Friday, August 23

My Hubby My Lecturer!! bab 32

Natasha cuba menahan angin yang menderu kuat ke mukanya. Inilah sebab utama kenapa dia tak suka naik bot. Dia tak suka angin yang menderu-deru laju  ke mukanya dan kesibukan dirinya mengawal tudungnya yang bila-bila masa akan terbang. Tambahan pula rasa takut kerana bot itu laju dan juga takutkan laut yang luas membuatkan dirinya sering berfikir dua kali untuk menaiki sebarang bot. Sebab itulah setiap kali bila di ajak oleh kedua ibu bapanya untuk menaiki bot ke mana-mana pulau dia akan menolak. Dia tak sukakan suasana di atas bot.

“Cinta meh sini.” Iskandar mengamit tangannya ke arah Natasha. Cermin mata hitam yang menutupi matanya diturunkan untuk memandang dengan lebih jelas.

Natasha mengerutkan dahinya memandang Iskandar yang sedang berdiri gagah dan tegap di hujung bot. Beraninya dia ni. Kalau jatuh macam mana? Tetapi Subhanallah… Kacaknya dia. Rasa nak makan dia hidup-hidup biar tak ada orang lain boleh tengok kekacakan dia. Eh. Dah macam kanibal dah pulak aku ni. Astagfirullahalazim…

“Tak mahulah abang. Datanglah sini. Bahaya kat situ. Karang jatuh macam mana.” Natasha mengamit semula. Takut membayangkan jika Iskandar benar-benar terjatuh dengan keadaan bot yang meluncur laju di atas laut.

“Eh jatuh apa pulaknya sayang. Meh sini. Pegang tangan abang ni.” Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha.

Natasha akhirnya terpaksa mengalah apabila melihat Iskandar yang bersungguh-sungguh mengajaknya. Dia menyambut huluran tangan Iskandar dengan terpaksa. Air liur yang ditelan terasa begitu kelat sekali. Jantungnya berdegup kencang. Seram teramat rasanya ketika ini. Cuba bayangkan kalau terjatuh dalam air laut tu. Ya Allah seramnya. Sudahlah taraf berenang aku ni taraf budak baru belajar berenang je.

“Jangan takut sayang. Abang ada ni kan.” Iskandar meyakinkan Natasha yang jelas kelihatan takut. Matanya dikerdip tanda memberi semangat.

Natasha terkial-kial memanjat dek bot yang agak tinggi itu. Tangan Iskandar dilepaskan untuk memegang tiang di dinding bot itu. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya kerana memakai skirt hari ini. Skirt yang asyik menyangkut pergerakannya kerana ditiup angin kencang menyukarkan pergerakannya. Sepatutnya dia memakai seluar seperti yang disarankan oleh Iskandar sebelum mereka bertolak dari rumah pagi tadi. Sekarang kan dah susah nak memanjat. Kalaulah terselak kainnya pasti dia akan malu besar dengan pemandu yang sedang sibuk mengawal stereng bot. Natasha menunduk untuk membuka kasut yang dipakainya. Mungkin lebih senang untuknya memanjat dek itu.

Tiba-tiba dia terasa tubuhnya melayang ke atas dek tersebut. Darahnya berderau bila dirinya melayang dan angin laju menyerbu ke mukanya.  Iskandar mengangkatnya dengan mudah ke atas dek itu. Entah bila Iskandar berada di belakangnya dia pun tak perasan. Iskandar mengangkatnya seperti mengangkat sesuatu yang sangat ringan. Natasha segera berpaling menghadap Iskandar setelah selamat berada di atas dek itu.

“Terkejut Tasha abang ni.” Natasha mengurut-ngurut dadanya.

Iskandar tergelak melihat Natasha yang jelas pucat. Dia juga turut memanjat hujung dek itu. Pinggang Natasha dipaut dan Natasha ditarik merapatinya. Dia memeluk Natasha dari belakang. Sengaja ingin memberi keberanian kepada isterinya itu. Natasha cuba mengundur dia terlalu takut dengan air yang menderu laju dibelah kelajuan bot. Takut jika terjatuh ke dalam laut itu.

“Shhh… jangan takut abang ada. Rapat sini.” Iskandar memeluk Natasha dari belakang. Pinggang isterinya itu dipeluk kejap.

Timbul rasa berani dan selamat dalam hati Natasha. Iskandar selalu memberikan rasa selamat kepada dirinya. Dia tersenyum. Kelakar memikirkan dirinya sendiri. Dulu benci yang teramat terhadap Iskandar menguasai dirinya tetapi sekarang pula dia sentiasa inginkan Iskandar berada di sisinya. Kalau boleh dia ingin sentiasa berada di dalam pelukan Iskandar.

Jari jemari Natasha digenggam lembut. Sesekali Iskandar bermain jari jemari itu. Tudung Natasha yang beterbangan ditiup angin dibiarkan sahaja menyapa mukanya. Senang dengan bau Natasha yang baginya sentiasa wangi dan menenangkan jiwanya. Terima kasih sayang sebab sudi hidup dengan abang.

“Sayang nak titanic tak?” Iskandar melaung sedikit melawan bunyi air yang kuat.

“Titanic apa?” Natasha kepelikan.
Nak titanic apanya? Ini bot layar biasa je nak titanic bagai. Takkanlah nak bawa dua orang penumpang pun sampai nak kena naik titanic. Melampau betul. Sudahlah titanic tu dah karam. Tak romantik langsung. Kalau Oasis of the Seas kapal layar terbesar di dunia tu nak juga aku. Bunyi pun gah sikit. Apalah Iskandar ni.

“Titanic lah sayang. Cuba depangkan tangan.” Iskandar bersungguh-sungguh menyuruh Natasha supaya bertitanic bersamanya. Dia turut mendepangkan tangan dan memegang tangan Natasha dari belakang.

“Laa.. titanic ni ke? Tasha ingatkan apalah tadi. Gayatlah bang.” Natasha merapat lagi ke badan Iskandar.

“Close your eyes cinta. Feel the wind. Feel the smell of the salty air. Feel the melodious sound of water. You’ll love it.” Suara Iskandar berbisik di telinga Natasha.

Natasha menurut kata-kata Iskandar. Matanya dipejam rapat. Hatinya ditenangkan tanpa sebarang rasa takut. Dia cuba merasakan hembusan angin. Merasakan bau udara yang masin . Menghayati bunyi air yang merdu dibelah kelajuan bot. menghayati rasa hangatnya pelukan seorang suami. Menghayati bunyi degupan jantung Iskandar yang selalu menenangkannya.

Sungguh, dia tenggelam rasa cinta yang indah buat suaminya. Semua rama-rama di dalam perutnya terasa mengepak kuat. Terlalu kuat dengan segala rasa yang berdebar-debar. Segala rasa cinta, kasih, sayang, rindu, segalanya bersatu dalam dirinya. Membuatkan dirinya tidak keruan. Natasha membuka matanya. Dia berpaling dan segera memeluk Iskandar.

“Abang. Tasha rindukan abang.” Entah kenapa dia teresak tanpa dipinta.

“Cinta kenapa ni? Abangkan ada kat depan cinta ni. Tak mau nangis macam ni. Kenapa ni?”

Iskandar menjadi kalut melihatkan Natasha yang tiba-tiba menangis. Kenapa dengan Tasha? Rindu? Aku kan ada depan mata dia. Ya Allah kenapa ni? Jantungnya berdegup kencang. Ada sesuatu tak baik yang berlakukah?

“Tasha rindu abang. Tak tahu kenapa. Tak kira masa Tasha rindu. Tasha jatuh cinta pada suami sendiri. Sampai setiap saat Tasha tak boleh tak tengok abang Tasha tak suka macam ni..” Natasha mengesat air matanya.

“Laillahaillalah sayang ni. Buat abang takut tau. Abang ingatkan apalah tadi. Baguslah macam tu sayang. Setiap saat setiap masa jatuh cinta dengan suami sendiri. Dapat pahala apa jatuh cinta dengan suami sendiri. Kan itu namanya menyenangkan hati suami. Kalau Tasha cintakan abang kerana Allah kan dah dapat pahala percuma kat situ.” Iskandar tergelak kecil. Dahi Natasha dikucup lembut.

“Tapi Tasha tak suka setiap saat rindukan abang. Abang ada depan mata Tasha lagilah Tasha bertambah rindu. Rindu yang tak terbendung. Setiap saat jatuh cinta.”

“Tasha tak suka ke jatuh cinta dengan abang? Tak suka rindukan abang?” Suara Iskandar mengendur. Rasa kecewa memenuhi hatinya.

Kenapa Tasha rasa tak suka rindukan aku? Kenapa tak suka jatuh cinta dengan aku? Tak layak ke aku ni untuk dia? Tak cukup baik ke aku ni untuk dia? Aku ada buat salah apa-apa ke? Iskandar mula terasa hati. Rasa tak tentu arah mula memenuhi seluruh hatinya. Salah aku dimana?

 Iskandar memalingkan wajahnya memandang ke arah lautan yang luas. Tak sanggup rasanya untuk memandang wajah Natasha yang pastinya akan membuat dia lebih kecewa. Pelukannya dirungkaikan. Dia menjauhkan diri sedikit dari Natasha. Ingin melegakan sedikit rasa hatinya yang sedang gundah ketika ini.

Natasha berasa bersalah melihat Iskandar yang seperti sedang kecewa. Dia mendekati Iskandar semula. Pipi Iskandar dipengang dengan kedua belah tangannya. Wajah Iskandar ditundukkan dan dia memandang tepat ke dalam mata Iskandar yang indah. Dia menyelam sehingga ke dasarnya. Jelas kelihatan limpahan rasa cinta di dalam mata itu.

Sangat indah sehingga Natasha terpegun buat seketika. Warnanya yang coklat kehijauan dan bulu mata yang lebat dan lentik membuatkan ianya tidak jemu dipandang. Namun Natasha kalah juga dengan renungan yang tajam menikam. Jantungnya berdegup kencang setiap kali dia menyelami mata indah itu. Dia pasti akan kalah. Dia menunduk seketika memandang kakinya kemudian dagu Iskandar dikucup hanya setakat itu saja yang dia sampai setelah berjengket.

“Bukan tak suka. Tapi Tasha takut kalau abang tak ada. Tasha takut kalau abang tak ada depan mata Tasha selalu. Sedangkan sekarang pun abang ada depan mata Tasha. Tasha dalam pelukan abang pun Tasha rindukan abang. Tasha rasa Tasha dah terkena penyakit angau. Tak boleh berenggang dengan abang walaupun sesaat. Kalau boleh Tasha nak lipat-lipat abang lepas tu gantung jadi rantai kat leher Tasha biar selalu dekat dengan hati dan nadi Tasha.” Natasha berkata siap dengan gaya melipat sesuatu. Dia tergelak kecil melihat Iskandar yang sudah tergegilkan mata. Alahai senangnya nak pujuk dia.

“Amboi dia. Sedap-sedap je nak lipat-lipat abang. Ingat abang ni kertas origami ke nak main lipat-lipat? Gigit nak.”

Natasha terjerit bila diacah Iskandar. Nak lari dia takut terjatuh dalam laut. Nak duduk diam takut digigit Iskandar. Iskandar bukan boleh dibuat main. Sudah beberapa kali dia digigit kerana Iskandar geramkannya. Kalau hanya digigit tak apa. Ini tidak selalunya akan diakhiri dengan kelakuan luar alam Iskandar yang akan membuatkan semua rama-ramanya syahid entah untuk kali yang keberapa pun dia tak tahu. Sudah tidak terkira kali keberapa.  Akhirnya dia hanya mampu menolak dada Iskandar dari mendekatinya. Vampire punya suami!

“Ha ha ha.Nak lari mana dia. Ada hati nak lipat-lipat orang. Orang acah nak gigit pun dia dah naik cuak. Takut kena kiss lah tu. ”

Natasha cuba didekati lagi. Sengaja mahu mengusik. Hilang semua rasa gundah gulananya tadi. Hampir gugur jantungnya bila Natasha berkata begitu. Mujur bukanlah seperti yang dia sangkakan. Kalau tidak mati kering di situ juga. Masakan tidak. Dia cintakan Natasha dengan sepenuh hati. Tetapi Natasha pula tiba-tiba tidak suka untuk jatuh cinta kepadanya. Buat seketika dia terasa seperti hatinya dihiris-hiris.

“Mana ada kita cuak. Kita jaga air sembahyang je.”  

Takut-takut Natasha memberi alasan. Takut untuk berundur lagi kebelakang. Biarlah tidak munasabah atau munasemenanjung pun alasan itu dia tetap juga menegakkan keadilan. Natasha anak Syed Firdaus mana boleh berlagak takut. Jatuh kredibiliti nanti. Tapi kalau nak membiarkan sahaja mahu pengsan dia diatas bot itu.

“Ha ha ha...  air sembahyang? Yang dari tadi bersentuh, berpeluk, bercumbu dengan abang tu valid lagi ke air sembahyang sayang tu? Pakai hukum mana tu sayang?” Keningnya diangkat-angkat sedikit. Pandai nak beri alasan ye. Tak takut konon.

Natasha hampir tersedak. Aduhai alasan buat malu keluarga ni.

“Eh ye ke? He he he..”

“Meh sini dia.”

Natasha ditarik mendekatinya. Apalah daya Natasha cuba melawan. Badannya hanyalah separuh badan Iskandar. Akhirnya dia terpaksa merelakan diri mendekati Iskandar.  Iskandar memandang tepat kedalam mata Natasha.  Seluruh rasa cinta dan sayangnya dicurahkan kepada sang isteri. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa dia cintakan isterinya itu. Lebih agung dari cintanya kepada arwah Intan. Bercinta dengan redha Illahi sungguh indah. Pucuk hidung Natasha dikucup lama. Rama-ramanya terasa mengepak terlalu perlahan. Terlalu hanyut dengan rasa cinta yang membuak sehingga tak mampu untuk mengepak kencang.


“Uhibubki Fillah cinta. Insha Allah selamanya.”  Iskandar berbisik perlahan namun masih dapat didengari Natasha walaupun tenggelam timbul dengan bunyi deru air yang kuat.  Natasha memejamkan mata. Merasakan setiap degup cinta dari suaminya. Sungguh hatinya terlalu gembira ketika ini. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya ketika itu.

32 comments:

  1. Ahhhhh... rindu dengan Is & Tasha. Another nice & sweet entry... romantiknya la hai dorang ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Terima kasih yg... Selamat membaca ye

      Delete
  2. betui2 romantik.. suka giler.. dah angau dgn cerite ni..

    ReplyDelete
  3. bile dye punye klimak ni.. xsbar nk tengok..

    ReplyDelete
  4. Saya dah tergilakan mereka bdua . Sweet sangattttttt . ♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Terima kasih sbb sudi membaca darl

      Delete
  5. never ever ada klimaks citer ni please ???? ya allahh,jatuh cinta betul dengan citer niiiiii.nak lagii.heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayoyo... X ada kkumaks mcm mana nk habia cerita yg... Lg pun klimaks dh lepas dh... Time tasha kata firman tu bf dia... Masa tu lah... Kalau tsha x kata mcm tu smpqi bila2 is x mengaku cintakan tsha yang...

      Delete
  6. Rindu btul ngan tasha n is ni...nmpknya sy pun dah angau dgn diaorg... plz jgn buat konflik yg berat tak sanggup tgk berpisah walaupun seketika.... syg is cinta tasha.... betul2 best... terasa rama2 berterbangan kerisngan... pelangi cinta pun nenampakkan dirinya.... I love u all

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh... Terima kasoh sbb sudi membaca syg... Akn terpisah jugak nanti yg...

      Delete
    2. Tlg tlg tak sanggup menantikan saat2 itu... mesti kena sedia tisu byk2 ni

      Delete
    3. hehehe.. sediakan syg.. tp saya x pandai buat cerita sedih.. kalau x sedih jgn frust tau

      Delete
  7. Best sangat-2.sebelum ni saya cuba buka blog awak tapi x dapat kecewa sangat baru hari cuba lagi akhirnya allhamdullah dapat juga apa lagi baca maraton lah saya tq & SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR&BATIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa... Yeke yg... Kenapa x dpt bukak? Kesian aekn.. Sorry ye yg... Patutlah lama dh x nampak awk.. Selamat hari taya jgk syg.. Terima kasih sbb sudi membaca

      Delete
  8. alahai sayang cepat la sambung adek maniiis...x sabo doh nak menunggu lame2...cinte giler kat is n tasya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sorry2 kak.. tsha bz skit sekarang kakak sepupu tsha nk kawin so tsha kiranya org terdekat dgn dia so sibuk sikit.. insha allah mlm ni tsha update

      Delete
  9. best sangat2.....

    ReplyDelete
  10. best nyer citer nie...xsabar nk baca lagi.....
    kak natasha..nk tanya nie..ape tajuk lagu nie.best laa lagu nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syg.. sabar ye.. nanti akak update lg.. lagu ni akak x pasti tajuk n penyanyi dia.. tapi rasanya Edcoustic- Aku Ingin Mencintaimu kot.. cuba cari kat youtube

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Best sngt2.cpt2 smbn cta ni .....plse

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih syg... sabar ye.. saya sibuk sgt sekarang.. mama ajak saya tolong dia kat ofis.. kakak sepupu saya pulak nk kawin.. so saya bnyk kena tlg dia.. sabar ye darl

      Delete
  13. best sngt....first time bca.....lme dh nk bca nowel versi mcm nie...bru dpt....apepun nowel nie memang awesome sngt....(\

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. selamat dtg syg.. terima kasih sbb sudi membaca.. novel versi mcm mana tu maksud awk yg?

      Delete
  14. Cerita yang bestt! Smpai bab berapa semuanya eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuu.. terima kasih syg.. terharu saya... hurmm.. x pasti lg.. saya x habis tulis lg.. tp rasanya dlm 50-60 bab kot..

      Delete
  15. salam n an yeong haseyo cik writer..suuueedd n romantik like it..gam sa hap nee dah (thank you) coz post chptr 32...nx chapter xsabar nk bca..cheerss..

    ReplyDelete
  16. sweet sangat...i like this story...

    ReplyDelete
  17. nice~ :D

    tapi...tukar font bole x cik writer?
    pening sy bace...hehehe

    ReplyDelete