Monday, July 15

Sinopsis My Hubby My lecturer!!

Natasha al-Jannah seorang gadis biasa yang gilakan belajar tanpa ada rasa untuk bercinta. Baginya sewaktu belajar bukanlah masa untuk bercinta. Tapi bila ibu bapanya bercadang untuk menjodohkan dia dengan seseorang dia terpaksa akur. Niatnya cuma satu biarlah dia menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapanya. Kejutan yang menantinya ialah dia dijodohkan dengan pensyarahnya sendiri. Iskandar al-Amin. Iskandar al-Amin juga terpaksa mengikut cadangan ibu bapanya dengan alasan yang sama. Biarlah dia menjadi anak yang soleh.

“Sir… Sir buat apa kat sini? Macam mana sir tahu rumah saya?”-Natasha al-Jannah.

“Salah ke saya nak datang rumah bakal isteri saya?”Iskandar Al-Amin.

Perkahwinan yang dirancang berlangsung juga walau hati masing-masing saling tak suka. Seorang ke laut seorang ke langit. Masing-masing tak sehaluan. Pelbagai syarat dan perjanjian dikemukakan masing-masing.

‘KITA AKAN BERPISAH SECARA RASMI SELEPAS ENAM BULAN PERKAHWINAN.’

Iskandar al-Amin terus kaku dengan kisah cinta silamnya dengan Intan yang sudah lama tiada membuatkan dia mengelakkan diri daripada terjatuh cinta dengan Natasha al-Jannah. Strateginya cuma satu buat tak endah. Namun, kewujudan Haikal pencinta terang-terangan Natasha al-Jannah menggugat pendirian Iskandar al-Amin. Pelbagai cara dicubanya untuk menyakitkan hati Natasha al-Jannah supaya Natasha al-Jannah sentiasa sedarkan kehadirannya.

Dalam pada mereka saling bergolak, bertekak, berperang satu tragedi yang meragut nyawa kedua ibu bapa Natasha al-Jannah. Tragedi tersebut membuatkan Iskandar al-Amin menjadi tempat bergantung sepenuhnya bagi Natasha al-Jannah. Hari yang berlalu meluputkan pergaduhan mereka dan menjadi pasangan paling romantik sepanjang abad.

Satu kejadian terjadi menimbulkan kembali dendam lama Iskandar al-Amin. Intan nama yang hilang timbul semula. Natasha al-Jannah dipulaukan. Rasa cinta ditepikan. Membuatkan Natasha al-Jannah mengundurkan diri.

"Saya nak tanya.. saya harap awak jawab dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak cintakan saya?" -Natasha al-Jannah.

“Tak pernah.”Iskandar al-Amin.

"Berbenang cinta saya, bersulam benci awak.. Berpahat cinta saya, berukir benci awak.. Tak mampu saya perjuangkan kalau awak masih membenci.. kalau ini takdir dia biar saya hilang biar semua selesai..” -Natasha al-Jannah

Natasha al-Jannah menghilang Iskandar tak mencari. Saat berlalu Iskandar al-Amin jadi nanar. Dapatkah mereka bersama sehingga ke akhirnya. Akankah bahagia menjadi milik mereka semua?


“Sekali namamu terpahat, Selamanya ia akan kekal.” Iskandar al-Amin.

Saturday, July 13

My Hubby My Lecturer!! bab 12

“Is esok saya nak pergi kelas.” Suara Natasha memecah kesunyian ruang televisyen itu. Wajah Hyun Bin di dalam drama Secret Garden terpampang di Televisyen. Ek eleh. Muka ganas tapi layan cerita Korea. Jambu jugak lah tu. Dah la perangai sama je dengan si Hyun Bin dalam cerita tu. Kerek semacam!

Iskandar yang sedang berbaring sambil menonton televisyen terus berpaling mengadap Natasha. Terkejut dengan kehadiran Natasha disitu. Dia ni memang jalan tak berbunyi ke? Selalu macam tu. sedar-sedar dah ada. Tahulah kaki dia kecil. Tapi takkan sampai tak berbunyi. Itulah siapa suruh kecil sangat.

“Nak pergi kelas dah? Tapi kan masih ada MC dua hari lagi? Rehat ajelah kat rumah. Pasal attendance awak jangan risau saya dah uruskan dengan lecturer lain. Dia orang semua dah tau pasal hal tu.” balas Iskandar. Risau pula dia melihat Natasha. Sejak dari kenduri tahlil hari itu Natasha sudah tidak bersedih lagi. Malahan kelihatan seperti biasa saja. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

 Dia ni dah demam sampai ada brain damage ke? Nak panggil Doktor Zubir ke tak ni ye? Dia ni kan. Buat risau aku tau.! Karang dibuatnya pengsan macam hari tu. Naik rebah bahu aku mengangkat dia ke atas. Nasib baik badan dia seciput je. Kalau sebesar gantang, aku pejamkan mata je kalau dia pengsan. Tak larat den oii.

“It has been four days Is. I can’t be like this forever. Saya kena bangun. Saya tak nak jadi lemah. Mama dengan papa mesti tak nak tengok saya lemah. Saya kena bangun. Saya kena kejar cita-cita saya. saya tak boleh biarkan usaha papa bangunkan syarikat dia dengan mama selama ni musnah sebab saya tak berusaha. Awak akan sokong saya kan?” Natasha menegakkan kemahuannya. Aku tak mahu terus menerus duduk dirumah menghadap muka dia tapi langsung ak berusaha majukan diri. No way! Ini Natasha anak Syed Firdaus! Tak mungkin kalah dengan hati sendiri. Aku kena teruskan perjuangan papa selama ni.

“Betul ni awak dah ok? Awak yakin? 100% yakin?”

“Iye. Saya yakin. 500% Yakin. Awak ni kenapa? Awak tak nak sokong saya ke?” Natasha sudah mula memuncung. Hari tu bukan main lagi cakap nak sokong aku, ni aku nak pergi kelas pun dia dah bermasalah. Macam mana aku nak maju. Ceh!

“Bila masa pulak saya cakap tak nak sokong awak? Saya sokong lah ni. Disebabkan saya sokong awak..  Apa lagi? Pergilah tidur sekarang! Esok kelas awak pukul 8.30 pagi dengan Prof. Azlan. Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang? Dah pukul 1.30 pagi tau. Dah la nak mengejut awak tu macam kejut badak. Susah bukan main nak bangun. Baik awak masuk tidur sekarang.”  Ok Fine! The Sarcastic Iskandar is back.

*****

“Natasha wake up. Dah pukul dua petang macam ni pun awak masih mengantuk jugak ke? Ini dewan kuliah tau. Bukan bilik tidur awak. Malam tadi awak tidur pukul berapa sampai tertidur-tidur dalam kelas macam ni. Kalau awak tak nak belajar awak boleh balik rumah je tidur. Kelas ni untuk belajar bukan tidur.” Iskandar terus menyembur Natasha sebaik sahaja dia melangkah ke dalam kelas. Masakan tidaknya. Elok sahaja Natasha lena berbantalkan lengan di atas meja ketika dia masuk ke kelas itu. Melampau!

Itulah aku suruh tidur awal semalam tak nak dengar.Dah tahu diri tu suka tidur degil juga nak berjaga. Entah apalah yang dibuatnya. Kan sekarang dalam kelas dah mengantuk. Dah la pagi tadi nak kejut dia bangun punyalah payahnya. Eh. Dah macam aku jaga budak kecil pulak. HUH!

Natasha terpinga-pinga bangun apabila terdengar namanya dipanggil lantang  Semua orang kecuali Haikal, Ara dan Iskandar, sedang memandangnya sambil ketawa. Mukanya merah padam. Malu! Dia ni tak boleh ke kalau tak malukan aku dalam kelas? Cakap elok-elok kan boleh. Bukannya dia sengaja untuk tidur. Dia Cuma meletakkan kepalanya di atas meja kerana kepalanya terasa begitu berat sekali.  Suara ketawa di sekelilingnya masih belum juga reda. Tiba-tiba Natasha terasa seperti ingin menangis. Tak pernah dia dimalukan begini. Tudungnya yang senget dibetulkan kemudian dia segera bangun untuk ke tandas.

“I’m sorry sir. My bad. Err… may I go to toilet?”

“Hmm… you may” Alamak. Kasar sangat ke ayat aku tu? Dia macam nak nangis je. Is. Apa kau dah buat ni? Padahal budak tu baru nak ok. Aduhai….

Sampai sahaja sampai di tandas Natasha menangis semahu-mahunya. Sampai hati dia! Padahal semalam bukannya aku buat benda buka-bukan pun. Aku berqiamullai sampai pagi. Kenapa perlu nak malukan aku macam tu? kata nak sokong aku. Nak jaga aku. Tapi macam ni ke caranya nak jaga aku? Malukan aku depan orang ramai? Penjahat!

Setelah hampir satu jam Natasha berada di dalam tandas itu. Kedengaran bunyi orang masuk ke dalam tandas itu. Kemudian pintu tandas yang Natasha berada di dalamnya diketuk beberapa kali.

“Tasha kau kat dalam ke? Bukalah pintu ni Sha. Aku tahu kau mesti menangis kat dalam tu kan? Keluarlah sha. Tak baik tau merajuk dalam toilet ni. Toilet kan tempat syaitan.  Meh keluar meh. Meh nangis kat aku.” Kedengaran suara Ara dari luar.

Nasib baik kau ada Ara. Kalau tak sampai petang aku menangis kat dalam ni. Natasha mengesat air matanya kemudian perlahan-lahan membuka pintu tandas itu dan keluar dari dalamnya. Kelihatan Ara tersenyum lebar di depan pintu itu. Ara terus memeluknya dan mengesat lebihan air mata di pipi Natasha. mujur saja Natasha memang cantik semula jadi dan tidak memerlukan sebarang make up di wajahnya. jika tidak wajahnya pasti kelihatann seperti panda.

“Dah dah dah. Tak mau nangis dah. Tu ada something kat luar tu.”Ara menjuihkan bibirnya ke luar tandas tanda menunjukkan sesuatu yang berada di luar tandas itu.

“Apa?” Natasha mengangkat keningnya sedik.

Sekali lagi Ara menjuihkan bibirnya, tetapi kali ini lebih drastic lagi siap termuncung-muncung bibir Ara menunjuk ke luar. Melihatkan Ara begitu bersunggih-sunggih Natasha keluar juga dari tandas itu. Dia ternganga besar apabila melihat Iskandar sedang  berdiri di luar tandas itu sambil membelakanginya dan tangan diletakkan di dalam kocek. Nasi Kandar follow aku pergi tandas? Eww.. pervert!

Sebaik sahaja sedar akan kehadiran Natasha Iskandar terus berpaling mengadap Natasha. Mukanya terasa kaku untuk memberi senyuman. Orang bersalah  lah katakan. Serba salah lah tu. Is cakap Is. Takkanlah kau dah bisu dalam tempoh 37 saat ni? Cakap sorry je. Itupun dah ok dah. Cakap je Is. Be a man!

“Awak buat apa kat dalam tandas tu? Awak tahu kan awak ada kelas sekarang? Cik adik.. awak nak kena demerit ke? ke memang nak berumah tangga kat dalam tandas tu?” Ya Allah mulut! Kenapa kau tak ikut arahan? Aku suruh kau cakap lain kau pergi cakap lain! Mulut aku ni memang made in china ke? Rasanya ingin sahaja dia menampar mulutnya sendiri. Tapi sayangkan diri sendiri punya pasal. Tak sangguplah!

Berubah muka Natasha mendengar kata-kata Iskandar itu. Jadi dia datang sini sebab nak sakitkan hati aku lagilah. Bukannya nak minta maaf. Fine! Ini bermakna dia memang nak aku jadi macam dulu semula. Tak boleh buat baik sikit dengan dia ni.

“Sorry Sir Iskandar al-Amin. Saya minta maaf sebab berlama-lama kat dalam tandas tu.” Ujar Natasha dengan nada keras kemudian terus berlalu dari situ. Ara yang juga berada di belakangnya terus mengikutinya. Takutlah pula melihat perang mereka ni.


Iskandar terkaku di tempatnya berdiri. Dia tidak berbuat apa-apa.tidak menghalang atau mengejar Natasha yang sedang meninggalkannya dengan langkah yang pantas. Dia hanya berdiri dan memandang Natasha tanpa perasaan. Hatinya tiba-tiba bersuara. Tahniah Is!

Terima kasih kepada Darling2 yang Gorgeous Lagi Anggun!




Alhamdulillah.. dalam masa 30 hari dah ada seramai ni yang membaca coretan saya.. terharu bah.. —

Thursday, July 11

My Hubby My Lecturer!! bab 10

Natasha terasa badannya lenguh-lenguh. Apasal pulak ni. Tiba-tiba dia teringatkan mimpinya semalam. Mama dengan papa meninggal? Erhhh.. buruk betul mimpinya. Ada ke mimpi bukan-bukan macam tu? Natasha mengeliat sedikit di atas katil. Tiba-tiba dia merasakan pergerakan kakinya terganggu. Dia memandang ke arah badannya. Eh. Kenapa aku masih pakai baju kurung semalam ni? Aku balik terus tidur ke? Telinganya menangkap bunyi dari arah bawah. Iskandar?

Natasha keluar dari biliknya. Dia turun ke bawah untuk mencari Iskandar. Puas dia menjejak Iskandar. Di ruang tamu, di ruang keluarga, di ruang makan tetapi Iskandar masih tidak ada. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari dapur. Barangkali Is ada kat dapur. Sebaik sahaja terlihat Iskandar yang sibuk memasak sesuatu di dapur Natasha duduk di tempat duduk di kerusi hadapan bar. Iskandar masih tidak perasankan kehadirannya di situ. Sungguh khusyuk dengan kerja memasaknya.

Iskandar dipandang dengan penuh tanda tanya. Rajin pula dia ni memasak hari ni. Selama ni nak suruh ke dapur ambil air sendiri pun susah bagai suruh terjun lombong. Hari raya ke hari ni? Nak kena rakam ni. Penemuan hebat sezaman. Ha ha ha..

“Is awak buat apa? Sekarang pukul berapa ye? Saya mimpi pelik-pelik lah tadi. Ada ke saya mimpi mama dengan papa meninggal. Saya laparlah.” Adu Tasha setelah melihat Iskandar masih tidak perasankannya.

Iskandar yang terkejut mendengar suara Natasha itu segera berpaling. Sebaik sahaja terlihatkan Natasha Iskandar terus meluru ke arah Natasha dan meraih Natasha kedalam pelukannya. Berkali-kali ubun-ubun Natasha dikucupnya. Natasha yang berada di dalam pelukannya hanya merota-ronta minta dilepaskan.

Dia ni dah melampau! Bukan main lagi buat perjanjian bagai. Tapi yang di apeluk-peluk orang ni kenapa? Dah menggatal sangat ke? Memang minta belasah ke dia ni? Natasha menolak kuat tubuh Iskandar sehigga dia terdorong ke belakang. Huh. Dia ni memang cari nahas! Rambutnya yang berserabai dirapikan semula. Natasha mengangkat penumbuknya yang tak berapa besar dan ditunjukkan kepada Iskandar. Konon memberi ugutanlah. Iskandar pula hanya tersengih lebar bagai tidak terkesan dengan penolakan Natasha tadi.

“Alhamdulillah! Syukurlah awak dah sedar. Dah seharian awak pengsan. Alhamdulillah ya Allah. Awak lapar tak? Saya siapkan makanan ye. Awak larat tak ni? Saya suap nak?” soal Iskandar bertalu-talu.

Dia segera menyenduk bubur yang dimasaknya ke dalam mangkuk. Bubur itu ditiup sedikit asapnya. Masih terlalu panas nampaknya ni. Tiup sikit dululah. bagi sejuk sikit.Nanti Tasha tak dapat makan. Natasha pula masih lagi terpinga-pinga dengan tindakan Iskandar. Iskandar yang sibuk ke hulu ke hilir dipandangnya dengan pelik. Demam ke dia ni? Ke dah kena sampuk? Eiii.. seramnya!

“Is awak ni kenapa? Kalut semacam je. Sentuh-sentuh orang pulak tu. Tak ingat ke perjanjian kita? No skinship? Lupa ka anney? Ni saya nak tanya ni. Sekarang pukul berapa? Kenapa saya tidur pakai baju kurung yang saya pakai masa pergi class semalam?” Natasha menggaru-garu kepalanya sedikit. Pening pulak kepala ni rasanya.

Iskandar yang sedang meletakkan mangkuk bubur ke atas dulang segera menghampiri Natasha. Dia berdiri di hadapan Natasha. Lama wajah Natasha dipandangnya kemudian tangannya dilekapkan di dahi Natasha. Kemudian tangannya beralih ke tengkuk Natasha pula. Cuba merasa suhu badan Natasha. Takut pula dia jika Natasha diserang demam. Tangan kanan Natasha yang cuba menepis tangannya itu ditangkap.

“Shhh… cuba duduk diam sekejap. Awak ingat tak apa yang sebenarnya terjadi pagi tadi? Awak ok tak ni? Saya rasa awak demamlah badan awak panas.”

“Nak ingat apanya? Pagi tadi? Ada apa? Sekarang pukul berapa ni?”

“Sekarang baru pukul tiga petang. Awak tak ingat ke apa yang berlaku pagi tadi? Awak pengsan masa saya pergi ambil kereta. Saya sampai di bilik saya awak dah pengsan di sofa. Mujur masa tu tak ada sesiapa. Saya yang angkat awak balik ke rumah dan baringkan awak kat dalam bilik. Risaunya saya masa tu. Mujur Doktor Zubir yang saya panggil datang tadi kata awak tak apa-apa. Cuma terlalu stress je. ” terang Iskandar tanpa menyedari bahawa Natasha sudah lupa tentang berita kematian kedua ibu bapanya.

Tanpa disengajakan semua kejadian pagi tadi kembali telayar di fikiran Natasha. Mama! Papa! Ya allah. Jadi semua tu bukan mimpi? Semua tu kejadian yang benar-bear berlaku? Natasha menutup mulutnya. Setitik demi setitik air matanya gugur dari tubir mata. Semakin lama esakannya semakin kuat. Mulutnya ditekup kuat untuk melindungi bunyi esakannya. Iskandar yang berdiri dihadapannya terkejut melihat reaksi Natasha itu. Jadi maknanya dia tak ingat tentang itu? Ya Allah, apa aku dah buat ni. Iskandar meraup kasar wajahnya. Dia menyesal kerana membangkitkan semula hal itu.

“Ya Allah mama. Papa. Ya Allah. Ya Allah.” Natasha bersuara dalam esak tangisannya. Bibirnya diketap kuat supaya dapat menahan dirinya daripada meraung.

Natasha mengesat air mata di pipinya. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke luar rumah. Iskandar mengekorinya dari belakang. Dia taut jika Natasha melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hari kelihatan mendung. Langit kelihatan begitu gelap seperti akan hujan pada bila-bila masa sahaja. Natasha mendekati kereta Alphard papanya lalu masuk ke dalamnya.

Di kereta inilah kenangan terakhirnya bersama kedua ibu bapanya. Walaupun kali terakhir dia berjumpa dengan ibu bapanya di KLIA tetapi di kereta itulah di mana barang milik ibu bapanya yang terakhir disentuh mereka. Natasha duduk di kerusi penumpang hadapan. Iskandar yang juga turut duduk di tempat pemandu tidak dihiraukannya. Malah seperti Iskandar tidak wujud dimatanya ketika itu.

Masih terbayang lagi gelak tawa mereka yang terakhir di dalam kereta itu. Masih terbayang lagi senyuman mama dan papanya di dalam kereta itu. Masih terasa lagi hangatnya tangan papa mengusap pipinya. Masih terdengar lagi lembutnya suara mama. Ya Allah bagaimana aku mahu teruskan hidup dibuminu ini tanpa mereka? Aku tak mampu ya Allah. Aku tak mampu.

Iskandar hanya memerhatikan Natasha yang menangis dalam diam itu. Tidak ada sebarag suara yang dikeluarkan oleh Natasha selain bunyi esakan tangisannya yang sesekali kedengaran. Hatinya runtun melihat Natasha berkeadaan begitu. Dia melihat Natasha yang merapatkan kedua lututnya ke dada dan melekapkan dirinya di kerusi. Kelihatannya seperti Natasha cuba merasai kehangantan tubuh Puan Aida walaupun kehangatan itu sudah lama hilang.

Iskandar mendekatkan dirinya kepada Natasha lalu menarik Natasha ke dalam pelukannya. Menangislah sayang  kalau itu yang mampu melegakan awak. menangislah. Jangan ditahan tangisan itu. Saya tahu awak sedih. Menangislah. Biar saya hangatkan tubuh awak.

Sebaik sahaja Natasha berada di dalam pelukan Iskandar, tangisannya menjadi semakin kuat. Tangisan yang tadinya cuba disembunyikan tidak mampu dibendung lagi. Biarlah hatinya tenang. Dia tidak mahu roh kedua ibu bapanya tersiksa kerana tangisannya itu lagi. Biarlah kali ini sahaja dia menangis semahu-mahunya. Kali ini sahaja.  Kali ini sahaja dia akan menangis dan kemudiannya dia akan berdiri tegak dan menjadi anak yang solehah yang selalu mendoakan kedua ibu bapanya bukannya anak yang cengeng yang hanya tahu menangis dan menangis apabila kehilangan ibu bapanya.

Dia mahu bertemu mereka di syurga kelak. Dia akan berusaha menabahkan diri kerana dia pasti mama dan papa pasti tidak mahu dia menjadi lemah begini. Mereka pasti tidak mahu dia menangisi pemergian mereka.  Itu janjinya. Serentak itu hujan turun mencurah-curah bagai turut menagisi kehilangan Natasha itu. Natasha menangis dan terus menangis sehingga dia tertidur semula.

Iskandar membiarkan sahaja Natasha tidur di dalam pelukannya. Dia tak sanggup untuk melepaskan pelukannya takut jika Natasha terjaga dan menangis lagi. Dia tak mahu melihat air mata Natasha mengalir lagi. Kesian dia. Terlalu payah untuk dia hadapi semua ni. Pelukannya dikuatkan lagi.

Iskandar menunggu sehingga hujan reda lalu mengangkat Natasha masuk ke dalam bilik. Natasha dibaringkan di atas katil. Dia menarik selimut dan menyelimutkan tubuh Natasha yang nampak kesejukan. Dahi Natasha dirasa. Panas! Dia demam!

Wednesday, July 10

Puisi makan Dalam by Natasha Nadira Mohd Zulkifli


darling2 semua maaf sebab lambat pulak nk update bab 10 ni.. rumit sangat otak saya nak cipta idea... macam tak nak keluar idea je dia.. hehe.. x apa.. sepanjang saya mengarang bab 10  11 ni. jemput  baca puisi makan dalam ni yang saya tulis sewaktu saya jatuh kecundang disebabkan seorang hamba Allah yang tak berhati.. puisi yang merepek.. tapi cukup untuk ubat hati saya.. saya tak pandai melukis.. saya tak biasa menangis.. jadi ini sahaja yang saya selalu lakukan bila saya terluka..

1.
dia datang bila bosan,
aku tunggu naik tertekan,
terlintas dalam kepala, 
aku ni dia sayang atau dia guna?

kadang ingin saja aku aku tanya dia,
dia nak aku atau tak nak,
kalau tak nak cakap tak nak,
boleh aku cari siapa yang nak.

dia buat aku gelisah,
asal aku cuba lupakan,
dia terbit depan mata,
sengih-sengih macam kerang busuk,
macam tak pernah ada salah dgn aku,
aku yang dah lupa jadi jatuh lagi..

bila aku hubungi dia,
dia balas sepatah,
bila aku memanjang dia terus mati diri,
aku juga yang rasa terhegeh2, 
aku makan dalam,
dia happy makan pizza..

kalau dia tak nak,
kenapa dulu dia mula,
masa aku tak jatuh lagi,
dia sibuk duk menggoda,
bila aku dah jatuh,
dia kata dia dah berpunya,
kenapa masa kau menggoda kau tak cakap yang kau dah berpunya?

sekarang aku dah jatuh,
kau biar aku mengaduh sorang2,
sampai hati kau...!
tapi aku juga yang bebal,
masih juga tersorong2 mengharapkan kau,

padahal kau bila nampak aku,
macam nampak tiang saja,
buat2 tak nampak,
aku yang tersengih jadi termalu sendiri...

2.
dulu... 
kau tahu aku sakit, 
kau suruh aku telan ubat,
kau tahu tangan aku luka,
kau cium tempat yg luka.. 

sekarang.. 
kau lihat dgn mata aku demam,
kau berbual dgn perempuan lain tak tegur aku langsung,
kau baca status aku kata aku hampir maut tergolek tgh jalan,
kau tak talipon tanya khabar, 
padahal aku tahu kau rajin stalk timeline aku..

bukan aku nak kata apa, 
bukan aku nak mengada,
cuma hati aku nak tanya,
aku ni memang tak ada harga ke dalam mata kau? 

kalau aku tak lawa macam yang kau nak,
kata. 
kalau aku tak sebaik yang kau nak,
kata. 
kalau aku tak sebijak yang kau nak,
kata.
kalau aku tak setaraf yang kau nak,
kata. 
kalau aku tak selengkap yang kau nk,
kata.

baru aku tak tersorong,
tak terhegeh,
baru aku sedar diri,
bawa kaki angkat bdn,

kalau kau terus macam ni, 
setinggi mana pun aku belajar,
  sejauh mana aku kaut ilmu,
hati kau tak dapat jugak aku nk tafsir..

akhirnya aku yang berpasir,
cantum hati yang dah berderai..

3.
Aku nampak kau,
aku sengih macam iklan colgate,
tapi aku yang mcm kerang busuk,
engkau keras mcm tiang,
last2 aku juga yang termalu sendiri,
kau terus happy go lucky..

4.
Hey wanita,
dunia bukan ada kau sorang,
diri kamu ada harga,
kau tawar harga murah,
pada yang dah ada,
sedang dia lagi tak tanya.

Hey perempuan.
kau guna yang lain capai tujuan,
kau hentam dunia,
asal kau gembira,
kau gila nama,
kami yang merana,
sedang yang lelaki kau layan bagai pelangi.

Sumpah kau perempuan aneh!

5.
Bibir kata senyum,
suara kata tawa,
dalam hati aku koyak,
kau masih buat buta.

aku ni apa?
aku ni siapa?
kalau kau tak suka,
kenapa dulu kau goda?

hati aku sakit,
tapi mata tak ada air,
tak apa aku tahan,
biar aku nampak keras.

hari ni aku meratap,
hari ni aku merayu,
tapi nanti jangan kau harap,
esok aku ada untuk kamu..

6.
Wahai kepala,
apa kau dungu?

Wahai telinga,
apa kau pekak?

Wahai hati,
apa kau mati?

sudah aku kata,
jangan kau fikir dia,
tapi kau fikir juga 24jam sehari,
sampai aku hilang seri.

sudah aku kata,
jangan kau dengar suara dia,
tapi kau dengarkan juga berkali2 sehari,
sampai aku naik ngeri.

sudah aku kata,
jangan simpan dia dalam hati,
tapi simpankan juga,
sampai aku mimpi setiap malam.

Dasar Degil!
Semua Degil!

Kau itu!
kau yg salah! 
kau buat aku serba salah! 
nanti ada yg bersalah pada kau,
baru kau tahu apa itu mengalah.

7.
mata,
kau pejamlah,
agar tak aku nampak muka si banjingan.

akal,
kau rehatlah,
agar tak ku fikirkan si banjingan.

hati,
kau tenanglah,
agar tidak ku rasakan cinta pada si banjingan itu lagi.

8.
hey perempuan!
cukup kau menyusah dunia,
cukup kau menyiksa aku.

aku punya dunia aku,
aku punya masa aku,

masa aku bukan untuk kau,
diri aku bukan hamba kau!

sumpah aku benci kau!!!

9.
lepas kau layan aku bagai kayu,
kau tegur aku dengan ayu,
padahal hati aku dah layu,
dgn perangai kau yang mcm budu!

10.
Kelip mata aku saja,
kau tingkah, aku yg luka,

makin aku turut,
makin kau suka.

makin aku tak endah,
makin kau alpa.

aku laku semua,
kau dapat nama,
sumpah! aku rasa,
bagai sapi dapat nama.

bila aku biar semua,
kau makin gembira,
tapi kau tak tahu,
aku takkan biar.

aku doa, 
jangan kau jatuh,
nanti kau jatuh,
tak ada siapa dengan kau!

11.
Masa pejam aku mimpi,
mimpi kau kata,
aku tak faham bahasa,
aku tak tahu malu,
dah tahu kau tak mahu,
masih juga tersua.

terkejut aku jaga,
lari tgk muka buku kau,
runtun hati aku nampak gambar kau,
nyata aku buta,
dah lama kau dgn dia,
aku saja yang tak tahu.

dalam hati tuhan sja tahu,
mata aku dah mcm air terjun,
tak ada pili untuk tutup.
sampai hati kau tak kata yg benar.

ini aku nak tanya! 

kalau kau tak nak aku,
kenapa kau panggil aku syg?
kalau kau tak nak aku,
kenapa kau rajin cari aku?
kalau kau tak nak aku,
kenapa kau talipon aku tiap malam?
kalau kau tak nak aku,
kenapa kau simpan koleksi gambar aku?
kalau kau tak nak aku,
kenapa kau genggam tangan aku?
kalau kau tak nak aku,
kenapa kau usap pipi aku?
kalau kau tak nak aku,
kenapa kau cerita pasal aku pada mak kau?
kalau kau tak suka aku,
kenapa kau buat semua tu? 

sampai sekarang,
aku tak dapat nak benci kau.
sebab aku cinta kau bodoh!

12.
3 tahun lagi ..
3 tahun lagi akan aku nampak roman dia..
3 tahun lagi akan aku jadi matang untuk faham semua..
3 tahun lagi akan dia ada di sekeliling aku..
3 tahun lagi akan aku lihat dia menjual wajah..
3 tahun lagi akan aku bebas tanpa dia..
3 tahun lagi akan aku tinggalkan Malaysia..
dan.. pada bila2 saat akan aku dengar berita dia akan bernikah.... 

13.
Aku dah kenapa?
perangai macam kuda,
dah tahu dia tak ada,
sengaja pergi stalk timeline dia,
sudahnya aku yang sakit juga.

Hey hati!
baik kau berhenti niat.

Hey tangan!
baik kau berhenti tekan.

Hey mata!
baik kau berhenti berlagak jadi air terjun,
kau ingat aku air aku minum percuma?

14.
kepala dah bengung,
hati dah malas,
celak dah cair,
suara dah sengau,
hidung dah dengung,
telinga dah pekak.

aku malas nak heran,
aku malas nak ingat.

kau nak pergi,
aku pandang sambil bersila,
nanti kau nasi minyak,
aku datang bgai saloma,
masa tu baru kau tahu,
siapa yang kau dah lepas,
apa yg kau melepas.

aku ok,
aku alright,
kau nak happy,
silakan,
tapi jangan tanya kenapa aku dingin,

hati aku dah kata,
tasha, kau buat relex ja,
buat lupa,
bangun semula.

15.
aku doa dia punya kau pulang,
kerana dia punya aku,
aku yakin tak akan pulang,
dia punya aku,  
sudah punya yang lain dulu.

16.
aku ini,
aku hanya pengganti,
bila bosan cari aku,
aku fikir itu cinta,
rupanya aku yg salah sangka..

aku penat..

17.
aku juga sama..
dia janji benda buta,
aku dengar lembik lutut terus percaya,
padahal dia anggap aku side dish saja..
bodoh aku ni!

18.
aku letih, 
aku penat,
aku dalam pedih,
tapi dia terus ligat.

suka dia lihat aku luka,
suka dia lihat celak aku cair.
jadi aku fikir,
dia yg begitu tak layak,
untuk aku yg begini....

19.
hati ni pun cakap tak serupa bikin..
patut pilih yang berhati,
dia pilih duri sembilu,
lama2 dia yang sakit,
baru nak mengadu rasa tak tahan

20.
Otak kata sabar juga,
tp hati degil tak mau faham.
24jam duk ingat kat dia,
padahal dia seronok sendiri..

21.
Kadang bila sudah depan perlu toleh..
takut yang penting tertinggal,
yang lemas kita kejar,
tapi.. bila rasa betul ia tak perlu,
tinggalkan saja

22.
Masa,
tak ada yang cepat atau yang lambat.
kau segerakan urusan,
maka ia jadi cepat

23.
kalut otak aku ni,
agak bantal ada cakera,
kata aku jangan fikir.
jangan ingat,
tetap juga muncul mimpi.

24.
Dia tak ada rupa,
tapi kenapa aku suka?
Dia tak ada harta,
tapi kenapa aku suka?
Dia suka lihat celak aku cair,
tapi kenapa aku suka?
Dia suka mungkir janji,
tapi kenapa aku suka?
Padahal aku tahu.

Selangkah aku dekat dia,
dia berundur dua langkah,
tapi kenapa Aku yang cinta dia,
tak pernah juga dia hargai?
Aku rasa jelas aku bodoh.

25.
Aku dah biasa,
lenguh jari berbalas pesanan,
Aku dah biasa lenguh telinga,
gantung telefon,
Aku dah biasa,
kejang rahang senyum terlebih.
Namun aku jadi tak biasa,
bila kau tiba2 menghindar.
Aku tak Biasa!

26.
Salah aku dimana?salah aku yang mana?sampai kau pergi,
terus tanpa khabar.
macam aku ini musuh kau,
yang kau benci seribu tahun.

27. 
Konon lupa. 
kejap mata
buat buta.

Konon benci.
tutup hati
buat tak ada.

Tapi, ada aku, kau intai. 
ada aku, kau renung.
hilang aku, kau cari.
Sedikit,
Sedikit pun dah cukup 
curi-curi pun dah cukup.
intai-intai pun dah cukup 
asal nampak aku. 
asal ada aku. 

Cukuplah berlakon! 
pentas kau aku tak heran.
jangan cari alasan tutup diri.
Kau. Aku Benci!


Tuesday, July 9

My Hubby My Lecturer!! bab 9

Natasha sedang berbual dengan Ara ketika telefon  bimbitnya berbunyi nyaring. Suara serak-serak basah Jason Wade vokalis kumpulan Lifehouse itu berkumandang kuat. Ara memandang ke srin telefon Natasha dan memberi isyarat bahawa Iskandar yang menelefonnya. Talian terputus ketika Natasha cuba menyambutnya.

Natasha mengerutkan dahi pelik kerana selama ini tak pernah sekali pun Iskandar menelefonnya ketika dia berada di dalam kelas. Masakan Iskandar tidak tahu jadualnya. Sejak akhir-akhir inikan Iskandarlah yang meguruskan waktunya masuk ke kelas. Jadualnya pasti sudah melekat kejap di dalam minda Iskandar. Sekali lagi telefonnya berdering. Natasha segera keluar dari dewan kuliah untuk menjawab panggilan.

“Tasha awak dekat mana? Jumpa saya di pejabat saya sekarang. Bawa semua barang-barang awak sekali. Jangan banyak soal. Cepat!” arah Iskandar dengan suara cemas kemudian talian terus diputuskan. Natasha yang terpinga-pinga mendengar arahan Iskandar itu memandang lama telefon bimbit di tangannya. Ada apa mamat ni?

Natasha masuk semula ke dalam dewan kuliah. Mujur juga hari ini kelasnya batal kerana Madam Liza bercuti sakit. Kalau tidak mana mungkin dia dapat keluar masuk dewan kuliah sesuka hatinya. Buku-buku yang bersepah di atas meja dikemas dengan segera. Dia memberi isyarat kepada Ara bahawa dia perlu keluar berjumpa dengan Iskandar.

“Ada apa yang kelam kabut sangat  dia tu?” soal Ara dengan nada sehabis rendah.

“ Entah aku pun tak tahu. Kelam kabut sangat aku tak sempat tanya. Aku pergi dululah ye. Bye.” Tangan Ara digenggam lebut sebelum melepaskannya.

Dari pintu yang terbuka, kelihatan dua anggota polis di dalam bilik Iskandar. Natasha menggerutkan dahinya. Kenapa ni? Ada berlaku rompakan ke? Iskandar yang masih belum perasankan kehadirannya berjalan ke hulu ke hilir. Sesekali rambutnya diraup ke belakang. Seperti ada masalah yang sangat besar melanda Iskandar.

“Assalamualaikum.” Natasha memberi salam setelah dia memasuki bilik yang tadinya tidak ditutup pintunya.

“Waalaikumusalam. Tasha. Tutup pintu tu. Meh sini.” Arah Iskandar sambil menggamit Natasha mendekatinya. Natasha hanya menurut arahanya dan berdiri di sebelah Iskandar.

“Ada apa ni Sir? “ Tanya Natasha dengan panggilannya terhadap Iskandar berubah. Anggota polis itu bukannya tahu pun mereka suami isteri.

Tiba-tiba Iskandar menggenggam erat tangannya. Mata Natasha membulat namun dia terpaksa merelakan kerana takut mengaibkan Iskandar pula. Pasti anggota polis ini sudah tahu status mereka jika tidak mana mungkin Iskandar berani berbuat begitu.

“Natasha inspector berdua ni ada benda yang nak disampaikan. Saya harap awak sabar. Saya ada dengan awak. Sentiasa ada dengan awak.” Mata Natasha direnung sedalam-dalamnya. Iskandar mahu memberi Natasha keyakinan bahawa dia akan sentiasa berada di sisinya.

“Ada apa ni?” soal Natasha semakin pelik.

“Tuan. Tuan boleh beritahu dia sekarang.” Ujar Iskandar perlahan.

“ Puan Natasha. Kami harap puan bersabar dengan berita ni. Sebenarnya bas yang dinaiki kedua ibu-bapa puan terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Makkah menuju ke Jeddah petang semalam. Semua penumpang dan pemandu bas tersebut telah disahkan meninggal dunia.” Beritahu salah seorang pegawai polis itu dengan suara yang perlahan. Jelas dia juga tidak sanggup untuk menyampaikan berita sedih itu.

Natasha memandang Iskandar yang berada disisinya. Tiba-tiba dia hampir jatuh terduduk mujur sahaja ada Iskandar yang menyambutnya. Iskandar memeluk kuat pinggang Natasha untuk membantunya berdiri. Tak mungkin. Tak mungkin, mama dengan papa pasti masih hidup.

“Is awak main-main kan? Awak main-main kan? Dia orang ni tipu saya kan. Mama dengan papa masih hidup kan? Ini semua tak terjadi kan?” Air mata mengalir laju dari mata Natasha. Ini semua tak mungkin!

“Tasha. Tasha. Shhh.. Sabar.Sabar. Saya ada dengan awak. Memang betul mereka dah tak ada. Saya dah buat pengesahan dengan pihak kedutaan tadi.” Iskandar cuba menenangkan Natasha yang sudah tidak keruan. Dia memeluk Natasha yang bagai tiada daya untuk berdiri lagi itu. Natasha menangis teresak-esak di bahunya.

“Tak is. Mama ada lagi dia cuma pergi umrah dengan papa. Nanti dia balik. Awak tipu saya! Awak tipu saya! Semua orang tipu saya! Saya nak mama! Saya nak papa! Is tolonglah janagn buat saya macam ni. Mama cakap dia sayang saya. Tak mungkin dia tinggalkan saya. Is saya nak mama dengan papa saya. tolonglah Is.” Natasha merayu-rayu dibahu Iskandar. Baju kemeja Iskandar dicengkam kuat.

Mama papa. Kenapa tinggalkan Tasha macam ni. Tasha tak nak. Tasha nak mama dengan papa. Tolonglah tolonglah. Perlahan-lahan Natsha melorot ke lantai.Iskandar turut sama duduk dia masih lagi memeluk kejap isterinya. Bahu Natasha diusap-usap perlahan bagai memberi semangat. Sesekali ubun-ubun Natasha dikucup lama. Tak sanggup dia melihat Natasha menghadapi dugaan ini bersendirian.

“Tasha awak kena kuat.  Ingat Allah banyak-banyak. Apa pun yang berlaku awak kena terima dengan hati yang terbuka. Awak kena kuat Tasha. Saya tahu awak kuat.” Bisik Iskandar rapat ke telinga Natasha. Air mata Natasha yang terus bercucuran di pipinya dikesat lembut dengan ibu jarinya.

“Mama dengan papa dah tinggalkan saya. saya dah tak ada sesiapa lagi di dunia ni. Tinggal saya seorang saja. Saya tak sanggup Is saya tak sanggup saya nak jumpa mama dengan papa. Saya dah tak ada sesiapa selain dia orang.” Tangisan Natasha semakin menjadi-jadi. Hilang segala semangat di dalam dirinya. Iskandar mengeratkan pelukannya lagi apabila tangisan Natasha menjadi semakin kuat selepas kedua anggota polis yang tadinya berada di ruangan itu pulang.

“ Sabar Tasha. Sabar.. Pandang saya. Saya ada. Saya ada dengan awak. Saya ada. Saya akan jaga awak. Awak jangan risau.” Air mata lelaki Iskandar juga mengalir. Dia juga merasakan keperitan Natasha. Ya Allah besarnya dugaan kau kepada dia. Apakah dugaan ini mampu dia tanggung Ya Allah? Mendengarkan kata-kata Iskandar Natasha tidak menjawab. Hanya air matanya saja yang mengalir deras. Natasha memejamkan matanya rapat-rapat. Harapannya, apabila dia membuka matanya nanti  semua yang berlaku ini hanyalah sebuah mimpi ngeri. Namun sebaik sahaja dia membuka mata semuanya masih lagi realiti.

Iskandar yang masih memeluk erat Natasha di atas lantai tidak henti-henti mengusap belakang Natasha. Memberi semangat yang pastinya. Pesanan terakhir papa terngiang-ngiang di telinga Iskandar. ‘Tolonglah jaga Tasha bagi pihak papa. Hanya setakat ni saja papa mampu jaga Tasha. Papa harap kamu berdua dapat hidup macam suami isteri yang lain juga. Papa harap kamu bahagia sampai ke syurga nanti.’ Adakah bapa mertuanya sudah tahu akan kepergiannya itu? 

Pa Is janji. Is akan jaga Tasha. Is akan cuba sedaya upaya untuk laksanakan amanah papa. Is doakan mama dengan Papa ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Tasha. Jom kita balik. Kita balik. Saya kena uruskan hal ni dengan pihak kedutaan. Awak perlu rehat di rumah. jom. Awak boleh bangun tak? Meh saya papah awak. Awak duduk sini sekejap saya pergi ambil kereta.” Iskandar mendudukan Natasha yang tersangat lemah seperti tidak berperasaan itu di kerusi. Dia bergegas keluar.

Sebaik sahaja Iskandar keluar Natasha terasa kepalanya berat dan berpusing-pusing. Akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri.

Mama, papa. Walaupun kita tak dapat bersama lagi di bumi Allah ini. Tapi Tasha akan selalu mendoakan mama dan papa dan berdoa agar kita dapat bertemu lagi di akhirat nanti. Walaupun terlerai sentuhan kita namun Tasha akan membawa tautan kasih kalian sepanjang hidup Tasha.
Al-Fatihah……

Wahai jiwa yang tenang tenteram.kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan yang reda dan diredai,maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku. Dan masuklah ke dalam syurga.

(Surah Al-Fajr. Ayat 27-30)

Monday, July 8

My Hubby My Lecturer!! bab 8

Kereta Alphard milik papa berhenti di dalam garaj. Natasha yang lena tidur di sebelah dipandang geram. Amboi-amboi, sesedap mata dia aje tidur. Aku ni naik perit biji mata memandu tengah-tengah hari rembang macam ni dia sibuk membuta pulak. Tapi patut pun. Tadi kan dia banyak menangis dah macam tak akan pernah jumpa mama lagi dah lagaknya. Padahal mama pergi sebulan je pun. Tapi dia punya reaksi macam pergi sepuluh tahun je. Eii.. tengok tu. Sampai senget benget tudung.

Wajah Natasha diperhati lama. Kulit yang putih gebu. Mata yang tertutup tetapi jika terbuka pasti bulat besar. Berwarna coklat tua. Bulu mata yang lentik. Alis mata yang cantik terukir tanpa dipantis. Hidung yang sederhana mancung. Mulut yang kecil. Dan kalau tersenyum pasti ada lesung pipit yang indah menghiasi wajah itu. Cantik dia ni. Tapi malangnya hati aku tak ada kat dia. Intan. Hanya Intan seorang je yang ada dalam hati aku. Walaupun dah hampir tiga tahun Intan pergi tapi tak mungkin akan ada sesiapa yang boleh menggantikan tempat Intan di hati aku.

Leka dia memerhatikan wajah Natasha yang sedang tidur walaupun fikirannya melayang ke tempat lain. Tiba-tiba Natasha yang lena tidur itu mengalihkan sedikit posisi tidurnya membuatkan Iskandar kembali kepada realiti. Dia meraup wajauhnya. Intan dah tak ada Is. Intan dah tak ada. 

“Dimple. Bangun. Dah sampai ni. Awak nak tidur sampai malam ke dalam kereta ni? Bangun cepat!” Sekali lagi dia memandang Natasha kemudian mengejutkan Natasha. Kemudian dia segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.

Natasha tersedar apabila dikejut.  Dah sampai ke? Cepat betul sampainya. Tak sempat aku nak tidur lama-lama dalam kereta ni. Selesa lah pulak duduk kat seat depan ni. Selalunya aku duduk belakang je. Dia menggeliat sedikit. Tepi bibir diraba. Takut ada air liur basi yang meleleh ketika dia tidur tadi. Habislah dia tujuh belas keturunan pun akan diungkit Iskandar nanti. Dia ni memang tak tahu tunggu orang ke? Eishh.. panas lah pulak kat dalam kereta ni. Dia segera masuk ke dalam rumah.

“ Encik Iskandar al-Amin. Mulai hari ini berkuatkuasanya undang-undang perjanjian kita. Kejap saya rasa saya ingat semua perjanjian tu. Pertama, Kita kena berlakon baik kat depan parents kita. Itu tak ada masalah. Kedua, duduk rumah sendiri nanti kita tidur bilik asing-asing. Tapi memandangkan rumah ni pun dah tak ada sesiapa  selain kita dan kita akan duduk kat sini. So, kita duduk bilik asing-asing la ye. Awak boleh duduk bilik tetamu yang kat depan bilik saya tu. Kat dalam bilik tu semua pun ada macam bilik saya jugak. Hari-hari saya kena masak. Ok no prob. Kerja rumah wajib kena buat. Ok asalkan awak pun tolong juga. Mau mati kering saya kalau buat sorang. Alamak yang lain tu apa ye? Hummm.. tak apalah nanti bila saya dah ingat kita buat pembentangan lagi.” Natasha berkata panjang lebar kepada Iskandar yang sedang bersenang lenang menonton televisyen. Iskandar mendengar dengan khusyuk. Kepalanya diangguk perlahan. Hari ni dia tak kuasa untuk berdebat dengan Natasha. Entah. Dia penat.

“Ok no sweat. Sekarang juga saya boleh pindah bilik. Jadi cik dimple jom tolong saya pindahkan barang. Banyak barang saya yang nak kena angkat tu.” Iskandar pantas berdiri dan menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Natasha juga turut bangun untuk membantu.



Sedar tak sedar sudah dua minggu mereka bergelar suami isteri. Rutin harian mereka seperti biasa. Setiap pagi Iskandar akan mengetuk pintu bilik Natasha sehingga dia bangun untuk solat subuh berjemaah kerana memang sudah termaktub tabiat Natasha menunggu orang kejut bangun untuk solat subuh. Kemudian Natasha akan menyediakan sarapan sambil dipantau dan berdebat dengan Iskandar. Selepas sarapan jika bernasib baik Natasha akan tidur semula tetapi selalunya Iskandar dapat menghalangnya untuk tidur. Kemudian mereka akan melakukan aktiviti masing-masing. Tetapi selalunya aktiviti masing- masing itu pasti akan menjadi aktiviti bersama dan aktiviti berdebat.

“Dimple. Esok dah start kelas kan? Awak nak pergi kelas dengan saya ke dengan Pak Ali?” soal Iskandar sewaktu mereka sedang makan malam.

“Dimple..dimple.. Saya ada nama lah. Natasha tahu tak.”

“Ok baiklah. Natasha tahu tak. Esok Awak nak pergi kelas dengan saya ke dengan Pak Ali?” soal Iskandar sekali lagi. Daging ayam masak kurma diletakkan ke dalam pinggnannya. Natasha dipandang sekilas dengan senyuman sinis. Nak sangat panggil nama kan? Orang dah panggil dimple tu pun dah cukup cute dah nak banyak bunyi lagi.

“Hurghhh. Dia ni. Pergi dengan Pak Ali. Tak nak lah saya pergi dengan awak. Nanti orang nampak buat malu je.” Jawab Natasha dengan nada geram. Tak kenyang agaknya dia ni makan kalau tak sakitkan hati aku.

“Takut Haikal nampak lah tu kan?” Iskandar memandang tepat wajah Natasha yang sedang mengasingkan udang kering dari sayur sawi gorengnya. Natasha tak suka makan udang kering sedangkan itulah kegemaran Iskandar. Jadi sebagai penyelesaiannya Natasha akan menggoreng sayur bersama udang kering tetapi apabila tiba waktu makan dia akan mengasingkan udang kering tersebut.

“Apalah pulak kena mengena Haikal dalam cerita ni? Saya takut kalau orang lain nampak. Karang tak pasal-pasal kita berdua masuk buletin universiti. ‘Mr.Iskandar so called Most Delicious Lecturer having an affair with most gorgeous student Natasha al-Jannah’. Hahahaha..” Natasha ketawa terkekeh-kekeh dengan lawaknya sendiri. Jika perkara itu benar-benar terjadi, pasti tajuk sebenar buletin itu akan menjadi ‘Mr.Iskandar so called Most Delicious Lecturer having an affair with a very unpopular student Natasha al-Jannah’ tak ada maknanya perkataan most gorgeous itu akan terjadi. Kerana yang pertama, aku memang tak cantik. Kedua, aku pasti akan dipanggang hidup-hidup oleh diehard fans Iskandar. Tak sanggup. Tak sanggup.

“Gelak. Gelak. Tersedak baru tahu. Dah makan cepat. Lepas tu study. Awak jangan ingat short test awak dapat dull mark awak boleh bersuka ria ye. Short test tu Cuma consist 10% of overall marks tau. Oleh hal yang demikian cik dimple tingkatkan lagi usaha awak ye. Jagan malukan saya lecturer yang kacak beserta macho ni.”

“Kacaklah sangat. Macholah sangat.Huh!” Natasha merengus perlahan lalu menyambung makan semula.


******
“Natasha awak kat mana ni? Kenapa belum sampai-sampai lagi? Lama sangatnya. Awak tahu tak first class awak dengan saya pagi ni pukul sepuluh setengah. Sekarang dah pukul sepuluh sepuluh minit tau. Awak kat mana ni?” suara Iskandar kedegaran keras di corong telefon. Natasha bagaikan sudah ingin menangis. Waktu beginilah pula kereta ni nak rosak. Nak cari teksi tak ada satu pun yang kosong. Semuanya sudah ada penumpang. Macam mana ni?

“ Is. Kereta rosak. Saya dah cuba tahan teksi tapi tak ada yang berhenti. Pak Ali kata dalam setengah jam lagi baru mekanik datang. Macam mana ni?” suaranya sudah tersekat-sekat. Takut jika tak dapat masuk kelas dan juga takut dimarahi Iskadar.

“Awak kat mana tu?” soal Iskandar dengan suara yang kembali mengendur. Bukannya dia sengaja untuk marah-marah tetapi dia risaukan Natasha takutkan dia tak dapat masuk ke kelas tepat pada waktunya. Sudahlah pagi tadi penat dia mengejutkan Natasha yang kembali tidur selepas sarapan. Alasan yang Natasha berikan ialah dia tak perlu bangun terlalu awal kerana kelasnya hanya akan bermula pada pukul 10.30 pagi jadi dia masih ada masa tiga jam sebelum kelas bermula. Sedangkan sebagai pensyarah Iskandar perlu tiba di universiti pada pukul 8.30 pagi. Jadi dia meninggalkan Natasha di rumah sahaja.

“Saya dekat traffic light depan flyover ni. Dah dekat nak sampai dah. Tapi tak ada satu teksi pun yang nak berhenti ni.” Balas Natasha. Tangannya masih lagi cuba menahan teksi yang melintas di hadapannya.

“Tunggu situ jangan pergi ke mana-mana. Pastikan Pak Ali ada bersama awak. Ingat. Jangan pergi ke mana-mana. Tak payah tahan teksi lagi. Tunggu je saya sampai.” Arah Iskandar. Dia segera mencapai kunci keretanya di atas meja.


“Itulah lain kalau orang kejut suruh bangun awal tu bangun. Ini tidak sibuk nak kejar tidur. Kan dah lambat macam ni. Sekurang-kurangnya kalau awak bertolak awal sikit dari rumah, kereta rosak pun senang nak cari alternative lain. Dah sampai nanti terus masuk kelas. Jangan nak merayap ke tempat lain pulak.” Bebel Iskandar sepanjang perjalanan ke kampus. Sesekali Natasha yang menunduk di sebelah dipandang. Natasha pula hanya mendiamkan diri. Takut jika dimarahi lebih panjang. Iskandar kalau sudah marah bebelnya mengalahkan mak nenek.

“Baik tuan.” Kata Natasha perlahan. Yang menyebabkan Iskandar tersenyum kecil. Tahu pun takut.

“Esok pegi kelas dengan saya je. Jangan nak buat alasan macam-macam sebab nak bangun lambat. Lepas ni saya rasa awak kena ambil lesen kereta lah. Kalau memandu sendiri lebih baik tak adalah menyusahkan Pak Ali macam tadi. Kesian dia. Dah la dah tua. Terpaksa pulak berjemur tunggu mekanik.” Tambah Iskandar panjang lebar. Mendengar perkataan lesen memandu Natasha sudah terdiam. Suatu kejadian lama terimbau kembali di mindanya.

“Ok saya pergi kelas dengan awak je.” Jawab Natasha senada. Kejadian silam terus menghantui mindanya.