Thursday, August 8

My Hubby My Lecturer!!! bab 29

“Abang kalau dah siap meh turun makan.” Natasha melaung dari tangga bawah. Malas betul rasanya nak naik ke atas semata-mata untuk memanggil Iskandar turun makan. Padahal bukannya tinggi sangat pun tangga yang perlu didakinya.

“Kejap.” Iskandar melaung juga.  

Natasha tersengih. Nak pulak dia menyahut. Selama ni kalau aku main laung-laung dia bising. Kata aku ni bukan bini Tarzan lah. Dia bukan jumbo dalam cerita Tarzan lah. Macam-macam lagi. Ini dia pun melaung-laung juga pulak. Hahaha…

Natasha melangkah menuju ke dapur semula. Dia perlu menyediakan air kopi panas buat Iskandar. seperti biasa Iskandar tak pernah sekali pun bersarapan tanpa kopi panas. Dah jadi tabiatnya. Natasha berselawat sewaktu menuang kopi itu dari coffee maker ke dalam cawan. Petua mamanya untuk mendapat berkat ketika membuat melayan makan minum suami.

Cawan diletakkan di atas meja. Natasha mendongak memandang ke arah tangga. Lamanya Iskandar ni. takkanlah nak tukar baju melayu pun sampai ambil masa sejam. Nak kena pakai make up dulu ke? Eishh.. suami aku bukannya pondan. Tak baik tuduh dia macam tu Tasha. Haip!

Tiba-tiba muncul kelibat Iskandar berlari turun dari atas. Natasha kaget. Kenapa pulak ni? Ada perompak ke kat atas? Jantung Natasha berdegup kencang. Dia risaukan Iskandar. Natasha mendekati Iskandar dengan laju.

“Sayang! Sayang tolong abang. Abang tak dapat nak button baju ni.”

Laa… tak dapat nak butang baju pun nak berlari macam kena kejar perompak ke? Aduhai dia ni. betul-betul macam budak kecil. Patutlah punya lama dia nak bersiap. Rupanya nak butang baju pun dia tak berjaya dari tadi. Natasha tersengih. Rasa kelakar dengan kelakuan Iskandar itu.

Iskandar menyuakan dadanya kepada Natasha. Susah betul untuk membutang baju melayu ni. Dari tadi dia berusaha tetapi tak berjaya juga. Padahal selama ni bukan dia tak pernah memakai baju melayu malah hampir setiap hari jumaat dia akan pakai baju melayu ke kampus. Tetapi entah kenapa hari ini tak mahu menjadi pula. Buat malu dia saja. Pasti Natasha fikir dia keanak-anakkan.  Sengaja betul baju ni nak kasi rosak plan.
                           
“Hahaha… apalah abang ni. Meh sini. Itulah pasal tadi masa pergi sembahyang raya Tasha suruh pakai baju ni abang tak nak. Kan dah susah abang nak tukar.” Natasha menarik Iskandar supaya menunduk sedikit dan mendekatinya. Tinggi sangatlah katakan.

Baju melayu Iskandar dibutang satu persatu. Natasha melalukan jari jemarinya di sepanjang garisan butang itu. Dia suka berbuat begitu. Setiap kali Iskandar menyuruhnya membutangkan baju dia pasti akan melalukan jarinya di sepanjang garisan butang itu. Entah kenapa dia tak tahu. Yang pasti dia suka berbuat begitu.  Dan tanpa disangka-sangkat  tiba-tiba Iskandar mencium pipinya. Natasha mendongak dan menjegilkan mata kepada Iskandar. Cis! Kalau tak lepas laku tu bukan Iskandarlah namanya.

“Hehe… Selamat hari raya sayang.” Iskandar tersengih tidak bersalah.

Natasha menarik tangan Iskandar dan menariknya ke meja makan. Lapar lah pulak rasanya. Kalau waktu bulan puasa tak ada pun rasa macam ni. Tapi bila tiba hari ini pukul sepuluh pagi pun dah rasa lapar bagai nak rak. Iskandar menurut Natasha ke meja makan.

“Makan abang. Nak lemang ke nak ketupat ni?” Natasha menyoal.

“Nak makan sayang boleh? Hehehe.. lemanglah sayang” Iskandar tergelak besar bila Natasha mengetuk tangannya dengan senduk. Nak bergurau sikit pun garang.

“Heh. Kan dah kena. Cepatlah makan. Kejap lagi kita nak pergi rumah mummy.” Natasha tersengih lebar. Padan muka.

“Ok madam.” Iskandar meletakkan tangannya lurus di dahi tanda memberi tabik.

Natasha tergelak bila Iskandar membuat begitu. Tangannya dibentuk bentuk pistol dan berlagak menembak Iskandar. Iskandar pula buat-buat seperti dia ditembak dan terkulai mati di meja. Akhirnya mereka berdua ketawa sakan di meja dengan lawak tak seberapa dari mereka sendiri.




“Abang, Tasha nak minta ampun minta maaf atas semua kesalahan Tasha sepanjang Tasha jadi isteri abang. Tasha tahu Tasha bukan isteri yang sempurna macam isteri-isteri yang lain. Tasha tahu Tasha tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna. Tasha minta ampun dan maaf dari abang.” Natasha duduk bersimpuh di hadapan Iskandar. Tangan Iskandar disalaminya dan dikucup lama. Air mata bergenangan di tubir matanya. Sebak mengingati kekurangan diri sendiri.

“Shhh.. sayang tak mau cakap macam tu. Sayang ialah isteri paling sempurna yang Allah kurniakan buat abang. Tak ada satu dosa pun yang sayang lakukan pada abang. Setiap hari abang maafkan sayang. Sayanglah anugerah terbaik dalam hidup abang. Sayang cinta hati abang yang terindah dalam hidup abang.” Iskandar menarik tangan Natasha supaya duduk disebelahnya. Tempat seorang isteri ialah di sisi suami bukan di kaki suami. Kemudian dia pula yang melutut di hadapan Natasha.

“Sayang. Ambil ni. “ Iskandar menyarungkan cincin emas putih Natasha yang diambilnya dari Natasha  semalam ke jari manis Natasha.

Natasha mengerutkan keningnya. Orang nak beraya dia main curi-curi cincin pula. Cincin itu direnungnya. Nasib baik masih ada cincin ni. Cincin yang hanya satu dalam dunia. Tetapi hatinya sayu bila melihat cincin itu. Sewaktu cincin itu disarungkan ke jarinya mereka masih saling membenci. Saling tidak suka. Malah ketika Iskandar menyarungkan cincin bukan kata cinta yang dilafazkannya. Kalau isteri yang lain mendapat lafaz kata cinta dari suami mereka tetapi dia, soal short testnya yang mendapat markah penuh yang dikatakan Iskandar. Natasha tersenyum kecil. Tak apalah. Walau apa pun cincin yang dia dapat, dia tetap berkahwin juga. Dia tetap milik Iskandar juga. Natasha cuba menutup hatinya yang terkilan.

“Cinta. Pandang abang. Hey. Kenapa muka macam ni. Tak suka ke beraya dengan abang. Cinta ok tak ni?”

 Natasha menggeleng. Kemudian mengangguk. Kemudian menggaru kepalanya. Mana satu nak jawab dulu ni? Banyak benar soalan dia. Mulut ni pun tak nak bekerjasama untuk bersuara. Heh! Iskandar tertawa kecil melihat kelakuan Natasha itu. Lawaklah sayang ni.

“Sayang. Sebelum ni abang tak pernah senangkan hati sayang. Abang selalu abaikan Tasha. Selalu buat tak endah. Abang tak kisah pun pasal perkahwinan kita. Abang buat persiapan dengan marah-marah dan rasa benci. Abang banyak menyakitkan hati Tasha dengan mulut laser abang. Err… bukan laser… apa ye… ok mulut laser lah terpaksa mengaku. Abang banyak kali sengaja buli-buli Tasha. Sengaja kenakan Tasha. Sengaja main-mainkan Tasha. Sengaja ambil kesempatan buat macam ni. hehe” Sebuah ciuman segera diberikan di bibir Natasha. Natasha segera menekup mulutnya.  Ambil kesempatan! Benci betul!

“Abang!”

“Hehehe… sorry sayang.” Iskandar merapatkan kedua tanganya tanda mohon ampun. Sengihannya lebar di bibir. Muehehe.. Isteri sendiri  apa salahnya kan?

“Ok sambung balik ayat-ayat yang tergendala tadi. Hehe.. jadi atas semua kesalahan yang abang lakukan dengan sengaja dan penuh ke’handsome’an tu. Abang minta maaf. Abang macam tak percaya selama ni abang lakukan semua tu pada isteri abang yang cantik jelita ni kecuali yang kesalahan mengambil kesempatan tu abang memang lakukan dalam keadaan sedar, bangga dan yakin.”  Iskandar tergelak besar bila Natasha menampar bahunya. Comellah isteri abang ni!

Natasha mengetap bibir geram. Iskandar ni memang hobi lepas laku betullah! Dia tak tahu ke aku ni dah malu tahap tujuh belas dah. Aduhai nasib baik muka handsome sampai rasa nak gigit-gigit aje. Kalau tak memang dah lama kena nyah jauh-jauh.

“Sayang. Bersempena hari raya pertama kita bersama dan bersatu hati abang nak hadiahkan sayang sesuatu. Hadiah abang ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Tasha serahkan hati Tasha pada abang. Tapi abang nak beri hadiah ni supaya bawa pengertian yang besar dalam perkahwinan kita. Meh sini tangan Tasha.”

Natasha menghulurkan tangan kanannya kepada Iskandar. Dahinya berkerut seribu. Nak buat apa ni? Tiba-tiba Iskandar mengeluarkan sebuah kotak cincin dari poket baju melayunya. Kotak yang cantik itu dibuka. Terdapat dua bentuk cincin emas putih di dalamnya. Iskandar menunjukkan cincin itu kepada Natasha.

Natasha terkedu. Dia ternganga sebentar. Cantiknya! Cincin yang ringkas hanya ada sebutir batu permata yang tidak begitu besar dan tidak begitu kecil cuma sederhana sahaja yang berbentuk hati di atasnya beserta dengan ukiran nama mereka berdua di sekeliling permata itu. Bila Iskandar menempahnya? Cincin? Malam tadi ke? Sebab tu ke dia ambil cincin aku?

“Abang tempah cincin ni dari dua minggu lepas. Tapi masa abang tempah tu abang teka-teka aja saiz jari isteri abang ni. Abang cadang nak lamar semula isteri abang ni. Semalam masa nak pergi ambil di Poh Kong kat Tesco Ampang tu abang sengaja curi sekejap cincin Tasha. Abang nak pastikan yang  abang tak salah.” Iskandar bersuara penuh perasaan.

Tangan Natasha diambil dan disarungkan cincin ke jari manisnya. Iskandar tersenyum puas bila cincin itu berada di jari Natasha. Sempurna. Satu-satunya perkataan yang sesuai untuk situasi itu. Cincin di dalam kotak miliknya hanya dihiasi sebutir permata kecil dan dikelilingi ukiran yang  nama mereka berdua secara bulatan. Ringkas tapi sangat unik. Natasha mengambil cincin itu dan disarungkan ke jari Iskandar. selesai disarungkan cincin Iskandar menggandingkan jemarinya di sisi jemari Natasha. Aduhai cantiknya jari-jemari dia. Runcing dan putih. Kuku gelas pula tu. Memang cantik mengalahkan jari aku.

“Tapi kenapa abang nak kena beli cincin ni pulak? Kita kan dah ada cincin.” Cincin di jari manis sebelah kirinya ditunjuk kepada Iskandar.

“Sayang. Sayang ingat tak. Cincin yang kita ada sekarang cincin yang kita pakai masa kita kahwin. Masa tu kita tak ada perasaan. Tak ada rasa cinta. Yang ada cuma rasa benci. Abang tak pernah gembirakan Tasha sebagaimana isteri-isteri yang lain sewaktu disarungkan cincin. Sekarang abang nak sayang tahu yang cincin ni akan lebih bermakna buat kita. Abang adakan cincin ni dengan penuh rasa sayang. Rasa cinta buat isteri abang ni. Abang nak sayang sentiasa ingat yang abang sentiasa cintakan Tasha sepanjang hidup abang setiap Tasha terpandangkan cincin ni. Selalunya orang akan cakap cincin sebagai tanda cinta. Tapi abang tak akan cakap macam tu. Sebab kalau tiba-tiba suatu hari cincin ni hilang maknanya dah hilang cinta tu. Abang tak mahu semua tu berlaku. Abang tak akan letakkan cinta abang pada satu objek. Abang akan sebut cincin ni sebagai hadiah abang kepada isteri abang. Hadiah abang dengan penuh rasa cinta.” Iskandar menjelaskan niat sebenarnya dengan penuh perasaan.

Biar Natasha tahu dan jelas akan isi hatinya. Iskandar bangun dan duduk di sisi Natasha. Tangan Natasha digenggam dan dikucup lama. Dia ingin seluruh rasa cintanya dirasai Natasha. Air mata Natasha yang jatuh setitis demi setitis dikesat dengan ibu jarinya. Sayang abang ni sekarang selalu menangislah.

“Abang… terima kasih… Tasha.. cintakan abang juga. Sepenuh hati Tasha…Dari dulu…Sekarang… Dan Insha Allah dengan izin Allah selama-lamanya. Terima kasih atas segalanya yang abang dah berikan pada Tasha. Hanya Tuhan je yang tahu bertapa gembiranya hati Tasha sekarang.” Natasha bersuara serak dengan tangisannya.

 Dia terlalu sebak dengan pengakuan Iskandar. Rasa syukur yang tak terhingga muncul dalam hatinya. Satu-satunya insan yang dia cintai dari dulu mencintainya juga. Dia berasa kagum dengan kebesaran Allah yang mengatur semuanya yang terbaik buat hambanya.

“Alah cinta abang ni. sampai menangis-nangis dia. Dah dah. Tak mau nangis lagi. Abang tak buat apa pun untuk sayang nak terima kasih buat apa? Dah tak mau sedih-sedih lagi. Nanti abang belanja ais krim” Iskandar memujuk dengan cara dia memujuk Natasha yang menangis sewaktu Natasha masih kecil. Iskandar memang tak tahu memujuk.

“Jadi. Sharifah Natasha al-Jannah. Sudi tak awak jadi isteri saya sepenuh masa dengan erti kata isteri yang sebenar yang sentiasa akan mendampingi saya sewaktu saya susah dan senang. Sentiasa menikmati dan menghargai rasa cinta saya kepada awak seumur hidup awak dan akan hidup dengan saya sampai akhir hayat?”

Iskandar melamar Natasha dengan suara yang romantis. Dahinya dirapatkan dengan dahi Natasha. Mata indahnya tepat memandang ke dalam mata Natasha. Cuba mencari rasa cinta dalam mata itu. Ya! Itu dia. Rasa cinta yang melimpah ruah buat dirinya. Iskandar tersenyum senang.

Natasha menjauhkan wajahnya dari Iskandar. Dia meletakkan jari telunjuknya di dagu dan diketuk-ketuk beberapa kali. Wajah Iskandar dipandang sekilas kemudian kembali merenung kosong ke hadapan. Konon-konon sedang memikirkan sesuatu yang berat.

“Well.. kita tengoklah sehari dua ni apa performance awak. Kalau bagus nanti saya fikirkan ye.” Natasha membalas. Ketawanya cuba ditahan sedaya upaya. 

Iskandar ternganga mendengar jawapan Natasha itu. Dia menunduk ke bawah. Hatinya terasa begitu hancur sekali. Kenapa Natasha tak mahu menerimanya? Bukankah tadi Natasha sendiri yang mengatakan bahawa dia juga cintakan Iskandar. Wajah Natasha dipandang semula. Eh! Ada sesuatu di situ. Apa ye? Ada senyuman yang cuba disembunyikan di situ. Oh! Dia kenakan aku ni.

“Sayang kenakan abang ya? Nak kena dia ni.” Iskandar terus menggeletek Natasha. Habis satu rumah bigit dengan jeritan Natasha yang cuba mengelak dari digeletek.

Natasha ketawa besar bila dia dapat melepaskan diri. Tetapi belum jauh dia lari dia disambar Iskandar semula dan digeletek lagi. Akhirnya mereka berdua kepenatan kerana ketawa tak henti-henti. Iskandar duduk di atas permaidani dengan Natasha yang terduduk kepenatan di sisinya. Mereka saling berpandangan lama. Sebuah senyuman paling manis dan menawan Natasha hadiahkan kepada Iskandar.

“Abang. I Do.”


Iskandar menarik nafas lega. Alhamdulillah…. Dia berbaring di atas permaidani itu dan menarik Natasha ke dalam pelukannya. Jantungnya yang berdegup kencang dibiarkan sahaja. Dia suka begitu. Dunia terasa begitu indah sekali dengan rama-rama mengelilingi mereka berdua. 

"Uhibbuki Fillah sayang. Always will do..."

11 comments:

  1. yeay.... ramalan ku benar belaka...: :-)

    ReplyDelete
  2. best la..x sabar nak baca ending cerita nie..

    ReplyDelete
  3. ada brapa chapter ni semua ek? xsbr nantikan ending citer ni, kalo ada publish kat tv lg best~ hehehe

    ReplyDelete
  4. Thanks! Citer yang agak best dibaca. Akk, jemput-jemputlah tengok blog saya. saya pon buat cerita pendek tapi masih dalam pembelajaran. Kalau ada yang salah, mintak diajarkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeke?? wah... bestnya... nak baca nk baca.. eh x layaklah saya nk bg tunjuk ajar.. saya bukan penulis yg baik pun.. x ada sebarang coretan saya yang di iktiraf lg pun.. saya x berbakatlah yang.. memang x layak untuk saya bg tunjuk ajar..

      Delete
  5. salam aidilfitri buat cik writter..sweeettt mk my day colorful mcm rainbow ;)..fls brbunga2 mcm lirik lagu ni wen bca chapter ni..sekadar lagu ..Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
    Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
    Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
    Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu.. so cik writter nx chapter xsabar nk bca..gud luck exam..

    Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
    Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
    Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
    Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

    Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
    Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

    ReplyDelete
  6. bile samb lagi niii? best..kelakar...

    ReplyDelete
  7. makin menyengat....best sgt......hati pun berbunga2.....

    ReplyDelete