Assalamualaikum darling2 semua..
Saya nak mintak maaf awal2 dulu sebelum anda tanya saya kenapa lambat update..
ok saya memang akan lambat update sikit dua tiga hari ni.. sebab mulai esok saya akan ada kuiz dan berterusan... doakan saya dapat buat kuiz saya dengan baik ye.. terima kasih..
ok sebagai balasan anda x dapat baca new entry untuk beberapa hari ni saya akan bg hint ending novel ni macam mana..
Is selamatkan Tasha sampai berkorban nyawa dan Is mati.. Kbai.. larikkkkkkkk...
Monday, September 30
My Hubby My Lecturer!!! bab 40
Rasa sejuk sehingga menusuk ke tulang hitam
membangunkan Natasha dari tidur. Tubuhnya yang terasa sejuk dipeluk erat.
Matanya masih dibiarkan terpejam erat. Tangannya meraba ke sekeliling mencari
selimut tetapi apa yang dirabanya hanyalah lantai yang sejuk.
Mana abang ni? Kenapa aku tidur kat bawah
ni? Aku terjatuh katil ke malam tadi? Natasha membuka matanya. Keadaan di
sekeliling diperhatikan lama. Kemudian dia bangun dan duduk menyandar di pintu.
Tiba-tiba kejadian semalam terlayar kembali di mindanya. Ya Allah.. Apa yang
aku harapkan ni? Abang dah tinggalkan aku sebenarnya.. Apa lagi yang aku cari? Air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya.
Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang mengganggu tekaknya. Natasha
bingkas bangun dan berlari menuju ke bilik air. Belum sempat dia menunduk
dengan sempurna habis semua isi perutnya keluar. Namun apa yang keluar hanyalah
air sahaja. Sejak semalam makanan yang masuk ke dalam perutnya hanyalah sarapan
paginya bersama Iskandar. Selepas itu dia hanya minum air masak sahaja kerana
menanti Iskandar pulang untuk makan bersama.
Natasha terduduk lemah di atas lantai di
tepi sinki. Lemah seluruh tubuhnya. Lama. Air matanya jatuh satu persatu di
pipinya. Tangannya meraba perutnya. Sayang.. anak mama ni temankan mama ye.
Temani mama lalui semua dugaan ni. Mama hanya ada sayang je. Tolonglah menjadi
satu-satunya kekuatan mama. Temanilah mama sayang.
Setelah agak lama dia duduk di atas lantai
itu. Natasha bangun berkumur, menukar pakaian dan mengangkat wuduk. Dia ingin menghadap Tuhannya. Hanya
kepada Allah tempat dia mengadu sekarang. Menjadi seseorang yang dibangukan
malam oleh Allah bukanlah mudah. Allah menjemput kita menjadi tetamuNya. Bukan
semua orang mendapat peluang untuk dibangunkan malam.
Usai menunaikan dua rakaat solat tahajjud
Natasha duduk berteleku di atas sejadah. Kedua tangannya ditadah.
“Ya Allah ya Tuhanku. Hanya pada Kau aku
bergantung kini. Sesungguhnya aku lemah dengan dugaan yang Kau beri ini Ya
Allah. Aku tak berdaya. Namun aku akur dengan janjiMu. Kau tidak akan menduga
hambaMu dengan dugaan yang tidak mampu ditanggungnya. Aku tahu. Kau memilih aku
kerana Kau menyayangi aku. Maka Ya Allah. Aku memohon dengan serendah hati
kepadaMu. Kau temanilah jalanku. Sesungguhnya aku terlalu bersendirian ketika
ini. Hanya Kau yang aku ada. Maka Kau tabahkanlah hatiku Ya Allah. Jadikanlah
aku seorang isteri yang sentiasa taat kepada suami. Jadikanlah aku seorang
hambaMu yang taat kepadaMu Ya Allah. Temanilah setiap langkahku Ya Allah.
Sesungguhnya aku terlalu lemah menghadapi semua ini. Kau berikanlah kekuatan
kepadaku Ya Allah. Aku mohon Ya Allah.” Doa Natasha panjang lebar. Setiap patah
kata-katanya diselangi dengan tangisan yang mendayu. Sungguh dia terlalu rapuh
ketika ini. Dia takut bersendirian. Dia takut tiada sesiapa bersamanya lagi. Al-Quran
di ambil dan dibaca sementara menanti azan subuh. Doanya semoga hatinya
sentiasa tenang menghadapi dugaan.
Usai solat subuh Natasha turun ke dapur
untuk menyediakan sarapan pagi. Dia berharap supaya kemarahan Iskandar semalam
sudah reda. Meja makan yang semalam ditinggalkan begitu sahaja tidak berkemas
dikemaskan. Makanan yang semalamnya telah basi terpaksa dibuang. Natasha
menyediakan mushroom soup dan garlic bread dan kopi kegemaran Iskandar. Harapannya,
hati Iskandar akan kembali tenang selepas sarapan.
Bunyi sesuatu menuruni tangga dari atas
membuatkan Natasha segera menuju ke hadapan tangga. Dia mahu menyambut Iskandar
dengan senyuman di bibir. Ingin Iskandar menerimanya dengan senang hati. Ingin
melihat senyuman Iskandar lagi. Ingin mendengar suara romantis Iskandar lagi.
Sungguh dia rindu. Walaupun hanya sehari, sesaat dia tidak mendengar suara
Iskandar dia rindu.
“Assalamualaikum abang. Tasha dah siapkan
sarapan. Jom makan.” Natasha menyapa Iskandar yang turun ke bawah tanpa
memandangnya dengan senyuman yang sangat lebar.
Tanpa menghiraukan Natasha yang sedang
bercakap dengannya Iskandar terus berlalu. Dia menuju ke dapur dan mengambil
air putih segelas sebelum melangkah untuk naik semula ke atas. Natasha langsung
tidak dihiraukannya walaupun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa
rindunya dia melihat wajah itu. Bertapa dia ingin menyentuh wajah itu. Bertapa dia
ingin memeluk tubuh itu. Namun setiap kali dia memandang wajah Natasha bayangan
wajah Intan akan muncul. Membuatkan dia membenci Natasha semula.
Belum sempat Iskandar memijakkan kaki di
tangga pertama Natasha meraih tangan Iskandar. Wajah suaminya yang kosong tanpa
roman itu dipandang sayu. Tidak ada sekelumit pun kah rasa sayang dalam hati
Iskandar buatku lagi? Tangannya ditepis kasar. Natasha menghela nafas berat dan
terpaksa merelakan perbuatan Iskandar itu.
“Abang. Makanlah dulu. Tasha dah sediakan
semuanya. Abang makanlah sikit ye.” Natasha memujuk Iskandar. Air mata yang
mula bergenangan di tubir mata ditahan dari gugur. Wahai hati. Sabarlah kau.
Aku perlu kuat. Kau pun perlu kuat.
“Makan makanan yang pembunuh macam kau
masak? Lebih baik aku makan dekat luar. Aku rasa kalau kau sedar dirilah kan.
Kau sebenarnya tak layak untuk panggil aku abang tau. Kau tu pembunuh. Untuk
jadi isteri aku kau tak layak tahu tak. Tak layak.” Iskandar bersuara tanpa
nada. Wajah Natasha dipandang dengan penuh rasa benci.
“Abang. maafkan Tasha. Tasha tak tahu salah
Tasha kat mana. Tasha tak pernah minta semua tu terjadi. Tasha tak pernah minta
terlibat dalam kemalangan tu. Masa Tasha mula-mula melintas Tasha tak Nampak
pun ada kereta yang datang. Tolonglah faham abang.” Natasha sudah tidak mampu
membendung air matanya dari gugur ke pipinya.
Tangan Iskandar digenggam sekali lagi
kakinya sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia terduduk di sisi tangga. Hatinya
hancur lumat mendengar kata-kata Iskandar itu. Bukankah dahulu Iskandar yang
mengejar cintanya dahulu? Mengapa kini dia dihina sebegitu rupa? Terlalu
hinakah dia yang kebetulan terlibat dalam takdir seperti itu? Terlalu tak
bernilaikah dia di mata seorang suami?
“Aku dah kata! Jangan panggil aku abang!
Kau tak layak!” Suara Iskandar mengeras. Kemudian terus melangkah menaiki
tangga semula tanpa mengiraukan Natasha yang sudah terduduk lesu di tepi
tangga.
Natasha tersentak mendengar jerkahan
Iskandar itu. Ya Allah. Diakah suamiku? Sekasar itu? Ya Allah ya Tuhanku. Aku
sedar ini semua dugaanmu. Aku sedar ini takdir yang sediakan untukku aku redha
Ya Allah. Namun kau temanilah aku Ya Allah. Aku takut bersendirian.
Natasha bersiap ala kadar. Baju kurung
bewarna merah jambu dengan hiasan renda putih beserta tudung bawal putih. Buku-bukunya
di ambil dan dia segera turun ke bawah. Takut pula jika terlambat nanti abang
tinggalkan aku pula. Tak pasal-pasal pulak nanti aku terlambat pergi kelas.
Sudahlah kelas pukul sembilan pagi ni. Sekarang dah pukul tujuh dah. Nanti tak
sempat sampai pulak.
Vitamin yang diberikan doctor semalam
ditelannya dengan laju. Takut jika Iskandar ternampak dia makan ubat. Buat masa
ini dia tidak mahu memberitahu tentang kandungannya kepada Iskandar. Dia tidak
mahu anaknya pula yang dihina. Biarlah hanya dia yang menjadi mangsa tuduhan
Iskandar. Dia sanggup tetapi dia tidak sanggup jika anaknya pula dihina.
Natasha keluar dari bilik dan terus
mengintai sedikit ke dalam bilik Iskandar. Dia mahu memastikan sama ada
Iskandar masih ada menunggunya lagi atau tidak. Tetapi kelibat Iskandar
langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu. Natasha mendekatkan dirinya di
tepi pintu. Cuba memasang telingauntuk memastikan sama ada Iskandar berada di
dalam bilik atau tidak. Tetapi masih juga tidak ada bunyi.
Tiba-tiba bunyi sesuatu dari tingkat bawah
membuatkan Natasha segera turun ke bawah mencari punca bunyi itu. Rupa-rupanya
Iskandar sedang mengeluarkan kasutnya dari rak kasut. Natasha segera
menghampiri Iskandar yang sedang duduk di kerusi untuk memakai kasut. Dia juga
turut mengeluarkan kasut Ballet Flatsnya yang bewarna putih susu.
“Abang. Tasha dah siap. Tasha pergi dengan
abang ke?” Soal Natasha takut-takut. Wajahnya ditundukkan memandang kasut
ditangannya.
“Aku dah kata berapa kali baru kau nak
faham? Jangan panggil aku abang. Kau nak ke mana kau pergi dengan Pak Ali. Kau
yang bayar Pak Ali tu. Jadi kau guna khidmat dia. Jangan nak menyusahkan aku.
Orang macam kau mengotorkan kereta aku je.” Iskandar bersuara sambil menyarung kasutnya.
Natasha langsung tidak dipandang sekilas pun.
Ya Allah ya Tuhanku. Kasarnya suamiku. Mana
hilangnya suamiku yang penyayang dahulu? Mana hilangnya suamiku yang lembut
hatinya dahulu? Mana hilangnya suamiku yang memahami dahulu? Aku rindukan dia
Ya Allah. Terlalu rindukan dia. Matanya mula berkaca-kaca. Hatinya sebak
melihat suaminya yang begitu.
“Maafkan saya. Kalau macam tu izinkan saya
pergi sekarang.”
Dia menghulurkan tangan kepada Iskandar
untuk menyalami Iskandar. Itu kan sudah menjadi kemestiannya sebelum pergi ke
kelas. Tetapi Iskandar hanya memalingkan wajahnya dari Natasha. Natasha sudah tidak mampu menahan tangisnya
lagi. Tetapi dia tidak mahu Iskandar melihatnya menangis. Dia tidak mahu kelihatan
lemah di hadapan Iskandar. Dia mahu menjadi seorang yang kuat.
Dia terus keluar dari rumah tanpa memandang
Iskandar. bunyi kereta Iskandar yang berlalu keluar dari rumah membuatkan
Natasha hanya mampu mengetap bibir.
Natasha ke belakang rumah untuk mencari Pak
Ali yang pastinya sedang memberi makan ikan. Sebaik sahaja melihat wajah Pak
Ali dan Mak Timah isteri Pak Ali yang sedang menyediakan air kopi buat Pak Ali
air matanya terus jatuh bercucuran. Walaupun Mak Timah tidak bekerja dengannya
tetapi Mak Timah bagaikan ibu kedua buatnya.
Cuma sejak kebelakangan ini sahaja Mak
Timah tidak selalu dengannya kerana Mak Timah menjaga ibunya yang sedang sakit.
Mak Timah terpaksa berada di rumah ibunya selama lapan bulan memandangkan tiada
sesiapa yang dapat menjaga ibunya yang sakit itu. Baru-baru ini sahaja Mak
Timah pulang semula ke rumahnya semenjak ibunya kembali ke rahmatullah. Kepulangan
Mak Timah kali ini sangat bererti buatnya.
“Tasha. Tasha sayang kenapa ni?” Mak Timah
segera meluru memeluk Natasha. Dadanya berdegup kencang melihat keadaan Natasha
yang begitu. Mengapakah Natasha menangis sebegitu rupa?
“Mak. Tasha dah tak mampu lagi dah mak.
Tasha tak mampu. Abang Is dah buang Tasha. Dia dah tak sayangkan Tasha lagi
Mak.”
Natasha memeluk erat Mak Timah. Semua
tangisan yang ditahannya tadi dilepaskan di bahu Mak Timah. Pak Ali pula hanya
mampu tergamam. Iskandar buang Tasha? Tapi bukankah Iskandar terlalu menyayangi
Tasha? Aku Nampak dengan mata aku sendiri bertapa sayangnya Iskandar pada
Tasha. Mata tua aku tak kan pernah menipu. Aku tahu dari cara Iskandar pandang
Natasha. Tak mungkin dia buang Tasha.
“Tasha anak mak. Cuba cakap satu-satu mak
tak faham.” Mak Timah mengusap-usap belakang badan Natasha. Mahu melegakan hati
Natasha yang nampaknya sangat lemah ketika itu. Dia membacakan zikir Hasbi
Rabbi beberapa kali di telinga Natasha. Semoga zikir itu mampu membawa
ketenangan kepada Natasha.
“Abang salahkan Tasha atas kematian Intan bekas
kekasih dia. Kemalangan yang dulu kekasih dialah pemandu tu. Kenapalah tak ada
sesiapa yang beritahu Tasha pemandu tu meninggal. Tasha tak sangka sampai jadi
macam tu. Satu nyawa yang tak bersalah terkorban sebab Tasha. Satu pasangan
yang bercinta terputus sebab Tasha. Bertapa bersalahnya Tasha mak. Memang Tasha
yang bersalah. Tapi Tasha tak pernah minta semua tu. Tasha sayangkan abang. Hancurnya
perasaan Tasha bila abang buang Tasha.”
Tiba-tiba satu angin yang nyaman bertiup
lembut menenangkan sedikit hatinya yang terlalu gundah tadi. Esak tangisan
Natasha semakin reda. Hatinya beristighfar sebanyak mungkin. Meminta ketenangan
dalam jiwanya. Dia teringatkan artikel yang dibacanya. Ibu mengandung tak elok
selalu bersedih. Tidak baik untuk kandungan. Dia duduk di kerusi berhadapan
dengan Pak Ali yang masih memandangnya sayu. Nafasnya dihela panjang. Dia mahu
berhenti menangis sekarang. Dia tak mahu jika dia ke universiti nanti aka nada
yang menegur matanya yang sembab kerana menangis.
“Tasha sayang. Sabarlah sayang. Itu semua
dugaan dari Allah untuk Tasha. Mak tahu Tasha kecewa. Tasha hampa. Tasha sedih.
Tapi sayang. Percayalah sayang, akan ada hikmahnya buat Tasha. Mak yakin dari
cerita-cerita Pak Ali selalu ceritakan pada mak, Is memang sayangkan Tasha
sepenuh hati. Dia memang cintakan Tasha. Cuma mungkin buat masa ni dia masih
marah. Masih terkejut. Beri dia masa. Tasha sabar ye sayang. Mak dengan Pak Ali
sentiasa akan ada dengan Tasha. Percayalah sayang.” Mak Timah masih lagi
menenangkan jiwa Natasha sedangkan hatinya sendiri begitu bercelaru ketika ini.
Kasihan anak angkatnya ini. Begitu besar dugaan yang dihadapinya.
Natasha menghela nafas panjang sekali lagi.
Benar kata Mak. Mungkin abang masih marah sahaja.
Friday, September 27
My Hubby My Lecturer!!! bab 39
Nombor
telefon Iskandar cuba didail beberapa kali. Telefon ditangannya direnung lama. Kenapa
ni? Talian masuk tetapi tidak berangkat. Aku dah nak pergi ni. Dia ingin
memaklumkan kepada Iskandar tentang kepergiannya ke klinik. Takut nanti jika
tidak diberitahu nanti Iskandar mencarinya pula.
“Tak
angkatlah Ara. “Ara yang sedang mengemas semua buku-buku yang baru dibelinya
dipandang. Kemudian matanya memandang kepada Pak Ali yang sedang menunggunya di
tempat parkir. Kasihan Pak Ali terpaksa menunggu lama di bawah terik matahari.
Mana tidaknya sekarang sudah jam satu tengah hari.
“Dia dalam kelas kot.” Ara cuba menenangkan hati sahabatnya itu.
Barangkali Iskandar sedang mengajar sekarang. Pasti Iskandar tidak perasankan
telefonnya berbunyi. Ara tahu yang Iskandar sering meletakkan telefon dalam
mode senyap. Jadi mereka berdua tidak
sepatutnya menganggu Iskandar.
Natasha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah kenapa bagaikan
ada sejuta kutu yang sedang berjoget-joget di atas kepalanya. Matanya memandang
ke sekeliling kawasan universiti itu. Manalah tahu jika ternampak Iskandar di
mana-mana. Tetapi apa yang dia Nampak hanyalah wajah-wajah pelajar lain yang
memandangnya bagaikan suatu bahan yang menarik untuk diperhatikan.
Bukankah baru pagi tadi Iskandar mencangankan berita perkahwinan
mereka. Sudah pastinya dia menjadi bahan utama di kampus sekarang.
Beratus-ratus gadis yang kecewa dengan berita perkahwinan mereka itu. Iskandar
kan pensyarah yang terkenal. Apa gelarannya? Haaa… 'Most Delicious Bachelor’
gelaran yang diberi oleh kelab penyiaran universiti. Jadi semestinya dia yang
baru hari ini diperkenalkan sebagai isteri Iskandar akan menjadi bahan
perhatian.
“Dah tu
macam mana ni? Takkanlah aku nak pergi klinik ni tak bagi tahu dia dulu. Nanti
dia cari aku macam mana?” Natasha mendail semula nombor telefon Iskandar.
Hatinya berdoa supaya Iskandar menjawab telefonnya. Tetapi hampa. Dua kali dia
membuat panggilan pun akhirnya terputus begitu sahaja.
“Kau mesej
ajelah. Nanti mesti dia baca.” Cadang Ara. Beg Natasha yang berada di atas
kerusi disandangnya. Kasihan pula jika Natasha yang mengangkatnya sendiri.
Wajah Natasha jelas kelihatan sangat pucat menandakan dia benar-benar sedang
tidak sihat.
“Ha’ahlah
betul juga. Ok dah jom kita pergi sekarang. Eh. Beb. Terima kasih tau sebab
sudi temankan aku ni. Kalau kau tak ada tadi terpaksa aku pergi sorang-sorang.”
Natasha menaip laju mesej yang perlu dihantar kepada Iskandar. dia memaklumkan
kepergiannya bersama Ara dan dia akan terus pulang ke rumah selepas ke klinik.
“Thanks
apanya. Kau tu kawan baik aku. Susah senang aku dengan kau. Muka kau dah pucat
macam zombie macam ni pun aku tak nak teman kau ke klinik memang tak layaklah
kau nak panggil aku kawan kau. Dah jangan banyak cakap. Jom kita pergi sekarang.”
Natasha tergelak bila melihat Ara membebel panjang. Ara dan membebel memang tak
boleh dipisahkan.
Natasha
menggenggam erat tangan Ara bila melihat doctor yang merawatnya masuk semula ke
dalam bilik rawatan itu. Dia berdebar-debar. Satu rasa yang luar biasa mengusai
dirinya ketika ini. Entah perasaan apa dia tidak pasti. Tetapi yang pastinya
satu perasaan gembira dan berdebar memenuhi dirinya ketika ini.
“Tahniah.
Berdasarkan ujian air kencing tadi, Puan disahkan mengandung tiga minggu. Suami
puan tak ikut sekali ke? Selalunya bapalah yang terlebih exited dengan baby
pertama ni.” Doktor yang berada di hadapan Natasha memandangnya. Senyuman manis
diberikan kepada bakal ibu muda itu.
Ara segera
memeluk Natasha. Berkali-kali dia mengucapkan tahniah kepada sahabatnya itu.
Natasha pula berulang kali mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Sungguh
sebak ialah satu-satunya perkataan yang sesuai untuk menggambarkan dirinya
ketika ini. Genap enam bulan usia perkahwinannya hari ini dia dikhabarkan dengan
berita gembira ini. Benar kata orang perancangan Allah sangatlah indah.
Padahal dahulu
dia dan Iskandar sama-sama bertekad untuk berpisah setelah genap enam bulan
perkahwinan mereka. Tetapi hari ini dia dikhabarkan dengan berita gembira itu. Sungguh
perancangan Allah sangatlah indah kepada setiap hambaNya. Tangannya mengusap
perutnya yang masih kempis. Ada satu nyawa di dalam rahimnya. Rasa sebak
mengusai dirinya ketika ini. Dia berjanji pada dirinya sendiri dia akan
melindungi nyawa hasil cintanya dengan Iskandar itu dengan sepenuh jiwa.
“Tak suami
saya kerja, dia tak dapat ikut sekali.” Natasha yang masih lagi terkejut dengan
perkhabaran tergagap-gagap menjawab
soalan .Doktor itu mengangguk faham.
“Oh iya
ke? Tak apalah. Nanti saya bagi appoiment untuk puan datang lagi buat
pemeriksaan lanjut. ini ada buku cara untuk menjaga kesihatan sewaktu
mengandung. Buat masa sekarang ni Puan perlu jaga pemakanan. Jangan makan
benda-benda yang berasid seperti nenas, belimbing, dan yang paling penting
elakkan minum air berkanonat. Banyakkan makan banyak makanan yang mengandungi
banyak protein, calcium and iron. Jangan buat kerja-kerja berat. Usia kandungan
Puan sekarang ni masih sangat muda. Kandungan masih belum kuat lagi. Lagi satu,
Puan akan mudah letih dan muntah-muntah. Tapi tak apa. Saya akan bagi vitamin
untuk stamina Puan. Nanti bila datang untuk pemeriksaan kali kedua minggu depan
saya akan bagi penerangan lebih lanjut lagi. Puan boleh ambil ubat diluar ye.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan.” Doktor itu tersenyum lebar melihat raut
wajah Natasha yang nyata sangat sebak.
“Ara aku
mengandung.” Ucap Natasha sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari klinik
itu. Tangan Ara digenggam erat. Sungguh, dia masih lagi tidak percayakan
perkhabaran itu.
“Ya Allah
beb. Aku tak tahulah nak cakap macam mana gembiranya aku sekarang ni. Hanya
tuhan je yang tahu bertapa gembiranya aku. Macam aku pulak yang mengandung
sekarang ni. Aku macam tak percaya je yang aku dah nak dapat anak buah dah. Tak
sabarnya aku.” Natasha dipeluk erat. Rasanya bagaikan dia sendiri yang bakal
mendapat anak.
“Aku pun
Ara. Aku pun. Alhamdulillah.”
Natasha
lincah memasak makanan kegemaran Iskandar. Meja makan dihias indah dengan alas
meja yang baru, lilin, dan bunga mawar segar di dalam pasu tinggi. Cadangnya
dia ingin membuat kejutan kepada Iskandar. pasti Iskandarlah orang yang paling
gembira bila mengetahui berita ini. Zuriat pertama mereka. Bukankah semenjak
dua menjak ini Iskandar sering mengatakan dia mahukan cahaya mata sendiri.
Sekarang
Allah sudah makbulkan doanya pasti dia sangat gembira setelah mendengar berita
ini. Jam di dinding dipandangnya. Sudah pukul enam setengah petang. Sudah agak
lambat dari waktu biasa Iskandar pulang ke rumah jadi bila-bila masa dari
sekarang Iskandar akan pulang.
Bunyi
pintu yang dibuka membuatkan Natasha menjadi teruja. Dia segera menuju ke pintu
untuk menyambut Iskandar yang baru pulang. Muka masam Iskandar yang muncul di
sebalik pintu membuatkan Natasha terhenti untuk menyambut Iskandar dengan riang.
Kenapa? Apa yang berlaku? Ada sesuatu yang berlaku di universitikah? Abang
penat kot. Tak apalah biar aku layan dia je. Mesti sekejap lagi dia akan ok.
“Assalamualaikum
abang. Lambat abang balik. Tash…” Belum sempat Natasha menyalami tangan
Iskandar, Iskandar sudah menepis tangan Natasha. Natasha yang rancak bersuara
tiba-tiba terhenti bersuara bila Iskandar menepis kasar tangannya. Natasha
terkedu dengan perbuatan Iskandar.
Apakah
yang terjadi sebenarnya? Tak pernah sekalipun Iskandar mengasari dia seperti
itu. Iskandar yang berjalan meninggalkannya dipandang dengan seribu tanda
tanya. Natasha yang masih lagi terkejut dengan perbuatan Iskandar itu mengekori
Iskandar dari belakang. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Aku ada buat salah
dengan abang ke? Ke dia marah aku sebab tak bagi tahu dia masa nak ke klinik
tadi? Tapi aku kan dah mesej dia.
“Abang.
Abang ada masalah ke? Tasha ada buat salah dengan abang ke?” Natasha terus
menyoal Iskandar bila Iskandar menapak laju masuk ke dalam bilik.
Dia keliru
dengan perbuatan Iskandar itu. Dadanya sebak dengan perbuatan Iskandar. Selama
enam bulan perkahwinan mereka tak pernah sekali pun Iskandar berkelakuan
begitu. Iskandar tidak pernah berkasar. Kalaupun Iskandar marah dia akan
lantang menyuarakan kemarahannya dan mudah dipujuk. Tetapi kali ini tidak
sepatah pun soalannya dijawab.
Beg besar
milik Iskandar dikeluarkan dari dalam almari. Natasha terpinga-pinga dengan
kelakuan Iskandar itu. Dia hanya mampu berdiri tegak di sisi katil memandang
segala perbuatan Iskandar. Iskandar mengambil beberapa helai bajunya kemudian
dimasukkan ke dalam beg itu. Barang-barangnya yang lain juga diangkat masuk ke
biliknya sebelum ini.
Setelah
selesai memindahkan semua barangnya Iskandar berpaling memandang Natasha.
Isterinya yang sudah mula menangis itu dipandang tanpa sebarang rasa. Wajah
Natasha ditatap lama. Wajahnya tegang. Rasa benci membuak-buak bersilih ganti
dengan wajah Intan.
“Hari ni
genap enam bulan perkahwinan kita. Dah sampai masanya kita akhiri perkahwinan
ni. Aku dah dapat apa yang aku nak. Aku dah muak hidup dengan kau. Mengikut
pada perjanjian kita genap enam bulan perkahwinan ni, kita akan berpisah. Jadi
dah sampai masanya aku tinggalkan pembunuh macam kau.”
Iskandar keluar dari bilik itu dan terus menuju ke biliknya.
Natasha
tersentak mendengar kata-kata Iskandar. Mengapa Iskandar berkata begitu? Aku
pembunuh? Tak pernah sekali pun aku lakukan jenayah. Kenapa mesti buang aku?
Tangisannya semakin menjadi-jadi. Air mata membasahi seluruh pipinya. Natasha
segera mengejar Iskandar. Dia turut melangkah masuk ke dalam bilik Iskandar.Legan
Iskandar dipegangnya. Tangannya ditepis kasar sekali lagi.
“Abang.
Apa maksud abang? Tasha tak faham. Abang tolonglah jangan buat Tasha macam ni.
Apa salah Tasha? Abang kata abang ikhlas sayangkan Tasha. Cintakan Tasha.
Kenapa buat macam ni?” Natasha masih lagi berusaha menggapai tangan Iskandar.
Dia buntu dengan kelakuan Iskandar itu. Dia tak tahu apakah sebenarnya yang
terjadi.
“Kau tanya
aku kenapa? Kau tanya aku kenapa? Cuba kau fikir baik-baik. Kau layak ke nak
hidup dengan aku? Perempuan macam kau tak layak nak berdiri sama dengan aku.
Tak layak jadi isteri aku. Perempuan pembunuh macam kau tak layak jadi isteri
aku. Kau dah bunuh Intan kau tahu. Dasar pembunuh!” Suara kasar Iskandar
menyentak jiwa Natasha. Kakinya terasa tidak mampu berdiri lagi. Dia terduduk
di tepi kaki Iskandar.
“Kenapa
abang kata macam tu? Tash… Tasha tak pernah kenal kak Intan macam mana Tasha
boleh bunuh dia.” Suara Natasha semakin tenggelam dalam tangisan. Hancur
jiwanya mendengar tuduhan Iskandar itu. Suami yang sangat dicintainya
menuduhnya dengan tuduhan yang sangat berat sebegitu. Malah menghinanya lagi.
Hancur luluh hatinya ketika itu.
“Memang
kau tak kenal Intan. Tapi cuba kau cerita macam mana kau dapat parut belakang
bahu kau tu? Sebab kemalangan dengan kaulah Intan meninggal tahu tak. Sebab nak
elakkan kau yang melintas jalan Intan aku pergi tinggalkan dunia.” Iskandar
memandang tepat wajah Natasha yang sedang menangis teresak-esak itu. Rasa
kasihan melihat isterinya menangis begitu timbul dalam hatinya tetapi rasa
marah tentang hal Intan lebih banyak mengusai dirinya ketika itu.
Esak
tangisan Natasha terhenti. Dia benar-benar terkejut mendengar kata-kata
Iskandar itu. Kak Intan meninggal keranaku? Ya Allah. Betulkah? Kenangan
sewaktu dia menghadapi kemalangan dahulu terimbau kembali di mindanya. Masih
dia ingat kejadian yang berlaku pada
hari terakhir dia sebagai pelajar sekolah menengah empat tahun dahulu.
Natasha
memandang jam di tangannya. Sudah pukul empat petang ni. Mana papa ni. Kata nak
ambil aku. Tapi tak datang-datang pun lagi. Sudahlah panas macam ni. Lapar
pulak tu. Dia memandang ke sekelilingnya. Sudah tidak ada sesiapa lagi. Kalau
ada pun mungkin di dalam kawasan sekolah. Yang menanti di ambil sepertinya
hanya dia seorang sahaja.
Dia
memandang telefon awam di seberang jalan. Patut ke aku telefon papa ye? Tak pun
telefon Pak Ali? Tudung di kepalanya yang semakin melurut ke bawah dibetulkan
sedikit. Natasha menyeluk tangannya ke dalam poket bajunya beg duit berwarna
ungunya dikeluarkan dia membelek isi beg duit itu untuk mencari duit syiling.
Haa… ada tujuh puluh sen. Cukuplah untuk telefon papa.
Natasha
menggalas semula beg sandangnya yang terletak di atas lantai. Dia bangun dari
silanya. Dia melintas jalan yang lengang itu sambil tanganya sibuk mengira duit
yang sepatutnya digunakan untuk menelefon papanya tanpa menyedari sebuah kereta
sedang meluncur laju ke arahnya. Bamm!!! Natasha dilanggar dan melambung ke
udara sebelim jatuh ke atas jalan raya semula. Perkara terkakhir yang dia ingat
sebelum dia tidak sedarkan diri ialah bunyi kereta itu melanggar pokok besar
yang berada di seberang jalan.
Segala
ingatannya tadi membuatkan dia kembali menangis. Jadi maknanya pemandu itu
meninggal dunia. Kenapa dia tidak pernah diberitahu tentang perkara itu? Kenapa
mama dan papanya memberitahunya bahawa pemandu itu selamat dan hanya mengalami
kecederaan kecil. Patutlah setiap kali dia meminta untuk berjumpa dengan pemandu
itu ibu bapanya membantah. Rupa-rupanya pemandu itu telah meninggal dunia. Satu
persatu air mata jatuh semula membasahi pipinya. Memang salah aku. Aku yang
melintas tak pandang keliling dahulu. Memang aku yang bunuh kak Intan.
Natasha
bangun perlahan-lahan dari duduknya. Dia mendongak memandang wajah yang
dicintainya. Ya Allah bertapa dia menderita kerana aku. Bertapa dia menderita
kehilangan orang tercinta dalam hidup dia. Bersalahnya aku Ya Allah. Air mata
yang laju membasahi pipinya dibiarkan saja. Dia sudah hilang rasa untuk
mengelap air matanya. Biarkan air mata kekesalan itu terus turun membasahi
pipinya dia tak kisah.
“Abang.
Tasha tak tahu pasal ni. Malah Tasha tak tahu pun yang pemandu tu meninggal
dunia. Papa dengan mama beritahu yang pemandu tu cuma cedera ringan lepas Tasha
bangun dari koma dua minggu lepas kemalangan. Tapi memang pun salah Tasha.
Tasha yang dah sebabkan kematian kak Intan. Maafkan Tasha sebab Tasha abang
kehilangan orang yang abang cintai. Orang yang paling abang sayangi. Tasha tak
pernah rancang semua ni akan terjadi. Tasha hanya mampu minta maaf. Tasha minta
maaf sebab tak pernah sedar diri yang Tasha ni sebenarnya tak layak untuk
abang. Maafkan Tasha.” Usai sahaja berkata-kata Natasha keluar dari bilik
Iskandar tanpa menanti reaksi Iskandar. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya
dan pintu bilik ditutup.
Sebaik
sahaja pintu bilik di tutup Natasha sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Dia
terduduk tanpa tenaga di belakang pintu biliknya. Dadanya terasa sesak dengan tangisannya
yang semakin menjadi-jadi. Abang. Kenapa abang sanggup lukakan hati Tasha?
Tasha cintakan abang sepenuh hati. Abanglah dan anak kitalah segalanya yang
Tasha ada sekarang. Tasha tak pernah minta semua ni terjadi. Tasha tak pernah
minta kemalangan tu berlaku. Kalau abang tak pernah cintakan Tasha kenapa mesti
menipu yang abang cintakan Tasha? Kenapa mesti curi hati Tasha? Kenapa mesti
buat Tasha bergantung sepenuhnya kepada abang. Tasha cintakan abang.
Tangannya dilekapkan diperutnya. Assalamualaikum
anak mama. Maafkan mama sebab tak dapat perkenalkan baby pada papa buat masa
ni. Baby temankan mama ye. Papa dah tak sayangkan mama lagi. Akhirnya Natasha
hanya mampu menangis dan terus menangis sehingga terlelap bersandarkan pintu
biliknya.
Thursday, September 26
My Hubby My Lecturer!!! Bab 38
Bunyi sesuatu benda jatuh dari katil dan
terus berlari bilik air mengejutkan Iskandar pagi itu. Mimpi kot. takkanlah
Tasha nak berlari ke bilik air. Tak tahan nak terkencing ke? Tempat tidur
Natasha di sebelah diraba. Eh tak ada. Dia segera terduduk. Tasha ke yang jatuh
tadi? Dia ke yang berlari ke bilik air? Comforter yang menutupi kakinya segera
diselak ke tepi. Dia ingin ke bilik air juga untuk melihat setuasi Natasha.
Iskandar segera berlari ke bilik air bila
terdengar bunyi Natasha yang muntah dengan teruk di dalam bilik air. Tangannya
memulas tombol pintu kaca bilik air itu. Dia menarik nafas lega bila pintu
bilik air tidak dikunci Natasha. Natasha yang terduduk lesu di tepi mangkuk
tandas didekati dengan laju. Mujur lantai bilik air mereka sentiasa dipastikan
kering. Kalau tidak mahunya dia tergelincir di dalam bilik air itu.
“Cinta kenapa ni? Ya Allah.” Iskandar
menjadi kalut bila Natasha kelihatan sangat lemah. Dia segera duduk di belakang
Natasha dan menyandarkan isterinya itu di dadanya. Sungguh dia tak pernah
melihat Natasha selemah itu.
“Tak tahu. Tasha rasa tak selesa tadi macam
ada benda tersekat di kerongkong. Tasha bangun tapi terjatuh dari katil lepas
tu Tasha ke bilik air…. Uweek!” belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya
sekali lagi dia termuntah.
Iskandar pula tanpa rasa geli menadah
tangannya supaya muntah Natasha tidak terpercik ke atas lantai. Paip air segera
dicapainya dan tangannya lincah membersihkan mulut Natasha yangmasih lagi
mendekatkan wajahnya ke mangkuk tandas. Kasihannya dia. Kenapa sampai jadi
macam ni. Salah makan ke? Semalam masa makan di restoran tu makanan dia tak
bersih ke? Tapi aku tak ada apa-apa masalah pun. Aku makan benda yang sama
juga.
Iskandar memapah perlahan Natasha keluar
dari bilik air. Natasha yang berwajah pucat didudukkan di atas katil. Dia
menggosok-gosok belakang badan isterinya yang masih lagi kelihatan tidak selesa
itu. Jam di dinding dipandang sekilas. Masih awal lagi ni. Baru pukul empat
lima puluh. Iskandar menuangkan air dari dalam jag di meja tepi ke dalam gelas
dan memberikan air itu kepada Natasha supaya boleh menghilangkan rasa perit di
tekak akibat muntah yang teruk tadi.
“Baring cinta. Abang urutkan sikit kepala.
Tasha tidur dulu. nanti azan subuh abang kejut solat. Tidur sayang.” Iskandar
mengusap kepala Natasha yang berada di atas ribanya. Surah al-Fatihah dibaca
berulang kali dengan harapan kesakitan Natasha akan beransur baik.
Natasha menyalami tangan Iskandar usai
sahaja mengaminkan doa yang dibaca Iskandar. tangan Iskandar yang memapahnya ke
atas katil digenggam erat. Lega sedikit rasa ingin muntahnya tadi setelah
bersolat. Entah apa yang tak kena pada
dirinya pagi ini sehingga dia muntah dengan teruk dan lemah seluruh badan. Rasanya
semalam dia tak ada makan apa-apa yang salah.
Semalam aku cuma makan tom yam campur macam
biasa. Takkan lah kerana makan tom yam campur aku muntah macam ni sekali. Tak
pernah seumur hidup aku alergi dengan tom yam campur. Ke sebab aku pergi sental
Iced Mocha sekaligus dengan tom yam tu. Sampai perut aku tak boleh terima
kombinasi dua benda tu. Aneh betul!
“Cinta rehat dulu. Abang siapkan sarapan.
Hari ni tak payahlah ke kelas ye sayang. Baru hari pertama.”
Telekung di kepala Natasha dibuka. Kepala
isterinya itu diusap perlahan. Natasha mencapai tangannya dan memeluk lengan
itu. Sengaja mahu bergantung sebentar di lengan itu.
“Tak mahu. Tasha dah ok dah. Tasha nak
pergi class. Hari ni kan hari pertama semester.” Rayu Natasha. jari
tenlunjuknya dilalukan perlahan di bawah bibir Iskandar. Seperti biasa. Cara
baru untuk memujuk suaminya.
“Tapi kalau sakit nak muntah lagi nanti
macam mana sayang?”
“Tasha janji kalau Tasha rasa tak sihat
Tasha terus call or text abang. Janji. Ara kan ada. Dia boleh jaga Tasha.
Jangan risau ye.”
“Betul ni? Janji?”
“Janjilah. Takkanlah tipu pulak. Tapi kan..
pagi ni boleh tak abang buatkan Tasha chocolate smoothie? Tasha teringinlah nak
minum. Haa… kat dalam fridge ada strawberry kan? abang potong kecil-kecil lepas
tu tabur kat dalam tu tau. Coklat pun sama.
Banyak-banyak tau bang. Sikit-sikit tak mau.” Natasha mengerdipkan matanya
beberapa kali. Konon rupa comel.
“Smoothie pagi-pagi buta macam ni? Belum
pukul enam pun lagi sayang. Sejuklah. Nanti muntah lagi macam mana? Minum hot
green tea ye sayang. Abang buatkan bubur sekali.” Wajah Natasha yang mula
menjadi kemerahan itu dipandang. Eh kenapa pulak ni. Eh… Eh… Eh… kenapa
menangis pulak. Air mata yang gugur satu persatu dari mata Natasha dipandang
dengan penuh rasa terkejut. Kenapa sampai menangis pulak ni? Sakit sangat ke
perut tu?
“Tak apalah kalau abang tak bagi. Abang
memang tak sayangkan Tasha. Tasha tidur dulu. Assalamualaikum.” Natasha terus
membaringkan dirinya membelakangi Iskandar.
Tangannya laju mengusap air mata yang kian
membasahi pipi. Matanya dipejamkan. Entah apa yang sedih sangat pun dia tak
pasti. Yang pastinya dia mahukan chocolate smoothie pagi ini. Itu saja. Tapi
itu pun Iskandar tak sudi untuk penuhi. Dia memang tak pernah sayangkan aku!
“Sayang. Tak maulah menangis macam ni. Janganlah
merajuk. Ok. Ok. Sekarang jugak abang buatkan ye. dah tak mau merajuk. Meh sini
meh.” Iskandar kalut memujuk. Hilang semua ayat sasteranya selama ini. Tak
pernah sekali pun Natasha berperangai kebudakan seperti ini.
“Betul?” Natasha yang tadinya konon merajuk
segera bangun. Tak ada gunanya merajuk lama-lama kalau apa yang diinginkan
sudah disuakan. Peluang yang diberikan jangan dilepaskan.
“Betullah. Jom turun bawah abang buatkan
ye. Tak mau menangis lagi. Nak minum pun sampai menangis-nangis budak kecik
abang ni.” Iskandar tergelak besar bila Natasha bingkas bangun bagaikan tiada
apa yang berlaku tadi. Siapa entah yang menangis bagai nak rak tadi pun tak
tahu.
“Mana ada kecik dah boleh jadi mak budak
tau. Blueeekk…” Natasha menjelirkan lidahnya kemudian pantas berlari
meninggalkan Iskandar yang tentunya bersedia dengan serangan geleteknya.
Takuttt…
“Janji ni kalau rasa tak sihat je terus
call abang? Lepas habis class kita pergi klinik ye.” Iskandar menahan Natasha
dari keluar kereta.
Rasa risaunya betul-betul memuncak. Natasha
tak pernah sakit seperti pagi tadi. Tiba-tiba muntah dengan teruk. Lepas
sarapan pun muntah lagi. Habis semua chocolate smoothie yang dimintanya pagi
tadi keluar semula. Sudahlah kakinya baru sahaja baik. sekarang datang penyakit
lain pula. Kasihan isterinya itu.
“Janjilah abang. Jangan risau sangat. I’m
fine.” Natasha tergelak kecil bila melihat wajah Iskandar yang terlebih serius.
Risau sangatlah tu.
“Ok. Kelas hari ni sampai pukul berapa?
Abang ada class tengah hari nanti.” Iskandar masih lagi dengan nada risaunya.
Buku-buku Natasha disusun rapi sebelum diserahkan ke tangan Natasha.
“Hari ni
Tasha ada class satu subjek je. Class sampai pukul dua belas. Kalau abang tak
sempat Tasha pergi klinik dengan Pak Ali ajelah ye bang.” Natasha memberi
cadangan. Hanya sekadar ke klinik dia boleh pergi sendiri. Dia bukanlah budak
kecil lagi.
“Eh tak
payahlah. Abang boleh minta izin dengan dekan untuk tak masuk class.” Bantah
Iskandar.
Bukan dia
tak percayakan Pak Ali. Pak Ali kan dah bekerja dengan keluarga Natasha sejak
Natasha kecil lagi. Walaupun khidmat Pak Ali untuk memandu jarang digunankan
sejak mereka berkahwin tetapi Pak Ali masih lagi bekerja dengan mereka sebagai
tukang kebun di rumah mereka. Pak Ali lah yang menguruskan kawasan sekeliling
rumah mereka. Pak Ali memang pekerja
yang baik. Sentiasa berdedikasi kepada majikannya. Cuma dia ingin tahu apakah
sakit yang dialami isterinya sendiri. Dia ingin bersama Natasha saat susah dan
senang.
“Tak boleh
macam tu bang. Tasha isteri abang kat rumah. Dekat sini abang milik universiti.
Tanggungjawab abang besar untuk pembangunan pelajar. Tasha tak nak abang
tanggung dosa lepaskan amanah sebagai pendidik. Tasha ok. Tasha boleh pergi
dengan Pak Ali. Insha Allah tak ada apa-apa.”
“Kalau
macam tu baiklah. Tapi janji dengan abang. Tasha akan jaga diri baik-baik.
Insha Allah.” Natasha menyalami tangan Iskandar buat kedua kalinya. Dia ingin
segera masuk ke dewan kuliah. Dengan Iskandar bukannya boleh berlama-lama.
Iskandar kan terkenal dengan sikap lepas lakunya.
“Ok
sayang. I love you. Ingat tau sayang. Walau apa pun terjadi dalam dunia ni
Tasha kena ingat. Abang cintakan Tasha sepenuh hati abang. melebihi diri abang
sendiri. Abang tak nak sesuatu yang terjadi pada Tasha. Jadi jaga diri
baik-baik. ” Iskandar mencium dahi Natasha sebelum isterinya itu keluar dari
kereta. Sekarang dia sudah tidak kisah jika ada sesiapa yang tahu tentang
hubungannya dengan Natasha. Dia bangga memiliki Natasha sebagai isteri.
“Eh. Cinta
tunggu.” Iskandar memanggil Natasha yang baru melangkah beberapa langkah dari
kereta. Iskadnar segera keluar dari dalam kereta dan mengunci keretanya.
“Eh. Kenapa
bang?” Natasha menyoal dengan suara perlahan. Pelik dengan perangai Iskandar
yang tiba-tiba keluar menemuinya.
“Jom abang
hantar masuk kelas. Beg ni berat. Banyak barang nak bawak. Nanti cinta sakit
lagi pulak.” Beg dan buku-buku di tangan Natasha diambilnya. Sebelah tangan
Natasha digenggam erat.
Natasha
cuba melepaskan genggaman tangan Iskandar. Takut jika ada sesiapa yang
ternampak kelakuan mereka. Maklumlah, perkahwinan mereka kan masih rahsia lagi.
Karang dibuatnya ada sesiapa yang ternampak perbuatan mereka pasti timbul
gossip tak enak.
“Tak apa. Genggam
je tangan abang. Dah sampai masanya semua orang tahu. Abang tak pernah malu ada
Tasha sebagai isteri abang. Malah abang bangga. Well..best student untuk last
semesterlah katakan.” Iskandar mengusik Natasha. Apabila Natasha menunjukkan
penumbuknya yang tidak seberapa besar kepada Iskandar, Iskandar hanya mampu
ketawa besar sahaja.
Kenangan
sewaktu keputusan peperiksaan Natasha
keluar terimbau kembali di mindanya. Masih dia ingat bagaimana Natasha bersorak
dan melompat sekeliling rumah. Habis setiap benda dipeluk ciumnya. Sampai kain
langsir pun menjadi mangsa. Berkali-kali Iskandar ditarik melompat sekali
dengannya.
“Abang
yakin ke?”
“Yakin.
Kenapa perlu malu? Hubungan kita kan halal. Bukannya kita buat sesuatu yang
salah di sisi agama pun. Dah jom. Nanti lambat masuk kelas pulak.” Iskandar
menarik perlahan tangan Natasha supaya berjalan seiring dengannya.
Natasha
hanya mampu menundukkan wajah apabila semua mata memandangnya dengan tajam
sepanjang perjalanannya masuk ke dalam kelas. Masakan tidak Iskandar dengan
bangganya tak berhenti-henti mengatakan ayat yang sama “Dia isteri saya” setiap
kali ada yang memandang mereka. Dan dia pula terpaksa menelan semua pandangan mata-mata
curiga yang memandangnya.
Iskandar
dengan selamba melangkah masuk ke dalam dewan kuliah Natasha dan meletakkan beg
dan buku-buku Natasha di atas meja. Dia memandang Ara yang berada di meja
bersebelahan dengan meja Natasha sedang ternganga memandangnya. Matanya dikenyitkan
kepada sehingga membuatkan Ara tersentak. Habis semua kertas yang dipegang
ditangannya tadi bertaburan di atas lantai. Hebat penangan Iskandar. Natasha
hanya mampu tergelak kecil melihat kelakuan Ara itu. Matanya memandang ke
sekeliling dewan kuliah itu. Wah. Semua orang berkelakuan serupa dengan Ara. Ternganga
bagaikan menanti lalat masuk ke dalam mulut.
“Ok ok
semua. Tak perlu buat terkejut sampai lalat pun boleh masuk mulut kamu semua. Saya
dengan Tasha memang suami isteri. Dah lama dah pun. Maaf sebab tak jemput kamu
semua datang majlis. Tapi apa-apa pun. Terima
kasih atas sokongan anda semua selama ini. Yeah girls. I’m married.” Iskandar
ketawa besar sebaik sahaja habis berkata-kata. Rungutan bunyi kecewa memenuhi
dewan kuliah itu. Sengaja dia mahu mengusik Natasha yang nyata sedang
menyembunyikan wajahnya. Malu lah tu. Dia melambaikan tangannya kepada Natasha
beserta dengan senyuman lebar sebelum keluar dari dewan kuliah itu.
“Tasha.
Mr. Nasi Kandar kau memang awesome!” Sebaik sahaja Ara habis berkata-kata
Natasha segera diserbu oleh pelajar-pelajar lain dengan berjuta pertanyaan. Dan dia hanya
mampu menarik nafas panjang sebelum menjawab semua pertanyaan itu. Hai laa
Tasha. Inilah padahnya kalau datang kelas awal sangat.
Iskandar masuk ke dalam bilik kerjanya dengan senyuman di bibir. Wajah Natasha yang merah padam menahan malu tadi masih terbayang di matanya. Natasha. Memang anugerah terindah dalam hidupku. Kalaulah dari kecil dulu aku jatuh cinta dengan dia kan senang. Dah lama lagi aku bahagia.
Dia mengerutkan dahinya bila melihat sepucuk sampul surat besar elok terletak di atas mejanya. Surat
apa ni? Rasanya masa kali terakhir aku dalam bilik ni sebelum balik rumah
minggu lepas tak ada satu benda pun yang ada atas meja ni. Aku dah kemaskan
semuanya. Pintu bilik pun aku dah kunci. Siapa pula yang masuk bilik aku lepas tu memandai letak barang atas meja aku ni?
Sampul
surat itu diambil dan diintai isinya. Beberapa helai keratan akhbar berada di
dalam sampul itu. Iskandar pelik. Ni nak ajak aku buat origami ke tengah
lancarkan kempen kitar semula ni? Main bagi-bagi surat khabar pulak. Keratan akhbar itu dikeluarkan. Iskandar menatap satu persatu keratan itu.
Akhirnya dia terduduk tanpa kata. Wajahnya merah dan matanya merenung tajam
setiap helaian akhbar itu. Air matanya jatuh satu persatu di pipinya. Intan.... Ya Allah... Jadi dialah puncanya! Satu perasaan marah yang lama hilang dahulu muncul kembali. Dialah pembunuh Intan! Aku tak akan maafkan dia!
Saturday, September 21
Assalamualaikum..
Assalamualaikum semua... saya mengepost ni bukan nak marah.. cuma saya terasa dengan sikap segelintir pembaca di blog ni yang menyalah gunakan MHML seperti karya mereka sendiri.. mereka copy dan post on their own blog walaupun saya dah buat unable to copy.. tolonglah faham perasaan saya.. saya berjerih payah memerah idea..menahan rasa bila dimarah sebab lambat update.. mengorban masa lapang.. berkorban tenaga.. menulis cerita.. tapi anda tanpa rasa bersalah menyalah gunakan hasil coretan saya.. saya tersentak bila tengok rupanya ramai yang berbuat begitu.. cubalah letakkan diri anda di tempat saya.. saya berebut waktu dengan waktu belajar, keluarga dan menulis MHML tapi anda bersenang-senang mencuri hasil coretan saya.. sampainya hati anda yang mencuri itu..
sekali lagi saya memohon.. janganlah menyalah gunakan coretan saya... kalau ini semua berterusan, saya terpaksa tutup blog ni sehingga novel ini berjaya diterbitkan bagi mengelakkan kejadian mencuri lagi.. tolonglah faham.. saya baru mula menulis.. baru pertama kali dapat tawaran untuk menerbit buku.. tapi anda pula mencuri coretan saya.. hampanya perasaan saya.. Assalamualaikum..

Friday, September 20
My Hubby My Lecturer!!! bab 37
“Jom.” Suara Iskandar dari belakang Natasha
yang sedang menusun telekung dan sejadah yang digunakan oleh Datuk Adam dan
Datin Rose tadi ke dalam almari
membuatkan Natasha terkejut.
Natasha mengerutkan dahi. Dah mula dah dia.
Penyakit jom tiba-tiba dah mula dah. Nak jom ke manalah malam-malam buta macam
ni. Asyik nak jom je dia. Padahal aku ada banyak kerja lagi nak buat. Pinggan
bertimbun dekat dapur tu pun tak basuh pun lagi.
“Jom
ke mana?” soal Natasha dengan suara separuh geram.
“Ke kliniklah sayang. Tadi dia juga yang
janji dengan kita lepas mummy dengan daddy balik kita ke klinik. Lupa ke?”
Iskandar berkata-kata sambil membetulkan sedikit kedudukan baju-baju di dalam
almari itu. Bukannya tidak kemas, cuma dia mahu merajinkan jari.
“Alah. Tasha banyak kerjalah bang. Pinggan
mangkuk kat dapur pun tak berbasuh lagi. Nanti kalau lambat basuh berbau pulak.
Esok boleh?” Natasha mengerdipkan mata beberapa kali. Tujuannya supaya Iskandar
bersetuju dengan cadangannya.
“Tak payah nak basuh. Abang dah basuh dah
semuanya. Siap lap. Siap susun dalam almari lagi.” Kata Iskandar dengan penuh
bangga.
“Sungguh abang basuh? Semuanya? Betul ni?”
“Sungguhlah. Takkan lah abang main-main
pulak cinta. So, no more excuses. Jom sekarang jugak. Kesian abang tengok
isteri abang dari tadi tahan sakit. Buat banyak sangat kerja. Penat isteri
abang.” Kepala Natasha diusap perlahan. Kasihan isterinya ini. Kerana mahu
menjaga hati mertua kesakitan di kaki sanggup ditahan.
“Laaa.. tak penat
pun lah abang. Dari tadi semuanya abang yang buat kan. Hidang makanan pun
abang. Kemas meja makan pun abang. Basuh pinggan pun abang. Macam mana Tasha
nak penat.” Natasha tergelak kecil. Dada Iskandar yang semakin merapat dengan
wajahnya ditolak ke belakang sedikit. Iskandar seperti biasa kerjanya melekat
sahaja. Jadi kadang kala perlu dijarakkan demi keselamatan sejagat. Muehehe…
“Tak kiralah.
Penat ke. Tak penat ke. Kena pergi juga. Jom.” Natasha terus dicempung keluar
dari bilik.
“Abang tak maulah
macam ni.” Natasha terjerit kecil.
“Tak mau apanya.
Kena pergi jugalah. Jangan nak mengelak sangat bila sebut nak pergi klinik.
Bukannya doctor tu nak makan Tasha pun. Perangai macam budak kecil tak
habis-habis lagi. Bila abang panggil budak kecil marah. Padahal abang panggil
berdasarkan fakta. Ada ke nak pergi klinik pun nak menjerit-jerit macam ni. ”
Iskandar membebel panjang. Wajahnya ditegangkan sehabis mungkin. Kononnya tak
mahu mengalah dengan Natasha yang anti dengan perkataan klinik.
“Abang kalau ya
pun tak kan lah nak pergi macam ni. Abang sanggup ke nak tanggung dosa nanti?”
Natasha memuncungkan bibirnya ke arah kakinya yang terdedah dari paras lutut ke
bawah kerana gaun tidurnya yang singkat.
Belum sempat
Iskandar menapak menuruni tangga langkahnya terhenti. Kaki dan Rambut Natasha
yang menutupi separuh wajah isterinya itu dipandang berkali-kali. Betullah. Mahu beribu
tahun aku ke neraka nanti sebab biarkan isteri keluar rumah dengan pakaian
macam ni. Apalah nak jadi dengan aku ni kalut betul. Tak boleh sabar sikit.
Tapi kan sayang isteri namanya. Kenalah kalut semacam. Dia tersengih seperti
kerang busuk memandang Natasha yang memandangnya dengan penuh rasa geram.
Muehehe…
Iskandar
memusingkan langkahnya semula ke dalam bilik. Natasha diletakkan semula di atas
katil. Dia menuju ke almari dan memilih sehelai seluar panjang bewarna merah
jambu lembut milik Natasha dan baju t-shirt hijau pastel miliknya beserta
dengan tudung Syria yang siap bergosok
bewarna merah jambu juga. Pakaian yang dipilhnya dihulurkan kepada Natasha.
“Kenapa baju
abang pulak ni? Tasha pun ada baju sendiriah. Baju abang ni besar gajahlah
dengan Tasha.” Natasha menunjukkan baju t-shirt Iskandar di tangannya kepada
Iskandar. Pelik kenapa dia pilih baju dia pulak ni? aku yang nak pakai bukan
dia yang nak pakai. Tersalah baju ke apa?
“Errr… because
you look cute in it. Remember the
morning after that night?”
Senyuman meleret
luar biasa Iskandar membuatkan wajah Natasha memerah. Dia segera menukar
pakaian tanpa memandang Iskandar yang
masih memandangnya dari tepi katil. Mujur dia pakar dalam bidang menukar
pakaian tanpa mendedahkan kulit badan kerana sering menukar pakaian di bilik
persalinan yang tidak mempunyai kunci yang sempurna sewaktu bersekolah dahulu.
Jadi rasa malunya tadi tidaklah semakin bertambah.
“Wah cepatnya
tukar baju bah. Abang bergurau jak lah bah. Bergurau sikit pun tak bolehlah
bah. Kenapa bah kau berubah kenapa bah? ”
Iskandar masih
lagi mengusik Natasha dengan loghat Sabah yang tentunya telah hancur
dimusnahkan olehnya. Jika ada orang Sabah yang terdengar kata-katanya tadi pasti Iskandar akan diusir dari tanah Sabah
dan tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke sana lagi. Muehehehe..
“Sudahlah. Tak
payah nak Stacy sangat kat sini. Nanti kena saman dengan Stacy sebab rosakkan
lagu dia baru tahu. Jomlah kita pergi tadi kata nak pergi sangat. Dah pukul
lapan malam dah ni. Nanti lambat sangat kita balik.” Natasha memotong kata
Iskandar sebelum Iskandar semakin merepek dan melalut.
Dia cuba bangun
dari katil walaupun kaki kanannya terasa sangat sakit bila menjejakkan kaki ke
atas lantai. Namun atas nama tidak mahu menyusahkan hati suami dan mertua dia
tahankan juga dari tadi. Tiba-tiba sekali lagi Iskandar mencempungnya semula.
Dan terus melangkah penuh gagah keluar dari bilik.
“Abang I/C?” Natasha
tiba-tiba menyoal ketika tiba di tingkat bawah. Macam mana nak ke klinik kalau
tiada kad pengenalan. Dia bukanlah pendatang haram tanpa kad pengenalan diri.
“Dah ada dalam
kereta. Abang dah letak dari tadi lagi.” Natasha hanya mampu mendiamkan diri.
“Encik Iskandar. Isteri
encik ni bila lagi dia jatuh? Dah bengkak teruk kaki dia ni. Kalau tengok pada
keadaan kaki puan ni sekarang mesti sakit sangat ni. Ada pressure kaki ke lepas
jatuh tadi? I mean gunakan kaki lepas jatuh?” Soal Doktor Zulaika yang sedang
memeriksa keadaan kaki Natasha.
“Err… Saya tak
pasti. Tapi saya rasa dalam pukul dua petang tadi kot sebelum saya balik kerja.
Dia ada banyak berjalan tadi sebab orang tua saya datang ke rumah.” Jelas
Iskandar mula serba salah. sepatutnya dia menjaga isterinya sebaik mungkin.
Rasa kesal mula menimpa dirinya.
“Tak apalah encik
jangan risau kita buat x-ray tengok keadaan sebenar kaki Puan Natasha ni. Lepas
tu saya akan bagi painkiller dan ubat surut bengkak. Encik isi borang x-ray ni
dulu. Saya keluar sekejap.” Borang yang berada di dalam laci meja Doktor
Zulaika itu diserahkan kepada Iskandar.
“Sayang. Abang
minta maaf sebab tak jaga sayang dengan baik.” Iskandar menggenggam tangan
Natasha yang berada di atas katil pemeriksaan.
“Tak apalah bang.
Bukan salah abang pun. Salah Tasha yang tak jaga diri baik-baik. Insha Allah
tak ada apa-apa.” Natasha membalas genggaman tangan Iskandar. Iskandar tidak
ada sebarang salah dalam hal ini. Dia yang salah kerana tidak berhati-hati.
“Abang minta maaf
cinta.” Iskandar bersuara perlahan.
“Dan Tasha pulak
minta ampun sebab buat abang risau. Maafkan Tasha.”
“Ok puan mengikut
pada x-ray ni tak ada apa-apa keretakan atau patah pada tulang cuma mungkin ada
sedikit muscle yang terkoyak sikit. Yang penting bila muscle tu dah baik sikit
nanti jangan pressure or force the muscle sebab muscle tu akan senang terkoyak
balik. But no worries. Saya akan bagi guidance supaya keadaan muscle tu akan
cepat baik. First, apply ice to the injured area for about 20 minutes and wrap the
injury site slightly taught, but not tight. This will reduce the blood flowing
to the muscle, and help with inflammation. Second, stay off the muscle for at
least 72 hours and avoid any heavy lifting or excessive use. Use an ice pack daily
during this time, for about 15 minutes by 3-4 times per day. After 72 hours,
you can start alternating cold and hot treatments to the site. And the most
important is, don't use the muscle for at least a day. Saya bagi
painkiller ni make sure makan sebab dah bengkak sangat dah. So for tonight Puan
Natasha, rehat. Jangan guna kaki langsung.” Pesan Doktor Zulaika panjang lebar.
Tangannya laju menulis preskripsi ubat yang perlu diberikan kepada Natasha.
Iskandar
memakirkan kereta di bawah garaj. Natasha yang tidur di sebelahnya tidak
dikejut. Sengaja dia biarkan Natasha tidur. Pasti isterinya letih seharian
menguruskan rumah bersendirian. Iskandar menyandarkan diri ke kerusi semula. Matanya
dipejam rapat melepaskan keletihan sepanjang hari. Sebenarnya dia juga
keletihan menguruskan hal pelajar yang
baru mendaftar. Menguruskan pelan lokasi kelas pelajar. Menyertai mesyuarat
pembangunan universiti memang sangat memenatkan.
Jari jemari Natasha
dicapai dan digenggam dengan mata terpejam. Hatinya berbisik perlahan. Wahai isteri
yang jelita di wajah dan di hati. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Terima
kasih kerana menyerikan setiap saat jalanku. Terima kasih kerana kembalikan aku
ke dunia berjiwa. Terima kasih atas segalanya. Kau anugerah terindah yang aku
terima dari Allah sepanjang hidupku. Mungkin aku tak mampu mempunyai hati
sejelita hati kau. Tapi aku berjanji kau akan aku jaga sampai nafasku yang
terakhir. Insha Allah.
Thursday, September 19
My Hubby My Lecturer!!! bab 36
“Rose. Dah siap ke? Abang tunggu dekat bawah ni ye?” Suara Datuk Adam melaung dari tingkat bawah membuatkan Datin Rose terkejut.
“Sekejap bang.” Laung Datin Rose semula.
Dia yang baru sahaja keluar dari bilik air segera bersiap. Baju kegemarannya baju jubbah hitam disarung ke tubuh. Selendang Turki bewarna hitam bersulam benang emas yang terletak di atas katil segera di lilit di kepalanya. Rasa sebak menguasai dirinya.
Selendang itu pemberian terakhir besannya sebelum mereka bertolak ke Mekah dahulu. Inilah kali pertama dia memakai selendang itu. Selama ini dia tidak mampu menahan rasa sebaknya jika melihat selendang itu.
Puan Aida sudah lama berkawan dengannya. Sejak dia berkahwin dengan Datuk Adam lagi. Puan Aidalah yang banyak membantunya menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya yang berbeza di Malaysia. Dari Puan Aida jugalah dia mula belajar menutup aurat sepenuhnya. Puan Aida jugalah yang menjadi teman dan sahabat terapat dengannya sepanjang hidupnya.
Kerana persahabatan yang akrab antara mereka berdua itulah mereka bersungguh-sungguh mahu menjodohkan Natasha dengan Iskandar. Ketika Puan Aida menyuarakan hasrat untuk menjodohkan mereka berdua dia agak terkejut. Masakan tidak, Iskandar bagaikan sudah bertekad untuk tidak berkahwin setelah pemergian Intan. Tetapi kerana dia yakin dengan cadangan sahabatnya itu dia bersetuju untuk menjodohkan mereka.
Masih dia ingat bertapa sukarnya dia memujuk Iskandar supaya bersetuju untuk berkahwin dengan Natasha. Hampir sebulan dia memujuk, barulah Iskandar rela dalam terpaksa menerima permintaannya itu. Dia tahu Iskandar ialah seorang anak yang sangat mendengar kata. Sangat menghormati dan menyayangi kedua orang tuanya.
Atas alasan itu jugalah dia berani menyuarakan permintaannya kepada Iskandar. Walaupun dia tahu Iskandar pasti susah untuk menerima permintaannya untuk berkahwin dengan Natasha. Gadis yang dianggapnya budak kecil cengeng, rakan sepermainannya sewaktu kecil dan pelajarnya sendiri. Pasti Iskandar tidak mahu berkahwin dengan pelajarnya sendiri. Tak pernah dibuat orang pensyarah berkahwin dengan pelajarnya sendiri ketika pelajarnya masih belajar. Namun dia tekad juga untuk memujuk Iskandar sehingga bersetuju.
Setelah Iskandar bersetuju dengan permintaannya itu, Puan Aidalah orang pertama yang dikhabarkan berita itu. Mereka berdua sangat gembira dengan persetujuan Iskandar dan Natasha. berkali-kali ucapan syukur dipanjatkan kepada yang Maha Esa. Hajat mereka untuk menjadi satu keluarga akhirnya tercapai. Hubungan yang begitu akrab antara dia dengan Puan Aida membuatkan dia menganggap Puan Aida sebagai adiknya sendiri.
Oleh itu, kehilangan sahabatnya itu memberi kesan yang besar kepadanya. Dia bagaikan kehilangan seorang adik yang sangat rapat dengannya. Namun dia terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi. Dia ingat dengan janji Allah, setiap yang hidup pasti akan menghadapi mati. Doanya, roh sahabatnya itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Rose tak siap lagi ke sayang?”Suara Datuk Adam yang berdiri di muka pintu mengejutkan Datin Rose.
Air mata yang bergenang di tubir matanya dikesat dengan hujung selendang. Jarum pin tudung bercorak bunga kerawang dipinkan di sisi kepalanya. Datuk Adam segera mendekati isterinya yang jelas kelihatan muram di dalam pantulan cermin.
“Sayang, kenapa muram je ni? Kita kan nak jumpa anak menantu kita. Tak maulah sedih-sedih macam ni. Cuba cakap dengan abang kenapa ni.” Datuk Adam mengusap kepala isterinya. Datin Rose dipeluk dari belakang.
Memang dari dulu lagi dia seorang yang romantik. Cintanya kepada Datin Rose memang tidak pernah padam. Walaupun ramai perempuan yang datang menggodanya kerana harta dan kedudukannya. Tetapi Alhamdulillah. Cinta dan kesetiannya hanya buat isterinya seorang.
Tidak sanggup rasanya dia mengkhianati cinta isterinya. Wanita yang sanggup meninggalkan harta kekayaan, budaya bangsanya, dan agama yang dianutinya demi dia. Masakan dia sanggup mengecewakan wanita sehebat itu. Begitu sukar halangan yang mereka hadapi ketika ingin bersatu takkanlah begitu mudah dia melupakan semua itu. Tidak mungkin!
“Rose teringatkan arwah. Selendang ni hadiah terakhir dari arwah. Rose rindukan sahabat Rose itu.” Rasa sebak yang cuba ditahan tadi akhirnya pecah juga.
Air mata yang mengalir perlahan di pipi Datin Rose dikesat dengan ibu jari. Dia juga menjadi sebak bila teringatkan sahabat baiknya Encik Firdaus. Persahabatanya selama berpuluh-puluh tahun membuatkan dia lebih lagi merasai kehilangan itu. Perasaan sebaknya itu terus ditahan. Dia tidak mahu Datin Rose bertambah sedih.
“Sabar sayang. Kita sama-sama doakan roh mereka berdua ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Dah tak mau nangis lagi. Siap cepat. Hari dah tengahari ni. Nanti jalan jam kita sampai rumah
Amin petang sangat pulak. Kata nak surprisekan dia.” Datuk Adam berusaha memujuk isterinya. Ubun-ubun Datin Rose dikucupnya kudus.
Mendengarkan kata-kata Datuk Adam itu, Datin Rose menjadi bersemangat semula. Sungguh dia rindukan kedua anak menantunya itu. Sudah hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan mereka. Dia tidak mahu mengganggu mereka berdua kerana dia tahu mereka berdua masih dalam proses menerima antara satu sama lain.
Permergian mereka ke Terengganu untuk berbulan madu sangat mengembirakan hati Datin Rose. Ini bermakna mereka sudah dapat menerima antara satu sama lain. Membuatkan dia tidak sabar untuk berjumpa mereka. Mujur pagi tadi Datuk Adam mengajaknya untuk berjumpa anak menantunya itu. Kalau tidak pasti parah dia menanggung rindu.
Tangannya laju menyusun semula alat-alat make up ke dalam laci. Pin-pin tudung yang dikeluarkan tadi dimasukkan semula ke dalam kotak kristal berbentuk bulat. Bedak kompak dan gincu jenama LancĂ´me dimasukkan ke dalam beg tangannya. Tangan Datuk Adam yang berada di bahunya digenggam kemas sebelum mereka berdua keluar dari bilik itu.
Lagu instrumental You and Me yang berbunyi kuat dari ruang tamu membuatkan Natasha yang berada di bilik basuhan kalut meletakkan semula baju yang ingin dijemurnya ke dalam bakul semula. Dia berlari menuju ke ruang tamu. Natasha terkial-kial menanggalkan seliparnya sebelum masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba Natasha yang terlalu laju berlari tersepak hujung karpet dan…. Dia melayang jatuh ke atas lantai.
Aduh… sakitnya. Natasha bangun membetulkan kedudukannya. Patah ke kaki aku ni? aduhai. Apalah karpet ni. Aku yang punya cun melecun bagai puteri ni pun dia tak nampak ke? Apalah pasalnya time aku nak lalu tu jugak dia nak tersangkut kat kaki aku. Telefon bimbit yang berada hanya beberapa langkah darinya dipandang. Natasha mengeluh panjang. Telefon tak sempat diangkat aku pula jatuh tertiarap. Apalah nak jadi.
Dia merangkak mendekati telefon bimbitnya. Untuk bangun berjalan seperti biasa dia terasa kakinya bagaikan sudah patah. Terseliuh agaknya. Dia mengurut-urut sedikit kakinya yang sakit itu. Telefon bimbit ditiliknya. Oh. Mummy yang call tadi. Kenapa ye? Ada hal penting kot. Nombor telefon Datin Rose didail semula.
“Assalamualaikum mummy. Kenapa ye tadi mummy call Tasha? Tasha tengah jemur kain tadi tak sempat nak angkat call dah putus.”
“Walaikummusalam sayang. Tak ada apa mummy cuma nak tanya Tasha ada kat rumah tak sekarang?”
“Ada mummy. Mummy nak datang sini ke? Wah.. bestnya. Dah lama tak jumpa mummy. Rindu. Tasha dengan abang ada beli banyak hadiah tau untuk mummy dengan daddy.” Tangannya masih lagi mengurut-urut kaki yang terasa sangat sakit akibat terjatuh tadi.
“Hehe.. tahu aje dia mummy nak datang ni. Bukalah pintu ni. mummy dengan daddy dah ada dekat luar dah.” Datin Rose tertawa mendengar suara menantunya yang teruja.
“Laa… dah lama ke mummy dekat luar. Kenapa tak call dari tadi. Sekejap ye.” Natasha bingkas bangun menuju ke depan pintu. Sakit di kakinya dilupakan seketika.
Natasha tersenyum lebar bila melihat kedua mentuanya ada di hadapan pintu rumah. Dia segera menyalami dan mencium tangan kedua mereka. Rasa rindunya kepada mereka akhirnya terlerai jua. Bukannya dia tidak boleh menemui mereka sendiri tapi Datin Rose yang melarang dia datang berjumpa dengan mereka.
“Mummy, daddy. Masuklah. Jom jom.” Natasha mempelawa mereka masuk ke dalam rumah. Dia berjalan terhincut-hincut mendahului mereka.
“Eh. Tasha kenapa jalan macam tu? Kaki tu kenapa?” Soal Datuk Adam bila terperasankan keadaan itu.
“Haahlah sayang. Kenapa dengan kaki Tasha ni
?
Amin buat apa dekat Tasha? Dia tak jaga Tasha ke? Mana dia?” soal Datin Rose bertalu-talu. Risau jika Iskandar tidak menjaga Natasha seperti yang diharapkannya.
“Eh.. eh.. tak mummy. Bukan abang Is yang buat Tasha. Tadi Tasha jatuh tersadung hujung karpet. Abang pun tak ada kat rumah sekarang. Dia ke universiti. Minggu depan kan dah nak start semester baru. Lecturer kena mula kerja seminggu awal sebelum semester start. Abang jaga Tasha elok je mummy. Mummy jangan risau tau.” Natasha cepat-cepat membela suaminya. Tak pasal-pasal pula Iskandar yang dipersalahkan. Apalah mummy ni. Macam tak pasti je siapa anak kandung dia yang sebenarnya.
“Lega mummy dengar. Ingatkan
Amin dera Tasha tadi. Kan daddy.” Datuk Adam yang duduk disebelahnya disiku sedikit. Dia membetulkan sedikit duduknya di sofa. Natasha yang tersengih lebar dihadapannya dipandang dengan rasa sayang.
“Iyelah. Tasha. Kalau
Amin ada sakitkan hati Tasha terus mengadu dengan daddy tau. Jangan risau. Daddy janji daddy mesti akan sebelahkan Tasha.” Tokok Datuk Adam.
“Insha Allah daddy abang tak akan sakitkan hati Tasha. Daddy dengan mummy doakan Tasha dengan abang bahagia ye. Ok. Tasha ke dapur sekejap buat air. Langkah kanan betul daddy dengan mummy. Tasha baru masak lasagne dengan pavlova tadi. Abang pun dah nak balik. Bolehlah kita makan sama-sama. Tunggu sekejap ye.” Natasha terus menuju ke dapur selepas menyalakan televisyen. Dia senang hati kerana kedua mertuanya sangat rapat dengan dirinya. Bukankah ibu bapa mertua juga sama darjatnya seperti ibu bapa sendiri. Sementelah dia sudah kehilangan kedua orang tuanya. Jadi hanya kepada merekalah dia menumpang kasih. Doanya semoga mereka terus menjadi ibu bapanya sehingga ke akhirat.
“Sekejap sayang. Mummy ikut. Tapi Tasha duduk je. Biar mummy yang buatkan. Kesian menantu mummy ni”
“Assalamualaikum.” Natasha tersenyum bila mendengar suara orang memberi salam di muka pintu. Dia kenal dengan suara itu. Suara yang sentiasa menggetarkan jantungnya. Mensyahidkan semua rama-ramanya.
“Waalaikummusalam.”
Natasha segera bangun meninggalkan kedua mertuanya yang sedang rancak membelek hadiah masing-masing di ruang tamu dan menuju ke muka pintu. Perjalan ke muka pintu yang hanya dipisahkan dengan satu dinding terasa begitu jauh sekali. Rasa rindunya kepada Iskandar terasa bagai tidak mampu dibendung lagi. Kalau diikutkan hati mahu saja dia berlari namun kesakitan di kakinya membataskan pergerakannya.
“ Wa’alaikummusalam abang.” Beg bimbit di tangan Iskandar diambil. Natasha meraih tangan Iskandar dan mencium tangan itu. Lama. Biar hilang semua getar kerinduannya tadi.
“Rindunya abang pada cinta. Dahi ni.” Dahi Natasha dikucup penuh kudus.
“Mata ni.” Kucupannya beralih ke mata Natasha.
“Hidung ni.”
Belum sempat Iskandar melaksanakan hajatnya Natasha mengelak. Iskandar mengerutkan dahinya. Kenapa? Aku ada buat salah dengan dia ke? Marah sebab aku balik lambat ke? Ke tak suka dengan bau busuk aku baru balik kerja? Tapi takkanlah berbau kot. Aku pakai perfume Clive Christian 1872 kot. Harga punyalah wangi, mahal dah tu tahan lama pulak tu. Takkanlah still tak suka lagi kot.
“Tak mau. Mummy dengan daddy ada kat dalam.” Natasha berbisik perlahan.
Iskandar ternganga buat tiga saat. Mujur kejadian lepas laku tadi terbantut. Kalau tidak malu tujuh keturunan dia nanti. Masakan tidak. Dulu bila disuruh berkahwin dengan Natasha dia yang sibuk membantah siap bercadang mahu balik semula ke England. Tetapi sekarang dia yang kemaruk cinta bagai nak rak. Malulah.
“Alaaa… sikit pun tak boleh?” Iskandar mula mengusik Natasha.
Natasha yang mula memerah pipi menjelirkan lidah kemudian meninggalkan iskandar. Tapi dah namanya sakit kaki perjalannya pun perlahan.
“Eh kenapa ni sayang?” Iskandar kalut melihat Natasha yang berjalan terhincut-hincut. Kenapa tadi dia tidak perasankan keadaan Natasha itu? Pinggang Natasha diraihnya supaya Natasha lebih stabil.
“Tadi Tasha jatuh tersadung karpet. Kejap lagi ok lah tu. Jangan risau ok.” jelas Natasha. Jarinya dibentuk tanda okay.
“No. No. No. Kita pergi klinik.” Iskandar membantah.
“Tak boleh macam tu abang. Kan mummy daddy ada ni. Tak baik kita biarkan dia orang macam tu je. Tunggu dia orang balik dulu baru kita pergi ye.” Pujuk Natasha.
Jari telunjuknya dilalukan perlahan di hujung bibir Iskandar. Cara paling berkesan memujuk Iskandar yang baru dikenal pastinya baru-baru ini. Iskandar bukan boleh di buat tak endah. Dia kan terkenal dengan perangai jom tiba-tiba dia tu. Kalau dibuatnya dia memaksa juga kasihan mummy dengan daddy nanti. Sudahlah datang jauh-jauh semata-mata mahu berjumpa mereka tetapi mereka pula sibuk ke klinik hanya kerana kakinya sakit sedikit. Memang tak patut.
“Janji?”
“Janji.”
“Ok jom masuk. Abang lapaaarrrr…” Rengek Iskandar.
Natasha memandang Iskandar tajam sambil mengetap bibir. Tadi siapa yang paksa aku pergi klinik? Ni tak sempat masuk rumah lagi dah merengek lapar. Mengada!

Wednesday, September 11
My Hubby My Lecturer!! bab 35
“Best tak?” Iskandar menyoal Natasha yang
sedari tadi diam seribu bahasa.
Best dia kata? Best apa bendanya? Aku ni
dah la paling tak suka naik kapal layar ni. Dah la matahari terik. Angin kuat.
Habis tudung aku nak terbang melayang. Baju semua melekat kat badan kena tiup
angin. Kan ke menyiksa namanya tu. Bukan best.
Tapi karang kalau aku cakap tak best dia
sentap pulak. Dah lah dia bersusah payah nak sediakan semua ni. Kesian pulak
dekat dia. Tasha! Buat-buat suka Tasha. Istikhlaskan hati. Buat-buat iskhlas
tapi masih dapat pahala menyenangkan hati suami.
“Best. Dengan abang di mana-mana pun best.”
Natasha mendongak memandang Iskandar yang sedang berdiri di sisinya. Aduh
tingginya dia ni. Lenguh tengkuk aku. Natasha turut berdiri. Nafas dihela
panjang. Sedar bertapa rendahnya dirinya di sisi Iskandar. Tiba-tiba Iskandar
memeluknya dari belakang.
“ Nak tahu kenapa Allah beri sayang rendah
paras dada abang macam ni? Sebab bila abang peluk Tasha macam ni, Tasha
sentiasa dekat dengan rusuk abang. Sentiasa dapat dengar degupan jantung abang.
Sentiasa dapat rasa selesa dalam pelukan abang. Dan abang pulak sentiasa dapat
kucup ubun-ubun isteri abang ni.”
Kata-kata Iskandar menenangkan hatinya.
Hilang semua rasa tak senang kerana terlalu rendah tadi. Lengan Iskandar yang memeluknya
dipaut dengan rasa senang hati. Sungguh, setiap saat Iskandar tahu bagaimana
untuk menenangkan hatinya dengan caranya tersendiri.
“Abang. Tasha nak bagi tahu satu benda
ni.” Jari jemari Iskandar diselangi
dengan jemarinya.
“Apa Cinta?”
“Tasha cintakan abang.”
“Humm emmm… so apa bendanya yang Tasha nak
bagitahu tadi?” Iskandar menunduk. Wajahnya didekatkan kepada wajah Natasha.
Apa bendanya dia nak cakap?
“Tadi tu lah.”Natasha menjawab senada.
Pipinya dilagakan dengan pipi Iskandar.
“ Apa?” Iskandar menyoal lagi. Pelik. Apa
yang nak disampaikan sebenarnya ni.
“Tadi tu lah. Yang Tasha cakap tadi.”
Iskandar menggaru kepala. Apa bendanya?
Tadi cakap ada benda nak cakap. Lepas tu bila tanya kata dah cakap. Aku rasa
pendengaran aku masih elok lagi. Memang aku tak ada dengar dia cakap apa-apa
pun.
“Ada apa sebenarnya ni sayang?” Suara
musykil Iskandar mula kedengaran.
“Yang tadi Tasha cakap Tasha cintakan
abang. Itulah dia.” Natasha tergelak kecil. Kelakar melihat Iskandar yang
terlalu mengharapkan yang tersirat sedangkan yang tersurat sudah jelas ada.
Iskandar ternganga mendengar kata-kata
isterinya. Laaaa… itu ke bendanya. Buat risau aku je tadi. Ingatkan ada apa-apa
hal yang terjadi ke. Aduhai dia ni…
“Subahanallah sayang. Buat risau abang je
tadi. Ingatkan apalah tadi. Abang ni…. lagilah… cinta sangat… sangat… sangat…
sangat! Dekat sayang! Cinta sangat! Sepenuh hati abang. Sepenuh naluri abang.
Sepenuh jiwa abang. Tak akan pernah kurang tapi akan bertambah setiap hari
setiap saat.” Bersungguh-sungguh Iskandar meluahkan perasaan. Dan rama-rama
Natasha hanya mampu terbang layu kerana hanyut dengan perasaan yang membuai jiwa.
“Ada couple lain yang dah sampai sebelum
kita ke ye?” Iskandar menyoal dengan penuh rasa pelik.
Rasanya tadi dia pasti dia dengar dengan
jelas pihak resort mengatakan bahawa hanya mereka berdua yang akan berada di pulau
itu. Tetapi kenapa pula ada sebuah kapal layar lain elok tersadai di tepi jeti
pulau kecil itu? Adakah terdapat kesilapan?
Dia memandang ke sekitar kawasan pantai
itu. Cuba mencari mana-mana kelibat manusia memandangkan dari kesan di jeti,
kapal layar itu seperti baru sahaja tiba di pulau itu juga.
“ Entah. I don’t think so. I thought you
said, it supposed to be just two of us here. Tak apalah mungkin orang parking
yatch je tu. Jom kita strolling sama-sama sekarang. Tasha dah tak sabar ni. ”
Natasha turut memandang ke arah kapal layar
di sebelah mereka juga kemudian Hari ini dia tak kuasa untuk memikirkan hal
lain selain dari Iskandar seorang sahaja. Tangannya dihulur kepada Iskandar
supaya senang untuk dia keluar dari kapal itu.
Iskandar mengehela nafas panjang. Sesekali matanya
meliar memandang ke sekeliling. Entah kenapa dari tadi perasaannya rasa tak
enak. Seperti ada yang memerhatikan mereka berdua sebaik saja mereka tiba di
pulau itu. Tapi siapa? Entah-entah orang yang naik bot lagi satu tadi tak? Siapa
punya bot tu ye? pinggang Natasha yang sedang berjalan di sisinya dirangkul
merapatinya. Takut jika sesuatu terjadi.
“Abang. Abang nak tahu tak sesuatu?” Suara
Natasha memecah kesunyiannya tadi.
Iskandar menunduk memandang isterinya. Tudung
Natasha yang ditiup angin dilurutkan supaya lebih teratur. Senyuman manis
dihadiahkan kepada Natasha yang sedang memandangnya untuk menutup kesunyiannya
tadi.
“Nak. Apanya cinta?”
“You’re the best lecturer I’ve ever had.” Ucap
Natasha bersungguh. Iskandar tergelak besar mendengar kata-kata isterinya. Kelakarlah.
Ada ke waktu mode rama-rama ni dia nak cerita pasal lecturer pulak. Sengaja je
nak recall kan aku balik pasal hal universiti.
“Kenapa pulak puji abang ni sayang?” Dengan
ketawa yang masih bersisa Iskandar bertanya.
“Iyelah yang pertama, abang satu-satunya
lecturer yang selalu marah-marah Tasha dalam class, selalu malukan Tasha depan
semua orang dalam dewan kuliah.” Jari telunjuknya dikeluarkan menandakan nombor
satu.
“Tapi abang buat semua tu untuk Tasha
jangan buat silap lagi dalam class. Sorry.... Yang kedua?” kedua belah
tangannya dirapatkan siap dengan muka comel lagi tanda minta maaf. Natasha
menjeling. Belum puas rasanya untuk membalas segala dendamnya. Muehehe…
“Yang kedua, abang satu-satunya lecturer
yang buat kelas tuisyen ala Cambridge menjadi kelas torture ala Cambridge. Sampai
Tasha tak boleh tidur lebih dari dua jam setiap hari sepanjang exam. Betul-betul
punya tak sihat punya class tuisyen.” Iskandar yang sudah mula membuat muka comel dipandang. Eleh nak
memujuklah tu. Tapi alahai… comelnya dia. Tak tahan.
“Alah… abang buat semua tu kan nak bagi
Tasha score dalam exam.” Air laut yang menyapa kakinya dipijak kuat sedikit. Sengaja
mahu memercikkan air ke kaki Natasha.
“Yang ketiga pulak. Abang satu-satunya
lecturer yang setiap hari cari gaduh dengan Tasha. Tak pernah miss sehari pun. Setiap
hari ada je topik nak buat gaduh. Padahalkan Tasha ni baik budi bahasa
orangnya. Tapi abang ajar Tasha jadi kaki gaduh. Macam ni hah.” Kakinya turut membalas
perbuatan Iskandar biar Iskandar basah sampai ke lutut. Padan muka dia.
“Itu sebab I don’t want to fall in love
with you. But still, this gorgeous lady ever on earth makes me fall crazily
over her. Sampai abang setiap saat, setiap waktu rasa rindu yang surut-surut
pada dia. Sentiasa gilakan dia. Sentiasa nak pandang wajah dia.” Langkah
diberhentikan.
Natasha ditarik merapatinya. Mata Natasha
dipandang sehingga tembus ke dalam. Biar Natasha tahu yang apa yang
dikatakannya semua benar. Senyuman manis Natasha berikan kepadanya. Iskandar
terkesima lama. Sungguh setiap detik dia jatuh cinta dengan isterinya itu. Oh! Indahnya
dunia dengan cinta halal ini Ya Allah.
“Dah. Dah tak payah nak goda-goda. Jalan.”
Natasha menolak Iskandar dari belakang supaya berjalan semula. Takut digoda
punya pasal.
“Ha ha ha. Ok. Ok. Yang ke empat? Takkanlah
semuanya buruk-buruk je yang abang pernah buat?”
“Yang ke empat? Hummm… abang satu-satunya
lecturer yang dah ajar Tasha apa itu cinta. Apa itu rindu. Apa itu kasih
sayang. Apa itu keluarga. Apa itu bahagia. Terima kasih atas semua tu. terima
kasih sebab jadi satu-satunya lelaki yang membahagiakan Tasha dalam hidup Tasha
dari Tasha kecil, sekarang dan Insha Allah sampai bila-bila”
Iskandar tergamam mendengar luahan hati
Natasha. Jadi selama ini dia memang cintakan aku? Ya Allah bertapa butanya aku.
Kenapalah dari dulu aku tak perasan? Kalaulah dari dulu aku perasan mesti aku
dah lama bahagia dengan dia. Dengan dia yang terlalu indah. Ya Allah terima
kasih atas anugerahMu ini.
“Te… terima kasih sayang. Insha Allah abang
berjanji dengan izin Allah Tasha satu-satunya sampai syurga.”
“Tasha pun sama. Insha Allah sampai Jannah
Allah.”
Mata indah Iskandar yang setiap masa
mensyahidkan rama-ramanya ditatap. Iskandar juga turut membalas. Lama mereka
bertatapan. Sungguh ketika ini hanya rasa cinta yang suci dirasai mereka. Hanya
rasa yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata menguasai seluruh hati mereka.
Semua rama-rama mereka mengepak perlahan kerana terlalu asyik membuai perasaan.
Semoga cinta mereka terus bersemi sehingga ke akhirnya.
“Err… abang. Tasha dah puji-puji abang ni
abang tak ada ke rasa-rasa nak bagi Tasha extra marks paper innovation
management Tasha tu? Muehehe…” Natasha tersengih nakal bila Iskandar kelihatan
terpinga-pinga. Perlahan-lahan dia mengundur kerana tahu Iskandar pasti akan
menggeleteknya nanti.
“Extra marks….? Eh… oh! Nak kenakan abang
rupanya dia patutlah puji abang melambung-lambung. Nak kena ni. Meh sini! Siap
dia!”
Natasha yang sudah jauh dikejarnya. Dengan sekali
sambar Natasha berada di dalam pelukannya. Terjerit-jerit Natasha bila digeletek
Iskandar. Waaa… tak tahan. Kaki dia panjang senang je nak tangkap aku.
Sepasang mata tajam memandang mereka di
balik celah batu besar di tepi pantai itu. Sudah lama dia berdiri di situ. Sudah lama dia memerhatikan kedua pasangan itu memadu kasih. Kurang
ajar punya Iskandar. Natasha tu milik aku! Milik aku sorang! Bukan kau! Bukan orang
lain! Kau tunggu. Satu hari kau akan terima balasannya. Kau dengan Natasha akan
terpisah. Tasha akan jadi milik aku sorang. Milik aku sampai kiamat!
Monday, September 2
My Hubby My Lecturer!!! bab 34
Iskandar tersedar dari lena. Dia membuka mata dan memandang ke sekeliling. Jam di dinding dipandangnya. Baru pukul lima dua puluh. Dah nak dekat azan subuh dah ni. Sejuknya pagi ni. Dia mengeliat perlahan. Nafasnya dihela panjang. Segarnya bau udara masin dari laut. Dari dulu lagi dia memang sukakan bau udara laut. Bau masin tetapi segar. Sangat menenangkan mindanya.
Wajah Natasha yang lena di atas lengannya dipandang lama. Anak rambut yang menutupi wajah itu diselak ke tepi. Dia ingin menatap setiap sudut wajah terindah di hatinya itu. Bulu kening Natasha yang cantik terbentuk dilalukan dengan jari ibu. Dia gemar buat begitu. Natasha terlalu indah buatnya.
Nafas dihela panjang. Ubun-ubun isterinya dikucup dengan penuh kudus. Terima kasih cinta sebab hadir dalam hidup abang. Terima kasih juga sebab sudi menerima abang. Cinta adalah anugerah Allah yang terindah dalam hidup abang.
“Cinta bangun. Dah nak dekat subuh dah ni.” Iskandar berbisik perlahan di telinga Natasha.
Sengaja dia mahu menguji Natasha sama ada isterinya itu boleh bangun atau tidak jika dikejut perlahan-lahan. Bukankah selama ini Natasha terkenal dengan tabiat tidur matinya. Sudahlah selalu bangun lambat. Susah pula tu dikejut. Berkali-kali dikejut barulah dia bangun. Kadang-kadang sampai Iskandar terpaksa meninggikan suara. Setiap pagi Iskandar akan mengalami stress sementara waktu kerana melayan Natasha yang susah untuk bangun tidur.
“Hmmmm… dah pukul berapa ni bang?” Natasha merengek perlahan. Matanya dibuka sedikit memandang Iskandar.
Iskandar tersentak. Uishhh… bisik sikit pun dah bangun? Ini betul ke isteri aku ni? Kena sampuk hantu laut ke? Senang sangat bangunnya. Macam tak percaya. Boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah ni. Ke nak kena catat dalam peristiwa terhebat dunia? Dasyat sangat ni. Iskandar menggosok matanya beberapa kali kerana tidak percaya. Musykil sama ada dirinya hanya berkhayal atau betul-betul Natasha sudah terjaga.
“Pu.. pu.. pukul lima setengah.” Iskandar pula yang tergagap-gagap menjawab soalan isterinya itu.
“Oh… ok… Tasha mandi dulu.”
Iskandar yang masih kelihatan terkedu dipandangnya lagi. Kenapa dia ni. Terkejut apa pagi-pagi buta ni? Muka aku macam Hantu Kak Limah ke? Natasha segera bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Khuatir jika dia benar-benar kelihatan terlalu hodoh sehingga Iskandar kelihatan terkejut memandangnya.
Tapi atas alasan apa dia kelihatan hodoh? Dia bukannya tidur bermake up semalam. Kalau dia tidur bermake up mungkin juga akan terjadi make upnya comot di muka. Tapi semalam dia ingat dia sudah mencuci make up di mukanya. Langkahnya dipercepatkan supaya segera sampai ke bilik air.
Iskandar yang melihat Natasha kelihatan tergesa-gesa ke bilik air tersenyum. Eleh... Malu pasal hal semalamlah tu.
Kekura tangan Iskandar dikucup lama penuh kudus. Rasa insaf menjalar dalam hatinya. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Sudah genap lima bulan perkahwinannya dengan iskandar. Bermakna sudah hampir setengan tahun dia menjadi seorang isteri yang sah kepada Iskandar. Tetapi masih banyak lagi kekurangannya sebangai seorang isteri yang terbaik buat suami. Air matanya mula bergenangan di tubir mata.
“Abang, Tasha minta ampun. Tasha tak pernah jadi seorang isteri yang baik untuk abang. Tasha selalu menyusahkan hati abang. Selalu pentingkan diri. Tasha minta ampun atas semua kesalahan Tasha.” Natasha bersuara perlahan. Dia terlalu sebak untuk berkata-kata lebih lanjut.
“Cinta abang. Cinta tak perlu minta ampun. Tak ada satu pun kesalahan yang Tasha buat pada abang. Tasha lagi menyerikan dan menyenangkan hidup abang adalah. Setiap hari setiap saat abang bersama Tasha hidup abang terasa sangat indah. Setiap jalan yang abang jalani dengan Tasha abang rasakan seperti diiringi sesuatu yang terbaik dari Allah. Setiap saat kalau boleh abang tak mahu Tasha hilang depan mata abang. Dengan nama Allah. Sayanglah anugerah terbaik dari Allah buat abang. Anugerah terindah buat abang.”
Iskandar mendongakkan dagu Natasha supaya memandangnya. Pipi Natasha yang basah dengan air mata dikesatnya. Semenjak dua menjak ni Natasha selalu sangat basah dengan air mata. Terlalu sensitif. Dia tak sangka bahawa Natasha yang dulunya selalu berkata dengan ayat yang sarkastik, berperangai ikut suka kepala rupanya ialah seorang yang berhati sangat lembut sebenarnya. Rupanya berbulan lamanya Natasha bertopengkan imej sarkastik semata-mata mahu meneruskan perkahwinan kontrak mereka. Kasihan Natasha. Tak sanggup rasanya dia melihat isteri tercintanya itu menangis lagi kerananya.
“Tapi Tasha banyak buat salah dengan abang.” Natasha masih lagi teresak. Tetapi belum sempat dia menyambung kata Iskandar sudah meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
“Shhh… sayang tak perlu minta maaf. Setiap saat, setiap solat abang dah ampunkan semua kesalahan sayang. Sayang isteri dan anugerah terbaik buat abang.” Iskandar berkata lembut.
Matanya memandang tepat kedalam mata Natasha. Dia ingin memberitahu Natasha kesungguhan kata-katanya itu. Natasha yang kelihatan yakin dengan kata-katanya diraih kedalam pelukannya. Dia membaringkan diri di atas sejadah bersama Natasha di dalam pelukannya. Sungguh dia selesa berbaring begitu dengan dia yang berbaju melayu berkain pelekat dan Natasha yang bertelekung. Terasa hidupnya tersangat indah ketika ini.
“Sayang, nak sarapan dekat balkoni je atau nak ke restoran?” Iskandar menyoal Natasha yang sedang menekup muka kerana ketakutan menonton filem seram Thailand di televisyen.
Bagus servis resort ini. Pelbagai jenis DVD disediakan. Pelbagai filem dari pelbagai negara disediakan di TV konsol. Malah drama bersiri popular dari Korea turut disediakan. Kalaulah yang datang berbulan madu di situ ialah penggemar tegar drama-drama Korea pastinya kenangan berbulan madu akan menjadi kenangan menonton televisyen bersama. Mujurlah Natasha bukannya seorang penggemar tegar drama korea. Kalau tidak momen bulan madu yang dia idamkan pastinya musnah sama sekali.
“Nak makan kat sini je lah. Malas nak keluar. Boleh?” Natasha menjawab tanpa memandang Iskandar. Dia terlalu khusyuk menonton filem seram itu. Sesekali dia menutup mukanya di dada Iskandar. penakutlah katakan.
“ Boleh sayang. Apa pula tak boleh. Abang lagi suka Tasha ada dalam pelukan abang je sepanjang hari. Cik Puan nak makan apa? Light or heavy? Western? Malay? Thai? Indian Or Japanese? Semua ada… muehehe..” Iskandar berlagak bagai seorang butler. Sedangkan butler yang sepatutnya melayan mereka berdua dibiarkan tanpa kerja sahaja.
Natasha tergelak bila melihat Iskandar sudah berdiri tegak di hadapannya dengan gaya seorang butler. Ada-ada je dia ni. Semua benda dia nak buat. Padahal buat apa dia ambil pakej bilik yang siap ada butler sekali. Macamlah aku tak tahu dia ambil pakej yang paling mahal ni sebab nak ada butlet. Maklumlah anak orang kaya mana biasa ke mana-mana tak ada pembantu. Tapi kali ini dia yang menguruskan semuanya sendiri. Terima kasih abang. Natasha meletakkan jari ibunya dibibir kononnya seperti dia sedang berfikir.
“Hummm..Heavy… Tom Yam bunyi macam sedap je. Makan tom yam jom.” Iskandar dipandang dengan penuh harapan.
Matanya yang berbulu mata lebat dikelip-kelip beberapa kali supaya Iskandar termakan dengan pujukannya. Bukannya apa. Iskandarkan tak tahan makan pedas. Jadi selalunya Iskandar pasti tidak akan bersetuju jika dia mencadangkan untuk makan tom yam kerana dia tidak mahu makan tom yam yang pedas itu.
“Tom Yam? My pleasure ma’am.” Iskandar mengangguk kemudian segera menelefon ke bahagian servise untuk menempah sarapan. Natasha pula masih lagi tergelak-gelak dengan gelagat Iskandar yang belagak sebagai butler itu. Macam-macamlah dia ni.
“Cinta cepat siap. Pakai seluar. Dan bawa baju lebih. Kalau boleh untuk basah.” Iskandar bersuara sebelum masuk ke dalam bilik air. Dia ingin membasahkan muka kerana kepedasan akibat makan tom yam yang pedas sebentar tadi.
Natasha terpinga-pinga mendengar arahan Iskandar. Nak ke mana? Sekarang belum pun pukul sembilan pagi. Awalnya nak keluar. Tak nak tidur dulu sekejap ke? Aku mengantuk ni. Sudahlah malam semalam tidur lambat. Err… malam semalam. Muka Natasha memerah bila teringatkan kejadian semalam. Ciss… kepala ni tak nak bekerjasama pulak. Aku ni dah la malu bila teringat kejadian luar alam semalam. Dia pulak asyik je nak terbayang. Jahat betul!
“Itulah sayang. Kan abang dah kata jangan selalu makan pedas. Kan muka dah merah macam ni.” Suara Iskandar yang baru keluar dari bilik air tiba-tiba mengejutkannya.
Natasha segera menundukkan wajahnya. Rasa malu yang luar biasa mengusai dirinya ketika ini. Kenapalah pula Iskandar keluar dari bilik air waktu yang tak tepat begini. Wajahnya yang semakin memerah cuba disembunyikan. Dia berpura-pura membelek alas meja yang sudah tentunya sangat baik tanpa sebarang cela untuk menutup rasa malu yang kian menggunug. Ya Allah.. wahai kepala.. tolonglah engkau bekerjasama dengan aku. Janganlah buat perangai waktu-waktu macam ni. Jatuhlah standard aku depan dia nanti.
“Tt… Tak adalah… mana ada pedas.” Ya Allah… suara pun tak mahu bekerjasama juga ke? Boleh pulak dia main gagap-gagap. Penjahat!
“Eh kenapa ni sayang?”Iskandar segera meluru mendapatkan Natasha. Sangkanya Natasha sedang merana kepedasan seperti dia.
“Tak.. tak ada apa-apa. Tasha mengantuk.” Ok itu je idea terbaik setakat ni yang kau boleh bagi kan wahai encik kepala. Natasha terus bangkit berlari menuju ke katil dan menarik comforter menyelubungi tubunya sehingga ke kepala.
“Mengantuk? Tapi kan Tasha baru lepas makan mana boleh terus tidur. Lagi pun Tasha kan baru bangun je. Oh yelah semalam tidur laammbaat…” Iskandar sudah tersenyum nakal. Sekarang baru dia faham kenapa Natasha berkelakuan begitu. Baru sekarang dia malu rupanya. Ha ha ha.. comel betul! Dia berjalan perlahan menuju ke arah katil.
“Ok. Tidurlah dia tu. Abang nak keluar pergi pulau lain. Petang nanti abang balik. Mana topi abang ni ye.” Iskandar melaung sedikit cuba untuk menarik perhatian Natasha yang sedang berpura-pura tidur itu.
Nak berlakon tidur konon. Macamlah dia boleh tahan panas dalam comforter tu berlama-lama. Air cond pun tak pasang. Sudahlah tepi pantai. Lagilah panas. Ok… tiga… dua… satu…
“Abang nak pergi mana?” Iskandar tersenyum lebar. Dia sudah tahu sangat dengan perangai Natasha yang tak berbakat berlakon itu. Baru acah sikit dah menggelabah.
“Nak ikut tak?”
“Nak.”
“Kalau nak cepat siap.”
“Five minutes.”
Dia terus berlari menuju ke dalam bilik pakaian. Kelakuannya itu mengundang ketawa besar Iskandar. Lantaklah nak ketawa pun. Yang penting dia dapat ikut. Cuba banyangkan kalaulah Iskandar keluar bersendirian dan tiba-tiba ada gadis-gadis yang bermata gatal menggoda suaminya yang kacak itu. Eishhh… tak sanggup nak bayangkan.
Seluar jeans bewarna hijau lembut berpotongan lurus diambil dan dipandankan dengan t-shirt putih labuh bercorak Great Britian beserta dengan tudung bewarna senada dengan seluarnya. Hari ini dia akan berpakaian seringkas mungkin. Nak ke pulau lain kata Iskandar. Bermakna dia perlu menaiki bot lagi sekali. Dia tak mahu kejadian semalam terjadi lagi gara-gara dia memakai kain hampir saja dia terjatuh ke dalam laut.
Pakaian lebih yang dipesan Iskandar juga turut dimasukkan ke dalam beg. Pakaian Iskandar juga diambilnya dan dimasukkan ke dalam beg yang sama. Lebih mudah. Tak perlu membawa banyak beg. Pelembab muka disapu ke mukanya. Kemudian krim sunblock jenama LancĂ´me disapu ke seluruh wajahnya dan tangannya yang akan terdedah kepada cahaya matahari. Walaupun dia tak gemar mengenakan make up ke wajahnya tetapi penjagaan kulit sangat penting baginya. Tak mahulah dia nanti kulitnya terbakar semata-mata pergi berbulan madu.
Natasha segera mendapatkan Iskandar setelah selesai semuanya. Iskandar yang sedang duduk di balkoni sambil memandang ke arah laut kelihatan santai dengan baju t-shirt berkolar sepasang dengan Natasha dan seluar Bermuda. Cermin mata hitam jenama ray ban elok tersangkut di kolar bajunya. Dia jelas kelihatan selesa begitu.
“Abang dah siap.”
“Wah cepatnya. Belum lima minit pun lagi.” Jam di tangan ditiliknya.
“Biasalah… Isteri siapa? Tepati masa tu mesti kan.”
“Mestilah isteri abang yang cantik, jelita, cun, meletop, gorgeous ni.”
Tangan Natasha ditariknya menyebabkan Natasha jatuh terduduk di atas ribanya. Bila Natasha cuba untuk bangun dia menegah. Dia selesa begitu. Dengan insan tercinta melayari rasa bahagia.
“Kita nak ke mana bang?”
“Kita pergi pulau lain. Ikut pakej Robison Crusoe. Kita berdua je.”
Tudung Natasha yang ditiup angin menyebarkan bau wangi isterinya itu membuatkan Iskandar teruja. Sungguh. Rasa cintanya memang terlalu membuak buat isterinya itu.
“Apa tu?”
“Rahsia. Surprise kan mana boleh bagi tahu.”
“Alaaa.. tak bestlah macam ni.”
Natasha merengek. Kedua tangannya menarik wajah Iskandar mendekati wajahnya sehingga seinci sahaja jarak antara mereka. Sengaja mahu meraih simpati Iskandar. Iskandar mendekatkan wajahnya lagi dan mencium dahi isterinya itu.
“Shhh… jom. Trust me. I guaranty you’ll love it.”
“Tapi tak boleh ke bagi tahu apa bendanya kat Tasha?” Matanya dikerdipkan beberapa kali.
“Nope. Rahsia.”

Subscribe to:
Posts (Atom)