Asalammualaikum syg2 semua.. ada berita gembira.. Alhamdulillah dgn berkat Allah ptg tadi ada email dari KaryaSeni tawarkan saya untuk jalani penilaian terbit...Hanya Allah yang tahu bertapa gembiranya saya..terima kasih atas sokongan anda semua.. saya terharu dan sebak tak terkata.. Sokongan anda semua selama ini banyak membantu saya mencoret.. dan terima kasih juga telah mencecahkan pembaca sehingga 100 000 sejak malam tadi.. hanya Allah yang mampu membalas semua sokongan dan doa anda itu.. Terima Kasih!
p/s: kakak sepupu saya nak kawin dlm beberapa hari ni..so saya sebagai sepupu terdekat akan sibuk membantu menguruskan majlis.. sorry kalau x dapat update selalu.. i love u..
Saturday, August 24
Friday, August 23
My Hubby My Lecturer!! bab 32
Natasha cuba menahan angin yang menderu
kuat ke mukanya. Inilah sebab utama kenapa dia tak suka naik bot. Dia tak suka angin
yang menderu-deru laju ke mukanya dan
kesibukan dirinya mengawal tudungnya yang bila-bila masa akan terbang. Tambahan
pula rasa takut kerana bot itu laju dan juga takutkan laut yang luas membuatkan
dirinya sering berfikir dua kali untuk menaiki sebarang bot. Sebab itulah
setiap kali bila di ajak oleh kedua ibu bapanya untuk menaiki bot ke mana-mana
pulau dia akan menolak. Dia tak sukakan suasana di atas bot.
“Cinta meh sini.” Iskandar mengamit
tangannya ke arah Natasha. Cermin mata hitam yang menutupi matanya diturunkan untuk
memandang dengan lebih jelas.
Natasha mengerutkan dahinya memandang
Iskandar yang sedang berdiri gagah dan tegap di hujung bot. Beraninya dia ni. Kalau
jatuh macam mana? Tetapi Subhanallah… Kacaknya dia. Rasa nak makan dia hidup-hidup
biar tak ada orang lain boleh tengok kekacakan dia. Eh. Dah macam kanibal dah
pulak aku ni. Astagfirullahalazim…
“Tak mahulah abang. Datanglah sini. Bahaya
kat situ. Karang jatuh macam mana.” Natasha mengamit semula. Takut membayangkan
jika Iskandar benar-benar terjatuh dengan keadaan bot yang meluncur laju di
atas laut.
“Eh jatuh apa pulaknya sayang. Meh sini.
Pegang tangan abang ni.” Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha.
Natasha akhirnya terpaksa mengalah apabila
melihat Iskandar yang bersungguh-sungguh mengajaknya. Dia menyambut huluran
tangan Iskandar dengan terpaksa. Air liur yang ditelan terasa begitu kelat
sekali. Jantungnya berdegup kencang. Seram teramat rasanya ketika ini. Cuba
bayangkan kalau terjatuh dalam air laut tu. Ya Allah seramnya. Sudahlah taraf
berenang aku ni taraf budak baru belajar berenang je.
“Jangan takut sayang. Abang ada ni kan.”
Iskandar meyakinkan Natasha yang jelas kelihatan takut. Matanya dikerdip tanda
memberi semangat.
Natasha terkial-kial memanjat dek bot yang
agak tinggi itu. Tangan Iskandar dilepaskan untuk memegang tiang di dinding bot
itu. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya kerana memakai skirt hari ini.
Skirt yang asyik menyangkut pergerakannya kerana ditiup angin kencang
menyukarkan pergerakannya. Sepatutnya dia memakai seluar seperti yang
disarankan oleh Iskandar sebelum mereka bertolak dari rumah pagi tadi. Sekarang
kan dah susah nak memanjat. Kalaulah terselak kainnya pasti dia akan malu besar
dengan pemandu yang sedang sibuk mengawal stereng bot. Natasha menunduk untuk
membuka kasut yang dipakainya. Mungkin lebih senang untuknya memanjat dek itu.
Tiba-tiba dia terasa tubuhnya melayang ke
atas dek tersebut. Darahnya berderau bila dirinya melayang dan angin laju
menyerbu ke mukanya. Iskandar
mengangkatnya dengan mudah ke atas dek itu. Entah bila Iskandar berada di
belakangnya dia pun tak perasan. Iskandar mengangkatnya seperti mengangkat
sesuatu yang sangat ringan. Natasha segera berpaling menghadap Iskandar setelah
selamat berada di atas dek itu.
“Terkejut Tasha abang ni.” Natasha
mengurut-ngurut dadanya.
Iskandar tergelak melihat Natasha yang
jelas pucat. Dia juga turut memanjat hujung dek itu. Pinggang Natasha dipaut
dan Natasha ditarik merapatinya. Dia memeluk Natasha dari belakang. Sengaja
ingin memberi keberanian kepada isterinya itu. Natasha cuba mengundur dia
terlalu takut dengan air yang menderu laju dibelah kelajuan bot. Takut jika
terjatuh ke dalam laut itu.
“Shhh… jangan takut abang ada. Rapat sini.”
Iskandar memeluk Natasha dari belakang. Pinggang isterinya itu dipeluk kejap.
Timbul rasa berani dan selamat dalam hati
Natasha. Iskandar selalu memberikan rasa selamat kepada dirinya. Dia tersenyum.
Kelakar memikirkan dirinya sendiri. Dulu benci yang teramat terhadap Iskandar
menguasai dirinya tetapi sekarang pula dia sentiasa inginkan Iskandar berada di
sisinya. Kalau boleh dia ingin sentiasa berada di dalam pelukan Iskandar.
Jari jemari Natasha digenggam lembut.
Sesekali Iskandar bermain jari jemari itu. Tudung Natasha yang beterbangan
ditiup angin dibiarkan sahaja menyapa mukanya. Senang dengan bau Natasha yang
baginya sentiasa wangi dan menenangkan jiwanya. Terima kasih sayang sebab sudi
hidup dengan abang.
“Sayang nak titanic tak?” Iskandar melaung
sedikit melawan bunyi air yang kuat.
“Titanic apa?” Natasha kepelikan.
Nak titanic apanya? Ini bot layar biasa je
nak titanic bagai. Takkanlah nak bawa dua orang penumpang pun sampai nak kena
naik titanic. Melampau betul. Sudahlah titanic tu dah karam. Tak romantik langsung.
Kalau Oasis of the Seas kapal layar terbesar di dunia tu nak juga aku. Bunyi
pun gah sikit. Apalah Iskandar ni.
“Titanic lah sayang. Cuba depangkan
tangan.” Iskandar bersungguh-sungguh menyuruh Natasha supaya bertitanic
bersamanya. Dia turut mendepangkan tangan dan memegang tangan Natasha dari
belakang.
“Laa.. titanic ni ke? Tasha ingatkan apalah
tadi. Gayatlah bang.” Natasha merapat lagi ke badan Iskandar.
“Close your eyes cinta. Feel the wind. Feel
the smell of the salty air. Feel the melodious sound of water. You’ll love it.”
Suara Iskandar berbisik di telinga Natasha.
Natasha menurut kata-kata Iskandar. Matanya
dipejam rapat. Hatinya ditenangkan tanpa sebarang rasa takut. Dia cuba
merasakan hembusan angin. Merasakan bau udara yang masin . Menghayati bunyi air
yang merdu dibelah kelajuan bot. menghayati rasa hangatnya pelukan seorang
suami. Menghayati bunyi degupan jantung Iskandar yang selalu menenangkannya.
Sungguh, dia tenggelam rasa cinta yang
indah buat suaminya. Semua rama-rama di dalam perutnya terasa mengepak kuat. Terlalu
kuat dengan segala rasa yang berdebar-debar. Segala rasa cinta, kasih, sayang,
rindu, segalanya bersatu dalam dirinya. Membuatkan dirinya tidak keruan. Natasha
membuka matanya. Dia berpaling dan segera memeluk Iskandar.
“Abang. Tasha rindukan abang.” Entah kenapa
dia teresak tanpa dipinta.
“Cinta kenapa ni? Abangkan ada kat depan
cinta ni. Tak mau nangis macam ni. Kenapa ni?”
Iskandar menjadi kalut melihatkan Natasha
yang tiba-tiba menangis. Kenapa dengan Tasha? Rindu? Aku kan ada depan mata dia.
Ya Allah kenapa ni? Jantungnya berdegup kencang. Ada sesuatu tak baik yang
berlakukah?
“Tasha rindu abang. Tak tahu kenapa. Tak kira
masa Tasha rindu. Tasha jatuh cinta pada suami sendiri. Sampai setiap saat
Tasha tak boleh tak tengok abang Tasha tak suka macam ni..” Natasha mengesat
air matanya.
“Laillahaillalah sayang ni. Buat abang
takut tau. Abang ingatkan apalah tadi. Baguslah macam tu sayang. Setiap saat
setiap masa jatuh cinta dengan suami sendiri. Dapat pahala apa jatuh cinta
dengan suami sendiri. Kan itu namanya menyenangkan hati suami. Kalau Tasha
cintakan abang kerana Allah kan dah dapat pahala percuma kat situ.” Iskandar
tergelak kecil. Dahi Natasha dikucup lembut.
“Tapi Tasha tak suka setiap saat rindukan
abang. Abang ada depan mata Tasha lagilah Tasha bertambah rindu. Rindu yang tak
terbendung. Setiap saat jatuh cinta.”
“Tasha tak suka ke jatuh cinta dengan
abang? Tak suka rindukan abang?” Suara Iskandar mengendur. Rasa kecewa memenuhi
hatinya.
Kenapa Tasha rasa tak suka rindukan aku? Kenapa
tak suka jatuh cinta dengan aku? Tak layak ke aku ni untuk dia? Tak cukup baik
ke aku ni untuk dia? Aku ada buat salah apa-apa ke? Iskandar mula terasa hati. Rasa
tak tentu arah mula memenuhi seluruh hatinya. Salah aku dimana?
Iskandar memalingkan wajahnya memandang ke arah
lautan yang luas. Tak sanggup rasanya untuk memandang wajah Natasha yang
pastinya akan membuat dia lebih kecewa. Pelukannya dirungkaikan. Dia menjauhkan
diri sedikit dari Natasha. Ingin melegakan sedikit rasa hatinya yang sedang
gundah ketika ini.
Natasha berasa bersalah melihat Iskandar
yang seperti sedang kecewa. Dia mendekati Iskandar semula. Pipi Iskandar
dipengang dengan kedua belah tangannya. Wajah Iskandar ditundukkan dan dia
memandang tepat ke dalam mata Iskandar yang indah. Dia menyelam sehingga ke
dasarnya. Jelas kelihatan limpahan rasa cinta di dalam mata itu.
Sangat indah sehingga Natasha terpegun buat
seketika. Warnanya yang coklat kehijauan dan bulu mata yang lebat dan lentik
membuatkan ianya tidak jemu dipandang. Namun Natasha kalah juga dengan renungan
yang tajam menikam. Jantungnya berdegup kencang setiap kali dia menyelami mata
indah itu. Dia pasti akan kalah. Dia menunduk seketika memandang kakinya
kemudian dagu Iskandar dikucup hanya setakat itu saja yang dia sampai setelah
berjengket.
“Bukan tak suka. Tapi Tasha takut kalau
abang tak ada. Tasha takut kalau abang tak ada depan mata Tasha selalu. Sedangkan
sekarang pun abang ada depan mata Tasha. Tasha dalam pelukan abang pun Tasha
rindukan abang. Tasha rasa Tasha dah terkena penyakit angau. Tak boleh
berenggang dengan abang walaupun sesaat. Kalau boleh Tasha nak lipat-lipat
abang lepas tu gantung jadi rantai kat leher Tasha biar selalu dekat dengan
hati dan nadi Tasha.” Natasha berkata siap dengan gaya melipat sesuatu. Dia
tergelak kecil melihat Iskandar yang sudah tergegilkan mata. Alahai senangnya
nak pujuk dia.
“Amboi dia. Sedap-sedap je nak lipat-lipat
abang. Ingat abang ni kertas origami ke nak main lipat-lipat? Gigit nak.”
Natasha terjerit bila diacah Iskandar. Nak
lari dia takut terjatuh dalam laut. Nak duduk diam takut digigit Iskandar.
Iskandar bukan boleh dibuat main. Sudah beberapa kali dia digigit kerana
Iskandar geramkannya. Kalau hanya digigit tak apa. Ini tidak selalunya akan
diakhiri dengan kelakuan luar alam Iskandar yang akan membuatkan semua
rama-ramanya syahid entah untuk kali yang keberapa pun dia tak tahu. Sudah tidak
terkira kali keberapa. Akhirnya dia
hanya mampu menolak dada Iskandar dari mendekatinya. Vampire punya suami!
“Ha ha ha.Nak lari mana dia. Ada hati nak
lipat-lipat orang. Orang acah nak gigit pun dia dah naik cuak. Takut kena kiss
lah tu. ”
Natasha cuba didekati lagi. Sengaja mahu
mengusik. Hilang semua rasa gundah gulananya tadi. Hampir gugur jantungnya bila
Natasha berkata begitu. Mujur bukanlah seperti yang dia sangkakan. Kalau tidak
mati kering di situ juga. Masakan tidak. Dia cintakan Natasha dengan sepenuh
hati. Tetapi Natasha pula tiba-tiba tidak suka untuk jatuh cinta kepadanya. Buat
seketika dia terasa seperti hatinya dihiris-hiris.
“Mana ada kita cuak. Kita jaga air
sembahyang je.”
Takut-takut Natasha memberi alasan. Takut
untuk berundur lagi kebelakang. Biarlah tidak munasabah atau munasemenanjung pun
alasan itu dia tetap juga menegakkan keadilan. Natasha anak Syed Firdaus mana
boleh berlagak takut. Jatuh kredibiliti nanti. Tapi kalau nak membiarkan sahaja
mahu pengsan dia diatas bot itu.
“Ha ha ha... air sembahyang? Yang dari tadi bersentuh, berpeluk,
bercumbu dengan abang tu valid lagi ke air sembahyang sayang tu? Pakai hukum mana
tu sayang?” Keningnya diangkat-angkat sedikit. Pandai nak beri alasan ye. Tak
takut konon.
Natasha hampir tersedak. Aduhai alasan buat
malu keluarga ni.
“Eh ye ke? He he he..”
“Meh sini dia.”
Natasha ditarik mendekatinya. Apalah daya
Natasha cuba melawan. Badannya hanyalah separuh badan Iskandar. Akhirnya dia
terpaksa merelakan diri mendekati Iskandar.
Iskandar memandang tepat kedalam mata Natasha. Seluruh rasa cinta dan sayangnya dicurahkan
kepada sang isteri. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa dia cintakan isterinya
itu. Lebih agung dari cintanya kepada arwah Intan. Bercinta dengan redha Illahi
sungguh indah. Pucuk hidung Natasha dikucup lama. Rama-ramanya terasa mengepak
terlalu perlahan. Terlalu hanyut dengan rasa cinta yang membuak sehingga tak
mampu untuk mengepak kencang.
“Uhibubki Fillah cinta. Insha Allah
selamanya.” Iskandar berbisik perlahan
namun masih dapat didengari Natasha walaupun tenggelam timbul dengan bunyi deru
air yang kuat. Natasha memejamkan mata. Merasakan
setiap degup cinta dari suaminya. Sungguh hatinya terlalu gembira ketika ini.
Hanya Allah saja yang tahu perasaannya ketika itu.
Tuesday, August 20
Sorryyyyyyy...
WAAAAAAA!!!!!!saya x boleh nak update cerita baru due to internet prob.. masalah... Saya x boleh nk update sesuatu yg lebih dari 200 words.. saya dah tulis banyak bab tapi x boleh nk update.. saya minta maaf... waaaa.... sedihnyaa....
Saturday, August 17
To My Dear Darl
Assalamualaikum darling2 semua.. maaf sbb dah lama saya mendiamkan diri x mengupdate.. x membalas comment.. bukan saya nak berkurang ajar, sombong, berlagak bagus, tak suka nak layan orang dan sama waktu dgnnya.. no no no..
Sebenarnya hari tu saya bz dgn exam.. tiga malam x tidur lsg menghadap buku yang tak sudah.. Alhamdulillah saya dapat menjawab walaupun ke laut sedikit.. muehehe.. pening menjawab soalan yang terlalu mencabar minda saya yang x mau bertindak dgn baik..
Tetapi alhamdulillah.. mungkin berkat saya berusaha Allah beri ganjaran.. Terima kasih kepada lecturer saya yang bermulia hati memberi saya A 4flat untuk salah satu subject saya.. Jasa Sir yang dah mengajar saya dua sem berturut2 dan memberi saya A 4flat dua sem berturut2 hanya Allah saja yang mampu balas.. Sir tetap cute dihati saya.. muehehe..
Apa2 pun mulai saat, detik dan waktu ini! saya akan mula pulun menulis.. kalau boleh sebelum saya habis cuti sem 7hb nanti saya akan habiskan semua bab ni.. darling2 saya yang disayangi tolong doakan saya berjaya ye..
err... baru2 ni ada yang kata pada saya mereka rasa rimas dengan lagu yg berkumandang x henti2 dalam blog saya.. sbb saya bubuh lagu yang autoplay so dia memang x berhenti2 pasang selagi x cukup putaran 4 kali.. but dun worry.. ada cara nak berhentikan lagu tu.. roll ke bawah sekali.. anda akan nampak player dia.. then dekat situ ada butang pause.. tekan je butang tu lagu akan berhenti sendiri.. Tatapi! hehehe.. ada jugak kadang2 tu lagu yg saya masukkan x ada player dia.. yg itu saya pun x tahu cara nk berhentikannya.. so cadangan x bernas yg saya boleh bg ialah dgn cara tekan butang mute pada lappy.. hehehe.. sorry..
dan juga ada jugak aduan yg mengatakan blog saya ni x dapat nk diekses.. x dapat nk bukak ke chap2 yg terbaru..await pun saya x tau.. tp memang betul jumlah pengekses memang jatuh banyak dari dua hari sebelum raya sehingga ke hari ini.. tp td saya dh cuba set up balik.. insha Allah akan ok.. :) kalau masih x boleh jugak nanti beritahu saya di FB ye.. nanti saya p report kat encik google..
apa2 pun.. terima kasih kerana sudi membaca..Jasa anda yang sudi membaca akan sentiasa saya kenang.. Insha Allah saya akan lebih2 selalu update.. yg menjadi permasalahannya sekarang cumalah line internet yang tersangat2 slow tak tahu apakah sebabnya..menyebabkan saya selalu tergive up nak update memandangkan x dapat nak save n update cerita tu..
Kepada pembaca2 dari negara2 selain Malaysia.. saya sayang anda semua! sungguh ni! Saya x sangka akan ada pembaca dari luar negara.. tp bila ada yang comment yang beri tahu mereka dari negara lain dan saya check audience source.. Subahanallah.. rupanya ramai pembaca dari merata negara.. dari Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Australia, US, Hong Kong, UK, Rusia, Norway malah dari negara Oppa, Korea Selatan pun ada hehehe dan negara2lain yang terlalu bnyk untuk saya sebut... walaupun saya x tahu sama ada pembaca2 tersebut merupakan rakyat Malaysia yang berhijrah ke sana atau pun memang rakyat sana.. tetapi saya sangat2 berterima kasih atas kesudian anda semua untuk membaca coretan cabuk saya ni.. terima kasih semua.. sob.. sob.. sob... saya terharu... terima kasih sekali lagi.. :D
Sebenarnya hari tu saya bz dgn exam.. tiga malam x tidur lsg menghadap buku yang tak sudah.. Alhamdulillah saya dapat menjawab walaupun ke laut sedikit.. muehehe.. pening menjawab soalan yang terlalu mencabar minda saya yang x mau bertindak dgn baik..
Tetapi alhamdulillah.. mungkin berkat saya berusaha Allah beri ganjaran.. Terima kasih kepada lecturer saya yang bermulia hati memberi saya A 4flat untuk salah satu subject saya.. Jasa Sir yang dah mengajar saya dua sem berturut2 dan memberi saya A 4flat dua sem berturut2 hanya Allah saja yang mampu balas.. Sir tetap cute dihati saya.. muehehe..
Apa2 pun mulai saat, detik dan waktu ini! saya akan mula pulun menulis.. kalau boleh sebelum saya habis cuti sem 7hb nanti saya akan habiskan semua bab ni.. darling2 saya yang disayangi tolong doakan saya berjaya ye..
err... baru2 ni ada yang kata pada saya mereka rasa rimas dengan lagu yg berkumandang x henti2 dalam blog saya.. sbb saya bubuh lagu yang autoplay so dia memang x berhenti2 pasang selagi x cukup putaran 4 kali.. but dun worry.. ada cara nak berhentikan lagu tu.. roll ke bawah sekali.. anda akan nampak player dia.. then dekat situ ada butang pause.. tekan je butang tu lagu akan berhenti sendiri.. Tatapi! hehehe.. ada jugak kadang2 tu lagu yg saya masukkan x ada player dia.. yg itu saya pun x tahu cara nk berhentikannya.. so cadangan x bernas yg saya boleh bg ialah dgn cara tekan butang mute pada lappy.. hehehe.. sorry..
dan juga ada jugak aduan yg mengatakan blog saya ni x dapat nk diekses.. x dapat nk bukak ke chap2 yg terbaru..await pun saya x tau.. tp memang betul jumlah pengekses memang jatuh banyak dari dua hari sebelum raya sehingga ke hari ini.. tp td saya dh cuba set up balik.. insha Allah akan ok.. :) kalau masih x boleh jugak nanti beritahu saya di FB ye.. nanti saya p report kat encik google..
apa2 pun.. terima kasih kerana sudi membaca..Jasa anda yang sudi membaca akan sentiasa saya kenang.. Insha Allah saya akan lebih2 selalu update.. yg menjadi permasalahannya sekarang cumalah line internet yang tersangat2 slow tak tahu apakah sebabnya..menyebabkan saya selalu tergive up nak update memandangkan x dapat nak save n update cerita tu..
Kepada pembaca2 dari negara2 selain Malaysia.. saya sayang anda semua! sungguh ni! Saya x sangka akan ada pembaca dari luar negara.. tp bila ada yang comment yang beri tahu mereka dari negara lain dan saya check audience source.. Subahanallah.. rupanya ramai pembaca dari merata negara.. dari Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Australia, US, Hong Kong, UK, Rusia, Norway malah dari negara Oppa, Korea Selatan pun ada hehehe dan negara2lain yang terlalu bnyk untuk saya sebut... walaupun saya x tahu sama ada pembaca2 tersebut merupakan rakyat Malaysia yang berhijrah ke sana atau pun memang rakyat sana.. tetapi saya sangat2 berterima kasih atas kesudian anda semua untuk membaca coretan cabuk saya ni.. terima kasih semua.. sob.. sob.. sob... saya terharu... terima kasih sekali lagi.. :D
Thursday, August 15
My Hubby My Lecturer!!! bab 30
“Sebab tu lah mummy cakap sayang. Kalau
orang melayu yang masak rendang ni memang rasa dia sedap luar biasa. Air tangan
orang melayu tu sendiri yang jadikan rendang ni sedap. Padahal dah berpuluh
tahun sejak kahwin dengan daddy lagi mummy dah belajar masak rendang tapi tak
juga rasa sedap macam yang orang melayu masak. Dah banyak kali mummy try tak
jadi juga. Nasib baik mummy dapat menantu yang cantik dan pandai masak macam
Tasha ni. Bangga mummy.” Datin Rose memuji Natasha melambung-lambung.
Natasha tersipu mendengar pujian itu.
Bukannya dia bannga. Cuma dia berasa senang ibu mertuanya suka dengan
masakannya. Tidaklah nanti dia tidak senang hati jika ibu mertuanya tidak
menyukai masakannya. Dia kan mahu menjadi menantu kesanyangan.
“He he he… tengoklah siapa suaminya. Penat
tau semalam Is kena dera dengan Tasha kacau rendang. Habis tangan Is yang
handsome ni kena percik dengan rendang tu. Tengok ni. Tengok.” Iskandar
menyelak lengan baju melayunya. Sengaja mahu mengadu dia dibuli Natasha,
Sebenarnya salah dia juga semalam sibuk
mengajak Natasha ke Tesco sampai ke tengah malam. Kan dah kena dera mengacau
rendang. Iskandar kan tinggi. Tangannya tentu lebih panjang. Jadi tentulah dia
calon yang terbaik untuk didera mengacau rendang untuk mengelakkan rendang itu
hangit. Iskandar kan hero.
Natasha mencebik. Dasar anak manja! Kena
buli sikit pun nak mengadu. Semalam dia juga yang setuju. Kalau tak nak buat
cakaplah. Aku boleh buat sorang-sorang. Salah siapa nak berjalan sampai ke
tengah malam? Konon-konon kata tak ada benda nak beli tapi sampai penuh satu
troli juga dia borong. Semua benda merepek dia nak beli. Macamlah aka nada
orang datang rumah kita orang nanti.
“Eleh. Abang yang volunteer semalam mummy.”
Natasha membela diri.
“Biarkan dia rasa. Dia kan suami. Kenalah
tolong isteri. Tak kesian ke nanti kalau tengok tangan isteri Is yang putih
melepak ni pulak yang merah-merah kena percik? Kata sayang isteri. Kalau tak
sayang hantar Tasha balik sini. Boleh duduk dengan mummy je.” Datin Rose
membela Natasha.
Natasha menekup mulutnya menahan tawa.
Cepat-cepat ketupat yang semakin habis di dalam mangkuk dipotongnya lagi. Rasa
nak ketawakan Iskandar yang sedang membuat muka begitu kuat sekali. Tahan
Tasha. Tahan.
“ Biar Tasha duduk dengan mummy? No and Nahiii…
Siapa kata Is tak sayang isteri Is. Is cuma nak tunjuk tangan Is kena percik
je. Pandai-pandai je mummy ni tuduh orang kan daddy.” Iskandar cuba mendapat
pembelaan dari Datuk Adam yang sedang khusyuk membaca akhbar di IPadnya sambil
makan.
Datuk Adam mengangkat muka dan memandang
Iskandar. Dia mengerutkan dahi dan meletakkan jari ibunya ke bibir tanda dia
berfikir. Natasha tersenyum memandang cara itu. Like father like son.
Berkerut-kerut dahi Datuk Adam berfikir.
“Well… still. I’m voting for liberal. Sorry
son.” Bahunya diangkat tanda dia tidak mahu masuk campur. Kemudian kembali
menatap IPadnya. Datin Rose tergelak
besar.
“See. So sayang isteri ke tak ni? Kalau tak
mummy pinjam Tasha hari ni.” Datin Rose
mengusik.
“ Sayanglah mummy! Sayang sangat-sangat! So
no pinjam-pinjam.”
Iskandar segera menarik Natasha yang sedang
memotong ketupat itu dekat kepada dirinya. Kelakuannya itu menyebabkan semua
yang ada di meja makan itu mentertawakannya. Kelakar. Macam budak kecil kena
curi gula-gula. Perangai Iskandar langsung tidak melambangkan siapa dia dan
apakah kerjayanya. Tak kena dengan diri.
Ada ke nak pinjam isteri aku? Dah tu aku ni
macam mana? Duduk rumah macam kera belacan sorang-sorang? No way! Natasha
dipandangnya. Senyuman paling kacak diberikan kepada isterinya itu. Sayang
milik abang je tau.
“Assalamualaikum…” Kedengaran suara orang
memberi salam dari luar.
Iskandar yang sedang menonton televisyen
dengan Natasha di dalam pangkuannya memandang ke arah pintu utama. Dia segera
bangun untuk membuka pintu. Tak baik membiarkan tetamu menunggu lama. Natasha
turut memandang sehingga Iskandar membuka pintu itu. Matanya terbeliak apabila
terpandangkan wajah Faiq yang sedang tersengih lebar di muka pintu. Mampus aku!
Natasha segera bangun dan berlari ke dapur.
Kalau sir Faiq tahu pasal aku macam mana? Kesian Is. Macam mana ni? Aduhaiii…
Natasha berjalan mundar mandir di dapur. Kepalanya digaru beberapa kali.
Kalutlah macam ni. Buat air dululah. Nanti mesti Is datang cari aku. Boleh dia
ambil air sekali. Tembikai yang sudah
sedia dipotongnya tadi dikeluarkan dari dalam peti sejuk.
Tembikai itu dikisar sedikit. Tidak terlalu
hancur. Kemudian air sirap disediakan. Dan dicampurkan dengan tembikai yang
dikisar itu tadi. Sengaja dia membuat air campuran begitu. Kalau dia membuat
jus tembikai pekat pasti mereka akan cepat dahaga ketika berbual nanti. Dan
mungkin juga akan senang tersedak dengan tembikai itu. Kalau dicampurkan dengan
air sirap pasti lebih selesa tekak mereka nanti. Tambahan pula rendang dan sambal
anak udang untuk dimakan dengan ketupat yang disediakannya agak pedas.
Sesuai untukl menghilangkan rasa pedas. Sekali
lagi. Teorinya sendiri.
“Sayang. Buat apa kat dapur ni. Cepat benar
hilangnya. Sayang marathon ke apa ni? eh dah siap air dah? Ok jom kita ke
depan. Abang kenalkan sayang dengan kawan abang. “
Puas dia mencari Natasha tadi. Kelakar bila
dia memikirkan Natasha yang hilang dalam sekelip mata. Hebat sungguh isterinya
itu. Macam belajar ilmu ghaib. Natasha yang sedang sibuk menyusun gelas di atas
dulang didekati. Dulang itu ditatangnya. Kemudian mula melangkah. Tetapi dia
berhenti semula apabila Natasha tidak berganjak dari tempat berdirinya.
“Eh. Sayang jomlah. Abang nak kenalkan
sayang dengan kawan baik abang.” Iskandar mengajak Natasha ke depan dengan
bersungguh-sungguh. Dulang yang ditatangnya tadi diletakkan semula ke meja.
“Tak apalah abang. Nanti apa pulak Sir Faiq
cakap pasal abang kalau dia tengok Tasha ni isteri abang.” Natasha menggeleng.
“Laaa… nak cakap apanya? Si Faiq tu tahulah
pasal kita sayang.” Iskandar mengusap kepala Natasha. Memberikan keyakinan kata-katanya
kepada isterinya.
“Sir Faiq tahu?” Natasha menyoal bagai tak
percaya. Biar benar.
“Yes darling. He knows. Same as you, your
best friend knows about us so my best pal knows it too.” Iskandar memberi
penjelasan.
“But…”
“Wei.. udah-udahlah bercinta tu. Lama
sangatlah hai aku nak minum air pun. Dahaga ni. Tasha don’t worry na. Abang
Faiq memang dah tau dah pasal hangpa. Well memanglah a bit kuchiwa sikit pasal
abang tak dapat nak ngorat Tasha dulu. Tapi its okaylah abang ni kan kacak
mesti ramai lagi awek yang syok kata bang. He he he.. selamat hari raya Tasha.”
Faiq membebel panjang sebaik saja dia melangkah masuk ke ruang dapur.
Dia bengang kerana terpaksa menunggu
Iskandar untuk menghidangkan air dengan lama. Padahal dah lebih sepuluh minit
dia berada di rumah itu. Air pun lambat nak hiding. Nasib baik ada macam-macam
jenis kuih raya yang sedap di atas meja. Dapat juga dia makan dahulu. Nak
harapkan Iskandar, seperti biasa dia yang terpaksa masuk dapur sendiri.
“Err.. se… selamat hari raya juga sir. Jem..
jemputlah ke depan. Boleh makan sikit.” Natasha tergagap-gagap membalas
kata-kata Faiq itu. Iskandar di sebelahnya dipandang sekilas. Eh dia boleh sengih
pulak. Tak tahu ke aku tengah kalut ni?
“Laaa… apa sir sir ni? Panggil abang Faiq
sudah. Abang ni pun bukan siapa pun. Kawan si Is ni jugak. Nak malu apanya? Dah
dah. Mai kita pi depan. Abang dah lapaq ni.”
Faiq
segera mengangkat dulang yang terletak di atas meja tadi dan terus berlalu ke
meja makan dan meletakkannya di situ. Dia ingin makan banyak-banyak. Kalau
boleh semua jenis masakan yang terhidang di atas meja Iskandar ingin
dicubanya., Kalau tak makan banyak bukan Faiq namanya. Namun yang menimbulkan
kepelikan ialah tubuhnya yang masih lagi seperti dulu langsung tidak
gemuk-gemuk. Sedangkan jika melihat cara dia makan, pasti sesiapa sahaja akan
menggeleng kepala. Terlalu banyak yang dimakannya.
Mereka mengambil tempat duduk di meja makan
itu. Faiq dihujung meja dan Iskandar dan Natasha duduk sebelah menyebelah.
Natasha menuangkan air ke dalam gelas. Faiq segera menyambar satu gelas itu.
Air di dalam gelas diteguk dengan rakus.
“Haa… lega. Is mummy mana?” Faiq menyoal
setelah gelas kedua air diteguknya.
“Mummy pergi beraya rumah orang dengan
daddy. Rumah Tan Sri Jamil tak silap aku.” Iskandar menuangkan lagi air ke
dalam gelas Faiq.
“Laaa… await tak cakap dari tadi. Aku ni
dah rindu dah dengan mummy. Aku baru ingat nak mai sini jumpa mummy. Dah lebih
setahun aku tak jumpa dia.” Faiq merungut. Tangannya lincah menyenduk kuah
lontong ke dalam pinggannya. Lontong ni menggoda. Sudu yang dihulurkan oleh
Natasha disambut laju. Tak sabar rasanya nak merasa lontong itu.
“Eleh kau. Padahal bila mummy ajak kau
datang sini kau tak nak. Tengok dia ni Tasha. Dan dan je dia.” Faiq tersengih
mendengar kata-kata Iskandar itu. Natasha yang sedang tersenyum manis dipandang
sekilas sebelum menghadap pinggannya semula.
“Eh. Lontong ni rasa lainlah. Tak macam selalu
pun.” Faiq mula mengomen. Seperti biasa kalau tak mengomen seperti juri master
chef bukan Faiqlah namanya.
“Apahal? Tak sedap ke rasanya? “ Iskandar
memandang Natasha yang sudah berkerut dahinya.
“Gila hang tak sedap. Punyalah sedap lagu
ni hang kata tak sedap. Tasha. Satgi Tasha pi dapuq amik bekas bungkus untuk
abang naa. Banyak-banyak tau. Sejak bila mummy masak lontong jadi sedap lagu
ni. Rugi aku tak datang pagi-pagi tadi lagi. Boleh aku sarapan terus kat sini. Rugi
betul.” Lontong di dalam pinggan disudu laju ke dalam mulutnya.
“Ha ha ha… itu Tasha lah yang masak. Bukan mummy.
Eh. Makan tu slow-slowlah sikit.” Iskandar memberi penjelasan. Natasha sudah
tersipu mendengar pujian Faiq itu.
“Bini hang ke yang masak? Pasai ni lah yang
buat aku tak sabaq-sabaq nak kahwin ni.” Faiq tersengih lebar. Dia pula yang terlebih
bangga.
“Makan lebih sikit Sir.” Natasha
menambahkan lagi ketupat ke dalam pinggan Faiq.
“Sir apa pulaknya Tasha. Panggil abang Faiq
je. abang ni dah kawan lama dah dengan si Is ni. Dari kami umur tiga belas
tahun lagi. Rumah ni pun dah jadi macam rumah kedua abang dah. Toksah nak
malu-malu dengan abang naa..”
“He he he.. makan lagi abang Faiq.” Natasha
menukar panggilannya kemudian berlalu ke dapur. Tak selesa rasanya nak terus
berada di antara Iskandar dan Faiq yang pastinya akan berbual panjang.
Iskandar memandang Faiq tajam. Amboi… si
Faiq ni. Karang ada juga yang makan senduk karang. Bukan main nak berbual mesra
lagi dengan isteri aku. Nasib baik dia ni kawan baik aku. Kalau tak dah lama
dah aku sendukkan dia.
“Faiq kenapa kau datang lambat hari ni.
Selalunya lepas sembahyang raya kau dah terpacak dah kat depan pintu.”
“Parents aku lah baru balik dari London. Nak
beraya kat KL tahun ni. Hang pun mai lah rumah aku nanti. Ajak mummy sekali. ”
“Boleh. Boleh. Insha Allah nanti aku
datang.”
Iskandar mengangguk. Nak tergelak pun ada.
Faiq ni padahal dah duduk kat KL dah berpuluh tahun dah. Dia cuma duduk di
Kedah sejak lahir sehingga umur lima tahun. Tapi entah kenapa loghat Kedahnya
tak mahu hilang. Sampai mummy kadang-kadang susah untuk berbual dengannya kerana
tidak fahamkan loghatnya. Akhirnya Iskandar hanya mampu mendengarkan sahaja
loghat Faiq itu. Mujur masih bahasa Malaysia. Dibuatnya loghat Thailand mahu
pengsan Iskandar. Pelik pun ada si Faiq ni.
Friday, August 9
A Story of A Walk To Remember..
Assalamualaikum.. Sayang2 semua.. saya tahu walaupun saya dah menyatakan bahawa saya x dpt mengupdate chap2 MHML seterusnya dalam masa terdekat ni tapi msh lg ada yg bertanyakan saya bila nak update.. saya sebak bila org tanya mcm tu.. Allah je yg tahu kegilaan saya untuk menulis sekarang ni.. ikutkan hati saya yg jahat memandangkan syaitan2 semua dah lepas sejak malam semalam nak je saya buang buku2 study saya n menghadap lappy saja..idea saya banyak.. tapi tak dapat saya nak menulis.. tertekan dgn dua benda..
jadi sebagai peneman anda sewaktu ketiadaan saya mengupdate apa2 cerita anda bolehlah baca novel ni. novel ni salah satu daripada novel kegemaran saya.. n movie dia pun movie kegemaran saya.. plus theme song dia pun menjadi kegilaan saya selama bertahun2.. anda bolehlah sama2 membaca novel ni.. boleh download dekat link ni..
kalau malas nk baca pun boleh dengar pakai audiobook kat link ni..
jadi saya mengucapkan selamat membaca dan mengenjoykan diri sepanjang hari raya yang mulia ini.. waaaaaa!!!! sedih saya x dapat raya enjoy2 mcm org lain.. saya doakan anda semua berhappy sepanjang raya ini.. kepada yang blk kg jagalah keselamatan anda. ingatlah orang yang tersayang (pesanan dari penaja ni).. jangan makan banyak2 sangat sahutlah pesanan kerajaan untuk menjadi rakyat yg sihat muehehe... Akhir kata Selamat hari raya maaf zahir dan batin.. sayang awak semua..
Thursday, August 8
My Hubby My Lecturer!!! bab 29
“Abang kalau dah siap meh turun makan.”
Natasha melaung dari tangga bawah. Malas betul rasanya nak naik ke atas
semata-mata untuk memanggil Iskandar turun makan. Padahal bukannya tinggi
sangat pun tangga yang perlu didakinya.
“Kejap.” Iskandar melaung juga.
Natasha tersengih. Nak pulak dia menyahut.
Selama ni kalau aku main laung-laung dia bising. Kata aku ni bukan bini Tarzan
lah. Dia bukan jumbo dalam cerita Tarzan lah. Macam-macam lagi. Ini dia pun
melaung-laung juga pulak. Hahaha…
Natasha melangkah menuju ke dapur semula.
Dia perlu menyediakan air kopi panas buat Iskandar. seperti biasa Iskandar tak
pernah sekali pun bersarapan tanpa kopi panas. Dah jadi tabiatnya. Natasha
berselawat sewaktu menuang kopi itu dari coffee maker ke dalam cawan. Petua
mamanya untuk mendapat berkat ketika membuat melayan makan minum suami.
Cawan diletakkan di atas meja. Natasha
mendongak memandang ke arah tangga. Lamanya Iskandar ni. takkanlah nak tukar baju melayu pun sampai ambil masa sejam. Nak kena pakai make up dulu ke? Eishh.. suami
aku bukannya pondan. Tak baik tuduh dia macam tu Tasha. Haip!
Tiba-tiba muncul kelibat Iskandar berlari
turun dari atas. Natasha kaget. Kenapa pulak ni? Ada perompak ke kat atas?
Jantung Natasha berdegup kencang. Dia risaukan Iskandar. Natasha mendekati
Iskandar dengan laju.
“Sayang! Sayang tolong abang. Abang tak
dapat nak button baju ni.”
Laa… tak dapat nak butang baju pun nak
berlari macam kena kejar perompak ke? Aduhai dia ni. betul-betul macam budak
kecil. Patutlah punya lama dia nak bersiap. Rupanya nak butang baju pun dia tak
berjaya dari tadi. Natasha tersengih. Rasa kelakar dengan kelakuan Iskandar
itu.
Iskandar menyuakan dadanya kepada Natasha.
Susah betul untuk membutang baju melayu ni. Dari tadi dia berusaha tetapi tak
berjaya juga. Padahal selama ni bukan dia tak pernah memakai baju melayu malah
hampir setiap hari jumaat dia akan pakai baju melayu ke kampus. Tetapi entah
kenapa hari ini tak mahu menjadi pula. Buat malu dia saja. Pasti Natasha fikir
dia keanak-anakkan. Sengaja betul baju
ni nak kasi rosak plan.
“Hahaha… apalah abang ni. Meh sini. Itulah pasal tadi masa pergi sembahyang raya Tasha suruh pakai baju ni abang tak nak. Kan dah susah abang nak tukar.”
Natasha menarik Iskandar supaya menunduk sedikit dan mendekatinya. Tinggi
sangatlah katakan.
Baju melayu Iskandar dibutang satu persatu.
Natasha melalukan jari jemarinya di sepanjang garisan butang itu. Dia suka
berbuat begitu. Setiap kali Iskandar menyuruhnya membutangkan baju dia pasti
akan melalukan jarinya di sepanjang garisan butang itu. Entah kenapa dia tak
tahu. Yang pasti dia suka berbuat begitu. Dan tanpa disangka-sangkat tiba-tiba Iskandar mencium pipinya. Natasha
mendongak dan menjegilkan mata kepada Iskandar. Cis! Kalau tak lepas laku tu
bukan Iskandarlah namanya.
“Hehe… Selamat hari raya sayang.” Iskandar
tersengih tidak bersalah.
Natasha menarik tangan Iskandar dan
menariknya ke meja makan. Lapar lah pulak rasanya. Kalau waktu bulan puasa tak
ada pun rasa macam ni. Tapi bila tiba hari ini pukul sepuluh pagi pun dah rasa
lapar bagai nak rak. Iskandar menurut Natasha ke meja makan.
“Makan abang. Nak lemang ke nak ketupat
ni?” Natasha menyoal.
“Nak makan sayang boleh? Hehehe.. lemanglah
sayang” Iskandar tergelak besar bila Natasha mengetuk tangannya dengan senduk.
Nak bergurau sikit pun garang.
“Heh. Kan dah kena. Cepatlah makan. Kejap
lagi kita nak pergi rumah mummy.” Natasha tersengih lebar. Padan muka.
“Ok madam.” Iskandar meletakkan tangannya
lurus di dahi tanda memberi tabik.
Natasha tergelak bila Iskandar membuat
begitu. Tangannya dibentuk bentuk pistol dan berlagak menembak Iskandar.
Iskandar pula buat-buat seperti dia ditembak dan terkulai mati di meja.
Akhirnya mereka berdua ketawa sakan di meja dengan lawak tak seberapa dari
mereka sendiri.
“Abang, Tasha nak minta ampun minta maaf
atas semua kesalahan Tasha sepanjang Tasha jadi isteri abang. Tasha tahu Tasha
bukan isteri yang sempurna macam isteri-isteri yang lain. Tasha tahu Tasha tak
jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna. Tasha minta ampun dan
maaf dari abang.” Natasha duduk bersimpuh di hadapan Iskandar. Tangan Iskandar
disalaminya dan dikucup lama. Air mata bergenangan di tubir matanya. Sebak
mengingati kekurangan diri sendiri.
“Shhh.. sayang tak mau cakap macam tu.
Sayang ialah isteri paling sempurna yang Allah kurniakan buat abang. Tak ada
satu dosa pun yang sayang lakukan pada abang. Setiap hari abang maafkan sayang.
Sayanglah anugerah terbaik dalam hidup abang. Sayang cinta hati abang yang
terindah dalam hidup abang.” Iskandar menarik tangan Natasha supaya duduk
disebelahnya. Tempat seorang isteri ialah di sisi suami bukan di kaki suami. Kemudian
dia pula yang melutut di hadapan Natasha.
“Sayang. Ambil ni. “ Iskandar menyarungkan
cincin emas putih Natasha yang diambilnya dari Natasha semalam ke jari manis Natasha.
Natasha mengerutkan keningnya. Orang nak
beraya dia main curi-curi cincin pula. Cincin itu direnungnya. Nasib baik masih
ada cincin ni. Cincin yang hanya satu dalam dunia. Tetapi hatinya sayu bila
melihat cincin itu. Sewaktu cincin itu disarungkan ke jarinya mereka masih
saling membenci. Saling tidak suka. Malah ketika Iskandar menyarungkan cincin
bukan kata cinta yang dilafazkannya. Kalau isteri yang lain mendapat lafaz kata
cinta dari suami mereka tetapi dia, soal short testnya yang mendapat markah
penuh yang dikatakan Iskandar. Natasha tersenyum kecil. Tak apalah. Walau apa
pun cincin yang dia dapat, dia tetap berkahwin juga. Dia tetap milik Iskandar
juga. Natasha cuba menutup hatinya yang terkilan.
“Cinta. Pandang abang. Hey. Kenapa muka
macam ni. Tak suka ke beraya dengan abang. Cinta ok tak ni?”
Natasha menggeleng. Kemudian mengangguk.
Kemudian menggaru kepalanya. Mana satu nak jawab dulu ni? Banyak benar soalan
dia. Mulut ni pun tak nak bekerjasama untuk bersuara. Heh! Iskandar tertawa
kecil melihat kelakuan Natasha itu. Lawaklah sayang ni.
“Sayang. Sebelum ni abang tak pernah
senangkan hati sayang. Abang selalu abaikan Tasha. Selalu buat tak endah. Abang
tak kisah pun pasal perkahwinan kita. Abang buat persiapan dengan marah-marah
dan rasa benci. Abang banyak menyakitkan hati Tasha dengan mulut laser abang.
Err… bukan laser… apa ye… ok mulut laser lah terpaksa mengaku. Abang banyak
kali sengaja buli-buli Tasha. Sengaja kenakan Tasha. Sengaja main-mainkan
Tasha. Sengaja ambil kesempatan buat macam ni. hehe” Sebuah ciuman segera
diberikan di bibir Natasha. Natasha segera menekup mulutnya. Ambil kesempatan! Benci betul!
“Abang!”
“Hehehe… sorry sayang.” Iskandar merapatkan
kedua tanganya tanda mohon ampun. Sengihannya lebar di bibir. Muehehe.. Isteri
sendiri apa salahnya kan?
“Ok sambung balik ayat-ayat yang tergendala
tadi. Hehe.. jadi atas semua kesalahan yang abang lakukan dengan sengaja dan
penuh ke’handsome’an tu. Abang minta maaf. Abang macam tak percaya selama ni
abang lakukan semua tu pada isteri abang yang cantik jelita ni kecuali yang
kesalahan mengambil kesempatan tu abang memang lakukan dalam keadaan sedar,
bangga dan yakin.” Iskandar tergelak
besar bila Natasha menampar bahunya. Comellah isteri abang ni!
Natasha mengetap bibir geram. Iskandar ni
memang hobi lepas laku betullah! Dia tak tahu ke aku ni dah malu tahap tujuh
belas dah. Aduhai nasib baik muka handsome sampai rasa nak gigit-gigit aje.
Kalau tak memang dah lama kena nyah jauh-jauh.
“Sayang. Bersempena hari raya pertama kita
bersama dan bersatu hati abang nak hadiahkan sayang sesuatu. Hadiah abang ni
tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Tasha serahkan hati
Tasha pada abang. Tapi abang nak beri hadiah ni supaya bawa pengertian yang
besar dalam perkahwinan kita. Meh sini tangan Tasha.”
Natasha menghulurkan tangan kanannya kepada
Iskandar. Dahinya berkerut seribu. Nak buat apa ni? Tiba-tiba Iskandar
mengeluarkan sebuah kotak cincin dari poket baju melayunya. Kotak yang cantik
itu dibuka. Terdapat dua bentuk cincin emas putih di dalamnya. Iskandar
menunjukkan cincin itu kepada Natasha.
Natasha terkedu. Dia ternganga sebentar.
Cantiknya! Cincin yang ringkas hanya ada sebutir batu permata yang tidak begitu
besar dan tidak begitu kecil cuma sederhana sahaja yang berbentuk hati di
atasnya beserta dengan ukiran nama mereka berdua di sekeliling permata itu.
Bila Iskandar menempahnya? Cincin? Malam tadi ke? Sebab tu ke dia ambil cincin
aku?
“Abang tempah cincin ni dari dua minggu
lepas. Tapi masa abang tempah tu abang teka-teka aja saiz jari isteri abang ni.
Abang cadang nak lamar semula isteri abang ni. Semalam masa nak pergi ambil di
Poh Kong kat Tesco Ampang tu abang sengaja curi sekejap cincin Tasha. Abang nak
pastikan yang abang tak salah.” Iskandar
bersuara penuh perasaan.
Tangan Natasha diambil dan disarungkan cincin
ke jari manisnya. Iskandar tersenyum puas bila cincin itu berada di jari
Natasha. Sempurna. Satu-satunya perkataan yang sesuai untuk situasi itu. Cincin
di dalam kotak miliknya hanya dihiasi sebutir permata kecil dan dikelilingi
ukiran yang nama mereka berdua secara
bulatan. Ringkas tapi sangat unik. Natasha mengambil cincin itu dan disarungkan
ke jari Iskandar. selesai disarungkan cincin Iskandar menggandingkan jemarinya
di sisi jemari Natasha. Aduhai cantiknya jari-jemari dia. Runcing dan putih.
Kuku gelas pula tu. Memang cantik mengalahkan jari aku.
“Tapi kenapa abang nak kena beli cincin ni
pulak? Kita kan dah ada cincin.” Cincin di jari manis sebelah kirinya ditunjuk
kepada Iskandar.
“Sayang. Sayang ingat tak. Cincin yang kita
ada sekarang cincin yang kita pakai masa kita kahwin. Masa tu kita tak ada
perasaan. Tak ada rasa cinta. Yang ada cuma rasa benci. Abang tak pernah
gembirakan Tasha sebagaimana isteri-isteri yang lain sewaktu disarungkan
cincin. Sekarang abang nak sayang tahu yang cincin ni akan lebih bermakna buat
kita. Abang adakan cincin ni dengan penuh rasa sayang. Rasa cinta buat isteri
abang ni. Abang nak sayang sentiasa ingat yang abang sentiasa cintakan Tasha
sepanjang hidup abang setiap Tasha terpandangkan cincin ni. Selalunya orang
akan cakap cincin sebagai tanda cinta. Tapi abang tak akan cakap macam tu.
Sebab kalau tiba-tiba suatu hari cincin ni hilang maknanya dah hilang cinta tu.
Abang tak mahu semua tu berlaku. Abang tak akan letakkan cinta abang pada satu
objek. Abang akan sebut cincin ni sebagai hadiah abang kepada isteri abang.
Hadiah abang dengan penuh rasa cinta.” Iskandar menjelaskan niat sebenarnya
dengan penuh perasaan.
Biar Natasha tahu dan jelas akan isi
hatinya. Iskandar bangun dan duduk di sisi Natasha. Tangan Natasha digenggam
dan dikucup lama. Dia ingin seluruh rasa cintanya dirasai Natasha. Air mata
Natasha yang jatuh setitis demi setitis dikesat dengan ibu jarinya. Sayang
abang ni sekarang selalu menangislah.
“Abang… terima kasih… Tasha.. cintakan
abang juga. Sepenuh hati Tasha…Dari dulu…Sekarang… Dan Insha Allah dengan izin
Allah selama-lamanya. Terima kasih atas segalanya yang abang dah berikan pada
Tasha. Hanya Tuhan je yang tahu bertapa gembiranya hati Tasha sekarang.”
Natasha bersuara serak dengan tangisannya.
Dia
terlalu sebak dengan pengakuan Iskandar. Rasa syukur yang tak terhingga muncul
dalam hatinya. Satu-satunya insan yang dia cintai dari dulu mencintainya juga.
Dia berasa kagum dengan kebesaran Allah yang mengatur semuanya yang terbaik
buat hambanya.
“Alah cinta abang ni. sampai
menangis-nangis dia. Dah dah. Tak mau nangis lagi. Abang tak buat apa pun untuk
sayang nak terima kasih buat apa? Dah tak mau sedih-sedih lagi. Nanti abang
belanja ais krim” Iskandar memujuk dengan cara dia memujuk Natasha yang
menangis sewaktu Natasha masih kecil. Iskandar memang tak tahu memujuk.
“Jadi. Sharifah Natasha al-Jannah. Sudi tak
awak jadi isteri saya sepenuh masa dengan erti kata isteri yang sebenar yang
sentiasa akan mendampingi saya sewaktu saya susah dan senang. Sentiasa
menikmati dan menghargai rasa cinta saya kepada awak seumur hidup awak dan akan
hidup dengan saya sampai akhir hayat?”
Iskandar melamar Natasha dengan suara yang
romantis. Dahinya dirapatkan dengan dahi Natasha. Mata indahnya tepat memandang
ke dalam mata Natasha. Cuba mencari rasa cinta dalam mata itu. Ya! Itu dia.
Rasa cinta yang melimpah ruah buat dirinya. Iskandar tersenyum senang.
Natasha menjauhkan wajahnya dari Iskandar.
Dia meletakkan jari telunjuknya di dagu dan diketuk-ketuk beberapa kali. Wajah
Iskandar dipandang sekilas kemudian kembali merenung kosong ke hadapan.
Konon-konon sedang memikirkan sesuatu yang berat.
“Well.. kita tengoklah sehari dua ni apa
performance awak. Kalau bagus nanti saya fikirkan ye.” Natasha membalas.
Ketawanya cuba ditahan sedaya upaya.
Iskandar ternganga mendengar jawapan
Natasha itu. Dia menunduk ke bawah. Hatinya terasa begitu hancur sekali. Kenapa
Natasha tak mahu menerimanya? Bukankah tadi Natasha sendiri yang mengatakan
bahawa dia juga cintakan Iskandar. Wajah Natasha dipandang semula. Eh! Ada
sesuatu di situ. Apa ye? Ada senyuman yang cuba disembunyikan di situ. Oh! Dia
kenakan aku ni.
“Sayang kenakan abang ya? Nak kena dia ni.”
Iskandar terus menggeletek Natasha. Habis satu rumah bigit dengan jeritan
Natasha yang cuba mengelak dari digeletek.
Natasha ketawa besar bila dia dapat
melepaskan diri. Tetapi belum jauh dia lari dia disambar Iskandar semula dan
digeletek lagi. Akhirnya mereka berdua kepenatan kerana ketawa tak henti-henti.
Iskandar duduk di atas permaidani dengan Natasha yang terduduk kepenatan di
sisinya. Mereka saling berpandangan lama. Sebuah senyuman paling manis dan
menawan Natasha hadiahkan kepada Iskandar.
“Abang. I Do.”
Iskandar menarik nafas lega.
Alhamdulillah…. Dia berbaring di atas permaidani itu dan menarik Natasha ke
dalam pelukannya. Jantungnya yang berdegup kencang dibiarkan sahaja. Dia suka
begitu. Dunia terasa begitu indah sekali dengan rama-rama mengelilingi mereka
berdua.
"Uhibbuki Fillah sayang. Always will do..."
"Uhibbuki Fillah sayang. Always will do..."
Subscribe to:
Posts (Atom)