Thursday, August 1
Iskandar al-Amin.
Hye darling2 tengah baca MHML ke? meh nak belanja sikit.. cuba bayangkan muka ganteng delicious ni muka Is.. mesti membaca jd lg seronok.. muehehe... :D
Wednesday, July 31
My Hubby My Lecturer!!! bab 23
“Ha Ha Ha… “ Natasha tergelak kecil. Kemudian dia segera menutup mulutnya. Buku nota di tangannya ditutup dengan cepat.
Iskandar yang sedang bercekak pinggang di belakangnya dipandang sekali lalu kemudian segera keluar dari bilik untuk ketawa lebih kuat. Nak ketawa kuat-kuat karang takut terasa. Kalau tak ketawa rasa nak pengsan pun ada. Apalah kena dengan Iskandar ni? Iskandar mengekori Natasha dari belakang sehingga ke dapur. Buku nota ditangannya diletakkan di meja bar. Lebih baik dia menyibukkan diri menyediakan makanan untuk bersahur daripada terketawa memandang muka Iskandar.
“Apa masalahnya. Kata nak Firman sangat. Abang buatlah macam Firman.” Iskandar menegakkan keadilan bagi dirinya.
Natasha buat-buat seperti tidak mendengar kata-kata Iskandar. Kopi di bancuh dengan bibir yang dikemam untuk menahan ketawa. Tak sanggup rasanya nak menatap wajah Iskandar. patutlah dari pukul tiga pagi tadi dia bangun untuk mengulang kaji Iskandar tutur bangun dan asyik berlalu lalang di belakangnya. rupa-rupanya inilah rancangannya. Lawak sungguh!
“Pusing belakang tu ketawakan abanglah tu. Habis tu Tasha yang nak sangat macam Firman kan? Abang buatlah. Sekarang dia nak gelak-gelakkan orang pulak. Tak adil”
Iskandar menarik keluar suratnya yang diselitkan di dalam buku nota Natasha. bersusah payah dia menulis surat kepada Natasha macam yang Firman buat kepada Iris. Cuma dia selitkan dalam buku nota Natasha kerana Natasha lebih sering menatap buku nota berbanding memantau apa yang ada dibawah bantal. Surat itu dibuka.
Assalamualaikum,
Kehadapan isteri abang Natasha,
Selamat pagi sayang. Abang nak tanya apa khabar.. abang dah tahu dah kesihatan Tasha macam mana. Jadi abang cancel ajelah nak tanya khabar ye.
Malam tadi masa Tasha tidur abang tenung muka Tasha puas-puas. Rambut Tasha yang lembut menyelesakan. Kening Tasha yang cantik terbentuk dan seksi. Mata Tasha yang terpejam dengan bulu mata yang lebat membuatkan abang rasa berdebar. Hidung Tasha yang kecil elok terletak. Bibir Tasha yang menggoda abang dengan rasa wangi dan manisnya(copy ayat Firman). Membuatkan abang terpaku dengan kejelitaan Tasha.
Abang terasa seperti dunia abang yang punya bila Tasha ada dalam pelukan abang (walaupun curi-curi aje). Rasa hangat tubuh Tasha membuatkan segala masalah yang abang hadapi hilang serta merta. Menenangkan fikiran abang. Walaupun Tasha masih lagi tak dapat menerima abang tapi abang nak Tasha tahu yang abang sayangkan isteri abang, Tasha yang gorgeous meletopss ni..
Sebenarnya abang tak tahu nak tulis apa banyak-banyak. Abang pun dah banyak kali refer ayat-ayat dari Firman durjana tu.. eh sorry. Alamak tak jumpa liquid paper pulak. Tak apalah, anggaplah Tasha tak nampak perkataan durjana tu. Sila pejamkan mata anda di bahagian tersebut.
Akhir kata,
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
Yang benar,
Suami awak yang handsome.
Ok apa surat aku ni. bukan senang nak tengok suami zaman sekarang ni rajin macam aku nak melayan perangai isteri yang suka buat blur tak tahu perasaan orang. Aku ni punyalah separuh maut sayang kat dia, cinta kat dia. Dia boleh buat derk je. macamlah aku ni tak pernah confess kat dia. Padahal hampir setiap setengah jam aku confess.
“Is. Makan. Nanti terlepas imsak pulak kita. Saya pergi naik atas mandi dulu ye.” Natasha malas nak menjawab kata-kata Iskandar.
Dia ingat lagi. Perkahwinan ini cuma untuk enam bulan bermakna berbaki lagi dua bulan sahaja. Bukankah Iskandar sendiri yang membuat surat perjanjian itu? Dia takut untuk terus bergantung dan memberikan cinta yang sedang memekar dalam hatinya kepada Iskandar. Bagaimana kalau Iskandar berubah hati? Bagaimana kalau Iskandar sudah tiada nanti? Mampukah dia bertahan? Lebih baik dia terus berlagak seperti sekarang. Sekurang-kurangnya apabila dia sudah tidak bersama Iskandar nanti dia masih dapat berdiri sendiri tanpa hati yang terluka.
Dia tak sanggup membayangkan jika dia telah terlalu bergantung hidup dengan Iskandar dan juga telah menyerahkan sepenuh hatinya kepada Iskandar dan Iskandar meninggalkannya. Dia sudah tak sanggup lagi kehilangan sesiapa dalam hidupnya. Dia sudah cukup sengsara tanpa kedua ibu bapanya. Dia takut jika dia tak mampu berdiri lagi selepas itu.
Iskandar hanya mampu menggeleng melihat Natasha yang masih keras hati tidak mahu menerimanya. Malahan memanggilnya abang pun Natasha tak mahu. Apa lagi yang perlu dia lakukan? Dia buntu. Untuk mencuri hati seorang Natasha bagaikan terpaksa berlawan dengan pelbagai halangan. Tinggi sungguh tembok hati Natasha. Tebal sungguh dinding cinta Natasha. Apa lagi yang perlu dia lakukan? Mee goring di dalam pinggan disuapkan kedalam mulutnya. Kepalanya masih lagi berusaha memikirkan strategi mencuri hati Natasha.
“Hai.. leganya dah habis exam macam ni. Eh! Tasha. Cuti ni kau tak pergi mana-mana dengan Mr. Nasi Kandar ke?” Ara bersuara setelah penat berbaringan di dalam masjid.
Masjid di universiti ini memang sudah biasa menjadi tempat untuk berbaringan sementara menunggu aktiviti yang lain. Paling-paling tidak sesudah selesai bersolat mereka boleh merehatkan diri mereka. Lagipun keadaan masjid yang luas itu sedikitpun tak mengaggangu Jemaah lain yang ingin bersolat. Malahan terdapat beberapa bantal juga disediakan di situ. Mungkin pihak universiti faham bahawa kadang kala mahasiswa di situ ingin merehatkan diri setelah seharian belajar.
“Tak tahu lagi aku. Rasa-rasa macam aku nak pergi bercuti kat tepi pantai je. Tapi aku malaslah nak pergi dengan Mr. Nasi Kandar tu. Kau tahu ajelah aku ni kan kekok sikit dengan dia.” Natasha meluruskan rambutnya dengan jari. Lega dapat melepaskan hijab setelah seharian memakainya.
“Nak kekok apanya? Dia kan laki kau. Apalah kau ni.” Ara geram melihat Natasha yang begitu.
Dia ni tak faham-faham lagi ke yang Mr. Nasi Kandar tu punyalah sayang dekat dia. Dia boleh buat tak tahu aje. Tak cukup lagi ke sir terpaksa berhujan berpanas tunggu dia? Tak cukup lagi ke sir terpaksa bersakit-sakit demi dia. Hari tu pun. Sir luka kat lengan sebab nak ambilkan dia punya pencil box yang terjatuh dalam longkang dia boleh buat tak heran lagi. Dah la sir tu punya handsome. Melampau dia ni!
“Entahlah… aku pun tak tahu kenapa. Yang pastinya aku memang kekok dengan dia. Aku takut nak terima dia dalam hati aku. Kalau dia tiba-tiba tinggalkan aku macam mana?” Natasha memandang Ara dengan tepat. Dia mahukan jawapan yang pasti. Bukan dia tidak merasakan perasaan yang unik kepada Iskandar. Tetapi dia takut untuk mengakuinya.
“Gila kau dia nak tinggalkan kau? Takkanlah kat tak nampak bertapa dia sayangkan kau? Bertapa dia cintakan kau? Cuba kau celik mata sikit Tasha. Pandang hati dia. Jangan fikirkan hati kau je. Fikirkan perasaan dia.” . Suara Ara meninggi. Dia mula geram dengan perangai NatashaKasihan Sir!
“Eh janganlah marah. Ok. Ok. Nanti aku cuba pandang hati dia macam yang kau suruh tu.” Natasha yang seperti biasa takut dibentak segera mengalah. Ara bi bukan boleh buat main-main. Kalau dia marah haru semua benda. Nanti tak pasal-pasal orang tak tahu pasal aku dengan Is jadi semua orang tahu.
“Aku pegang janji kau tu.”
“Eh. Aku tak janjilah… aku hanya boleh cakap Insha Allah.”
“Akan aku tuntut Insha Allah kau tu.”
“Ok. Fine!” Sekarang ni semua sebelahkan Is. aku pun tak pasti si Ara ni kawan aku ke kawan Is.
Lagu instrumental You and Me berbunyi perlahan. Mesej masuk? Natasha menggagau telefon bimbitnya di dalam beg. Dia menilik telefon bimbitnya. Mesej dari Is.
‘Syg dah habis paper kan? Jom blk.’
‘Dah. Jom’ Natasha membalas.
‘Syg kat mana?’
‘Saya kat masjid. Awk kat mana?’
‘Samalah. Baru lps solat asar. Abg tunggu syg kt luar ye.’
‘ok. Tunggu sekejap. Jap lg saya keluar.’
‘ok syg. Mlm ni kita berbuka kat luar nak?’ Mesej masuk lagi
‘ok klau awk belanja.’ Natasha menyengih.
‘hehehe… mstilah. Xkanlah abg nk suruh syg bayar.’
‘muehehe.. manalah tahu.’
‘nakal ni. nak kena gigit ke?’
‘x mau, x mau. Ampun pak ampun’
‘hehe… cepat keluarlah syg. Abg tunggu ni.’
Natasha mengecilkan mata. Seronok juga bergurau-gurau begini dengan Iskandar. senyuman melebar dibibirnya. Ara yang melihat tersengih. Tak suka konon. Bila hubby dia message sengih macam nak koyak bibir. Itu pun panggil tak suka lagi?
‘kalau lambt lg mcm mana?’
‘abg masuk bhg perempuan angkat syg.’
‘hehehe… x maulah. Tuggu saya kat luar tu kejap ye.’
‘ok abg tggu.’
‘kat luar jgn ngorat-ngorat tau.’
'jangan ngorat-ngorat?' Natasha cemburu! Iskandar berdebar. Natasha dah berubah. Dia dah berubah. Alhamdulillah Ya Allah. Dia yang menyandarkan dirinya di keretanya yang diparkir di luar masjid menegakkan tubuhnya. Di rumah Allah ini Natasha telah berubah. Walaupun tidak besar perubahannya. Walaupun Natasha Cuma bergurau sedikit tetapi Iskandar bersyukur. Sekurang-kurangnya Natasha tidaklah hambar seperti selalu.
‘x lah. Diaorg yg ngorat saya mcm mana ni?’
‘malam ni awak tidur luar.’
‘alamak. X naklah. Ok. Ok. Abg pejam mata ye, buat2 tidur. Mesti diaorg x ngorat abg’
‘perasan betul awk ni. mcmlah ramai sgt yg nk ngorat awk.’
Natasha mengemas begnya. Ingin segera keluar menemui Iskandar. manalah tahu betul-betul ada ramai yang menggoda Iskandarnya di luar sana. Ara disalam secepat mungkin dan kakinya melangkah laju keluar dari masjid.
‘tapi memang ramai pun lah.’
Natasha tiba di luar masjid dan terkejut melihat Iskandar dikerumuni sekumpulan pelajar perempuan. Ya Allah. Tak ada satu masa pun ke dia tak dimengorat? Natasha jadi cemburu. Iskandar yang sibuk melayan pelajar-pelajar tersebut dipandang tajam. Suhu kemarahannya meningkat bila Iskandar memandangnya juga Iskandar menyengih. Dia boleh tersengih? Hello! Aku ni isteri dia! Natasha segera menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
‘malam ni awak tidur luar! Saya nak blk sekarang!’
Natasha segera berjalan meninggalkan tapak parkir itu. Tak sanggup dia nak melihat Iskandar bercekerama di situ. Kononnya sayang, cintakan aku. Tapi bila ada perempuan menggatal terus je melayan. Nak sangat melayan perempuan tu. Layanlah!
Iskandar terkedu membaca mesej yang diterimanya dari Natasha. Alamak macam mana ni? Iskandar segera meminta pelajar-pelajar perempuan itu untuk menjauhinya dengan alasan dia ingin pulang. Namun bukan mudah untuk dia terlepas. Pelbagai jenis hadiah terpaksa dia terima dan pelbagai jenis kad raya yang terpaksa dia pegang. Tak kurang juga yang sibuk ingin menangkap gambar dengannya.
Sesudah selesai semuanya dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta kerana Natasha yang telah hilang dari pandangan. Dia perlu segera memujuk Natasha. Bukan senang Natasha nak berubah. Janganlah suasana gembira yang dirasainya tadi rosak.
Iskandar memperlahankan kereta bila ternampak kelibat Natasha. dia terus berhenti di tepi. Lengang betul kampus ni. Ramai pelajar yang sudah pulang ke kampung memandangkan peperiksaan akhir sudah tamat dan cuti semester sudah bermula. Iskandar terus mengejar Natasha. Aduh cinta. Tak mahulah merajuk.
“Sayang abang minta maaf. Mereka cuma nak ucapkan selamat hari raya pada abang je. jom kita naik kereta.” Iskandar memegang tangan Natasha untuk menghalang Natasha dari terus berjalan.
Natasha terus memandang ke depan. Tak mahu memandang wajah Iskandar. merajuklah katakan. Mana boleh pandang muka dia. Nanti kalau cair macam mana?
“Cinta. Sorry sayang. Jom kita naik kereta. Nanti tak sempat berbuka nanti.” Iskandar memujuk lagi.
Apa caranya ye? Aduhai. Aku ni dah la lemah bab pujuk memujuk ni. Iskandar memandang ke sekeliling. Ok. Ada padang yang luas di kiri kanan. Jalan raya yang lengang. Kereta pun hanya kereta dia yang ada. Makhluk yang bernyawa yang bernama manusia pun hanya dia dan Natasha. Iskandar tersengih. Idea! Dia menundukkan badanya supaya tingginya sama dengan Natasha dan bibir Natasha dikucup sekali dengan laju.
“Hey! Apa ni! Kalau ada orang nampak macam mana?” Natasha menekup bibirnya. Mukanya memerah. Iskandar ni memang lepas laku orangnya!
“Kalau ada orang tengok abang cakaplah sayang isteri abang. Jadi jangan nak ngorat-ngorat abang lagi. Abang sayang isteri abang sorang ni aje.” Iskandar menjawab. Sengaja nak menggoda Natasha.
Natasha tersenyum sedikit. Dia malu dan dia bangga bila Iskandar berkata begitu. Sekurang-kurangnya dia tahu Iskandar berusaha untuknya.
“Jom naik kereta sayang. Nanti orang nampak kita kat sini. Tangan Natasha digenggam dan menarik Natasha masuk ke dalam kereta. Dan Natasha masuk ke dalam kereta tanpa membantah. Yes! Natasha dah berubah! Iskandar terasa seperti ingin menjerit kegembiraan ketika itu. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu ini. Walaupun perubahan Natasha hanya sedikit namun aku benar-benar bersyukur. Alhamdulillah.

Monday, July 29
To My Super Darl..
Darling2 yang jelita, anggun, gorgeous, my heart throb... terima kasih sbb sudi membaca.. maaf saya buat anda tertunggu2..semalam seharian saya melayan bonda mengecat rumah.. dia nak cat sebelah hijau sebelah oren lah.. dalam bilik warna lain lah.. sampai lantai pun dia beli cat putih khas untuk cat lantai.. saya rasa nak pengsan.. maklumlah.. anak lelaki bondalah katakan saya ni..muehehe. mujur ada kanda saya yg tolong.. kalau tidak mati katak saya melayan bonda punya kehendak.. dan sepatutnya saya update chap 23 malam td.. tapi saya tertidur kepenatan dan hari ni ada presentation besar yg menyebabkan saya dapat A atau tidak.. dan Alhamdulillah... atas izin Allah saya dapat score 94/100.. rasanya nak berlari keliling KL sambil kibar bendera Malaysia.. leganya rasa.. dan esok pun saya ada lagi satu presentation.. jadi mungkin malam ni pun saya x dpt nk update lg..
Sebenarnya ramai yg tanya saya.. kenapa lambat2 update or update sikit2.. kenapa x update banyak2 sekali gus.. mai saya habaq satu rahsia.. sebenarnya saya x ada simpanan chap lain.. saya mengarang dan sampai ke titik terakhir saya terus post.. setiap kali saya habis karang satu bab saya terus update.. saya memang buat satu bab ke satu bab x ada simpanan masa akan datang.. muehehe.. saya x ada pun lg full story of this novel.. jadi saya memang x dapat nk update banyak2..darling2 semua memang baca sesuatu yang fresh dari kepala saya.. habis curah idea terus saya update.. :)
akhir sekali.. terima kasih kerana telah menjadikan novel ni ada seramai 40k pembaca dalam masa x sampai 2 bulan.. saya sebak terharu x sangka ada ramai yg sudi membaca... dan terima kasih juga kepada darling2 yang sudi mempromote novel saya.. jasa anda sangat saya hargai.. dan kepada yang tanya saya x ada ke publisher yang tawarkan nak bukukan novel ni memang x ada syg.. mereka nak tawarkan macam mana? cerita ni masih jauh nak habis.. Insha Allah sepanjang cuti sem nanti saya akan cuba habiskan.. after all.. terima kasih kerana sudi membaca...
p/s: bab 23 x tulis pun lg.. muehehe... gwiyomi.. ^_^ v

Sunday, July 28
My Hubby My Lecturer!!! bab 22
Kereta dipakir di tempat letak kereta.
Iskandar memandang ke sekeliling. Ok. Tak ada orang. Line clear. Canteek.. Nasib
baiklah di universiti ini tempat letak kereta pensyarah terlindung dari
pandangan orang luar dan cermin kereta Iskandar juga bertinted hitam gelap. Dapat
melindungi siapa di dalam kereta dari pandangan orang luar. Kalau tidak pasti
hal dia dan Natasha akan terbongkar dengan mudah.
Bukannya dia malu untuk memberitahu umum
tentang perkahwinannya dengan Natasha tetapi dia takut jika itu akan mengganggu
pelajaran Natasha. Kalau dulu mungkin dia akan malu. Tetapi sekarang dia berbangga
memiliki Natasha. Gadis tercantik dan terbaik buatnya. Tiada yang lain hanya
Natasha.
“Alhamdulillah dah sampai. Seramlah saya
nak ambil exam ni. Tak tahu nak baca doa yang mana satu. Risaunya saya…..”
Natasha merengek tak keruan.
Semua benda rasanya tak kena pagi ni. Rasa
takut untuk menghadapi peperiksaan menghatuinya. Bukannya dia tak biasa
menghadapi peperiksaan tetapi inilah kali pertama dia menghadapinya tanpa kedua
ibu bapanya. Sebelum ini mereka yang akan menemaninya sebelum masuk ke dewan
peperiksaan. Jadi kali ini dia berasa tidak ada keyakinan seperti biasa. Perasaan
gementar mengusai dirinya.
Perutnya yang rasa bergolak diusap
perlahan. Sabarlah perut. Jangan buat hal. Nak gementar pun janganlah sampai
kau sakit bersama. Aku takut ni.
“Yang.” Iskandar memontong percakapan
Natasha.
“Yang mana?’ Natasha masih lagi menunduk
menatap notanya. Tak sanggup rasanya membuang sesaat pun untuk memandang wajah
Iskandar. Biarkan dia.
“Yang.” Sekali lagi Iskandar bersuara.
“Yang mana satu?” Natsaha menjawab geram
pula dia bila Iskandar bersuara satu persatu begitu.
“Apa yang mana satunya?”
“Iyalah doa yang mana satu?”
“Apa kena mengena dengan doa pulak ni?” berkerut
dahi Iskandar. Apa pulak kena mengena dengan doa ni? Rasanya tadi tak ada sepatah
pun aku sebut tentang doa.
“Tadi kan saya tanya nak baca doa yang mana
satu. So yang mana?”
“Laaa… Ya Allah… Natasha. Yang tu stand for
sayang lah. Saya panggil awak sebenarnya.” Dagu Natasha diangkat memandangnya. Itulah
orang cakap dengan dia dia sibuk menatap buku. Kan dah tak faham apa orang
cakap.
“Oh… Ok.. key…” Natasha menjawab
kepelikkan. Dah kenapa dia ni? Seribu kerutan muncul di dahinya. Haii la Natasha
selalu sangat kerutkan dahi macam ni habislah berkedut muka sebelum tua.
“Meh sini saya bagi support.”
“Ini untuk ketenangan” Iskandar menarik
Natasha dalam pelukannya dan mengusap perlahan belakang Natasha.
“Ini untuk keberanian” Iskandar mencium
kudus ubun-ubun Natasha.
“Ini untuk mata yang telus” Mata Natasha
dikucup keduanya.
“Ini untuk rasa nafas yang lapang.” Pucuk hidung
Natasha dikucup lembut.
“Ini untuk rasa cinta.”
Dahi
Natasha dikucup. Lama. Matanya dipejamkan rapat. Rasa kasih, cinta dan sayang kepada Natasha tertumpah semuanya.
Dahi
Natasha dikucup. Lama. Matanya dipejamkan rapat. Rasa kasih, cinta dan sayang kepada Natasha tertumpah semuanya.
Biarkan semua rasa itu menjadi satu. Biarkan
Natasha tahu akan perasaannya. Rama-rama yang dulunya gugur kini berterbangan
semula. Matahari yang dulunya suram bersinar terang menerangi dua insan yang
bertaut hati dan perasaan. Sama-sama meraikan rasa cinta yang Iskandar curahkan
buat Isterinya. Menyebarkan rasa suci buat isterinya. Iskandar melepaskan Natasha
perlahan-lahan. Wajah terkejut isterinya itu dipandang. Iskandar tertawa kecil.
Comel sungguh!
Mendengarkan Iskandar ketawa Natasha
seperti tersedar dari khayalan. Mukanya merah padam menahan malu. Ya Allah. Kenapalah
aku tak melawan? Mesti dia ingat aku syok dekat dia. Natasha segera mengemas
semua bukunya dan bersedia untuk keluar dari kereta. Ah! Kalut! Dan dia terus
berlari memasuki dewan kuliah. Iskandar yang sedang ketawa langsung tidak
dipandangnya.
Iskandar hanya menggelengkan kepalanya
melihat kelakuan Natasha itu. Ya Allah. Comelnya dia! Tengok tu. Sampai pintu
kereta pun dia tak tutup. Malu sangatlah tu. Iskandar tertawa lagi. Kelakar sungguh!
Telefon bimbit Natasha bergetar. Sengaja dia
letak di dalam mode silent. Takut juga jika telefon bimbitnya berbunyi ketika
peperiksaan tadi. Mesej dari Iskandar rupanya. Bibirnya tersenyum lebar. Ara
yang berdiri di sebelahnya mengangkat-angkat kening beberapa kali. Dia mengacah
untuk mengintai skirn telefon bimbit Natasha. Natasha segera menutup skrin
telefonnya itu. Tak boleh buat main Ara ni. nanti dia betul-betul intai. Naya.
‘Syg. Dah keluar dewan? Saya tunggu kt
bilik ni :D’
Amboi bersayang-sayang dia. Suka suki dia
aje. Huh!
‘Dah. 10mins would be there.’
‘K. dun b so long. Nanti x sempat berbuka’
‘k boss.’
Natasha meletakkan semula telefon bimbitnya
di dalam beg. Dia tersenyum lagi. Kenangan luar alam pagi tadi terlayar lagi di
matanya. Berkesan betullah cara iskandar tu. Hilang semua rasa gemuruhnya pagi
tadi. Segala pelajaran yang dipelajarinya juga dapat diaplikasikan dengan mudah
di dalam peperiksaan. Natasha termalu sendiri.
“Apasal? Cik abang dah panggil?” Ara
menyoal perlahan. Natasha yang termalu-malu kera disiku sedikit. Malu konon. Heh.
Dah kahwin dekat empat bulan pun nak segan-segan lagi.
“Humm… dia tunggu kat bilik.” Natasha
mengangguk sedikit. Suaranya perlahan sahaja. Takut juga jika ada yang
terdengar. Namun bila dinamakan Ara memanglah tak boleh simpan suara sehingga Haikal
si telinga lintah aka Mat jambu telah terdengar perbualan mereka itu. Natasha
dipandang dengan wajah keruh. Mana mungkin dia melupakan gadis yang dicintainya
separuh mati itu. Tak mungkin. Walaupun telah dia cuba sedaya upaya namun dia
tak mampu.
Natasha yang kelihatan serba salah
dihadiahkan dengan segaris senyuman sebelum dia berlalu meninggalkan Natasha
dengan perasaan kecewa. Lorong pejalan kaki yang sunyi tanpa pelajar selain
mereka itu lain dilalui dengan perasaan hampa. Mengapakah satu-satunya impian yang
ingin dimiliki selama ini pun dia tak dapat miliki? Tidak pernah dia
mengimpikan sesuatu sebelum ini. Natasha lah satu-satunya impian yang dia
miliki. Namun itu pun tak dapat dia miliki. Hatinya terluka dengan hebat.
Natasha cuba mengejar Haikal yang laju
meniggalkannya. Dia tak sampai hati melihat Haikal begitu. Apa pun yang terjadi
Haikal tetap sahabatnya. Tetapi niatnya itu terbantut apabila bahunya dipegang
dari belakang. Natasha berpaling melihat siapakah yang memegang bahunya itu. Wajah
tegang Iskandar mengisi ruang matanya.Natasha menelan air liur. Ara yang juga
berwajah terkejut dipandang. Ara segera mengangkat bahu dan meninggalkan mereka
berdua. Takut nak masuk campur.
“Balik sekarang.” Keras suara Iskandar. Kemudian
dia terus berjalan lurus ke kereta meninggalkan Natasha yang sedang kecut
perut. Natasha segera mengekorinya dari belakang.
Iskandar masuk ke dalam kereta tanpa
menunggu Natasha. Apabila melihat Natasha masih lagi tercegat di luar kereta
dia membuka cermin. Mengintai Natasha dari dalam.
“Tak nak masuk ke? Pintu ni bukannya automatic
buka sendiri. So masuk sekarang.”
Ah keras
lagi suaranya. Natasha jadi tak keruan. Takutnya. Pintu segera dibuka dan
memboloskan diri ke dalam kereta. Tak sanggup nak di marah di tempat awam.
Iskandar terus memecut sebaik sahaja Natasha memakai tali keledar.
Iskandar memandu laju. Semua kereta
dipotongnya. Natasha menarik nafas dalam-dalam. Mati juga aku ni karang. Berbuka
puasa pun belum lagi aku ni. Iskandar yang bermuka tegang dipandang sekilas kemudian
memandang ke depan semula. Bibirnya diketap ketakutan. Tasbih yang bergantungan
di cermin pandang belakang sudah kelihatan hampir terputus saja gayanya akibat
daripada goyangan yang kuat dari kereta yang memecut laju.
“Is. Janganlah laju sangat saya takut.”
“Abang! Call me abang! I’m your husband
Natasha. Your husband!” kasar suara Iskandar.
Hatinya
marah benar melihat Natasha yang cuba mengejar Haikal tadi. Mujur hatinya
terlintas untuk mencari Natasha, kalau tidak pasti dia tidak dapat melihat
drama itu. Geramnya dia dengan Natasha bukankah dia sudah memberi amaran? Jangan
ada Haikal lagi. Jadi mengapa mesti mahu mengejar Haikal yang kecewa? Untuk apa?
Untuk menyambung semula hubungan mereka? Untuk bercinta semula? Untuk bersama semula?
Argghh! Tak cukupkah dia meluahkan rasa cintanya kepada Natasha? tak cukup
lagikah dia merendahkan martabatnya meluahkan perasaan kepada Natasha.
“I’ve told you. No more Haikal. Is that so
difficult for you to do? I’m your husband Natasha. Bear it in your mind!”
sekali lagi Iskandar bersuara kasar.
Natasha tersentak bila Iskandar menengking
begitu. Dia takut. Dia tak biasa dengan suasana begitu. Papanya dahulu tak
pernah meninggikan suara. Iskandar juga, inilah kali pertama dia menengking
begitu. Natasha mula menitiskan air mata. Dia bencikan suasana begitu. Dengan
kereta yang dipandu degan laju sekali dan Iskandar yang mengamuk sakan. Dia takut.
“Ab.. abang.. Tasha takut.”
Suara Natasha yang serak dengan tangisan
dan tersekat-sekat menarik perhatian Iskandar. Hilang semua perasaan marahnya
tadi. Timbul rasa kasihan terhadap isterinya. Iskandar segera memberhentikan
kereta di bahu jalan. Perasaan bersalah mula menguasai dirinya.
Wajah Natasha yang menangis teresak-esak
dalam ketakutan itu dipandang lama. Ya Allah apa yang aku dah buat ni? Sampai
hati aku takutkan isteri aku sampai macam ni sekali. Berdosanya aku Ya Allah. Natasha
diraih ke dalam pelukan. Natasha semakin teresak-esak dalam pelukan Iskandar. Nampak
sangat dia takut.
“Maafkan abang sayang. Maafkan abang. Ssshh..
maafkan abang. Jangan menangis macam ni sayang. Maafkan abang.”
Mendengar kata-kata Iskandar itu Natasha
semakin teresak kuat. Dia juga turut memeluk Iskandar. dia cuba membuang semua
rasa takutnya. Iya. Dia rasa damai dalam pelukan Iskandar. Damai dalam pelukan
seorang suami.
“Tasha tak ada apa-apa dengan Haikal. Tak ada.
Sumpah.” Natasha cuba menjelaskan hal sebenar kepada Iskandar. Iskandar segera
mengangguk.
“Abang tahu sayang. Abang minta maaf sebab
cemburu buta. Abang minta maaf. Abang yang salah. Tasha tak salah. Maafkan abang.”
Pelukannnya semakin dieratkan.
Natasha tersenyum lega dalam tangisan. Lega
kerana Iskandar memahaminya. Dan lega kerana kemarahan Iskandar sudah surut. Dia
sukakan Iskandar yang begini. Bukan yang panas baran bukan yang suka membentak.
Lega perasaan takutnya tadi. Hilang semuanya. Pelukan Iskandar dibalas ikhlas.
Thursday, July 25
My Hubby My Lecturer!! bab 19
“Then, I shouldn’t tell you who is he.”
“You must tell me Natasha!”
“But why should I? Firman got nothing to do
with you.”
“Because I love you”
“Because
I love you. I love you Natasha. I love you
”
Natasha memandang ke langit. Senyuman terukir
di bibirnya. Kejadian beberapa hari lalu terbayang kembali di mindanya. Masih lagi
terasa hangatnya pelukan Iskandar. Masih lagi terasa hangatnya desah nafas
Iskandar di lehernya. Masih lagi terngiang-ngiang suara Iskandar di telinganya.
Betul ke dia cintakan aku? Ke hanya sebab dia cemburukan Firman dia cakap macam
tu?
“Assalamualaikum.” Tegur Iskandar.
Natasha yang sedang bergoyang kaki di tepi
kolam sambil memandang ke arah bulan dengan wajah yang disinari cahaya bulan
dipandang dari sisi. Ya Allah. Cantiknya ciptaanMu. Dia duduk di sebelah
Natasha. Turut merendam kakinya di dalam kolam. Ah… sejuknya.
“Wa’alaikummusallam.” Natasha berpaling
memandang Iskandar yang sudah berada di sisinya. Salam wajib dijawab.
“Buat apa kat sini? Sejuklah kat luar ni.”
Iskandar menaggalkan kardigan yang dipakainya dan diletakkan ke tubuh Natasha.
Wah gentlemannya aku. Dia tersengih
lebar dalam hati. Sekarang kan dah sampai waktunya mempraktikkan semua
kemahirannya dalam memikat seperti dia memikat Intan dahulu. Natasha hanya
tersenyum sedikit kepadanya. Kemudian mendongak memandang bulan semula.
“Tak eloklah duduk kat luar sejuk-sejuk
macam ni. Jom masuk dalam.” Sekali lagi Iskandar bersuara. Lah tak nak bercakap
pulak dia. Tak apo! Den tak akan putus aso!
“Tak apalah. Kalau awak nak masuk awak
masuklah. Saya suka duduk kat sini. Saya
rasa tenang. Dulu… masa papa dengan mama
masih ada, saya selalu duduk dekat sini.
Kami berbual tentang banyak perkara. Saya… rindukan mama dengan papa malam ni.
Dah genap tiga bulan mereka pergi.” Natasha bersuara perlahan akhirnya.
Iskandar yang baru mahu menyambung ayatnya terdiam tanpa kata.
Kepala
Natasha yang tadi mendongak memandang bulan ditundukkan memandang kakinya yang
berada di dalam kolam. Kenangan bersama mereka berdua terlayar kembali di
fikirannya. Di sinilah dimana dia sering menghabiskan masa bersama mereka.
Menceritakan segala masalahnya suka duka kepada mereka. Menikmati angin malam
yang lembut bersama. Bergurau senda bersama. Menangis duka bersama. Menghayati
keindahan alam bersama. Dahulu, setiap kali bulan mengambang mereka akan duduk di
tepi kolam itu bersama-sama menghayati keindahan bulan.
Tapi itu semua dulu. Kini semuanya hanya
tinggal kenangan sahaja. Natasha meletakkan tangannya di dada menahan rasa hati
yang terlalu sendu. Wahai sang hati. Janganlah kau menangis. Kau dah berjanji
tak akan menangis lagi. Masa berlalu lama tanpa suara dari keduanya. Keadaan
sunyi sepi hanya dihiasi dengan bunyi kocakan air yang ditiup angin.
Iskandar serba salah apabila melihat
Natasha yang kelihatan sendu itu. Ya Allah. Kenapalah aku bangkitkan soal ni?
kan dia dah sedih macam tu. Idea! Idea! Muncullah kau! Macam mana aku nak
hiburkan hati dia ni.
“Firman tu lelaki jenis macam mana? Apa
yang membuatkan dia special sangat?” Idea yang terbaik setakat ni.
“Firman? Tak tercapai dengan kata-kata
tentang dia.” Natasha menjawab setelah lama berfikir. Dia tersenyum simpul. Jatuh
cinta dengan watak novel? Memang aku ni dah gila. Dia memandang semula ke arah bulan.
Berharap dia menjadi Iris heroin novel tersebut. Muehehe..
Iskandar mengetap bibir memandang Natasha
yang sedang tersenyum simpul sambil memandang bulan. Baik sangatkah Firman tu?
Watak novel aje pun. Entah apa yang hebat sangat tu. Hello! Daniel Henney kacak meletopss kat sebelah ni dah tak cukup
kacak ke? Padahal punyalah ramai perempuan admire aku dia boleh pulak suka
dekat si Firman novel tu.
“Cuba awak cerita sikit.” Pujuk Iskandar. Dia
benar-benar ingin tahu. Bagaimanakah Firman yang Natasha angaukan itu.
Natasha memandang Iskandar dengan senyuman.
Hehehe cemburu lah tu. Ingat aku tak tahu ke dia tu macam mana. Dengan watak
novel pun nak cemburu ke? Pelik pak cik ni.
“Firman? Firman ni lelaki yang
sangat-sangat sempurna. Dari segi agama dia bukanlah hafiz. Tapi dia mengerti
al-Quran. Dia tahu hampir semua hukum hakam. Sampai ada orang yang jauh lebih
tua minta nasihat perkahwinan daripada dia sedangkan dia baru je kahwin. Pandangan dia selalunya akan buatkan orang
kagum dengan dia. Dia suka diam diam tu bahasa dia. Bahasa dia tinggi. Setiap ayat
dia selalunya tersirat dan tak menyakitkan. Terlalu menyanjungi wanita. Ilmu peneman
hidup dia. Tapi dia suka memerli. Mengenakan. Tapi hanya pada Iris isteri dia
je. Gagah perkasa bila pertahankan Iris.
Kacak. Tinggi lampai. Tubuh badan yang mengancam. Yang penting yang paling saya
suka ialah mata dia yang indah…” sama macam mata awak. Sambung Natasha dalam
hati.
“Err…. Awak. Final exam awak bila.” Iskandar menukar topic. Hatinya panas
mendengar Natasha terus menerus memuji Firman yang tak wujud itu. Ok Fine! Esok
pagi-pagi buta aku akan pergi cari novel si Firman tu. CIS!!
Natasha menoleh memandang Iskandar.
Keningnya berkerut. Final exam? Bila ye? Next week ke lagi dua minggu? Hari ni
25 haribulan. Exam start 31 haribulan.
Ya Allah! Dah dekat sangat! Tak sampai seminggu lagi pun! Aku tak study apa pun
lagi. Mati aku!
“Lagi lima hari.. Is. Matilah saya Is. Saya
tak study apa pun lagi. Macam mana ni?” Natasha sudah kalut semacam. Kakinya
yang berada di dalam kolam diangkat keluar. Dia duduk mengadap Iskandar dan
menggoyang-goyangkan tangan Iskandar.
“Lagi lima hari?? Sempat ke awak nak study
untuk tujuh paper?” Pling!! Muncul satu idea baru dalam mindanya. Muehehe..
“Tak tahu. Awak tolonglah saya.” Natasha
merengek. Kelopak matanya yang berbulu mata lebat dikelip-kelipkan beberapa
kali. Harapannya Iskandar akan kasihankan dia dan akan memberikan tips istimewa
kepadanya. Dia kan Isteri Iskandar. Takkanlah Iskandar nak berkira sangat kan?
“Humm… apa yang saya boleh tolong ialah
saya akan bagi tuisyen istimewa untuk awak. Latih tubi tahap Cambridge. Nak?”
Tawar Iskandar. Keningnya diangkat beberapa kali.
Tuisyen? Peribadi punya. Dengan lecturer
dari Cambridge pulak tu. Humm… ok jugak tu. at least kalau dia tak bagi tips
exam pun mesti dia akan tekankan soalan yang akan masuk kat dalam exam.
Sekurang-kurangnya tak adalah tak berkat sangat aku study sebab orang lain
susah payah study aka pulak senang lenang dapat soalan bocor dari lecturer aka
si suami.
“Nak! Nak!”
“Ok. But with one condition.” Iskandar
tersengih menyenget.
Natasha memandang dengan pelik. Amboi nak tolong isteri sendiri pun nak pakai
syarat-syarat bagai? Melampau. Tak boleh ke ikhlaskan sikit hati tu? Hari tu
masa mummy ada kat sini punyalah baik hatinya. Semua benda sanggup buat. Suruh
siang ikan pun sanggup. Ini nak minta tolong sikit pun nak kena pakai syarat.
Betul-betul mengambil kesempatan ke atas orang yang sedang darurat.
“Eish.. Apa syaratnya? “ Terpaksa juga.
Kalau tak memang nanti jawabnya semester ni pointernya jatuh dengan teruk.
Inilah akibatnya selalu menangguh untuk belajar. Sekarang dia juga yang kelam
kabut. Nak tak nak dia kena juga terima syarat Iskandar itu.
“Syaratnya ialah… betul ni awak nak terima
syarat saya? “ sengaja Iskandar bermain tarik tali. Sengaja dia ingin membawa
Natasha kepada penyelesaian terkahir. Iaitu bersetuju.
“Iye. Saya janji saya akan ikut semua.
Cepatlah!” Natasha geram. Tangan Iskandar yang berada di dalam genggamannya
tadi dilepaskan kuat.
“Syarat pertamanya ialah, mulai detik dan saat
ini kita akan tidur sebilik dan sekatil.” Iskandar selamba mengemukakan syarat.
Natasha ternganga mendengarnya. Meroyan ke
dia ni? Nak tidur sebilik dengan dia? Memang tak nak lah aku. Karang daripada tak
ada apa-apa jadi ada. Dah la perangai asyik nak mengenakan aku je. tak nak lah!
“Sebilik? Alasannya?”
“Alasan utamanya ialah, lusa kita akan mula
berpuasa dan awak selalu ada masalah nak bangun tidur. Lagi-lagi pulak untuk
bangun bersahur awal pagi. Jadi saya yang terpaksa kejut awak setiap pagi. Dan saya
memang tak kuasa nak ketuk pintu bilik awak setiap pagi. Jadi sebagai penyelesaiannya
kita akan tidur sebilik supaya bila awak degil-degil susah nak bangun saya
tolak je awak ke bawah katil”
Muehehe… Alasan paling hebat dalam abad
ini. Mesti dia tak akan fikir bukan-bukan pasal aku. Tak nak lah aku tidur
sorang-sorang lagi dah seminggu aku tidur menghadap muka dia. Mesti susah aku nak
tidur tak tengok muka dia. Tak apa Is. Kita nak ambil hati orang ni kena
slow-slow. Macam menarik rambut dalam tepung. Tepung jangan berselerak. Rambut jangan
putus. Firman ke Haikal ke. Dia isteri aku dia kena cintakan aku sorang aje.
“Tapi…”
“No tapi-tapi. Like it or lump it.”
“FINE! Saya ikut! Tapi kalau saya fail exam
kali ni disebabkan awak. Siap awak.” Jari telunjuknya di angkat tinggi ke muka
Iskandar. Biar nampak macam garang sikit walaupun sekelumit pun Iskandar tak
kisah. Iskandar mengangkat kedua belah tangannya seperti menyerah kalah.
“No sweat dear. Mr. Hubby kan ajar awak
dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta. Mesti awak four flat this sem.”
Iskandar tersenyum lebar. Matanya yang indah
memberikan pandangan menggetar jiwa kepada Natasha. Nak menggoda Natasha dengan
matanya yang indah itulah kononnya. Natasha buat tak layan dan terus bangun
masuk ke dalam rumah. Tak kuasa nak layan!
Tuesday, July 23
My Hubby My Lecturer!!! bab 18
Berjalan beriringan di taman yang dipenuhi
bunga rose begini memang mendamaikan perasaan. Iskandar memandang wajah
kesayangan hatinya yang turut memandang ke dalam mata indahnya. Bertapa dia
berasa berbangga memiliki gadis ini. Terasa seperti mahu menjerit kepada
seluruh dunia bahawa dialah lelaki paling bertuah kerana memiliki gadis itu.
“Sayang. Awak gembira tak bersama saya?” gadis
itu menyoal buah hatinya itu..
“Saya sentiasa gembira bila bersama awak.
Setiap saat. Tak pernah terlepas sesaat pun yang saya tak bahagia. Saya berdoa
kita akan dijodohkan sampai ke syurga.” Iskandar memberikan senyuman yang
menawan. Perasaannya sungguh yakin ketika ini. Inilah gadis yang paling dia
cintai di dunia.
“Saya pun sama. Setiap saat setiap masa.
Is. Kalau saya tanya awak sesuatu boleh tak?”
“Boleh sayang tanyalah sebanyak mana yang
awak nak tanya.” Iskandar menghadiahkan senyuman paling manis kepada si pencuri
hati.
“Kalaulah saya pergi dulu sebelum awak, awak
akan cari pengganti saya tak?” Mata Indah Iskandar yang mampu membuai perasaan
sesiapa sahaja yang memandangnya direnung dalam. Dia mahu cahaya dari mata yang indah itu akan terus bersemadi di
dalam ingatannya. Sambil itu dia mencari kebenaran di dalam setiap kata-kata
Iskandar. Adakah Iskandar cuma bermanis mulut atau memang benar dia mencintai?
“Hey! Apa cakap pasal mati-mati ni. Tak
maulah!”
“Sayang mengingati mati tu wajib. So saya cuma
nak dengar jawapan awak je. Itu je. Jawablah sayang”
“Hummm… Saya.. tak akan. Tak akan sesekali.
Malah untuk jatuh cinta dengan orang lain pun saya tak mahu. Saya cuma mahukan
awak saja. Saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak. Cinta saya hanya untuk
awak selamanya.” Iskandar bersungguh-sungguh menegakkan kenyataannya. Sungguh!
Dia memang cintakan gadis ini sepenuh hatinya. Tak ada dua tak ada tiga hanya
satu sahaja.
“Jangan! Jangan Is. Saya tak mahu awak
hidup sendirian bila saya dah tak ada nanti. Saya nak awak hidup gembira dengan
cinta seorang wanita. Kalau saya pergi dulu sebelum awak. Awak kena janji
dengan saya awak akan berkahwin dan bahagia. Awak kena cintakan dia lebih dari
awak cintakan saya. Awak janji.”
“Tapi sayang” Iskandar cuba berdalih.
Dia duduk di kerusi yang tersedia di taman itu. Sekuntum bunga
rose yang berkembang mekar di sebelah kerusi itu ditarik merapatinya dengan
perlahan kerana takut tercabut dari batangnya dan dihidu. Wangi! Indah sungguh ciptaan Allah. Bunga
yang beduri begitu pun berbau harum. Di bumi UK ini memang mudah untuk bunga-bunga
indah sebegitu hidup dengan sihat. Tanahnya subur dan iklimnya sejuk memberikan
kesuburan kepada bunga-bunga tersebut.
“Tolonglah janji Is. Saya tak akan tenteram
kalau tengok awak tak gembira. Awak kena sentiasa hidup bahagia. Kebahagiaan
awak bahagia bagi saya. Tak kisahlah siapa pun perempuan tu. Saya nak awak
hidup dengan rasa cinta kerana Allah. Janji ye sayang. Kalau awak tak janji
saya anggap awak tak sayang saya.” gadis berselendang ungu yang masih berdiri
itu dipandang dengan perasaan serba salah. Kalau dia tidak berjanji dia
dikatakan tidak sayang. Tapi kerana dia sayanglah dia tak mahu berjanji. Apa
punya jenis permintaanlah ni?
“Tapi saya tak boleh. Saya tak mahu ada
perempuan lain dalam hidup saya. Saya cuma mahukan awak. Awak seorang saja
bukan orang lain” Iskandar bertegas.
“Saya tahu. Tapi kalau saya dah tak ada kat
dunia ni awak tak boleh bersendirian saja. Saya nak awak hidup bahagia macam lelaki-lelaki
lain yang berumah tangga kat luar sana tu. Jadi tolonglah janji dengan saya
awak akan terima cinta dan mencintai perempuan lain kalau saya tak ada nanti.”
“Kalau saya yang pergi dulu macam mana?”
Iskandar cuba berdalih. Orang perempuan senang aje. Pakai strategi reverse
psychology terus kalah.
“Kalau awak? Is. kita tengah membicarakan
dua perkara berbeza. Awak janganlah nak berdalih topik. Janjilah sayang.” Suara
si gadis penuh merayu matanya berkaca. Masih tak mahu mengalah.
“Ok. Ok I promise.”
“Thank you sayang! Saya tahu awak sayang
saya. Awak kena tepati janji tau.” Gadis itu tersenyum semula. Dia segera duduk
di sebelah Iskandar sambil memberikan senyuman paling indah kepada pemilik
hatinya itu.
“Intan. Intan. Saya janji. Saya janji.”
Natasha terjaga apabila terdengar suara
Iskandar meracau-racau di dalam tidurnya. Dia mengeliat sedikit di atas katil.
Semalam setelah terkena penyakit confession melampau Iskandar telah berlaku
baik dengan menyuruh dia tidur di atas katil dan Iskandar tidur di atas lantai
di sebelah katil. Dalam mood rama-ramalah katakan. Mestilah Iskandar baik
semacam. Natasha pula apabila dipelawa begitu bagaikan pucuk dicita ulam
mendatang lah. Sudah hampir seminggu dia menahan sakit pinggang tidur di
lantai. Nak tidur di sofa dia takut kerana terlalu jauh dari Iskandar. Kalau
dah penakut tu penakut juga.
Iskandar yang tidur di atas lantai
dijenguknya. Rasanya tadi dia ada terdengar Iskandar meracau. Apa yang
diracaunya? Natasha menumpukan perhatiannya ke wajah Iskandar kerana suasana
sekeliling begitu kelam sekali hanya diterangi oleh cahaya dari lampu jalan di
luar sahaja. Mulut Iskandar yang terkumat-kamit diperhatikan. Dia menganalisis
apakah yang digumam Iskandar itu.
“Intan. Saya minta maaf. Saya rindu.”
Sekali suara Iskandar jelas kedengaran. Natasha mengetap bibirnya.
Dia ni kan. Siang tadi punyalah berkepuk cakap
dia cintakan aku. Sampai waktu malam Intan juga yang disebutnya. Dia ingat aku
ni anak kucing ke apa? Sekejap cinta aku. Sekejap cinta Intan. Kalau dah suka
sangat dengan Intan tu kenapa nak kahwin juga dengan aku? Kahwin ajelah dengan
Intan tu. Ingat aku tak boleh hidup ke tanpa dia. Err.. boleh ke? Ahh… tak
kisahlah! Kalau dah dia nak sangat dengan Intan tu meh sini aku satukan dia
dengan Intan kesayangan dia. Melampau tau dia ni. Aku sebut nama Firman yang
tak wujud tu dia macam nak telan aku. Tapi dia tiap-tiap malam mengigaukan
Intan boleh pulak. Eiiii…! Geramnya!
Sebiji bantal kecil diambil dan dihempas ke
muka Iskandar. Iskandar yang sedang nyenyak tidur terjaga. Natasha segera
buat-buta tidur mati apabila Iskandar duduk dan memandang kepadanya. Takut kena
marah. Biarlah Iskandar menganggap bahawa bantal itu terjatuh dari atas katil.
Muehehe…
Iskandar yang terjaga terkebil-kebil
sendirian. Aku mimpikan Intan lagi malam ni. Aku rasa dah sampai masanya aku
lepaskan Intan. Intan dah lama tak ada. Aku kan dah berjanji aku akan cintakan
orang lain bila dia tak ada. Sekarang, aku berjanji akan cintakan Isteri aku.
Tanggungjawab aku. Amanah aku. Aku tak akan abaikan dia lagi. Iskandar bangun
menuju ke bilik air. Dia ingin menunaikan solat tahajjud. Jarang dia dapat
terjaga pada tengah malam begini. Jadi apabila mendapat peluang yang diberikan
Allah begini dia akan gunakan sebaiknya untuk menyembah Illahi. Natasha yang
pura-pura tidur tadi mengangkat sedikit kepalanya mengintai Iskandar. Setelah pasti Iskandar tidak akan memarahinya
dia menyambung tidur semula. Tak kuasa dia ingin terus berfikir tentang
Iskandar.
Selamat
tinggal Intan. Terima kasih kerana bersama dengan saya selama ni. Saya akan
selalu doakan awak bahagia di sana. Saya berharap kita akan berjumpa lagi di
syurga nanti. Saya sentiasa akan sediakan satu tempat yang istimewa untuk awak
di dalam hati saya, iaitu tempat untuk seorang gadis yang menjadi cinta hati
saya dan sahabat terbaik saya. Terima
kasih atas segala kenangan manis antara kita dan terima kasih juga untuk segala-galanya.
Azan subuh mengejutkan Natasha dari lena. Selesa
sungguh pagi ni. Tak sejuk macam selalu. Ada tilam yang empuk. Ada bantal yang
selesa. Ada orang yang memeluk. Ada ada selimut yang gebu. Ada bunyi-bunyi
burung berkicauan. Ada angin hangat menderu atas kepala Eh! Apa tadi? Ada orang
orang yang memeluk?!! Natasha terus mencelikkan matanya. Dada bidang Iskandar
elok sahaja berada di depan matanya. Siap dengan tangan perkasa yang melingkari
pinggangnya lagi pula tu. Apa semua ni?
“Wargghhh!!!” Natasha menjerit sambil
menolak kuat tubuh Iskandar. Tapi dah namanya pun badannya kecil molek, Iskandar langsung tak berganjak
tetapi dia yang elok berbaring di bucu katil pula yang hampir tergolek ke bawah.
Mujurlah tangan gagah Iskandar sempat menangkap badannya dari terjatuh. Kalau
tidak patahlah juga pinggangnya hari ini. Katilnya sudahlah tinggi hampir
setinggi pinggang. Kalau terjatuh kemungkinan untuk patah pinggang agak besar.
Natasha menarik nafas lega apabila dia
selamat berada di atas katil semula. Fuhh.. selamat pinggang aku yang ramping
ni. Iskandar yang sedang tersengih di hadapan mukanya mengejutkan dia. Dia
segera bangun dan berdiri di tepi katil. Seram melihat wajah miang dua macam
Iskandar.
“Ma… macam mana awak boleh ada atas katil
pu… pulak ni? Awak sengaja nak ambil kesempatan kat saya ye?” Tanya Natasha
tergagap-gagap. Masih lagi seram dengan kejadian hampir patah pinggang seperti
tadi.
“Ambil kesempatan apanya? Saya lenguh tidur
kat bawah. Saya naiklah atas. Sakit tau pinggang saya ni. awak tak kesian ke
dengan saya?” jawab Iskandar selamba. Dia berbaring mengiring sambil menongkat
kepalanya. Ah! Gayanya memang benar-benar menyakitkan hati Natasha.
“Tapi awak tak bolehlah naik atas katil ni.
Semalam awak yang suruh saya tidur atas katil. Tak adillah macam ni.” Natasha
mencerlung tajam memandang Iskandar.
Namun entah kenapa mata indah Iskandar membuatkan kejadian luar alam empat hari
lepas terbayang lagi di ingatannya. Mukanya memerah. Chait! Otak ni pun nak
fikir benda-benda macam tu pada masa yang tak sesuai. Iskandar memandang wajah
Natasha yang memerah itu.
“Hah. Awak punya otak membiru ke mana tu?
Tujuan saya cuma tidur atas katil aje ye. Tak ada niat lain pun . Awak ni suka
otak membiru lah.” Usik Iskandar. Sengaja nak memerahkan lagi wajah Natasha
yang membuatkan Natasha kelihatan begitu cantik pada waktu subuh begini. Alahai Isteri. Cantiknya awak ni. Kenapalah
dari dulu saya tak pernah perasan?
Kenapalah dari dulu lagi tak saya hargai?
“Errr.. Mana adalah! Tiba-tiba aje dia ni!
Bangunlah solat!” Natasha sudah tidak tertahan malu bergegas masuk ke dalam
bilik air untuk mandi. Jahat punya otak! Tak tahu nak bekerjasama langsung.
******
“Kita nak beli apa kat sini? Kat sini ada
jual lauk ke?” Iskandar memandang ke kiri dan ke kanan. Ramainya orang. Parking
lot semuanya penuh. Mujur juga ada kereta yang keluar tadi dapatlah dia masuk
ke petak parking itu. Kalau tidak mahunya berjanggut dia menunggu di situ.
Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke
Tesco Ampang. Sebenarnya selama ini pun dia tak pernah menjejakkan kaki ke
mana-mana tempat yang ada menjual lauk pun.
Semua urusan dapur diuruskan oleh Datin Rose dan Mak Jah. Dan bila dia
berkahwin dengan Natasha urusan membeli barang dapur diserahkan kepada Pak Ali
dan Natasha. setiap minggu Natasha akan pergi membeli barang dapur sendirian
dengan Pak Ali. Tak pernah sekali pun dia disuruh membeli barang dapur. Bukannya dia pernah ambil kisah pun selama ni.
Tapi apabila tadi dia disuruh membawa Natasha membeli barang dapur dia segera
bersetuju. Maklumlah orang nak ambil hati Isteri lah katakan.
“Is. Tolong mummy belikan barang dapur
boleh? Banyak barang dalam fridge dah habis. Barang-barang kering pun dah
banyak yang habis. Is pergi dengan Tasha ye? Mummy bukan tak nak pergi tapi mummy nak tengok
cerita Marimar kat TV3 pukul sepuluh kejap lagi. Dah lama mummy tunggu cerita
tu. Boleh ye Is?” kata-kata Datin Rose selepas sarapan pagi tadi
terngiang-ngiang di telinganya.
Apa
bendanya Marimar tu pun dia tak tahu. Nama macam marmar pun ada juga. Cerita
apa tu? Betul ke tidak ada siaran tu pun dia tak tahu. Diakan jarang ada di
rumah pada waktu pagi dan bila pagi hari-hari cuti begini selalunya dia sibuk
dengan kerja-kerja menanda kertas kerja
pelajarnya. Petang barulah dia boleh menonton televisyen. Itupun siaran utama
pilihannya mestilah HBO. Jadi mana dia tahu ada atau tidak cerita Marimar itu. Tapi
dia tidak kisah. Yang penting dapat berdua-duaan dengan Si Cantik Manis dah
cukup buat dia. Nak tawan hati orang ni kena perlahan-lahan.
“Adalah. Kalau tak ada kenapa pulak saya
ajak awak datang sini? Dah jom masuk cepat. Tak payah nak tayang muka kat
sini.” Natasha berjalan selamba meninggalkan Iskandar. Sakit hatinya pagi tadi
masih belum hilang lagi. Tengah malam panggil Intan, pagi buta peluk aku pulak.
Ingat aku ni bantal peluk ke?
Iskandar melihat Natasha yang sudah semakin
menjauh darinya itu. Laa.. kenapa pulak ni? Angin satu badan. Tiba-tiba matanya
menangkap beberapa mata jahat lelaki lain sedang asyik memandang isterinya.
Siap ada yang bersiul memandang Natasha lagi pulak tu. Ewah-ewah. Aku kat sini
je lagi tak jauh pun dari dia orang dah sibuk nak mengorat isteri aku. Natasha
yang memakai dress biru labuh tanpa lengan dan disertai dengan cardigan labuh
sampai ke kaki dan juga selendang putih yang dililit ringkas dipandang lama.
Ok. Bagus. Dia tak melayan. Macam tu lah isteri aku. Iskandar melangkah laju
menyaingi Natasha. Tangan Natasha di tarik ke dalam genggamannya. Biar semua
orang tahu Natasha miliknya.
“Apa pegang-pegang ni?” Natasha cuba
melepaskan tangannya dari genggaman Iskandar. Tetapi memang langsung tak
berhasil pun.
“Bahayalah. Ramai orang ni. Tak nampak ke
kereta banyak ni. Awak kan kecil je. Nanti kalau hilang celah-celah orang ramai
macam mana?” Cewah! Alasan baik punya.
Mendengarkan alasan Iskandar itu, Natasha
terpaksa merelakan tangannya di dalam genggaman Iskandar. Takut juga dia kalau
betul-betul dia hilang dalam lautan manusia itu. Dahulu sewaktu dia datang
dengan arwah mamanya dia selalu juga hilang dalam orang ramai. Tapi ketika itu
dia ada membawa telefon bimbit. Tapi kali ini dia tak bawa kerana telefonnya
kehabisan bateri dia terpaksa meninggalkan telefon bimbitnya dirumah untuk
dicaj.
“Is. Kita tak perlukan tu lah. Is. Jangan
ambil banyak sangatlah. Is. Awak tak makan pun benda tu. Is. Itu kat rumah dah
adalah. Is. Jangan jadi jakun boleh tak? Is. Jangan main benda tu boleh tak?”
pelbagai bebelan Natasha berikan kepada Iskandar yang seperti terlupa bagaimana
caranya untuk bersikap dewasa.
Apabila melihat batang mop berwarna hijau
polka dot di ambil kerana comel katanya. Kemudian, coklat Van Houten diambilnya
sampai sepuluh keping. Murah katanya. Itu belum lagi makanan kucing yang
diambilnya sampai dua bungkus sedangkan di rumahnya mana ada kucing. Alasannya plastik
pembungkus makanan kucing itu ada gambar kucing yang comel. Boleh menderma
kepada kucing jiran sebelah. Itu belum lagi dia terjumpa mainan kanak-kanak. Habis
semua dicubanya.
Sehingga Natasha yang tadinya panas hati
dengan dia sudah terlupa semua kemarahannya itu. Dia terlalu sibuk melarang
Iskandar mencuba semua benda dan juga sibuk meletakkan semula barang-barang
yang tidak diperlukan ke tempatnya semula. Susah juga melayan anak orang
terlampu kaya begini. Troli yang penuh dengan barang yang tidak diperlukan
direnung dengan geram oleh Natasha. Iskandar yang sedang menarik lagi satu
troli untuk meletakkan barangan basah dipandang dengan perasaan dua kali geram.
“Banyaknya nak beli. Kat rumah tu bukannya tak
ada semua benda. Ada je. Kita datang sini nak beli barang basah je. Bukan nak
beli benda-benda merepek macam ni. Ni, pelampung itik ni nak buat apa? Selama ni
awak mandi kat kolam rumah kita tak pernah sekali pun saya tengok awak lemas. Dah
tu apa pasal pilih pelampung ituk macam ni? Awak nak masuk dalam dia pun tak
muat. Lepas tu. Ini ha. Mug r ni nak buat apa? Kat rumah kita tak cukup cawan, pinggan
mangkuk dah ke?” Natasha membebel lagi. Geram
sungguh dia dengan perangai Iskandar. Semua benda merepek dan tak berfaedah diambilnya
“ Eh. Kita tak perlu ke? He he he… Sorrylah
benda-benda tu comel dan murah lah. Tak apa. Kalau tak nak saya letak balik ye.
Sorry. Sorry.” Iskandar tersengih serba salah. Rambut lebatnya dikuak ke
belakang beberapa kali. takut kena marahlah katakan. Kalut dia pergi meletakkan
semula semua barang tak berfaedah yang dikatakan Natasha tadi ke tempat asalnya.
“Haa… macam ni lah. Benda-benda yang
penting aje kita beli. Kejap. Tunduk sikit sekejap.” Natasha menggamit iskandar
untuk menunduk mendekatinya. Susah juga kalau suami terlalu tinggi macam ni.
“Apasal?” Soal Iskandar sambil mengikut
arahan Natasha. Badannya dibongkokkan sedikit mendekati ketinggian Natasha.
“Ini ha. Serabut saya tengok dari tadi. Kat
dalam Tesco ni bukannya ada matahari pun. Tak perlu nak bergerhana sangat kat
dalam ni.” Natasha selamba menaggalkan cermin mata hitam Ray Ban Iskandar. kemudian menyangkutkannya ke dalam poket T-Shirt
Iskandar. Barulah selesa memandang mata indah yang dari tadi terhalang.
Iskandar tersenyum melebar kepada Natasha.
Aduhai sayang. Awak ni buat saya berdebar-debar lebih kuat tahu tak? Kepala Natasha
yang bertudung diusap lembut. Natasha memandang ke sekeliling apabila mendengar
suara-suara sumbang perempuan seperti keterujaan. Alamak ramainya perempuan
yang pandang dia ni. Gatal betul dia orang ni! Hello ini suami I tau! Sesedap
rasa aje kau orang nak pandang dia. Natasha segera memaut lengan Iskandar dan
meneruskan aktiviti membeli belah mereka.
Kelakuan
Natasha itu membuatkan Iskandar lebih gembira dari tadi. Akhirnya! Akhirnya! Rancangan
aku berjaya. Dia cemburu. Cemburu tu tandanya sayang! Oh YEAH! Teruskan Is.
Tawan hati dia sampai jadi milik kau sepenuhnya!
Sunday, July 21
My Hubby My Lecturer!!! bab 16
“Kalut semacam aku tengok hang ni Is.
Await?” Tanya Faiq pensyarah baru di universiti itu.
Dia duduk di kerusi dihadapan meja
Iskandar. Tangannya mencapai pen yang berada di atas meja Iskandar lalu
melakar-lakar di atas salah satu kertas kosong di situ. Itu memang tabiatnya
dari dulu. Iskandar sudah penat melarang dia menconteng. Akhirnya jalan
terkahir ialah membiarkannya sahaja. Tak kuasa nak layan!
Sebenarnya, Faiq ialah kawan baik Iskandar
sewaktu dia mengambil Ijazah dan MBA di Universiti Cambridge di UK dulu.
Malahan mereka tinggal serumah di rumah keluarga Datin Rose di sana. Mujur juga
mummynya berasal dari sana sekurang-kurangnya dia sudah ada rumah yang selesa
lengkap dengan pembantu rumah untuk didiami Iskandar. Rumah itu sebenarnya
peninggalan mendiang datuknya Douglas Darwin.
Mendiang datuknya dahulu merupakan seorang
orang yang terkenal di kawasan Cambridge itu kerana salasilah keluarganya yang
terkenal. Keluarga mereka merupakan salah sebuah keluarga yang terkaya di
Cambridge. Tapi itu semua dahulu.Datin Rose merupakan keturunan terakhir bagi
empayar keluarga Darwin itu. Maka nama keturunan itu sudah tidak terkenal lagi
kini. Malah setelah Puan Rose memeluk Islam dan berhijrah ke Malaysia semuanya
tentang kegemilangan keluarga Darwin hilang begitu sahaja.
Masakan tidak, keluarga Darwin juga
terkenal dengan kegemilangan penyebaran agama Kristian tetapi puteri terakhir
empayarnya memeluk agama Islam dan meninggalkan empayar itu begitu sahaja.
Pastinya nama keluarga itu dilupakan masyarakat. Hanya harta kekayaan keluarga
Darwin sahaja yang diwarisi Datin Rose karana mereka tidak mempunyai pewaris
yang lain lagi.
Setelah membawa pulang ijazah dengan
keputusan yang sangat cemerlang di Cambridge Iskandar terus memohon untuk
menjadi pensyarah. Bukannnya dia tidak mahu bekerja dengan di syarikat daddynya
tetapi dia mahu menyebarkan ilmu dahulu. Bukankah menjadi guru satu kerjaya
yang mulia. Dia dapat mencurahkan ilmu kepada anak muda di Malaysia. Walau
apapun salasilah darahnya Malaysia tetap tanah airnya. Tanah tumpah darahnya.
Wajib bagi dia memperjuangkan tanah airnya.
Walaupun Iskandar terus bekerja sebaik
sahaja dia habis belajar tetapi Faiq
memilih untuk menganggur dahulu selama setahun sebelum bekerja. Nak rehat
dahulu katanya. Dia ingin melancong ke seluruh Eropah selama setahun kemudian
barulah dia ingin bekerja seperti Iskandar. Maklumlah. Anak orang kaya. Muehehe.
Macamlah Iskandar anak orang kebiasaan pula. Bapanya sendiri mempunya empayar
perniagaan yang besar. Bila-bila masa sahaja dari sekarang Datuk Adam akan
mendapat gelaran Tan Sri.
“Err.. aku kena balik cepat mummy aku ada
kat rumahlah.” Iskandar masih lagi tergesa-gesa mengemas kertas-kertas yang
berselerakan di atas mejanya. Dia sudah berjanji dengan Natasha pukul lima
tepat mereka akan pulang bersama. Sekarang sudah pukul empat setengah.
Kalau dia berlambat-lambat lagi nanti pasti
dia akan dibebelkan Natasha macam minggu lepas hanya kerana dia terlewat lima
minit sahaja. Natasha memang tidak akan bertolak ansur dengannya kalau dia yang
lambat. Tapi kalau Natasha yang lambat, ada sahaja alasannya sehingga Iskandar
terlupa untuk membebel.
“Is. Apa masalah hang? Await selama ni mummy kau tak dak kat
rumah ka? Dia pi mana? Dude, lately aku tengok hang semacam tau. Are you hiding something
from me?”
“Hiding mendanye? Tak ada apalah.”
“Tak ada apa hang kata. Yang hang dengan
budak Natasha selalu datang sama-sama balik sama-sama tu x ada apa-apa hang kata? Even orang lain tak nampak tapi aku nampak tau. Seriously dude I know you
are hiding something from me.”
Iskandar terkejut mendengar kata-kata Faiq
itu. Dia tahu? Mati aku. Dia ni kan dari dulu lagi pantang ada benda aku nak
rahsia dari dia. Tahu je dia. Padahal aku dah cover baik punya. Dia nampak
juga. Kalau kerja dengan FBI ni mesti ramai gila penjenayah dia dapat tangkap.
Apa alasan aku nak bagi kat dia ni? Nanti dia kata aku bercinta dengan student
pulak. Dia ni bukan boleh buat main-main. Karang macam-macam tekaan merepek dia
bagi.
“Jangan cakap hang bercinta degan dia Is. Hang
tau dak melanggaq etika tau kalau bercinta dengan student. Hang jangan buat hal
Is. Aku tahulah Natasha tu punyalah cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek,
menarik perhatian sesiapa saja yang tengok dia dan jelita lagi pulak tu. Tapi hang
janganlah sampai nak melanggaq etika Is.” Faiq meneka.
Amboi-amboi lebatnya memuji isteri aku. Apa
tadi? Cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek, menarik perhatian dan jelita.
Banyaklah dia punya cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek, menarik
perhatian dan jelita. Faiq ni dah melampau tau. Sesedap bahasa je dia nak
memuji isteri aku. Isteri aku tu tau! Eh. Entah-entah dia ada hati dekat Tasha?
Entah-entah dia pun nak mengorat Tasha macam Haikal? Tak boleh jadi ni. Kena
bagitahu dia hal sebenar ni.
“Iq. Manalah ada aku bercinta dengan budak
ketot tu. Dia sebenarnya. Sebenarnya… sebenarnya… ermmm…” Iskandar menjadi
tergagap pula tiba-tiba. Nak beritahu hal sebenar tapi entah kenapa lidahnya
kaku.
“Sebenaqnya apa?” Soal Faiq sengaja
menyergah.
“Sebenarnya dia isteri aku!”Iskandar
menjawab laju bila disergah Faiq. Laa jawapan aku pun dah jadi macam novel
Sebenarnya Saya Isteri Dia. Cuma terbalik je. Segaja tau Faiq ni!
“WHAT????!!!” Faiq terkejut besar. Mulutnya
ternganga luas. Dia yang tadinya duduk bersenang lenang sambil menconteng-conteng
kertas di atas meja Iskandar terus berdiri tegak. Habis bertabur semua kertas
yang tersusun di meja Iskandar tadi. Kejutan luar biasa ni.
“Hang! Hang.. hang.. dengan Natasha? Natasha
yang cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek, menarik perhatian, tambah
jelita tu? Tapi macam mana? Bila? Aku pi Europe setahun ja kot. Takkanlah dalam
masa tu hang dah kahwin. Tak ajak aku pulak tu.” soalnya bertubi-tubi. Siap
dengan pelbagai pujian yang memanaskan hati Iskandar lagi. Perlahan-lahan dia
mengemas semula kertas-kertas yang bertaburan kerananya tadi.
“Amboi Bro. Puji lebih nampak. Kau pernah
rasa makan selipar jepun tak? Iye. Dia tu lah yang kau kata cantik, gorgeous, comey lote, kecil molek,
menarik perhatian, tambah jelita tu. Parents kita orang yang jodohkan kita
orang. Terpaksa bro.” Iskandar perjelaskan perkara sebenar yang terjadi.
Kepalanya digaru kasar. Serabut betul rasanya.
“Terpaksa? Dengan budak macam tu hang kata
terpaksa? Kalau aku parent aku cadangkan aje aku dah berlari ajak nikah terus.
Sumpah cantik budak tu. Sopan santun pulak tu. Rekod bersih lagi. Mana pernah
aku tengok dia berboyfriend kat campus ni. Asyik je dia dengan kawan dia si Ara
tu. Itupun hang panggil terpaksa.Melepas aku. Ingatkan baru nak tunggu dia
habis study sat lagi nak masuk meminang dia. Heh! Eleh… mengaku ajelah hang
suka kan sebenarnya.” Usik Faiq. Muka Iskandar yang memerah itu dipandangnya
dengan senyuman nakal. Kata tak suka. Tapi bila aku puji lebih-lebih naik
angin. Nampak sangat cover linenya.
Berani dia ni! Melampau! Boleh dipujinya
budak kecil tu depan aku? Apa? Nak masuk meminang Tasha? Langkah mayat aku
dulu. Aku ni suami dia tau. Sesedap rasa dia je nak syok-syok kat isteri aku.
Karang daripada aku bercadang nak bagi makan selipar jepun mahunya aku sumbat
kasut boot askar kat dalam mulut dia.
Baru sahaja Iskandar ingin membuka mulut
untu meluahkan rasa hatinya yang terbakar kerana Faiq ada hati dengan Isterinya
malahan memuji-muji Natasha bagaikan dia bukanlah suami Natasha telefon
bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Tangannya menyeluk poket untuk
mengambil telefon bimbitnya. Skrin Samsung S3 itu ditilik. Mummy?
- I’ve kidnapped ur gorgeous
lady. We’re going to be home late tonight. Dun wait for us. Tata.
Iskandar mengetap bibir. Menculik pun bagi
tahu ke? Hehehe… Jarinya menaip laju balasan.
-
-Where are u going?
- I’ve kidnaped her. Think I
shouldn’t tell u where r we going.
- Leeerr... ok mum. See u later.
- Good boy. Mlm ni cari mkn
sendiri tau. Mummy x masak. Bye.
-Got it mum. Send my regard and kiss
to my beautiful gorgeous.
He he he.. berlakon kena baik. Mantap!
Meletup! Berkesan kepada penonton yang menonton.
-Dun wanna send ur regards to me
to?
Amboi pandainya
berlakon. Ingat mummy tak tahu ke apa yang terjadi antara kamu berdua? Tak apa.
Nanti Is mesti terkejut tengok apa yang mummy akan buat pada isteri Is ni.
- U are texting me now mum. What
else do u expect? :P
- Well.. thought my son would
miss me at least.
Tersenyum Datin Rose. Walaupun anaknya itu
sudah besar panjang, namun ibu mana yang tidak mahu selalu disayangi anaknya.
Natasha yang sedang memandangnya di tempat duduk sebelah dipandang dengan
senyuman.
- Hahaha.. miss u always mum.
Love u.
- Love u too. Bye.
“Await?” soal Faiq yang sedang memandang
Iskandar. Nampak dahi Iskandar berkerut. Iskandar merenungnya lama.
“Malam ni makan dengan aku. Lepas tu kita
main squash nak? Lama dah tak main .” Iskandar duduk dengan bersenang lenang di
kerusinya. Barang-barang yang tadinya sibuk dikemas dibiarkan sahaja.
“Wei! Soalan aku hang tak jawab lagi pun.
Awaitnya? Hang dah tak kalut ni. Tadi nak cepat sangat balik.”
“Mummy aku dah culik dia. So malam ni our
night lah.”
“Laa... gitu ka? Ok. Set.”
*****
Iskandar membuka pintu rumah perlahan-lahan.
Lampu di tingkat bawah sudah gelap kecuali lampu dapur sahaja yang masih
menyala. Memang selalunya pada waktu malam lampu dapur dinyalakan kerana mudah
bagi mereka untuk pergi ke dapur ketika tengah malam. Kasutnya Nike dikakinya
dibuka dan diletakkan di dalam almari kasut di sebelah pintu. Penat sungguh malam
ni. Namun hasilnya ketiga-tiga permainan dimenanginya. Wa ha ha. Tak sia-sia
dia pulang lewat sehingga pukul satu pagi
Pintu bilik dikuak perlahan pintu itu
dibiarkan terbuka. Lampu masih menyala terang. Nampaknya Natasha masih belum
tidur lagi. Ketika Iskandar ingin melangkah ke bilik air kedengaran bunyi dalam
bilik air. Dalam bilik air lah dia tu. Susah betullah berkongsi bilik macam ni.
Nak masuk bilik air pun kena gilir-gilir. Mummy ni sengaja tau. Eish! Is. Tak
baik cakap mummy sendiri macam tu. Iskandar
menepuk perlahan mulutnya.
Pintu bilik air terbuka luas. Iskandar
mengangkat kepalanya memandang ke depan. Subahanallah! Iskandar tertelan air
liur memandang Natasha yang sedang memakai baju tidur yang sangat seksi
berwarna merah. Sangat kontras betul dengan kulit Natasha yang putih gebu itu.
Seksinya Masya Allah! Tuhan saja yang tahu, sudahlah singkat paras paha,
bertali halus saja di bahu, jarang pula tu. Jantungnya berdegup kuat. Is
istighfar Is. Istighfar.
“Mummy, baju ni seksi sangatlah. Tasha tak…”
Natasha terhenti bersuara apabila terlihat Iskandar yang berdiri dihadapannya
bukannya Datin Rose. Matanya terbeliak besar.
“Arggghhh!!!” Natasha menjerit terkejut.
Tetapi sebelah tangan Iskandar
cepat-cepat menekup mulut Natasha. Sebelah lagi tangannya memeluk Natasha untuk
menampung badan Natasha daripada terjatuh ke belakang kerana tindakannya yang
pantas tadi.
“Shhh… nanti mummy dengarlah!” Iskandar
bersuara perlahan tapi keras. Mata Natasha memandang mata Iskandar yang sedang
memeluknya itu. Kepalanya diangguk-angguk sedikit tanda dia sudah tenang tangan
Iskandar sudah boleh dilepaskan.
Iskandar melepaskan perlahan-lahan
tangannya dari mulut Natasha. Matanya masih lagi bersabung dengan mata Natasha.
Masing-masing bagaikan terpukau dengan keindahan mata lawannya. Wajah Natasha
yang bersih tanpa sebarang cela dipandang Iskandar setiap sudut. Indah. Terlalu
indah untuk dijelajahi setiap sudut. Alis mata yang cantik terbentuk. Anak mata
yang bewarna coklat pekat sangat memukau membuatkan Iskandar kelihatan sangat
kacak di dalamnya. Mulut yang kecil tetapi cantik terukir. Bibir yang merah semula jadi membuatkan
Iskandar menelan air liur untuk kesekian kalinya . Perlahan-lahan Iskandar
mengangkat ibu jarinya mengusap bibir lembut Natasha. Mata mereka masih lagi
saling memandang bagaikan tidak mahu terlepas pandang walaupun sesaat. Kemudian
perlahan-lahan dia menunduk dan mengucup lembut bibir itu.
Natasha memejamkan matanya. Tangannya diangkat
melingkari leher Iskandar. Sentuhan lembut dari Iskandar itu benar-benar
membuatkan dia seperti di awangan. Di dalam perutnya terasa ada sejuta
rama-rama yang sedang mengepak riang. Desahan nafas hangat dari hidung Iskandar
yang mengenai hidungnya terasa begitu menyenangkan. Dengan perlahan Natasha
membalas perbuatan yang sama. Lama mereka berkeadaan begitu. Masing-masing
sedang menyelami alam yang sangat indah. Alam yang dipenuhi dengan rama-rama
pelbagai warna pelbagai bentuk berterbangan disinari oleh cahaya matahari
yang cerah dan indah.
Iskandar melepaskan perlahan-lahan wajah
Natasha. Mata Natasha dipandangnya lagi. Jantungnya berdegup kencang. Natasha
yang juga membalas renungan Iskandar itu juga turut merasai degupan yang sama. Satu
perasaan yang luar biasa mula menjalar di dalam hati mereka.
Bunyi pintu bilik tetamu yang dihuni oleh
Datin Rose mengejutkan mereka yang sedang mengembara berdua ke alam lain. Natasha
segera melepaskan lingaran tangannya di leher Iskandar. Iskandar juga
melepaskan pelukannya. Masing-masing menjadi kalut. Iskandar segera masuk ke
dalam bilik air manakala Natasha segera menuju ke almari untuk menukar baju. Apabila
masing-masing sudah hilang pandangan mereka berdua memegang bibir mereka dengan
sebuah senyuman kecil.
“Darling! Our mission accomplished. They are
going a step ahead hooney. Ya Allah. Sukanya Rose abang!” Datin Rose segera menelefon
suaminya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik.
Sebenarnya memang rancangannya supaya
Iskandar melihat Natasha berpakaian begitu. Dia telah menghantar SMS kepada Iskandar sebelum itu bertanyakan dimanakah Iskandar. apabila Iskandar menjawab bahawa dia sudah tiba di depan pagar sengaja dia memaksa Natasha memakai
baju tidur itu ketika mereka sedang rancak berbual di dalam bilik Natasha. Apabila
mendengar bunyi pintu rumah dibuka kemudian apabila Natasha memasuki bilik air
dia segera berlari ke biliknya. Tujuannya supaya bila Natasha keluar dari bilik
air Iskandar akan nampak isterinya itu. Rancangannya berjaya. Dia sudah melihat
segala-galanya. Semuanya yang dia rancang berjaya.
“Ha ha ha ha ha ha bagus sayang. Tak sia-sia
abang kena berpisah dengan Rose sepanjang minggu ni.” Datuk Adam ketawa besar
mendengar kata-kata isterinya itu. Tak sia-sia mereka merancang selama beberapa
bulan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)