Monday, September 2

My Hubby My Lecturer!!! bab 34

Iskandar tersedar dari lena. Dia membuka mata dan memandang ke sekeliling. Jam di dinding dipandangnya. Baru pukul lima dua puluh. Dah nak dekat azan subuh dah ni. Sejuknya pagi ni. Dia mengeliat perlahan. Nafasnya dihela panjang. Segarnya bau udara masin dari laut. Dari dulu lagi dia memang sukakan bau udara laut. Bau masin tetapi segar. Sangat menenangkan mindanya.

Wajah Natasha yang lena di atas lengannya dipandang lama. Anak rambut yang menutupi wajah itu diselak ke tepi. Dia ingin menatap setiap sudut wajah terindah di hatinya itu. Bulu kening Natasha yang cantik terbentuk dilalukan dengan jari ibu. Dia gemar buat begitu. Natasha terlalu indah buatnya.

Nafas dihela panjang. Ubun-ubun isterinya dikucup dengan penuh kudus. Terima kasih cinta sebab hadir dalam hidup abang. Terima kasih juga sebab sudi menerima abang. Cinta adalah anugerah Allah yang terindah dalam hidup abang.

“Cinta bangun. Dah nak dekat subuh dah ni.” Iskandar berbisik perlahan di telinga Natasha.

Sengaja dia mahu menguji Natasha sama ada isterinya itu boleh bangun atau tidak jika dikejut perlahan-lahan. Bukankah selama ini Natasha terkenal dengan tabiat tidur matinya. Sudahlah selalu bangun lambat. Susah pula tu dikejut. Berkali-kali dikejut barulah dia bangun. Kadang-kadang sampai Iskandar terpaksa meninggikan suara. Setiap pagi Iskandar akan mengalami stress sementara waktu kerana melayan Natasha yang susah untuk bangun tidur.

“Hmmmm… dah pukul berapa ni bang?” Natasha merengek perlahan. Matanya dibuka sedikit memandang Iskandar.

Iskandar tersentak. Uishhh… bisik sikit pun dah bangun? Ini betul ke isteri aku ni? Kena sampuk hantu laut ke? Senang sangat bangunnya. Macam tak percaya. Boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah ni. Ke nak kena catat dalam peristiwa terhebat dunia? Dasyat sangat ni. Iskandar menggosok matanya beberapa kali kerana tidak percaya. Musykil sama ada dirinya hanya berkhayal atau betul-betul Natasha sudah terjaga.

“Pu.. pu.. pukul lima setengah.” Iskandar pula yang tergagap-gagap menjawab soalan isterinya itu.

“Oh… ok… Tasha mandi dulu.”
Iskandar yang masih kelihatan terkedu dipandangnya lagi. Kenapa dia ni. Terkejut apa pagi-pagi buta ni? Muka aku macam Hantu Kak Limah ke? Natasha segera bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Khuatir jika dia benar-benar kelihatan terlalu hodoh sehingga Iskandar kelihatan terkejut memandangnya.

Tapi atas alasan apa dia kelihatan hodoh? Dia bukannya tidur bermake up semalam. Kalau dia tidur bermake up mungkin juga akan terjadi make upnya comot di muka. Tapi semalam dia ingat dia sudah mencuci make up di mukanya. Langkahnya dipercepatkan supaya segera sampai ke bilik air.

Iskandar yang melihat Natasha kelihatan tergesa-gesa ke bilik air tersenyum. Eleh... Malu pasal hal semalamlah tu.



Kekura tangan Iskandar dikucup lama penuh kudus. Rasa insaf menjalar dalam hatinya. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Sudah genap lima bulan perkahwinannya dengan iskandar. Bermakna sudah hampir setengan tahun dia menjadi seorang isteri yang sah kepada Iskandar. Tetapi masih banyak lagi kekurangannya sebangai seorang isteri yang terbaik buat suami. Air matanya mula bergenangan di tubir mata.

“Abang, Tasha minta ampun. Tasha tak pernah jadi seorang isteri yang baik untuk abang. Tasha selalu menyusahkan hati abang. Selalu pentingkan diri. Tasha minta ampun atas semua kesalahan Tasha.” Natasha bersuara perlahan. Dia terlalu sebak untuk berkata-kata lebih lanjut.

“Cinta abang. Cinta tak perlu minta ampun. Tak ada satu pun kesalahan yang Tasha buat pada abang. Tasha lagi menyerikan dan menyenangkan hidup abang adalah. Setiap hari setiap saat abang bersama Tasha hidup abang terasa sangat indah. Setiap jalan yang abang jalani dengan Tasha abang rasakan seperti diiringi sesuatu yang terbaik dari Allah. Setiap saat kalau boleh abang tak mahu Tasha hilang depan mata abang. Dengan nama Allah. Sayanglah anugerah terbaik dari Allah buat abang. Anugerah terindah buat abang.”

Iskandar mendongakkan dagu Natasha supaya memandangnya. Pipi Natasha yang basah dengan air mata dikesatnya. Semenjak dua menjak ni Natasha selalu sangat basah dengan air mata.  Terlalu sensitif. Dia tak sangka bahawa Natasha yang dulunya selalu berkata dengan ayat yang sarkastik, berperangai ikut suka kepala rupanya ialah seorang yang berhati sangat lembut sebenarnya. Rupanya berbulan lamanya Natasha bertopengkan imej sarkastik semata-mata mahu meneruskan perkahwinan kontrak mereka. Kasihan Natasha. Tak sanggup rasanya dia melihat isteri tercintanya itu menangis lagi kerananya.

“Tapi Tasha banyak buat salah dengan abang.” Natasha masih lagi teresak. Tetapi belum sempat dia menyambung kata Iskandar sudah meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

“Shhh… sayang tak perlu minta maaf. Setiap saat, setiap solat abang dah ampunkan semua kesalahan sayang. Sayang isteri dan anugerah terbaik buat abang.” Iskandar berkata lembut.

Matanya memandang tepat kedalam mata Natasha. Dia ingin memberitahu Natasha kesungguhan kata-katanya itu. Natasha yang kelihatan yakin dengan kata-katanya diraih kedalam pelukannya. Dia membaringkan diri di atas sejadah bersama Natasha di dalam pelukannya. Sungguh dia selesa berbaring begitu dengan dia yang berbaju melayu berkain pelekat dan Natasha yang bertelekung. Terasa hidupnya tersangat indah ketika ini.



“Sayang, nak sarapan dekat balkoni je atau nak ke restoran?” Iskandar menyoal Natasha yang sedang menekup muka kerana ketakutan menonton filem seram Thailand di televisyen.

Bagus servis resort ini. Pelbagai jenis DVD disediakan. Pelbagai filem dari pelbagai negara disediakan di TV konsol. Malah drama bersiri popular dari Korea turut disediakan. Kalaulah yang datang berbulan madu di situ ialah penggemar tegar drama-drama Korea pastinya kenangan berbulan madu akan menjadi kenangan menonton televisyen bersama. Mujurlah Natasha bukannya seorang penggemar tegar drama korea. Kalau tidak momen bulan madu yang dia idamkan pastinya musnah sama sekali.

“Nak makan kat sini je lah. Malas nak keluar. Boleh?” Natasha menjawab tanpa memandang Iskandar. Dia terlalu khusyuk menonton filem seram itu. Sesekali dia menutup mukanya di dada Iskandar. penakutlah katakan.

“ Boleh sayang. Apa pula tak boleh. Abang lagi suka Tasha ada dalam pelukan abang je sepanjang hari. Cik Puan nak makan apa? Light or heavy? Western? Malay? Thai? Indian Or Japanese? Semua ada… muehehe..” Iskandar berlagak bagai seorang butler. Sedangkan butler yang sepatutnya melayan mereka berdua dibiarkan tanpa kerja sahaja.

Natasha tergelak bila melihat Iskandar sudah berdiri tegak di hadapannya dengan gaya seorang butler. Ada-ada je dia ni. Semua benda dia nak buat. Padahal buat apa dia ambil pakej bilik yang siap ada butler sekali. Macamlah aku tak tahu dia ambil pakej yang paling mahal ni sebab nak ada butlet. Maklumlah anak orang kaya mana biasa ke mana-mana tak ada pembantu. Tapi kali ini dia yang menguruskan semuanya sendiri. Terima kasih abang. Natasha meletakkan jari ibunya dibibir kononnya seperti dia sedang berfikir.

“Hummm..Heavy… Tom Yam bunyi macam sedap je. Makan tom yam jom.” Iskandar dipandang dengan penuh harapan.

Matanya yang berbulu mata lebat dikelip-kelip beberapa kali supaya Iskandar termakan dengan pujukannya. Bukannya apa. Iskandarkan tak tahan makan pedas. Jadi selalunya Iskandar pasti tidak akan bersetuju jika dia mencadangkan untuk makan tom yam kerana dia tidak mahu makan tom yam yang pedas itu.

“Tom Yam? My pleasure ma’am.” Iskandar mengangguk kemudian segera menelefon ke bahagian servise untuk menempah sarapan. Natasha pula masih lagi tergelak-gelak dengan gelagat Iskandar yang belagak sebagai butler itu. Macam-macamlah dia ni.



“Cinta cepat siap. Pakai seluar. Dan bawa baju lebih. Kalau boleh untuk basah.” Iskandar bersuara sebelum masuk ke dalam bilik air. Dia ingin membasahkan muka kerana kepedasan akibat makan tom yam yang pedas sebentar tadi.

Natasha terpinga-pinga mendengar arahan Iskandar. Nak ke mana? Sekarang belum pun pukul sembilan pagi. Awalnya nak keluar. Tak nak tidur dulu sekejap ke? Aku mengantuk ni. Sudahlah malam semalam tidur lambat. Err… malam semalam. Muka Natasha memerah bila teringatkan kejadian semalam. Ciss… kepala ni tak nak bekerjasama pulak. Aku ni dah la malu bila teringat kejadian luar alam semalam. Dia pulak asyik je nak terbayang. Jahat betul!

“Itulah sayang. Kan abang dah kata jangan selalu makan pedas. Kan muka dah merah macam ni.” Suara Iskandar yang baru keluar dari bilik air tiba-tiba mengejutkannya.

Natasha segera menundukkan wajahnya. Rasa malu yang luar biasa mengusai dirinya ketika ini. Kenapalah pula Iskandar keluar dari bilik air waktu yang tak tepat begini. Wajahnya yang semakin memerah cuba disembunyikan. Dia berpura-pura membelek alas meja yang sudah tentunya sangat baik tanpa sebarang cela untuk menutup rasa malu yang kian menggunug. Ya Allah.. wahai kepala.. tolonglah engkau bekerjasama dengan aku. Janganlah buat perangai waktu-waktu macam ni. Jatuhlah standard aku depan dia nanti.

“Tt… Tak adalah… mana ada pedas.” Ya Allah… suara pun tak mahu bekerjasama juga ke? Boleh pulak dia main gagap-gagap. Penjahat!

“Eh kenapa ni sayang?”Iskandar segera meluru mendapatkan Natasha. Sangkanya Natasha sedang merana kepedasan seperti dia.

“Tak.. tak ada apa-apa. Tasha mengantuk.” Ok itu je idea terbaik setakat ni yang kau boleh bagi kan wahai encik kepala. Natasha terus bangkit berlari menuju ke katil dan menarik comforter menyelubungi tubunya sehingga ke kepala.

“Mengantuk? Tapi kan Tasha baru lepas makan mana boleh terus tidur. Lagi pun Tasha kan baru bangun je. Oh yelah semalam tidur laammbaat…” Iskandar sudah tersenyum nakal. Sekarang baru dia faham kenapa Natasha berkelakuan begitu. Baru sekarang dia malu rupanya. Ha ha ha.. comel betul! Dia berjalan perlahan menuju ke arah katil.

“Ok. Tidurlah dia tu. Abang nak keluar pergi pulau lain. Petang nanti abang balik. Mana topi abang ni ye.” Iskandar melaung sedikit cuba untuk menarik perhatian Natasha yang sedang berpura-pura tidur itu.

Nak berlakon tidur konon. Macamlah dia boleh tahan panas dalam comforter tu berlama-lama. Air cond pun tak pasang. Sudahlah tepi pantai. Lagilah panas. Ok… tiga… dua… satu…

“Abang nak pergi mana?” Iskandar tersenyum lebar. Dia sudah tahu sangat dengan perangai Natasha yang tak berbakat berlakon itu. Baru acah sikit dah menggelabah.

“Nak ikut tak?”

“Nak.”

“Kalau nak cepat siap.”

“Five minutes.”

Dia terus berlari menuju ke dalam bilik pakaian. Kelakuannya itu mengundang ketawa besar Iskandar. Lantaklah nak ketawa pun. Yang penting dia dapat ikut. Cuba banyangkan kalaulah Iskandar keluar bersendirian dan tiba-tiba ada gadis-gadis yang bermata gatal menggoda suaminya yang kacak itu. Eishhh… tak sanggup nak bayangkan.

Seluar jeans bewarna hijau lembut berpotongan lurus diambil dan dipandankan dengan t-shirt putih labuh bercorak Great Britian beserta dengan tudung bewarna senada dengan seluarnya. Hari ini dia akan berpakaian seringkas mungkin. Nak ke pulau lain kata Iskandar. Bermakna dia perlu menaiki bot lagi sekali. Dia tak mahu kejadian semalam terjadi lagi gara-gara dia memakai kain hampir saja dia terjatuh ke dalam laut.

Pakaian lebih yang dipesan Iskandar juga turut dimasukkan ke dalam beg. Pakaian Iskandar juga diambilnya dan dimasukkan ke dalam beg yang sama. Lebih mudah. Tak perlu membawa banyak beg. Pelembab muka disapu ke mukanya. Kemudian krim sunblock jenama LancĂ´me disapu ke seluruh wajahnya dan tangannya yang akan terdedah kepada cahaya matahari. Walaupun dia tak gemar mengenakan make up ke wajahnya tetapi penjagaan kulit sangat penting baginya. Tak mahulah dia nanti kulitnya terbakar semata-mata pergi berbulan madu.

Natasha segera mendapatkan Iskandar setelah selesai semuanya. Iskandar yang sedang duduk di balkoni sambil memandang ke arah laut kelihatan santai dengan baju t-shirt berkolar sepasang dengan Natasha dan seluar Bermuda. Cermin mata hitam jenama ray ban elok tersangkut di kolar bajunya. Dia jelas kelihatan selesa begitu.

“Abang dah siap.”

“Wah cepatnya. Belum lima minit pun lagi.” Jam di tangan ditiliknya.

“Biasalah… Isteri siapa? Tepati masa tu mesti kan.”

“Mestilah isteri abang yang cantik, jelita, cun, meletop, gorgeous ni.”

Tangan Natasha ditariknya menyebabkan Natasha jatuh terduduk di atas ribanya. Bila Natasha cuba untuk bangun dia menegah. Dia selesa begitu. Dengan insan tercinta melayari rasa bahagia.

“Kita nak ke mana bang?”

“Kita pergi pulau lain. Ikut pakej Robison Crusoe. Kita berdua je.”

Tudung Natasha yang ditiup angin menyebarkan bau wangi isterinya itu membuatkan Iskandar teruja. Sungguh. Rasa cintanya memang terlalu membuak buat isterinya itu.

“Apa tu?”

“Rahsia. Surprise kan mana boleh bagi tahu.”

“Alaaa.. tak bestlah macam ni.”

Natasha merengek. Kedua tangannya menarik wajah Iskandar mendekati wajahnya sehingga seinci sahaja jarak antara mereka. Sengaja mahu meraih simpati Iskandar. Iskandar mendekatkan wajahnya lagi dan mencium dahi isterinya itu.

“Shhh… jom. Trust me. I guaranty you’ll love it.”

“Tapi tak boleh ke bagi tahu apa bendanya kat Tasha?” Matanya dikerdipkan beberapa kali.

“Nope. Rahsia.”

7 comments:

  1. yeayyy....ade jugak bab baru ni...hehe..ari2 bukak..thankss dear...heheehe..

    -with luv from uk- mmmuahhh.....hehehe

    ReplyDelete
  2. salam n an-young ha-say-yo cik writer..tq updated new chaptr trbaik..kamsa-hamnida..chayokk..chayookk..

    ReplyDelete
  3. Ha best gila.cpt2 smbng ya swet sngt2 si tasa ni kn

    ReplyDelete
  4. tak sabar la pulak nak tunggu bab seterusnya

    ReplyDelete
  5. Beznyer... rama2 mula berterbangan diiringi pelangi cinta.... sweetnyer.. cepat2 smbg lg

    ReplyDelete