Monday, July 8

My Hubby My Lecturer!! bab 8

Kereta Alphard milik papa berhenti di dalam garaj. Natasha yang lena tidur di sebelah dipandang geram. Amboi-amboi, sesedap mata dia aje tidur. Aku ni naik perit biji mata memandu tengah-tengah hari rembang macam ni dia sibuk membuta pulak. Tapi patut pun. Tadi kan dia banyak menangis dah macam tak akan pernah jumpa mama lagi dah lagaknya. Padahal mama pergi sebulan je pun. Tapi dia punya reaksi macam pergi sepuluh tahun je. Eii.. tengok tu. Sampai senget benget tudung.

Wajah Natasha diperhati lama. Kulit yang putih gebu. Mata yang tertutup tetapi jika terbuka pasti bulat besar. Berwarna coklat tua. Bulu mata yang lentik. Alis mata yang cantik terukir tanpa dipantis. Hidung yang sederhana mancung. Mulut yang kecil. Dan kalau tersenyum pasti ada lesung pipit yang indah menghiasi wajah itu. Cantik dia ni. Tapi malangnya hati aku tak ada kat dia. Intan. Hanya Intan seorang je yang ada dalam hati aku. Walaupun dah hampir tiga tahun Intan pergi tapi tak mungkin akan ada sesiapa yang boleh menggantikan tempat Intan di hati aku.

Leka dia memerhatikan wajah Natasha yang sedang tidur walaupun fikirannya melayang ke tempat lain. Tiba-tiba Natasha yang lena tidur itu mengalihkan sedikit posisi tidurnya membuatkan Iskandar kembali kepada realiti. Dia meraup wajauhnya. Intan dah tak ada Is. Intan dah tak ada. 

“Dimple. Bangun. Dah sampai ni. Awak nak tidur sampai malam ke dalam kereta ni? Bangun cepat!” Sekali lagi dia memandang Natasha kemudian mengejutkan Natasha. Kemudian dia segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.

Natasha tersedar apabila dikejut.  Dah sampai ke? Cepat betul sampainya. Tak sempat aku nak tidur lama-lama dalam kereta ni. Selesa lah pulak duduk kat seat depan ni. Selalunya aku duduk belakang je. Dia menggeliat sedikit. Tepi bibir diraba. Takut ada air liur basi yang meleleh ketika dia tidur tadi. Habislah dia tujuh belas keturunan pun akan diungkit Iskandar nanti. Dia ni memang tak tahu tunggu orang ke? Eishh.. panas lah pulak kat dalam kereta ni. Dia segera masuk ke dalam rumah.

“ Encik Iskandar al-Amin. Mulai hari ini berkuatkuasanya undang-undang perjanjian kita. Kejap saya rasa saya ingat semua perjanjian tu. Pertama, Kita kena berlakon baik kat depan parents kita. Itu tak ada masalah. Kedua, duduk rumah sendiri nanti kita tidur bilik asing-asing. Tapi memandangkan rumah ni pun dah tak ada sesiapa  selain kita dan kita akan duduk kat sini. So, kita duduk bilik asing-asing la ye. Awak boleh duduk bilik tetamu yang kat depan bilik saya tu. Kat dalam bilik tu semua pun ada macam bilik saya jugak. Hari-hari saya kena masak. Ok no prob. Kerja rumah wajib kena buat. Ok asalkan awak pun tolong juga. Mau mati kering saya kalau buat sorang. Alamak yang lain tu apa ye? Hummm.. tak apalah nanti bila saya dah ingat kita buat pembentangan lagi.” Natasha berkata panjang lebar kepada Iskandar yang sedang bersenang lenang menonton televisyen. Iskandar mendengar dengan khusyuk. Kepalanya diangguk perlahan. Hari ni dia tak kuasa untuk berdebat dengan Natasha. Entah. Dia penat.

“Ok no sweat. Sekarang juga saya boleh pindah bilik. Jadi cik dimple jom tolong saya pindahkan barang. Banyak barang saya yang nak kena angkat tu.” Iskandar pantas berdiri dan menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Natasha juga turut bangun untuk membantu.



Sedar tak sedar sudah dua minggu mereka bergelar suami isteri. Rutin harian mereka seperti biasa. Setiap pagi Iskandar akan mengetuk pintu bilik Natasha sehingga dia bangun untuk solat subuh berjemaah kerana memang sudah termaktub tabiat Natasha menunggu orang kejut bangun untuk solat subuh. Kemudian Natasha akan menyediakan sarapan sambil dipantau dan berdebat dengan Iskandar. Selepas sarapan jika bernasib baik Natasha akan tidur semula tetapi selalunya Iskandar dapat menghalangnya untuk tidur. Kemudian mereka akan melakukan aktiviti masing-masing. Tetapi selalunya aktiviti masing- masing itu pasti akan menjadi aktiviti bersama dan aktiviti berdebat.

“Dimple. Esok dah start kelas kan? Awak nak pergi kelas dengan saya ke dengan Pak Ali?” soal Iskandar sewaktu mereka sedang makan malam.

“Dimple..dimple.. Saya ada nama lah. Natasha tahu tak.”

“Ok baiklah. Natasha tahu tak. Esok Awak nak pergi kelas dengan saya ke dengan Pak Ali?” soal Iskandar sekali lagi. Daging ayam masak kurma diletakkan ke dalam pinggnannya. Natasha dipandang sekilas dengan senyuman sinis. Nak sangat panggil nama kan? Orang dah panggil dimple tu pun dah cukup cute dah nak banyak bunyi lagi.

“Hurghhh. Dia ni. Pergi dengan Pak Ali. Tak nak lah saya pergi dengan awak. Nanti orang nampak buat malu je.” Jawab Natasha dengan nada geram. Tak kenyang agaknya dia ni makan kalau tak sakitkan hati aku.

“Takut Haikal nampak lah tu kan?” Iskandar memandang tepat wajah Natasha yang sedang mengasingkan udang kering dari sayur sawi gorengnya. Natasha tak suka makan udang kering sedangkan itulah kegemaran Iskandar. Jadi sebagai penyelesaiannya Natasha akan menggoreng sayur bersama udang kering tetapi apabila tiba waktu makan dia akan mengasingkan udang kering tersebut.

“Apalah pulak kena mengena Haikal dalam cerita ni? Saya takut kalau orang lain nampak. Karang tak pasal-pasal kita berdua masuk buletin universiti. ‘Mr.Iskandar so called Most Delicious Lecturer having an affair with most gorgeous student Natasha al-Jannah’. Hahahaha..” Natasha ketawa terkekeh-kekeh dengan lawaknya sendiri. Jika perkara itu benar-benar terjadi, pasti tajuk sebenar buletin itu akan menjadi ‘Mr.Iskandar so called Most Delicious Lecturer having an affair with a very unpopular student Natasha al-Jannah’ tak ada maknanya perkataan most gorgeous itu akan terjadi. Kerana yang pertama, aku memang tak cantik. Kedua, aku pasti akan dipanggang hidup-hidup oleh diehard fans Iskandar. Tak sanggup. Tak sanggup.

“Gelak. Gelak. Tersedak baru tahu. Dah makan cepat. Lepas tu study. Awak jangan ingat short test awak dapat dull mark awak boleh bersuka ria ye. Short test tu Cuma consist 10% of overall marks tau. Oleh hal yang demikian cik dimple tingkatkan lagi usaha awak ye. Jagan malukan saya lecturer yang kacak beserta macho ni.”

“Kacaklah sangat. Macholah sangat.Huh!” Natasha merengus perlahan lalu menyambung makan semula.


******
“Natasha awak kat mana ni? Kenapa belum sampai-sampai lagi? Lama sangatnya. Awak tahu tak first class awak dengan saya pagi ni pukul sepuluh setengah. Sekarang dah pukul sepuluh sepuluh minit tau. Awak kat mana ni?” suara Iskandar kedegaran keras di corong telefon. Natasha bagaikan sudah ingin menangis. Waktu beginilah pula kereta ni nak rosak. Nak cari teksi tak ada satu pun yang kosong. Semuanya sudah ada penumpang. Macam mana ni?

“ Is. Kereta rosak. Saya dah cuba tahan teksi tapi tak ada yang berhenti. Pak Ali kata dalam setengah jam lagi baru mekanik datang. Macam mana ni?” suaranya sudah tersekat-sekat. Takut jika tak dapat masuk kelas dan juga takut dimarahi Iskadar.

“Awak kat mana tu?” soal Iskandar dengan suara yang kembali mengendur. Bukannya dia sengaja untuk marah-marah tetapi dia risaukan Natasha takutkan dia tak dapat masuk ke kelas tepat pada waktunya. Sudahlah pagi tadi penat dia mengejutkan Natasha yang kembali tidur selepas sarapan. Alasan yang Natasha berikan ialah dia tak perlu bangun terlalu awal kerana kelasnya hanya akan bermula pada pukul 10.30 pagi jadi dia masih ada masa tiga jam sebelum kelas bermula. Sedangkan sebagai pensyarah Iskandar perlu tiba di universiti pada pukul 8.30 pagi. Jadi dia meninggalkan Natasha di rumah sahaja.

“Saya dekat traffic light depan flyover ni. Dah dekat nak sampai dah. Tapi tak ada satu teksi pun yang nak berhenti ni.” Balas Natasha. Tangannya masih lagi cuba menahan teksi yang melintas di hadapannya.

“Tunggu situ jangan pergi ke mana-mana. Pastikan Pak Ali ada bersama awak. Ingat. Jangan pergi ke mana-mana. Tak payah tahan teksi lagi. Tunggu je saya sampai.” Arah Iskandar. Dia segera mencapai kunci keretanya di atas meja.


“Itulah lain kalau orang kejut suruh bangun awal tu bangun. Ini tidak sibuk nak kejar tidur. Kan dah lambat macam ni. Sekurang-kurangnya kalau awak bertolak awal sikit dari rumah, kereta rosak pun senang nak cari alternative lain. Dah sampai nanti terus masuk kelas. Jangan nak merayap ke tempat lain pulak.” Bebel Iskandar sepanjang perjalanan ke kampus. Sesekali Natasha yang menunduk di sebelah dipandang. Natasha pula hanya mendiamkan diri. Takut jika dimarahi lebih panjang. Iskandar kalau sudah marah bebelnya mengalahkan mak nenek.

“Baik tuan.” Kata Natasha perlahan. Yang menyebabkan Iskandar tersenyum kecil. Tahu pun takut.

“Esok pegi kelas dengan saya je. Jangan nak buat alasan macam-macam sebab nak bangun lambat. Lepas ni saya rasa awak kena ambil lesen kereta lah. Kalau memandu sendiri lebih baik tak adalah menyusahkan Pak Ali macam tadi. Kesian dia. Dah la dah tua. Terpaksa pulak berjemur tunggu mekanik.” Tambah Iskandar panjang lebar. Mendengar perkataan lesen memandu Natasha sudah terdiam. Suatu kejadian lama terimbau kembali di mindanya.

“Ok saya pergi kelas dengan awak je.” Jawab Natasha senada. Kejadian silam terus menghantui mindanya.


Saturday, July 6

My Hubby My Lecturer!! bab 6

Natasha tersedar ketika azan subuh berkumandang. Aduh sejuknya hari ni. Dia menarik kembali selimut menyelimuti dirinya. Tidur sekejap lagilah. Sekejap lagi mesti mama kejut. Kenapalah penat sangat rasanya badan ni? Keras sangat pula tu tilam ni hari ni.

Memang sudah menjadi kebiasaannya apabila waktu subuh. Meskipun dia sudah terjaga ketika terdengar azan subuh, dia akan tidur semula sehingga Puan Aida mengejutkannya untuk bangun bersolat. Dah jadi tabiat!

“Amboi-amboi sedapnya dia. Bangunlah! Subuh dah ni. Membuta je kerja. Bangun! Bangun! Solat!” Iskandar mengejut Natasha bagaikan mengejutkan seekor badak yang sedang tidur. Sengaja dia menarik comforter yang menjadi alas tidur Natasha dengan kuat. Tujuannya supaya Natasha segera bangun.

Natasha terus terduduk bila alas tidurnya direntap kuat. Apa ni gempa bumi ke? Kenapa? Kenapa? Dia terpinga-pinga memandang ke sekeliling.

“Eh! Awak! Awak buat apa dalam bilik saya ni? Hei keluar cepat! Sebelum saya menjerit.. Berani awak ceroboh masuk bilik saya awak ni dah hilang akal ke? Keluar sekarang!” Arah Natasha yang masih lagi mamai dengan suara separuh menjerit. Dia sudah berdiri menghadap belakang Iskandar yang tidak berbaju dengan tangan yang laju mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Sah. Baru lepas mandi. Natasha termalu sendiri melihat tubuh Iskandar yang cantik itu. Sculptured six packs tu.

“Hey.. Hey.. Hello. Dengar sini baik-baik ya cik adik yang sengal meroyan pagi-pagi buta. Tepat lepas asar semalam saya dah sah jadi suami awak. So tak payah nak melayan meroyan awak tu lebih-lebih sangat pergi bangun mandi kita nak solat ni. Cepat. Nanti lambat subuh makhruh pula.” Balas Iskandar selamba sambil mengambil baju dari dalam almari tanpa menghiraukan Natasha yang terkebil-kebil di belakangnya.

Dah kahwin? Semalam? Tiba-tiba memori kejadian semalam terlayar kembali di ingatannya. Iyalah. Betullah aku dah kahwin. Dengan mamat nasi kandar ni. Arghhh!! Natasha mengetap bibir dia segera melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Kalau berlama-lama lagi pasti lebih banyak kata-kata yang menyakitkan hati yang keluar dari mulut Iskandar. Tak kuasa nak dengar semuanya.

Selesai bersolat berjemaah dengan Iskandar, Natasha berniat untuk sambung tidur semula seperti yang biasa dia lakukan sedari kecil. Lepas solat subuh dia wajib tidur. Awal sangat rasanya untuk bangun. Selalunya sekitar jam tujuh baru dia bangun untuk sediakan sarapan. Ahh.. selesanya katil ni. Tanpa menunggu lebih lama terus matanya terlelap.

“Nak membutalah tu. Bangunlah. Tidur lepas solat subuh tak eloklah. Bangun. Pergi siapkan sarapan untuk saya. Saya biasanya sarapan pukul 7 pagi sekarang ni dah dekat pukul tujuh dah. Tak ada satu makanan pun yang awak sediakan. Bangun. Jadi perempuan, jangan nak malas sangat. Sebab tu lah saya kata awak tak layak kahwin lagi. Nak bangun pagi pun susah.” Kedengaran suara sumbang Iskandar membebel menggangu tidurnya. Eish dia ni. Tak boleh tengok orang bersenang lenang langsung. Tak tahu ke orang penat. Kejap lagi aku bangunlah.

“Sekejap je lima minit. Please….” Rayu Natasha.

“Orang cakap bangun tu bangun ajelah. Banyak bunyi pulak. Pergi buat sarapan cepat. Kejap lagi kita nak balik rumah mummy. Nak ambil barang-barang saya. Lusa mama dengan papa dah nak berlepas dah. Jadi rumah ni tak elok tinggal tak ada orang. Bangun sekarang pergi masak. Saya dah lapar ni. Roti bakar pun tak apa. Dan saya nak coffee tapi tak nak manis. Make sure sedap ye. Kalau tak siap awak. Bangun. Bangun.” Arah Iskandar sedangkan dia bersenang lenang menonton televisyen sambil berbaring di sofa. Selesa pulak bilik budak ni. Semua benda ada. Tapi yang aku tak suka ialah kecik sikit dari bilik aku, dvd cerita yang aku suka tak ada dan yang paling aku menyampah ialah dinding dia warna pink. Pink? Ewww.. so not me.

“Iyalah. Iyalah. Saya bangun sekarang.” Membebel je kerja dia. Dia melepak-lepak boleh pulak. Aku ni dia suruh turun tapi dia, sesedap rasa tengok tv kat situ. Tunggulah dia. Ada ubi ada batas. Ada hari aku balas.

Iskandar tersenyum puas melihat Natasha mendengar arahannya. Memang pantang baginya jika ada orang tidur selepas solat subuh. Bukankah waktu pagi itulah waktu rezeki dibahagi-bahagikan. Jadi jika kita tidur manalah mungkin kita dapat rezeki yang Allah berikan kepada kita pada waktu itu. Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda: "Berpagi-pagilah (subuh) didalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan merupakan kejayaan." Dari kecil lagi itulah yang diajar oleh kedua ibu bapanya.
“Hai awal anak mama bangun hari ni. Is mana?” Tiba-tiba kedengaran suara Puan Aida yang menanyakan Iskandar ketika Natasha baru membuka pintu. Iskandar segera bangun dari pembaringan dan menuju ke pintu untuk menegur ibu mertuanya. Walaupun dia tak setuju untuk kahwin dengan Natasha namun dia tahu wajib untuk dia menghormati kedua mertuanya itu.  

“Ada tu ma. Dia tengah siap nak tolong Tasha buat sarapan katanya. Abang kata dia nak masak nasi lemak pagi ni. Mama tak payah risau. Tasha boleh guide dia. Mama pergi je berehat dalam bilik dengan papa. Nanti dah siap Tasha panggil” Natasha tersenyum mengejek ketika memandang Iskandar yang sudah berdiri di sebelahnya.

“Ha’ah ma. Is memang cadang nak masak sama-sama dengan Tasha hari ni. Mama pergi rehat je dengan papa kat dalam bilik ye.” Tokok Iskandar lembut. Padahal kalau diikutkan hatinya bagaikan ingin digoreng hidup-hidup budak Natasha ni. Berani dia kenakan aku? Heh! Siap kau!

“Suka mama tengok kau orang berdua macam ni. Mama doakan kamu berdua bersatu dan bahagia sampai akhir hayat.” Kata-kata Puan Aida itu membuatkan Iskandar dan Natasha berpandangan sehingga Puan Aida hilang dari pandangan mata mereka.

Ya Allah mulianya hati ibu sering mendoakan mereka sedangkan mereka, awal-awal lagi dah bercadang untuk berpisah. Tanpa sepatah kata mereka berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan. Tiba-tiba mereka serentak menggaru kepala yang tak gatal.

*******
“Amboi-amboi, sedap nampaknya kenakan saya. Apa awak kata tadi? Abang Is nak tolong Tasha masak? Sebelum saya masak awak hidup-hidup baik awak yang masak sekarang. “ ugut Iskandar. Melampau betul! Aku baru nak beristirehat depan TV boleh dia ajak aku memasak. Aku nak buli dia, dia yang buli aku dulu pulak.  Iskandar mengambil tempat duduk di kerusi hadapan bar. Natasha dipandang dengan penuh amaran.

“Dah tu awak kenakan saya. Saya kenakan lah awak balik. Kiranya macam proses timbal balik. What you give you get back. So sekarang tak payah nak melepak-lepak kat situ. Tolong saya kopek ikan bilis ni. Buat dia jadi terbelah dua. Lepas tu tolong tumbuk cili kering ni. Papa tak suka cili yang kena blander tak sedap katanya. Jadi daripada awak mengganggu atmosfera dekat sini lebih baik awak tolong saya cepat. Lagi cepat awak buat lagi cepat awak dapat makan.” Tangan Natasha lincah menyediakan bahan untuk memasak. Satu Tupperware ikan bilis diletakkan di hadapan Iskandar.

Hah! Ambil ni. Kopek semua. Nak membuli aku sangat kan? Ini Natasha lah. Anak anak Syed Firdaus. Mana boleh senang-senang kena buli. Errkk.. dah tu selama ni dia buli aku tu apa? Tak apa. Slow-slow nanti aku balas. Ada teksi ada bas, ada hari aku balas.  Iskandar yang terkebil-kebil memandang tupperware dipandang.

“Apasal termenung?”

“Saya nak buat macam mana dekat ikan ni?” Seekor ikan diangkat tinggi ke depan matanya. Macam sedaplah pulak ikan ni. Ngap! Seekor ikan dimasukkan dalam mulutnya. Tangannya mengambil seekor lagi ikan untuk dimakan.

“Eh! Makan pula dia. Kotorlah.Macam ni lah” Natasha mengetuk tangan Iskandar dan merampas ikan itu lalu menunjukkan demo untuk mengopek ikan bilis. Dia ni, main-main pula bila orang suruh buat kerja. Macam budak-budak.

“Alah nak makan sikit pun kedekut” Iskandar merungut dengan perlahan. Laju dia melaksanakan tugasan sambil mulutnya juga laju mengunyah ikan bilis yang dikopek. Mentah pun mentahlah. Yang penting sedap.. Ewww.. pengotor punya Iskandar.

Natasha yang sedang sibuk menggoreng kacang dipandang. Pandai pulak budak ni memasak. Nasi tomato yang dimasak Natasha sewaktu pertama kali dia datang ke rumah ini terbayang di mata. Walaupun sewaktu itu hatinya membara kerana baru lepas bergaduh dengan Natasha namun, nasi tomato yang lazat itu sukar dilupakan.

Natasha memerhatikan Iskandar yang baru sudah mengopek ikan bilis yang banyaknya dimakan daripada berjaya dikopek. Nak kena dia ni. Tak apa. Aku ada idea. He he he he he… Iskandar yang sibuk meratah ikan bilis dipandang dengan penuh kejahatan. Tak suka pedas kan. Hari ni adinda yang jelita akan bagi satu special surprise untuk kekanda. Bekas kedap udara yang berisi cili kering diambil dan diletakkan di hadapan Iskandar.

“Awak tolong keluarkan biji cili ni ya. Keluarkan semua tau. Lepas tu rebus baru tumbuk kasi lumat tau. Buat cepat sikit ye. Boleh tak? Terima kasih.” suaranya sengaja dilembutkan dan dilunakkan dengan tujuan Iskandar tidak tahu tujuannya untuk membuli Iskandar.

Iskandar yang termakan dengan permintaan lembut Natasha segera bersetuju tanpa sebarang rasa curiga. Agaknya memang dia nak cepat kot. Apalah salahnya aku tolong dia. Natasha yang masih memandangnya dengan wajah penuh berharap dibalas dengan senyuman. Dia terus leka mengasingkan biji cili dari cili kering dambil menyanyi lagu You and Me dari kumpulan Lifehouse yang sangat digemari Natasha. Natasha yang sibuk menggoreng ikan bilis yang dikopek Iskandar tadi juga turut terikut menyanyikan lagu tersebut. Bagai sehati sejiwa pula mereka.

“Boleh tak ni Is? Nak mama tolong ke?” soal mama yang tiba-tiba muncul di sebelah Iskandar dengan suara yang perlahan. Matanya tepat memandang tangan Iskandar yang sedang bertungkus lumus mengeluarkan biji cili dari cili kering. Memang rajin betul menantu aku ni. Baru satu hari je kahwin dah rajin nak tolong isteri memasak. Bagus-bagus. Iskandar yang terkejut dengan kemunculan Puan Aida terus tersenyum memandang ibu mertuanya itu. Dia menggelengkan kepalanya tanda dia tak perlu dibantu.

“Awak dah siap ke. Lambat betul kerjanya. Macam mana nak menjana ekonomi Negara macam ni. Pekerja tak efisyen langsung. Kita sebagai rakyat yang cintakan Negara kena selalu berusaha mengefisyenkan diri untuk memajukan Negara kita tau. Saya potong gaji awak nanti baru tahu.” Bebel Natasha merepek-repek tanpa menyedari bahawa Puan Aida juga berada di ruangan itu. Dia masih lagi tidak berpaling mengadap Iskandar.

“Awak ke Natasha al-Jannah? Kan mama dah ajar panggil abang. Abang Natasha abang.” Tegas suara Puan Aida kedengaran. Iskandar sudah terkemut-kemut menahan ketawa. Kan padan muka. Sibuk nak merepek kat sana. Siapa ada kat dapur ni pun tak perasan. Natasha segera berpaling mengadap suara yang menegurnya tadi. Err.. mama. Mati aku.

“Maaf ma. Tasha akan belajar panggil abang. Humm.. abang. Dah sudah ke cilinya?” matanya dijegilkan sedikit tanda dia marahkan Iskandar yang sudah mengangkat ibu jarinya tanda padan muka. Nak jegil banyak-banyak takut Puan Aida perasan. Pengsan pula nanti kena marah.

“Dah sayang. Nak tumbuk terus ke nak rebus dulu cili ni?” Natasha dihampiri. Sebakul cili yang sudah diasingkan biji dihulurkan kepada Natasha.  Natasha hampir rebah mendengar panggilan Iskandar itu. Sayang? Nak berlakon pun janganlah over sangat pak cik oii.. Tiba-tiba Iskandar merangkul pinggangnya dari belakang. Sengaja nak mengenakan Natasha yang jelas akan pengsan bila-bila masa sahaja. Hanya senyuman paksa yang terpaksa dipamerkan oleh Natasha ketika itu supaya mamanya tidak mengesan lakonan mereka.

Puan Aida masih lagi khusyuk memerhatikan mereka tersengih lebar. Kalau macam ni cepatlah aku dapat cucu. Kepalanya mula merangka pelbagai rancangan setelah mendapat cucu. Padahal dia tak tahu perang dunia ke-18 sedang melanda anak menantunya itu.



“Kenapa Is? Is tak tahan pedas ke?” soal papa apabila melihat sudah empat kali Iskandar menambah air.

“Eh mana ada pa. Abang kata dia suka makan pedas. Kan bang?” dalih Natasha dengan segera. Dia menambahkan lagi sambal ikan bilis dan sambal udang kedalam pinggan Iskandar. Dalam hatinya dia sudah tergelak besar. Syarat ketiga yang diberikan Iskandar jelas terbayang dimatanya. ‘Hari-hari awak kena masak. Tapi jangan masak merepek-repek. Pedas totally tak boleh.’  No pedas ye me dalr? Hehe. Hari ni Isteri awak yang jelita gorgeous ni masak masakan special untuk awak. Semuanya pedas-pedas belaka mengikut cita rasa saya. Ha ha ha ha..

“Ha’ah pa. Is okey je. Cuma nasi ni panas sikit je. Pandai isteri abang masak.” Puji Iskandar. Kepala Natasha diusap lembut. Anak rambut yang menutup dahi Natasha di kuis ke belakang. Senyuman paling kacak, macho, handsome, manis, lemak berkrim diberikan kepada Natasha. Sebenarnya dia menyampaikan amaran keras kepada Natasha. Siap kau kejap lagi Natasha!

Kenapalah aku rasa macam ajal aku nak tiba je kejap lagi. Gulp. Natasha menelan air luirnya yang tiba-tiba terasa seperti kertas pasir.




“ Natasha! Saya dah kata saya tak makan pedas kan? Susah sangat ke awak nak faham saya cakap?” Amuk Iskandar sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik.

“Sorry saya lupa.” Natasha cuba menegakkan benang yang basah sedangkan wajahnya dan kelakuannya tadi jelas menunjukkan yang dia sengaja.

“Awak ni memang.. HUH!!” bentak Iskandar. Nak tinggikan suara pada perempuan memang bukan perangainya.

Dia segera memasuki bilik air kerana tidak mahu memandang wajah Natasha. Perutnya terasa memulas. Sungguh dia memang tak tahan makan pedas. Lidahnya tidak tahan. Tapi Natasha, baru satu hari menjadi isterinya sudah mengidangkan makanan yang paling dia tak tahan. Macam mana aku nak hidup dengan dia ni? Argghh!!

Natasha yang terkejut mendengar Iskandar membentak terus terkedu. Ya Allah apa aku dah buat ni? Melampau sangat ke gurauan aku ni? Macam mana aku boleh sampai hati buat dia macam tu? Lagi lama aku hidup dengan dia mahu mati dia nanti. Tak boleh jadi ni. Dia segera ke meja tulisnya untuk menulis sesuatu. Selesai menulis dia menuju ke koridor untuk menunggu Iskandar keluar dari tandas. Nak tunggu dalam bilik dia seram. Takut kena marah lagi nanti. Maklumlah anak manja. Kena marah sikit dah takut macam kena acu pistol.

Iskandar keluar dari bilik air ternampak Natasha yang berdiri di koridor. Amboi selesa dia menghayati permandangan. Aku ni dah separuh pengsan sakit perut sebab dia. Dia boleh bersenang-senang. Dia menuju ke meja belajar untuk menulis sesuatu juga. Selesai menulis dia tersenyum lebar. Inilah yang terbaik. Kalau tak mati juga aku dikerjakan budak ni.

“Natasha” panggil Iskandar tegas. Natasha yang leka memandang permandangan indah tersentak  bila dipanggil. Dia masuk ke dalam bilik mengadap Iskandar. Kertas di tangannya digenggam kemas. Seram sejuk pula rasanya.

“Nah.” Serentak mereka menyerahkan kertas di tangan masing-masing. Mereka serius membaca tulisan yang tertera.

‘KITA AKAN BERPISAH SECARA RASMI SELEPAS ENAM BULAN PERKAHWINAN.’


Perjanjian baru nampaknya. Mereka berpandangan sesama sendiri. Masing-masing nampaknya sudah mencapai kata sepakat. Tak ada gunanya bersama lama-lama kalau masing-masing saling membenci. Natasha mengambil pen di atas meja dan menandatangani perjanjian itu kemudian menyerahakan pen kepada Iskandar. Bagus! Lepas enam bulan aku bebas dari lelaki ni. Bebas dari rasa berdosa sebab asyik bergaduh. Bebas dari dibelenggu rasa benci. Bebas dari rasa keterpaksaan. Dan bebas dari sebuah ikatan yang tak membawa apa-apa makna dalam hidup aku. Insha Allah.

Saturday, June 29

My Hubby My Lecturer!!! bab 5

Natasha membetulkan duduk simpuhnya. Dari tadi lagi dia sudah menggigil sakan. Gementar bagai nak rak. Walaupun perkahwinannya bukan atas kehendaknya sendiri tetapi sebagai seorang gadis biasa semestinya dia takut untuk menghadapi gerbang perkahwinan. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah ternampak kelibat pengantin lelaki melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumahnya. Ya Allah.. Seramnya!

Iskandar mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke arah tok kadi. Mukanya sehabis boleh ditenangkan walaupun dalam hatinya sedang berperang hebat dengan rasa terpaksa dan tertekan. Terpaksa kerana dia tak mahu mengecewakan kedua orang tuanya dan tertekan kerana dia tidak pernah sukakan Natasha apatah lagi untuk mencintai gadis itu. Mana mungkin!

Iskandar duduk bersila di hadapan tok kadi. Is jangan gelabah Is. Nak akad nikah je pun. Bukannya kau tak berlatih langsung sebelum ni. Relax brader brader relax. Eh ternyanyi pulak.  Iskandar memandang ke sekeliling. Semua mata-mata yang ada memandangnya . Jantungnya bagaikan sudah tercabut dari semua urat-uratnya.  Ya Allah apa pasallah dia orang semua ni tengok aku macam nak telan? Kenapa tak pernah tengok orang handsome lagi macho nak akad nikah ke? Susah jugak jadi orang terlebih kacak ni. Semua mata sibuk nak pandang.

Tok kadi yang sedari tadi duduk dihadapan Iskandar berdehem sedikit untuk memberi tanda bahawa dia sudah sedia untuk menikahkan Iskandar.  Iskandar yang tadinya seakan-akan memikirkan masalah negara tersentak. Segera dia kembali ke kenyataan. Tok kadi yang berada dihadapannya diberi sepenuh perhatian. Nanti tak pasal-pasal tersebar berita pengantin lelaki  menjadi gila sewaktu pernikahan. Tak sanggup den!

“Iskandar dah sedia ke?” soal tok kadi. Wajah Iskandar dipandang tepat. Dia tak mahu nanti Iskandar hilang fokus kerana gementar. Kejadian pengantin lelaki gugup sewaktu melafaz akad sudah biasa dia lihat. Jadi kali ini dia tidak mahu kejadian seperti itu terjadi lagi.

“Sudah tuan.” Balas Iskandar senada.

“Baiklah kalau macam tu kita mula sekarang ya.” Tok kadi bertanya kepada semua yang ada di ruang tamu itu. Semua yang dimaksudkan tidaklah ramai. Yang ada cuma kedua ibu bapa pengantin, Mak Jah dan Pak Samad, beberapa orang saudara terdekat, jiran-jiran dan sahabat baik Natasha,  Zuhara atau lebih dikenali sebagai Ara yang sedari tadi kejap menggenggam tangan Natasha yang terlalu gementar.

Eh sekejap! Kawan Natasha? Bukankah aku dah pesan jangan cakap pada sesiapa! Apa ni? Nak kena budak ni. Siaplah dia sekejap lagi. Ke dia dah bagitahu semua orang? Semua orang dah tahu ke? Iskandar semakin gelisah. Matilah dia jika Natasha benar-benar telah memberitahu kepada semua orang.

“Iskandar saya tanya sekali lagi ni. Awak dah sedia ke?” Iskandar ditanya sekali lagi. Risau tok kadi melihat Iskandar yang nampak sangat tak keruan itu. Gementar sangat ke?

Iskandar tersentak bila namanya dipanggil. Lama dia memandang Natasha yang berada tidak jauh darinya. Natasha pula hanya memandangnya tanpa sebarang reaksi. Jelas sekali Natasha tidak sukakan pernikahan ini. Tapi sepertinya juga Natasha terpaksa. Akhirnya dia menganguk tanda dia sudah bersedia. Tangannya dihulur menyambut tangan tok kadi untuk dijabat.

“Baiklah sebelum tu cuba baca surah al-baqarah ayat 255 yang juga dipanggil ayatul kursi dan doa qunut.” Tok kadi itu cuba menguji sama ada Iskandar sudah bersedia untuk menjadi seorang imam kepada Natasha atau tidak. Iskandar pula tanpa banyak soal dia terus membaca surah-surah tersebut tanpa sebarang cacat cela.

“Alhamdulillah nampaknya Iskandar telah bersedia untuk menjadi seorang imam yang baik kepada sebuah masjid yang baru dibina.” Kata tok kado itu dengan tenang.

“Iskandar al-Amin bin Adam Nakamura, aku nikahkan dikau dengan Sharifah Natasha al-Jannah binti Syed Firdaus Akhlam dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai” tok kadi mengangkat akad sambil tanggannya dihenjut sedikit setelah sudah dia bersuara.

“Aku terima nikahnya Sharifah Natasha al-Jannah binti Syed Firdaus Akhlam dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai.” Iskandar melafaz akad dengan sekali lafaz sahaja. Dia melepaskan nafas dengan berat setelah terdengar suara beberapa saksi megatakan ‘sah’. Satu tanggungjawab berat kini sudah berada di bahunya. Matanya dipejam kejap. Tangannya ditadah apabila terdengar tok kadi membacakan doa. Akhirnya.. terjadi juga.

“Amin. Bangun. Pergi sarung cincin tu pada isteri kamu. Salam dengan orang lelaki dulu sebelum tu.” Bisik Datuk Adam ditelinganya. Iskanadar hanya bangun dan menurut arahan bapanya itu. Semua hadirin lelaki di situ disalamnya. Kemudian barulah dia menghampiri Natasha yang sedang menunduk.

Dia duduk melutut dihadapan Natasha. Wajahnya dimaniskan kerana dia tahu ramai mata-mata yang bersinar kegembiraan memandangnya. Bekas cincin mewah yang dihulurkan Datin Rose disambut lembut. Terdapat sepasang cincin di dalamnya.Cincin yang sangat indah. Jelas terukir frekuensi audio namanya dan nama Natasha di atas cincin tersebut.  Idea yang dia rasa hebat dari Natasha yang rajin melayari internet.

Jika di Amerika terdapat sepasang pasangan yang menempa frekuensi audio perkataan “I do” di cincin mereka. Tetapi Natasha mencadangkan supaya nama mereka pula diabadikan dicincin tersebut. Nampak sangat mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembirakan ibu bapa mereka. Jelas teringat diingatannya bagaimana gembiranya mereka ketika idea itu disampaikan sehingga kedua orang tua Natasha sanggup membayar dua kali ganda dari harga sebenar supaya cincin tersebut siap dalam masa seminggu.

Natasha menghulurkan jari manisnya kepada Iskandar. Wajah Iskandar dipandang lembut. Ini suamiku, bisik satu suara. Hatinya memberontak tak suka. Dia kembali menundukkan kepala. Dia lebih rela memandang jari-jarinya daripada memandang Iskandar. Bukannya tak kacak untuk dipandang. Malahan terlalu kacak.. Hidung yang sangat mancung mengikut hidung darah Britishnya. Kulit yang sangat putih. Mata yang sedikit sepet, namun sangat indah bila dilihat. Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan jatuh cinta. Tambahan pula memakai baju melayu bewarna putih mutiara. Lengkap kelihatan campuran pelbagai darah pada diri pemuda itu. Namun, bagi Natasha jari-jarinya lebih cantik jelita daripada sepasang mata indah itu.

Tangannya disambut lembut oleh Iskandar dan disarungkan cincin dia juga turut menyarungkan cincin ke jari Iskandar. Amboi.. cantiknya jari.. Ini jari perempuan ke lelaki? Glass nails. Cantik mengalahkan kuku aku. Cis! Segera Natasha mencium tangan Iskandar. Dia tak mahu berlama-lama. Tak kuasa.

“Amin cium dahi isteri tu. lama sikit ye. Orang nak tangkap gambar.” Terdengar satu suara dari tepi. Jelas sangat suara mama mengarahkan mereka. Aiseyman. Apalah pulak ni. Dah la tu.

Iskandar mencium lama dahi Natasha yang bersih tanpa sebarang cela. Cantik. Memang dia cantik. tapi sayang. Bila hati masing-masing tak ada rasa cinta. Semuanya menjadi hambar. Tak ada rasa suka walaupun sedetik. Iskandar mendekatkan bibirnya ke telinga Natasha bagai ada sesuatu yang nak disampaikan. Penonton setia yang dari tadi memerhatikan mereka berdua tersengih bagai hampir terkoyak bibir.

“Short test awak dapat full mark. Tapi tulisan awak kecil sangat. Lain kali besarkan sikit ye.” Iskandar berbisik ke telinga Natasha. Natasha segera memandang Iskandar dengan wajah terkejut. Ada ke dalam alam semesta ni orang cakap pasal short test masa akad nikah? Iskandar pula sekadar tersengih lebar. Sengaja menyakitkan hati Natasha. Ara yang juga terdengar bisikan Iskandar tergelak kecil. Lawak lah dia orang ni. Giliran Natasha pula untuk berbisik kepada Iskandar. Dia mendekatkan diri kepada Iskandar manakala Iskandar terpaksa menunduk memandangkan Natasha jauh lebih rendah daripadanya.

“Jangan buat sengal badak awak macam selalu boleh tak? Kalau awak tak nak orang kata awak kahwin dengan isteri gila awak diam jangan buak lawak. Karang tak pasal-pasal saya terketawa kuat kat sini.”

“Jangan harap awak nak ketawa. Macam mana Ara boleh tahu pasal kita masih lagi dalam perhitungan. Awak jagalah!” Iskandar membalas bisikan Natasha dengan ugutan. Mata Natasha yang memandangnya direnung tajam. Jelas kelihatan Natasha menelan air liur kerana ketakutan.  Namun tiba-tiba kedengaran suara sumbang photographer menyuruh mereka beraksi di hadapan kamera membuatkan mereka berdua sepantas kilat tersenyum manis. Maklumlah mereka berdua perlakon terhebatlah katakan.

******

Natasha baru selesai menunaikan solat Isyak ketika Iskandar memasuki biliknya. Dia menjeling ke arah jam yang berada di dinding. Tepat jam 12 tengah malam solat lambat betullah aku malam ni. Sibuk sangat kat bawah tadi inilah jadinya. Iskandar yang selamba berbaring di atas katilnya dipandang. Amboi sedapnya badan. Selesa nampak. Itu katil akulah. Mentang-mentanglah dia dah sempat solat dan mandi tadi. Sesuka hati dia aje nak berbaring-baringan atas katil aku. Natasha segera menanggalkan telekung dan menggantungnya di dalam almari semula.

Iskandar yang sedari tadi mencuri pandang Natasha terkedu melihat Natasha tanpa tudung di kepalanya. Ya Allah indahnya ciptaanMu. Rambut lurus Natasha yang separas pinggang dipandang lama. Cantiknya.. dia ni orang ke anak patung ni? Iskandar terus mengelamun tetapi apabila terdengar suara Natasha terbatuk kecil dia tersedar semula dan terus duduk di birai katil. Cantik apa bendanya? Sememeh adalah. Kelihatan Natasha mengambil sehelai sampul surat dari dalam laci meja belajarnya dan mendekati Iskandar. Sampul surat itu diserahkan kepada Iskandar. Iskandar mengerutkan dahinya ketika menyambut sampul surat itu. Apa bendanya ni?

“Apa ni?” soalnya.

“Perjanjian. Rules and regulation.” Balas Natasha senada.  Iskandar segera membuka sampul surat itu. Dan melihat isi kandungan perjanjian itu.

“Dah macam nak masuk pertandingan memasak je ada rules and regulation bagai” bebel Iskandar perlahan.
  
       1 .       No skin ship. (jangan nak suka suki sentuh saya ye. Ini badan saya, saya je ada hak nak sentuh)
       2 .       Hanya depan mama, papa, mummy dan daddy  je kita berlakon jadi pasangan yang sebenar
       3.             Kerja rumah bahagi buat sama rata. Mana adil saya buat sorang. Saya ni kan student lagi. Banyak kerja nak kena buat.
p/s: siapa yang melanggar  perjanjian akan dihukum. Kalau setuju tanda tangan kat bawah kalau tak setuju pun kena tanda tangan juga.(Hukuman masih belum saya fikir lagi sebab perjanjian ni saya buat tergesa-gesa.)

“Hahaha ini aje? Sekejap.” Iskandar tergelak besar  setelah membaca perjanjian yang dibuat Natasha. Dia berjalan ke almari dan mengambil sesuatu dari dalam begnya. Sehelai sampul surat juga. Apa ni? Dia pun ada rules and regulation ke? Tiru oranglah tu. sampul surat yang dihulur diambil kasar. Natasha segera meneliti isi sampul surat tersebut. Sah! Memang surat perjanjian! Ciss!

        1.       Kita kena berlakon baik kat depan parents kita. Lakonan awak kena mantap tak mau kaku macam tiang public phone jangan pulak lebih-lebih dah jadi macam Lisa kalau tak you are a death meat. 
Ewah ewah sesedap rasa je cakap orang tiang public phone. Dia tak tahu aku ni dulu juara pertandingan lakonan kat sekolah dulu. Heh!

       2.       Duduk rumah sendiri nanti kita tidur bilik asing-asing. Rimaslah nak tengok muka awak setiap waktu.
Macamlah aku hadap sangat nak tengok muka dia. Memang aku setuju sangat-sangatlah dengan syarat yang ni.

       3.       Hari-hari awak kena masak. Tapi jangan masak merepek-repek. Pedas totally tak boleh.
Dia ingat aku ni restoran ke nak order-order?

      4 .       Kerja rumah wajib kena buat. Jangan nak malas. Nanti bertambah gemuk.
Bila masa pula aku gemuk ni?

      5.       Jangan nak menggatal dengan mana-mana lelaki lepas awak dah sah jadi isteri saya. Terutama sekali si Haikal anak Datuk Zalman tu yang bajet handsome tu.
Eleh jealous lah tu. Cakap ajelah.

      6.       Belajar rajin-rajin biar pointer dapat tinggi nanti tak adalah orang kata saya dapat isteri tak pandai. Tak setaraf dengan saya yang bijak bestari ni.
Baru dapat PhD lebih sikit nak riak tak memasal. Berlagak betul!

      7.       No skin ship. So tak payah nak goda-goda ye.
Tak kuasa aku nak goda dia. Dia ingat dia tu handsome sangat ke? Si Kamal anak Datuk Hassan tu lagi handsome dari dia tau!

       8.       Jangan bocorkan rahsia kita ni pada sesiapa pun. Siap awak kalau buat jugak.
Aku pun tak nak orang tahulah!
Kalau setuju ke tak setuju ke kena juga tandatangan kat bawah ni. Sekian terima kasih.

Banyak betul dia punya syarat. Ini bukan syarat namanya ini sengaja nak menyakitkan hati aku ni. Nak mendera hidup aku lah tu. Melampau! Dia ingat aku syok sangat nak kahwin dengan dia? Tunggulah nanti lepas mama balik dari umrah, aku mesti kena bercerai dengan dia.

“So sekarang, awak boleh tanda tangan surat perjanjian ni. Sampai masa nanti lepas parents awak balik dari umrah kita akan berpisah. Dalam masa selama tu kita kena ikut semua rules and regulation ni. Tapi memandangkan awak dah langar salah satu daripadanya. Iaitu awak dengan senang hatinya dah bagi tahu Ara pasal kita sampai dia boleh ada masa majlis tadi. Saya akan denda awak.” Kata Iskandar panjang lebar. Pen hitam dihulurkan kepada Natasha. Siap dengan stamp pad lagi supaya Natasha boleh menurunkan cap jari.

“Saya bukan sengajalah. Saya tak ada sesiapa tau nak curahkan perasaan saya. At least Ara boleh bantu saya untuk tenangkan perasaan saya yang berkecamuk sebab awak ni suka sangat menyakitkan hati saya. “ Natasha mempertahankan diri sambil menurunkan tandatangan dan cap jari pada surat perjanjian itu. Iskandar sekadar memerhatikan Natasha sambil berbaring di atas katil.

“Saya tak kira sakit ke tak sakit ke awak kena denda jugak sebab  awal-awal lagi saya dah bagi amaran jangan mengada-ngada nak bagi tahu sesiapa tapi awak degil juga. Oleh itu, saya dengan bangganya mengumumkan dendanya ialah awak akan menjadi penghuni setia lantai or sofa sampailah kita pindah rumah. Jadi, selamat malam. Have a nice date with your floor.” Terus dia menarik selimut menyelimuti dirinya dan membelakangi Natasha. Natasha pula hanya terpinga-pinga melihat kelakuan Iskandar. Akhirnya dia melepaskan nafas panjang dan mengambil comforter dari dalam almari dan membentangkannya di atas lantai. Dia mengambil beberapa bantal dari atas katil lalu membaringkan diri. Apalah nasib badan…

“Tutup lampu tu.” kedengaran suara Iskandar mengarah. Dia berpusing mengadap Natasha yang sudah baring di sisi katil.

“Tak payahlah. Saya takut gelap. Biarkan aje terpasang.” Natasha yang baru sahaja mula terlelap membuka mata dan kemudian memejamkan. Tak kuasa nak bergaduh tengah malam begini. Dia penat.

“Nak takut apanya. Saya yang gagah ni kan ada. Tutup ajelah. Saya tak boleh tidur kalau terang.” Iskandar mengarah lagi. Kerjanya memang suka mengarah je. Tapi hanya pada Natasha sahaja. Kalau pada orang lain dia akan jadi lelaki sebaik-baik lelaki.

Natasha merengus kuat dia bangun dan mengambil sesuatu dari dalam laci. Dia menghampiri Iskandar lalu memberikan Eye sleeping mask kepada Iskandar. Nak sangat gelap kan. Ambil ni. Baru betul-betul gelap. Nasib baik aku beli benda ni masa pergi Sarawak dulu.


Iskandar segera mengambilnya dan memakaikan di kepalanya. Sungguh dia terlalu penat untuk bergaduh lagi malam ini. Esok saja dia akan bergaduh lagi. Melihatkan Iskandar sudah selesa, Natasha terus menyambung semula tidurnya yang terbantut tadi.  Harapannya semoga mimpinya tidak dihantui oleh Iskandar. 

Sunday, June 23

My Hubby Mt Lecturer!!! bab 3

Bab 3
 “Hello. Siap cepat 20 minit lagi saya sampai. Jangan nak buat alasan tak nak ikut. Titik!”
Telefon bimbit di tangan di pandang dengan wajah pelik. Rajin saja tangannya menggaru kepala yang tiba-tiba terasa bagai ada sejuta kutu berjoget-joget di atasnya.  Mama pula hanya memandangnya sambil tersengih sambil mengangkat-angkat kening.  Await mama ni?
Mamat sengal mana pulak yang call aku tiba-tiba ni? Salah nombor ke apa? Dah lah berlagak, salam tak bagi, tak bagi tahu siapa dia. Tup.. tup dah off. Zaman sekarang ni memang ramai orang pelik. Lantak kau lah. Kisah aku!
“Hah sayang. Apa lagi termenung ni? Pergilah siap. Kejap lagi dia sampai tu.”
“Siapa yang nak datang ma?”
“Bakal suami awak lah sayang.  Siapa lagi? Dia nak ajak pergi tempah baju nikah tu. Dah pergi naik siap cepat.“ mama tersengih melebar.
 Amboi suka benar dia. Aku ni dah kena little heart attack dah ni. Sampai hati mama. Lari balik kampung nanti baru tahu. Eh, kat kampung tu bukan ada sesiapa dah. Tok abah dengan tok wan dah lama tak ada.  Aduhai.. sabar Tasha dapat  keberkatan dari ibu bapa bererti aku dapat keberkatan Allah. Sabar!
“Baik, ma.” Natasha segera menapak ke tingkat atas. Senyuman palsu dilemparkan kepada mama.
Baju apa aku nak pakai ni? Karang kalau aku pakai lawa-lawa pulak dia kata aku terlebih over. Kalau pakai buruk-buruk karang dia sound aku dengan English dia yang super power tu ‘You are embrassing me Natasha!‘ siap  dengan jari telunjuk dia yang cantik, runcing, putih bersih, tu tunjuk kat muka aku.Eh! Terpuji pulak. Uhh.. tak sanggup aku!
Ok Natasha tarik nafas. Lepas. Tarik nafas. Lepas. Buka almari dan pilih baju yang kau rasa dia tak akan kutuk kau. Hah! Yang ni. Terbaik!
****
“Here come pokok Christmas berjalan. Awak ni mesti high maintenance person kan? “ Iskandar terus meleser Natasha sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari pintu rumah Natasha setelah dia meminta izin mama untuk membawa Natasha keluar.
Matanya sengaja dikecilkan memandang ke bawah. Konon-kononya Natasha terlalu pendek darinya. Tapi memang betul pun. Tingginya sekitar 1.86 meter dan Natasha hanyalah 1.54 meter. Memang terlalu kecil pada pandangannya. Haha ketot!
“Eh dah kenapa pulak? Tiba-tiba je. Ni nak cari gaduh ke apa ni?”
“Yelah kan kajian cakap kalau perempuan yang suka pakai blocking colour ni high maintenance. So rasanya awak pun macam tu lah kan?” Iskandar tersenyum sinis. Mukanya sengaja diseriuskan kepada pemanduan. Memandu perlu tenang! Tenang membuli budak kecil ni.
 “Ya Allah Kenapalah typical sangat pemikiran awak ni? Sempit sangat tau. Tak semestinya saya pakai dress kuning  dengan shawl biru. Saya ni high maintenance.  FYI (for your information) dari kepala ke kaki saya ni semuanya tak sampai seratus ringgit pun tau. So saya rasa daripada awak membazir air liur awak nak gaduh dengan saya, baik awak diam. Biar saya hafal theory subject awak  untuk short test esok. Kalau saya tak dapat jawab masa awak tanya nanti awak malukan saya pulak dalam class. So Mr. Iskandar al-Amin sila diam ye. Kepala saya dah cukup banyak benda nak fikir tak cukup tempat nak letak idea melawan kata awak lagi.”
Natasha segera mengambil earphone di dalam beg tangannya, memainkan lagu kegemarannya, You and Me dari Lifehouse dan memasangnya ke telinga sambil meneliti nota ringkas di tangannya sementara Iskandar hanya terkedu. Eh dia ni. Pantang aku nak menyakitkan hati dia ada je aku terkena balik. Tak apa Is. Kau lecturer yang baik. Dia nak belajar kau patut sokong. Jangan kerana benda tak penting kau nak musnahkan masa depan pelajar. Siap lah dia nanti bila dia tak study aku kerjakan dia cukup-cukup.Natasha yang sedang terkumat kamit menghafal sekali lagi dipandangnya geram.
Sebaik sahaja sampai di butik terkenal yang terbaik di Malaysia yang Datin Rose arahkan dia pergi Iskandar terus keluar dari kereta meniggalkan Natasha yang masih terpinga-pinga kerana kereta tiba-tiba berhenti. Dia pula ketawa besar dalam hati kerana sekali lagi berjaya membuli Natasha. Dan terus melangkah masuk ke dalam butik
“Kenapa awak keluar tak beritahu?” soal Natasha dengan suara keras tapi di perlahankan.  Dia mendongak untuk memandang wajah Iskandar. Almaklumlah ketinggiannya hanya separas dada Iskandar sahaja.
“Dah tu awak suruh saya diam. So, my love saya diam lah. Baguskan saya ni, mengikut arahan orangnya.” Matanya dikenyit demi menyakitkan hati Natasha. Namun niatnya untuk membuli Natasha lebih banyak terbantut kerana pekerja butik tersebut telah menghampiri mereka berdua.
Natasha yang baru sahaja ingin membuka mulut untuk membalas kata-kata Iskandar terpaksa membatalkan niatnya apabila terpandangkan pekerja butik yang berjalan seperti menggunakan tulang belut memandangkan lelaki itu berjalan berlenggang terlebih lenggok pula.
“ Yes handsome. May I help you?” tegurnya pekerja itu sambil melalukan jarinya ke sepanjang tulang sketchbook di pelukannya. Matanya tajam memandang Iskandar dengan pandangan menggoda.
“Yes. Saya datatang atas tempahan Datin Rose. I think I should see Salman Khuzair the designer. Is he around?” terang Iskandar yang terasa agak kembang tekak melihat gaya belut lelaki itu. Dia perlahan-lahan merapatkan diri dengan Natasha yang berada di sebelahnya. Mr. Sissy, this is my future wife ye.. So, just don’t try to flirting me.
“Oh nak jumpa Mr. Salman?  Tunggu sekejap ye.  I panggilkan dia. You guys silalah duduk dulu. I’ll serve you drinks. Please wait for a moment sementara tu you both boleh tengok-tengok dulu collections kami.” Lelaki belut itu berlalu tinggalkan mereka setelah mengenyitkan mata gatal kepada Iskandar.
Iskandar pula tiba-tiba terasa bagaikan ada ulat bulu menari-nari di dalam tekaknya.Dia segera menarik tangan Natasha supaya duduk di sebelahnya. Tak kuasa dia digoda makhluk sejenis. Geli tau!
 Natasha segera menepis tangan Iskandar. Dia ni tak tahu halal haram ke apa? Sesedap tekak dia je nak sentuh-sentuh aku. Nasib baik berlapik kalau tak aku watcha teruk-teruk. Iskandar yang selamba bagai tidak bersalah dipandang tajam. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk diam sahaja. Tak kuasa nak bergaduh lagi di tempat orang.
Membelek koleksi rekaan dari pereka terkenal negara Salman Khuzair siapa saja akan terpegun. Masing-masing mendiamkan diri tenggelam dalam hasil rekaan Salman yang begitu cantik dan unik itu.Ternyata  Salman Khuzair memang seorang pereka yang terkenal dan sangat bagus.Malahan,  Natasha yang bukan kaki fesyen juga kenal dengan Salman Khuzair. Hampir setiap rekaannya menjadi rebutan pelbagai golongan.
“Hye Mr Iskandar. Dah lama tak jumpa you since the last time we meet.  Terima kasih sebab sudi memilih butik dan busana rekaan I. I akan pastikan awak berdua akan jadi lebih handsome dan gorgeous daripada Prince Willliam dan Kate Middleton. Kita buat sampai you nampak macam betul-betul hero and heroine fairy tale.” Nampaknya Salman Khuzair  jenis orang yang easy-going. Senanglah dia nanti tidak tertekan sangat dengan Iskandar di sisinya.
“Aha.. So this beautiful girl must be the one who managed to steal your heart kan? Cantiknya dia. No wonder you ambil keputusan untuk cepat-cepat sattle down kan.  She’s enchanting! Hye Miss Natasha ” kata Salman Khuzair sambil memandang wajah Natasha.
“Assalamualaikum, saya Natasha. Natasha al-Jannah.” Natasha  memberikan senyuman paling manis kepada pereka tersebut. Baru kena puji. Mestilah hati kembang setaman. Nak beri senyuman pun mulut tak payah nak diarah dia sendiri tahu nak buat apa.
Pandai betul Si Salman ni membodek. Ni mesti sebab nak suruh tempah baju yang mahal lah ni. Budak kecil ni dia kata gorgeous? Dah terbalik ke apa mata dia? Eh, tapi betul ke dia tak cantik? Wajah Natasha yang sibuk mendengar penerangan dari Salman Khuzair dipandang. Kulit dia. Ya Allah, putihnya. Mengalahkan orang arab. Gebu betul. Mata dia. Bulat. Besar. Warna coklat tua. Bulu mata dia. Eh, lebatnya. Bulu mata palsu ke betul ni? Hidung dia. Ok mancung jugak. Mulut dia. Kecil. Macam mana dia boleh cakap banyak sangat dengan mulut sebesar tu ye? Bibir dia. Gulp! Iskandar tertelan air liur.
“Mr. Handsome, kalau ya pun you dah tak sabar nak kahwin dengan this princess, tak kanlah sampai tertelan air liur kot. I dah banyak kali panggil you ni tau. You jangan risau ye. Tak lama lagi dah tu.” Usik Salman Khuzair bila panggilannya yang entah ke berapa kali tidak dihiraukan.
Iskandar mengetap bibir bila Natasha memandangnya pelik. Sah, Kantoi sudah ni. Aduhai Is! Kenapalah kau gatal sangat pandang budak kecik ni? Mesti dia fikir kau syok kat dia. Tak boleh jadi ni!
“My Love, mestilah I pandang kan?”
“Hehehe.. betul-betul. So, Iskandar. For this wedding, konsep akad nikah apa yang you rancang? Ikut yang Natasha cakap dia hanya nak baju untuk majlis akad nikah je. Kalau you dah decide I akan buat something special untuk you both.”
“My mum tak ada pesan apa-apa ke?”
“Dia cakap majlis tu kecil je. Hanya keluarga dan kenalan rapat je yang ada tapi dia nak pastikan you berdua betul-betul cantik dan handsome. She wants something like, grand, elegant, dan semestinya enchanting! Biar semua tetamu yang  ada terpukau.” Salman sudah mula melebih-lebih. Tangannya digayakan dengan penuh perasaan biar dua orang penonton di depannya faham dengan penerangannya.
“Kalau macam tu. Macam Tasha juga. I beri kepercayaan pada you. You sketch beberapa design dulu, nanti dalam masa dua hari lagi I dengan Tasha akan datang lagi untuk finalize. Jom sayang, we shall make a move sekarang. I ada kerja sikit lepas ni.” Iskandar bingkas bangun. Natasha yang sibuk membelek jenis fabric terpinga-pinga bila lengannya di tarik supaya berdiri.
Dia ni kenapa? Tadi nak sangat paksa aku datang. Bila aku dah seronok tengok baju dia nak suruh aku balik pulak. Dia ni sengaja nak sakitkan hati aku ke?  Natasha memandang tajam muka Iskandar yang selamba badak.
Iskandar segera menarik tangan Natasha keluar dari butik tersebut. Punat di kunci kereta ditekan dari jauh lagi. Sengaja dia mahu pulang cepat kerana memikirkan esok Natasha ada short test. Kalau dia berlama-lama dengan perkara remeh sebegitu nanti tak pasal-pasal pula pelajarnya mendapat markah yang rendah.
“Awak. Kenapa kita nak balik tergesa-gesa ni? Baju pun tak sempat pilih lagi. Nanti kalau mama tanya saya nak jawab apa?”
“Cik adik. Saya tahu awak suka sangat-sangat untuk kahwin dengan saya yang serba kacak lagi macho ni. Tapi, tadi awak juga yang membebel esok ada short test. So, kita balik sekarang. Tapi before tu, jom pergi makan dulu. Nanti karang mummy saya bising bawak anak orang keluar tapi tak bagi makan.” Balas Iskandar dengan penuh perasan. Matanya dihala ke depan. Tak mahulah dia kerana berbalas kata dengan budak kecil ni. Nanti dia terbabit dalam kemalangan. Ya Allah. Takutnya!
“Oh, bertimbang rasa juga awak ni ye. Kalau awak baik sangat, apa kata awak bagi tahu saya soalan apa yang keluar esok. Bolehlah saya skor. Amacam?” sengaja Natasha buat mengada. Kelakuannya kini  tak ubah seperti Lisa si beluncas manusia. Seorang rakan sekelasnya yang serba gedik.
Lisa yang sering menggedik tak kenal tempat. Asal ada lelaki kacak dia pun serta merta kan menjadi ulat beluncas. Tegeliat-geliat bagai tak ada tulang. Kononnya seksi dan manja. Sentiasa cuba menggoda mana-mana saja lelaki yang dia rasa kacak dan berduit. Tapi tak semestinya kacak pun akan digoda Lisa. Muka tak handsome macam si Kamal anak Datuk Hassan tu juga digodanya. Maklumlah anak tunggal Datuk bodohlah Lisa jika tak menggodanya.  Sekarang ni sasaran Lisa yang rasmi dan diketahui oleh semua orang di Kolej ialah Iskandar. Jejaka paling kacak, bergaya dan sempurna bagi sesiapa yang belum tahu siapa sebenarnya Iskandar.
Padahal. Iskandar ni lah lelaki paling kerek dan kekwat yang dia pernah tahu. Cakap dengan dia, kalau tak menyakitkan hati orang memang tak boleh. Mesti ada je yang idea dia untuk menyakitkan hati aku.
“Ni apahal? Kalau awak setakat nak berlagak macam Lisa wannabe. Tak payahlah harap saya nak bagi tips. Buat apa saya penat-penat ajar awak yang lambat ni kalau saya sibuk nak bagi awak tips? Sampai bila awak nak pandai kalau macam tu? Balik rumah nanti awak fahamkan betul-betul je apa yang saya dah ajar. Bukan susah sangat pun. Nota saya dah bagi, penerangan saya dah bagi. Betul-betul spoon feed tau. Kerja awak cuma fahamkan dan skor dalam exam tu je. Ini tidak. Dalam kelas sibuk nak bergosip. Sibuk nak menggatal dengan  si Haikal tu. Macam mana nak skor kalau otak asyik ke lain je. Sampai keluar anak tekak saya mengajar pun awak tak akan skor. Jadi, lain kali dalam class jangan asyik nak menggatal je.” Ok fine, aku ni dah kenapa nak marah dia dengan Haikal tu? Tenang Is. Tenang. 
 “Bila masa pulak yang saya menggatal dengan Haikal tu? Saya dengan dia classmate ajelah! Sibuk je dia hal orang. Nampak sangat awak stalk saya masa mengajar.” Natasha membidas. Geram pula dia bila asyik saja dikata-kata. Iskandar pula masih tekun memandu sambil menggaru sedikit dagunya yang licin tanpa sehelai janggut pun.
“Tak kuasa saya nak stalk awak pun. Dah kalau satu kelas sibuk cerita dan nampak awak bercekerama dengan boyfriend awak tu takkanlah saya nak buat tak nampak pulak. Saya ni masih ada perfect eye-view tau. Awak tu bakal isteri saya. Awak jangan nak menggatal lagi dengan dia lepas ni. Kalau awak buat juga awak tahulah apa yang akan saya adu pada papa awak.” Ugut Iskandar tanpa kesedarannya sendiri. Entah kenapa tanpa kesedarannya sendiri dia bersikap begitu terhadap Natasha.  Cemburu!
Natasha hanya terkelu di tempat duduknya. Sungguh dia takut bila nama papanya dibangkitkan. Kalau dengan papa, memang tak boleh buat main. Karang papa buka strategi perang dingin tak mahu bercakap dan dan buat muka dinding bagai Natasha tak wujud   pasti Natasha akan kalah. Tak sanggup dia menjadi anak derhaka atas sebab yang tak munasabah iaitu dia memang tak ada apa-apa hubungan dengan Haikal anak Datuk Zalman tu! Tak ada!
Tapi…. Apa hak Iskandar untuk melarangnya? Meraka masih tak ada sebarang ikatan lagi. Sah mamat ni dah tak betul litar otaknya. Sengal!
“ Suka hati awak lah nak cakap apa pun. Yang penting saya tahu saya memang tak ada sebarang hubungan dengan Haikal tu. So, tak payah nak buat cerita ya.” Natasha terus menyambung membaca notanya. Tak kuasa nak layan orang yang suka merepek.
Iskandar pula hanya terdiam tak tahu nak kata apa. Dia tahu dia dah terlepas cakap benda yang tak sepatutnya. Tapi memang wajar apa kalau dia cemburu. Natasha kan bakal isterinya! Bakal isteri? Sejak bila aku iktiraf dia bakal isteri aku? Kau ni dah kenapa Iskandar?
“Natasha” panggil Iskandar sepatah. Wajah Natasha dipandang sekilas sebelum dia focus ke pemanduannya semula.
“Humm… apa?” Natasha juga membalas sepatah. Dia masih menunduk membaca nota. Lebih baik dia menatap notanya yang jelita bewarna warni itu daripada menatap muka Iskandar yang menyakitkan hati.
“Sssaya.. saya.. nak tanya ni.”
“Apa? ” Natasha sedikit keras.
“Awak.. awak humm..”
“Awak apa?” tekun lagi membaca nota. Jangan pandang dia. Jangan pandang dia. Ni mesti ada trick dia ni.
“Awak…. Awak..”
“Awak apa!”
“Awak tak nak turun ke? Ke nak makan je nota tu? Kalau nak. Saya boleh tolong potongkan kecil-kecil.bagi senang sikit nak digest.”
Natasha segera mengangkat kepalanya. Ya Allah dah sampai rupanya. Dia ni! Kalau tak mengenakan aku tak boleh ke? Dia menjeling tajam Iskandar yang selamba keluar dari kereta sambil mentertawakannya. Chait! Dia gelakkan aku!
“ Silakan masuk tuan puteri.” Iskandar membongkokkan sedikit badannya dan tangannya dihayun gaya pelayan restoran Italy tapi sayangnya wajahnya jepun Inggerisnya  terlalu ketara. Natasha pula hanya melangkah masuk ke dalam restoran dan mengetap bibir tanda geram. Sengaja tau dia ni!
“ Hye Mr. Iskandar what would you have today?” Dia ni memang merata-rata orang kenal ke?
“As usual please, and make it two.”
“Speacial one?” Tanya pelayan itu yang lebih menjurus tentang Natasha.
“ My future queen control” dan mereka sama-sama ketawa. 
Eh amboi! Segak bahasa. Karang aku control betul-betul karang baru tahu. Natasha memandang Iskandar tajam selepas pelayan itu berlalu. Tangannya di bawah meja sudah merenyukkan kain alas meja sekuat hati. Geram batul!
“Awak tak tanya pun saya nak makan apa.”
“Tak payah tanya. Saya tahu awak nak makan apa. Lagipun saya yang bayar bukannya awak.” Iskandar sengaja mensarkastik kan diri. Tujuannya cuma satu. Sakitkan hati Natasha sesakit mungkin. Oh Yeah!
“Awak memang! Manusia paling pelik di muka bumi ni! Saya menyampah tau dengan awak.”
“Saya tahu. Awak patut bangga sebab the one and only saya ni ada dengan awak. Bakal suami awak”

Entah kenapa, tiba-tiba Natasha teringatkan Kim Joo Won lakonan Hyun Bin dalam Secret Garden. Apa ni? Aku terpaksa berdepan dengan dengan spesis ni ke? Dugaan apa ni Ya Allah? 

Thursday, June 13

My Hubby My Lecturer!!! Bab 2

Bab 2

“Tasha. Pergi panggil Amin ke dalam. Panas kat luat tu. Suruh dia masuk makan. Malu-malu pula dia.” Kata mama sambil menolak sedikit badan Natasha supaya keluar memanggil bakal suaminya.

Datin Rose pula hanya tertawa kecil melihat Natasha yang serba salah antara tak mahu dan terpaksa. Dia menyiku sedikit suaminya di sebelah supaya memberi perhatian kepadanya. Datuk Adam memandang isterinya dan tersenyum. Suka benar dia melihat Natasha yang pada pandangannya sangat sopan dan menghormati orang tua.

“Tapi ma….Baiklah” baru sahaja dia ingin mengelat tetapi bila mama sudah mencerlungkan mata kepadanya terpaksalah dia pergi juga.

“Malulah tu. Si Amin ni pun sengaja je tak nak masuk mengada-ngada nak kena jemput pula. Kita masa muda-muda dulu tak ada pun macam ni kan Man. Aku ingat kau dulu masa nak kahwin dengan Aida kau sendiri yang nak sarung cincin masa bertunang.” Datuk Adam mengusik teman baiknya.

“Alah kau pun sama juga. Masa mak kau nak pergi meminang Rose kat UK dulu kau kata tak payah. Terus nak nikah je. kalau meminang nanti lambat sangat nak nikahnya kau kata.” Papa memulangkan paku buah keras kepada sahabatnya. Akhirnya mereka sama-sama ketawa berdekah-dekah.

Natasha membetulkan sedikit tudung di kepalanya. Dia tercari-cari orang yang patut dipanggilnya masuk. Mana? Tak ada pun. Dah balik ke? Ataupun lari? Sepatutnya aku yang lari. Eishh.. menyusahkan betul. Nak cari kat mana pulak ni. Nak tak nak terpaksa juga aku cari sekeliling rumah ni.

Tiba-tiba dia terlihat seseorang yang sedang duduk bercangkung di tepi kolam ikan. Sedang sibuk memerhatikan ikan yang dipelihara mama berenang-renang. Hah kat sini pun dia. Penat aku cari sekeliling rumah dia boleh pulak duduk lepak-lepak kat sini. Macam pernah tengok belakang mamat ni. tapi kat mana ye?

“Assa.. Assalamualaikum awak. Mama panggil masuk. Dia ajak makan.” Panggil Natasha tergagap-gagap.

“Wa’aliakumusalam” Lelaki yang sibuk memerhatikan ikan itu tadi berpaling. Dia tersenyum kelat memandang Natasha yang sudah ternganga memandangnya.

“Kenapa awak ternganga pandang saya?”

“Sir… Sir buat apa kat sini? Macam mana sir tahu rumah saya?” Kenapa pulak Si Nasi Kandar ni ada kat sini? Best sangat ke merayap ke rumah student dia?

“Salah ke saya nak datang rumah bakal isteri saya?” tanya Iskandar sedikit sinis. Entah kenapa dia berasa geram dengan Natasha sedangkan dia tahu Natasha tidak bersalah.

“Bakal isteri? Tapi… bakal suami saya nama dia Amin. Bukan awak” Hah amik kau! Tak ada lagi gelaran kehormat untuk kau. Kerek sangat kagi dengan aku.

“Natasha dah dekat dua bulan awak jadi student saya. Takkanlah awak tak tahu nama bakal suami awak ni Iskandar Al-Amin?” Iskandar masih lagi dengan nada sinisnya.

“Lah yeke? Tak tahu pula saya. Bukannya saya pernah terinigin nak meyibuk hal awak pun. Lagipun awak tu siapa je sampai saya nak kena ambil tahu pasal awak?” Natasha juga menjadi geram apabila Iskandar tak habis-habis dengan muka tak puas hatinya itu.

Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau ke? Nak kerek-kerek kenapa? Kalau kau tak nak kahwin dengan aku, aku lagilah seribu kali tak nak lah! Bukannya aku tahu aku nak kena kahwin dengan kau pun. Nak marah sangat pulak. Kau ingat kau je boleh marah aku pun boleh lah!

“So, sekarang ni awak setujulah ye dengan cadangan parents kita? Betul-betul menepati janji awak ni ye. Ke awak memang dah tak sabar nak kahwin?”

“Awak ni kenapa ye? Macam tak puas hati je dengan saya? Ok. Sekarang ni saya nak tanya. Kenapa awak setuju untuk kahwin dengan saya?” Natasha sudah benar-benar geram dengan Iskandar yang tak habis-habis menyakitkan hatinya.

“Mestilah saya bengang. Saya tak pernah terfikir pun nak kahwin sekarang tapi tak pasal-pasal kena kahwin denga orang macam awak ni. Awak nak tahu saya setuju kenapa? Sebab saya tak sanggup nak hampakan permintaan parents saya.” Balas Iskandar dengan nada keras tetapi suaranya diperlahankan kerana takut orang lain terdengar pertengkaran mereka.

“Orang macam saya? Kenapa dengan orang macam saya? Saya ni orang yang macam apa pulak? Kalau awak tahu nak jadi anak yang taat. Samalah juga macam saya. Saya pun tak nak hampakan mama dengan papa saya. So don’t blame me on something that is not even my fault okay!”

“Orang macam awak? Hahaha.. budak-budak kecik tapi sibuk dah nak kahwin. Sepatutnya awak sibukkan diri untuk belajar. Bukan sibuk nak kahwin sekarang ni” Pertengkaran mereka menjadi semakin hangat. Masing-masing tidak mahu mengalah.

“Awak ingat saya hadap sangat nak kahwin dengan awak? Kalau saya tahu saya kena kahwin dengan awak jangan harap saya nak setuju. Sekadar nasi kandar macam awak. Huh! Bersepah sana sini. Oh by the way kat dalam saya ada masak Nasi Tomato. Mesti awak dah bosan makan nasi kandar hari-hari kan? ” mereka berdua sudah mula berdiri sambil bercekak pinggang. Natasha pula terpaksa mendongak untuk memandang Iskandar yang jauh lebih tinggi daripadanya. Tak apa lenguh tengkuk pun aku sanggup asalkan aku tak kalah dengan Nasi kandar ni.

“Nasi kandar awak panggil saya? How dare you! Awak ingat saya kisah sangat dengan budak pemalas macam awak? Assignment lambat siap. Dalam class sibuk berborak. Lagi pulak..” belum sempat dia menghabiskan kaa-kata, tiba-tiba mama menjenguk dari dalam rumah. Mereka segera tesenyum mesra. Konon-konon mereka sedang berbual mesra. Lakonan mesti mau mantap!

“Tasha. Amin masuklah. Buat apa kat luar panas-panas tu? Mari masuk makan.” Laung mama dari pintu rumah.

“Ok ma. Kejap lagi kita orang masuk. Jom awak kita masuk. Mama dah panggil tu.” Pelawa Natasha ala-ala mesra. Heishh.. tak ingin aku nak mesra-mesra dengan kau. Nasib baik mama ada. Kalau tak dah lunyai kau aku kerjakan.

“Ah? Hahaha.. jom.. jom.. cantik halaman rumah awak ni ye. Banyak pokok-pokok bunga.” Iskandar juga memainkan lakonan mesranya itu.

“Natasha, listen here. Awak jangan bagitahu sesiapa pun pasal ni tau kalau tak nahas awak.” Bisiknya perlahan ke telinga Natasha selepas mama berlalu. Natasha pula hanya menjelingnya tajam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Iskandar di belakang.

*******

“Tasha, cuti mid sem ni jom kita travel ke Sabah nak? Kali ni kita daki Gunung Kinabalu. Kita ajaklah ramai-ramai pergi. Mesti best. Lagipun 3 hari kita cuti, parents kau dah berangkat buat umrah kan? Bosan juga kalau kau duduk rumah je.” Bersungguh-sungguh Ara mengajak teman baiknya itu untuk melancong bersamanya.

Bukannya dia tidak tahu seperti biasa Natasha akan menolak ajakkannya itu. Tetapi dia tetap mahu mencuba nasib. Sahabatnya itu memang jarang melancong dengan orang lain melainkan ibu bapanya sendiri. Manalah tahu kali ini Natasha akan bersetuju.

“Ara. Aku tak bolehlah. Aku ada hal cuti ni. memanglah parents aku tak ada tapi aku memang tak boleh. Hal ni penting sangat. Aku memang tak boleh nak elak.”Natasha menggenggam erat tangan Ara dengan harapan Ara tidak merajuk dengannya.

“Alah sekejap je. bukan sampai sebulan pun kita pergi. Kalau kau takut nak cakap dengan parents kau biar aku yang cakapkan.” Pujuk Ara lagi.

“Aku tak bolehlah Ara. Kalau kau pujuk mama dengan papa aku pun memang tak boleh punya. Hal ni pun diorang yang rancang.” Tegas Natasha. Mukanya keruh memikirkan masalah perkahwinannya itu.

“Kau ni kenapa ye beb? Lately aku tengok kau macam ada masalah je. Aku kan kawan baik kau. Takkanlah dengan aku pun kau nak berahsia. Ada apa sebenarnya ni?” tanya Ara semakin curiga.

“Ara. Aku bagitahu kau ni sebab kau satu-satunya kawan baik yang aku ada. Aku akan kahwin cuti ni.” ujar Natasha. Ara yang sedang duduk dihadapannya segera berdiri dan mempamerkan raut tidak percaya.

“Kahwin? Dengan siapa? Kau ada boyfriend tak pernah cakap dengan aku pun. Sampai hati kau tak pernah cakap dengan aku langsung.”

“Aku memang tak ada boyfriend lah. Aku nak kahwin ni pun parents aku yang tentukan. Diorang takut tak ada sesiapa yang boleh jaga aku masa diorang kat sana nanti.” Terang Natasha.

“Kau kahwin dengan siapa ni? Elok ke lelaki tu? Entah-entah dia jahat ke. Mana kita tahu. Eh. Tapi kalau parents kau yang pilih mesti eloklah kan. Takkanlah diorang nak susahkan anak diorang pulak kan.” Tempat duduk yang ditinggalkannya tadi diambil semula. Dia ingin mendengar lebih jelas cerita Natasha itu.

“Kau kenal siapa dia.”

“Siapa?”

“Sir Iskandar. Dia anak kawan baik papa aku. Tapi aku minta sangat-sangat kau tolonglah rahsiakan hal ni ye.” Natasha membetulkan tudungnya yang senget ditiup angin.

“Sir Iskandar? That sir Iskandar..? Yang ajar kita Innovation Management tu? Yang handsome meletop kepedasan macam Daniel Henny tu? Yang tinggi gila nak mati tu? Yang bawa kereta BMW 3 Series tu? Yang tiap-tiap bulan masuk buletin bulanan U kita tu dgn title 'Most Delicious Bachelor 'tu? Lecturer paling muda dan paling hot tu?” soal Ara tanpa henti seperti mechine gun.

“Sudah-sudahlah dengan kau punya ‘yang’ tu. Iye. Dia tu lah. Mamat poyo seantero dunia. Entah kenapa bila kau puji dia aku rasa macam nak termuntah. Meluat aku dengan dia. Jadi aku merayu dengan kau sebagai sahabat baik aku. Tolonglah rahsiakan hal ni.”

Ya allah janganlah si Ara mulut pot pet ni menyebarkan cerita ni. Natasha berdoa dalam hati.

“Aku bersumpah tak akan bocorkan rahsia ni. Aku janji. Eh Babe. Maknanya lagi dua minggu ajelah kau akan kahwin kan.?” ikrar Ara.

“Yup dua minggu lagi”


My Hubby, My Lecturer!!! Bab 1

Bab 1
“Tasha, mama dengan papa nak pergi buat umrah tau nanti”  kata Puan Aida sambil mengusap kepala anak tunggalnya yang sedang sibuk menyiapkan assignment.

Natasha segera berpaling mengadap mamanya. Pelik mendengar kata-kata mamanya itu kerana sebelum ini dia langsung tidak diberitahu tentang hal ini.

“Umrah ma? Bila? Kenapa sebelum ni mama tak pernah pun bagitahu Tasha? Tup tup dah nak pergi umrah dah.” soal Natasha bertubi-tubi.

“Ye sayang kita orang nak pergi umrah. Kalau tak ada aral melintang, kita orang pergi sana 3 Mac ni. lepas tu mama dengan papa cadang nak terus seluruh Madinah.Duduk sana lama sikit. Dah lama sangat mama teringin nak melancong kat sana sayang. Rasanya dalam sebulan juga kita orang berjalan kat sana.” Natasha hanya merenung mamanya dengan muka sedih.

“Ma. Kalau tak pergi tak boleh ke? Tak pun Tasha ikut ke? Lagipun start bulan mac ni tasha cuti mid sem dua minggu. Boleh ye ma. Kita tak payahlah pergi lama-lama sangat. Nanti takkanlah Tasha sorang-sorang je yang tinggal kat rumah ni. Takutlah ma.” Mama pula hanya memandang Natasha. Keningnya diangkat-angkat sambil tersengih nakal.

“Apa pula mama ni? Ma.. Tasha cakap betul-betul ni. Tasha tak nak tinggal kat rumah sorang-sorang.” Pujuk tasha lagi. Puh.. minta-minta kali ni mama dengar cakap aku. Tak naklah aku tinggal kat rumah ni sorang. Seram wooo…

“Jangan risau sayang. Mama dengan papa dah ada rancangan yang terbaik dah untuk Tasha tau. Tapi mama tak boleh bagitahu sekarang. Rahsia” kata mama sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir. Amboi rahsia betul ni nampaknya.

“Rahsia apa pulak ni ma? Aduhai..” Natasha hanya mengeluh panjang. Dalam hati dia berdoa agar janganlah mama dan papanya membuat rancangan yang bukan-bukan untuknya.

**************
Muka Sir Iskandar yang mendung dipandang dengan penuh persoalan. Sir ni kenapa ye? Tak pernah pulak dia bad mood macam ni. Dia ada masalah ke? Period kot.. hahaha

“Tasha kau perasan tak apa yang aku perasan?” Ara bersuara sambil menyiku Natasha. Matanya masih lagi merenung pensyarahnya yang masih bermuram durja.

“Ha’ah lah. Dari tadi aku dah perasan dah. Dia kenapa ye? Bad mood je. nasib baik dia bukan jenis suka sembur orang kan. Kalau tak dah masak dah kita semua kena sembur. Seram aku. Dah la assignment aku tak siap lagi. Kejap lagi dalam pukul 3 baru aku hantar kat bilik dia sendiri.”

Erkk.. nak hantar assignment kat bilik dia sendiri? Ya Allah harap-harap mood dia okay kejap lagi. Mama lah ni menyebabkan aku tak dapat siapkan assignment. Apalah pulak rancangan mama dengan papa yang rahsia sangat tu ye?

“Kau nak pergi hantar assignment tu nak aku teman ke tak nak? Aku free je petang ni pun. Tak ada class.”

“Humm.. tak payahlah aku pergi sendiri. At least kalau dia nak marah dia marah aku sorang kalau kau ikut karang tak pasal-pasal kau pun terbabit sekali.” Ara menganggukkan kepalanya tanda faham.

“Ok guys class dismisses. Sesiapa yang masih tak hantar lagi assignment sila hantar ke bilik saya sebelum pukul 5 petang. Setakat ni yang ada dengan saya cuma 46 paper je. Lagi 3 tak ada. Jadi siapa yang tak hantar lagi tu jangan buat-buat lupa nak hantar ye because this assignment consist 5% of your carry mark. Ok then, see u next week.” Wajah Natasha dipandang tajam sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah itu.

“Ara, dia tahu ke aku yang tak hantar assignment tu? Dia pandang aku macam nak telan aku je. Matilah aku kali ni” Ara mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Baik kau siapkan benda ni cepat-cepat lepas tu kau hantar kat dia. Masa kau nak hantar tu kau buatlah muka seposen kau tu mesti dia kesian tengok kau sampai tak jadi nak marah kau.”

“Bagus! Muka seposen ye? Ok! Inilah idea terbaik yang pernah kau bagi kat aku. Aku chow dulu pergi library. Esok kita jumpa ye. Kalau ada apa-apa kau roger aku je. Bye bebeh.”

“Good luck Tasha!” laungnya kepada Natasha yang tergesa-gesa keluar dari dewan kuliah. Natasha pula hanya melambai-lambaikan tangannya sambil berlari.

************
“Assalamualaikum sir. Boleh saya masuk?” pintu dihadapannya dikuak sedikit sambil menjenguk ke dalam.

“Humm masuklah. Ada apa-apa boleh saya bantu?” soal Iskandar yang sedang sibuk menaip sesuatu di laptopnya.Kepalanya didongakkan memandang Natasha.

Iskandar menunjukkan tangannya ke arah kerusi tanda menyuruh Natasha duduk. Wajahnya masih kelihatan keruh seperti tadi. Bagaikan ada suatu masalah besar yang melanda dirinya.

“Tak ada apa-apa. Saya cuma nak hantar assignment ni saja. Maaf sebab saya hantar lambat. Semalam saya ada hal sikit dengan mama saya. Jadi saya tak sempat nak siapkan.” Mukanya sehabis boleh diseposenkan dengan harapan pensyarah muda di hadapannya itu tak akan marah kepadanya.

“Oh. Assignment ke? Saya ingatkan awak dah tahu pasal tu.” Ayat terakhirnya itu disebut perlahan sahaja namun masih dapat didengari oleh Natasha.

“Tahu? Tahu pasal apa sir?” tanya Natasha sambil tersenyum.

“Eh, tak ada apa-apalah. Ok. Jadi awak ke sini sebab nak hantar assignment lah ye? Masa awak buat assignment ni ada apa-apa masalah tak? Kalau ada, saya boleh terangkan.” Wajah Iskandar masih lagi muram walaupun dia sudah banyak berbicara.

“Alhamdulillah tak ada masalah. Saya faham semua yang sir ajar setakat ni. Sir, boleh saya tanya sikit?”

“Nak tanya apa?”  Eish… dia ni dah tahu ke? dia nak tanya aku pasal tu ke?
Natasha memerhatikan Iskandar yang kelihatan agak gelisah di hadapannya itu.
“Kenapa ye dari pagi tadi saya nampak sir macam ada masalah je. Bad mood je dari pagi. Sir marah dengan kita orang ke?”
“Eh tak lah, kenapa saya nak marah awak semua pulak? Saya ada masalah peribadi sikitlah.”
“Oh macam tu. Kalau sir rasa sir nak kongsi dengan saya boleh je. Lagipun sebelum ni kan sir selalu tolong saya kalau saya ada masalah. Kenapa? Mak sir paksa kahwin ke? hehe” sempat lagi Natasha mengusik Iskandar yang sedang gelisah itu.

Hahaha.. zaman sekarang ada lagi ke orang kena paksa kahwin? Kalau betul, kesian kat sir. Muka handsome macam Daniel Henny. Maklumlah mak dia orang putih bapak pulak melayu kacukan Jepun . Tapi nak kahwin pun mak paksa.

“Macam mana awak tahu ni? Siapa yang bagitahu awak? Ada orang lain tahu juga tak?” Iskandar menjadi kelam kabut. Suaranya agak keras.
Natasha yang berada dihadapannya terkejut mendengar pertanyaannya itu.

Tak pernah sekalipun sepanjang dia mengenal Iskandar, pensyarahnya itu meninggikan suara. Dia benar-benar terkejut kali ini.

“Err.. tak tahu. Saya cuma teka je. Bukan betul pun. Kenapa sir marah-marah ni?” soal Natasha takut-takut

Wajah Natasha yang ketakutan itu dipandang lama. Patut ke aku bagitahu dia? Kalau aku yang cakap mesti dia terkejut. Ya Allah kusutnya fikiran aku ni. Kau berikanlah aku sedikit ketenangan. Iskandar menghela nafas panjang.

“Ibu saya suruh saya kahwin. Dengan.. seseorang yang saya memang tak boleh nak kahwin dengan dia.” Natasha ternganga. Kena paksa kahwin? Kesiannya!

“Saya tak tahu nak cakap apa. Sir sabarlah ye. Saya tak tahu nak cakap apa tapi kalau kita dengar cakap ibu bapa besar berkatnya. Selalunya ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk kita.” Natasha memberi nasihat kepada Iskandar yang lebih tua enam tahun darinya itu.

“Awak cakap senang Natasha. Kita tengok lepas ni kalau awak masih akan cakap macam tu atau tidak.”

“Eh, saya pulak. Kalau saya, saya akan ikut cakap ibu bapa saya. No doubt!” Kata Natasha dengan penuh yakin.

“Kalau macam tu I’m counting on you. Saya akan pastikan awak tunaikan apa yang awak cakap hari ni.”

Sir ni kenapa ye? Macam aku pulak yang bersalah dengan dia. Padahal yang suruh dia kahwin tu mak dia. Kenapa dengan aku pulak dia nak lepaskan marah? Pelik betul nasi kandar ni. tak pernah-pernah nak marah aku ni sekarang suka hati je nak marah-marah.

“Ok! Saya akan pastikan saya tepati kata-kata saya. Assalamualaikum. Saya keluar dulu” Natasha bingkas bangun dan berlalu keluar dari bilik Iskandar. Tak sanggup dia berlama-lama di dalam bilik itu kalau sekadar untuk dimarahi.

Iskandar pula hanya memandang dengan perasaan yang semakin membara. Kau tunggulah. Lepas ni kalau kau kata kau tak nak kahwin aku seret kau pergi nikah. Cakap besar sangat! Aku jadi tension macam ni pun sebab nak kena kahwin dengan kau lah sengal!

**********
“Tasha.. papa ada benda nak cakap ni. Meh sini sekejap.” Papa menggamit Natasha yang sedang berjalan ke dapur.

“Ye pa ada apa?” tanya Natasha lantas duduk bersandar di bahu Papa. Dia memang manja dengan papanya itu. Maklumlah anak tunggal. Kasih sayang papa pasti tidak berbelah bahagi terhadapnya.

“Papa dengan mama tahu Tasha anak yang taat. Sentiasa dengar cakap kami. Tak pernah melawan dan tak pernah meminta apa-apa. Tapi kali ni papa nak sangat minta tasha tunaikankan permintaan kami yang satu ni.” Natasha memandang wajah papa dalam-dalam.

“Permintaan apa ni pa? Hahaha.. macam rahsia sangat je. Penting sangat ke? Papa tahukan Tasha tak akan pernah hampakan mama dengan papa? Insha Allah Tasha akan tunaikan.” Tangan papanya digenggam erat. Mama yang berada disebelahnya mengusap-ngusap pahanya.

“Papa nak kahwinkan Tasha. Dengan anak kawan baik papa. Papa takut sepanjang kami disana nanti tak ada orang yang boleh jaga Tasha” jawab papa senafas.

Dia sangat berharap agar anak tunggalnya itu akan menunaikan permintaannya. Entah kenapa dia merasakan bahawa dia tidak akan dapat menunaikankan tanggungjawabnya menjaga anaknya itu lagi selepas ini.

Natasha pula hanya ternganga. Dia sangat terkejut. Apakah dugaan ini Ya Allah? Aku baru 21 tahun masih belajar pula tu. Takkan lah dah nak kena kahwin? Aku tak mahu. Tapi.. mereka ibu bapa aku. Aku tak sanggup nak hampakan mereka. Ya Allah kau bantulah aku.

“Kah.. kahw.. kahwin pa? Tap.. tapi Tasha baru 21 tahun. Tasha masih belajar pun. Insha Allah Tasha dapat jaga diri Tasha. Lagipun kan papa dengan mama pergi sebulan je. Tak payah kahwin ye pa.” rayu Natasha. Sesungguhnya dia sangat takut untuk dikahwinkan dalam usia muda sepertinya.

“Sayang dengarlah cakap papa. Ini je permintaan kami. Tasha satu-satunya anak papa. Papa cuma nak yang terbaik untuk Tasha. Papa takut kalau papa tak dapat jaga Tasha lagi lepas ni. Sekurang-kurangnya kalau kami dah tak ada nanti ada orang yang boleh jaga Tasha.” Papa mengusap kepala anaknya yang sudah mula menangis.

Dia tahu Natasha pasti tidak ingin berkahwin pada usia yang begitu muda. Tetapi, dia takut jika dia dan isterinya pergi nanti tiada sesiapa yang menjaga puterinya itu.

“Tasha, dengarlah cakap papa tu sayang. Mama yakin inilah yang terbaik untuk Tasha. Kami tak pernah minta apa-apa. Tapi kali ni kami minta sangat tasha setuju.” Mama juga mula menangis apabila melihat anaknya menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya itu. Namun, perasaannya juga sama seperti suaminya. Dia merasakan bahawa kepergian mereka ke Tanah Suci itu adalah titik pengakhiran pertemuannya dengan Natasha.

“Kalau macam tu dah kata papa, Tasha terpaksa ikut je. Tasha harap mama dan papa gembira. Kalau mama dengan papa gembira, Tasha sanggup berkorban apa sahaja. Cuma, Tasha harap mama dengan papa restui setiap perjalanan Tasha.” Natasha mengalah.sungguh dia tidak sanggup melihat air mata ibunya. Dia sangat menyayangi mereka berdua. Apalah sangat pengorbanannya itu jika dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapanya melahir dan membesarkannya.

“Alhamdulillah.. kalau macam tu lusa rombongan pihak lelaki akan datang meminang. Masa tu Tasha boleh tengok bakal suami Tasha. Tasha jangan risau Tasha memang dah kenal dia. Insha Allah dia ialah calon yang terbaik untuk Tasha.” Papa mengusap lembut belakang badan Natasha supaya perasaan anaknya itu lebih tenang.
Aku kenal? Tapi siapa?