“Penat cinta?” Natasha hanya mengangguk
lemah bila mendengar suara Iskandar.
Kepalanya diangkat sedikit. Kelihatan
Iskandar sedang sibuk mengangkat beg masuk ke dalam bilik pakaian. Ahhh..
selesa sungguh katil yang empuk dan tersangat luas ini. Bau udara laut
membuatkan dirinya tenang. Selasanya… Natasha mengepak-ngepakkan tangan dan
kakinya berkali-kali. Luas sungguh katil ini. Saiz apa ye? Katil di rumahnya
saiz king tetapi katil ini lebih luas lagi dari katilnya. Ah.. lantaklah. Yang
penting katil ni tersangatlah selesa.
Iskandar menghempaskan diri di sebelah
Natasha setelah selesai meletakkan beg baju di dalam bilik. Bukannya tak ada
butler yang boleh membuat kerja itu. Tetapi dia sengaja tidak mahu butler itu
berada di dalam bilik ketika ini. Waktu ini hanya untuk mereka berdua.
“Sayang kenapa tak buka tudung dulu. Sakit
kepala nanti.” Pipi Natasha diusap lembut.
“Penatlah abang.” Natasha merengek. Dia
menoleh memandang Iskandar yang berbaring di sebelahnya.
“Penat? Penat apanya? Abang yang angkat
semua beg kan sayang.” Iskandar tergelak kecil.
Nak penat apanya? Dari KL lagi dia yang
mengangkat semua beg. Natasha hanya berlenggang membawa beg tangannya sahaja.
Sepatutnya yang mengadu penat itu ialah dia bukan Natasha. Hidung Natasha yang
mancung ditarik lembut.
“Sakit… tak maulah tarik hidung kita.
Tahulah hidung kita tak mancung terpacak macam hidung dia.” Tangannya laju
menggosok hidungnya. Kemek hidung aku!
“Dah tu. Penat tak bersebab kenapa?”
Iskandar menarik Natasha kedalam pelukannya. Mahu hilangkan semua rasa penat
yang bertamu.
Penat kerana dari pagi berkejar ke aiport.
Mujur ada Pak Ali yang menghantar mereka. Kalau tidak pasti mereka terlambat.
Kemudian sampai ke Terengganu terpaksa pula mengambil teksi ke Jeti Merang.
Kemudian naik pula bot ke pulau redang ini. Bukan dia tak boleh menaiki kapal terbang terus ke lapangan
terbang Redang. Tetapi dia sengaja mahu mencipta kenangan dengan Natasha.
Sengaja mahu merasa penat berjalan jauh bersama.
“Penatlah bang. Tasha tak biasa naik bot.
Tasha jadi pening. Itu yang penat tu.” Natasha menerangkan keadaan sebenar.
Tetapi sebenarnya bila dipeluk Iskandar segala penat yang dirasainya tadi
bagaikan hilang serta merta. Sayang suamilah katakan.
“Kesian isteri abang. Meh sini abang
bukakan tudung.”
Iskandar terus duduk. Kepala Natasha
diangkat dan dibaringkan ke atas ribanya. Dengan berhati-hati dia menanggalkan
tudung isterinya. Rambut Natasha yang panjang diuraikan supaya lebih selesa.
Kemudian dia berbaring semula di sebelah Natasha dan memeluk isterinya itu
semula. Natasha menghadiahkan ciuman di telapak tangan Iskandar.
“Tidurlah sayang. Petang nanti kita bangun
makan.” Iskandar bersuara lembut.
Dia pun terlalu penat sebenarnya. Rasa
kantuk semakin menguasai dirinya bila suhu air cond menyejukkan bilik itu.
Akhirnya mereka berdua terlelap dalam pelukan masing-masing. Mujur mereka
sempat menunaikan solat jamak ketika di jeti tadi. Kalau tidak pasti mereka
terlepas solat asar.
Natasha menggeliat sedikit. Lega rasanya
dapat tidur menghilangkan penat di badan. Iskandar di tepi dirabanya. Eh tak
ada? Natasha segera membuka mata. Iskandar tak ada? Di mana dia? Ya Allah. Dah
gelap ni. Pukul berapa ni? Jam di dinding dipandangnya. Pukul tujuh setengah!
Aku tak solat maghrib lagi. Natasha segera berlari ke bilik air. Tak ada masa
nak mencari Iskandar sekarang. Solat lebih penting.
Selesai memberi salam Natasha meraup tangan
ke mukanya. Bunyi dari ruang tamu membuatkan Natasha tahu yang Iskandar berada
di dalam chalet itu. Natasha buat tak endah. Dia meneruskan bacaan doa dan
zikrullah. Lega rasanya kerana sempat menunaikan solat maghrib. Natasha
menjamakkan solat maghrib dengan solat Isyak supaya senang untuknya ke mana-mana
selepas ini dan tidak takut kerana melewatkan solat. Telekung dibuka dan
dilipat. Kemudian diletakkan semula ke dalam bilik pakaian.
Natasha menuju ke ruang tamu untuk mencari
Iskandar. Perutnya bergangnam style kerana
kelaparan. Kali terakhir dia makan ialah selepas solat zohor semasa di
jeti Merang tadi. Malam ni nak makan apa ye? Nak kena check ni apa yang sedap
dekat The Taaras. Dekat Terengganu ni apa yang sedap ye? Nasi Dagang pun sedap. Keropok lekor. Slurp…
sedapnya semua tu.
“Abang.” Natasha memanggil Iskandar apabila
melihat Iskandar tidak ada di ruang tamu.
Matanya melilau ke sekitar ruang tamu.
Malah ke balkoni juga direnungnya. Iskandar memang tak ada di situ. Pelik.
Rasanya baru sepuluh minit lepas dia terdengar bunyi dari ruang tamu. Dia pasti
Iskandarlah yang berada di ruang tamu itu tadi. Dia cam dengan bunyi tapak kaki
Iskandar. Tetapi di mana Iskandar? Takkanlah dalam sekelip mata Iskandar hilang
macam chipsmore.
“Abang.” Panggil Natasha sekali lagi.
Natasha menyelak langsir yang menutup
sedikit pandangannya dari balkoni. Tak ada juga. Ke mana dia? Natasha melilau
lagi mencari Iskandar. Entah ke mana dia pergi. Tadi ada sekarang hilang pula. Tiba-tiba
matanya tertangkap sebuah kotak berwarna coklat terletak elok di atas sofa.
Natasha segera mendapatkan kotak itu.
Kotak apa ni? Rasanya waktu masuk tadi tak
ada kotak ni pun. Cantik betul kotak ni. Wangi pulak tu. Untuk siapa ni? Tak
ada nama pun. Nak curi tengok sikit boleh? Hik hik… Dia memandang ke kanan dan
kiri. Cuba tengok line clear atau tidak. Muehehe..
Natasha membuka kotak itu. Mulutnya
ternganga melihat isi kotak itu. Tangannya sedikit terketar mengeluarkan isi
kotak itu. Subahalallah.. cantik sungguh sehelai gaun labuh bewarna putih
dan lavender pink. Gaun yang indah berlengan panjang
dan dihiasi dengan hiasan manik dan lace yang serba indah. Beserta dengan
sehelai selendang half moon bewarna lavender pink yang sarat dengan hiasan
manik yang pelbagai. Natasha terpegun melihat indahnya gaun itu. Rekaannya
ringkas tetapi sangat indah.
Selendang yang berada di dalam kotak
dikeluarkan. Tiba-tiba sekeping kad jatuh dari dalam lipatan selendang itu.
Natasha segera mengangkat kad yang telah terjatuh di atas lantai itu. Tulisan
‘Kepada Cinta’ yang berada di hadapan sampul kad jelas menunjukkan tulisan
Iskandar membuatkan Natasha tersenyum. Kad itu dibuka dengan berhati-hati. Kad
kulit. Kad ini akan disimpannya sampai bila-bila. dia berjanji.
Cinta. See you at the beach.
p/s: Please don’t be late hon. I’m starving
to death. Gwiyomi.
Natasha tergelak besar bila terbaca
perkataan gwiyomi di akhir kad itu. Apa pulak kena mengena dengan gwiyomi ni. Lawak
betullah dia ni. Natasha segera menuju ke dalam bilik untuk menukar baju. Malam
ini dia akan berhias secantik mungkin untuk Iskandar. Malah dia ingin berhias
lebih cantik daripada sewaktu mereka bernikah dulu.
Bedak, celak, maskara, pembayang mata,
pemerah pipi, gincu, semua dikenakan diwajahnya. Mujur dulu Ara pernah
bertutorial kepadanya. Kerana kata Ara dia perlu melawa di hadapan suaminya.
Kalau tidak mahu comot juga wajahnya malam ini. Maklumlah, tak pernah
mengenakan make up sendiri. Segalanya terasa kekok. Tetapi dia gagahkan juga
perasaan kerana dia ingin kelihatan cantik di hadapan Iskandar malam ini. Biar
malam ini menjadi malam yang istimewa buat mereka.
Natasha melilitkan selendang di kepalanya,
mujur Iskandar memilih half moon. Kalau Iskandar memilih selendang jenis
panjang payah dan lama juga dia terpaksa melilit. Jam di dinding dikerling.
Sudah pukul lapan. Kasihan Iskandar pasti dia lapar. Natasha memandang
figurannya sekali lagi di dalam cermin. Dia tersenyum dengan hasilnya sendiri.
Bolehlah dari tak ada. Natasha segera menyambar telefon bimbitnya dan segera keluar
dari bilik chalet. Natasha tergamam bila terdapat sepasang kasut bertumit
tinggi berada di hadapan pintu.
Aduh… nak kena pakai kasut ni ke? Tak
laratlah nak jalan nanti. Tapi cantiknya kasut ni. Warna sama dengan baju.
Corak hiasan dia pun sama dengan yang
ada kat baju. Pandai juga Iskandar ni memilih barang. Semuanya sepasang. Dari
kepala sehingga ke kaki. Semuanya sedondon. Mahu tak mahu Natasha terpaksa juga
menyarungkan kasut itu. Dia melangkah dengan penuh yakin dengan misi mencari
Iskandar di tepi pantai.
Kat mana sebenarnya aku nak kena cari dia
ni? Aduhai.. dah dekat pukul lapan sepuluh minit ni. maknanya dah sepuluh minit
aku menapak tepi pantai ni. Dia ingat pantai ni kecik ke? Bagitahulah tempat
yang spesifik sikit. Senang aku nak cari. Tak pun buat anak panah ke tunjuk kat
mana dia. Ini tidak. Dah naik patah dah kaki aku ni berjalan sepanjang pantai
ni. Sudahlah pantai ni sunyi je. even terang benderang pun seram aku. Bulu
romanya mula meremang. Segala cerita yang tak elok mula berlegar di mindanya.
Aduhai encik kepala tolonglah bekerjasama
sikit. Sengaja je nak buat aku takut tahap gaban kan. Natasha mula berpaling
untuk ke chalet semula. Cadangnya dia ingin menyuruh butler yang bertugas
menjaga chaletnya untuk menghantarnya ke tempat Iskandar.
“Sayang.”
Natasha hampir terjatuh bila ditegur dari
belakang. Jantungnya terasa mahu gugur ketika itu juga. Hilang semua
semangatnya buat seketika. Dia terkaku sebentar. Dia berpusing ke arah suara
itu. Nafas kelegaan dihelanya. Iskandar rupanya. Iskandar segera dipeluknya.
Hilang semua rasa takut yang dihadapinya sebentar tadi.
“Hey sayang. Kenapa ni? Terkejut sangat.
Dari jauh abang nampak sayang pusing nak balik ke chalet itu yang abang terus
kejar sayang tu. Dah. Dah jangan takut abang ada ni.”
Iskandar mengusap-usap belakang Natasha.
Natasha yang sudah kembali tenang merungkai pelukannya. Selendang dikepalanya
dibetulkan sedikit. Dia mendongak memandang Iskandar. Senyuman yang manis
diberikann kepada Iskandar.Dia masih tak lupa dengan rancangannya tadi untuk
kelihatan cantik dihadapan mata Iskandar.
Iskandar terpegun memandang Natasha. Ya
Allah! Cantiknya dia! Selama ini Natasha memang terlalu cantik baginya. Tetapi
pada malam ini, Natasha terlebih luar biasa cantiknya. Terlalu cantik sehingga
dia tak mampu bersuara. Matanya hanya meneliti setiap inci wajah Natasha.
Setiap inci terlalu cantik baginya. Tak ada sebarang cela. Jantungnya berdegup
kencang lebih kencang dari yang selalu dialaminya. Sehingga dia sendiri dapat
mendengar bunyi degupan jantungnya walaupun bunyi ombak menghempas pantai agak
kuat.
“Abang. Tadi abang kata abang lapar. Jom
kita makan.”
Suara perlahan Natasha menyedarkan Iskandar
semula. Iskandar tersengih mengenangkan dirinya yang terpegun luar biasa dengan
kecantikan isterinya. Rambutnya yang disisir rapi diraup ke belakang. Baju
tuxedo hitam yang dipakainya dibetulkannya sedikit untuk menyembunyikan
sengihannya tadi. Malu jika dilihat Natasha yang dia terpegun dengan kecantikan
Natasha. Eh. Nak malu apanya. Dia kan milik aku sepenuhnya. Apalah aku ni pun.
“Oh sorry sayang. Jom kita makan. Abang dah
sediakan tempat istimewa kat depan sana.” Iskandar menunjukkan jarinya ke
hadapan tanda tempat yang patut mereka tujui.
Iskandar menghulurkan lengannya untuk
dipaut Natasha. Natasha menyambut huluran Iskandar dengan senang hati. Mereka
berjalan beriringan di tepi pantai yang diterangi degan cahaya bulan penuh.
Natasha cuba mengawal langkahnya yang agak tidak teratur kerana memakai kasut
tinggi di atas pasir pantai. Kasutnya asyik tenggelam di dalam pasir dari tadi.
Nak buka kasut pula dia takut jika kaki dan hujung bajunya akan kotor. Akhirnya
dia terpaksa menahan rasa tidak selesa itu sahaja.
“Kenapa sayang?” Iskandar menunduk
memandang Natasha yang kelihatan agak tidak selesa.
“ Tak ada apa. Cuma, kasut ni asyik
jerluslah. Susah sikit Tasha nak jalan.” Natasha menunduk memandang kasutnya.
Kemudian memandang Iskandar semula. Iskandar juga turut memandang ke kaki
Natasha.
“Laa.. kenapa tak cakap dari tadi. Meh sini.”
Iskandar terus mencempung Natasha dan dia
berjalan dengan penuh gagah. Natasha yang berada di pangkuannya di pandang
dengan penuh rasa cinta. Matanya yang indah itu turut dipandang Natasha. Rasa
bahagia memenuhi seluruh jiwanya. Malam ini dia akan mencurahkan semua rasa
cintanya kepada Natasha. Itu azamnya.
Natasha terpegun melihat tempat yang
disediakan oleh Iskandar. Entah berapa kali punya terpegun malam ini pun dia
tak pasti. Yang pastinya terlalu banyak kejutan yang dia terima. Khemah beratap
rumbia dan dihiasi dengan kain putih disertai dengan meja dan kerusi bewarna
putih yang dililit dengan bunga lili putih dan dihiasi dengan taburan bunga
mawar merah di merata tempat membuatkan tempat itu tampak begitu indah sekali.
Lilin bewarna merah hati di atas meja juga membuatkan suasana begitu romantik
sekali. Jari-jemari Iskandar digenggamnya kuat. Sungguh. Dia bahagia saat ini.
Iskandar bangga melihat Natasha kelihatan
gembira dengan persediaannya. Dia berbangga kerana telah membuatkan Natasha gembira.
Dia juga turut bahagia. Senyuman Natasha. Kerlingan mata Natasha. gerak tubuh
Natasha semuanya membuatkan dia bertambah jatuh cinta kepada isterinya itu.
Kerusi di tempat duduk Natasha ditarik. Dia mempelawa Natasha duduk. Dia turut
duduk di kerusi di hadapan Natasha.
Iskandar mengangkat tangannya tanda menyuruh
makanan disediakan. Segalanya telah dirancang dari petang tadi lagi. Dia telah
berurusan dengan pihak resort untuk menyediakan tempat terbaik ini buat mereka
malam ini. Sebaik sahaja Natasha tidur petang tadi dia segera keluar untuk
menyediakan kejutan buat isterinya seperti yang dirancangnya sebelum datang ke
sini. Beberapa hari dia habiskan untuk mencari lokasi terbaik buat bualn madu
mereka ini. Akhirnya The Taaras resort menjadi pilihannya kerana memiliki
chalet khas di tepi pantai dan mempunyai privasi yang tinggi. Dia sukakan itu.
Lagipun pihak resort mudah menyediakan
lokasi makan malam istimewa di tepi pantai kerana mereka mempunyai kawasan
pantai yang luas milik mereka. Jadi tidak menjadi masalah bagi mereka untuk
menyediakan semua itu degan bayaran yang setimpal. Sudah lama Iskandar
merancang untuk makan malam dengan Natasha dalam suasana begitu. Akhirnya
tercapai juga.
Makanan dihidangkan oleh pelayan membuatkan
Iskandar tersentak dari lamunan. Dia tersenyum memandang makanan yang tiba.
Rasa lapar yang dirasainya sejak tadi seperti memaksanya untuk makan dengan
segera. Dia mempelawa Natasha untuk makan. Mereka berbual mesra sepanjang waktu
itu. Ada sahaja perkara yang menjadi bahan bualan mereka. Natasha asyik ketawa
dengan lawak tak cukup akal yang diutarakan oleh Iskandar. Iskandar memang
sengal!
Natasha mengelap mulutnya dengan napkin.
Kenyang rasanya menghadap makanan kegemaran Iskandar yang kini juga menjadi
makanan kegemarannya, spaghetti Bolognese. Ahh… kenyang yang teramat ni. Kalau
macam ni selalu gemuk aku. Eleh. Padahal selama ini dia makan sebanyak mungkin
tak pernah gemuk pun. Kalau dah memang baka kurus taka da maknyanya nak risau
gemuk. Arwah mamanya dahulu sehingga tua pun badan masih solid tanpa perlu
dijaga.
“Sayang. Shall we dance?” Iskandar
menghulurkan tangannya kepada Natasha. Tubuhnya dibongkokkan tanda menghormati
pasangan.
“But I can’t dance. I don’t know how.”
“Tak apa. semua orang boleh menari. Jomlah.”
Iskandar masih lagi menghulurkan tangannya menanti disambut Natasha.
“Hurrrmm.. Tasha tak boleh menari. Tapi
Tasha ada tengok cerita Innocent Step. Mungkin itu boleh membantu.” Natasha
berkata selamba.
“Haha… boleh je sayang. You just follow my
step. Insha Allah ok.” Iskandar ketawa besar mendengar kata-kata Natasha. Ada
ke kata macam tu.
Natasha mengetap bibir mendengar tawa
Iskandar. Betul apa. Kan dah kata memang
tak tahu nak menari. So the best way it to practice what we saw from movie. Itu
pun kalau berjayalah. Kalau tak Berjaya tutup muka sampai esok pagi. Tapi
minta-minta berjayalah. Kalau tidak buat malu je. Keturunan Syed Firdaus Akhlam
tak tahu menari sampai terpijak kaki orang. Adusss.. malu tujuh keturunan.
Huluran tangan Iskandar disambutnya. Mereka
berjalan sedikit ke tepi khemah. Tiba-tiba lagu You and Me berkumandang entah
dari mana Natasha tak ambil kisah untuk tahu. Yang dia tahu, dia kini berada di
dalam pelukan Iskandar dan kakinya mengikut rentak kaki Iskandar untuk menari.
Sah! Automatic dia tahu menari. Lagu yang indah itu terus berkumandang
membuatkan mereka tenggelam dalam suasana romantik.
Lagu you and me habis berkumandang
digantikan dengan lagu She yang dinyanyikan oleh Elvis Castello. Dan terus
berganti dengan lagu lain yang Natasha tidak lagi ambil tahu apa tajuknya dan
siapa penyanyinya. Yang dia tahu dia kini tenggelam dalam rasa bahagia yang
terlampau. Mereka menari dan terus menari sehingga lagu tiba-tiba berhenti.
Natasha memandang ke dalam cermin setelah
selesai membersihkan diri. Bibirnya terus menerus mengukir senyuman bila
teringatkan sesi bergambarnya tadi. Berpuluh-puluh keping gambar di rakam oleh
pekerja resort. Nanti boleh buat kenangan kata Iskandar. Kenangan terindah.
Losyen yang berada di atas meja solek di tuang ke tangannya dan disapukan di
tangan dan lehernya. Biar dia sentiasa wangi dan berkulit lembut.
Natasha merebahkan diri di atas katil. Lega
rasanya dapat berbaringan. Tapi rasa mebgantuk masih belum muncul juga sedangkan
jarum jam telah menunjukkan pukul satu pagi. Ini semua sebab tidur petang tadi
lah ni. Kenangan bersama Iskandar tadi terlayar kembali di mindanya. Bahagia.
Hanya itu satu sahaja perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaannya
ketika ini.
Bunyi pintu bilik air mematikan lamunan
Natasha. Iskandar yang keluar dari bilik air memberikan senyuman kepadanya.
Natasha mengerutkan dahi. Iskandar ni kalau keluar tak pernah reti nak pakai
baju dulu. Sengaja nak tayang sculptured six pax dia dekat orang. Ini tidak
kalau keluar bilik air selalunya pakai seluar je. Apalah salahnya masa bawa
seluar masuk bilik air bawa sekali baju masuk. Kan lebih sopan dan tak
menggugat tuan punya mata yang memandang tubuhnya.
“Nak tidur dah ke sayang?” Iskadnar
menyoal.
“Tak lah tak mengantuk lagi.”Natasha
menjawab sepatah. Senyuman manis diberikan kepada Iskandar.
Iskandar berlalu ke dalam bilik pakaian.
Baju t-shirt hijau muda senada dengan gaun tidur Natasha diambilnya. Dia keluar
semula dari bilik itu dan menuju ke meja solek pula. Rambutnya disikat rapi.
Natasha yang sedang sibuk membelek telefon bimbitnya. Seronok dia pakai
handphone Samsung galaxy note III senang nak baca e-novel kan. Aku ni pun dia
tak layan. Natasha di dekatinya. Dia duduk di sisi katil di sebelah
Natasha. Telefon bimbit yang berada di
tangan Natasha diambil dan diletakkan ke tepi. Wajahnya Natasha pandang dengan
pelik. Kenapa pulak ni? Kedua belah tangan Natasha digenggam erat. Matanya
memandang tepat ke dalam mata Natasha.
“ Assalamualaikum cinta. Malam ni. Izinkan
abang?” Iskandar meminta izin dengan suara yang perlahan dan tertib.
“Wa… waalaikummusalam..” Natasha tergagap.
Lama Natasha terdiam. Matanya masih terus
meratah mata indah Iskandar. Cuba mencari keihklasan di situ. Akhirnya dia mengangguk
perlahan. Iskandar menarik nafas lega. Ubun-ubun Natasha dikucup lama. Sepotong
doa yang diajar ketika dia pergi ke kursus perkahwinan dengan Natasha dahulu
dibacanya.
Kucupannya beralih ke dahi Natasha, mata,
pipi, dan akhir sekali bibir mereka bersatu. Lama sehingga mensyahidkan semua
rama-rama mereka entah untuk yang ke berapa kali. Hujan rintik-rintik yang
turun di luar chalet seperti merestui mereka berdua malam itu. Dan malam itu
berlalu indah dengan penyatuan cinta dua insan di bawah redha Ilahi.
WAH ROMANTIKNYA BEST SANGAT-2 NAK LAGI.
ReplyDeleteMuehehe.. Malu kita
Deletewah! romantik sangat !.....
ReplyDeleteHuhuhu.. Terima kasih syg..
DeleteWooow, romantiknya!!!!. Love it!!!
Deletekonpom terhasil benih cinta is dan natasha...huhu..
Deletetersengih2 hana baca bab 33 ni...:P
Ayoyo... Malu saya baca comment awk.. Nk jawab no commentlah.. Muehehe
DeleteNak lagi !!! Best sangat2 !!
ReplyDeleteSabar2 darl.. Saya bz sgt skg ni.. Nanti sya update lg
DeleteYay!!! Akhirnya...
ReplyDeleteSince, salah satu important event in Is & Tasha marriage dah berlaku, 'kejadian' yang memisahkan mereka dah dekat la kot >,< Ceh, macam Wawa plak penulis.
Good chapter Natasha, seperti selalu ^^
Hehehe... Yaay!!! X lama lg. Jdlah yg kejadia tu..
Deleteberdebar nak tunggu kejadian tu.hehe
DeleteMuehehe... Sbar syg.. Sabar..
DeleteAn nyong ha say yo cik writer..suuueeddd n so so soooo romantic hihihi..mmg best xsabar nk tau nx chptr..chayokk..chayokk..
ReplyDeletehehe.. anyong darl.. kumaowo (err.. dunno how to spell it)...thanks for reading it.. sabaq naa.. saya sibuk sekarang ni.. dpt on9 pakai hp je.. sorry darl..
DeleteEeee sweetnye...
ReplyDeleteHuhuhu.. Terimq kasih darl...
DeleteBestnya......1.4.3 hhhhaaaa
ReplyDeleteHehehehe... 14373
Deletewow best nak lagi.......
ReplyDeleteMuehehe... Sabar darl...
Deleteline x ok lg ke tenet tu...cepat la update n3 baru...x sabar nak tggu...suweeeeeeeeeeeeeeeeeeet sgt...hadoiiiii
ReplyDeleteLine dh ok syg... Saya je yg x ada masa.. Saya sibuk sgt2.. Maaf ye..
DeleteCerita yang menarik.. Where can I get the book?
ReplyDeleteThanks for the compliment hon... The book hasnt be release yet.. Insha Allah if He will it will be publish soon.. For now u can just read it here... Please pray for me ye darl..
Deletesweetnya... teringin lak nak makan tepi pantai macam tu...
ReplyDeleteHehehehe... Nanti dh kawin p honeymoon kat The Taaras tau...
DeleteBeznyerrrr... tasha dah jd wife is dlm erti kata sebenarnyer
ReplyDeletehebat!cayok...tasya...teruskan usahamu..
ReplyDeletebab nie sangat sweet...
ReplyDeletesye ske...
baru ada kesempatan baca dr bab 29 until now....busy ngan "open house".....terima kaseh.....& sweet story...
ReplyDeleteehhhhh... nape romantik sgt nih.. jelesnya..
ReplyDeletei wish i'll this kind of love, one day late in syaa ALLAH..
serunding daging~