Thursday, July 11

My Hubby My Lecturer!! bab 10

Natasha terasa badannya lenguh-lenguh. Apasal pulak ni. Tiba-tiba dia teringatkan mimpinya semalam. Mama dengan papa meninggal? Erhhh.. buruk betul mimpinya. Ada ke mimpi bukan-bukan macam tu? Natasha mengeliat sedikit di atas katil. Tiba-tiba dia merasakan pergerakan kakinya terganggu. Dia memandang ke arah badannya. Eh. Kenapa aku masih pakai baju kurung semalam ni? Aku balik terus tidur ke? Telinganya menangkap bunyi dari arah bawah. Iskandar?

Natasha keluar dari biliknya. Dia turun ke bawah untuk mencari Iskandar. Puas dia menjejak Iskandar. Di ruang tamu, di ruang keluarga, di ruang makan tetapi Iskandar masih tidak ada. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari dapur. Barangkali Is ada kat dapur. Sebaik sahaja terlihat Iskandar yang sibuk memasak sesuatu di dapur Natasha duduk di tempat duduk di kerusi hadapan bar. Iskandar masih tidak perasankan kehadirannya di situ. Sungguh khusyuk dengan kerja memasaknya.

Iskandar dipandang dengan penuh tanda tanya. Rajin pula dia ni memasak hari ni. Selama ni nak suruh ke dapur ambil air sendiri pun susah bagai suruh terjun lombong. Hari raya ke hari ni? Nak kena rakam ni. Penemuan hebat sezaman. Ha ha ha..

“Is awak buat apa? Sekarang pukul berapa ye? Saya mimpi pelik-pelik lah tadi. Ada ke saya mimpi mama dengan papa meninggal. Saya laparlah.” Adu Tasha setelah melihat Iskandar masih tidak perasankannya.

Iskandar yang terkejut mendengar suara Natasha itu segera berpaling. Sebaik sahaja terlihatkan Natasha Iskandar terus meluru ke arah Natasha dan meraih Natasha kedalam pelukannya. Berkali-kali ubun-ubun Natasha dikucupnya. Natasha yang berada di dalam pelukannya hanya merota-ronta minta dilepaskan.

Dia ni dah melampau! Bukan main lagi buat perjanjian bagai. Tapi yang di apeluk-peluk orang ni kenapa? Dah menggatal sangat ke? Memang minta belasah ke dia ni? Natasha menolak kuat tubuh Iskandar sehigga dia terdorong ke belakang. Huh. Dia ni memang cari nahas! Rambutnya yang berserabai dirapikan semula. Natasha mengangkat penumbuknya yang tak berapa besar dan ditunjukkan kepada Iskandar. Konon memberi ugutanlah. Iskandar pula hanya tersengih lebar bagai tidak terkesan dengan penolakan Natasha tadi.

“Alhamdulillah! Syukurlah awak dah sedar. Dah seharian awak pengsan. Alhamdulillah ya Allah. Awak lapar tak? Saya siapkan makanan ye. Awak larat tak ni? Saya suap nak?” soal Iskandar bertalu-talu.

Dia segera menyenduk bubur yang dimasaknya ke dalam mangkuk. Bubur itu ditiup sedikit asapnya. Masih terlalu panas nampaknya ni. Tiup sikit dululah. bagi sejuk sikit.Nanti Tasha tak dapat makan. Natasha pula masih lagi terpinga-pinga dengan tindakan Iskandar. Iskandar yang sibuk ke hulu ke hilir dipandangnya dengan pelik. Demam ke dia ni? Ke dah kena sampuk? Eiii.. seramnya!

“Is awak ni kenapa? Kalut semacam je. Sentuh-sentuh orang pulak tu. Tak ingat ke perjanjian kita? No skinship? Lupa ka anney? Ni saya nak tanya ni. Sekarang pukul berapa? Kenapa saya tidur pakai baju kurung yang saya pakai masa pergi class semalam?” Natasha menggaru-garu kepalanya sedikit. Pening pulak kepala ni rasanya.

Iskandar yang sedang meletakkan mangkuk bubur ke atas dulang segera menghampiri Natasha. Dia berdiri di hadapan Natasha. Lama wajah Natasha dipandangnya kemudian tangannya dilekapkan di dahi Natasha. Kemudian tangannya beralih ke tengkuk Natasha pula. Cuba merasa suhu badan Natasha. Takut pula dia jika Natasha diserang demam. Tangan kanan Natasha yang cuba menepis tangannya itu ditangkap.

“Shhh… cuba duduk diam sekejap. Awak ingat tak apa yang sebenarnya terjadi pagi tadi? Awak ok tak ni? Saya rasa awak demamlah badan awak panas.”

“Nak ingat apanya? Pagi tadi? Ada apa? Sekarang pukul berapa ni?”

“Sekarang baru pukul tiga petang. Awak tak ingat ke apa yang berlaku pagi tadi? Awak pengsan masa saya pergi ambil kereta. Saya sampai di bilik saya awak dah pengsan di sofa. Mujur masa tu tak ada sesiapa. Saya yang angkat awak balik ke rumah dan baringkan awak kat dalam bilik. Risaunya saya masa tu. Mujur Doktor Zubir yang saya panggil datang tadi kata awak tak apa-apa. Cuma terlalu stress je. ” terang Iskandar tanpa menyedari bahawa Natasha sudah lupa tentang berita kematian kedua ibu bapanya.

Tanpa disengajakan semua kejadian pagi tadi kembali telayar di fikiran Natasha. Mama! Papa! Ya allah. Jadi semua tu bukan mimpi? Semua tu kejadian yang benar-bear berlaku? Natasha menutup mulutnya. Setitik demi setitik air matanya gugur dari tubir mata. Semakin lama esakannya semakin kuat. Mulutnya ditekup kuat untuk melindungi bunyi esakannya. Iskandar yang berdiri dihadapannya terkejut melihat reaksi Natasha itu. Jadi maknanya dia tak ingat tentang itu? Ya Allah, apa aku dah buat ni. Iskandar meraup kasar wajahnya. Dia menyesal kerana membangkitkan semula hal itu.

“Ya Allah mama. Papa. Ya Allah. Ya Allah.” Natasha bersuara dalam esak tangisannya. Bibirnya diketap kuat supaya dapat menahan dirinya daripada meraung.

Natasha mengesat air mata di pipinya. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke luar rumah. Iskandar mengekorinya dari belakang. Dia taut jika Natasha melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hari kelihatan mendung. Langit kelihatan begitu gelap seperti akan hujan pada bila-bila masa sahaja. Natasha mendekati kereta Alphard papanya lalu masuk ke dalamnya.

Di kereta inilah kenangan terakhirnya bersama kedua ibu bapanya. Walaupun kali terakhir dia berjumpa dengan ibu bapanya di KLIA tetapi di kereta itulah di mana barang milik ibu bapanya yang terakhir disentuh mereka. Natasha duduk di kerusi penumpang hadapan. Iskandar yang juga turut duduk di tempat pemandu tidak dihiraukannya. Malah seperti Iskandar tidak wujud dimatanya ketika itu.

Masih terbayang lagi gelak tawa mereka yang terakhir di dalam kereta itu. Masih terbayang lagi senyuman mama dan papanya di dalam kereta itu. Masih terasa lagi hangatnya tangan papa mengusap pipinya. Masih terdengar lagi lembutnya suara mama. Ya Allah bagaimana aku mahu teruskan hidup dibuminu ini tanpa mereka? Aku tak mampu ya Allah. Aku tak mampu.

Iskandar hanya memerhatikan Natasha yang menangis dalam diam itu. Tidak ada sebarag suara yang dikeluarkan oleh Natasha selain bunyi esakan tangisannya yang sesekali kedengaran. Hatinya runtun melihat Natasha berkeadaan begitu. Dia melihat Natasha yang merapatkan kedua lututnya ke dada dan melekapkan dirinya di kerusi. Kelihatannya seperti Natasha cuba merasai kehangantan tubuh Puan Aida walaupun kehangatan itu sudah lama hilang.

Iskandar mendekatkan dirinya kepada Natasha lalu menarik Natasha ke dalam pelukannya. Menangislah sayang  kalau itu yang mampu melegakan awak. menangislah. Jangan ditahan tangisan itu. Saya tahu awak sedih. Menangislah. Biar saya hangatkan tubuh awak.

Sebaik sahaja Natasha berada di dalam pelukan Iskandar, tangisannya menjadi semakin kuat. Tangisan yang tadinya cuba disembunyikan tidak mampu dibendung lagi. Biarlah hatinya tenang. Dia tidak mahu roh kedua ibu bapanya tersiksa kerana tangisannya itu lagi. Biarlah kali ini sahaja dia menangis semahu-mahunya. Kali ini sahaja.  Kali ini sahaja dia akan menangis dan kemudiannya dia akan berdiri tegak dan menjadi anak yang solehah yang selalu mendoakan kedua ibu bapanya bukannya anak yang cengeng yang hanya tahu menangis dan menangis apabila kehilangan ibu bapanya.

Dia mahu bertemu mereka di syurga kelak. Dia akan berusaha menabahkan diri kerana dia pasti mama dan papa pasti tidak mahu dia menjadi lemah begini. Mereka pasti tidak mahu dia menangisi pemergian mereka.  Itu janjinya. Serentak itu hujan turun mencurah-curah bagai turut menagisi kehilangan Natasha itu. Natasha menangis dan terus menangis sehingga dia tertidur semula.

Iskandar membiarkan sahaja Natasha tidur di dalam pelukannya. Dia tak sanggup untuk melepaskan pelukannya takut jika Natasha terjaga dan menangis lagi. Dia tak mahu melihat air mata Natasha mengalir lagi. Kesian dia. Terlalu payah untuk dia hadapi semua ni. Pelukannya dikuatkan lagi.

Iskandar menunggu sehingga hujan reda lalu mengangkat Natasha masuk ke dalam bilik. Natasha dibaringkan di atas katil. Dia menarik selimut dan menyelimutkan tubuh Natasha yang nampak kesejukan. Dahi Natasha dirasa. Panas! Dia demam!

13 comments:

  1. can't wait ur next entry, hehehe *mood waiting :P*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. insha allah mlm ni sye cuba karang chap 11 ye.. :) sabaq naa~

      Delete
    2. hmmm..penceritaan yang menarik ada unsur islamik sikit saya suka.....walaupun awak student lagi. awak mampu membahagi masa awak belajar dengan minat awak menulis..walauapapun story awk mmg best..buat saya nagis jugak....aja aja Fighting penulis ..saya tunggu entru awak yg terbaru

      Delete
    3. terima kasih yg.. itulah.. rasa macam tak percaya dgn diri sendiri mampu bahagikan masa mcm tu sekali.. tp kalau saya x menulis saya rasa mcm nk meroyan.. tertekan luar biasa.. jadi saya sanggup x tidur untuk menulis.. hehe.. terima kasih sbb sudi membaca..

      Delete
  2. best so nx chapter bla

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. terima kasih.. nanti ajak kwn2 baca skali ye.. ramai2 tau

      Delete
  3. Replies
    1. hehe.. thanks darlig qairunniesa yang jelita lagi anggun.. insha allah malam ni saya akan karang bab 11 pula ye.. :) nanti ajak kawan ramai2 baca ye.. ajak ramai2 tau.. :)i love u.. <3

      Delete
  4. Tq sgt2, nmpknya kasih syg iskandar dah mula btunas bust tasha, cepat sambung ye.... tak sabar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan.. dah suka nk cover2 pulak kan.. eh dah sambung dah yang.. bab 11 dah ada dah.. silalah baca ye.. :D

      Delete
  5. aslm, sis... nice story. although there are still lacking in kind of logical sense aspect in real life in some parts, yet there are room for improvement. i can see the talent that can be polished more. :) btw, ni, nk btau je la... huhu... bas kmlngn lau kat perjlnn ke mekh tu agk tk logik semua mati. sbb jln raya ke sana sesak. dlm keadaan sesk a bit impossible semua mati. sbb bas. kalau keta possible la jugak. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummusalam syg... Terima kasih sbb sudi membaca..Ya Allah ye ke yg? Nasib baik awk bg tahu.. Saya mmg x berpengetahuan dlm hal2 mcm ni.. Dulu saya pernah tgk cerita arab dgn novel kata mcm tu... xcident satu bas semua meninggal dlm perjalan ke airport lepas balik dari umrah.. Itu sbb saya berani kata mcm tu.. Terima kasih sgt2 sbb bg tahu.. Kalah awk x bg tahu td mesti saya terus silap.. Nanti saya betulkan.. Terima kasih sekali lg ye yg...

      Delete
  6. sedihnye part nie...nangis bace tau..tp kan kt kampus nimemang ade lectuter prangai mcm ni..so annoying..rase nk tumbuk2 jer kalau dlm class,,cuma xla hensem mcm dlm novel ni..hahaha..... sorry sir..terkutuk pulak

    ReplyDelete