Natasha
tersedar ketika azan subuh berkumandang. Aduh sejuknya hari ni. Dia menarik
kembali selimut menyelimuti dirinya. Tidur sekejap lagilah. Sekejap lagi mesti
mama kejut. Kenapalah penat sangat rasanya badan ni? Keras sangat pula tu tilam ni hari ni.
Memang
sudah menjadi kebiasaannya apabila waktu subuh. Meskipun dia sudah terjaga
ketika terdengar azan subuh, dia akan tidur semula sehingga Puan Aida
mengejutkannya untuk bangun bersolat. Dah jadi tabiat!
“Amboi-amboi
sedapnya dia. Bangunlah! Subuh dah ni. Membuta je kerja. Bangun! Bangun!
Solat!” Iskandar mengejut Natasha bagaikan mengejutkan seekor badak yang sedang
tidur. Sengaja dia menarik comforter yang menjadi alas tidur Natasha dengan
kuat. Tujuannya supaya Natasha segera bangun.
Natasha
terus terduduk bila alas tidurnya direntap kuat. Apa ni gempa bumi ke? Kenapa?
Kenapa? Dia terpinga-pinga memandang ke sekeliling.
“Eh!
Awak! Awak buat apa dalam bilik saya ni? Hei keluar cepat! Sebelum saya
menjerit.. Berani awak ceroboh masuk bilik saya awak ni dah hilang akal ke?
Keluar sekarang!” Arah Natasha yang masih lagi mamai dengan suara separuh
menjerit. Dia sudah berdiri menghadap belakang Iskandar yang tidak berbaju
dengan tangan yang laju mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Sah. Baru
lepas mandi. Natasha termalu sendiri melihat tubuh Iskandar
yang cantik itu. Sculptured six packs tu.
“Hey..
Hey.. Hello. Dengar sini baik-baik ya cik adik yang sengal meroyan pagi-pagi
buta. Tepat lepas asar semalam saya dah sah jadi suami awak. So tak payah nak
melayan meroyan awak tu lebih-lebih sangat pergi bangun mandi kita nak solat
ni. Cepat. Nanti lambat subuh makhruh pula.” Balas Iskandar selamba sambil
mengambil baju dari dalam almari tanpa menghiraukan Natasha yang terkebil-kebil
di belakangnya.
Dah
kahwin? Semalam? Tiba-tiba memori kejadian semalam terlayar kembali di
ingatannya. Iyalah. Betullah aku dah kahwin. Dengan mamat nasi kandar ni.
Arghhh!! Natasha mengetap bibir dia segera melangkah masuk ke dalam bilik air
untuk mandi. Kalau berlama-lama lagi pasti lebih banyak kata-kata yang
menyakitkan hati yang keluar dari mulut Iskandar. Tak kuasa nak dengar
semuanya.
Selesai
bersolat berjemaah dengan Iskandar, Natasha berniat untuk sambung tidur semula
seperti yang biasa dia lakukan sedari kecil. Lepas solat subuh dia wajib tidur.
Awal sangat rasanya untuk bangun. Selalunya sekitar jam tujuh baru dia bangun
untuk sediakan sarapan. Ahh.. selesanya katil ni. Tanpa menunggu lebih lama
terus matanya terlelap.
“Nak
membutalah tu. Bangunlah. Tidur lepas solat subuh tak eloklah. Bangun. Pergi
siapkan sarapan untuk saya. Saya biasanya sarapan pukul 7 pagi sekarang ni dah
dekat pukul tujuh dah. Tak ada satu makanan pun yang awak sediakan. Bangun. Jadi
perempuan, jangan nak malas sangat. Sebab tu lah saya kata awak tak layak
kahwin lagi. Nak bangun pagi pun susah.” Kedengaran suara sumbang Iskandar
membebel menggangu tidurnya. Eish dia ni. Tak boleh tengok orang bersenang
lenang langsung. Tak tahu ke orang penat. Kejap lagi aku bangunlah.
“Sekejap
je lima minit. Please….” Rayu Natasha.
“Orang
cakap bangun tu bangun ajelah. Banyak bunyi pulak. Pergi buat sarapan cepat.
Kejap lagi kita nak balik rumah mummy. Nak ambil barang-barang saya. Lusa mama
dengan papa dah nak berlepas dah. Jadi rumah ni tak elok tinggal tak ada orang.
Bangun sekarang pergi masak. Saya dah lapar ni. Roti bakar pun tak apa. Dan
saya nak coffee tapi tak nak manis. Make sure sedap ye. Kalau tak siap awak.
Bangun. Bangun.” Arah Iskandar sedangkan dia bersenang lenang menonton
televisyen sambil berbaring di sofa. Selesa pulak bilik budak ni. Semua benda
ada. Tapi yang aku tak suka ialah kecik sikit dari bilik aku, dvd cerita yang
aku suka tak ada dan yang paling aku menyampah ialah dinding dia warna pink.
Pink? Ewww.. so not me.
“Iyalah.
Iyalah. Saya bangun sekarang.” Membebel je kerja dia. Dia melepak-lepak boleh
pulak. Aku ni dia suruh turun tapi dia, sesedap rasa tengok tv kat situ.
Tunggulah dia. Ada ubi ada batas. Ada hari aku balas.
Iskandar tersenyum puas melihat Natasha
mendengar arahannya. Memang pantang baginya jika ada orang tidur selepas solat
subuh. Bukankah waktu pagi itulah waktu rezeki dibahagi-bahagikan. Jadi jika
kita tidur manalah mungkin kita dapat rezeki yang Allah berikan kepada kita
pada waktu itu. Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda: "Berpagi-pagilah
(subuh) didalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan
dan merupakan kejayaan." Dari kecil lagi itulah yang diajar oleh
kedua ibu bapanya.
“Hai awal anak mama bangun hari ni. Is
mana?” Tiba-tiba kedengaran suara Puan Aida yang menanyakan Iskandar ketika
Natasha baru membuka pintu. Iskandar segera bangun dari pembaringan dan menuju
ke pintu untuk menegur ibu mertuanya. Walaupun dia tak setuju untuk kahwin
dengan Natasha namun dia tahu wajib untuk dia menghormati kedua mertuanya
itu.
“Ada tu ma. Dia tengah siap nak tolong
Tasha buat sarapan katanya. Abang kata dia nak masak nasi lemak pagi ni. Mama
tak payah risau. Tasha boleh guide dia. Mama pergi je berehat dalam bilik
dengan papa. Nanti dah siap Tasha panggil” Natasha tersenyum mengejek ketika
memandang Iskandar yang sudah berdiri di sebelahnya.
“Ha’ah ma. Is memang cadang nak masak
sama-sama dengan Tasha hari ni. Mama pergi rehat je dengan papa kat dalam bilik
ye.” Tokok Iskandar lembut. Padahal kalau diikutkan hatinya bagaikan ingin
digoreng hidup-hidup budak Natasha ni. Berani dia kenakan aku? Heh! Siap kau!
“Suka mama tengok kau orang berdua macam ni.
Mama doakan kamu berdua bersatu dan bahagia sampai akhir hayat.” Kata-kata Puan
Aida itu membuatkan Iskandar dan Natasha berpandangan sehingga Puan Aida hilang
dari pandangan mata mereka.
Ya Allah mulianya hati ibu sering mendoakan
mereka sedangkan mereka, awal-awal lagi dah bercadang untuk berpisah. Tanpa
sepatah kata mereka berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan. Tiba-tiba
mereka serentak menggaru kepala yang tak gatal.
*******
“Amboi-amboi, sedap nampaknya kenakan saya.
Apa awak kata tadi? Abang Is nak tolong Tasha masak? Sebelum saya masak awak
hidup-hidup baik awak yang masak sekarang. “ ugut Iskandar. Melampau betul! Aku
baru nak beristirehat depan TV boleh dia ajak aku memasak. Aku nak buli dia,
dia yang buli aku dulu pulak. Iskandar
mengambil tempat duduk di kerusi hadapan bar. Natasha dipandang dengan penuh
amaran.
“Dah tu awak kenakan saya. Saya kenakan lah
awak balik. Kiranya macam proses timbal balik. What you give you get back. So
sekarang tak payah nak melepak-lepak kat situ. Tolong saya kopek ikan bilis ni.
Buat dia jadi terbelah dua. Lepas tu tolong tumbuk cili kering ni. Papa tak
suka cili yang kena blander tak sedap katanya. Jadi daripada awak mengganggu
atmosfera dekat sini lebih baik awak tolong saya cepat. Lagi cepat awak buat
lagi cepat awak dapat makan.” Tangan Natasha lincah menyediakan bahan untuk
memasak. Satu Tupperware ikan bilis diletakkan di hadapan Iskandar.
Hah! Ambil ni. Kopek semua. Nak membuli aku
sangat kan? Ini Natasha lah. Anak anak Syed Firdaus. Mana boleh senang-senang
kena buli. Errkk.. dah tu selama ni dia buli aku tu apa? Tak apa. Slow-slow
nanti aku balas. Ada teksi ada bas, ada hari aku balas. Iskandar yang terkebil-kebil memandang
tupperware dipandang.
“Apasal termenung?”
“Saya nak buat macam mana dekat ikan ni?” Seekor
ikan diangkat tinggi ke depan matanya. Macam sedaplah pulak ikan ni. Ngap!
Seekor ikan dimasukkan dalam mulutnya. Tangannya mengambil seekor lagi ikan
untuk dimakan.
“Eh! Makan pula dia. Kotorlah.Macam ni lah”
Natasha mengetuk tangan Iskandar dan merampas ikan itu lalu menunjukkan demo
untuk mengopek ikan bilis. Dia ni, main-main pula bila orang suruh buat kerja.
Macam budak-budak.
“Alah nak makan sikit pun kedekut” Iskandar
merungut dengan perlahan. Laju dia melaksanakan tugasan sambil mulutnya juga
laju mengunyah ikan bilis yang dikopek. Mentah pun mentahlah. Yang penting
sedap.. Ewww.. pengotor punya Iskandar.
Natasha yang sedang sibuk menggoreng kacang
dipandang. Pandai pulak budak ni memasak. Nasi tomato yang dimasak Natasha
sewaktu pertama kali dia datang ke rumah ini terbayang di mata. Walaupun
sewaktu itu hatinya membara kerana baru lepas bergaduh dengan Natasha namun,
nasi tomato yang lazat itu sukar dilupakan.
Natasha memerhatikan Iskandar yang baru
sudah mengopek ikan bilis yang banyaknya dimakan daripada berjaya dikopek. Nak
kena dia ni. Tak apa. Aku ada idea. He he he he he… Iskandar yang sibuk meratah
ikan bilis dipandang dengan penuh kejahatan. Tak suka pedas kan. Hari ni adinda
yang jelita akan bagi satu special surprise untuk kekanda. Bekas kedap udara
yang berisi cili kering diambil dan diletakkan di hadapan Iskandar.
“Awak tolong keluarkan biji cili ni ya.
Keluarkan semua tau. Lepas tu rebus baru tumbuk kasi lumat tau. Buat cepat
sikit ye. Boleh tak? Terima kasih.” suaranya sengaja dilembutkan dan dilunakkan
dengan tujuan Iskandar tidak tahu tujuannya untuk membuli Iskandar.
Iskandar yang termakan dengan permintaan
lembut Natasha segera bersetuju tanpa sebarang rasa curiga. Agaknya memang dia
nak cepat kot. Apalah salahnya aku tolong dia. Natasha yang masih memandangnya
dengan wajah penuh berharap dibalas dengan senyuman. Dia terus leka
mengasingkan biji cili dari cili kering dambil menyanyi lagu You and Me dari
kumpulan Lifehouse yang sangat digemari Natasha. Natasha yang sibuk menggoreng
ikan bilis yang dikopek Iskandar tadi juga turut terikut menyanyikan lagu tersebut.
Bagai sehati sejiwa pula mereka.
“Boleh tak ni Is? Nak mama tolong ke?” soal
mama yang tiba-tiba muncul di sebelah Iskandar dengan suara yang perlahan.
Matanya tepat memandang tangan Iskandar yang sedang bertungkus lumus mengeluarkan
biji cili dari cili kering. Memang rajin betul menantu aku ni. Baru satu hari
je kahwin dah rajin nak tolong isteri memasak. Bagus-bagus. Iskandar yang
terkejut dengan kemunculan Puan Aida terus tersenyum memandang ibu mertuanya
itu. Dia menggelengkan kepalanya tanda dia tak perlu dibantu.
“Awak dah siap ke. Lambat betul kerjanya.
Macam mana nak menjana ekonomi Negara macam ni. Pekerja tak efisyen langsung.
Kita sebagai rakyat yang cintakan Negara kena selalu berusaha mengefisyenkan
diri untuk memajukan Negara kita tau. Saya potong gaji awak nanti baru tahu.”
Bebel Natasha merepek-repek tanpa menyedari bahawa Puan Aida juga berada di
ruangan itu. Dia masih lagi tidak berpaling mengadap Iskandar.
“Awak ke Natasha al-Jannah? Kan mama dah
ajar panggil abang. Abang Natasha abang.” Tegas suara Puan Aida kedengaran.
Iskandar sudah terkemut-kemut menahan ketawa. Kan padan muka. Sibuk nak merepek
kat sana. Siapa ada kat dapur ni pun tak perasan. Natasha segera berpaling
mengadap suara yang menegurnya tadi. Err.. mama. Mati aku.
“Maaf ma. Tasha akan belajar panggil abang.
Humm.. abang. Dah sudah ke cilinya?” matanya dijegilkan sedikit tanda dia
marahkan Iskandar yang sudah mengangkat ibu jarinya tanda padan muka. Nak jegil
banyak-banyak takut Puan Aida perasan. Pengsan pula nanti kena marah.
“Dah sayang. Nak tumbuk terus ke nak rebus
dulu cili ni?” Natasha dihampiri. Sebakul cili yang sudah diasingkan biji
dihulurkan kepada Natasha. Natasha
hampir rebah mendengar panggilan Iskandar itu. Sayang? Nak berlakon pun
janganlah over sangat pak cik oii.. Tiba-tiba Iskandar merangkul pinggangnya
dari belakang. Sengaja nak mengenakan Natasha yang jelas akan pengsan bila-bila
masa sahaja. Hanya senyuman paksa yang terpaksa dipamerkan oleh Natasha ketika
itu supaya mamanya tidak mengesan lakonan mereka.
Puan Aida masih lagi khusyuk memerhatikan
mereka tersengih lebar. Kalau macam ni cepatlah aku dapat cucu. Kepalanya mula
merangka pelbagai rancangan setelah mendapat cucu. Padahal dia tak tahu perang
dunia ke-18 sedang melanda anak menantunya itu.
“Kenapa Is? Is tak tahan pedas ke?” soal
papa apabila melihat sudah empat kali Iskandar menambah air.
“Eh mana ada pa. Abang kata dia suka makan
pedas. Kan bang?” dalih Natasha dengan segera. Dia menambahkan lagi sambal ikan
bilis dan sambal udang kedalam pinggan Iskandar. Dalam hatinya dia sudah
tergelak besar. Syarat ketiga yang diberikan Iskandar jelas terbayang
dimatanya. ‘Hari-hari awak kena masak. Tapi jangan masak merepek-repek. Pedas
totally tak boleh.’ No pedas ye me dalr?
Hehe. Hari ni Isteri awak yang jelita gorgeous ni masak masakan special untuk
awak. Semuanya pedas-pedas belaka mengikut cita rasa saya. Ha ha ha ha..
“Ha’ah pa. Is okey je. Cuma nasi ni panas
sikit je. Pandai isteri abang masak.” Puji Iskandar. Kepala Natasha diusap
lembut. Anak rambut yang menutup dahi Natasha di kuis ke belakang. Senyuman
paling kacak, macho, handsome, manis, lemak berkrim diberikan kepada Natasha. Sebenarnya
dia menyampaikan amaran keras kepada Natasha. Siap kau kejap lagi Natasha!
Kenapalah aku rasa macam ajal aku nak tiba
je kejap lagi. Gulp. Natasha menelan air luirnya yang tiba-tiba terasa seperti
kertas pasir.
“ Natasha! Saya dah kata saya tak makan
pedas kan? Susah sangat ke awak nak faham saya cakap?” Amuk Iskandar sebaik
sahaja mereka masuk ke dalam bilik.
“Sorry saya lupa.” Natasha cuba menegakkan
benang yang basah sedangkan wajahnya dan kelakuannya tadi jelas menunjukkan
yang dia sengaja.
“Awak ni memang.. HUH!!” bentak Iskandar.
Nak tinggikan suara pada perempuan memang bukan perangainya.
Dia segera memasuki bilik air kerana tidak
mahu memandang wajah Natasha. Perutnya terasa memulas. Sungguh dia memang tak
tahan makan pedas. Lidahnya tidak tahan. Tapi Natasha, baru satu hari menjadi
isterinya sudah mengidangkan makanan yang paling dia tak tahan. Macam mana aku
nak hidup dengan dia ni? Argghh!!
Natasha yang terkejut mendengar Iskandar
membentak terus terkedu. Ya Allah apa aku dah buat ni? Melampau sangat ke
gurauan aku ni? Macam mana aku boleh sampai hati buat dia macam tu? Lagi lama
aku hidup dengan dia mahu mati dia nanti. Tak boleh jadi ni. Dia segera ke meja
tulisnya untuk menulis sesuatu. Selesai menulis dia menuju ke koridor untuk menunggu
Iskandar keluar dari tandas. Nak tunggu dalam bilik dia seram. Takut kena marah
lagi nanti. Maklumlah anak manja. Kena marah sikit dah takut macam kena acu
pistol.
Iskandar keluar dari bilik air ternampak
Natasha yang berdiri di koridor. Amboi selesa dia menghayati permandangan. Aku
ni dah separuh pengsan sakit perut sebab dia. Dia boleh bersenang-senang. Dia
menuju ke meja belajar untuk menulis sesuatu juga. Selesai menulis dia
tersenyum lebar. Inilah yang terbaik. Kalau tak mati juga aku dikerjakan budak
ni.
“Natasha” panggil Iskandar tegas. Natasha
yang leka memandang permandangan indah tersentak bila dipanggil. Dia masuk ke dalam bilik
mengadap Iskandar. Kertas di tangannya digenggam kemas. Seram sejuk pula
rasanya.
“Nah.” Serentak mereka menyerahkan kertas
di tangan masing-masing. Mereka serius membaca tulisan yang tertera.
‘KITA AKAN BERPISAH SECARA RASMI SELEPAS
ENAM BULAN PERKAHWINAN.’
Perjanjian baru nampaknya. Mereka
berpandangan sesama sendiri. Masing-masing nampaknya sudah mencapai kata
sepakat. Tak ada gunanya bersama lama-lama kalau masing-masing saling membenci.
Natasha mengambil pen di atas meja dan menandatangani perjanjian itu kemudian
menyerahakan pen kepada Iskandar. Bagus! Lepas enam bulan aku bebas dari lelaki
ni. Bebas dari rasa berdosa sebab asyik bergaduh. Bebas dari dibelenggu rasa
benci. Bebas dari rasa keterpaksaan. Dan bebas dari sebuah ikatan yang tak
membawa apa-apa makna dalam hidup aku. Insha Allah.
Iskandar dh wat lafaz taklik la...cukup 6 bln jatuh la talak 1..huhuhu...mcm mana ni??hemmm
ReplyDeletetak buat lafaz darling Qairunniesa yang jelita lagi anggun.. itu perjanjian atas kertas je.. tak apa.. jangan risau.. saya dah study dulu dah pasal tu.. huhu..
DeleteNak request sikit blh dear.Nnt buat scene si suami bajet hensem ni sakit, nak tak nak terpaksa la si isteri misali ni jaga, org lelaki ni kalau sakit, mengadanya lebih... mesti best kan
ReplyDeletesygggg!!!!!!!! terima kasih sebab bagi idea! tq tq tq!! insha allah akn dibuat.. dah terbayang ni! hohoho... i love u darl!
DeleteOrg kata jgn benci tak de tahap sbb endingnya nnt suka tahap gaban...tas sbr nak tggu ni...tp tlg jgn buat konflik yg berat2 ye, plz
ReplyDeletebetui2.. nanti kita tgk macam mana Iskandar tawan hati Natasha yang keras macam handphone Nokia 3310 tu.. hehe.. insha allah x ada konfik yg berat2.. berat kepala nk memikirnya nanti.. :D
Deletemcm biasa... buat kontrak, lepas tu batal... mula2 benci, lepas tu suka...
ReplyDelete