarik nafas panjang. Jadi betullah mereka ada hubungan? Aku je yang buta selama ni. Aku ingatkan dia cintakan aku. Rupanya dia main kayu tiga dengan kawan aku.  Tak guna! Iskandar menggenggam penumbuk dan berjalan menuju kea rah tangga. Dia tak kuasa lagi untuk melihat muka Natasha.

“Allahhu Akbar! Awak! terkejut saya. Bila awak balik? Abang Faiq baru je telefon dia tanya awak dah balik ke belum.” Natasha terkejut melihat Iskandar yang sedang membelakanginya itu membelakanginya.

Iskandar berpaling menghadap Natasha membuatkan Natasha terjerit kecil melihat mukanya yang lebam teruk dan dahinya yang luka berserta dengan darah kering. Natasha memandang setiap sudut wajah Iskandar. Dia mendekati Iskandar dengan takut-takut. Wajah Iskandar cuba disentuh tetapi ditepis oleh Iskandar. Natasha sebak melihat keadaan suaminya yang begitu. Dia seperti dapat merasa setiap kesakitan yang dialami oleh Iskandar.

“Awak. Apa yang dah jadi? Kenapa sampai jadi macam ni? Awak duduk dulu saya sapukan ubat untuk awak.” Natasha menarik tangan Iskandar ke ruang tamu dan mendudukkan Iskandar di sofa. Dia sudah tidak kisah sama ada Iskandar ingin marah ataupun tidak. Yang penting luka-luka Iskandar dapat diubati.

“Tak payah. Aku boleh buat sendiri. Aku tak perlukan kau untuk tolong aku sapu ubat.” Iskandar bersuara senada tanpa perasaan. Hatinya bengkak mendengar kata-kata Natasha di telefon tadi.

“Awak. Saya bersihkan dan sapukan ubat sekejap je. Saya janji.” Natasha merayu. Dia risau jika luka Iskandar dijangkiti kuman pula. Bahaya. Natasha berdiri tegak di sisi Iskandar sambil memandang Iskandar yang sedang memandang kosong ke arah kolam renang dengan harapan Iskandar akan bersetuju.

“Tak payah. Aku tak perlukan orang macam kau. Langsung tak perlu.”

Kata-kata Iskandar membuatkan Natasha terkedu. Ya Allah. Betulkah dia memang tak perlukan aku langsung? Betulkah memang taka da sekelumit pun rasa cinta dalam hatinya buat aku? Terlalu taka da hargakah aku dimatanya? Dia suami aku. Dia syurga aku. Tapi setiap hari aku dibenci tanpa tahu apa silap aku. Air mata Natasha bergenangan di tubir mata. Dia cuba menahan air mata itu dari gugur. Dia tak mahu Iskandar menganggapnya sudah berputus asa mengejar cinta Iskandar.

"Awak..  Saya nak tanya sesuatu.. saya harap awak jawab dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak cintakan saya?" Natasha bertanya sepatah demi sepatah. Setiap patah perkataan yang cuba dituturkannya terasa begitu pahit sekali untuk diluahkan. Dia sebenarnya takut dengan jawapan yang bakal Iskandar berikan. Dia takut jika jawapan yang akan Iskandar berikan bukanlah seperti yang dia harapkan.

“Tak Pernah.” Jawab Iskandar sepatah.

Jawapan dari mulut Iskandar itu membuatkan Natasha seperi tidak bermaya lagi untuk berdiri. Tangannya mencengkam kuat sofa yang diduduki Iskandar itu dengan harapan dapat membantunya berdiri. Air mata yang cuba ditahannya tadi jatuh setitis demi setitis. Hatinya terlalu hancur mendengar jawapan dari suami yang terlalu dia cintai. Suami aku tak pernah cintakan aku. Natasha menghela nafas panjang. Dia mengumpul kekuatan untuk bersuara.

“Baiklah. Saya faham. Saya redha kalau itu yang awak mahu. Tapi saya mohon satu je. Izinkan saya ubatkan luka awak untuk malam ni je. Izinkan saya.” Natasha bersuara tanpa memandang Iskandar. Dia terus naik ke tingkat atas untuk mengambil First Aid Kit di dalam biliknya.

Sebaik sahaja dia tiba di dalam biliknya tangisannya sudah tidak dapat dibendung lagi. dia menangi semahu-mahunya di belakang pintu. Disini jugalah kali pertama dia menangis kerana dibuang Iskandar. Dan disini juga dia menangis sekali lagi kerana betul-betul dibuang Iskandar. Natasha beristighfar berkali-kali sebelum tangisannya reda sedikit.

Dia bangun menuju ke bilik air dan membasuh mukanya supaya kesan air matanya tidak kelihatan. Dia tidak mahu Iskandar melihatnya begitu. Wajahnya dilap dengan tuala kering kemudian dia mengambil sehelai lagi tuala bersama First aid kit dan turun ke bawah. Natasha menuju ke dapur untuk mengambil sedikit air bersih di dalam bekas untuk mencuci darah kering yang berada di muka Iskandar. kemudian menuju ke ruang tamu semula. Iskandar yang masih lagi berwajah kosong dipandangnya lama.

“Awak. Biar saya bersihkan luka dulu ye.” Natasha meminta izin sebelum memulakan kerjanya.

Perasaannya yang sebak ditahannya sedaya mungkin. Dia mahu berkhidmat untuk Iskandar buat kali terakhir. Dia sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Iskandar. Dia sudah tidak sanggup mendera perasaannya lagi bila tidak dicintai suami sendiri. Dia ingin pergi dengan anak dalam kandungannya.

Panggilan telefon dari ibu mertuanya malam tadi memberinya sedikit sinar harapan. Entah dari mana Datin Rose tahu tentang masalah yang melanda mereka berdua. Datin Rose memberi jaminan bahawa dia akan sentiasa berada di sisi Natasha walau apapun yang terjadi. Dia akan sentiasa memihak kepada Natasha itu janjinya. Natasha melakukan kerjanya dengan penuh kelembutan. Dia mahu Iskandar ingatkan kelembutannya. Dia mahu Iskandar ingatkan dia dengan cara yang terbaik.

Iskandar mendongak memandang setiap inci wajah isterinya yang tekun membersihkan luka-luka do wajahnya. Matanya yang indah bewarna coklat cair. Hidung  yang cantik terletak. Bibir yang kecil. Pipi yang kemerah-merahan. Tasha terlalu cantik sayang. Lebih cantik dari segalanya dalam hati abang. Tapi kenapa perlu khianati abang dengan kawan baik abang sendiri?

Tahukah Tasha bertapa abang cintakan Tasha? Setiap detik hanya nama Tasha yang ada dalam hati abang. Mungkin abang memang silap kerana salahkan Tasha atas kematian Intan. Tapi abang dah sedarkan kesilapan abang. Abang balik untuk minta maaf. Tapi apa yang abang dapat cuma rahsia hubungan Tasha dengan Faiq. Kata-kata itu bergema dalam setiap urat sarafnya. Namun yang terluah di bibirnya hanyalah desahan nafas kecil. Dia kelu untuk berkata-kata. Hilang semua kosa kata di mindanya selama ini.


Usai menampal plaster di tempat luka Iskandar Natasha memandang suaminya. Abang. Andai ini kali terakhir Tasha lihat abang. Tasha minta abang halalkan makan minum Tasha. Sesungguhnya Tasha cintakan abang dari saat pertama kali Tasha kenal cinta. Ampunkan segala salah silap Tasha. Malangnya setiap bait kata-kata itu hanyalah jiwanya sahaja. Pada zahirnya dia hanya memandang Iskandar tanpa suara. Natasha mengambil tangan kanan Iskandar dan menciumnya buat kalu terakhir dan Iskandar pula tidak lagi menepisnya seperti biasa. Lama Natasha berbuat begitu sebelum berlalu naik ke atas bersama linangan air mata. Selamat tinggal sang pemilik hati.. Izinkan ku pergi.. 
Assalamualaikum syg2 sekalian..
maaf sgt2 sebab lama sangat2 sangat2 sangat2 sangat2 sangat2 menunggu saya mengupdate bab baru.. seperti yang saya kata saya sangat sibuk.. dengan segala quizzes.. exams.. reports.. interviews.. presentations.. assignments.. n macam2 lg yang tak mampu saya nak tulis semua..(kalau anda follow fb saya anda akan tahu bertapa bznya cik jah ni..)

saya jugak nak mintak maaf sgt2 saya x sempat lsg nk membalas sebarang komen2 anda di blog ni.. saya bukan sombong.. tapi masa macam jeles je dengan saya.. cepat je habis dalam masa satu hari.. tapi setakat ni saya cuba yang terbaik untuk balas kalau ada sesiapa yang pm saya di wechat dan Fb sebab kedua app tu sentiasa on di phone saya.. In Sha Allah saya cuba membalas setiap satu setakat termampu saya.. sob.. sob.. sob..

Insha Allah pada malam yang agak kuchiwa kerana team kecintaan saya Kelantan kalah muehehe.. saya akan cuba yang terbaik untuk habiskan bab 43 dan update.. Ins Sha Allah.. doakan saya mampu menghabiskan malam ni jugak.. janganlah mata saya buat drama swasta nak tidur2 pulak..

So daaa.. XOXO..

Monday, October 21

Darling2..

Assalamualaikum sayang2 darling2 semua..

lately ramai yang text saya di FB wechat dan email saya sendiri, apabila saya sering lambat mengupdate chapter baru.. aduhai sayang... saya sibukkkkk sangat.. saya tak sempat..

ada juga yang tanya saya.. "Kak.. saya malaslah akak update satu-satu chapter macam ni.. tak best langsung.. tak dapat feel.. apa kata akk update banyak2 sekali gus.." Ayoyo.. mcm yang saya beritahu sebelum ni.. saya memang tak ada chapter lebih dalam simpanan saya.. setiap kali saya habis menulis saya terus saja update.. x ada tangguh2 kecuali encik lappy dan encik internet buat mengada.. barulah saya ada simpanan bab tambahan.. tapi buat masa sekarang ni memang tak ada.. sorry..

tambah ada juga yang datang sound saya kenapa tak update2 chapter baru.. bila saya tanya dia dah baca sampai mana kata baru baca chapter 23 sebab dia dah lama tak buka blog MHML..aduhai.. saya hanya mampu tepuk dahi.. kenapalah tak check dahulu sebelum marah2 pada saya.. kan saya dah update sampai bab 42.. jangan salahkan saya yang tak bersalah ni bila anda tak rajin nak check update.. saya ni memanglah kasihan orangnya sebab saya sendiri terpaksa berebut waktu dalam sehari untuk diri sendiri.. sedih~

dan ada juga yang complain dekat saya.. "Sis ni dah sombonglah sekarang.. baru popular sikit novelnya dah sombong.. orang comment tak pun tak balas.. dulu masa tak ramai orang baca rajin je balas sekarang satu pun tak balas.." Astaghfirullahaladzim.. saya tak ada niat nak menyombong di bumi milik Allah.. saya manusia biasa je tak ada lebih dari orang.. tak ada tiket untuk saya sombong.. walhal Nabi SAW manusia teragung dan kekasih Allah sendiri pun tak pernah menyombong. inikan saya manusia biasa.. tak layak saya.. seperti yang saya kata tadi saya sibuk.. mohon faham.. saya masih pelajar.. masih seorang anak.. kehendak dua alam ni wajib saya dahulukan sebelum kehendak saya sendiri..

sebenarnya hati saya ni mengedik2 kata 'Natasha lupakan belajar.. layanlah orang yang dah berjasa baca dan popularkan novel kau tu..' tapi akal saya kata jangan.. utamakan yang penting dulu.. jadi saya mohon maaf kepada sesiapa yang anggap saya begitu.. sesungguhnya saya memang tak ada niat nak menyombong.. sungguh.. saya sayangkan anda semua yang sudi membaca coretan cabuk saya..

Akhir kata.. mengikut perancangan saya, novel ni akan habis dalam lebih kurang lima atau enam bab lagi insha Allah.. tetapi tengoklah dahulu.. kalau2 tiba2 dapat idea mencurah2 macam air terjun pula.. muehehee.. dan saya akan berusaha untuk menyiapkan menuskrip dan hantar pada penerbit nanti..

Disini Harus Diingatkan Bahawa... akan ada tambahan istimewa dalam mensukrip yang tak ada di sini supaya anda wajib membeli novel tu jikalau ada rezeki dari Allah untuk dibukukan nanti.. Doa kan saya ye.. hehe..

Friday, October 18

My Hubby My Lecturer!!! Bab 42

Ara mengusap-usap belakang badan Natasha. Air mata yang bercucuran gugur dari tubir mata sahabatnya disapu lembut. Nafasnya turun naik menahan perasaan marah yang teramat. Wajah Natasha yang kelihatan sedang menanggung penderitaan yang sangat besar itu menimbulkan rasa tak puas hati terhadap Iskandar.

Memang Ara tidak puas hati dengan Iskandar sekarang. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia pergi mencakar atau menyimbah asid ke muka Iskandar. Apa guna muka kacak tahap melampau tapi perangai jahat mengalahkan pembunuh bersiri. Dia ingat orang lain tak ada hati ke? Tak ada perasaan? Sesedap hati dia nak menyakitkan hati orang. Geramnya aku ni. Siap dia kalau aku jumpa dia. Depan semua orang aku malukan dia. Dia ingat dia buat Tasha macam tu tak ada orang yang akan bela Tasha? Aku ada!

“Ara! Ara. Jangan Ara. Aku tak nak besarkan perkara ni.” Natasha menahan langkah Ara yang sudah berdiri. Dia tahu Ara pasti mahu pergi menyerang Iskandar. Dia kenal dengan perangai Ara. Apa yang tak kena di matanya pasti dia akan menentang habis-habisan.

“Engkau nak bela dia buat apa Tasha? Kau ingat. Kau menangis macam ni dia akan jadi baik ke? Aku tak rasa macam tu. Biar aku ajar dia tu. Dia ingat kau tu isteri dia, dia boleh sesuka hati je nak buat kau macam ni? Dia tahu tak dia tu suami. Heishh.. aku ni teringatan muka dia je aku rasa macam nak cakar-cakarkan aje muka dia tu.”        

Ara kemudiannya duduk semula mengadap  Natasha. Muka Natasha dipegang supaya memandang tepat ke dalam matanya. Biar Natasha faham dengan apa yang dia fikirkan ketika ini. Kenapalah Natasha terlalu takut untuk membalas perbuatan Iskandar itu? Selalunya Natasha bukanlah seorang yang lemah.

“Tak apa Ara. Aku yakin. Satu hari nanti. Satu saat nanti mesti dia akan kembali macam dulu balik. Satu hari nanti mesti dia akan datang pada aku, dia akan cakap, ‘Tasha, abang minta maaf atas semua silap abang. Abang nak pulang.’ Dan masa tu aku akan kata pada dia ‘tak apa abang. Tasha faham. Kita bina hidup baru. Mari kita pulang’.  Aku yakin semua tu. Aku cintakan dia dari segenap sudut Ara. Aku bukan cintakan wajah dia. Tubuh dia. Saat baik dia.
Sejak pertama kali aku jatuh cinta dengan dia memang aku dah menerima semua keburukan dia. Aku percaya Allah hanya menduga aku sekarang. Aku akan terus bertahan selagi aku mampu kecualilah dia sendiri yang kata pada aku dia tak cintakan aku macam aku cintakan dia. Waktu tu aku terpaksa pergi tinggalkan dia sebab aku memang tak layak untuk dia lagi.”Natasha menyapu semua air mata di pipinya. Tangan Ara yang dipipinya digenggam erat. Dia mahu Ara sedar bertapa dia sayangkan suaminya.

Ara bangun dan melangkah menuju ke arah pintu dan mengunci pintu itu bila terdengar bunyi tapak kaki berjalan di luar bilik persalinan itu. Takut juga jika ada pula telinga lintah yang terdengarkan perbualan mereka. Aib sahabatnya wajib dia jaga. Lainlah Iskandar nasi kandar penjahat besar tu. Ara kemudiannya duduk semula mengadap  Natasha.

“Tasha. Dia buat kau macam tak ada harga tau. Bila dia tak nak dia buang. Bila dia nak dia kutip. Kau rela macam tu?” Ara mengetap bibir. Geram dengan perangai Natasha yang masih juga mahu memenangkan suaminya. Tangannya mencapai telekung yang tidak berlipat di sekelilingnya. Sekurang-kurangnya dia dapat mengalihkan perhatiannya dari terus menerus marah-marah.

“Tak apa aku rela. Syurga aku pada dia. Anak aku perlukan bapa. Kalau dia tak suka aku. Bencikan aku aku terpaksa pasrah. Aku terpaksa redha. Yang penting anak aku berbapa. Tak rasa kekurangan kasih sayang. Aku tahu macam mana rasanya sakit tanpa ibu bapa. Tapi walau macam mana pun aku dapat jugak merasa kasih sayang ibu bapa sampai umur dua puluh satu tahun. Tapi anak aku? Sejak dia dalam kandungan sampai dia lahir dia tak dapat rasa kasih sayang seorang bapa? Aku tak mahu macam tu. Aku nak dia hidup gembira sama dengan anak orang lain.”Ara hanya mampu menghela nafas panjang.

“Tasha. Sesungguhnya kaulah manusia paling tabah yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. Setiap kali masalah, kesedihan, kesengsaraan menimpa kau, kau hadapi dengan tabah. Walaupun hati kau terluka  kau tetap teruskan perjuangan kau. Aku berdoa semoga segala ketabahan kau mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT. Aku Cuma mengharapkan yang terbaik untuk kau. Aku akan temani setiap jalan kau. “ Mata Natasha direnung sehingga ke dasarnya tanda dia memang jujur dengan kata-katanya itu. Natasha didakapnya semula. Harapannya sahabatnya akan keluar dari semua kesedihan ini nanti.



Natasha terduduk di dalam bilik air lagi. Dia mengelap mulutnya seusai berkumur. Tempoh tujuh minggu kandungannya memang sangat mencabar baginya. Setiap pagi dia terpaksa berlari ke bilik air untuk muntah. Walaupun dia berasa penat dan sakit dengan semua itu dia terpaksa bertahan sendirian. Dia takut untuk memberitahu kebenaran bahawa dia hamil kepada Iskandar.

Masakan tidak, sudah sebulan Iskandar berkelakuan dingin dengannya. Memandang wajahnya pun Iskandar tak sudi. Inikan pula untuk berbicara dengannya. Tak ada ruang langsung untuk dia memberitahu keadaannya kepada Iskandar.

Hati Natasha semakin hancur dengan perlakuan suaminya itu. Setiap harinya bertemankan air mata bila Iskandar memalingkan muka darinya. Setiap kali dia memulakan kata dia terpaksa menerima kata-kata kasar dari Iskandar. Dia hanya mampu menahan hancurnya perasaannya.

Natasha bangkit dari duduknya. Dia memandang cermin di hadapannya. Jam sudah pukul sepuluh pagi. Mujur kelasnya telah dibatalkan hari ini. Kalau tidak pastinya dia terlambat ke kelas. Iskandar sudah pasti telah pergi ke universiti. Entah dia tak pasti. Semenjak kejadian Iskandar menyuruhnya pergi ke kelas dengan Pak Ali dia tak pernah lagi tahu waktu Iskandar ke universiti dua minggu lalu. Tahu-tahu saja Iskandar sudah tidak ada di dalam rumah.

Di kampus juga dia tak pernah bertembung dengan Iskandar. Tambahan pula semester ini Iskandar tidak mengajarnya. Di rumah juga dia jarang bertemu dengan Iskadnar. Iskandar selalunya pulang lewat malam setelah dia sudah tidur menyebabkan kadang kala dalam masa sehari wajah Iskandar langsung tidak kelihatan. Memang dia sangat rindukan wajah itu. Terlalu rindu, namun apa yang dapat dia lakukan hanyalah memeluk baju Iskandar yang dapat di ambilnya dari bilik Iskandar ketika ketiadaan Iskandar di rumah.

Dia mengeluh panjang. Kadang kala mahu saja dia mengikut kata Ara supaya mengalah dan mengadu sahaja kepada kedua orang tua Iskandar. Pasti mereka dapat menyelesaikan masalah yang melanda dia dan Iskandar. Tetapi setiap kali dia ingin berbuat begitu pasti wajah mama dan papanya terlayar di matanya.

Ibu dan bapa mertuanya juga sama seperti ibu bapa kandungnya sediri. Bahkan boleh dikatakan dari dia kecil dia sudah rapat dengan mereka berdua. Sanggupkah dia mengecewakan ibu bapa mertuanya dengan berita kedinginan rumah tangganya? Biarlah waktu yang membuka cerita itu kepada kedua mertuanya nanti. Dia masih mampu bertahan.

Bunyi ketukan di pintu biliknya membuatkan Natasha menjadi teruja. Abang? Dia segera berlari keluar dari bilik air. Mujur bilik airnya sentiasa kering kalau tidak pasti dia akan terjatuh kerana licin. Natasha berhenti sebentar di hadapan cermin make up. Sepit rambut berbentuk rama-rama diambilnya dan disepitkan di rambutnya.

Natasha mengemaskan dirinya. Rambut lurusnya dilurut dengan jari supaya lebih kemas. Pipinya  dikembungkan sedikit konon memberikan tenaga kepada wajahnya yang kelihatan pucat itu. Pelembab bibir bewarna merah jambu pudar dioleskan di bibirnya supaya bibirnya tidak kelihatan terlalu kering. Baju gaun labuh ungu lembut juga dibetul-betulkan sedikit.

Dia ingin kelihatan cantik di hadapan Iskandar. Biar Iskandar tidak berasa bersalah dengan apa yang dilakukannya. Bunyi ketukan di pintu biliknya berbunyi lagi sebaik sahaja Natasha sampai di belakang pintu.

Dengan lafaz Bismillah Natasha memulas tombol pintu. Senyuman paling manis diukirkan di bibirnya. Namun perlahan-lahan senyuman itu pudar wajah yang diharapkan Iskandar malangnya bukan Iskandar. Wajah Mak Timah yang sedang menatang dulang membuatkan hatinya terlalu hampa. Natasha membuka pintu biliknya lebih luas lagi.

“Tasha sayang. Makan sikit ye nak. Mak ada masakkan bubur barli macam yang Tasha suka . Tadi pagi Pak Ali kata kelas Tasha batal. Itu yang mak datang bawakan makanan. Mak tahu Tasha pasti belum makan lagi.” Mak Timah masuk ke dalam bilik Natasha dan meletakkan dulang itu di atas meja kopi di hadapan sofa. Natasha menurut langkah Mak Timah. Dia kemudiannya duduk di atas sofa.

Mak Timah menuangkan susu ke dalam gelas lutsinar di atas dulang itu. Mujur pagi tadi suaminya memberitahu bahawa kelas Natasha batal. Kalau tidak pastinya Natasha akan mengambil lewa untuk makan. Dan mujur juga rumah mereka hanya dibelakang rumah Natasha kunci rumah Natasha memang dalam pegangannya.Kalau tidak pasti lagi lambat untuk dia menghantar makanan kepada Natasha.

Wajah sayu Natasha dipandang lama.Kasihan anak aku. Pasti dia megharapkan Iskandar datang tadi. Tengoklah dia dah bersiap cantik-cantik. Mesti dia hampa sangat.

“Tasha tak ada seleralah mak. Tasha tak rasa nak makan pun.” Natasha menjawab perlahan. Rasa kecewanya masih memenuhi segenap sudut hatinya. Gelas berisi susu yang dihulurkan oleh Mak Timah disambut Natasha. Dia hanya memengang gelas itu di atas ribanya. Tak ada rasa untuk meminum susu itu. Tekaknya masih lagi mual selepas muntah teruk tadi.

“Tasha tak boleh macam ni nak. Kalau Tasha tak makan anak dalam perut tu macam mana? Tasha tak sayangkan dia ke? Tasha tak nak dia membesar dengan sihat dalam perut Tasha macam tu?” Mak Timah mula menggunakan cara reverse psikologi. Semoga Natasha termakan dengan pujukannya itu.

Natasha memandang Mak Timah lama. Akhirnya dia mengagguk untuk makan. Tak sanggup dia mendera anak dalam kandungannya hanya kerana dia sedang bersedih hati. Dia mahukan yang terbaik untuk anaknya. Susu ditangannya segera diminum sehingga habis segelas.

Mangkuk bubur barli yang masih panas itu diangkat dengan berhati-hati dan disuapkan sedikit ke dalam mulutnya. Seperti artikel yang pernah dia baca dahulu. Barli memang bagus untuk kesihatan. Hal ini kerana, barli dikatakan dikatakan mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali zat besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli. Jadi memang kebetulan apabila dia suka memakan barli dan barli juga baik untuk kesihatan.

“Makan perlahan-lahan nak. Kalau nak tambah lagi dekat bawah ada banyak lagi. lupakan dulu perkara sedih dalam fikiran Tasha. Mak tengok Tasha dah kurus sangat sekarang ni. makan banyak sikit ye nak.”

Mak Timah tersenyum lebar bila Natasha makan lebih banyak dari biasa. Selalunya sangat susah untuknya menyuruh Natasha makan. Natasha yang dulunya seorang periang akhir-akhir ini seperti patung tak bernyawa. Lebih banyak termenung dan menghadap buku-buku pelajarannya.

Natasha mengesat air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Sejak akhir-akhir ini air matanya mengalir bagaikan langsung tiada penyekat. Terlalu mudah untuk mengalir. Sudahnya dia hanya mampu beristighfar dan berdoa meminta kekuatan dari Allah swt setiap kali dia begitu. Selagi dia mampu bertahan, dia akan bertahan.

“Sabar sayang. Jaga hati. Jangan biarkan hati tu terlalu sedih. Tak baik untuk pembesaran anak dalam perut. Datin Rose dah tahu ke perkara ni?” Soal Mak Timah cuba mengalih perhatian Natasha dari terus menangis.  Natasha mengangkat muka memandang Mak Timah dan menggeleng kemudian menunduk semula.

“Dia tak telefon Tasha langsung ke nak? Seingat mak dia memang rapat dengan Tasha kan?”

Nafas panjang dihela Natasha.

“Tasha cuba mengelak setiap kali mummy telefon. Tasha selalu bagi alasan Tasha sibuk sangat. Belum sampai masanya mereka tahu pasal anak Tasha mak. Kalau boleh Tasha nak Is yang pertama sekali tahu sebelum mereka.”

“Insha Allah sayang. Semuanya akan kembali pada asal. Tasha kena selalu ingat ye nak. Walau satu dunia ni buang Tasha mak ada untuk Tasha. Bila-bila masa Tasha perlukan mak, mak akan ada. Mak sentiasa mahukan yang terbaik untuk Tasha.”


Kenangan sewaktu kali pertama dia tahu Natasha hamil terlintas kembali di kepalanya. Kalaulah pagi itu dia tak terfikir untuk menjenguk Natasha setelah Iskandar keluar dari rumah pastinya Natasha pengsan bersendirian di dalam tandas. Mujur dia sempat sampai ketika Natasha sedang mengalami alahan yang sangat teruk. Kelam kabut dia memanggil Pak Ali untuk membawa Natasha ke klinik waktu itu. Sangkanya Natasha mengalami keracunan makanan kerana muntah dengan teruk rupanya Natasha hamil. Sejak itu dia berjanji dengan dirinya akan menjaga Natasha sebaik mungkin sehingga Natasha bersalin nanti. 

Dan sebenarnya pada awal tadi saya bercadang nak update bab baru.. Tetapi kerana abg saya tiba2 balik bwk pizza ketika saya tengah kelaparan tetapi malas ke dapur....secara exitednya saya terlanggar plak charger dn habis separuh bab hilang begitu sahaja...

*Garuk kepala...

X apa... Semenjak kepala saya dh kembali kepada asal ni.. saya berkobar2 nak karang semula bab tu...

*padahal sedang menangis bersungguh

Ok... Adios..

Kepada sesiapa yang tengah membaca update ni sekarang pukul 4.20 am ni..marilah kita sama2 bersolat tahajjud.. Bukan senang menjadi orang yang dipilih Allah untuk bangun malam tau..

Wednesday, October 16

Assalamualaikum darling2 semua... Sorry... :,( kerana saya x mengupdate chap baru... Cerita sebenarnya ialah..... Saya kebuntuan idea...WAAAAAAAA!!!! Rasa nak nangis dh ni... Satu jam saya duduk depan lappy lima baris je saya saya dapat tulis... Nangis...  Jadi.. Disini saya memohon supaya awk semua mendoakan Kepala saya berfungsi dengan baik semula dan dapat menulis semula...

Tapi... Sebagai hadiah saya x dapat menulis apa2 saya hadiakan gmbaq Is yg kacak memengsankan n cute... Jom tatap muka dia lama2... Yaay..